Friday, July 31

Bang Mat Sabu calon Permatang Pasir?

0 org komen

Kalau ikut aku la, secara peribadinya aku lebih suka Bang Mat gunakan kepetahannya di Parlimen. Biaq dia gelak pegang perut bila tengok Hishamuddin berbahas di Parlimen.. heh.. heh..

Tapi kalau tak dak kerusi Parlimen yang kosong nak buat camana. Nak tunggu puak UBN kosongkan pun tobat tak dapat.

Kembalinya Datuk Hamdan kerahmatullah pada jam 6.15 pagi tadi menyebabkan pilihanraya kecil Permatang Pasir bakal diadakan dalam masa 60 hari dari sekarang. Dan nama popular yang disebut sebut mewakili PAS ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj Mohammad Sabu selain dari Ustaz Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

MT Umno pulak ari ini bagitau parti itu nak letak calon juga dalam PRK DUN Permatang Pasir ini, satu tindakan yang bertentangan dengan sikap mereka sewaktu memboikot pilihanraya kecil Penanti yang menganggap pilihanraya kecil tersebut sebagai membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit. Penanti membazir tapi Permatang Pasir tak pa. Penakut tak mau habaq, dalih lebih.

Tak kira la sapa pun bakal dicalonkan mewakili PR.. LAWAN TETAP LAWAN..
Kecemerlangan Pak Hamdan di Permatang Pasir perlu diteruskan.

Mai kita kacau kepala Zahid pulak

0 org komen

Tarikh sebenar pilihanraya kecil dan penamaan calon bagi Dun Permatang Pasir hanya akan ditentukan SPR pada 10 Ogos nanti setelah berbincang ngan bomoh dan dukun impot tentang bila tarikh sesuai dimana keadaan Pakatan Rakyat paling lemah tahun ini.

Dengan bangganya tanpa keizinan dari isteri Pi Em Umno, pengerusi badan perhubungan Umno negeri, DS Ahmad Zahid Hamidi berkata di sini, Umno Pulau Pinang bersedia menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya daripada PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman hari ini.

Menurutnya lagi Umno akan menggerakkan jentera pada bila-bila masa dari sekarang. Diharap lain lain jentera lebih berwaspada termasuk jentera jentera padi yang bersepah di Permatang Pasir. Kerana ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid mengemudi jentera pilihanraya Pulau Pinang sejak menerajui Umno negeri ini dibawah Najib.

Hang tunggu sana tengok Zahid ooi.. penangan dari orang Permatang Pasir pulak..
Permatang Pauh seperti selalu.. sentiasa hangat..
PR Permatang Pauh matang diuji dengan 3 PRK selepas PRU ke 12 yang lalu..
Mai pakat kita tengok sapa yang kena..
Jangan habaq kata hangpa tak berani tanding sudah..

Era Najib: Hormatilah aspirasi rakyat

0 org komen

Seperti diketahui umum, besok 1 Ogos merupakan satu hari lagi bagi rakyat 1Malaysia berpeluang merayakan demokrasi, iaitu hari menyuarakan aspirasi rakyat menyokong gagasan "Memansuhkan ISA" dan penyokong golongan "Mengekalkan ISA" dan pertamakalinya dianjurkan serentak.

Justeru ramai berpendapat sebarang usaha menyekat demonstrasi samaada pro dan anti-ISA, adalah bertentangan dengan hak asasi rakyat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti-ISA yang akan diadakan di ibu negara esok sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya.

Nik Aziz tidak pula menyalahkan pihak polis secara total, mereka terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan. Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan.

Kabarnya Datuk Seri Hishammuddin Hussien, selaku Menteri Dalam Negeri sudah mengisyaratkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan diambil.

Selain Nik Aziz, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO akan turut serta dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Melalui perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Laporan meluas menyatakan pihak polis telah mula mengadakan sekatan jalanraya di beberapa lokasi utama sejak pagi tadi bagi menghalang tujuan tersebut.

Nik Aziz konsisten menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya samada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

Kerajaan telah dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihanraya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek. Tanpa undi dari rakyat seseorang menteri ataupun kerajaan tak terlantik. Jadi janganlah menafikan hak rakyat merayakan hak mereka secara aman.

Kisah Tukang Bom Nordin Md Top

0 org komen

Nordin Md Top rakyat Malaysia yang disyakki stratejis pengeboman Jemaah Islamiah (JI) dan dituduh bertanggungjawab dalam pengeboman dua hotel mewah di Jakarta pada 17 Julai 2009, JW Marriot dan Ritz-Carlton kini terpampang poster-poster gambarnya diseluruh Indonesia.

Selama beberapa tahun dulu seorang lagi rakyat Malaysia bernama Azahari dituduh sebagai tukang bom JI hinggalah Azahari ditembak mati pada tahun lepas.

Sebanyak 302 insiden pengeboman besar dan kecil diseluruh Indonesia dikaitkan dengan Allahyarham Azahari. Kini dah tak boleh tuduh Allahyarham Azahari dituduh pula seorang lagi rakyat Malaysia, Nordin Md Top. Bermacam cerita-cerita yang aneh yang disebarkan pihak berkuasa Indonesia tentang Allahyarham Azahari dan Nordin Md Top.

Kedua-duanya adalah dari kalangan orang-orang terpelajar. Allahyarham Azahari bekas pensyarah universiti sementara Nordin Md Top yang sedang diburu sekarang ini adalah seorang akauntan.

Maka kawan saya di Jakarta berbual-bual dengan orang-orang Indonesia di Jakarta. Dikemukakan soalan kenapa dulu polis Indonesia ambil begitu lama untuk mengesan dan membunuh Allahyarham Azahari. Adakah kerana menuduh rakyat Malaysia itu sesuatu yang "convenient" sebab mudah diterima oleh rakyat Indonesia yang rata-rata minda mereka telah diracuni secara berterusan dengan propaganda anti Malaysia.

Sekarang ini pula pihak polis Indonesia telah umumkan mereka sebenarnya tahu di mana Nordin Md Top berada. Menurut polis Indonesia mereka tahu Nordin Md Top tinggal di kawasan bernama Cilacap di Jakarta. Nordin dipercayai antara beberapa rakyat Malaysia yang memimpin Jemaah Islamiah dan merupakan golongan yang mengatur dan merancang kegiatan pengeboman JI.

Kalau ada beberapa orang rakyat Malaysia yang memimpin unit pengeboman di JI, bermaknanya bila Nordin Md Top berjaya ditangkap atau dibunuh, akan ada lagi rakyat Malaysia yang boleh dituduh melakukan keganasan di Indonesia. Kalau kata pihak berkuasa Indonesia pandai dan cerdik secara jahat - marah pulak.

Selama beberapa tahun pihak berkuasa Indonesia telah mengumumkan mereka tahu di mana Allahyarham Azahari berada, dan setelah hampir 300 peristiwa pengeboman kecilan dan besaran dikaitkan dengan Allahyarham Azahari barulah Allahyarham Azahari ditembak mati. Sekarang nampaknya senario yang sama akan diapplikasikan untuk Nordin Md Top. Yang penting adalah memberi gambaran memang Indonesia punyai "Islamic terrorists" pemimpin-pemimpin terrorists di Indonesia adalah rakyat Malaysia. Bijak. Tapi bijak secara jahat pihak berkuasa Indonesia ni.

Maka kalau polis Indonesia dah tahu jejak dan gerak geri Nordin Md Top kenapa tidak ditangkap, bertanya kawan saya. Setiap kali berlaku pengeboman di Indonesia termasuk pengeboman di Bali akan cepat dituduh Jemaah Islamiah (JI) yang bertanggungjawab, dan hampir kesemuanya dikaitkan dengan rakyat Malaysia sebagai mastermindnya. Mungkinkah motif pihak berkuasa Indonesia adalah untuk sentiasa menuding jari ke arah Malaysia dengan niat memburukkan imej Malaysia setiap kali peristiwa pengeboman berlaku.

Jawab reporter dengan salah sebuah setesyen TV di Jakarta, pihak berkuasa Indonesia tidak punyai motif sedmikian, hanya punyai sangkaan baik terhadap Malaysia.

Soalannya kalau dah tahu Nordin Md Top tinggal di Cilacap kenapa tidak ditangkap? Bertanya kawan saya lagi.

Jawab reporter yang bekerja dengan sebuah setesyen TV Jakarta itu, strateji pihak berkuasa Indonesia adalah menangkap dulu pengikut-pengikut JI yang menjalankan pengeboman itu. Bila kuncu-kuncu dah hampir kesemuanya ditangkap, barulah diburu dan dibunuh bossnya yang datang dari Malaysia. Oh I see, sahut kawan saya dengan ketawa. Kalau betul, memanglah pelik dan bodoh serta banggang strateji yang digunakan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Sementara itu pihak polis dan pihak berkuasa Indonesia yang lain telah menyebarkan cerita-cerita karut berbau syirik tentang Nordin Md Top. Kononnya amat susah dulunya hendak menangkap Allahyarham Azahari dan sekarang ini untuk menangkap Nordin Md Top kerana menurut pihak berkuasa Indonesia kedua-duanya rakyat Malaysia ini pakai bermacam ilmu dan tangkal. Kononnya mereka ada ilmu untuk ubah rupa wajah dan menghilangkan diri dengan sekelip mata.

