Sunday, February 28

Bijak budak Rosmah ni

0 org komen
Salam semua...

Pak Long tersenyum sorang sorang bila melihat bebudak berlari dok sukat taman. Teringat gak Pak Long masa Pak Long remaja dedulu. Masa tu Mak Long hang jadi Pandu Puteri, sementara Pak Long pulak jadi striker sekolah. Petang petang lepaih perjumpaan Pandu Puteri, kita lepak la main mata bawah pokok ubi depan kantin. Kita takat main mata saja... hihi...

Ada la sekali tu Mak Long hang mengacum tak mau dah join Pandu Puteri, boring katanya. Pak Long dok pujuk jugak sebab itu saja caranya Pak Long nak jumpa dia. Masa lain jangan harap la. Tapi kesian gak kat Mak Long hang, boring dah sampai ke peringkat lupa kat Pak Long dah. Sebab tu Pak Long sokong sangat la budak Rosmah ni, bijak sungguh dia bila dia kata Pandu Puteri kena kaji peranan dan aktiviti depa.

Kena ngan saiznya, si Rosmah ni adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ish... memang ngam la si Rosmah pandu si Puteri. Pak Long suka sangat cadangannya me"relevan"kan Puteri yang di pandu nih.

Pak Long pun ada gak cadangan dalam me"relevan"kan Pandu Puteri ni. Ia lah bagi mengikut peredaran zaman la katakan. Sesuai dengan moto "Selalu Sedia" nya, Pandu Puteri mesti lah kena selalu:
  1. Bersedia berjemur panas mengiringi calon bangsa Umno ke pusat pusat penamaan calon.
  2. Bersedia untuk keras betis pusing kampung memancing undi bagi pihak bangsa Umno setiap kali pilihanraya.
  3. Bersedia untuk kerahan tenaga memacak bendera dan banner menyokong Umno.
  4. Bersedia walau sukatakrela menjadi pegawai pembantu disekolah sekolah setiap kali majilis Umno diadakan.
  5. Jaga parking kereta setiap kali wakil bangsa Umno turun main goli dikampung kampung.
  6. .....
  7. ........
Errr..... yang lain tu korang tambah la sendiri demi memperkukuhkan institusi Pandu Puteri tu yer... maggi Pak Long dah kembang... wassallam...

Tekiu Mr. Jarjis

0 org komen
Nasib baik la menteri Nazri ni bagitau, kalau tidak sapa pun tak tau. Apa taknya, sebelum ni bangsa Umno lah yang paling hebat menuding jari kata Anwar ejen Amerika. Aku mati mati kata Anwar lah punya hubungan yang paling rapat dan mesra ngan Amerika.

Rupanya salah anggapan semua, Umno lah ejen Amerika yang paling akrab kini. Ikut kata menteri Nazri lagi, hubungan Malaysia-Amerika Syarikat semakin mesra dibawah pimpinan Piem Umno Najib Razak, yang luas membuka kangkangnya. Keakraban dan kemesraan Malaysia begitu terasa oleh Amerika apabila orang kanan Najib iaitu bekas menteri kanan Mr. Jarjis telah diangkat sebagai duta ke sana. Tak tau la Mr. Jarjis ni pakai ilmu apa hingga kehadirannya begitu dirasai oleh para pegawai kerajaan Amerika... hihi...

Tekiu Mr. Jarjis...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata usaha kerajaan Malaysia untuk berbaik-baik dengan Amerika Syarikat telahpun diketahui oleh kerajaan Amerika dan dapat dirasai oleh pegawai kerajaan, ahli kongres dan senator negara itu yang ditemuinya di sini.

Macam berani je mamat ni

1 org komen
Puad Zarkashi ni bukan main lagi melalak mintak sesangat bangsanya Umno ambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Ku Li.

Masaalahnya hangpa berani ka? Jangan dok bercakap cari populariti saja. Glamor saja tak jadi, kena bukti ngan kata kata. Najib dah kata, nasib Ku Li diserah kat ahli, makna Najib pun tak berani. Hang kalau dah berani sangat, jalankan kempen dari sekarang minta semua etnik Umno humbankan Ku Li dengan hukuman yang setimpal. Kalau hang berani la.

Anwar yang diikat tangan pun hangpa kecut, inikan pula Ku Li yang lepas bebas.

"Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dulu," katanya kepada Bernama.

"Negaraku" berharga RM17,000.00

0 org komen
PSSI atau Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia telah didenda sebanyak AS$5,000 atau RM17,000 saja ekoran sikap penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, “Negaraku”.

Kejadian kurang sopan sebilangan penyokong Indonesai yang tidak menghormati lagu kebangsaan negara lawan ini terjadi ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Vietnam pada pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di sini Isnin lepas.

Aku tak tau apa orang lain kata, tapi aku berpendapat hukuman itu tidak setimpal dengan tindakan mereka yang telah mencemarkan maruah sebuah negara. Takkan maruah negara yang tercemar hanya berharga RM17,000.00 saja kut. Memang kehormatan tidak boleh dipaksakan tapi sekurang kurangnya itu sikap sebuah bangsa yang maju. Majukah sesuatu bangsa itu apabila tidak menghormati kedaulatan negara lain. Majukah pemikiran bangsa dengan mengejek ejek “maling” (pencuri) dan “banci” (pondan) kepada pasukan lawan.

Nak berlagak jadi abang pun, tunjuk lah kematangan diri tu dulu.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Malarangeng telah memohon maaf berhubung kejadian itu.

Saturday, February 27

Aku pulak yang tumpang malu

0 org komen
Salam semua...

Pak Long baru sampai rumah ni. Saja jalan jalan bawa my first lady ronda pekan... hihi...

Bukak saja internet, Pak Long naik sayu. Pak Long pun tak tau la pasai apa yang ramai orang sakit hati sangat ngan budak Rosmah ni. Yang jadi Piem Umno tu Najib, yang hangpa dok kalut serang dan hamput si Rosmah tu pasai apa.

Biaq pi la dia nak istihar sebagai pompuan pertama ka atau kedua negara ka. Bila lagi dia nak syok sendiri. Pak Long rasa la, tak patut sangat la hangpa kata kat si Rosmah tak ketahuan macam tu. Dia tu hanya bertaraf isteri pada Piem. Hangpa serang la Najib nu kalau nak bangkang pun.

Pak Long pulak yang tumpang malu bila Prof ni kata si Rosmah tak layak menggelar atau menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan.

Fuyoo.. naik kudung kepala camni... hihi... tolong la jangan ulang lagi... dia pun nak rasa gak jadi first lady tu, hangpa biaq betoi, takkan nak tunggu Najib sampai jadi agung kut...

Friday, February 26

Kalau setia tak boleh cakap yang benar

0 org komen
Najib kata nasib Ku Li akan ditentukan sendiri oleh anggota parti. Ini berikutan keceluparan Ku Li memperjuangkan hak rakyat Kelantan menikmati royalti minyak dari Petronas. Najib sendiri pun tak berani sebenaqnya. Ku Li pulak bukan calang orang dalam politik Malaysia ni.

