
BERKECAI...Seorang lelaki tidak dikenali sedang melihat bangkai pesawat Caspian Airlines yang terhempas berdekatan sebuah kampung di Jannatabad di luar bandar Qazvin, kira-kira 75 batu di barat laut Tehran hari ini yang mengorbankan 168 nyawa termasuk penumpang dan anak kapal.--foto AP

Cebisan pesawat Caspian Airlines yang dijumpai bertaburan berhampiran bandar Qazvin, kira kira 75 batu di barat laut Tehran.
TEHERAN (Iran): Sebuah pesawat Iran terhempas di barat laut negara itu dan membunuh kesemua 168 penumpangnya, lapor media negara itu. Pesawat Caspian Airlines itu sedang dalam perjalanan dari Teheran ke Yerevan di Armenia dan terhempas berdekatan sebuah kampung di Jannatabad di luar bandar Qazvin, iaitu kira-kira 75 batu di barat laut Tehran.
Pengarah perkhidmatan kecemasan Qazvin, Hossein Bahzadpour memberitahu agensi berita IRNA, pesawat itu berkecai dan musnah sepenuhnya dan bangkai pesawat itu terbakar.
"Kemungkinan besar semua penumpang pesawat terbunuh," kata Bahzadpour. selanjutnya: mStar


0 org komen:
Post a Comment