Wednesday, March 31

BN cari pasal untuk kalah

1 org komen
BN tak habih habih cari sebab untuk kalah. Dalam keadaan BN tengah nazak dengan isu, depa bagi pulak MIC parti yang terkenal dengan ketandusan pimipnan ni bertanding di Hulu Selangor.

Kita sebenarnya amat mengalu alukan beberapa susuk bangsa Umno yang ditolak zaman ni mai ramai ramai berkempen di Hulu Selangor supaya mudah Pakatan nak menang. Tak payah susah susah la Pakatan nak berkempen sebab moral tukang kempen bangsa Umno yang akan memenangkan Pakatan. Orang orang seperti Ezam dan KJ wajib digalakkan datang membantu Pakatan untuk menang. Kalau tak malu ajak sekali Zahrain dan Ibrahim Ali, lagi cepat Umno bungkus.

Terbaru yang paling aku suka dengar ialah bekas ketua bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail pun akan turun bersama dengan jentera BN untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Gerenti cina akan kalih BN kali ni... hangpa tak percaya cubalah...

Nak syok lagi, bagi pulak Umno bertanding atau dalam erti kata lain rampas kerusi ni dari MIC untuk letak calon MELAYU depa tuh... habih puak India pun kalih sama atas alasan Umno makan kawan... kah... kah... kah...

Tak sihat budak Zambry ni

0 org komen
Sekali lagi Anwar dikambing hitamkan. Kita kini menyaksikan satu lagi sandiwara mencari nama dan glamor dalam etnik Umno dimana Anwar akan disabitkan. Politik Umno selepas era Mahathir amat mudah, sesiapa jugak yang bijak dan berani menghenyak Anwar Ibrahim, dia akan dianggap hero zaman oleh pimpinan Umno.

Inilah satu satunya cara yang paling mudah untuk glamor terkenal dalam Umno. Apabila glamor dan terkenal, mudah untuk mendaki kepuncak kuasa. Pimpinan Umno sentiasa membuka ruang luas bagi sesiapa jugak yang bijak meletakkan Anwar sebagai mangsa.

Sesatunya MB Mahkamah di negara 1Malaysia ini iaitu Zambry Abdul Kadir hari ini telah membuat satu cubaan menarik dalam usahanya menumpang glamor Anwar itu. Mugnkin dia cemburu melihat publisiti melampau yang diberikan pada Zahrain membuatkan dia tumpang sekaki cari makan ala ala katak dan mengambil pulak sifat katak sebagai modal.

Yang tak tahan tu bilamana dia mendakwa beliau adalah calon pertama bagi jawatan MB Perak dan bukannya Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri hari tu.

Woi Zambry, kita nak cari Melayu la jadi MB, takkan tak faham faham perlembagaan kot... bankrupt dah hang ni...

Umno tamak selalu rugi

0 org komen
Hulu Selangor bakal menghadapi pilihanraya kecilnya selepas kematian wakil rakyat dari PKR, Zainal Abidin Ahmad, khamis lalu. Pastinya, PKR yang mewakili Pakatan akan ditentang hebat BN yang lazimnya diwakili oleh MIC seperti dipilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Tapi sebagaimana kebiasaan, Umno masih belum berubah, tamak seperti selalu. Terbaru sumber sumber dari Umno Hulu Selangor telah meminta MIC berkorban dengan menyerahkan kerusi parlimen Hulu Selangor kepada Umno yang kononnya dilihat lebih berpeluang untuk merampasnya semula dalam pilihan raya kecil akan datang.

"MIC kena berkorban, pilihan raya kecil ini penting kerana ia adalah pertama kali di Selangor selepas (negeri itu) terlepas kepada Pakatan Rakyat," kata sumber Umno Selangor.

"Ia akan menjadi kayu pengukur, apa salahnya (diberikan kepada Umno) kerana ia adalah kejayaan parti, bukan kejayaan individu atau kejayaan sesuatu kaum.

Mau kena kat orang, pandai la hangpa kata suruh berkorban. Kalau kena kat hangpa, boleh ka ada orang lain boleh mai dok urut belakang hangpa suruh berkorban macam tu?

Kalaupun Umno dapat kerusi tu hasil dari pengorbanan MIC, rakyat tetap akan tolak Umno atas kefahaman bahawa MIC telah menerima tekanan hebat diperingkat atasan. Malah imej Umno sebagai abang pembuli dalam BN makin terserlah.

Macam aku kata la, Umno yang tamak selalu rugi...

Tuesday, March 30

Najib: Antara penakut dan pintar

0 org komen
Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.

Ini mengesahkan ketakutan Najib dalam mendepani hujah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jika sidang tergempar itu menjadi realiti, sebaliknya Najib lebih rela bermuka-muka apabila berdepan pimpinan masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan keengganan Najib itu menunjukkan Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

“Tetapi persepsi orang melihat ini konspirasi politik yang membabitkan dirinya sendiri. Membabitkan Najib sendiri. Dia sudah tentu la akan membuat penafian. Mana ada seorang pencuri mengaku pencuri?

“Dia akan bersumpah dengan nama Allah. Dengan menjunjung Quran di masjid dan sebagainya. Dia takkan mengaku,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau menganggap sidang tergenpar itu sebagai perkara yang wajar kerana negara dilanda krisis kepercayaan baik masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa.

“Jadi, sepatutnya ada satu sidang khas untuk membincangkan perkara ini. Ini bukan lagi perbicaraan yang berasaskan undang-undang tapi perbicaraan ini berasaskan kepada konspirasi politik.”

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mencadangkan sidang tergempar itu pula menyifatkan keengganan Najib itu, menyebabkan Parlimen Malaysia langsung tiada ketetapan dalam isu yang menarik perhatian dunia itu.

“Tapi kita semua tahu ini adalah satu isu politik. Sebab itu ia dapat penumpuan perhatian bukan sahaja rakyat malaysia tetapi masyarakat anatarabangsa,” kata Penasihat DAP itu.

KJ mengaku, berkawan tak boleh, ikut nasihat tak pa

1 org komen
Dah sah, APCO ada hubungan dengan kerajaan 1Israel. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pemuda bangsa Umno Khairy Jamaluddin dalam membuat dakwaan balas terhadap Anwar.

Ini yang orang Umno sendiri marah kat KJ ni. Bukan dia cerdik mana sangat pun. Macamana dia boleh menang Ketua Pemuda bangsa Umno pun aku tak tau. Setiap kali dia bukak mulut saja, Umno akan ditimpa bala. Mana mana pilihanraya dia masuk campur saja, BN pasti akan kalah.

Hangpa baca sini, dia dakwa Anwar Ibrahim juga ada hubungan dengan pegawai-pegawai APCO dan sesetengah dari mereka amat rapat secara peribadi dengan Anwar.


Rupa rupanya betoi la APCO ni ada sangkut paut ngan 1Israel. KJ dah tau dah, tapi apasal tak larang kerajaan Najib lantik APCO sebagai TUAN PENASIHAT.

Oooo... nak larang kejadah apanya. memang APCO ni kerja KJ ngan kawan kawan dia... kah... kah... kah... Pecah tembelang lagi, memang dia ngan kekawan dia yang rekomen. Apa punya bebal la Ketua Pemuda bangsa Umno ni. Dia pertahan APCO terus belasah Anwar pasai berkawan ngan depa. Berkawan tak boleh tapi melantik mereka mereka ni menjadi TUAN PENASIHAT tak pa ka?

Ketuanan Rakyat

0 org komen
Iktiraf demonstrasi rakyat - Khalid

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad petang ini seakan mengajak Dewan Rakyat supaya bersetuju dengan tindakan rakyat menyuarakan pandangan melalui demonstrasi di jalan raya.

Beliau dilihat demikian ketika mengulas tindakan kerajaan menangguhkan bacaan rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kali yang kedua pada 16 Mac lalu disebabkan rakyat nekad berdemonstrasi di pekarangan bangunan Parlimen.

"Saya yakin bukan saja perbahasan (di Dewan Rakyat) ditangguhkan kerana rakyat mengadakan perhimpunan (di Parlimen), kalau rakyat meneruskan niat berhimpun, perlaksanaan GST pun tidak mustahil boleh terus dibatalkan," jelas beliau di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, apabila rakyat bertekad mahu berdemonstrasi membantah GST, kerajaan nampaknya menilai cuba mengambil langkah berundur dengan kembali mendapatkan pandangan daripada rakyat.

Tindakan kerajaan itu, menurut beliau, membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengambil kira pandangan umum rakyat dalam sebarang polisi pentadbiran yang mahu dilaksanakan di tanah air.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan kerajaan menghalang rakyat daripada terus mempertikai dakwaan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah demonstrasi di jalan raya.

Katanya lagi, kerajaan tidak perlu menghalang aksi-aksi rakyat yang berhimpun secara aman menyokong Anwar.

Ini kerana, menurut beliau, kerajaan mempunyai keupayaan yang lebih baik dengan menggunakan media-media arus perdana untuk mengenakan Anwar.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa punca kerajaan berbuat demikian mungkin disebabkan mereka sendiri yakin bahawa rakyat tidak percaya dengan perencanaan yang dikenakan ke atas Anwar.

