Thursday, April 30

Nizar tak boikot

0 org komen

Syabas buat Nizar dan semua Adun PR di Perak.. macam tu la anak jantan..

PR buat keputusan semua wakil rakyat PR akan menghadiri Sidang (DUN) Perak pada 7 Mei ini. Walau ada ura2 depa nak boikot sebelum nie tapi itu sebenarnya tak timbul dan akan bagi kerjasama sepenuhnya sambil berharap persidangan akan ikut segala peraturan.

Inilah kelainan PR berbanding BN, dengar kubu lawan saja dah terketaq2.. nak lawan ka tak nak lawan ka sampai la tak ketahuan kepala ekoq lagi.. chitt..

Penanti: Gelora diatas menggelegak dibawah

0 org komen

Ramai dah agak dah..

Disahkan oleh Guan Eng sendiri disini.. Dr Mansor yang dikenali sebagai orang kanan DSAI bakal menduduki kerusi Timb Ketua Menteri 1 sekiranya berjaya menawan kerusi Penanti..

Perlu diingat.. dengan hiruk pikuk buatan PAS kawasan Ptg Pauh baru baru ni.. dengan izin Allah, insyaallah aku masih yakin PKR boleh menang..

Aku nak tengok gak bagaimana semangat setiakawan PR digarap di Penanti nie.. gelora di atas adakah akan menggelegak dibawah..

1 Malaysia: sekadar kosmetik dan lunak retorik!

0 org komen

“Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia”

………

Laungan di atas cukup melunakkan setelah Pakatan Rakyat difitnah sebagai alat Cina!

Setelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.

Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.

Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.

Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.

Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.

Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!

Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?

Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat setelah diperintah Umno selama satengah abad.

Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!

ANWAR IBRAHIM

KSU (Kelab Senja Umno)

0 org komen

Kami tak peduli apa orang nak kata..
Kelab Senja Umno mesti ditubuhkan..
Kami pasti dengan apa yang kami nampak..
Masih garang, ditakuti dan mati2 dihormati..


Satu Malaya mesti jelas peranan kita..
Biar nyanyok asal bergaya..
Walau rongak campur pekak telinga..
Harta kekayaan aku nak rasa sama..

Menjana sumbangan bermakna golongan senja..

Wednesday, April 29

Penanti meriah: PAS lawan PKR

2 org komen

Aku suka meriah.. lagi meriah lagi baguih..

PKR dah sah letak calon kononnya direstui pimpinan tertinggi PR, kini PAS pula berura ura nak letak gak calon dan lagi syok kalau DAP pun aku cadangkan letak calon sama. Be End hangpa dok diam diam, tengok sudah.. heh.. heh..

Alhamdulillah.. ini membuktikan PR la ni pun dah pandai gunakan ruang demokrasi sepenuhnya. Jadi aku sokong sangat hasrat Pemuda PAS Pulau Pinang nak letakkan calon mereka pada PRK Penanti pada 31 Mei ini.

Ikut kata ketuanya Mohd Hafiz Mohd Nordin, ini adalah permintaan akar umbi. Betoi tu.. akar umbi kita kena ikut.. ikut membuta tuli pun tak pa.. kan ke tanpa akar umbi, apalah sangat pemimpin tu yer..

Sebagai pemimpin kita jangan pimpin akar umbi.. biaq akar umbi yang pimpin kita ikut depa pi kot mana.. sebagai pemimpin juga adalah menjadi kesalahan besaq bila kita cuba untuk mengajar akar umbi apa yang patut depa buat.. biar kita engkar erti setiakawan tak pa tapi jangan melawan atau membantah akar umbi..

Aku percaya Pemuda PAS bukannya nak cari glamour masa nie. bukan juga nak menonjolkan diri pulak disaat2 diperlukan camni.. aku pun tak setuju bro Angkasanuri kata sikap Pemuda PAS kurang manis.. memang tak setuju.. jadi lupakanlah apa yang bro Angkasanuri tu kata.. manis apa katok kawan camtu..

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa... dan kalau hangpa semua nak tau.. salah sorang pengundinya..

AKU la.. hangpa tunggu tengok macamana aku nak ajar hangpa..

Hangpa ingat kami pilih hangpa naik sebagai pemimpin untuk jadi tongkoi ka..? Aku tau benda ni akan resolve punya bila PAS pusat campurtangan.. tapi, hangpa syok sangat ka bagi peluru kat lawan..? Informer aku bagitau, ini arahan dari pihak atasan PAS untuk geletek2 sikit PKR, tengok geli ke idak.. warning sikit Anwar jangan bongkak dan keras kepala sangat..

Tapi.. isk.. syok ka cara nie..

Lulus

0 org komen

SPR akhirnya luluskan logo Parti Sosialis Malaysia (PSM) berlambangkan 'genggaman tangan' kiri.

Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim kata SPR lulus melalui surat bertarikh 20 April 2009 dan diluluskan pada mesyuarat SPR 15 April lepas.

Perjuangan PSM lama dah sebenarnya, cuma baru dapat kelulusan pendaftaran pada 19 Ogos tahun lalu, sementara logonya tak didaftarkan SPR pasai kata nampak ganas dan tak bermoral. Serupa la parti junjungan depa Be End tu bermoral sangat.. heh.. heh..

Tapi PR perlu lebih bersiap siaga.. kelulusan ini bukan saja bermakna kemenangan.. tapi juga cabaran.. semua rasa depa paling layak bertanding.. dan pulak, lagi banyak logo.. lagi pengundi fenin..

kekuatan organisasi bukan saja terletak pada berapa banyak nya ahli tapi macamana ahli2 itu digerakkan dan diuruskan..

Gambar menarik perlumbaan Penanti

0 org komen

Gendang perang baru dipalu..
Nak tengok siapa bakal menyahut..
Ala Najib janganlah malu..
Bukankah Che Det suka sangat sambut.



Menanda perlumbaan sudah bermula..
Sintin lengan sedia beradu..
Penanti ni sedikit luarbiasa..
Zahid Hamidi kami rindu sama you.



Elok lah semua siapkan diri..
Pastikan talipinggang dipasang rapi..
Jangan tengok pandang sepi..
Facility ada pakai tak reti.


