Monday, November 30

Lagi bukti OSA disalahguna

0 org komen
Bukit Antarabangsa: Jangan biarkan Pusat bersembunyi di belakang OSA

SHAH ALAM, 30 Nov: Kerajaan Negeri Selangor tidak bersedia untuk membenarkan Kerajaan Pusat bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan terus menafikan hak penghuni Bukit Antarabangsa dan orang ramai bagi mendapatkan maklumat sebenar berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan bagi memboleh maklumat itu didedahkan sepenuh.

"Pada masa sama, pihak perundangan Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen tersebut sekiranya Kerajaan Pusat terus menafikan permohonan Kerajaan Negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Khalid memaklumkan, kerajaan negeri telah mengeluarkan laporan mengenai kejadian tanah runtuh itu dari dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Namun, pihak kerajaan pusat membantahnya kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka bukannya kerajaan negeri.

Sehingga kini, laporan akhir kajian tentang punca kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa belum pun didedahkan kepada umum.

Ekoran itu Kerajaan Selangor berasa sangat kecewa kerana hasratnya untuk mengubah status laporan tersebut (to declassify) tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri dan agensinya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudahpun menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet Kerajaan Pusat memohon kebenaran untuk mengeluarkan laporan kepada umum tetapi sehingga hari ini, belum menerima jawapan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menegaskan pendiriannya sekali lagi bahawa Kerajaan Pusat mesti mendedahkan laporan tersebut demi kepentingan umum, terutamanya kepada penghuni Bukit Antarabangsa.

Laporan tersebut yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit Kementerian Kerja Raya, dilaporkan sudahpun diserahkan kepada Majlis Perbandara n Ampang Jaya pada September lalu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Hanya pada November ini Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai laporan tersebut.

Oleh sebab laporan itu menyentuh isu tanah, iaitu dalam kuasa undang-undang Kerajaan Negeri, maka Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2009, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar menurut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen tersebut (to declassify the document).

"Dengan ini diberi penegasan di sini bahawa Ahli-Ali MMKN (EXCO) bersetuju mengambil tanggungjawab penuh terhadap keputusan pengubahan status laporan tersebut.

"Pegawai-pegawai lain Kerajaan Negeri pula tidak dilibatkan dalam usaha membuat keputusan tersebut, dan dengan yang demikian, mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Maka dalam hal ini, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang- undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini," kata Khalid dalam kenyataannya.

Kerajaan Negeri, katanya, sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai. (Harakah)

Saturday, November 28

Aku rasa makin semak

0 org komen

Aku rasa semakin semak. Terutama selepas terbaca blog Pak Bakaq disini. Aku nak marah kat Pak Bakaq pasai gatai tangan pun tak boleh jugak, yang aku pi gatai baca dongengan dia tu buat hapa.

Ingatkan Aidiladha dapat memenangkan kita melawan nafsu syaitan.. rupanya jauh lagi. Ingatkan Aidiladha ini dapat menenangkan hati selepas beribadah korban.. rupanya belum lagi.

Nik Aziz kata ada konspirasi nak jatuhkan dia sebagai MB, nama yang dia kenenkan ialah 'Kolonel Mat' Nasib baik ada YB Fatah Harun tolong cerita sapa dia 'Kolonel Mat'. Betoi aku pun tak tau sapa dia. Baru hari ni aku tau, mantik sungguh TGNA berbicara depan wartawan.

Tapi yang Kickdefella dok cerita ni 'Kolonel Mat' mana?

Friday, November 27

Noordin masih Top dalam senarai merah Interpol

0 org komen
NEW DELHI: Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara, sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lepas.

Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki ini disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.

Nama Noordin, yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.

Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Interpol terhadap Noordin, yang lebih dikenali sebagai Mat Top.

Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti seperti AlQaeda atau Taliban.

Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.Noordin, yang berasal dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan AlQaeda, dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia iaitu letupan di di Hotel JW Marriot pada 2003, Kedutaan Australia setahun kemudian, letupan bom kedua di Bali pada 2005 dan letupan bom di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada Julai lepas. mStar

Hari hari akhir ketuanan Melayu (KETUM)

0 org komen
LARANGAN SERTAI KURSUS BTN SEKAT KEBEBASAN PELAJAR : GPMS - mStar

Tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi, kata Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh.

Beliau berkata kerajaan Selangor yang kononnya menyokong demokrasi sepatutnya membenarkan pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain.

"Jangan heret mereka ke kancah politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini ekoran pengumuman mengenai larangan itu yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali semalam.

Selain pelajar, penjawat awam negeri dan kakitangan anakanak syarikat negeri juga tidak dibenarkan menyertai program BTN berkuatkuasa serta-merta dengan alasan kononnya ia satu saluran doktrinasi politik Barisan Nasional.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… TOLONG TANYA APA DASAR GPMS TENTANG AUKU….kah kah kah..

kah kah kah… KALAU BENAR GPMS PRO DEMOKRASI….APA DASAR TENTANG ISA?.... kah kah kah..

woit… BTN…. INI FASCIST DAN RACIST….kah kah kah…

woit…. DI SINI LAH SARANG KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…

woit…. DISINI LAH GUDANG YANG MENGAPI API KAN DASAR PERKAUAMAN… kah kah kah…

nota:
hanya pelajar yang ngoook
yang pergi kursus btn
hanya pelajar yang tak boleh befikir
yang pergi kurus btn
tapi itu pun tak lama
mereka bosan dengan lagu anak anak kecil bermain api
negeri kaya di milik orang

negara ini kaya tapi mahathir sudah songlap 100 bilion tak bising
tanah kampong berembang di rampas oleh cukung tak bising
tanah kampong chu badak di rembat oleh cukong tak bising
hakim hakim disusun oleh linggam dan vincent tan tak bising.

nota:

letih bercakap dengan melayu bodoh (TT)

BTN tolak sistem demokrasi berparlimen

0 org komen
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Biro Tata Negara (BTN), kursus yang akan mewujudkan sentimen perkauman dan menolak sistem demokrasi berparlimen.

Katanya sistem ‘check and balance’ tidak lagi menjadi amalam dalam BTN kerana ia tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menilai.

BTN juga dikatakan melahirkan sikap prejudis kepada pembangkang sehingga dianggap musuh negara.

“Kalau digambarkan pembangkang sebagai musuh negara maka itu akan menjejas peranan pembangkang dalam usaha melakukan semak dan timbang ini. Dan ianya akan memberikan gambaran, rakyat yang patriotik, mesti patuh kepada semua kehendak pihak yang memerintah” ujar Khalid.

Semalam kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan melindungi penjawat awam di negeri itu dan penuntut-penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri.

Bercakap kepada TvSelangor, Khalid berkata, beliau sebulat hati menyokong keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.

Ujarnya BTN adalah platform kepada kerajaan untuk menyemat prinsip kepada generasi muda dan kaki tangan kerajaan tentang keburukan parti pembangkang dengan melabelkan parti-parti ini sebagai agen negara asing.

“Maka segala kritikan dan sebagainya tidak akan dilihat dari sudut yang positif, tetapi dilihat sebagai seolah-olah agen kuasa asing dan sebagainya. Dan inilah yang dilakukan oleh BTN sekarang ini”

Malah ujar beliau, masyarakat di negara ini dipinggirkan hak mereka dari dahulu lagi untuk menilai mana yang benar dan salah.

“Masalah kita ini, negara Malaysia ini ialah kita mewarisi satu sistem satu pemerintahan tanpa memahami selok belok dan rasional di sebalik sistem tersebut”

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron turut menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai BTN suatu ketika dahulu.

“Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. Apabila besar nanti,kamu nanti bila sudah besar, mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita”. GB

Thursday, November 26

Musnahnya impian musuh PAS

0 org komen
NIK AZIZ, ARIFF FAHMI DAN HUSAM MUSNAHKAN IMPIAN MUSUH PAS



Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, kemelut di Kelantan boleh dikatakan berakhir. Cuma, yang masih belum berakhir adalah kisah Kickdefella. Biarkan beliau dengan cerita-ceritanya, begitu juga biarkan SPRM dengan siasatannya. Tumpuan kita adalah ingin melihat PAS terus kuat di Kelantan. Umno pula tentunya ingin melihat PAS menjadi semakin lemah di Kelantan kerana jika PAS lemah di Kelantan, maka lemah jugalah PAS di Malaysia. Itu hakikatnya.

Jika sebelum ini dikatakan Ariff Fahmi selaku CEO PMBK bakal membuatkan imej PAS tercalar dan memburukkan nama Mursyidul Am PAS iaitu bapa mertuanya sendiri, nah, kini Ariff Fahmi akan berkorban agar tidak berlaku sedemikian rupa. Ariff Fahmi akan meletakkan jawatan bukan kerana beliau disabitkan dengan rasuah mahupun penyelewengan atau pun gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, tetapi kerana beliau sayangkan PAS. Tok Guru Nik Aziz pula bukan tidak sayangkan menantunya, tetapi beliau lebih sayangkan PAS. Husam Musa pula, beliau tidak meletakkan jawatan sepertimana kehendak Umno atau beberapa orang di dalam PAS termasuk penulis MSO, bukan kerana beliau sayangkan jawatan yang dipegangnya sekarang tetapi kerana beliau lebih sayangkan PAS.

Tetapi, adakah mereka yang ingin melihat Ariff Fahmi atau Husam meletakkan jawatan itu terlalu sayang pada PAS melebihi sayangnya Tok Guru Nik Aziz pada PAS? Wallahu Aklam, Allah jua yang mengetahui niat mereka. Tidak kiralah samada ada yang suka atau duka melihat perkembangan yang berlaku di Kelantan saat ini, yang penting ketiga-tiga insan ini iaitu Tok Guru Nik Aziz, Husam dan Ariff Fahmi telah membuatkan Umno kehilangan `senjata' yang baru hendak diasahnya itu. Pedulikan jika ada ahli-ahli PAS yang lain juga se`mazhab' dengan Umno yang mahu Umno memerintah Kelantan.

