Saturday, June 20

Terkini: Pusat Serenti Kampung Selamat


Rusuhan yang berlaku di Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor semalam, telah berjaya dikawal. Mengikut laporan dari Bernama, sekitar 30 penghuni Pusat Serenti dipercayai bolos dalam rusuhan itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka. Polis melancarkan gerakan memburu dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.

Masa ni lah yang sepatutnya anggota Polis dikerahkan berkawal demi keselamatan penduduk sekitar. Jangan dok asyik kepung ceramah2 politik, kepung pusat2 mengundi, menggambarkan seolah olah pihak Polis telah diperkudakan oleh pihak tertentu menekan hak demokrasi rakyat yang tidak menyokong depa.

Bagaimanapun syabas buat pasukan keselamatan kerana dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.

Buat penduduk sekitar Tasek Gelugor, Padang Serai berhati hati lah, depa ni tak lah ganas sangat pada awalnya, tapi akibat terdesak mungkin dengan kesalahan yang depa buat, iaitu melarikan diri dari Pusat Serenti dan mungkin terlibat dalam rusuhan dalaman, buruan dari pihak berkuasa, kemungkinan mereka bertindak diluar batas kemanusiaan adalah tinggi. Ingat 28 orang lagi masih bebas merayau dikawasan sekitar.


Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam. Kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.

1 comment:

  1. Adalah yg derang x puas hati tu, kalau x takkan jd camtu.

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails