Saturday, October 31

Tak perlu musuh kalau ada kawan camni - Nizar news

0 org komen
 
GERAKAN: Tak perlu musuh kalau ada kawan seperti Mohd Aziz

Ahli Parlimen Simpang Renggam-Gerakan, Liang Teck Meng membidas ahli parlimen Sri Gading-UMNO, Mohamad Aziz yang menyerang pemimpin parti komponan BN lain. Hujah Mohamad Aziz disifatkan sebagai "angkuh", "gagal bezakan antara kawan dengan lawan", "menari mengikut rentak pembangkang", malah tidak selaras dengan pengalaman beliau sebagai ahli parlimen BN untuk tiga penggal.

Dalam satu kenyataan media oleh Liang Teck Meng, beliau menyelar Mohamad Aziz (gambar atas) kerana mendesak agar Presiden MCA dan Gerakan untuk meletak jawatan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau mengemukakan tiga alasan untuk membuktikan "keangkuhan" Mohamad Aziz itu bagaikan membuka pekung di dada. Pertama, berhidung tinggi, tidak memandang berat pada dewan yang mulia, Perdana Menteri dan komponen parti BN, tetapi disyaki bersekongkol dengan pembangkang, menyerang pemimpin tertinggi parti komponan BN, mengingkari semangat dan disiplin BN.

Keduanya, hujah Mohamad Aziz memutar-belitkan fakta, menyongsangkan antara yang betul dengan yang salah. Sejak menyandang jawatan sebagai ahli Dewan Negara dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon (gambar kanan) sentiasa hadir dalam persidangan parlimen, kecuali sekali yang disebabkan hal kecemasan.

Liang Teck Meng berkata, rekod kehadiran parlimen boleh membuktikan kadar kehadiran Koh di parlimen. Ini tidak boleh diputar-belitkan oleh orang seperti Mohamad Aziz. Dakwaan Mohamad Aziz bahawa Koh Tsu Koon hanya muncul semasa PM hadir di parlimen, mungkin mempunyai motif dan agenda tersendiri.

Yang paling penting, tindak-tanduk Mohamad Aziz memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa pemimpin UMNO adalah angkuh dan sombong, menjejaskan usaha Pengerusi BN, Najib Razak untuk membentuk semula satu parti yang berimej sederhana, terbuka dan bertoleransi.

Beliau menekankan bahawa, "kalau mempunyai kawan seperti Mohamad Aziz, maka BN tidak memerlukan musuh lagi!"

*Kenyataan media Liang Teck Meng, selaku ahli parlimen Simpang Renggam-Gerakan dalam bahasa Cina, diterjemahkan kemudiannya. (merdekareview)

Umno gak yang untung - Nizar news

0 org komen

Kemelut MCA untungkan UMNO?

Lim Hong Siang

"Pelan Perpaduan" (Greater Unity Plan) gagal membubuh noktah kepada kemelut MCA yang berlanjutan, malah mengheret pergelutan kuasa dalaman tersebut memasuki babak baru, menyaksikan pertentangan antara lapisan pimpinan muda dengan gandingan "lawan jadi kawan", Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek.

Kemelut parti komponen Barisan Nasional kedua terbesar ini dilihat mencelarukan langkah yang disusun-atur oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Najib Razak (gambar kiri) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Masyarakat Cina semakin muak dengan episod pergelutan kuasa yang berlangsung kini, dijangka menterjemahkan sentimen ini kepada undi pada PRU yang akan datang.

Namun demikian, kemelut MCA yang mencalit imej setiap pemimpin dalam pucuk pimpinan ini, tidak semestinya sesuatu yang negatif dalam mata UMNO. Malah, UMNO mungkin tersenyum dengan senario sedemikian, kerana pemimpin MCA ini akan meletakkan MCA ke dalam genggaman kuasa UMNO.

Analisa sedemikian menemui munasabahnya, apabila ahli parlimen Sri Gading-UMNO, Mohamad Aziz mendesak Presiden MCA, Ong Tee Keat untuk meletak jawatan, semalam.

MCA sedar apa yang berlaku...

Apakah MCA tidak sedar permainan politik sedemikian? Jawapannya, tidak. Pemimpin MCA sebenarnya amat sedar pencaturan politik UMNO. Ia diperlihatkan melalui serangan Ong Tee Keat terhadap Chua Soi Lek sebelum ini, dengan amaran bahawa skandal seks Chua bakal digunakan UMNO untuk menundukkan segala tuntutan MCA.

Dalam operasi kuasa di bawah struktur BN, MCA perlu berdepan dengan UMNO ketika "memperjuangkan kepentingan komuniti Cina". Logiknya, jikalau pemimpin tertinggi MCA itu tidak memenuhi syarat-syarat seperti senioriti, kredibiliti, ketegasan, keberanian untuk menyuarakan pendangan dan sebagainya, maka "tuntutan kepentingan Cina" itu tidak sampai ke mana.

Misalnya, "pelan pendamaian" yang melabuh tirai kepada pergelutan antara Ling Liong Sik dengan Lim Ah Lek, telah menjejaskan pelan peralihan kuasa "semula jadi" dalam MCA. Umur Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy belum genap 50 tahun ketika mengambil alih pucuk pimpinan tertinggi. Malah, pengalaman mereka dalam kabinet juga cetek, bahkan Chan Kong Choy yang menyandang jawatan terpenting untuk MCA, Menteri Pengangkutan tidak pernah terlibat dalam mesyuarat kabinet sebelum itu (Timbalan Menteri Kewangan sehingga tahun 2003).

Oleh itu, kedua-dua mereka yang digelar "budak" itu terpaksa "merendah diri" dalam budaya politik BN yang mementingkan senioriti. Malah Lim Keng Aik (Presiden Gerakan ketika itu), dan Samy Vellu (Presiden MIC) lebih lantang bersuara kerana pengalaman berpuluh tahun dalam kabinet.

Sri Gading memberi amaran...

Berbalik kepada isu Ong-Chua, Ong pernah secara tersiratnya mengingatkan perwakilan MCA dan masyarakat Cina, bahawa seandainya Chua Soi Lek dipilih untuk menerajui MCA, maka kepentingan komuniti Cina akan tergadai kerana UMNO bakal mengugut Chua pada bila-bila masa dengan skandal "seks oral" yang dilakukan Chua.

Tetapi, Ong kini juga berdepan dengan masalah yang sama, iaitu imej yang tercalitnya itu kerana "cakap tak serupa bikin", bakal dijadikan senjata oleh UMNO untuk menundukkan Ong. Kepimpinan Ong telah dinafikan perwakilan, walaupun hanya dengan majoriti 14 undi. Apa yang terpampang nyata di depan mata adalah, Ong telah hilang sokongan majoriti dalam parti.

Kini, Ong mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden, dan Menteri Pengangkutan, kerana "Pelan Perpaduan" disokong Presiden UMNO. Ia amat bercanggah dengan pendirian tegas Ong sebelumnya, bahawa MCA seharusnya menolak sebarang campur tangan UMNO. Lebih penting, UMNO boleh mengambil kesempatan ke atas "keengganan Ong mengundur diri walaupun tidak mendapat kepercayaan majoriti perwakilan".

Mesej UMNO disampaikan apabila Mohamad Aziz, ahli parlimen Sri Gading berkata dalam Dewan Rakyat, "Kalau ada harga diri ada maruah berhenti, jangan susahkan Perdana Menteri. Awak Presiden MCA yang tidak lagi dapat kepercayaan ahli... berhentilah, ramai lagi pemimpin MCA boleh memimpin parti. Apa, you ingat youseorang sahaja yang pandai?"

Kesannya kepada MCA

Hujah Mohamad Aziz ada munasabahnya, dan mungkin mendapat sokongan sebahagian ahli MCA dan masyarakat Cina. Hujah sedemikian menghakis legitimasi Ong Tee Keat sebagai Presiden MCA. Seandainya Ong perlu mencegah hujah sedemikian diulangi, diluaskan pengaruhnya, maka beliau perlu kompromi dengan UMNO.

Dengan kata lain, tekad Ong untuk menyiasat skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mungkin patah di tengah jalan. Seandainya keadaan ini berlaku, maka Ong akan kehilangan sokongan masyarakat Cina. Siasatan PKFZ sebelum ini telah mencungkil kesangsian dan rungutan sesetengah orang, bahawa hanya beberapa kerat orang didedahkan, tetapi dalang di sebaliknya yang mungkin melibatkan kepentingan UMNO tidak berani disentuh.

Dengan kata lain, jikalau Ong akur kepada ugutan UMNO, maka beliau bakal menggadaikan modal politiknya, iaitu imej moralnya yang terkenal dengan berani dan tegas. Imej inilah satu-satunya senjata Ong yang dilihat boleh menyelamatkan MCA dari kekalahan PRU ke-12.

Namun, jikalau Ong kehilangan modal politik ini, dan pergelutan kuasa dalam MCA gagal ditamatkan, maka MCA-lah bakal menanggung padahnya. Penganalisa politik, Ooi Heng pernah membuat perhitungan berdasarkan keputusan PRU ke-12, di mana MCA hanya menang 15 kerusi parlimen daripada 40 yang ditandingnya.

Pada PRU ke-13, seandainya lebih 5% undi beralih ke Pakatan Rakyat (PR), maka MCA hanya tinggal 9 kerusi Dewan Rakyat; seandainya 10% undi yang beralih ke PR, maka MCA hanya tinggal 6 kerusi Dewan Rakyat, menurut perhitungan Ooi Heng.

Kesannya kepada BN

Kekalahan MCA semestinya melemahkan BN. Najib semestinya sedar bahawa kemelut MCA ini tidak akan menemui jalan penyelesaian yang sempurna. walau pimpinan diserahkan kepada Liow Tiong Lai (Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik) sekalipun, pemimpin yang sudah tercalit imejnya sebagai "pengkhianat" ini turut berdepan dengan krisis kredibiliti.

Senario ini sebenarnya menguntungkan PR, seandainya mengambil kesempatan untuk menarik ahli MCA yang kecewa dan hilang yakin terhadap pemimpin mereka. Namun, PR turut menghadapi krisis sendiri, apabila PAS dan PKR memberi persepsi kekecohan kerana pergelutan dalaman.

