Wednesday, September 30

Jong dah nak pecah oii II

0 org komen
Telahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional (BN) bakal mengikuti jejak Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dilihat semakin menjadi kenyataan apabila parti komponen utama yang membentuk BN dilanda kemelut yang berpanjangan.

Bermula dengan kesukaran tidak dapat menerima tsunami politik 2008 satu persatu parti komponen ini dilanda masalah yang tidak berkesudahan.

Semua masalah-masalah ini adalah cerminan kepada perpecahan yang sebenarnya berlaku di dalam BN itu sendiri. Dr Mahathir berpendapat Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti LDP Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

Beliau berkata, situasi politik yang berlaku dalam Umno dan BN dilihat seakan-akan mengikut jejak langkah negara Jepun dan tidak mustahil pilihan raya akan datang, fenomena yang sama turut berlaku.

Menurutnya, parti-parti yang berjuang dan mencapai kemerdekaan di beberapa negara lain, telah hilang begitu saja seolah-olah rakyat di negara itu tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli ‘perjuangan dan pengorbanan’ parti-parti itu dan pemimpinnya," katanya yang dipetik dalam blognya.

Krisis MCA semakin parah

MCA kini bergelut dalam krisis dalaman yang meruncing dan menentukan jatuh bangun parti tersebut. Walaupun usianya telah menjangkau 60 tahun, namun kemelut organisasi yang melanda kini masih lagi gagal diselesaikan dengan baik.

Kesan dari krisis dalaman MCA meyaksikan Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Kini Datuk Chua Soi Lek berdepan dengan usaha terancang menamatkan karier politik beliau secara total dalam MCA.

Persoalannya di sini, adakah dengan situasi yang berlaku terhadap tokoh MCA yang berasal dari Johor ini akan menyebabkan berlaku pola perubahan politik di kalangan pengundi Cina di Johor dan memungkinkan Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat?

Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa MCA supaya menyelesaikan segera masalah dalamannya sebelum ia menjadi isu besar kepada BN.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition Ismail, ketika mengulas perkara ini menyifatkan kemungkinan itu wujud. Namun Pakatan Rakyat tidak harus bergantung kepada situasi ini sahaja, sebaliknya harus menggerakkan usaha bersepadu dan membina kekuatan untuk menang.

“Situasi percakaran MCA sekarang ibarat yang menang jadi abu yang kalah jadi arang. Kita tidak melihat dua aktor yang bertembung dalam politik dalaman MCA ini sebagai signifikan dalam usaha mereka memulihkan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN dan juga MCA. Ini dapat dilihat apabila tujuh daripada lapan pilihan raya kecil, pengundi Cina tidak memihak kepada BN,” katanya.

Beliau menambah, “Malah yang mengejutkan, apabila Presiden MCA diserang bertubi-tubi berhubung Skandal PKFZ, tiada seorang pun menteri membela Ong Tee Keat. Ini menunjukkan pertembungan ini bukan sahaja berlaku dalam MCA malah ianya berlaku krisis dalaman di dalam BN.”

Pertembungan Tee Keat selaku Presiden MCA dan juga “mantan” Timbalan Presiden MCA, Soi Lek mengheret MCA untuk megadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mencari jalan penyelesaian.

Isu ini memuncak apabila Presiden menggunakan Jawatankuasa Disiplin Parti MCA memecat Soi Lek pada 27 Ogos lalu atas alasan mencalar imej parti menerusi skandal DVD seks.

Tindakan ini mencabar pilihan akar umbi yang mengangkat Soi Lek secara demokrasi dalam parti. Penyokong Soi Lek menyifatkan tindakan pemecatan ini tidak wajar dan diibaratkan “menyebat mayat”.

Menurut Ahli Parlimen Gopeng yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat , Lee Boon Chye beliau berkomentar bahawa isu ini sebenarnya cukup besar untuk memberikan impak kepada pengundi Cina terutama di negeri yang di perintah oleh BN.

Beliau cukup yakin dengan kemelut ini pengundi Cina di beberapa negeri selatan akan beralih angin selepas penolakan Soi Lek ini.

“Respon masyarakat Cina jelas menunjukkan bahawa mereka melihat isu perebutan jawatan ini bukanlah isu orang Cina. Masyarakat Cina jelas kecewa dengan MCA yang mana ketika negara sibuk bergelut dengan H1N1, tetapi MCA sibuk berebut jawatan!” katanya.

Samy Vellu liabiliti BN

Mengekalkan dirinya sebagai manusia paling lama berkuasa dalam sejarah politik negara barangkali adalah satu kebanggaan kepada Datuk Seri S Samy Vellu. Tetapi hakikatnya ia adalah liabiliti kepada BN yang semakin terhakis kuasa politiknya.

Sokongan terbuka Mahathir terhadap bekas timbalan Samy Vellu dalam MIC, Datuk S Subramaniam yang sekian kali merebut jawatan nombor dua parti terbesar kaum India itu mengundang kemarahan yang bukan kepalang kepada MIC.

Kalungan selipar yang dicadangkan untuk Mahathir menerima reaksi yang tidak menyenangkan pelbagai pihak. Lantas para pemimpin Umno menyalak membela Mahathir yang dihina itu.

Episod cabar mencabar dan permohonan maaf akhirnya tamat apabila Mahathir bersuara bahawa beliau lebih terluka dengan kutukan ahli Umno terhadapnya sewaktu Tun Abdullah Badawi berkuasa dahulu.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, perbalahan dalam MIC adalah parah dan tidak dapat dibendung lagi.

"Bukan setakat masalah dalaman tetapi ia turut melibatkan campurtangan parti induk BN itu sendiri iaitu Umno, perkara ini dapat dilihat apabila akhbar rasmi parti itu Utusan Malaysia begitu agresif menghentam Samy Vellu. Ini memperlihatkan kerjasama dikalangan BN sudah semakin rapuh," katanya.

Kemenangan pasukan presiden yang didakwa Samy Vellu ternyata tidak menghilangkan arus yang terus meletakkan Samy adalah individu yang menjadi liabiliti kepada parti.

Keputusan ini mengukuhkan lagi kedudukan Samy Vellu, yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden, jawatan yang disandangnya sejak 1979.

Walaubagaimanapun, kemenangan calon pilihan Samy Vellu ini tidak bermakna seluruh masyarakat India di negara ini menyokong Presiden MIC terbabit.

Keputusan pilihan raya umum lalu dan beberapa perkembangan selepas itu menunjukkan sebahagian besar masyarakat India lebih cenderung untuk bersama pembangkang.

Bukan rahsia lagi bahawa antara faktor MIC semakin kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India ialah kerana Samy Vellu sendiri.

Hakikat ini bukan saja diakui pemimpin BN, malah di kalangan pemimpin MIC sendiri, tetapi takut untuk bersuara secara terbuka.

Sehinggakan Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung itu didakwa menyindir Samy Vellu secara umum.

Beliau mengingatkan pemimpin parti komponen supaya menjadi popular di kalangan rakyat untuk memastikan BN terus relevan pada mata rakyat.

“Tiada guna jadi popular di kalangan ahli parti saja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat. Jika mahu terus relevan, saya ingatkan kepada Umno, MCA, MIC dan komponen BN bahawa pertimbangan bergantung kepada sejauh mana kita popular di kalangan rakyat, bukan di kalangan ahli parti saja.

Pun begitu, Samy Vellu yang terkenal dengan sikap keras kepalanya menyangkal dakwaan bosnya itu apabila mendakwa punca masyarakat India tidak menyokong BN kerana kerajaan mengabaikan mereka, bukan kerana beliau tidak popular.

“Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya. Saya bercakap terus terang kerana saya tidak takut pada sesiapa,” katanya.

Nada keangkuhan Samy Vellu ini tenyata tidak disenangi pimpinan BN, tekanan terus diberikan kepada Samy Vellu sehinggakan membawa kepada isu peralihan kuasanya ini ke meja rundingan peringkat Perdana Menteri.

Itulah keistimewaan Samy Vellu barangkali, walaupun rakyat sudah menunjukkan jalan persaraan terhadap kerjaya politiknya tetapi beliau masih tidak akur.

Barangkali kekalahan total BN dalam pilihan raya umum yang akan datang adalah keadah terbaik menguburkan politik beliau. Bagaimanapun semua ini akan terjadi dengan restu perwakilan MIC yang kelihatan sangat taksub dengan ketokohannya. GB

Tuesday, September 29

Hero bunga UBN Altantuya

0 org komen

Hero bunga sedang dijulang kerana kemenangan sulungnya di Bagan Pinang.

Dia dianggap hero kerana bijak menggunakan pengaruhnya di Teluk Kemang menundukkan pimpinan BN pusat.

Dia dianggap hero kerana berjaya menundukkan mantan Pi Em Umno Tun Mahathir yang menentang keras ura ura pencalonannya di PRK Bagan Pinang.

Dia dianggap hero kerana berjaya membuat political comeback walaupun secara merangkak.

Dia dianggap hero kerana berjaya sebagai calon yang pertama mendapat sekuntum bunga ros selepas namanya diumumkan sebagai calon BN di PRK Bagan Pinang.

Jangan mansuhkan ISA - UBN Altantuya

0 org komen

Nampak gayanya ISA masih diperlukan, jangan hapuskan ISA. Umno tak boleh hidup tanpa ISA.

