Sunday, May 31

Penanti: Timbalan Ketua Menteri I

0 org komen

Secara rasminya Dr Mansor Othman yang mewakili PKR telah menang PRK Dun Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang bergaya dengan majoriti 5,558 undi.

Tiga calon bebas - Aminah Abdullah yang gah mendapat sokonngan kukuh dari UBN terutama jentera tampal poster mendapat 392 undi, Khan Ari 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris 56 undi. Yang bestnya.. kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng umumkan Dr Mansor Othman yang baru memenangi PRK Dun Penanti hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu pada pagi Rabu ini.

Sampai tertidur

0 org komen

Gambar yang dipetik dari Malaysiakini sudah cukup menggambarkan suasana keseluruhan proses pengundian di Penanti hari ini. Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan ini merupakan peratusan keluar mengundi yang terendah dalam sejarah Malaysia.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Nampak macam rancangan UBN mengsabotaj PRK Penanti berjaya, berdasarkan peratusan yang keluar hari ini. Setia sungguh ahli2 UBN dengan seruan pemimpin2 bangang mereka serta dibantu oleh berpuluh puluh kenduri kahwin sempena ngan cuti sekolah yang baru bermula.

Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) melaporkan dalam lamanwebnya bahawa pegawai tempat mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tanah Liat tertidur kerana kurang pengundi.

Mafrel melaporkan perkara perkara pada jam 3.51 petang dalam lamanwebnya bersama foto pegawai yang tertidur itu.

Menurut Mafrel, keadaan mungkin gambaran terbaik mengenai kelembapan proses pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini. (klik)

Terkini Penanti: rombongan UBN sudah sampai Danok

1 org komen

Laporan secara live dari Wak ABO menyatakan rombongan UBN yang melarikan pengundi2 penanti ke pekan Danok dah pun sampai.. :)


Sebagai bukti.. seorang dari peserta rombongan telah dengan senyap sunyi kirimkan gambaq nie bagi Wak untuk ditayang pada orang2 PKR yang tak mau pi.. wakaka..

Terkini Penanti: pengundi dipindah kawasan

0 org komen

Gambar hiasan: Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Penanti bermula 8 pagi; keputusan dijangka diketahui 8.30 malam.
Wooit.. aku tak keluaq ngundi lagi nie.. aku akan amuk 1Malaysia kalau nama aku tak dak nanti.. :)

Terkini di Penanti:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga hingga empat orang pengundi - yang sebelum ini mengundi di Teluk Wang dalam DUN Penanti dalam pilihanraya umum lalu dan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh - pagi ini didapati telah dipindahkan ke DUN Permatang Pasir - satu lagi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kita akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selepas pilihanraya kecil ini," katanya selepas meninjau pusat pengundian bagi Teluk Wang di dewan orang ramai Kampung Tun Sardon.

Ditanya sama ada pemindahan pengundi itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini, Anwar menjawab 'ia bukan satu masalah' dan yakin PKR akan mengekalkan kerusi Penanti.

Cerita sebelumnya...
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.

Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih.

Katanya, apa yang berlaku sama seperti ketika pilihanraya umum 2004 lallu di mana ramai pengundi dipindah ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.

Sehubungan itu, Mansor menyuarakan kebimbangan bahawa perkara itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini.

Lim juga menyifatkannya sebagai satu 'komplot' untuk mensabotaj pengundian hari ini.

Mansor pula berkata, PKR akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika terdapat banyak lagi kes kehilangan nama pengundi.

Sementara itu, seorang pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Sementara itu, dalam reaksinya, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata pengundi sepatutnya memeriksa lebih awal nama mereka dalam senarai pemilih.

Dengan itu, katanya, pihak SPR akan dapat mengenalpasti masalah tersebut.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh menyalahkan SPR mengenai perkara itu.. (klik)

Chelsea juara FA

0 org komen

LONDON: Chelsea memberi Guus Hiddink hadiah istimewa sebagai tanda perpisahan apabila jaringan kemenangan Frank Lampard membantu pasukan itu menewaskan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley, malam tadi.

Hiddink yang bertindak selaku pengurus sementara akan kembali mengemudi skuad kebangsaan Russia sepenuh masa Jun ini tetapi dia akan sentiasa dikenang di Stamford Bridge selepas memimpin Chelsea mendakap trofi pertama dalam tempoh dua tahun.

Lampard yang meledakkan gol penting bagi pasukan pada minit ke-72 berkata jaringan kemenangan olehnya adalah untuk ibu tersayang yang meninggal dunia, tahun lalu.

“Kami menunjukkan perwatakan baik dan menguasai perlawanan selepas babak pertama,” kata Lampard.

“Gol kemenangan ini juga menceritakan bagaimana ayah saya (Frank senior) menyambut jaringan yang hebat pernah dilakukannya dulu. Ibu saya akan menghargainya.”Apapun, Everton melakukan permulaan sempurna apabila Louis Saha merembat masuk gol pertama ketika permainan hanya berusia 25 saat untuk merakamkan namanya dalam sejarah Piala FA selaku penjaring terpantas.

Namun, penyerang Ivory Coast, Didier Drogba tampil menanduk masuk pada minit ke-21 sebelum rembatan jarak jauh Lampard mengesahkan kemenangan kelima bagi kelabnya dalam kejohanan itu dan detik ceria buat Hiddink.

Ia juga malam indah buat pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole untuk muncul pemain pertama dalam tempoh lebih 100 tahun untuk memenangi lima pingat Piala FA.

Bagi Drogba ia harus menebus rasa kecewa tewas dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah kepada Barcelona.“Saya amat gembira. Kami memerlukan untuk memenangi trofi musim ini dan kami percaya dapat melakukan. Hiddink mengubah wajah cabaran kami malam ini (malam tadi),” katanya. - AFP

Raikan demokrasi Penanti

0 org komen

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, memeriksa kelengkapan yang akan di hantar ke pusat mengundi pada PRK N12 Dun Penanti selepas sidang media di IKBN, Bukit Mertajam, hari ini. PRK Dun Penanti akan diadakan esok yang membabitkan tiga calon Bebas dan seorang calon PKR - Foto Rosdan Wahid


31hb Mei 2009.
Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan 3 calon bebas menentang Dr Mansor dari PKR..
Selama 8 hari berkempen maka tiba lah hari ni sebagai penentu.

Ternyata PKR yang sebelum ini nampak selesa, telah diberi tentangan hebat salah seorang dari tiga calon bebas.. calon bebas yang paling gedik dalam sejarah dengan dibantu media2 UBN. Tak tercapai dik akai.. calon bebas boleh dok front page media pengampu UBN..

Bila kita kata UBN taja calon bebas depa nafi.. tapi apa yang nampak jelas, kempen tersusun dari calon bebas ni nampak lancar seperti dirancang.. siap ngan khemah, tempat, masa yang tepat dimana wartawan sempat sampai..
Ada pulak temujanji ngan SPR dan SPRM keesokannya..
Poster ngan banner pun boleh tahan qualitinya.. dengaq kata orang2 UBN yang tolong penaik poster dia.. tentulaa.. mat2 bangla pun lari jumpa dia.. takut kena rakam curi.. heh.. heh..

Yang bangang nya lagi.. kempen dia penuh ngan tunjuk kesalahan PKR dan keji kelaku Anwar..
Anjing liaq tepi ghumah pun golek kepala kalau dengaq.. kempen taik kucin hang camtu..
Mak mentua aku kata.. dekat sepuloh orang muntah hijau balik dari ceramah dia..


