Monday, August 31

Allo Nizar, betoi ka apa yang kita dengar

0 org komen

Dengaq habaqnya, ada ahli2 PKR Perak dah belajaq isi borang PAS dan lebih syok ceritanya lagi, ada sorang MP dari PKR yang terkenal dengan kelantangannya juga dah angin2 kan nak sertai PAS jugak disini.

Tak tau la betoi ka tidak. Aku dengaq gak angin2 tu. Kalau betoi tu baguih la jugak, cuma kekadangnya kelantangan hang tu dah pi garu gak belakang PAS sebelum ni. Dah banyak orang yang menggelenjat kena garu ngan hang.

Berprasangka baik apa salahnya kalau betoi, nawaitu bagi elok tak dak masaalah punya. Melayu ni kan golongan pemaaf no satu. Kecik punya hal lah tu.

Ermm.. keluaq poket kiri, masuk poket kanan.. macamana tu errk..

Suara hati buat UBN Altantuya, tak main la YB Bebas

0 org komen

Warga Lunas dah bersuara. Dan terpenting diwar warkan disini bahawa tiada kepala lembu yang dimangsakan di demonstrasi aman di Lunas ini.

Warga Lunas hari ini mengadakan perhimpunan aman mendesak Adun Mohammad Radzhi Salleh meletak jawatan. Perhimpunan aman diketua oleh AP Pdg Serai N Gobalakrishnan bersama-sama 300 orang penduduk berhimpun di luar ibupejabat Pakatan Rakyat di Kulim.

Kalau ada yang mengatakan hak YB Radzhi untuk memilih jalan politik dia, maka warga Lunas sebagai pengundi juga merasakan mereka berhak kepada Adun yang baru.


Pada 24 Ogos lalu, ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir berlangsung, Radzhi bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mengumumkan dirinya wakil rakyat bebas, dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.



Radzhi sebelum itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 4 Jun lalu atas tuduhan penyelewengan membabitkan RM148,000.

Beliau meraih 10,000 majoriti undi dalam PRU12 yang lalu. Penduduk yang ditemui berkata mereka kesal Radzhi telah membelakangi mereka.

video
Polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), diketuai Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Salleh, memantau perhimpunan tersebut.

Maha suci engkau, tiadalah engkau ciptakan ini dengan sia-sia

0 org komen
Saudaraku,

Sesungguhnya siapapun tidak akan mengingkari bahwasanya alam semesta ini telah diciptakan dengan rapi dan indah serta teratur oleh Allah SWT. Lihatlah bagaimana Allah SWT menciptakan bentuk bumi ini beserta isinya. Bagaimana Dia ciptakan lautan, hutan, langit, awan, planet-planet, galaksi, hewan, tumbuhan, dan bahkan lihatlah bagaimana Dia telah menciptakan diri kita, manusia, dengan sebaik-baik bentuk.

Berikut ini saya cuba berbagi gambar foto-foto yang begitu indah dari beberapa bahagian yang ada di tubuh kita bila dilihat dari alat Super Mikroskop, yang mana gambar-gambar ini saya peroleh dari Saudara saya yang beliau kirimkan melalui email.

Semoga dengan melihat gambar-gambar di bawah ini menjadikan kita semakin yakin akan Keagungan dan Kebesaran Allah SWT, sehingga bertambah pula rasa syukur kita atas segala kurnia-Nya..

Insya Allah.. Aamiin.


# Ini merupakan gambar sel darah merah, mirip terumbu karang


# Ini merupakan ujung rambut kita yang rusak (bercabang)


# Titik-titik perasa di lidah, di lidah kita memiliki 10.000 titik perasa yang mampu membedakan rasa manis, asam, masin, pahit pedas dan lainnya.


#Ini merupakan kumpulan sel darah beku pada tubuh kita, sedangkan yang putih di tengah adalah sel darah putih yang beku


# Gambar ini merupakan Alveoli di paru paru dimana terjadi pertukaran darah dan udara


# Gambar ini merupakan sel kanker di paru paru kita


# Ini merupakan embrio manusia yang dikelilingi beberapa sperma


# Gambar ini adalah foto dari beberapa sperma yang sedang mengelilingi telur


# Ini adalah gambar sel telur pada wanita, warna merah itu adalah mahkota sel


#Kalau yang dibawah ini kelihatannya sangat indah, namun ini adalah virus mematikan yang belum ada obatnya yaitu Virus HIV / AIDS



Virus H1N1 (Flu Babi) Indah tapi siap merenggut nyawa.

~~oo0oo~~

(Yaitu) Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka”(Al Qur’an, surah Ali Imran, ayat 191)

Allo Nizar: Gua suka tak habeh lagi nih

0 org komen

GAYA tersendiri Rooney selepas menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penalti pada aksi menentang Arsenal di Old Trafford semalam. United menang 2-1.

Aku suka sesangat rekod Arsenal yang kekononnya cemerlang, gemilang dan terbilang giler dalam kempen Liga Perdana England tercalar.