Nik Aziz

1 org komen
KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS
  • Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
  • Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
  • Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
  • Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
  • Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
  • Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.
Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik) dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

MCA permain Umno, Umno perdajalkan Gerakan

0 org komen
Elok sangat dah, komponen BN saling berantakan sekarang ni. Walaupun ada yang tukang kipas nanti mengatakan tak berkudis pun betis Umno, tapi rakyat kebanyakan sedang tertawa melihat sandiwara ala ala panggung bangsawan ini. Hang pekena aku, aku perlekeh dia. MCA permain Umno, Umno pulak perdajalkan Gerakan.

MCA permainkan Umno dengan kemenangan Chua Soi Lek sebagai presiden MCA walaupun terpalit isu moral yang nyata. Dan Umno Bukit Bendera pulak pakat pakat letak jawatan semata mata memberi laluan pada bekas ketua mereka Ahmad Ismail, kembali menerajui Umno bahagian itu setelah tergantung dan terlucut semua jawatan akibat berlaga kepala ngan Gerakan.

Woit Gerakan, tunggu apa lagi, gerak keluar dari barisan la... hihi...

Monday, March 29

Anwar, jangan nak buat semak

3 org komen
Aku kadang kadang naik semak jugak dengan PKR ni. Nak kata depa tak cerdik, mengaji tinggi lebih tinggi dari aku. Nak kata depa bodo, takkan bodo sangat ahli ahli PKR yang lantik depa dok ataih. Aku nampak depa ni macam tak belajar dari pengalaman. Ni buat aku naik semak ni.

PRK Hulu Selangor dah dekat, bukan cubaan cubaan lagi, memang betoi betoi mari punya. Jadi banyaklah sok sek pasai calon yang nak dicalonkan. Hangpa nak tau pasai apa aku rasa semak? Ni ha, hangpa baca sini di Malaysiakini dengan tajuk: Dr Halili calon PKR di Hulu S'gor?

Memang tak dak salah mana mana cabang cadangkan nama nama calon. Kita kena hormati pandangan cabang yang terlibat secara langsung dengan PRK dikawasan otonomi diorang. Tapi hangpa cadang la elok elok. Ni tidak, cadang nama lepaih tu bagitau sipolan tu ada kaitan kekeluargaan dengan Anwar. Apa punya mangkok. Hangpa ingat ni kes nak minta kerja gomen ka kena pakai kabel kabel. Hangpa punya rekomen silap silap calon yang baik pun orang pandang serong. Susah la macam ni. Takkan tak nak belajaq lagi kot dari apa yang terkena kat TG Nik Aziz dan al menantunya. Aku risau la takut PKR jadi sasau, last last jadi parti anak beranak hangpa.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan mempunyai hubungan dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.

Woi, aku pun baik gak ngan Anwar, tak mau calonkan aku sekali ka?

Kuasa Politik dan Kuasa Agama

0 org komen
Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini...

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa

Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah

Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.

Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya) "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...

Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!

Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya..

Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...

Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis.

BN tak layak bercakap isu moral

0 org komen
Hari ini telah terukir satu lagi sejarah dalam BN yang membabitkan parti komponen MCA. Chua Soi Lek telah di istiharkan sebagai presiden MCA yang baru setelah berlaku pertandingan 3 penjuru yang dikira amat sengit. Penting untuk dilihat apa kesannya hasil kemenangan Soi Lek ini dalam MCA dan tempias yang mengena pada komponen utama mereka iaitu parti bangsa bangsa Umno.

Perkara pertama yang terpacul setelah mengetahui keputusan presiden MCA ini tentulah isu moral. Ternyata, budaya masyarakat Cina khasnya amat berbeza dengan kita kaum Melayu. Soi Lek yang digelar sebagai "the comback kid" bagai diterima baik malah lebih baik dari jawatan yang disandangnya dalam MCA sebelum ini. Ini yang perlu kita lihat dah halusi apa akibatnya pada Umno khasnya.

Aku berpendapat, ini adalah peristiwa paling malang bagi ahli ahli bangsa BN dan Umno khasnya. Apa tak malangnya, Umno terikat dengan terlantiknya Soi Lek sebagai presiden MCA. Maka Umno dianggap tidak layak untuk berbicara soal maruah dan moral lagi kerana secara "suka tak relanya" terpaksa redha Soi Lek sebagai Presiden MCA atas nama demokrasi. Slogan "BN boleh" patut dipopularkan kerana dalam BN kini memang semua boleh. Mai la isu moral sejijik mana pun, mereka mereka ini masih layak malah boleh memanjat hingga ke jawatan Presiden sekalipun.

Tahniah bangsa Umno....

Ada logik akal ka

1 org komen
KES LIWAT ANWAR PATUT DI GUGURKAN KERANA TIDAK LOGIK AKAL

Oleh Noor Diana Mohd. Razis

PANDANGAN dari dunia luar yang menganggap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim adalah tidak relevan dan sepatutnya di gugurkan. Ia juga dengan mengambil kira keputusan pemeriksaan kesihatan yang telah di jalankan keatas Saiful Bahari oleh tiga orang doctor dari hospital swasta dan Kerajaan yang mana menyatakan tiada kerosakan atau koyak di bahagian “ekzos” Saiful.

Walaupun dengan keputusan pemeriksaan itu telah di perolehi, namun Kerajaan BN masih tidak berpuas hati dan mahukan suatu keputusan yang lebih “sedap” di dengar dan di baca yang akan memberikan impak yang besar kepada Anwar Ibrahim.

Kerajaan BN cuba meyakinkan kepada rakyat Malaysiadengan cara diplomasi dengan menyatakan bahawa biarlah mahkahmah yang menentukan kesahihan kes liwat Anwar. Kerajaan BN berlagak seolah-olah mereka berkecuali dan bersih.

Rakyat Malaysia amat maklum, mahkamah di bawah ‘taklukan’ Kerajaan politik BN. Kita tidak dapat menyalahkan mahkamah memandangkan setiap petugas mahkamah dari 'bawah' sehingga ke 'atas’ di bayar gaji mereka oleh kerajaan BN. Mustahillah mereka akan ‘makan tuan’ atau ‘menggigit tangan yang menyuap nasi kemulut mereka’ ? Sudah pastilah sikap kesetiaan kepada 'majikan' mempengaruhi selok-belok perjalanan kes dan sudah tentulah keputusan mahkamah pasti akan berpihak kepada “BOSS” mereka. Ini tidak mustahil.

Jika di imbas kembali terdapat keraguan keatas statement yang menyatakan ada semen dalam ‘ekzos’ Saiful berdasarkan laporan kesihatan terawal dari beberapa orang doctor. Namun bila ianya tidak lagi menjadi suatu kemustahilan sekiranya ‘musuh politik’ Anwar dengan kuasa yang penuh di tangan mereka mewujudkan bukti baru dengan mempergunakan kembali DNA Anwar yang telah di ambil pada tahun 1998. Malah, Saiful juga pernah memaklumkan kepada doctor yang memeriksanya, bahawa dia merasakan seperti ada bahan plastic tertinggal di ‘ekzos’nya.

Kita dapat merungkai suatu kesimpulan mudah mengenai kes Anwar ini dimana kita dapat melihat dengan sejelasnya bahawa kerajaan BN pada hari ini benar-benar dan begitu teruja untuk melihat karier politik Anwar yang menjadi igauan mimpi ngeri buat mereka musnah sama sekali. Puak-puak ini ingin melihat Anwar di sumbatkan kedalam penjara buat kesekian kalinya.

Bagi BN, selagi Anwar masih bernafas di luar penjara, selagi itulah tidur mereka tiada pernah lenanya kerana gangguan mimpi-mimpi buruk ‘kehilangan kuasa’ yang tiada pernah putusnya. Selagi Anwar masih bebas bergerak di luar penjara, selagi itulah trauma dan ketakutan menemani hidup mereka siang dan malam.

Lihat sahaja bahana PRU12 yang di jalankan setelah Anwar di bebaskan, Negara telah mengalami suatu anjakan semangat reformasi yang ulung maka terhasillah gelombang tsunami politik yang mana melihatkan kejatuhan beberapa negeri ke tangan Pakatan Rakyat.

Kita juga dapat melihat beberapa ‘kuasa-kuasa besar’ seperti Samy Vellu, Sharizat Jalil, Koh Tsu Koon dan beberapa orang lagi tersungkur di kawasan yang telah lama mereka wakili. Merekta tersungkur dan tersembam dengan penangan kepimpinan Pakatan Rakyat. Beberapa siri PRK yang di jalankan hanya dua kawasan sahaja yang bertahan kepada BN, malah satu kerusi milik BN di Kuala Terenganu sebelum itu di rampas oleh Pakatan rakyat. Rentetan aura reformasi inilah yang menyebabkan kepimpinan BN, ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Maka kerana itulah Anwar harus di ‘check-in’ kan kembali ke dalam penjara. Kerana itu jugalah BN bertekad untuk menghapuskan karier politik insan yang bernama Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan kes fitnah ke-2 ini, isteri, anak-anak dan keluarga Anwar juga di heret kekancah pengaiban. Di ceramah-ceramah yang di hadiri oleh ahli keluarga Anwar, di edarkan risalah-risalah yang mengaibkan Anwar. Di mana letaknya peri-kemanusiaan insan-insan ini ? Hilangkah sudah pertimbangan mereka sebagai seorang manusia sehingga tergamak melakukan sesuatu yang bersifat kebinatangan demi kuasa yang mereka dambakan?