Betulke pihak berkuasa Indonesia menyebar cerita yang karut-marut ini? Ditegaskan memang benar cerita karut tersebut telah disebarkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Kalau benar begitu nampaknya polis Indonesia mencari helah untuk menutup ketidak upayaannya untuk menagkap Nordin dengan cepat. Iye tak ye jugak, bila nak tangkap berubah rupa. Baru nak acu senapang atau pistol dah hilang pulak si Nordin. Ha ha ha.

Berita-cerita kesaktian yang syirik semacam ini memang mudah diterima oleh rakyat Indonesia termasuk golongan cerdik pandai. Ilmu hitam atau yang disebut "ilmu guna-guna" di Indonesia merupakan sub-culture ramai orang Indonesia yang masih kuat berpegang dengan kepercayaan karut marut agama asal mereka iaitu agama Hindu. Umpamanya patung-patung bertaburan diseluruh Indonesia.

Memang adanya para ulamak dan orang-orang alim yang hebat-hebat di Indonesia dan rakyat Indonesia yang kuat pegangan terhadap ajaran agama Islam memang melebihi jumlah rakyat Malaysia. Tetapi di negara yang mempunyai 240 juta rakyat, yang lebihkurang 30 juta yang dikatakan amat taat kepada Islam tenggelam dalam lebihkurang 180 juta yang peganggan Islam mereka semacam orang UMNO di Malaysia..lebih kepada Islam yang liberal atau "Islam lebihkurang" .

Nampaknya pihak polis Indonesia yang tidak berupaya membuat apa-apa berselindung disebalik tuduhan terhadap rakyat Malaysia dan cerita-cerita kesaktian rakyat Malaysia tersebut untuk menutup impotensi pihak polis. Menuding jari ke arah Malaysia mudah dipercayai oleh rakyat Indonesia yang minda mereka diracuni secara berterusan untuk membenci Malaysia. Cina Islam

Pembunuh Kugan masih bebas

0 org komen

Hampir 8 bulan berlalu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap sembilan anggota polis yang dituduh membunuh Kugan Ananthan sewaktu dalam tahanan mereka di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Kugan ditahan pada 15 Januari tahun ini selepas disyaki terbabit dalam sindiket mencuri kereta, dan ditemui mati dalam tahanan polis lima hari kemudian. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan laporan bedah siasat pertama pada berkata kematian Kugan berpunca dari paru-paru berair, namun penelitian ahli keluarga mangsa dan media mendapati terdapatnya kesan cedera dan luka pada tubuh mangsa.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Rawatan Universiti Malaya menunjukkan Kugan mengalami kecederaan buah pinggang, pendarahan dalaman pada jantung, paru-paru, leher dan tapak kaki, serta 10 kesan lecuran pada tubuh yang menurut peguam N Surendran konsisten dengan tanda penderaan.

Namun belum sempat laporan bedah siasat kedua diselesaikan, polis bertindak menyerbu PRUM dan merampas sampel tubuh Kugan. Keluarga mangsa kini di mahkamah bagi menuntut kerajaan supaya memulangkan sampel itu untuk diteruskan kajian keatasnya. Kerajaan bagaimanapun enggan.

"Mahkamah Tinggi telah mendengar bantahan awal dari Timbalan Pendakwaraya yang menbantah permohonan ibu Kugan supaya sampel dapat dipulangkan untuk di bedah siasat. Polis telah merampas sampel tubuh mangsa meskipun sedar bahawa laporan bedah siasat belum selesai dan doktor masih menjalakan ujian toksik keatas sampel terbabit. Keluarga mangsa mahu sampel ini dipulangkan untuk mengetahui punca kematian Kugan," kata peguam N Surendran.

"Malang sekali apabila Pejabat Peguam Negara membantah permohonan ini atas dasar teknikal. Bantahan ini dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang sehingga ke hari ini tidak mendakwa mana-mana pembunuh mangsa," tegas Surendran.

Mahkamah akan membuat keputusan keatas bantahan Peguam Negara pada 4 Ogos nanti. Sekiranya bantahan kerajaan diterima, permohonan keluarga Kugan supaya bedah siasat dapat disambung semula sekiranya sampel dipulangkan akan ditolak.

Sekiranya bantahan kerajaan ditolak, peguam akan meminta mahkamah menentukan apakah rampasan sampel tubuh Kugan ini sah di sisi undang-undang atau tidak sah. GB

Bagaimana acuan begitulah kuehnya

0 org komen
Walaupun kanak-kanak mewarisi gen daripada ibu bapa, persekitaran dan cara dibesarkan turut pengaruhi tumbesaran anak

"Ooh, senyumannya sama seperti ibunya!" Anda tentu bangga mendengar kata-kata rakan setiap kali mereka melihat si manja anda. Tahukah anda bahawa kajian turut menunjukkan bayi bukan saja mewarisi senyuman anda yang menawan, malah juga gen anda.

Sebenarnya ibu bapa berkongsi lebih daripada lesung, ketinggian, warna rambut dan sifat fizikal lain dengan anak-anak mereka. Tingkah laku dan personaliti juga terbukti diwarisi. Sekiranya anda seorang yang ekstrovert dan ramah, si manja juga berkemungkinan besar menjadi seorang yang ceria seperti anda.

Pakar pengasuhan anak, Tracy Hogg yang juga dikenali sebagai 'pemujuk bayi' atas kebolehannya menenangkan dan memahami si kecil pernah berkata, setiap bayi dilahirkan dengan sifat personaliti yang unik..

"Dari masa dilahirkan, sesetengah bayi mewarisi sifat pemalu, ada yang agak degil dan ada juga yang aktif dan suka mengambil risiko. Kajian sedekad lalu membuktikan bahawa dalam setiap manusia, faktor gen dan kimia otak mempengaruhi sifat, kekuatan dan kelemahan serta apa yang digemari dan tidak disukainya.

"Kajian yang dilakukan ke atas pasangan kembar menunjukkan ciri semula jadi memberi pengaruh besar berbanding persekitaran dalam membentuk sifat peribadi seseorang. Satu kajian yang dilakukan terhadap sepasang kembar seiras di Minnesota yang membesar dalam persekitaran berlainan dan tidak pernah bertemu antara satu sama lain sehingga berumur 40 tahun menunjukkan bahawa mereka masih berkongsi sifat yang sama.

"Bagi pelbagai ukuran personaliti dan pembawaan, pekerjaan dan minat waktu lapang serta sikap sosial, kembar seiras yang dibesarkan berasingan didapati mempunyai persamaan sama seperti kembar seiras yang dibesarkan bersama," katanya.

Mungkin ada yang berkata itu adalah 'telepati pasangan kembar', namun penyelidik percaya bahawa persamaan di antara pasangan kembar adalah disebabkan oleh gen yang dikongsi bersama. Malah Texas Adoption Project turut mendapati sedikit persamaan di antara anak angkat dengan adik-beradik kandung mereka dan lebih banyak persamaan di antara anak angkat dengan ibu bapa betul mereka.

Begitu pun, masih ada saintis yang menyokong pendapat bahawa persekitaran memainkan peranan dalam membentuk peribadi kanak-kanak. Tidak dinafikan bahawa didikan dan bimbingan keluarga mempunyai pengaruh dalam perkembangan kanak-kanak kelak. Bagaimanapun, kajian terhadap pasangan kembar dan anak angkat menunjukkan gen turut mempengaruhi sifat seseorang.

Apa sebenarnya yang kita wariskan?

Anda wajar berbangga jika si kecil memiliki tenaga, keyakinan dan keupayaan menarik minat orang kerana sesetengah gen yang baik memang boleh diwarisi daripada anda.

Ahli akademik Buss dan Plomin ada menyatakan, sifat-sifat peribadi yang diwarisi terbukti ada pada peringkat kanak-kanak. Kajian tokoh akademik itu juga menyatakan bahawa kecenderungan seseorang bertindak dengan cara tertentu sebahagian besarnya adalah berasaskan gen.

Buss dan Plomin turut mengenal pasti tiga jenis pembawaan laku yang diwarisi iaitu tahap sosialisasi, emosi dan keaktifan individu. Tahap sosialisasi merujuk kepada keutamaan yang ditentukan oleh setiap individu dalam berinteraksi dengan orang lain. Kemahuan bayi anda untuk berkongsi aktiviti dan keinginan untuk mendapat tindak balas daripada orang lain serta stimulus kebanyakannya disebabkan oleh gen yang dimiliki. Secara ringkasnya, sekiranya anda seorang yang suka bersosial, anak anda berkemungkinan besar mempunyai minat yang tinggi untuk berinteraksi dengan orang lain.

Seterusnya, tahap aktiviti anak anda akan menentukan sama ada dirinya cenderung kepada aktiviti lasak seperti bersukan atau aktiviti yang tenang seperti bermain catur. Dia mungkin memiliki tahap tenaga yang tinggi dan memilih untuk bermain permainan yang rancak berbanding yang perlahan bergantung kepada gen yang dimilikinya.

Akhir sekali, emosi bayi anda dalam pelbagai situasi yang berbeza turut dipengaruhi oleh sifat emosi anda. Jika anda seorang yang tenang dan sabar ketika menyelesaikan masalah, berkemungkinan besar bayi anda akan mewarisi sifat anda yang penyabar ketika bermain. Begitu juga sekiranya anda seorang yang cepat teruja, anak anda mungkin mewarisi sifat yang sama.

Selain pembawaan, kecerdasan turut terbukti sebagai diwarisi. Kajian menunjukkan bahawa lebih tinggi tahap IQ ibu bapa, lebih bijak anak-anak mereka. Perkara ini tidak berlaku untuk ibu bapa angkat dengan anak-anak angkat mereka.