Pekerja JKR, Mohd Azizan Mia lekatkan poster SPR di pusat mengundi di Sek Keb Mengkuang di sini, sebagai persiapan bagi PRK Dun Penanti. Kerusi Dun itu dikosongkan penyandangnya yang juga bekas TKM 1, Mohammad Fairus Khairuddin. - Foto Bernama


Penanti juga menyaksikan UBN takut bertanding tapi anehnya sibuk berkempen, dengan bangang nyer pulak kata nak bagi penerangan kat ahli pasai apa tak bertanding. Apasal penerangan waktu kempen pulak.. media pengampu bercambah tak reti nak guna ka.. bodoh punya alasan.. masih ada lagi niat nak perbodoh ahli hangpa yang dah semakin berkurang tu..

Apa yang jelas kelihatan di Penanti, setiap tindakan PR dipantau gila2 oleh cawangan hyper active UBN iatu SPR dan PDRM..
Ada saja peraturan2 baru yang diperkenalkan dan yang terbaru ialah saiz khemah yang tidak melebihi 8' x 8'.. dan ternyata sekali PKR bertanding ngan SPR di PRK Dun Penanti ini..
PDRM pulak terus menerus beri tekanan dengan menyiasat beberapa pemimpin PR kerana telah ter"sebut" beberapa pihak yang pantang disebut di Penanti.. dituduh memfitnah dan menghasut..
Inilah peraturan yang paling lawak "bodo" yang pernah aku dengaq.. tak pernah jumpa sebelum ni ceramah kempen PRK dimana2 juga.. skrip ceramah ditetapkan tak boleh kata ini dan itu.. ceramah kepala hotak apa camtu..

Ahh... lagi pikiaq.. lagi semak kepala..
Aku cuma nak ambik kesempatan ni menyeru kepada semua pengundi Penanti khasnya (termasuk aku ngan bini aku.. heh.. heh..) supaya bulatkan tekad undi PKR untuk perubahan.. sumbangan kecil kita adalah besar impaknya sekiranya kita ingin melihat instrumen2 kerajaan tak dilacurkan sesuka hati seperti yang jelas kita lihat di PRK Penanti ini..

Membujur lalu melintang patah..
Katakan TAK NAK kepada UBN dengan menolak semua calon bebas pada hari ni. Undi lah Dr Mansor calon PKR!!! Selamat mengundi...

Penanti: PKR lawan SPR

0 org komen

umno-penerangan-2

Tiga hari lalu.. YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini.. Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.

Sepanjang tempoh kempen.. PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.

Penceramah tak boleh cakap pasal Altantuya.. tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak.. tak boleh pasang video.. pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah.. semua kawasan ceramah mesti cerah.. SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video.. macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.

Tetapi Umno boleh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak ada calon. Tak ada peraturan dan undang-undang terhadap umno.. tapi macam-macam peraturan dikenakan kepada PKR.

Sepanjang tempoh kempen.. PKR berhadapan dengan kerenah polis.

Hari ini hari terakhir tempoh kempen. Dan PKR terpaksa pula berhadapan dengan kerenah SPR. Macam-macam peraturan baru dikenakan.

Dalam mesyuarat diantara PKR dengan SPR diPutrajaya.. SPR telah memperkenalkan beberapa syarat baru.

Mula-mula mereka bercadang untuk menghapuskan pondok panas. Kononya untuk mengelak pertembungan diantara penyokong PKR dengan Umno. Tup-tup Umno tak bertanding dan depa tak ada alasan lagi. Lalu dibenarkan pondok panas dibina.

Hari ini.. semua pondok panas telah dinaikkan… tup-tup SPR buat arahan baru melalui telefon.. pondok panas mesti bersaiz 8 kaki X 8 kaki! Gila ka? Kat mana nak cari khemah saiz tu dalam masa sehari? Pasai apa tak mau cakap dari awal? Pasai apa esok nak mengundi… dan selepas semua khemah yang bersaiz 20 X 20 kaki dinaikkan… baru SPR mengeluarkan arahan baru?

Dan mengapa arahan-arahan ini datang terus dari Putrajaya.. manakala Pengarah Pilihanraya PRK Penanti sendiri tak tau?

Dalam mesyuarat tersebut juga.. SPR menetapkan semua parti yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan 100 buah kereta untuk mengangkut pengundi. PKR 100.. Kak Min 100.. Ramizu 100… Ari 100. Tu pun dah dipersetujui.

Tup-tup… SPR kata semua kereta yang mengangkut pengundi tak boleh bubuh lambang parti tapi mesti menggunakan sticker yang dikeluarkan oleh SPR. Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker SPR boleh ditahan oleh polis… sebab boleh didakwa jadi teksi sapu. Ok la… yang tu pun boleh dipersetujui.

Tup-tup sampai hari ni tak ada sticker… dan bila SPR dihubungi.. sticker belum siap! Esok macam mana?

Nak bubuh lambang parti tak boleh… sticker tak siap. Macam mana nak tau kereta mana yang nak bawa pengundi? Tak gila ka? Tapi itu lah SPR.

Sekejap tadi…PKR diberitahu arahan untuk memasang sticker ditarik balik…tapi bila ditanya sama ada boleh atau tidak memasang lambang parti…Pengarah Pilihanraya PRK Penanti tak boleh jawab. Kena tanya Putrajaya. Macam ni punya Suruhanjaya Pilihanraya pun ada ka?

Mengikut Akta Pilihanraya..pada hari mengundi…semua kenderaan berat termasuk bas dilarang memasuki daerah mengundi. Tapi esok Umno akan menyediakan bas-bas untuk mengangkut pengundi-pengundi Penanti keluar makan angin. Boleh pulak? Bila dilaporkan kepada SPR…depa kata itu bukan tugas depa!

Pilihanraya Kecil Penanti bukan lagi pertarungan diantara PKR dengan calon-calon bebas…tapi dengan Umno yang menggunakan polis dan SPR sebagai proxy.

Untuk PKR…bermacam-macam peraturan dikenakan…tapi untuk Umno…buat lah apa pun..tak salah.

umno-penerangan-1

Umno boleh buat ceramah..gantung bendera..sapa pun tak kacau. Malah diberi permit pulak.

ini lah taktik dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional. Satu Malaysia dah tau.

PerakExpress

Terkejut Ah Long lagi

0 org komen
video
1Malaysia terkejut besaq bila DS Najib terkejut kat Ah Long..
Maka terciptalah lagu diatas yang mengisahkan suka duka sebagai Ah Long yang aku sempat postingkan untuk dikongsi bersama para pengunjung..

DS Najib terkejut dengan kezaliman yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa2 yang gagal bayaq hutang..... Utusan

1Malaysia amat mengharapkan dengan terkejut nya DS Najib, maka masaalah Ah Long akan selesai dengan sendirinya.. sekian..

Saturday, May 30

Penanti: lagi tekanan buat PR

0 org komen

Lagi tekanan buat PR di PRK Dun Penanti.. berikutan 3 lagi pemimpin dari Pakatan telah disiasat polis..
Kempen taik minyak apa kalau semua yang jadi depan mata kita tak boleh nak ulas.. tak boleh nak bagitau rakyat terbanyak..
Kita kata kat depa.. hantar polis siasat..
Depa arah orang depa jangan keluaq mengundi esok nie.. tak dak apa2 tindakan.. poraahh..

