Friday, April 30

Tolong lariskan besi buruk hangpa pun nak kacau lagi

0 org komen
Skandal pembelian kapal selam Scorpene bakal didedahkan tidak lama lagi apabila peguam dari perancis dijangka tiba ke Malaysia bagi memaulakan siasatan terhadap isu ini.

Peguam Joseph Breham yang sebelum ini memfailkan aduan dalam mahkamah Paris berkaitan skandal perjanjian pembelian berbilion US dolar kapal selam Perancis oleh Malaysia itu dijangka tiba di Kuala Lumpur untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kes tersebut dan dijadual bertemu dengan anak guamnya, sebuah organisasi hak kemanusiaan suara rakyat Malaysia (Suaram).

Perjanjian pembelian itu diatur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002 (ketika itu Menteri Pertahanan) yang didakwa memberikan kuntungan komisen sejumlah RM3.7 bilion kepada rakan sekutu terdekat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian itu membabitkan dua kapal selam berdiesel Scorpene yang dibina oleh Armaris, anak syarikat pertahanan terbesar DCN Perancis (dahulunya Direction Des Construction Navales), dan kapal selam lama yang dihasilkan oleh usaha sama antara DCN dan syarikat Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes itu bagi pihak Suaram berkata, mahkamah Perancis telah pun memulakan siasatan awal dan beliau akan menasihati anak guamnya untuk mengambil langkah wajar seterusnya.

Selain Breham, Renaud Semerdjian dan diketuai peguam William Bourdon sebelum ini memfailkan permohonan untuk menyiasat dakwaan jika terdapat sebarang unsur rasuah terhadap DCN pada 4 Disember lalu dan turut memfailkan dokumen tambahan pada 23 Februari lalu. -EraPakatan

Undang2 macam mak bapak depa punya

3 org komen
Sebab tu dalam Islam kita dilarang sama sekali meletakkan sombong dan bongkak sebagai pakaian kita. Sombong dan bongkak hanya layak dipakai oleh Yang Maha Pencipta.

Gambar atas adalah wajah Mohd Safuan Hilmi, seorang pemuda berbangsa Umno yang dikatakan begitu berani dan perkasa sekali dan beria ia teringin sangat nak cabut nyawa Nik Aziz. Ini lah hasilnya bila ada segelintir manusia yang meletakkan sombong dan bongkak sebagai pakaian harian mereka. Ini lah juga hasilnya bila kita diasuh dan dididik dalam satu organisasi yang sombong dan bongkak diangkat sebagai penaik semangat mencapai sesuatu impian politik.

Lu mau apa?

0 org komen
Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu? — Zaini Hassan

30 APRIL — Sudah banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malaysia terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu “pulun” semua sekali pengaruh Cina di negara ini.

Seperti mana yang saya tulis sebelum ini, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya. Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu. Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.

Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.

Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.

Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.

Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah. Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.

Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1 Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.

Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.

Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?

Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artifial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.

Akibatnya, DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu, dengan syarat — mereka bersatu.

Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.

Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.

Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. Umno pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ''mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat."

Namun, keputusan Hulu Selangor amat disenangi oleh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada “rakyat” Hulu Selangor.

Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.

Kit Siang ternyata amat gembira, sebaliknya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang gagal.

Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata '”MCA kena vokal”? Saya pun tak tau?

Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?Tajuk di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?

Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.

Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.

Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.

Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.

Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.

Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.

Malah Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.

Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.

Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini (jika ada).

Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.

Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.

Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

1.Robert Kuok Hock Nien
2.Tatparanandam Ananda Krishnan
3. Tan Sri Lee Shin Cheng
4. Tan Sri Teh Hong Piow
5. Tan Sri Lim Kok Thay
6. Tan Sri Quek Leng Chan
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry
8. Puan Seri Lee Kim Hua
9. Tan Sri Tiong Hiew King
10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

(Sumber: Malaysian Business, Feb 2010)

Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?

Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya. — Utusan Malaysia

Ezam yang hebat

3 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long tak nafikan la, budak Ezam ni memang segak. Dengan ala ala "baby face" dia tuh, dan suara jantan ala ala Anwar Ibrahim dia, memang boleh dikategorikan sebagai jejaka idaman Malaya la.

Pak Long dok ingat lagi kehebatan Ezam waktu dia ceramah, kehebatan yang orang lain payah nak buat, iaitu tiru gaya Anwar berceramah. Sampai orang kata dia ngan Anwar tu macam adik abang pun orang percaya. Suara dia dan gaya ceramah dia sebijik macam Anwar. La ni depa dah jadi musuh no satu. Tak dak abang adik dah. Sebab tu la kot dia dapat jawatan senator dari Najib, sapa musuh Anwar mesti dapat ganjaran dan layanan istimewa dalam Umno. Maka akan berebut rebut lah orang orang bangsa Umno nak jadi musuh Anwar no satu. Tapi Pak Long rasa tak syok la dengaq stail ceramah Anwar yang dok melekat lagi dilidah dia. Buang la stail Anwar tu, hangpa pun bukannya abang adik dah.

Masa dia mai kampung Pak Long dulu ni, naik rata pokok pisang orang punya latam. Kebanyakannya pompuan la. Itu lah lagi satu kehebatan Ezam. Apa taknya, dengan hidung terletaknya, dengan mata layu romantiknya, memang dia lawa la. Pak Long dapat bayangkan tentu dia akan lebih kacak bila berpakaian seragam sebagai senator nanti. Tentu lebih kacak dia disisi Najib dari waktu dia disisi Anwar.

Tahniah buat Ezam, pengorbanan hebat anda dihargai oleh Najib... sekurang kurangnya la... hihi... wassalam...

Tolong jangan bagi KPN bersedih

2 org komen
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini meminta media massa terutamanya media alternatif supaya tidak membuat spekulasi dan andaian sendiri mengenai kenyataan polis berhubung kejadian seorang remaja ditembak mati baru-baru ini.

"Saya sedih atas apa yang menimpa mangsa dan keluarga. Saya lagi bersedih apabila kenyataan saya diputar belit sehingga membawa maksud berlainan," katanya. - Bernama

Lagi mangsa Denggi

0 org komen
Denggi: Satu lagi kematian dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA: Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkumpul dalam tempoh empat bulan tahun ini sebanyak 55 kematian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kematian itu membabitkan seorang suri rumah berusia 42 tahun di Sungai Siput, Perak.

"Jika dilihat dari tempoh itu jumlah kematian adalah tinggi, disebabkan itu usaha pencegahan perlu dipertingkatkan lagi," katanya kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Karnival Sihat 1Malaysia di sini hari ini.
Rosnah berkata, meskipun Kementerian Kesihatan telah mengadakan 661 program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) pada tahun ini membabitkan 16,563 sukarelawan tetapi ia masih belum mencukupi.

"Program kesedaran masih perlu dipertingkatkan lagi untuk memastikan wabak denggi tidak menjadi pembunuh utama rakyat negara ini," katanya.

Mengenai Karnival Sihat 1Malaysia, beliau berkata ia akan diadakan pada 9 Mei depan di Setiawangsa, Kuala Lumpur bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang anjuran Kelab Graduan 1Malaysia.

Karnival itu bertujuan memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan antara aktiviti dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, derma darah dan pendaftaran derma organ. - Bernama

Keadilan untuk Aminulrasyid

0 org komen
http://www.khalidsamad.com

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam

YB Khalid Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam.

Thursday, April 29

Umno yang maki Sultan

0 org komen
PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?

Idris Ahmad 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2. Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan.

Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.

* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ajaib: Chua Soi Lek malu

2 org komen
Macam macam cerita timbul selepas dari pilihanraya kecil Hulu Selangor pada Ahad lepas. Memang keputusannya BN menang walaupun MCA gagal meraih sokongan masyarakat cina mengundi BN.


Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam BN sendiri terhadap prestasi MCA khasnya. Dalam laporan Bernama bertajuk: Keputusan memalukan: MCA siasat 'sabotaj', Chua juga telah mengandaikan adanya unsur unsur sabotaj di kalangan anggota MCA yang menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada BN.


Masaalahnya disini, layakkah Chua merasa malu kurangnya sokongan masyarakat cina terhadap BN sedangkan dia sendiri tidak merasa malu kerana telah menghalalkan perdagangan seks dikalangan wanita? Apa pandangan kaum wanita khasnya wanita Umno dalam soal pemerdagangan seks dimana Presiden MCA sendiri merupakan salah seorang dari pelanggannya?


Tak rasa malu ka?

Berita benar, Pak Lah bukan ahli Perkasa

1 org komen
Tak sangka pulak aku, Pak Lah tak bersetuju dengan Ibrahim Ali. Aku dok ingatkan depa tu sekapai... hihi...

Pak Lah dalam reaksinya terhadap saranan Presiden lantik sendiri Perkasa, Ibrahim Ali kata tak dak sebab patut tangguh bantu Cina. Ibrahim Ali nak hukum Cina pasai tak sokong BN tapi Pak Lah kata tak boleh, pelik sangat la kalau BN ikut perangai Perkasa.

Kalau lagu tu la, dah memang sah, Pak Lah bukan ahli Perkasa walaupun sebangsa. Rupanya tak ramai yang sanggup ambik Ibrahim Ali jadi pemimpin depa... hihi... Tapi adakah Pak Lah kata Pak Berahim ni tak waras disini....

Tak syok la KPN buat camni

3 org komen
NONE
Tak syok betoi la KPN buat kelaku macam ni. Jangan la merajuk, kita baru tegur sikit dah tarik muka, dah nak marah marah. Musa Hassan kena la tau, dia tu dah jadi selebriti. Selebriti ni dah jadi hak umum. Awat hangpa ingat KPN tak boleh jadi selebriti ka?

Tak syok betoi la bila KPN main ugut ugut camni. Orang kritik tu pasai orang sayang kat Polis. Polis jaga kententeraman awam, tu yang depa sayang tu. Orang nak tengok Polis siasat bagi adil saja. Polis adil rakyat lagi sayang.

Tak syok betoi la bila KPN kata serupa ngan tak mau jaga kami dah. Kalau Polis tak mau jaga kami, sapa nak jaga kami? Takkan nak suruh kami ambik body guard kot macam Najib tu. Dia tak pa la duit belambak.

Teringin nak dengaq apa kata Najib

1 org komen

Dr M: PERKASA bantu BN rampas Hulu S'gor

Apr 29, 10 5:02pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya berjaya meningkatkan sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

“Mungkin, sumbangan PERKASA, kerana kebanyakan orang Melayu mengundi untuk BN. Kita tak tahu, Dulu ramai orang Melayu tidak sokong BN. Jika BN tidak menyokong PERKASA, kita tidak akan mendapat undi Melayu.

“Dan jika kita tidak mendapat undi orang Cina, undi itu akan pergi ke Pakatan (Rakyat) lah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk 'Malaysia sebagai negara maritime - sudahkah kita mencapainya?

Sapa yang bijak, Umno ka Apco?

0 org komen
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan strategi Umno menukar calon baru walaupun dari MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu "strategi yang bijak".

"Calon baru, walaupun dari MIC, memberi gambaran protes 'didengari dan diambil kira'. Bukan semuanya, tetapi sebahagian kecil darinya.

"Kerusi tidak diserah kepada Umno tetapi tidak juga kembali kepada pemimpin MIC yang sama. Orang baru yang lebih muda dan kononnya lebih mampu membawa perubahan.

"Dalam masa yang sama, 'hak' MIC sebagai rakan BN dipertahankan. Undi Melayu dipujuk dengan pertukaran calon, undi masyarakat India dan Cina pula dengan mempertahankan hak parti rakan parti komponen BN," coret Khalid dalam blognya.

Sehubungan itu, kata Khalid, melalui kemenangan ini juga, rayuan dan desakan Umno untuk kerusi parlimen itu diserahkan kepada Umno boleh dianggap "menemui ajalnya".

Khalid mengulas kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad lalu di mana calon BN P Kamalanathan menang dengan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan yang juga ketua penerangan Pemuda MIC mendapat 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Khalid yang juga anggota biro politik PAS berkata strategi Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Zaid sebagai calon "tiada salahnya".

"Pencalonan beliau menyebabkan majoriti BN hanya 1,725 dan bukan 6,000 seperti yang sepatutnya.

"Tanpa undi rosak dan undi protes, kecuali sedikit, Datuk Zaid dapat menarik sebahagian dari pengundi yang mengundi BN dulu untuk mengundi PR kali ini. Di beberapa saluran memang tercatit penambahan, bukan pengurangan," katanya.

Khalid juga menegaskan hasil dari keputusan pilihan raya Ahad lalu sepatutnya menyedarkan Pakatan daripada 'dibuai mimpi' bahawa masih banyak lagi penerangan yang perlu dilakukan.

"Masih ramai lagi, lebih-lebih lagi yang di kawasan pendalaman, yang tidak memahami hasrat perjuangan Pakatan dan kekejaman BN.

"Jentera penerangan negeri mestilah dipertingkatkan dan jentera parti mesti turun padang lebih kerap lagi. Kekurangan ini perlu diatasi sebelum tibanya pilihan raya umum ke-13," katanya.

Menurutnya, kekalahan yang diterima oleh Pakatan ada hikmahnya iaitu Pakatan tidak merasa leka dan tidak berpeluk tubuh serta berpuas hati dengan apa yang ada.

"Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan dan banyak lagi kelemahan dalaman dan organisasi yang perlu di atasi bersama," katanya.

Wednesday, April 28

Dah agak dah

0 org komen

Dah dapat agak dah, memang ada harga yang telah dan akan dibayar. Dalam laporan Malaysiakini, Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator termasuk timbalan presiden MIC G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Pertama sekali tahniah lah untuk Ezam kerana tak sia sia pengkhianatan yang dilakukan terhadap perjuangan membela keadilan. Berbaloi la jugak, kalau hang dok setia ngan Anwar apa yang hang dapat. Memang kami semua paham dah lama dan memang hang layak dapat pengiktirafan sebagai yang dijanjikan hasil maki hamun terhadap Anwar.

Lagi satu aku pun nak ucapkan tahniah jugak pada Palanivel atas pengorbanan tak terhingga dia untuk tidak dicalonkan di Hulu Selangor dan membolehkan BN menang dengan selesa. Bukan berkorban saja tu, ada bayaran dan imbuhan jugak.

Tuesday, April 27

Lindungi saksi

3 org komen

Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

Dah lama dah

0 org komen

BIASANYA Dr. Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.

Tetapi saya tidak sedar ada komennya dalam pengambilan syarikat Yahudi APCO Worldwide sebagai juru rinding Malaysia untuk diterima baik Amerika seperti yang dibongkar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal April ini.

Perdana Menteri Najib memanglah diam saja atas apa jua dakwaan orang dalam hal-hal yang dituju kepadanya seperti isu APCO ini. Tetapi Dr. Mahathir pantang ada isu yang menyentuh negara, dia akan bangkit. Tetapi dalam isu APCO bertapak di Malaysia ini, dia membisu.

Mengapa?

Tentu dia ada peranan utama dalam menggalakkan agen Israil datang ke sini. APCO sudah mendapat kontrak menasihatkan Malaysia bagaimana hendak disukai oleh Amerika sebaik Najib berkuasa tahun 2008.