Hampa dah masuk kategori oberkonfiden beb. Terlampau gah menang besar 6-1 ke atas Everton sebelum menang 4-1 ke atas Portsmouth, la ni terpaksa akur dengan kehebatan Manchester United semalam.

Arshavin pun tengok ketaq semacam serupa baru belajaq main EPL. EPL laju beb, mana boleh goyah2. Gunners gagal guna kelebihan, walau dah dahului minit ke-40. Tunggin 1 - 2, tak dapat mata yang ada putih mata.

Wayne Rooney berjaya lopongkan mulut penyokong Gunners dengna menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penalti pada minit ke-59.

5 minit kemudian, Abou Diaby menyempurnakan sedekah jariahnya dengan tertanduk bola ke gawang sendiri hasil sepakan percuma Ryan Giggs. Setedi la Arsenal fan, jangan bebulu ngan gua.. ok..

Sunday, August 30

Allo Nizar: Bendela keleta tak mau ka

0 org komen
Hari ni mood aku baguih, siap ngan pelawa bini pi pasar Ramadhan lagi.

Aku macamana lelaki matang yang lain gak, pantang bawak bini pi shopping. Lenguh tangan heret barang belian bukanlah eksesais yang baik untuk darah tinggi aku.

Sampai saja pekan koboi tuh, tak dan nak toleh tengok janda juai keretek lagi, bini aku dah buat kelaku semak kepala. Dia tarik tangan aku masuk tengok kedai bunga. Bukannya lama, dekat dua jam saja dia kelebek bunga plastik.

Nasib baik tokeh kedai ni ramah, tak la boring sangat, siap pelawa dunhill 20 lagi kat aku. Aku tak mau la isu aku pijak tokeh cina diperbesarkan macam kat Shah Alam tuh. Kalau tidak mahu aku sumbat kasut Clerk kat perut dia, tak reti bulan posa ka apek nih.

"Woi, Datuk.. lu ambik la satu bendela.." sengehnya

"Bendera apa pulak.."

Selain juai bunga2 plastik kegilaan pompuan, apek ni jugak pelbagaikan jualan alatan hiasan hari raya posa.. belambak pulak tuh.

"Esok meldeka maa.. ambik la satu talok keleta.." unjuknya lagi

"Tak mau la tokeh.. aku dah ada dah, sendiri jahit maa.."

Baru tersedaq aku, esok hari merdeka rupanya.. minyak pun nak naik kan September ni..

Dalang UBN Altantuya bukan kehendak Islam dan Melayu

0 org komen
video
Amat memalukan, pelik dan mendukacitakan sekali bila aku dok ulang tengok gambar depa2 yang ludah dan pijak kepala lembu yang tak bernyawa tuh.

Bukannya ramai pun, cuma Utusan saja kata 200 orang tapi lain2 medium berita mengatakan sekitar 50 penduduk dok arak kepala seekor lembu, laungkan kata-kata provokatif sambil bertakbir yang langsung tak kena tempat.

Ianya dilakukan pada hari Jumaat dan di bulan Ramadan pulak tuh, bulan yang cukup mulia bagi umat Islam.

Patutnya, Ramadan ni dapat melatih kita untuk tundukkan nafsu amarah. Aku setuju sangat ngan Khalid Samad yang mengasingkan tindakan kumpulan ini dari mewakili kehendak Islam dan umat Melayu.

Seperti kata Dr Muhammad Nur Manuty, agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah. Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan.

Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat.

Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi. Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An'am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini.

Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

UBN Altantuya tambah parah, bahagian mula cabar negeri

0 org komen

Tak pernah dengaq dalam sejarah Malaya, Umno cawangan dalam sesuatu bahagian cabar Umno negeri berdebat... wakaka.. gelak gulin gulin aku.

Pelik tapi benar, itulah yang terjadi ngan Umno bilamana 17 cawangan Umno dalam bahagian Jelutong mencabar pimpinan Umno negeri berdebat dengan mereka mengenai kesahihan status mereka.

Isu terkancin gigi di PRK Ptg Pasir pun tak habih lagi, dah mai isu baru pulak. Pak Zahid kita dok buat apa, mai la ushar Umno Pulau Pinang ni oii.. cakap tak jatuh, orang kerja hang dok peluk tubuh.

Dulu masa Anwar kata ada konspirasi peringkat tertinggi nak jatuhkan dia, hampa segerombolan nahi nahi menapikannya. La ni hampa pulak yang pakai ayat tuh. Wakil 17 cawangan Umno tu, Abdul Wahab Abdullah kata, kemungkinan ada satu konspirasi pihak yang mahu sekat kemaraan mereka yang berwibawa dalam Umno bahagian Jelutong bagi bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Masaalah penggantungan 17 cawangan Umno ni dah lama dah. Kalau mantan Pi Em Umno, Pak Lah dulu sebagai pengerusinya pun tak boleh nak selesai, apatah lagi la Zahid yang dikategori sebagai bubun dok lembik dalam politik 1Malaysia ni.. sumber: Harakah

Mendoakan keamanan dan keadilan sejagat di era UBN Altantuya

0 org komen

Umrah dan i’tikaf di Baitullah adalah kegiatan keruhanian unggul. Jemaah tidak sering terganggu dengan perihal luar, kemelut politik, perniagaan atau urusan keluarga.