Tahap keyakinan kanak-kanak terhadap kecerdasan mereka juga diwarisi secara gen. Keyakinan intelek walaupun tidak sama dengan kecerdasan itu sendiri adalah penting kerana ia dapat meramalkan prestasi akademik kanak-kanak.

Kajian yang dilakukan di London ke atas pasangan kembar bukan saja menunjukkan keyakinan intelek diwarisi, malah kanak-kanak yang memberi menilai sendiri tinggi akan kebolehan mereka berjaya di sekolah. Dalam erti kata lain, jika anda rasa anda bijak, anak anda berkemungkinan besar yakin dengan kecerdasan mereka dan bersedia untuk menghadapi cabaran dunia.

Warisan menerusi pemupukan

Keperibadian dan tingkah laku mungkin boleh diwarisi, tetapi gen yang baik saja tidak menjamin sikap atau pewatakan seseorang kanak-kanak. Walaupun anak anda mewarisi beberapa sifat terbaik anda, ia tidak bermakna tugas anda sebagai ibu bapa boleh diambil mudah.

Sebenarnya gen dan persekitaran saling berkait. Walaupun kajian pasangan kembar dan anak angkat yang disebutkan di atas menunjukkan peranan gen dalam membentuk sifat kanak-kanak, ada penyelidik lain yang berpendapat bahawa warisan semula jadi perlu dipupuk untuk dibentuk.

Menurut United States National Research Council and Institute of Medicine, ibu bapa dan pengaruh persekitaran yang lain boleh mengurangkan perkembangan sikap yang diwarisi dalam kanak-kanak. Penyesuaian antara keadaan persekitaran dan sikap kanak-kanak dapat dilakukan sebagai contohnya dalam rutin keluarga yang memberi peluang kepada permainan lasak untuk kanak-kanak yang sangat aktif atau dalam suasana penjagaan kanak-kanak dengan kawasan yang senyap untuk kanak-kanak pemalu mengasingkan diri mereka daripada aktiviti intensif bersama rakan sebaya.

Hogg turut bersetuju dengan menyatakan bahawa walaupun saintis masih belum dapat menentukan bagaimana sebenarnya perkaitan antara persekitaran dan gen mempengaruhi perkembangan seseorang, apa yang pasti ialah 'warisan menerusi pemupukan'.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak masih memerlukan sokongan dan panduan daripada ibu bapa mereka untuk memperkembangkan personaliti yang mereka warisi. Seseorang kanak-kanak mungkin dilahirkan dengan penuh rasa yakin, tetapi dia masih memerlukan galakan daripada ibu bapa untuk memastikan sikap ini dibawa dalam hidupnya, tidak kira apa pengalaman yang dilalui olehnya.

Bagaimanapun, Hogg mengingatkan ibu bapa bahawa untuk memberikan sokongan yang sebenar, mereka perlu menggunakan apa yang ada dalam diri anak mereka. Mereka perlu menghormati keupayaan atau kekurangan anak-anak mereka dan mengadakan persekitaran yang menggalakkan ciri-ciri terbaik anak mereka.

"Manusia dibentuk oleh kedua-dua ciri biologi dan persekitaran di mana mereka dilahirkan. Ada kanak-kanak yang pemalu kerana mereka mewarisi gen pemalu, namun ibu bapa boleh membantunya merasa selamat dan mengajar anak mereka strategi untuk mengatasi perasaan malu ini.

"Ada anak yang suka mengambil risiko disebabkan oleh tahap serotonin mereka dan ibu bapa boleh membantunya mempelajari cara mengawal keinginannya. Memahami pembawaan anak anda membolehkan anda membuat perancangan, " katanya.

Menyayangi dan menerima anak anda seadanya bukan saja membantu mereka membuat pencapaian terbaik, malah memberi anda peluang untuk menghargai ciri si kecil yang mungkin dilihat sebagai sesuatu yang tidak diingini.

Lazimnya, tingkah laku yang dilihat baik atau buruk selalunya bergantung kepada perspektif dan Hogg berkata, perspektif ibu atau bapa terhadap sifat anak boleh menentukan bagaimana cara anda menangani sifat itu.

"Ada ibu yang melihat anak mereka yang degil sebagai selalu tidak mendengar kata dan ada ibu lain yang melihat sifat degil ini satu kebaikan kerana anak ini tahu apa yang diingininya.

"Ibu jenis kedua boleh membantu anaknya menggunakan sifat-sifat agresif yang ada ke arah penggunaan yang lebih sesuai contohnya sebagai pemimpin," katanya.

Oleh itu, sekiranya anda sering pening memikirkan mengapa anak anda mewarisi sikap anda yang tidak baik, anda perlu berfikir semula. Sesuatu sifat yang tidak disukai oleh satu pasangan ibu bapa mungkin menjadi kebanggaan pasangan ibu bapa yang lain. Ia bergantung pada sudut pandangan anda terhadap sifat anak anda dan bagaimana anda menanganinya.

Segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan anda mendidik si manja kerana dunia keibubapaan penuh dengan dugaan walaupun anda mewariskan gen yang baik. sumber: Cina Islam

Apa Khir Toyo dok buat lawak nie

0 org komen

Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor lagi.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

Haa.. kan dah kena sebijik. Bangang punya dakwaan.
Dakwaan ni akibat dari usaha terdesak Khir untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukannya. Rujukan: Harakah

YB Hamdan ADUN Ptg Pasir meninggal dunia

0 org komen

Terkini:
KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, akan dikebumikan di kampungnya di Permatang Pasir, Pulau Pinang selepas solat Asar petang ini.

Jenazahnya sudah dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 9.30 tadi dan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir, 2 petang ini.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.

Berita sebelum ini:
Alfatihah.

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ. Malaysiakini

ISA Haram atau Perhimpunan Haram

1 org komen

Berikutan dengan kenyataan terbaru Mufti Perak, Harussani Zakaria, yang berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Nampaknya Mufti Perak ini cuba berpolimik dalam persoalan yang remeh-temeh dan tidak mengeluarkan pandanganya dalam persoalan yang lebih besar dan penting. iaitu Adakah ISA itu Halal atau haram disisi hukum Islam.

Sehubungan ini saya suka mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

1. Ternyata semakin di penghujung jawatannya Mufti Perak menambahkan lagi koleksi peribadinya dengan mendiamkan diri dalam banyak hal yang diperlukan jawapan yang segera dalam banyak perkara, dalam masalah ini sebelum 1 Ogos rakyat Malaysia ingin tahun adakah ISA bersesuai dengan Islam atau tidak, manalah tahu ada nash dalam Al Qquran dan Sunnah yang boleh dihujjahkan bagi menghalalkan atau paling tidak mengharuskannya.

2. Khusus kepada rakyat Perak, Kem Tahanan yang terletak di kamunting adalah gambaran yang tidak baik sekiranya undang-undang yang haram itu diteruskan, dan kita akan berbangga kalau ia harus atau halal , biarlah dia berada di perak, dan kita berbangga kerananya.

3. Mengeluarkan pendapat mengenai halal atau haram berhimpun dan dikaitkan dengan permit, macamlah Harussani menjadi jurucakap kepada pasukan keselamatan pula ?

4. Adakah mengeluarkan kenyataan berhimpun tanpa permit disandarkan dengan dalil dan nash yang mana, kalau pun sebetulnya yang menghuru-harakan setiap perhimpunan adalah pihak lain, bukannya kami yang berhimpun. Sepatutnya Harussani juga mengeluarkan pandanganya kepada pihak yang menghalang rakyat berhimpun dengan aman, halal atau haram hukumnya.

Demikianlah kenyataan saya.

30 July 2009

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Penerangan PAS Perak.

Bernas terlacur akhirnya

0 org komen

Di dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini tergugat@hangit.

Bernas sebuah syarikat strategik di dalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.

Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.

Bernas ditukarkan dari Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1994 yang kononnya atas dasar Malaysia Incorporated dan di senarai awamkan pada tahun 1997. Apabila Bernas disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh menguasai Bernas.

Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.

Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Hakikatnya hari ini jika Bernas gagal dipertahankan dan terlepas ke tangan Cina Hong Kong ternyata dasar-dasar Malaysia Inc yang diagung-agungkan oleh Che Det dan Daim Zainudin selaku penasihat ekonomi dan Menteri kewangan ketika itu telah gagal. Malaysia Inc. hanya memperkayakan yang kaya dan menindas yang miskin.

Dahulu kita bangga hampir setiap bulan Malaysian Business Magazine galak menyenaraikan jutawan-jutawan Melayu seperti Tajudin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Amin Shah Omar Shah, Shamsudin Abu Hasan dan ramai lagi tetapi di manakah mereka hari ini? Mereka tenggelam apabila Che Det dan Daim tenggelam dan rupa-rupanya mereka ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Hari ini Bernas pula telah dilacurkan untuk kepentingan pihak dan kumpulan tertentu, maruah dan hak kita telah tergadai, petani dan pesawah pasti menangis apabila periuk nasi mereka bakal jatuh ke tangan tauke Cina Hong Kong.

"Tuai padi antara masak besok jangan layu-layuan,. Jika beras telah menjadi dedak di masa itu hilang keruan" -mummyrokiah

Aiyo yo Samy, apa macam Kg Buah Pala

0 org komen

Pasukan FRU mengawal pertembungan perhimpunan antara penyokong Pakatan Rakyat dan MIC di luar bangunan MIC di Jalan Rahmat, Kuala Lumpur hari ini.--foto THE STAR oleh Azhar Mahfof

ISA bagai ubat tidur

0 org komen

Oleh Zukri Aksah

KUALA KRAU, 30 Julai – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Krau akan memberi sokongan penuh terhadap penganjuran demonstrasi mansuhkan ISA oleh GMI pada 1 Ogos 2009 nanti. Begitulah yang diutarakan oleh Ketua Cabangnya, Saudara Suhaimi Said.