Tan Sri Mohd. Isa Samad dijulang oleh para penyokongnya sejurus diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang hari ini. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu diadakan pada 3 Oktober manakala hari pembuangan undi 11 Oktober.

Ada berani ka UBN Altantuya

0 org komen

Lebih baik kalau adakan demo pijak pijak kepala lembu bagi menunjukkan kepada lembu lembu betapa kuatnya pengaruh Datok Isa di Teluk Kemang.

Jijik sungguh Isa Samad II - UBN Altantuya

1 org komen
Pusing kanan, pusing kiri, nama Isa juga yang disebut sebagai calon. Demikian laporan mStar tentang dilema Umno dalam menentukan calon di PRK Bagan Pinang yang dijadualkan pada 11 Oktober sekiranya ada pertandingan.

Dilema Umno terbongkar dan menjadi kian sensasi diantara kehendak akar umbi atau citarasa Mahathir. Hampir seluruh ahli Umno Bagan Pinang yang tak seberapa ramai tu mahukan Tan Sri Isa Samad sebagai calon, namun Umno khususnya Mahathir tidak mahu kesilapan memilih calon bakal menyusahkan mereka sebagaimana di PRK Ptg Pasir yang lalu.

Kata Mahathir, jika dia sebagai TS Isa, dia akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan dirinya. Lantas berkempen dan bekerja keras untuk calon lain dipilih bagi melonjakkan reputasinya.

Kini Umno tersepit antara ketakutan berulang tragedi PRK Ptg Pasir dan ketakutan kepada bekas pemimpin mereka sekaligus hasrat akar umbi bakal terabai.

Mahathir bertegas, walaupun dengan Isa sebagai calon dan menang sekalipun ianya tidak membawa makna sebenar kemenangan kerana latarbelakang hitam Isa sendiri yang hangat diperkatakan terlibat dalam politik wang sebelum ini.

Nyata sikap berdiam diri DS Najib seolah-olah menunjukkan bahawa Mahathir masih berkuasa dalam Umno BN serta berupaya memaksa Najib mengikut telunjuknya.

Dalam laporan harakah pula memetik sumber dalaman Umno memberitahu bahawa terdapat tiga nama yang dipertimbangkan Umno kini bagi menggantikan Isa. Mereka yang dimaksudkan adalah Faisal bekas Adun Bagan Pinang 2004; Naib Ketua Bahagian Cikgu Zabrin; dan Kak Ani Ketua Wanita Umno Bahagian sendiri.

Kelihatan sejak petang tadi, kesemua kain rentang bermotif politik serta ucapan selamat hari raya yang mewakili Isa mula diturunkan. Tiga cadangan nama calon tersebut menjadikan Umno bakal berdepan beberapa cabaran dalaman antara orang lama dan muka-muka baru dari kalangan pemuda dalam parti itu.

Monday, September 28

Pahit pun kena telan la jugak

0 org komen
“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan.

Kerajaan-kerajaan yang baru diberi mandat oleh rakyat jangan dibiarkan merasa begitu complacent dan berani untuk buat apa sahaja yang akhir penyakit-penyakit lama dalam politik dulu akan diwarisi oleh kerajaan-kerajaan yang baru.

PAS sebagai parti yang selama ini melaungkan slogan Islam tidak boleh tenggelam dalam permainan politik sehingga melupai prinsip-prinsip yang pernah dinyatakan. Jika selama ini PAS lantang mengkritik Kerajaan BN, apakah wajar untuk PAS membisukan apabila melihat kecacatan yang nyata dalam kerajaan yang dikongsinya dengan orang lain.

Selama PAS menyatakan prinsipnya dan sikapnya yang Islamik, maka PAS akan dianggap berpendirian dan tidak hanyut dalam permainan politik semata”

–dr mohd asri zainul abidin, IQ, S.Perai.

Perbelanjaan berhemah UBN Altantuya

0 org komen

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak perlu terlalu ghairah memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan salah guna peruntukan DUN yang dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Katanya, Mantan Menteri Besar itu turut menuduh DAP memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Khir Toyo dalam satu kenyataan yang diterbitkan akhbar tempatan Rabu lalu membidas DAP sebagai 'menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor'.

"Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"demikian kata Lau dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Selcat yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Selangor.
Katanya, selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis, khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo.

"Bagi memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka," katanya.

Lau yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, daripada terus mengaut di dalam air keruh, adalah lebih baik untuk Khir menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa itu membenarkan perkara itu terus berlaku.

"Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang timbul", katanya. -TVS

Perihatin tak bertempat - UBN Altantuya

0 org komen
Perihatin sungguh Pemuda PAS Pusat pada pegawai pegawai daerah yang sedang berselingsing lengan dilayan SELCAT kerana menyembunyikan penyelewengan BN di Selangor ini.

Seperti apa yang tercatat dalam laporan mStar, ketua Dewan pemuda PAS Pusat berkias tentang kebimbangan kerajaan PR Selangor mungkin jatuh sebagaimana tersungkurnya kerajaan BN pimpinan Khir Toyo kerana menghadiahkan penyapu pada pegawai kerajaan terdahulu.

Tidak diketahui, benar atau tidak berita itu datang dari mulut beliau. Tapi kalau kenyataan itu diputar belitkan, mengapa tidak disaman sahaja akhbar tersebut? Buat penafian terbuka selepas tersiarnya berita bangang tersebut?

Tapi, amat malang lagi jika ianya benar kerana aku rasa penggantungan harapan rakyat pada pimpinan Dewan Pemuda PAS tersalah tempat. Nyata Pemuda harapan bangsa ini lebih perihatin pada pegawai pegawai daerah yang sedang kepanasan kerana membiarkan diri mereka dibuli oleh pimpinan BN dahulu.

SELCAT merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti akan ada reaksi yang kurang baik dan mungkin akan ada juga kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Teguran-teguran itu telahpun diterima dengan baik di atas semangat kebersamaan dan kerjasama.

Kiasan tak kena tempat Dewan Pemuda PAS ini bakal menjauhkan lagi penggantungan harap rakyat selaku pengundi.

Kejatuhan BN adalah, apabila rakyat sudah meluat dengan kezaliman dan kebobrokan yang diamalkan oleh mereka, disamping banyak penyelewengan yang telah dilakukan? Bukan hanya disebabkan isu penyapu kepada pegawai kerajaan sahaja.

Diharapkan, kenyataan kenyataan macam ni tidak akan menyebabkan rakyat meluat dengan pemuda PAS, seterusnya menjatuhkan PAS dalam Pilihanraya akan datang sekaligus menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor.

Allo Nizar, sapa yang membuli sapa ni

1 org komen

Isu SELCAT dan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan

Baru-baru ini kita terpaksa menangani “krisis jadian” sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui Selcat, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Mereka dikatakan telah “dibuli”, “diperbudak-budakkan” dan “dihina” semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media.

Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Datuk Dr. Hasan Ali, sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor.

Sebenarnya, kita semua menyedari bahawa Selcat merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti akan ada reaksi yang kurang baik dan mungkin akan ada juga kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Saya difahamkan bahawa sudah pun dibuat teguran-teguran kepada pihak yang berwajib bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang telah pun dikenalpasti. Teguran-teguran itu telahpun diterima dengan baik di atas semangat kebersamaan dan kerjasama.

Yang menjadi masalah ialah apabila Datuk Dr Hasan membuat pendedahan dan kritikan berhubung persoalan ini kepada pihak media arus perdana. Diambil olehnya posisi sebagai pengkritik dan pembangkang, mengkritik kerajaan PR, sedangkan beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai ahli exco yang sedang bersama berusaha untuk mengasaskan budaya ketelusan, pertanggungjawaban dan keamanahan yang hampir tidak wujud semasa zaman BN dahulu. Diluah pula apa yang tidak dipersetujuinya kepada akhbar arus perdana yang dikenali semua sebagai alat pihak lawan.

Semestinya apabila diserang sebegitu, oleh orang yang dianggap rakan, ramai dari Adun PR yang terperanjat. Lebih-lebih lagi apabila teguran-teguran yang sama telah pun dibincang bersama secara tertutup dan telah juga diambil kira. Tindakan beliau dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan diri sebagai pembela pegawai-pegawai ini, sambil dalam masa yang sama Selcat pula digambarkan sebagai pihak yang menzalimi mereka!

Bagi saya, yang “membuli”, “memperbudak-budakkan” dan “menghina” pegawai-pegawai kerajaan gred atasan ini ialah pentadbiran BN dahulu. Ini mereka lakukan apabila mereka mengarah pegawai-pegawai atasan ini supaya membenarkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap DUN dihabiskan dalam tempoh 2 bulan sedangkan ianya peruntukan untuk setahun! Mereka dipaksa mengenepikan peraturan-peraturan tetap dan dalam pada itu diugut dengan tindakan tata-tertib sekiranya tidak akur. Ini “buli” dan ini “memperbudakkan”. Sebaliknya, tindakan kerajaan PR ingin mendidik dan memartabatkan jawatan pegawai-pegawai kanan ini dengan menjelaskan kepada mereka amanah dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang penting sebegitu.