Namun ketika saya dan Azizah di perkarangan Masjidil Haram, seorang kenalan Arab Makkah menyapa saya dan memaklumkan serangan nekad pengganas di ruang Majlis Kerajaan Saudi di Jeddah yang turut mencederakan Putera Muhammah Bin Naif, Timbalan Menteri Keselamatan Arab Saudi.

Gerombolan pengganas sademikian, betapa sekalipun slogan “jihad” yang dijeritkan lebih mencedera malah merusak imej murni Islam dan penganutnya.

Manakala berlakunya serangan gerombolan pengebom di Jakarta bulan lalu, korban nyawa rakyat dan harta, pastinya memberikan kesan negatif terhadap imej umat dan ekonomi negara.

Namun kita perhatikan tekad memuncak di kalangan rakyat terbanyak bukan sekadar mengutuk serangan malah mendukung langkah keselamatan menjamin kesejahteraan rakyat.

Saya mengesan perasaan yang sama di kalangan jamaah yang berkumpul di Mekah dari seluruh pelusuk dunia – mengutuk pengganas, melahirkan simpati kepada mangsa, dan lebih berani serta tegas menolak keganasan.

Kita mendoakan kehazrat Allah SWT agar dikurniakan keamanan dan keadilan sejagat.

ANWAR IBRAHIM

Puasa Ramadhan: Antara yang ditinggalkan dan ditokok tambah

0 org komen

Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah

Bahagian A: Perkara yang ditinggalkan

[1] Meninggalkan sahur pada akhir waktu

Termasuk perkara yang ditinggalkan dalam amalan berpuasa ialah meninggalkan sahur pada akhir waktu. Sudah menjadi kebiasaan sebahagian orang bersahur pada lewat malam, lebih kurang pukul 11 atau 12 malam, kemudian tidur sehinggalah masuk waktu Subuh. Ini menyalahi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mengajar kita kepentingan bersahur dan melewatkannya sehingga ke saat jelas kepada kita waktu Subuh telah masuk. Baginda bersabda:

Bersahurlah kerana sesungguhnya di dalam sahur ada keberkatan.

Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur.

Daripada Anas bin Malik, Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa mereka bersahur bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian bangun pergi mendirikan solat (Subuh). Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya (antara sahur dan solat Subuh)?” Zaid menjawab: “Sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat al-Qur’an.”

Hadis pertama dan kedua menerangkan keutamaan dan kepentingan bersahur. Hadis ketiga menerangkan kepada kita bahawa sebaik sahaja selesai bersahur, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk bersolat. Ini menunjukkan bahawa waktu sahur selesai sebaik sahaja masuk waktu Subuh. Tempoh antara sahur dan solat selama bacaan 50 atau 60 ayat bukanlah menunjukkan masa berakhirnya sahur sebagaimana yang difahami oleh sebahagian pihak[10], tetapi menunjukkan tempoh bermulanya sahur. Katakanlah tempoh membaca 50 atau 60 ayat adalah sekadar 20 minit dan waktu Subuh ialah 5.40 pagi, maka mereka mula bersahur pada pukul 5.20 pagi.

Bersahur bererti makan dan/atau minum pada akhir waktu untuk berpuasa. Sebanyak mana yang ingin dimakan dan/atau diminum terpulang kepada setiap individu. Ada sebahagian orang yang selesa dengan jamuan yang berat manakala ada sebahagian lain yang selesa dengan jamuan yang ringan. Bahkan mungkin ada yang selesa sekadar minum air segelas. Yang penting bukanlah berat atau ringan jamuan tersebut tetapi adalah bangun untuk bersahur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Makan sahur adalah keberkatan maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur.

Bahagian B: Perkara yang ditokok tambah

[1] Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa

Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

Semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah hukum yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:

Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya.

Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah tiga perkara iaitu bersetubuh, makan dan minum. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). [al-Baqarah 2:187]

Makanan dan minuman yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua kategori:

Pertama:

Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara hakiki kepada orang yang mengambilnya, sekali pun dalam jumlah yang sedikit.

Apa-apa makanan yang diambil secara sengaja dan sampai ke perut, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa minuman yang diambil secara sengaja dan melalui tenggorok, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa zat makanan yang dimasukkan ke dalam darah melalui suntikan, umpama glukosa yang diberikan kepada pesakit yang tidak dapat makan dan minum seperti biasa, ia juga membatalkan puasa.