Salah pengurusan dana negara tak boleh disebut disini pasai Menteri Kewangan tak bertanding di Penanti..
Korea Utara lancar nuklear pun tak leh kutuk disini pasai depa tak bertanding di Penanti..
Obama pun tak leh kutuk pasai dia terlupa nak letak calon bertanding di Penanti..
Mongolia pun tak leh kutuk pasai wakil negara tu dah meninggal lama dulu, tak bertanding.. yang ada eskrem magnolia.. tu pun sikit hari akan diharamkan pasai nama hampir2 sama.
Bangang level apa hangpa nie haa...

Penanti: Polis siasat 3 pemimpin Pakatan Rakyat

BUKIT MERTAJAM: Polis sudah memulakan siasatan terhadap tiga pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang berikutan kandungan ceramah mereka pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang menyentuh isu sensitif.

Dua lagi pemimpin PR yang sedang disiasat adalah dua ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai dan Badrul Hisham Shaharin.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob, berkata ketiga-tiganya disiasat mengikut seksyen 4 (1) Akta Seksyen dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebentar tadi. (Link)

1Malaysia terkejut

0 org komen

Kejutan lagi.. dah runtuh ragut nyawa pun dah cukup mengejutkan..
Ni ha mai pulak laporan2 susulan yang lebih mengejutkan..
Besa la Malaysia.. kan.. kan.. kan..
Lepaih jadi.. padam 2 ~ 3 nyawa.. baru nampak banyak tak kena..
Sebelum nie hangpa buat apa.. nganga..

SHOCKING: The Department of Occupational Safety and Health (DOSH) has revealed that NO approval was given for the demolition of Jaya Shopping Centre, the former popular lifestyle centre in the busy commercial enclave of Section 14, Petaling Jaya.

SHOCKING: The demolition contractor had been nibbling away at the collapsed section of the 10-storey abandoned tower with long-reach excavators over the past week.

SHOCKING: The building might have collapsed because it was overloaded with heavy machinery. Eight excavators were inside, one of which still had its engine running.

SHOCKING: Explosives are believed to have been used over the past week, with residents claiming they heard “booming” sounds.

SHOCKING: The core demolition work was to have started at 6pm yesterday — but no one was aware of the method that was to have been used.

SHOCKING: Experts suspect no preventive measures were undertaken to ensure that the building did not collapse or become dangerous due to the effects of vibration, wind or other activity.


DOSH director-general Datuk Johari Basri dropped the first shocker when he said the developer had applied to carry out demolition work, “but DOSH did not agree to the developer’s methods”.

Johari told Malay Mail: “We were not happy with their methods as demolition operations must be carried out in a proper manner.” He said as such, the developer was told to re-submit its application, but this was not done.

Selangor DOSH director Amir Yahya, meanwhile, said the developer had, on May 11, applied to the department to conduct demolition work. Amir said according to procedure, the developer must first present to DOSH details of the demolition, including the methods they planned to employ.

Sah Umno bangang

0 org komen

Hangpa baca kenyataan cerdik dibawah nie.. dari orang yang lebih cerdik dari orang Umno nie..
Aku copy paste dari Malaysiakini tanpa diedit sikit pun..
Betoi seperti sangkaan Ah Man tepi rumah aku.. Umno bangang kerana bagi orang bangang pimpin Umno..

Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno.

Pada masa yang, penganalisa politik dan sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam berkata
Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang.

Menurutnya, walaupun sudah berusia 63 tahun, Umno bukan parti yang lemah, tua tetapi ia dipimpin oleh pemimpin yang membawa pemikiran baru.

Dr Ramlah menegaskan demikian dalam forum anjuran Ibu Pejabat Umno bertajuk "Umno Menempuh Arus" di ibunegara malam tadi.

Forum tersebut dipengerusikan oleh anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, lapor Bernama.. seterusnya Malaysiakini

Frust statement nampak bangang

0 org komen
zainal abidin osmanInilah kenyataan paling bangang dari Umno Ptg Pauh setakat nie.. patut la hangpa dibangangkan oleh Umno pusat.. dan disisihkan oleh umat Penanti. Penyakit "tak pa saja" tu dok ada lagi..

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.


"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409
Pusat kata tak mau tanding pasai memabaziaq.. hangpa pun ikut kata membaziaq.. soal kianat2 nie hangpa jangan dok mai kelentong kat Penanti laa.. dah lama tok nenek depa kena pekena.. ingat rakyat tahun 60an dulu ka.. tak reti pakai peti ais.. cuba dok nafikan yang hangpa memang tak dak teloq dan tersedaq yang hangpa silap langkah dah kena pekena ngan puak2 PR..

Zainal Abidin juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya merancang membawa ahli Umno Penanti melawat Padang Besar, Thailand supaya mereka tidak mengundi Ahad ini.

Katanya, Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah menempah bas untuk tujuan tersebut.

"Khabar angin yang sedang disebarkan mengenai perkara itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Umno.


Aku ada saksi la oii.. memang ada usaha sabotaj PRK Penanti, ngan buat rombongan pi Padang Besaq, jangan kencin aaa.. usaha2 bangang bagi menafikan hak rakyat melaksanakan hak demokratik depa dalam memilih calon wakili depa di DUN Penang memang ada.. dan ia didalangi oleh Umno Ptg Pauh.. muka tak sudah ahli2 Umno kot belah Penanti ngan Mengkuang semua orang kenai punya..

Jangan kencin rakyat oii.. pasai bau hancing akan pi balik muka hangpa..

Photo pilihan

0 org komen

YAB Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Nizar dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Tuan Lim Guang Eng makan bersama selepas azan maghrib dikumadangkan menandakan masuknya waktu berbuka. Kelihatan sama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. sumber: Cina Islam

Makan ngan tangan beb.. caya lah bro.. sporting habis..

Ulama Umno jangan melatah

0 org komen

Apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," ( lihat Mingguan Malaysia 24/5/2009 )

Saya tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?

Kita melihat kedua-dua tokoh ini dengan begitu mudah mengharamkan perbuatan mogok lapar tanpa melihat dan merenung mengapakah mogok lapar tersebut dilakukan ?

Apa yang malang mereka begitu mudah mengatakan mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut :-

a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu

b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ? Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan kepada beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “ Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?

d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.

e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta Dun Perak dibubarkan ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?

f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

f. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun . Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah . Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakana kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun mengormati mayat seorang yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ). Lihatlah
Rasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang Islam !!!

g. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.

h. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agaman ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?

sumber: Cina Islam

Friday, May 29

Pengurusan dana secara culas

0 org komen


— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

29 Mei 2009

Sikap Kerajaan Malaysia yang mengabaikan prinsip tadbir urus dan pertanggungjawaban amatlah membimbangkan. Pada ketika rakyat Malaysia terpaksa berjimat cermat dan resah samada pendapatan mereka mampu menanggung sara hidup, kerajaan kita pula terus menerus mencurahkan ribuan juta dana awam secara culas.

Pendirian sambil lewa umno di dalam menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang memperlihatkan sikap sebenar mereka yang sanggup menggadaikan kepentingan negara terutama apabila kecurangan itu membabitkan ahli parti tersebut. Kaedah kes itu ditangani mendedahkan sikap hipokrit mereka yang bertanggungjawab menyiasat skandal tersebut dan juga kes politik wang yang berlaku dalam umno. Kita melihat wujudnya pendakwaan terpilih terhadap mereka yang dianggap sebagai musuh pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak.