Tunjukkan skill yang mana ada..
Jangan biaq terendam lama..
Baguih juga Fairus sua muka..
Biaq terkancing mulut2 depa.


Seantero Malaya sedia maklum..
Ni rumah dan kubu kuat hangpa..
Ingat pemimpin bukan maksum..
Kurang majoriti pun dah kudung kepala.



Tegak demokrasi elok elok..
Mata mata jangan di jolok..
Elakkan perkara yang tak elok..
Hudoh orang tengok.

Din:
Proton Saga, Gen2, Waja dan Wira
Kereta Nasional, aksiden jadi rangka
Mohamad Fairus Khairudin andalah wira
Bukan pembelot tidak mendurhaka.
(Pantun: Kedahlanie)

Tuesday, April 28

Dr Mansor menanti di Penanti

1 org komen

Dr. Mansor Osman.. gambar mStar online..

Sah! Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mansor Osman akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Ia diumumkan oleh Anwar di Yayasan, Aman, Penanti di bahagian Permatang Pauh sebentar tadi. Turut hadir pada majlis pengumuman nama bakal calon itu ialah Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Tengok gambar mesra bukan main.. jangan pekena pengundi ngan tikam menikam dah.. tunjukkan kata kita ada kelainan ngan Umno karat..

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadhiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. "Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan. Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Doktor mengulat

1 org komen

Pemandangan biasa dimana2 hospital kerajaan, orang ramai menunggu giliran..kosmo.

Tanyalah sapa2 pun yang biasa pi hospital kerajaan, mesti ada pengalaman berbaris panjang tuk pendaftaran, kadang2 tu pukui 6.30 pagi dah ada orang tunggu nak masuk beratur, nasib la pak guard jaga tak bagi masuk awai sangat.

Kemudian nganga lagi nak ambik no giliran, macam mintak sedekah laa.. orang susah macam kita nie.. biasalah..

Lepaih ambik no giliran nganga lagi.. bab nganga yang nie paling best..

Sebab tu aku respek la bila ada spot check oleh puak2 berantai ataih sana.. sekali sekala kena turun check budak2 dibawah buat kerja betul ke idak.. sesuai ngan perubahan yang diriuh rendahkan oleh Najib, ianya nampak suci sekali patuh diikuti setakat la nie la.. syabas juga wa ucapkan pada new list Najib's cabinet.. harap2 tu biaq berkekalan la yer..

Bab doktor buat kerja peribadi time kerja nie memang ada, tak dinafikan la walau bukan semua cam tuh..
Ada satu kes jadi kat bini aku.. aku dok bengkak sampai la nie.. dah la menunggu tak la lama sangat.. cuma 2 kali terlelap ja.. bila giliran kami masuk.. dia tanya sambil tulih tengok muka bini aku pun dak.. doktor pompuan, muda lagi, bini aku sakit urat belakang.. nak beralih pun tak boleh.. bera dah dan rasa macam nak demam pun.. dia sentuh pun dak, dalam 3 minit saja dok beradap dia, ok mak cik boleh pi ambik ubat.. amboi.. awat macam tu cek oii.. hina sangat ka orang susah macam kami nieh..

At first aku trauma gak dengan perkataan "perubahan" yang dilaungkan kerajaan.. standard la takkan nak paksa aku setuju membabi buta camtu.. tapi setakat ni.. perubahan yang dijanjikan Najib tu nampak macam on track je.. bertambah glamour ngan publisiti dari lidah2 rasmi diorang nie.. anyway thumb up buat M Saravanan.. spot check camni memang berkesan.. kasi pesalah2 nie ketaq sikit..

Menanti calon diPenanti

0 org komen

Bahang politik di Penanti memang panaih.. bukan peringkat suam suam kuku lagi dah.. makam panaih dia ke peringkat menggelegak dah nie..

PKR dah mula langkah awai ngan ura2 menamakan calon pilihan depa esok malam di Yayasan Aman Penanti.. banyak cakap2 orang kanan yang di war2 kan sebelum ini tak lain tak bukan ialah Timbalan ketua perhubungan PKR negeri Dr Mansor Othman.. betoi ka dak, sama2 lah kita tunggu.. PKR bab main strategi ni memang aku tabik la.. jadi kita tengok macamana dan sapa dia..

Sapa lawan sebenar PKR di Penanti..

Memang ada laungan disambut dari Mak Cik Nah nie.. isk.. bukan la niat aku nak perkecikkan cabaran dia.. cuma aku rasa tak stim la PRK lawan ngan dia nie..
Dan Mak Cik Nah pun janganlah perkecikkan pengundi2 Penanti pulak.. pengundi2 Penanti bukan jenih serondoi tembok.. potong ayam la kalau bebas boleh menang disini..
Ingatlah.. Penanti tu bukannya diambik dari perkataan PENAN.. dan jangan samakan pertimbangan pengundi Penanti sama ngan Batang I.. ooppsss sori.. Batang Ai..

Kita nak tengok sapa pilihan Najib di Penanti.. haa.. kita pun teringin nak tengok gak ayam tambatan PP Umno yang baru di Pulau Pinang nie.. iaitu Dato' Zahid.. maklumlah.. dia kena la tunjukkan langkah mula yang meyakinkan.. maklumlah.. dia ni adalah strategis yang menjayakan projek kudeta di Perak nun..

Tapi yang best nya ada gak orang yang syok sangat dok menyakat Che Det dijadikan calon PRK Penanti nie..
Bro Kulup Sakah sampai buat petisyen lagi.. heh.. heh..

Tak baik ooo hangpa dok perli dia camtu.. kesian dia.. kalau lah ditakdirkan dia kalah dibawah rumah DSAI pulak tu, tak ke naya.. hidung dia boleh tinggi cam tu lagi ker..

Monday, April 27

Najib menakutkan

0 org komen

KUALA LUMPUR, 27 Apr (Hrkh) - Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

"Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi."Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak tanggapan bahawa Umno dan BN cuba bersikap demokratik apabila memutuskan anak-anak tersebut dibesarkan dalam agama asal dan membiarkan mereka membuat pilihan agama mereka apabila sudah cukup umur."Ia tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!" tegas beliau.