Sementara itu, Ku Li pulak kata, dia masih setia kepada perjuangan Umno walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Inilah silapnya Ku Li dalam Umno sebagaimana silapnya Khalid Samad dalam PAS. Kalau hangpa dah setia pada parti, hangpa tak boleh cakap yang benar. Ada faham tu... !!!!

Cara Umno ber Maulidur Rasul

0 org komen

Inilah cara Umno ber Maulidur Rasul. Inilah agaknya kelaku kononnya sebuah kesatuan politik Melayu yang bertunjangkan Islam. Inilah agaknya tindak tanduk kekononnya satu satunya kesatuan yang memperjuangkan Melayu. Dan inilah agaknya akhlak makhluk makhluk yang dijunjung sangat oleh team Kerajaang Perpaduang.

Diwaktu orang ramai bergembira menyambut hari lahirnya kekasih Allah, ada kelompok bodoh sombong yang sungguh gembira menjunjung dan mengedar fitnah kesana kemari secara free. Kita ingatkan, seseorang tertuduh belum boleh dihukum akan kesalahannya selagi belum terbukti salahnya, tapi memang bangsa Umno ini mendahului rakyatnya. Sampai ke hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pun fitnah dicetak dan bebas di edarkan walau dengan kehadiran Sultan Selangor.

Jangan marahkan bangsa Umno ni. Depa ikut sebijik sebagaimana ajaran pimpinan besaq depa iaitu Najib bini Rosmah. Najib telah sampaikan khutbahnya sempena Maulidur Rasul dan boleh dibaca disini:

Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad saw iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.

Depa bagi, balas tapi undi PAS

0 org komen
Rakyat menuntut wang royalti,
Bangsa Umno bagi wang ihsan,
Hukuman rakyat di peti undi,
Biaq Umno dapat balasan.

Memang bangang bangsa Umno,
Rakyat dilayan bagai abdi,
Bodoh sombong, ego semberono,
Bila dah beraja dimata, bersultan dihati.

Depa bagi, kita balas,
Tapi pakat pakat undi PAS.

Kerajaan PAS Kelantan tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf wang ihsan disalurkan kerajaan pusat tetapi pada masa yang sama tidak akan menyekat pengagihannya, yang dijadualkan bulan depan.

Mangsanya rakyat dulu

2 org komen

sumber: saba

Patut pun aku tengok mamat ni sibuk berposmen sendiri mykad kerumah rumah mangsa...

Jadi, jangan nganga lagi. Ini adalah langkah langkah awal menjelang mekanisme baru harga minyak yang bakal dilancarkan oleh kerajaan yang mendahului rakyat ini...

Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.
  • Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.
  • Sistem ini diuruskan oleh Maybank
  • Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April
  • Hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin
  • Enjin 2000 cc ke atas tiada subsidi
  • Kereta syarikat tiada subsidi
  • Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.
  • Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.
  • Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.
APA YANG PENGGUNA HARUS LAKUKAN
Cadangan :
  • Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.
  • Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama urusakan tukar nama segera untuk dapatkan subsidi.
  • Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.
  • Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan peribadi.
  • Pastikan cip Mykad berfungsi.
  • Beri kesedaran kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan mengenai mekanisma baru ini agar mereka membuat persediaan awal untuk menghadapi kenaikan harga petrol dan mekanisma baru penjualan petrol.

Gelandangan

0 org komen
sumber: kafe pak andak

Memang aku tak sangka , ada gelandangan dari bangsaku.Tiada pondok berteduh , hanya kaki lima menjadi bilik tidur, kekadang beratap jambatan.Bertukar rumah bukan kerana banyak tetapi tak berumah,makan benda buangan,disitulah mereka membina keluarga....bagaimana?

Sungguh aku tak sangka.selama ini aku ingat hanya bangla yang merempat,tetapi bukan ,aku silap,aku baru tau.

Aku sedih.

Perlukah kapal selam jika rakyat jadi gelandangan
perlukah jet shukoi
perlukah stadium yang besar jika hanya untuk sukaria
perlukah sambutan rumah terbuka
jika begini keadaan rakyatnya
perlukah papan tanda bergambar pemimpin
perlukah yang tak perlu itu
perlukah kita pada pemimpin begitu

fikirlah

Thursday, February 25

Gembira berpada pada

0 org komen
Sumber: saba

Suatu pagi, 12 Rabiul Awal suatu ketika dahulu...

"Ambikkan kopiah ayah, Saba"

"Orait..." kopiah peshen Tunku Abdul Rahman tu tegas aku hulurkan. Aku kenakan songkok hitam turun kaler yang baru seterika tadi.

Lebih 22 minit aku spend kilatkan kasut PVC aku. Kasut raya lepas macam baru beli, berkilau. Si Tipah jiran sebelah hanya menggigit jari rugi teramat kerana tak dapat ikut disisi aku. Bergaya betoi aku, rasa macam menteri melawat felda pun ada.

"Ingat Saba, nawaitu melakukan sesuatu itu penting di iring dan sertakan dengan amalan" ayah mulakan khutbah boringnya tika beriringan ke surau.

"Amalan yang selaras dengan nawaitu akan mengelakkan buruk sangka. Sebab itu hati kena bersih bagi menzahirkan nawaitu yang ikhlas" kali pertama dalam hidup aku terasa surau kampung aku jauh sangat.

"Maulidur Rasul ini hari dimana kita menzahirkan kegembiraan dalam memperingati kekasih Allah s.w.t. Bukan pesta hari jadi tempat kita pertonton kecantikan diri. Ingat Saba, riak, takbur, ego dan sombong adalah pakaian Tuhan. Pakaian itu dipinjamkan sementara sebelum dikembalikan" air mata aku mula bergenang. 1 jam 12 minit aku siapkan diri kini langsung tak dihargai.

****************************************

Selamat menzahirkan kegembiraan kita di hari Maulidur Rasul ini... tanpa memalingkan kita dari mengingati Allah s.w.t

The Star bakal disebat KDN

0 org komen
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Akhbar The Star, yang menerbitkan rencana bertajuk “Persuasion, not compulsion” berhubung isu hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini, diberikan surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Ekoran tindakan KDN itu, akhbar berkenaan dikehendaki memberi penjelasan bertulis berhubung penerbitan artikel berkenaan dalam tempoh 14 hari.

The Malaysian Insider difahamkan surat tunjuk sebab diterima petang tadi.

Kata sumber, KDN akan menentukan tindakannya selepas menerima penjelasan daripada The Star.

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan pada hari akhbar berkenaan menerbitkan permohonan maaf di muka surat tiga berhubung rencana tersebut.

Di bawah notis permohonan maaf itu yang bertajuk “Bukan bertujuan mahu mengguris”,The Star berkata pihaknya difahamkan bahawa artikel tersebut telah menyinggung perasaan beberapa pihak.

“Kami ingin menyatakan bahawa bukan niat kami untuk menghina atau menyinggung umat Islam dengan artikel yang ditulis oleh pengarang urusan P. Gunasegaran yang diterbitkan pada Jumaat lalu.

“Dengan ikhlas akhbar The Star memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan rencana berkenaan,” kata notis itu.

Kelmarin seorang ahli perniagaan membuat laporan polis berhubung penerbitan rencana berkenaan dengan mendakwa telah menghina penganut dan perundangan Islam di Malaysia.