Kerajaan mendabik dada kononnya sudah ribuan juta diagihkan dari kantung dua Pakej Ransangan Ekonomi tersebut. Namun tidak ada maklumat yang disediakan buat tatapan serta penelitian umum berhubung proses pemberian tender kerajaan. Ini membuatkan rakyat beranggapan pakej tersebut tidak memberi kesan kepada mereka dan menimbulkan rasa sangsi kepada kita bagaimana ekonomi akan pulih sekiranya dana yang ada hanya untuk kepentingan syarikat milik kroni pemerintah.

Ketidakcekapan dan pembaziran merupakan ciri utama birokrasi kewangan kita. Monopoli pastinya menghambat sebarang hasrat untuk memulihkan kedudukan ekonomi Malaysia dan program liberalisasi akan hanya terbantut kerana tidak ada iltizam untuk melaksanakan perubahan.

Sehingga kini tidak ada sebarang perancangan jelas untuk melaksanakan perubahan serta memulihkan ekonomi negara sepertimana yang dijanjikan. Kenyataan oleh Perdana Menteri bahawa negara kita akan pulih menjelang akhir tahun menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Ini adalah kerana Perdana Menteri pada ketika yang lain, menyatakan bahawa ekonomi negara kita bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah; yang mengakui ekonomi mereka hanya akan pulih menjelang tahun 2010.

Minggu ini Bank Negara mengesahkan apa yang perkatakan oleh rakyat Malaysia-kecuali menteri kewangan- selama lapan bulan ini. Negara ini diambang kemelesetan. Kadar pengangguran akan mendadak naik dan kilang akan lebih banyak ditutup. Berkemungkinan setengah juta orang akan kehilangan kerja. Pertumbuhan untuk tahun 2009 diunjurkan kepada negatif 5%(-5%), kedudukan eknomi terburuk sejak krisis kewangan terbaru.

Cabaran yang mendatang memerlukan pemimpin yang mampu menangani krisis ini dengan berani dan bertindak menentang rasuah dan kronisme. Sayangnya kualiti tersebut tidak ada pada pentadbiran yang baru ini.

ANWAR IBRAHIM

Pembela melayu Pulau Pinang

0 org komen

Aku nak simpan keratan berita nie.. tak kena aje kita korek dan hentam balik.. kata dikota.. janji ditepati.. malah aku jugak janji nie, 2 undi dari aku dah konfom kat PKR 31 May nanti..

PENANTI, 29 Mei: Calon Dun N.12 Penanti, Dr Mansor Othman perlu menjadi contoh yang baik terhadap selurah rakyat di Pulau Pinang bagi memberikan imej baru kepada orang-orang Melayu di negeri tersebut.

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam ucapannya kepada lebih 200 petugas dalam majlis Taklimat terakhir jentera pilihanraya Penanti berkata selama ini Umno/BN telah meminggirkan orang melayu di negeri tersebut sehingga tiada lagi orang melayu yang berani bersaing dengan orang bukan Melayu di negeri itu.

“Kita bukan bermaksud untuk memperkatakan tentang perkauman tetapi selama lebih 50 tahun Umno/BN memerintah Pulau Pinang orang melayu semakin tersisih dan dibiarkan hidup tanpa pembelaan sewajarnya.

“Kita mau, Insyaallah kalau menang nanti kita mahu Dr Mansor yang merupakan pengasas kepada ‘Tekun’ perlu mencurahkan idea, tenaga dan masa bersama ketua Menteri untuk mencari jalan terbaik membela nasib orang-orang melayu di sini.

“Cukuplah dengan pengajaran yang telah diberkan oleh rakyat kepada Umno/BN sehingga orang-orang melayu tidak lagi mengharapkan mereka untuk memimpin negara,”kata beliau dalam majlis yang dihadiri oleh seluruh jentera petugas dari seluruh negara.

Menurut Anwar lagi, kalau di Pulau Pinang ada Lim Guan Eng dan Profesor Ramasamy yang mewakili kaum Cina dan India maka Dr Mansor pula perlu membawa wadah dan suara orang melayu di Dun Pulau Pinang.

“Harapan orang melayu amat tinggi terhadap kita dan Dr Mansor setelah orang-orang melayu di sini telah kecewa dengan sikap pentingkan diri dan harta oleh pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini sehingga mereka mengubah haluan kepada pakatan Rakyat.

“Harapan dan kehendak orang-orang melayu serta semua kaum-kaum lain itu harus disambut dengan tangan terbuka dan kesungguhan demi membela nasib mereka.

‘Untuk maksud ini Dr Mansor perlu mengadakan hubungan yang amat akrab dengan perhubungan Negeri, serta bahagian-bahagian bagi mengenalpasti masalah orang melayu di sini akar semua mereka akan mendapat pembelaan sewajarnya,” Jelas beliau yang juga Ketua Pembangkang serta Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Majlis tersebut di rasmikan oleh Presiden Keadilan, Wan Azizah Ismail, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution, Pemimpin-pemimpin perhubungan keadilan negeri dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.. SK

Sabar

0 org komen

SABAR adalah sifat suci dalam Islam. Malah, ia satu daripada empat dasar perlembagaan hidup bagi seorang Islam, seperti dalam surah al-Asr, iaitu keimanan, beramal soleh (baik) serta ingat mengingati mengenai kebenaran dan kesabaran.

Ia sering diulang dalam kitab al-Quran, menunjukkan pentingnya sifat sabar. Bahkan lebih banyak disebut ber banding sifat lain. Menurut Imam al-Ghazali, sifat sabar disebut al-Quran lebih 70 kali, manakala Ibnu Qayyim mengatakan, kira-kira 90 kali.

Nah, begitu banyak sifat sabar ditegaskan dalam al-Quran, menunjukkan ia bukan sebarang sifat, sebaliknya sifat yang utama, perlu diberikan tumpuan oleh manusia, khususnya mereka yang menjadikan Islam amalan hidup, iaitu golongan beriman.

Justeru, tentu ia wajar diberi perhatian, direnung dan diambil untuk menjadi perhiasan di dalam diri setiap orang, kerana gunanya tidak mengira waktu, keadaan dan tempat.

Menurut bahasa, sabar ialah menahan diri, manakala sudut istilahnya ialah menahan dan menanggung diri, daripada perkara yang tidak disukai Allah, daripada perkara yang disukai nafsu, daripada apa jua yang dituntut kewarasan akal dan kebenaran syarak, semata-mata mengharap reda Allah.

Dapatlah disimpulkan, sabar adalah satu sifat membabitkan berbagai-bagai nama dan makna, mengikut jenis perkara yang kita disuruh supaya menahan diri atau menanggung diri daripada melakukannya, malah menanggung suatu kesulitan sama ada bersifat fizikal atau spritual.

Contohnya, menahan diri daripada satu-satu keinginan nafsu, yang disebut juga 'al-iffah', menahan diri daripada kenikmatan (dabtun nafs), menahan diri daripada sifat marah, menahan diri daripada membocorkan rahsia dan menahan diri daripada keseronokan hidup.

Sifat sabar tidak ada pada haiwan dan kerana itulah haiwan tidak dapat menahan diri daripada keinginan semulajadinya, seperti keinginan makan dan hubungan kelamin.

Oleh itu, tidak hairan jika haiwan makan sesuka hati dan semahu-mahunya tanpa mengira kepunyaan sesiapa. Malah, apabila berahinya memuncak, tanpa mengira tempat me ngadakan hubungan kelamin. Ini kerana haiwan tiada sifat sabar.

Manusia saja yang dikhususkan Allah dengan sifat sabar, bahkan ia adalah sifat asasi bagi anak Adam kerana dengan sifat inilah dapat menjamin usaha mengekalkan kelangsungan hidup dan mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.