Hasil tindakan mengkritik Selcat secara terbuka oleh Datuk Dr Hasan, dan ini bukan merupakan kali pertama tindakan sebegini dilakukannya, telah pun menjejaskan imej PR dan PAS.

PR kelihatan sebagai sebuah kerjasama dan gabungan yang rapuh, lemah dan tidak kukuh. Ia dilihat sentiasa bertelagah satu sama lain walaupun telah bersama selama lebih dari setahun. Imej lemah sebegini memang diusahakan oleh BN dan dengan tindakannya itu, beliau telah pun secara tidak langsung membantu BN dalam usaha mereka untuk memperlekehkan PR. Segala usaha PR untuk menzahirkan imej bersatu, kukuh dan padu digagalkannya dengan tindakan sebegini.

PAS pula dilihat sebagai parti yang bersifat “talam dua muka”atau “gunting dalam lipatan”. Duduk bersama Exco membincang segala pendekatan tetapi menempelak kerajaan PR pada setiap peluang yang diperolehinya. Dalam bahasa Inggeris ada istilah “one-up manship” yang bermakna usaha untuk menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan nama “kawan”. Orang yang sebegini tidak ada yang ingin jadikan sebagai kawan. Dia sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan imej kawan demi menaikkan imej sendiri. Golongan ini dijadikan kawan hanya apabila tiada pilihan lain atau terpaksa.

Sepatutnya sebagai Parti Islam, PAS adalah parti yang ingin disepakati oleh semua kerana jujurnya, amanahnya, setianya, lurusnya dan telusnya. Parti Islam tidak akan khianat kerana sentiasa boleh diharapkan dan dipercayai. Berpegang kepada janjinya dan bukan jenis cakap lain, buat lain. Malangnya buat masa ini di Selangor, PAS tidak mempunyai imej yang sebegitu. Apabila disebut sahaja “lompat” di Selangor, semua melihat pada PAS. Ini adalah hasil dari tindakan-tindakan “one-up manship” yang telah berlaku selama ini.

PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri yang dirahsiakan dan tidak dikongsi bersama dengan rakan Pakatan. Ini menimbulkan syak wasangka dan boleh menggagalkan PR. Kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah yang dikeluarkan selepas ditegur hanya menimbulkan kesangsiaan. Sekejap dikatakan hakim pencen, sekejap tidak. Sekejap dikatakan ingin mengkaji semula kedudukan dengan PR, sekejap tidak! Keliru lagi mengelirukan!

Saya tidak faham, apakah sukar sangat untuk kita berpakat dan berkerjasama secara jujur dan ikhlas? Bukankah kejujuran dan keikhlasan itu dituntut oleh Islam? Adakah kerana kita merasakan kita Parti Islam dan yang lain tidak, maka kita tidak perlu berlaku jujur dalam kerjasama kita bersama mereka? Adakah kita sudah begitu sesat dengan fahaman Yahudi Zionis sehingga menganggap setia kepada janji dengan bukan Islam adalah satu kesalahan? Akan hilang atau tidak wala” lagi pada kepimpinan Islam kerana menjadi wala” kepada pemimpin lain? (Bagi yang tidak tahu, wala” maksudnya kesetiaan).

Sekiranya itulah fahaman yang hendak dibawa, maka akan hancurlah PAS. Bukan kerana kekuatan lawan tetapi kesesatan diri sendiri. PAS sebagai parti Islam mestilah jujur dengan kerjasamanya dengan pihak lain dan atas kejujuran itu akan terbina satu kekuatan yang jitu. Kekuatan kejujuran dan keikhlasan perjuangan Islam inilah yang akan menyebab semua datang berteduh di bawah naungannya. Inilah kaedah yang sebenarnya, bukan melalui pengkhianatan, kelicikan dan kepura-puraan. — khalidsamad.com

UBN Altantuya: lagi bukti Samy no value

0 org komen
Bersungguh betul nampaknya usaha pihak berkuasa dalam BN menjatuhkan Samy Vellu seberapa cepat yang mungkin sebelum PRU akan datang.

Setelah dikejutkan dengan penubuhan Parti makkal Sakti dengan tulang belakangnya adalah Pi Em Umno sendiri, kini MIC menerima tamparan lagi bila tujuh anggotanya menubuhkan jawatankuasa penaja yang dikenali sebagai "Pro-Tem MIC 2009 Election Irregularity Committee', mahu pemilihan parti diadakan semula kerana mendakwa terdapat penyelewengan pada pemilihan MIC 12 Sept lepas.

N. Saaran setiausaha jawatankuasa penaja berkata pihaknya telah membangkitkan beberapa isu dalam surat aduan yang telah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC Datuk K. Vijayanathan termasuk salah guna kuasa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika pemilihan itu berlangsung.

Takkan Samy yang luas pengalaman dok tak tau lagi, Samy is no value now.

Sunday, September 27

Jijik sungguh Isa Samad - UBN Altantuya

0 org komen
Kalau saya jadi Isa Samad, saya tarik diri dan sokong calon lain yang dipilih,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas UMNO Bahagian Teluk Kemang yang mahukan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menjadi calon.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, adalah baik jika Isa memberikan kerjasama berkempen untuk calon yang dipilih dan cara tersebut dapat meningkatkan reputasinya.

“Kita bukan semata-mata nak menang, jika menang pun calon tak bersih buat apa,” katanya.

UMNO Bahagian Teluk Kemang tidak berganjak dengan pendiriannya yang mahukan Tan Sri Isa Samad sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Bagan Pinang, 10 Oktober nanti.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Rohani Yaakob pula berkata, mereka sebulat suara memutuskan kata sepakat ini namun, ia terpulang kepada Presiden untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, tindakan UMNO Bahagian Teluk Kemang itu dilihat berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingan bahagian saja tanpa mengambil kira kepentingan parti.

“Jika diletak calon tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk. Saya minta jangan letak Isa sebagai calon,” katanya kepada media di kediamannya sempena rumah terbuka Aidilfitri, semalam.

Kira-kira 10,000 rakyat mengunjungi rumah terbuka bekas Perdana Menteri itu yang dibuka seawal 10 pagi sehingga 5 petang, semalam. Mereka adalah rakyat jelata yang mengagumi ketokohan beliau hingga kini.

Antara pemimpin yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan isteri; Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen dan kenamaan lain. -SH

Saturday, September 26

Alhamdulillah, Malaysiaku yang mewah

0 org komen

Modal Permulaan RM168 Juta Bagi 1Malaysia, Bajet Tahunan Dianggarkan RM308 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pasukan F1 1Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan pada RM308 juta.

Tentunya permasaalahan ekonomi yang melanda dunia dah selesai diurus di Malaysia. Kalau tidak masakan kerajaan begitu perihatin membelanjakan berjuta wang pembayar cukai hanya semata mata nak menaikkan nama Malaysia dimata dunia.

Biar kita naikkan sedikit harga minyak bagi menampung bajet tahunan F1 kita. Ok apa.. hihi.. Tahniah, setiap kali kita masukkan minyak RON95 dan membayar cukai, anda telah dengan sukatakrelanya menyumbang kepada pasukan F1 1Malaysia.



Apakah langkah proaktif bagi mengatasi masaalah kereta Proton yang tak laku sedangkan kita ada cash dalam simpanan?
  1. Tentu saja suntikan modal bagi meneruskan pembangunan
  2. Beli mana mana pasukan F1 yang bankrupt
Biar kualiti teruk tapi selagi boleh dilihat di TV, itu dah kira terlebih baik.

sumber: saba

Kesian la kat Isa Samad

0 org komen
SEPT 26 — Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, pucuk pimpinan Umno (yang sekarang seolah-olah diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad) riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan Umno perlukan calon yang “bersih”. Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh Umno mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam Umno dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.

Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang Umno ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin Umno. Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi Umno, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).

Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon. Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari Umno yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan Umno, rasanya tak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.

Usahlah guna alasan politik wang dalam Umno semata-mata nak tunjuk kononnya Umno ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ? Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit. Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara kelulusan retrospektif Cabinet sebanyak RM4 billion tanpa penglibatan orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar kerana projek itu telah pun gagal. Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan Umno?

Kalau tak mahu Isa Samad bertanding, cakap saja kerana dia orang lama yang sudah tua dan tak sesuai lagi. Cakap saja Umno mahu muka baru.. Saya harap pucuk pimpinan Umno akan menghormati pilihan akar umbi, terutamanya Umno Bahagian Teluk Kemang, yang benar-benar mahu Isa Samad bertanding. Beri peluang kepada Isa untuk bertanding. — myzaidibrahim.com

Friday, September 25

Allo Nizar, ada tungau la dalam seluar

0 org komen
PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat (PR). Itu yang ditegaskan oleh Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan mengkaji kedudukannya dalam PR, maka perkara itu tidak harus ditimbulkan sama sekali.

PAS, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR. Sebarang masalah yang berlaku boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Tungau dalam seluaq ni besalah kalau tak dak pun tak syok gak, walaupun ada memang merimaskan. Terima kasih pada PJ PAS Selangor kerana bagi peluru tabur kat pihak lawan. Ada gak modai depa nanti di Bagan Pinang.. hihi..

Haadooii.. PAS Selangor

1 org komen
Hadiah penyapu untuk PAS Selangor..