Hujung tahun 90an dan awal tahun 2000 Najib sedar tentang imej Dr. Mahathir dipandang buruk oleh Amerika berhubung penindasannya terhadap Anwar. Dunia termasuk Amerika merasakan apa yang dilakukan terhadap Anwar oleh Dr. Mahathir dan kerajaannya adalah menzaliminya.

Hatta Presiden Clinton tidak hadir dalam sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur sedang Presiden Amerika tidak pernah tiada dalam setiap puncak Apec. Bahkan Naib Presiden Algore yang menggantikan Presiden Clinton dalam sidang Apec itu telah melaungkan R E F O R M A S I di hujung ucapannya di sidang itu.

Macam-macam usaha Dr. Mahathir untuk menjustifikasikan tindakannya tidak dipedulikan baik oleh pentadbiran Clinton mahu pun pentadbiran Bush yang menggantikannya. Memang Mahathir bernafsu untuk menemui Bush apabila dia masuk ke Rumah Putih. Bush tidak melayan hasratnya.

Ada pandangan mengatakan Dr. Mahathir sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan peluang menjengok Bush di Rumah Putih.

Maka dipercayai masa inilah jarum perisik Israil masuk menawarkan nasihatnya bagaimana Malaysia boleh mendapat layanan dari Amerika. PDRM ada program besar mengenai sistem mengkumputerkan perkhidmatannya. Ia diswastakan kepada Sapura tetapi Asiasoft berjaya menjadi subkontraknya tahun   2002. Syarikat kepentingan Israil itu dapat menyusup ke tengan nadi polis kita.

Mahathir masih Perdana Menteri. Pada masanya agen Israil masuk dalam nasi keselamatan negara. Dia mesti bertanggungjawab atas angkara itu.

Najib sedar tentang payahnya Mahathir untuk mendekati Amerika kerana pada penindasan terhadap Anwar tidak adil tentang hak asasi manusia. Dan Najib pula banyak masalah. Dia cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan membenarkan komisyen stengah bilion atas pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia. Hal-hal ini Amerika getik.

Bagaimana supaya Amerika tidak getik. Dia perlukan juru runding supaya dapat memenangi hati Amerika.  APCO, kompeni kepentingan Israil berpengkalan di  Amerika menawarkan khidmat rundingan bagi memenangi hati Amerika. Kontraknya 77 juta.

Isu APCO hanya terbongkar tiga minggu lalu. Ia tambahan kepada agen Yahudi Asiasoft di hujung pentadbiran Dr. Mahathir dan sepanjang pentadbiran Abdullah Badawi. Sedang Najib menyambung angkara peninggalan era Dr. Mahathir dulu.

Negara-negara di dunia tidak perlu berbelanja besar dan tidak memerlukan juru runding asing untuk mendekati Amerika. Amerika sendiri akan datang mencari semua negara dan kerajaan di dunia bagi menawarkan pengaruhnya.

Yang tidak berbaik dengan Amerika Cuba, Libya, Korea Utara, Venezula, Iraq di bawah Saddam dulu, Iran dan lain-lain bukanlah kerana Amerika tidak cuba mendapatkan hubungan baik dengannya tetapi negara-negara itu tidak suka kepada dasar kolonialisma Amerika.

Macam-macam pentadbiran Truman, pentadbiran Eisenhower dan Kennedy buat untuk memenangi hati Sukarno tetapi Sukarno tidak mahu menjadi pak turut kepada Amerika. Sukarno tidak mengupah sesiapa untuk mendekati Amerika tetapi Amerika pula yang menggunakan siapa saja untuk memikat Sukarno.

Sukarno sekadar berbaik dengan Soviet Union dan rajin ke Beijing menemui Mao Zedung, maka Amerika datang menawarkan bermacam-macam supaya Sukarno lebih rapat dengannya.

Tidaklah sukar Dr. Mahathir dn Najib untuk bertemu Presiden Amerika. Mahathir sukar berjumpa Bush. Bukankah Mahathir pernah menempelak Yahudi. Tiba-tiba Bush yang sukar ditemuinya dulu datang bercakap dengan Dr. Mahathir dalam sidang ketua-ketua kerajaan di Bangkok.

Tidak perlu Najib bayar 77 juta kepada APCO untuk jumpa Presiden Barrak Obama. Berbaik dengan Sudan, Hamas dan Iran, maka Obama pun berusaha mendekati Najib.

Bukan kerana lobi APCO Najib dijemput oleh Obama ke Washington. Presiden Arroya Macapagal tidak menggunakan APCO dan tidak berbelanja besar dijemput juga ke Washington oleh Obama. Amerika mahu supaya jangan berbaik dengan Iran dan Hamas. Najib dijemput ke Washington dalam sidang puncak mengenai neuklear ialah supaya Najib setuju mengepong Iran yang hendak dikenakan tindakan oleh Amerika.

Kita rasa Mahathir pintar dan Najib juga pintar. Mahathir kecam Yahudi di PBB dan Mahathir anjurkan tribunal Kuala Lumpur untuk menghukum kekejaman Israil di Palestin. Tetapi ternyata Yahudi lebih pintar. Ditawarkan khidmat rundingan Asiasof dan APCO kononnya membantu Malaysia supaya disukai Amerika.

Dia bukan sekadar dapat masuk ke tengah pentadbiran dan kuasa di Kuala Lumpur dan ia dibayar pula 77 juta pada hal yang memerlukan sokongan dunia supaya mengikut saja kemahuannya ialah Amerika sendiri. Tentunya APCO dapat habuan juga dari Amerika.

Tugas APCO sekarang bukan lagi  melobi Amerika supaya menerima Malaysia dan Najib, kerana lobi untuk itu tidak diperlukan,   tetapi ialah menasihatkan Najib bagaimana menghalang Anwar dan Pakatan Rakyat dari menumbangkan Najib. Sebahagian kecil dari 77 juta itu boleh digunakan bagi membeli penyokong Anwar.

Itulah  sebabnya Mahathir dan UMNO diam tentang kehadiran APCO zionis itu.

Perkasa dah besar kepala

0 org komen
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.

BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal minggu lalu Ibrahim sendiri meletakkan majoriti 3,000 kepada BN tetapi Khamis lalu menurunkannya kepada 1,500 undi.

Kata beliau, apa saja yang kaum Cina minta kerajaan sedia berikan tetapi mereka tidak berterima kasih.

“BN kena ambil hati orang Melayu yang tetap setia pada BN.

“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.

Malam tadi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

“Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata, MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

Ibrahim berkata kemenangan BN membuktikan rakyat mahu ketenangan dan kesetabilan politik.

“Ia juga bukti rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai perdana menteri. Ia juga membuktikan politik perkauman ditolak rakyat.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kasih pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.

“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.

Katanya, usaha pihak tertentu untuk memburukkan nama Perkasa dalam pilihan raya Hulu Selangor juga tidak memberi kesan.

Kemenangan BN sekadar catatan palsu

0 org komen
Perakite

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak akan membuat DS Najib Tun Razak tidur nyenyak, kerana kemenangan yang diperolehi adalah hanya satu retorik dan catatan palsu.

Satu kemenangan yang dibeli dengan harga yang tersangat mahal mencecah puluhan juta ringgit. Umno dan Barisan Nasional pastinya bersorak sorai untuk menyembunyikan kegusaran kehilangan kuasa apabila menghadapi pilihanraya umum yang mendatang dalam tidak seberapa waktu lagi.