Suhaimi pernah dua kali ditahan ISA, iaitu pada tahun 1985 dan pada Operasi Lalang 1987. Dalam kenyataan sokongannya, Suhaimi juga bersyukur kerana kini rakyat telah begitu menyedari akan kezaliman di sebalik perlaksanaan ISA ini.

Tidak seperti ketika beliau menjadi mangsa dahulu, Majlis Peguam pun semasa itu tidak berani mengambil ketetapan, dengan alasan yang penahanan ISA hanyalah bersifat politik dan tidak berkaitan dengan hak asasi manusia.

Berdasarkan pengalaman peribadinya, Suhaimi menjelaskan bahawa tuduhan mengancam keselamatan negara hanyalah rekaan parti pemerintah sahaja. Beliau semasa ditahan pernah dituduh membawa ajaran syiah semata-mata kerana ada tulisan “IRANFORMER” di barang permainan anaknya, sedangkan itu adalah tulisan anaknya yang baru belajar menulis, yang mahu menulis perkataan “TRANSFORMER.” Kerana ini beliau dianggap menyokong Iran yang baru menang revolusi ketika itu, dan didakwa menentang Arab Saudi.

Yang lebih melucukan, Suhaimi menambah beliau juga pernah dituduh berjuang mempertahankan minyak sawit Malaysia dan menentang minyak kacang soya. Rupa-rupanya di Malaysia ini mempertahankan produk negara sendiri juga menjadi satu kesalahan di bawah ISA, seloroh Suhaimi.

Suhaimi, yang ketika ditahan ISA itu adalah aktivis PAS turut dituduh mengkafirkan Umno, padahal bukti yang ada di tangan polis yang menangkapnya menunjukkan yang sebaliknya.

Yang sebenarnya, Suhaimi yang juga seorang peguam, menjadi perhatian parti pemerintah dan pihak polis ketika itu kerana beliau secara cergas masuk-keluar kawasan penempatan Felda bagi mengajak dan membantu peneroka dalam menuntut hak mereka mendapatkan Suratan Hakmilik Individu apabila mereka berjaya melunaskan hutang mereka dengan Felda. Tuntutan ini sangat popular pada tahun 80-an dan kerana kerja keras Suhaimi, PAS ketika itu berjaya membuka banyak cawangan di Felda-Felda seluruh negara.

Oleh kerana gerakan yang dibuat Suhaimi ini, Umno mula kehilangan banyak sokongan dari kawasan-kawasan penempatan Felda, yang sepatutnya menjadi kubu terakhir Umno bagi mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Inilah sebab sebenar beliau ditahan, tegas Suhaimi.

Bahkan dalam salah satu penahanannya, beliau ditahan hanya beberapa hari sebelum satu Seminar Peneroka-Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan diadakan di Darul Amin, Temerloh dengan jangkaan kehadiran tidak kurang dari 5000 orang pemimpin peneroka dari seluruh negara.

Sama ada 80-an, 90-an atau sekarang, ISA tidak lagi wujud sebagai instrumen preventif terhadap ancaman keselamatan negara, ujar Suhaimi. Ia wujud semata-mata sebagai ubat tidur paling mujarab, supaya rakyat terus tidak sedar, supaya rakyat terus tidak terjaga, ia preventif untuk ini. MI

Thursday, July 30

Pro ISA mula ketaq

2 org komen

Polis telah mengeluarkan amaran sesiapa yang berhimpun akan ditahan dan tidak menolak kemungkinan akan diadakan tangkapan untuk pencegahan perhimpunan. Biasalah itu kerja polis regim Bn. nampaknya Himpunan 1 Ogos ini akan lebih menarik kerana bukan sahaja yang anti Regim akan berhimpun tetapi yang pro regim yang membawa tema pertahan ISA juga dikatan akan berhimpuan.

Hari ini Polis memperkuatkan amaran. Seperti biasa kita anak muda pejuang rakyat tidak seinci berganjak. Perhimpunan tetap diteruskan jangan khuatir semua akan aman dan semua telah dirancang dengan teliti, itu bunyi kenyataan Pengerusi GMI.

Nampaknya sedikit perkembangan terbaik, geng pro ISA sudah mula sedikit mengendur. Omar Din , tuan guru Silat Lincah yang memang terkenal dengan pro regim ini sudah mengeluarkan amaran kepada ahli silat lincah agar jangan terlibat dalam himpunan 1 Ogos. Sedangkan sebelum itu dikatakan kononya Lincah hendak menggerakkan ribuan anak buahnya untuk sertai Ibrahim Ali di Kuala Lumpur. Bagus juga Omar Din tarik diri sekurang kurang ada sikit lagi penghormatan orang ramai kepada dia, kalau tidak taraf dia sama sahaja setaraf dengan Ibrahim Ali di mata masyarakat. sila klik sini untuk baca lanjut.

Malam ini pula geng Ibrahim Ali nak mesyuarat ramai yang jangka mereka akan tarik diri. Namun che'GuBard tak percaya puak ini tarik diri, sebab mereka tidak perlu takut mereka akan dilindungi Polis dan kemunculan mereka sebagai kemunculan berupah sebagai alat regim.

Kepada semua jangan gusar kita turun ramai - ramai dalam tenang. Jika nampak puak pro ISA ini jangan usik cuma tengok sahaja mereka dengan pandangan 'kasihan'.... CheguBard

Kematian Teoh: Merentasi sempadan kaum

1 org komen

Semua kaum ratapi kematian Teoh

Mohamad Sabu

Membandingkan unsur kebudayaan, agama dan sensitiviti antara kaum-kaum di Malaysia bukanlah bertujuan untuk menimbulkan sifat perkauman. Ia sekadar satu pandangan ringkas tentang sensitiviti kaum di Malaysia di mana setiap kaum, sama ada Melayu, Cina, India atau suku kaum lain sentiasa ada daya deria sensitiviti mereka.

Dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan misalnya, nampak kaum Cina lebih mendahului kaum-kaum lain, mengikut kaca mata perbandingan biasa yang boleh dilihat.

Apabila pihak polis cuba meleraikan perhimpunan rakyat ceramah Bersih di Batu Burok, Kuala Terengganu, peluru hidup digunakan untuk menembak orang ramai. Dua orang mengalami cedera parah dan terpaksa dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Terengganu dan kemudiannya dipindahkan ke ICU Hospital Kubang Kerian, Kelantan.

Peristiwa itu menimbulkan kemarahan sebahagian besar ahli PAS dan KeADILan. Bagaimanapun, secara umum, orang Melayu tidak marah di atas peristiwa Batu Burok itu. Orang Melayu terlalu tebal dengan semangat kepartian daripada melihat kepada semangat "bangsa". Kalau orang PAS yang terkena mala petaka, orang Umno rasa gembira dan tidak simpati, begitulah juga apabila orang Umno terkena malapetaka, orang PAS pula kurang simpati.

Peristiwa Batu Burok berlalu begitu sahaja melalui lipatan sejarah. Hanya kes mahkamah masih berjalan, tetapi rakyat jelata terutama orang Melayu melupai tindakan polis yang langsung tidak mengikut peraturan.

Peristiwa Memali yang mengorbankan 13 orang ahli dan penyokong PAS juga tidak menimbulkan sensitiviti orang Melayu secara umum. Dalam pilihan raya 1986, tidak sampai setahun selepas tragedi itu PAS hanya memenangi tiga kerusi Dun sahaja di Kedah. Secara umum orang Melayu-Umno sedikit pun tidak berubah sokongan kepada BN walaupun peristiwa kejam yang menimpa penduduk Memali dilakukan kerajaan BN.

Reaksi terhadap peristiwa tembakan terhadap anak muda Melayu di Kg Kerinchi berdekatan bangunan RTM 20 tahun dahulu yang membawa kepada kematian, hanya Lee Lam Tye, wakil rakyat Kuala Lumpur Bandar waktu itu meraung terhadap kekejaman polis dan penyalahgunaan kuasa mereka. Secara umum orang-orang Melayu di Kuala Lumpur menganggap peristiwa itu sebagai satu takdir menimpa anak Melayu tersebut dengan keluhan, "Apa boleh buat, takdir dia nak mati dengan peluru."

Nilai dan perasaan orang Melayu terhadap peristiwa yang bersangkut paut dengan hak asasi manusia amat lemah dan merunsingkan.

Saya sedang bercuti di luar negara apabila Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor terbunuh di Plaza Masalam, Shah Alam. Melalui internet, saya dapat melihat betapa secara umumnya orang China amat marah di atas peristiwa "pembunuhan" Teoh Beng Hock itu.

Tidak kira sama ada mereka dari DAP, MCA atau Gerakan, semuanya mencurahkan perasaan geram kepada SPRM dan kerajaan di atas peristiwa tragis itu. Perhimpunan segera dibuat dan pelbagai bentuk protes diatur untuk menuntut keadilan di atas kematian Beng Hock. Pihak kerajaan termasuk Perdana Menteri terpaksa bertindak di atas reaksi rakyat, khasnya dari kaum China.

