Thursday, December 31

Allah untuk semua

4 org komen
Allah untuk semua.

Ini yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini bahawa perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly.

Seronok bukan main bagi yang menang. Tapi janganlah tarik muka pulak bagi yang mengharapkan Allah tu untuk hangpa saja. Tok Guru pulak dah lama berpendapat, tak salah perkataan Allah diguna oleh orang bukan Islam.

Masaalahnya kini, adakah keputusan ini bakal mengeruhkan hubungan antara kaum diMalaysia seperti yang dicanangkan oleh seorang orang berbangsa Umno disini? Apakah ketegangan kaum terhasil hanya semata mata kerana hakim berbangsa Cina dan beragama lain dari Islam yang membuat keputusan kontroversi itu? Atau parti bangsa Umno ini sudah melihat laba yang bakal diperolehi sekiranya mengeksploitasi sepenuhnya isu tak cerdik nih?

Harga baru hadiah di tahun baru

1 org komen
Tahniah buat semua pengundi dan penjilat 1Malaysia.

Mari lah sama sama kita berbangga menyambut tahun baru 2010 dengan kenaikan harga barang. Bagi yang berasak asak berebut roti canai, nasi lemak ngan teh tarik masa nak pi keja, rasa lah hangpa sebab orang besar besar yang bergaji besar dan naik keta besar, mana depa rasa bersesak sesak, bergumbira dan seronok ngan penangan harga lebih ni... ngeeee...

Selamat tahun baru 2010.




Harakahdaily

PUTRAJAYA, 31 Dis: Rakyat mendapat hadiah tahun baru dari kerajaan apabila harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.

Bangsa Umno makin luput

0 org komen
Kerana Melayu perjuangan Umno makin luput

M Faqih
KOTA BHARU, 30 Dis: Biar pun kajian mendapati perjuangan berteras bangsa dalam masyarakat majmuk tidak lagi relevan, namun Umno enggan keluar dari belenggu perkauman.

Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.

Ini dapat dilihat kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menganggap kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melantik Cina Muslim warak sebagai Menteri Besar sebagai gimik politik.

Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.

Pensyarah berkenaan menulis di sebuah akhbar tempatan sekiranya dasar itu diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat, lebih ramai lagi orang bukan Melayu akan menjadi Menteri Besar.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan menyatakan kesediaan kerajaan PAS meminta perlembagaan negeri bagi melantik Cina Muslim sebagai pemimpin kerajaan negeri.

Mengulas itu tersebut anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia memperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkui sempadan bangsa.

“Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi,” katanya.

Beliau percaya perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.

Oleh itu katanya beliau menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.

Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.

Kata beliau Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat, sebaliknya bagi mendapat faedah peribadi mereka.

Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.

“Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lagi,” tambahnya.

Say NO to Umno

0 org komen
AMK Selangor: Tolak UMNO/BN Dalam PRU-13

Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat di Selangor untuk terus menerajui dan membawa kesinambungan pembaharuan dan perubahan. Kenyataan terkini beberapa pemimpin UMNO/BN untuk merampas Selangor menggunakan apa cara jua taktik kotor dilihat sebagai usaha terdesak pihak desperado politik.

Kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melaksanakan pembaharuan ekonomi dalam program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat serius dalam memakmurkan ekonomi rakyat. AMK Selangor mencabar pihak pembangkang UMNO/BN Selangor untuk tampil membawa gagasan besar untuk memajukan Selangor dan bukan membawa politik pecah-belah, fitnah dan perkauman sempit.

Semenjak UMNO/BN menjadi pembangkang di Selangor belum pernah rakyat Selangor melihat kemampuan mereka menjadi pembangkang yang bertanggungjawab seperti yang mereka laung-laungkan kepada pihak pembangkang sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa UMNO/BN Selangor tidak berkemampuan, lemah dan kaku akibat perpecahan dalaman yang teruk dan terus membusuk.

Realitinya rakyat Selangor kini mengetahui dan bertambah yakin bahawa Pakatan Rakyat sahaja yang berupaya tampil membawa gagasan besar untuk meraih kejayaan impian setiap rakyat Selangor. Semenjak 20 bulan Pakatan Rakyat mengambil alih, gelombang pembaharuan dalam pelbagai aspek yang dilaksanakan semakin mendapat sokongan rakyat.

Malahan generasi muda masa kini terus meletakkan keyakinan yang tinggi kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk terus tampil dengan gagasan dan pembaharuan khususnya dalam pembangunan insan, kemakmuran ekonomi dan tahap kehidupan yang berkualiti.

Mutakhir ini ada segelintir pemimpin UMNO/BN yang takbur dan mendabik dada ingin merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. AMK Selangor ingin mengingatkan bahawa jatuhnya sekali lagi Selangor ke tangan UMNO/BN maka akan kembalinya pelbagai bentuk korupsi, skandal dan penyelewengan wang rakyat yang menjadi budaya UMNO/BN. Apakah UMNO/BN bersedia untuk terus melaksanakan pemberian air percuma 20ml/3 kepada rakyat Selangor di mana sebelum ini pihak UMNO/BN bermati-matian menentang program air percuma ini yang dianggap pembaziran.

AMK Selangor ingin mencabar apakah UMNO/BN Selangor bersedia mengatakan skandal PKFZ yang mencapai berbillion Ringgit Malaysia adalah satu pembaziran besar wang rakyat ?

AMK Selangor juga ingin menjelaskan agar rakyat Selangor berhati-hati dengan propaganda murahan UMNO/BN yang semakin tertekan kini. Mereka akan membuat apa sahaja untuk terus memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai taktik kotor, sabotaj dan politik adu-domba dan perkauman sempit. AMK Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan daya fikir rakyat Selangor yang mendapat pendedahan daripada pelbagai sumber maklumat yang tepat dan sahih.

Akhirnya, AMK Selangor menggesa supaya rakyat terus memberi dokongan dan sokongan yang kuat untuk Pakatan Rakyat Selangor mendepani perubahan dan pembaharuan di negara ini. Kita sudah tiada masa yang panjang untuk terus terjerumus dengan politik murahan UMNO/BN yang semakin hari menghitung saat dan ketikanya untuk padam daripada kamus politik negara ini.

*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor. (MR)

Wednesday, December 30

Orang mati, bukan aku

0 org komen
Siapa besar dan kuat dia lah raja. Begitulah umpamanya diatas jalanraya.

Aku berbangga kerana aku besar dan gagah. Walau tiada pertabalan, tapi aku lah raja jalanraya. Setakat eksiden ngeri tuh, no hal punya. Yang mati tu anak orang, tolak anak aku, berjuta lagi anak orang. Anak orang berapa yang mati pun takkan habih punya... ngeeeee... (link)


STILL KINGS OF THE ROAD...The drivers of the buses and the prime mover in the centre seem to have little concern as they hog the lanes on their way towards Kuala Lumpur from the North on the North South Expressway. This picture was taken by NST pixman Sairien Nafis from the Sungai Buloh overhead bridge (sumber: NST)

Gus Dur meninggal

0 org komen

Bekas Presiden Indonesia, Gus Dur meninggal dunia

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia jam 6.45 petang tadi (waktu Indonesia).

Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo, di sini.

Berita kematian Presiden keempat Indonesia itu disahkan oleh adik kandungnya, KH Sholahudin Wahid. - Agensi

Najib buat bodo

0 org komen
Apa yang tak kenanya ngan Najib ni. Mahathir dah terlajak tunjuk hero dan bersedia disiasat oleh suruhanjaya bebas. Dia kata takkan sikit sikit nak tubuh suruhanjaya pulak. Orang tulis buku, yang kita nak tubuh suruhanjaya buat pa nama.

Susah susah bangsa Umno nobat hang jadi Piem depa, senang senang hang perbodoh rakyat camtu saja. Ni bukan soal suka ka tak suka. Kata nakkan ketelusan, kenalah siasat setelah adanya dakwaan. Bukannya sikit, tapi RM 100 billion beb. Banyak tu.

Mahathir jadi berani mungkin disebabkan segala galanya telah siap diatur dan ada dihujung jari saja. Lagi pun dia tau Najib takkan berani punya. Sekali hang korek orang, sepuloh orang akan korek hang balik. Najib pun bukan clear sangat pun.

Mahfuz pulak kata, Najib tak mau suruhanjaya pasai nak selamatkan diri sama. Terbongkar satu, akan terbongkar semua.

Najib punya stail besa lah, buat bodo. Hnagpa nak kata apa pun, katalah. La ni orang dok menyibuk pasai Mahathir boros, Pak Lah pelahap duit. Najib dok sengeh sampai lenguh. Esok lusa, rakyat jadi lupa terus nak tengok Najib punya pekung.

Bangsa Umno ni, memang jenih perabih duit rakyat... haddoiiii... sampai bila la rakyat nak sedaq ni haa...

Bulan tidak mengambang penuh menjelang 2010

0 org komen
Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Jumaat Ini

PUTRAJAYA: Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim. -BERNAMA

Husam sedia bersemuka

0 org komen
Husam sedia bersemuka keluarga Nik Aziz 

 
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Dis 30 — Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.

