Monday, May 17

Boleh kurus laki Rosmah

1 org komen

Sebelum keputusan PRK parlimen Sibu pun BN dah memang jenis yang buruk kepala. Apatah lagi selepas kalahnya BN dengan 398 undi pada DAP kelmarin. Lagi lagi lah petanda buruk akan menimpa.

Bayangkan, PRK dalam negeri Sarawak telah dimenangi oleh pembangkang, benda ajaib yang tak pernah terfikir sebelum ni yang akan terjadi secepat ini. BN telah terbukti kehilangan cukup banyak sokongan pengundi pada PRK kali ini. Kemenangan DAP kali ini bagai telah meletakkan kerajaan negeri Sarawak bagi dihujung tanduk. Begitu teruk sekali impak yang BN rasa sekarang ini. Sabah dan Sarawak adalah talian hayat BN pada setiap PRU dinegara ini, apakah ini menandakan zaman itu hanya tinggal kenangan?

Aku rasa taktik BN kini yang memakan diri. Masyarakat Sibu kebanyakannya cari makan cara sendiri dengan berniaga. Depa tak heran dengan ugutan kerjaaan malah sikap menyogok dalam bentuk sumbangan yang mendadak jugak dilihat dengan begitu jijik sekali. Ini bukan saja penolakan terhadap pemerintahan Taib di Sarawak. Ini jugak bukan saja penolakan terhadap SUPP itu sendiri. Malah ini mesej jelas penolakan terhadap kebiadapan BN menyogok dan cubaan membodohkan rakyat. BN mesti dilenyapkan.

Inilah pengajaran penting buat semua rakyat Malaysia. Inilah bentuk mesej jelas dari Sibu bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Inilah jugak yang membuatkan laki Rosmah boleh kurus kerana tidoq tak lena....

Tipis pun kalah jugak, kah... kah... kah...

1 org komen
Banyak la hangpa punya kelentong. Jangan dok cerita banyak la, tipis pun kalah jugak... kah... kah... kah... (pinjam bro TT punya gelak)

Melayu jenis bangang

0 org komen
Dangkalnya bila MP BN Melayu pertahan lesan judi

Oleh Drs Khalil Idham Lim
Saya sangat terkejut dan sangat merasa hairan apabila sorang Ahli parlimen Melayu yang beragama Islam dari Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini seperti yang disiarkan dalam edisi malaysiakini.

Rahman mempertahankan tidakan terbaru kementerian kewangan dengan katanya bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

Satu kenyataan yang saya lihat untuk mempertahankan bosnya, Najib walaupun ternyata Rahman menampakkan kebodohannya bila dia cuba menggadaikan prinsip Islam dengan alasan yang cukup dangkal.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru. Itulah antara kenyataan Rahman sebagaimana yang disiarkan.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka. Demikian lah antara kenyataan Rahman yang tidak lain untuk menghalalkan judi yang jelas banyak membawa masalah.

Tidakkah dia sedar bahawa tindakan kerajaan yang memberikan lesen judi untuk perjudian bolasepak menggambarkan betapa BN hanya mementingkan hal-hal yang berkaitan dengan pemberian lesen tanpa menrenung ke bawah bahawa orang Melayu dan rakyat malaysia yang terlibat dengan berbagai jenis judi di malaysia sedang membawa masalah sampingan yang lain kepada masyarakat dan negara.

Rahman kena sedar bahawa judi adalah satu masalah kepada masyarakat dan negara bila dia mengundang kepada kes-kes kecurian, rompak, samun, dan berbagai masalah sosial lain. Malah banyak yang bunuh diri kena kalah judi.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.

PKR makin kalerful

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Dulu dulu time Pak Long belajaq kenyit mata ngan Mak Long hang, tak banyak sangat warna yang Pak Long nampak macam la ni. Dulu tibi pun hitam putih, kena bayaq seposen lagi kalau nak tengok di rumah Wa Mat. Rumah Cik Ya kena duaposen pasai anak dara dia segak.

Zaman Pak Long berhitam putih dulu ni pun meriah, walaupun tak semeriah PKR la ni. Pak Long nampak PKR la ni cukup meriah malah lebih meriah kehadapan dari kengkawan yang lain dalam Pakatan. (Dengan izin tuan speker) Penuh kalerful kata orang sekarang.

Lagi kuat Anwar kena hentam, lagi kalerful Pak Long tengok warna warna dibawah ni. Keluar parti depa dah dok depan depan, kawan lain tak dak chan nak potong. Bab ugut ugut pun, PKR banyak maju sampai nampak macam tak mau simpan kat orang lain dah. Bab mulut jelabaih (celupar) depa lagi kedepan, sampai sama kawan dalam Pakatan pun depa main saman saman. Bab kena pecat, depa awai awai tempah tempat pertama.

Sebagai orang tua tua, Pak Long nak bagitau la kadang kadang terlalu kalerful pun kita boleh pening. Ada orang yang kalerful pun tak pa, baguih jugak ada depa tapi kena pandai jaga. Tak boleh dok biaq kat depa nak buat apa ikut suka mak bapak depa.

Wassalam...

Ambik kau

1 org komen
Nik Aziz kata wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai individu yang ‘tidak akil baligh’ ataupun tidak matang dalam berpolitik.

Ambik kau katak katak sekelian. Memang la yang ni bukan fatwa tapi yang ni adalah kenyataan. Hangpa kena terima kenyataan bahawa perjuangan hangpa katak katak semua mendokong keadilan sejagat tak mantap langsung dan tiada istiqomah dalam perjuangan. Baru kena sikit ujian dah goyah terlucut kopiah dan serban. Baru tengok duit sikit dah ketar lutut, meleleh air liur. Itu yang dinamakan tak matang atau belum akil baligh.

Kalau dah takut bermain ombak, dok buat rumah tepi pantai buat hapa. Kalau dah tak tahan godaan perjuangan, dok join parti yang perjuangkan keadilan Islam ni buat apa.

PKR: Parti Kian Runtuh

0 org komen
Pandai TPM buat lawak. Muhyiddin Yassin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah semakin hilang sokongan apabila semakin ramai pemimpin dan penyokong parti itu dilihat mula meninggalkan parti berkenaan.

Dia cuba sorokkan pasai apa PKR bertukar dari Parti Keadilan Rakyat kepada Parti Kian Runtuh. Samaada dia memang jenis dungu yang memang tak tau atau dia tau tapi buat buat tak tau adanya usaha berterusan secara kotor dari Umno sendiri untuk runtuhkan PKR. Memang kerja Umno untuk runtuhkan parti PKR, tapi cara yang paling jijik ala ala Yahudi yang digunakan. Ini yang tak dapat diterima oleh orang ramai. Depa tak berani berdepan secara anak jantan punya.

Cuba tengok geng 488 di Perak, sapa yang tak kata ini kerja buat Umno bila depa tau kisah sebenar dibelakang tabir apatah lagi ia rapat bersangkut paut dengan si Fauzi Muda. Peranacangan rapi perlu, Anwar kita gasak dulu, orang bawah akan lari berkecamuk. Tapi elok la jugak, pendokong parti yang tak tahan daulat dengan kerja saraf Umno ni boleh berambus anytime.

Buat Muhyiddin, hang nak kata apa pun kat PKR, kata lah. Ini mungkin masa hang boleh mengata. Kami rakyat bawahan lebih tahu, akar pokok mana yang kian mereput terendam air.

Sunday, May 16

Wayang SPR gagal: Pakatan menang melalui DAP

0 org komen
Dah sah dan saheh. DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

DAP: 18,845 undi
BN: 18,447 undi
Perkasa: 232

Majoriti: 398 undi

Nampaknya wayang mainan SPR gagal, dan ia digagalkan oleh kesuntukan masa. Depa tau depa bakal disumpah seranahkan oleh negara jika wayang depa menjadi.

Jom tengok wayang SPR

1 org komen
Kalau ikut berita berita terkini, DAP selesa mendahului BN dalam PRK Sibu.

Tapi sehingga kini jam 9.55 malam, masih tak ketahuan hala berita sapa yang menang. Janji SPR pukul 9.00 malam dah boleh tau keputusan hanya tinggal janji. Apa yang SPR cuba lakukan? Adakah ingin berteka teki dan enggan mengumumkan keputusan PRK Sibu.

Sebelum ini SPR umumkan bahawa peratusan pengundi adalah 59.86 %, tetapi tiba-tiba Pengerusi SPR Aziz Yusof bagitau pada Malaysiakini peratusan tersebut tiba tiba naik melebihi 60 % pula.

Apa semua ini.? Apakah SPR mahu bermain wayang.

Sah DAP menang?

0 org komen
Terkini DAP terus mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Bagai dijangka semua TV akan siarkan keputusan PRK ni esok pagi. Berita terkini pun akan siarkan berita bangla jatuh basikal dan Bangkok bukan syurga pelancong lagi. Berita berita yang semua orang dah tau akan diulang siar dan berita yang orang dok tunggu tunggu langsung tak siarkan... kah... kah...

Esok semua akhbar akan cerita pasal benda lain. Sibu langsung tak sentuh. PKR Perak bakal terbubar, Bangkok bagai kawasan perang.

Pengundi Sibu? Tunggu dan lihat, berjuta juta janji tinggal janji. Banjir akan jadi lagi tinggi dan lebih kerap.

DAP hampiri kemenangan

0 org komen
Dengan pengiraan undi kian tamat, DAP telah kian jauh mendahului dengan 3,944 undi menentang BN dalam PRK Sibu Sarawak.

Apakah kejutan bakal terjadi?

Tak rasminya DAP terima 18,211 undi manakala BN mendapat 14,267, dengan 103 dari 110 peti undi yang dikira.

Sibu, SPR tak puas hati, DAP dahului

0 org komen
Di Sibu, SPR tak puas hati pasai yang keluar mengundi tak tinggi. Tak tau la SPR ni ikhlas tak puas hati atau sedih pasai banyak hantu yang tak menjadi. Seramai 59.86 peratus atau 32,742 pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini. Ia termasuklah 2,537 pengundi pos.

Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP mendahului selepas lebih separuh daripada saluran selesai dikira setakat 7.30 petang tadi. Daripada 94 saluran, DAP memperoleh 16,178 undi manakala BN menguasai 13,156 undi.

Dengan ini DAP mendahului 3,022 undi.

Berbulu mata Najib

1 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Ya, macam yang Mak Long hang kata la, BN memang diramalkan menang di PRK Sibu. Tapi Pakatan telah berjaya sekurang kurangnya menyatukan tiga pemimpin utama dari DAP dan PAS dalam satu kempen pilihanraya kecil yang tak terpikir oleh kepala kita sebelum ini. Kesepakatan dan kesatuan sebegini lah kekuatan dan kejayaan yang sebenaq bagi Pak Long.

Pak Long cuma harapkan senyum yang dipamerkan mereka itu ikhlas membantu calon. Pak Long jugak harapkan kesatuan sebegini akan kekal sebagai persediaan andainya sesuatu yang tidak di ingini terjadi terhadap Anwar.

Wassalam...

Sah la Najib yang suap

0 org komen
PKR cabang Ipoh Barat dibubarkan.

Aku percaya memang betoi berita ni. Inilah berita betoi yang pertama yang aku fikirkan hari ni. PKR cabagn Ipoh Barat dibubarkan. Dulu aku mati mati tak percaya Najib ada banyak duit nak suapkan orang PKR supaya belot pada Anwar. Walaupun banyak berita yang aku dengar termasuklah beberapa kenyataan bersumpah sebelum ini.

Sapa ketuanya? Ketua geng 488 ni adalah Fauzi Muda, yang dulu ni buat kenaytaan bersumpah kata Najib cuba meliwat dia dengan RM50 juta. Tapi kali ni lain cerita, dia tak bagitau dunia yang dia diliwat dengan RM dari Najib tapi aku percaya kenyataan bersumpah dulunya baru jadi hari ni.

Tahniah OKB...

Ketelusan cara SPR

0 org komen

Para pengundi membuat semakan daftar pemilih sebelum mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka, Sibu hari ini.

SPR: Kita menyeru pada semua para pengundi agar keluar lebih awal untuk elak kesesakan sementara cuaca baik.

Din: Berapa banyak tempat mengundi yang disediakan?

SPR: Kita sediakan 45 buah pusat mengundi dengan 110 saluran untuk seramai 52,158.

Din: Ramai risaukan tentang ketelusan pihak SPR dalam pilihanraya ni.

SPR: Pembangkang memang kerja dia macamtu, asyik nak bangkang saja apa yang kerajaan buat.

Din: SPR sebagai orang tengah perlu kendali pilihanraya secara adil. Sebagai pengadil SPR tak boleh labelkan sesiapa sebagai kerajaan dan sapa jugak yang menentang kerajaan sebagai pembangkang.

SPR: Dah memang depa tu pembangkang takkan saya nak kata kerajaan kot?

Din: SPR perlu sebut nama parti yang bertanding tanpa perlu label pembangkang atau kerajaan demi ketelusan.

SPR: Apa kita la ni tak cukup telus lagi ka? Kita adalah pengendali pilihanraya yang pertama didunia yang guna "transparent ballot box". Itulah ketelusan, tempat lain semua kotak hitam saja. Kita putih jernih, telus.

Temubual eksklusif dengan Mohd Saiful

0 org komen
An Exclusive Interview with Mohd Saiful Bukhari

By Dreamweaver

As the sodomy trial of Anwar Ibrahim grip the nation, XYZ Network managed to secure an interview with his accuser, Mohd Saiful Bukhari who was anxious to dispel public doubts and reservations about his case. The interview was held in a posh condominium in an exclusive part of Kuala Lumpur. Also present was his Uncle Pet, an effeminate looking man with long hair tied into a pony tail. The spacious condominium with a spectacular view of the city looked luxurious with polished granite flooring, Persian rugs, dazzling crystal chandeliers and expensive rococo style furniture with gold trimmings.

XYZ: Thank you for agreeing to be interviewed. My, what a beautiful apartment. Is it yours?

Saiful: No, no. It belongs to a friend. I’m just borrowing it.

XYZ: (looking at the personal photos on the wall). I could almost mistake it as yours. Anyway, let’s get down to business. By the way, we will be recording this interview on video. Is that alright with you?

Saiful: No problem, I want everybody to see how genuine I am. Just make sure you broadcast it widely and distribute it to RTM, TV3, Astro and upload to Youtube.

XYZ: Was that incident on 26 June 2008 the first time that Datuk Seri Anwar sodomized you?

Saiful: No! As I’ve said before, I’m been sodomized 8-9 times before. Poked here…poked there until I got fed up. There’s only so much sodomy a man can stand you know?

XYZ: Are you gay?

Saiful: (sounding offended) Of course not! I have a fiancĂ©e you know? We’re going to get married and start a family when this case blows over.

XYZ: Then why did you allow DSAI to sodomize you so many times? This must be very disgusting for you. Why didn’t you give him a punch and make a police report the first time? You’re bigger and stronger than him.

Saiful: Well, he’s a very powerful person. He’s the opposition leader. I was scared of him and worried about losing my job.

XYZ: Your RM1000 a month job? What can an opposition leader do to you?

Saiful: (rolling hi eyes) Well, ummm…ummm…he can get me arrested and beaten up? Maybe he can get Special Branch to come after me? Maybe even have me locked up under the ISA?

XYZ: Come on now, Saiful. An opposition leader doesn’t have that power?

Saiful looked at Uncle Pet for help. Uncle Pet leaned over and whispered in his ear.

Saiful: Of course you know, I was foolish and Anwar was my idol. I would do anything for him. When your idol asked you to bend over you would, right?

XYZ: So are you saying it was consensual?

Saiful: No! No! It was against my will. I swear it!

XYZ: You’ve already done so in a mosque. But your college mates say you hated Anwar’s guts.

Saiful: Oh no, I loved Anwar’s guts. I was a super-secret admirer.

XYZ: Normally a secret admirer doesn’t express the opposite but let’s leave that aside for the moment. Tell us what REALLY made you decide to go to the police after the last sodomy

Saiful: Well, my Uncle Pet here gave me the strength and the inspiration. He said, “Saiful, look at you. You’re earning a miserable RM1000 a month. Imagine what you can have if you… (ouch!)”

Uncle Pet was seen giving Saiful a swift kick on the shin.

Saiful: What I mean to say is that I can’t stand being poked any more. The pain, the humiliation, the disgust. I feel so…violated!

XYZ: And so you decided to turn DSAI in. But what is this about you meeting Datuk Seri Najib the Deputy PM at that time before you made your report?

Saiful: (sounding exasperated) This has already been explained many times. I was there to seek a scholarship and get his advice on my future career.

XYZ: You mean you could just drop in to see the Deputy PM at his house to ask for a scholarship and get career guidance advice? How many people can do that?

Saiful: Anybody. Pak Najib is a very nice man. He is always ready to help. Anybody can knock on his door. Just try it if you don’t believe me.

XYZ: In fact we’ve been trying to get an interview with Datuk Seri Najib for the past 6 months. But why do you need a scholarship when you’ve already dropped of college?

Saiful: Well, I was thinking of going back to study but I didn’t complete my course so I know it will be hard to qualify for a scholarship. Then I thought “Hey, I’ll drop in and see Pak Najib. He’s the DPM, maybe he can help”.

XYZ: It was also reported that you met a senior police officer, Senior Assistant Commissioner Rodwan at room 619 of the Concorde Hotel Shah Alam before you made a report.

Saiful: I was just seeking his advice on police procedure before I made my police report. I have to know what was going to happen.

XYZ: But why meet in a hotel room? Why not in a police station?

Saiful: Are you crazy? This is Malaysia. A witness can go into the MACC office and go out from the window. Some go into a police station and come out in a body bag.

XYZ: To be precise, you met SAC Rodwan on 25th June, a day before the alleged sodomy which was on the 26th June.

Saiful: So what? I know I was going to be sodomized again. I was just getting ready.

XYZ: So why didn’t you set a trap for Anwar with video recording and police bursting into the room to catch him red handed? I’m surprised a police officer didn’t advice you to set a trap.

Saiful: Yeah, but I didn’t want to waste public money. Pak Najib said the country should save money.

XYZ: OK, let’s talk about the day you made the police report on the 28th of June. Why did it take you 2 days after the alleged act to make a report? Haven’t you already decided to report Anwar after meeting SAC Rodwan?

Saiful: Well, I was embarrassed and humiliated about going public. I was also traumatized by it so I thought it over for a couple of days.

XYZ: But you were smiling and waving to the press after your police report.

Saiful: That was just for the TV cameras. I wanted to look handsome.

XYZ: You also went to work the next day and attended a PKR function at Anwar’s house in the evening where Anwar was also present.

Saiful: I had to keep myself busy to take my mind off the traumatic incident.

XYZ: Why did you send a friendly e-mail to Anwar to resign after he had allegedly sodomized you leaving you embarrassed, humiliated and traumatized?

Saiful: He was still my employer. I don’t want to burn my bridges. Maybe I may need a reference from him in future.

XYZ: Why did you seek a medical examination at Pusrawi Hospital instead of going straight to the police?

Saiful: I thought I should get a medical report that my ass was violated to bolster my case.

XYZ: But the doctor reported that he found no signs of penetration.

Saiful: That stupid foreign doctor! He doesn’t know how things work in Malaysia. When you look into a hole you have to close one eye right? He should have closed one eye when he checked my hole.

XYZ: So you went to a government hospital, HKL to make a police report and the police sent you for a medical examination by three specialists. It was widely reported that the report also came out negative.

Saiful: Aahhh…that is for me to know and for you to wonder. That medical report is still secret. Anwar’s lawyers tried to get it but the court refused. Heh! Heh!

XYZ: Why not just release the report if it will support your case?

Saiful: I’ll leave it to my lawyers.

XYZ: The prosecution claimed to have a DNA sample extracted from your rectum which implicates Anwar. How was that possible after 2 days?

Saiful: It’s possible because I didn’t shit for 2 days.

XYX: How did you manage to do it?

Saiful: It was tough but I had to do it. I ate as little as possible and didn’t allow myself to shit no matter what.