Dalam menempuh cabaran duniawi, sabarlah yang men jadikan seseorang manusia tahu menggunakan budi bicara, pertimbangan dan tolak ansur. Tanpa sifat itu pasti manusia hanyut dan tenggelam dalam arus dunia yang tidak kenal erti belas dan kasihan.

Kerana sifat itu memainkan peranan penting, ia semestinya tersemat pada diri setiap individu. Menurut Ibnu Qayyim, sabar itu adalah wajib, secara ijmak umat, iaitu pada ke seluruhannya tetapi tidak secara terperinci.

Ulama berpendapat, hukum ini berasaskan kepada nas, seperti pada ayat 200, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah ke sabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan ne gerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu ber untung.”

Sifat sabar wajib bagi orang Islam, manakala secara ter perinci (khusus) hukumnya berbeza bergantung kepada perkara dan bahan yang disabarkan, misalnya sabar dalam melakukan perkara wajib, hukumnya wajib, sabar pada perkara makruh atau sunat, hukumnya sunat.

Banyak bidang dikaitkan dengan sabar, antaranya sabar atas kesusahan dan bala bencana yang menimpa, seperti kefakiran, kelaparan, kesakitan, masa peperangan atau dalam ketakutan, kehilangan wang dan harta benda.

Manusia juga dinasihatkan bersabar atas keinginan nafsu, yang menjadi urusan syaitan, sabar atas kemewahan orang lain seperti orang kafir, sabar dalam melakukan ketaatan, berdakwah dan sabar dalam melalui kehidupan berma syarakat.

Nafsu tidak mengenal erti puas, kehendak tidak memahami keterbatasan, malas sentiasa menghimpit diri, bercampur baur dengan rasa kesukaran. Sekiranya sifat sabar tidak berfungsi sebaik-baiknya, sudah tentu anasir terbabit me musnah diri.

Ini kerana jika diturutkan nafsu, akhirnya diri menjadi lesu dan tidak bermaya, diikutkan kehendak hati (seperti mahu itu dan ini, bahkan mahu mengata dan berbuat sesuatu sesuka hati) nanti badan yang merana, malas pula tidak membawa diri ke mana-mana, bahkan disisih kawan dan lawan.

Justeru, pendek kata sifat sabar amat diperlu semua orang, baik golongan pelajar, pendidik, pendakwah, masyarakat awam atau golongan pemimpin, tua atau muda, remaja atau dewasa, cuma yang berbeza keadaan dialami.

Salam Jumaat buat semua pengunjung.

Anak ahli Umno

0 org komen

Suatu hari di Amerika, ketua gerombolan Umno sedang duduk bertimpuh dengan anaknya. Tiba-tiba anaknya bertanya.

"Ayah, apakah saya 100% ahli Umno?"

Ketua gerombolan Umno itu menjawab, "Tentu saja, Nak. Kamu 100% ahli Umno!"

Beberapa minit kemudian, anaknya itu kembali bertanya, "Ayah, katakan yang sebenarnya. Saya pasti bisa menerima kenyataan. Betulkah saya 100% ahli Umno? Bukan PKR, bukan PAS dan bukan DAP?"

Si ketua gerombolan Umno itu menjawab, "Nak, ayah 100% totok Umno, dan ibumu 100% totok Umno, jadi kamu juga jelas 100% ahli Umno."

Setelah beberapa minit berlalu, si anak bertanya lagi, "Ayah, jangan berpikir kalau Ayah berkata jujur akan membuat saya sedih. Saya tidak sedih. Saya cuma ingin tahu, apakah saya benar benar 100% ahli Umno?"

Ketua gerombolan Umno mulai tertekan dengan pertanyaan pertanyaan anaknya. Kini dia balik bertanya kepada si anak, "Nak, kenapa kamu terus meragukan kalau kamu memang 100% ahli Umno?"

Si anak ahli Umno menjawab, "Kerana saya tak dapat nak bezakan antara rasuah dan politik wang.. saya fenin lah"

1Malaysia terkejut bila Najib terkejut

0 org komen

1Malaysia terkejut bila Piem Umno DS Najib terkejut dengan kezaliman yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa2 yang gagal bayaq hutang. Utusan

Chitt.. terkejut berlakon tahap menyampah dah nie.. kita dah lama terkejut yang dia baru nak terkejut.. samdol tul..

Memang kompeni Mahajib ni penuh ngan kejutan sebenaqnya..
Ayam naik harga kita terkejut.. depa suruh kita berjimat.
Harga minyak naik kita terkejut.. depa suruh ubah gaya hidup.
Tol naik kita terkejut.. depa kata tak suka pakai la jalan lama.

Tang depa dok tak terkejut jugak..

Katanya parti pejuang bangsa tapi PRK Penanti depa tak bertanding.. kita terkejut pasai di Penanti rupanya tak dak bangsa depa..

Terkejut aku.. bangsa Umno dah pupus di Penanti rupanya..

Thursday, May 28

Mercu tanda dah jadi batu tanda

0 org komen

Bangunan lama pusat membeli-belah utama yang suatu masa dulu menjadi mercu tanda PJ, Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14, Petaling Jaya, ranap selepas operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang ini. Bangunan tersebut, yang ingin diganti dengan projek pembinaan baru, masih lagi terus runtuh sekeping demi sekeping.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.08 petang tadi megenai satu bangunan enam tingkat telah runtuh.


Sehingga ke jam 10.45 malam ini, 2 telah di laporkan meniggal dunia dan 5 orang masih lagi terperangkap.

Seorang mangsa telah di selamatkan pada jam 6 petang tadi dan di bawa terus ke Hospital Universiti. Namun mangsa ketiga yang berjaya di keluarkan pada jam 6.45 petang telah meninggal dunia sejurus selepas itu. Mayat ke 2 pula dikeluarkan pada jam 10.30 malam tadi.

Dilapurkan terdapat 9 kakitangan, kesemuanya adalah warga Indonesia ketika bangunan itu runtuh pada jam 4.45 petang. Malaysiakini

Penanti: Meriah beb

5 org komen

Kelihatan orang ramai bersesak sesak ketika menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering dalam kawasan DUN Penanti semalam.

Biaq gambaq bercakap.. meriah oo.. PR take this snap election seriously.. tak main2 punya..

PRK Manik Urai 14 Julai

0 org komen

SPR dah tetapkan 6 Julai hari penamaan calon DUN Manek Urai, Kelantan.

Jika ada yang berani lawan PR maka pengundian berlangsung 14 Julai.

Sebab dilambatkan.. besa lah.. keupayaan pegawai2 SPR sediakan daftar pemilih, aspek logistik, masa mencukupi utk petugas2, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa2 lain khasnya di Kelantan.

Yang depa tak bagitau adalah nak bagi masa secukup rasa buat Be End bersedia untuk belasah PR cukup2 dulu.. kacau kepala pengundi ngan pojek2 mee segera, putar segala isu dan maklumat sebelum sampai ke pengundi, maksimakan segala kemudahan bertujuan hanya satu.. MESTI MENANG.

Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.

Apa level punya alasan.. chitt.. Penanti boleh buat hari cuti pasai UBN tak tanding.. kan senang.

Faktor team bengap MU tewas

1 org komen

Aaaaa... apa nganga nganga nie.. Man U bengap..


Sakit tengok team Barca titik MU.. buat semak kepala mai keja ari nie.. :(

Serangan ganas penyokong2 Barca sebelum perlawanan akhir piala juara2 menyebabkan semangat juang team bengap MU, yang pada mulanya ala2 star wars terbenam di Rome semalam apabila ditewaskan 2 - 0 oleh Barcelona.