Jam 6.00 pagi, 20 Julai, saya tiba di KLIA dan dimaklumkan bahawa mendiang Teoh Beng Hock akan dikebumikan di Semenyih. Bergegas saya dan rakan-rakan dari Shah Alam pergi ke sana untuk menyampaikan takziah dan penghormatan terakhir kepada keluarga mendiang.

Sementara kematian Kugan masih menjadi tanda tanya, tentang bagaimana dan punca kematian, kini peristiwa Beng Hock pula menghambat perasaan rakyat Malaysia. Apakah lokap polis dan lokap SPRM akan menjadi "killing field" kepada rakyat Malaysia masa kini dan akan datang.

Saya amat "nervous" melihat isu-isu mutakhir di Malaysia. Kewibawaan kerajaan sebagai penegak keadilan hilang dari pandangan rakyat, khasnya dari kaca mata orang China. Rakyat Malaysia tidak kira kaum hendaklah melihat bahawa kezaliman yang berlaku kepada sesiapa pun mesti dibela, tanpa melihat dari sudut kaum atau agama. Soal hak asasi saksi termasuk hak orang yang dituduh, mesti dilindungi. Saya amat gembira apabila peristiwa kematian Teo Beng Hock diratapi oleh semua kaum dan penganut pelbagai agama. Kezaliman dan kekejaman mesti dilihat secara syumul, merentasi hal kaum dan agama.

Apakah peristiwa seumpama yang menimpa Teo Beng Hock jika berlaku terhadap orang Melayu, maka sebahagian besar orang melayu akan berkata: "Apa boleh buat, ajalnya dengan jatuh bangunan, itu kehendak tuhan, takdir sudah begitu."

Orang Melayu dan rakyat Malaysia mesti lebih sensitif sekarang dan pada masa akan datang apabila soal hak asasi individu dinafikan, manakala mana-mana pihak yang menyalahgunakan kuasa mesti ditentang. Insya Allah, akan lahir nanti masyarakat bertamadun di negara ini. Harakah

Era Najib: Melayu tak wujud sebenarnya

0 org komen

Oleh: Zaidel Baharudin

Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China. Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.

Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah.

Penulis telah beberapa kali juga terserempak dengan sesi perbincangan atau perbualan mengenai bagaimana sebenarnya konsep atau orang “Melayu” itu sendiri tidak wujud. Jangan kata Hang Tuah bukan Melayu, Melayu itu pun bukan Melayu. Dikatakan sebenarnya Melayu itu adalah ciptaan atau rekaan penjajah British yang hendak memudahkan pemerintahan di Malaya (Tanah Melayu tidak wujud ye dalam konsep ini).

Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan “hakikat” yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Siam, Acheh dan sebagainya. Malah orang Melayu (kerana ianya tidak wujud) bukanlah orang asal keturunan di semenanjung Malaya (Semenanjung Tanah Melayu tidak wujud) akan tetapi orang asal adalah Orang Asli dan bukanlah orang Melayu. Merekalah Bumiputera yang sebenarnya dan yang lain adalah rekaan semata-mata. Hujah ini banyak digunakan apabila sesetengah pihak hendak mempertikaikan atau mendebatkan mengenai Dasar Ekonomi baru atau hendak memarahi suatu parti politik tertentu. Penulis tidaklah mengatakan yang hendak memperdebatkan Dasar Ekonomi Baru itu salah, tapi janganlah sampai adat resam dan keturunan terus dipertikaikan dan dipersoalkan atau diperlekehkan. Hanya kerana kegiatan berpolitik berlebihan dan taksub marah terhadap sesuatu tak tentu pasal habis dijahanamkan dan dikorbankan adat resam dan kebudayaan yang umurnya bekurun-kurun lamanya. Maka terpaksalah sejarah ditulis semula yang Hang Tuah pernah mengatakan yang “Takkan Bugis, Jawa, Minang, Acheh, Bali, Baweyan dan sebagainya (bukan Melayu) hilang di dunia.” Penat tu nak sebut.

Itu yang membuatkan penulis rasa terkedu sedikit sejak kebelakangan ini kerana seolah-olah persepsinya bahawa segala yang penulis dibesarkan dengan, diajar dan bahasa ibunda sendiri adalah penipuan semata-mata. Rupa-rupanya segala adat resam seperti pantun, gurindam, Bahasa Melayu, baju Melayu, sepatu, kuih raya dan sajak malah sejarah sendiri adalah rekaan British semata-mata. Malah kalau nak diikutkan terpaksalah kita mengubah Rukun Negara nampak gayanya. Ini adalah kerana orang Melayu itu tidak wujud. Maka atas dasar itu terpaksalah kita mengakui yang Raja-Raja Melayu bukanlah pemerintah yang hak negara ini, masakan ada kesultanan Melayu kalau Melayu itu sendiri tidak wujud. Maka Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara terpaksalah dipinda, maka tak gunalah kita memakai baju kuning berarak ke Istana Negara dan menjerit Daulat Tuanku sambil menyerahkan memorandum.

Pembaca sekelian kalau hendak dikatakan Melayu itu tidak wujud atas sebab-sebab di atas maka bolehlah kita pertikaikan macam-macam. Kita bolehlah mengatakan bahawa orang Cina juga tidak wujud kerana yang ada adalah orang-orang Manchu, Hakka, Canton, Han dan sebagainya. Mandarin adalah ciptaan pemerintah kejam yang memaksa mereka ini berada dibawah pemerintahan Maharaja dan menghapuskan susur galur etnik. Begitu juga dengan tidak wujudnya orang India akan tetapi yang ada adalah Hindi, Tamil, Malayalam, Sinhala dan sebagainya. Bahawa India itu juga adalah ciptaan British. Maka atas dasar itu buat apa diadakan sekolah jenis kebangsaan yang mengajar dalam Bahasa Mandarin kerana Bangsa Cina itu tidak wujud, sepatutnya di Pulau Pinang diajar dalam bahasa Hokkien manakala di Kuala Lumpur diajar dalam bahasa Cantonese. Malah kalau nak diikutkan juga konsep bangsa Malaysia itu juga adalah ciptaan British kerana sebelum ini tidak wujud Malaysia sehinggalah pihak British mencadangkan untuk menggabungkan Semenanjung Tanah… Malaya dengan Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kini Melayu sudah tidak wujud maka timbul juga persoalan tentang Brunei nanti, ye lah orang Brunei ini orang apa? Jawa? Bugis? Yahudi?

Seperti biasa pastinya banyak yang akan mengatakan bahawa semua ini adalah salah sebuah parti tertentu yang mempunyai nama Melayu didalamnya. Bahawa segala sejarah yang kita belajar ini adalah rekaan agenda politik tersembunyi dari mereka. Kalau anda berpendapat begitu itu adalah hak anda akan tetapi berfikirlah sebelum berkata-kata. Sesungguhnya kalau nak diikutkan begitu, orang yang paling berdosa adalah ketua pembangkan sekarang kerana suatu ketika dahulu dia adalah Menteri Pelajaran dari tahun 1986–1991 ketika mana banyak dasar-dasar dan buku teks sejarah ditulis ketika itu. Malah jangan lupa ketika itu dialah jaguh ketua pemuda yang hendak mengumpulkan setengah juga umat Melayu di Dataran Merdeka yang mencetuskan Operasi Lalang 1989. Tapi ye lah, itu dulu, masa bersongkok berbaju Melayu menjerit hidup Melayu. Sekarang dunia politik sudah berubah, lain padang lainlah belalang. Tapi betullah kalau hendak dikatakan semua masaalah politik sekarang berpunca dari satu parti, mana taknya kerajaan dan pembangkang sekarang semuanya berasal dari tempat yang sama.

Tidak salah kalau kita hendak mengkritik, berdebat atau kita hendak membincangkan tentang konsep kenegaraan dan hal-hal melibatkan politik. Demokrasi membenarkan ini semua dan ianya adalah suatu aktiviti pembetulan yang menyihatkan. Tapi janganlah sampai dikorbankan, dibunuh dan dipijak adat resam dan keturunan yang telah berlangsung selama beratus-ratus tahun hanya kerana aktiviti politik taksub yang berlebihan. Mungkin ini adalah perasaan penulis semata-mata tapi sejak kebelakangan ini banyak dilihat anak muda Melayu sendiri malu hendak mengaku Melayu.

Saya terus-terang mengatakan bahawa saya bukan anak Bangsa Malaysia, saya rasa saya tidak perlu malu, takut ataupun merasa berdosa mengaku diri saya ini orang Melayu. Saya adalah seorang Melayu yang merupakan warganegara Malaysia. Malah kalau nak diikutkan perlembagaan sesiapa sahaja tidak kira keturunan boleh mengaku dirinya Melayu, pergi baca. Dan kalau anda hendak mengaku diri anda Bangsa Malaysia, Iban, India, Cina, Hakka, Kadazan atau apa sekalipun saya tidak mempunyai masaalah, kita semua rakyat Malaysia. Suka hatilah janji anda bahagia, tapi janganlah hendak memadamkan identiti saya — itu salah dan tidak patut.

Saya hanya mempunyai masaalah dengan orang-orang yang dengan bangga dan lantang mengaku dirinya Bangsa Malaysia tapi sepatah haram Bahasa Malaysia pun tidak tahu. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang digunakan hanya ketika hendak memesan nasi lemak dekat gerai makcik depan rumah. Tatabahasa yang ada cumalah nasi lemak, satu, bungkus, rendang daging, sambal kurang dan thank you. Yang kelakar apabila orang-orang ini dilihat lebih “Englishman” dari “Malaysian”. Saya ingat lah kan, tak perlulah kita buang identity Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa-apa sekalipun kalau kita hendak bersatu dan mencapai perpaduan. Anggaplah macam kita ni semua rojak, lain rasa lain warna tapi bila campur dalam satu kuah sedap rasanya. Kalau semua sama pun bosan jugak kan. Nak tulis panjang lagi tapi tak pelah saya simpan lain kali.