Maka dengan itu apa-apa benda, makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalam rongga-rongga manusia, ia tidaklah membatalkan puasa. Contohnya, memasukkan pen ke dalam mulut, menggosok gigi, berkumur-kumur, membersihkan telinga, mengorek hidung, menggunakan ubat titisan mata, menyedut debu, peneranan yang tidak sempurna ketika membuang air besar dan pelbagai lagi, semua ini tidak membatalkan puasa.

Merasai makanan yang sedang dimasak tidak membatalkan puasa asalkan ia dikeluarkan semula. Baki makanan yang ditemui terselit di celah-celah gigi tidak membatalkan puasa asalkan ia tidak ditelan secara sengaja. Menelan air liur, sengaja atau tidak sengaja, juga tidak membatalkan puasa. Air liur tidak pernah dianggap di sisi manusia yang normal sebagai minuman. Seandainya air liur adalah sejenis minuman, nescaya tidak ada manusia yang mati kehausan jika terdampar di padang pasir.

Demikian juga, mengambil suntikan insulin bagi pesakit kencing manis dan menggunakan alat melegakan pernafasan bagi pesakit asma, ia tidaklah membatalkan puasa.

Timbul persoalan, adakah menelan ubat tanpa disertai apa-apa minuman membatalkan puasa? Contohnya seorang berpuasa yang menghadapi pening kepala, lalu dia menelan dua biji Panadol. Adakah ini membatalkan puasa? Yang benar dia tidak perlu meneruskan puasanya kerana sakit yang dihadapinya adalah salah satu bentuk keuzuran yang membolehkan dia berbuka. Maka berbuka adalah lebih utama daripada menjerumuskan diri ke dalam sesuatu yang diperselisihkan hukumnya.

Kedua:

Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara psikologi sekali pun dalam jumlah yang sedikit. Ia bukanlah makanan dan minuman tetapi mengambilnya memberi kesan psikologi berupa kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu.

Contohnya ialah orang yang menghisap rokok. Asap rokok bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penghisap rokok, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap rokok membatalkan puasa. Akan tetapi bagi orang di sekitarnya yang terhisap asap rokok tersebut (secondary smoker), ia tidak membatalkan puasa kerana asap rokok tersebut bukanlah satu nikmat bagi diri mereka.

Tetap pada contoh asap, menyedut asap kenderaan di lalulintas yang sesak tidak dianggap membatalkan puasa. Ini kerana asap kenderaan bagi manusia yang norma, tanpa dibezakan dia penghisap rokok atau tidak, bukanlah suatu nikmat yang memuaskan.

Contoh lain ialah menghisap dadah atau mengambil dadah melalui suntikan. Dadah bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penagih dadah, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap atau menagih dadah membatalkan puasa.

Dalil bagi apa yang disebut dalam kategori kedua ini ialah hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah berfirman (Hadis Qudsi):

Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku.[14]

Yang dimaksudkan dengan meninggalkan kenikmatan bukanlah semua bentuk nikmat seperti tidur, mandi dan sebagainya. Akan tetapi ia adalah nikmat yang terhasil pada diri seseorang seumpama makan dan minum.

Daripada penjelasan di atas, jelas bahawa dalam kebanyakan aktiviti seharian kita yang normal, tidak ada sesuatu yang menyebabkan terbatalnya puasa. Antara hikmah berpuasa adalah mendisiplinkan diri daripada bersetubuh, makan, minum dan sesuatu kenikmatan yang seumpama makan dan minum pada siang hari. Menokok tambah hukum bahawa kononnya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa tidak ditemui dalilnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ia juga tidak memiliki apa-apa peranan mahupun manfaat dari sudut hikmah disyari‘atkan berpuasa.

Dalil yang lazimnya digunakan oleh pihak yang mengatakan batal puasa bagi seseorang yang memasuk sesuatu ke dalam rongga badannya ialah hadis berikut:

Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.

Berdasarkan sabda Rasulullah “…kecuali jika kamu sedang berpuasa” mereka memahami bahawa seseorang itu dilarang menyedut air ke dalam hidung apabila sedang mengambil wudhu’ dalam keadaan berpuasa. Jika dimasukkan air, ia akan membatalkan puasa. Kemudian fahaman ini diluaskan kepada semua rongga tubuh badan berdasarkan analogi (qiyas).

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.”

[2] Mewajibkan lafaz niat

Membaca lafaz niat untuk berpuasa atau untuk apa-apa ibadah lain seperti wudhu dan solat sebenarnya adalah tidak perlu, jauh sekali daripada bersifat wajib. Yang wajib adalah seseorang itu mengetahui dengan sedar ibadah apa yang bakal dilakukannya. Jika seseorang itu lazimnya diganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan melintaskan di dalam hati sekadar “Inilah puasa aku” atau “Inilah solat Zohor aku”. Jika masih was-was maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan lintasan hati. Jika setelah itu masih was-was, maka janganlah diberi perhatian kerana ia tidak lain adalah permainan syaitan.

