Tuesday, June 30

Raja raja: Akta tukar agama ditangguh

0 org komen

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berbincang dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) ke-217 di Istana Negara, semalam.

Pada 22 April lalu kabinet memutuskan kanak2 mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Apa punya mimpi tah lah bila Menteri di JPM, DS Nazri Aziz berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

"Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak," katanya.

Bagaimanapun beberapa tokoh agama anggap keputusan itu bercanggah dengan hukum syarak dan meminta kerajaan menariknya balik. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, dipetik berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

Terkini: Majlis Raja-Raja semalam menangguhkan cadangan pindaan undang2 berkaitan penukaran agama dan undang2 keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bercanggah dengan hukum syarak. BH

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan menjelaskan, mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini yang dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dulu berhubung cadangan berkenaan.

Sementara itu dalam isu yang berkaitan TS Muhyiddin menyatakan kerajaan menghormati keputusan Majlis Raja-Raja menangguhkan cadangan pindaan undang2 yang berkaitan penukaran agama dan Undang2 Keluarga Islam (WP).

Timbalan Perdana Menteri berkata, rang undang-undang yang sedia untuk dibentangkan itu adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai ketua agama di Wilayah Persekutuan.

"Tujuan Kabinet memberi maklumat kepada raja-raja (mengenai pindaan) adalah untuk menjelaskan kedudukannya yang sebenar.

"Apapun, kalau itu yang diputuskan kita harus menerima.. mungkin (raja-raja) perlu penjelasan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai perkara yang mereka ada kemusykilan dan selepas itu kita berharap ianya akan dapat dilaksanakan," katanya. BH

Manek Urai: SPRM mulakan kempen

1 org komen

Dah agak dah..
Setiap kali adanya pilihanraya kecil pasti kita akan dapat lihat semua cawangan Umno tiba tiba saja jadi hyperactive. Macam minum tongkat ali terlebih dos.

Terkini, Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dilaporkan berkata SPRM bakal mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi.

Tapi bila orang tanya suka suka dia katakan enggan ulas lanjut pasai katanya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.. hadooiih..

Katanya "Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di sini hari ini. baca lanjut disini

Perak: Sivakumar tetap speaker yang sah

0 org komen

V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa.

Kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu sekiranya Sivakumar meletak jawatan, beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau DUN membuat keputusan menggantikan beliau, demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan.

Tiga syarat tersebut secara jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.

Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

“Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan.

“Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa,” kata bekas hakim itu.

Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

“Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.

“Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang,” tegas Chan lagi. (link)

Manek Urai: Debat jalan terakhir selesai masaalah ummah

0 org komen

Debat jalan terakhir selesai masaalah ummah - Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya. Harakah

Kes liwat: Anwar sedia hadapi kemungkinan

0 org komen
Kes liwat: Anwar nasihati pemimpin PKR "sedia hadapi kemungkinan"

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membincangkan strategi menghadapi sebarang kemungkinan keputusan kes liwat kali kedua melibatkan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar bulan depan.

Perkara tersebut telah dibincangkan dengan mendalam pada mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan kelmarin.

PKR juga mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi kelmarin.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui di sini berkata, Anwar telah memberikan penekanan agar barisan kepimpinan parti itu menjalankan tanggungjawab khusus yang diberikan secara terus-menerus dan tersusun.

"Kami telah membincangkan pelbagai senario ketika kes Anwar akan didengar bulan depan. Salah satu senario ialah Anwar akan menghuni semula di Sg. Buloh.

"Penegasan Anwar ialah semua tugasan ini dijalankan secara berterusan dan bukan bermusim... yang itu saya anggap sebagai mesej yang penting dan secara kebetulan Ketua Umum (Anwar) akan berhadapan dengan bicara pada bulan Julai," katanya.

Pertengahan April lalu, Anwar telah merombak struktur tanggungjawab barisan kepimpinan kanan PKR.

PKR melantik Saifuddin, bekas Pengarah Strategiknya sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan Naib Presiden Azmin Ali dalam proses menyusun semula struktur pengurusan komponen Pakatan Rakyat itu.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, yang melepaskan tugas Pengarah Pilihan Raya pula mengetuai pasukan petugas yang terdiri daripada kesemua Naib Presiden iaitu Dr. Lee Boon Chye, R. Sivarasa, Mustafa Kamil Ayub dan Dr. Jeffrey Kitingan.

Seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua, dahulu Ketua Penerangan, pula dilantik menggantikan Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang.

RAYUAN ANWAR PETANG INI

Petang ini rayuan Anwar berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, yang dijadual semalam ditangguhkan hingga petang ini.

Hakim Datuk Abdul Hamid Embong yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan perkara tersebut selepas peguam yang mewakili Anwar memohon supaya kes itu ditangguhkan kerana Anwar dan seorang lagi peguamnya, R. Sivarasa perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat pagi semalam.

Dua lagi hakim yang terlibat ialah Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Kes tersebut didengar pukul 2.30 petang ini. Permohonan itu tidak dibantah oleh pihak pendakwa raya.

Mahkamah Tinggi akan mendengar kes liwat kedua Anwar ini 8 Julai ini. Kes liwat pertama didengar sedekad lalu iaitu di peringkat awal PKR, yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ekoran itu, Anwar, 62, didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. mStar

Manek Urai: Calon BN jenuh buat penafian

1 org komen

Calon BN Manik Urai jenuh buat kempen penafian

Baru beberapa hari diumumkan sebagai calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berpeluh untuk menjawab dan membuat penafian atas serangan peribadi yang ditujukan terus pada beliau oleh ahli-ahli UBN sendiri.

Isu pertama adalah adalah isu ‘kerat mengerat’ dalam Umno untuk merebut tempat sebagai calon. Beliau yang akan berdepan calon PAS, Fauzi Abdullah terpaksa membuat kenyataan bagi menafikan isu itu dan mendakwa bahawa beliau menerima sokongan dari AJK Bahagian Umno Kuala Krai. Sejauh mana itu benar, tidak dapat dipastikan sebab orang tak kecoh kalau bukan ahli Umno sendiri buat kepoh kat media.

Rasuah

Seterusnya isu rasuah dimana beliau didakwa hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB). Malaysiakini menyebut bahawa;

“Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang ‘meragukan’ ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.”

Beliau menafikan ke semua dakwaan itu. Tapi peliknya siapa yang buat cerita tu semua. Kenapa awal-awal tak dibongkar isu ini. Seperti ada suatu gelombang besar dalam Umno yang tak puas hati dengan pencalonan beliau.

Apa lagi yang beliau akan nafikan lepas ini. Kalau beliau benar, maka kebenaran itu akan ditunjukkan. Jika tidak, Allah jua yang membalasnya. Moga yang bawa cerita itu serius jangan sampai orang kata anda memfitnah pula. Kesian juga tengok Tuan Aziz nie teruk dibelasah orang sendiri. Herman Samsudeen

Apa yang kita nampak

0 org komen

They do tantalise in a very traditional way... Models present fashion creations during Solo Batik Carnival in Solo, central Java. - Reuters pic


Five sisters... Burqa-clad Afghan women walk in a market in the old part of Kabul today. - Reuters pic

Monday, June 29

Anwar: Kenapa IPCMC dibakul sampahkan

0 org komen

Apa Masalah Umno-BN ‘Bakul Sampahkan’ IPCMC?