Apa pengajaran dari peristiwa ini? Pengajarannya mudah, iaitu tiada yang lebih tinggi nilainya melainkan pengorbanan untuk parti dan jemaah. Tok Guru telah lakukan itu, Husam dan Ariff Fahmi juga telah melakukan itu semua. Kini, kita masih menunggu ada atau tidak pemimpin PAS samada di Selangor atau di mana jua yang sanggup melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS atau setidak-tidaknya seperti Ariff Fahmi. Setakat ini kelihatannya tiada. Berdayakah mereka yang pernah `berunding dalam kelambu' bersama Umno di Selangor suatu ketika dahulu untuk berbuat seperti ketiga-tiga insan itu tadi? Rasanya jauh panggang dari api. Siasatan terhadap mereka oleh Jawatankuasa Disiplin PAS pun kita tidak tahu perkembangannya. Sepi tanpa berita.

Apa yang berlaku di Kelantan menunjukkan Mursyidul Am PAS tidak bertolak ansur jika imej PAS tercalar. Oleh sebab itulah beliau amat marah jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bertindak seperti ingin menghancurkan PAS. Secara peribadi, tahniah buat Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi dan Husam kerana ketiga-tiga mereka ini telah bertanggungjawab `menyapu' najis ke `wajah Umno dan yang se`mazhab' dengannya. Umno pasti tumbang bersama sekutunya, InsyaAllah.

PM boleh, menteri dok kaji

0 org komen
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Parlimen hari ini menyaksikan 'pertembungan' antara pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu kebenaran perhimpunan aman.

Perkara itu tercetus apabila Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang meminta Mneteri Dalam Negeri menyatakan bilakah pihak Kementerian akan membenarkan perhimpunan aman diadakan di tempat yang selesa dan selamat seperti di stadium atau seumpamanya bagi mengimbangi keperluan hak untuk berhimpun dan kepentingan keselamatan awam.

Bagaimanapun bagi pihak kementerian Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN- Masjid Tanah) menjelaskan ianya sedang dikaji kerana ianya melibatkan pelbagai pindaan akta antaranya akta polis.

Tidak puas hati dengan jawapan itu, Mujahid mengkritik tindakan kerajaan yang sentiasa menggunakan istilah 'kaji' dan mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan kebenaran itu.

"Dah lama dah dengar perkataan kaji, kaji ni. Yang kita nak tau bilakah...dan sediakan tempat selesa untuk demonstarsi aman," katanya.

Sementara itu turut mencelah ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP- Beruas) yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini tentang perhimpunan aman.

"PM kata boleh guna stadium tapi bila Pakatan Rakyat Perak nak buat perhimpunan aman di stadium tidak dibenarkan!" katanya mendapat sorak-sorai sokongan daripada rakan-rakan ahli parlimen yang lain.

Ogos lalu, Najib selepas berlangsung Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan lebih 100,000 peserta telah mengumumkan kerajaan bersedia untuk membenarkan tempat awam seperti stadium digunakan bagi mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Kenyataan Najib itu menunjukkan kelemahan kerajaan Umno dan BN dalam memahami erti kemerdekaan dan demokrasi.

Ini dapat dilihat, selama ini parti pembangkang bukan hanya dihalang dari menggunakan premis-premis awam untuk program penerangan parti seperti ceramah, dialog mahupun perhimpunan aman, lebih dukacita menggunakan premis awam untuk kegiatan-kegiatan sosial seperti hari keluarga, kempen kemasyarakatan,derma darah dan gotong-royong. (Harakah)

MB Kelantan yang baru

0 org komen

Itulah topik panas yang menemani kita menyambut Aidiladha kali ini.

Persoalan tentang siapakah pengganti TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan tetiba timbul dan panas. Selepas 19 tahun menggepalai kepimpinan pentadbiran negeri Kelantan, TG Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mula membayangkan barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.

Kerusi panas MB Kelantan ini menjadi perhatian adalah kerana kewibawaan dan personaliti TG Nik Aziz sendiri. Beliau telah meletakkan satu level yang tinggi kepada bakal penggantinya. Oleh itu, sebarang nama yang dikaitkan dengan kerusi panas ini wajiblah dihiasi perawakan terpuji. Walaupun mungkin tidak setanding kewibawaan TG, tetapi tidaklah jauh ketinggalan dari level yang telah diletakkan oleh TG Nik Aziz.

Sejak sekian lama, nama nama yang disebut-sebut sebagai bakal pengganti beliau ialah bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob.

Bagaimanapun Datuk Husam hari ini dilaporkan berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat. Tidak sukar menelah apa yang bermain dikepala Datuk Husam ketika menolak cakap cakap tentang tawaran ini setelah beberapa kemelut yang melanda politik Kelantan dewasa ini. Apakah mungkin beliau menyedari musibahnya mendaki tanpa sokongan kukuh merupakan antara faktor penyebab kepada keputusan Datuk Husam ini?

Kini tumpuan pastinya beralih kepada Datuk Ahmad Yaakob yang lebih senior dari segi hiraki didalam kerajaan dan parti. Selain jawatannya sekarang sebagai Timbalan Menteri Besar, beliau juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan dan disegani kerana ketokohan ulama serta tidak dicemari pelbagai isu kontroversi.

Selain Ahmad dan Husam, Mohd Amar juga turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah merupakan Pesuruhjaya PAS III Kelantan selain dari menjawat jawatan Exco dalam kerajaan negeri Kelantan.

Keadilan hanya untuk Hindraf?

0 org komen

Seramai 18 orang ahli Hindraf hari ini mengadakan mogok lapar tepat jam 9.15 pagi di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan, S.Jayathas berkata, 18 individu berkenaan mewakili 18 permintaan masyarakat India kepada kerajaan yang dibuat pada dua tahun lalu namun masih belum mendapat sebarang jawapan.

Mereka berhimpun seawal jam 9 pagi di perkarangan menara KLCC. Bagaimanapun, pada jam 10.15 pagi berlaku kekecohan apabila polis cuba menghalang tiga orang peserta mogok lapar dari menghampiri pintu masuk mercu Negara itu.

Bagi mengelakkan polis menahan mereka dibawah Akta Polis yang melarang perhimpunan lima orang dan lebih, kumpulan Hindraf ini berpecah kepada beberapa kumpulan kecil tidak melebihi empat orang di serata KLCC.

Tepat jam 1.20 petang, Pemimpin Hindraf, P Utayakumar dan Pengerusinya M. Manoharan datang bersama 10 kanak-kanak untuk menyampaikan bunga kepada 18 peserta mogok berkenaan.

Pemogok-pemogok ini disuraikan secara aman pada 1.45 petang.

Uthayakumar berkata perhimpunan ini adalah bagi memperingati 18 tuntutan yang dikemukakan Hindraf kepada kerajaan Malaysia.

Tuntutan itu menuntut pemerintah untuk tidak menindas masyarakat India kelas bawahan.

Menurut Uthayakumar, Hindraf akan menyampaikan memorandum kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Putrajaya menggesa kerajaan duduk semeja dan berdialog bersama mereka.

“Saya minta Najib untuk memanggil kami bagi mengadakan dialog. Kami tiada memorandum lagi kepadanya dan kami minta dia mengadakan sesi dialog. Kami hendak tahu apa tindakannya terhadap 18 permintaan kami,” katanya.

M Manoharan, yang juga Adun Kota Alam Shah berkata masyarakat India juga berhak kepada hak-hak kewarganegaraan sepertimana yang kaum lain di Negara ini.

Beliau meminta kerajaan sedia ada memberi perhatian khusus kepada kesan kegagalan pemerintah sebelum ini memberi perhatian kepada maslahat masyarakat tertindas.

“Kami hendak tahu kenapa masyarakat India dilayan dengan teruk oleh kerajaan. Itu tujuannya, perit untuk melihat masyarakat India menderita,” katanya. - GB

Puncak Niaga ni sapa?

0 org komen

S'gor berentap lagi dengan Puncak Niaga

Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap kenyataan syarikat pengurusan air Puncak Niaga yang mengumumkan keuntungan berlipat kali ganda, antaranya hasil bayaran ganti rugi kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berkata Selangor tidak akan membuat pembayaran ganti rugi itu kepada Syarikat Bekalasan Air Selangor (Syabas), anak syarikat Puncak Niaga, apabila enggan menerima tarif baru bekalan air.

Beliau mengulas keuntungan bersih Puncak Niaga yang diumumkan semalam sebanyak RM46.7 juta daripada dua sumber hasil utama, peningkatan pendapatan akibat kenaikan harga air dan ganti rugi daripada kerajaan Selangor.

"Kerajaan negeri berpendapat kenyataan Puncak Niaga semalam adalah satu overstatement of profit (anggaran berlebihan berhubung keuntungannya) dan syarikat itu perlulah bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya dalam isu ini," kata Abdul Khalid di sidang media selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri juga tidak akab bertanggungjawab ke atas laporan yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga mengenai peningkatan keuntungan tersebut."

Dalam sidang media itu juga, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor tidak pernah mempersetujui kenaikan tarif air oleh Syabas, pada April lalu.

"Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) – syarikat milik kerajaan yang menjadi wakil Selangor – amat konsisten dalam menyatakan bahawa Syabas perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri dalam menentukan tarif air.

"Oleh kerana tiada persetujuan dalam hal ini, maka isu ganti rugi tidak timbul," katanya.

Menurutnya lagi, Selangor kini dalam proses rundingan dengan kerajaan persekutuan dan syarikat konsesi air dan berharap agar dapat mencapai penyelesaian yang akan memanfaatkan seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Malaysiakini

Wednesday, November 25

Hassan Karim sertai PKR

0 org komen

Kemasukan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Hassan Abdul Karim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi makna baru kepada perjuangan parti.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat.

“Kemasukan Hassan Karim haro ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

“Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap".

“Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor" tambahnya lagi.

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR.

Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini.

“Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor”

Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak.

Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu. - GB

Malunya jadi pekerja NST

0 org komen
Bila aku terbaca berita tentang NST yang diarah membayar RM100,000 pada Anwar disini, timbul pelbagai rasa menggelojak dijiwa. Memang dari satu segi ia merupakan kemenangan manis buat Anwar dalam membersihkan namanya dari fitnah.

Tapi kekotoran imej dan kerosakan persepsi yang terhasil dari fitnah ini terhadap reputasi Anwar sejak tahun 2002 lalu hingga sekarang rasanya tak tertebus dengan wang yang diarah bayar iaitu RM100,000 pada Anwar.