Umno dan BN ternyata semakin tumpul taringnya. Hanya duit yang memegang kuasa undi padanya. Umno semakin mereput. Berpaut pada undi Melayu semata-mata. Itupun pada Melayu veteran yang berkarat hatinya, manakala geng muda Melayu sudah bertabuh bersama Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin Yassin melaungkan akan memperolehi majoriti 6,000 undi, namun ia tersasar jauh. Memalukan. Yang bererti laporan risikan yang diterimanya hanya pepat di luar runcing di dalam. Risikan sekadar penyedap hati.

BN sekadar memperolehi majoriti 1,725 undi. Itupun separuh daripadanya adalah undi pos. Manakala PR meningkat 95 undinya, tetapi tetap kalah. Jelasnya undian terhadap PR kekal.

Ertinya apa jua isu yang dimainkan oleh UBN, ia tidak berjaya mengubah pendirian penyokong PR. Isu sekadar memanaskan suasana. Lantaran itu PR perlu bekerja kuat untuk menambat dan menambah jumlah penyokongnya. PR perlu membuktikan bahawa PR boleh. Pengundi ingin melihat bukti.

Tiada apa yang dapat dibanggakan Najib dengan majoriti sebanyak itu. Lagipun tiga Dun di kawasan parlimen itu dikuasai Umno. Ternyatalah UBN sedang menghadapi zaman kemalapannya.

BN hanya hidup atas sokongan Melayu. Tiada Melayu, maka akan lenyapkan BN. MIC dan MCA sekadar menumpang kekuatan Melayu Umno. Jika tidak ia akan punah dan musnah. Inilah feneomena yang sedang menanti BN pada pilihan raya umum akan datang. Pengundi Cina sudah tidak mempedulikannya lagi, majoriti pengundi Cina menyokong PR.

Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut tidak mampu menutupi kebimbangannya apabila berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina tidak menyokong BN.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu", kata Adnan.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 - 15 peratus. Selepas PM turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus, kata Dr Koh.

Kemenangan BN itu juga memberi petanda selamat jalan kepada era presidennya DS Samy Vellu. Lantaran itu BN akan menghadapi satu lagi gelodak permasalahan dalam parti komponennya. Kemenangan itu adalah hasil pilihan calon oleh Umno selepas menolak calon pilihan Samy Vellu, iaitu Timbalan Presiden Datuk G Palanivel.

Nampak gaya, selepas kemelut MCA yang kononnya selesai dengan perubahan pucuk kepimpinannya diterajui oleh DCSL (yang dicemari isu seksual) kini MIC sedang menuju jalan perpecahan. Ayuh Samy berundur sebelum anda diundurkan oleh Umno.

Monday, April 26

Siapa yang halalkan rasuah

1 org komen
Halalkan rasuah punca BN menang

Ali Hashim
JERAI, 26 April Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor disebabkan BN menghalalkan amalan rasuah.

Walaupun Kamalanathan berjaya memperolehi majoriti 1,725 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, namun belum pasti majoriti tersebut adalah sokongan bersih tanpa sebarang sogokan dari BN.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, BN menang setelah menabur projek segera semata-mata kemaruk untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Amalan rasuah sepanjang PRK itu, katanya berleluasa dan kaedah digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor.

"Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isnin rasuah tersebut akan diberikan.

Beliau juga berkata kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara.

"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan."

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain pula berkata, di bawah kekuasaan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri maka rasuah adalah dihalalkan.

"Dengan jelas rasuah yang ditaburkan kepada penduduk di Hulu Selangor telah berjaya memenangkan BN walaupun mereka cuba menafikannya.

"Kita yakin indeks rasuah negara ini akan menjunam teruk selepas ini setelah berleluasanya kegiatan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan," katanya.

Tak berbaloi dengan duit yang hangus

0 org komen
Seperti telah diduga, BN menang di Parlimen Hulu Selangor. Maka hebohlah seantero alam kemenangan bergaya BN dalam pertarungan senget sebelah ini. Di jaja habis kononnya keyakinan rakyat pada kepemimpinan DS Najib kembali bertaut.

Sebenarnya di atas kertas, BN sudah memenangi PRK Hulu Selangor. Tanpa pilihanraya pun BN sudah mendahului dengan 6000 undi! Mengikut rekod, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor dimenangi BN dengan majoriti 6000 undi. Hanya nasib yang memenangkan calon PR pada PRU ke 12 yang lepas. Dan kini PR bergelut untuk mencuri beberapa ribu undi dari pengundi BN untuk memenangkan Zaid.

Melihat kepada jentera kempen dan cara bagaimana PR bekerja sememangnya amat mengkagumkan. PKR dan PAS dengan jentera yang dikerahkan hampir 70% keseluruhan sudah pasti tidak mampu untuk capai setiap individu pengundi. Bayangkan Parlimen Hulu selangor yang sebesar negeri Melaka ini. Seramai 60,000 pengundi yang duduk di seluruh pelusuk kawasan, ramai petugas yang tidak terkejar untuk pergi rumah ke rumah. Dari Hulu Yam Bharu hingga ke Felda Sungai Tengi yang jaraknya lebih kurang 120 kilometer, itulah besarnya Parlimen Hulu Selangor. Mungkin SPR terlepas pandang untuk memecahkan Parlimen Hulu Selangor mengikut Gerrymandering (persempadanan semula).

Petugas PR berbelanja dengan duit sendiri. Poster, duit minyak, makan minum, penginapan, bahan risalah kempen, program dan lain-lain lagi semuanya adalah peruntukan parti ataupun individu. Hanya kos cetakan agensi parti seperti Harakah, Siasah dan Suara Keadilan taja sepenuhnya.

Saya mendapat maklumat bahawa bahan cetakan seperti poster dan bendera di sabotaj oleh ahli-ahli PKR yang keluar parti. Lebih kurang 3 kontena bahan kempen itu dicuri dan disembunyikan. Bayangkan dengan ujian dan cabaran seperti ini, bagaimana PR boleh bekerja dengan baik.

Pengundi pula, bagi golongan muda di kawasan bandar dan pesisirnya sambutannya sangat baik. Program-program kempen sepanjang tempoh kempen di kawasan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik. Yang menjadi masalah adalah pengundi di Felda-felda dan pedalaman kampung. Rata-ratanya apabila bertemu mengucapkan terima kasih kepada BN kerana memberi air percuma! Sedangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma. Inilah yang dikatakan, "Lembu punya susu, sapi dapat nama". BN menumpang tuah kebaikan kerajaan PR dengan mengelabui mata pengundi.

Dengan peruntukan kepada Kementerian-kementerian melalui program 'segeranya' di Hulu Selangor, sumbangan basikal, hamper, baja, alat permainan, duit sumbangan, turap jalan, tidak termasuk janji-janji manis dan lain-lain lagi, bagaimana boleh kempen PRK berjalan dengan baik. BN juga seperti biasa mengerahkan hampir semua jentera kerajaan seperti polis, RELA, pegawai-pegawai kerajaan hanya untuk berkempen bagi pihak mereka.

SPR pula bersikap 'pekak badak' dan berlagak seolah pengadil yang baik. Tidak terlintas oleh SPR dan SPRM bahawa program-program 'segera' hampir semua Kementerian di Hulu Selangor adalah rasuah politik yang jijik dan kotor!! Ini belum lagi aksi kempen melalui media perdana seperti televisyen dan akhbar milik negara, semuanya dimanipulasi semaksima mungkin seolah-olah mereka sahaja yang bertanding. Dan dalam hal ini, SPR dan SPRM menjadi 'buta dan tuli' daripada mendengar keluhan dan suara rakyat. Tidak menjadi kesalahan kepada SPRM kalau BN berbelanja berjuta-juta ringgit, lebih dari kemampuan sebuah parti asalkan kesalahan itu dilakukan oleh BN.