Ambil contoh Ibrahim Ali yang bermati-matian menafikan cerita bahawa dia adalah salah seorang pemegang saham judi. Sehingga Ibrahim Ali bersumpah dengan menyebut 'nama Al-Qur'an' dalam dewan Parlimen dan ingin mengemukakan saman malu pada orang yang mengeluarkan cerita ini. Ini baru kes saham judi, sudah dia melenting tak ketentuan. Kalau Ibrahim Ali di tempat Anwar ? Mungkin dia bisa di serang sakit jantung barangkali !

Terlalu banyak misteri dalam pentadbiran kerajaan BN hari ini. Misteri kematian dan pengeboman Altantuya, misteri kehilangan enjin jet tentera, misteri kewujudan semen Anwar dalam ekzos Saiful, misteri kematian Teoh Beng Hock dan beberapa siri lagi misteri-misteri yang boleh di kategorikan ‘doubt around the circle’.

Suatu perkara, kita mungkin lepas di dunia, ingatlah suatu perkara, kita pasti tersangkut di akhirat nanti. Fikirkanlah.

Ahad, 2010 Mac 28

Sunday, March 28

Betoi ka dengan PAS ni

3 org komen
Terkejut aku bila terbaca cerita yang dikabarkan dalam mStar disini. Macam tak percaya pun ada, dan kalau betoi pasai apa senyap saja. Kenapa ahli kebanyakan tak tau. Patut pun jadi kelam kabut habih, rupanya Harakah dah tau kisah ni awai awai lagi.

Akhbar online mStar melaporkan Nik Aziz Bukan Lagi Mursyidul Am PAS Sejak 3 Bulan Lalu. Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti. Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat hari ini.

"Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini hari ini.

Senarai tokey tokey baru - Umno menang

0 org komen
PRESIDEN: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - 901 undi

TIMBALAN PRESIDEN
Datuk Seri Liow Tiong Lai - 1,171 undi

NAIB PRESIDEN
1. Datuk Seri Ng Yen Yen (1,528 undi)
2. Datuk Donald Lim Siang Chai (1,469)
3. Datuk Chor Chee Heung (1,202)
4. Gan Ping Sieu (1,202)

ANGGOTA JAWATANKUASA PUSAT (CC)
1. Datuk Lee Chee Leong (1,430 undi)
2. Dr Hou Kok Chung (1,312)
3. Senator Heng Seai Kie (1,267)
4. Datuk Wee Jeck Seng (1,175)
5. Toh Chin Yaw (1,142)
6. Tee Siew Kiong (1,141)
7. Datuk Gan Tian Loo (1,117)
8. Datuk Seri Tan Chai Ho (1,114)
9. Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,104)
10. Lee Wei Kiat (1,100)
11. Loh Seng Kok (1,086)
12. Hoh Khai Mun (1,077)
13. Datuk Liew Yuen Keong (1,059)
14. Tan Cheng Liang (1,054)
15. Koh Nai Kwong (1,040)
16. Dr Por Choo Chor (1,037)
17. Tan Ken Ten (999)
18. Kong Sing Chu (981)
19. Datuk Chong Itt Chew (975)
20. Yoo Wei How (974)
21. Tan Ah Eng (969)
22. Wong Koon Mun (953)
23. Datuk Ti Lian Ker (929)
24. Teh Kim Poo (864)
25. Chuah Poh Khiang (851)

Melayu memang kena cium keris ka

2 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Entah la pasai apa, Pak Long rasa macam tak puas pulak walaupun dah ulas tentang Perkasa yang dibuat buatkan sebagai amat perkasa tuh. Banyak perkara yang Pak Long takut anak anak Pak Long terkeliru. Harap anak anak Pak Long paham lah, Islam itu agama dan Melayu tu bangsa, Islam tak semestinya semua Melayu dan Melayu tak semuanya Islam.

Apabila Melayu itu beragama Islam, maka adab sopan dan peraturan Islam telah mengambil alih diri Melayu itu tadi dijadikan diri Islam tanpa menyentuh adat budaya Melayu asalkan ianya selari dengan agama Islam. Maka Islam mengatasi segala galanya. Banyak la kalau kita nak bicarakan tentang adab Islam ni.

Pak Long tau dan paham sangat, salah satu yang paling ketara dan amat susah orang kita nak buang ialah sifat riak, takbur, sombong dan bangga diri. Ini semua pakaian Tuhan. Tak layak bagi manusia yang hanya pandai memakai tanpa pandai mengurusnya. Ini yang Pak Long risau takut anak anak Pak Long terikut ikut dengan banyak contoh didepan mata sekarang ni.

Apakah perlu semua Melayu mencium keris bagi membuktikan ke"Melayu"annya?. Apakah keris hendak dibudayakan dan diagungkan kembali sebagai salah satu darirukun iman kaum Melayu yang ke7?. Bukankah keris adalah lambang kekuatan dan kepahlawanan Melayu, jadi hangpa nak lawan dengan sapa sekarang ni?. Hangpa nak tunjuk kuat dengan sapa sekarang ni?. Tidakkah menghunus keris dan mencium dikhalayak juga dikira sebagai sombong dan bongkak?.

Pak Long rasa amat bersyukur dan hargai tindakan Sultan Selangor yang telah membatalkan kehadirannya di mesyuarat agong yang pertama Perkasa tu. Tindakan tepat baginda menghindar dari berkongsi busuk mulut presidennya yang angkuh menghunus senjata dipentas utama... wassallam...

Perkasa 1, MCA 0

0 org komen
Hari ni adalah hari penentuan siapa yang bakal menjadi presiden MCA yang baru. MCA atau parti tokey tokey ini telah berkemelut lama kerana campurtangan bangsa Umno dengan isu ketuanan Umnonya.

Mengikut laporan 2,377 perwakilan MCA dari seluruh 1Malaysia akan menentukan nasib kesemua calon yang bertanding termasuklah 3 calon presiden. Tapi menarik untuk direnungkan ialah, sapa pun jugak yang menang hari ni sebagai presiden, anda sudah kalah ditangan Perkasa.

Pertamanya, Perkasa boleh letakkan keris presidennya (gambar) yang tekan tak masuk masuk dan tarik tak keluar keluar tuh sebagai tugu Perkosa... ooppsss.. sori, tugu Perkasa. Hangpa dalam MCA boleh ka letak pedang samurai macam tu ataih pentas, nak kena balik telanjang try la... kah.. kah...

Keduanya, Perkasa boleh cium keris atas pentas sedangkan MCA tak boleh cium pedang. Kalau berani cubalah. Ciuman keris telah disempurnakan oleh pak Berahim dalam majlis grand giler dan dirasmikan oleh hartawan bangsa Umno selaku mantan Piem bangsa Umno iaitu Mahathir Mohammad.

Ketiganya, MCA ada 2 ribu lebih saja perwakilan tapi Perkosa... oppsss sori... Perkasa ada 10,000 ribu orang lebih walaupun baru 2 tahun bertubuh. Betoi ka info ni, ahh...  lantak pi lah, Utusan pembohong pun Berahim sokong berapi api... hihi...

Pepuak MCA ni mesti heran punya, benda apa yang bernama Perkasa nih... hihi... ni dengar aku nak cerita, Perkasa tu Melayu bangsa Umno dan Umno itulah Melayu dalam Perkasa... jadi Perkosa tu.. oppsss sori... Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa la...

Berita baik untuk Pakatan Selangor

0 org komen
Berita ni memang tak terkejut pun, dah lama cuma tunggu masa saja. Tapi ia merupakan berita baik bagi Pakatan khususnya Pakatan negeri Selangor yang bakal menghadapi PRK parlimen Hulu Selangor nanti.

Umno Hulu Selangor yang diketuai Mohamed Idris telah memulakan perang saraf terhadap parti komponen mereka MIC dalam usaha merebut kerusi Hulu Selangor yang sepatutnya ditandingi oleh MIC. Otak bangsa Umno bukan boleh pi jauh sangat. Perang sesama depa walaupun dalam diam, tapi cukup jelas untuk kita nampak. Beliau berkata BN berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang...

Hang ingat Samy senang senang nak bagi sangat kat hangpa kerusi yang susah susah dia pulun untuk dapat dulu ni. Semua tau, parti yang paling haprak dalam BN tentunya MIC. Dah la korup, siap ngan ketandusan pemimpin pulak lagi, kalau tidak masakan Samy masih laku sebagi presiden. Itu yang bangsa Umno Selangor risau sangat tu, Umno dah pulun sejak 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan gatai nak bagi kat MIC jugak.