XYZ: Wouldn’t it be easier to just go to the police immediately?

Saiful: Yes, but I never take the easy way out.

At this moment, Uncle Pet interjected, “Look, different people have different amount of shit. Some need to shit everyday, some every 2 days and some every 3 days. Understand?” This was intoned slowly like a profound revelation.

XYZ: Understood. You’re full of…. Never mind. At the trial a tube of KY jelly was submitted as evidence. Didn’t you wash the KY jelly from your…err…asshole?

Saiful: I can’t wash away crucial evidence.

XYZ: So you didn’t shit and you didn’t wash your butt just to preserve the crucial evidence to nail Anwar. What an effort it must have been compared to just going to the police.

Saiful: Yes, I deserve a medal for my effort. I deserve to be made a hero like that space tourist guy. Next question please.

XYZ: Look, we would very much like to help you prove your case. Will you submit yourself to an independent medical panel arranged by us to check for anal penetration?

Saiful: What!? How dare you. My asshole is my private affair. I don’t reveal it to anybody calling himself a doctor. Get out! Get out of my house or I’ll say you sodomized me.

Sensing that the interview was over the team quickly packed their gear and made a quick exit with Saiful and his Uncle Pet hurling abuses at them.

Saturday, May 15

Siapa jugak asalkan bukan BN

2 org komen
Aku pun nak tumpang sekaki buat buat sibuk nak seru lebih 54,000 pengundi di Sibu supaya undi calon DAP yang mewakili Pakatan.

Kita undi DAP bukan pasai depa tu DAP tapi kita undi DAP sebab depa tu semua dalam kesepakatan Pakatan Rakyat yang bersama sama mendokonng perjuangan kesejahteraan Islam untuk semua bersama sama PAS dan PKR.

Kita tolak BN bukan pasai nama depa tu BN tapi kita tolak BN pasai depa lah yang telah membodohkan rakyat sendiri setelah lebih dari 50 tahun diberi peluang memerintah. Hak rakyat telah diliwat semahu mereka tapi menuduh Anwar pulak sebagai peliwat... bangang punya BN.

Fatwa wajib patuh

0 org komen
Sapa yang tak kenal Inul Daratista dengan tarian gelek gerudi? Tapi hangpa nak kata apa pun kata la, memang aku tak pernah kenai pun ustazah gelek gerudi ni.

Tapi menariknya, Inul timbul dengan fatwa baru wajib patuh sempena Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya. Fatwanya jugak timbul dikala rakyat Malaysia heboh dengan jom heboh judi bola yang baru dilesenkan kerajaan.

Gelek gerudi saya bukan satu jenayah (jika nak dibandingkan dengan judi) - Inul Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

Elak penipuan dengan menipu

1 org komen

Aku tertarik dengan ulasan selari dari MP Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan yang tengah berselingsing lengan dok pertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Pakai mati berdiri la kalau nak harap aku boleh paham alasan ber"resolusi" tinggi yang diberikan oleh si Rahman ni.

Beberapa perkara pokok yang diutarakan Rahman:

Pertama: Elakkan penipuan judi bolasepak ni dengan menipu rakyat, bahawa lesen judi bola hanya untuk nak pantau.

Kedua: Bagi lesen kat satu kroni, depa boleh pantau selain duit dapat untuk rakyat menlantak duit haram tersebut.

Ketiga: Kita perlu praktikal dengan halalkan judi bolasepak walaupun kelompok Cina dalam Pakatan telah berjaya ditenangkan dari terlalu takut nak hapuskan judi.

Tapi yang paling best sekali berkenaan kenyataan ini:


Betoi ka kerajaan kerajaan negeri bertanggungjawab dan begitu berkuasa sekali sehingga boleh menutup premis perjudian seperti yang didakwa? Lim Guan Eng tentu boleh bagi jawapan yang cepat dan tepat ni...

Ada ka sesapa yang terkejut?

0 org komen
Rasa rasa aku tak dak sapa yang terkejut beruk dengan pemergian Wee Choo Keong dari PKR sebagaimana jugak orang ramai tak peduli langsung pemecatan Zul Kulim ari tu jugak dari PKR.

Dalam aku dok kira kira berapa kerat lagi MP Pakatan yang tinggal dalam dewan pun, dah lama aku tolak budak Wee ni ngan si Zul Kulim, tak masuk dalam akaun sebagai MP Pakatan. Bagus jugak la pasai Wee dah konfom join Pak Berahim sebagai ahli Perkasa.

Mungkin secara kebetulan saja kot, Wee ni keluar time isu pasir Selangor memuncak... heh... heh... heh...

IPT: Tempat kangkung berkubang

0 org komen
Memang sah dah la, IPT Malaysia tempat berkubangnya profesor profesor kangkung.

Mungkin dah terlampau sibuk dengan politik dalaman, IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing.  Mungkin dah lama kot sibuk berkelahi dengan para pelajar, depa terlupa ke arah memperbaiki mutu pendidikan dalaman universiti depa sendiri.

Media melaporkan bahawa Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

Tak pa kot, memang 1Malaysia yang mau macam tu. Nak buat camana...

Doa seorang bekas Piem

0 org komen
Mahathir: Tragedi 13 Mei boleh berulang

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu meminta rakyat supaya tidak melupakan tragedi 13 Mei 1969 kerana jika itu berlaku, sejarah itu boleh berulang.

"Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.

"Itu keyakinan saya," katanya pada sidang media penghantaran bantuan kemanusiaan oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa persetujuan Dr Mahathir untuk menyertai Program Melayu Bangkit anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, yang dibatalkan semalam, seolah-olah merestui kempen perkauman.

Program itu ditangguhkan ke satu tarikh lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuk aspek keselamatan.

Dr Mahathir berkata beliau tidak memandangnya dari sudut itu tetapi kesudiannya menyertai acara itu adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa sekiranya isu itu tidak dikendalikan dengan cermat, tidak mustahil sejarah berdarah itu akan berulang.

"Itu saya tak taulah (dakwaan). Saya pergi ke sana bukan untuk mengadu domba antara pelbagai bangsa tapi saya mahu ingatkan mereka bahawa jika kita tidak mempedulikan masalah bangsa ini, kita akan mengulangi kesilapan kita. Jika (tidak dibatalkan), sudah tentu, saya pergi, tapi lepas itu saya akan digelar rasis," katanya.

Dr Mahathir berkata sebagai orang yang melalui sendiri pengalaman tragedi 13 Mei itu, beliau hanya ingin berkongsi maklumat supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang lain.

"Saya lalui 13 Mei ini jadi saya tahu benar. Saya fikir saya dapat membantu menyesuaikan diri agar mereka tidak bertindak terburu-buru yang boleh menyebabkan berulangnya satu lagi 13 Mei," katanya.

Justeru itu, Dr Mahathir berharap mana-mana pihak yang mencadangkan supaya tragedi itu dilupakan, supaya kembali memperbetulkan tanggapan mereka mengenai tarikh bersejarah itu.

"Idea agar kita patut melupakan 13 Mei bukan satu idea yang baik," katanya. - Bernama

Friday, May 14

Tembok Cina masih kukuh

0 org komen
Tahniah pada team badminton Malaysia walaupun gagal ke final Piala Thomas.

Impian Malaysia untuk masuk ke perlawanan akhir berkecai berikutan kekalahan 0-3 kepada pasukan China sebentar tadi. Pasukan Malaysia kalah ketiga perlawanan pertama, membolehkan China menang 3-0.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah pada 1992 ketika kejohanan diadakan di sini.

Keputusan sebentar tadi:
Lin Dan menang melawan Lee Chong Wei 21-17, 21-8;
Cai Yun/Fu Haifeng menang melawan Koo Kean Keat/Tan Boon Heong 21-15, 21-10.
Chen Jin menang melawan Wong Choon Han 21-16, 21-7.

Berjudi takpa, bantah judi yang salah

0 org komen
Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan. Malaysiakini

Malu nak ngaku Umno

3 org komen
Sumber: Pak Long

Betoi ka orang Melayu tak main judi?

Salam semua...

Tok sah kata Pak Long, Mak Long hang pun macam tak percaya. Judi bola sepak diluluskan lesen oleh parti yang didominasi bangsa Melayu yang mengaku Islam tapi puak Cina dalam kesepakatan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR, DAP pulak yang membantah keras.

Pak Long tau la, Pak Long dok berkawan dengan Cina dah lama. Kengkawan India pun berlambak yang sampai la ni dok bertegoq sapa. Tak dak sekoq pun dari depa yang kata judi tu baguih tapi, ehem... besa la majoriti dari depa ni masih dok main judi jugak.

Jangan dok heran kat depa, walau mulut kata tak baguih tapi waktu yang sama dok main jugak. Tapi, betoi ka orang Melayu tak main judi? Tok sah cerita la bab ni, nanti ada yang malu pulak nak mengaku Melayu.

Lagipun apa bezanya dengan parti yang kononya teras bagi kaum Melayu yang zahirnya akui berjudi tu salah dan haram tapi hakikatnya galak luluskan judi atas sebab sebab kewangan. Kalau pun betoi betoi hangpa nak garu, biaq garu betoi betoi tang tempat gatai tu.

Hapuskan terus judi kalau dah nak ubati penyakit masyarakat. Jangan dok berdolak dalik tak ketahuan kepala ekoq. Anyway, tahniah lah pada kawan kawan Pak Long yang jujur buat stetmen "Malu nak ngaku Umno".

Wassalam...

Thursday, May 13

Gayat jugak ni

0 org komen
Masa depan kita dalam tangan BN!

Ustaz Zolkharnain Abidin
“Masa depan anak-anak kita berada dalam tangan BN…” Demikian lapor akhbar mengenai ‘pemasyhuran’ wanita BN di Sibu.

Maksudnya rezeki mereka, kehidupan mereka, anak-anak mereka, cucu cicit mereka pada masa hadapan ‘ditakdirkan’ oleh BN.

Adakah maksudnya juga adalah BN penulis ketetapan kehidupan manusia di Luh Mahfuz?

Saya teringatkan kempen PRU lalu di sebuah felda di kawasan Parlimen Padang Besar. Seorang mak cik dengan tegas berkata kepada juru kempen muslimat, “Biar mak cik masuk neraka pun tak pa. Mak cik tetap nak undi BN.”