Najib yang melaungkan slogan 1Malaysia, semestinya sedar bahawa sokongan bukan Melayu masih diperlukan, bukan sahaja diterjemahkan dalam bentuk undi, malah juga "kerusi" dalam Dewan Rakyat. BN hanya bergelar UMNO seandainya tiada wakil kaum lain. Kerajaan gagal dibentuk seandainya tiada wakil rakyat daripada kaum lain. Itulah sebabnya Mah Hang Soon (Exco Negeri Perak) dicemuh kerana menjayakan pembentukan kerajaan UMNO-BN di negeri Perak.

Oleh itu, apa jalan keluarnya? UMNO sebelum ini menyatakan niat mereka untuk mengambil alih beberapa kawasan yang ditanding parti komponen yang lain. Tetapi bagaimana pula seandainya tiada kerusi yang dimenangi MCA?

Sekiranya diimbas kembali, bekas PM Abdullah Ahmad Badawi pernah mencadangkan agar BN mengambil ahli secara terus, menyasarkan mereka yang menyokong BN tetapi tidak berniat menyertai mana-mana parti komponen BN. Dengan kata lain, seandainya BN berjaya melobi tokoh-tokoh yang disanjungi untuk dijadikan calon BN, maka masih ada peluang untuk BN mengekalkan model "perkongsian kuasa antara kaum" ini.

Pendek kata, kemelut MCA ini menguntungkan UMNO dari segi mengeratkan genggamannya terhadap pemimpin MCA, tetapi berdepan dengan risiko hilangnya penguasaan BN terhadap masyarakat Cina. Cuma, apakah politik perkauman masih relevan untuk masyarakat Malaysia pada masa depan?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Mukjizat palsu media - Nizar news

0 org komen
'Mukjizat palsu media'

Ahmad Lutfi Othman
Media memang dianggap berpengaruh besar, malah ada yang melihatnya sebagai penentu, dalam persaingan merebut kuasa. Dalam konteks politik Malaysia, persaingan itu begitu berat sebelah, terutama apabila media tradisi dikawal dan dikongkong sepenuhnya oleh pemerintah.

Pelbagai akta dan peraturan digubal bagi encengkam pemilik media, seterusnya 'memenjarakan' para wartawan dan editor. Seringkali faktor 3M (media, money, machinery) dianggap membantu BN mengekalkan kemenangan "di padang permainan yang tidak pernah sama rata".

Kemunculan media baru bermula dalam pilihan raya 1999 telah memecahkan hegemoni BN terutama apabila ruang maya menyediakan persaingan yang lebih saksama. Pengenalan internet secara besar-besaran pada 1997, seperti penggunaan emel dan laman web, diikuti kemudiannya oleh blog, youtube, Twitter, Facebook dan seumpamanya, bukan saja memberi peluang rakyat Malaysia untuk akses kepada kepelbagaian sumber maklumat, malah mencabar kedudukan BN yang berdekad lamanya hegemonik dalam membentuk pemikiran dan budaya politik masyarakat.

Bagaimanapun, pensyarah sains politik UKM, Mohamad Nadzri Mohamed Noor (Politik Malaysia di Persimbangan, 2009) mengingatkan, merujuk tiga pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, "kita dapat melihat jatuh bangun pakatan parti oposisi meskipun mereka menggunakan dan menguasai ruang maya secara konsisten dan lebih menyeluruh berbanding BN, dan BN pula agak ketinggalan dalam penggunaan media online, namun BN tetap berupaya mengekalkan majoriti dua pertiga dalam PRU 1999 dan mencapai kemenangan terbesarnya dalam PRU 2004. Oleh itu, kempen efektif dalam ruang siber semata-mata kelihatan tidaklah memadai dalam menarik pola pengundian yang signifikan ..."

Sengaja saya tekankan hal ini memandangkan ada tanggapan daripada aktivis Pakatan Rakyat bahawa kemenangan mereka untuk pilihan raya akan datang, di zaman langit terbuka ini, agak terjamin disebabkan masyarakat semakin meninggalkan media tradisi seperti akhbar, hatta TV, dan beralih sepenuhnya kepada media baru.

"Jika media benar-benar bebas, atau kita tidak diserang bertubi-tubi oleh media yang dikawal mutlak oleh BN, nescaya rakyat akan menyokong kita," begitulah kira-kira hujah mereka.

Mereka yakin BN jauh ketinggalan dalam usaha memanfaatkan kepesatan teknologi maklumat ini. Dengan itu pengundi akan mendapat maklumat lebih seimbang daripada media alternatif dan tidak mudah tertipu lagi dengan propaganda murahan BN. Mereka juga percaya bahawa sesiapa yang menguasai informasi - kini dilambahkkan dalam media baru - maka automatik ia akan menerajui kuasa.

Maka apabila Pakatan kalah dalam mana-mana pilihan raya misalnya, yang dipersalahkan adalah kegagalan jentera penerangan untuk berfungsi dengan berkesan, terutama bagi menyanggah serangan lawan, sekali gus melakukan pujukan.

Propaganda media BN pula dikatakan begitu berjaya mempengaruhi pengundi seolah-olah mempunyai kuasa luar biasa hebatnya, meskipun parti itu dan calonnya bergelumang dengan rasuah, salahguna kuasa dan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral. Tukang spin dilihat berupaya menjadikan "yang hitam itu putih" pada kacamata pengundi dan membuatkan kebenaran terus tertimbus dan tidak dipedulikan.

Tidak dinafikan bahawa media (sama ada tradisi mahupun baru) perlu dikuasai selok-beloknya, bukan saja dari aspek teknikal tetapi juga pengisiannya. Namun yang tidak kurang penting - malah mungkin lebih mustahak - adalah menguasai isu sebenar, merasai penderitaan rakyat, menyelesaikan masalah masyarakat, menjuarai usaha membela golongan bawahan, menampilkan kualiti kepimpinan, serta membentuk keyakinan kita mampu melakukan perubahan dan tidak mengulangi kebobrokan sistem lama. Usah remehkan kemampuan rakyat untuk menilai dan menghakimi pretasi parti dan calon yang telah diberikan kepercayaan dalam pilihan raya lalu.

Benar, politik itu permainan persepsi tetapi media juga semakin sukar memikul tugas sebagai "tukang putar". Hari ini mungkin rakyat terkeliru dan tertipu dengan kelicikan media, namun ia tidak kekal lama. Kebatilan akhirnya terbongkar jua.

Justeru, jika kita tersungkur, ia bukan semata-mata diperangkap media musuh, tetapi juga berpunca dari kelemahan sendiri, yang disaksikan secara nyata oleh pengundi.

Lihat saja pilihan raya 2004 - BN tetap jauh ketinggalan dari segi penguasaan media baru tetapi kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr Mahathir Mohamad berjaya "menyihirkan" tanggapan umum.

Oleh itu, pertama, usah terlalu yakin dengan "sakti" media baru, dan kedua, jangan memandang rendah pihak lain yang cuba mempamerkan diri mereka sebagai "telah berubah".

Malah, dengan dakwaan hegemoni pembangkang di alam siber kian terhakis, ditambah kritikan pengkaji media - merujuk semasa kempen Bagan Pinang - bahawa Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan sebaiknya internet untuk menyanggah serangan BN, maka ia menuntut kesungguhan untuk memperbaiki kekurangan dan kealpaan itu.

Sebagai wartawan, saya lebih cenderung untuk mengingati diri tentang kelemahan dalam operasi menjuarai jihad pena ini, selain membetulkan salah tanggap ahli dan pemimpin Pakatan terhadap "mukjizat" media.

"Padang yang sama rata" pun tidak akan membawa kemenangan jika pemain tidak berketrampilan, jurulatihnya tidak kreatif dan pengurus pula tidak hiraukan kebajikan!

Bila Ezam bersuara - Nizar news

0 org komen

1Malaysia pasti meloya lagi bila Ezam bersuara terutama sekali tentang isu isu moral. Tak tau la apa jenis dendam kesumatnya terhadap keluarga Anwar Ibrahim sehingga timbul lagi cabarannya yang kini dituju kepada Wan Azizah disini.

Cabaran terbarunya mahu Wan Azizah menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh ADUN Pelabuhan Klang yang dipertikaikan moralnya iaitu Sdr. Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.

Aku rasa la Ezam sebelum hang cabar Wan Azizah, elok hang jawab persoalan yang dibangkitkan oleh Anwar disini. Jangan berselindung disebalik kenyataan akhbar penjilat Umno tu. Nampak bacul sesangat.

Bagi aku isunya mudah saja disini:
1) Sekiranya sesapa juga yang percaya dan yakin seyakin yakinnya insan bernama Anwar Ibrahim ini meliwat, sila masuk Umno, sokong lah Umno dan ber 'UG' lah dengan Umno.

2) Sekiranya sesapa yang kurang percaya malah was was Anwar yang berusia 62 tahun ini berupaya meliwat pemuda sasa belia, jangan sokong Umno, biaq tak berparti pun tak pa.

3) Sekiranya sesapa yang langsung tak percaya malah yakin seyakin yakinnya bahawa ini adalah konspirasi kedua terhadap Anwar, masuklah PKR dan sokonglah Pakatan Rakyat.

Sekarang kan ka jelas lukisan sempadan ni. Semua orang orang berbangsa Umno dan kaum yang sewaktu dengannya tu tentunya yakin dan seyakin yakinnya dengan fitnah terhebat ini, habis cerita.

Tak payah dok buang masa jawab cabaran mangkuk tu. Hampa tanggung la dosa bersubahat dengan tuduhan tanpa ikut syarak tu.

Desakan MB Nizar

0 org komen
Desakan MB Nizar ni ada kewajarannya jika dilihat dari segi prinsip keadilan itu sendiri. Tapi depa bedua tau ka prinsip keadilan untuk semua tu? Jaminan yang depa bagi tu seduit tak boleh pakai, inikan pula nak harapkan depa secara sukarelanya letak jawatan.

Jangan diharap la..
Hanya suara keramat rakyat saja yang dapat melondehkan spesis spesis seperti mereka ini dari bermaharajalela.. pendokong keadilan harus bekerja keras dari sekarang bagi mengembeling suara rakyat sejitunya pada PRU ke 13 nanti.. insyaallah..

Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Menurutnya Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin.

Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila polis bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat terutamanya Speaker Dewan, V. Sivakumar sehingga dicekik.

“Sebabnya dia berjanji bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di Ipoh masa persidangan 28 hari bulan. Tetapi apa yang berlaku di tempat letak kereta itu adalah disebaliknya.

“Bukan hanya di tempat letak kereta bahkan di tempat hendak masuk Dwan Undangan Negeri pun kami dikasari sehingga YB Sivakumat dicekik dan dihimpit kumpulannya untuk merampas jubahnya sehinga koyak rabak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ganas polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat 28 oktober lalu.