Mahfuz juga melihat keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam."Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka."Perkara itu tidak benar kerana orang-orang bukan Islam juga turut menjadi mangsa keputusan itu," kata beliau yang menyifatkan Umno dan BN kini begitu terdesak dan begitu kemaruk kepadsa sokongan pengundi bukan Melayu.. baca seterusnya di Harakahdaily.

Wabak selesema Babi

0 org komen

BANDARAYA MEXICO: Kebanyakan negara di seluruh dunia bertungkus lumus semalam untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara masing-masing bagi mengekang penularan virus selesema babi yang sudah membunuh 81 orang di Mexico dan menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara itu yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan sudah dikuarantin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta semua negara meningkatkan laporan dan pengawasan ke atas penyakit itu selain menyelaraskan tindak balas untuk mengekangnya.

Kes baru selesema babi disahkan di Kansas dan California, selain Texas dan disyaki menular di New York. Namun pegawai berkata mereka tidak tahu sama ada kes di New York adalah daripada jenis yang merebak dari Mexico itu,

Sementara itu, Presiden Mexico memperoleh kuasa tambahan semalam untuk mengasingkan penduduk yang dijangkiti virus selesema babi ketika pihak berkuasa berusaha keras mengekang penularan wabak itu.

Seramai 1,342 orang sakit akibat penyakit maut itu sejak 13 April lalu, menurut perangkaan yang dikemas kini lewat kelmarin oleh Setiausaha Kesihatan Mexico.Tentera dan pekerja kesihatan Mexico meronda di lapangan terbang dan stesen bas ketika cuba mengasingkan penduduk yang mungkin dijangkiti penyakit itu, ketika semakin jelas kerajaan bertindak lambat untuk bertindak balas terhadap penularan itu pada Mac dan awal April lalu.

Malah tindakan mengasingkan pesakit mungkin tidak menghalang penyakit itu merebak, kata pakar epidemiologi.

Sebanyak 24 kes baru dilaporkan di Bandaraya Mexico saja semalam, yang menyaksikan pihak berkuasa menggantung sekolah dan semua acara umum sehingga notis selanjutnya. Lebih 500 acara, termasuk konsert dan sukan, dibatalkan di bandar raya dengan 20 juta penduduk itu.

Pihak berkuasa Mexico mengarahkan sekolah ditutup di ibu kota dan negeri Mexico serta San Luis Potosi sehingga 6 Mei ini, manakala Gereja Roman Katolik mengumumkan pembatalan perhimpunan pada hari Ahad di bandar raya itu.WHO semalam mengisytiharkan wabak selesema itu sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarahnya, Dr Margaret Chan mendesak semua negara memantau dengan rapi sebarang kejadian selesema. Berita harian

Menanti di Penanti

0 org komen

Berbagai cara depa cuba mengelakkan PRK di Penanti bagi pihak BN, akhirnya SPR umum gak..

Mengundi pada 31 Mei dan hari penamaan calon pada 23 Mei..

Kerusi kosong pasai bekas timbalan 1 ketua menteri PP, Fairus letak jawatan dan kosongkan kerusi pada 16 April susulan siasatan SPRM walaupun akhirnya tak bersalah.. wayang depa tak menjadi kali ni.. syabas buat Fairus.. gua respek kekuatan yang ada kat hang..

Lebih cantik lagi kenyataan PAS disini..

So.. kita jumpa di Penanti.. mengundi hari Ahad pulak tu.. takpa, kita tau SPR saja bagi masa sikit kat Umno buat persiapan..
Patut pun kelmarin aku tengok bangunan Umno Ptg Pauh meriah.. penuh ngan bendera.. harap bendera saja ramai..

Memperkasakan parti

0 org komen

Dalam sidang pimpinan bulanan di ibu pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti -menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.

Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.

Pertamanya agar Presiden (Dr Azizah) memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

Kedua: Timbalan Presiden (Dr Syed Husin Ali) menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan dan dasar yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat melayu dan bumiputra perlu ditangani.

Ketiga: Naib Presiden (Sdr Azmin Ali) yang melepaskan tugas selaku pengarah pilihanraya akan mengetuai pasukan pertugas yang terdiri dikalangan semua Naib presiden (Dr Lee Boon Chye, Sdr Sivarasa Rasiah, Sdr Mustafa Kamil Ayub, Dr Jeffrey Kitingan) bersama Ketua AMK (Sdr. Shamsul Iskandar dan Ketua Wanita (YB Zuraidah) untuk memperkasa kepimpinan parti diperingkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah mempastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.

Keempat: Setiausaha Agung (Dato Salehuddin) akan mengurus operasi ibu pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

Lain-lain perubahan adalah:

Pengarah Pilihanraya: Sdr. Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh
(keanggotaan baru)- Sdr Johari Abdul
Pengarah Strategik: Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob.
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Johnson Chong
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan.

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim
Sdr Paul Gadang
YB Raveen
Sharifah Shaheedah

Pimpinan biro kanan selaku anggota biro politik (dijemput): Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, Sdr Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, Gobalakrishnan dan lain-lain.

ANWAR IBRAHIM

Din:
Tak dinafikan PKR sedikit goyah disana sini dan nampak tak cantik menangani isu yang terapung dimata umum. isu memperkasakan parti perlu diwujudkan segera dan disalurkan sepantas mungkin kemata rakyat, dipercepatkan keberhasilannya sepantas mungkin bagi menghilangkan kegusaran ahli diperingkat bawahan nie.. syabas.. aku bukan ahli pun, saja syok tengok saja..

Sunday, April 26

Lagi menyemak

1 org komen

Najib singgah minum di sebuah gerai semasa tinjauan di Hentian Puduraya, di Kuala Lumpur. sumber disini..

DS Najib buat kejutan lagi dengan berjalan kaki di sepanjang Jalan TAR dan Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu lintas. Bukan main lagi terus dapat liputan hebat dari akhbar arus perdana.. disini.. dan disini.. (laa memang keja depa camtu, biaq pi laa.. takkan nak harap depa bodek PAS kot..)

Najib yang kacak berpakian kasual kemeja perang dan tentunya berseluar tiba di Jalan TAR 3.20 petang diiringi oleh Raja Nong Chik, timbalannya Datuk M. Saravanan dan datuk bandar bandaraya Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail.. masaalahnya bila Najib turun, ramai yang lain nak ikut.. pengawal keselamatan lagi.. penuh jalan, jalan yang sebelum nie dah semak lagi menyemakkan lah..