Seawal jam 9.00 pagi saya tiba di “Istana Keadilan” Putrajaya bagi mendengar rayuan berhubung pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Apakan daya kes ditangguh lagi keesokkan harinya. Terpaksalah berulang-alik dari Parlimen ke Putrajaya. Apatah lagi sesi Dewan Rakyat kali ini akan tamat pada 2hb Julai 2009 dan saya merasakan perlu untuk menyertai perbahasan rang undang-undang yang bakal dibentangkan kelak.

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Perlaksanaan(SIAP). Saya ulangi kekecewaan ramai dari ahli parlimen kerana kegagalan kerajaan meneliti serta menuruti saranan IPCMC. Sungguhpun saya mengakui hasrat kerajaan untuk melebarkan peranan suruhanjaya ini kepada sejumlah 27 agensi lainnya. Latar asal dari rang undang-undang SIAP perlu diberi perhatian sewajarnya. Pokok pangkalnya adalah terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi polis.

Sekiranya asas ini diabaikan, permasalahan sebenar tidak akan selesai. Integriti agensi kerajaan terutamanya pasukan polis tercalar teruk akibat salah guna kuasa segelintir pucuk pimpinannya tatkala mereka di bawah tetap berdedikasi mencurah bakti kepada masyarakat. Ketiadaan fasal berkaitan bidangkuasa siasatan hanya menyebabkan kewujudan suruhanjaya tersebut seumpama melepaskan batok di tangga.

Yang lebih mengejutkan saranan IPCMC ditolak kononnya adalah untuk melindungi ramai anggota polis yang majoritinya orang Melayu. Membingungkan sekali alasan sebegini, sedangkan yang terlibat melanggar jalur hukum merupakan pucuk pimpinan polis. Berselindung di sebalik alasan kaum merupakan alasan dangkal yang cuba memperbodohkan rakyat.

Oleh kerana itu saya menekankan tiadanya iltizam politik pada pihak pimpinan Umno-BN untuk benar-benar memastikan perubahan terlaksana. Tidak hairanlah usaha kerajaan ini seakan fatamorgana yang cuba mengelirukan mata rakyat. Inshaallah dengan usaha dan doa, pastinya yang hak akan mengatasi yang batil.

ANWAR IBRAHIM

Anwar: Hubungan polis dan samseng dikecam

0 org komen

Kewujudan keselamatan kawasan perumahan, atau lebih dikenali sebagai neighbourhood watch, petanda rakyat tidak lagi yakin keselamatan nyawa mereka di tangan pihak berkuasa.

Fenomena neighbourhood watch ini berpunca dari imej polis yang tercemar dengan pelbagai kes rasuah, salahguna kuasa dan hubungan pihak berkuasa dengan penjenayah, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Rakyat tidak lagi menyakini polis mampu menjaga keselamatan mereka,” kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini, ketika membahaskan Usul Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP).

“Kerajaan sendiri dilihat melindungi pegawai-pegawai atasan polis yang terbabit rasuah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian merujuk kepada akuan bersumpah pegawai-pegawai polis yang mendakwa wujudnya hubungan antara Ketua Polis Negara Musa Hassan dan kongsi gelap.

Anwar turut membacakan akuan bersumpah dari beberapa pegawai polis di Dewan Rakyat.

“Dari akuan- akuan bersumpah ini kita difahamkan bahawa anggota-anggota polis ini dikenakan tindakan kerana menyiasat aktiviti individu tertentu yang dipercayai terbabit dalam kongsi gelap,” kata Anwar.

“Saya berasa bimbang apabila Ketua Polis Negara sendiri dituduh memberi perlindungan kepada kongsi gelap,” tegas Anwar.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mendedahkan satu kes pembunuhan seorang pemimpin kanan MIC yang cuba diselindung pihak polis.

Pada 12 Januari tahun lalu, Adun Tenggaruh S Krishnasamy dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di dalam sebuah lif di Ibu Pejabat MIC Johor.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Krishnasamy ditembak satu kali di bawah kening mata kiri dan tembus ke belakang kepala.

Berdasarkan maklumat yang diterima pemimpin veteran DAP itu, suspek-suspek penting dalam kes ini dibebaskan sebaik sahaja ditahan.

“Walaupun setelah setahun berlalu namun masih tiada perkembangan terbaru dalam siasatan polis,” kata Kit Siang.

“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) amat diperlukan di masa sekarang,” tegas beliau. (link)

Manek Urai: Gempur Umno habis2an

0 org komen

PRK Dun Manek Urai, Kuala Krai akan bermula 6 Julai ini.

Banyak yang diperkatakan berkenaan PRK Manek Urai ini.
Dipihak UBN tentulah PRK ini bakal dijadikan titik tolak menggambarkan UBN masih diminati oleh pengundi. Kepimpinan Najib masih relevan, diterima rakyat dan isu isu panas yang mengelilinginya tidak langsung menjadi kudis. Ini sudah cukup membuatkan UBN melakukan apa saja asalkan menang. Sehinggakan Anwar sendiri yakin taktik yang jauh lebih kotor bakal dipalu di Manek Urai nanti.

UBN sedar Manek Urai bukan tempat selesa bagi mereka. Jadi pemilihan calon amat penting. Itulah antara sebabnya Tuan Aziz dipilih sebagai calon mewakili UBN dan Tuan Aziz sendiri dimolekkan sebagai berpelajaran dan pembawa obor perpaduan.

Bagi PR, Manek Urai boleh menjadi kubur yang amat mengerikan. Kekalahan disini walaupun tiada kesan bagi struktur kerajaan negeri pimpinan TGNA, tapi dari segi moralnya kesannya amat amat besar terutama sekali bagi PAS yang mewakili PR kali ini. Tiada pilihan lain bagi PR, kecuali menang. Kemenangan di Manek Urai menjadi teramat perlu untuk membenam sama sekali UBN di peta politik Malaysia.

Justeru sokongan dan dokongan semua pihak amat diperlukan terutamanya rakan2 Pakatan Rakyat. Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.

Kesepaduan saf kepimpinan PAS teramat sekali dituntut yang tentunya kini tampaknya sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan. Amat diharapkan agar gema suara rakyat yang dipalu pada PRU lalu diteruskan.

PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat kekal sehingga kini. Namun, petugas-petugas PR tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada.

Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan.

Manek Urai: Pelancong pilihanraya

0 org komen

Seperti dok jangka.. setiap kali mana2 pilihanraya kecik.. berduyun duyun pelancong pilihanraya akan serbu pi.. terbaru sekarang ni kat Manek Urai..
Harap2 penduduk Manek Urai bawa2 lah bertenang dan bersabaq..
Yang mai tu kebanyakannya bukan serupa orang sangat..
Jemuan ngan jebon pun berlambak..