Saya tidak berhasrat mempersoalkan aqidah sesiapa. Namun apabila kenyataan sebegitu terbit daripada mulut orang Islam, ‘gayat’ juga jadinya.

Nampaknya negara kita bukan sekadar berhadapan dengan kegawatan ekonomi dan kegawatan politik tetapi kegawatan aqidah juga.

Kegawatan ekonomi dan politik ditangani oleh PM. Soalannya, adakah PM itu juga turut menangani kegawatan aqidah?

Jawabnya, tidak. Mengapa saya kata tidak? Kalau ya, tentulah judi bolasepak tidak dilesenkan.

Kisah orang melatah... kah.. kah... kah...

1 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long kira bernasib baik la jugak, Mak Long hang tu jenih tak melatah. Kalau tidak, sekali melatah habih cerita dalam kain dia habaq kat orang, tu yang Pak Long risau sangat tuh. Orang melatah ni pantang bila terkejut. Asai terkejut saja habih keluaq ayat ayat melatah tanpa kontrol dah. Zaman Pak Long dulu, orang melatah ni berlambak. Tapi zaman la ni agak kurang dan tak menyerlah sangat macam dedulu tu.

Mungkin ramai bebudak la yang tak besa tengok orang melatah. Mungkin ramai yang tak tau pun apa orang melatah akan merapu bila dia dalam keadaan melatah. La ni tak susah dah, kalau sapa sapa yang mengidam nak tengok sangat orang melatah, hangpa tengok si Saiful ni. Pak Long dapat rasa dia tengah dok melatah sakan la ni.

Gambaq mangsa dirakam pada 27hb Jun 2008.

Budak Saiful ni kata Najib terkejut dengan pendedahannya. Pak Long sikit pun tak terkejut kalau Najib terkejut. Yang Pak Long terkejut sakan kalau Najib kata dia tak terkejut, ha itu yang terkejutnya. Tapi Mak Long hang pulak yang lagi terkejut, budak Saiful ni kena liwat dengan Anwar 26hb Jun 2008, tapi Najib terkejut depan Saiful dua hari lebih awal sebelum kena liwat iaitu pada 24hb Jun 2008.

Nanti sat, Pak Long dok pikiaq sat nak terkejut ka tidak ni... wassalam...

'M'sia bukan masyarakat judi'

0 org komen
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Malaysia Waves

0 org komen

Isu masjid: Penulis blog heret BN ke JAIS

PAS dilihat benar-benar mahu memulangkan 'paku buah keras' kepada BN apabila terus mengasak lawan politiknya berhubung dakwaan penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik dengan memanjangkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cukup seminggu setelah BN dibidas oleh ahli parlimen PAS Khalid Samad, esok seorang penulis blog PAS akan tampil mengadu perkara itu secara rasmi kepada JAIS.

Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi akan tampil membuat laporan tersebut di pejabat JAIS di Shah Alam kira-kira jam 2 petang esok.

"Sebenarnya saya datang ini ada hal lain, peribadi. Terlanjur datang, saya buatlah laporan ini.

"Dan saya merasakan, JAIS ni sudah melampau. Dan nampak sangat perangai Pro-Umno mereka," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Khalid mendakwa semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April, BN menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahman - seorang perunding perniagaan di luar negara - berkata beliau membuat laporan tersebut berdasarkan laporan akhbar berhubung dakwaan Khalid itu.

"Laporan akhbar adalah rekod awam. Dalam mahkamah, laporan akhbar boleh jadi bukti. Setidak-tidaknya, JAIS wajib menyiasat dan memanggil ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahimah," katanya ketika ditanya tentang asas aduan mahu dibuatnya.

Beliau juga menafikan berpakat dengan Khalid dalam hal tersebut demi meraih 'populariti politik' untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya adalah pembayar cukai dalam negeri Selangor. Bagaimana saya tiada kena mengena (dalam kes ini)?

"Lagi pun, (menjadi) hak saya untuk buat laporan kerana sesiapa sahaja boleh membuat laporan sekiranya berlaku perlanggaran (terhadap) enakmen syariah Selangor?" kata pengusaha blogMalaysia Waves itu.

Abdul Rahman merupakan seorang penulis blog popular PAS ekoran tindakannya yang sering mendedahkan beberapa pergolakan dalam parti Islam itu, terutamanya berhubung isu 'kerajaan perpaduan' PAS dan Umno sebelum ini.

Gertak punya gertak, last last tak jadi bangkit

0 org komen

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Elok dah... Umno = Perkasa = Gertak
Tumpang sayang dengan Najib tapi mengadu hal ngan Mahathir...

Bintang bintang

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long dulu pun teringin jugak nak jadi bintang ni. Tak kira la bintang dalam bidang apa pun, asalkan berbintang. Tapi zaman Pak Long ngan Mak Long hang dulu ni susah nak jadi bintang. Tak banyak kemudahan macam la ni, tak banyak ruang macam la ni. Boleh mengaji dengan baik, boleh berzanji dan berlagu, boleh bersila hujung balai, boleh ketepi dan boleh ketengah, paling tinggi pun jadi bintang kampung. Tu pun time kenduri kendara saja. Boleh la buat modai sikit sikit ngorat Mak Long hang time tu.

Tapi la ni kemudahan nak jadi bintang dah banyak. Ruang lebih besaq disediakan malah boleh jumpa bintang bintang yang telah lama berbintang untuk dapatkan nasihat cara betoi nak jadi bintang. Bertuah sungguh budak budak la. Pak Long tak terpikiaq pulak rupa rupanya kisah pungkoq pun boleh buatkan seseorang tu jadi bintang... hihi...

Pak Long nak pi tengok sat Mak Long hang dok buat apa kat dapoq nu... wassalam...

Kanak kanak 8 tahun tunggal terselamat

0 org komen
Pesawat Libya Terhempas: Kanak-kanak 8 tahun Mangsa Tunggal Terselamat

TRIPOLI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun warga Belanda adalah satu-satunya mangsa yang terselamat daripada 104 penumpang Afriqiyah Airways, yang terhempas di lapangan terbang Tripoli di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan Libya, Mohammed Ali Zidan, berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

“Nyawanya tidak terancam. Satu-satunya mangsa yang terselamat dan kini berada di Hospital Tripoli,” kata pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Stesen televisyen Libya melaporkan usaha-usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan ke atas pesawat Airbus A330 Syarikat Penerbangan Afriqiyah yang sedang mendarat dari Johannesburg, Afrika Selatan apabila ia terhempas pada kira-kira pukul 6 pagi.

Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa-mangsa terselamat atau punca nahas tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu melalaui laman webnya.

"Afriqiyah Airways mengumumkan bahawa penerbangan 8U771 kami menemui nahas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli," kata kenyataan itu.

"Pada peringkat ini, kami belum mendapat sebarang maklumat mengenai bilangan korban atau mangsa terselamat," katanya.

Menurut maklumat yang kami terima terdapat 93 penumpang dan 11 kru yang mengikuti penerbangan tersebut.

Pihak berkuasa sedang menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Ketua Parlimen Eropah, Jerzy Buzek berkata beliau telah dimaklumkan bahawa 100 orang yang menaiki pesawat berkenaan terbunuh dan hanya seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang terselamat disifatkan sebagai satu 'keajaiban'. - AP

Wednesday, May 12

Mana pi bijak pandai Umno

1 org komen

SALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...

MENGAPA MEREKA-MEREKA YG DIKATAKAN BERKUASA DAN MEMEGANG AMANAH SERTA MENGAKU SBG MEMPERJUANGKAN ISLAM MASIH DIAM MEMBISU SERIBU BAHASA

KERAJAAN 1M'SIA DIBAWAH DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK TELAH MENGHALALKAN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA DGN MENGANUGERAHKAN LESEN JUDI KPD SEBUAH SYARIKAT BERJAYA YG DIPERCAYAI DIMILIKI OLEH TS VINCENT .

MENGAPA MEREKA INI MENJADI SYAITAN BISU , TIDAK MENYATAKAN PENDIRIAN MEREKA SECARA JELAS...SOKONG ATAU BANTAH..

ADAKAH MEREKA MEMBISU DEMI MENJAGA PERIUK NASI DAN PANGKAT ? DAN SANGGUP BERSONGKONGKOL DGN MUNGKAR YANG JELAS DAN TERANG .

AYUH WARGA M'SIA YG BENCI DAN ANTI PENYUBURAN JUDI DINEGARA KITA SUPAYA KITA DIHINDARI DARI MENDAPAT GELARAN MALAYSIA SERAMBI JUDI ALA-ALA LAS VEGAS ..

NAMPAKNYA DUIT TELAH MENGATASI HARAM DAN HALAL , DOSA PAHALA PEDULI TAIK KATA MEREKA ...DAN SEKALUNG TAHNIAH JUGA KEPADA TANGAN TANGAN YANG TELAH MENGUNDI DAN MEMENANGKAN KERAJAAN YANG TAK HIRAU AKAN DOSA DAN PAHALA.

KEPADA AYANG BERKENAAN BERSUARALAH SEDIKIT WALAU PUN SATU AYAT JANGAN MEMBISU KERANA TAKUT KEHILANGAN HARTA DAN DARJAT..


HARAM TETAP HARAM....AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR...... TAKBIR!!! ALLAHUAKBARR !!......

Melayu rupanya anak Maidin ni

3 org komen

Baru hari ni aku tau rupanya Zam atau Zainuddin Maidin ni rupanya orang Melayu. Terima kasih la kat Umno. Kerana hangpa nobatkan Zam sebagai tokoh Melayu terbilang ni la yang buatkan aku tau anak Maidin ni seorang Melayu.

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena ulang tahun ke-64 Umno, menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau selama 40 tahun dalam dunia kewartawanan dan dunia politik yang singkat.

Hang memang jenih sumbang. Hang memang jenih penyumbang yang sumbang.