Nak bagi taklimat pun tang tu lah jugak.. sebelum nie hangpa buat apa tak bagi apapun taklimat kat Piem ka..? semak lagi lah jalan..

Maklumlah DS Najib nie pun terkenal.. banyak peminatnya yang tersendiri..
Dan Puduraya pun terkenal gak ngan sesaknya.. bila dua selebriti ni bertemu (DS Najib jumpa ngan Puduraya) sesak habih jalan yang memang telah sedia sesak dan semak lagilah jalan yang memang telah sedia semak.

Tapi gua tabik la sama PM Umno nie.. sekurang kurangnya ada pembaharuan.. nak tengok sendiri apa masaalah rakyat.. ada pegawai pun bukan boleh harap sangat.. kena gak sekali2 tu tengok sendiri.. gua mintak2 PM punya perihatin ni bukan bermusim saja.. Pak Lah dulu pun buat kejutan camni gak.. last2 gua yang terkejut bila Pak Lah direntap turun.

Tapi gua heran gak.. memang PM Umno kena camnie ker..
Naik PM baru nak round Puduraya ker..
Sebelum nie tak boleh ker.. erk.. sori.. gua tanya saja..

Man United teratas liga

1 org komen

Liverpool berputih mata lagi walaupun sebelum ini tewaskan Hull ngan 3 - 1 dan berkedudukan teratas liga buat sementara saja.

Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyumbat lima gol pada separuh masa kedua bagi menewaskan Tottenham Hotspurs 5-2 dan memintas semula Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Ia adalah kebangkitan hebat yang hampir menyamai prestasi ketika perlawanan di White Hart Lane pada 2001 apabila United menang 5-3 selepas ketinggalan 3-0 pada separuh masa.

Terdahulu, Darren Bent merembat hantaran lintang Vedran Corluka manakala Luka Modric menyumbat lambungan Aaron Lennon ketika Spurs mendominasi separuh masa pertama.

Ronaldo menyumbat gol pertama menerusi sepakan penalti selepas Michael Carrick dijatuhkan penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes, dan Wayne Rooney menyamakan kedudukan dengan sepakan leret.

Tandukan Ronaldo, rembatan Rooney dan tolakan Dimitar Berbatov kemudian memastikan kemenangan United.

Jantung anda ok ke

0 org komen

Lupakan hal politik sebentar, mari berkongsi informasi dan berpesan sesama kita di alam maya ini, semoga ianya serba sedikit dapat membantu untuk mengubah tabiat pemakanan kita semua dan menjaga jantung kita supaya sihat dan kuat.

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, makan tengahari dan malam, bukannya air sejuk. Mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan.

Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.

Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung.

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.

Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.. sumber ISA.

Din:
Baik sebagai pedoman.. mencegah lebih baik dari mengubatinya.. terutama dalam keadan ekonomi gayat dan politik gawat nih.. serangan jantung cukup menjadi.. heh.. heh..
Bagaimanapun doa ku buat semua moga kita berada dalam keadaan sihat sejahtera kurniaan Allah dan bersamalah kita berubah ke arah kehidupan yang sihat.

PKR - Parti Kedai Runcit

0 org komen

RPK terus aktif berblog walaupun dalam buangan kendiri.

Raja Petra Raja Kamarudin (RPK) baru terima pengurniaan waran tangkap oleh mahkamah pada 24hb April lalu. Dia gagal hadir dalam sebutan kesnya kerana masih dalam buangan kendiri dan kini berada diluar Selangor akibat dari pegeseran ngan istana Selangor.

Dia masih lagi aktif berblog dan terkini tulisan nya yang berterus terang telah dihalakan dalam kelambu PKR.. baca mStar.

Bagi membuktikan web Malaysia Today bukan pro pembangkang dan antikerajaan, beliau telah
membuat teguran sinis terbuka buat DSAI tentang cara PKR dikendalikan yang seolah olah sebuah kedai runcit.

Anwar mungkin menganggap beliau sebagai pemimpin yang bagus dalam PKR.

RPK menjelaskan "Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri malah pandai menguruskan orang dalam parti," jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat. Ramai yang berbakat didalam parti tapi tak diturunkan tanggungjawab yang setara dengan skill yang ada.

Pena tajamnya juga dihalakan buat pengunjung2 blognya agar usahakan komen2 konstruktif dalam blognya daripada ulasan yang boleh 'memusnahkan' laman web kelolaannya.

Selangor juara piala FA

0 org komen

Naib juara tahun lalu, Selangor muncul juara kejohanan Piala FA di Stadium Bukit Jalil di sini malam ini. Selangor memenangi kejuaraan buat kali ketiga sejak tahun 2000 menerusi tendangan penalti.

Pasukan bimbingan K. Devan ini menyempurnakan kesemua empat sepakan penalti pertama. Kedua-dua pasukan terikat 1-1- apabila permainan 120 minit termasuk masa tambahan berakhir.


Terdahulu Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-10 selepas Kelantan mendahului 1-0 sejak minit kedua waktu tambahan pertama.. sumber mStar

Saturday, April 25

Ada otak ka

0 org komen

Seorang perempuan diberi tahu yang suaminya memerlukan pemindahan otak kerana suaminya menghidapi penyakit brain dead. Doktor memberitahu perempuan bekenaan yang hopital itu ada pakar pakar pemindahan otak dan mereka bernasib baik kerana hanya ada tiga lagi otak fresh yang boleh dipindah kan.

Otak otak berkenaan datangnya dari saintis dari Russia, ahli politik dari Perak dan penagih dadah dari lorong gaharu yang baru je meninggal dunia.

Untuk otak yang pertama yang datangnya dari ahli sains Russia harganya RM10 ribu, manakala otak kedua ahli politik dari Perak yang harganya RM15 ribu dan otak ketiga datangnya dari seorang penagih tegar lorong gaharu berharga RM1oo ribu.

Si isteri itu pelik bercampur hairan dan bertanyakan pada doktor kenapa harga otak ketiga paling mahal.