Hangpa tak caya baca nie.. chitt..
Two men, including an American mistaken for an English fan, were stabbed and eight others arrested before tonight’s Champions League soccer final between Barcelona and Manchester United in Rome, police said.

Briton Greg Whedon, 34, was assaulted and stabbed in his left leg outside his hotel today. Four Italians stabbed a 23-year old American during the night after assuming he was British when he spoke to them in English.

"He was found on the ground, bloody and screaming in English, with four people on top hitting and stabbing him with a knife," police said.

The four Italians were arrested. Elsewhere, a 19-year old British fan and his father were arrested outside a bar overnight for hitting two policemen who had intervened to stop a brawl, police said. Two other Britons were arrested for paying a 300-euro dinner bill at the upscale Cafe de Paris restaurant on Via Veneto with fake banknotes, police said.

Thousands of fans have descended on Rome for the final, and authorities have banned alcohol sales in the city center before the game. – Reuters

Wednesday, May 27

Nasihat buat Akhil, Maiza, Waheeda dan semua

3 org komen

Waheeda, penyanyi yang panas digossipkan dengan penceramah bebas Akhil Hayy dan kini sudah mula mengusik kesabaran Maizawati Zainal..

video
Aku teringat lagu ni hasil dari nyanyian semula oleh penceramah bebas popular Ustaz Akhil..

Sengaja aku titipkan disini nak tumpang glamour setelah pengkisahan mereka2 tu terpampang gah didada akhbar.. tak mau komen la hai rumah tangga hangpa.. tapi lagu ini aku tujukan khas buat Ustaz Akhil, Maiza, Waheeda serta semua pengunjung2 termasuklah aku.. isk.. isk..

Insap oo..

Penanti: bersiap sedia

4 org komen

PENOLONG Pegawai Pengurus SPR, Masira Che Ani (kanan) menyerahkan beg peti undi pos kepada Pegawai Undi Pos, Inspektor Nazri Ismail di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Seramai 24 pengundi pos termasuk seorang pelajar luar negara menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Kecil N12 Penanti. - Foto Rosdan Wahid

Baju merah

0 org komen

AKTIVIS Myanmar mengadakan demonstrasi bantahan di luar kedutaan Myanmar di Phnom Penh sambil memegang sepanduk dan gambar ketua pembangkang, Aung San Suu Kyi, hari ini, mendesak kerajaan Myanmar untuk membebaskannya. - Foto Reuters

Kalau kat Malaya dah lama baju merah ni akan diharamkan..
Menjadi fobia pada pihak2 tertentu.. chitt..

Penanti: berjerebu

0 org komen

Panas dan berjerebu.. bercelaru..
Itulah gambaran tentang PRK di Penanti kali ini walaupun tanpa UBN..
Apa tak celarunya..
Calon2 lain dok kempen sakan.. masuk kampong.. singgah habih pasar malam.. jelajah pasar hari.. salam habih ngan toke2 seluaq pendek..
Tapi yang sorang calon nie, keja dia buat press confrence saja.. dah muka dok front page..
Media perdana beb.. bukan akhbar nyamuk..
Orang pi melawat rumah ke rumah ka berkempen.. dia pi beramah mesra ngan ketua2 cawangan UBN.. SPR ngan SPRM..
Keluar berita waktu perdana beb.. siap ulang 3.. 4.. kali.. chitt..


Sebagai calon bebas yang tak beroganisasi.. yang tak dak pengikut..
Aku angkat tumit la kat dia.. duit banyak ooo..
Orang kempen cerita wawasan.. dia kempen kencing kan kawan..
Hancing punya spesis..
Elok la mangkok bangang dari PKR kat atas tuh..
Lain kali pikiaq sikit sebelum makan.. ni ka.. pantang dengaq makan free.. celapak sampai tak sedaq diri.. ada hati nak jadi pemimpin..

UBN tak masuk bertanding pasai bacul.. tapi atas dasar busuk perut mereka telah meng"anak " angkat kan seorang calon bebas di PRK Penanti..
Tak terbayang aku punya glamor tokoh kencing tu.. depa punya usung sana sini..
Sapa punya arahan bagi keizinan pada media perdana milik mutlak UBN untuk menglamorkan tokoh kencing tuh.. lu pikiaq la sendiri ok..


Ni lagi satu hal..
Di Bukit Gantang.. bendera PKR kena tarik turun pasai depa tak bertanding disana.. ok.. tak pa.. ikut la pasai malaih nak berkelahi sangat2 ngan depa nie..
Ni apa hal pulak di PRK Penanti nie.. hangpa tengok gambaq ataih nu.. dibelakang sana bendera apa kalau bukan UBN.. pttuiiih..
UBN tak bertanding di Penanti tapi bendera depa belambak lebih dari ahli..
Tapi keluaq arahan.. ceramah tak boleh maki depa.. ada akai ka..?

Nu kot belah Guar Perahu ada dengaq UBN berkempen.. berceramah.
Macam mana depa dapat permit ceramah tapi depa tak bertanding?
Tapi keluaq arahan.. ceramah tak boleh maki depa.. ada akai ka..?

Kak Min dipergunakan sepenuhnya oleh UBN..
Kak Min masuk bukan untuk menang.. tapi berusaha menyingkirkan PKR melalui cawangan cawangan UBN iaitu SPR dan SPRM.. juga mahkamah.. babak baru bermula.. tapi dah banyak ternampak cacat cela.. kah.. kah.. kah..

Ni mesti depa belajaq kat Ezam.. chitt..
Hujah TV9 sorang sorang pun nampak gelabah..
Nasib baik la Husam tak terliuq nak pi hujah sama..
Kalau tidak.. 1Malaysia akan tengok Ezam berbuih mulut.. heh.. heh..

Kebanggaan Asia

0 org komen

ROME, 26 May — Penyerang licik dari Korea Selatan, Park Ji-sung bakal melakarkan sejarah yang tersendiri apabila menjadi pemain Asia yang pertama dapat beraksi di perlawanan akhir Piala Juara Juara apabila kelab yang diwakilinya Manchester United akan berhadapan Barcelona di Rome esok 28hb Mei 2009.

Tuesday, May 26

Bantuan interpol cari RPK

2 org komen

Raja Petra (RPK) bakal tertekan lagi..
Polis Malaysia sekarang memohon bantuan dari Interpol bagi menjejaki blogger dalam pelarian itu. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, ini berikutan kegagalan RPK muncul dalam perbicaraan kes fitnahnya.. seterusnya disini

Fuyooo.. cepat dan cekap tul la kalau pasai Raja Petra..
Bertubi tubi hangpa hentam dia..
Awat kita tak engage interpol cari Bala yang tetiba hilang selepas kenyataan bersumpah keduanya..
Apasal tak minta interpol tolong cari boyfriend Eli yang sampai la tak timbui timbui.. ada waran gak tuh..
Tak pi tanya interpol tolong menengok apa yang berlaku masa jual beli kapal selam Peranchis ari tu..
Ishh.. pendek katanya banyak interpol boleh tolong kita.. apasal ada berpilih pilih pulak nie..

Fenin.. fenin..

Penanti: Jawapan PKR

0 org komen

Haa.. ni jawapan dari PKR..
Ketua Wanita KeADILan Puan Zuraida anggap tindakan Aminah sengaja perangkap beberapa bekas rakan beliau adalah taktik kotor nak tarik perhatian media.

Aku tak sabaq nak tengok malaun PKR mana pi melawak camtu..
Bangang tahap didih dah nie..