P
AS Selangor nampaknya masih mempunyai agenda sendiri di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman yang menyatakan bahawa Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Beliau juga menyatakan pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau turut berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

Persoalan kini, mengapa Khairuddin cuba memaksa Ahli Parlimen Shah Alam untuk membuat keputusan menyokong pendirian parti sedangkan dalam masa yang sama Hassan Ali sendiri tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu Selcat?

Hassan Ali sebelum ini menuduh kononnya pegawai kerajaan diaibkan dan tidak diberikan peluang untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Betulkah pegawai kerajaan diaibkan oleh Selcat atau mereka sendiri yang telah mengaibkan diri mereka sendiri kerana selama ini bersekongkol dengan perbuatan salahlaku bekas Menteri Besar Selangor Mohammad Khir Toyo?

Betulkan pegawai kerajaan itu tidak mendapat peluang untuk menjawab tuduhan di dalam sessi Selcat ataupun kerana pekung-pekung mereka telah terdedah dan tidak dapat menui jawapan bagi membela diri mereka lantarannya?

Apakah Hassan Aii merasakan sudah tidak mempunyai "channel" lain selain dari melakukan kritikan meruntuh itu secara terbuka dan apakah PAS Selangor merasakan semua ahli PAS akan turut menyokong tindakan mereka yang sifatnya jelek sejak dari penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bermula selepas PRU 12 yang lalu.

Pertentangan dua kumpulan di dalam PAS Selangor semakin tajam dan ia dimulakan dengan penyingkirin beberapa orang pemimpin PAS dari Dewan Harian PAS Selangot oleh Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri, Dr.Hassan Ali yang dipercayai telah berbeza pendapat dengan kumpulannya yang pada ketika itu sibuk mengenai percubaan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO yang tidak lansung direstui oleh pengundi-pengundi di negeri Selangor.

Penyingkiran dua tokon PAS Selangor dari Dewan Hariannya, Khalid Samad dan Shaari Sungip JELAS satu usaha menutup perbezaan pendapat dan kini PAS Selangor terjerit-jerit kononnya perbezaan pendapat perlu diraikan di dalam Pakatan Rakyat khususnya merujuk hal Selcat. Alangkah hipokritnya mereka.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Sebenarnya proses pendengaran kes-kes yang dibangkitkan oleh Selcat amat perlu dilakukan secara terbuka dan telus. Saya ingin bertanya kepada Mohd Khairuddin, sebutkan bila masa di dalam kerajaan Islam pimpinan Rasulullah melakukan sesuatu penghujjahan dan pengkahiman secara tertutup?

Yang perlu mendapat hadiah penyapu adalah PAS Selangor, bukan kesemuanya tetapi orang-orang seperti Hassan Ali, Khairuddin Othman, Iskandar Samad dan Roslan Mohd Shahir.

Dan golongan celaka ini (meminjam istilah Tuan Presiden PAS sendiri terhadap pendokong PPSMI) membuat onar di saat pilihanraya kecil Bagan Pinang sedang berada di depan mata. sumber: disini

Raja, hamba no comment lah

0 org komen
Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sempena Forum Khas Melayu Islam Beraja sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei Darussalam di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, pada 20 September 2006.

"Secara umum Raja bertindak berasaskan nasihat pimpinan kerajaan pilihan rakyat. Namun Raja tidak harus sama sekali merasakan tertekan dan tidak semestinya memberi penekanan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan semangat perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat. Raja sama sekali tidak boleh memihak kepada perbuatan yang tidak melambangkan keadilan atau merestui tindakan yang tidak mencerminkan kebenaran."

Terkini:
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau kelmarin.

Sultan Pahang mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sungai berkenaan.

Guan Eng buat latah pulak dah

0 org komen
Pelabuhan Pulau Pinang tidak pernah mencatatkan kerugian terutamanya dalam trafik kontena, kata pengarah urusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Ahmad Ibnihajar.

Keseluruhannya PPSB meraih keuntungan dalam tempoh sedekad ini walaupun operasi feri mengalami kerugian, katanya.

"Sejak saya mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang pada 1999, ia meraih keuntungan. Kami tidak pernah mengalami masalah dalam apa bentuk situasi," katanya kepada pemberita.

Beliau membalas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa pelabuhan itu mencatatkan kejatuhan trafik kontena 24 peratus pada suku kedua tahun ini.

Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa. Kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB, katanya.

Beliau berkata PPSB berjaya mencapai prestasi terbaik dalam sejarah pengendalian kontena dengan mencatatkan 92,439 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada Ogos sahaja dan tidak pernah mengalami kerugian dalam suku kedua tahun ini seperti yang dilaporkan media semalam.

Bertentangan dengan kenyataan Guan Eng, Ahmad berkata Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 13 peratus dalam TEU daripada 199,391 kepada 225,322 pada tempoh yang sama.

"Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak Pelabuhan Pulau Pinang.

"Kami mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (PPU) kami sendiri dan kerajaan persekutuan akan menilai kami setiap tahun. Saya akan melepaskan jawatan saya sekiranya saya gagal untuk menunaikan tanggungjawab saya dengan cekap," katanya, sambil menambah pengendalian kontena dijangka mencatatkan kenaikan 12 peratus dalam suku ketiga tahun ini.

"Meskipun mengalami kerugian dalam operasi feri tahun lepas, kami masih berjaya meraih RM23.13 juta dalam keseluruhan keuntungan tahun lepas.

"Jika kerajaan negeri serius untuk membantu kami, mereka harus menghubungi kami dan membuat perancangan untuk mengadakan perbincangan dan bukan sebaliknya menyiarkan publisiti buruk bagi PPSB dengan angka yang salah," katanya.

Meskipun kelembapan ekonomi global, jumlah kendalian kontena tahun ini dijangka menyamai kuantiti tahun lepas pada 929,639 TEU, katanya.

Guan Eng dalam kenyatannya pada Selasa berkata rekod Jabatan Marin menunjukkan pelabuhan-pelabuhan di negara ini mengendalikan 10 peratus lebih banyak kontena dalam suku kedua tahun ini berbanding suku pertama, mencerminkan pemulihan dalam bahagian kargo domestik dan kargo pindah kapal.

Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat kepada 3.79 juta TEU daripada 3.44 juta pada tempoh tersebut manakala kuantiti di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, kurang berbanding Pelabuhan Johor, pada suku pertama, katanya.

Guan Eng juga meminta kerajaan persekutuan untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada Pelabuhan Pulau Pinang dengan menyuntik dana bagi membantu menyelamatkan pelabuhan itu dan memastikan ia terus beroperasi. BERNAMA

Thursday, September 24

Tak mau la PAS nampak gelojoh sangat

0 org komen
Orang PAS jadi MB Negeri Sembilan?

Memang aku tak nafikan kemungkinan tu memang ada orang PAS akan jadi MB, tapi tak payah la sebut pasai kebarangkalian tu kecik sangat, mungkin lebih 1/1000. Tak payah la nak buat imej PAS buruk sangat. Bila baca artikel Malaysian Insider ni terus mai kat kepala aku yang penulis ni saja nak bagi nampak PAS ni tamak sangat. Berlagak sangat. Aku harap pemulis tu tak berniat macam tu.

Yang penting masa ni, PAS Negeri Sembilan kena buat kerja sungguh-sungguh cuba bagi menang calon dari PAS yang akan bertanding dalam PRK Bagan Pinang bulan depan. Tak payah la mengarut sampai fikir bab kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ataupun memang orang PAS Negeri Sembilan ada cita-cita nak pegang kerusi Menteri Besar? Kalau la ada jenih yang tak sedar diri macam tu, aku nak nasihatkan, lupakan lah. Tak payah la penat-penat kepala otak fikir benda yang jauh macam tu. Terlajak jauh sangat dah tu.

Banyak lagi benda yang kat depan mata yang kena fikir. Takkan baru menang satu kerusi dah nak angan-angan nak pegang kerusi MB. Patutnya kena fikir macamana nak bagi menang kerusi-kerusi yang PAS bertanding.

Kalau takat nak jalankan misi dan visi PAS, dapat duduk dalam kerajaan Pakatan Rakyat pun dah cukup. Dari situ boleh la kita sikit-sikit bagi rakyat dan rakan-rakan kongsi faham apa msi dan visi kita.

Kalau depa dah faham dan terima misi dan visi kita dalam Fasal 5 tu, insyaallah, kita tak payah pegang kerusi Menteri Besar pun takpa, orang lain yang akan tolong jalankan misi dan visi kita tu.

Sumber: Cenangau

PKFZ bertambah pelik II

0 org komen
Sakit sangat rasanya, dalam rakyat mengerah keringat membanting tulang menyara hidup tetiba saja kita dihidangkan kisah kerakusan sesetengah pemimpin kerajaan BN membelasah berbilion wang rakyat dalam kes PKFZ.

Apalah malangnya pengundi yang telah mengundi mereka dan bertambah malang lagi lah pengundi pengundi yang tidak mengundi mereka tapi terpaksa menggigit jari menahan sebak.

Polis kini lebih selesa membuang masa dan membazirkan wang rakyat memburu penyebar maklumat, tetapi pesalah yang telah meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan kertas tersebut seolah olah terlepas pandang.

Keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.