Doktor pun menjawab "ooh.. otak yang tu tak pernah dipakainya"

Friday, April 24

Berita hangit

1 org komen

Wooit.. ni gambar apa..? bukan sebelum ni dah berdamai ka..?

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh digesa supaya berdamai demi kepentingan parti dan rakyat Terengganu. Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan bagi mengakhiri kemelut politik di negeri itu sekarang.. sumber Malaysiakini..

Politik Terengganu menggelegak hangit sejak Mac tahun lalu ekoran kontroversi pelantikan menteri besar selepas pilihanraya umum. Idris disokong pusat tapi Ahmad direstui Istana. Sampai la nie panaih tak habih habih sampai naik hangit pulak.. heh.. heh..

Keadaan jadi lebih siru bila 10 ADUN BN Terengganu tuang sidang DUN awai minggu lalu, lepas tiga daripada depa terima SMS ugutan.

Din:
Gambar ataih tu bukan dah berdamai dah ka.. diciluk dari TT..

Aku dah mula rasa semak

0 org komen

Aku dah mula rasa semak..

Terkini.. 2045hrs
Terpacak telinga baca berita panas terbaru dari sini..

Buat semua anggota PR, tolong jaga2 Fairus.. setakat la nie aku percaya ngan ketahanan yang ada pada dia, cuma kita perlu ada langkah berjaga jaga tuh.. mana tau, BN yang tak takut kat sapa tu boleh buat macam2.. tak dapat tanduk telinga dipulas..

Terkini.. 1440hrs
Fairus memuktamadkan yang dia memang dah letak jawatan dan menyokong penuh kepimpinan PKR dibawah Anwar.. disini..

Budak2 kadang2 kena gempaq sikit, tarik telinga, cubit dan tibai kalau perlu, tak boleh dok biar melilau tak ketahuan sangat.. takut2 pi terbei bumbung rumah orang ka.. curi buah mempelam orang ka.. dan yang paling digeruni, kena kidnap ngan hantu kopek.. heh.. heh..

Haa.. la nie tunggu apa dalih SPR la pulak Isnin nie.. nie pun salah satu cawangan Umno yang pandai buat menyemak gak nih.. chiss.. bedebah betul..

Posting asal..

Balik Jumaat saja belek mStar online jumpa yang nie.. chiss..
Nie bukan main2 oi.. bukan main sorong papan tarik papan.. nie soal kredibiliti kita dimata pengundi.. apa yang siru sangat nie..

Fairus kata dia serahkan pada pucuk pimpinan PKR sama ada kekal ADUN Penanti ataupun sebaliknya. Dia sanggup bersemuka ngan pimpinan diwaktu terdekat tanpa bagitau bila.

Speaker Dewan Abdul Halim Hussin pulak kata, Fairus tak boleh tarik balik surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti.. nanti buruk siku. Drama swasta apa nie.. kata nak sambung belajaq ari tu.. nie dah habih belajaq dah ka?

Aku dah mula rasa semak..

Rahsia diwajibkan solat

0 org komen

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

Din:
Salam Jumaat buat semua pengunjung.

Sumber: http://dakwah2u.blogspot.com/2009/03/rahsia-diwajibkan-solat.html

Thursday, April 23

Topi keledar haram

0 org komen

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mengharamkan pengimportan topi keledar yang tidak menepati piawaian Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengenai perkara itu.

"Saya harap semua penunggang dan pembonceng motosikal akan menggunakan topi keledar yang mempunyai piawaian Sirim demi menjamin keselamatan mereka di jalan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Pengedar dan Penjual Motosikal sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya dekat sini, hari ini. Baca seterusnya disini...

Din:
Cadangan yang wajibnya dilaksanakan sejak lama dulu..
Saja depa nak tunggu Najib naik PM baru nak buat.. entah berapa banyak dah jasa yang terhasil dari topi keledar haram pada pengguna2 motosikal negara kita agaknya.. sapa ada perangkaan tolong bagi sat..

BN tak takutkan sesiapa

0 org komen

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak pernah takut sesiapa dalam menghadapi pilihan raya kecil, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini soal pilihan raya biasa dilalui. Menang kalah adalah adat pertandingan dan apapun kita akan hadapi sepanjang masa," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah di sini.

Beliau mengulas kenyataan pengarah strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail bahawa BN enggan meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti kerana mereka (BN) adalah "underdog" (bukan pilihan). Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata soal sama ada BN akan bertanding atau tidak belum diputuskan lagi.. sumber mStar.

Din:
Fuyoo.. ini aku takut, betul2 takut.. pengundi2 Penanti pun takut bila BN tak takut..
Aku takut, pengundi2 terus takut nak undi BN yang tak tau takut..
BN kalau tak tau takut habih semua jadi kalut..
Lagi satu aku takut Penanti tak diistiharkan kosong oleh SPR kerana PM nya takut..
Jangan silap paham.. PM Umno takut membazir.. mau paham tuh.. heh.. heh..

Krim anti tua

0 org komen

KUALA LUMPUR 22 April – Seorang lelaki berusia 63 tahun dihukum penjara seminggu dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri tiga botol krim antipenuaan bernilai RM177 awal tahun lalu.

Majistret Nor Azah Kasran mengarahkan hukuman terhadap Ng Hung Yang berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap 24 Februari lalu.

Hung Yang, seorang penganggur mengaku mencuri tiga kotak L’oreal Derma Genesis bernilai RM177 milik Aeon Jusco Kepong di sini pada pukul 1.15 petang, 24 Februari 2008. Utusan online.

Din:
Kalau yang curi tu remaja boleh diterima akai gak.. ni dah tua gayut, anti penuaan mende.. ish.. pelik la, kena refer kat Hishamuddin nie.. tengok apa komen dia..

MU kukuh

1 org komen

Selang seli ngan bola nie pun ok gak.. tak la kepala tu sendat sangat dengan politik kita yang makin bercelaru dan mendidih panaih tu..

Man U merangkak naik balik ke kedudukan terataih liga lepaih menang 2-0 ke atas Portsmouth di Old Trafford pagi tadi.. janji menang walau ada yang jealous kata Portsmouth bagi can.. kah.. kah..

Baru 9 minit main, Rooney sumbat bola kacang dari Giggs, gian lepaih cedera tuh..

