Malaysiaku yang meriah..
Pesta bermula.. berbinau biji mata dok baca cerita nie saja..
Enam pengunjung blog didakwa hina Sultan PerakKUALA LUMPUR: Enam pengunjung laman blog didakwa di Mahkamah Sesyen di empat bandar utama hari ini kerana kesalahan menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam laman blog.
Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.. selanjutnya disini..
Mahkamah Rayuan: Sivakumar boleh diwakili peguam peribadiPUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V.Sivakumar boleh melantik peguamnya sendiri untuk mewakilinya dalam dua kes saman terhadapnya ekoran krisis kepimpinan di negeri itu.
Hakim Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara berpendapat bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang menyatakan Speaker harus diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Seterusnya disini..
Azalina sedia dipanggil SPRMKUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam kementerian itu. Seterusnya
disini..
Norza mengaku tidak bersalah dua tuduhan rasuahTEMERLOH: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohamad Norza Zakaria hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua individu pada 20 Jan lepas.
Beliau yang meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mohamad Norza, 43, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, didakwa melakukan perbuatan itu pada 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini. Seterusnya disini..
Dakwaan disabotaj: Ada bukti kukuh, Khir mahu Lembaga Disiplin bertindakPETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tetap yakin berpeluang memenangi jawatan nombor satu pergerakan itu walaupun ada usaha mensabotaj beliau dalam pemilihan sayap Umni itu hujung bulan ini.
"Saya ada keyakinan, tapi keputusan akhir terletak di tangan perwakilan.
"Saya telah berusaha sebaik mungkin, akhirnya saya bertawakal kepada Allah. Jika ada peluang saya pasti menang," katanya. Seterusnya disini..
Joseph Kurup kekal ahli Parlimen, tiada pilihan raya kecilKOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup kekal ahli Parlimen Pensiangan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mendapati sebagai tidak sah kemenangan beliau tanpa ditandingi pada pilihan raya umum pada Mac tahun lepas.
Kurup memenangi kerusi itu pada hari penamaan calon selepas pengurus pilihan raya menolak kertas pencalonan Danny Anthony Andipai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang lagi calon. Seterusnya disini..
Teresa saman Syed Hamid, tiga yang lainKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim hari ini mengemukakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain kerana mendakwa beliau ditangkap dan ditahan secara salah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lepas.
Kok memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan S.N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada kirakira pukul 8.40 pagi. Cerita lanjutnya boleh baca
disini..Din:
Yang menyemarakkan kemeriahanya lagi adalah spekulasi yang liar bertebaran.. semua cuba jadi tukang tilik, ini wayang la, ada yang kata buang masa la, tak kurang yang kata macam boria Penang.. ni la untungnya jadi aku.. sapa yang nak spekulasikan.. heh.. heh..