Jangan terkejutlah kalau artikel ini masuk dalam artikel popular dibaca di dalam The Malaysian Insider, almaklumlah tajuknya sendiri memang dekat di hati pembaca TMI.

Era Najib: Polis tak akan siasat punya kes ni

0 org komen

Polis digesa menyiasat laporan mengenai dakwaan salahguna peruntukan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Yam di Hulu Selangor yang berlaku empat tahun lalu sewaktu pentadbiran BN di Selangor.

Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini mengesahkan wujud salah guna wang peruntukan JKKK sebanyak 90 ribu ringgit yang telah dipindahkan ke dalam 3 akaun persendirian pada bulan September 2005.

"Bekas Pengerusi JKKK Lee Hing Huat telah mengeluarkan wang sebanyak RM90 ribu daripada akaun JKKK yang lalu. Dari akaun JKKK kepada akaun peribadinya tanpa pengesahan daripada jawatankuasa pada masa itu. Kita ada bank statement, transaction tersebut",katanya.

Ean yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram berkata, dua laporan polis telah dibuat oleh bendahari JKKK pada masa itu, Wong Kang Foo pada 31 Disember 2005 dan satu lagi oleh pengerusi baru JKKK, Lai Swu Cheng pada 17 Februari lalu.

Menurutnya, Lai juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM berhubung dakwaan yang sama pada 16 Disember 2008.

SPRM bagaiamanapun, memaklumkan bahawa kesalahan yang dilaporkan itu adalah di luar bidang kuasa SPRM dan maklumat yang diterima telah diedarkan kepada pihak polis.

Lai turut hadir di sidang akhbar Ean di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam semalam.

Ramai pemerhati politik melihat pihak polis, sama seperti SPRM, akan menyepi dan tidak akan siasat kes-kes yang bersangkutan dengan BN, tetapi akan menyiasat kes yang melibatkan Pakatan Rakyat. GB

Kematian Teoh: Prosidur Inkues Gila

0 org komen

TEOH Leong Hwee, 62, (dua, kiri) bapa mendiang Teoh Beng Hock dan anggota keluarga yang lain menunggu di luar Mahkamah Shah Alam di sini, hari ini sebelum prosiding inkues bermula. - Foto Bernama

Banyak pihak hari ini menyelar perjalanan Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi tadi yang disifatkan sebagai inkues gopoh yang tidak memenuhi syarat sebagai sebuah inkues.

Ia menampakkan kegopohan pihak tertentu kononnya untuk menunjukkan ketelusan dan keadilan, walhal yang sebenarnya sengaja dilakukan demikian untuk tidak memboleh peguambela kepada mendiang melakukan persiapan lengkap bagi menghadapi inkues berkenaan.

Pertama kabinet belum memutuskan sama ada untuk memberi kuasa tambahan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian mendiang ataupun tidak. Jika sudah diketahui kabinet belum memutuskannya, mengapa inkues dilakukan tergesa-gesa lantaran inkues itu menjadi sesuatu yang tidak perlu dan tidak bermakna jika kabinet memutuskan untuk memperluaskan terma rujukan suruhanjaya itu bagi menjalankan siasatan yang lebih terperinci atas kematian Beng Hock.

Kedua, majistret perlu memberi pemakluman kepada ahli dan waris si mati mengenai tarikh, waktu dan tempat inkues diadakan - dengan memberi notis dalam tempoh minimum dua minggu dan Gobind memberitahu mahkamah pihaknya juga tidak menerima sebarang notis berhubung inkues yang diadakan hari ini.

Ketiga, dokumen-dokumen yang diperlukan hanya diserahkan oleh pihak pendakwaan hari ini termasuk laporan DNA, bedah siasat dan forensik Teoh, gambar-gambar tempat kejadian dan gambar rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) dan hari ini juga inkues dijalankan!

Kesemua fakta diatas menjelaskan bahawa pejabat Peguam Negara yang mengaturkan inkues yang berlansung pada hari ini mempunyai agendanya yang tertentu bagi tujuan yang hanya mereka sahaja tahu.

Sementara itu, walaupun bertemu dan mendengar janji Perdana Menerteri , Keluarga mendiang Teoh Beng Hock tetap dengan pendirian suruhanjaya diraja mesti menyiasat punca kematian mendiang Beng hock..

Keluarga mendiang Beng Hock mengadaklan pertemunan dengan Datuk Seri Najib Razaksemalam.Dan hari ini mereka menghadiri inkues yang diarah kerajaan pusat menyiasat punca kematian Beng hock.

Namun semua itu tidak mengubahkan pendirian keluarga seperti yang disuarakan adik mendiang Beng Hock, Lee Lan.

“Kami menghargai kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menemui kami semalam dan menerangkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja itu tetapi kami tetap dengan pendirian kami bahawa kami inginkan Suruhanjaya Diraja yang lebih meluas dan komprehensif,".

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengulas.

“Saya meminta Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kabinet menghormati kehendak keluarga mendiang dengan membatalkan prosideng inkues dan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh," .

Sementara itu, inkues Teoh Beng Hock ditangguhkan hingga 5 Oogos suapaya peguam Gobind Singh Deo, mewakli keluarga mendiang Beng Hock serta peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi pihak kerajaan Selangor dan wakil Majlis Peguam meneliti dokumen bersabit kes berkenaan.

Ia termasuk gambar tempat kejadian, rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) laporan bedah siasat, dan laporan kimia.

“Mahkamah telah membenarkan penangguhan selama satu minggu untuk pihak kami berpeluang untuk mengkaji semua dokumen yang di hantar dan diserahkan kepada kami pagi td.

“Kami akan buat apa yang perlu dalam masa dua ke tiga hari dan hita harapkan bahawa minggu depan dapat diteruskan perbicaaan kes.

“Kami difahamkan pihak polis dalam proses membuat badingan DNA oleh kerana siasatan menunjukkan bahawa dikenalpasti terdapat DNA seseorang pada tubuh Teoh Beng Hock. Ini amat penting kepada kami dan diharapkan bahawa laporan ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak kami dalam masa seminggu ini. GB

UBN Najib: Pergi jahanamlah Umno

0 org komen

Padan ngan muka hampa.. kan dah kena sebijik..

KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya. - mj (Harakah)

Kalau ada kualliti bersara pun laku lagi

0 org komen

Kalau ada kualiti dah bersara pun laku lagi..
ROME: Inilah yang berlaku pada juara Formula One dunia Michael Schumacher apabila dipanggil menggantikan pemandu Ferrari Felipe Massa sekiranya ia lulus ujian kecerdasan nanti.


Kalau tak dak kualiti tengah dok berkuasa pun orang akan halau pi..
MALAYSIA: Inilah yang sekarang terjadi dinegara 1Malaysia yang kini diasak hebat oleh pakatan pembangkang memberi lebih tekanan terhadap kerajaan lemah UBN.

Sejarah membuktikan seorang Perdana Menteri yang tengah bersinggah sana telah dihambat turun seolah olah tiada langsung jasa dan bakti.

PR mohon mengadap Agong

0 org komen

Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung semalam memutuskan antaranya memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan saya bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang mengadap Seri Paduka Baginda. Permohonan untuk mengadap YDPA juga demi untuk menzahirkan kebimbangan kami kerana Suruhanjaya DiRaja gagal menjadi wahana serius menangani permasalahan berbangkit. Kegagalan sebegini memperlihatkan peranan Suruhanjaya DiRaja dengan sengaja diremehkan dan penggunaan nama Di Raja diperalatkan hanya untuk menutup kebobrokan yang berlaku.

Selain itu permintaan agar pertemuan segera diadakan di antara saya, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan sebentar tadi kepada pejabat beliau. Menyedari ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Pertemuan juga dijangka membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada perdana menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter. Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

ANWAR IBRAHIM

Era Najib: Permohonan maaf - Utusan Malaysia

0 org komen
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

UBN Najib: Pesta pelanggaran undang undang

0 org komen
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Malaysia sedang menuju sebuah negara gagal berikutan ketidakmampuan pihak berkuasa menangani korupsi dinegara ini.

Beliau menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani korupsi, kini mengalami krisis parah kerana dilihat sering diperkuda oleh parti pemerintah untuk memenuhi agenda politik UMNO- BN.

Badan kerajaan itu cuba memulihkan keyakinan rakyat dengan menukar nama dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun prestasi yang ditonjolkan SPRM akhir- akhir ini memualkan rakyat dengan tindakan mereka menghalalkan cara melicinkan strategi UMNO Barisan Nasional menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

16 Julai lalu, SPRM mengejutkan banyak pihak berikutan kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang menjadi saksi kepada dakwaan salah guna wang peruntukan DUN negeri Selangor.

Teoh dikatakan disoal siasat hampir 10 jam bermula jam 6 petang sehingga jam 3.45 pagi. Pemerhati politik dan orang ramai mempersoalkan mengapa SPRM bertindak sedemikian walhal mereka hanya diperuntukkan masa bermula 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

"SPRM tidak menggunakan cara- cara dan tatatertib yang betul yang telah diperuntukkan oleh undang- undang. Satu yang telah dilanggar oleh SPRM adalah semua saksi perlu dilepaskan sebaik saja pukul 8 malam," kata Charles.