Polis bertindak ganas dengan mengasari ADUN Pakatan Rakyat bagi menghalang mereka memasuki Dewan.

Polis turut mengasari Speaker Dewan, V. Sivakumar dengan mencekik beliau bagi merampas jubah yang dipakainya mengakibatkan jubah berkenaan koyak rabak.

Nizar berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung tindakan ganas polis yang mencekik Sivakumar.

Katanya, institusi polis tercemar kerana diperalat Umno-Barisan Nasional.

“Saya minta apa yang dinyatakan polis akan menjaga keselamatan, polis tidak akan menggunakan kekasaran. Tetapi apa yang berlaku mereka terlalu kasar dengan kami.

Mereka cuba merampas jubah Sivakumar itu sebabnya saya menyatakan dia tidak pegang kepada apa yang dinyatakan, dia kena berhenti termasuk Ketua polis Negara sekali.

“Ini mencemarkan institusi polis setelah mereka diperalat Umno-Barisan Nasional, tiba-tiba apa yang dijanjikan tidak berlaku dan polis cukup kasar kepada kami. Kita boleh buktikan gambar di mana Sivakumar dicekik,” katanya.

Bebudak tadika - Nizar news

0 org komen

NAJIB disambut kanak-kanak Tadika Tunas pada Majlis Inovasi Negara 2009 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara, semalam.

Najib dilaporkan berkata, kemelut kepemimpinan PKR terutamanya di Sabah membuktikan rakyat pada umumnya dan di negeri itu secara khusus, sudah hilang keyakinan terhadap parti berkenaan. Kemelut kepemimpinan di Sabah bukti nilai kewibawaan parti semakin parah.

Yang dia pi habaq kat bebudak tadika Tunas tu buat apa. Bebudak tadika pakat melahu dengaq kelentong dia. Apa la yang bebudak tu tau yerk..

Siap diatur - Nizar news

1 org komen

Segalanya telah siap diatur.

Hang buat pasai dulu, ding dong sana, ding dong sini, lepaih kerajaan Pakatan Selangor gelabah, hang terus celah. Sekurang kurangnya hang ada alasan keluar PKR pasai TS Khalid kentut busuk ka, atau Anwar suka makan luar ka.

Hang keluaq jangan istihar terus masuk Umno, tak elok gak, tapi bagitau nak stay sebagai bebas tapi BN friendly. Biaq la orang nak kata apa pun kat hang. Sebab lepaih ni PM akan bela hang, depa ingat MB tu besaq sangat ka sampai boleh suruh orang letak letak jawatan.

Selepas semua selesai dan nampak cantek, TPM pulak akan mula masuk daun. Biaq MB Khalid tersedak, biaq akan ada ADUN lain yang tersedu, berapa banyak dana yang aku boleh dapat selepas tukar posisi kerusi saja.

Syabas 1Malaysia, pencapaian katak diutamakan dan ADUN bebas didahulukan.

Friday, October 30

Tuan Guru dah puas hati - Nizar news

0 org komen
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ PUAS HATI DENGAN PERJALANAN & KEPUTUSAN MESYUARAT

Tuan Guru Mursyidul Am PAS puas hati dengan perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas malam semalam. Beliau menjawab soalan wartawan dalam satu majlis di Bachok pagi tadi. Beliau menyatakan juga walaupun cadangan beliau supaya diadakan EGM, namun beliau tetap berpuas hati dengan Seminar Khas yang akan diadakan 7 November ini sebagai ganti EGM, beliau juga menyarankan dalam mesyuarat supaya Prof. Dr Abdul Aziz Bari turut dijemput membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.

Beliau menjelaskan ringkas, dalam mesyuarat tersebut semua pihak berlapang dada dengan menerima teguran, beliau juga menerima teguran, Dr. Hasan Ali juga diberi teguran, semua pimpinan lain juga menerima teguran.

Dengan jawapan ini, semua tohmahan yang mengatakan Tok Guru tidak puas hati dengan mesyuarat adalah tidak benar, beliau pulang awal sebelum habis mesyuarat kerana faktor kesihatan.

Tunjuk ajar atau kurang ajar - Nizar news

0 org komen

PAS betoi betoi glamer giler sekarang ni. Dan terima kasih pada TG Nik Aziz yang secara tetiba mengglamerkan lagi dua tiga kerat tokoh dalam PAS terutamanya Dr. Hassan Ali.

Kilauan cahaya glamer depa tu di gilapkan lagi oleh keputusan dari mesyuarat khas yang lalu yang langsung tak nampak menolong menyelesaikan masalah. Bisik bisik malah ada yang melaung sakan akibat ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan tiada EGM tetapi hanya sekadar berseminar. Pemimpin yang bermasaalah kenapa ahli yang nak diseminarkan. Ahh.. aku peduli apa, aku bukannya pendokong PAS, PKR atau DAP tapi pendokong Pakatan Rakyat.. ngeee..

Mungkin rasa agak rimas dan meloya dengan apa yang dia nampak, seorang ahli parlimen dari DAP hari ini bersuara sekaligus secara terang terangan meletakkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai punca utama ketidak tenteraman kerajaan PR di Selangor ini.

Apa yang mungkin Sdr Teo Nie Ching maksudkan ialah, kalau seorang pemimpin saja yang bermasaalah kenapa satu organisasi negeri yang didera dan diseret ke JK disiplin parti. Sedangkan DAP tidak langsung bermasaalah dengan lain lain pimpinan PAS negeri Selangor.

Aku rasa organisasi rakyat seperti Pakatan Rakyat ini jelasnya siapa pun ada hak untuk bersuara. Kebebasan bersuara adalah suatu dari tunggak perjuangan kita mendaulatkan suara rakyat. Tapi bersuara pun patut padan la. Takkan sampai dalam kelambu pun hang nak kacau. Depa dah pakat pakat nak settle ikut saluran JK disiplin nak buat camana.

Kalau ikutkan hati, aku pun rasa semak gak. Janganlah tunjuk ajar kita disalah baca sebagai kurang ajar.

EGM - Nizar news

0 org komen
Salam Kamunting,

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

Tak dak sapa pun heran II - Nizar news

0 org komen
Saya langsung tidak risau orang keluar dari KEADILAN

Kawan-kawan saya minum bersama saya pagi tadi di Restoran Saika, Jalan Ibrahim, Temerloh bertanya kepada saya apakah pandangan saya terhadap tindakan beberapa pemimpin parti KEADILAN yang meletakkan jawatan didalam parti bahkan yang keluar parti.

Saya langsung tidak risau walaupun sedikit. Jelas saya nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.

Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.

Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.

Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO.

Orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.

Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.

Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN.

Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.

Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Saya tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.

Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?

KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.

Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.

Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.

So, saya tidak risau, bahkan mengalu-alukan supaya mereka keluar dari KEADILAN!

Thursday, October 29

Katak sembang pasai moral - Nizar news

0 org komen

Macam mimpi aku bila terbaca laporan Malaysiakini disini. ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.

Anwar dituduh liwat ni bukan baru chek Badrul oi. Hang nak kencin sapa ni. Sejak 1998 lagi Anwar didakwa meliwat. Awat baru la ni hang nak bercakap dan bertindak. Sah, orang bodo tak boleh pimpin aku yang agak pandai sikit dari hang.

Nasib baik Badrul habaq, kalau tidak aku pun tak tau kata dia ni Muslim. Badrul kata, "sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya".

Yang ni aku tak mau komen, maklumlah kalam ni terkeluar dari mulut seorang Muslim yang tinggi moralnya.

Lembut tapi tegas - Nizar news

0 org komen
Kenyataan Media Wan Azizah

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Tak dak sapa pun heran - Nizar news

0 org komen

Tak dak sapa yang heran. Malah banyak yang mengalu alukan langkah kawan karib Ezam ini yang juga ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang juga merupakan ADUN keempat yang keluar dari PKR.

Dia ni sejak beberapa bulan yang lalu banyak menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno. Jadi pengumuman beliau menjadi ADUN bebas di Dun Selangor memang diduga awal, malah TS Khalid selaku MB Selangor telah awal menghidu dengan mengeluarkan kenyataan mendesak beliau dilucutkan jawatan ADUN oleh PKR.

Selain nak ucapkan takziah kerana menjadi ADUN bebas yang mesra BN sebagai wadah, aku juga ingin ucapkan tahniah kerana berjaya mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

Umno tak tau malu - Nizar news

2 org komen
Berita Harian melaporkan Ahli Parlimen Sri Gading (BN), Datuk Mohamad Aziz telah dengan tegasnya meminta Tee Keat dan Tsu Koon masing masing meletak jawatan.

Pemimpin MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta meletakkan jawatan selepas dikatakan tidak mendapat kepercayaan ahli parti masing-masing. Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2010 di Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi.

Bangsa Umno memang jenis tak tau malu, rumahtangga orang pun depa nak arah itu dan ini. Depa rasa depa tu dah besar dan terlalu kuat. Depa lah kekononnya dominan parti parti dalam BN sehingga boleh arahkan apa saja. Ketuanan bangsa Umno ini cuba dipaksakan sekali lagi dalam BN tanpa menyedari keegoan Umno dibenci. Biar lah MCA ditentukan oleh ahli ahli berdaftar mereka sendiri, yang hang kalut pasai apa.


Kekecohan MCA sehingga kini belum reda, juga disebabkan oleh campurtangan tuan tuan bangsa Umno. Proses damai yang ditawarkan Najib gagal membaiki MCA. Malah bangsa Cina MCA juga telah lama sedar malah majoriti dah berani bertindak dengan menyebelahi PR dalam PRU yang lalu disebabkan meluat dengan ketuanan bangsa Umno yang telah diguna pakai keatas mereka secara paksa selama ini.

Antara dua darurat - Nizar news

1 org komen

Oleh : albanjari/MRK albanjari

Khamis. 29hb.Oktober. Alhamdulillah pada tepat jam 1.50am, semua yang mengharapkan butir keputusan dari Mesyuarat Khas telahpun diketahui. 4 jam mereka bermesyuarat. Hangat dan mendebarkan. Lebih 70 peratus ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk memberi 'tindakan' kepada Dr. Hassan Ali. Isu 'pita rakaman' pertemuan itu juga turut dibangkitkan di dalam mesyuarat.