Husam (gambar) juga dituduh sebagai antara mereka yang memberikan nasihat yang salah kepada Nik Aziz sehingga menyebabkan tercetusnya masalah dalaman parti itu dan kerajaan negeri Kelantan sejak kebelakangan ini.

"Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tulisan Nik Amalina Nik Abdul Aziz dalam blognya bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri wajar meletakkan jawatan.

Nik Amalina merupakan isteri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) yang telah dinasihatkan oleh Nik Aziz agar berundur dan akan berbuat demikian Mac ini.

Difahamkan tulisan Nik Amalina tersebut merujuk kepada Husam.

Sebelum tulisan Nik Amalina, Husam juga dikatakan menjadi 'kritikan' tulisan seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Kedua-dua mereka mendakwa Nik Aziz kini terpaksa berhadapan dengan isu semasa seorang diri tanpa pembelaan pemimpin PAS negeri dan pusat.

Husam berkata, dalam konteks Islam yang pertama "kita boleh bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul."

“Saya kira anggota keluarga Tok Guru bersedia. Jadi, tak payahlah surat khabar atau orang luar nak campur atau api-apikan pula,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS ini.

Menjawab dakwaan kononnya akan meletakkan jawatan, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan memberitahu, itu hanya khabar angin semata-mata.

“Hari itu surat khabar dah sebut saya nak letak jawatan. Saya dah hantar surat tuntutan saman terhadap akhbar terbabit. Sekarang ni timbul lagi?

“Sekarang ini kita sedang focus kepada perundingan petroleum, jadi tidak ada sebab saya hendak berhenti,” jelasnya.

Husam diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Beliau menyifatkan kadang-kadang media suka mengeksploitasi satu-satu kenyataan dengan menokok tambah atau mengurangkan kenyataan sebenar.

“Kita tak buat pun tanda soal, dia (akhbar) cuba masukkan... kita tak masuk pun tanda seruan... ia pula tolong buatkan,” kata beliau dengan nada sinis memberitahu, selepas selesai isu tuntutan royalti nanti akhbar boleh membuat khabar angin "Husam nak berhenti" lagi.

Malah semalam Nik Aziz menamatkan spekulasi kononnya Husam akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran Pejabat Menteri Besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan.

Anwar bukan soal pokok?

0 org komen
Bukan soal pokok Anwar dipenjara

Halik Zaman

Slogan 1Malaysia sudah diserapkan kepada seluruh kakitangan kerajaan. Lambang 1Malaysia sudah dibuat logo yang terlekat di dada kiri setiap kakitangan kerajaan.

Sewaktu diumumkan oleh Najib Razak, bahawa 1Malaysia bertujuan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kita pun berfikir, memberi andaian dan menjangkakan bahawa kempen ini satu lagi projek besar-besaran BN yang membawa keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia. Rupa-rupanya jauh meleset.

Hingga ke hari ini, para pemimpin Umno buat ribut-ribut tentang 1Malaysia. Ke sana sini ia menjadi bahan ucapan mereka.

Hasilnya masih kabur. Ia tidak lain tidak bukan sebuah lagi cogan kata yang baru berjenama Umno untuk menyatupadukan kefahaman rakyat kepada ikatan perpaduan dalam Umno itu sendiri.

Ia sama seperti Umno bersama parti Perikatan (sebelum BN) dulu dan Umno bersama BN sekarakang - tujuannya sama, untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dalam kerangka BN.

1Malaysia itu cuma satu pembaharuan semangat dengan cogan kata baru demi BN dan Umno yang hampir kehilangan kuasa dan kepercayaan pengundi muda pada pilihan raya umum 2008. Selain itu apa?

Untuk rakyat, kenaikan petrol masih membebankan, yuran sekolah anak-anak, kos hidup mereka, cukai barangan, cukai pintu rumah dinaikan. Semua ini membebankan para pengundi miskin yang telah memberi mandat kepada kerajaan Umno dan BN memerintah.

Tetapi pengundi-pengundi ini terus dibebankan.

Untuk berkuasa, para pemimpin Umno sanggup berbuat apa sahaja termasuk terus membujuk PAS menyertai kerajaan perpaduan. Kalau Anwar Ibrahim menjadi faktor kekuatan Pakatan Rakyat, beliau juga harus dihancurkan.

Tidak hairan dengan kes liwat Anwar yang baru kerana pengaruhnya dalam Pakatan Rakyat dianggap oleh para pemimpin Umno sebagai luar biasa. Ia boleh menggugat Umno dan BN daripada terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dalam fikiran pengundi hari ini, mereka sudah terfikir, kalau institusi penting seperti polis atau badan pencegahan rasuah boleh diatur oleh pemimpin kerajaan, kenapa pula Anwar tidak boleh dimasukkan ke penjara (sekali lagi)?

Pengundi nampak kes terbaru Anwar akan mengulangi trend yang dibuat Dr Mahathir Mohamad dulu.

Sebenarnya, Anwar bukanlah faktor utama untuk Umno dan BN itu lemah. Sama ada Anwar di dalam atau di luar penjara, bukanlah soal pokok.

Yang penting, pengundi sendiri sudah bosan dengan tekanan hidup dan kerana itu mereka sendiri yang mahu berubah apabila Umno tidak tahu untuk berubah.

Susah rupanya nak jadi bapa mentua nih

0 org komen
"Saya Akan Cari Mereka Hingga Ke Lubang Cacing": Bapa Mentua Dr Rosli

KOTA BHARU: Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

"Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga," kata Mohd Noor Che Man.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Bagaimanapun, pada jam 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Pada 21 November lepas, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan dengan Nor Ilyani yang merupakan isteri keduanya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Mohd Noor berkata, beliau menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tindakan lanjut terhadap anak dan menantunya itu.

Katanya, beliau hanya mengambil tindakan apa yang termampu mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab yang ada pada seorang bapa.

"Tindakan lain yang di luar bidang kuasa, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut," katanya. - BERNAMA

Tuesday, December 29

Celaka punya blog

0 org komen
Aku lepak sembang kosong sambil pekena maruku kat rumah sedara sebentar tadi. Biru kelat dia nih. Selain dihidangkan ngan teh kosong, aku juga disajikan ngan berita TV3. Aku tak teringat pulak kurun ke berapa belas entah kali terakhir aku tonton berita kat saluran paling hodoh Malaysia nih.

Tiba ke berita kisah kemelut yang melingkari Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, aku terkejut gak, bagai tak percaya bila tengok Tok Guru Nik Aziz yang tetiba emosional. Susah gak jadi pemimpin merangkap ulamak nih. Tok Guru yang aku sanjung pulak tuh, yang mungkin tertekan dengan persekitarannya yang kian menjeruk rasa.

Teruk gak, berdengung rasanya bila dengar perkataan 'celaka' terbit dari Tok Guru. Kalau kutu rayau cam aku ni, lain gak rasanya. Sebab tu gamaknya aku tak leh jadi ulamak merangkap pemimpin penting walaupun aku lebih dari layak. Aku tak rela hilang edvantej aku nak memaki orang... ngeee...

Tapi lepas tuh, puas gak aku kena belasah ngan ahli Umno yang entah berapa penggal dah tak pernah bayar yuran ahli... susah gak nak bersilat bila dah terlalu banyak peluru ditabur ke pihak lawan... hihi..

Nik Aziz: Husam tak letak jawatan, kita semua ‘sayang dia’
Oleh Mohd Zulharman

KOTA BARU, Dis 29 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Tumbuh tak berdahan

0 org komen
Calon luar: MB mahu teruskan tradisi, Ketua Ulama Kelantan nafi
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Dis 29 — Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud Iraqi menafikan yang beliau pernah membuat kenyataan agar PAS negeri itu hanya memberi keutamaan kepada calon tempatan pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nilk Mat pula berkata beliau akan meneruskan tradisi yang telah diamalkan sekian lama.

“Saya tidak pernah buat kenyataan surat khabar tentang itu. Tapi pelik tiba-tiba keluar dalam surat khabar.

“Sebab itu saya kata tumbuh tak berdahan,” kata Mohammad Daud pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.

Sehubungan itu beliau meminta akhbar bertanggungjawab membuat pembetulan supaya ia tidak terus dibicarakan.

Kata Mohammad Daud, beliau juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana wakil media sebelum berita tersebut disiarkan.

“Saya amat kecewa dengan wartawan yang bersikap begini. Ini satu pekerjaan yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi wartawan atau penulis mesti beramanah,” katanya.

Baru-baru ini kenyataan Ketua Dewan Ulama itu mendapat liputan meluas akhbar tempatan sekali gus mendorong Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, turut mengulas kenyataan tersebut akan dikaji.

Pemimpin kanan PAS, yang bukan anak Kelantan, tetapi menang di negeri itu termasuklah timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa (Bachok), naib presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan bendahari agung Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Sementara itu Nik Aziz berkata, “saya hormat pada kenyataan itu kerana disangka benar.”

“Rupa-rupanya kenyataan palsu, bohong,” katanya.

“Saya ulang sekali lagi bahawa betul-betul kerana hormat pada Datuk Ketua Dewan Ulama PAS negeri.

