Monday, May 31

Kutuk Israel dan sekutunya, kerajaan berani ka?

0 org komen
NGO Desak Kerajaan Kutuk Tindakan Zionis Tawan Sukarelawan

Oleh IZRA ABD RAHMAN
SHAH ALAM: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengutuk tindakan Israel ekoran tindakan tentera biadap rejim Zionis itu menyerang kapal Mavi Marmala yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza pagi tadi.

Wakil NGO terbabit Zulkifli Mohd Nani berkata, tindakan Malaysia itu nanti bukan sahaja mampu membantu menyelamatkan pasukan sukarelawan di sana, tetapi juga akan membolehkan maklumat yang lebih tepat diperoleh daripada sekutu rejim Zionis di Kedutaan Amerika Syarikat dekat sini.

"Tindakan kejam Israel itu jelas sekali melepasi tahap norma kemanusiaan sebenar. Satu tindakan perlu dibuat oleh kerajaan bagi memberi tekanan kepada tentera Israel supaya menghentikan serangan dan dunia dapat melihat betapa kejamnya Israel," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu Zulkifli yang juga Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis Projek LifeLine4Gaza (CMT) berkata, maklumat terkini yang diterima mengenai nasib sukarelawan terbabit terlalu sedikit, malah sering berubah-ubah tanpa diketahui kesahihannya.

Satu lagi laporan terkini yang diterima menyatakan kapal Mavi Marmala sudah dibawa tentera Israel ke Haifa, walau sebelum ini ada laporan menyebut kapal itu akan dibawa ke tempat lain.

Bilik media dalam kapal tersebut sudah dikuasai mereka sehingga menyebabkan hubungan komunikasi terputus.

Dalam pada itu, Zulkifli menyeru kerajaan melalui Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan persidangan tergempar meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas terhadap Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

"Israel secara biadab melanggar undang-undang antarabangsa. Serangan dilakukan di perairan antarabangsa dan terhadap kapal bantuan kemanusiaan untuk tujuan keamanan. Mereka menginjak-injak prinsip kemanusiaan dan wajar mendapat kutukan dari masyarakat dunia," katanya.

Sambil menegaskan tidak akan tunduk kepada rejim Zionis itu malah tidak akan berundur dari misi sebenar, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia, pemimpin politik, NGO supaya menyatakan bantahan dan kutukan paling keras terhadap tindakan Israel.

Katanya, inilah tindakan dan bantuan paling kecil yang rakyat Malaysia boleh berikan terhadap sukarelawan di sana.

Rakyat Malaysia yang mewakili NGO dan mengikuti konvoi Flotila Pembebasan itu ialah Noorazman Mohd Samsudin, Dr Mohd Arba'ai Shawal, Dr Syed Muhamad Halem Syed Hassan, Dr. Selamat Aliman, Jamulddin Elias, Al Hami Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Ustaz Hasanuddin as Syarif, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani.

Pagi esok, CMT akan menghantar bantahan melalui kedutaan Amerika Syarikat dan satu perhimpunan aman akan diadakan selepas solat Jumaat, Jumaat ini.

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Filipina

0 org komen
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 6.16 petang hari ini.

Gempa bumi itu berlaku di 7.0 darjah Utara dan 124.1 darjah Timur kira-kira 191km barat Davao, Filipina dan 675km timur laut Lahad Datu, Sabah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.- BERNAMA

Kekejaman Israel, bagaimana dengan Apco?

3 org komen
Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan tentera Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP

Intifada akhirnya

0 org komen
Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar "intifada"

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu. - Malaysiakini

Jangan pandang rendah kat Taib Mahmud

0 org komen
'Kesilapan' Guan Eng di Sibu

Susan Loone
Seorang pemerhati bebas mendedahkan 'kesilapan' yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam lawatannya di rumah panjang semasa pilihan raya kecil Sibu awal bulan ini.

Lim (kanan) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendakwa telah bertanya kepada penduduk rumah tersebut sama ada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberikan RM100 sebagai sebahagian daripada program untuk warga tua (seperti yang dilakukan di Pulau Pinang).

"Apa fikir apa respon mereka?" soal Ong Boon Keong - yang mewakili Pemerhati Piihan Raya Malaysia - pada forum pasca pilihan raya Sibu di Pulau Pinang.