Isu Pita Rakaman :

Awal pagi ini, saya dihubungi oleh seorang teman pimpinan yang meminta supaya rakaman yang saya miliki itu diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat. 'pita rakaman' itu akan dijadikan sebahagian bukti siasatan. Dan satu arahan juga telah dikeluarkan kepada saya untuk bertindak 'memadam hapus' mastercopy rakaman penuh tersebut.

Pada pagi ini juga, saya telah menghubungi Dato' Tuan Ibrahim sebentar tadi untuk bercakap sendiri dengan beliau dan beliaumengesahkan arahan tersebut. Serahan segera akan dilakukan pada hari ini juga. Salinan tersebut akan dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang akan dijalankan selepas ini. Insyaallah pada pagi ini saya akan bertolak ke Pahang untuk menyerahkan sendiri salinan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mendapatkan rakaman tersebut, selepas ini sila berhubung terus dengan Dato' Tuan Ibrahim. Terus terang saya jelaskan di sini, bahawa saya MRK albanjari dan Tuan albanjari sendiri (editor albanjari online) tidak putus dihubungi oleh individu-individu yang tidak dikenali yang mahukan rakaman tersebut sejak petang kelmarin sehingga pada pagi ini.

Wallahi ! Jika wajar dibayar dengan nyawa, saya bayar dengan nyawa saya. Ini adalah amanah parti. Maka dengan itu sesiapa jua tidak kira apa jawatannya di dalam kepimpinan, hatta Tuan Presiden sendiri mahupun Tuan Mursyidul Am PAS, saya tidak akan sekali-kali akan menyerahkan 'rakaman' ini jika pun diminta.

Hormatilah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat dan Ketua yang dilantik dari Mesyuarat Khas malam tadi yang akan mengepalai kes dan siasatan ini.

Dan pada hari ini, Insyaallah 'pita rakaman' itu akan diserahkan kepada beliau atas arahan parti. Dalam keadaan dua darurat ini, yang kami hadapi sekarang, kami memilih untuk mengambil darurat yang ringan dari terjerumus ke dalam darurat yang lebih besar implikasinya dan boleh mengeruhkan lagi keadaan di dalam jamaah dan PAS./Al-banjari online

Tak dak masaalah tak syok gak noo - Nizar news

0 org komen

Pergolakan dalaman sesebuah parti kalau tak dak pun tak syok gak. Sunyi gedi, tak happening langsung. Macam parti tak dak orang. Lagi banyak pergolakan dalaman bermakna banyak lah ahlinya. Lagi banyak masaalah dalaman bermakna juga banyak ahli ahlinya yang bekerja dan bukan dok saja.

Sebab tu la agaknya MB S'gor TS Abdul Khalid Ibrahim telah mengusulkan kepada MPP PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Alasan mudahnya kerajaan Pakatan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat. Surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009 pun dia tak layan.

Apa punya ADUN pun tak tau la, berjumpa pun tak mau, telefon dan SMS pun tak jawab, Pusat Khidmat pun kosong. Kalau tak dak keupayaan, belah la jangan sampai orang ramai susah. Kalau dah hati terpaut ngan Umno, tunggu apa lagi. Bukan hang sorang saja yang jatuh hati, dah ada banyak ekoq lagi yang dah lompat dan akan melompat.

Ikut kata Khalid, dia akan menghantar satu delagasi memaklumkan akan pendirian tersebut. Kalau aku yang jadi MB, aku hantar skuad pengebom berani mati, biar padan ngan muka.

Perlunya EGM - Nizar news

0 org komen
Keputusan Mesyuarat Malam Tadi Menunjukkan Perlu EGM dalam PAS

Pertama sekali, saya harus memohon maaf kerana terpaksa menulis perkara yang saya sedang tulis ini. Saya yakin kalau ianya tidak ditulis, parti kita akan hancur laksana 2004. Saya mohon maaf pada semua ahli PAS yang membaca tulisan ini sekiranya mereka tersinggung dan tidak merasa senang dengan pendedahan saya. Namun, saya sayang parti dan saya sayang PAS yang saya menjadi ahli semenjak 9/9/1987. Kewajiban saya menulis perkara dibawah supaya semua ahli PAS membaca dan membuat penilaian sediri. Saya akan bertanggungjawab pada Allah SWT sekiranya tidak.

Maklumat datang mencurah-curah pada saya. Tapi, yang saya boleh dedahkan hanya satu. Yakni, para AJK PAS Pusat telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar.

MAJORITI AJK2 PAS malam tadi menyokong usul bahawa Hasan Ali harus ditukar dari Pesuruhjaya PAS Selangor kerana tindakan dan kata-kata beliau jelas merugikan PAS dan memburukkan imej PAS terutama pada pengundi bukan Islam.

Tiada “khilaf” malam tadi bahawa Hasan Ali perlu ditukar dan tempat beliau diganti dengan orang lain. Perkara ini tidak memerlukan kepada perbicaraan JK Disiplin langsung. Ianya adalah keputusan yang boleh dibuat Presiden parti dan ianya tidak memerlukan keputusan JK Disiplin PAS yang terang-terang akan memakan masa bertahun-tahun.

(Saya masih teringat YDP sebuah kawasan di Selangor membuat kenyataan secara umum betapa beliau merasa seperti digantung tidak bertali kerana terlalu lama menunggu keputusan JK Disiplin)

Namun, kompromi yang ditawarkan oleh majoriti AJK PAS Pusat telah ditolak mentah-mentah dan hasilnya orang lain yang akan dihadapkan ke JK Disiplin. Isu yang sepatutnya diselesaikan di peringkat politik telah dijadikan isu disiplin yang jelasnya akan memakan masa bertahun-tahun.

Mengapa perlu dihadapkan kepada JK Disiplin. Yang pasti tiada persetujuan dari AJK malam tadi untuk menghadapkan PAS Selangor kepada JK Disiplin.

PAS Pusat sudah menjadi seperti PAS Terengganu, di mana hanya 4-5 orang yang akan membuat keputusan dan keputusan 4-5 orang inilah yang akan menjadi keputusan rasmi. Mesyuarat hanya menjadi sessi rubber-stamp kepada kehendak 4-5 orang ini.

Oleh sebab itu, demi untuk menyelamatkan PAS dari mengulangi kehancuran 2004, saya mencadangkan supaya cadangan EGM bagi membolehkan ahli PAS membuat keputusan apa hala tuju PAS sekarang ini. AJK PAS sudah tidak mampu membuat keputusan yang mudah tapi terbaik kepada PAS. AJK PAS Pusat sudah dikuasai oleh 4-5 orang geng Terengganu yang menjadikan AJK PAS Pusat laksana Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Dan kita semua tahu apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu 2004.

Samada PAS mahu mengekalkan orang-orang yang mahu rapat dengan UMNO atau PAS mahu mengambil sikap terus komited bersama Pakatan Rakyat. Ahli2 PAS wajib membuat keputusan sekarang. Bukan 4-5 orang yang disekeliling Presiden.

Masaalah Besar Bila Mesyuarat AJK Tidak Diizinkan Untuk Diambil Undi

Oleh kerana dipaksa setiap mesyuarat untuk mengambil keputusan yang secara “ijma” maka biasanya pengundian terhadap sesuatu usul tidak akan dibuat.

Malangnya, keputusan mesyuarat malam tadi, tidaklah mewakili MAJORITI dari AJK PAS Pusat. Setahu saya, keputusan yang ijma harus dipersetujui oleh KESEMUA AJK PAS PUSAT. Namun, majoriti AJK yang keluar dari mesyuarat malam tadi, keluar dalam keadaan TIDAK PUAS HATI.

Tiada jalan lain melainkan EGM.

Tulang Besi

Lagi lagi Perak yang pelik - Nizar news

2 org komen
Kenyataan Media: Dewan Pemuda PAS Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana di Perak terutamanya apa yang telah berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari ini sebentar tadi.

Krisis yang sudah hampir lapan (8) bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian kerana banyak pihak yang diberikan kuasa telah menyalahgunakan kuasa mereka mengikut perancangan-perancangan yang telah di susun oleh UMNO / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk melihat bahawa krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana terlalu gilakan kuasa dan sikap tidak sabar UMNO / BN untuk berkuasa kembali sebelum Pilihan Raya Umum ke - 13 sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adap-tertib kepimpinan.

DPPN Pk sedar bahawa suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan.

DPPN Pk amat bersimpati kepada seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya malah masyarakat antarabangsa yang melihat sendiri krisis yang masih berlarutan ini tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia.

DPPN Pk sekali lagi merafak sembah merayu kepada Paduka Seri Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak membantu kami dan rakyat yang cintakan demokrasi untuk memastikan krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Kecewa lagi - Nizar news

0 org komen
Mahathir seperti kecewa yang dibuat buat apabila mengulas keputusan kerajaan menutup kes klip video Lingam itu. Tetapi 1Malaysia sebenarnya paling kecewa kerana terlepas peluang membongkar satu lagi siri pembohongan kerajaan BN terhadap rakyat.

Majlis Peguan Malaysia juga dilaporkan kecewa dengan keputusan kerajaan yang tidak mengambil tindakan lanjut dalam kes membabitkan klip video Lingam, sedangkan Suruhanjaya Diraja 2008 telah mengesahkan ketulenannya.

Apalah yang BN tahu tentang kebebasan, moral dan intergriti. Tiada satupun langkah kerajaan BN sekarang ini menampakkan kesungguhan menaikkan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman. Setiap inci ruang kehakiman negara seperti terhidu tangan tangan ghaib yang mengarah.

Apa saja jawatankuasa penyiasat yang ditubuh oleh kerajaan BN, ia seolah olah umpama masa kecederaan bagi tertuduh melarikan diri. Tengok saja Eurokopter dan kes Eric Chia. Nanti saja kes Pelabuhan Kelang dan tengok apa jadi. Apa macam stadium runtuh di Terengganu, kita dah pelan pelan dok lupa dah.

Projek membodohkan Melayu, membangangkan rakyat ni adalah usaha berterusan kerajaan demi survival poket mereka. Mereka menipu orang ramai, dengan menimbulkan kes kes ini biar orang ramai merasa kerajaan sedang melakukan sesuatu dan diwaktu yang sama, kroni mereka sihat bersantai diluar negara. At last, habuk pun tarak.

PAS Selangor tu sapa - Nizar news

1 org komen

Ramai ternanti nanti apa keputusan dari mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam itu.

Kalau berita sensasi yang dinanti nampaknya ramai yang pasti kecewa. Tiada istimewanya hasil dari mesyuarat semalam selain menambah kerja pada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pegawai penyiasat untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan isu Selangor ini.