Umno Kedah hantar petugas ke Manek Urai

Umno Kedah akan menghantar petugas bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, 14 Julai ini.

Ketua Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata kumpulan petugas berkenaan akan berlepas beberapa hari sebelum penamaan calon, 6 Julai ini.

"Apa yang boleh saya katakan ialah jumlah mereka yang dihantar menepati bilangan yang dikehendaki oleh ibu pejabat parti. BN yakin kita mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kerusi DUN Manik Urai," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno dan BN Kedah di sini, semalam. BH

Brazil lagi

0 org komen
Rehatkan kepala aku kejap..
Ni sebagai catatan saja.. kisah kejohanan Piala Konfederasi di Johannesburg semalam. Sebagai pasukan kurang ternama berbanding Brazil, kita kena tabik spring gak la ngan AS nie.. dia boleh benam 2-0 separuh masa pertama kira lebih dari ok la tuh..


Pemain Brazil, Lucio meraikan kemenangan setelah mengalahkan Amerika Syarikat (AS) 3-2 untuk menjuarai kejohanan Piala Konfederasi di Johannesburg semalam. Brazil yang ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama memperoleh gol ketiga - pada minit ke-84, untuk mengekalkan piala itu buat kali kedua berturut-turut. --foto REUTERS


Brazil nyaris nyaris dimalukan oleh pasukan Amerika Syarikat yang telah mendahului 2-0 di separuh masa pertama.

Kejayaan Brazil ini membolehkan ia menjulang piala itu buat kali ketiga. Dua gol pasukan AS masing-masing dijaringkan oleh Clint Dempsey pada minit ke-10 dan Landon Donovan 17 minit kemudian. Manakala Kaka dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Dalam pada itu, Sepanyol menewaskan tuan rumah Afrika Selatan juga 3-2 untuk duduk di tempat ketiga. mStar

Debat: Memang Nik Aziz buang masa

1 org komen

Aku setuju sangat ngan apa yang senyum kambing nie kata seperti yang terpapar oleh UM online.. Nik Aziz hanya buang masa.
Memang kini terbukti, Nik Aziz hanya buang masa ajak Najib berdebat..
Najib nak sua muka pun tak berani.. antaq suku sakat dia saja yang jawab..
Bukan main.. ada hati nak tegakkan Kerajaan Perpaduan..

Cadangan debat Nik Aziz hanya buang masa - Rais (Utusan)

28/06/2009 8:27pm

KUALA KLAWANG 28 Jun — Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dianggap membuang masa.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.

“Sebaliknya adalah lebih baik untuk bermuafakat daripada berdebat kerana anggota PAS dan UMNO terdiri daripada kumpulan bangsa dan agama yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Gagu dekat sini hari ini.

"Tiba-tiba.. tiada ribut, tiada hujan maka kita nak debat.. apakah yang mahu diperdebatkan?. “Debat itu tidak akan menghasilkan apa-apa perkara, malah saya rasa ini bukan masanya bagi kerajaan ataupun Perdana Menteri untuk menghabiskan masa untuk berdebat,” katanya.

Penakut tak mau habaq.. banyak songeh pulak..

Cabaran debat Nik Aziz, Najib tidak perlu - Tengku Adnan (mStar)

KUALA KRAI: Cabaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu PAS dan Umno tidak perlu diadakan selagi pemimpin PAS masih berdolak-dalih dalam pelbagai perkara terutama dalam soal kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa apa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat.

"Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih."Apa yang penting Umno dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manik Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Macamana hangpa nak perjuangkan ketuanan Melayu.. Nik Aziz ajak debat pun tak terlayan..
Masa ni la hangpa kena patahkan segala hujah Nik Aziz, saat yang sesuai nak jual idea Kerajaan Perpaduan hangpa tuh..

Hutang bayar hutang

0 org komen

40 peratus terima gaji tak sampai separuh: Cuepacs

KUALA LUMPUR: Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta kakitangan awam menghadapi masalah hutang dan mereka perlu diberi perhatian khas kerana mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya kepada Bernama.
Ahmad Shah berkata, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar."Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah. Yang sebenarnya ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata, 30 tahun lalu kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ia melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Katanya, jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu. - BH

Sunday, June 28

PPSMI: Hapuskan saja jangan nganga

0 org komen

PPSMI Tidak Wajar Diteruskan, Kerajaan Jangan Teragak-Agak

Mesyuarat Pimpinan Pusat hari ini membincangkan antaranya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Seharusnya semua pihak menyedari kedudukan Bahasa Melayu dijamin oleh peruntukan Perlembagaan serta Dasar Pendidikan Nasional. Sewajarnya perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu dihimbau semula bagi mengingatkan kita akan jerih perih pejuangan nasionalis tulen. Adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia untuk memartabatkannya sesuai dengan hasrat Kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Oleh itu kelengahan Kementerian Pelajaran dan kabinet membuat keputusan berhubung kedudukan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seumpama mengenepikan semangat yang terkandung jelas dalam Perlembagaan. Dengan merosotnya prestasi matematik dan sains terutamanya di kalangan pelajar luar bandar tambah memburukkan keadaan.

Makanya pada sidang media seusainya mesyuarat tengahari tadi, saya mengulangi desakan agar kerajaan umno-bn kembali mematuhi intipati Dasar Pendidikan Nasional serta memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kami juga menggesa agar sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda masing-masing di sekolah rendah jenis kebangsaan. Perlaksanaan PPSMI sekian lama memangsai rakyat terbanyak dan pembaziran berjumlah RM 4.5 billion.

Desakan ini dibuat tanpa menidakkan keperluan memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris dan kepentingannya, terutama di peringkat menengah atas serta pengajian tinggi. Namun kami menolak sebarang usaha untuk memastikan kelulusan Bahasa Inggeris diwajibkan di peringkat SPM. Perhatian mestilah ditumpukan kepada usaha untuk menghantar guru yang benar-benar terlatih ke kawasan luar bandar. Kandungan kurikulum juga perlu dilakar sesuai bagi menghasilkan kualiti pembelajaran dan pelajar yang terbaik.

Turut disentuh ialah isu tanah yang menimbulkan beban yang bukan sedikit kepada penduduk di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, Pandamaran, Selangor dan Kampung Layang-Layang di Johor. Mesyuarat memutuskan isu ini akan dikendali oleh Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali. Beliau bersama panel lainnya akan meneliti serta berusaha mengurangkan beban yang ditimpa rakyat. Pimpinan parti juga secara sebulat suara menyokong penuh calon Pas di Manek Urai dan akan bersama-sama memastikan kemenangan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

No to ketuanan Melayu

0 org komen
SELAMAT TINGGAL KETUANAN MELAYU - BYE BYE

BIASISWA NASIONAL
-melayau

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Najib n Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.