"Semua orang senyap dan tidak berani bersuara, yang mana pada setiap pilihan raya, mereka menerima RM600 bagi setiap rumah!

"Jika petugas DAP mengetahui perkara ini, mereka tidak akan bertanyakan sama ada setiap rumah menerima RM100, mereka tahu nilai ini tidak munasabah."

Pada hari-hari terakhir kempen Abdul Taib mengumumkan geran berjumlah RM147, 600 untuk 12 rumah panjang di Tanjong Penasu - setiap satu daripada keseluruhan 246 pintu menerima RM600.

Sementera itu, wakil PAS, Zamry Ibrahim yang juga seorang ahli majlis di Kedah berkata, kehadiran Pakatan Rakyat di Sibu amat kurang terutamanya di kawasan majoriti Melayu/Islam.

"Kebanyakkan kaum Melayu/Melanau dan Dayak telah menyokong pembangkang, bahkan sebelum 8 Mac (pilihanraya umum pada tahun 2008), tetapi secara tidak terancang. Kumpulan ini akan mengundi sesiapa sahaja asalkan ianya bukan daripada BN," katanya.

"Ramai yang mahu berubah tetapi takut untuk menunjukkannya kerana BN mengawal mereka melalui ketua rumah panjang atau dengan cara 'menyuap' mereka."

Beliau merujuk kepada elaun RM450 yang telah dibayar oleh pihak kerajaan kepada ketua rumah.

Sunday, May 30

Samy pun menuntut kat Mahathir jugak

0 org komen
Sapa tak kenai Samy Vellu. Pemimpin MIC yang paling lama memegang tampuk kuasa sebagai presiden MIC dan lebih lama dari Mahathir.


Dalam politik kita tengok Samy Vellu macam tak berlaga angin dengan Mahathir tapi sebenarnya Samy Vellu adalah murid setia Mahthir. Apa yang Samy buat la ni, adalah atas didikan dan asuhan dari Mahathir.


Salah satu yang tegas dan setia diikuti Samy ialah, cantas sapa saja yang bakal menggugat kedudukan kita, baru kita boleh kekal sampai bila bila.


Terbaru Samy telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung part itu. Jawatan tersebut kini diisi oleh pengerusi MIC Negeri Sembilan, T Rajugopalu. Jumaat lalu, Murugessan telah menyatakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan empat pemimpin parti itu oleh Samy Vellu.


Sebelum ni dua ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Amaan, bersama dengan timbalan ketua Pemuda, V Mugilan dan pemimpin veteran dari bahagian Petalign Jaya, V Subramaniam telah dipecat. Keempat mereka dipecat oleh Samy Vellu tanpa didengar oleh jawatankuasa disiplin.

Memang layak Umno berkawan dengan dia

0 org komen
Bercakap kepada pemberita di London ,pemilik rangkaian kedai Spot Toto itu dengan angkuh dan sombong membidas pihak yang melarang kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi sukan tersebut sebagai "amat berpemikiran cetek" dan tidak "berfikir secara munasabah".

Vincent Tan menyatakan bahawa lesen perjudian tersebut perlu diluluskan kerana ia memberikan sumber kewangan kepada negara dan mengekang perjudian haram.

Samy boleh mintak nyawa

0 org komen
Samy dah boleh mintak nyawa sekarang. Tabung GAS Samy dah nak habis. Hampir 5,000 orang hadiri perhimpunan GAS di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines.

Tak kira samaada V. Mugilan kata bukan Umno dibelakang gerakan GAS ni, tapi tangan yang menggerakkan GAS ni memang berkuasa la. Hebat betol. Kita kena suka bila tengok musuh bercakaran.

Katak pertama yang lemas

0 org komen

Mohd Fairus dakwa PKR tunggu masa 'karam'
Bekas timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berkata krisis dalaman PKR kini kian meruncing dan parti itu hanya menunggu masa untuk "karam".

"Jika dulu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tohmahan bahawa 'kapal Umno' akan menerima nasib seperti 'Titanic' tapi hakikatnya kini, itulah nasib yang akan dialami PKR tidak lama lagi," katanya ketika ditemui Bernama selepas Ceramah Perdana Program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di Kampung Sungai Tengas, dekat Kulim malam tadi.