Esok syarikat penerbitan akhbar The Star akan melancarkan produk barunya Mingguan Star, yang akan muncul dalam Bahasa Malaysia.

Ia akan diedarkan secara percuma setiap Ahad bersama The Sunday Star.

Sampai ketikanya

0 org komen
Dunia... kini sampai ketikanya dimana lelaki bertutup litup dan pompuannya segan nak bertutup.

Wednesday, February 24

Syabas tolong Pakatan Selangor

0 org komen
Tak payah bagitau la sapa dibelakang Syabas dalam mengharu birukan politik Selangor. Bangsa Umno akan menggerakkan apa saja yang sempat digapai asalkan boleh menggugat kestabilan politik negeri negeri dibawah Pakatan. Hatta soal perarakan Maulidur rasul yang tak sepenting mana pun diputar semahu mereka seolah olah itulah sebenar benar tuntutan agama Islam bertujuan memperkuatkan ekonomi Melayu P Pinang.

Nampak sangat kelaku hodoh depa yang lebih nampak pokok sebatang dari hutan yang terbentang.

Sapa sangka yang Selangor, negeri terkaya dalam Malaysia jatuh ke tangan Pakatan selepas PRU 12 yang lalu. Dan inilah dosa terbesar Pak Lah yang menyeretnya turun awal dari waktu. Tentulah segala usaha akan digembeleng Umno asalkan negeri emas ini kembali dibawah telapak kaki depa. Hatta hak rakyat Selangor untuk menikmati kemajuan dalam bentuk penggunaan air murah pun sanggup di perjudikan. Nyata perjudian mereka mereka ini bakal memakan diri.

Ketegasan MB Pakatan, Khalid Ibrahim untuk mempertahankan harga air yang sedia dinikmati rakyat Selangor bakal melonjakkan lagi imej Pakatan dimata rakyat kebanyakan. Dan sikap ego dan besar kepala Syabas akan dilihat sikap sebenar bangsa Umno.

Syabas sejak mula memang dilihat sebagai 'masalah' kepada Kerajaan Pakatan Selangor. Sama seperti agensi kerajaan lain seperti Jais dan Mais, nama saja di bawah kerajaan negeri tapi bertuankan kuasa yang berasingan.

Secara positifnya aku melihat ini akan banyak membantu Pakatan dalam memenangi hati rakyat bukan saja di Selangor tapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

SYABAS...

Ya.. ampoon...

0 org komen

"Oi... Ah Tan, mai la dulu... nak pi mana ni kalut sangat"

"Hai.. Din, gua mau balik tidoq la... sakit kepala"

"Aikk... kena ngadap sat saja dah gelabah, mai la sat, aku nak tau gak apahal?

"Ok.. ok.. saja, dorang tak berani punya... hihi"

"Fuyooo... caya lah Tan, memang lu anak jantan.. kah.. kah.."

"Gua cakap aaa, ini Nibong Tebal mali, talak sombong punya, tapi talak lembek pun"

"Tak sekolah punya orang, sapa cakap lu lembek"

"Hihi... ini butut cakap aaa, gua talak mintak ampun sama itu Guan Eng punya. Itu parti punya keja la setel sama itu hantu"

"Fuyooo.. gua tabik lu la bro"

"Mana ada patut, lia senang senang cakap itu suma wakil parti selupa sampah"

"Itu Husin Ali ada tampar lu punya kepala ka?

"Heh.. heh.. itu gua silap la Din, gua maaf sama itu Husin Ali"

"Apa ni Tan, lu maaf Husin ka, Husin maaf lu"

"Oppss.. tak betoi ka? gua minta maap sama itu Husin. Dia ada butut jugak, olang tua ma"

Suka Malaysia yang suka suka

0 org komen
sumber: saba

Aku suka Malaysia yang suka suka...

Aku suka Malaysia yang suka suka memperkenalkan mekanisme baru harga minyak. Insyaallah, jika tiada aral menentang, orang ramai termasuk ahli politik dan pembenci politik akan menikmati mekanisme baru ini pada pertengahan bulan Mac nanti. Bukan kenaikan harga, ingat... ia adalah mekanisme baru harga minyak. Insyaallah dengan mekanisme baru harga minyak ini akan meningkatkan lagi pendapatan tokey tokey yang telah kaya demi memastikan yang miskin papa kedana.

Aku suka Malaysia yang suka suka mengkaji kadar tarif elektrik untuk orang ramai. Kita amat berharap kenaikan kadar bayaran untuk elektrik ni akan menguntungkan syarikat pengendali tenaga elektrik tunggal negara ini. Insyaallah kenaikan yang tak membebankan ini juga akan menajana lebih kekayaan tokey tokey yang telah kaya demi memastikan yang miskin papa kedana.

Aku suka Malaysia yang suka suka memperkenalkan kotak ikan (KIBFG) insyaallah juga pada 1 Mac nanti. Sekaligus bakal melonjakkan harga ikan di pasaran kita. Baguih la, dengan pengenalan kotak ikan ini maka ia juga bakal mengayakan tokey tokey yang telah kaya demi memastikan yang miskin papa kedana.

Aku suka Malaysia yang suka suka juga akan beramai ramai mendodoi rakyat marhaen lagi pada pilihanraya umum ke 13 nanti....

Aku suka Malaysia yang suka suka buat negara ni macam mak bapak depa yang punya....

Tuesday, February 23

Lawak bangang

1 org komen
Menteri yang jaga budaya, Rais Yatim kata semua stesen radio wajib siar lagu baru penyanyi tempatan bermula 1 Mac ini.

Tapi tetiba operator radio komersil Malaysia terkejut peraturan putar lagu baru artis tempatan.

Hangpa kaji tengok la kepala hotak depa tahap mana. Masaalah remeh macam ni pun nak kena terkejut terkejut baru boleh selesai. Nasib baik la menteri jaga budaya tak buat stetmen bangang wajibkan 1Malaysia dengar radio... perrgghhh....

Untungnya bangsa Umno

2 org komen
Salam semua...

Dari jauh dah ternampak wajah ceria Mak Long hang. Sengeh sampai telinga tercatuk di muka pintu. Pak Long tak heran sangat, Mak Long hang bukan senyum kat Pak Long ni, dia senyum tengok ais kacang yang terikat di hendel basikal tu.

"Takkan satu plastik ni saja abang beli, lamanya abang pi"

"Aku sembang ngan budak Mi pendek tadi ni, dia pun pi pasar malam gak. Entahlah mak hang oi, barang mahai gila babi aiiihh.... 50 ringgit hat mak hang bagi tadi habih, belen ada lima kupang lagi kut"

*********************************************

Pak Long ni kira kira bersyukur gak. Anak anak dah besaq, walaupun dok jauh tapi depa tak kacau Pak Long dah. Hasil juai kain sut hutang Mak Long hang yang tak seberapa tu lah yang menyara kami berdua. Tapi Pak Long tumpang sedih jugak ngan budak Azmi ni. Orang kampung panggil dia Mi pendek pasai dia memang pendek akai. Dia jugaklah satu satunya ahli bangsa Umno yang masih aktif merenung gambaq Najib selepas setiap kali berwudhuk.