Ini yang baiknya, biaq depa perang sesama depa. Jong pecah yu akan kenyang. Jadi pi lah ikan yu sat, janji menang... heh.. heh...

Perkasa itu Umno

0 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Mak Long hang tak banyak cakap malam ni, terbongkok bongkok punya khusyuk menyiapkan tempahan baju kastemernya. Cucok pisang sejuk petang tadi jadi peneman. Selak berita berita semasa membuatkan Pak Long tersenyum nipis. Macam macam hal, tentunya yang paling menarik ditonton adalah pahlawan pahlawan yang terlebih Melayu dalam mesyuarat agong pertama Perkasa.

Pak Long pun heran dengan orang yang mendakwa terlebih Melayu dari Melayu lain ni. Bangsa lain Pak Long tengok bukan main laju mengejar masa, tapi bangsa kita masih ber"retorik" mencari arah. Apa rasionalnya penubuhan Perkasa ni selain dari berpolitik. Memanglah kuasa politik itu penting demi survival agama dan jugak bangsa. Tapi janganlah diheret bangsa Melayu dengan kegagalan Umno menangani tekanan dari parti perkauman lain dalam BN. Pak Long yakin Perkasa diwujudkan atas nama ejen pendesak Melayu diluar Umno bagi menunjukkan ramai lagi Melayu dalam NGO bernama Perkasa ini. Inilah senjata baru Najib bagi menggertak komponen lain dari naik tocang. Melayu Perkasa itulah Umno dan Umno itulah Perkasa. Pak Long yakin, ini hanya satu lagi wayang Mahathir bersama Najib dengan memperkudakan kelantangan Ibrahim Ali.

Pak Long heran, kenapa kita tak pernah untuk bersatu dibawah satu bumbung dari membuang masa Melayu lain membina lebih banyak bumbung. Jangan salah faham, Pak Long amat meloya dan menentang sekeras kerasnya idea kerajaan perpaduan yang menjadi kegilaan setengah puak dalam PAS tuh. Pak Long amat faham, dan tidak mengharapkan PAS bergabung dengan Umno. Memang tak boleh nak disandingkan diantara Islam didahulukan dengan bangsa diutamakan. Hangpa jangan dok merepek.

Apa yang Pak Long nampak daripada hangpa dok buang masa Melayu lain menggelejat dalam Perkasa tu, lebih baik la hangpa perkuatkan Umno. Apa bezanya perjuangan Perkasa dengan Umno, orang tu jugak. Sebelum Ibrahim Ali cium keris, Hishamuddin terlebih dulu yang cium, malah dijulang megah oleh KJ.

Wassallam...

Periuk api

0 org komen
SEOUL - Pihak berkuasa Korea Selatan mengesyaki sebuah kapal tentera laut negara itu yang karam di perairan Laut Kuning lewat kelmarin mengalami kerosakan akibat satu letupan periuk api, kata sumber pejabat presiden yang dipetik media tempatan semalam.

Ia turut disahkan Jeneral Tentera Laut Korea Selatan, Lee Ki-Shik yang mendakwa, kapal Cheonan seberat 1,200 tan itu tenggelam disebabkan oleh letupan yang tidak jelas diketahui sehingga mengakibatkan bahagian bawah kapal itu berlubang.

Pihak pemerintah juga menyangkal teori kemungkinan nahas menyebabkan kapal perang tersebut karam 17 kilometer dekat Pulau Baengnyeongdo itu berpunca daripada bedilan torpedo oleh tentera Korea Utara.

Setakat ini 46 krew hilang, manakala 58 lagi berjaya diselamatkan dan ia merupakan tragedi terburuk selepas sebuah kapal tentera negara itu tenggelam akibat ribut kuat di tenggara Korea Selatan pada 1974 yang mengorbankan 159 anak kapal.

Sebanyak 10 buah kapal tentera negara itu terlibat dalam usaha mencari mangsa yang hilang namun, harapan untuk menemui semula mereka yang terselamat dijangka sukar ekoran cuaca sejuk sehingga lima darjah Celsius.

- Agensi

Ahli Perniagaan Mati Ditetak Di Perut

0 org komen
PORT DICKSON: Seorang ahli perniagaan ditemui mati manakala seorang wanita cedera parah akibat ditetak dalam sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang yang terletak di tepi pantai di sini, awal hari ini.

Mayat Ramli Osman, 40, dari Selangor ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tetakan di bahagian perut, manakala wanita itu ditetak di paha dan dan tangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata polis percaya kedua-dua mereka diserang oleh lebih dari seorang lelaki pada pukul 4.30 pagi menggunakan senjata tajam dipercayai parang.

"Apa yang kami dapat lihat adalah satu pembunuhan kejam. Terdapat beberapa tetakan kuat menggunakan senjata tajam seperti parang di bahagian perut mangsa.

"Berdasarkan pasang surut air, polis juga tidak menolak kemungkinan pembunuh memasuki bilik hotel melalui jalan laut kerana tidak ada sebarang kesan pecah masuk melalui pintu utama bilik," katanya.

Beliau berkata wanita berusia 26 tahun itu kini berada dalam keadaan trauma dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Osman berkata siasatan awal polis mendapati kejadian itu bukan bermotifkan rompakan kerana barangan berharga milik mangsa tidak hilang.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Saturday, March 27

Perkasa: Bukti kegagalan Umno

0 org komen
Perkasa telah dengan rasminya disempurnakan oleh mantan Piem Umno Mahathir Mohamad hari ini. Maka ini sekaligus menempa satu lagi sejarah perpecahan bangsa Melayu Malaysia.

Aku masih mencari logiknya dengan penubuhan Perkasa ni. Kerana aku memandang ini sebagai satu lagi kesan dari kegagalan Umno yang tidak lagi dilihat sebagai relevan dalam memperjuangkan bangsa Melayu. Kegagalan ini sebenarnya telah lama membarah sehingga membuatkan golongan yang kekononnya lebih Melayu pemikiran mereka ini hilang sabar dan melangkah dengan dokongan Mahathir menubuhkan Perkasa. Perkasa dimomokkan sebagai satu badan pendesak menyedarkan Melayu khasnya Umno untuk menolak desakan politik dari kaum kaum lain.

Sekaligus aku melihat ini juga sebagai satu senjata sulit Umno sendiri dalam menghadapi desakan politik komponen lain dalam BN dengan alasan tentangan majoriti Melayu dari NGO bagi menafikan hak lain lain kaum dari "besar kepala". Tidak susah perkiraan ini sebenarnya, Melayu dalam Umno jugalah yang ada dalam Perkasa dan Melayu Perkasa jugalah yang menaggotai Umno. Najib sengaja meletakkan Ibrahim sebagai bebas menunjukkan seolah olah Umno takut dan berhati hati mengambilnya sebagai ahli. Malah Mahathir dilihat memainkan peranan yang cukup berkesan dengan menasihatkan Piem Umno, Najib supaya tidak mengenepikan Perkasa dengan alasan kuasa pendesak yang perlu diambil kira. Inilah agenda mereka, selain dari menunjukkan pada dunia Melayu telah bersatu.

Aku juga Melayu tapi aku tak pernah rela orang seperti Ibrahim menjadi jurucakap aku dalam memperjuangkan nasib bangsa aku. Malah, aku berasa amat malu sekali melihat telatah orang yang meletak bangsa melebihi agama ini. Seperti yang aku katakan, aku masih tercari cari sebab yang amat munasabah dengan penubuhan Perkasa ini selain dari mengajak Melayu menghabiskan lebih banyak masa berpolitik. Alangkah beruntungnya presiden Perkasa sekarang ini, yang dulunya hampir terbuang bagai sampah dipersada politik negara, tapi kini ia disanjung oleh ribuan ahli Umno yang jarang jarang sekali dapat dinikmati sama oleh presiden bangsa Umno sekalipun.

Bang senyum sikit bang

0 org komen
Lama rasanya tak disandingkan sekali diatas pentas dan diraikan bagai pahlawan camni... hihi...

Sebagai orang lama dan berpengalaman, kedua mempelai ni nampak sepadan. Ye.. la... kalau tak sepadan, takkan kekal sampai la ni yer dak... heh... heh...

Kedua susuk segak ini telah disandingkan semula oleh Perkasa tadi memang masih tampak perkasa. Cuma kurang manisnya. Bang, senyum sikit bang... heh... heh... photo: Malaysian Insider

Jom jadi orang baik

0 org komen

sumber: Pak Long

Salam semua...

Selepas rehat sekejap dari dzohor tadi, Pak Long turun nak ambik angin. Yang Mak Long hang awai awai lagi dah tercanguk dipelantar. Petang petang, lepak kat pelantar redup ni memang mengasyikkan. Suasana bahang mentari tak menggigit sangat rasanya dilitupi daun manggis yang kian menjarang ni.