“Sebab itu dalam ulasan saya mengenainya saya ambil jalan tengah, tolak tidak, terima tidak,” katanya.

Bagaimanapun tegas Nik Aziz pada asasnya beliau lebih suka meneruskan tradisi sebelumnya tanpa mengira calon luar atau tempatan.

“Luar negeri, tidak luar negeri, itu bukan prinsip Islam,” katanya yang akan meneruskan tradisi pemilihan calon sebagaimana mekanisme yang telah ditetapkan sebelum ini.

Suka rela atau suka tak rela?

0 org komen
Sah, depa dah berenti. Dua setiausaha kanan MB Kelantan dilaporkan akan meninggalkan perkhidmatan atas keputusan sendiri. Itu kata Tok Guru Nik Aziz la.. persoalannya.. suka rela atau suka tak rela?

Polimik dalam politik Kelantan pasti berterusan setelah kini dihangatkan lagi dengan keputusan kedua dua mereka. Apatah lagi setelah ura ura mereka akan dipecat hangat diperbincangkan. Pasai apa gamaknya..

Sah setiausaha akhbar, politik Nik Aziz berhenti

KOTA BARU, Dis 29 — Dua setiausaha kanan Menteri Besar Kelantan sah akan meninggalkan perkhidmatan atas keputusan sendiri awal tahun depan.

Setiausaha politik dan setiausaha akhbar Nik Aziz memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.

Keputusan mereka tiada kaitan dengan isu politik negeri itu, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan sebentar tadi.

Rekod dunia tercipta

0 org komen

http://www.aminiskandar.com/

Sebuah lagi rekod dunia tercipta sebelum 2009 berakhir

DIS 28 — Belum sempat tirai 2009 berlabuh, kita dikejutkan dengan berita besar yang sukar untuk dipercayai apatah lagi Malaysia seringkali berbangga dengan kehandalan pasukan keselamatan negara.

Tanpa angin bertiup, tanpa ribut kencang, tanpa banjir besar, tiba-tiba sebuah akhbar arus perdana yang dekat dengan pemerintahan negara “membocorkan” berita mengenai kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang dikatakan berharga RM50 juta sebuah dari Gudang Matra 1 di Pengkalan Udara Sungai Besi.

Berita kehilangan enjin jet ini telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak. Berita ini sudah pasti akan menggemparkan negara apatah lagi yang hilang bukanlah enjin “mesin potong rumput” milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM200, akan tetapi yang hilang adalah dua enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 100 juta.

Seperti kes “kematian” Teoh Beng Hock di bangunan MACC Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa “no cover up” dalam kes kehilangan enjin jet ini. Tetapi tahukah beliau, jika benar-benar “no cover up”, beliau sendirilah yang harus disiasat oleh kerana beliaulah Menteri Pertahanan Malaysia, ketika enjin tersebut hilang!

Walaupun “boleh jadi” beliau tidak tahu menahu mengenai kehilangan kedua-dua enjin jet pejuang tersebut, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan pada ketika itu, beliau harus dipertanggungjawabkan diatas kehilangan enjin jet pejuang tersebut.

Apatah lagi kini Najib telah menjadi perdana menteri Malaysia, kan “tak manis” dipandang orang apabila perdana menteri Malaysia adalah bekas menteri pertahanan yang sewaktu menjaga Kementerian Pertahanan, dua enjin jet pejuang F-5E hilang dijual kepada syarikat asing.

Bukan enjin sahaja hilang, banyak lagi yang hilang

Belumpun heboh mengenai berita kehilangan enjin reda, menteri pertahanan kini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa selain enjin jet, banyak lagi peralatan milik ATM hilang.

Zahid tidak memberitahu pula peralatan apa yang hilang dan berapa jumlah kerugian, akan tetapi terus memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan dan membuat spekulasi mengenai perkara ini.

Ini satu lagi yang saya tidak faham. Tak ada angin dan tak ada ribut, tiba-tiba Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog walaupun yang mendedahkan berita mengenai kes kehilangan dua enjin jet pejuang tersebut adalah sebuah akhbar arus perdana yang dekat dengan kekuasaan dan beliau sendiri yang mendedahkan mengenai kehilangan peralatan lain ATM. Apakah “ada udang disebalik batu”?

Jika Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai kehilangan “enjin keretanya” tidak mengapalah kerana itu adalah milik peribadinya.

Enjin jet pejuang dan peralatan-peralatan ATM yang hilang adalah milik negara dan secara langsung berkaitan dengan rakyat Malaysia. Kerajaan yang memerintah hanya diamanahkan untuk menjaga harta milik negara dan bukannya memilik peribadikan harta milik negara.

Oleh itu spekulasi mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang ini tidak akan terhenti begitu saja. Tambah lagi apabila Zahid memberikan amaran, maka akan bertambah ramailah penulis-penulis blog yang akan mengulas isu ini. Sudah menjadi lumrah manusia, lagi dilarang lagi suka dibuatnya.

Enjin jet kini di Argentina?

Dikhabarkan, enjin jet pejuang tersebut disedari hilang pada bulan Mei 2008 pada ketika Jeneral Azizan Ariffin yang kini merupakan Ketua ATM masih lagi ketua Tentera Udara. Kehilangan disedari apabila Azizan mengarahkan akan audit dibuat terhadap aset Tentera Udara. Pada ketika audit dibuat, barulah disedari dua enjin yang bernilai RM100 juta hilang. Laporan polis telah dibuat pada bulan Ogos 2008 diatas kehilangan enjin jet tersebut.

Akhbar arus perdana yang membocorkan berita mengenai kehilangan enjin jet pejuang milik ATM turut melaporkan bahawa seorang brigadier-jeneral dan 40 lagi anggota ATM telah dipecat dan enjin jet tersebut dipercayai telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Amerika Selatan.

Terbaru Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa bahawa hasil daripada siasatan polis, kedua-dua enjin jet tersebut dipercayai berada di Argentina dan polis masih lagi menyiasat sama ada kedua-dua enjin tersebut masih lagi berada di negara tersebut.

Akan tetapi pada 22 Disember 2009, akhbar arus perdana yang membocorkan kes kehilangan enjin jet pejuang tersebut melaporkan bahawa terdapat laporan perisikan negara yang mengatakan bahawa kedua enjin jet tersebut kemudiannya dihantar ke sebuah negara di Timur Tengah yang mengalami sekatan daripada Amerika Syarikat. Negara Timur Tengah tersebut turut dikatakan sedang bercita-cita untuk membangunkan jet pejuang mereka sendiri.

Sekarang kita masih tertanya-tanya apakah enjin jet tersebut berada di Argentina atau berada di negara Timur Tengah yang tidak disukai oleh Amerika Syarikat itu? Jika berada di Argentina, masalah tidak begitu besar. Jika berada di negara Timur Tengah yang tidak disukai oleh Amerika Syarikat itu, apakah impak dan kesannya kepada negara dikala Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia yang sangat penting?

Banyak persoalan misteri yang bermain di fikiran saya dalam kes kehilangan enjin jet pejuang ini. Diantaranya ialah, mengapa setelah sekian lama, baru sekarang kes kehilangan enjin jet ini dibocorkan?

Kedua, mengapa secara tiba-tiba kes ini ditimbulkan kepada umum?

Ketiga, dimanakah sebenarnya enjin jet tersebut berada?

Rakyat Malaysia mudah lupa?

Apa-apa pun rakyat seharusnya berbangga kerana sekali lagi Malaysia berjaya mencipta rekod dunia. Enjin jet pejuang yang begitu besar saiznya boleh hilang dengan mudah di Malaysia. Jika enjin “mesin rumput” boleh juga disorokkan dalam “bonet” kereta, tidak boleh terbayang pula bagaimana hendak menyorokkan enjin jet yang sangat besar saiznya.

Seperti biasa, akan ada beberapa orang yang akan didakwa dalam kes ini. Yang pastinya hanyalah “ikan-ikan bilis” dan bukannya “ikan-ikan jerung” besar!

Sudah pasti seronok menjadi pemimpin negara Malaysia. Walaupun enjin jet yang berharga RM100 juta hilang, tidak akan ada tindakan yang akan diambil oleh rakyat. Lama kelamaan rakyat pasti akan lupa.

Kalau ada yang bising pun, hanya sekadar di blog dan ruangan komen blog. Sebab itu Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan dan membuat spekulasi mengenai isu ini.

Tidak hairanlah begitu ramai orang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin negara Malaysia sehinggakan Malaysia kini berada di ambang sistem dua parti.

Di Malaysia mudah, pemimpin boleh buat apa saja. Lama-kelamaan rakyat pasti lupa. Sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad silap, bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, seluruh rakyat Malaysia pun sama. Saya cadangkan agar Mahathir menulis buku baru yang bertajuk “Dilemma Malaysia” yang mengulas mengenai sikap rakyat Malaysia yang seringkali terlupa.

Jika menjadi pemimpin di negara Filipina susah. Silap sikit rakyat protes. Salah sikit rakyat protes. Tahun 1986, Presiden Marcos dijatuhkan melalui “people power”. 15 tahun kemudian Presiden Joseph Estrada pula dijatuhkan melalui “people power 2”.