Dengan peruntukan BN sedemikian banyak, maka tidak wajar mereka hanya memenangi dengan 1700 undi. Sepatutnya mereka boleh menang dengan 6000 undi majoriti. Syabas dan tahniah sebenarnya adalah untuk jentera petugas Pakatan Rakyat, yang mampu bertahan dan sabar dengan serangan bertali arus dari pelbagai sudut dan mendapatkan undi majoriti 1700. Syabas juga kepada pengundi yang melihat kebenaran dengan memilih PR. Takziah kepada pengundi Islam di Hulu Selangor, yang telah memilih seorang bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Selepas ini ajaklah Kamal itu sebagai Imam solat berjemaah, Imam solat jenazah di masjid ataupun membaca tahlil arwah dikampung-kampung.

Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Sapa berani siasat Najib

0 org komen
Oleh Staff FMT

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan dua kesalahan rasuah dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, kesalahan pertama ialah apabila Perdana Menteri cuba merasuah 1,500 pengundi Rasa supaya mengundi calon P Kamalanathan dengan meluluskan RM3 juta untuk membina semula sekolah rendah Cina dengan satu syarat.

Najib secara terbuka mengumumkan “Jika kami menang pilihanraya kecil ini, kamu boleh datang pada hari berikutnya untuk bertemu saya.

Saya secara peribadi akan menulis surat untuk meluluskan wang dan ia akan dipindahkan ke akuan lembaga sekolah. Jika kita kalah, kamu tidak perlu datang," katanya.

Lim berkata, kesalahan kedua ialah semasa Najib melawat Kampung Hassan di mana beliau berjanji kepada majoriti pengundi Cina bahawa kerajaan BN akan membina 200 unit rumah kos rendah jika Kamalanathan menang.

"Apa yang SPRM akan perkatakan," kata Lim dalam blognya.

Berbaloi saya cium tangan Muhyiddin

0 org komen

Ini adalah hasil dari pembelajaran saya tentang adat dan budaya Melayu selama ini. Berbaloi jugak lah hasil dari pengetahuan saya itu saya pertontonkan diatas pentas ni bersama Muhyiddin dan telah memberikan hasil yang lumayan.

Saya gerenti kalau saya tak cium tangan Muhyiddin ari tu, haram BN nak menang punya. Duit yang depa tabur tu bukan dari rakyat untuk rakyat tapi dari Umno untuk pekerja pekerja pilihanraya BN. Rakyat pun tau, depa undi BN pun memang pasai saya hormat tangan Muhyiddin yang telah "memberi", itu saja.

Sekian...

Menang dalam kalah

0 org komen

BN menang di Hulu Selangor tapi hilang sokongan dari pengundi cina. Ini kenyataan pahit yang harus ditelan oleh MCA, parti tokey tokey dalam BN. Kemenangan yang baik bagi BN tapi mereka kalah dari banyak segi.

Masyarakat cina lebih terbuka dengan menerima keadilan dan kesejahteraan hidup untuk semua kaum yang diperjuangkan oleh Pakatan. Itu kenyataannya dan merupakan kemenangan moral bagi Pakatan khasnya. Biarpun kalah, tapi Pakatan berjaya megekalkan momentum sokongan masyarakat cina pada mereka.

Seperti dijangka pengundi India memang menyokong siapa jugak yang diletakkan asalkan dari kaum India. Pengundian berasaskan kaum dan bukannya berfikir kearah politik keterbukaan, ini menakutkan dan perlu diatasi oleh Pakatan. Mesej perjuangan Pakatan belum sedia dimamah oleh kaum India khususnya di Hulu Selangor ini.

Pengundi Melayu memang menjadi penentu dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini. BN tahu sangat fakta ini. Fikiran kaum Melayu Hulu Selangor terbuka tapi tak menentu disaat saat akhir kempen akibat mainan kata janji oleh BN. Tidak dinafikan kempen BN kali ini cukup berkesan. Pemberian RM 1,000 tunai berserta RM 49,000 bank draf benar benar mengesankan. Bukan saja semua pemimpin BN telah di kerah ke Hulu Selangor dengan pelbagai janji manis, tapi jugak isu isu tempatan telah dimanipulasi baik dan sepenuhnya diperkatakan sehinggakan pengundi hampir lupa bahawa Selangor dibawah Pakatan sekitar 2 tahun lebih saja. Majoriti isu isu tempatan adalah tinggalan dari kerajaan BN dahulu seolah hilang dalam sejarah.

Tahniah BN, tahniah MIC dan tahniah tuan penasihat kerajaan Najib khasnya... Apco...

Takdir yang menang

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Kita telah berusaha, doa telah dipanjatkan. Manusia berusaha takdir Tuhan yang menentukan. Perjuangan baru bermula. Kefahaman dan ketahanan rakyat menjadi cabaran unggul pejuang keadilan dalam menyelamatkan Malaysia.

Ternyata limpahan orang ramai yang berjaya ditarik oleh ceramah terakhir Pakatan di stadium Kuala Kubu Baru semalam sekadar meyakinkan Pak Long tanpa hasilnya. Bagaimanapun kita sebenarnya telah menang tak kira apa juga keputusan hari ni.

Kesatuan dan kesetiaan yang kita tunjukkan. Kesungguhan dan keikhlasan dalam berjuang serta usaha tanpa henti diiringi doa ikhlas pendokong pendokong adalah aset asas yang dikekalkan dalam pilihanraya ini oleh Pakatan Rakyat.

Biaq pi kat depa la kalau depa selesa bekerja cara samseng. Biaq pi ke depa la kalau depa seronok kerja memberi rasuah. Tapi kita tetap istiqamah dengan berpolitik cara berhemah. Kita tidak paksa pengundi memilih tapi kita mengajar mereka berfikir sebelum memilih.

Wassalam...

Sunday, April 25

Referendum yang jelas

1 org komen
Dah rasmi dah, Hulu Selangor merestui polisi Najib melantik Apco sebagai tuan penasihat mereka. Secara rasmi juga walaupun menang dengan majoriti kecik tapi sudah cukup untuk mengesahkan majoriti rakyat Hulu Selangor halalkan rasuah politik sewaktu berkempen dalam pilihanraya. Ini merupakan satu langkah kebelakang yang perlu merisaukan pihak Pakatan Rakyat.

MIC - P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. En. Kamal menang dengan majoriti 1,725 undi.

Parti Keadilan Rakyat telah tewas. Yang menang ialah parti MIC. Pada pendokong pendokong keadilan yang bertungkus lumus berjuang menyelamatkan Malaysia, jangan susah hati dan menangis dan jangan berputus asa.

Kena redha, rasuah menang di Hulu Selangor

1 org komen
Tidak rasmi: BN menang di Hulu S'gor dengan majoriti lebih 2,500 undi.

Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat pengiraan undi, dengan ditemani oleh isterinya manakala Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar. Tahniah pada Hulu Selangor kerana majoriti anda masih menilai rasuah itu sebahagian dari kehidupan. Tahniah jugak kerana kemenangan ini sekaligus bagai meredhai darah Palestin yang mengalir panas tanpa pembelaan.

Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka. Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya. Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan 25 kerusi. MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008. BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi. Majoriti BN ialah 1,683 undi.

Undi yang diperolehi calon BN dijangka bertambah apabila kesemua peti dari kawasan majoriti pengundi Melayu selesai dikira. Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Hulu Selangor: 56.82% keluar mengundi, Che'gu Bard ditahan

0 org komen
Setakat jam 1 tengahari seramai 56.82% orang telah keluar mengundi iaitu 36,650 orang dari 63,701 orang pengundi berdaftar di parlimen Hulu Selangor.

Laporan dari bro TT disini, Che'gu Bard telah diserang dengan parang. Takkan yang nak serang Che'gu Bard tu orang PKR kot, mestilah geng kati senget. Yang menyerang tak kena apa tapi yang diserang ditahan Polis.