Mi pendek ni anak ramai pasai gatai pi ikut saranan Che Det dulu ni. Nak sasarkan 70 juta penduduk kononnya. Dengan kerja sebagai pemungut hutang along, dia kerja siang malam nak menyara 5 anaknya yang masih bersekolah. Tak terbayang Pak Long macamana dia nak pusing nanti dalam keadaan gomen nak menghadiahkan rakyat dengan mekanisme baru harga minyak.

Dah tu tak sat ni Pak Long naik tersedak bila terbaca letrik pun depa nak naikkan juga. Baguih la dengan semangat 1Malaysia bapak depa, memang rakyat yang kena dulu. Betoi la apa yang depa dok kata dalam tv tu.

Tak cukup sedih depa tambah lagi dengan harga ikan dan lain lain makanan laut mungkin akan lebih mahai pada bulan Mac nanti. Gomen bernasib baik la, kalau ais kacang yang naik harga memang nahas depa kena maki ngan Mak Long hang.

Tapi kenaikan harga ni hanya untuk orang yang lain dari bangsa Umno saja. Bangsa Umno pasti tak terasa langsung kesan dari kenaikan harga barang nanti pasai semua bangsa Umno akan diberi elaun dok saja oleh KERAjaan pusat. Untungnya jadi bangsa Umno... khiiaakkk... ptttuiiihhhh....

Opppsss.... maap lah yer... wassallam...

Rais cakap ikut dubur

0 org komen
Persoalannya, beranikah bangsa Umno atau beranikah Rais khasnya menasihati rakan rakan sekandang dengannya malah memastikan dirinya juga bersedia untuk lepaskan jawatan sebagaimana nasihatnya pada Anwar?

"Dari segi keluhuran undang-undang atau perimbangan hak asasi, sebaik-baiknya seseorang yang pegang jawatan sama ada sebagai ahli parlimen, ketua pembangkang, menteri atau anggota pentadbiran harus meletak jawatan dulu dan menghadapi dakwaan yang dikemukakan padanya.

Kalau tak berani dan sayangkan jawatan berimbuhan tinggi tu, jangan cakap la. Buat muntah habih orang keliling.

Aku yakin Anwar mendidik diri tak besarkan jawatan dan tak agungkan kemashyuran. Sejarah juga membuktikan jawatan yang disandangnya dahulu lebih tinggi dan baik dari Rais sekarang. Malah beliau mungkin mendapatkan kembali kemashyuran itu jika berpatah balik berkubang dilubang yang Rais berkubang sekarang. Kalau setakat nak lepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang ni, bila bila masa pun boleh asalkan berasas dan kena gayanya.

Kalau sekadar nak sebut Kasitah Gaddam saja sebagai contoh, tak payah la. Amacam kalau hang pi nasihat Najib bini Rosmah, kalau tak letak jawatan pun, saman RPK ka atau saman detektif Bala ka untuk cuci nama. Macamana dengan menteri Jarjis? dah lupa ka? Atau hang sesaja nak perli dia? Apa hal pulak kalau ada anak bangsa hangpa yang entot entot (sori bro TT, pinjam sat) anak orang kemudian lari? Takkan buat bodo saja? Stadium runtuh tak pa ka? Masjid runtuh pun tak pak jugak ka?

Wooiihhh.. banyak la kalau nak "list"kan sampah yang hangpa buat kat sini. Nak pi pekena cucuq udang cicah petang petang ni baguih gak...

Cantik lah

0 org komen
Hukuman sebatan “bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil” kerana masyarakat akan memandang serong terhadap setiap hukuman yang hanya menghukum anak bilis dan membiarkan jerung.

“Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi taukeh-taukeh atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut dibawa ke pengadilan.

“Ini termasuk mana-mana individu Muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Empunya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan. “Maka pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabit individu Muslim sekalipun ‘kelompok yang dianggap kebal’ dalam negara ini,” MI

Tak serik serik lagi

1 org komen
1,000 tentera AS terbunuh di Afghanistan sejak dilancarkan

WASHINGTON: Angka kematian askar Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan mencecah 1,000 orang semalam, menurut laman web bebas, icasualties.org, selepas lebih lapan tahun perang di negara itu dilancarkan. - AFP

Memalukan

0 org komen
Islam adalah agama Allah s.w.t. Islam sempurna dan kesempurnaannya jangan dipermainkan dan perlu dipelihara penganut untuk tidak dilihat sebagai dipermainkan. Sesuatu yang bersangkutan dengan Islam tidak boleh dibuat secara tergesa gesa tanpa perancangan, tanpa kepakaran, tiada keikhlasan dan ber"udang" disebalik mee. Tindakan bodoh sombong bakal mengundang kecelakaan yang lebih besar pada umah secara keseluruhannya. Memalukan malah mencacatkan kesempurnaan Islam itu sendiri dimata umum.

Jangan menyusahkan aktiviti dakwah Islamiyah dengan sikap bebal dan bangang kita. Sejarah telah membuktikan tapi bangsa Umno sengaja enggan belajar dari sejarah. Ego dan sombong dan sikap aku lebih pandai dan berkuasa begitu menggunung meratah jiwa.

Jangan marahkan Pakatan Rakyat (PR) jika mereka bingkas membidas pelaksanaan hukuman sebat. Bukan semua "sebatan" itu berhukumkan undang undang Islam. Pakatan melalui Presiden PAS berkata insiden 9 Feb lalu, yang diumumkan oleh Hishammuddin pada Rabu lalu, “memalukan” umat Islam kerana ia tidak mengikut undang-undang Islam.

Monday, February 22

Islam dan bukan Islam

0 org komen
Salam semua...

Hadoiihh.... aman sikit Pak Long rasa malam ni, tak dengaq dah bunyi mercun ala ala hilang akal tu. Pak Long nak sound lebih lebih pun, ni budaya depa. Pihak berkuasa yang sepatutnya kuatkuasakan pengharaman mercun pun tak terkata apa, apa tah lagi Pak Long ni.

Bagi Pak Long la, menghormati hubungan berbilang kaum tak bermakna kita kena menghalalkan yang terbukti tidak baik untuk orang ramai. Umpamanya mercun la, dulu dah haram, kita haramkan terus lah. Singapura boleh haramkan, pasai apa kita tak boleh. Penerangan itu yang penting bagi depa paham betoi betoi.

Memang isu hubungan Islam dan bukan Islam ni agak sensitif. Tapi itu semua adalah amalan penjajah yang dimainkan semula oleh bangsa Umno. Bagi kita keliru. Pimpinan kita patut jelajah lebih lagi ruang ni yang jauh dipisahkan secara paksa dan terancang oleh bangsa Umno selama lebih 50 tahun pemerintahan depa. Pak Long tabik betoi la kat Nik Aziz dalam bab bab mengakrabkan hubungan Islam dan bukan Islam ni. Cakap dia nampak telus. Dia kata hubungan kerajaan Kelantan ngan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukannya dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik.


Dia orang politik, nak kata tak berpoilitk pun tak boleh jugak. Tapi politik secara jujur berpaksikan ajaran Islam, berasaskan al-Quran dan hadis, mana ada salahnya. Yang jadi hodoh kelaku ialah, ngan cina cakap lain depan melayu pulak cakap lain.

Opppsss... errr... mata Pak Long pun dah naik kelat. Semalam sampai 2.30 pagi baru terlelap. Hihi.. Mak Long hang pun dah siapkan tempat tidur tuu... hihi... wassallam...