Tidak dinafikan, Mahkamah Tinggi telah memainkan peranan dalam menghakimi kes menngikut ruang lingkup mereka lalu hari ini mengarahkan NST membayar gantirugi kepada DS Anwar Ibrahim. Tetapi Mahkamah yang sama tidak dapat secara serta merta membersihkan kekotoran yang terbina selama 7 tahun itu. Walau sedikit membantu, tapi kerosakan yang telah terhadam selama ini tidak mudah untuk dibaiki simangsa.

Banyak lagi mangsa fitnah berlesen ini selain dari Anwar sendiri. Sebelum ini kita juga dapat lihat kemenangan Dato Mahfuz Omar dan Datuk Mustafa Ali dalam kes saman fitnah pada akhbar yang sama.

Pendekatanya, sampai bila perkara keji ini dibiar berleluasa. Bebas memfitnah semahu dan sesuka hati mereka. Kita tahu, setiap sen yang dibayar akibat dari kekalahan kes kes ini, dananya telah lama tersedia oleh tokey tokey yang sememangnya mempunyai agenda tersendiri melihat kesatuan dalam Pakatan hancur. Fitnah dihalalkan asalkan imej pimpinan Pakatan dapat dirosakkan.

Apakah benar bagai dikata, wartawan akhbar penjilat yang berjaya mengeksploitkan isu isu panas pimpinan Pakatan bakal menerima imbuhan besar akibat dari kepintaran mereka mengekspoitkan isu? Apakah begini caranya wartawan dunia moden mencari makan dengan memfitnah sesuka hati tanpa ada batas dosa dan pahala?

Walhasil dari kekalahan akhbar pengampu dan penipu ini amat mengaibkan sebenarnya. Lebih memalukan lagi anda sudah dilabel sebagai akhbar yang tiada intergriti dalam laporan. Pembaca pembaca anda hanya membaca sekiranya akhbar hanya diberi secara percuma. Lebih hiba buat wartawan yang terbabit. Percayalah, penjilat hanya boleh aktif ditempat tempat tertentu yang terhad tetapi kewibawaan jua yang boleh dan mampu terjual dimana mana.

Muhyiddin dah jeles

0 org komen
Muhyiddin dah mula jeles bila Tengku Razaleigh dilaporkan bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang dibentuk oleh Pakatan.

Muhyiddn pulak dah mula seakan akan mengajar itik berenang apabila meminta anggota Parlimen Gua Musang itu meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu. Tentu tak susah dijangka kenapa Muhyiddin bersuara seakan akan jeles begini. Selain dari ketakutan yang amat sangat kesan dari tindakan Ku Li terhadap lanskap politik negara, ia juga bakal menyerlahkan ketelusan Pakatan dalam penyelesaian sesuatu isu nasional. Tentu ini banyak menguntungkan Pakatan dari segi politiknya.

Ku Li bukan kecik anak. Dia lebih mengetahui sebab musabab mengapa beliau lebih baik mengetuai kaukus itu dari tercongok diluar. Selain Kelantan adalah negerinya, pengalaman lalu membuatkan Ku Li lebih diperlukan oleh badan bertindak seperti kaukus ini. Hasil mahsul dari keterlibatan Ku Li dalam kaukus ini bakal dikenang generasi mendatang, bukan saja di Kelantan malah disemua negeri negeri pengeluar minyak Malaysia. Bagaimana anak raja Kelantan ini berusaha sedaya mungkin bagi mengaut kembali royalti minyak yang sememangnya hak mutlak rakyat yang di rampok oleh tangan sang penguasa.

Sebagai rekod, kaukus ini ditaja oleh pihak Pakatan yang diketuai oleh DS Anwar sendiri yang berusaha keras bagi menuntut hasil royalti minyak khususnya di Kelantan.

Sah, tiada peluang buat OT di SPRM

0 org komen

Arahan dari Pengarah Bahagian Siastan, Datuk Mohd Shukri Abdul buat kakitangan SPRM jelas, pintu pejabatnya akan ditutup selepas pukul 5.30 petang.

Ini bermakna kesemua cawangan SPRM di seluruh negara akan menghentikan proses merekodkan kenyataan daripada saksi selepas waktu pejabat dengan segera dan ini berkuatkuasa pada Isnin lepas. Ini juga bermakna semua proses soal siasat saksi perlu bermula dan berakhir semasa waktu pejabat sahaja - iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

"Kami meminta orang ramai yang mahu membuat laporan atau memberikan kenyataan perlu datang ke pejabat SPRM awal pagi atau petang bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya.

Tambah Shukri, jika seorang individu membuat laporan pada petang hari Jumaat, kenyataan beliau akan hanya direkodkan pada hari Isnin atau hari bekerja keesokannya.

"Bukan kami tidak mahu melayan orang awam mengikut kesesuaian masa mereka, namun kita perlu melaksanakan perintah mahkamah yang melarang kami merekodkan kenyataan saksi selepas waktu pejabat," katanya.

Minggu lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Ariff Md Yusof mengisytiharkan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.

Tak dak lubang nak buat OT la lepaih ni. Alahai nasib badan..

Apa pulak dah ni

0 org komen

Apa pulak dah ni?

Mintak pihak KERAjaan cepat cepat la lakukan sesuatu bagi menghilangkan kebimbangan majoriti rakyat. Betoi ka minyak yang hangpa baru perkenalkan ni iaitu ROsmahNajib 95 boleh melingkupkan enjin kami? Bedebah betoi...

Minyak RON95 rosakkan enjin?

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan prestasi enjin.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) telah membangkitkan kualiti minyak tersebut yang diperkatakan banyak pihak sehingga terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin.

"Ada stesen minyak yang bukan Pteronas telah meletakkan notis bahaya terhadap minyak RON95 dan menyenaraikan jenis kenderaan yang boleh menggunakan minyak ini," katanya mendedahkan kepada Dewan Rakyat.

Manakala Hamim Samuri (BN-Ledang) menyatakan sekiranya minyak kuning (RON95) lebih efisien, maka adalah lebih baik hanya satu jenis minyak sahaja digunakan dan dicadangkan supaya minyak lain seperti RON97 ditarik balik.

Bagaimanapun, tanggapan pengguna terhadap penggunaan minyak petrol RON95 yang merosakkan enjin adalah tidak tepat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe yang menjawab solan tersebut.

Katanya sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

Kata Tan negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95.

"Di Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada minyak petrol yang dijual di stesen minyak Petronas iaitu Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak itu boleh merosakkan enjin.

Tan berkata sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap aspek penggunaan petrol RON95.

Beliau berkata dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.

Ketika menjawab soalan tambahan Johari mengenai terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin, Tan berkata kementerian tidak menyedari mengenai perkara itu.

"Pihak kementerian tidak sedar tentang hal ini, dan kita akan menghantar pegawai penguatkuasa kita untuk memeriksa semua stesen minyak khususnya daripada bukan Petronas," katanya. (Harakah)

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz

0 org komen


Azamin Amin 

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum. (Harakah)

Ku Li setuju

1 org komen
Ku Li Setuju Pengerusikan Kaukus Royalti


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju mempengerusikan kaukus petroleum bagi meneliti rang undang-undang mengenai petroleum yang akan dibentangkan dan dibahaskan pada sesi Parlimen kali ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan Razaleigh, bekas Menteri Kewangan mengenai persetujuannya untuk bersama kaukus itu.

"Saya dimaklumkan oleh beliau (Tengku Razaleigh) bahawa beliau setuju bersama kaukus ini dan kita cadangkan kaukus ini mewakili semua parti.

"Kita akan jemput wakil dari Umno dan MCA selain dari Pakatan Rakyat dan negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen di sini, hari ini.

Rabu lalu, pemimpin parti pembangkang yang mengadakan pertemuan dengan Razaleigh mahu beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kelantan. (sumber: GB)

Monday, November 23

Kearah kegemilangan era Mahathir

0 org komen

Gara gara jeritan ala ala orang utan dari 30 pemuda Umno, ceramah DS Anwar Ibrahim di Kulai, Johor dibatalkan. Nampak sangat la PDRM masih terus diperguna oleh UBN.

Menarik apabila Anwar mengulas kekesalannya dengan berkata:
“Walaupun kita minum teh tarik semeja dengan Najib ini tidak bermakna polis sudah tidak diperlukan oleh Umno, malah akan terus menjadikan polis sebagai perkakas Umno. Dan saya diberitahu oleh OCPD, tidak ada permit tidak boleh berucap,"

Elok la Anwar oi.. yang hang gagah dok layan dia tu buat apa. Hang bukan tak tau, team Najib tengah dok berusaha keras menggilap imejnya yang teruk dicalarkan oleh kelekaan era Pak Lah. Photo hang dok berposing melayan teh tarik ngan Najib telah dimanipulasi semahunya bagi menggambarkan keramahan dan betapa mesranya dia melayan ketua pembangkang yang telah banyak melakukan serangan peribadi malah tohmahan terhadapnya.

Perghh.. tak pepasal je, Najib nampak mulia dihati orang orang kampung. Tapi diwaktu yang sama, Polis telah dilacur semahunya, SPRM dicatur ikut suka hati, SPR dah jadi macam adik angkat depa dan mahkamah hampir lunyai dilempengkan. Dalam sengeh sengeh dan dalam diam diam, 1Malaysia telah terpacu kembali ke-era kegemilangan Mahathir menindas pembangkang.

Puak puak dalam Pakatan, pakat pakat la dok selak kain memasing, tunjuk habih apa yang tak sepatutnya ditunjuk.

KETUM atau Ketuanan Melayu

0 org komen
MCA adalah parti yang paling bangang sekali antara parti parti komponen BN.

Apa taknya, kemelut politik dalaman yang kian parah dalam MCA, yang telah memakan masa bertahun masih tak setel lagi. Tapi Muhyiddin hanya perlukan seminggu kekononnya nak cari formula penyelesaian krisis MCA nih.

Tak tau la tonik cap apa yang Muhyiddin nak pakai, tapi dulunya krisis yang melanda parti parti komponen depa hanya gunakan tonik cap keris saja. Dan hasilnya amat mengkagumkan. Kestabilan parti parti komponen BN hasil dari tonik cap keris ni telah dapat dinikmati kemakmurannya oleh 1Malaysia.