[3] Menetapkan waktu imsak

Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [al-Baqarah 2:187]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.”[17]

Dalam ayat dan hadis di atas, jelas bahawa dibolehkan untuk bersahur, yakni makan dan minum, sehingga jelas terbitnya fajar atau dilaungkan azan Subuh. Tidak wujud waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum waktu Subuh.

[4] Menghukum makruh jika mandi ketika puasa

Antara hukum yang ditokok tambah ialah kononnya makruh untuk mandi pada petang hari ketika berpuasa. Yang benar hukumnya adalah sunnah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyiram air ke kepalanya kerana haus atau panas. Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata:

Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan.

Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah:

Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun.

Sumber: http://al-firdaus.com/RisalahPuasa/new/lima.htm melalui bukunya berjudul Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa terbitan Perniagaan Jahabersa

Kepala lembu: Usaha UBN Altantuya jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor

0 org komen

Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaan Selangor

Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku," kata Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis "tunggu dan lihat" cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demonstran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lagi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An'aam.

Firman Allah bermaksud, "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda "ekstrem" terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan "Kami Bantah".

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, "Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa".

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden "Kepala Lembu Berdarah" itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercayai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. Harakah

Macam2 di era UBN Altantuya ni, kontrek keluar Islam pun ada dah

0 org komen
Apa punya pesen ni, nak keluar kumpulan Islam pun kena sain kontrek.

Kontrek kita denga Allah s.w.t yang tertulis sekian lama pun belum tentu kita penuhi, dok pi gagah cari kontrek baru lagi buat apa.. jenih pandai tak boleh tumpang ni belambak.. bersepah di 1Malaysia la ni.. jaga jaga laa..


KUALA LUMPUR: Jika ingin keluar daripada kumpulan, pengikut dikehendaki mengisi borang dan menandatangani kontrak yang antara kandungannya menyebut:

“...saya tidak sanggup lagi untuk berpegang kepada al-Quran dan sunnah seperti mana yang disyariatkan ke atas saya...”

Itulah taktik halus atau perangkap yang digunakan satu pergerakan yang dipercayai mengamalkan ajaran sesat bagi mengelak pengikutnya meninggalkan kumpulan itu.

Ini kerana pemimpin kumpulan itu mendakwa hanya ajaran Islam yang diamalkan mereka adalah tulen. Oleh itu jika pengikut ingin meninggalkan kumpulan itu, mereka dianggap ‘murtad’.

Sebab itu mereka dikehendaki mengisi borang atau menandatangani kontrak yang memperakui kesediaan untuk tidak lagi berpegang kepada ajaran al-Quran dan sunnah. seterusnya: myMetro

UBN Altantuya: Tauke Ong ngan Tauke Chua gaduh2, Tauke Liow timbui tengah2

0 org komen

KUALA LUMPUR, Aug 30 — In the battle between Datuk Seri Ong Tee Keat and Datuk Seri Dr Chua Soi Lek for control of MCA, one name has now emerged as a potential benefactor of the titanic struggle — Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow, who is health minister and also MCA vice–president, has been singled out as the man Ong’s camp will nominate to fill the deputy presidency after Chua’s controversial sacking last week.

And speculation is now rife that Ong, under siege from within his own party, from Barisan Nasional (BN) partners and from allegations of abuse of power and graft, is prepared to resign as MCA president.

All major Chinese newspapers reported the plan to hand the reins of power over to Liow, in what is possibly a move by Ong’s camp to float the idea to the public.

It is also likely that by suggesting a transition plan, Ong is hoping to temper the rising momentum of support for an extraordinary general meeting (EGM) to remove him and back Chua. MI

Para mufti berposa sakan, tak leh kata apa kat UBN Altantuya

0 org komen

Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.

"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam.

Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.

Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan. Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.

"Jika pemimpin Umno mendalangi perarakan ajaran sesat itu, mereka sepatutnya merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan yang akan menyebabkan pihak lain memburukkan Islam dan umatnya," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mana-mana pihak sekalipun boleh membantah apa yang tidak mereka setujui.

"Tetapi, bantahlah secara bertamadun," kata beliau.

Perbuatan menghina agama lain, kata Mahfuz, adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya.

Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Malaysiakini melaporkan, polis hanya memerhati sahaja perbuatan kumpulan itu.

Mengulas kejadian tersebut dalam blognya, Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting yang bertajuk "Barbarians at the gate". Beliau menyifatkan perbuatan kumpulan itu mencemarkan agama mereka sendiri. Harakah

Muhasabah diri dalam kepimpinan - UBN Altantuya

0 org komen
Oleh: Dr Saodah Abd Rahman

KEPIMPINAN dan pentadbiran adalah amanah Allah yang paling berat untuk dipikul. Setiap tindakan para pemimpin dan pentadbir akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Kejayaan kepimpinan mereka akan memberi kesan paling baik dalam struktur sosial, ekonomi dan politik.

Kegagalan pula boleh menyebabkan umat Islam menghadapi krisis kemiskinan, pergolakan politik dan kekacauan dalam negara. Tetapi inilah fenomena yang wujud dalam dunia Islam masa kini.