“Kita kenal Aminah lebih dari 10 tahun dan kita juga tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada beliau. Kita bukan nak memperlekeh beliau tetapi tindakan beliau yang sengaja mengeruhkan keadaan dilihat sebagai usaha yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang wanita.

“Tindakan Aminah menjemput rakan lama beliau untuk makan dan memerangkap teman lamanya dengan percakapan yang sengaja dirakan untuk tujuan mencari publisiti murah dan bahan kempen amat tidak boleh diterima.

‘Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral, aminah tidak seharusnya mengkhianati rakan-rakan lamanya,” jelas Zuraidah yang juga Alhi Parlimen Ampang.

Menurut Beliau terlalu mustahil untuk melantik beliau (Aminah) sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau bukan seorang ahli dari Parti Pakatan Rakyat. ‘Biasalah bila kita berjumpa kawan lama kita akan bercerita macam-macam kadang-kadang kita bergurau mengenai sesuatu yang luar biasa. SK

Sementara itu peguam PR dah mula langkah kiri daa..
Hangpa gempaq lambat la..
Awat bagi 7 hari.. tak 24 jam.. ni pun macam ada wayang je nih..
7 hari dah lepaih PRK dah oii.. buat hapa..
Lepaih PRK.. dia tuntut maap sambil meniarap pun sanggup..
Hatta jilat tapak kaki pun tak pa.. janji jangan saman jer..

Tujuan UBN..
Nak kalahkan calon PR melalui PRK depa takut..
Nie merupakan salah satu cara nak gagalkan calon PR diPenanti..
Mana tau SPR boleh batalkan pencalonan ka..
SPRM terus mai cekup calon kerana ada unsur2 rasuah PRK..
Pertuduhan boh dulu.. SPR ngan SPRM kan ke cawangan UBN..
Salah tak salah lain kira..
Contoh banyak.. Fairus sendiri pun camtu gak..
2 Katak di Perak ari tu pun camtu gak..
La nie.. sengap macam tak dak apa2 salah..
Bangsat..

“Aminah diberkan tempoh tujuh hari mulai hari ini untuk beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka,” Kata Ong Chin Wen yang bertindak sebagai peguam yang mewakili Pakatan Rakyat.

Menurut Ong notis bertulis tersebut akan diserahkan sendiri oleh beliau kepada Aminah.

“Saya akan serahkan kepada Aminah selepas ini samaada di Jelutung atau ditempat lain yang akan ditentukan setelah saya menghubungi beliau nanti. Tapi saya akan serahkan hari ini juga,”kata Ong ketika ditemui sejurus selepas sidang media oleh Pakatan Rakyat berhubung kenyataan Aminah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya menerik diri dari bertanding di Penanti.

Menurut Ong, sekiranya Aminah tidak bertindak sebagaimana disyaratkan pendakwaan dimahkamah akan dilakukan selepas tamat tarikh notis. Aminah Abdullah adalah salah seorang dari tiga calon bebas yang menggunakan lambang kunci dalam di pilihanraya kecil penanti.

Aminah juga sebelum ini merupakan seorang ahli KeADILan di Pulau Pinang. SK

Penanti: PKR mengaku dua ahli jumpa Kak Min

3 org komen

Suspen..
Bertambah panas..
PRK Penanti tetap panas dan berjerubu walau tanpa UBN..
Tahniah pada media UBN khususnya yang tolong Kak Min berkempen sakan..
Ada ap2 ker.. :)

BUTTERWORTH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui dua ahlinya ada menemui calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Penanti PKR, Saifuddin Nasution, berkata perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman di sini pagi tadi.. Berita Harian

Sementara itu Kak Min dah bukak langkah panjang terus buat laporan kat SPR..
SPRM pulak dalam laporan terbaru telah menunjukkan komitmen tinggi dan luarbiasa sekali apabila dah buka kertas siasatan kes.. heh.. heh..

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Bebas, Aminah Abdullah, beliau ditawar Parti Keadilan Rakyat (PKR) wang tunai dan jawatan supaya menarik diri daripada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, ketika dihubungi sebentar tadi, mengesahkan perkara itu.. Berita Harian

Nampak teratur sungguh..
Sebelum penamaan tak dengar apa2..

Sebaik saja lepaih penamaan terus kata ada suapan berlaku..
Lepaih tu terus bagitau ada 2 ahli bangang dari PKR jumpa dia, nak sogok RM80,000.00, nak bagi DCM post pulak tuh.. dan siap ngan tunjuk bukti audio CD lagi..
Hari ni jumpa SPRM ngan SPR serah bukti..
Terbaru dengar SPRM buka kertas siasatan kes..
Baik punya pelan.. sapa plan manager dia ha..?

PULAU PINANG: Calon Bebas, Aminah Abdullah hari ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaannya ditawarkan ganjaran daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Beliau juga mengemukakan bukti berbentuk cakera padat yang mengandungi rakaman perbualan bersama wakIl PKR tersebut serta tiga keping gambar yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit.

"Kehadiran Kak Min (Aminah) hari ini ialah untuk serahkan bukti-bukti yang ada.. mStar

Waran tangkap untuk Raja Petra

0 org komen

RPK di hadiahkan dengan satu lagi waran tangkap..
Keputusannya tak mau hadir ke perbicaraan kes fitnahnya menimbulkan pelbagai persoalan..
Alasan ketidakadilan agak samar diterima umum..
Kekuatan yang jadi pujaan seolah olah telah lupus buat RPK..
Wallahuallam.. hanya dia yang lebih memahami..
Kepada Allah kita berserah..
Kita lebih memerlukan dia bebas diluar dari terkurung kaku dipagar besi..

Penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin - dilaporkan berada di Brisbane, Australia - menerima satu lagi waran tangkap setelah tidak hadir perbicaraan kes fitnah isteri timbalan perdana menteri.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga mengeluarkan arahan tunjuk sebab kepada isteri beliau Marina Lee Abdullah yang bertindak sebagai penjamin pengendali Malaysia Today itu.

Marina dilaporkan bersama suaminya ke luar negara, satu tindakan yang dipercayai untuk melarikan diri daripada perbicaraan yang disifatkan oleh penulis itu sebagai tidak adil.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh baru, 2 Julai untuk sebutan kes tersebut - yang sepatutnya didengar hari ini dan esok.

Pada 23 April, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra kerana gagal menghadiri perbicaraan kes menghasut.

Apa yang kita nampak

0 org komen

'Mengayuh di landasan amat menyeksakan'


Mangang (depan sekali) bersama Mariana dan anak terpaksa menolak troli buatan sendiri dari pekan Tenom ke rumah mereka di Kampung Stesen Pangi akibat ketiadaan perkhidmatan kereta api.


Penduduk mengambil upah menolak troli untuk membawa guru ke sekolah serta warga tua dan kanak-kanak di Tenom.

Apa yang kita nampak..

Apa pandangan kita..
Bergantung pada dimana kita berdiri..

Semua ini berlaku di Malaysia..
Setelah lebih 50 tahun merdeka..

Perjalanan menggunakan troli buatan sendiri berasa amat memeritkan. Penat lelah menujah kayu untuk menggerakkan troli di landasan sepatutnya dimudahkan dengan hanya melabuhkan punggung di kerusi kayu kereta api berenjin diesel.

"Apa boleh buat, nasib kami begini. Kalau ada kereta api, tambangnya tidak sampai seringgit untuk ke pekan Tenom. Dua puluh minit sudah sampai di pekan. Saya boleh beli macam-macam barang untuk dimuatkan dalam gerabak.