Hampir 50% keluar mengundi dan dua hantu ditangkap

0 org komen
Terkini dari SPR memberitahu 49.04 % dari 63,701 sudah keluar mengundi setakat jam 12.00 tengahari tadi.

Ada hantu dah kena tangkap.

SPR tolong buat kerja Umno

0 org komen
Memang dah sah, satu lagi bukti SPR adalah cawangan Umno. Samaada kita tak paham atau SPR memang jenih bebal, bangang, angkuh dan sombong macam tuan dia Umno.

Laporan mStar disini, bertajuk Pembangkang Tidak Berdisiplin - SPR, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof kata pihaknya nak ambil tindakan segera dengan merobohkan barung panas PR kerana melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Nampaknya parti pembangkang masih lagi tidak mengikut arahan, masih lagi mendirikan barung panas.

SPR patutnya jadi pengadil, pengadil ni orang tengah dan kena la adil. Mana boleh panggil orang ni pemerintah dan orang ni pembangkang. Hang kena pukui dah kalau hang pakai baju merah berlogo Man U dan jadi pengadil Manchester United lawan Tottenham Hotspurs semalam.

Jom jadi merdeka

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Tinggai kira kira satu jam lebih saja lagi pada sapa sapa yang nak berkempen bagi PRK Hulu Selangor. Lepaih tu terpulanglah pada pengundi pengundi pulak sapa calon yang depa suka secara majoriti dan rasa layak nak jadi wakil depa di dewan rakyat.

Sebelum pejam mata, Pak Long teringin sangat nak tengok negara kita merdeka dalam erti kata yang sebenar benar merdeka. Me"merdeka"kan kepala rakyat dalam menentukan sapa yang rakyat pilih. Me"merdeka"kan kepala hotak kita dari dipengaruhi oleh kebendaan dalam memilih wakil. Me"merdeka"kan negara kita dari jajahan proksi proksi Yahudi.

Pak Long risau ramai yang tak nampak. Depa depa ni ditutup mata oleh kebendaan, kemasyhuran dan hiburan lebih dari maruah sebuah negara berdaulat. Jajahan Yahudi tak semestinya bendera harus bertukar bentuk dan wajah. Bendera yang sama tapi semangat dan cita cita diikat dan diarah mengikut telunjuk. Jajahan secara proksi macam ni yang tak nampaknya. Dan proksi proksi penjajah moden ini datang dalam pelbagai bentuk yang sukar dikesan melainkan bagi yang rajin menggali.

Pak Long berdoa dan ingin menyeru pengundi pengundi Hulu Selangor, ingat dan renung kesengsaraan rakyat Palestin yang diburu dalam negara sendiri angkara zionis Yahudi sebelum mengundi.

Wassalam...

Hantu hantu yang suka

0 org komen
Depa tak boleh gelak suka disini kalau depa tau pengundi hantu banyak yang ditangkap. Tapi ikut Harakahdaily, ada beberapa bas telah berjaya melarikan hantu hantu keluar IKBN, Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.


Sebagaimana besa, Polis datang membantu. Bukan bantu siasat dan tangkap ikut peraturan SPR tapi bantu bawa lari ke lain tempat yang tak diketahui. Tahniah kerana busuk hati, angkuh dan sombong kerana tamakkan kuasa.


Anda berkuasa selagi ada kuasa dan selagi Allah izinkan. Buat la ikut suka hangpa selagi Allah izinkan. Lagi kuat tekanan yang Pakatan terima, lagi matang cara kita berjuang.

Depa dah tunjuk samseng

0 org komen

Ini yang kita tentang sebenaqnya iaitu cara ketuanan samseng yang depa tunjuk tu yang meloyakan kita. Pagi pagi lagi dah depa buat hal dan tahniah pada Elizabeth Wong yang secara pro-aktifnya membuat laporan Polis ura ura perancangan samseng samseng ni menghalang hak orang ramai untuk melaksanakan hak mereka.

Ayuh Hulu Selangor, adakah kita mahu diri kita diperintah oleh samseng? Adakah kita rela melihat samseng bermaharajalela dalam negara kononnya berdaulat ini? Tolak ketuanan samseng dengan mengundi Zaid dari PKR.

Angkuh dan sombong... menyampah betoi aku...

Najib perguna Zul dengan keizinan

1 org komen
Najib bersumpah lagi semalam. Malah dia sekali lagi menggunakan nama Zul Kulim dan Zahrain dengan "izin" empunya nama (dah tak dak sapa nafi kira izin la) dalam ceramah terakhir BN semalam. Malah ceramah a.k.a majlis sumpah sumpah tersebut dilangsaikan sebagaimana biasa menafikan tuduhan tuduhan pembangkang dan seterusnya hanya bersumpah tak payah bagi bukti dah...


Aku malaih nak komen banyak pasai geng sumpah sumpah ni dan jugak pasai Zul Kulim yang kata tak mau kempen bagi pihak BN tuh... ni ha aku "copy paste"kan dari Pak Long dibawah ni...


Salam semua...

Pak Long rasa ada sesuatu yang tak cantik la disini. Rasa macam tak kena saja bila Najib suka suka sebutkan nama Zul dan Zahrain sebagai pembuka rahsia besaq Anwar kat dia setiap malam semasa di Washington ari tu. Pak Long nak dengaq pulak la apa kata si Zul yang warak tuh. Kalau si Zahrain tu, Pak Long tak kisah sangat, lebih dari cerita spender Anwar dia boleh ceritakan.

Zulkifli tu baguih budaknya. Bukan main punya warak Melayu ni Pak Long tengokkan. Zul baru baru ni nahi nahi menafikan dia nak mai Hulu Selangor berkempen bagi BN, tetiba dia berkempen jugak. Memang la dia tak mai kempen tapi dia berkempen jugak melalui Najib sebagai juruceritanya.

Rindu Pak Long nak dengaq komen si Zul ni, awat diam pun sejak balik dari Washington ni. Gayat naik kapalterbang ka?

Wassalam...

Saturday, April 24

Umno akan berkubur bila...

3 org komen

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Awat yang Apco... oppsss... sori, Umno ni susah sangat nak lawan bahas ngan Anwar pasai isu Apco ni. Ini yang Pak Long heran sangat ni, hujah lawan hujah la. Nampak susah sangat tu pasai apa, macam betoi pun apa yang Anwar dakwa. Memang pembangkang kerjanya membangkang. Pembangkang yang baik akan cari bukti sebelum membangkang dan kerajaan yang baik pulak perlu ada asas yang kuat menghalalkan tindakan mereka. Itu lumrah la.

Ini tidak, Pak Long punya dok tunggu wakil kerajaan kot kot ada yang berani tampil berhujah sekali ngan bukti menafikan Umno itu Apco dan Apco itu Umno. Yang depa tau, buat kenyataan karut macam si Rais buat di Hulu Selangor.

Woi Rais, hang ingat orang kampung macam dulu ka boleh dok cucuk hidung suruh angguk. Hang jangan dok hina orang kampung kata depa tak peduli bila ada orang Melayu dalam negara yang bercengkerama dengan Yahudi. Hangpa kena ingat, Umno akan berkubur bila tiba masanya Melayu menganggap Yahudi umpama babi.

Wassalam...

Rosmah arahkan Najib jangan berdebat

0 org komen
Permit dah dapat untuk adakan debat antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Tapi Rosmah dah arahkan Najib jangan dok gatai cari penyakit hadiri debat tersebut.

Nak tunjuk berani pun takat pi jumpak ngan rakyat yang tak berani kata apa kat hang sudah. Depa tak berani buat dalih macam macam.