Jangan cemburu bila ahli bersuara

0 org komen
Satu langkah bijak. Orang politik ni memang hobi masa lapang depa bercakap. Pantang jumpa majlis kira nak bercakap. Tak boleh tengok wartawan, walaupun tak dan nak tanya depa kira nak bercakap. Tu yang banyak masaalah tercipta sekarang ni.

Lagi banyak kita bercakap, lagi luas pekung kita buka untuk tontonan dan ulasan. Nak bercakap dan berbahas boleh, tapi ikut saluran. Jadi aku sokong sangat bila Pakatan Rakyat mengorak langkah dengan menyediakan lebih banyak platform untuk membolehkan para pimpinan dan wakil rakyatnya memberi pandangan secara dalaman. Kalau tak puashati, ini salurannya. Kalau sesapa yang tak reti reti juga, ikat buang dalam laut la.

Bangsa Umno mesti jeles punya, saluran yang lebih telus buat ahli menyuara pandangan dan pendapat dalam Pakatan. Entah entah depa nanti tiru jugak kerana nak juga dilihat sebagai demokratik.

Negeri bawah Pakatan

0 org komen
Salam semua...

Kemarin Ahad, sari suntuk Pak Long pi tolong Mak Long hang juai kain ela dia. Kain sut lepaih hutang. Bisnes dia boleh tahan la jugak, tak dan langsung Pak Long nak baca surat habaq. Lepaih la buat dia beli celak ngan pewangi ketiak.

Sari suntuk Pak Long di pekan kecik tu memang tak boring. Walau nama tak menarik langsung tapi segala macam jenis keperluan ada disitu. Kedai kopi internet cermin gelap, berlambak macam cendawan lepaih hujan. Restoran karaoke, berebut rebut pakat nak buka siang. Kedai empat nombor, ada satu tapi penuh ngan melayu. Nasi kandaq, Penang maree punya. Kedai tom yam, berterabur, terasa macam pekan di Danok pun ada. Pasar hari, depa bagitau hari hari. Kut tak dak duit saja nak beli. Air ketum, kena la pandai pandai cari.

Menarik bila Pak Long singgah satu kedai ni. Nak kata melayu tengok mata bercelak macam mamak. Nak kata mamak dia gebang punya kuat pasai nasib bangsa melayu. Yang lebih meyakinkan kata dia ni melayu tulen ialah bilamana dia hamput sakan cara Pakatan perintah negeri. Hujah hujah dia semua Ibrahim Ali punya. Sah dah memang dia ni keturunan yang baru dicipta tahun lepas iaitu bangsa Perkasa.

"Sori aaa anee... nanti kita sambung, encik mau cari apa?

"Bagi surya..."

"Encik mau ori punya ka?

"Eh.. ada ka?

"Kalau mau mesti ada la encik"

"Senang dapat ka, salah tu?

"Boleh la sikit encik, cari makan"

Hmmm... wassalam...

Dengan atau tanpa Anwar, BN tetap akan tumbang

0 org komen
Athi Shankar
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosmah mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Rosmah isteri mithali...

0 org komen
Salam semua...

Pagi ni sempat gak Pak Long jalan jalan pusing taman. Alhamdulillah, jadilah berpeluh gak sikit. Mak Long hang tak mau nak ikut sama, nak bela badan katanya. Dah dekat 6 bulan lebih dia tak jalan jalan pagi ngan Pak Long. Memula dulu Pak Long pun tak tau apa pasai tiba tiba nak bela badan. Rupa rupanya dia ada hati nak tiru saiz badan si Rosmah isteri Najib tu. Dia teringin sangat nak jadi sebijik macam Rosmah ni, Pak Long kata baguih la. Baik budak Rosmah tu...

Benda kalau baik, Pak Long akan kata baik la. Sapa yang tak terharu bilamana Rosmah bagitau yang dia tak kontrol Najib. Elok sangat la tu. Tak baik bini dok kalut pasai kerja buat laki. Hodoh sungguh orang tengok laki hangpa nampak macam bacul. Tak baik la dok pejatuh ayaq muka laki macam tu. Memang patut sangat la Mak Long hang nak mencontohi budak Rosmah ni pun.

Pak Long pun selalu pesan kat Mak Long hang, kata Rasulullah s.a.w, paling mudah masuk syurga orang pompuan la dan paling banyak masuk neraka pun orang pompuan la jugak. Jadi, pandai pandailah bawak diri.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati,” katanya ketika diwawancara dalam rancangan “Hello Malaysia” kendalian BernamaTV di Wisma Bernama di sini malam tadi.

Pak Long tak tau dan tak mau tau pun la apa yang Najib reserve bagi kat Rosmah decide tu, kadang kadang Mak Long hang pun nak gak buat keputusan terutama sekali dimana nak shopping bulan ni, berapa kali sebulan nak shopping, almari jenih apa nak kena tukaq, emas murah ka mahai la ni... semua tu dia la yang buat keputusan. Baguih, nampak berdikari sungguh Mak Long hang semenjak dok mula ikut budak Rosmah ni. Cuma Pak Long saja la yang rasa macam seram sejuk.

“Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan ‘underestimate’ Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

Yang ni Mak Long hang ikut sebijik. Habih budak budak kampung dia gempaq. Sampai jumpa Pak Long pun depa lari habih. Pak Long tanya la Mak Long hang buat macamana? Mak Long hang kata Pak Long ni dulu kerja tok mudim sepenuh masa.

“Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut,” katanya.

Yang ni Mak Long hang tak berapa menjadi lagi. Mak Long hang nampak macam tak berapa nak takut kat Pak Long kes kes hentak kaki ni. Maklum la, sepasang kaki Pak Long baru sebelah kiri kaki Mak Long hang, nak takut mai mana? Bab ni Pak Long kena menuntut kat Najib la nampak gayanya.

“Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

“Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, ‘in short we are best friends’ (pendek kata kami adalah sahabat karib),” katanya.

Haaa... bab ni silap silap budak Rosmah ni pulak kena belajaq kat Mak Long hang.. hihi... Memang Mak Long hang terer gila bab rapat merapat ni. Entah la maajun rapat mana dia dok amai tak tau la pulak. Sampai kadang kadang tu Pak Long jadi segan nak pi menoreh getah la, nak kata apa pun.

“Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di gimnasium.

Bab yang ni pun nampak Mak Long hang cukup laju tiru budak Rosmah ni. Dia biaq Pak Long bersenam, tapi dia haram punya nganga, melantak tidur petang. Cita cita Mak Long hang nak bela badan kian hampiri sasaran.

“Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara,” katanya.

Yang ni Mak Long hang memang fail la. Pak Long malaih la nak komen, dah duit lincin pi shopping kepala tak pening mai mana? Mak Long hang ingat aku dapat duit komisen kapal selam ka hapa?

Sunday, February 21

Wayang ulang buat

0 org komen

Hishamuddin Rais
Feb 19, 10
2:04pm
Akhirnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Perbicaraan ini satu kes ulang buat. Dalam dunia filem, ulang buat bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya daripada hasil jualan tiket.

King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kongdiulang buat pada 2005.

Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.

Lawak bodoh

Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh. 

Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat. 
Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.

Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat - satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.

BN menahan marah

Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.

Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.

Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.
Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.

Dialog seorang supir

Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak. 

Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat 'the last bottom show'.

Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.
Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.

Lawak seram

Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.

Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.

Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.
Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita - naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.

Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.

Lucah dan meloyakan

Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.
Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

Dasar sorong tarik - tarik sorong

0 org komen
PROJEK TIPU ORANG MELAYU

KERAJAAN TAK AKAN TERBURU BURU BANGUANKAN KG BARU – melayau

Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam melaksanakan pelan pembangunan semula Kampung Baru di sini, dan akan memulakannya hanya selepas mendapat persetujuan daripada penduduk dan pemilik tanah kawasan berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penjelasan dan perbincangan mengenai projek itu kepada penduduk akan diteruskan walaupun ia mungkin mengambil masa yang agak lama.

"Proses perbincangan dengan penduduk mungkin mengambil masa tiga, enam bulan atau mungkin setahun, selepas itu barulah boleh teruskan dengan sebarang projek pembangunan,” katanya.

KAH KAH KAH..

woit... FASAL APA MALAON CAKAP MACAM INI ?... kah kah kah..

woit... DULU BERI AMARAN.. kah kah kah...

kah kah kah....KALAU TAK NAK JUAL... ANAK GUNA AKTA TANAH.... kah kah kah...

kah kah kah... INI FLIP FLOP...INI SUDAH KANTOI... kah kah kah

kah kah kah... HARI ITU CAKAP LAIN.... HARI INI CAKAP LAIN.... kah kah kah

woit... MALAON INI BUKAN DIPILIH OLEH PENGUNDI... kah kah kah..

woit... MACAM MANA JADI MENTERI... TAK ADA SATU ORANG PUN UNDI MALAON INI.... kah kah kah

Brot: TT

Dah hilang sabar - setelah 18 tahun bersabar

0 org komen
KAMPONG BEREMBANG DIROBOH GEROMBOLAN BERKUASA - TAK ADA LAPORAN BERITA

PENDUDUK KAMPUNG HILANG SABAR - melayau

ALOR SETAR 19 Feb. - Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Padang Chapa, Alor Janggus, di sini semakin hilang sabar apabila bekalan air ke kampung itu kerap terputus sejak 20 tahun lalu.Masalah itu semakin buruk sejak lima tahun lalu sehingga penduduk terpaksa 'menagih simpati' kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) supaya menghantar bekalan air bersih dengan lori terutamanya apabila ada majlis kenduri.

Rata-rata penduduk mendakwa, mereka hanya boleh menikmati bekalan air selepas pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi dan pada waktu siang bekalan akan terputus sama sekali.

KAH KAH KAH


woit... BARU SEKARANG HILANG SABAR...kah kah kah..

kah kah kah.. BAGUS... HILANG SABAR INI JADI CONTOH UNTUK TEMPAT LAIN...kah kah kah

nota:
ini lah baiknya kerajaan pakatan rakyat mentabir.
jika bukan kerana kerajaaan pakatan di kedah
sampai kiamat pun berita ini tidak keluar.

selama 18 tahun akhbar buat buat tak tahu tentang hal ini.
tetapi bila 2 tahun kerajaan pakatan mentabir
barulah berita keluar untuk melihatkan
betapa seksanya kehidupan warga kedah ini
untuk didengar umum.

tujuan berita ini ialah untuk memburukkan kerajaan kedah
di bawah pakatan – tetapi selama 18 tahun masalah ini
tidak dapat diselesaikan oleh gerombolan.

seperti di selangor pulau pinang dan wilayah
hari hari ada berita kesusahan orang ramai.
apa sahaja masalah rakyat akhbar/tv/radio akan datang
untuk menunjukkan betapa ‘gagalnya’ kerajaan pakatan.

demo lima orang pun keluar diakhbar kalau di selangor.
warung kena roboh pun akan heboh berbulan bulan
kalau di pulau pinang. longkang tersumbat pun akan
jadi induk berita di tv3 kalau ini berlaku di wilayah.

cuba bezakan: dua hari dulu di selama perak – kampong air kuning
tanah kebun sayur dan buah-buahan seluas 12 hektar
yang telah diteroka selama 12 tahun di musnahkan. satu berita pun
tidak keluar. kalau ini kerajaan pakatan – macam nak ribut berita ini
akan dimain kan. macam kampung buiah pala di Pulau Pinang dahulu.

di pahang, johor, melaka, negeri sembilan
mesti ada bertimbun timbun masaalah macam ini.
tapi tidak akan ada berita muncul. ini kerana
mereka belum cerdik lagi. kalau mereka cerdik
mereka akan mengikuti jejak langkah warga selangor
dan pulau pinang.

warga yang bijak untuk keselesaan hidup
akan memilih kerajaan pakatan.

Bro: TT

Laksanakan hak-hak dalam "Perlembagaan" PAS... !

0 org komen
Oleh: Zainulfaqar Yaacob
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan jangan sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum (pihak), mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa. Bertaqwalah kepada Allah (yang) Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [5:8]
Masuk hari yang kesembilan blogger Tulang Besi membuat aduan salah laku yang membabitkan beberapa pemimpin PAS di Ibu Negara, Setiausaha Agong, PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan turut menyuarakan hasrat meminda Perlembagaan PAS bagi membolehkan Jawatankuasa Disiplinnya diPengerusikan oleh seorang yang bebas dari memegang sebarang Jawatan Penting dalam parti itu.

Saya tidak berfikir bahawa tindak-tanduk Mustafa itu ekoran kritikan terbuka oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dr. Hamzah Jaafar, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini. Sekiranya Mustafa berniat jujur, sudah tentu beliau akan menyuarakan hasrat tersebut lebih awal lagi iaitu sewaktu banyak pihak mula mempertikaikan ketetapan Jawatankuasa Tatatertib PAS ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Mohd Hassan Ali dan Yang DiPertua PAS Kawasan Shah Alam Khalid Samad.

Jika dicermati, Mustafa dilihat seolah-olah seperti tidak percaya bahawa blogger Tulang Besi atau nama sebenanya Abdul Rahman Abdul Talib akan membuat aduan secara konvensional di Pejabat Agong PAS.

Mustafa juga dilihat seolah-olah seperti tidak pernah menduga bahawa pemilik blog MalaysiaWaves itu akan melancarkan dana guaman serta membuat persiapan awal untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah sekiranya aduan yang dibuat oleh Tulang Besi itu turut diketepikan.

Selepas membaca entri aduan Abdullah ditolak, Dr. Haron Din dimaafkan, saya nampak Mustafa seperti mahu memainkan peranan penting sama seperti Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, iaitu sewenang-wenangnya berkuasa sama ada untuk mengenepikan satu-satu kertas pendakwaan atau sebaliknya.

Sekiranya anggapan ini tidak keterlaluan, elok PAS berpeluk tubuh dan tidak menentang Konspirasi Mem"bonsai"kan Mahkamah seperti yang sama-sama kita sedari sedang berlaku di Malaysia angkara Abdul Ghani Patail dan ianya dilihat sedang berputik di dalam Jawatankuasa Disiplin PAS.