NAJIB TO INTRODUCE MERIT-BASED SCHOLARSHIP, HINTS AT DROPPING RACIAL QUOTAS
- Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, June 27 — Najib Razak said tonight the government would introduce purely merit-based public scholarships by next year, and also indicated his administration’s intent to completely do away with race-based quotas in more sectors.

The prime minister’s remarks at a dinner organised by the Chinese community appear to be designed to win back the support of non-Malay voters for Barisan Nasional (BN).

KAH KAH KAH…


kah kah kah…. BARU DIJAMU SATU MAKAN MALAM….BOLEH HAPUS KETUANAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU DUA KALI MAKAN MALAM….PADAM HIDUP MELAYU..kah kah kah…

kah kah kah… KALAU DAPAT AMOI…. LUPA TERUS PADA MELAYU….kah kah kah..

woit… MANA PROWARIS… MANA PERKASA… kah kah kah…

sumber: Bro TT

Saiful layak tak mohon BIASISWA NASIONAL

0 org komen
Perdana Menteri Dato Seri Najib semalam mengumumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam akan menubuhkan Biasiswa Nasional yang 100% penilaiannya berdasarkan merit tanpa mengira kaum. Bermakna mengikut meritokrasi sepenuhnya.

Dalam hal ini saya menyokong penubuhan Biasiswa Nasional ini sekali gus memberi sokongan dan motivasi kepada pelajar yang cemerlang untuk terus berjaya pada masa akan datang.

Cuma kita berharap idea ini akan betul-betul praktikal tidak sekadar teori sahaja yang akhirnya wujud campur tangan politik atau pihak tertentu dalam menentukan kriteria dan pemilihan yang layak menerima biasiswa.

Masih ingat lagi dengan bekas pembantu Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini mendakwa majikannya itu meliwatnya, Saiful Azlan Bukhari yang gagal dalam akademik tetapi berjumpa Dato Seri Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) itu yang disahkan oleh Najib sebagai urusan biasiswa. Bagaimana seorang pelajar yang gagal mendapat layanan dan keistimewaan dari Timbalan Perdana Menteri untuk memohon 'biasiswa'? sumber: Angkasanuri

Kempen sekolahkan Zambry

0 org komen
Zambry perlu bersekolah semula.

Oleh: WFAUZDIN NS

APALAH malang nasib orang Perak. Sudah ada MB yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak dirampas pula secara tidak demokratik. Jika yang menggantikan MB yang dirampas itu lebih cerdik sedikit tidaklah rugi sangat rasanya, tetapi yang dilantik pula teramatlah rendah akal dan fikirannya. MB Perak yang mahkamah pilih ini langsung tidak faham apa itu kiasan atau perumpamaan. Cuba baca kenyataan Zambry terhadap apa yang disebut oleh Mursyidul Am Pas terhadap Umno, di sana jelas membuktikan Zambry ini tidak memahami apakah itu kiasan.

Tuan Guru Nik Aziz di dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini menyebut Umno adalah parti sesat sama seperti komunis dan ajaran Ayah Pin. Apabila kenyataan ini dihebahkan, maka ramai yang bodoh totok di dalam Umno tidak mengerti apa maksud Tuan Guru tersebut. Bagi mendidik mereka yang bodoh totok tersebut, Tuan Guru menyatakan bahawa kenyataannya itu adalah `kiasan' atau juga perumpamaan. Adakah Tuan Guru menarik balik kenyataannya itu yang menyatakan Umno sama seperti Komunis dan ajaran ayah Pin? Sudah tentu tidak, sebaliknya Tuan Guru memperjelaskan lagi kenyataannya untuk lebih mudah difahami oleh mereka yang bodoh sombong ini.

Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, "kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika". Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.

Oleh kerana kedangkalan otak beliau, beliau menganggap Tuan Guru telah mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kita ingin bertanya, di mana dan bila masa Tuan Guru Nik Aziz menarik kembali kenyataannya? Bukankah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang memperjelaskan bahawa apa yang diucapkannya itu adalah kiasan hanyalah untuk mengajar orang-orang yang pendek akal seperti Zambry? Itulah akibatnya apabila mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak sehingga ditertawakan orang.

Dan yang terbaru juga, Zambry minta agar Mufti Perak jangan diperlekehkan dalam soal Kerajaan Perpaduan Umno-Pas yang digilakan sangat oleh Umno itu. Beliau berkata Mufti tersebut bukan orang politik. Persoalannya, jika sudah rasa diri bukan orang politik kenapa gatal-gatal mulut campurtangan di dalam perancangan mana-mana parti politik? Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas negeri orang. Perpaduan dalam Islam hendaklah berpaksikan Al-Quran. Sekiranya Mufti Perak sanggup beri jaminan bahawa Umno sedia untuk meletakkan Al-Quran di tengah-tengah sebagai hakim, penentu dan rujukan ke arah mencari perpaduan dengan Pas, saya gerenti Pas akan sebulat suara sanggup untuk berbincang ke arah perpaduan yang dihajati itu. Tetapi, jika tangan ingin berjabat salam dalam masa yang sama kaki memijak Al-Quran, lebih baik kita terus bertentangan.

Saya fikir lebih baik Zambry dan Mufti Perak berbincang samada kerajaan yang beliau bentuk sekarang ini di Perak menepati Al-Quran atau tidak. Jika tidak mahu jadikan Al-Quran sebagai rujukan, boleh juga memikirkan samada bertepatan dengan demokrasi atau tidak. Jika kedua-duanya tidak bertepatan dengan apa yang telah mereka lakukan, maka kita tidak tahu kerajaa apakah yang telah terbentuk di Perak sekarang. Islam pun bukan, ikut demokrasi pun jauh sekali. Mungkin kerajaan seperti ini ada di belantara, itu mungkin./wfauzdin.blogspot.com

Ezam disambut meriah

0 org komen

Gambar wa ciluk dari kulup sakah..

Terbaca dalam mStar, kabarnya Ezam disambut 'meriah' dengan kemunculan sulungnya di PJS (Petaling Jaya Selatan) semalam.

Sambutan 'meriah'nya bukan sahaja oleh susuk susuk Umno bahagian itu, malah penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Hangpa jangan silap paham..
Sambutan meriah yang dia terima adalah kerana sengaunya.. sengaunya telo DS Anwar..
Depa yang lalu lalang ingatkan Anwar berceramah di ceramah anjuran Umno.. tu pasai meriah depa singgah pasai terkejut.. rupanya Anwar celup.. heh.. heh..

Aku cabar si Ezam ni buang la sengau ala ala DS Anwar tuh... hodoh dan tak elok betoi..
Kerana sengau tu lah, Che Det teringat nak berpolitik balik walaupun dah senja.
Kerana sengau tu lah Najib boleh tiduq tak lena hang tau ka..?
Kerana sengau tu lah jugak Altantuya seolah olah dihidupkan semula..
Kerana sengau tu lah jugak PRK Penanti ari tu Umno tak berani sua muka..

Hang buang la stail ala ala Anwar tu..
Hang jangan habaq kat orang kata Anwar yang tiru sengau hang pulak..
1Malaysia boleh gelak ooo..
Buat stail sendiri la.. baru tau sambutan hang meriah ka idak.. heh.. heh..