Yang didedah dicari, yang terdedah terlepas..

PKFZ bertambah pelik

0 org komen
Sistem perundangan Malaysia yang telah hodoh semakin hodoh. Cara siasatan Polis Malaysia yang telah terkenal pelik bertambah pelik.

Inilah antara sebab musababnya pasai apa adanya suara suara bantahan bila TS Musa Hassan nak dilanjutkan tempoh memegang jawatan Ketua Cawangan Umno bahagian PDRM ni. Mereka mereka ini tak rela jawatan sebagai KPN dilacur, bias dalam siasatan dan berpilih bulu dalam tindakan.

Perlu diingat sesuatu jawatan yang disambung secara kontrak membuatkan si pemegang jawatan bakal terhutang budi yang amat pada penyambung kontraknya. Begitulah keadaannya dengan jawatan KPN yang disambung secara kontrak pada TS Musa.

Lihat saja dalam kes PKFZ yang hilang belasan bilion duit rakyat hasil keras tangan pimpinan BN. Siasatan terhadap perompak dan penyangak yang sepatutnya didahulukan tapi depa kalih isu nak siasat sapa yang terbitkan dokumen rasmi kerajaan di internet.


Sesapa yang kemukakan bukti untuk pengetahuan rakyat, depa guna Akta Rahsia Rasmi nak tutup mulut. Penyamun biaq pi kat depa. Memang hodoh, memang pelik.

UBN Altantuya: Biar dianggap dayus asal menang

0 org komen
Rata rata, dimana saja sebut pasai PRK Bagan Pinang, pasti undi POS menjadi umpatan ramai. Isu undi POS ni bukan perkara baru, sehinggalah yang terbaru ugutan dari Ketua AMK Penang nak heret isu ni ke Mahkamah sekiranya SPR masih berdolak dalik menafikan hak pengundi POS memilih kaedah undi yang mereka mahu.

SPR seperti biasa, buat pekak aje. Apatah lagi setelah disedari mereka lebih berkuasa dari suara rakyat seperti yang terbukti di Perak.

Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim juga turut resah dan mendesak SPR membersihkan senarai pengundi pos di Bagan Pinang dan memperbetulkan kaedah pengundian Pos yang dilaksanakan oleh SPR yang dilihat tidak telus dan tidak adil.

"Yang menjadi masalah dan menimbulkan keraguan rakyat adalah mengenai prosedur yang ditetapkan oleh SPR seperti tiada pengawasan yang teliti sewaktu pengundian,tidak membenarkan calon berada di pusat mengundi ketika proses pembungan undi pos berlangsung, pengiraan undi selepas 3 hari dan tiada kemaskini data pengundi Pos," kata Anwar.

Terlalu banyak dan mahal permintaan Anwar. Apalah yang kita harapkan lagi dari SPR setelah sekian lama menyaksikan pelbagai tipu daya yang masih membelenggu rakyat Malaysia hingga kini. Sebagai salah satu dari cawangan Umno yang teraktif, SPR pastinya berusaha sedaya mungkin memihak pada tuannya.

Lantas, sebagai pejuang keadilan, selain dari berdoa kehadrat Allah s.w.t, usaha bersepadu dan berterusan adalah perlu bagi membangkitkan suara rakyat supaya secara sedar menolak UBN di PRK Bagan Pinang nanti. Diharapkan majoriti rakyat yang menolak salah laku UBN ini bakal mengimbangi undi undi POS yang secara jelas dan tidak adilnya memihak UBN.

Saturday, September 19

Allo Nizar, OTK or CSL

0 org komen

Biawak kalau gelabah memang hodoh. Boleh gelak gulin gulin kalau kita terserempak ngan biawak gelabah ni. Dia tak kira apa ada di depannya.

La ni 1Malaysia dah perati giliran Ong Tee Keat pulak gelabah biawak. Dia tak peduli apa dah yang ada depan dia. Dia kira nak langgar dan hentam saja.

Tee Keat kini berdepan ngan satu EGM hasil tekanan politik licik bekas Timb Presiden MCA yang dipecat iaitu Chua Soi Lek kerana menjadi pelakon porno sambilan.

Ni la orang kata OTK sama CSL bertarung, perwakilan MCA mati ditengah tengah.

Laporan mStar menyebut Tee Keat memberi kata dua pada perwakilan MCA menjelang Perhimpunan Agung Khas (EGM) 10 Oktober ini sama ada pilih dia atau Chua Soi Lek dikembalikan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

Tapi aku tabik spring la kat Tee Keat ni kerana sanggup untuk meletak jawatan sekiranya keputusan membawa kembali Dr. Chua meskipun dengan majoriti kecil. Kerana ini adalah satu bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau dan keseluruhan Majlis Presiden parti itu.

Bukan macam depa nuu.. haram kalau berani..

Re-branding of UBN Altantuya N31 Bagan Pinang

1 org komen


SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) - Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah,".

Allo Nizar, F1 - rakyat didahulukan

0 org komen

Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia, demikian megahnya diumumkan oleh DS Najib.

Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010 yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang. Sekali lagi mereka mereka ini dengan megah dan rakus berusaha sama sama bakal menyapu berbilion ringgit lagi duit rakyat tanpa pulangan yang jelas. Apa susah, jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya.

Agak jelas idea kartun ini bukan datang dari gedung kartun yang diserbu KDN, tapi idea kartun Mahathir selaku penasihat Proton dengan usaha sama bersama anaknya Mokhzani Mahathir sebagai pengerusi SIC.

Jangan lupa, pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga minyak petrol, RoN95 dan RoN97. Nyata rakyatlah yang didahulukan sebagai pembiaya sebenar projek gila ini diwaktu gergasi permotoran dunia menarik diri satu persatu dari terus menerus menanggung kerugian yang berterusan.


Duit dari khazanah negara, bukan aku punya, peduli apa. Akhirnya 1Malaysia terpaksa berjimat, 1Malaysia menanggung beban kos kehidupan yang tinggi semata-mata kerana ego pemimpin.

Heran gak Korea ngan Jepun yang lebih jauh teknologi kejuruteraan permotoran mereka tak pula tergedik gedik untuk sama sama terlibat dalam lumba kereta.

Man United jumpa Man City

1 org komen

Preview Manchester United vs. Manchester City

Adebayor tak dak setelah digantung tak bertali 3 perlawanan, apa la yang Man City mampu buat bila berkunjung ke Old Trafford ahad ini.

Tentu sekali ini merupakan pertemuan yang ditunggu-tunggu peminat kedua dua pasukan. Tengok juga reaksi 2 bekas hero Manchester United ke Old Trafford, Tevez dan Hughes. Apa reaksi peminat di Old Trafford mengintai Tevez jika bermain. Man City khasnya Hughes pasti lebih tertekan berbanding Man U apatah lagi cabaran Alex agar Man City mesti memenangi Liga Perdana bagi mengimbangi pelaburan mega mereka sekitar 200 juta pound musim ini.

Man City setakat ini gagal menggerunkan Manchester United dan aku yakin Man U akan mengulangi kemantapan permainan seperti mana mereka memusnahkan rekod tanpa kalah Spurs minggu lepas.

Letak la berapa Adebayor dan Tevev pun, game nanti kepunyaan Man U.

Manchester United 2 - 0 Manchester City

Royalti minyak Kelantan

0 org komen
Aku cadangkan Najib bagi saja royalti minyak kat Kelantan seperti yang dituntut oleh TG Nik Aziz tu. Sekurang kurangnya ini dapat menutup mulut PAS yang berbuih dok ungkit pasal royalti ni dan boleh gak buat modai kempen di PRK Dun Bagan Pinang nanti.

Amacam puak gerombolan Umno, boleh pakai ka cadangan ni.. heh.. heh..

Najib diminta percepatkan bayaran Royalti minyak Kelantan.-Nik Aziz

KOTA BHARU 18 Sept: Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.

Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat. Harakah

Friday, September 18

Allo Nizar, sapa yang mabuk pinang ni

2 org komen
Taufan kencang melanda Umno lagi bilamana Umno bahagian Teluk Kemang mencalonkan hanya satu nama iaitu TS Mohd Isa Samad sebagai calon di Dun Bagan Pinang, walaupun secara tersiratnya DS Muhyiddin minta nama lain selain dari Isa Samad.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno yang ter-efisyen Khairy Jamaluddin berkata calon BN bagi Dun Bagan Pinang perlu dinamakan secepat mungkin. Nampak macam gelojoh dan tak sabaq sungguh anak omak ni. Betoi gak, dia kan ka penganggur, tak dak jawatan kabinet, tentu banyak masa terluang boleh digunakan berkempen sebaik saja dah tau nama calonnya.

TS Isa Samad pulak masih berdolak dalik apabila ditanya tentang calon Umno di Bagan Pinang nanti. TS Isa Samad adalah nama awal yang disebut sebagai bakal calon BN/Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan depan. Tapi, banyak berjasa tu satu perkara, banyak cacat cela pun nak kena kira. Tu yang buatkan Umno mabuk pinang pening kepala.

Ku Li pulak menekankan perlunya Umno berhati hati dalam memilih calon, ambil iktibar dari PRK Permatang Pasir dimana Umno tertomoih makan pasir. Tanda tanda penolakan rakyat terhadap Umno jelas kerana persepsi rakyat, mereka yang memegang kuasa angkuh dan korup. Jelas Ku Li pun tolak TS Isa Samad sebagai calon.