Tapi kini Muhyiddin pun tau, tonik cap keris dah tak semujarab dulu. Tonik cap keris atau nama saintifiknya KETUM atau Ketuanan Melayu dah tak laku. Sedikit demi sedikit parti parti komponen dah tak memberi respon yang baik. Mereka secara sedikit berhemah sudah mula memprotes kehadiran KETUM sebagai tonik. Dan dikabarkan juga, hasil dari penolakan yang kian merata dikalangan parti komponen dan juga rakyat khusunya, spesis daun KETUM juga telah mula diharamkan oleh pihak pasukan keselamatan.

Nasha masuk IJN

1 org komen
Nasharuddin dimasukkan ke IJN, mengadu sakit dada

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi kerana mengadu sakit dada ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat. Sumber

Jom tengok Penang pulak

0 org komen
Hangpa tengok macamana DAP tekel masaalah dalaman depa. Heboh sat saja bila akhbar penjilat terhidu, tetiba senyap balik bila pihak pimpinan campur tangan. Wala' depa pada pimpinan memang tahap tinggi la.

Ketua Menteri Perjelas Kedudukan Adun Sungai Puyu

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam menjelaskan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Puyu Phee Boon Poh tidak meletak kesemua jawatannya dalam DAP.

Beliau berkata Phee telah pun menarik balik peletakan jawatannya berikutan campur tangan beliau (Lim) dan terus memegang jawatan sebagai anggota jawatankuasa DAP negeri, naib pengerusi bahagian Bagan serta pengerusi cawangan Bagan Jermal.

Lim berkata terdapat kesilapan komunikasi dalam kalangan parti tidak lama dahulu tetapi perkara itu telah pun diselesaikan menerusi campur tangan beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa tidak berlaku sebarang kesilapan komunikasi antara beliau dan Phee.

Lim mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa Phee telah meletak kesemua jawatannya dalam parti di Pulau Pinang. BERNAMA

Sunday, November 22

Keadilan untuk Teoh - bedah siasat kedua selesai

0 org komen

Keluarga Teoh Beng Hock ketika dihadapan wartawan di Hospital Sungai Buloh setelah selesai bedah siasat kedua Teoh dijalankan.

Bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang Teoh Beng Hock di Hospital Sungai Buloh, mengambil masa kira-kira dua jam dan selesai dijalankan pada kira-kira jam 3.30 petang tadi. Keluarga mendiang Teoh dan dua adik beradiknya kelihatan ceria ketika ditemui petugas media, yang tidak dibenarkan menghampiri jabatan forensik di situ.

Saudara perempuan mendiang, Lee Lan berkata bedah siasat itu berjaya dilakukan dan keluarganya telah diberi taklimat mengenainya oleh pakar patologi Thai, Dr Porntip Rojanasunand. Bagaimanapun, Lee enggan memberi sebarang butiran sama ada terdapat bukti baru yang ditemui mengenai kemungkinan wujud unsur-unsur jenayah.

"Tungu bila inkues (Teoh) disambung 9 Disember," katanya sambil berkata beliau tidak pasti sama ada laporan bedah siasat akan diumumkan.


Ketika ditemui wartawan ketika hendak beredar dari hospital tersebut, Dr Porntip (kanan sekali) hanya berkata: "Tiada komen".

Mendiang Teoh ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Musalam di Shah Alam pada 17 Ogos lalu, sehari selepas dia disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM). Kerajaan kemudiannya mengarahkan diadakan inkues berhubung kematian mendiang Teoh dan keterangan Dr Porntip telah mendorong keluarganya meminta bedah siasat kedua dijalankan.

Dr Porntip memberitahu inkues tersebut bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mengesyaki 80 peratus kemungkinan kematian mendiang Teoh adalah homisid.

Pakar patologi terkemuka Thai itu yang bertugas dengan Jabatan Kehakiman negara itu, hadir memantau bedah siasat hari ini bagi pihak kerajaan Selangor.

Manakala SPRM pula mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Venezis yang terkenal dengan siasatannya terhadap kematian Puteri Diana.

Mayat mendiang Teoh digali semula dari tanah perkuburan di Semenyih semalam dan saudara perempuannya berkata keluarga merancang untuk mengkebumi semula mayat mendiang esok. Bedah siasat tersebut dilakukan oleh Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang memberitahu inkues kematian Teoh bahawa mendiang membunuh diri. Seorang lagi pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat tersebut.

Sementera itu, peguam keluarga mendiang Teoh, Gobind Singh Deo mendakwa sekumpulan individu yang tidak dikenali mengekori Dr Porntip sejak semalam dan menggesa mereka supaya tampil ke hadapan.

"Sejak petang Jumaat, beberapa buah kereta mengekori beliau balik ke hotel dan kemudiannya ke tanah perkuburan di Semenyih semalam (tempat mayat Teoh digali semula)," katanya. Menurutnya lagi, sejak itu, pihak polis telah menugaskan beberapa anggotanya memantaunya sejak dimaklumkan mengenainya semalam. sumber: (Malaysiakini)

Friday, November 20

Ada berani ka?

2 org komen

Aku tersenyum sendiri membaca sms dari kawan aku, katanya 'nazri kepala hotak, cakap tak pakai otak'

Aku tau dia merujuk pada tingkah laku DS Nazri Aziz yang telah diluar sedar mencabar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya mewakili Peguam Negara untuk mendakwa Lingam. 'Cakap guna kepala lutut' herdiknya lagi yang juga AJK Umno cawangan kampung aku.

Dan hari ini Karpal Singh telah menyahut cabaran DS Nazri Aziz untuk mendakwa Datuk V.K Lingam sekiranya Peguam Negara memberikan kuasa kepadanya untuk bertindak.

Dalam usaha menunjukkan tiada sebab dipihak kerajaan melalui Peguam Negara melindungi Lingam dari didakwa dalam kes 'correct, correct, correctnya' itu, Nazri telah diluar sedar menyorong bantal pada orang yang teramat mengantuk. Dan yang anehnya, Nazri kini seakan terpinga pinga dan hilang setelah Karpal menyahut malah mendesaknya menyerahkan bantal empuk untuk diganyang.

Mengikut Karpal lagi, terdapat peruntukan undang-undang untuk Peguam Negara mengeluarkan perintah memanggil DS Nazri bagi menasihati Peguam Negara mengeluarkan surat perintah untuk mendakwa V. K. Lingam. Malah Nazri juga boleh menasihati Peguam Negara untuk melantik Karpal mendakwa Lingam bagi pihak kerajaan.

Karpal sedar malah percaya Peguam Negara tentu lebih dari tahu tentang saranan dari Suruhanjaya Diraja yang kini diabaikan pemerintah. Peguam Negara adalah penasihat undang undang pada kerajaan dan kerajaan tentunya boleh mengarahkan penasihatnya menjalankan pendakwaan sekirannya perlu. Pastinya, Karpal rasakan keperluannya mendakwa V.K. Lingam dibawah seksyen 4, akta hasutan.

Amacam Nazri, ada berani ka?

Menggerunkan

0 org komen

Keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi tamparan buat SPRM dengan menolak tafsiran SPRM bahawa, Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM kononnya memberi kuasa kepada badan itu untuk menyoal siasat saksi sepanjang masa.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Dengan ini jugak, SPRM tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi selepas dari waktu pejabat. Atau dengan lain makna, tiada lagi kerja lebih masa untuk kakitangan SPRM terutama bahagian yang kerjanya menyoal siasat saksi dan tertuduh.

Implikasi terbesar dari keputusan ini pastinya imej dan persepsi rakyat terbanyak terhadap jabatan yang berkuasa dan menegakkan undang undang negara. Malah mereka sendiri didapati telah menyalahtafsir atau dalam ertikata lain sebagai tidak faham dengan kehendak peruntukan perundangan itu sendiri. Rupanya kita dilindungi oleh jabatan yang tidak faham dengan apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan kepada mereka.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu.

Gerun hati bila sesekali disingkap ngan misteri disebalik tabir jabatan yang paling berkuasa di Malaysia ini.. hadooiiih..

Thursday, November 19

Blogger dan rakyat

0 org komen

Blogger Sentiasa Bersama Perubahan Dan Rakyat

Kehadiran blogger-blogger terkemuka ke majlis pertemuan di Kelab Taman Tasik memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka sekaligus berusaha menguburkan segala kekeliruan yang berlegar selama ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi datang walau pun dari jauh terutamanya kepada rakan-rakan PerakExpress.

Sungguhpun dalam beberapa ketika ini ada tulisan di antara mereka sedikit pedas, saya percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Apa yang dinukilkan adalah merupakan satu hasrat untuk melihat Perubahan segera terlaksana dan rakyat dapat mengecap hasilnya.

Malah pertemuan tadi menyaksikan mereka menghujani saya dengan pelbagai soalan yang jujur dan kadangkala panas. Namun saya sendiri sebagai seorang blogger memahami gelojak hati penulis yang mahukan ruang bebas dan tidak dikongkong.

Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa.

ANWAR IBRAHIM

Lagi pertemuan dalam terang

0 org komen

Lagi pertemuan dalam terang telah diadakan antara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan pimpinan Umno.

Dan inilah juga yang dikatakan politik. Dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tiada siapa yang menjadi musuh selamanya. Menjadi ahli politik yang jujur dalam memperjuangkan falsafah perjuangan demi kehendak majoriti rakyat, adakalanya dapat mempertemukan dua titik yang sebelum ini renggang seolah olah bermusuh. Begitulah sebaliknya.

Aku bukan pengkagum Anwar, hanya pendokong gagasan Ketuanan Rakyat yang gah diperjuangkan PR. Namun, kematangan DS Anwar dalam menggerakkan sesuatu isu memang tidak dinafikan. Tindakan pro-aktifnya bakal menggerakkan massa bagi mengatasi isu hangat pertelingkahan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri Kelantan berkenaan isu royalti minyak ini.

Kali ini pertemuan terang benderang itu diketuai oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dengan disertai oleh Ahli Parlimen Machang dari PKR Saifuddin Nasution, Salahuddin Ayub (Kubang Kerian-PAS) dan Tian Chua (Batu-PKR). Pertemuan itu diadakan dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah semalam di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.