Berdasarkan suasana ini, para pemimpin dan pentadbir di negara-negara Islam amat perlu bermuhasabah dan memikirkan kelemahan serta kesilapan mereka dalam urusan pentadbiran dan kepimpinan.

Faktor-faktor yang menyebabkan kepincangan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran negara perlu dianalisis secara teliti dan ikhlas supaya kesilapan yang sama tidak berulang. Antaranya ialah:

Pertama, sesetengah pemimpin utama kurang teliti sewaktu melantik barisan orang kanan untuk membantunya memimpin negara.

Pelantikan sebegini boleh melemahkan sistem pemerintahan. Keadaan itu jika berterusan akan menimbulkan kemarahan rakyat dan menyebabkan kerajaan goyang dan akhirnya runtuh.

Kedua, sikap pucuk pimpinan yang mempertahankan orang-orang di sekelilingnya walaupun mereka ternyata telah melakukan kesalahan.

Sikap ini bukan sahaja bertentangan dengan perspektif Islam tetapi bakal menjurus kepada kehancuran kerajaan.

Dalam sistem kepimpinan Islam, keadilan dan kejujuran merupakan asas utama bagi pelantikan pemimpin dan pentadbir. Negara bukan milik individu atau kelompok tertentu yang boleh bebas bertindak sesuka hati tetapi hak keseluruhan rakyat.

Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda tidak pernah menunjukkan sikap tolak ansur terhadap mana-mana pemimpin dan pentadbir di bawah mereka yang tidak amanah melaksanakan tugas.

Para pemimpin, baik di peringkat mana pun, perlu sedar mereka sentiasa menjadi perhatian rakyat. Mereka akan diadili di dunia dan begitu juga ketika menghadap Allah di akhirat kelak.

Faktor ketiga yang menyebabkan banyak negara Islam ketika ini menjadi lemah dan tidak stabil ialah sikap pucuk pimpinan yang mengenepikan kepentingan rakyat. Pemimpin sebegini biasanya tidak telus dan tidak ikhlas melaksanakan dasar dan perancangan untuk pembangunan negara.

Faktor keempat yang menyebabkan kemarahan rakyat ialah pemimpin yang enggan menerima kritikan. Sikap angkuh dan bongkak itu akhirnya akan memakan diri.

Apabila kebencian terhadap pemimpin tersebut tidak dapat dibendong maka masyarakat menunding jari kepada pucuk pimpinan negara dan menunjukkan sikap penentangan terhadapnya. Suasana begini merupakan lumrah dalam dunia Islam masa kini.

Berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut, para pemimpin seharusnya sentiasa bermuhasabah. Mereka perlu sentiasa memandang ke belakang dan menilai semula kepimpinan mereka.


PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tabik lu orang, berani betoi la puak puak UBN Altantuya

0 org komen
Dibawah ialah dua photo mewakili senario yang berbeza walaupun melibatkan jenama binatang yang sama.

Satu menunjukkan keberanian masyarakat Shah Alam yang tak terbilang beraninya memijak mijak kepala lembu dihadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.


Para demonstran yang membantah pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam memijak kepala lembu di hadapan pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor.

ooOOOoo

Lagi satu diperlihatkan betapa takutnya masyarakat Sepanyol yang lari tak ketahuan hala dikejar lembu dalam satu pesta lari dengan lembu.


Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam larian lembu di San Sebastian de los Reyes, luar Madrid, hari ini. Kematian dua peserta muda baru baru ini telah menyebabkan perdebatan terbuka berkenaan kemungkinan meningkatkan umur peserta dari 16 ke 18. — Reuters pic

Aku suka cadangkan puak puak gerombolan ni pi ambik bahagian dalam larian ngan lembu lembu di Sepanyol ni tahun depan. Cuba tengok pijak kepala lembu sana pulak.. bangang betoi.

Penerusan Agenda Utusan Malaysia oleh UBN Altantuya

0 org komen

KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja. Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam. (link)

Bersahur cara Rasulullah

0 org komen
Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab,menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” -
Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:

“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kirakira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya. Cina Islam

Man U happy bebudak Arsenal kancin gigi.. ngeee

2 org komen
Bebudak Man U terlepas satu ujian terbesar diorang setelah mengalahkan Arsenal di Old Trafford. Menang serupa bagi saja hadiah dari bebudak skema Arsenal ni.

Arsenal mesti senak sakan dua tiga hari ni, dah mendahului 1 - 0 separuh masa, tetiba saja pi bagi Penalti kat Rooney tambah lagi sedekah jariah gol sendiri oleh Abou Diaby. Thanks to Arsenal pasai buat aku lega pi kerja Selasa nanti... heh.. heh..