Selamat tahun baru kepada Malaysia. Diharapkan agar tahun 2010 akan menyaksikan Malaysia mencipta rekod-rekod baru dunia yang lebih hebat dari rekod-rekod 2009.

Bila Husam bersuara

0 org komen
Husam ‘bangkit’, mahu PAS utamakan kerajaan dari keluarga?


Husam (kiri) mengingatkan kepada zaman PAS digelar “Parti Asri Sekeluarga”.

KUALA LUMPUR, Dis 29 — Di tengah-tengah kontroversi yang melanda keluarga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang Exco kanan beliau muncul dengan kenyataan “pedas” bahawa konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara urusan keluarga dan urusan negara.

Husam berkata pengasingan itu mestilah dilaksanakan bukan sahaja dari segi undang-undang, tetapi juga dari segi moral.

“Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah ‘stakeholder’ yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah,” kata beliau dalam blognya.

Pandangan itu tidak merujuk keluarga Nik Aziz secara langsung tetapi disiarkan ketika Nik Aziz dikatakan sedang membuat rombakan pentadbiran Pejabat Menteri, yang dipercayai akan diumumkan hari ini.

Pandangan itu juga diluahkan ketika dua anak Nik Aziz iaitu Nik Amalina dan Nik Abduh menulis dalam blog masing-masing baru-baru ini mendakwa ada pihak dalam parti dan kerajaan yang memberikan nasihat tidak betul kepada Mursyidul Am PAS itu sehingga menyebabkannya membuat beberapa keputusan salah.

Salah satu isu yang dihadapi oleh Nik Aziz ialah kedudukan menantu Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau yang merupakan suami Nik Amalina akan meninggalkan agensi ini Mac depan.

Dengan mengemukakan sejarah Nabi Muhammad, Husam mengakui wujudnya keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu.

“Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah dan isu-isu itu pula bukan berbentuk keuntungan kewangan atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada kepentingan umum,” kata beliau yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan ini menjelaskan, apabila sampai kepada isu keuntungan kewangan, kedaulatan undang-undang dan isu pemerintahan yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan.

“Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri,” kata anak didikan Nik Aziz ini.

Husam menambah batas sedemikian perlu dipelihara ketika masyarakat sedang menanti kebangkitan yang padu tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.

Husam juga mengingatkan tentang keperitan yang pernah diharungi oleh PAS akibat tuduhan kronisme ketika parti itu diterajui oleh Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda.

“Satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga — kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri.

“Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali,” katanya.

Beliau juga mengemukakan kemelut yang dihadapi oleh dua bekas Perdana Menteri akibat tuduhan kronisme.

“Antara isu yang sukar ditepis oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu ‘bailout’ syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini.

“Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisme Mahathir sekitar awal 1990an,” katanya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi juga sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau, kata Husam.

“Beliau berjaya membawa Umno dan Barisan Nasional (BN) menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

“Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau.

“Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik (menantunya) Khairy Jamaluddin, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat,” kata beliau sambil mengingatkan bahawa politik Malaysia memandang serong politik keluarga sedemikian. (MI)

Sunday, December 27

Penyokong dan pengundi PAS belum tentu ahli PAS

3 org komen
Sebagaimana yang dijanji dan diwar warkan melalui SMS kelmarin, hari ini sekumpulan lelaki yang entah dari mana menggelarkan diri mereka penyokong dan pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah negeri itu kerana didakwa gagal memperjuangkan Islam serta nasib kaum Melayu.

Ada la kot, kira-kira 11.30 pagi tadi dalam lingkungan 20 orang yang berhimpun secara aman. Berarak sambil bermain panas sejauh 500 meter ke perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide.

Kumpulan berkenaan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar.

Aku setuju gak ngan apa yang Salahuddin Ayob kata disini, pepuak yang terhegeh hegeh tengahari tadi tu bukannya ahli PAS pun malah dia sendiri tak kenai. Ya lah, penyokong dan pengundi PAS tak semestinya ahli PAS, macam aku ni la... hihi..

Projek "Hilang" Najib

0 org komen
Posted by rakyat marhaen

Projek "HILANG" Pak Najib telah mendapat liputan luas media di luar negara.Hasil daripada Projek "HILANG" beliau telah menaikkan nama Malaysia di persada dunia,diantara projek "HILANG" tersebut ialah

1.Altantuya yang dikaitkan dengan isu Kapal Selam dan Najib dilaporkan hilang, kemudian ditemui mati setelah dibunuh dengan bom C4.

2.Bala yang ada kaitan dengan kes Altantuya dan Najib, dilaporkan hilang dan baru ditemui semula baru-baru ini,menyatakan beliau diugut oleh adik Pak Najib.

3.Raja Petra juga hilang dan ada kaitan dengan kes Altantuya - Najib.

4.Saiful Bukhari yang dilaporkan hilang,tiba-tiba muncul di pejabat Najib dan mendakwa beliau di liwat oleh Anuar Ibrahim

5. Nasaruddin, Adun Umno Perak yang menyertai PKR kurang dari seminggu dilaporkan hilang kemudian ditemui dipejabat Najib yang kemudiannya istihar masuk Umno balik

6. 3 Adun Perak dilaporkan hilang, kemudiannya muncul tiba2 dipejabat Najib dan umumkan keluar parti dan menyokong BN hingga menyebabkan Kerajaan rakyat dirampas.

7.Helmi yang dikatakan ada kaitan dengan kes Video Elizabeth Wong dilaporkan hilang dan tidak mampu dijumpai oleh PDRM yang paling cekap di Asia Tenggara sampai hari ini.

8.Dua Buah Enjin Pesawat F-5E hilang semasa Najib Jadi Menteri Pertahanan.

Sendiri Mau Ingat

Jangan dok menggatai

0 org komen
Hasan Ali, jangan terima memorandum itu
http://bongkarsauh.blogspot.com/

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan.

Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat.

Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu.

Umno tak pernah berputus asa

0 org komen
Lagi lagi Umno yang buat hal. Lebih celaru lagi apabila seolah olah ada segelintir pimpinan dalam Pakatan sendiri yang seolah olah mengarah kearah perkongsian idea bercelaru ini.

Umno tak pernah berputus asa, dan Umno hari ini dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan esok 27 Dis, kekononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Jangan tersengih, ini bukan lawak malah jelas menggambarkan Umno tak pernah berputus asa. Malah idea perhimpunan esok bukanlah yang terakhir dalam memporakperandakan Pakatan Selangor. Ilham ini seolah olah direstui sekerat dua pimipnan tertinggi dalam Pakatan Selangor.

Mungkin adanya perhimpunan esok ini seolah olah khabar angin yang sengaja direka musuh kerajaan rakyat. Tapi sekurang kurangnya ini menggambarkan betapa Selangor bakal diasak hebat oleh Umno dalam waktu waktu mendatang ini. Selangor amat penting pada kerajaan persekutuan maka kita tidak hairan usaha berlipat kali  ganda bakal tiba dari mereka.

Kita amat berharap, sebaik selesai saja konvensyen Pakatan yang pertama lalu telah sedikit sebanyak menggaris jelas sekali gus bakal menelanjangkan musang yang berbulu ayam dalam Pakatan. Lantas kita menyeru mana mana pemimpin Selangor yang menyokong gagasan karut UG itu bersama sama dalam perhimpunan esok harinya dan bersedia menerima apa saja memo yang bakal diserahkan oleh peserta himpunan.

Apakah leteran Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya bahawa ada pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini. Sama sama kita berpeluk tubuh sambil tersenyum meunggu untuk menyaksikan peristiwa bersejarah kedua negara selepas Perak.

Saturday, December 26

Hasan Ali yang setia

0 org komen
Oleh G Manimaran


PETALING JAYA, Dis 26 — Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) menyangkal spekulasi yang beliau telah memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat (PR) negeri, sekali gus akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri menegaskan beliau dan PAS Selangor akan tetap bersama PR untuk meneruskan kerajaan negeri, pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, yang dibentuk selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Itu (khabar angin) tidak benar... itu adalah maklumat jahat untuk merosakkan nama saya. Saya tidak ada niat semacam itu (untuk keluar Pakatan dan bertindak sebagai Adun Bebas)," kata Hasan kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini. Hasan menegaskan pihaknya akan kekal dalam PR dengan memerlukan barisan wakil rakyat berkualiti yang "tidak akan melompat ke mana-mana parti yang lain."

PR Selangor terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Sambil merujuk kepada situasi yang pernah dilalui PAS Kelantan, Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia menambah, "walaupun di Kelantan PAS hanya pernah mempunyai majoriti satu kerusi tetapi berupaya mempertahankan kerajaan negeri, walaupun salah seorang wakil rakyatnya secara terus-menerus dipujuk, tetapi mereka kekal bersama."

"Ini merupakan prinsip berkualiti yang ada pada mereka. Jadi, kami pun mahukan wakil rakyat yang berkualiti macam itu.

"Sepanjang satu setengah tahun kami memerintah Selangor, kami sudah membuktikan satu kerajaan yang bersih, dan kami mahu mengekalkannya," kata Hasan yang merupakan exco yang bertanggungjawab kepada portfolio agama.