Dikabarkan juga Ezam muncul bersama ucapannya dalam Ceramah Perdana Pertahan Amanah Bangsa dan Negara anjuran Umno Cawangan Makmur Setia sempena mesyuarat agung tahunan.

Laaa... depa panggil hang pi ceramah di anjuran Umno cawangan saja ka..
Laaa... depa boleh buat tahana kat hang sampai macam tu no..
Hang tak tau tahana tu menatang apa..?
Hang mai la Penanti kami nak ajaq hang makna tahana.. heh.. heh..

Rahsia sayap seekor lalat

0 org komen

Al-Irsyad Surabaya

Sabda Rasulullah saw :

“Jika jatuh seekor lalat pada minuman kalian maka benamkanlah, lalu keluarkan, sungguh disalah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sebelah sayap lainnya kesembuhan” (Shahih Bukhari)

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Limpahan Puji Kehadirat Allah Swt Yang Maha Luhur, Maha Raja langit dan bumi, Penguasa Tunggal dan Abadi sebelum alam semesta ada, hingga alam semesta dihamparkan dan dibimbing dengan bimbingan dan tuntunan pemeliharaan yang multi sempurna, sehingga alam ini berakhir. Dialah (Allah) Penguasa Tunggal tanpa ada awalnya dan tanpa ada akhirnya. Berbeda dengan seluruh makhluk yang pasti ada awal dan akhirnya. Namun Allah Sang Pencipta awal dan akhir maka Allah tidak terikat dengan kalimat awal dan akhir.

Dialah Abadi Swt Maha Tunggal, “laysa kamitslihi syai’un” tiada menyerupai-Nya dengan segala sesuatu. QS. Assyura : 11. Dan bersatu segala kesempurnaan kepada Nama-Nya Yang Maha Tunggal, Allah Swt sepanjang waktu dan zaman. Semakin manusia mempelajari apa – apa yang ada di alam maka ia akan semakin memahami rahasia Keagungan Illahi. Semakin ia memperdalam sunnah Sang Nabi saw pembawa rahmat maka ia akan semakin memahami betapa indahnya Allah Jalla Wa Alla dan ajarannya.


Dalam perkumpulan luhur ini, berkumpul sedemikian hamba yang kesemua jiwa mereka dilihat dan dipandang oleh Rabbul Alamin, Maha Melihat setiap perasaan yang terdalam, Maha Melihat semua yang telah kita lakukan, Maha Tahu apa yang akan terjadi esok dan Maha Mampu membolak – balikkan keadaan kita di masa mendatang. Dialah Tunggal, Allah Allah Jalla Wa Alla Yang Maha Abadi, Allah yang selalu dimuliakan dan selalu agung di alam semesta, mengatur kerajaan alam semesta ini dengan kesempurnaan.

Sampailah kita kepada hadits Sang Nabi, Sayyidina Muhammad Saw. Diriwayatkan didalam Shahih Bukhari, satu hadits yang tampaknya remeh saja, akan tetapi justru membuka rahasia kemuliaan dan kesempurnaan serta kemutakhiran ajaran Sayyidina Muhammad Saw. Beliau bersabda “idza waqa’adzdzubabu fi syarabi ahadikum falyaghmishu tsumma liyanzi’hu fainna fi ihda janahaiyhi da’an wal ukhra syifa’an” jika jatuh seekor lalat pada minuman kalian maka benamkanlah, karena di salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang satunya terdapat penyembuhnya.

Tentunya kita bukan harus selalu berbuat demikian. Yang kita bahas disini, bahwa hal ini bukanlah seekor lalat jatuh di gelas dan harus dibenamkan, karena hubungan lebih jauh dari hadits ini bukan perintah, tetapi merupakan suatu hal yang bisa menetralisir air itu dari racun lalat. Hal ini dibuktikan oleh para ilmuwan kita, Sebagaimana mereka mempelajari daripada serangga – serangga yang ada dibumi.

Mereka menemukan dahsyatnya dan kehebatan serangga – serangga yang menakjubkan bahwa lalat itu mengepakkan sayapnya sebanyak 200 hingga 400X setiap detiknya. Dan setiap detik ia menggerakkan sayapnya 200 hingga 400X gerakan. Dan juga pada satu hewan yang disebut “Ganjur” bahkan sampai mengepakkan sayapnya 1000X setiap detiknya.

Para ilmuwan mempelajari 4 jenis serangga, mereka mendalaminya dan dikatakan kami baru mempelajari 4 macam serangga dan masih tersisa lebih dari 10 juta macam serangga di muka bumi. Dan tentunya juga, demikian banyak mereka melakukan penemuan – penemuan dan keajaiban pada serangga sehingga mereka mengatakan bahwa didalam setiap sayap seekor lalat itu ada daripada fungsi – fungsi elevator dan fungsi – fungsi depressor, yaitu fungsi mengangkat dan menurunkan sayapnya.

Dan itu bergerak 200 hingga 400X setiap detiknya dan gerakan lalat itu yang demikian sangat menakjubkannya itu selalu bergerak dalam bermenit – menit atau berjam – jam. Gerakan otot yang sedemikian cepatnya menggerakkan sayap seekor lalat yang sangat kecil. (sumber: CinaIslam)

Iran: Apa hal sebenarnya

1 org komen

Apa sebenarnya terjadi di Iran?

Hishamuddin Rais | Jun 25, 09 2:01pm

Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidakpro-Amerika - ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai "setan dunia" oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politiknya secara terang-terangan yang akan berani membuat dasar pro-Amerika kerana sebab-sebab sejarahnya.

Pada 1953, Mohammed Mosaddeq memenangi pilihanraya dan dilantik sebagai perdana menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memiliknegarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeq akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini perancangan agensi perisikan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang, syarikat minyak Anglo-Amerika dibawa masuk kembali.

Untuk menggantikannya, Shah Ahmad Reza Pahlavi dinobatkan oleh CIA sebagai raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Maklumat ini fakta sahih. Pada 4 Jun lalu, presiden Amerika Syarikat yang baru Barack Obama sendiri mengakui perkara ini dalam ucapan di Kaherah. Ucapan Obama kepada "warga Islam" sejagat dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik-baik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam – aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni.

Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya dijalankan, ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Pengeboman ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisis akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.


Ahmadinejad mewakili golongan bawahan – kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.

Basij asalnya kumpulan anak-anak muda kampung dan anak muda miskin kota yang direkrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarelawan tetapi dua tahun lalu ia diserap dalam pentabiran Ahmadinejad, sebagai presiden. Basij mendapat kontrak pembangunan, lesen-lesen dan memegang jawatan di lembaga-lembaga di beberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad.

Lembaga ini samalah seperti perbadanan kemajuan ekonomi negeri atau SEDC yang ditubuhkan oleh perdana menteri Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi.