Michael Carrick nie kira sempoi la, walaupun masuk lambat tapi boleh pakai.. 8 minit sebelum tamat permainan dia rembat kencang untuk kemenangan mutlak.

Sir Alex Ferguson boleh jalan makan angin ataih lepaih dia pintas Liverpool dengan tiga mata dan kelebihan baki satu perlawanan pulak lagi..

Fairus bersih

0 org komen

PULAU PINANG: Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi. sumber mStar.

Din:
Selesai bab Fairus di kacau SPRM..
Timbui pulak bab patut ka tak patut Fairus di rentap turun..
Betoi ka ada konspirasi macam yang Fairus dakwa..
Banyak betoi hangpa punya konspirasi.. baju PKR berjiwa Umno..

Musnah harapan Chelsea

0 org komen

Kita kendurkan sikit urat2 yang tegang ngan santai bola kejap.. ok.

Chelsea dah letih dan kurang meyakinkan bila diikat di Stamford Bridge tanpa jaringan oleh Everton lantas menamatkan saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Depa kuasai permainan tetapi Everton keras kepala dan mungkin lebih baik pun. Drogba biasa la tapi kreatif sorang2 tanpa bantuan yang kejap dari member2, sapa yang boleh tahan.. sempoi bila kena palang je lah..

Chelsea lepak baik dengan 6 mata di belakang Man U dan 3 mata di belakang Liverpool. Tinggai Liga Juara-Juara dan Piala FA, league cup lain tahun.. ok

Wednesday, April 22

Menanti SPR di Penanti

1 org komen

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.

"SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkara perkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang. "Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.. sumber mStar..

Din:
Pengumuman sengaja diliwat.. ooppsss sori.. dilewatkan atas arahan pihak atasan yang penakut.. hangpa (SPR) tolong cari sat ada ka apa2 yang boleh secara lawaknya kata tak payah PRK..
Ataupun rasa berat hati sungguh pasai PM Umno tak bersetuju, membazir katanya..

Atau bagi peluang Umno boh calon bebas banyak2..
Atau bagi peluang balaci2 depa cari Fairus sampai lubang cacing.. pujuk dan sogok tarik balik perletakan jawatan.. bagitau la kata tak jadi sambung belajar dah pasai dah pandai sikit..
Ataupun tah2 la nie tengah dok pegang lutut Fairus dah suruh isi borang Umno..
Aku rasa2 macam DUN Penanti tak jadi kosong la.. heh.. heh.. kenapa.. tak caya ker..?

Gobind cabar Pandikar

2 org komen

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.. baca seterusnya..

Din:
Nah amik ko.. senjata nak makan tuan.. kacau nampak gayanya Mahkamah kita.. syok gak drama nie.. siapkan pop corn bagi banyak.. (ayat bro Nobisha.. heh.. heh..)

Mahkamah Persekutuan dah batalkan penggantungan oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar minggu lalu ke atas MB BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exco negeri dan ini mewujudkan duluan (precedent) untuk membawa perkara (penggantungan) tersebut ke Mahkamah Persekutuan..

Melayu mudah lupa

1 org komen

PUTRAJAYA, April 22 – Tun Dr Mahathir Mohamed today singled out Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz as one of the ministers he thinks should not have been appointed into Datuk Seri Najib Razak’s Cabinet. He also named Datuk Johari Baharum as someone he thought should not have been made a deputy minister.

Dr Mahathir's remarks today came after he expressed disappointment last week that Najib had appointed "unsavoury characters" into his Cabinet.

"It is quite obvious that he (Najib) does not depend upon me, for example, he appointed ministers, deputy ministers who I think don't deserve to be ministers, who are involved in corruption," he told reporters today.. seterusnya disini..

Din:
Takkan Nazri Aziz ngan Johari Baharum saja kot..
Macamana ngan Ali Rustam nun di Melaka nu.. takkan tak nampak kot..
Macamana ngan tuduhan2 yang mengelilingi DS PM Umno.. tak nak pulas telinga ka suruh dia bersihkan dulu nama dia.. kalau nak tibai, tibai semua yang kita dengar la.. balon semua yang kita lihat.. baru peminat respek..

PAS tolak PKR

0 org komen

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.

Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya.. seterusnya di Malaysiakini..

Din:
PAS tolak sikap PKR yang paksa Fairus lepas jawatan, buat akar umbi jadi curiga..

Celah2 tu dia perli Anwar pulak, individu tu tanggungjawab parti, pimpinanlah kena selesai.. bukan dok buat gempak saja.. (sori.. yang nie aku tambah.. heh.. heh..)

Haa.. yang nie ayat aku tambah.. PAS kawasan tak kata pun..
Errr.. sikit2 letak jawatan.. silap sikit letak jawatan.. tu salahguna demokrasi macam tu.. tapi tak letak pun susah gak bang.. tak larat nak tempih kiri kanan punya dok mai.. tapi kocak2 camni biasa la.. tak geletek langsung pun tak syok gak.. nanti orang kata PAS Ptg Pauh nie tak dak hati ker.. heh.. heh..

Makhluk perosak

1 org komen

Oleh Kerajaan Rakyat

Mungkin ada kebenarannya apabila masyarakat Malaysia mengatakan bahawa Tun Mahathir Mohamad bekas presiden UMNO adalah berketurunan Mamak. Tidak salah dan tidak hina keturunannya. Mamak, telah diterima oleh rakyat Malaysia sebagai ‘saudara’. Di Malaysia ramai Mamak yang kaya, mungkin juga kerana mereka saudara rapat kepada Tun Mahathir.

Bicara saya bukan tentang keturunannya, tetapi perangai dan tabiatnya. Melayu, bangsa yang kaya dengan budi, mewah dengan bahasa. Melayu juga yang selalu kena ‘badi’ dan Melayu juga yang cepat layu pabila dipuji. Melayu akan bangkit pabila dikeji dan Melayu juga yang kerap tewas pabila diuji.

UMNO, sebuah parti siasah di mana berkumpulnya segala sejarah putih, hitam, biru dan kuning penderitaan, perjuangan dan pembangunan Melayu. Tetapi itu telah dibungkus rapi menjadi sejarah oleh pemimpin UMNO sendiri.