Mesyuarat yang melibatkan jawatankuasa pusat PAS dan barisan PJ negeri juga bersetuju hanya seminar politik yang akan diadakan pada bulan depan 7 Nov, bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Datuk Nik Aziz bagi menggantikan EGM atau muktamar khas.

Tak dak apa yang baru. Kenyataan dari Tuan presiden sebelum ini diulang lagi. Beliau menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Dan paling pentingnya menutup pintu terus kepada rundingan dengan Umno.

Rasa macam tak selesai pun.

Apa khasnya mesyuarat malam ini - Nizar news

2 org komen

Ribut dalam cawan PAS telah melalui satu lagi babak cemas dan menggetirkan malam ini. Pendokong dan pencinta gerakan Islam terbesar di Malaysia ini pastinya ternanti nanti apa cerita PAS sebaik saja selesai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang dipanggil presiden parti DS Abdul Hadi Awang jam 8.30 malam ini di Tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat telah dipanggil khusus bagi membincangkan saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui blognya mengkritik pimpinan utama PAS dan mencadangkan agar diadakan satu muktamar khas untuk menukar mereka.

Aku selaku pemerhati sekaligus pemninat parti yang mendakwa memperjuangkan Islam ini secara peribadinya tidak menaruh harapan yang tinggi setelah terkecewa kesekian kalinya. Malah aku dapat rasakan mesyuarat malam ini tidak ubah seperti mana mesyuarat mesyuarat yang lalu, tak dak masa mengota apa yang disimpulkan bersama. Kehadiran ramai pimpinan belum tentu petanda baik bagi Pakatan.

TG Nik Aziz yang secara konsistennya menyokong kearah memperkasakan Pakatan Rakyat dijangka akan memberikan penjelasan kenapa beliau mencadangkan presiden, timbalan dan setiausaha agung PAS ditukar. Tetapi, berdasarkan mood semasa, amat sukar majoriti pimpinan yang ada bersetuju dengan pandangan Nik Aziz itu.

Adalah diyakini, PAS akan berpendirian memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan muktamar yang lalu dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba mendekati Umno. Ketegasan dalam menyuarakan keputusan bersama ini dilihat amat perlu bagi menjernihkan suasana. Sama sama lah kita berdoa agar jemaah Islam ini dikekalkan kuat sebagai tunjang dalam Pakatan yang dulunya diterima ramai.

Wednesday, October 28

7 soalan kepada PAS - Nizar news

3 org komen

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin turut cuba menganalisis ‘ribut dalam cawan kopi’ PAS pada masa ini dengan bertanyakan 7 soalan:

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?

2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

Mengenai krisis dalaman PAS kini, bekas pensyarah USM Pulau Pinang itu berpendapat, ia amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS.

Seperti tersiar dalam laman mStar, bisikan tersebut, kata Asri, datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ itu, menurut Dr Asri, hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Namun krisis kali ini, menurut pengamatan beliau, agak serius.

“Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS,” katanya.

Jelas Dr Asri, meskipun beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun beliau akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik.

Ini, katanya, bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.

“Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.

“PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung,” jelasnya dalam kiriman emel sebentar tadi.

Walaupun demikian, Dr Asri berharap antara hikmah kejadian yang berlaku ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu.

“Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.

“Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata,” kata tokoh agama yang disegani ini.

Satu perkara yang wajar PAS akui, jelasnya, ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. (sumber)

Sapa yang cap ayam ni - Nizar news

0 org komen

1Malaysia terkejut, tetiba memasing nak jadi PI.

Apa taknya, jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Perak sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dikatakan jambatan cap ayam.

Tapi setelah terbaca berita terbaru mengatakan ianya dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR), kita semua lagi terkejut, sapa yang cap ayam sebenarnya disini. Malah ikut kata JKR, depa tidak mengetahui pun kontraktor yang terlibat juga berkenaan kos terlibat dengan pembinaan jambatan maut tersebut walaupun jambatan tersebut sebahagiannya dibina dalam kawasan sekolah.

Masyaallah, 1Malaysia ditipu lagi. 1Malaysia telah dibodohkan lagi. Kalau di negara maju lain, ini sudah dikira kes bunuh dan kes ini perlunya dirujuk ke Peguam Negara untuk tindakan undang undang, cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sapa yang sebenarnya CAP AYAM ni..?

PKR oh PKR - Nizar news

0 org komen

PKR Sabah terus bergolak. Ini nyatanya bukan lagi satu tamparan pada Pakatan tapi ibarat sebagai satu tendangan maut dalam politik Malaysia.

Dalam BN yang tampaknya kian berkesan menggilap imejnya dimata rakyat, Pakatan masih terkial kial dengan isu dalaman yang tiada kesudahan. Selain dari DAP yang tampaknya berjaya mengekang masaalah dalamannya dari membusung, PAS dan PKR dilihat sibuk melayan dan melatah dengan kerenah pemimpin pra-matang, naif dan jenis rubber stamp.

Terbaru ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini sebagai mengikut jejak langkah naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Walaupun seperti juga Datuk Dr Jeffrey dan beliau dikatakan masih kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu, sedikit sebanyak usaha PKR mengukuhkan kedudukan di Sabah tergugat.

Kemelut ini dipercayai berkaitan ketidakpuasan hati dua pimpinan ini terhadap rombakan terbaru kepimpinan PKR di Sabah yang telah dibuat oleh Presiden parti baru baru ini. Sebelum itu, Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik PKR Sabah.

Persoalannya, pimpinan macam ni kah yang didambakan rakyat terbanyak yang secara tetiba membuat U turn dan menikam pimpinan pusat walaupun sebelum ini mereka bersetuju dalam mesyuarat rasmi. Uniknya politik Sabah, trend lapuk ini berleluasa dan diakui bermaruah. Tak puas hati saja boleh buat U turn ikut sesuka hati.

Selamat bersidang Nizar

1 org komen

Persidangan DUN Perak yang dijadualkan hari ini mencatat sejarah tersendiri. Ia merupakan persidangan DUN yang paling dikawal ketat dalam sejarah dunia dan sekaligus menjadikan persidangan DUN yang paling selamat buat bangsa BN di Perak.

Khabar gembira - Nizar news

0 org komen

Kerajaan 1Malaysia telah mengumumkan satu langkah amat baik bagi memecahkan lagi gerakan Islam PAS. Hari ini khabar gembira melalui TS Muhyiddin menegaskan pintu rundingan antara, bangsa Umno dengan satu dua kerat bangsa PAS masih terbuka luas.

Apa yang dapat difahamkan dari kenyataan TS Muhyiddin ini, pengukuhan umah hanya dapat dicapai melalui penyatuan dengan parti karat Umno saja. Penyatuan bangsa Melayu kekononnya hanya boleh dicapai melalui Presiden bangsa Umno DS Najib. Bertambah malang lagi, keegoan bangsa Umno ini dikongsi dengan megahnya oleh sekerat dua bangsa PAS.

Perpaduan bangsa 1Malaysia ini hanya boleh dijalin dibawah payung parti bangsa Umno dengan di izinkan oleh Presiden bangsa Umno iaitu DS Najib.

Hadooii.. apalah malangnya kita, gerakan Islam sebesar PAS masih dikongkong oleh pemimpin pemimpin amat pra matang yang gagal melihat takbur dan riak itu hanya layak dipakai oleh Allah s.w.t.

Monday, October 26

Kenyataan penuh Presiden PAS - Nizar news

2 org komen

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.
Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.
Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Sunday, October 25

Mentaliti UBN Altantuya lapuk

1 org komen
Dari Jalan Telawi

Hasmi bin Hashim

Naskhah belanjawan yang ‘disembunyikan’ sehingga bacaan kali pertama jam 4 petang, Jumaat, 23 Oktober 2009 dilihat sebagai bajet paling tempang sejak krisis ekonomi 1997-98; lebih sedekad lalu. Di beberapa negara maju, teks bajet akan terlebih dahulu dipamer—lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet—kepada umum untuk dibincang terlebih dahulu. Ia tidak berlaku di Malaysia. Tidak pernah!

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak masih meneruskan amalan kuno meskipun berapi-api sejak menjadi PM, konon, mahu melakukan ‘pembaharuan’.

Tatkala diperakui—meski tidak secara langsung menyentuh penguncupan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)—sesungguhnya ekonomi Malaysia jelas tidak pernah mampu bangun untuk kembali bersaing di peringkat serantau, apatah lagi global.

Tentulah saya ingat, bagaimana di dalam pembentangan bajet pada Oktober tahun lalu, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan tahun ini yang pada awalnya dikatakan lebih 5%. Kemudian dikurangkan menjadi sekitar 3%.

Dua angka yang diberikan itu adalah tatkala Indonesia yang kini lebih deras pertumbuhannya menyebutkan unjuran hanya sekitar 3%. Singapura pula lebih realistik perkiraannya mengunjurkan angka -1%. Bayangkan bagi sebuah negara yang dikenali begitu cermat mengatur pertumbuhan pun hanya berani menyebutkan di bawah paras 1%. Tetapi pemerintah Malaysia, kala itu, terus khayal dan angkuh.

Tidak mahu mengakui kelemahan sendiri. Dalam kata mudah, langsung tidak mahu bermuhasabah, merenung kepincangan di dalam sistem pemerintahan dan ekonomi domestik. Hanya gelabah menukar-nukar angka pertumbuhan daripada 5 menjadi 3, dan 3 menjadi di bawah 1%.

Seperti biasa, elemen luar akan dituding sebagai penyebab kelembapan ekonomi. Namun, apakah menetapkan sasaran yang tidak berasas iaitu sehingga lebih 5% dan kemudiannya 3% tatkala pertumbuhan dalam negara lemah, juga adalah salah pihak luar? Hanya di dalam Pakej Ransangan kedua, barulah disebutkan secara ‘bisik-bisik’ bahawa pertumbuhan tahun ini dijangka hanya sekitar -1%, iaitu, sama dengan apa yang diunjurkan oleh Singapura.

Keangkuhan dan sikap sering menyalahkan faktor luar termasuk ketidaktentuan harga minyak mentah di pasaran dunia tidak dapat menyembunyikan kelemahan sendiri. Angka pertumbuhan terkini bagi tahun hadapan pula diunjurkan -3% peratus. Merosot lagi -2% berbanding tahun ini—sementara kita lihat, Indonesia yang dahulunya begitu payah untuk memacu ekonomi, mengunjurkan pertumbuhan lebih mapan iaitu mencecah lebih 5%, atau 7-8% lebih tinggi berbanding Malaysia.