Pasukan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran di bawah pentadbiran Shah yang banyak menjadi tali barut Amerika Syarikat. Pasukan Pasdaran ini mendewasa dalam kancah perang Iran-Iraq.

Basij dan Pasdran kini asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin di kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri yang diwakili oleh Rafsanjani, seorang multibilionaire.

Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

Rafsanjani taukeh kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat dieksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran dunia.

Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini peniaga-peniaga Cina yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan.

Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu, kumpulan Bazaari ini menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Syiah yang berpusat di Qum, kota suci penganut Syiah. Mereka memerlukan satu sama lain.

Golongan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi alias duit kelas bazaari. Kelas ini pula memerlukan fatwa untuk "menghalalkan" apa sahaja perniagaan mereka, termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai "nikah sementara".

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancong tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat dieksport.

Kelas bazaari yang komprador - yang bergantung perniagaan dengan peniaga luar - kini melihat barangan mereka amat susah untuk diimport atau dieksport kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas di sini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang diwakili oleh Rafsanjani-Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru, keadaan ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut-paut dengan Islam, dengan mazhab Syiah atau dengan agama.


Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa, ada lagi satu kumpulan – monarki – saki-baki penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang menggelabah seperti polong tidak bertuan.

Tuannya Reza Pahlavi anak Shah kini tinggal di Kaherah kerana menjadi menantu Anwar Sadat, bekas presiden Mesir.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau Country Height di Kajang.

Kumpulan ini berkumpul bawah televisyen satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancarkan dari Kaherah.

Kelas feudal dan elit atasan ini – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut-paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang-lenang ber-shopping di hujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu.

Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Mohamad. Mereka melihat "gaya hidup" mereka menjadi kacau-bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi, siapakah pula yang berdemonstrasi di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya.


Mereka bersatu bawah bendera dan slogan "undur-undur Ahmadinejad". Ia sama seperti slogan zaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemonstrasi untuk menjatuhkan regim Mahathir.

Awas! Dari semua kumpulan ekonomi ini ada lagi satu kumpulan. Mereka ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas.

Mereka inilah yang gugur ditembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis antirusuhan.

Anak-anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah "penanam anggur" yang tidak memiliki kerja dan masa depan.

Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang mengganggu-gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster.

Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapa saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan SMS dan Twitter.

Mereka bermazhab Ali Shariati, tokoh sarjana yang membakar semangat kebebasan. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che Guevara.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran.

Mereka ingin membebaskan Iran daripada theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.


Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Ia memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran, memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq.

Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Syiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.

Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 sebelum dirampas oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun.

Anak-anak muda di mana sahaja di dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ia adalah sifat dan naluri anak muda. Anak-anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

No foul play

0 org komen

No ‘foul play’. Department of Coroner Assistant Chief Ed Winter informs reporters that Michael Jackson's body has been moved to an undisclosed location in Los Angeles yesterday. — Reuters pic

LOS ANGELES, June 27 — The cause of Michael Jackson’s death will not be known for several weeks after the Los Angeles County Coroner ordered more tests but no signs of foul play have been found.

Craig Harvey, operating chief officer of the Los Angeles County Coroners office, gave a briefing on the results of the autopsy on the body of Michael Jackson.


Chief Coroner Investigator Craig Harvey makes an announcement to the media across the street from the County of Los Angeles Department of Coroner facility yesterday. - Reuters pic

A three-hour autopsy failed to reveal a cause of death and toxicology tests are to be carried out with the results expected in four to six weeks.

Coroner’s spokesman Craig Harvey said: “The cause of death has been deferred, which means the medical examiner wants additional tests, such as toxicology and other studies.

”Harvey said there were no signs of foul play or external trauma to the 50 year old singer’s body. He refused to comment on any drugs found in Jackson’s body until the completion of the drugs tests which can take up to six weeks to complete.

But Harvey did say the coroner was aware Jackson was taking some prescription medication. MI

Saturday, June 27

Muhyiddin: Nik Aziz kena minta ampun ngan Tuhan

3 org komen

Pembunuh di Memali tak kena minta ampun ker..
Pembunuh Altantuya tak kena minta ampun ker..
Pembunuh bahasa yang pertahankan PPSMI tak kena minta ampun ker..

Perli Umno kena minta ampun..
Apa level punya fatwa daaa...

Nik Aziz perlu minta ampun dengan Tuhan, kata Muhyiddin

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lepas.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang yang dikatakan tokoh agama disegani, Menteri Besar Kelantan itu mengetahui apa yang diperkatakannya itu adalah amat berdosa di sisi agama Islam.

"Beliau (Nik Aziz) tidak perlu meminta maaf kepada UMNO, kerana ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian, tetapi dia perlu meminta ampun kepada Tuhan kerana ia adalah tuduhan yang amat berdosa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya. mStar

Nik Aziz: Komunis tolak agama, Umno asingkan agama

3 org komen

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w."

"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis. KBO

Najib: Ada berani ka

0 org komen
Ni yang aku berkenan sungguh2 ngan TGNA nie.. dia tuju batu tepat kesasaran..
Elok selesai saja kemelut kerajaan perpaduan dalam PAS.. dia terus baling batu (Debat: memang dah tau takkan bersambut punya) tepat kearah pencetus kekacauan tersebut..
Aku nampak macam seorang bapa yang halau lalat atau nyamuk yang dok kacau anak dia tidur..
Pi main jauh jauh.. jangan dok kacau hal kelambu aku..
Debat? memang dah tau takkan bersambut punya.. heh.. heh..

Yang aku kata tepat tu kerana..
Tang ni lah punca 1Malaysia kalut nie..
Tang ni lah juga perpaduan Melayu timbui..
Tang ni lah juga perpaduan Islam juga yang timbui..
Tang ni lah juga punca segala fatwa2 moden cuba menghalalkan apa yang PAS tak setuju..


Nik Aziz ajak Najib berdebat


Jun 27, 09 2:23pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.

Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

Nik Aziz dilaporkan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis. Malaysiakini

Kehebatan Michael Jackson

0 org komen

INTERNET sukar dilayari ketika semua orang di seluruh dunia tergesa-gesa untuk mengesahkan khabar angin Michael Jackson meninggal dunia. Carian gergasi, 'Google' mengesahkan ketika berita tersebut mula-mula tersebar sehingga menyebabkan Internet sukar dilayari, pihaknya bimbang ia mengalami serangan siber.

Jutaan orang yang mencari nama Raja Pop itu menerusi Google hanya mendapat halaman error berbanding senarai keputusan carian sebelum ini. Ia memberi amaran kepada pelayar: "pertanyaan anda seperti permintaan automatik dari virus komputer atau aplikasi perkakasan intipan (spyware)".

"Memang betul antara 2.40 p.m. Pacific dan 3.15 p.m. Pacific, sesetengah pengguna Google News sukar mengakses hasil pencarian berkaitan Michael Jackson dan menjumpai halaman error itu," kata jurucakap Google, Gabriel Stricker.