Sendiri masuk perangkap sendiri

0 org komen
Tindakan Barisan Nasional (BN) memainkan isu arak sepanjang kempen pilihan raya hanya akan menjerat diri sendiri, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, beliau percaya lebih daripada sebahagian pemimpin parti itu juga terbabit dalam perbuatan sama, bagaimanapun menafikannya.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Lim Kit Siang mengatakan isu arak akan memakan diri UMNO sendiri.

“Setakat ini sahaja, beberapa pemimpin kanan UMNO menafikan mereka minum arak, saya percaya sehingga hari pengundi 25 April (Ahad) nanti, lebih ramai akan menafikan perkara sama,” katanya dalam ucapan Ceramah Perdana di Padang Awam dekat sini, semalam.

Menurutnya, beliau bersedia berdepan dengan pemimpin UMNO dan BN mengenai isu ini dan mendedahkan senarai pemimpin mereka yang terlibat.

“Jika kami dapat buktikan mereka terlibat, saya mendesak mereka melepaskan jawatannya dengan segera sekiranya pemimpin UMNO masih menggunakan sejarah masa lalu kononnya Zaid bersikap buruk kerana kaki arak, kalau kaki arak ini dan arak menjadi ukuran,” katanya.

Hussam berkata, Zaid jauh lebih berani berhadapan dengan serangan yang dilakukan, dan membuat pengakuannya yang kini bersih daripada amalan negatif itu.

“Bagaimana pula dengan sesetengah pemimpin UMNO sedangkan mereka ini masih 'minum' sampai hari ini.

“Ini tidak bagi Zaid, beberapa bulan lepas beliau ke Makkah bersama isterinya bagi mengerjakan umrah, baru tiga bulan lepas kalau tidak silap saya.

“Sudah tentu sebelum mengerjakan umrah, saya yakin beliau sudah bertaubat atas semua kesilapan masa lalunya,” katanya. -SH

Nak tak nak... nak tak nak...

0 org komen
azmin ali in penanti ceramah
Tak baik betoi budak Azmin ni. Ada ka dia berani pi cabar aku macam tu. Jangan dok gejut aku teruk sangat, bagi la "chan" aku nak ranggi sebagai Piem Umno dalam aman dan sombong sikit. Tak syok la camtu, dekat dua jam hang tau telur aku hilang ni. Apa aku nak jawab kat bini aku nanti?

Hangpa mau aku bersumpah dalam masjid lagi ka? Aku bersumpah yang aku tak takut punya. Bab debat debat ni bukannya aku tak berani, cuma aku kesian kat Anwar tu. Dia dah banyak isu yang dia nak jawab, aku tau Polis dah bagi permit, tapi betoi sungguh, aku kesian kat Anwar saja.

Woii Azmin, hang lawan dengan aku, jangan dok babitkan bini aku ok!!! Jangan dok serang bini aku, dia bukan boleh tension tension sangat, nanti hilang seri. Dia boleh mengamuk bila time dia hilang seri. Kang... hang jadi macam RPK dan PI Bala tu kang haaa.. .sapa yang susah. Polis jugak yang susah nak kena main tutup tutup kes.

Mah... Mah... Mah nak aiskrim Magnolia dak....

Tolong la percaya, ini bukan rasuah

0 org komen
Aku amat berharap pada semua rakyat Malaysia, tolong lah percaya ini bukan satu lagi rasuah pilihanraya dari Najib. Yang dikatakan rasuah dan salah disisi undang undang ialah bilamana SPR dan SPRM bertindak. Sekian.

Peneroka Felda Sungai Buaya terima RM50,000

HULU SELANGOR - Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka menerima wang pendahuluan RM50,000 bagi pampasan tanah daripada kerajaan Persekutuan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran pendahuluan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak.

Najib berkata, bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf.

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas-bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan jalan susur keluar masuk Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini. - Bernama

Sapa buat kerja bodoh ni

1 org komen
HULU SELANGOR, 23 April — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat adalah satu perkara memalukan politik di Malaysia.

“Umno tidak ada modal. Calon ini calon parti.

“Kalau Umno ada modal serang partilah, mengapa mesti nak serang calon?

“Jangan serang tubuh badan calon , ini kerja bodoh, kerja budak-budak,” katanya.

Nik Aziz berkata, Jika parti A lawan parti B, maka Umno perlu lawan dengan parti yang bertanding dan bukannya menyerang peribadi lawan.

“Kalau dia boleh bertumbuk, lari atau debik (pukul) semata-mata untuk lepas geram itu tanda dia tak boleh lawan.

“Dia hanya nak buat hujah dan asyik serang peribadi lawan,” katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Barisan Nasional (BN) yang menyerang peribadi Zaid serta melabelkannya sebagai kaki botol ‘tegar’ dan memiliki kuda untuk berjudi.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di masjid kerana urusan politik juga disebut dalam al-Quran.

“Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan Menteri Kewangan serta Menteri Sosial.

“Jadi mengapa tidak boleh?

“Ini kerana ia kerja saki-baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.

“Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, “ katanya.mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.

Hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.

Hulu Selangor: Memang BN patut menang

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long dok tengok dari cara dan gaya kempen yang BN dok buat la ni di Hulu Selangor, memang patut patutnya BN dah menang. Memang leceh dan tak tau la apa sialnya kalau BN kalah jugak dalam PRK ni.

Bayangkan la, dengan kerahan tenaga yang depa lakukan dari tukang pacak bendera sampai la JKR yang turap jalan waktu hujan, dari tukang bancuh kopi dalam khemah sampai la ke pemimpin kitar semula, sampai sunyi bahagian lain dalam Malaysia depa "yong" habih pi Hulu Selangor. Duit ringgit ni tok sah cakap la, berpuloh juta depa dah tabur, kalau tidak mana semua tu nak berjalan termasuk lah pemimpin pemimpin kitar semula tuh.

Kenyataan Pak Long diatas disokong oleh bancian dan congakan yang kini kian menyebelahi BN. Jadi Pak Long nak ucapkan syabas dan tahniah lebih awal pada BN kerana berjaya mengelabui rakyat dengan menggunakan kekuatan kewangan dan tentunya nasihat dari Apco melalui projek projek mee segera.

Wassalam...

Friday, April 23

Amaran buat Telekom Malaysia, jangan sabotaj

1 org komen
Melihat berita dari akhbar online disini, aku mula rasa aneh. Bukannya apa, takut ada persefahaman antara Telekom Malaysia dengan arahan Najib.

Berita yang bertajuk, Gangguan khidmat internet dijangka esok menjelaskan Telekom Malaysia Berhad (TM) memaklumkan gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4).

Kalau betoi tak pa la, takut ada udang disebalik batu dan petualang disebalik baju.

Time ni la TM nak kesan masalah kabel pun... hadoiiih...

Tajuk akhbar nyamuk berniat jahat

0 org komen
Hangpa tengok tajuk dalam akhbar nyamuk ni.

Apa lagi nak kata kalau bukan berniat jahat. Dah tau orang tengah panaih berkempen di Hulu Selangor Pakatan ditentang BN, depa senang senang pakai tajuk yang ber"double meaning" yang memaksa orang berpersepsi buruk tanpa membaca lanjut. Tak dak tajuk lain dah ka... memang panaih hati aku.

Pi main jauh jauh, kami dah bayar dah

1 org komen
NONE
Dua bekas exco kerjaaan Pakatan Perak dah dibebaskan dari 16 tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. Mereka dibebaskan bersama tiga lagi individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta. Lawak betoi kes ni. Dah sah, lompatan katak Perak berdua ni memang berbaloi dan berbayar.

Hangpa tau lepaih ni Najib akan kata apa?

Budak budak, pi main jauh jauh yer... kami dah bayar dah...