Jadilah walaupun bola penalti.. lega tak kira dah tu.. keputusan penuh: Man United 2 - Arsenal 1


Ashley Cole tergedik gedik selepas menjaringkan gol ngan Burnley.. keputusan penuh: Chelsea 3 - Burnley 0


Gerrard menutup telinga tak tahan dengar kritikan pedas buatnya dari peminat The Reds. Tapi mangkuk ni jadi penyelamat buat Liverpool.. nasib baik la.. heh.. heh.. keputusan penuh: Bolton 2 - Liverpool 3

Lain lain keputusan:

Tottenham 2 - 1 Brimingham
Blackburn 0 - 0 West Ham
Stock City 1 - 0 Sunderland
Wolve 1 - 1 Hull City

MJ would have turned 51 today

0 org komen

Michael Jackson fans dance the routine from ‘Thriller’ to celebrate the late singer's 51st birthday in Trafalgar Square in London. Jackson would have turned 51 today. — Reuters pic

Discovery

0 org komen

The space shuttle Discovery lifts off on a mission to the International Space Station from the Kennedy Space Centre in Cape Canaveral, Florida, August 28, 2009. – Reuters pic

Jangan berani riuh saja, jumpa 5 Sept ni - UBN Altantuya

0 org komen

Isu kuil: MBSA diarah jumpa penduduk 5 Sept

Kerajaan Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, katanya, kerajaan negeri menggesa penduduk berkenaan supaya bertenang dan tidak dipengaruhi fakta-fakta yang tidak benar “yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik kerajaan Selangor”.

“Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan negeri, katanya, kesal dengan tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, ketika rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut Kemerdekaan negara, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain yang masih wujud di kalangan segelintir rakyat Malaysia itu, sangatlah dikesali.

“Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan.

“Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri berharap semua rakyat bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.

“Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan,” tegasnya.

Katanya, kerajaan negeri meminta polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin kerajaan negeri.

Saturday, August 29

Anasir UBN Altantuya jadi dalang

0 org komen

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

"Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.

Kemelut dari 'signature' UBN Altantuya

0 org komen

YB Khalid Samad

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!


Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan 'wakil rakyat' di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, "kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel".

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam

Malu boleh, sakit pun boleh - UBN Altantuya

1 org komen
video
Awat hodoh sangat perangai hampa.

Bukan ramai pun, 50 orang saja yang kekononnya wakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam ni, berarak dan memijak mijak kepala seekor lembu dalam protes mereka terhadap isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Nampak dressing macam cendikiawan Islam. Takkan tak tau pulak kot heret dan pijak2 kepala lembu tu boleh mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Nampak dressing macam elitis parti melayu. Takkan tak tau pulak kot tindakan hampa telah mencederakan imej 1Malaysia yang DS Najib dok promote gila2 ni.

Nampak dressing macam ustaz ustaz moden. Takkan tak tau kot, Agama Islam tak pernah ajar penganut Islam mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang samasekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.



Cincang2 buat sup, antaq madrasah buat "more bulan posa" pun baguih, sah2 dapat pahala woo.. daripada heret dan pijak2 rezeki camtu, tak baik tuh.. membazir..

Apa tujuan hampa buat kerja hodoh tu.

Adakah sengaja nak buat provokasi, cubaan mengharu-birukan hubungan umat Islam dan Hindu supaya boleh dimanfaati oleh UMNO untuk merampas balik Selangor.

Bandingkan dua kisah berbeza di era UBN Altantuya

0 org komen
Mari kita bandingkan dua kisah benar dibawah..

Kartika Sari, ditahan ketika minum arak disebuah kelab, telah di bicarakan dan dijatuhi hukuman oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang. Beliau telah dijatuhi hukuman denda RM5,000.00 dan enam kali sebatan rotan, yang akan dilaksanakan mengikut kaedah dan teknik dalam perundangan Islam.

Wanita berani ini telah membayar denda dan bersedia menjalani hukuman rotan tersebut. Kartika BELUM lagi menjalani hukuman rotan tersebut. Ketika ini, pemimpin tertinggi UMNO termasuk PM sendiri tanpa segan silu menunjukkan simpati dengan"memujuk' Kartika supaya "jangan menerima keputusan mahkamah dengan redha". Maknanya Kartika di minta supaya merayu pada mahkamah agar meringankan hukuman tersebut. Bila pemimpin UMNO bersuara, Mahkamah kemudian menangguhkan hukuman sehingga selesai bulan Ramadhan.

Dimanakah kredibeliti Mahkamah Syariah?

Tahanan ISA, Mat Sah Satray telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak 18 April 2002, tetapi tidak pernah sekalipun dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. Walaupun kes beliau tidak pernah di dengar oleh mana-mana hakim dan beliau tidak pernah dijatuhi hukuman oleh mana-mana hakim mahkamah, beliau telah didenda menjalani kehidupan seperti banduan lebih 7 tahun lamanya. Tahanan ISA terpaksa redha dengan hukuman tanpa perbicaraan itu.