Hadir sama pada majlis yang disertai hampir 1,000 penduduk tempatan itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin.

Mohammad Fairus berkata Anwar kini berada dalam keadaan terdesak kerana semakin ramai anggota Melayu yang lari keluar PKR kerana bosan dengan tindak-tanduk dan janji palsu pemimpinnya.

Beliau berkata kini ketua umum PKR itu menaburkan pula janji menggunung untuk memberi kedudukan sebagai timbalan perdana menteri kedua kepada orang Cina setelah PAS ditawarkan untuk jawatan timbalan pertama jika beliau menjadi perdana menteri.

Mohammad Fairus juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kongres PKR di Kota Baharu Jumaat lalu bahawa anggota yang keluar parti, khususnya ADUN dan ahli parlimen, telah menerima imbuhan RM2 juta setiap seorang.

“Inilah dia apa yang disebut sebagai pembunuhan politik pusingan kedua yang dilakukan pemimpin PKR seperti Wan Azizah yang sudah ketandusan modal, dan untuk mendapatkan sokongan rakyat, mereka mengeluarkan pelbagai fitnah yang melulu demikian,” katanya, sambil menambah tindakan itu adalah "Prosedur Operasi Standard" Anwar.

Mohammad Fairus berkata perkara itu sebenarnya tidak pernah berlaku kerana penyertaan beliau dalam Umno adalah kerana perjuangan dan tidak 

- Bernama

Menggigit bukan menyalak

0 org komen
MCA perlu belajar menggigit, bukan sekadar menyalak: Penganalisis

Binatang ni memang kerja dia menggigit.

Inilah hasil dari gigitan binatang diatas tuh...

Jadi MCA nak jadi binatang apa, kalau binatang kat atas tuh pun baguih jugak, kulit boleh buat kasut ngan talipinggang... berguna sangat kat Umno bila dah mati...

KUALA LUMPUR: MCA, sebagai anggota komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN) sebelum ini meuar-uarkan bahawa ia mahu berubah, mahu mengubah imejnya yang sebelum ini dilihat agak konservatif kepada imej yang lebih garang bersuara. 

Seperti yang ditegaskan oleh pucuk pimpinan barunya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa MCA sudah terlalu lama menjadi konservatif, sehingga menimbulkan tanggapan salah bahawa parti itu takut untuk bersuara bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina.

Tetapi setakat ini, sejauh manakah perubahan dilakukan sehingga dapat menarik kembali selera masyarakat Cina untuk menyokongnya.
Kalau mahu dijadikan ukuran, ternyata pada pilihan raya kecil Hulu Selangor yang baru berlalu, pengundi Cina masih belum berganjak untuk menyokong BN menerusi gerak kerja MCA.

Namun sebagai permulaan kepada langkah perubahannya, MCA di bawah Chua telah mengemukakan memorandum 100 muka surat kepada perdana menteri dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengenai inisiatif pembangunan yang mahu dilaksanakannya di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ia sekali gus memohon RM1 bilion untuk membantu membangunkan pendidikan sekolah Cina.

Menurut seorang ahli jawatankuasa pusat (CC) MCA Loh Seng Kok, MCA selepas ini akan menghebahkan kepada umum mengenai apa yang mahu dilakukan olehnya dan tidak lagi merasa segan untuk meur-uarkannya.
"Sejak sekian lama, MCA mengamalkan berunding dan berbincang di sebalik tabir berhubung isu yang melibatkan masyarakat Cina. Maka rakyat beranggapan bahawa MCA tidak bekerja untuk memperjuangkan kepentingan mereka dan menurut sahaja polisi yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Bagi seorang lagi ahli CC Datuk Chong It Chew, pucuk pimpinan MCA cukup tegas untuk menangangi isu-isu lama yang belum selesai termasuk isu pendidikan yang sememangnya begitu dekat di hati masyarakat Cina.

Ia telah meminta kerajaan untuk meningkat peruntukan kepada sekolah Cina kepada 20 peratus daripada kira-kira 4 peratus di bawah RMK-10.

Selain itu ia mahu agar kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu di kalangan sekolah persendirian Cina.

"Ini antara isu yang kita mahu masyarakat Cina tahu yang kita sedang memperjuangkannya. Tidaklah sehingga ia diluluskan baru kita nak umumkannya," kata Chong.