Pada masa yang sama, penyanyi itu diumumkan menghembuskan nafas terakhir secara rasmi. Halaman trend carian Google menunjukkan pencarian untuk topik "Michael Jackson" telah mencapai tahap volume "hot" atau "volcanic". Google bukanlah satu-satunya carian gergasi yang menghadapi masalah tersebut.

Servis microblogging, Twitter gagal ekoran hit penggunaan servis tersebut yang tinggi. Sebelum server syarikat itu gagal, TweetVolume mengesahkan "Michael Jackson" muncul lebih 66,500 kemaskini di Twitter. (link)

Mitos perpecahan Melayu

1 org komen

Mitos perpecahan Melayu

Oleh: Abu Firdaus

Sat | Jun 27, 09 | 5:42:35 am

APABILA banyak orang Melayu menyokong Umno, maka dikatakan Melayu bersatu. Apabila banyak orang Melayu menyokong PAS dikatakan orang Melayu berpecah. Inilah mitos yang selalu dimainkan oleh pihak Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.

Dalam demokrasi tidak timbul mana-mana kaum berpecah. Rakyat tanpa mengira kaum memilih mana-mana parti yang boleh berkhidmat untuk mereka secara jujur dan berkesan.

Untuk apa orang Melayu menyokong Umno jika parti itu dalam amalannya tidak jujur dan pentadbirannya tidak berkesan. Maka ia wajar beralih sokongan kepada parti lain yang berkesan, umpamanya PAS.

Kalau dikira dari sudut perpaduan, orang Melayu wajar bersatu menyokong PAS dan sekutu-sekutunya. Andai kata orang Melayu Perak banyak memberi sokongan kepada PAS dan sekutu-sekutunya, maka PAS muncul sebagai parti yang dominan.

Jika itu berlaku maka tidak timbul hujah DAP menerajui kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku di Perak, orang Melayu sebahagian besar masih menyokong Umno, tetapi pada waktu yang sama sudah ramai menyebelahi PAS dan sekutu-sekutunya.

Tidak semestinya baik

Namun begitu, ia tidak bermakna orang Melayu berpecah. Perpaduan tidak semestinya baik, seperti mana perpecahan tidak semestinya buruk. Kalau bersatu atas perjuangan yang baik, maka hasilnya adalah baik. Tetapi kalau bersatu atas perjuangan yang buruk, maka hasilnya buruk. Begitu juga dengan perpecahan.

Adalah mustahil untuk berlaku perpaduan yang mutlak. Manusia mempunyai pelbagai ragam termasuk pandangan dan sikap. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan politik berbeza dan memberi sokongan kepada parti politik berlainan.

Dalam sejarah tidak pernah mana-mana bangsa memberi sokongan kepada sesebuah gerakan secara mutlak. Perpaduan mutlak tidak ada. Yang ada ialah kebanyakan atau majoriti sesuatu sokongan bangsa kepada mana-mana pihak. Itulah apa yang disebutkan sebenarnya sebagai perpaduan.

Mitos bahawa Melayu berpecah sering kali dikaitkan pula bahawa orang Cina bersatu. Kalau orang Melayu menyokong parti yang berlainan maka mereka dikatakan berpecah. Orang Cina menyokong parti berlainan tidak pula dikatakan berpecah.

Ini kerana orang Cina dikatakan bersikap bersatu dalam menghadapi isu-isu Cina seperti soal bahasa Cina, sekolah Cina, kebebasan beragama dan menolak Dasar Ekonomi Baru.

Tanggapan ini menggambarkan seolah-olah Melayu yang berlainan parti tidak bersatu dalam isu-isu Melayu. Apabila orang Melayu menyokong PAS dan KeADILan, maka dikatakan bahawa mereka dalam Pakatan Rakyat menolak isu-isu Melayu.

Sedangkan orang Melayu dalam PAS dan KeADILan tetap mendokong kepentingan Melayu, seperti memartabatkan bahasa Melayu dan hak memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.

Secara umumnya orang Melayu, seperti juga orang Cina tetap bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Tetapi tentunya mereka berlainan pendapat khususnya dari segi pendekatan lebih-lebih lagi apabila mereka kecewa dengan kegagalan Umno.

Maka apabila sesebuah parti politik itu gagal, wajarkah mereka terus menyokong sesuatu kegagalan? Tentunya tidak.

Pendekatan sememangnya berbeza tetapi matlamat serupa. Suatu contoh jelas. Umno menyokong gagasan ketuanan Melayu. Tetapi dari segi pendekatan, mungkin itu tidak dicerminkan dan tidak berjaya sepenuhnya. Selain itu, gagasan ketuanan Melayu yang dipegang Umno ada unsur perkauman dan penindasan. Itu menurut sesetengah pandangan.

Gagasan ketuanan Melayu umpamanya bermaksud bahawa Malaysia berasal dan berasaskan kepada negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja-rajanya dan rakyatnya yang merupakan bangsa Melayu.

Atas perjalanan sejarah, ia menjadi negara moden Malaysia sebagai negara yang berasal dan berasaskan Melayu. Itu terlihat dalam perlembagaan Malaysia yang menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing dengan secara bersistem menjadi ketua negara bagi Malaysia.

Dukung Perlembagaan

PAS dan KeADILan mendukung Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan DAP. Bermakna Pakatan Rakyat mendukung Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan didukung oleh Pakatan Rakyat.

Tetapi bukan ketuanan Melayu yang bersifat perkauman dan meminggirkan kaum lain seperti mana yang difahamkan oleh sebahagian daripada orang Melayu yang menyokong Umno.

Dalam hal ini, ada dua fahaman lain yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan KeADILan ada gagasan yang disebut sebagai ketuanan rakyat. Sementara PAS pula mendukung ketuanan Islam. Ketuanan rakyat dan ketuanan Islam juga tercermin dalam perlembagaan Malaysia.

Ketuanan rakyat menunjukkan semangat demokrasi sementara ketuanan Islam meletakkan agama ini sebagai kepercayaan tertinggi bagi negara.

Adakah orang Melayu yang mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini dikatakan berpecah? Banyak orang Umno turut menyokong ketuanan rakyat dan ketuanan Islam jika mereka diberi kefahaman mendalam. Ini kerana seperti ketuanan Melayu, ketuanan rakyat dan ketuanan Islam berada dalam jiwa orang Melayu. Melayu tidak berpecah dalam hal ini.

Dalam sejarah pun, Melayu mempunyai keragaman pandangan politik dan ia tidak bererti berpecah. Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) keluar daripada Umno, itu tidak bermakna Melayu berpecah. Mereka keluar daripada Umno antara lain kerana Umno tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan.

Umno hanya mahu mengekalkan kedaulatan Melayu dalam naungan British. Tetapi itu tidak bermakna Melayu berpecah kerana kedua-dua pihak menjunjung kepentingan Melayu.