Saya tidak tahu, mengapa Mustafa Ali boleh menolak aduan Abdullah sewenang-wenangnya kerana Fasal 75 (khususnya merujuk pada Ceraian 2) dari Perlembagaan PAS hanya memberi hak kepada Mustafa selaku Setiausaha Agong yang dilantik untuk menerima mana-mana Aduan Tatatertib.

Perlembagaan tidak memberikan hak kepada beliau untuk sewenang-wenangnya menilai satu-satu Aduan yang diterima. untuk menilai aduan pun Mustafa tidak diberikan hak menurut Perlembagaan PAS, bermakna - mengenepikan sesuatu Aduan begitu sahaja sesuatu yang lebih-lebih lagi tidak dibenarkan. Sekiranya ada pihak menganggap Mustafa melakukan perlanggaran Perlembagaan pun pada tahapan ini, anggapan tersebut tidak salah dan dianggap munasabah.

Tidak cukup dengan itu, Fasal 75(7) menjelaskan hak yang lebih jelas iaitu Majlis Syura Ulama’ berhak tidak menghiraukan ketetapan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan, mengikut Fasal 75(2) dan ketetapan Majlis Syura Ulama adalah muktamad.
"MAJLIS SYURA ULAMAK dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan 'MAJLIS SYURA ULAMAK' itu adalah muktamad". [dipetik dari Fasal 75(7) Perlembagaan Pas (Pindaan 2001)]
Berasaskan pada Fasal 75(7), sekali lagi perlu dipersoal tentang locus standi Mustafa yang hakiki dalam mengenepikan aduan Abdullah kerana beliau bukanlah Ahli Majlis Syura Ulama’. Apabila Perlembagaan PAS tidak memberikan tafsiran yang lain selain Fasal yang ada, memberi isyarat bahawa Mustafa melalukan sesuatu yang tidak mengikut lunas-lunas yang ada.
"Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa seperti dipetik dari Malaysiakini.
Seperti pada sikap Mustafa Ali yang dianggap tidak layak untuk mengenepikan aduan Abdullah, Mustafa juga sebenarnya tidak layak untuk mengeluarkan ketetapan "maaf" ke atas Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din begitu sahaja hanya kerana beliau bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana parti PAS ada Perlembagaan dan bukannya milik "mutlak" seorang Presiden.

Pada tahap ini, ada pihak boleh mendakwa bertemu Presiden atau Persetujuan melalui Jawatankuasa sudah memadai untuk mengenepikan satu-satu dakwaan. Suka saya katakan bahawa apabila Perlembagaan tidak mentafsirkan sedemikian, maka sekurang-kurangnya ia perlu dirujuk pada ROS dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikuasamutlakkan oleh sesiapa sahaja.

Dari perspeksi bukan perlembagaan, apabila Harun dimaafkan, tentu memberi isyarat bahawa Harun telah pun dianggap bersalah atau dibuktikan bersalah kerana seseorang itu tidak sewenang-wenangnya dianggap bersalah atau didapati bersalah.

Pada tahap ini, sekali lagi ianya menimbulkan tanda tanya tentang motif di sebalik tindak-tanduk Mustafa dan kedudukan sebenar Haron sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini (18/9) seperti di bawah.
Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian Jawatankuasa Disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat Jawankuasa Pusat.

"Pas pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti", katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula "dimaafkan" kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah Program Penerangan Parti.
Begitu juga dengan kedudukan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa dan Hassan yang turut didakwa oleh Abdullah. Dakwaan Abdullah ke atas Nasharuddin dan Hassan bukan suatu dakwaan yang baru.

Dakwaan Abdullah itu adalah tindak balas pada ketetapan Jawatankuasa Tatatertib yang dianggap tidak adil dan saksama sebelum ini. Tindakan Abdullah tidak salah kalau dianggap seperti suatu semakan kehakiman (judicial review) seperti amalan biasa di mahkamah.

Dengan erti kata yang lain, adalah elok sesuatu kesulitan seperti pertikaian ke atas ketetapan Jawatankuasa Tatatertib mesti diselesaikan melalui Jawatankuasa Tatatertib juga, bukan sewenang-wenangnya diselesaikan di luar Jawatankuasa Tatatertib tersebut (maksud: lampu hijau daripada Hadi atau Mustafa atau Ajk Pas Pusat).

Dari segi yang lain juga, saya melihat inisiatif Haron menyertai beberapa pihak melarang kalimah "Allah" dari digunakan oleh masyarakat bukan Islam pada 12 Januari lalu sebagai sesuatu yang membelakangkan Ajaran Islam sendiri [rujuk Fasal 75(1)(a)] dan merugikan PAS [rujuk Fasal 75(c), (d) dan (g)] kerana Lajnah Politik Pas telah pun membuat ketetapan membenarkan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" dalam suatu mesyuarat pada 5 Januari lagi.

Bertitik tolak pada anggapan bahawa Haron bersalah menurut Fasal 75(1) Perlembagaan PAS, saya sekali lagi ingin mempersoalkan sumber ketetapan "memaafkan" yang digunakan Mustafa ke atas Haron kerana Fasal 75(5) Perlembagaan PAS memberikan kuasa (hanya kepada Jawatankuasa Tatatertib) untuk memilih salah satu atau lebih (a) - memberi amaran, (b)- melucutkan hak-hak dalam parti, (c) - menggantung keahlian dan (d) - memecat dari menjadi ahli.

Dalam Islam, seseorang yang dituduh bersalah mesti dibebaskan dari pertuduhan tersebut secara adil, bebas dan saksama – al-Aslu bara’atu az-zimmah.

Manakala maqosid diadakan satu-satu hukum tidak kira ditetapkan menurut ajaran Islam hatta perlembagaan PAS sendiri adalah untuk (1) al-zaajiroh, iaitu memelihara masyarakat yang sejahtera/solih terus dengan aktiviti kebaikan/maslahah dan (2) al-Rodhi’ah (iaitu menyekat orang-orang yang tidak baik/fasad dari terus melakukan aktiviti yang mengakibatkan mafsadah)

Sekiranya Haron dimaafkan begitu sahaja tanpa dibicarakan menurut Perlembagaan dan Keadilan Hak menurut Islam, ketetapan yang dikenakan ke atas Haron tidak boleh memberi pengajaran kepadanya dan ahli-ahli PAS yang lain.

Sekiranya seseorang melakukan perbuatan yang sama seperti Haron, mereka boleh menggunakan alasan, "kalau Dr. Haron pun boleh membelakangkan PAS, takkan kita tak boleh buat benda yang sama?"

Begitu juga dengan aduan ke atas Nasharuddin dan Hassan, iaitu didakwa mendedahkan Bai'ah Ta'lik dalam satu pertemuan bersama-sama blogger UMNO.

Mereka juga didakwa mengkhianati Tahalluf Siasi bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dengan pergi mengadakan "rundingan dalam gelap" bersama-sama UMNO.

Disebabkan maqosid al-zaajiroh dan al-rodhi’ah tidak ditegakkan secara adil dan saksama menurut Islam dan Perlembagaan PAS, esok lusa sesiapa pun bebas mengkhianati PAS dan Ajaran Islam dengan pergi berpeluk bersama-sama UMNO kerana inisiatif tersebut tidak mustahil akan dilindungi oleh seseorang yang dianggap zalim di kalangan kepemimpinan dalam PAS.