Mahathir dok kutuk sapa bila sebut katak

0 org komen

Memang mengejut tapi tak terkejut pun. Hangpa terkejut ka bila Mahathir turun berkempen di Hulu Selangor. Bab pembohong memang dia yang juara dulu ni, jadi nak terkejut apa orang jenih ni.

Tapi yang syok tu, dia kutuk katak. Bila dia kutuk katak Zaid, secara tak langsung dia kutuk Berahim Ali sama. Sama jugak la dia kutuk Ezam, Zahrain dan katak katak yang lain. Ish... ish... sadis betoi tengok katak katak dikutuk Mahathir.


Aku nak nasihatkan pada pejuang Melayu Pekasa yang terakhir tu iaitu Pak Berahim, jangan tarik muka dengan Mahathir tu, dia melawak saja. Tapi kalau marah sangat sangat, saman saja Mahathir tu.... kalau berani la...

PrK Hulu Selangor

0 org komen
PrK Hulu Selangor — Khalid Samad

23 APRIL — Pilihan raya kecil (PrK) ini akan menuntut tumpuan kita semua buat seketika. PrK ini amat penting bagi PR dan juga BN. Ianya sebagai kayu pengukur sokongan rakyat terhadap PR dan pada masa yang sama, peluang BN untuk kembali berkuasa pada PRU ke 13 yang akan datang. Oleh yang demikian, tidak hairan sekiranya kedua-dua pihak kelihatan mengerahkan kekuatan maksima mereka untuk mencapai kemenangan. Termasuk sebagai sebahagian kekuatan yang ada pada BN adalah kemampuan mereka untuk memunculkan katak-katak pada musim PrK, iaitu musim ‘Katak Melompat’. Pada masa yang sama, segala kekuatan media yang ada pada mereka dikerahkan untuk memburuk-burukkan PR, khususnnya Dato’ Zaid Ibrahim sebagai calon PR dalam PrK Hulu Selangor ini.

Keghairahan BN untuk memburukkan Dato’ Zaid Ibrahim begitu ketara sehingga mereka lupa bahawa segala ‘keburukan’ yang ditonjolkan berlaku pada zaman beliau di dalam Umno! Namun pada ketika itu, keburukan yang disebut-sebutkan tidak menghalang beliau daripada dipilih dan dilantik oleh Umno sebagai Menteri dan pimpinan!

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Dato’ Zaid Ibrahim telahpun mengakui keterlanjuran zaman silam beliau, zaman Umno beliau dan menyatakan keinginan beliau untuk berubah dan membawa perubahan ke arah kebaikan untuk dirinya dan negara. PAS, PKR dan PR menerima kenyataan beliau dengan baik. Beliau berterus-terang dan sambil menyatakan kesilapan diri beliau, menyindir pihak BN supaya jangan bersikap ‘hipokrit’. Kita masih ingat lagi kenyataan YB Machang di dalam Dewan Rakyat berhubung kebiasaan Pemuda Umno dengan budaya arak dan judinya sehingga diceritakan kisah pimpinan Pemuda Umno yang tertidur di mesin judi Casino Las Vegas. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan sindiran Dato’ Zaid berhubung sifat ‘hipokrit’ Umno.

Kebolehan Dato’ Zaid dan integriti beliau jelas untuk semua melihat. Beliau seorang yang jelas berkemampuan, bijak, berilmu, berpengalaman dan berprinsip. Tidak ramai, kalau ada sekalipun, pemimpin Umno yang sanggup meletakkan jawatan atas dasar prinsip. Pemimpin Umno terkenal dengan kesungguhan untuk mendapat jawatan dan kedudukan, dengan politik wangnya, dengan penggunaan bomohnya (seperti kes Mona Fendi) dan sebagainya. Maka kesanggupan Dato’ Zaid meletak jawatan adalah bukti beliau memang bukan jenis yang sesuai berada di dalam Umno. Bagi saya, pilihan di antara Kamalanathan dan Dato’ Zaid, adalah satu pilihan yang jelas dan mudah.

Pada hari ini saya tidak berhajat untuk menyatakan kemungkinan kemenangan PR di PrK Hulu Selangor. Tetapi, saya hanya ingin menyatakan bagaimana PR terpaksa berhadapan dengan begitu banyak PrK semenjak Mac 2008. Ini merupakan PrK yang ke-10 kalau tidak silap saya dan yang akan berlaku di Sibu adalah yang ke-11. Bagi saya, ini merupakan perancangan Illahi. Kesan ataupun hasil dari PrK yang sebanyak ini, maka banyak jugalah katak-katak yang timbul. Melompat ke seberang kerana kita semua tahu bahawa PrK adalah ‘musim katak melompat’. Disebabkan hujan wang ringgit, bukan hujan air. Ini proses pembersihan yang terpaksa PR lalui dan pada akhirnya akan menghasilkan sebuah pakatan yang bersih dari sebarang spesis katak yang berpenyakit.

Kedua, hasil dari PrK yang berturut-turut ini, maka kerjasama di antara parti-parti komponen PR menjadi semakin lancar dan mantap. Yang harus diingatkan setiap kali diadakan PrK, siapa kawan dan siapa lawan. Parti-parti komponen PR juga turut diingatkan akan keburukan perwatakan Umno/BN yang sering menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk menentukan kemenangan berpihak kepada BN. Pada masa yang sama, kekuatan dan kelemahan masing-masing akan terserlah, yang bukan untuk diambil kesempatan oleh mana-mana pihak, tetapi supaya dapat saling bantu membantu dan saling tampung menampung. Di samping itu, PR juga mampu mempelajari dari kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk memperkukuhkan lagi parti masing-masing.

Keadaan yang sebegini membantu menyediakan PR untuk memainkan peranan yang lebih besar pada masa yang akan datang, iaitu apabila PR mengambil alih diperingkat pusat, insyaAllah. — khalidsamad.com

* Khalid Samad ialah Ahli Parlimen Shah Alam.

Thursday, April 22

Mayday... mayday... Mahathir

1 org komen
Minggu lepaih dia kata tak mau pi berkempen, dah hari ni kata nak pi turut sama berkempen di Hulu Selangor. Bekas Piem Mahathir Mohamad dah bercadang nak kempen untuk calon BN, P. Kamalanathan.

Mungkin Najib dah calling calling kot, medey... medey... Mahathir, hang kena mai tolong kat Hulu Selangor ni, dah teruk sangat ni... Tok Guru pun nak mai sama...

Sokong Palestin, pakat ngan Yahudi

0 org komen
HULU SELANGOR 21 APR: Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub tidak teragak-agak melabel Umno sebagai parti yang tiada pendirian tetap dalam soal berkaitan agama.

Naib Presiden PKR itu berkata, pegangan umno dalam sesuatu isu sentiasa berubah-rubah mengikut kepentingan parti pemerintah berkenaan tapi bijak menyorokkan watak sebenar mereka.

Bercakap pada satu sidang media, Mustafa Kamil berkata, pengundi Melayu Islam harus peka dan sensitif dengan dolak dalik pimpinan Umno yang sebelah tangan menjulang kesucian agama, sedangkan sebelah tangan lagi, membenam Islam.

Namun, helah mereka tidak berpanjangan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, membongkar wajah sebenar pimpinan Umno, malah turut mengemukakan pelbagai dokumen sebagai bukti.

"Orang Melayu kena sensitif dengan talam dua muka yang ditunjukkan kepimpinan Umno. Sementara rejim Umno mengatakan mereka menyokong perjuangan Palestin tapi dalam masa yang sama mereka berpakat dengan APCO Worldwide yang berkait rapat dengan Zionis-Israel," katanya. Rakyat Marhaen
Related Posts with Thumbnails