Terkini Dr. Mahathir yang menang bergasak ngan Samy no value terus memberi tekanan buat Umno Negeri Sembilan khasnya bila nasihatkan Isa Samad tidak dipilih Umno sebagai calon di PRK Dun Bagan Pinang nanti. Imej Umno pasti terjejas bila nampak macam tak serius tangani soal politik wang. Isa Samad kan ka sinonim ngan politik wang ni.

Habih la TS Isa Samad yang bercita cita besaq nak buat political comeback.. apatah lagi bila Khairy kata BN berpeluang cerah di Bagan Pinang pasai ceramah Anwar tak ramai orang. Payah payah sangat Umno oi, hampa letak Khairy la lawan sana, nampak dia gedik lebih sangat tuh.. heh.. heh..

Samy no value

0 org komen

DS S. Samy Vellu yang menang tanpa bertanding sebagai Presiden MIC tetapi kalah di Parlimen Sungai Siput akan menjadi liabiliti kepada BN pada PRU akan datang.

Kalau aku yang kata hampa boleh la hamput aku kelentong. Tapi ini Dr. Mahathir yang kata. Laporan mStar dipetik, bekas PM itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Sakit ka, pahit ka hampa kena telan la jugak. Dr Mahathir ni yang diperkenalkan oleh bro Zunar melalui hidungnya memang mempunyai deria bau politik yang berkesan. Cakap cakapnya 10 kali laku dari Najib walaupun nampak merapu.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia."Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Satu batu dua burung kena.. errr.. Selamat Hari Raya buat Tun M.. heh.. heh..

Allo Nizar, 1Malaysia telah dibodohkan lagi

0 org komen

Kita digemparkan dengan satu lagi kisah anak omak. 1Malaysia dihidangkan dengan cerita sensasi perebutan siapa besar antara dua kerabat diraja ini. Sensasi dan panas sekitar Okt 2008 kini diungkit kembali setelah tiada tindakan sejak sekian lama. Bro Tukar Tiub kata kalau nak cepat repot kata orang yang buat tu geng Pakatan Rakyat, gerenti cepat. Polis serbu tak cukup tanah.

Terasa amat sakit. Kisah ini yang langsung tak menguntungkan rakyat telah terpaksa ditonton rakyat dengan penuh tanda tanya. Apakah aksi aksi ala mafia dari golongan penaung Ugama negeri negeri ini nak dipaksakan rakyat menelannya sebagai wajar. Sikap "siapa lebih besar" inikah yang cuba ditonjolkan oleh golongan elitis ini untuk rakyat tunduk hormat cium tangan. Siapakah yang malang menjadi hamba pada Tuan yang bersikap macam koboi ni.

Masyaallah.. dunia akhir zaman, macam ni rupa dan kisahnya golongan penaung Agama Islam dinegeri negeri kita.

Jumaat terakhir Ramadhan adalah hari al-Quds

0 org komen
Hari memperingati al-Quds yang diisytiharkan oleh bekas pemimpin Republik Islam Iran, Almarhum Ayatullah Khomeini mampu menjadi wadah untuk penyatuan seluruh umat Islam kerana penyatuan umat menjadi syarat untuk membebaskan Palestin yang ditakluk Zionis.

Ketua pengarah pusat kebudayaan Iran di Malaysia, Hujjatul Islam Mohammad Hassan Vahedi sebagai wakil Iran di Malaysia menegaskan demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dengan media yang diadakan di kedutaan Iran di sini hari ini.

Menurutnya, penyatuan umat Islam seluruh dunia amat penting untuk membina kekuatan menghadapi musuh sebenar yang mempunyai kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan untuk melemahkan umat. "Hari memperingati al-Quds yang diisytiharkan oleh Imam Khomeini berlandaskan falsafah penyatuan umat Islam, kerana melalui penyatuan umat sahaja kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi musuh sebenar, Zionis," kata Mohammad Hassan.

Hari memperingati al-Quds diisytiharkan oleh Almarhum Ayatullah Khomeini disambut pada setiap hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan setiap tahun. "Iran telah mengambil inisiatif dengan menggerakkan usaha penyatuan antara mazhab-mazhab dalam Islam yang bertujuan untuk mencari persamaan dan membina penyatuan umat," katanya.

Menurut Mohammad Hassan, usaha penyatuan ini kini menyaksikan penyertaan hampir 200 orang ulama, iaitu seramai hampir 150 dari Iran dan 50 dari seluruh dunia Islam lain termasuk dari Malaysia. Usaha mengumpulkan cendekiawan Islam seluruh dunia ini diharapkan akan dapat membina jalan ke arah mengukuhkan lagi penyatuan umat, sesuai dengan falsafah yang mendasari hari memperingati al-Quds yang disambut dalam bulan Ramadhan.

Thursday, September 17

Nizar: Calon PKR lebih berpeluang di Bagan Pinang?

1 org komen
Kredit untuk saudara Alias diatas kupasan bernas saudara;

Alias Mohd Yusof
said...

DENGAN hampir 40% pengundi di Bagan Pinang adalah terdiri dari bukan Melayu, adalah amat sukar untuk PAS menang dalam PRK Bagan Pinang nanti.

Bertambah sukar lagi kerana di sana terdapat 4600 pengundi pos yang kebiasaannya trend undi pos akan berpihak kepada UMNO. Sudah tentu majoriti pengundi pos ini adalah juga orang Melayu. Oleh itu berapa peratus sajalah lagi orang Melayu yang tinggal yang akan mengundi PAS setelah ditolak pengundi pos ini.

Oleh itu di Bagan Pinang, PAS sangat bergantung kuat kepada undi dari orang bukan Melayu bagi memenangkan calon mereka.

Di PRK Manek Urai terdapat lebih 95% pengundi Melayu Islam, namun PAS masih terkial-kial untuk menang, apatah lagi kalau di Bagan Pinang ini yang jumlah orang bukan Melayu hampir 40% dari bilangan pengundi.

Nampaknya UMNO berada dalam keadaan yang begitu selesa sekali, UMNO tak perlu berhempas pulas untuk menang di Bagan Pinang.

UMNO tak perlu belanja besar untuk mengadakan projek ‘mee segera’ di Bagan Pinang. Apa yang perlu UMNO lakukan hanyalah cukup dengan menggunakan media perdana sebaik mungkin untuk menjauhkan orang bukan Melayu dari PAS.

Melalui media perdana UMNO akan mengambil peluang untuk melakukan perang saraf dengan menggambarkan PAS sebuah parti politik Islam yang ekstrim. Hukum Hudud dan Negara Islam ala PAS sudah tentu akan dimainkan semula oleh UMNO menjelang pilihanraya ini.

Kalau kita menggunakan strategi yang bijak, adalah tidak sesuai untuk pihak PR menurunkan calon PAS bagi mewakili mereka dalam PRK di Bagan Pinang ini. Calon yang mungkin lebih sesuai ialah dari parti PKR.

Parti PKR adalah parti yang sederhana yang boleh diterima oleh orang bukan Melayu dengan baik berbanding parti PAS. Peluang untuk PR menang di Bagan Pinang lebih cerah jika membenarkan calon dari parti PKR bagi mewakili PR bertanding di situ.

Tetapi apalah yang PR boleh buat, sudah tentu parti komponen dalam PR tidak mahu menyinggung perasaan parti PAS untuk mengusulkan cadangan ini.

Tentulah parti PKR tidak berasa selesa dan tidak manis kalau mereka meminta kepada PAS supaya calon PR yang bertanding di Bagan Pinang untuk kali ini diberikan kepada parti PKR. Semuanya ini terpulang kepada budibicara parti PAS sendiri.

Parti PAS tidak harus melihat kepada keuntungan jangka pendek sahaja dengan terus berkeras untuk mengekalkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang. PAS patut melihat kepada keuntungan jangka panjang, keuntungan kepada PR secara keseluruhannya.

Bagi PAS kemenangan mungkin tidak begitu penting, bagi mereka perjuangan itulah yang lebih penting. Tetapi kita kena ingat juga, kalau kita hendak berjuang, strategi pun mesti ada juga.
Kalau PAS betul-betul hendak melihat PR menang dalam PRK Bagan Pinang ini, tentulah parti PAS tidak menolak untuk memberi peluang kepada parti yang lain dalam PR untuk mewakili kawasan itu.

Semasa berlaku tsunami politik pada pilihanraya 2008, PAS tidak dapat memenangi kawasan Bagan Pinang, apa lagilah bila keadaan gelombang tsunami politik yang semakin reda sekarang ini. Parti PAS kenalah mengambil kira perkara ini, ia boleh dijadikan alasan kuat kenapa PAS harus memberi peluang kepada parti komponen yang lain dalam PR untuk bertanding di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Kita begitu yakin, PAS sukar untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini. Kekalahan PAS di Bagan Pinang bukan sahaja akan melemahkan moral parti PAS tetapi juga ia turut memberi kesan yang negatif kepada persepsi orang ramai kepada PR itu sendiri.

PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya sangat penting bagi menentukan nasib masa depan BN dan PR, sehingga kepentingan parti bukanlah lagi menjadi suatu keutamaan dalam PRK Bagan Pinang ini.