Desas-desus itu disebarkan sehari selepas jawatankuasa disiplin mengadakan mesyuarat untuk menyiasat Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.

Jawatankuasa disiplin yang mendapati adanya kes kukuh terhadap mereka akan memanggil Khalid iaitu Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Hasan pada 7 dan 9 Jan ini.

Desas-desus menyebut Hasan sudah dijatuhkan hukuman digantung daripada semua jawatan parti selama dua penggal. Ia disebarkan sejak awal pagi Khamis iaitu beberapa jam selepas jawatankuasa disiplin PAS yang dipengerusikan oleh naib presidenya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bermesyuarat.

Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Hasan juga menafikan satu perhimpunan akan diadakan di pekarangan Pejabat PAS Selangor, Shah Alam untuk menyerahkan memorandum menjalin kerjasama dengan Umno negeri itu.

"Tidak, tidak ada sebarang majlis seumpama itu di PAS Selangor esok. Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, jika ada majlis sedemikian sudah pasti saya tahu... tidak ada majlis macam itu," katanya.

Laporan Harakah Daily hari ini yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor, Shah Alam esok.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu dipetik portal tersebut.

Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS.

Mengenai keputusan jawatankuasa disiplin yang akan memanggil beliau untuk memberi keterangan susulan, Hasan berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama sebaik mungkin.

"Saya sedia untuk memberikan kerjasama penuh, memberi keterangan yang diperlukan oleh jawatankuasa disiplin.

"Bagaimanapun sehingga kini saya belum menerima apa-apa makluman daripada jawatankuasa disiplin, saya tak dengar apa-apa," katanya.

Debat royalti minyak

0 org komen
Oleh Mohd Zuharman


KUALA TERENGGANU, Dis 26 — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz antara dua tokoh politik berbeza parti akan ditemukan dalam debat royalti.

Debat anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) itu dijangka diadakan akhir bulan depan.

“Mengikut perancangan kita selewat-lewatnya akhir Januari depan,” kata pengerusi Gegar, Dr Abdul Halim Yusof di sini.

Katanya, dua tokoh tersebut dipilih memandangkan penyaksian hangat mereka ketika menegakkan hujah masing-masing berhubung perkara berkenaan sebelum ini.

Pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini isu berkenaan menjadi perbahasan hangat apabila Nazri menafikan tuntutan tersebut mendorong Salahuddin mempelawa Nazri berdebat bagi mencari titik pertemuan.

Nazri menyahut cabaran Salahuddin dengan berkata “pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

“Bagaimanapun itu bukan fokus utama kita, sebaliknya kita lihat dari aspek kemampuan,” katanya.

Ketika menjawab keyakinan sesi debat dapat membantu merungkai masalah terbabit Abdul Halim berkata pendedahan hujah bersama fakta adalah objektif utama peringkat awal usaha ke arah tersebut.

“Sekurang-kurangnya minda rakyat lebih terbuka dalam menilai antara hak dan batil,” ujarnya sambil menyatakan debat tersebut mungkin akan diadakan di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baru.

Gegar adalah badan NGO dilancarkan awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

Sementara itu pengerusi bersama Gegar, Mohd Fauzi Abu Samah menegaskan wang royalti wajar dibayar berasaskan komitmen Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak pada 12 Dis 1975 di Parlimen

yang menyebut bahawa kerajaan bersetuju untuk membayar wang tersebut kepada negeri yang berhak mengikut perjanjian 1975.

Pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautika.

Fauzi menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum kerana melebihi jarak ukuran tiga batu nautika.

Kenyataan Najib merujuk kepada Akta Pelantar Benua 1966 “ukuran melebihi tiga batu nautika seperti dalam Akta Pelantar Benua 1966 adalah tidak relevan malah mengelirukan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran royalti.

“Itu akta darurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum belum wujud,” tegas Fauzi.

Dari segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar jarak tiga batu nautika.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di Perairan Laut China Selatan berbanding Kelantan 170 kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand.

Fauzi turut bertegas Kerajaan Persekutuan hendaklah menegakkan konsep federalisme yang menekankan kepentingan hubungan harmoni antara kerajaan pusat dan negeri setelah bidang kuasanya ditetapkan dalam perlembagaan negara.

Katanya, amalan federalisme negeri yang berada dalam persekutuan diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan.

Friday, December 25

Malaysiaku yang meriah

0 org komen
Pelakon lelaki ditahan enggan jalani ujian dadah

KUALA LUMPUR, Dis 25 — Seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini awal pagi ini.

Artis yang berusia 28 tahun itu enggan menjalani ujian air kencing manakala dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.

“Dua individu ditahan kerana bertindak kasar serta memaki hamun polis manakala dua lagi ditahan kerana tidak memiliki kad pengenalan diri yang sah,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Supt Sharifah Hawariah Syed Idrus kepada Bernama selepas selesai serbuan di pusat hiburan itu.

Sharifah Hawariah berkata pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati telah beroperasi tanpa lesen lebih enam bulan pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

Ketika serbuan terdapat 361 pengunjung termasuk 113 wanita dengan lima daripada mereka turut ditahan, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. — Bernama

Terima kasih Nik Amalina

0 org komen
Pemimpin PAS aniaya Nik Aziz — Dr Novandri Hasan Basri

DEC 24 - Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh diharapkan. Dari mata kasar, mereka tampak gah tetapi rupa-rupanya mereka bukanlah pemimpin-pemimpin yang berani mempertahankan parti Pas!

Dalam beberapa laporan media anak menteri besar Kelantan, Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan Psd sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya.

Kelmarin, Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog. Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.

"Saya yang dikatakan 'membuka pekung'parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan." kata Amalina.

Apakah jawapan yang akan diolah oleh kepimpinan parti Pas untuk isu ini?

Apakah mereka mungkin berani menuduh Nik Amalina, anak Nik Aziz Nik Mat sebagai tali barut Umno atau dibeli oleh Umno seperti yang mereka biasa lemparkan kepada individu-individu lain sebelum ini?

Apakah ahli-ahli dan penyokong tahu tentang permasalahan ini atau kepimpinan Pas akan cuba menyembunyikan isu ini daripada diketahui?

Apakah isu ini akan dibesar-besarkan di dalam web-web pro-Pas atau pihak-pihak tersebut akan menutup mata dan telinga mereka daripada melaporkan perkara yang benar untuk tatapan ahli-ahli parti Pas?

Satu perkara yang pasti ialah semua pihak termasuk ahli-ahli dan penyokong parti Pas perlu tahu dengan kepincangan yang berlaku di dalam parti Pas.

Janganlah kita anggap bahawa pemimpin-pemimpin Pas tidak ada cacat celanya tetapi ada yang sebenarnya tidak sayangkan Nik Aziz Nik Mat, Musyidul Am Pas.

Sungguh malang sekali. - pemudaumno.org.my

Thursday, December 24

Anwar: Terus dapat sokongan antarabangsa

0 org komen
Anwar dinasihat ambil iktibar kisah Nabi Yusof a.s

Dzulfikar Mashoor
BUKIT SEGAMBUT, 24 Dis: Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.

Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

"Tidak semua yang diperjara itu bersalah...seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh," jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

"Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya...semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s," jelasnya.

"Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini."

Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.

"Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil," jelasnya.

"Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat."

Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.

Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.

Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.

Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.

Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Mufti besar cap ayam

1 org komen
Mufti Besar Kazakhstan kagum konsep 1Malaysia 

KUALA LUMPUR: Mufti Besar Kazakhstan Absattar Derbisali serta delegasinya yang membuat kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Ir Wong Foon Meng hari ini mengagumi konsep 1Malaysia.

Wong berkata, mereka berpendapat konsep yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu adalah satu pendekatan yang baik kepada negara ini yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan bangsa.

"Pada pertemuan itu juga kami membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan kaum di kedua-dua negara kerana komposisi kaum di Kazakhstan bersamaan dengan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Bangunan Parlimen di sini.

Katanya, persamaan itu membolehkan kedua-dua negara saling bertukar pendapat supaya hubungan antara Malaysia dan Kazakhstan dapat dipertingkatkan.

Absattar yang berkunjung ke Malaysia kerana menghadiri simposium antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diiringi profesor di Institut Bahasa Asing dari sebuah universiti di negara berkenaan selain pegawai Kedutaan Kazakhstan di Malaysia. - Bernama

Wednesday, December 23

Qazaf: Anwar dibela

0 org komen

Isu qazaf: Ketua Kesatuan Ulama Sedunia bela Anwar?

PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.

“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.

“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?

“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.

Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kesnya kini didengar di mahkamah sivil. (MI)

Anak sapa ni ha?

0 org komen
'Mengapa bapa saya saja pertahan PAS?'
Jimadie Shah Othman

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.

Anak kesembilan mursyidul am PAS itu kini terheret sama dalam kontroversi kedudukan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eskekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah mengulas perkara itu di blognya sebelum ini.

Sesetengah pihak beranggapan beberapa tulisan Nik Amalina itu, antaranya dengan mencabar seorang exco kerajaan negeri - dipercayai Datuk Husam Musa - meletakkan jawatan, telah memburukkan lagi kemelut dalam pentadbiran bapanya.