Lawak apa ni Saiful

0 org komen
Apa kejadahnya yang hang pi jumpa depa depa ni semua sebelum laporan Polis dibuat. Hampir kesemua orang orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap konspirasi liwat 1 yang hang telah jumpak. Hampir kesemua orang orang penting dalam konspirasi liwat II pun hang dah jabat salam dan bercakap. Adakah mahkamah kita masih lagi bersuluh dalam terang?

Najib hang jumpa pasai apa? Dulu kata nak biasiswa, la ni kata dia terkejut dengan pendedahan. Rosmah hang senyum kat dia pasai apa? Nak belajar cara terbaik bersenamrobik? Ezam hang jumpak pasai apa? Nak tanya KY Jelly jenih apa yang sesuai pakai? Musa Hassan hang bercakap pasai apa? Nak tanya dia balai mana sesuai nak buat laporan? Rodzwan meeting ngan hang pasai apa? Nak belajaq cara betoi buat repot Polis? Mumtaz hang jumpa nak belajaq apa? Cara nak lari laju bila dah kantoi nanti?

Semua depa depa tu hang jumpak sehari dua sebelum laporan Polis dibuat. Semua depa depa tu adalah berkait rapat dengan KERAjaan Najib dan bertanggungjawab keatas konspirasi liwat II terhadap Anwar. Dan yang lebih penting, semua depa depa tu hang mengaku dengan mulut hang sendiri berjumpa, berbincang dan bercakap baik secara berdepan ataupun melalui talipon.

Masih nak bersuluh dalam terang lagi?

Mangsa Umno

0 org komen

JAIS Tegas Tak Bertempat?

Islam Adalah Ajaran Yang Mengandungi Aqidah Ruhiyyah(Spiritual) Dan Siyasiyah (Politik). Islam adalah Deen (mabda) yang diturunkan oleh Allah SWT Pencipta manusia alam dan kehidupan kepada Nabi Muhammad SAW bagi mengatur seluruh hubungan kehidupan manusia. Mabda Islam mengandungi seluruh ajaran dan panduan hidup untuk manusia mengatur kehidupannya di dunia.

Panduan ini bersifat lengkap bertujuan untuk membawa kesejahteraan kepada kehidupan seluruh manusia - panduan bagaimana manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya, Allah SWT, dengan manusia lainnya, dan dengan dirinya sendiri. Seluruh panduan di dalam Islam berasal dari Allah SWT yang mutlak kebenarannya. Ia mengandungi perintah dan anjuran, begitu pula larangan dan cegahan, serta pilihan yang diserahkan kepada manusia. Secara garis besarnya, Islam adalah suatu mabda yang membicarakan persoalan berkaitan aqidah dan syariat. Atau dalam istilah lainnya, Islam mengandungi aspek fikrah dan thariqah.

Aqidah merupakan panduan yang berupa keyakinan-keyakinan yang wajib diimani oleh manusia. Sedangkan syariat adalah panduan hukum yang berkenaan dengan perbuatan manusia. Beberapa hal tentang persoalan aqidah dan syariat dapat dijelaskan dalam pembahasan ini adalah sebagai berikut:

1. Dasar aqidah Islam adalah Laa ilaaha illallah, muhammadun rasuulullaah. Ertinya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah utusan Allah SWT.

2. Aqidah Islam meyakini bahwa pencipta alam seisinya adalah Allah SWT. Manusia hidup di dunia ini untuk menjalankan seluruh perintah Allah SWT. Setelah mati, manusia akan dipertanggungjawabkan atas seluruh amal perbuatannya di dunia, di hadapan Allah SWT untuk kemudian diganjari ataupun disiksa sesuai dengan amalnya.

3. Aqidah Islam adalah aqidah yang membawa konsekuensi kepada manusia untuk terikat dengan syariat Allah SWT. Syariat tersebut melingkupi segenap aspek kehidupan manusia. Jadi, di dalam Islam, tidak ada satu pun aspek dalam kehidupan manusia ini yang terlepas dari aturan syariat Allah SWT. Syariat Islam meliputi hukum-hukum yang menyangkut antara lain : Aqidah, ibadah, akhlaq, muamalah (politik, ekonomi, kehakiman, pendidikan. sosial dan lain-lain)

4. Dari aqidah Islam inilah terpancar satu sistem kehidupan yang meliputi sistem politik Islam, sistem ekonomi Islami, sistem sosial Islam, sistem pendidikan Islami, sistem kehakiman Islami dan sistem-sistem Islam lainnya.

5. Aqidah Islam bukanlah aqidah sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan. Aqidah Islam adalah aqidah ruhiyah(spiritual) sekaligus aqidah siyasiyyah(politik). Akidah ruhiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya keyakinan-keyakinan tentang akhirat, sedangkan aqidah siyasiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya peraturan-peraturan tentang kehidupan di dunia.

Maka untuk itu, jika setiap dari kita, samada rakyat biasa mahupun pemerintah memahami secara jelas ruang lingkup ajaran Islam seperti yang diperjelaskan di atas maka sudah pasti tidak akan timbul isu tidak boleh bercakap politik di dalam masjid. Ini adalah kerana politik merupakan sebahagian dari ajaran Islam dan jika umat Islam dilarang berbicara tentang politik maka secara tidak langsung ianya seolah-olah melarang seseorang itu bercakap tentang Islam di dalam masjid.

Bukankah ini suatu tindakan untuk memandulkan Islam dan juga suatu pengkhianatan kepada Islam sebenarnya? Maka dengan itu kita ingin memuhasabah pihak-pihak yang berkenaan agar tidak menghalang orang Islam mengatakan dan membicarakan persoalan politik di mana-mana sahaja termasuklah di dalam masjid. Cuma bagi setiap orang Islam, mereka perlu menyedari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ” Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik atau diam sahaja”.

Keterikatan dengan hukum syara’ (at-taqayyud bi al-hukm al-syar’i) berlaku umum untuk seluruh perbuatan manusia, termasuk aktiviti bersuara. Jika perintah Rasulullah SAW di atas dijadikan panduan maka sewajarnya JAIS tidak akan bersifat ”melulu” dalam mempertahankan larangan bercakap politik di mana-mana sahaja termasuklah di masjid mahupun surau. Apakah JAIS takut dengan bayang-bayang sendiri?

Sumber: RM

Jom pi Kedah

0 org komen
Depa dah mula kacau daun dalam kerajaan Pakatan Kedah. Kali ni giliran ahli PAS pulak yang keluar parti. Entah betoi entah tidak. Mungkin yang betoi betoi ahli tu cuma beberapa kerat saja dan yang lain tu mamat Bangla mana yang depa bayaq.

Tapi berita ni tak boleh ambik mudah. Pihak Pakatan kena akur, kekuatan wang ringgit BN dapat membeli siapa jugak hatta mak bapak sekalipun. Kekuatan wang ringgit BN jugak mampu merubah lubang pungkok yang paling busuk menjadi senjata paling berharga menjatuhkan maruah orang lain. Ini kenyataan dan Perak sebagai contoh.

Jadi pada semua pendokong Pakatan terutamanya di negeri Kedah, tolong bukak mata dan pasangkan telinga. Keluhan sana sini yang terdengar perlu ditangani segera tanpa mengira bulu dan warna kulit. Kerja keras kita dituntut, kerjasama antara kita perlu digembeling sebagaimana dulu sewaktu di perintah. Kenapa ianya bagai luntur setelah menjadi pemerintah?

Mintak Khalid tanya ni

0 org komen
Dengar katanya MB Selangor Khalid nak bertemu MP Kapar S. Manikavasagam hari ni berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Kita memang pandang serius dakwaan Manikavasagam ni, tak kelapaq kita tengok kerajaan Pakatan bergelumang lagi dengan rasuah macam depa belah sana nu. Kita jugak pandang serius dengan harapan perjumpaan ini dapat meletakkan asas pada tindakan yang lebih bersepadu mengatasinya.

Tapi kita jugak cukup serius nak tau jugak pasai apa tetiba Manikavasagam terlebih flip flop pulak. Macam dok menggelejat cari sesuatu. Takkan nak publisiti kot.

Kuan Yew yang layak kritik Zaid

0 org komen

SIAPAKAH dalang yang utama yang mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dulu sebagai kaki botol dan kaki judi kuda?

Siapa lagi kalau bukan UMNO dan akhbar upahannya yang menjadi promoter utama judi lumba kuda sejak pertengahan tahun 70an dulu.

Adakah UMNO dan akhbar itu ada kelayakan untuk menyalah Zaid dalam perkara itu? Kedua-duanya tidak ada kelayakan kerana mereka juga bergelumang dengan maksiat dosa besar itu.

Zaid tidak berperangai baik semasa berada dalam UMNO, tetapi bukanlah UMNO yang layak menegurnya kerana UMNO dan akhbar itu adalah seperti ibu ketam yang tidak boleh mengajar anaknya berjalan betul.

PAS layak membuat teguran itu kerana ia ditubuhkan adalah untuk menentang semua dosa besar dan dosa kecil.

Satu-satunya orang politik yang boleh menegur Zaid ialah Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura. Sejak dia menyertai politik tahun 50an dia bercita-cita untuk menjadi seorang puritan iaitu seorang bersih dari arak, judi dan betina.

Tidak pasti apakah dia tidak pernah minum beer? Bagi masyarakat barat, beer macam air sejuk; minuman biasa yang tidak dikira arak sangat dan tidak dikira perangai buruk.

Apa pun Lee Kuan Yew dikenali seorang puritan seperti juga Nehru, Perdana Menteri India yang pertama dan Dag Hurmarsjuld, Setiausasha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 60an dulu. Mereka adalah antara beberapa kerat pembesar dunia yang tidak merokok, tidak minum arak, tidak berjudi dan tidak kaki betina.

Sekalipun Lee Kuan Yew dilihat sebersih itu tetapi tidak dipastikan apakah dia dapat menjadikan orang-orangnya sebersihnya.

Devan Niar yang pernah dijadikannya Presiden Singapura dipercayai orang yang pernah paling rapat dengannya. Ketika PAP atau PETIR dibentuk di Malaysia Devan Niarlah menjadi Setiausaha Agung PAP Semenanjung dan menjadi MP tunggal PAP tahun 1964.

Semasa menjadi Presiden Singapura Devan Niar jadi kaki botol tegar. Lee Kuan Yew bertindak melucutkannya dan dia membawa diri menghabiskan baki usianya di Kanada.