Hari ini UMNO menjadi parti Melayu yang mencatat diari padat dengan penipuan, pendustaan, penindasan, pengkhianatan dan kesombongan yang maha dahsyat. UMNO telah menyebabkan bukan hanya Melayu yang jatuh ke lembah kehinaan, malahan UMNO telah mencalar dan memusnahkan keagungan Agama Islam, ketuanan Bangsa dan Bahasa Melayu serta kedaulatan Negara.

UMNO cemar dan musnahkan segala impian murni rakyat Malaysia lantaran tindak-tanduk pemimpin mereka masakini yang rakus dan haloba.

Watak utama yang meragut keindahan budaya Melayu dan keharmonian bermasyarakat rakyat Malaysia, tidak lain adalah Mamak yang telah diangkat oleh UMNO menjadi Melayu - Mahathir Kutty bin Mohamed Iskandar Kutty, bekas presiden UMNO!

Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia menyaksikan dengan rasa hampa, malu dan meluat segala tindak-tanduk Tun Mahathir yang telah dengan lantang dan biadap bukan hanya mengkritik malahan menghina dan menjatuhkan maruah serta nama baik Dato’ Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi serta keluarganya.

Belum sampai setahun Dato’ Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mentadbir negara, Mahathir telah menelanjangkan segala kesilapan dan kealpaan Abdullah seolah-olah beliaulah yang maha benar dan maha betul. Tidak puas dengan hinaannya terhadap Abdullah Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Mahathir turut dengan sombong dan egonya mengheret menantu Abdullah Badawi,
Khairy Jamaluddin dan ke dalam kitap hinaannya.

Beberapa tahun sebelum beliau ‘terpaksa’ melepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad bersama ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Setiausaha politiknya ketika itu telah dengan penuh kezaliman dan kesialan hati bukan hanya menfitnah, tetapi turut mengkhianati Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta keluarganya.

Perlakuan Tun Mahathir yang jelas menonjolkan kebiadapan dan terlalu bercanggah dengan budaya Melayu serta peradaban rakyat Malaysia ialah semasa perhimpunan agong UMNO Mac lalu.

Lantang dengan nada sombong dan bongkaknya Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan tersebut. Apa yang berlaku beberapa jam setelah Dato’ Seri Najib Razak dipilih menjadi presiden UMNO menggantikan Dato’ Seri (Tun) Abdullah Badawi, Mahathir menyertai perhimpunan tersebut. Perlakuan ini jelas menunjukkan sikap sebenar Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir dengan jelas telah melafazkan perasaan dendam, busuk hati dan kehinaan tingkah-lakunya melalui perlakuannya itu. Bukankah kehadirannya hanya untuk menunjukkan bahawa beliau ‘membenci’ Dato’ Seri Abdullah Badawi? Wahai Tun Mahathir, apa yang Tun lakukan pada hari tersebut bukanlah budaya Melayu dan amat bertentangan dengan adab masyarakat Malaysia.

Dato’ Seri Abdullah Badawi sehingga hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri telah berulang kali menyatakan permohonan maaf kiranya beliau bertindak sesuatu yang tidak sehaluan dengan Tun Mahathir. Apakah permohonan maaf Abdullah patut dibalas dengan penghinaan oleh Mahathir?

Wahai Tun Mahathir, kamulah insan berketurunan Mamak yang telah dinobatkan sebagai Melayu oleh UMNO dan kamu juga telah bertindak seperti peribahasa Melayu “Kacang yang lupakan kulit”. Kesombongan Tun telah mencapai tahap yang boleh merosakkan agama Islam, bangsa Melayu serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

Mulai hari dan ketika ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengenepikan secara total segala pandangan Tun Mahathir kerana ianya banyak yang bakal menjahanamkan agama, bangsa dan negara tercinta!

Menanti diPenanti

0 org komen

Panas-panas.. terkini menanti diPenanti..

Jika pun Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon di Penanti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemungkinan tidak akan menang tanpa cabaran.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, antara pemimpin peringkat awal parti itu ditubuhkan, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika pilihan raya kecil diadakan. Beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas.. selanjutnya disini..

Din:
Mak Cik Nah pun nak gak glamour.. menang tu tak la Mak Cik harapkan sangat cuma press the luck kot2 kertas calon lain ditolak.. ada harapan gak Mak Cik jadi Adun.. heh.. heh.. tumpang lalu bang..

Pilihan raya kecil Penanti: SPR mesyuarat hari ini


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.

"Kita bertemu pagi ini berhubung pilihan raya kecil Penanti tapi sidang media mengumumkan keputusan mesyuarat hanya diadakan Jumaat," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi.

Kerusi Penanti kosong ekoran keputusan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang melepaskan kedudukannya.. sumber mStar..

Din:
Keputusannya ialah.. jeng.. jeng.. jeng..
Perletakan jawatan Fairus tidak sah maka dengan ini Fairus masih lagi Adun bagi Penanti dan tiada PRK yang akan diadakan seperti yang diwar warkan oleh ramai orang.

Keputusan ini diambil setelah membuat pertimbangan sewajarnay terutama sekali berkenaan dengan pembaziran yang bakal berlaku sekiranya pilihanraya diadakan.

Sayugia juga diingatkan buat rakyat sekalian bahawa isu pembaziran yang diutarakan disini tiada ia kena mengena dengan apa yang diutarakan oleh DS Najib PM Umno baru baru ini... sekian.. padan muka korang.. heh.. heh..

Tuesday, April 21

Apa hal lak nie

0 org komen

Apa yang pada mulanya hanya satu salah faham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor malam tadi.

Apa yang pada mulanya hanya merupakan salahfaham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam.. seterusnya disini..

Ketua CID Johor, Amer Awal berkata masalah itu bermula di SMK Pekan Nanas di mana seorang pelajar tingkatan satu telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajar berkenaan.

Juga dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu itu adalah cucu kepada seorang pemimpin MCA di situ.

Din:
Walaupun hampir setiap hari sekarang nie bumi disirami hujan dan agak sejuk.. namun suhu sebenarnya agak panas.. bukan saja di Perak malah kini merebak ke Pulau Pinang, Melaka dan terbaru di Johor.. isk.. isk.. apa hal pulak Johor nie..