Kelmarin, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog.

Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.

Menulis dalam blognya Seri Suri hari ini, Nik Amalina mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak dinamakan, yang disifatkannya cepat melatah dan mahukan publisiti murahan ekoran kontroversi kes suaminya itu.

'Publisiti murahan'

"Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat!

"Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat?

"Jangan hanya pandai bercakap, 'sepatutnya begitu, sepatutnya begini,' tetapi bertindaklah," tulisnya dalam artikel terbaru berjudul "Kerana saya anak Nik Aziz" pagi tadi.

Berhubung isu "membuka pekung di dada", beliau dilihat cuba mempertahankan diri dengan mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

"Saya yang dikatakan 'membuka pekung' parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan.

"Berpadanankah dengan asakan yang saya terima? Adakah ia adil bagi saya? Apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas? " soalnya.

Walaupun terdapat desakan berundur segera, Abdul Ariffahmi tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatannya Mac depan.

Beliau memberitahu Malaysiakini, notis peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Nik Aziz selaku pengerusi PMBK pagi tadi.

Rasuah: Seriuskah Umno

0 org komen
Rasuah ni ada dimana mana. Cuma bagaimana kita menanganinya saja dari membarah didalam masyarakat hari ini.

Rasuah hanya boleh ditangani dengan tindakan bukan hanya slogan. Slogan hanya mencantikkan tapi belum tentu menzahirkan keberkesanan. Dimana mana kerajaan dunia jugak, mereka akan menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu mereka. Yang membezakan mereka ialah cara bertindak dan keberkesanan tindakan mereka itu. Sebab itulah, saranan Lim Kit Siang dan disambut Mahathir agar sebuah suruhanjaya bebas menyiasat kepimpinan 22 tahunnya sebagai Piem bangsa Umno ditubuhkan harus diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahathir lebih mengetahui, politik persepsi ini sejak dulu malah dia lah yang merajainya. Selagi ada tuduhan, selagi itulah adanya persepsi buruk. Tuduhan perlu dibersihkan agar diri bersih dan dilihat bersih. Tapi sayang, Malaysia adalah satu satunya negara dunia yang belum pernah ambil serius soal pencegahan rasuah ini. Tolak la ikan ikan bilis yang tak bernasib baik tuh, belum ada sejarah jerung jerung dijeratkan dan disabitkan salah kerana rasuah. Malah, perasuah telah diberikan nama baru dan terpilih dengan bergaya sekali sebagai calon mewakili bangsa Umno baru baru ini.

Lihat saja disini, Mahkamah Persekutuan Argentina semalam menerima kenyataan bertulis yang difailkan bagi mendakwa bekas Presiden, Carlos Menem dan beberapa anggota Kabinetnya atas kesalahan rasuah. Jangan harap la, berita macam ni akan terbaca di Malaysia. Sampai bila bila...

Menem, 79, dan bekas Menteri Kewangan paling berpengaruh, Domingo Cavallo, didakwa membayar gaji berlebihan kepada kakitangan kerajaan sepanjang 10 tahun pemerintahannya mulai 1989 hingga 1999.

Menurut pegawai, turut didakwa bersama Menem ialah bekas Menteri Undang-Undang, Raul Granillo Ocampo, bekas Setiausaha Alam Sekitar, Maria Julia Alsogaray, dan tujuh bekas pegawai tinggi kerajaan.

Mahkamah turut menutuskan semula aset mereka dibekukan bernilai AS$171,000.

Dengan kenyataan bertulis yang difailkan di mahkamah, ini bermakna Menem hampir diheret untuk dibicarakan, walaupun sebagai senator beliau mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Bila Che Det jadi berani

0 org komen
Melalui blognya disini, Mahathir telah menunjukkan kejantanannya yang semua orang tau dia memang jantan. Tanpa selindung dan tak ingin dilindungi oleh kerajaan pun, bekas Piem Umno ini menyambut baik syor diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat sama ada beliau telah menyebabkan kerugian lebih RM100 bilion menerusi projek-projek raksasa dan rasuah sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Tak cukup jantan lagi, beliau juga mahu kerajaan membenarkan buku, ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang mendedahkan kehilangan sejumlah wang itu, dibenarkan untuk jualan di Malaysia.

Bekas hero bangsa Umno dari 1981 hingga 2003 ini juga mempelawa bukan saja anggota yang dinamakan oleh kerajaan semata-mata, tetapi juga mereka yang layak termasuk rakyat asing dan anggota Transparency International. Heh.. heh... ni kes perli Najib ngan Rosmah ni. Mentang mentang la Najib tu tak berani tunjuk jantan. Ada tuduhan je, buat bodo.

Bestnya ngan Che Det ni, dia tak mau terjun sorang sorang. Dia mau bekas Piem bangsa Umno yang sorang lagi tuh pun disiasat sama. Nampak macam best jer, dua dua bangsa Umno. Serupa ngan Mahathir ni fasih sangat dan ada bukti Pak Lah boroskan duit Petronas sebanyak RM270. Bagus.. bagus.. lawan lagi.. gasak lagi.. dulu sama sama berebut harta.. la ni sesama hangpa bergasak pulak.. patutla zzzzzzzzzzzz memanjang, kenyang rupanya..

Bergantung pada hasil suruhanjaya itu, kata Mahathir, beliau akan menyaman Wain, Lim dan Malaysiakini. Errr.. Pak Lah tak mau saman Mahathir pulak ka pasai mencemar duli nih... zzzzzzzzzzzz....

Bila masanya Umno tak angkuh

0 org komen

Mengikut kata ketua pemuda Gerakan Lim Si Pin disini, sebahagian pimpinan Umno masih angkuh dan enggan sedar dari sindrom berkhayal.

Aku tumpang simpati gak ngan apa yang menimpa parti Gerakan yang masih dilihat tak pandai nak bergerak gerak nih. Apa punya stendet ketua pemuda nih. Aku nak tanya sikit nih, sebahagian saja ka pimpinan Umno tunjuk kelaku hodoh tuh. Bila masanya Umno hang nampak tak angkuh. Bila ketikanya hang tengok Umno bersantun habih ngan komponen lain.

Hang patut tanya kat Umno Penang tuh, cukup ka minta pengerusi BN negeri saja. Awat tak terus minta saja jawatan Ketua Menteri, kan senang. Parti Gerakan pun satu hal, dah tau diri tu lemah, dok eksyen apa lagi. Sedar la diri tu sikit. Bila dah lemah kerana ditolak ahli dari bangsa sendiri, baru hangpa tau langit tinggi ka rendah. Umno syok kat hangpa masa hangpa kuat ditampuk kuasa saja. Dah tersembam makan pasir macam la ni, sebelah mata pun depa tak pandang.

Umno angkuh bila depa rasa depa tu kuat. Umno angkuh bilamana komponen lain dilihat lemah. Ciri ciri angkuh atau hidung tinggi ni memang patut ada pada Umno, sesuai ngan status Umno sebagai Tuan dalam komponen BN. Baru padan ngan muka hangpa, dapat Tuan yang yang angkuh dan sombong lagi... ngeee...

Jual orang lagi untung

0 org komen
Sindiket penjualan bayi: Tujuh lagi ditahan

SUBANG JAYA, Dis 22 — Susulan daripada penahanan 13 orang termasuk dalang sindiket penjualan bayi dalam ‘Ops Kasih’ baru-baru ini, polis berjaya menahan tujuh lagi individu dan menyelamatkan empat bayi serta seorang kanak-kanak berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata ketujuh-tujuh mereka yang terdiri daripada lima warga Indonesia dan dua wanita tempatan itu diberkas dalam tiga tangkapan berasingan.

“Mereka yang ditahan itu terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita Indonesia serta dua wanita tempatan yang ditahan dari tarikh 15 hingga 20 Dis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pondok Polis Puchong Perdana di sini.

Beliau berkata dua wanita tempatan itu merupakan antara dalang sindiket manakala empat wanita Indonesia diupah untuk mengandungkan bayi-bayi itu sebelum bayi-bayi berkenaan dijual.

“Kesemua suspek yang berumur antara 22 dan 36 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang selain di Kajang, Klang dan Banting,” katanya.

“Keempat-empat bayi dan kanak-kanak yang berumur antara tiga bulan dan tiga tahun itu pula diselamatkan selepas pembeli tampil menyerahkan bayi dan kanak-kanak terbabit kepada polis.

Khalid berkata bayi dan kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

“Siasatan polis juga mendapati kesemua bayi dan kanak-kanak itu mempunyai dokumen kelahiran masing-masing yang menggunakan nama pasangan yang membeli bayi dan kanak-kanak terbabit sebagai ibu bapa sebenar,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan lagi berhubung kes itu.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai penafian Hospital Maternity di Jalan Pasar, Klang yang dikaitkan dengan sindiket penjualan bayi itu.

Baru-baru ini, polis menumpaskan sindiket penjualan bayi yang beroperasi di Selangor sejak lima tahun lepas apabila menahan 13 orang dan menyelamatkan lima bayi serta seorang kanak-kanak perempuan dalam dua serbuan di Selangor.