Namun pokok manggis yang sekian lama setia menjadi peneman kami ber"dating" ni dah tak semeriah dulu. Pak Long sedar, Mak Long hang pun perasan. Selain dari sudah berusia, ketahanan dirinya menghadapi kerenah alam yang tak menentu jugak sebagai faktor. Alam ber"kerenah" akibat dari sikap manusia yang tak ambil peduli. Setiap dari kita bertanggungjawab sebenarnya terhadap ketidaktentuan alam ini.

Lihat saja sekeliling kita, angin sekarang sudah tak se"nyaman" dulu, panas membahang. Panas sekarang sudah tak secantik dahulu, perit menggigit. Cuaca juga sudah tidak mengikut aturan seperti pahaman kita dulu dulu. Ada tempat yang banjir diwaktu musim yang sepatutnya tiada hujan.

Pak Long ingin sekali mengajak kita semua, supaya sama sama memperbetulkan apa yang telah kita jahanamkan dulunya. Hanya sedikit sumbangan dan mungkin tidak kemana mana pun tapi sekurang kurangnya diharap dapat memberi sedikit kesedaran pada manusia manusia betapa seriusnya bumi kita yang sedang uzur ini.

Pak Long menyeru dan Mak Long hang pun sama, mari lah kita bersama sama mematikan selama satu jam semua lampu hari ini. Ingat, HARI INI tepat jam 8.30 malam selama sejam, TOLONGLAH tutupkan semua lampu.

Wassallam...

Tengok dah lain macam ni

1 org komen
Aku tengok Perkasa ni dah lain macam ni. Apa mesej yang cuba disampaikan oleh presidennya Datuk Ibrahim Ali dengan gambar menghunus keris ni. Apa tah lagi muncul pulak dengan stetmen amaran pada parti-parti politik supaya jangan sekali kali “bermusuh” dengan Perkasa.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.

Mantan Piem Umno, Mahathir Mohamad hadir merasmikan mesyurat agung Perkasa yang pertama turut tersenyum kerana ada yang menari ikut gendang paluannya...

BN tiada pilihan melainkan kalah

1 org komen
Al Fatihah buat Allahyarham Dr Zainal Abidin Ahmad, mantan ahli parlimen Hulu Selangor yang mewakili PKR, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt. Pemergiannya dalam keadaan politik semasa yang tak menentu merimaskan banyak pihak, baik Pakatan Rakyat sebagai penyandang mahupun BN yang kelihatan tidak sabar untuk merampas kembali kerusi Hulu Selangor ini.

Pesta demokrasi nampaknya tak dapat nak dielakkan lagi. Rakyat kini sekali lagi berhak untuk bersuara, mengadili apa yang dah terhidang didepan mata. Rakyat sekali lagi akan dilayan bagai raja. Banyak, terlalu banyak isu yang bakal dimainkan oleh pihak lawan. Sebab itu kekuatan calon amat penting bagi mengimbangi isu isu dalaman parti sekiranya ada. Sebab tu lah jugak, ramai yang tak sabar rasanya nak tau sapa calon pilihan mewakili Pakatan dalam PRK Parlimen Hulu Selangor ini.

Pimpinan tertinggi PKR pastinya sedia maklum, malah jaringan antara kemahuan akar umbi dan kehendak politik semasa pastinya sudah ada dalam kocek sebagai penimbangtara. Rasanya pengalaman telah banyak mengajar mereka dalam menilai calon dan PKR perlu pastikan kepercayaan rakyat tidak dipermainkan lagi oleh calon calon berjiwa Umno. Banyak contoh contoh jijik dan menghodohkan sampai tak larat nak sebut, membuatkan rakyat meloya sehingga melihat PKR bagai parti sampah. Sekiranya persepsi negatif ini diatasi segera, peluang Pakatan mempertahankan kerusi Hulu Selangor, cerah.

BN sebenarnya tiada pilihan, mereka terikat dengan pembahagian kerusi antara parti parti komponen dan betapa malangnya, mereka terpaksa akur kerusi panas ini bakal ditandingi oleh komponen paling haprak dalam BN iaitu MIC. Walau ada suara suara sumbang dari Umno yang kekononnya menuntut untuk meletakkan calon mereka, ia sekadar penyedap hati buat penyokong penyokong bawahan.

Semalam PKR telah memulakan langkah awal dengan merekodkan kehadiran lebih 5,000 orang pendengar dalam satu ceramah yang diketuai oleh Anwar. Pakatan ni kalau bab bab ceramah memang depa hebat, tapi ramai yang hadir belum tentu kemenangan dalam tangan. Ini kena jaga betoi betoi.

Soal calon pulak memang aku tak risau. Mana mana PRK pun Pakatan tak menghadapi masaalah soal calon yang berkelayakan. Malah antara nama nama hebat yang disebut ialah Syed Shahrir Syed Mahamod, Sdr Zaid Ibrahim, Sdr Shamsul Iskandar dan juga Dr. Badrul Amin. Semua bagus, semua baik cuma yang terbaik diantara yang terbaik, itu yang perlu PKR tilikkan.

Bagaimanpun blog ini mengambil pendirian sendiri menyokonng sepenuh penuhnya DR. BADRUL AMIN yang sporting dan berkaliber, boleh dibawak ketepi ketengah, sebagai calon PR dalam PRK Hulu Selangor ini...

Najib telah buktikan

0 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Alhamdulillah... Pak Long bersyukur sungguh sungguh, hasrat murni Zulkifli Noordin untuk berjumpa Najib, bertujuan nak minta maaf tu akan tercapai jua. Ini berikutan persetujuan Piem Najib yang cukup sibuk ber"fesbuk" ini meluangkan masa untuk bertemu dengan Zul, tapi semestinya lah bukan di Kulim.

Pak Long faham niat Piem Umno ni, jiwa rakyatnya membuatkan dia tak sampai hati nak hampakan harapan orang ramai. Apatah lagi tukang tukang hias sebagaimana Zul Kulim ni. Amat tidak munasabah sekiranya Najib menolak untuk mendakap orang orang seperti Zul ni yang jelas dalam ucapannya di Parlimen ari tu seolah olah telah mendepa luas tangannya.

Najib telah sekali lagi membuktikan pada umum betapa besar jiwanya untuk bersama rakyat. Beliau amat perihatin terhadap nasib rakyat jelata. Pak Long difahamkan juga, si Saiful yang telah diliwat Anwar tu pun Najib sanggup untuk berjumpa. Malah merelakan bahunya menjadi tempat Saiful sandarkan kepala untuk mengadu hal, walaupun pada mulanya berlagak seakan akan pemohon biasiswa.

Kini giliran wakil kepada rakyat Kulim pulak yang juga merupakan rakyat Piem Najib untuk mengadu hal dan memohon maaf secara peribadi... tahniah YB Zul... wassallam...

Kisah benar - 16 September

0 org komen
KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) menggunakan hasutan untuk merampas kuasa Kerajaan Pusat dalam peristiwa 16 September ditolak sekeras-kerasnya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, PR sebenarnya menggunakan saluran yang betul pada hari tersebut malah mengutus dua surat kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kiriman kepada Perdana Menteri yang menggunakan kepala surat Pejabat Ketua Pembangkang bertarikh 18 September yang bertajuk ‘Petisyen mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul bahawa dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (ketika itu) sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau’ telah ditolak sama sekali.

“Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar berani bahawa kami (PR) tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk merampas Kerajaan Pusat, mereka sudah tentu akan membenarkan sidang khas ini.

“Saya tahu mereka takut, sebab itu Perdana Menteri tidak berani memanggil sidang khas ini untuk membuat undi tidak percaya, ia bukanlah hasutan seperti yang didakwa Nazri,” katanya kepada Sinar Harian di Parlimen, semalam.

Katanya, oleh sebab percubaan untuk membuat undi tidak percaya di Dewan Rakyat gagal, PR mencuba saluran lain iaitu untuk menjelaskan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia, parti yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru.

“Merujuk kepada Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang boleh minta kepada Perdana Menteri membuat sidang khas, seperti dalam surat ini ditulis sidang khas ini akan diadakan pada hari Selasa 23 September 2008,” katanya.

Ditanya kenapa wakil-wakil rakyat BN tidak melompat pada ketika itu, Azmin menjelaskan wakil-wakil rakyat tersebut tidak berani kerana risau dengan keselamatan mereka dan keluarga tetapi menjelaskan jumlah sebenar mereka melebihi dari 30 orang.

“Mereka tidak melompat kerana percubaan kita untuk membuat undi tidak percaya gagal. Kita juga berjanji kepada mereka untuk mendedahkan identiti mereka sehingga sekarang, itu janji kita,” katanya. /Sinar

Friday, March 26

Sukanya depa

2 org komen
Hajat golongan tertentu dalam PAS untuk melihat orang kesukaan mereka ditempatkan memegang jawatan Mursyidul Am PAS hampir menjadi kenyataan. Ini berikutan kenyataan Nik Aziz tentang kesediaannya melepaskan jawatan tersebut selepas lebih 23 tahun memegangnya.