Tiada seorang pun pemimpin UMNO ada sekelumit simpati pada tahanan yang telah dipisahkan dari anak isteri bertahun-tahun lamanya. Simpati itu mungkin boleh ditunjukkan dengan memberi peluang mereka dibicarakan di mana-mana mahkamah terbuka, sepertimana hak yang telah diberikan pada Kartika. Yang jelas, semua pemimpin dan ahli UMNO semuanya tetap meyalahkan dan memberi tanggapan buruk pada tahanan ISA, yang sepanjang hayat akan membawa tanda nama "mengancam keselamatan" negara.

Dimanakah keadilan untuk rakyat?

UBN Altantuya terperangkap jerat buatan sendiri

0 org komen

Gambar sekadar hiasan

Isu rotan Kartika: BN diperangkap negara Islam ciptaan sendiri

Ramlan Joharee
KUALA LUMPUR, 29 OGOS:Di tengah-tengah kekecohan berhubung hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, terdedahlah kelemahan kerajaan Barisan Nasional melalui sikap berdolak-daliknya dan hipokrasi dalam pelaksanaan undang-undang syariah.

Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya.

Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya.

Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan.

Hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata beliau yang mungkin telah menyedari Kartika tidak akan merayu hukuman rotannya itu.

Pada hari yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan mengapa Kartika yang sepatutnya sejak Isnin lalu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan, dihantar semula pulang. Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa kakitangan penjara tidak ada kepakaran merotan menurut peruntukan undang-undang syariah yang mensyaratkan rotan tidak diangkat mengatasi kepala.

Hishammuddin dilaporkan berkata, keperluan Jabatan Penjara yang di bawah seliaannya untuk melaksanakan hukum sebat mengikut undang-undang Syariah merupakan satu perkara baru dan mustahil untuk dilaksanakan tanpa pengalaman.

Tambahnya lagi kaedah hukuman itu akan dikaji secara mendalam oleh pegawainya dengan pihak berkuasa agama untuk memastikan keadilan. Tindakan beliau itu satu lagi usaha untuk menjarakkan kerajaan persekutan daripada hukuman rotan itu kerana bimbang dengan implikasi hukuman tersebut di peringkat antarabangsa.

Kartika telah berjaya menarik simpati media dengan keputusannya untuk menerima hukuman itu dan turut meminta supaya dirotan di tempat awam, lantas berjaya dilihat sebagai mangsa.

Hakikatnya kerajaan BN telah terperangkap dalam usahanya untuk menunjukkan ia lebih mempunyai kelayakan Islam daripada PAS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga jelas tidak gembira dengan hukuman rotan itu dalam catatan terbaru blognya. Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer, kata Dr Mahathir dalam nada sinis.

Beliau jelas bimbang parti yang diketuainya selama lebih dua dekad kini cuba mengikuti rentak PAS dan kehilangan jati diri yang dipertahankannya sebelum ini.

Anehnya Dr Mahathirlah yang sebelum ini memulakan permainan berlumba-lumba menunjukkan pentadbirannya lebih Islami berbanding PAS. Hampir dua tahun selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan kemenangan beberapa kerusi baharu PAS di Selangor dan Perak beliau membuat perisytiharan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.

Pengumuman itu dibuat sebagai menyahut cabaran Presiden PAS ketika itu Almarhum Datuk Fadzil Noor. Walaupun Dr Mahathir dalam pengumuman pada tahun 2001 itu semasa mesyuarat agung Gerakan sebenarnya cuba membentuk sendiri dan merampas definisi negara Islam, tetapi ia ditafsir banyak pihak sebagai langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

Penggantinya pula Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambung tradisi itu dengan memperkenalkan Islam Hadhari. Hari ini melalui kes Kartika, kerajaan BN terperangkap dalam jerat "negara Islam" yang dipasangnya sendiri. Harakah

Belgian F1 Grand Prix

0 org komen

Brawn GP Formula One driver Jenson Button of Britain drives during the second free practice session ahead of the weekend's Belgian F1 Grand Prix in Spa Francorchamps today. – Reuters pic

Calon UBN Altantuya - musibah yang sengaja ditempah

2 org komen

Keseorangan dalam kekalahan.. setelah seminggu berhempas pulas dengan isu guamannya serta status perkahwinannya, Rohaizat Othman terdiam sendirian selepas diistiharkan kalah dalam pertandingan satu lawan satu di PRK Ptg Pasir ini. Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap masyarakat Cina yang nampak jelas tidak menyokongnya.. - Picture by Jack Ooi

Tak habih habih lagi rupanya musibah yang menghurung calon BN di Permatang Pasir, Rohaizat Othman. Dah la kalah dan kini terkontang kanting sendirian memang memeritkan.

Malaysiakini hari ini melaporkan, bapa mertuanya iaitu Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman agar menyelesaikan isu dengan anak perempuannya Rafizah. Jalan terbaik katanya, adalah dengan berbincang cara keluarga, kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa dan memakan modal.

Beliau menuntut samaada terima Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya. Mohamad Ali juga mendakwa mewalikan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun 2005.

Saja la hang pi cari pasai. Kalau hang dengaq cakap bro Mahfuz ari tu kan senang..
Related Posts with Thumbnails