Khairy tak sabaq nak kalah lagi

2 org komen
Darah muda memang macam tu. Bersemangat dan ada kalanya gelojoh.

Ikut laporan mStar disini, ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dapat ditentukan dengan segera kerana ia menimbulkan banyak sangat tanda tanya di kalangan orang Umno dan juga pengundi di Bagan Pinang.

"Bagi saya spekulasi ini tidak sihat. Jadi, saya harap soal calon BN daripada Umno ini dapat kita putuskan dalam masa yang terdekat," katanya.

Dengaq macam tak sabaq sabaq nak kalah je pun.. heh.. heh..

Laluan sukar buat Pakatan - Nizar news

0 org komen

BN telah awal awal lagi memulakan langkah panjang berdepan ngan pilihan raya kecil ke-9 di Negeri Sembilan. Kecundang lalu sebanyak tujuh kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia sahaja mungkin menyedarkan dan menjadi pedoman kuat buat UBN.

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin Umno dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik," demikianlah ulasan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

Justeru usaha usaha awal telah dimainkan oleh pelbagai instrumen kudaan UBN ini, setiap ruang digunapakai oleh semua orang demi sebuah Dun Bagan Pinang. Rakyat sekali lagi digula gulakan dan cuba dibodohkan demi sebuah survival politik UBN. Pelbagai kaedah disumbat semahunya keminda rakyat kononnya UBN masih relevan.

Mereka sedar ini, kecundang di Bagan Pinang bermakna menempah maut. Kemenangan pada PRU yang lalu dengan majoriti 2,333 undi bukan kayu ukur selesa sekarang ini. Dan "undi pos", yang merupakan satu pertiga daripada jumlah undi keseluruhannya bukan lagi senjata ampuh.

Dari sepak mula oleh Najib di Manek Urai, Khir Toyo berkereta Wira ke tapak pengambaran drama ngan SPRM, lima tahanan ISA diberi cuti raya, discount tol balik kampung hinggalah terkini cuti pada hari Jumaat bagi semua sekolah adalah semata mata usaha menyucikan UBN di mata rakyat.

Oleh itu, PR sebenarnya lebih sukar untuk menembusi "kubu selatan" UBN ini. Tetapi seandainya PR berjaya memecahkan tembok di Negeri Sembilan, maka kemungkinan "orang selatan" bakal menarik nafas udara segar dalam PRU ke-13. BN terpaksa berdepan dengan realiti bahawa krisis kredibiliti dirinya belum lagi berakhir.

Wednesday, September 16

Keramatkah suara rakyat

2 org komen

TIGA ketua parti yang bergabung terdiri Mizuho Fukushima (kiri) Ketua Parti Sosial Demokratik (SDP) bersama Perdana Menteri yang baru, Yukio Hatoyama (tengah) dari Parti Demokratik Jepun (DPJ) dan Shizuka Kamei, Ketua Parti Baru Rakyat (PNP) bagi membentuk pakatan kerajaan baru Jepun, hari ini. - Foto AFP

Sabda Dr. Mahathir:
BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, para pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua. (link)

Akan tercapaikah hasrat hati suatu hari nanti untuk melihat Tuan Guru Haji Hadi tersenyum diapit Datuk Seri Anwar yang turut menggenggam erat tangan Sdr Lim Kit Siang, bersatu membentuk kerajaan Pusat dibawah Pakatan Rakyat nanti. Jawapannya ada pada semua pendokong pendokong gigih Pakatan Rakyat.. ayuh.. suara rakyat suara keramat.

Tersirat janganlah disuratkan, sakit oo

0 org komen
80% golongan muda tidak sokong BN, itu yang diluahkan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Dalam satu temubual dengan China Press Ahad lalu beliau turut menggariskan beberapa isu antaranya ialah kekecewaan oleh para siswazah menganggur terhadap kerajaan. Universiti-universiti lesu mengeluarkan siswazah yang tiada pekerjaan.

Rupa rupanya, Tun Daim juga terhidu anggaran sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu akibat dari hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya. Tau tak pa, ingatkan tak sedar diri lagi.

"Politik wang dan rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Jom kita pakat ramai ramai tolak parti perkauman sempit dan menyesatkan ini. Kapal yang hampir karam jumpa batang pinang hanyut pun dia kata pulau.

Secara kebetulannya - era UBN Altantuya

0 org komen

Secara kebetulannya, kasut telah menjadi topik hangat di dua buah negara berasingan iaitu di Iraq dan di Malaysia. Cuma bezanya di Iraq kita dihidangkan kisah kasut bertumit, berkilat dan cantik dipandang ala ala kasut raya gitu. Sementara di Malaysia objek itu agak buruk dan hodoh, iaitu kasut selipar saja ala ala kasut ke tandas.

Secara kebetulannya, objek kasut ini menjadi isu panas setelah ia dibalingkan oleh seorang wartawan Iraq kearah "orang besar" iaitu bekas presiden AS diwaktu sidang akhbar. Tapi Malaysia agak ketinggalan dibelakang kerana objek tadi baru diperingkat cadangan untuk dikalungkan juga kearah "orang besar" iaitu bekas PM Malaysia selama 22 tahun.

Secara kebetulannya, objek ini telah menaikkan nama mereka lebih glamour dari sebelumnya. Di Iraq pembaling objek tersebut dianggap hero rakyat. Di Malaysia juga pencadang kalungan objek tersebut telah dianggap hero ketika perhimpunan malah diulas sebagai suara akar umbi parti tersebut.

Secara kebetulannya, objek ini juga mengakibatkan mereka mereka ini sedikit terkongkong hidup akibat terlebih glamour. Di Iraq, pembaling objek ini bertindak menyembunyikan diri kerana bimbangkan keselamatan nyawanya. Dan di Malaysia, pihak parti MIC enggan mendedahkan nama pencadang dalam perhimpunan MIC yang lalu juga demi menjaga keselamatan dirinya.

Secara kebetulannya, aku seperti mana majoriti yang lain juga berpendapat, di Iraq objek kasut digunakan kerana luahan perasaan apa yang dia nampak dan ianya lahir dari keperitan yang dilihat dan rasa. Tapi di Malaysia objek kasut selipar ini digunakan hanya menumpang glamour bekas PM Malaysia itu demi kesinambungan politik diri dalam MIC saja.

Tetamu yang tak diundang

0 org komen

Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tiba di Baghdad pada 15hb Sept dalam usahanya mendapatkan persetujuan pemimpin Iraq tentang pengunduran berperingkat peringkat askar Amerika dari Iraq. Ketibaan tanpa pengumuman ini dengan satu objektif iaitu pengunduran askar askarnya sebelum Krismas ini. - Reuters pic

Jaga jaga speed trap sama - Nizar news

0 org komen

Aku bagi satu tabik spring la kat polis Malaysia ni, kreatif betoi... :)

Kepada semua pengunjung, beringatlah diwaktu musim minyak naik ni, jangan ditambah beban bayar saman laju pulak.. heh.. heh..

Jadi, sempena musim balik cuti beraya dikampung ni, berhati hatilah ketika memandu, jangan pandu laju dan selamat berhari raya dikampung halaman dalam keadaan sempurna, sesempurnanya puasa kita sebulan di bulan Ramadhan ini.

Betoi gak hang kata - Nizar news

0 org komen

Seorang Presiden parti "Ceti-Ceti" baru sahaja bertengkar dengan bekas timbalannya.

Habis saja sesi bertengkar itu, secara tiba-tiba sahaja bekas timbalan tersebut terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa mengemas?" Presiden itu bertanya kepada bekas timbalannya.

Bekas timbalannya itu terhenti sebentar. Dia merenung tajam mata Presiden itu lalu berkata,

"Kita sudah bersama lebih lima belas tahun!. Dalam masa 15 tahun itu, parti kita ini tak pernah aman.

"Asyik bertengkar saja tak habih habih. Aku sudah tak tahan. Aku nak tinggalkan parti ini sekarang jugak, join Pakatan!

Presiden itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

"Betoi juga kata hang. Aku juga dah tak tahan dengan parti "Ceti-Ceti" ini. Aku juga nak ikut hang keluar dari parti ini join Pakatan!"

Bayi satu kepala

0 org komen

Bayi satu kepala dua badan di Afghanistan

SEORANG wanita Afghanistan melahirkan bayi lelaki berbadan kembar dengan hanya satu kepala di Kunduz, Khamis lalu.

‘‘Untuk beberapa hari badan kedua bayi itu hidup dan bergerak tetapi kini sudah meninggal dunia,’’ kata Doktor Homayoun Khamoosh dari Hospital Kunduz. Menurutnya, para doktor telah memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi memisahkan badan kembar itu. – AFP

Tuesday, September 15

Nyahkan Samy Vellu digiatkan Umno

0 org komen

Samy Vellu memang liabiliti kepada BN. Sejak kekalahan yang amat memalukan di Parlimen Sungai Siput, ada saja usaha pihak pihak tertentu dalam BN sendiri yang giat untuk memusnahkan karier politiknya.