Lee boleh bertindak setegas itu kerana dia membuktikan dia seorang puritan. Tetapi kalau dia sendiri tidak begitu maka dia tidak boleh menuduh orang lain kaki judi, kaki betina, kaki arak dan kaki rasuah.

Jika Lee yang membongkar kelemahan Zaid itu, maka dia ada kelayakan.

Tetapi mana-mana pemimpin UMNO dulu, sekarang dan akan datang tiada sedikitpun wibawa dan kelayakan untuk memburukkan Zaid kerana mereka juga lebih buruk daripadanya.

Zaid mengaku dia dulu minum seperti yang dibuat Dr. Mahathir dan kebanyakan pemimpin UMNO. Kata Zaid, dia tidak minum sampai mabuk, tetapi ada pemimpin UMNO yang minum sampai mabuk hingga sanggup meraba ponggong pelayan di khalayak umum.

Manakala akhbar yang menjadi juara mencanangkan Zaid kaki botol dan kaki judi lumba kuda itu tidak pula berperangai seperti Malaikat yang bersih daripada dosa besar.

Saya pernah menjadi warga akhbar itu sejak tahun 60an. Saya tahu apa yang berlaku. Pemberita yang terkenal yang seangkatan dengan saya yang saya rasa tidak jadi kaki botol dan tidak jadi kaki betina ialah Zam – Tan Sri Zainudin Maidin dan Datuk Firdaus Abdullah.

Yang lain saya tidak dapat jamin.

Saya yang tidak pernah memegang gelas arak dikira seorang wartawan kolot yang tidak maju, tidak ikut peredaran masa dan perkembangan. Ada yang tidak menyentuhnya tetapi ia adalah kalangan yang tidak popular.

Kerana itu berlumba-lumbalah masing-masing untuk menjadi wartawan maju dengan tidak segan-segan meneguk arak semahu-mahunya.

Ketika saya mula jadi wartawan, tugas yang diberi ialah pergi ke Turf Club di Pulau Pinang setiap kali ada lumba kuda untuk mengambil keputusan sumber judi tikam ekor itu. Akhbar menyiarkan keputusannya.

Masa itu judi lumba kuda jadi bahan siaran akhbar Inggeris dan Cina saja. Kemudian akhbar yang menyiarkan Zaid kaki judi lumba kuda telah memperkenalkan siaran judi lumba kuda itu kepada pembaca Melayu.

Ia menyediakan ruang meramalkan kuda-kuda yang akan menang dan nombor-nombor yang akan berjaya. Ia menjadi panduan bagi sekalian kaki judi yang membaca akhbar Melayu.

Akhbar itu memang terkenal dengan ramalan nombornya yang tepat, malah dapat menyaingi keupayaan ramalan dalam akhbar Inggeris dan Cina.

Dosa Zaid sekadar dia seorang saja minum. Kalau kudanya digunakannya untuk berjudi, dia seorang sajalah yang berjudi.

Tetapi dosa akhbar yang mempromosikan judi lumba kuda itu dan membantu kaki judi dengan ramalan yang tepat atau hampir tepat, telah menggalak dan menyebabkan begitu ramai pembaca Melayu yang juga orang Islam bergelumbang dengan dosa itu.

Zaid tidak melibatkan orang lain. Bila dia taubat urusannya dengan Allah moga-moga selesai. Tetapi bagi akhbar dan petugasnya yang menggalakkan anggota masyarakat seluruhnya berjudi, bagaimana hendak taubat dan membersihkan dosa orang-orang yang digalakkannya berjudi?

Jika yang menegur Zaid itu Lee Kuan Yew, tegurannya wajar didengar, tetapi ekor ayam jantan UMNO macam mana hendak didengari kerana ia bergelumang tahi?

Tuesday, May 11

SPRM nampak ka tidak ni

4 org komen
Berani ka SPRM siasat laki Najib seperti yang didesak Zuraida. Nampak ka apa kesalahan laki Najib disebalik iklan mahal tentang laki Piem ni. Bukan iklan di Utusan yang banyak bagi free dari terjual tuh. Tapi ni iklan di akhbar terkenal Amerika beb.

Ikut kata Zuraida Kamaruddin, iklan itu berjumlah sehingga RM1.5 juta.

"Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.

"Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut," katanya.

Depa "cemuih" bukan meluat

0 org komen

Dalam Malaysiakini ada kisah rungutan rakyat yang naik "cemuih" tentang isu perbalahan istana Kelantan. Macam macam punya bunyi cerita depa dengar. Bila dah kerap sangat dok dengar cerita dalam alunan menyakitkan telinga lama lama, rakyat mula rasa bosan atau "cemuih".

Masa la ni rakyat rasa "cemuih" saja, bukan depa meluat lagi. Pihak "merak dikayangan" ni pun kena la jaga jugak, jangan sampai rakyat jadi meluat.

Perlawanan kelas makin jelas

1 org komen
Sumber: Che'gu Bard

Pilihanraya kini bermaksud kuasa kapitalis regim melawan kuasa rakyat tertindas

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sudah berlalu, banyak ulasan diberikan tetapi amat sedikit yang melihat bagaimana pilihanraya kini makin menyerlahkan imej perlawanan kuasa kapitalis (pemodal) besar pro regim melawan rakyat tertindas.

Di Bandar Sg. Buaya contohnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) secara terang terangan membuka bilik gerakan menyokong calon Bn dan menaja barangan kempen Bn. Di Kawasan Gugusan Felda pula Syarikat Air Selangor (Syabas) secara terang - terangan menaja konvoi - konvoi motorsikal anak muda menyokong Bn.

Ini berlaku kerana kapitalis -kapitalis besar ini makin terasa ketakutan jika Bn hilang kuasa mereka tidak akan mendapat ruang yang seselesa kini dalam bab memunggah kekayaan negara dengan memeras rakyat. Pemegang saham PLUS sudah tentu berdepan dengan penstrukturan semula harga tol yang pasti akan diturunkan dan perjanjian akan disemak semula, itupun kalau PLUS tidak terkubur terus jika Bn kalah. Tan Sri Rozali tentu panik berdepan dengan kemungkinan Bn hilang kuasa. Tauke syabas ini yang berpendapatan RM 5.1 juta setahun tentu takut hilang sumber wangnya. Jika Bn terus berkuasa Tan Sri Rozali tentu terus selesa mencekik wang rakyat. Malah jika Bn berjaya rampas Selangor semula pasti tarif air berjaya dinaikkan seperti yang didesak Syabas konon kerana untung tak cukup.

Di Sibu, khabarnya Najib dah jumpa kelompok taikun kaya raya yang dikenali sebagai Wong Tuck Koon (WTK), KTS (pemilik Oriental Daily) dan Evergreen (pemilik Nan Yang). Apakah isyarat ini juga menunjukkan bahawa Bn sudah memberikan jaminan selamat atau signal ugutan kepada kumpulan pemodal yang sedia ada yang sedang mencekik rakyat dengan megarahkan sokong Bn sepenuh hati atau jika Bn hilang kuasa, maka pemodal juga akan hilang ruang bermaharajalela.

Di sibu bukan satu rahsia tauke balak dan taikun serta 'taiko' kaya disebalik penaja kempen Bn.

Maka bangkitlah rakyat tertindas........ perlawanan kelas makin jelas!!!

Reformasikan pasukan polis

0 org komen

OLEH: ABDUL AZIZ BARI

Tragedi yang mengorbankan nyawa pelajar berumur 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh polis di Shah Alam pada awal pagi 26 April lalu begitu banyak diperkatakan aspek politiknya. Tetapi bagi saya ia adalah isu yang berkait dengan soal keadilan, ketelusan dan pertanggungjawaban. Pihak polis, yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam di bawah Perlembagaan Persekutuan, memainkan peranan penting dalam menjaga dan memperkasa kedudukan dan hak asasi rakyat. Bukan sebaliknya.

Apa yang menyedihkan ialah bahawa tragedi di Shah Alam itu bukanlah yang pertama. Sebelum itu ada beberapa insiden yang serupa berlaku. Ia termasuklah kematian dalam lokap A Kugan dan tindakan polis menembak ibu tunggal Norizan Salleh. Dalam pada itu ada beberapa kes lain yang tidak dilaporkan dengan meluas yang dibangkitkan ekoran kejadian terbaru di Shah Alam itu.

Respons pihak kerajaan dan polis nampaknya sama: apa yang berlaku ialah satu kesilapan dan siasatan dalaman akan dilakukan. Apa yang menimbulkan kemarahan dalam insiden di Shah Alam itu ialah tuduhan polis bahawa budak yang ditembak itu penjenayah dan di dalam kereta yang dipandunya ada sebilah parang. Ini dinafikan dan beberapa bukti dikemukakan oleh keluarga si mati dan mereka yang menyaksikan kejadian.

Ini membuat pihak polis senyap tetapi terus menyerang: ahli-ahli Pakatan Rakyat yang memperjuangkan isu itu dikatakan mencari publisiti murahan. Ini kelihatan dalam kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. Sementara itu Barisan Nasional cuba menunjukkan simpati kepada keluarga Aminulrasyid tetapi dalam masa yang sama cuba membela pihak polis.

Seperti yang dilaporkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa bahawa pelantikan Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai peguam keluarga si mati telah mempolitikkan isu berkenaan.

Saya tidak berasa perlu untuk memberi komen tentang dakwaan Khir itu kerana jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat tragedi Shah Alam itu juga tidak bebas daripada politik; khususnya keterlibatan UMNO kerana ia dipengerusikan oleh Datuk Abu Seman Yusop, seorang timbalan menteri dari parti itu. Apabila Khir mempersoalkan kedudukan Karpal perkara yang sama juga boleh dibangkitkan tentang Abu Seman.

Kita tidak habis-habis bergelut dengan isu seperti itu kerana kita gagal melaksanakan penubuhan IPCMC – sebuah suruhanjaya bebas memantau pasukan polis – sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Dzaiddin Abdullah pada 2005. Pada mulanya Tun Abdullah Ahmad Badawi hendak mengikut cadangan tetapi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar, mengugut kerajaan: sekiranya kerajaan berbuat demikian anggota-anggota polis akan mengundi pembangkang dalam pilihan raya.