Beliau memberikan alasan kesihatan dan bersedia untuk tidak dilantik semula berikutan dari laporan Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kali bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi baru. Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa di dalam PAS.

"Saya mujur (setuju) benar, kalu tak beri tugas kepada saya. Tinggal di Kota Bharu nak pergi Kuala Lumpur bukan senang, selain dari kerja banyak di Kelantan ni, masalah kesihatan saya pun.. jadi mujur benar kalau tak de..," kata TG Nik Aziz.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang akan menentukan siapakah Mursyidul Am dan Timbalannya serta empat lagi Majlis Syura. Jawatan Timbalan Mursyidul Am kini disandang oleh Datuk Dr. Haron Din.

Sukanya depa...

Beras dan tahi cicak

0 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long setia mempertahankan politik cara Islam. Nawaitu kita sebagai seorang Islam hendaklah jujur dan benar. Kita berpolitik kerana hendakkan kuasa pemenrintahan dalam negara supaya dapat kita menegakkan syiar Islam. Supaya dapat kita buktikan kesempurnaan Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.

Sebab itu Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Pak Long berpendapat apabila Islam dan politik disatukan bagi membentuk kesempurnaan, maka wajarlah setiap ahli politik terutamanya beragama Islam dipastikan benar benar Islam, memahami Islam, malah meletakkan Islam mengatasi segalanya dalam jiwa, keluarga, maysarakat malah negara keseluruhannya.

Pak Long dok perhatikan lah yer, masyarakat kita telah lama melakukan kesilapan dalam menentukan kelayakan seseorang menjadi ahli dalam politik. Masyarakat terdahulu telah kelabu menilai mana intan dan mana kaca. Masyarakat terdahulu telah dialpakan kerana terlalu disuapkan oleh materialistik lalu lupa menilai dari jiwa Islam. Mereka telah lalai memastikan Islam sebagai syarat utama untuk berpolitik pada setiap ahli politik. Maka itu lah timbulnya ahli ahli politik yang hipokrit dan rendah akhlaknya, yang kini makin menjadi jadi malah bermaharajalela.

Penting Pak Long nak ingatkan, menjadi ahli politik sekiranya kita beragama Islam, maka tentunya kita secara tidak langsung mewakili agama Islam itu sendiri. Setiap tingkah laku kita diperhatikan sebagai dari seorang Islam terutama oleh masyarakat bukan Islam dan dari bangsa bangsa lain juga. Inilah bahayanya apabila kita sebagai rakyat membiarkan ahli politik yang buruk akhlaknya timbul dicelah celah masyarakat yang kononnya kuat berpegang pada ajaran Islam.

Akibatnya, generasi sekarang telah ditimpa bencana dan malapetaka. Pak Long menyeru pada anak anak dan orang ramai yang sedar untuk melakukan sesuatu membersihkan pekong yang membaham bangsa dan menghodohkan agama ini. Kita kena pastikan, beras dengan tahi cicak jangan dicampur aduk... wasallam...

Fikiran kacau

0 org komen
Dunia bertambah kacau dengan adanya manusia manusia yang berfikiran kacau....

Fikiran kacau pertama:

Bekas wanita pertama Filipina Imelda Marcos dilihat membisikkan sesuatu pada mendiang suaminya Ferdinand Marcos yang disimpan rapi dalam keranda kaca setelah segan nak bernyawa pada 1989, Batac utara Manila. Apa yang di bisikkan Imelda kat tugu suami dia tu ha... sumber foto dari Malaysian Insider.

Fikiran kacau kedua:

Ini pulak lagak Najib di tugu negara yang dirakamkan pada 31 Julai 2009. Kalau Imelda bisikkan sesuatu kat laki dia, Najib pulak dok bisikkan apa dan kat sapa? Sumber foto dari Selamatkan Umno.

Thursday, March 25

Alfatihah Zainal

0 org komen

MP Hulu Selangor dari PKR meninggal dunia. Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak. Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu. Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC. Malaysiakini

Zulkifli, tukang hias peribadi Najib

0 org komen
Semua orang teringin sangat nak tau sapa yang dilagukan sebagai pihak ketiga yang didakwa oleh pejuang bangsa dan agama terulung dari Kulim ni. Zulkifli Noordin dalam pendedahan di Parlimen telah dilihat seolah olah tukang hias bertauliah pada peribadi Piem Umno.

Alahai Zul oi... amat berbeza sekali dengan apa yang diluahkan oleh hang pada Julai 2007 ketika ditemu ramah oleh Suara Keadilan yang boleh dibaca disini. Aku pun tak tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya sebab aku pun tak dak bukti. Tapi yang menjadi persoalan sekarang ialah tiada satu tindakan khusus dari kem Najib untuk mencuci nama baiknya yang tercemar dari kes Altantuya ini dari menjadi bualan dan ejekan ramai. Tiada langsung tindakan konkrit yang meyakinkan selama ini seperti saman umpamanya terhadap penyebar penyebar sekiranya boleh kita katakan sebagai fitnah ini. Tiada langsung, sehinggalah timbulnya tukang hias bertauliah dari Kulim Bandar Baru ni.

Stetmen bodek ala ala tukang hias ni memang mudah sangat dibacanya. Tak susah mana pun.

Anwar akan kena lagi

0 org komen
Aku setuju saranan dari PKR menggesa pihak berkuasa siasat secara menyeluruh pembabitan semua pihak dalam kes Altantuya Shaariibuu. Jangan main siasat berpilih pilih saja, syok syok siasat dia ni, tak syok tok sah siasat pasai orang kita.

Gesaan ini dibuat oleh dua Naib Presiden PKR di Parlimen hari ini, mengulangi tuntutan sama yang dibuat Pakatan Rakyat sejak kes pembunuhan wanita Mongolia itu. Siasatan ini dilihat perlu ekoran satu pendedahan hari ini oleh bekas peguam kepada salah-seorang tertuduh kes itu, Ahli Parlimen Zulkifli Nordin yang mendedahkan ada pihak ketiga mengganggu kes tersebut.

Dan aku tak terkejut sekiranya selepas ini Zul akan mendakwa Anwar yang suruh dia kaitkan Piem Umno Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Untuk lebihkan sensasi, apa salahnya... hihi....

Sapa yang ajar main bom ni

0 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long tak pi market ari ni. Segan nak keluar sorang sorang, Mak Long hang pi surau sebelah kampung tu, ada la sikit aktiviti orang pompuan.

Bila selak balik berita berita kelmarin, Pak Long terbaca kisah rumah Che'gu Bard yang dilontar bom petrol dipercayai perbuatan khianat. Ni yang Pak Long meluat sangat ni. Di Malaysia ni, kita telah diasuh setiap sesuatu yang didatangkan dari luar itu baik dan wajar dicontohi. Benda ni dah terbawa bawa lama dulu dan kini sudah berjangkit pulak ke kancah politik. Politik kita kini telah dijangkiti oleh orang tempatan yang cuba meniru cara berpolitik negara luar.

Kalau dulu kita dengar banyak letupan maut yang melibatkan ahli politik di negara luar, tapi kini kita boleh enjoy membaca kisah yang kian serupa di Malaysia.

Che'gu Bard atau Badrul Hisham Shaharin adalah pengerusi SAMM dan MPP PKR pusat. Baguih budak ni, ada potensi penuh keberanian. Mungkin penyerang bertujuan nak slow sikit perjalanan Che'gu Bard yang nampak laju semacam tu. Politik jenih "tak dapat tanduk, telinga dipulas" ni yang Pak Long risaukan. Tak dapat cara elok, cara buruk pun depa henyak. Sepatutnya kita kena raikan perbezaan pendapat sesama kita, biar hujah dilawan hujah. Bukannya dilawan dengan bom petrol, itu golongan pengecut namanya.

Yang Pak Long mushkilkan ni, sapa yang memula ajar melawak pakai bom ni. Nasib baik bom petrol, kalau C4 tentu dah lain jadinya cerita ni... wasallam...

Baguih budak Zul ni

0 org komen
Baguih budak Zul ni, rugi PKR kerana terlalu gopoh memecat beliau dari parti. Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Piem bangsa Umno Najib Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

“Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.

“Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Cuma lepaih ni Zul oi, jangan lupa balik Kulim dan minta maaf kat orang Kulim tu sama. Jangan nak tunjuk baguih depan orang orang besar macam Najib ngan Nazri saja. Jangan nak tunjuk baik dalam parlimen tu saja...

Lawan tetap lawan

0 org komen

Politik sekarang kian ganas dan kini telah muncul sesetengah pihak yang cuba bermain kasar. Mungkin depa tak tau dah nak lawan macamana, nak berhujah takut malu maka rumah Che'gu Bard telah dilontar dengan bom petrol awal pagi kelmarin dipercayai perbuatan khianat.

Kita jangan buat andaian sendiri, jangan buat tuduhan tanpa asas. Dah Chegu Bard buat laporan Polis, maka biarlah Polis jalankan tugas mereka. Dah jadi adat berpolitik, terjadi sesuatu bencana maka pihak sebelah sini pasti akan menuduh pihak disebelah sana punya angkara. Umno tuduh Che'gu Bard sengaja serang rumah sendiri dan Pakatan pulak kata ini semua mungkin kerja Umno yang tak tahan melihat Che'gu Bard terlampau laju dan berani.