Secara mikro ekonomi, Najib hilang fokus. Beliau tidak pasti kepada aspek atau bidang mana yang perlu diberi keutamaan selain menaburkan jumlah perbelanjaaan secara rawak. Krisis makanan global yang memuncak pada pertengahan tahun lalu tidak dijadikan asas untuk kembali memperkukuh sektor pertanian secara lebih radikal dan segera bagi memastikan pengeluaran produk tani dan makanan mencukupi.

Peruntukan yang dianggap besar sehingga RM6 bilion itu tidak lebih hanya untuk penyediaan infrastruktur pertanian di samping tidak ada jaminan ianya dapat memberi kesan langsung kepada petani dan lapangan pertanian. Agak membimbangkan apabila “romantisme” Najib kepada pencapaian Allahyarham Tun Razak Hussein bagi memusatkan dan mendominasi sektor pengeluaran makanan hanya di bawah Felda. Konsortium usahasama tiga agensi kerajaan itu menerima suntikan khusus sejumlah RM300 juta bagi menjayakan idea “gedung makanan negara”.

Kerajaan Najib akan menjadi kerajaan yang semakin memberat. Birokrasi bakal menjadi lebih ketat dan tentunya mempersulit pertumbuhan pasaran liberal. Mudahnya, birokrasi adalah “raja pasaran”, dan bukannya pasaran itu sendiri dapat menentukan dinamikanya sendiri.

Pada tingkat ini, Najib nampaknya bukan sahaja tidak mengerti bahawa aliran pertumbuhan dunia kini semakin bergerak ke arah dasar “ekonomi bebas” dan bukan lagi ekonomi dengan “kawalan’ atau “cengkaman negara” sepertimana kebanyakan negara blok komunis dan sosialis di era Perang Dingin.

Peliknya “pusingan ke belakang ini” dibuat ketika kerajaan sedar bagaimana peranan sektor swasta menguncup, terutama sejak sedekad lalu. Apa yang mahu dijayakan kerajaan, termasuk projek mega di bawah sekian banyak koridor pembangunan tampak sulit untuk dijayakan—projek yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah Badawi.

Pemberian insentif atau potongan cukai pendapatan sehingga 11% kepada para pekerja mahir yang bekerja di Wilayah Pembangunan Iskandar, misalnya tidak lain menunjukkan kerajaan begitu terdesak melihat kelembapan kemajuan projek berkenaan; sedangkan cukai individu kepada warganegara lain masih berada di paras 26%. Pengurangan 1% daripada tahun lalu.

Insentif atau pengurangan cukai peribadi yang dianggap sebegitu tinggi tidak bermakna kerajaan mampu menampung kos pembangunan mahupun hutang yang terus meningkat. Penerbitan perbagai bon atau skim simpanan baru tidak lain adalah petanda bahawa cairan wang rakyat yang berada di dalam pasaran mahu diceduk semula masuk ke dalam perigi kewangan kerajaan.

Sebuah skim seumpama KWSP yang diwujudkan, dinamakan Skim Persaraan bagi Golongan Bekerja Sendiri kepada orang ramai adalah petanda bahawa kerajaan kekurangan simpanan tunai. Bagi nelayan (contoh yang dibawakan oleh Najib sendiri) yang mencarum RM100 sebulan, pada umur 35 tahun akan hanya memperolehi semula wang mereka selepas melepasi usia pesaraan, iaitu 55 tahun. Jumlah wang yang bakal mereka perolehi selepas mencarum selama 20 tahun hanya RM40 ribu, dengan tambahan caruman kerajaan pada kadar 5%. Tidak ada sebarang jaminan bahawa wang mereka kelak tidak digunakan untuk menampung atau ‘menampal’ apa-apa projek kerajaan yang terancam sepertimana kerajaan pernah merangkus wang KWSP.

Apa yang harus diperhitungkan ialah, tentunya kerajaan menetapkan sejumlah wang tunai yang besar di mana rakyat yang bekerja sendiri seperti nelayan, petani, pekebun dan peniaga kecil, tunai golongan ini dapat dikutip tiap-tiap bulan. Atau, dalam kata mudah, institusi yang menjaga kepentingan kewangan pekerja kerajaan dan swasta seperti KWSP bolehlah dikatakan sudah kekeringan tunai untuk membiayai projek mahupun program ekonomi kerajaan.

Pengurusan ekonomi Najib yang boleh ditafsir sebagai “anti-pasaran” semakin jelas apabila beliau mensyaratkan satu lagi kadar bunga yang tinggi kepada pengguna kad kredit yang kini mencecah 11 juta pelanggan. Satu hakikat yang sewajarnya dipertimbangkan oleh kerajaan ialah rakyat atau pengguna akan tetap berbelanja, dan menghalang daripada rakyat berbelanja adalah suatu kebijakan yang tidak bijak, walaupun alasannya konon untuk “rakyat berbelanja dengan bijak”.

Seruan agar rakyat “berbelanja dengan bijak” seperti yang dibebelkan Najib sangat diragui bahawa sebenarnya kerajaanlah yang berkehendak agar wang perbelanjaan berkenaan mengalir ke dalam akuan kerajaan; lari daripada pasaran.

Dalam kata lain, kerajaan akan berselindung di sebalik pembinaan infrastruktur sebagai lambang pembangunan—sedangkan sekian lama, di sanalah yang dibimbangi akan hanya menjadi lubuk berlakunya ketirisan sepertimana Laporan Audit Negara seminggu sebelum ini.

Apakah kita masih terpukau dengan beberapa pembangunan infrastruktur seperti yang diperuntukan di Wilayah Pembangunan Iskandar sehingga RM3.5 bilion (bersamaan lebih separuh daripada bajet untuk sektor pertanian!); atau RM1.3 bilion untuk menaik taraf politeknik; RM1.8 bilion untuk pembinaan sekolah baru; RM9 bilion untuk jalan dan jambatan sehinggalah pembinaan 14 mahkamah baru khas untuk kes rasuah; akan menjadikan tidak berlakunya rasuah dan ketirisan?

Sepotong daripada Firman Tuhan, suruh al-Hasyr ayat 7: …khai layakuna-dulatan baina-al-aghniya’i-minkum: “(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”.

Seperti yang saya ungkapan di awal analisa ini, beliau nampaknya sengaja mahu meneruskan sistem dan amalan lapuk ekonomi-politik rejim Umno-BN dengan pemerintah mahu mengawal lapangan ekonomi lebih daripada kemampuannya. Hanya dengan cara sebegini, maka parti pemerintah, misalnya Umno dapat terus membiayai kerja-kerja politik untuk mengekalkan kuasa mereka. Kepentingan negara dan rakyat tidak diletakkan lebih tinggi daripada kepentingan parti politik.

Mengapakah tidak dipertanyakan persoalan akan kemelut tabung bantuan untuk peniaga kecil dan sederhana seperti TEKUN, gagal? Masakan tidak gagal, walaupun disediakan peruntukan sehingga RM200 juta tahun hadapan, tetapi yang berlaku di bawah pemohon pinjaman wajib mengisi borang Umno! Begitu juga dengan skim pinjaman atau bantuan kerajaan lainnya yang tidak akan pernah bisa profesional dan terlepas daripada percaturan politik ganas parti pemerintah.

Hambatan pertumbuhan ekonomi sebegini, yang kadang kala sangat kebudak-budakan terus berlangsung di dalam retorika bajet petang Jumaat, yang dalam masa yang sama terus mengumandangkan mantra “asas ekonomi negara terus kukuh”.

Ya, ‘kukuh’! Kukuh tatkala nelayan terpaksa ‘melabur’ RM100 sebulan untuk mendapat RM40 ribu selepas 20 tahun, sementara orang luar dilayan laksana anak emas dengan potongan cukai sehingga 11% berbanding rakyat biasa! Mengukur daripada semua siri pilihanraya kecil, termasuk yang terbaru di Bagan Pinang, dapat dirasakan bahawa parti pemerintah membelanjakan wang yang bukan kepalang. Lantas, sangkaan bahawa Umno-BN memang semakin ketandusan sumber ringgit ada asasnya, lebih-lebih lagi selepas mereka kehilangan sumber daripada dua negeri penting iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Maka, tidak hairanlah bagaimana Najib secara terang-terangan menyebutkan bahawa kerajaan akan memaksimakan pengunaan harta-benda mahupun tanah milik kerajaan Persekutuan sebagai ‘sumber baru’ pendapatan kerajaan. Saya ada satu contoh bagaimana yang dimaksudkan bahawa harta atau tanah kerajaan persekutuan yang boleh mendatangkan hasil kepada segelintir orang, walaupun ia sewajarnya milik rakyat terbanyak.

Misalnya dalam sesi parlimen awal tahun ini, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas bertanyakan kebenaran tentang Kem Transit Tentera Jalan Ampang yang dikatakan akan dipindahkan ke kawasan baru. Beliau meyakini bahawa tapak kem itu akan—bahkan sudah—diserahkan kepada sebuah syarikat untuk dijadikan kawasan komersial, iaitu pembinaan premis kondominium mewah dan komersial.

Persoalan yang timbul adalah perjanjian di antara kerajaan dan pihak swasta itu tidak dibentangkan di dalam Parlimen. Rundingan dan perjanjian yang sudah beberapa kali mencapai persetujuan itu dikatakan tidak akan menguntungkan kepada kerajaan kerana ia berat sebelah. Ia terjadi, sekali lagi, kerana dipercayai ada kepentingan pihak tertentu di peringkat tertinggi di dalam projek berkenaan.

Akibat kegagalan dan gagalnya untuk muhasabah oleh pemerintah, maka antara jalan mudah untuk meraih sokongan tidak lain adalah dengan menabur “gula-gula politik” di sana sikit, di sini sikit.

Pembiayaan mahupun pinjaman sejumlah RM200 juta kepada kegiatan seni tidak akan merubah atau menganjak mentaliti rakyat ke tingkat lebih tinggi. Kita tidak lupa bagaimana perunjukan lebih besar pernah diberikan sebelum ini di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad yang akhirnya hanya terbengkalai di tengah jalan. Apatah lagi andai gula-gula itu hanya bernilai RM50 kepada mahasiswa untuk memiliki komputer dan pengunaan internet broadband.