Lima bayi termasuk seorang bayi Orang Asli yang diselamatkan dalam serbuan di Banting pada 4 Dis dan di Klang pada 11 Dis itu berusia antara dua minggu dan sembilan bulan manakala kanak-kanak terbabit berusia tiga tahun. — Bernama

Tuesday, December 22

Anwar dan Nik Aziz penghalang Umno

0 org komen

Berhentilah menari ikut gendang Umno/BN!
Oleh Dinsman

Saya nak tulis terus terang saja kali ini. Apa saya ingat nak cakap, saya tulis saja. Beberapa hari ini saya bercakap mengenai satu perkara – para pemimpin kita tak habis-habis lagi duk menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak Umno/BN. Apa ke halnya! Sudah-sudah lah

Janganlah apabila wartawan akhbar atau wartawan tv dari pihak yang kita tahu mereka itu menjadi alat atau media Umno/BN, apabila wartawan mereka itu menghulurkan mikrofon atau menelefon kita, maka kita pun tanpa berfikir panjang terus saja menyambutnya dengan penuh ghairah dan bersemangat… membuat kenyataan dan menjawab segala soalan yang diajukan itu dengan segala senang hati dan berpuas hati, penuh yakin dan percaya bahawa kenyataan dan jawapan kita itu adalah betul dan ikhlas, sesuai dengan perjuangan parti kita.

Cukuplah! Belajar-belajarlah dengan apa yang telah berlaku selama ini. Mereka itu ada agenda mereka. Bukan saja-saja mereka nak berkhidmat untuk kita, dan nak menyebarkan maklumat bagi pihak kita. Jangan bermimpilah! Bangunlah dan sedarlah. Kita sedang diperangkap oleh media mereka. Rasa-rasanya belum pernah dalam sejarah gerakan Islam di negara ini, keadaan dalaman organisasi dan kepimpinan parti PAS menjadi bercelaru, kucar-kacir, saling mencurigai dan salah-menyalahkan sesama sendiri, fitnah tersebar.… Belum pernah rasanya dalam sejarah gerakan Islam di negara ini PAS berada dalam keadaan yang kucar-kacir seperti hari ini.

Masing-masing seperti tidak kenal lagi mana yang betul dan mana yang tak betul; pemimpin mana yang berpegang pada prinsip yang benar dan pemimpin mana yang sedang berusaha untuk menuju ke arah lain… Betapa bercelarunya! Dan dalam keadaan yang bercelaru itu tanpa disedari tiba-tiba ada di kalangan pimpinan sendiri yang menyuarakan rasa kurang senang dengan pimpinan Tok Guru Mursyidul ‘Am, mendesak dia supaya menamakan penggantinya dan supaya merancangkan pengundurannya dari kerusi Menteri Besar Kelantan.

Atas alasan apa? Kononnya kerana kesalahan dia melantik menantunya menjadi CEO sebuah perbadanan perniagaan yang dia sendiri selaku Menteri Besar menjadi pengerusinya; dan satu lagi kerana hendak menunaikan haji dengan pakej yang mahal atas tajaan pihak tertentu. Riuh rendah. Mereka memukul gendangnya dan kita pun menari dengan rancaknya, lintang-pukang tak terkiralah; bahkan kita pun turut sama memukul gendang mengikut rentak mereka.

Hingga jadi terlupalah kita akan siapa sebenarnya yang kita sedang marah-marah dan melemparkan tuduhan yang negatif itu. Terlupalah kita akan kualiti seorang pentadbir negeri Islam yang satu-satunya seperti itu dalam dunia hari ini yang kita sebenarnya sangat memerlukannya.

Terlupalah kita untuk melihat pada wajah pembangunan dan kemajuan Islam di Kelantan hari ini, hasil dari ijtihad pentadbiran gaya tersendiri yang lahir dari upaya pemikiran sang pemimpin itu, yang teori pentadbiran dan pembangunannya pun belum sempat kita kaji dan rumuskan lagi.

Terlupa juga kita akan pencapaian paling puncak dalam sejarah gerakan Islam di negara ini dimana seorang tokoh agama Islam menjadi begitu popular hingga dia diterima baik oleh kalangan bukan Islam, sebagai pemimpin semua, sebagai “Tok Guru kita”!

Kita terlupa akan aset paling berharga yang ada pada kita itu semata-mata kerana kita terpesona dengan pukulan gendang oleh pihak musuh.

Kita terpukau dan terperangkap dalam jerat musuh, tanpa kita sedar, hingga akhirnya kita sendiri mengucapkan kata-kata yang sangat diidam-idamkan oleh pihak musuh itu. Mereka sedang bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang tak lama lagi akan menjelang tiba.

Di bawah pimpinan baru Najib Tun Razak, dengan pakar-pakar strategi dan pakar media di sekelilingnya, jangan kita memandangnya remeh. Lihat saja sekarang! Kita sudahpun terperangkap dalam permainan mereka.

Faktor paling utama yang boleh menghalang cita-cita dan perancangan mereka untuk terus berkuasa di negara ini, telah mereka kenal pasti, hanya dua – iaitu faktor yang bernama Anwar Ibrahim dan yang bernama TokGuru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dua faktor utama ini kalau berjaya dihancurkan – maka selamatlah Umno/BN melalui pihanraya umum ke-13. Itu saja yang menjadi sasaran mereka sekarang. Takkan ini pun tak dapat kita baca, sedangkan tanda-tandanya bersepah di mana-mana!

Atau cubalah kita fikirkan sekarang – bagaimana jadinya kita Pakatan Rakyat dan gerakan Islam di negara ini sekiranya di kalangan kita tidak ada lagi Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz?

Siapakah yang akan memimpin gerakan Islam dan Pakatan Rakyat (pada masa ini) untuk menghadapi pelbagai tekanan dan muslihat pihak Umno/BN?

Terus terang saya katakan bahawa buat masa ini kita belum nampak sesiapa pun lagi yang berkemampuan seperti dua orang tokoh ini untuk memimpin gerakan Islam dan reformasi rakyat Malaysia, menghadapi serangan daripada puak Umno/BN bagi membangunkan sebuah politik dan pentadbiran kerajaan baru di negara ini, bagi menggantikan politik dan pentadbiran kerajaan cara Umno/BN yang penuh dengan rasuah dan penipuan itu.

Ya, saya tahu, ada orang sedang menuduh saya amat fanatik dan ta’sub dengan Tok Guru Nik Aziz.

Saya kata tidak, saya tidak fanatik atau ta’sub. Saya mengkaji apa yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz di Kelantan selama 19 tahun dia mentadbir negeri itu mengikut cara dan panduan yang diambilnya dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Awal tahun 2008 saya telah terbitkan buku “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia”, mendedahkan 100 fakta yang dibawa oleh pimpinan Tok Guru Nik Aziz dalam upayanya membangun dan memajukan Kelantan secara Islam.

Dan sekarang saya sedang berusaha, dengan bantuan kawan-kawan, untuk merumuskan teori pentadbiran dan teori pembangunan Nik Aziz itu, yang saya percaya sangat berharga dan boleh memberi manfaat yang besar kepada gerakan Islam sedunia hari ini.

Maka apakah semua yang sangat berharga dan bernilai tinggi ini patut kita musnahkan begitu saja, semata-mata kerana kita mendengar tuduhan yang dibangkitkan oleh pihak musuh, dan kita hendak membuktikan kepada musuh itu bahawa kita tidak bertoleransi dengan amalan rasuah; tanpa terlebih dahulu kita melihat ke kiri dan ke kanan untuk mengenal pasti agenda sebenar yang bersembunyi di sebalik “permainan” itu?

Renunglah kebijaksanaan orang tua-tua kita dulu, yang pernah mengingatkan kita supaya jangan membakar kelambu kerana hendak membunuh seekor nyamuk!

Dan pandanglah ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum membaca tanda-tanda rasuah seperti yang diejakan kepada kita oleh puak-puak yang memang terkenal handal bermain rasuah itu.

Perang sesama saudara

0 org komen
Perang saudara tercetus jua di Terengganu.

Dalam laporan mStar disini, sidang DUN Terengganu telah berjaya menyaksikan penyokong kerajaan bergasak sesama sendiri. Sebelum ni sesapa yang tengok DUN Terengganu pasti cukup boring dan mengantuk. Tetiba hari ni 21 Dis, suasana lesu bertukar rancak dan panas ngan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Ngeee... kita sokong depa bergaduh. Maki lagi. Perli lagi. Hamput sesama hangpa. Lagi kerap bergaduh lagi baguih. Hangpa lemah baru nampak Pakatan kuat. Kelemahan hangpa kekuatan Pakatan. Nak harap Pakatan kuat ngan sendiri pun jauh lagi... ngeeee....

Sedar diri lebih baik dari tak sedar langsung

0 org komen

Hanya sandiwara sahaja? — Gambar oleh Jack Ooi

Umno melalui satu tulisan di Umno Onlinenya dan diulas lanjut pulak oleh MI disini, menyifatkan konvensyen sulung Pakatan Rakyat kelmarin tidak lebih daripada usaha alternatif pihaknya untuk menafikan kemelut yang wujud di kalangan ketiga-tiga komponennya sejak Mac 2008.