Media asing dikecam

0 org komen

PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan. Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh."Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan.

"Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism"."Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism"."Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya. Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing. Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.. sumber mStar..

Din:
Nada belaian sayang dari Che Det boleh dijangka..
Bagai bapa yang meleteri jiran sebelah rumah yang tak habis2 menyakat anaknya ketika pulang bersekolah..

Terlebih ajar

0 org komen

Che Det baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajarnya, Najib yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Che Det cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Che Det lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Che Det memerhatikan lagi Najib masih sendirian di tempat yang sama. Che Det kini yakin bahawa Najib sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Che Det mendekati Najib dan berkata penuh kelembutan…

“Najib.. apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Najib menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Che Det bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini sedangkan kawan-kawan riang gemmbira bermain ditengah padang tu, cikgu gembira kalau cikgu dapat membantu kamu?”

“Tak pe cikgu” jawab Najib dengan penuh kehairanan…

“… Saya kan penjaga gol jer!”

Monday, April 20

Ada lagi Eli oi

0 org komen

PETALING JAYA: Elizabeth Wong baru lima hari kembali meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Selangor dan ADUN selepas bercuti dua bulan ekoran isu tersebarnya gambar separa bogel.

Walaupun Wong telah meminta "izinkan beliau meneruskan tugas untuk rakyat", nampak gaya isu itu muncul semula dan beliau ' tidak bebas' sepenuhnya.

Gambar-gambar terbaru Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, yang sedang tidur lena berpakaian baju singlet hitam dan menampakkan ketiaknya dikesan di sebuah laman blog baru-baru ini.. sumber..

Din:
Nampak macam tak adil dan kejam.. tapi personally aku rasa setiap anggota parti bukan saja perlu bersih, malah juga perlu dilihat bersih..

Selagi ada Eli di kerusi tu, selagi itu lah ruang ini akan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang.. memang nampak kejam, tapi aku lebih suka Eli dilepaskan dari menanggung siksaan ini yang tentunya terasa oleh parti dan anggota anggota parti yang lain..

Kita seagama

0 org komen

Dah seminggu Husin tak bertanya khabar Pak Lang ngan Mak Lang nya.

Dah seminggu Pak Lang Sahak ngan Mak Lang Piah balik kampung melawat Ibu yang dikasihi meninggal dunia pada Selasa 14hb April 2009 yang lepas setelah setahun sakit tua..

Dah seminggu juga lah Husin tak bertegang leher ngan Pak Lang, rindu juga rasanya.

Husin perlahankan kayuhannya, titi usang merentasi tali air kecil depan rumah Mak Lang terhenjut henjut menahan beratnya.

"Assalamualaikum Mak Lang"

"Waalaikumussalam" garau suara Pak Lang Sahak.
"Naik la Husin" lanjut suara Mak Lang didapur.

"Macamana seminggu Pak Lang di kampung" sapa Husin sambil bersila disebelah Pak Lang

"Letih la Husin ooi, kampung la bukannya macam kampung dulu2" keluh Pak Lang
"Nak satu hati dalam urusan hidup mati pun susah, tambah la sakit demam" Pak Lang tambah lagi.

Husin kenal benar sikap Pak Lang Sahak, kritis dan sentiasa tegas dengan prinsip. Putih katanya putih lah, siap tegas berhujah lagi bagi memutihkan ideanya.

"Tak kan tak dak sorang pun yang boleh jadi kepala, macam kampung kita" berkerut dahi Husin

"Memang ada.. tapi semua nak tengok duit ada berapa dulu.. haiiihh.." mendesah suara Pak Lang

"Entahlah Husin oi, orang tua2 mati macam tu la, mana la dia ada simpanan" sampuk Mak Lang melenggang ngan kopi didulang.
"Anak2 yang pi sana pun mana nak dapat duit selunggok macam tu, nak kena tanya habaq gak yang lain2, nak himpun pelan2" Mak Lang bersimpuh didepan Pak Lang

"Malam tu Sin, sampai 2.30 pagi aku melilau, urus korek liang la, kain putih la, keranda la, tengok tempat tang mana nak simpan, pukul berapa nak simpan, nak sembahyang pukul berapa, berapa orang nak panggil.. ish.. pendek katanya.. mula sampai habih kena urus sendiri" Pak Lang geleng kepala.

"Dah lama kita keluaq dari kampung tu Sin.. bukan kita kenai semua orang macam dulu dah, tu yang kalut sikit tuh" Pak Lang membetul kan silanya

"Tekong sana dia mau duit selonggok baru nak mula kerja, habih tu aku nak buat camana.. kena ikhtiaq sendiri la" Pak Lang tunduk mangaut tembakau yang tercicir

"Sebab tu la Sin, kita letak parti sebelah" bersinar mata Pak Lang merenung Husin
"Kita semua seagama, wajib atas kita bersatu melunaskan janji kita sesama umat untuk membantu umat yang lain yang ditimpa musibah" bersungguh Pak Lang Sahak

"Saya bersyukur Pak Lang, Mak Lang.. walaupun dikampung kita terbahagi dua pahaman parti, tapi bab2 hidup mati ngan sakit demam nie, setakat ni.. Alhamdulillah la" angguk Husin

"Yang sudah tu sudah la, kita dah berjaya sempurnakan pengebumian Mak disana bang oi, Alhamdulillah la" tambah Mak Lang


"Hmm.. moga roh mak dicucuri rahmat atas kehendakNYA jua" tunduk Pak Lang

Berbahagialah buat orang2 yang masih mempunyai ibu didunia ini. Husin terkenang kedua orang tuanya yang kini masih berdua dikampung.

Di arah bayar

0 org komen

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Din:
Banyak lagi cerita menarik disebalik keputusan mahkamah nie.. PR Pahang boleh la tengok2 apa yang patut dibuat.. heh.. heh..

Duit sapa yang nak hangus dalam masa 14 hari tu..
Macamana kontrak dianugerahkan pada syarikat tuh..
Apasal suka2 boleh langgar kontrek plak..
Penganugerahan dan pelanggaran kontrek tu adakah dibuat atas dasar ketuanan Melayu..
Heh.. heh.. satu Malaysia nak tau cerita nie..
Related Posts with Thumbnails