Tidak dapat dipastikan sama ada Bakri hanya berlakon dengan Abdullah atau benar-benar serius dalam membuat ugutan itu. Tetapi saya tidak begitu percaya dengan ugutan itu kerana kalau Pakatan menubuhkan kerajaan saya fikir polis teruk menerima akibatnya. Ini kerana dalam laporannya, selain IPCMC, Suruhanjaya Dzaiddin turut membangkitkan masalah polis yang kronik seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan juga kedudukan cawangan khas yang suruhanjaya berasa perlu untuk disemak dan diperbetulkan.

Selama ini kita semua tahu polis banyak membantu Barisan, walaupun ia tidak selaras dengan undang-undang. Contohnya di Terengganu ketika Pas memerintah antara 1999-2004. Ketua Polis Negeri ketika itu, Datuk Othman Talib, terang-terang melawan kerajaan negeri. Ini termasuklah keengganannya melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh DUN Terengganu. Ini bertentangan dengan Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa tugas polis ialah melaksanakan undang-undang; tidak kira undang-undang persekutuan atau negeri. Kita juga melihat bagaimana gelagat polis di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan; termasuk di Perak dan Selangor.

Dalam beberapa insiden tertentu polis membuat keputusan yang saya fikir salah di sisi perlembagaan. Dua bulan lalu Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman (KDNKA) Datuk Hussin Ismail membuat kenyataan bahawa polis enggan menyertai APMM; sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan untuk mengawasi perairan negara. Sebagai sebuah cabang perkhidmatan awam adalah salah untuk Husin berbuat begitu: dia boleh diambil tindakan disiplin kerana ingkar keputusan kerajaan.

Untuk mengurangkan berlakunya tragedi seperti di Shah Alam itu saya fikir polis perlu balik kepada fungsi asalnya iaitu membasmi jenayah. Fungsi lain termasuk menyertai operasi pengaman di luar negara patut dihentikan. Itu kerja angkatan tentera. Polis juga tidak perlu campur tangan dalam memantau perhimpunan awam: peruntukan undang-undang yang berkenaan, sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Dzaidin Abdullah perlu dimansuhkan. Isu-isu seperti yang berlaku di Shah itu itu menandakan bahawa polis masih belum berjaya dalam melaksanakan tugas dengan baik. Tugas membasmi jenayah perlu tumpuan dan latihan yang mencukupi.

Saya setuju dengan komen ahli akademik Wong Chin Huat yang berkata bahawa polis tidak harus diletakkan di bawah kerajaan persekutuan. Format yang ada sekarang adalah legasi British yang jelas dibuat untuk kepentingan mereka. Kedudukan dan kuasa polis sudah banyak yang tidak selari dengan ideal perlembagaan.

Apa pun kelihatannya Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk mereformasi pasukan polis. Ini jelas dalam sikap dolak-dalik pentadbiran Abdullah Badawi dalam melaksanakan cadangan suruhanjaya yang dikatakan tadi. Ini tidak berubah di bawah pentadbiran yang ada sekarang. Sebab itu saya tidak terkejut apabila Dewan Negara menolak usul untuk membincangkan isu tembakan Aminulrasyid. Kalau membincang pun tidak mahu bolehkah kita mengharapkan sesuatu yang lebih mendasar?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun

Kesian PDRM

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Tak habih habih PDRM jadi sasaran penilaian rakyat. Tapi, jangan dok tengok belah tak elok. Sebab bagi Pak Long, ini satu petanda baik. Maknanya PDRM adalah satu institusi keselamatan yang menjadi harapan rakyat. Besaq sungguh harapan Pak Long dan rakyat keseluruhan nak tengok PDRM tak bias dan boleh dipercayai sebagai penjaga rakyat dan negara.

Pak Long pun paham, kalau tak dak kesilapan payah jugak la kita nak belajaq. Tapi PDRM kena la pastikan jangan belajaq dari kesilapan yang terlalu mahal harganya bagi rakyat. Belajaq dari kesilapan satu dari cara belajaq yang berkesan tuh. Tapi selalu jugak Mak Long hang pesan, kaji dulu sebelum musibah mai dan buat langkah pencegahan sebelum terjadi sesuatu yang tak elok. Patut Pak Long rasa nak masuk you tube macam kena block...

Mak Long hang la kata, orang tegoq pasai orang sayang. Orang block pasai orang bimbang... Pak Long bebuat tak paham...

Wassalam...

Kesian kat Saiful

0 org komen


Karpal - "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"?

Syaipool - "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat".

Karpal - "Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?

Syaipool - "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah"

Karpal - "Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang"

Syaipool -"Saya dalam keadaan darurat masa tu"

Sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu. Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat.

Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya. Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu.

Tahniah la... heh... heh...

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long suka ngan Malaysia ni. Rakyat Malaysia ni peramah dan suka hormat orang.

Pak Long refer kat satu banner yang Pak Long jumpak kat KedahLanie. Baguih sungguh depa sanggup bersusah payah pecah tabung ayam cari duit buat banner semata mata nak ucap tahniah kat menteri "judi judi bola dunia" ni. Baguih la macamtu. Kita sebagai rakyat kena perihatin dan ucapkan tahniah pada orang yang sepatutnya ditahniahkan.

Tahniah la pada kelab kaki judi Malaysia tu yer... wassalam...

Monday, May 10

Jangan dok menyorok la

2 org komen
Aku setuju sangat ngan apa yang Anwar bagitau disini. Jangan dok berselindung di sebalik kuasa istana, kalau dah berani dan padat dengan hujah, keluar mai sini berhujah dengan cara elok.

Orang yang tak dak keyakinan diri saja yang suka menyorok belakang istana dan pengaruhnya. Orang yang miskin ilmu saja yang suka sangat menyorok belakang kekebalan istana istana raja ni. Orang yang suka cari publisiti murahan saja suka gunakan istana demi sesuap nasi. Orang yang malas nak guna otak dalam berhujah saja yang ambik kekebalan istana sebagai jalan singkat lari dari berfikir banyak.

Anwar dah kena main lagi

1 org komen

Bila Anwar membuat keputusan memilih jalan berliku dengan menghormati sistem kehakiman negara, sebenarnya Anwar telah meletakkan sebelah dari kakinya kedalam penjara.

Perbicaraan liwat II yang melibatkan Anwar bermula hari ini. Kes sensasi ini telah mendapat liputan meluas orang ramai tempatan dan antarabangsa yang ingin mengetahui bagaimana si Saiful menahan diri selama dua hari tanpa mandi waima mandi junub sekalipun. Masyarakat juga ingin mengetahui dengan jelas bagaimana susuk yang bernama Anwar yang telah berusia dapat memukau saiful yang muda belia supaya tidak melawan dari ditusuk secara luar tabii.

Namun sebaliknya masyarakat telah di hidangkan dengan pelbagai salah urus kes. Secara terang terangan Anwar telah sekali lagi dipermainkan. Lihat saja pendedahan Anwar disini yang sebenarnya sudah dijangka.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Inilah keadilan sistem kehakiman ala Malaysia. Inilah keadilan sistem kehakiman negara yang dipilih Anwar untuk menentukan nasib dirinya selepas kes liwat II ini. Inilah jugak keadilan sistem kehakiman yang cuba di robah oleh Anwar dari dikongkong oleh tangan atas yang lebih berkuasa. Lantas Anwar pula kini menjadi mangsa henyakan sistem kehakiman itu sendiri kerana menentang tangan yang mencengkam.

Rakyat takkan biarkan arwah mati sia sia

0 org komen
Dah...

Biaq Mahkamah pulak yang buat kerja. Lagi banyak kita bercakap, lagi teruk jatuh reputasi Polis di mata umum. Reputasi depa kalau jatuh teruk sangat pun bukannya baguih untuk kita.

Akhirnya koperal Jenain Subi, 48, dihadapkan ke Mahkamah. Koperal Jenain Subi yang dituduh menyebabkan kematian selepas tertembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11 Shah Alam, bulan lepas, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Tindakan membawa tertuduh ke Mahkamah sekurang kurangnya dapat meredakan kesangsian umum terhadap hasil siasatan kes sensasi ini. Tapi ini jugak sebagai amaran pada pihak yang bertanggungjawab yang membawa tertuduh ke medan pengadilan, jangan buat sambil lewa. Anda sedang diperhatikan. Rakyat tak akan biarkan Aminulrasyid jadi arwah sia sia.

Mahkamah hari ini membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes. - Foto THE STAR Oleh K.K. SHAM

Sunday, May 9

Dok ataih tak semestinya pandai terbang

0 org komen
Sumber: Pak Long
Salam semua...

Mak Long hang selalu pesan kat anak anak dia, belajaq lah dari yang telah belajaq, sebab kita kena belajaq dan belajaq selagi kita tak pejam mata. Pak Long pun banyak jugak belajaq dari Mak Long hang walaupun lebih banyak Pak Long yang dok mengajaq dia... hihi...

Belajaq ni tak semestinya dalam kelas, dalam dewan kuliah atau dalam istana saja. Malah Pak Long banyak belajaq dari segala apa yang didepan mata Pak Long, waima anak kecik kita sendiri pun kita kena belajaq dari dia, hanya bagi orang orang yang nak belajaq la. Pak Long teringat pesan Saidina Umar Al Khattab, manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. Pak Long pun tak ingat dah tang mana Pak Long terlihat ayat ni.

Selagi bernyawa sebagai manusia, kita memang masih belajar. Besa lah dalam belajaq kerap kali jugak kita nanti buat silap. Jadi, kalau rasa nak kurangkan kesilapan kita, jangan malu nak belajar dan tengok daripada mereka mereka yang mungkin telah belajaq. Tanpa kira usia dan darjat, jawatan dan pangkat, istana atau pondok. Duduk di ataih tak semestinya kita tu dah fasih segala sepak terajang orang dibawah. Duduk di ataih tak semestinya kita tu dah pandai terbang. Sesekali balajaq dan tengok dari orang bawah.

Ulaq tak hilang bisa kalau menyusur akaq... Addeh... Mak Long hang pulaih telinga pulak... wassalam...