Cadangan yang dikemukakan PR supaya Ku Li mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan dikira satu cadangan yang tepat. Ku Li anak raja Kelantan, pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas serta terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Dari segi politiknya, Umno khususnya BN pasti terpinga pinga sekiranya persefahaman antara pimpinan PR dengan Ku Li dicapai. Walaupun masih jauh dari harapan, penyertaan Ku Li sebagai pengerusi kaukus royalti minyak Kelantan ini diharap dapat membentuk satu suasana politik negara yang lebih selesa. Sama samalah kita berdoa.

Apa habaq Umi Hafilda

0 org komen
Raja Petra sekali lagi membuat bukaan baru terhadap apa yang dinamakan sebagai satu konspirasi politik peringkat tertinggi. Konspirasi terkotor dan terbesar dalam sejarah yang berjaya meruntun maruah negara ketahap yang paling jijik dan memualkan.

Malaysia tidak mudah lupa, apa yang berlaku telah gigih diusahakan dizaman Mahathir beraja diMalaysia. Sekadar rekod bagi diri juga generasi mendatang, ditampilkan disini pendedahan kes DS Anwar Ibrahim oleh Raja Petra yang boleh dibaca disini.


Ummi mengaku bahawa dialah dalang di sebalik dakwaan liwat terhadap Anwar; tuduhan palsu semata-mata.

Semasa perbicaraan sebelum ini, keterangan-keterangan yang diberikan menunjukkan bahawa Cawangan Khas cuba meyakinkan Anwar untuk "mengambil tindakan". Tetapi Anwar enggan, hinggalah Pengarah (Cawangan Khas) mendesaknya, atas alasan "demi keselamatan negara". Selepas itu, barulah Anwar bersetuju agar tindakan diambil.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Tali konspirasi terungkai satu persatu, yang mana ia kini meletakkan Ummi Hafilda Ali sebagai dalang di sebalik dakwaan bahawa Anwar meliwat Azizan Abu Bakar. Ekoran itu, bapanya sendiri tidak mengakunya sebagai anak. Ini berlaku beberapa bulan sebelum ayahnya meninggal disebabkan patah hati.

Christopher Fernando memberitahu Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur bahawa Pengarah Cawangan Khas, Said Awang, menemui Azmin Ali, (abang Ummi dan juga Ketua Setiausaha Sulit Anwar pada masa itu) bagi meminta Azmin memujuk Ummi supaya menarik balik tuduhannya bahawa Anwar telah meliwat Azizan.

Apa yang menarik berkenaan dengan perkara ini adalah:

1. Said Awang menemui Azmin SEBELUM dia bertemu dengan Anwar. Jadi, tuduhan bahawa Anwar menyalahgunakan jawatannya bagi memanggil Cawangan Khas, dan bahawa beliau menyuruh mereka memaksa Ummi dan Azizan untuk menarik balik tuduhan liwat terhadapnya adalah suatu salah anggapan. Sebaliknya, bukan Anwar yang memanggil Said Awang untuk menemuinya, tetapi Pengarah Cawangan Khas itulah yang mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Anwar.

2. Idea untuk memujuk Ummi dan Azizan untuk menarik balik tuduhan liwat datang daripada pihak Cawangan Khas dan bukannya Anwar. Semasa perbicaraan sebelum ini, keterangan-keterangan yang diberikan menunjukkan bahawa Cawangan Khas cuba meyakinkan Anwar untuk "mengambil tindakan". Tetapi Anwar enggan, hinggalah Pengarah (Cawangan Khas) mendesaknya, atas alasan "demi keselamatan negara". Selepas itu, barulah Anwar bersetuju agar tindakan diambil.

3. Cawangan Khas menyedari bahawa Ummi adalah dalang di sebalik dakwaan liwat itu, manakala Azizan hanyalah kuda tunggangannya. Itulah sebabnya mereka ingin abang Ummi, Azmin, untuk memujuk Ummi supaya menarik balik tuduhan itu.

Ini konsisten dengan prosiding pada hari sebelumnya, di mana Fernando mendedahkan bahawa Azizan memberi keterangan bersumpah sebanyak tiga kali, yakni bahawa Anwar tidak pernah meliwatnya - pengakuan yang turut memeranjatkan hakim perbicaraan.

Fernando menyatakan bahawa Said menemui Azmin untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Dalam pertemuannya dengan Azmin, Said meminta pengesahan Azmin bahawa Ummi adalah adiknya. Azmin mengesahkannya.

Kemudian, Said Awang bertanya kepada Azmin sama ada beliau bersetuju untuk cuba memujuk adiknya untuk menarik balik tuduhan liwat terhadap Anwar ataupun tidak. Tetapi menurut Azmin, itu mustahil dilakukannya kerana semenjak dakwaan tersebut timbul, dia tidak lagi bertegur sapa dengan Ummi.

Cawangan Khas sedar bahawa Ummi adalah dalang di sebalik dakwaan tersebut. Ketika perbincangan antara pihak Cawangan Khas dan Azmin berlangsung, Cawangan Khas belum lagi berjumpa dengan Anwar.

Azmin kemudiannya memanggil perjumpaan keluarga bagi membincangkan isu itu. Secara keseluruhannya, tiga pertemuan diadakan, yang mana Ummi juga menghadirinya.

Pada mulanya, Ummi menafikan bahawa dia telah menulis surat kepada Perdana Menteri, yang mana surat itu memuatkan tuduhan liwat terhadap Anwar. Selepas itu, Azmin menasihatkan adiknya supaya tidak terlibat dalam konspirasi itu. Pada masa itulah Ummi mengatakan adalah mustahil baginya berbuat demikian kerana dia dijanjikan dengan wang dan kontrak bagi peranannya itu. Malah wang sudah pun bertukar tangan.

Ummi kemudiannya mengaku kepada ayahnya bahawa dia terlibat dalam konspirasi itu, yang mana dialah yang telah menulis surat tersebut kepada Perdana Menteri. Ayahnya yang juga seorang guru agama kemudiannya tidak lagi menganggapnya sebagai anak. Tidak lama kemudian, ayahnya meninggal dunia kerana patah hati, dan tidak pernah memaafkan Ummi atas apa yang telah dilakukannya.

Melalui keterangan yang diberikan di mahkamah, jelaslah bahawa surat Azizan kepada Perdana Menteri itu sebenarnya ditulis oleh Ummi. Ummi mengakui akan hakikat ini. Azizan pula mengaku bahawa Anwar tidak meliwatnya.

Namun begitu, ketika Pembelaan cuba untuk membentangkan bukti yang sangat penting ini semasa perbicaraan, hakim perbicaraan tidak membenarkannya. Beliau enggan membenarkan surat itu untuk diterima sebagai bukti. Beliau juga tidak membenarkan Ummi dipanggil untuk memberi keterangan.

Peranan Ummi dalam konspirasi itu sudah terang, lagi bersuluh. Adalah jelas bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah palsu semata-mata. Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi menulis surat terbuka kepada Harakah, yakni sebuah akhbar pembangkang. Dalam surat itu, dia menjelaskan mengenai isu ini dan dengan tegas menuduh bahawa Ummi terlibat dalam konspirasi untuk menjerat Anwar, dan dialah orang yang menulis surat kepada Perdana Menteri.

Sekiranya hakim perbicaraan menerima bukti yang penting ini, maka Fernando berhujah bahawa ia pasti mengubah seluruh corak kes dan hakim berkenaan akan menghadapi kesukaran bagi memutuskan bahawa Anwar bersalah.

Usaha demi usaha dilakukan bagi membabitkan Anwar dalam salah laku seksual, bahkan Pak Lah juga turut terlibat.

"Terdapat rancangan jahat bagi mendapatkan sabitan melalui cara-cara yang licik," kata Christopher Fernando pada hari kedua sidang dengar rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur.

Fernando kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa usaha demi usaha dilakukan bagi membabitkan Anwar dalam salah laku seksual.

Contohnya adalah insiden yang berlaku kepada Dr. Munawar Ahmad Anees, iaitu salah seorang penulis ucapan Anwar. Bagi memaksanya mengaku bahawa beliau mempunyai hubungan homoseksual dengan Anwar, beliau ditahan dan diseksa secara fizikal dan mental.

Selepas itu, Fernando menjelaskan kepada mahkamah tentang afidavit panjang yang ditandatangani oleh Dr. Munawar pada 7 November 1998. Afidavit itu mengandungi butiran mengenai pengalaman yang dilaluinya semasa ditahan oleh polis Malaysia.

Disebabkan penyeksaan yang dahsyat, dia akhirnya mengaku melakukan ‘jenayah’ (yang membabitkan Anwar). Namun dia kemudiannya menarik balik pengakuan itu dalam afidavitnya.

Seterusnya, Fernando meminta mahkamah merujuk kembali kepada isu berkenaan dengan Manjeet Singh Dhillon yang dibangkitkan di mahkamah pada hari sebelumnya. Ini dilakukan bagi menegaskan hujahnya, iaitu berhubung dengan usaha-usaha yang dilakukan bagi memerangkap Anwar.

Fernando lantas meminta mahkamah untuk mengesyorkan supaya Suruhanjaya Diraja bagi Penyiasatan dibentuk untuk menyiasat tuduhan serius Manjit Singh Dhillon terhadap Abdul Gani Patail dan Azhar Mohamad. Ini kerana ia adalah perkara yang amat serius, yang menjejaskan pentadbiran keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Kalau mereka ternyata tidak terlibat dalam memeras ugut bagi memalsukan bukti, maka nama mereka akan dibersihkan," kata Fernando. "Ini menguntungkan mereka."

"Kalau mereka terlibat, maka mereka perlu didakwa. Itulah satu-satunya cara bagi menyelesaikan masalah yang mendesak ini dan juga bagi memulihkan kepercayaan rakyat."

Adalah jelas bahawa terdapat usaha terancang bagi menjerat Anwar. Namun usaha ini tidak hanya terhad di Malaysia. Malah ia melibatkan usaha yang dilakukan di Amerika Syarikat, kata Fernando. Misalnya adalah insiden yang melibatkan Jamal Abder Rahman.