Sesungguhnya saya benci dengan Sang Penzalim dan Sang Pengkhianat jika mereka yang terbabit ternyata ada di dalam PAS.

Bertitik-tolak atas nas ayat 8 dari Surah al-Maidah, saya menyeru semua ahli PAS dan kepemimpinan PAS yang masih bermaruah supaya bertadabbur ayat tersebut, menilai entri ini, lalu bersama-sama memperbaiki jamaah Islam PAS.

Demi menegakkan keadilan hak (4:58) sebagaimana yang dituntut dalam Islam, sekiranya aduan Tulang Besi diketepikan mentah-mentah dalam masa terdekat, saya mengumumkan untuk membantu blogger Tulang Besi untuk mendapatkan khidmat guaman secara profesional supaya kes ini boleh dibawa ke Mahkamah kelak. Lawan!

Melayu dan mamak Penang

0 org komen
Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.
Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.
Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk memberikan tarikh yang disepakati itu antaranya berpunca dari para sahabah, tabi’in dan tabi al-tabi’in atau disebut generasi salafus soleh tidak merayakan Maulid Nabi s.a.w.
Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulid Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada ‘Umar bin al-Khattab. Namun beliau tidak menerimanya.
Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris:
“Pada pendapat kami –Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian. Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala “dia Allah” dan dia satu dari yang tiga.
Tujuan ‘Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda. Sabda baginda: “Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng” (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).
Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.
Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w.

- Gambar Hiasan
Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka. Namun apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan. Sebab itu dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s.
Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian ia dihidupkan oleh beberapa pemerintah yang lain. Para ulama pula berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang membantah habis-habisan. Ada pula yang mengizinkan dengan bersyarat tidak mengadakan sebarang ibadah baru sempena Maulid, iaitu seperti solat Maulid, atau puasa maulid, atau seumpamanya. Sudah pasti mengingati maulid dengan mempelajari Sirah baginda, berdiskusi mengenainya dan mengingatkan tentang kepentingan menghayati perjuangan baginda, tidaklah salah.
Adapun Kerajaan Fatimiyyah, mereka mempunyai agenda politik yang tersendiri. Mereka ingin berkempen kepada kekuatan aliran syiah mereka. Beberapa pemimpin sunni kemudiannya mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsungan dalam kebanyakan negara sehingga dibawa ke negara kita ini.

- Gambar Hiasan
Melihat kepada sejarah perayaan maulid, maka jelas bahawa isu perarakan bukan isu pokok dalam ajaran Islam. Ia sangat sampingan. Bahkan perayaan itu sendiri antara amalan yang menimbulkan pro dan kontra sepanjang sejarahnya. Tidak mengadakan maulid tidak menjejaskan sebarang akidah atau amalan Islam. Tentu pasti, tidak berarak maulid tidak memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seorang muslim.
Cumanya, kita agak terkejut mengapa soal Islam dan umatnya cuba diuruskan oleh seorang pemimpin yang bukan Islam. Ini menimbulkan berbagai persoalan. Saya tidak fikir Ketua Menteri Pulau Pinang sampai ke peringkat perbahasan ilmiah seperti yang disebut kebanyakan sarjana tentang amalan maulid ini. Maka, apakah tujuannya? saya tidak jelas.
Namun masalah umat Islam Pulau Pinang lebih besar dari tidak dapat berarak maulid. Tidak berarak maulid bukan masalah. Apa yang menjadi masalah mereka terpinggir dan seakan ada usaha ingin menghalau mereka keluar dari pulau itu sejak sekian lama. Keadaan yang dicipta yang menghimpit kehidupan mereka di pulau tersebut sehingga mereka yang berkerja di situ lari mencari penempatan di Seberang Perai, atau Kulim dan Sungai Petani, Kedah.
Lonjakan harga rumah dan pengkhianatan sesama agama dalam pengurusan tanah dan harta telah bermula sejak sekian lamanya. Sebahagian yang bertempik sakan hari ini kononnya membela melayu Pulau Pinang, tangan mereka juga tidak lebih bersih daripada tangan-tangan kotor yang ada pada hari ini.
Bukan baru, atau setahun dua melayu terpinggir. Sudah lama. Malang sebuah negeri yang pernah dalam satu masa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang berasal darinya, tetapi umat Islam negeri tersebut sedang dihambat oleh suasana, rencana dan pengkhianat ‘orang lain’ dan sesama bangsa.
Sultan Muhammad Jiwa telah menjual Pulau Pinang kepada Inggeris. Di situ segala bermula. Cumanya, disebabkan suasana yang lebih bebas dari kongkongan pemikiran feudal, negeri ini sejak dahulu terkenal dengan melahirkan atau memberi ruang kepada tokoh pemikir dan orang yang petah berbicara.
Saya puji bukan kerana saya orang Pulau Pinang. Semaklah sendiri. Namun ternyata, hambatan kuasa ekonomi lebih kuat dari ketajaman fikiran dan kepetahan lidah. Pemikiran-pemikiran yang baik pun tidak mampu menghadapi kekuatan dan pengkhianatan sesama bangsa atau agama. Bukan perarakan maulid yang menentukan survival ‘melayu Pulau Pinang’. Ya, ‘survival melayu’. Itulah bahasa yang sering mereka gunakan “melayu Pulau Pinang”. Saya antara orang kurang selesa dengan perkataan perkauman yang seperti itu. Sebutlah ‘umat Islam Pulau Pinang’. Dada agama jauh lebih luas dari kesempitan bangsa. Insan boleh menjadi muslim walaupun dia dilahir tidak muslim.
Namun, seorang bukan melayu tidak boleh bertukar menjadi melayu. Isu bangsa sentiasa sempit. Isu Islam sentiasa luas dan memberi rahmat untuk semua. Hakikatnya, yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah melayu tetapi ‘India Muslim’ Pulau Pinang. ‘Depa panggil mamak’.
Kedai mamak nasi kandar dan kedai emas ‘keling’ (india muslim) yang menyebabkan kita dapat melihat orang Islam berniaga di Pulau Pinang. Bukan tiada peniaga melayu tulen, tetapi tidak begitu banyak. Alhamdulillah, mamak Penang sudi untuk mereka dipanggil ‘orang melayu’. Maka, masih terdengarlah kewujudan melayu Pulau Pinang.

- Gambar Hiasan
Sudah lama isu bangsa cuba diangkat. Cukuplah wahai melayu semua parti politik. Kekuatan kita ialah Islam. Berjuanglah atas semangat Islam. Ia lebih merangkumi setiap individu dan lebih adil untuk semua insan. Melayu Pulau Pinang tidak akan bangkit sekadar perarakan maulid. Sudah sekian lama kita berarak, apa hasilnya?! Dapat kita beli tanah, lot kedai dan rumah di Pulau Pinang lebih banyak?!
Kembali melihat isu dengan kefahaman Islam yang tulen dan merancang sebagai seorang muslim, bukan sekadar seorang melayu. Orang lain merancang, kita juga mesti merancang. Kita mengharapkan kekuatan semangat Islam dan pertolongan Allah, bukan sekadar semangat bangsa dan keris Hang Tuah.
Related Posts with Thumbnails