Haramkan rokok?

0 org komen
BERDARAH...lantai bilik  berlumuran darah.
BERDARAH...lantai bilik berlumuran darah.

Abang parah ditikam adik

Oleh JUNITA MAT RASHID
TANGKAK: Akibat meminta sebatang rokok, seorang lelaki nyaris maut apabila ditikam adiknya yang tiba-tiba mengamuk di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, yang menepis serangan parang berjaya mengelak mangsa daripada terus ditikam, malah mangsa turut diugut akan dicungkil biji mata.

Suspek turut memberi amaran akan mencederakan ibu bapanya jika mereka menghalang perbuatannya.

Ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47, berkata kejadian berlaku ketika dia selesai solat Isyak apabila anak keduanya, Mohd Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan abang pulang ke rumah selepas keluar ke Pekan Bukit Gambir, manakala Fauzi yang dipanggil adik serta suaminya berada di ruang tamu menonton televisyen.

“Ketika Mohd Khairuddin masuk ke rumah, dia meminta sebatang rokok daripada adik dan berjanji untuk menggantikannya. Adik terus bangun daripada kerusi dan saya menyangka dia mahu mengambil rokok, sebaliknya dia mengambil parang di tepi tingkap sebelum menikam rusuk kanan abang.

“Saya menjerit ketakutan dan ketika suami saya memangku abang yang berlumuran darah, Khairuddin sempat berkata ‘sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun’ tetapi adik terus menjerit mahu mencungkil mata abang dengan mengacukan parang tetapi sempat ditepis oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, Fairuz juga sempat memberi amaran kepada dia dan suami supaya jangan menghalangnya sebelum duduk di kerusi sambil memegang parang. Fatimah kemudian keluar rumah untuk meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans.

Fatimah berkata, Fairuz tidak melawan atau bertindak agresif, sebaliknya hanya menyerah diri kepada polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, dia tidak tahu kenapa adik sanggup menikam abangnya tetapi mengakui Fairuz menghadapi masalah kesihatan dan sering bergaduh dengan abangnya walaupun mangsa tidak pernah membalas kerana tahu adiknya kurang sihat.

Beliau berkata, kedua-dua beradik itu juga rapat dan setiap hari mereka berulang alik bersama dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Serom 7.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk motif pergaduhan dan kemungkinan suspek menghadapi masalah kesihatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Tak sporting betoi la Mahfuz ni, biaq pi la kat depa

2 org komen
Kereta ketua polis pun dicuri, benarkah indeks jenayah turun?

Abdul Aziz Mustafa 
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Dakwaan mengenai penurunan indeks jenayah tidak membawa sebarang makna jika kereta Ketua Polis Selangor sendiri dicuri, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Amat menggelikan hati jika ada dakwaan kononnya indeks jenayah di negara ini menunjukkan penurunan tetapi pada masa yang sama kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dicuri dengan begitu mudah.

"Kereta rasmi ketua polis pun dicuri, benarkah indeks jenayah turun?

"Tidak cukup dengan itu, si pencuri mempermainkan Khalid apabila meninggalkan nota yang penuh sinis, "Sorry PDRM tersilap sapu".

"Apa maknanya dakwaan kononnya indeks jenayah di negara ini menunjukkan penurunan tetapi pada masa yang sama ketua polis sendiri dipermain-mainkan dengan penuh sinis," kata beliau yang menyifatkan Khalid begitu berkesan ke atas pembangkang seperti yang dibuktikannya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu tetapi tidak terbukti berkesan walaupun untuk memastikan kereta rasminya sendiri tidak dicuri.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan, apa maknanya dakwaan kononnya indeks jenayah di negara ini menunjukkan penurunan jika penjenayah boleh bermaharajalela dengan berleluasa.

"Dalam jawapannya di Dewan Negara, Timbalan Menteri Dalam Negeri (Datuk Wira Abu Seman Yusop) begitu bersungguh-sungguh menekankan kes jenayah jalanan yang berkurangan bagi tempoh Januari hingga April 2010 berbanding tempoh yang sama tahun 2009.

"Tetapi, bagaimana pula dengan kes berat seperti pembunuhan adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu?" Mahfuz mempersoalkan.

Bagi beliau, jenayah tidak boleh dianggap berkurangan jika hanya jenayah ringan yang berkurangan tetapi pada masa yang sama jenayah berat tidak berkurangan atau lebih buruk lagi semakin bertambah dan semakin menakutkan rakyat.

"Timbalan Menteri Dalam Negeri jangan terlalu ghairah mendakwa kononnya inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah berjaya.

"Persoalan utama, adakah rasa takut dan bimbang rakyat terhadap penjenayah dapat dikurangkan?" katanya.

Beliau meminta pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri memberi perhatian kepada perkara itu untuk mengelakkan rakyat memomok-momokkan NKRA.

"Sekarang pun rakyat mengejek-ejek NKRA dengan kata-kata 'Najib kerja, Rosmah arah'," katanya.

Angkasawati China

0 org komen
GAMBAR fail pada 2005 menunjukkan tiga angkasawan China melambaikan tangan ketika di dalam kokpit roket.

BEIJING - Dua juruterbang wanita tentera udara China bakal menjadi golongan hawa pertama dipilih sebagai angkasawan negara itu yang akan menyertai misi roket Tiangong 1 tahun depan, lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam.

Pengarah Pusat Angkasawan China, Chen Shanguang berkata, mereka berusia antara 30 hingga 35 tahun dan sudah berkahwin, akan berlatih dengan lima calon angkasawan lelaki yang juga juruterbang tentera.

"China akan menguji beberapa roket teknologi terbaru bermula 2011 dan tujuh calon angkasawan itu dipilih kerana berpengalaman terbang minimum lebih 1,270 jam," kata Shanguang dipetik akhbar China Daily.

China memulakan program angkasawan atau dikenali sebagai taikonaut sejak 1998 bermula dengan misi roket Shenzhou 5 pada 2003 dan sehingga kini, lima angkasawan negara itu berjaya dihantar ke angkasa lepas. - Agensi

Ni la berjiran, kita buat sini belah sana pulak jadi pasai

0 org komen
SEBAHAGIAN bas pelancong   Malaysia tersadai di Kompleks Kastam dan Imigresen Thailand selepas dihalang  memasuki negara itu, sejak kelmarin. (Gambar bawah)  Kumpulan pengusaha van Thailand memasang khemah di lorong kiri jalan dan menahan bas serta van pelancong Malaysia sejak jam 10 malam kelmarin sebelum mengarahkan mereka berpatah balik ke Kompleks Kastam dan Imigresen kira-kira satu kilometer dari situ.
SEBAHAGIAN bas pelancong Malaysia tersadai di Kompleks Kastam dan Imigresen Thailand selepas dihalang memasuki negara itu, sejak kelmarin. (Gambar bawah) Kumpulan pengusaha van Thailand memasang khemah di lorong kiri jalan dan menahan bas serta van pelancong Malaysia sejak jam 10 malam kelmarin sebelum mengarahkan mereka berpatah balik ke Kompleks Kastam dan Imigresen kira-kira satu kilometer dari situ.Pengusaha van pelancong Thailand bertindak balas penguatkuasaan JPJ

DANOK (THAILAND): Lebih 30 bas dan van yang membawa kira-kira 1,000 pelancong Malaysia terkandas di Kompleks Kastam dan Imigresen Thailand di sini, berikutan sekatan jalan oleh pengusaha van pelancong tempatan yang dipercayai bertindak balas terhadap penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap mereka, sebelum ini.

Bagaimanapun semua pelancong dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah itu meneruskan perjalanan ke Hatyai selepas pengusaha bas pelancong yang membawa mereka menyewa van pelancong Thailand dengan kadar sewa lebih tinggi daripada biasa.
Bas dan van pelancong itu dihalang memasuki Thailand sejak malam kelmarin oleh sekumpulan lebih 30 pengusaha van pelancong negara berkenaan yang membuat sekatan jalan kira-kira satu kilometer dari kompleks berkenaan.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kedah, Abd Rahman Hussain, ketika dihubungi berkata, tindakan pengusaha van pelancong Thailand itu mungkin berikutan langkah JPJ menyaman mereka dalam ‘Ops Check Mate’ sejak dua bulan lalu kerana penyalahgunaan Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP).

“Setiap pemandu kenderaan persendirian luar yang memasuki negara ini mesti ada permit berkenaan, tetapi ia disalahgunakan pengusaha van negara itu dengan membawa masuk pelancong ke Malaysia.

“ICP hanya boleh digunakan untuk kenderaan persendirian dan bukannya untuk kegunaan komersial seperti membawa masuk pelancong.
“Setiap kali pemeriksaan, pengusaha van pelancong Thailand kerap berdolak-dalih dengan mendakwa mereka membawa masuk sanak saudara ke negara ini,” katanya.

Tinjauan Berita Minggu semalam mendapati kumpulan pengusaha van Thailand itu memasang khemah di lorong kiri jalan di pekan ini dan menahan bas serta van pelancong Malaysia sejak jam 10 malam kelmarin sebelum mengarahkan mereka berpatah balik ke Kompleks Kastam dan Imigresen kira-kira satu kilometer dari situ.

Seorang pemandu bas berkenaan, Phun Chot Lam, 48, berkata kenderaannya ditahan sekumpulan lelaki ketika memasuki pekan ini untuk ke Hatyai pagi semalam.

“Mereka tidak benarkan kami meneruskan perjalanan dan mengarahkan kami berpatah balik. Saya tidak berani membantah dan hanya mengikut arahan kerana bimbangkan keselamatan penumpang... bagaimanapun mereka tidak menunjukkan sikap samseng terhadap kami dan hanya meminta kami supaya tidak meneruskan perjalanan,” katanya ketika ditemui di sini.

Seorang pengusaha van pelancong Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Ghani berkata, mereka bertindak begitu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ dalam operasi penguatkuasaan sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum yang melawat lokasi berkenaan menyarankan JPJ berbincang terlebih dulu dengan Kementerian Pelancongan supaya sebarang operasi tidak menjejaskan kemasukan pelancong ke Malaysia. 
Related Posts with Thumbnails