"Kami sedang cuba untuk menunjukkan corak, yakni bagaimana saksi didatangi bagi memberikan keterangan palsu, dan konspirasi ini menjangkau hingga ke Amerika Syarikat," kata Fernando.

Jamal adalah warganegara Amerika dari keturunan Arab yang mengendalikan perkhidmatan limusin di Washington DC. Dia mendapat kontrak bagi menyediakan perkhidmatan limusin kepada Kedutaan Malaysia di Washington.

Pada September 1998, iaitu tidak lama selepas pemecatan Anwar dan penangkapannya, seorang diplomat Malaysia, Mustapha Ong, meminta Jamal mengaku bahawa dia telah mendapatkan perempuan dan budak lelaki untuk Anwar.

Sumber Asal: http://malaysia-today.net/

Wednesday, November 18

Dr Asri dihukum kerana ia adalah Dr Asri - Nizar news

0 org komen

Tahniah JAIS kerana berjaya gak mengheret Dr Asri ke Mahkamah.

Syabas juga saya ucapkan pada para pegawai yang bertungkus lumus memastikan Dr Asri gagal melarikan diri dari bertanggungjawab diatas kesalahannya yang amat berat ini. Hari ini tercatat satu lagi sejarah dalam perkembangan Islam negara. Sebuah jabatan yang bertanggungjawab bagi memastikan hanya yang terbaik bagi umat Islam dinegeri seliaan mereka telah memilih untuk berkonfrontasi dengan kehendak majoriti rakyat. Sementara pem'bida'ah' berat lain lepas bebas, pihak jabatan lebih sibuk bergelut soal tauliah yang juga boleh diselesaikan melalui medium yang lebih matang.

Dr Asri mantan mufti Perlis, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di Selangor. Mahkamah bagaimanapun menangguhkan kes Dr. Asri ke 5 Januari depan dan jaminan terhadap bekas Mufti Perlis itu ditetapkan sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin. Antara penjamin beliau ialah bekas Menteri Besar Perlis, DS Shahidan Kassim.

Mohd. Asri didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Persoalannya kini apakah kesannya dari tindakan JAIS ini yang lebih dilihat tegas tak bertempat dapat membantu dalam perkembangan Islam khasnya di Selangor. Dalam keadaan Islam dipandang serong, apakah tindakan terkebelakang begini dapat membantu? Tidak adakah jalan kompromi lain yang lebih bijak bagi mengatasi masaalah berkaitan dengan soal pentadbiran Islam ini?

Ramai yang sedikit mushkil bukan kerana susuk yang menjadi mamahan JAIS ini adalah Dr Asri. Tetapi pengendalian kita dalam masaalah pentadbiran agama Islam yang dilaungkan laungkan sebagai agama resmi negara yang kini diletakkan diatas garisan.

Lihat apa yang dikata, jangan dipandang siapa yang berkata kata. Tetapi Dr Asri telah dihukum kerana ianya Dr Asri.

Tuesday, November 17

Najib dah bersedia awai - Nizar news

0 org komen

Awai awai lagi Najib dah get ready, dengan jentera perangnya, dengan sokongan medianya malah lengkap dengan soldadu soldadu berani matinya, cuma tunggu gendang perang saja dipalu oleh Anwar.

Sebab tu sebaik saja gendang perang Anwar telah dipalu, soldadu soldadu berani mati kerana termakan budi ini bangkit sorang demi sorang. Baru baru ni, soldadu Najib gred tiga telah pun mulakan serangan betinanya terhadap Anwar. Ya, mungkin Anwar hanya pandai gimik, tidak seberani dirinya yang sewenang wenangnya membakar jambatan.

Terbaru, bekas Setiausaha Sulit Anwar, yang juga bernama seakan akan Anwar, tapi jiwa tak sejitu Anwar, iaitu Anuar Shaari, tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur membuat laporan polis berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan Azmin dan isterinya. Walaupun Azmin yang dituduh dan bukannya Anwar, tapi perlu diingat, Anwar juga telah mempertahankan Azmin dari isu saham tersebut baru baru ini, sementelahan pulak, Azmin merupakan orang yang rapat dengan Anwar.

Kalau kita tengok, serangan balas serta merta oleh team Najib terhadap Anwar ini bukanlah secara kebetulan. Ianya telah dirancang lama dahulu dan hanya menanti Anwar mengorak langkah saja. Cara serangan kali ini juga lebih fokus dan teratur. Jangan ditanya siapa dibelakang setiap serangan balas ini, tapi betapa rapinya persiapan mereka menentang Anwar, itu yang perlu pihak Pakatan sedari.

Sedarlah, sesungguhnya Pakatan sudah kesuntukan masa untuk bercakaran sesama sendiri. Lawan kita yang sebenar ada di sebelah sana dalam keadaan yang kemas dan cukup rapi sekali. Kesetiakawanan kita telah dirobak rabek dengan rakus tanpa disedari ramai pendokong Pakatan. Masa kita yang amat berharga telah terbuang mempertahankan diri.

Bangkitlah kembali wahai pejuang pejuang harapan rakyat. Kembalikan hak rakyat kepada rakyat. Kami rindukan Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat.

Monday, November 16

Sapa yang akan berputeh mata - Nizar news

0 org komen

Riuh rendah bunyi SMS masuk, kekononnya berita gembira pasai kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong.

Hangpa jangan suka suka buat lawak. Hangpa ingat, mentang mentang DUN tu kosong dan buka laluan pada PRK, senang senang hangpa boleh menang. Banyak ranjau dan duri lagi oo.. apatah lagi dalam keadaan BN la ni tengah rancak menggilapkan imej hodoh depa dan PR pulak tengah dok terhegeh hegeh cari punca masaalah yang tak jumpa.

Memang akan ada pilihanraya kecil sekiranya Datuk Abu Hassan, penyandang kerusi dari Umno gagal dalam rayuannya. Aku kalau bab bab yang bersangkut ngan mahkamah ni rasa tak sedap hati sikit la. Rekod yang lepaih lepaih, menunjukkan prestasi Pakatan pembangkang nak menang sesatu kes, mak datuk punya teruk dan peluang cukup tipis sekali. Sebab tu aku kata jangan suka suka dok buat lawak. Tak pepasal kita pulak yang puteh mata di Kota Seputeh.

Yang penting sekali adalah persediaan kita menghadapi PRK ini. Bagaimana setiakawan kita dalam kesatuan? Bagaimana komunikasi antara parti yang bergabung bawah PR ni? Bagaimana penyelesaian isu dalaman diselesaikan? Adakah ada ciri ciri kerajaan dalam penantian yang dilaung laungkan selama ini ada pada Pakatan? Dan yang paling penting tentunya prestasi kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan gabungan Pakatan ini?

Jangan tanya kat Anwar, dia mesti kata memuaskan punya. Jangan dok tanya kat Haji Hadi, dia tak nampak ada masaalah. Jangan gatai tanya Kit Siang la, ala satu kelusi pun wa liam liam luluk. Tapi hangpa kena pi tanya pengundi pengundi hangpa nu. Tanya tengok ada ka depa tu puas hati ka idak dengan prestasi hangpa. Jangan asyik dok syok sendiri saja.

Kesetiaan kita dalam Pakatan belum cukup teruji sepenuhnya, tapi rakyat dah tengok bermacam macam rupa dan gaya kita yang seolah olah sedang khayal dalam pesta cakar cakaran sesama kawan selepas sedikit cemerlang dalam PRU12 yang lalu. Risau pun ada gak, takut Bagan Pinang berulang. Berputeh mata kita.

Sunday, November 15

Sementara ada waktu buat Anwar - Nizar news

0 org komen

Anwar bersuara kena pada masanya. Bukan puji membuta tuli nih, tapi aku rasa sedikit selesa bila ketegasan diletakkan pada masa dan tempat yang betul.

Aku adalah antara jutaan pengundi Pakatan Rakyat (bukan ahli mana mana parti pun) yang mula dok risau tengok kelaku pimpinan dan jugak wakil rakyat dari Pakatan nih. Aku tau la hangpa memang ahli politik. Ahli politik memang kerja dia berpoliitk takkan nak bersarkas pulak. Tapi kalau dah berpolitik saja 24 jam sampai terlupa rakyat yang bersengkang mata pasai hangpa dulu, itu dah masuk bab haru la. Sampai sesama hangpa pun bergaduh bagai nak rak. Sesama pimpinan pun asyik bertekak. Rakyat dok nampak kerja hangpa tak lain dari berpolitik 24 jam sekali ngan main sarkas.

Ikut laporan Malaysiakini, Anwar beri amaran keras pada semua pimpinan dan wakil rakyat PKR yang berhasrat untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang supaya menunjukkan prestasi yang baik untuk membela rakyat.

Peluang untuk mereka tidak dipilih semula menjadi calon cerah jika mereka berperangai hodoh.

Aku harap sangat la, ketegasan camni jangan dok main canang saja. Laksanakan segera ikut lunas lunas yang dipersetujui MKT. Aku pun percaya, ramai yang setuju pembersihan perlu dilakukan. Buang yang mana perangai hodoh tu, pangkah terus. Jangan dok biaq menanah dalam isi, lagi sakit dok tanggung lama lama.

"Sementara ada waktu, baiki. Baik jawatan menteri besar atau exco kerajaan negeri tidak ada jaminan. Minggu lalu saya beri amaran cukup keras di Pulau Pinang. Jangan uji kesabaran saya," DSAI.

Saturday, November 14

Oii Bala, Najib tak kan heran punya - Nizar news

1 org komen
Ramai terkejut. Aku pun ikut sama terkejut. Tapi aku pasti yang langsung tak terkejut adalah DS Najib dan team pembina imejnya. Sebabnya? Sebab dia tau tak ramai yang akan termakan cakap cakap orang macam the missing PI ni, P Balasubramaniam kecuali kebanyakannya dari penyokong Pakatan yang tak sesabar ingin melihat imej Najib dimusnahkan.

Kenapa kita secara tetiba nak kena percaya kat Bala pulak, mendakwa kenyataan bersumpahnya yang pertama adalah benar? Kenapa tak pepasal kita nak kena percaya cakap Bala, setelah dia dan keluarganya tetiba hilangkan diri sebaik saja selesai sidang akhbar pada 4 Julai 2008 yang lalu.