Bajet ini “bajet mengundur ke belakang”—yang boleh mengheret Malaysia terpelosok ke bawah paras ekonomi lebih parah apabila terus gagal bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa. Bajet Najib ternyata bukan sesuatu yang boleh diharap untuk berlangsungnya sebuah pembaharuan dan reformasi. Perubahan hanya retorika politik. Hanya untuk meraih undi. Memang benarlah kata pujangga, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Bajet ini tidak lebih hanya dalih baru daripada kerajaan yang meniti hujung usia kuasanya.

Hasmi bin Hasmi, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.

Alahai Malaysia - Nizar news

0 org komen

Pada hari Khamis saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim, menegaskan kepentingan sistem kehakiman yang bebas serta tidak hanya memihak kepada kekuasaan terutama apabila hak rakyat ditindas. Saya ungkapkan dalam Dewan Yang Mulia, teguran mantan hakim yang berwibawa seperti Tun Suffian dan Tuanku Sultan Azlan Shah. Kita merasa bimbang melihat pimpinan parti pemerintah menggasir kebebasan institusi keadilan melalui peguam kaya dan hakim yang curang.

Keresahan rakyat seharusnya direnungi apabila rasuah dan penyelewengan kuasa membudaya serta mengakar lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang. Lupakah kita kata-kata hakim NH Chan, “something is rotten in the House of Denmark.” Tatkala riuh rendah pimpinan umno bn ingin membawa perubahan, Laporan Suruhanjaya Pita Lingam diketepikan begitu sahaja. Kononnya tiada perlu untuk mendakwa VK Lingam, sedangkan kontroversi ini membabitkan individu-individu yang enak dan selesa dipersada kekuasaan. Berulang kali kita tekankan mustahaknya prinsip pertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan menjadi antara sendi pemerintahan.

Beberapa jam lalu, pembentangan belanjawan baru sahaja selesai. Saya mengambil peluang untuk meneliti belanjawan terbaru ini di samping mengenal pasti kejanggalan ketara, iaitu mengapa tiada pengumuman berhubung perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan negara. Tambah merunsingkan ialah kurangnya perbelanjaan pembangunan sekitar 4.4%, dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion serta merosotnya pendapatan negara dari yang dijangkakan. Malahan beban hutang juga meningkat sebanyak 18.3% dari RM 306.4 blillion pada tahun 2008, kepada RM 362.5 billion. Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.

ANWAR IBRAHIM

Ketelusan UBN Altantuya masih isu utama

0 org komen

Laporan Audit Negara tahun 2008 yang baru diperoleh oleh ahli parlimen menunjukkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban sebahagian dari kerugian projek mega yang bernilai ribuan juta dana awam. Jabatan Audit Negara menganggarkan jumlah kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh berjumlah sekitar RM 1.14 billion.

Sehingga bulan Disember 2008 sebanyak RM 5.77 billion telah dibelanjakan untuk projek tersebut, bermaksud 32.9%(RM 1.43billion) lebih tinggi dari nilai sebenar, iaitu sekitar RM 4.34 billion.

Malahan Laporan tersebut mengakui bahawa kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar. Saya percaya perkataan yang tertera dalam Laporan Audit sedikit “diplomatik.” Sesungguhnya ada bukti jelas seumpama penangguhan dan memesan secara lebih bahan untuk projek tersebut sudah cukup buat kita menyiasat jika wujudnya sebarang penyelewengan

Ternyata perkara asas seperti tadbir urus dan ketelusan tidak boleh dipandang remeh. Ketika mendung kelembapan ekonomi masih terasa, wajarlah pengurusan ekonomi mengambil langkah segera memperbetulkan dasar sumbang sebegini. Janganlah asyik mencipta gambaran ekonomi selesa walhal rakyat akan terkesan dari pemborosan serta ketirisan akibat kegelojohan penguasa.

ANWAR IBRAHIM

Pemimpin berkepala dingin - Nizar news

0 org komen

Membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap Dr Abdul Aziz Bari agak mengejutkan. Bagi saya sanggahan itu kurang objektif dan kurang manis keluar daripada pimpinan kanan PAS Pusat. Idris benar ketika dia membela Presiden dan pimpinan PAS yang lain, tetapi dia tidak patut ‘menyerang balas’ Abdul Aziz, samada atas sifat Abdul Aziz sebagai ahli akademik, apatah lagi atas sifat Abdul Aziz sebagai orang yang turut ‘menyumbang’ dengan caranya yang tersendiri kepada PAS.

Selaku pimpinan kanan PAS Idris, harus berkepala dingin biar pun hati panas. Ini bukan sekadar terhadap golongan akademik seperti Abdul Aziz bahkan terhadap anggota parti paling bawah sekali pun. Watak ini adalah watak para nabi.

Baca kisah Nabi Sulaiman dengan burung Hud-hud. Rujuk surah an-Naml ayat 20. Burung Hud-hud adalah burung kecil sahaja jika dibandingkan dengan besarnya kekuatan dan bilangan tentera Sulaiman yang terdiri daripada manusia, jin dan binatang. Ketiadaan burung Hud-hud jika tidak diambil kira oleh Sulaiman pun tidak menjejaskan apa-apa.

Tetapi, bagaimana sikap Sulaiman? Dia mencari burung Hud-hud, bahkan Sulaiman bersedia menghukum burung itu sekiranya ketiadaannya dalam barisan tentera tanpa alasan menasabah. Akhirnya burung Hud-hud tampil dengan berita besar. Berita tentang kekufuran seorang maharani di negeri Saba’.

Tindakan Sulaiman mencari burung Hud-hud dan bersedia menghukumnya menggambarkan keprihatinan Sulaiman terhadap setiap individu tenteranya. Selepas Sulaiman mendengar penjelasan burung hud-hud, dia tidak ‘menyerang balas’ burung Hud-hud tetapi segera direncanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu.

Ini sebenarnya seni kepimpinan seorang pemimpin bila berhadapan dengan kerenah orang yang dipimpin. Saya agak hairan bila Idris seperti tidak menguasai seni ini sedangkan dia adalah bekas TPJ Perak dan Timbalan Ketua DPP Pusat.

Mengapa Idris tidak meletakkan dirinya di tempat Sulaiman dengan menganggap penting semua maklumat yang disampaikan dan seterusnya merencanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu? Perlukah Abdul Aziz ‘diserang’ kembali?

Pemimpin tidak tahu semua perkara. Tidak semestinya orang yang berada di atas nampak semua benda. Dia mungkin nampak gajah yang berjalan tetapi dia tidak nampak semut yang merayap. Sulaiman adalah seorang nabi, menerima wahyu, tenteranya tidak terbilang, tetapi baginda ‘terlepas pandang’ terhadap isu di negeri Saba’.

Bila burung Hud-hud tampil dengan maklumat sebegitu besar, Sulaiman sangat berlapang dada menerimanya. Walau pun, secara zahirnya maklumat itu mencabar wibawa Sulaiman, yakni, bagaimana seorang nabi ‘tidak tahu atau tidak peka’ terhadap kekufuran seorang maharani?

Pemain bolasepak tidak tahu semua perkara. Kadang-kadang penonton lebih tahu apa yang patut dibuat oleh pemain berbanding pemain sendiri. Apa salahnya pemain menerima idea dan kritikan penonton itu? Jangan bimbang, penonton yang mengkritik pemain itu tidak akan menggantikan tempat pemain.

Ahli akademik memang sebahagian kerjanya adalah di bilik berhawa dingin. Walau pun mereka tidak turun ke medan tetapi mereka mendapat akses terhadap maklumat daripada sumber yang banyak dan berwibawa. Ibarat seorang jurutera, dia tidak perlu setiap jam berada di tapak pembinaan. Dia hanya mendapat maklumat sahaja daripada mandur yang dilantik. Dengan maklumat itu dia boleh membuat tanggapan, analisa dan keputusan.

Saya sangat berharap, pemimpin terutamanya pemimpin kanan PAS lebih berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Apa salahnya, walau pun Idris tidak berupaya berterima kasih dengan dengan pandangan Abdul Aziz itu, dia mengeluarkan kenyataan menyambut baik pandangan itu.

Bukankah itu lebih manis? - Zolkharnain Abidin

Berundur sebelum terlanjur - Nizar news

1 org komen

Politik itu persepsi. Kekadang rakyat dikelirukan antara pemikiran politik dan pemikiran parti politik. Bahkan tidak semua pemimpin parti politik memahami maksud politik. Tetapi sejak era reformasi lebih kurang 10 tahun yang lalu, rakyat semakin faham akan peranan parti politik dalam politik Malaysia. BN semakin lemah. Tidak pernah UMNO mengemis melutut sebegitu rupa memohon simpati rakyat. Tidak pernah PAS mengecapi kejayaan yang begitu besar dalam pilihanraya. Tidak pernah terbayang yang PAS dan DAP boleh berkawan melalui orang tengah PKR.

Semuanya ini berlaku dalam tempoh 10 tahun. Rakyat bertambah yakin dengan gandingan yang dinamakan PR. Rakyat dengan tidak berkira sangat tentang latar belakang agama dan bangsa telah bersepakat menyetujui yang DSAI sebagai PM selewat-lewatnya pada PRU 13.

DAP melangkah gagah dengan berjaya menidakkan pengaruh MCA dan Gerakan. PAS juga telah berjaya mentarbiahkan pengikutnya supaya selesa mengundi calon bukan Islam. PKR pula berjaya menambat hati penyokong UMNO dan MIC untuk mengundi PKR, PAS dan DAP. Inilah kejayaan yang tidak boleh dinafikan. Kesannya, UMNO amat gentar untuk menghadapi PRU 13. UMNO mula memperlihatkan bahawa UMNO itu sebuah parti yang mahu memahami citarasa rakyat. UMNO mula melakukan perubahan demi perubahan. Dan yang menarik, pimpinan utama PAS terus menyalak dan menganggap perubahan ini sebagai gimik.

Di ketika UMNO sedang merawat lukanya, PAS mula menunjukkan simpati. Bahkan beberapa pimpinan utama PAS telah berjaya diperangkap oleh UMNO. Rakyat marhaen bertambah hairan apabila pemimpin-pemimpin ini masih terus degil dan sombong tanpa meminta maaf di atas ketelanjuran mereka. Bahkan suara dan pidato mereka semakin berbelit-belit seperti UMNO. Tahniah kepada UMNO kerana dalam sakit masih mampu menghuru-harakan PR melalui PAS.