Walaupun nanti apabila orang Melayu bertambah sokongannya kepada Pakatan Rakyat, itu tidak bermakna orang Melayu bertambah berpecah. Malahan ia bermakna orang Melayu bertambah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Umno adalah sebuah parti politik. Umno bukan Melayu sepenuhnya dan Melayu bukan Umno sepenuhnya. (Harakah)

Protes Rosmah di UM: 2 ditangkap, 3 dicari

0 org komen
(UM Today) - Media hari ini menerima pemkembangan terkini berkenaan isu protes tulisan ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ yang ditujukan kepada Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Malaya tempoh hari. Menurut sumber polis, setakat ini seramai 2 orang individu telah ditahan manakala 3 lagi masih dicari bagi membantu siasatan.

“2 individu yang ditahan tersebut ialah Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun,”ujar pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Mohd Izzzudin Hilmi telah ditahan polis pada pagi Rabu lalu oleh pihak polis cawangan Brickfield berikutan dilihat berlegar-legar di sekitar akademi tersebut pada awal pagi hari kejadian. Kemudian, Mohd Sharuddin pula ditahan di kediamannya di Lembah Pantai. Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan atas kejadian tersebut.

Media walaubagaimana pun gagal mendapatkan penjelasan mengenai individu yang lagi masih dicari polis.

Dalam pada itu, media cuba menghubungi Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dr. Ahmad Hidayat Buang dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu yang membabitkan imej universiti terhadap tokoh tersebut, namun menemui kegagalan.

Setakat ini siasatan masih lagi diteruskan.

Terdahulu, Universiti Malaya gempar apabila tulisan tanda protes terhadap tokoh tersebut ditulis di Akademi Pengajian Islam. Rosmah Mansor yang datang bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut
Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman video YouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya.(link)

Manek Urai: PAS calonkan Fauzi Abdullah

0 org komen

KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai. Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir. Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

BN akan mengumumkan calonnya esok. mStar

Menghapuskan lipas rumah

0 org komen

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spray dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby untuk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas:
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid (ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan)
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.

BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas. CINA ISLAM

Friday, June 26

Fitnah jahat terhadap Anwar

0 org komen

Fitnah Jahat Yang Membingungkan

Dari JohorDaily

Johor Bahru - Setelah perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda kepada 8 Julai 2009, kini pelbagai pihak mempertikaikan kesahihan kes tersebut. Kini pelbagai dakwaan berlakunya konpirasi untuk menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu.

Mohd Saiful Bukhari mendakwa didalam blognya bahawa apa yang disumpahnya adalah benar. Manakala Majlis Pegum telah mengeluarkan kenyataannya mendakwa kes tersebut perlu digugurkan kerana tiada bukti jelas berlaku liwat pada laporan perubatan Mohd. Saiful.

Blog Gerakan Anti-PKR pula mendakwa tujuan Anwar pergi ke Amerika Syarikat pada minggu hadapan bertujuan melarikan diri dari kes tersebut dan meminta simpati kepada presiden Berek Obama. Blog itu meminta pihak berkuasa menahan pasport Anwar.

Angkatan Muda Keadilan pula pada hari ini jam 11.00 pagi akan menyampaikan memorendum agar kes tersebut digugurkan kepada kepada Timbalan Pendakwaraya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin di Putrajaya. Ketuanya Shamsul Iskandal Mohd Akin mendakwa kes tersebut adah fitnah politik sahaja dan tidak perlu melibatkan Mahkamah.

Terdahulu peguam Anwar Ibrahim telah menfailkan dokumen agar kes itu digugurkan kerana tiada kerjasama dari pihak kerajaan dan tiada bukti berlaku liwat.

Pahang Daily pula mendakwa didalam blognya terdapat kemuskilan pada kes pendakwaan tersebut kerana sebelum dan selepas lapuran Polis Mohd Saiful terdapat beberapa panggilan talifon yang mencurigakan termasuk panggilan terhadap Ezam Mohd Noor dan ke kementerian Pertahanan.

Semantara itu Johor Daily dimaklumkan Barisan Nasional enggan berkempen di Manek Urai melibatkan kes liwat ini kerana bimbang menerima tamparan kekalahan teruk seperti di pilihanraya Kecil di Permatang Pauh. Johor Daily percaya Umno enggan bertanding di DUN Penanti kerana bimbang dimalukan lagi.

Johor Daily dimaklumkan Anwar Ibrahim akan berada di Australia pada 11 Julai 2009 sebagai salah seorang ahli penal undangan khas bagi membicarakan isu semasa dunia dan kekemelutan Islam. Banyak pihak mendakwa termasuk penyokong Umno kes liwat ini adalah strategi khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ‘membunuh diri sendiri dan Umno’. sumber: KBO

Anwar: Rakyat dizalimi, negeri Pakatan Rakyat didiskriminasi

0 org komen

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Kerajaan dibidas kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah.

Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan jelas menunjukkan wujud diskriminasi daripada kerajaan persekutuan di bawah kekuasaan Barisan Nasional.

"Ada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian oleh Kementerian Kewangan dalam keadaan kita menghadapi kemelut sekarang. Pertama, peruntukan yang diberi kepada negeri-negeri jelas menunjukkan sikap dendam kesumat masih berterusan.

"Walaupun Perdana Menteri menyebut Satu Malaysia, dan rakan-rakan daripada Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional minta kita supaya memberi sambutan yang positif, saya hendak beritahu bahawa laungan slogan ini, slogan murahan yang tidak dituruti dengan amal,"jelasnya semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan mengapakah negeri-negeri tersebut didiskriminasikan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?

"Saya beri contoh, mengikut peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"Apa alasan boleh diberikan? Terutama bagi negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah, di paras yang begitu rendah peruntukan walaupun yang diuar-uarkan itu Satu Malaysia. Perak kerana semasa mereka merangka, mereka fikir mereka masih belum berjaya menawan, maka Perak daripada segi peruntukan per kapita - 230, Selangor - 221, Kelantan - 179, Kedah - 172 dan Pulau Pinang - 119,"jelasnya lagi.

Tindakan ini dianggap oleh Anwar sebagai satu diskriminasi dan rakyat menjadi mangsa.

"Mengapa harus dihukum rakyat begitu rupa? Saya tidak menafikan keperluan kita menambah peruntukan negeri-negeri terutama negeri-negeri yang miskin. Terengganu, mahupun kawasan Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Akan tetapi dasar yang jelas tidak telus dan menunjukkan dasar yang discriminative, gunalah KPI apa pun yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, KPI apa? Kalau kerangka dasar itu sendiri tidak menunjukkan kita mengambil sikap yang telus dan adil,"tambahnya sambil menempelak sikap kerajaan yang tidak adil terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, tindakan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan hanya terjadi setelah rakyat memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan.

"Saya harap Kementerian Kewangan dapat meneliti dan memperbaiki kerana zalim kita untuk menghukum rakyat semata-mata kerana mengambil keputusan dan kebijaksanaan memilih parti atau calon yang mereka dukung.

"Semua yang memilih Pakatan Rakyat atau Umno-Barisan Nasional dikenakan dengan sistem percukaian yang sama. Maka peruntukan itu harus lebih telus dan adil,"tegasnya.
Related Posts with Thumbnails