Aku amat berharap tak dak orang bangsa Umno yang terbaca kenyataan Hadi disini dan cover up statement dari Anwar disini. Rasa kudung kepala sangat, bukan pasai apa sebab baru sangat lagi, letih konvensyen tak abih lagi dah nak kena cuci busuk mulut pulak dah.

“... hasilnya tidak satu pun keputusan dicapai memperakukan perjuangan mereka terutamanya dalam perkembangan kemajuan dan pembangunan. Lantas, apa lagi sandiwara mereka seterusnya?” kata parti itu.

Tolonglah pepuak dalam Pakatan, janganlah bersandiwara dan berlagak bodoh.. letih sesangat aku rasa..

Pakatan must do better or....

0 org komen
Pakatan must do better than Barisan — Lim Sue Goan

DEC 21 — Pakatan Rakyat held its first convention and introduced a common policy framework. I received a cheering SMS that evening. Many people have high expectations for Pakatan Rakyat, hoping for it to rule and change the country. But how much change can Pakatan Rakyat bring?

Pakatan Rakyat must be different from Barisan Nasional if it wants to change the country. The difference must be at least 70 per cent to 80 per cent but it can now achieve only 50 per cent.

A common platform is the future direction for Pakatan Rakyat but from the platform, we can see that there are still contradictions, not enough of boldness and openness, as well as lack of forward-looking views within Pakatan Rakyat.

One of the contradictions is “to restore local government elections” as promised by DAP. It is not mentioned in the common platform as PAS does not agree with it.

How are they going to hand state power back to the people and strengthen democracy without a local government elections?

It is good that the three component parties of Pakatan Rakyat is able to compromise and avoid split. But with different political ideas, they may end up compromising their principles and conflicts will break out sooner or later.

Therefore, the most appropriate approach is to seek the unity of ideas.

PAS President Datuk Seri Hadi Awang admitted that it is not the right time for Pakatan Rakyat to register as a coalition now as the three parties are having different political ideas.

If the contradictions are not eliminated, the people will have no confidence to allow Pakatan Rakyat to become the federal government.

From the platform, we can also see that Pakatan Rakyat still has great political scruples.

Why, when they are emphasising on ending racial politics and implementing “people-oriented national economy”, do they not promise to abolish the New Economic Policy (NEP) and related goals, including the racial quota system?

Pakatan Rakyat is afraid of losing Malay support.

Why do they mention only amendments for the Printing Presses and Publishing Act (PPPA) and the University and University College Act (UUCA) but do not promise to repeal these laws or unreasonable provisions?

Why do they only mention about “expanding the scope of Malaysian Qualifications Agency to oversee and advice local and foreign certificates that are in line with academic standards” but not directly say that they recognise the Unified Examination Certification?

We all know that the country’s economy is in a predicament; why doesn’t Pakatan Rakyat come out with forward-looking strategies so that the people can see its differences with BN?

During the open days of the government’s transformation plan, many people expressed their dissatisfaction, particularly on law and order, and corruption issues. This is a good opportunity for Pakatan Rakyat. As long as it can do better than BN, it will certainly have chances to take the federal regime.

Pakatan Rakyat has been in power in a few states. It can build its credibility by demonstrating outstanding administrative ability, such as mobilising its state resources, including local governments, to cooperate with the people and build communities with good law and order.

Through legislation, enforcement and monitoring mechanism, they can create an incorruptible society.

Pakatan Rakyat should not let the federal government bear the full responsibility to eradicate crime and corruption. Instead, it is obligated, too, to build a better society. The three parties of Pakatan Rakyat used to criticise the poor efficiency of civil services before but we seldom see them putting efforts in improving the efficiency of civil servants since they took over the state regimes.

Instead, like BN, they give only rewards but not punishment. How is Pakatan Rakyat going to change the country if its ruling ability is just the same as BN?

The general elections ended a year and nine months ago, and Pakatan Rakyat should no longer ask for the honeymoon period.

It is now the time for it to receive the people’s assessment.

Pakatan Rakyat must do better than BN to qualify itself as a substitute coalition. (MI)

Monday, December 21

Lagi Hadi buat damaged

0 org komen

Lagi lagi Hadi gak yang buat damaged.

Sabtu lepas Konvensyen Pakatan Rakyat yang dianggap bersejarah telah diadakan di Selangor. Pakatan yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berhimpun mengijabkabulkan perkahwinan politik mereka. Pada hari tersebut, Haji Hadi sekali lagi mengulangi kesetiaan tak berbelah baginya menjayakan pakatan dalam Pakatan Rakyat bersama sama DAP dan PKR.

Tapi, hari Ahad, Hadi dah keluarkan kenyataan begini, Hadi: Time not right to register Pakatan. Pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa. Aku memula terbaca berita ni pun dah geli tapak kaki nak ngulas, tapi ingat biaq pi lah dulu.

Tup, tup, hari ni, ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pulak tak pepasal kena perbetoi balik ngan berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal. Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham. Ish.. ish.. aku tak tau nak kata apa dah.. teringat Pak Bakaq kata lagi, kekuatan yang perlu ada pada pemimpin PAS ialah: bersih dan dilihat bersih, tak bodoh dan tak malas.

Signal apa dari Terengganu

0 org komen

Keadaan penghadang cahaya (awning) sebuah stesen bas yang dalam pembinaan yang runtuh di Hulu Terengganu, hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang itu panel penyambung penghadang cahaya tersebut dipercayai tercabut menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera. --foto BERNAMA

Hari ni kita disuapkan ngan berita dari Terengganu, empat Bangla cedera pasai bumbung kaca terminal bas baru runtuh. Runtuh pasai apa, hangpa pikiaq sendiri la, ada yang kata projek cap ayam.. hihi..

Yang aku nak sentuh ialah, ada petunjuk disebalik peristiwa ni berlaku. Ini adalah isyarat jelas bagi yang mengkaji, bahawa kerajaan BN Terengganu bakal runtuh bersama sama runtuhnya imej diorang sekarang ni. Ini bukan cerita Nujum Pak Belalang dan jauh sekali nak lantik diri sendiri jadi tukang tilek tak bertauliah pulak.

Adalah amat dungu dan bangang sekali, rakyat sesebuah negeri yang punya alternatif, parti lain sebagai kerajaan gatai nak pilih lagi kerajaan sekarang yang bukan sekali malah ini kali keempat bangunan runtuh dalam masa yang terdekat ini. Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil dan bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Ingat, rakyat sekarang bukan bodo macam dulu. Depa dok perati dan kaji. Sampai masa dan ketika, depa akan buat keputusan.

Pada pepuak Pakatan, jangan tergedik gedik syok sangat. Perbetui diri, perkemas jentera parti, biaq bersih dan nampak bersih. Pinjam Pak Bakaq kata, tak bodoh dan tak malas. Mentang mentang imej depa runtuh, hangpa goyang kaki tak mau kerja. Jangan harap la nak bergolek mai camtu.

Sampai masa dan ketika, rakyat akan tukaq parti karat bangsa Umno ini keparti lain. Tapi kalau parti yang diharapkan sebagai alternatif pun masih terpalit bau bauan bangsa Umno, masih ada bisik bisik perjumpaan dalam gelap ngan bangsa Umno, sori lah, lebih baik stay ngan Umno karat dah tau depa camtu. Dari susah susah tukaq parti tapi condong ke bangsa Umno gak buat hapa..!!

Pakatan Terengganu dah bersedia ka belum..?

Pesta selak kain

0 org komen

Seperti yang dijangka, pesta selak kain pasti berlaku. Pesta ini telah dengan rasminya dimulakan oleh Nik Amalina Nik Abdul Aziz pada 11 Dis lalu sempena pembukaan blog peribadinya Seri Suri.

Aku ni sapa lah sangat, sebagai ahli PAS pun tidak. Nak cakap lebih lebih pun, aku bukannya menantu Tok Guru, anak Tok Guru jauh sekali lah. Tapi yang aku herannya, kutu rayau macam aku pun tau selak selak kain ni, wajib sesangat kita jauhi, tak elok Lebih hodoh kalau kelaku ni diamalkan oleh anak orang orang ternama, alim pulak tuh. Bela diri dan bela keluarga pun takkan sampai "membuka pekung di dada".

Aku tak perasan la pulak lesen sebagai anak ketua negeri, otomatik kita boleh mencampuri urusan pentadbiran negeri. Nak pertahankan laki kita sekalipun, kena tau batasnya gak. Jaga laki tapi diwaktu yang sama menjatuhkan imej bapa, imej parti apatah lagi negeri, lagi besaq salahnya. Takkan tak terpikiaq langsung kut. Takkan tak tergerak langsung nak tanya diri dulu yang aku buat ni betoi dan boleh ka?

Tak cukup ngan laki yang hamput Husam, si isteri pun ikut sama. Jenuh bersilat la Husam kali ni.

Payah payah Husam oi, hang letak je jawatan, belah pi lain negeri. Kelantan tu biaq anak beranak depa sudah la yang jaga. Kepala bergeliga cam hang tu, mana mana negeri pun nak punya.
Related Posts with Thumbnails