"Sekarang saya terpaksa membawa beras dan bermacam-macam lagi barangan makanan dari pekan Tenom ke kampung semata-mata untuk membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan bahan makanan," kata lelaki tua itu. Berita Harian

Monday, May 25

Dapat satu terlepas dua

0 org komen

Dari blog: Bila sauh dibongkar

Nasharudin, Husam dan Mohamad (disebut mengikut bilangan pencalonan yang diterima) pasti akan bertanding untuk kerusi Timbalan Presiden. Kerusi itu hanya satu, bukan dua dan rasanya tak akan jadi dua atau tiga.

Jawatan itu sepenting Presiden. Bukan sekadar sebagai pembantu utama Presiden tetapi sebagai Presiden ketika ‘keuzuran’ Presiden. Sebab itu ia cuma satu dan bukan dua atau tiga.

Keputusan Majlis Syura Ulamak menyerahkan kepada muktamar untuk menentukan siapa yang layak untuk menduduki kerusi itu adalah tepat. Bukan masanya untuk berpolemik ‘ulamak dan profesional’. Polemik itu umpama membongkar bata bangunan untuk dimasuki kelawar. Sekali kelawar masuk, sukar benar untuk dihalau keluar.

Ketiga-tiganya adalah orang baik dan hebat. Sebagaimana tiada seorang pun daripada mereka menjadi yang terbaik, begitu juga tiada sesiapa pun yang menjadi tercorot. Seperti mana tiada sesiapa pun yang sempurna, begitu juga tiada sesiapa pun yang buruk semuanya.

Sesiapa sahaja di kalangan mereka boleh merasakan dirinya adalah terbaik dan layak dipilih, namun jangan ada sesiapa pun yang merasakan saingannya adalah buruk dan tidak layak terpilih. Tuhan benci manusia takabbur. Orang itu tiada tempat di dalam syurga. Orang takabbur ialah penolak kebenaran dan penghina manusia lain.

Mereka bertiga hanya bersaing untuk jawatan itu sahaja. Apabila salah seorang menang, yang dua lagi akan tidak bertempat dalam hirarki utama parti.

Kalau mereka mempertahankan jawatan masing-masing sekarang sahaja, diyakini kita akan mendapat ketiga-tiganya. Tetapi apabila mereka bersaing untuk Timbalan Presiden, kita akan dapat satu dan akan keguguran dua.

Kalau pakai ilmu lojik, mana lebih baik antara dapat tiga dengan dapat satu dan gugur dua? Tentu jawabnya, dapat tiga lebih baik.

Namun, itu hanya menjadi matematik sahaja kerana keputusan mereka untuk bersaing adalah muktamad.

Benar, Presiden boleh melantik dua orang yang tidak terpilih untuk menduduki kerusi harian Pas Pusat samada Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan atau AJK Pas Pusat. Dan, rasanya itu yang bakal dilakukan Presiden. Beliau tentu tidak mahu kehilangan seorang pun daripada mereka.

Mereka yang tidak terpilih juga tidak akan janggal untuk ‘turun ke bawah’, tetapi ibarat tangga yang ada tiga anak, kita gugurkan dua daripadanya. Dua yang digugurkan itu pula kukuh-kukuh belaka.

Ini tidak bermaksud bahawa mereka yang bakal bersaing untuk jawatan Naib Presiden untuk menggantikan Husam dan Mohamad tidak bagus. Mereka bagus tetapi apa yang ingin diungkapkan di sini ialah kita akan keguguran dua daripada tiga yang bagus juga.

Jangan marah kalau saya kata begini. Pemimpin kita yang bakal bersaing itu memangsakan perwakilan. Saya tidak berkata bersaing itu salah. Saya juga tidak berkata perwakilan muktamar tidak bijak.

Perwakilan sayang ketiga-tiganya tetapi kita memaksa dan memangsakan mereka untuk memilih salah satu daripada tiga. Mereka sepatutnya dapat ketiga-tiganya, tetapi mereka hanya boleh mengambil satu sahaja. Adakah itu adil?

Apa pun saya tetap mendoakan kebaikan untuk semuanya. Sebagaimana orang lain, saya juga sayangkan tuan-tuan bertiga. Mana-mana yang saya suka untuk diri saya, itu juga yang saya suka untuk tuan-tuan bertiga.

Cuma satu harapan terakhir saya. Semasa undi dikira, saya harap jumlah undi yang diperolehi oleh tuan-tuan bertiga tidak termasuk undi tuan-tuan untuk diri sendiri.

Saya harap tuan-tuan mampu melakukannya. Kalau tidak, tuan-tuan hitunglah diri tuan-tuan sendiri.

Penanti: Rombongan percuma ke Padang Besar

2 org komen

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam" Mak Su bergegas dari dapur
"Oo.. bini Teh, ada apa nie kelam kabut sangat" Tersengeh wajah bini Teh diambang pintu
"Masuk la dulu.." pelawa Mak Su antara suka ngan tidak

"Tak yah la Mak Su, saya nak cepat nie.." balas bini Teh
"Jom la Mak Su kita pi rombongan Padang Besaq" nampak kalut sungguh bini Teh

"Amboi.. sapa buat..? tergedik gedik Mak Su. Biasa la Padang Besaq tu kan syurga membeli belah buat kaum wanita.. syurga lelaki pulak jenih beli tak belah belah.. :)

"Jeff yang suruh saya kutip nama.."
"Biasa la bahagian yang anjuq nie" tambah bini teh lagi

"Mak Su okey.., tapi bila tu.. berapa ari..? tanya Mak Su inginkan kepastian

"31 haribulan 5 nie Mak Su"
"Pi balik ari ja Mak Su.. bahagian tak berapa ada duit.. tapi dia bagi la sikit duit poket" jelas bini Teh panjang lebar

"Pasai apa yang tak pasai2 buat rombongan nie, hari ngundi Penanti pulak tu..? hairan Mak Su

"Depa nak balaih jasa kita Mak Su, depa ingat gak penat lelah kita kempen undi Matang Pauh ari tu walau pun kalah" jelas bini Teh lagi dengan tangan ala ala Rais Yatim

"Bini Teh.. " bini aku yang dari tadi diam terus menyapa..
"Bukan gini cara dia.."
"Nak balas jasa Mak Su jangan la pulak menidakkan hak demokratik dia untuk mengundi" bini aku ikut berdiri samping Mak Su

"Bukan apa Ta ooi.. tak selalu depa teringat nak bagi kat kita.."
"Dah time ni depa nak bagi.. nganga apa lagi.. sapu ja la" terbeliak bini Teh

"Bini Teh.."
"Kata parti hangpa perjuangkan bangsa.. tapi Penanti hangpa tak bertanding, tak dak bangsa hangpa ka di Penanti nie.."
"Cuba ajaq bangsa kita hargai dan raikan demokrasi.."
"Sudahlah bini Teh oii.. hentikan la projek membodohkan bangsa sendiri nie.." lembut bini aku luku kepala bini Teh yang cepat cepat cari celah untuk beredar..

Mak Su serba salah.. hidup sebagai janda tanpa pendapatan tetap buat dia lebih gelabah..
Tak kawan ngan depa.. nanti kena pulau kenduri kendara..
Nak join pi Padang Besaq.. termakan gak ngan cakap anak2.. calon PR perlu dipertahan dengan bergaya..

Apa tugas pejuang pejuang rakyat kini.. mengisi kemenangan
Related Posts with Thumbnails