Penyerang rumah Che'gu Bard telah silap sekiranya mereka mengharapkan semangat juang Che'gu Bard akan merudum kerana insiden sebangang ni. Lawan tetap lawan...

Wednesday, March 24

Ingatkan Anwar saja, Najib pun kena sama

0 org komen
Elok sangat la, BN gasak Anwar, Pakatan nak henyak Najib pulak.

BN bagi 7 hari kat Anwar suruh jelaskan pada Parlimen, 1Malaysia adalah pendua pada 1Israel seperti yang didakwanya sebagai jajaan APCO sebuah badan yang dipengaruhi oleh Yahudi. Malah Anwar tak jatuh bulu roma pun dengan gertakan itu dan akan buat penjelasannya pada Selasa minggu depan.

Semalam, sidang Dewan Rakyat gempaq bilamana cubaan pemerintah nak selewengkan fakta bagi menafikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dibongkar Pakatan Rakyat. Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib Abdul Razak cuba menutup penyaluran wang royalti kepada negeri Terengganu sebagai wang ehsan.

Kini baru nampak seimbang elok. Salahuddin kata dia bagi Najib tempoh 7 hari juga bagi membuat penjelasan dan jika tidak beliau boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Kita tengok pulak, Najib ada berani ka... jangan dok hantar Rais sudah, nanti dia bakar Parlimen pulak... hihi...

Takkan pujuk pakai air liur saja kot

2 org komen
Aku dah kata dah kelmarin lagi, dia tak akan letak jawatan punya. Saja saja test market.

Adun Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn, yang gempaq Najib ala ala  Zul Kulim kelmarin, hari ni telah menarik balik surat perletakan jawatannya sebagai Adun. Angan angan Pakatan untuk menyerang Perlis belum dimakbulkan nampaknya. Bawak bawak la bersabar, Hangpa dalam Pakatan pun bukannya elok sangat. Hal ini telah disahkan oleh Speaker Dun Perlis, Yazid Mat.

Patut pun SPR kelam kabut buat pengumuman menjelaskan Titi Tinggi tak kosong. Awai awai lagi SPR dah tau, Adun MCA ni jenih gempaq kelin jugak... hihi....

Hai Zul, bodek nampak

0 org komen
Nak bodek pun bodek la pelan pelan, jangan bagi nampak hodoh sangat. Semua orang dah tau, hang tu dari dulu, kini dan mungkin selamanya mesra Umno. Kalau hang terpecat ari tu dan terus masuk Umno pun orang tak heran dah. Tapi bila hang buat stetmen bodek ala ala bangang camni, orang ramai dah mula rasa meloya. Terima kasih Zul, hang dah tunjuk kaler hang yang sebenar.

Aku pun tak tau inikah letupan besar seperti yang dijanjikan olehnya tempohari. Zulkifli Noordin hari ini telah mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Piem Umno Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bagi mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Macam macam cara orang nak tunjuk baik dengan boss, tapi inilah cara Zul Kulim. Bagi aku la, kalau ia pun benar kisah ni, hang guna la surat khabar Umno yang bersepah tengah tak laku la ni. Kot kot la boleh lariskan balik akhbar busuk perut depa tu. Hang boleh guna TV Umno yang tengah turun rating penontonnya untuk sebarkan kasih sayang hang pada Najib. Tak salah kan. Jangan la guna Parlimen buat lepaih geram atau serangan peribadi. Hang pun dah nampak sejenis ngan Zahrain dah. Jangan habaq kat aku ni la kerja wakil pada rakyat didalam Parlimen.

Parlimen tempat wakil bagi rakyat suarakan dan perjuangkan kehendak rakyat. Hang pulun sikit tunjuk baik bagi Anwar jeles sikit pasai pecat hang. Ni tidak, hang pun dah sekole ngan Zahrain, Anwar lagi senyum la, memang nampak logik la tindakan PKR pecat hang ari tu. Perangai tak senonoh dan telah menyalah gunakan Parlimen untuk kepentingan diri.

Anwar akan kejutkan Umno

1 org komen
Nyata Umno akan terkejut besar Selasa nanti. Kalau gempaq dari Zahrain, orang dah tau dah pekong mulut dia. Kalau tunggu Ibrahim Ali punya gempaq, pakai lali la. Last last Saifuddin yang gempaq dia kes Melayu boleh berjudi tu... hihi...

Tapi Selasa nanti Anwar Ibrahim yang akan gempaq Umno. Anwar malah bertegas akan mempertahankan dakwaannya bersabit konsep 1Malaysia dengan gerakan ‘Satu Israel’ yang pernah diguna oleh rejim Zionis serta hubung kait dua slogan itu dengan syarikat perunding Yahudi Apco Worldwide yang di upah oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Umno gempaq Anwar bagi peluang selama 7 hari untuk buat penjelasan. Last last Anwar yang akan gempaq depa balik Selasa nanti.

"Saya menyatakan hal tersebut berunsurkan asas dan bukti, disebabkan mereka gagal menjawab soalan, maka bagi menutup hal tersebut, tindakan dikenakan kepada saya.

“Selama 12 tahun saya diserang dan dituduh sebagai agen asing tapi saya boleh jawab setiap tomahan mereka. Umno serang saya dengan tanpa bukti tetapi kita serang mereka dengan bukti yang kukuh tentang siapa Apco yang sebenarnya,”jelasnya.

Jangan jadi ayam bapak

1 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long terkagum jugak la dengan kehebatan pendekar dari Bayan Baru ni. Sekali tengok macam lagak ayam bapak pun ada. Pantang jumpa tunggul kayu, dia berkokok siang malam. Masaalahnya, bila kokok berderai derai, akan bertemu jugak buku dengan ruas.

Hari tu dia dah dedahkan 8 orang MP dari BN yang akan melompat ke Pakatan dalam isu 16 Sept tu. Pak Long pun bersyukur jugak la, nasib baik idea bangang tu gagal, kalau tidak, mampuih la kita kena bermenterikan Zahrain. Umno yang tengah tenat pun dah ada yang tak kelapaq nak terima dia, Pak Long tak tau la nak gambarkan macamana busuknya bau mulut dia ni.

Tapi hari ni dia kata 40 orang MP BN pulak dah yang nak melompat parti pada 16 Sept dulu. Pak Long disini bukan nak pertikai Zahrain ni tipu ke tidak. Tapi Pak Long nak peringat kat Zahrain saja.

Pertama, tak dak faedahnya Zahrain oi hang dok bukak pekong ni. Tak dak faedah baik secara langsung ataupun cara tak langsung samaada kat hang dan jugak masa depan politik hang. Dia akan memudaratkan lagi rupa paras hang dimata orang ramai. Keduanya, hang secara tak langsung telah membuatkan Najib dan Rosmah tidur tak cukup. Hang ingat baguih ka biaq boss hang tidur tak lena macam tu, depa tu bukannya muda lagi nak selalu berjaga malam. Ketiganya, kalau dulu hang dah cipta 8 musuh baru spesis Umno, tapi kini tahniah hang telah berjaya mencipta musuh hampir separuh dari ahli bangsa Umno dengan dakwaan terbaru hang.

Macam Pak Long kata kat atas sana nu la, ayam bapak kalau rajin dok berkokok akan jumpa jugak ngan lawannya. Maka Pak Long ucapkan selamat berlawan lah  yer... wassallam...

Tuesday, March 23

Tiket free pun Ibrahim tak berani

5 org komen
Alahaai... Ibrahim Ali oi...

Mentang mentang la depa pandai bercakap, sampai tak dan nak pikiaq dah kira nak bercakap saja. Mentang mentang la bercakap tak kena duit, dia kira nak bercakap saja asalkan boss suka hati. Pikiaq la dulu apa kebenda yang hang nak bercakap tuh. Jangan dok bagi orang buat lawak.

Tak payah la dok canang merata rata Berahim oi kalau setakat nak bawak si Saiful jumpa Yusuf Al-Qaradawi tu. Hang terus saja bawak dia pi kan senang. Tak payah dok merapu ala ala Zahrain cari publisiti.

Tapi aku tabik la kat Saifuddin ni. Ni la yang paling best sekali aku rasa cara nak layan orang sasau publisiti macam dia ni. MP Machang Saifuddin Nasution Ismail hari ini telah menawarkan tambang tiket free tanpa syarat pada Ibrahim Ali dan juga Mohd Saiful Bukhari Azlan sekiranya mereka serius untuk berjumpa dengan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Melayu boleh berjudi

0 org komen


Melayu tak semestinya Islam dan Islam itu bukan untuk Melayu saja. Betoi la tu.