Saya berpandangan, jikalau Presiden PAS sayangkan masa depan PAS, silalah berundur. Pendekatan politik di Malaysia hari ini tidak sama dengan pendekatan politik 20 tahun yang lalu. Pemimpin politik harus terus segar dan sentiasa bersedia dengan pemikiran yang sesuai mengikut suasana semasa. TGNA di Kelantan walaupun telah lanjut usia, pemikiran dan ketajaman akalnya lebih hebat daripada Tuan Presiden. Tidak malukah Tuan Presiden yang berbadan besar diherdik oleh seorang tua yang bertubuh kecil?

Kami rakyat marhaen mengharapkan PR memerintah Malaysia. Tidak ada gunanya PKR dan DAP kuat jikalau PAS tidak bersama. Bermakna, selagi Presiden PAS terus degil untuk mengungguli kerusi presiden, bukan PAS sahaja yang sakit, tetapi PKR dan DAP juga akan demam menghadapi UMNO.

Janganlah Presiden PAS menjadi seperti Samy Vellu yang mahu mati sebagai Presiden MIC. Jadilah seperti Pak Lah yang berundur sebelum UMNO merempat. Jadilah pesara politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Biarlah PAS disusun semula. Apakah PAS milik ulama? Apakah tokoh-tokoh lain seperti MB Nizar dan Husam Musa tidak boleh memimpin PAS? Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh diharap untuk menjadi Presiden PAS yang baru? Tetapi jikalau Nasharudin Mat Isa dan Nasrudin Tantawi masih mahu bertanding dan menang pula, usahlah diharap lagi yang PR akan memerintah Malaysia pada PRU 13.

Saya bukan ahli PAS yang aktif. Saya bukan perwakilan atau pemegang jawatan dalam PAS. Saya adalah pengundi biasa yang hanya menyumbang satu undi untuk PR. Mungkin satu undi saya ini tidak diperlukan oleh PAS. Maklumlah PAS disokong oleh rakan barunya UMNO! -Dango Mamamat

Kita pakat swastakan PAS - Nizar news

0 org komen

Syarikat yang berdaya maju, seelok eloknya diswastakan. Tang tu, aku setuju betul. Kalau swastakan syarikat tak berdaya maju, sama la dengan membeli laptop RM42 ribu. Bangang namanya.

Camana dengan parti? Boleh tak kita swastakan?
Kalau Muktamar yang TGNA nak buat tu tak jadi .. aku cadang PAS di swastakan. Amacam?

PAS ni .. parti yang berdaya maju. Tu pasal ada malaon- malaon yang dok meeting kat Oversea berminat sungguh pada PAS. Sekarang struktur dan susun canteeekkk. Maklumlah kira undi pun waktu malam. Demokrasi PAS, kira undi waktu orang tengah tidur. Tak menang tak tau la. Wakakak ..

Jadi benda yang berdaya maju macam PAS ni .. elok la di swastakan.
Setiap ahli boleh ditawarkan syer. Kalau tak nak syer boleh offer kat sedara mara. Orang tak panggil 'pink form' tapi 'green form'.

Ahhh .. kalau syer hari ni RM1 ... 10 tahun lagi mungkin boleh naik RM24. Kalau aku ada 10 lot syer .. Aku kaya !
Dapat lah aku beli banglow macam member aku si Nasha kat Bangi tu .. yahooooo .. .. !

Biasanya, lepas syarikat diswastakan, minta gran, minta loan. Apa produk PAS? Hah .. ceramah. Kita naikkan harga ceramah. Harga Borang Ahli. Baru dapat untung. Kalau PAS dah hancur nanti, kita suruh Dana Harta take over.

Setuju?
Tak sangka aku sebijak ini. Tentu sejuk perut ibu masa ngandungkan aku dulu.

wartamaya

Saturday, October 24

Alahai Pakatan - Nizar news

1 org komen

Apa kabar? Sihat lah rasanya kan. Kalau tak sihat tak boleh lah nak ngadap laptop/pc ni kan. Kalau yang tengah kerja, selamat bertugas dari pak awang, kalau yang tak kerja macam pak awang (yang dah pencen ni) ni buat lah apa-apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri, kaum keluarga, pada masyarakat setempat dan pada sesiapa saja yang dirasakan memerlukan pemerhatian atau pertolongan kita. Jadikan lah masyarakat sekeliling kita sebagai kaum keluarga kita, tak kira dia cina ka, india ka, mat salleh ka, siam ka atau sesiapa saja.

Ni la pak awang duk tengok dalam sehari dua ni macam kalang kabut sikit dalam Pakatan Rakyat ni, baik PAS mau pun PKR. Yang diam mungkin DAP. Depa ni nampak rilex, tak dak apa kes yang boleh disabitkan setakat ni. Bab PKR pun rasa pak awang dah setel kot. Setakat ni tak dak lagi kenytaan-kenyataan panas dari pimpinan mereka mengenai kes Pengerusi PKR Sabah. Nak kata berebut pun tak juga kot. Cuma salah perhitungan dipihak pemimpin atasan. Tak pa lah kalau dah selesai bagus sangat lah.

Bukan apa pak awang kesian tengok pada pemimpin-pemimpin politik kita ni. Kadang-kadang nak kata depa tak sekolah, tak patut sangat. Masing-masing belajar tinggi, tapi bila mai tang bab nak ambik hati rakyat depa macam tak berapa nak reti. Yang depa duk pulun hanya pasai jawatan, pangkat. Depa macam tak tau nak mententeramkan keadaan. Sikit-sikit bercakaran. Awat depa ingat rakyat kat bawah ni tak tau ke keadaan depa kat atas sana. Jangan la duk buat perangai macam tu. Nawaitu nak kena betul.

Ni pasai jawatan Pengerusi PKR Sabah. Pak awang dah tulis dua tiga hari lepas dah. Jadi tak payah pak awang ulang lagi. Cuma pak awang nak pesan apa-apa pun kita kena ikut kehendak ramai. Bagi saja pada sesiapa yang mendapat sokongan, bukan pada seseorang yang nak "syok sendiri". Ingat, untuk menang pilihanraya, macam semua kita berharap, hanya lah dengan sokongan orang bawahan, pengundi, rakyat bukan dengan pemimpin yang punya kuasa. Walau sebesar mana kuasa kita ada pun, tapi rakyat tak suka, tak jadi jugak. Ingat tu ya. Jangan dok asik nak jawatan tinggi, tapi sokongan tak dak. Kalau itu lah yang diharapkan, nawaitu kita dah tersasar, bukan nak sokongan rakyat, tapi nak kembongkan poket. Dapatkan sokongan dulu, kerana ianya penting.

Tak pa kita tengok lepas ni siapa yang akan menggantikan YB Azmin selaku Pengerusi PKR Sabah. DSWA akan umumkan Pengerusi baru. Semalam pak awang ada terbaca tapi tak ingat tang mana kata besar kemungkin Dr Jeffry Kitingan akan mengambil alih jawatan tersebut. Kita tak kisah siapa, yang pasti ianya mendapat sokongan padu dari semua.

Dalam pada krisis YB Azmin di Sabah ni hampir nak selesai, tiba-tiba meletup pula krisis terbaru PAS. Sebenarnya bukan kes baru, Kes ini sebenarnya adalah lanjutan dari krisis dalaman PAS sejak akhir-akhir ini, antara puak TGNA atau kumpulan Edrojan dengan kumpulan Ulama' yang di ketuai TGHH, yang pro UMNO. Persegeran itu nampaknya sudah sampai ke kemuncak nya apabila TGNA semalam telah mengeluarkan kenyataan meminta agar di adakan EGM atau Perhimpunan Agung Luar Biasa bagi memilih pimipinan baru PAS. Bagi pak awang, tak semudah itu TGNA nak meminta diadakn EGM kalau situasi dalaman masih lagi boleh diperbetulkan.

Ini yang pak awang kata nawaitu kita kena betul. Niat suci di hati. Apa yang kita cari. Jawatan atau betul-betul nak memperjuangkan parti. Islam atau rakyat. Kenapa mesti ada pemimpin pro UMNO dalam PAS? Apa yang mereka cari sebenarnya. Apakah kerana ada jalan-jalan yang konon nya cerah untuk jawatan yang di inginkan, perjuangan parti diketepikan atau di lupakan dulu buat sementara. Hahahaha hangpa silap la ... Sebab apa pak awang kata silap?

Silap sangat la sebab depa dah tak ingat pada perjuangan asal parti, meletakkan Islam pada tempat yang sebaik mungkin. Sebaliknya depa lebih kepada jawatan. Konon nya kalau depa ni "team up" dengan UMNO ada yang boleh jadi jadi Menteri Besar, ada yang duk nampak nak jadi Exco dan macam-macam lagi dalam kepala hotak masing-masing. Pasai tu depa jadi macam ni. Otak depa dah dok nampak RM bukan Islam bukan rakyat lagi. Betul tak?

Hassan Ali, kalau dulu kemana saja bersongkok hitam, tapi baru-baru ni pak awang tengok songkok dah hilang, ingat kan pakai ketayap putih, tapi rupa-rupanya rambut dia yang putih ... Biar pi la nak jadi orang muda, dalam kepala duk nampak jawatan MB yang kononnya ditawar UMNO kalau depa join UMNO ... Nak tergelak pun ada pak awang ni dengan sikap Hassan Ali. Ceramah dia bukan main berapi-rapi, nasihat itu nasihat ini, tapi diri sendiri pun macam putar alam jugak rupanya ...

Ni hangpa ubah la pemikiran tu. Balik ke jalan asal, kejalan yang benar. Perjuangan untuk parti, untuk Islan bukan perjuangan untuk jawatan untuk kuasa atau untuk RM. Awat tak reti-reti sangat ni. Belajar masing-masing tinggi, tapi otak macam letak kat kepala lutut. Ingat lah PRU13 semakin hari semakin hampir. Buat la sesuatu yang boleh buat bagi orang ramai/rakyat/penyokong suka bukan asik nak bergeseran, bertelagah sesama sendiri. Rakyat meluat. Kalau ya nak jawatan, keluar PAS masuk saja mana-mana parti yang cepat dapat jawatan. Senang cerita. Tak payah nak sibuk-sibuk dalam PAS ni, bukan hangpa saja yang rosak, parti juga terbabit sama ...

Tolong jangan rosakkan PAS dengan perangai hangpa tu ...

Kita tengoklah nanti samaada EGM dapat diadakan atau tidak dan tengoklah nanti siapa yang akan ditendang keluar ... TGNA dah kata, "kalau nak berpecah pun, pecah lah apa nak buat" ...

Wassallam ...

oleh Pak Awang
Related Posts with Thumbnails