Semua tahu, walaupun dengan taburan pelbagai imbuhan buat pengundi orang asli pada PRU yang lalu termasuk TV dan sebagainya, beliau tetap tidak diperlukan oleh pengundi Sungai Siput, apatah lagi dalam MIC itu sendiri. Berdirinya beliau dalam MIC kini hanyalah semata mata pentadbiran ala samseng yang telah lama diterapkan dalam MIC.

Dr. Mahathir yang sebelum ini dikenali sebagai gembala bagi DS Samy, telah meneruskan usaha terbaru memusnahkan Samy Vellu. Dr. Mahathir yang terkenal dengan "outspoken"nya seolah olah menempelak DS Samy dan menyokong Subramaniam dalam persaingan Timb Presiden MIC baru baru ini. Walaupun dinafikan Dr. Mahathir, khalayak lebih maklum maksud yang tersirat dari kata kata bekas gembala MIC ini.

Usaha turunkan DS Samy tidak terhenti disitu apabila giliran anak didik Dr. Mahathir, DS Najib ambil peranan. DS Najib secara sinisnya menyeru semua pimpinan BN berusaha gigih untuk tidak hanya popular didalam parti tetapi ditolak oleh rakyat marhaen.

Kemarahan segelintir penjilat DS Samy jelas ekoran adanya cadangan perwakilan MIC supaya mengkalungkan selipar pada gambar Dr. Mahathir sebagai reaksi kepada kenyataan Mahathir mengulas politik dalaman MIC.

Justeru, di era pasca pemilihan MIC, usaha menekan DS Samy kini diteruskan pulak oleh akhbar pengipas no satu Umno iaitu Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia hari ini meletakkan tajuk mengenai reaksi kepada cadangan mengkalungkan selipar itu di muka hadapan, dengan petikan kritikan kepada tindakan yang dilihat menghina Mahathir itu daripada beberapa pemimpin utama Umno. Yang lawaknya termasuk dari ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Utusan juga meneruskan serangan dengan dua muka penuh liputan pada muka surat enam dan tujuh, meletakkan Samy Vellu - presiden yang baharu memanjangkan lagi tempoh kekuasaannya dan melihat kemenangan pemimpin-pemimpin dukungannya dalam pemilihan MIC baru-baru ini - dalam kedudukan defensif.

Nyata BN keseluruhannya diambang kemusnahan. Pereputan yang terjadi, tidak seperti yang diunjukkan oleh Utusan. MIC dihitamkan sebagai kambing hitam pada keterlanjuran Umno sebagai tonggak BN. Umno lah punca bala yang menimpa BN ini. PPP, MCA dan MIC hanya melancarkan lagi masa kemusnahan itu tiba.

Perlukah berterima kasih pada KDN

0 org komen

Perlukah berterima kasih pada KDN khusus buat menterinya DS Hishamuddin kerana pembebasan lima tahanan ISA?

Dilaporkan lima tahanan Akta sesat ISA akan dibebaskan hari ini. Kelima lima mereka ditahan kerana dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sujud syukur kita kehadrat Allah s.w.t. bagi pihak kelima lima keluarga tahanan yang dibebaskan kerana berpeluang beraya bersama keluarga tercinta setelah sekian lama dibelenggu akta kejam ISA. Tetapi pembebasan mereka tidak bermakna rakyat Malaysia keseluruhannya bebas dari cengkaman akta kejam ini. Di Kamunting sana masih ada sembilan lagi tahanan tanpa bicara. Bermakna banyak sel yang dikosongkan dan bakal menanti mangsa seterusnya hasil kerakusan pemegang kuasa.

Hanya pihak KDN dan kerajaan Malaysia saja yang mengetahui apa motifnya pembebasan lima tahanan ISA ini. Disebalik panjatan rasa syukur kita tentunya tertanya tanya apakah ada kaitannya dengan PRK Dun Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Apakah ini satu lagi langkah popular bagi memenangi hati rakyat sebagaimana DS Khir dijemput SPRM.

Setiap yang baik perlu dirayakan. Aku akui pembebasan tahanan terutama disaat Aidilfitri dibalik tabir tentulah amat dialu alukan. Tetapi jauh sekali untuk berterima kasih selagi akta kejam ini masih bermaharajalela.

BEBASKAN SEMUA TAHANAN AKTA KEJAM ISA.
MANSUHKAN AKTA KEJAM ISA.

Allo Nizar, ada story menarik nih

4 org komen
Ada satu kisah menarik dan rasanya elok sangat untuk dikongsi bersama pengunjung.

Kisah berlaku lama dulu depan mata aku, kesan dari ketegangan hubungan antara menantu pompuan ngan Mak Mentua. Ketegangan ini timbul berikutan Mak Mentua yang terlalu baik, segalanya Mak Mentua yang buat. Sehinggakan seluar dalam anak lelaki dia pun dibasuhnya.

Kebaikan terlampau ni rupanya dah buatkan menantu pompuan dia yang pemalas nombor satu tu terkesan. Nak kata kat Mak Mentua tak tergamak, nak tarik muka tak bersebab, makan hati sajalah.

Perasaan marah yang membuak dah tak tertahan lagi. Suatu hari, terhamburlah segala yang terpendam selama ini. Sumpah seranah dan maki hamun terburai bagai dirasuk syaitan. Mak Mentua pulak hampir terkejut separuh pengsan, menantu kesayangannya tetiba menyinga, menggila marahnya.

Selepas marah dalam amukannya, si menantu pompuan ni pun pengsan. Si laki yang sayang tak berlagu ni pulak kata, bini dia dirasuk hantu. Mak jangan ambik hati, jangan marah kat dia, di memang camtu bila dirasuk iblis. Tinggallah Mak Mentua termanggu bergenang air mata. Yang menantu pompuan tu lega lah lepas diluahkan segala yang terbuku dihati tanpa dimarahi laki.

Aku rasa isu MIC nak kalungkan kasut kat Mahathir ni pun macam tu gak kes dia.. heh.. heh.. janji aku dah kata apa yang sepatutnya aku kata kat Mahathir 15 tahun dulu. Habih sangat ada la dua tiga kerat Umno karat penjilat Mahathir yang nak marah kat depa.

Matlamat sekat Subramaniam tercapai, nak hamput Mahathir pun dah dapat. La ni aku nak pengsan kejap..

Bagan Pinang: Spesis baru katak ditemui

0 org komen

Spesis baru katak ala ala katak Silver ditemui lagi tapi kini di Teluk Kemang.

Mengikut Malaysiakini, Shahrudin Abdul Hamid ahli PKR Kota Lukut hari ini tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini.

Kehadirannya buat aku panas, semak dan amat menyampah. PKR atau Parti Kedai Runcit sekali lagi bangga menayangkan betapa kayanya mereka dengan ahli ahli yang bebal dan tidak berdisiplin.

PKR Negeri dan Pusat khasnya perlu keluarkan kenyataan pisahkan diri dengan bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang ini. Redakan seberapa segera keresahan ahli akar umbi dan nyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada calon PAS seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Hampa ingat betoi betoi nama dan muka spesis ni. Jangan sesekali maruah hampa tergadai lagi dengan beri ruang nafas pada spesis bangang camni. Aku mampuih nak percaya dah calon PKR kalau jadi lagi kes Perak dan Kedah lepaih ni.

Kalau iapun merayakan demokrasi, jangan buat ataih nama parti la mangkok oi. Istihar keluar parti dan bertanding la berapa pilihanraya pun. Memajukan industri pelancongan konon.. khak pttuiihh..

Man U cemerlang tanpa Ronaldo dan Tevez

0 org komen

Ketiadaan Ronaldo dan Tevez mulanya begitu dirasakan dan seolah olah hilang seri.

Tapi selepas game pagi semalam, Man U tak lagi perlu toleh belakang teringat bekas ayam tambatan pada pasukan tersebut. Tanpa kedua-dua mereka, United masih gagah meneruskan langkah perjuangannya.

Tendangan percuma Giggs seperti memadamkan nama Ronaldo. Tempatnya bukan di Old Trafford. Sebaliknya di White Hart Lane, di padang seterunya.

Yang menariknya, United bukan sahaja menang 3-1 tetapi beraksi dengan 10 pemain sejak pemain veteran, Paul Scholes, dilayangkan kad merah pada minit ke-59 selepas menerima amaran kedua.

Kemenangan manis United, pastinya tanpa sentuhan Ronaldo dan Tevez.

Bagan Pinang: Cawangan Umno mulakan kempen agresif II

0 org komen

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) mengumumkan penetapan tarikh 3 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, di Putrajaya, hari ini. Abdul Aziz menunjukkan buku Ketelusan Urusan Pengeluaran, Pengundian, Pembukaaan dan Pengiraan Undi Pos. - Foto David Khoo

Aku bukan tentera dan aku tak pernah undi secara POS, tapi sepaham aku la, majoriti kertas undi bukan dipangkah oleh empunya diri. Tapi suku sakat yang dipilih secara "aku percaya hang" dan "hang diupah untuk pangkah". Hapuskan saja undi POS adalah lebih terhormat dan anak jantan.

Dan kalau dah bebas dan telus sangat pun, gunalah dakwat yang hampa beli berjuta juta dulu tu.. taroh buat apa, membazir dana rakyat saja. Chittt.. nak hilang wang pertaruhan try la tengok.. heh.. heh..

Related Posts with Thumbnails