Ya, mungkin benar dia ditawarkan RM 5 juta oleh seorang yang bernama Deepak, yang ada pertalian dengan DS Rosmah, supaya menarik balik akuan sumpahnya. Persoalannya, adakah kemunculan dia kali ini memberi gambaran wang yang dijanjikan Deepak sampai la ni tak masuk masuk akaun, atau pendekatanya kena kencing la.

Percayalah wahai P Balasubramaniam. Imej hang sebenarnya telah teruk dimusnahkan oleh tindakan hang sendiri. Kehilangan hang sekeluarga selepas 4 Julai tahun lalu itu telah memusnahkan sama sekali intergriti hang dimata umum dan ini sebenarnya yang dirancang secara bijak oleh perancang perancang disekeliling Najib.

Ketahuilah juga wahai P Balasubramaniam. Terlalu banyak watak watak yang ditimbulkan disebalik kekaburan kes ini. Watak watak ini sengaja diada adakan dan sesetengahnya sengaja dilindungkan demi suatu tujuan yang tangan tangan yang berkuasa saja yang tahu. Dan salah satu watak yang menambah lagi kecamukannya kes ini adalah hang sendiri. Lebih pedih dan meloya lagi setelah kehilangan hang pada 4 Julai tahun lalu la.

Najib tak heran punya dengan kemunculan terbaru hang ni.

Razak Baginda telah didapati tidak bersalah dan kini bersantai entah dimana. Seperti biasa rakyat Malaysia yang pemaaf cepat saja mengakuinya. Dua kambing hitam pula telah ada dan sedia untuk dikorbankan. Seperti biasa rakyat Malaysia yang mudah klimaks ini sejuk dan kaku. Najib yang dulunya Timb Perdana Menteri, tapi kini dia dah nombor satu. Dan seperti biasanya rakyat Malaysia yang mudah lupa ini, dah tak nampak apa yang hang cuba katakan.

Kalau dok nombor dua pun dia dah boleh halau hang macam anjing kurap, apatah lagi la ni dia tengah "shining in comfortable zone"

Hang percayalah. Najib tak akan heran punya...

Hormat la sikit kat Hassan Ali - Nizar news

4 org komen

Peraduan mengepit telur.. (Gambar: neutral_daily)
 
Kalau hangpa sendiri tak nak dengar cakap Exco hangpa, sapa yang nak dengaq. Kalau hangpa jugak buat tak tau kat PJ negeri hangpa, sapa lagi nak ambik peduli.

Aku rasa pelik sungguh ngan perangai orang Selangor ni. Sepatutnya hangpa kena jaga Dr Hasan Ali ni. Hassan Ali ni orang kita gak, orang penting jaga Ugama dalam negeri Selangor. Jangan la biar dia dok tegur hangpa dua, tiga kali. Orang tengok pun tak elok, nampak macam hangpa kurang wala' pada pimpinan, kan ka tak molek.

Bila hangpa ketegaq, tak dengaq kata gak, dia nak kena tegur. Bila nak tegur, takkan nak siarkan dalam Harakah kot. Berapa kerat yang baca. Dia nak kena tegur hangpa melalu mainstream media, baru ramai baca termasuk orang orang Umno pun. Tapi masaalahnya bila dia guna media Umno, hangpa nanti fitnah kata dia ejen Umno pulak. Ini yang haru, hangpa tak faham masaalah dia.

Hangpa tengok disini, tak pepasal dia nak kena cari Bernama pasai nak tegur hangpa. Hangpa pun satu hal, nama saja jadi imam dan AJK masjid Selangor, tapi masih dok pandang peraturan Jais dengan sebelah mata. Ini yang tak sedapnya. Hangpa tak tau ka Jais tu adalah segala galanya dalam hal ehwal Agama Islam Selangor. Nak lantik ngan pecat hangpa pun Jais punya kosa. Nak bagi sesapa mengajar pon bawah Jais punya kosa. Jangan memain. Jais tu pulak bawah kendalian dia. Tu yang buatkan dia orang penting dalam gomen tuh.

Sayugia diingatkan pada semua, ini peraturan Jais, bukannya peraturan Umno. Ingat tu. Jais nak jaga kebajikan semua rakyat Selangor terutamanya Islam tanpa mengira PAS ataupun Umno. Peraturan peraturan Jais adalah mengelak perpecahan kalangan orang Islam di Selangor.

Jangan jadi musuh kepada peraturan-peraturan Jais. Menolak peraturan, akan lahirlah satu masyarakat anarki... masyarakat yang tidak hormat kepada peraturan akhirnya hancur. Takkan yang tu pun hangpa tak tau. Gejala yang bermaharajalela kini ialah,. pentadbir masjid gatai bagi orang luar baca khutbah tanap tauliah di masjid. Yang sedihnya dok selitkan isu yang tidak berkaitan seperti kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Hangpa imam kampung, hangpa pentadbir masjid kampung, hangpa AJK masjid kampungan, wajib kena jaga ahli qariah yang tidak sembahyang, suami-isteri yang bercakaran, anak-anak yang tidak terdidik dan suasana agama yang layu dan lesu di kampung masing-masing. Itu saja. Bukan jaga arwah Altantuya.

Penasihat ekonomi bergaji RM1 - Nizar news

0 org komen
Anwar penasihat ekonomi Selangor, dibayar RM1 sebulan

SHAH ALAM, Nov 13 - Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan dibayar RM1 sebulan atas khidmat nasihat beliau, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid mengumumkan pelantikan Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat ketika menggulung perbahasan bajet 2010 negeri itu hari ini.

Katanya, pelantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.

sumber: disini

Tuduhan tak berasas - Nizar news

0 org komen
‘Tuduhan Anwar Sorok ‘RM3b’ Tidak Berasas’

Dari Malaysia Kini

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

Ku Li ngan Pakatan - Nizar news

2 org komen
Zaid Ibrahim: Tengku Razaleigh dan Pakatan

Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, kegembiraan ini tidak pula dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Tidak ada langsung kenyataan yang memberangsangkan dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. Mereka seolah-olah tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada orang ramai. Tak tahu lah saya sama ada ini strategi politik masing-masing; hanya mereka sahaja lah yang mengetahui sebab-musababnya.

Sebaliknya yang dihebohkan kepada awam adalah kenyataan seorang dua pemimpin kanan PKR yang bersungguh-sungguh mahu menjelaskan kepada orang-ramai bahawa saya bukan lah Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia. Mereka menjelaskan nama saya sebagai pengerusi “protem” ini hanyalah untuk tujuan pendaftaran. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana gigih berusaha membuat penjelasan itu. Saya percaya rakyat Malaysia yang bijaksana sudah pun sedia maklum yang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan memang memerlukan beberapa pegawai penaja untuk memenuhi syarat pendaftaran. Sudah tentu tak masuk akal kalau saya yang menjadi “ketua” kepada pemimpin-pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Yang rakyat ingin dengar tetapi tak diterangkan ialah tujuan dan harapan penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Bagi saya penjelasan tentang isi lebih penting daripada bercakap soal kulit. Saya pasti rakyat ingin tahu matlamat, wawasan dan strategi bersama Pakatan Rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai strategi politik, saya bukan pakar atau ada apa-apa agenda tersendiri. Saya sekadar ingin melihat satu perancangan dari parti-parti pembangkang yang harus diketahui oleh rakyat; tentang bagaimana pelan tindakan mereka untuk menggantikan BN sebagai kerajaan pusat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Buat masa ini pelan itu, kalau pun ada, masih tidak jelas.

Mungkin ada beberapa tindakan yang boleh dipertimbangkan. Misalnya, para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka. Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari.

Beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama. Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah.

Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO.

Satu lagi perkara yang perlu diberi pertimbangan serius adalah mengkaji semula impian yang terlalu tinggi untuk menang besar di Sabah dan Sarawak. Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008. Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak. Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?

Yang penting untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN. Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari.

Saya harap tidak ada sesiapa akan terasa hati dengan cadangan-cadangan saya atau menuduh saya mahu tunjuk pandai. Saya tidak ada niat sedemikian. Namun begitu, saya tetap dengan pendirian bahawa segala usaha perlu dilakukan oleh semua parti pembangkang dan individu dengan seberapa segera supaya hasrat rakyat yang mahukan perubahan dapat dicapai.

Jika masih ada di kalangan Pakatan yang cuma memberi keutamaan kepada kepentingan parti masing-masing atau kedudukan mereka diletakkan lebih tinggi dari kepentingan muafakat, saya anggap mereka ini sebenarnya bukan pejuang perubahan. Golongan ini hanya mahukan kuasa untuk diri mereka. Rakyat akan melihat golongan tak ada bezanya dengan pemimpin UMNO dan BN.

Kita masih dalam era reformasi. Ini bererti semua pihak mesti sanggup membuat pengorbanan. Pemimpin tidak boleh suruh rakyat berkorban jika mereka sendiri tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam diri sendiri. Rakyat sentiasa mengawasi tingkah-laku para pemimpin, terutamanya mereka yang sanggup menggagalkan usaha perubahan ini demi kekuatan kumpulan mereka. Jika para pemimpin ini masih berdegil dan mengikut kaedah lama, rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya umum akan datang.

http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Friday, November 13

Apa lagi SPRM - Nizar news

0 org komen
Ternanti Nanti Apa Lagi Penjelasan SPRM

Nah, semalam Sdr Sivarasa Rasiah mengemukakan seorang lagi saksi utama kes VK Lingam. Bekas setiausaha Lingam itu, Jayanthi Naidu mengaku mengatur percutian mantan Ketua Hakim Negara ke New Zealand bersama bekas majikannya. Pendedahan ini jelas menconteng arang reputasi serta integriti institusi Dewan Rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengemukakan kenyataan yang bercanggah, kononnya sukar mengesan saksi utama. Ternanti nanti apa pula penjelasan SPRM. Pastinya, rakyat muak dengan segala pembohongan ini.

"Ilmu kurang besarlah lagak
Tiada lawan besarlah mulut
Bersua kita putihlah tapak
Semangat lembik gementarlah lutut"

Sudahlah semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan yang tidak bertanggungjawab sehingga bolehlah dianggap menghina institusi mahkamah syariah. Datuk Jamil Khir menjelaskan kes saya di mahkamah syariah ditangguhkan demi menunggu keputusan mahkamah sivil. Mengapa menteri yang sepatutnya menjaga urusan agama seumpama tidak yakin dengan keadilan Islam. Malahan ini memberi gambaran menteri mencampuri dan menunjuki urusan mahkamah.