Jadi nak heran apa kalau Saifuddin dedahkan ada pejuang Melayu tulen punyai saham judi. Judi haram hanya dalam Islam, tapi judi tak haram dalam Melayu. Betoi la tu.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Dahsyat, letak jawatan pakai SMS

0 org komen
Fuyooo... dahsyat cerita dari Perlis ni. Negeri terpanas dalam Malaysia telah juga mencatatkan gelora politik yang tak kurang panasnya. Aku gerenti lepaih gertak saja terus tak jadi letak jawatan. Depa kata pujuk, mana ada pujuk pujuk punya dalam BN. Semua main gertak saja, tak mau susah jangan letak jawatan. Hangpa tak percaya tunggu tengok esok ni... hihi....

Laporan dari MI menceritakan kisah Adun Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn dari MCA-BN meletakkan jawatan yang berkuat kuasa serta-merta dan situasi ini dipantau rapi oleh MCA negeri dan sedang berusaha memujuknya.

Tapi yang bestnya, letak jawatan Adun main pakai SMS saja... memang jenis kepala keras la mamat ni. 

“Saya hanya baru menerima satu SMS daripada beliau dan kelihatan keadaan OK. Saya tidak fikir beliau akan berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 3.30 petang tadi.

Musa nakal, pihak "ketiga" lagi nakal

0 org komen
Budak budak kalau nakal kita boleh gak jentik telinga. Kalau orang tua yang nakal nak buat camana pulak. Sepatutnya, Hishamuddin kena tau tengok sapa yang sebenarnya nakal dalam isu PDRM dan KDN ni. Musa Hassan tu yang nakal dan pihak ketiga yang dibangkitkann oleh Musa lebih lagi nakalnya.

Hishammuddin Hussein dalam laporan disini telah sifatkan dakwaan kononnya hubungan beliau dengan KPN Musa Hassan sebagai tegang adalah tidak berasas dan "bersifat nakal". Dia kerja dok nak salahkan orang pulak, kata orang yang dok laga lagakan depa. Depa dah berlaga tak nak cerita.

Monday, March 22

Sedarlah Melayu

0 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long dibesarkan dikampung diwaktu ahli ahli politik dilihat suci. Pak Long diasuh bahawa orang orang politik dari parti bangsa Melayu ini adalah orang bijak pandai melayu. Bila dah bijak pandai, tentulah gerak kerja mereka juga mengikut Al-Quran dah hadith setelah mengaku Islam agama junjungan. Bila dah bijak pandai, parti yang mereka wakili tentulah parti yang penuh dengan kepandaian. Pak Long masih teringat, sekalipun diletakkan kopiah atas kerusi, calon dari parti bangsa yang penuh kepandaian ini akan menang.

Zionis Yahudi adalah bangsa yang paling jijik dimata umat Islam dunia. Maka parti bangsa bangsa ini juga jelas kuat sekali menentang agenda Zionis Yahudi setidak tidaknya dimulut pimpinan bijak pandai Melayu mereka. Maka bertambah maraklah sokongan Melayu yang mendakwa Islam ini terhadap parti bangsa Melayu ini.

Masa kian berubah, maklumat menjadi mudah. Orang kampung tidak sedungu dahulu. Barulah Pak Long sedar, parti yang penuh kepandaian ini rupanya amat bijak dalam membodohkan umat Melayu. Barulah Pak Long sedar, parti yang penuh dengan bijak pandai Melayu ini rupanya hidup segar diatas kebodohan bangsa mereka hasil dari sistem perbodohan bangsa sendiri dengan penuh sistematik.

Selama lebih 52 tahun parti bangsa bangsa ini menangguk diair keruh. Rakyat telah dilena miskinkan dengan dendangan "Ketuanan Melayu". Maka melayu melayu ini telah diulit mimpi indah bahawa mereka hidup sentosa dibawah "Ketuanan Melayu".

Apakah majoriti Melayu sekarang selesa dan sentosa dengan tuaian hasil dari "Ketuanan Melayu"? Berpuashatikah kita calon Melayu dipandang sebagai gred B disektor swasta? Apakah bangsa Melayu benar benar terbela hasil perjuangan bijak pandai Melayu dalam parti bangsa bangsa tersebut? Kenapa majoriti Melayu mendiami rumah rumah flat murahan yang dhaif dari segala prasarana? Terbelakah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?

Ya, Islam agama rasmi, Islam agama junjungan, tetatpi terbelakah Islam seperti yang sepatutnya? Anda berpuashati dengan perlaksanaan Islam sebagai cara hidup dengan berlambak lambak gejala sosial dewasa ini? Anda boleh tersenyum lagikah melihat mahkamah syariah terletak jauh bawah dari mahkamah sivil?

52 tahun bukan satu jangkamasa singkat. Jangan belajar cuci tangan sekiranya masyarakat kita tunggang langgang tidak beriman... wassallam...

Umno terleka dengan Anwar

1 org komen
Bangsa Umno pimpinan Najib sekarang ini telah gagal meneruskan tradisi yang sepatutnya dihadham dengan baik di zaman Mahathir berkuasa dulu. Mereka terlalu pandang enteng terhadap susuk yang bernama Anwar bin Ibrahim ini. Aura yang ada padanya gagal dihitumg lalu mereka memandang rendah siapa itu Anwar.

Kalau kita lihat dahulu dizaman Mahathir bermaharajalela, Anwar telah dinafikan dan seboleh bolehnya dibisukan terus dari bersuara. Mahathir tahu keupayaan Anwar. Setiap siksaan yang dilalui Anwar dari Mahathir bukan saja bagi membisukan Anwar tapi juga sebagai pengiktirafan tertinggi dari seorang penzalim terhadap keupayaan lawan yang tidak terlawan olehnya.

Inilah kesilapan bangsa Umno pimpinan Najib. Mereka gagal belajar dari Mahathir cara cara membendung Anwar dari berkata kata. Mereka seolah olah telah dipaksa untuk berselesa membiarkan Anwar berbicara.

Terbaru Anwar Ibrahim telah diberi masa seminggu oleh BNBBC untuk buat penjelasan "One Israel" dan kaitannya dengan APCO Worldwide. APCO Worldwide telah dilantik Najib menyelaraskan perkhidmatan komunikasi menyeluruh terhadap kerajaan Malaysia. Dan Anwar pula mendakwa APCO ini pernah berkhidmat untuk Piem Israel Ehud Barak pada 1999.

Susuk yang bernama Anwar telah melalui tinggi rendah dalam politik negara, masam manis sebagai politikus dan pahit maung sebagai pemimpin. Setiap katanya berfakta. Memberi peluang dia bercakap bererti meletak lawannya dikawah panas. BNBBC hanya membuang masa atau sekadar statement bodek saja sekiranyalah amaran mereka bertujuan menggerunkan Anwar dengan harapan Anwar menarik balik cercaan keatas slogan 1Malaysia Najib.

"Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.

"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.

"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.

Tak simpati pun

0 org komen
sumber: Pak Long

Salam semua...

Masa dok sarapan pagi ni, Mak Long hang la tak pepasai pi rasa simpati tak bertempat pulak dah kat KPN, si Musa Hassan pasai adanya campurtangan pihak ketiga dalam pentadbiran PDRM. Kesedapan goreng pisang awak Mak Long hang terus jadi tak sedap. Pak Long rasa meluat pun ada, Mak Long hang ni memang jenih mudah kesian.

Mak Long hang pun tau, benda ni bukan baru, dah lama membarah dalam PDRM, Musa sendiri lebih dari tahu dan sengaja buat buat tak tau kisah campurtangan ini. Ini la yang orang ramai perjuangkan dengan menyokong Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu. Ni yang Pak Long bagitau kat Mak Long hang, jangan dok simpati tak ketahuan hala sangat ngan orang jenih ni, sedangkan dia sendiri pun dulu buat benda yang dia kutuk la ni.

Maklum la kan, Mak Long hang pun genetik Melayu, jenih yang mudah lupa. Tapi Pak Long tau bahawa orang ramai tidak mudah lupa bahawa Musa lah yang telah mengusung tilam dalam perbicaraan kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dulu ni. Dia dikatakan menerima arahan terus daripada kuasa ketiga yang dipercayai orang politik. Malah Pak Long jugak difahamkan arahan ketika itu telah membelakangi ketuanya, Abdul Rahim Noor KPN ketika itu.

Ni yang Pak Long mau Mak Long hang paham. Apa yang dia kata hari ni dah biasa berlaku dan dia sendiri yang buat perkara tu. Dia sendiri terima arahan langsung daripada individu tertentu yang berikan arahan walau ia bercanggah dari sifat profesionalisma. La dah rasa tergugat dan rasa terjejas, sebab itu dia timbulkan isu ini.

Dah... nak kena pujuk Mak Long hang pulak dah. Marah kot pasai Pak Long kata dia jenih Melayu yang mudah lupa... hihi... wassallam...

Pagar makan padi

1 org komen
sumber: Zaid Ibrahim

Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata: “Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”.

Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina.

Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan.

Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun.

Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita?

Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.

Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu.

Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, iyu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka.

Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu. Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?

Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu.

Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia.

Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?

Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul.

Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Tak kan lah ini pun tak faham.

myzaidibrahim.wordpress.com
Related Posts with Thumbnails