"Seseorang yang disoal siasat mesti sebelum pukul 8 iaitu selepas pukul 8 tak boleh soal siasat," tambahnya lagi.

Santiago mengulas pendedahan yang dibuat bekas pegawai SPRM, Mohamad Ramli Manan yang mengatakan SPRM telah melanggar undang- undang kerana menahan dan menyoal siasat saksi melebihi masa yang telah ditetapkan.

Mohamad Ramli Manan merupakan Timbalan Pengarah BPR yang kini dikenali SPRM di negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan sebelum dilantik menjadi Pengarah BPR di Kelantan, Melaka, Johor dan Sabah.

"Mengenai mendiang Teoh, dia telah disoal siasat dari pukul 6 petang sehingga 3.45 pagi. Tapi bukan dia saja. 3 minggu lalu seorang wartawan Malay Mail telah disoalsiasat dari pukul 5 sehingga pukul 3 pagi. Cik Manan kata ini cara baru yang digunakan oleh SPRM yang membelakangkan peruntukan oleh kerajaan persekutuan," dedahnya lagi.

Santiago hanya tergelak sinis apabila diajukan soalan mengenai siapakah yang bertanggungjawab mengambil tindakan kepada SPRM yang secara terang- terangan melanggar peruntukan yang ditetapkan oleh kerajaan pesekutuan.

"Ini soalan bernilai 100 juta dolar Amerika. Sebenarnya sekarang, tidak ada keyakinan rakyat pada SPRM yang tulus dan berkecuali. Oleh sebab itu apa- apa perubahan yang mereka buat tidak mendapat keyakinan rakyat. Sebenarnya ada undang- undang yang menentukan apa yang SPRM boleh buat dan apa yang tidak boleh mereka buat," ujar Charles.

"Kita mesti menggunakan kuasa rakyat. Dimana semua rakyat dan badan- badan belia, persatuan pekerja, rukun tetangga, badan- badan NGO dan sebagainya dan badan- badan politik mesti menekan pihak SPRM supaya menjadi telus," katanya.

Sementara itu, TV Antara turut menghubungi Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang pernah menjadi mangsa soal-siasat SPRM sehingga ke awal pagi keesokan harinya.

Sepanjang tempoh soal- siasat itu, beliau dikurung dalam bilik tanpa penghawa dingin dan disoal sehingga jam 2 pagi. Sepertimana Teoh, beliau juga dipanggil ke SPRM sebagai saksi.

"Dia patut ada undang- undang untuk tetapkan waktu siasatan untuk ambil kenyataan. Di pejabat SPRM Shah Alam pukul 2 - 3 pagi sudah tidak ada penghawa dingin. Ini salah guna kuasa," ujar Manikavasagam.

"Saya dipanggil sebagai saksi untuk memberikan keterangan tapi saya disoalsiasat sampai pukul 2 pagi," tambahnya lagi.

"Dibawah akta polis, polis ada kuasa untuk siasat seseorag dari pagi pukul 8 sampai pukul 6 petang. Bila saya persoalkan SPRM mengapa saya ditahan sehingga jam 2 pagi pihak mereka tidak boleh jawab," katanya. (link)

Wednesday, July 29

Pulihkan kembali imej PDRM

0 org komen

Bertempat di bilik jawatankuasa Bangunan Parlimen pagi ini, satu sesi meja bulat telah diadakan di antara Pakatan Rakyat dan organisasi bukan kerajaan lainnya. Sesi meja bulat khas hasil inisiatif Sdr Lim Kit Siang ini menjurus meneliti kepincangan institusi keselamatan dan keadilan terutamanya di kalangan pimpinan pasukan polis.

Tidak dapat dinafikan pasukan polis merupakan sebuah institusi yang sudah lama berkhidmat demi menjamin keamanan dan keselamatan rakyat. Demi memastikan pengorbanan anggota keselamatan yang jujur menabur bakti tidak disia-siakan oleh sesegelintir, adalah penting satu usaha digembeling secara menyeluruh bagi memulihkan integriti serta keyakinan rakyat terhadap pasukan polis.

Kegagalan kerajaan umno-bn menuruti saranan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Pasukan Polis menimbulkan tanda tanya rakyat terhadap iltizam kerajaan, sedangkan Suruhanjaya DiRaja tersebut mengakui peningkatan mendadak kadar jenayah menimbulkan keresahan rakyat serta kegusaran para pelabur. Manakala keyakinan rakyat hanya dapat dipulihkan sekiranya kewujudan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis menjadi kenyataan.

Selepas meneliti pandangan dan mendengar pendapat wakil dari pelbagai organisasi, para hadirin secara sebulat suara menuntut supaya kerajaan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan. Mereka melahirkan rasa kesal kerana pimpinan atasan polis telah mengabaikan tanggungjawab mereka; iaitu melindungi dan menjamin keselamatan rakyat keseluruhannya.

ANWAR IBRAHIM

PAS terima kasih, Umno tidak mahu ulas

0 org komen

Royalti Minyak Kelantan : Guna Pancaindera yang Sihat Untuk Menilai

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Julai 29 — Kerajaan Kelantan tidak akan berhenti membuat tuntutan ke atas royalti minyak terhadap kerajaan pusat walau terpaksa bertindak melalui undang-undang sekiranya rundingan antara kedua belah pihak menemui jalan buntu.

Tuntutan tersebut hingga kini boleh dikatakan masih dalam proses rundingan bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengharapkan satu perkembangan positif bakal dihidangkan kepada rakyat selepas ini.

Hampir sebulan lalu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, sudahpun mengirim surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung perkara tersebut bagaimanapun belum mendapat apa-apa jawapan.

Nik Aziz melalui kenyataannya selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan berkata kerajaan persekutuan sepatutnya faham bahawa tuntutan itu adalah berdasarkan hak rakyat Kelantan.

“Kerajaan Kelantan telah diberi mandat oleh rakyat bagi menjaga kepentingan mereka. Jadi kita akan terus perjuangkan hak rakyat walau terpaksa melalui mahkamah antarabangsa sekalipun,” jelasnya.

Sementara itu exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa, menyambut baik kenyataan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah, secara terbuka mendedahkan bahawa Kelantan berhak kepada bayaran royalti hasil pengeluaran petroleum.

Sambil melahirkan rasa terima kasih di atas keprihatinan Ku Li, Husam juga menyeru pemimpin kerajaan pusat memandang serius kenyataan Ku Li berdasarkan fakta lengkap, apatah lagi beliau adalah salah seorang yang terlibat dalam penggubalan perjanjian asal Petronas awal 1970an.

“Perdana Menteri seharusnya serius dalam perkara ini. Dan Datuk Mustapa mesti lihat tuntutan ini dari sudut positif serta fakta,” katanya semasa ditemui di pejabatnya sebelum menghadiri mesyuarat mingguan exco.

Baru-baru ini Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan, dilapor membuat kenyataan Kelantan berhak menerima royalti sebanyak lima peratus selaras dengan perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang termeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri.

Beliau yang menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain berhubung perkara tersebut berharap tidak ada pihak cuba mempolitikkan isu berkaitan sambil menegaskan jika benar Petronas mendapat faedah dari minyak yang diusahasama, maka Petronas wajib membayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau sendiri terlibat dalam perbincangan berhubung perkara tersebut dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, merumuskan perjanjian untuk memberi sebanyak 5 peratus hasil petroleum dimaksudkan.

Kenyataan Tengku Razaleigh disokong oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

Perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan berkenaan royalti sebanyak lima peratus setahun merangkumi hasil pengeluaran melibatkan onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Tengku Razaleigh yang menandatangani perjanjian itu bagi pihak Petronas manakala Datuk Mohamad Nasir, MB Kelantan ketika itu bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, kata Zaid.

Kerajaan Barisan Nasional menafikan hak berkenaan ke atas Kelantan apabila Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim, memberitahu pemberian royalti minyak kepada negeri-negeri adalah bersifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat, bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga dikatakan berkata, kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun hingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Semua exco kerajaan negeri turut merakam ucapan terima kasih kepada ahli Parlimen Gua Musang yang tampil untuk keadilan semua pihak.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh enggan berbuat demikian dengan alasan belum melihat kenyataan tersebut.

“Saya akan cuba dapatkan sumber itu dulu, kemudian saya akan hubungi balik untuk beri ulasan,” kata salah seorang dari pemimpin Umno Kelantan ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

UBN Najib: Terjun ramai ramai dari kapal BN

0 org komen

Tidak syak lagi, BN kini kian tenat. Kalau diibaratkan orang, 3 kali seminggu kena jumpa pakar, sekali sebulan dok ICU.

"Saya terjun daripada kapal yang bocor"

Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 29 Julai (Hrkh) - "Saya terpaksa terjun daripada kapal yang bocor menaiki kapal baru yang sentiasa menyelamatkan sesiapa sahaja yang mahu melihat masa depan negara terselamat, " kata bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADIILan).

Minatnya terhadap Pakatan Rakyat terus memuncak apabila melihat Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan gabungan tiga parti utama pembangkang yang sebelum ini agak retak setelah Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar kuku besi terhadap negeri yang dimenangi pembangkang.

Beliau ketika beceramah di An-Nahdhoh In, Bukit Indera Muda, Permatang Pauh menambah, tohmahan daripada kempinan MCA dan BN memang diduga berikutan tindakannya melompat parti untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Apa tidaknya tambah beliau, dalam keluarga MCA segala-galaya sudah hancur akibat terlalu pentingkan jawatan dan kuasa. "Tindakan mendedahkan kepincangan kerajaan ini bukan berniat untuk kepentingan diri sebaliknya menebus maruah ketika bersama BN dulunya, " ujar beliau diiringi tepukan orang ramai.

Kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) juga jelas Chua, menjadi faktor kenapa beliau meninggalkan MCA dan BN.

ISA patut dimansuhkan sebab tidak sesuai lagi digunakan oleh kerajaan yang mengamalkan dasar demokrasi.

"Kerajaan sengaja tidak mahu mansuhkan akta tersebut demi menyelamatkan kedudukan pemerintah apabila mereka buntu berhadapan dengan mana-mana parti atau organisasi yang makin diterima rakyat, " tambah beliau. Harakah

H1N1: 1New Zealand gelak pecah perut

0 org komen

WELLINGTON: Seorang wanita New Zealand menggunakan alasan penyakit selesema babi untuk mempertahankan dirinya yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Pengurus perniagaan, Deborah Karen Graham cuba mendapatkan pengecualian daripada dakwaan di Queenstown kelmarin dengan mengatakan bahawa beliau mengambil tiga gelas arak kerana baru pulih dari virus terbabit.

Hakim Kevin Phillips menolak alasan terbabit. BH

UBN Najib: ISA dari sudut Islam

0 org komen

Aku tertarik dan bersetuju sangat ngan saranan mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tegas menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.

Isu ISA ni tak pernah padam. Dah lama dah dan sentiasa dipandang serong setelah akta kejam ini telah disalahguna demi kepentingan pihak pihak tertentu. Ia lebih dihangatkan lagi apabila PR mendakwa kemenangan mereka di lima buah negeri pada PRU ke12 yang lalu adalah referendum rakyat terbanyak terhadap ISA.

Mengikut jadual, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) iaitu sebuah badan NGO yang ditubuhkan khusus memperjuangkan pemansuhan akta ISA ini dengan dokongan parti parti politik dan badan NGO yang lain akan menganjurkan perarakan raksasa pada 1 Ogos nanti di ibu negara.

Lebih disensasikan lagi Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - turut buat lawak dengan mengadakan demo bukan membantah tapi menyokong keras agar ISA diteruskan. Menyokong pun kena buat demo, demokrasi lah katakan. Serupa tak dak hari lain dah. Macam nak cari pasai pun.

Penilaian akta ISA ini dari sudut agama dilihat amat perlu setelah kita gah menyatakan kita sebuah negara Islam dengan bermajoritikan umat beragama Islam. Perlu benar setiap tindak tanduk kita dalam lingkungan kemurnian Islam itu sendiri. Isu ini sebenarnya telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.

"Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan," kata Dr Asri melalui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.

Katanya lagi, penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. "Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum," kata tokoh agama yang sering melontarkan pandangannya tentang isu agama dan semasa.

Wajar para para mufti pula beri pandangan. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. selanjutnya: mStar

UBN Najib: Bukan kerajaan perpaduan

0 org komen

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Teoh Leong Hwee, 62, bapa mendiang Teoh Beng Hock dalam satu pertemuan di pejabatnya hari ini. Hadir sama ibu mendiang, Teng Shuw Hor (lima, kiri) dan anggota keluarga yang lain. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 16 Julai lepas. --foto BERNAMA

Pertemuan antara anggota keluarga mendiang Teoh dengan DS Najib telah di zahirkan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Pertemuan itu atas undangan dan salam dari Pi Em Umno sekaligus berpeluang menyampaikan ucapan takziah secara peribadi kepada anggota keluarga mendiang.

Sumber mengesahkan muqabalah ini bukanlah atas dasar kerajaan perpaduan antara Umno dan DAP. Tiada borang Umno dan DAP yang bertukar tangan dalam pertemuan ini dan tiada lompatan parti yang berlaku, sekian. :)

1,893 hari dibawah kezaliman ISA

0 org komen

MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA

CN Al-Afghani

MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.

Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.

Lokasi rahsia

Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan di lokasi rahsia tersebut. Dalam sesetengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (Kemta). Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang dilalui oleh ratusan tahanan ISA.

Inilah keperitan saya alami sejak ditahan pada 2001 yang deritanya membekas hingga hari ini. Sama ada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI).

Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?

Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ia satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bukan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh, Dr Abdullah amat tegas apabila berhadapan dengan anggota Cawangan Khas (SB) yang turun memantau tahanan setiap enam bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-Quran dan hadis. Beliau antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB.

Belum insaf

Lalu beliau dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya tidak memberi faedah. Dia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlaila Othman yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA (GMI).

Ramai beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga sebagai Perdana Menteri.

Sifat lemah-lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan, khususnya kebajikan keluarga mereka diambil perhatian. Rupa-rupanya keadaan sebalik berlaku, malah lebih teruk daripada era sebelumnya, ketika Dr Mahathir Mohamad berkuasa. Abdullah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak di samping lelaki tua.

Dalam satu kes, Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.

Menangis keseorangan

Isteri muda ini ditangkap di dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebih kurang empat tahun. Ketika si ibu dibawa pergi di tengah-tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas.

Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Hampir 60 hari dia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebaskan, dikenakan pula tahanan daerah selama enam tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah, juga melawat suaminya di Kemta.

Satu peristiwa berdarah dalam Kemta yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 Disember 2004. Ia berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di Kemta. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah Kemta ketika itu, sempat saya mengingatkan beliau jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Berkebun sayur

Pagi 8 Disember 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebih kurang jam 9.00 pagi, semua wardar yang bertugas di semua blok (enam blok) diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa diawasi.

Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni wardar tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.

Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih 100 UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan, merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu semua OT dipukul semahunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan anggota badan lain. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 100 meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan.

Hampir semuanya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang.

Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Degil

Tak cukup di situ, esoknya operasi berjalan pula di blok-blok lain. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter.

Sepanjang perjalanan itu, mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar 'Allah turun bantu OT'.

Terdapat juga wardar Kemta yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang dibawa melintasi mereka. Paling menyedihkan, terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz, dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok.

Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk daripada pihak Kemta dengan alasan mereka mendapat arahan daripada KDN.

Begitulah sekelumit daripada segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.

Keadaan ini mengingatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang, diikat kaki tangan, dipukul, disepak, diterajang, dikilas tangan dipijak sampai patah kaki, sumbat mulut lalu ditanya orang itu, sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras."

Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman. Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak tertentu atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA, bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1,000 NGO membantah.

Harungi kezaliman

Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan kecuali pada Saari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1,893 hari mengharungi kezaliman ISA itu, saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar.

Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini, sama ada daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.

GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini, tak akan bersuara, apatah lagi ke jalanan membuat bantahan.

Terutama pada saat ini, masih menjadi bualan Perdana Menteri baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Abdullah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru, Najib Razak.

Tentu kita masih ingat, tiga minggu selepas Abdullah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang Aidilfitri pada November 2003. Desas-desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka dikambinghitamkan untuk kepentingan politik Abdullah.

Dua minggu selepas itu, saya didatangi SB dari Bukit Aman. Antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota Maunah itu.

Sambut raya

Disebutkan pada saya antaranya: "Cuba hang fikir, apabila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka, tapi tangan isteri, anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Abdullah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Abdullah baik."

Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI.

Semasa muktamar PAS yang lalu, saya bertemu dengan Norlaila, isteri Mat Shah. Menurutnya ketika itu, seminggu lagi beliau akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung Jun yang lalu.

Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.

Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami ditahan. Sebaik saja ditahan, rumahtangga menjadi kelam kabut, khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya, terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka, juga kejutan anak-anak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang pelbagai ragam.

Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, khususnya kami daripada KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang Ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR, SPM, STPM dan di pusat pengajian tinggi.

Mohon cerai

Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampung kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan.

Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.

Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan sama ada ketika datang ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu, akhirnya tak ada lagi sumbangan individu, kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.

Ada juga yang simpati, lalu bantu membawa keluarga tahanan ke Kemta seminggu sekali. Dengan halangan daripada pihak tertentu, akhirnya terpaksa menaiki bas ke Kemta. Lebih menderita jika isteri tinggal jauh. Ada dari Sabah.

Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya, apabila pulang daripada bertemu isteri, wajahnya ceria dengan pelbagai cerita baru yang dibawanya.

Air mata mengalir

Suatu hari dia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah Zuhur saya ke biliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya, dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang menemuinya sewaktu dia baru 10 hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu suami berhajatkan anak lelaki, dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia.

Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya, lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke KL. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilometer ke tempat pendaftaran pelawat.

Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman di sebalik tabir ISA.

Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang 10 orang, tetapi amaran daripada Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan Kemta bakal dipenuhi penghuni lagi.

Seperti dikatakan, tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kuasa rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita, tetapi buat generasi akan datang. Bukan sahaja ISA bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.

Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan.

Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu, terutama perbualan telefon kami dirakam. Ada yang dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar negara. Tak kurang pula yang ditahan pasport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank.

Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Pekerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan, terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutang hampir RM200,000 akibat projek ternakan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih lima tahun.

Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.

Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih daripada tiga tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit simpati daripada kita.

Bebas suami tercinta

Bayangkan Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak.

Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlaila serta keluarga Dr Abdullah, lebih jauh daripada itu adalah kita bersama-sama dengan golongan yang menentang kezaliman.

Dalam satu himpunan, satu langkah, satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia: HAPUSKAN ISA! (Harakah)
Related Posts with Thumbnails