Manakala fitnah terus dilemparkan kononnya enggan mengangkat sumpah, saya menyambutnya dengan menfailkan tuntutan qazaf sesuai dengan lunas dan prinsip syariah. Mengapa bertangguh lagi? Pendapat ulama muktabar; Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Taha Jabir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan mufti Dato’ Hashim Yahaya dan Ustaz Haron Din jelas menasihati agar diadili di mahkamah syariah sesuai dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

ANWAR IBRAHIM

Skill berpolitik TGNA - Nizar news

0 org komen

Ramai yang lega termasuk lah aku.

TGNA telah membatalkan hasratnya menunaikan fardhu haji disebabkan tajaan untuknya menjalankan ibadah haji telah menjadi pertikaian. Cara aku yang tak reti ni pun tetap rasakan TGNA telah membuat keputusan bijak dengan memilih mudarat yang lebih ringan berbanding fitnah yang bakal menimpa sekiranya TGNA meneruskan hasratnya.

Saya amat respek cara berpolitik TGNA. Penuh ketenangan dan berhikmah. TGNA juga pastinya ada ulasan munasabah terhadap isu ini. Banyak isu lain yang lebih gah telah diharunginya. Tetapi adakah jawapan itu nanti mampu meredakan persepsi ramai terhadap penjawat awam seperti TGNA sebagai seorang Menteri Besar yang mengepalai sebuah negeri. Tindakan TG membatalkan pemergiannya sekurang kurangnya mengurangkan calar yang lebih teruk persepsi awam terhadapnya yang telah dicalar calarkan.

Kepantasannya bertindak menutup pintu fitnah yang perlu dipelajari dan dianuti ramai pimpinan PAS yang lain. Skill inilah yang menjadikan TGNA unik dari lain.

Lepas tanpa bebas, RPK peduli apa - Nizar news

0 org komen

KUALA LUMPUR: Kegagalan polis mengesan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin sekali lagi mendorong mahkamah melepaskan tanpa membebaskannya daripada satu tuduhan memfitnah.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat hari ini telah melepas tanpa membebaskan Raja Petra daripada tuduhan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain kerana penyerahan waran tangkap terhadapnya tidak disempurnakan.

Keputusan itu juga dibuat disebabkan notis tunjuk sebab kepada penjamin iaitu isteri Raja Petra, Marina Lee, juga tidak dapat dilakukan.


Nota: Padan ngan muka, 1Malaysia dah nampak macam mana senangnya RPK permainkan sistem perundangan lemah Malaysia. Sistem perundangan kita lemah pasai tak ikhlas dan tak telus dalam pengendalian kes. Bila tak ikhlas dan tak telus, buat apa gatai nak sua tengkok bila dah tau bebuta nak kena.

Selangor yang pelik - Nizar news

0 org komen

Penegasan telah dibuat berserta ngan bukti oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapha Ali, bahawa bai'ah talak tiga bukan lafaz rasmi parti Islam itu.

Penafian itu dibuat setelah siasatan yang dijalankannya mengikut arahan dari TG Presiden PAS sendiri. Semua negeri menggunakan bai'ah rasmi PAS kecuali sedikit berbeza ngan PAS Selangor, atau pendekatanya, sedikit pelik ngan PAS Selangor.

Ini yang jadi isunya. Kenapa tak diseragamkan. Apakah dengan penafian berserta bukti dari Mustapha Ali ni dapat menutup isu ini dimanipulasi sepenuhnya oleh mainstream media? Apa istimewanya dengan PAS Selangor ni yang perlu dibezakan lafaz bai'ah mereka dari rakan rakan dari negeri lain? Mustapha Ali tak mengulas lanjut apasal Selangor berbeza, ini mungkin Setiausaha Agung sendiri pun tak dak jawapan kut.

Bai'ah talak tiga ni memang menggerunkan, senang senang saja boleh disensasikan menjadi isu. PAS Selangor khasnya perlu lakukan sesuatu jangan bagi nampak pelik sangat.

Aku agak bersetuju gak seperti yang ditulis oleh YB Zul Kulim disini,

"Saya khuatir dengan isu saperti ini, mereka yang menyokong PAS selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka. Sudah tentu kekhuatiran ini berasas.

Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

Apakah kelak bila menjadi Kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa berbai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak ta'at kepada Kerajaan?!"

Lagi pengesahan Najib terlibat ngan kematian Altantuya

0 org komen
Tak tau dah nak kata lagu mana.

Betoi gak bagai dicanang oleh ramai, diakui sendiri oleh Tun M, Najib kena bersihkan namanya. Jika tidak, selagi itulah nama PM Umno ini akan dibabitkan lagi, dan lagi.. dan lagi.. selagi tak dibersihkan sebersih bersihnya melalui peroses perundangan yang adil.

Terbaru, timbui lagi isu pengesahan dari Bala, the missing PI bahawa beliau telah disogokkan dengan RM5 juta supaya menarik balik akuan bersumpah terdahulu yang melibatkan Najib..

Aku amat takut cerita cerita lead by example ni. Sebab tu lah, sesungguhnya aku amat mengharapkan pemimpin yang nak pimpin aku perlulah bersih dan dilihat bersih. Amat diharapkan jugak jugak, DS Najib ambiklah tindakan bagi membersihkan kotoran yang terpalit ini. Dah lama dah...

Hebatnya JAIS - Nizar news

0 org komen
Hebatnya JAIS.

Aku memang tabik la tentang kehebatan JAIS ni. Selalunya, orang yang memberi kelulusan sesuatu perkara tu, mestinya tau segala galanya tentang bidang tersebut dan kelebihan mereka mereka ini mestilah teratas dari orang yang dinilainya.

Begitu lah jugak dengan JAIS, dimana kekuatan dan kehebatan mereka yang boleh menetapkan tak kira sapa dan tak kira apa bidang pun, asal nak mengajar di Selangor saja mesti dapat tauliah sebagai kelulusan untuk mengajar di Selangor.

Bayangkan senarai yang ada dibawah ni. Bukan kecik anak depa ni semua. Tentunya yang ada dalam JAIS mesti kena lebih hebat dari depa, barulah keputusan pentauliahan atau tidak menjadi saksama.

Senarai yang tidak dapat tauliah:

Fathul Bari Mat Jahya - kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Mohd Khairi Anwar Abdul Latif - BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Abdul Razak Mutalib - BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Muzairi Mustafa - BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana

Fathlan Mohd Osman - BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA

Dr Azwira Abd Aziz - BA (Univeristi Madianah) MA (Univeristi Madianah), PhD (Universiti Jordan), ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah UKM

Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi - BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA)

Di kalangan tujuh nama ini, terdapat jugak mereka yang memohon sebanyak lima hingga enam kali untuk mendapatkan tauliah tetapi masih tidak diberikan.

Terbaru mestilah bekas mufti Perlis, Dr Asri dan jugak YB Khaled Samad.

Hebatnya JAIS...

Lagi lagi Umno yang kena - Nizar news

1 org komen
Setiap kali PAS jadi kelam kabut, Umno tak pepasai kena tuding.

Setiap kali juga Pakatan Rakyat nampak terumbang ambing dipukul badai yang sendiri cipta, setiap kali itulah jugak Umno dituduh mengadu-domba.

Sebagai sebuah parti yang hanya tau Ketuanan Melayunya, apa yang hampa harapkan sesangat dari Umno. Nak suruh Umno cakap ngan hampa, pimpinan PAS elok elok. Nak harap Umno layan puak puak Pakatan ni dengan sopan. Woi.. tolong lah.. bila masanya Umno dok buat baik ngan parti lawannya selama ni. Bukan aku berniat jahat sesama umat, tapi bersangka baik satu perkara, berbaik baik dengan depa itu lain pulak cerita.

Selagi Umno bernama Umno, jangan harap la depa nak layan hampa semua dengan penuh adab ketimurannya. Selagi Umno bertunjangkan fahaman Melayu Islam Umno, selagi itulah perangai kemuruk tak boleh tumpang tu akan ada. Kalau tidak bukanlah Umno namanya. Bersembang boleh lah.

Bila saja kita ada kemelut dalaman, tolonglah jangan dituding sangat kat Umno. Aku naik jemu dan muak dah dengaq. Kekadang tengok diri sendiri dulu. Panau, kurap ngan songkla penuh belakang, tapi kita dok kata Umno tuduh kita pengotor. Bukan aku kata puak Umno ni betoi sangat, memang kerja depa la dok geletek bagi hampa semua geli.

Cuba hampa jaga la kebersihan diri jangan bagi kotor, kalau ada sikit sikit tu, pakat pakat cuci dan berubat sorang sikit. Ni tidak, lepa jumpa van TV3, berebut terburai serban nak sua muka suruh interview. Sapa yang terhegeh hegeh disini. Dah tau berita kita akan di putaq 360 darjah punya, dok gagah lagi sua tengkuk. Memang nak mampuih la. Kita ada kekuatan sendiri, tapi tak pernah teringat nak guna. Gebang je lebih.

Tanya la sesapa pun, depa mesti kata Umno kuat kerana gerak kerja medianya kukuh dan menyeluruh. Cakap pandai, bukan depa tak tau. Tapi, kebangangan sekerat dua pimpinan Pakatan sendiri serta kekuatan propaganda media perdana mereka telah membantu menyuburkan lagi mesej '1Najib" itu indah seindah indahnya.

Kita? Mana dia media kita? Mana dia blog blog kita yang dulunya berhempas pulas membenih kemenangan. Kenapa sekarang dibiar berkecamuk tanpa haluan. Hampa reti perintah negara ka dak ni. Hampa ka kerajaan dalam penantian tuh. Nak satukan blogger pun terhegeh hegeh. Nak adakan satu media yang berintergriti, yang boleh bersaing dalam memberi keadilan pada semua pun sampai la tak ketahuan hala lagi.

Yang hampa tau, Umno lah yang mengadu domba, pecahbelahkan PAS-Pakatan Rakyat... ada akai ka?
Related Posts with Thumbnails