Tetapi adakah sekadar menyatakan kehendak dan meminta peruntukan lebih sudah memadai bagi MCA untuk memuaskan hati masyarakat Cina.

Tidakkah ia sekadar mengubah strategi dan bukan membuat perubahan dasar kepada prinsip perjuangan parti itu.

"Apa yang saya lihat MCA di bawah pimpinan Dr Chua sedang membina imej baru parti, terutamanya mengenai perubahan strategi. Tetapi saya tidak melihat sebarang perubahan kepada prinsip perjuangan parti.

"Secara mudahnya, ramai yang merungut bahawa di dalam BN, MCA tidak mempunyai suara. Semuanya didominasi parti lain. Jadi bagaimana MCA mahu mengimbangi atau mengubah persepsi ini?" soal penganalisis politik, Datuk Cheah See Kian.

"Ia tidak boleh bertindak seperti parti pembangkang, menjadi lebih vokal dan membuat permintaan itu dan ini. Nanti orang akan bertanya balik, kamu juga adalah kerajaan, mengapa kamu tidak boleh selesai sendiri isu dan membantu rakyat.

"Saya juga melihat parti komponen lain terutama Umno sudah berubah. Mereka telah memperluaskan proses pengundian mereka dan membuat pendekatan secara langsung termasuk dengan mendekati lain-lain kaum.

"Tetapi rakyat tidak melihat MCA, Gerakan atau MIC malah SUPP telah berubah," katanya.

Seorang lagi penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata, MCA perlu membuat lebih lagi daripada sekadar menyerah memorandum kepada kerajaan mengenai apa yang ia mahu.

Langkah itu sudah ketinggalan zaman, katanya.

"MCA perlu laksanakan apa yang ia kata. Mereka perlu belajar untuk menggigit dan bukan sekadar menyalak," katanya. - Bernama

Chegubard cabar Shamsul jawatan ketua pemuda PKR?

0 org komen
Ada kemungkinan Shamsul akan dicabar untuk jawatan ketua pemuda PKR di hujung tahun ini. — Gambar oleh Jack Ooi

KOTA BARU, 30 Mei — Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi jawatan ketua pemuda parti itu hujung tahun ini.

“Bagi saya kalau cabang merasakan saya mampu untuk melakukan tugas itu dengan baik, saya akan timbangkan... itu terpulang kepada akar umbi,” kata beliau Badrul yang lebih mesra dikenali sebagai “Chegubard” kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan ada pihak yang mahu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR.

Menjawab kemungkinan itu, Badrul, 33, berkata, “kalau ada peluang untuk memenangi jawatan naib presiden, mengapa tidak melihat kemungkinan itu.”

Pun begitu Badrul menjelaskan, oleh kerana pemilihan masih jauh lagi, beliau belum memikirkan perkara tersebut.

Pada pilihan raya umum lalu Badrul bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

Ketika ditanya sama ada beliau didesak mencabar Shamsul Iskandar kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinannya, Badrul yang juga anggota Majlis pimpinan Pusat (MPP) menjelaskan:

“Ini bukan soal gembira atau tidak gembira dengan prestasi beliau (Shamsul)... beliau telah memberikan yang terbaik untuk membina parti.”

Shamsul Iskandar dipilih sebagai Ketua AMK pada 2007 selepas ia kosong ekoran keputusan Mohamad Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR.

Ketika itu Shamsul Iskandar merupakan Naib Ketua AMK.

Badrul juga menolak tanggapan bahawa beliau akan bergerak ke kedudukan lebih rendah jika bertanding jawatan Ketua AMK.

Kata Badrul, beliau sentiasa mengambil pendirian untuk memberi sumbangan membina parti dengan berada di apa jua kedudukan dengan mengambil kira kehendak ahli.

“Saya berada di MPP, saya boleh melakukan tanggungjawab (membina) parti... saya memikirkan kedudukan yang terbaik untuk memberi yang terbaik (membina parti) untuk parti,” katanya lagi.

“Di mana cabang minta saya berada, saya akan berada di sana,” kata beliau lagi apabila diulang tanya mengenai kemungkinan jawatan yang bakal ditandingi kali ini.

PKR akan mengadakan pemilihan akhir tahun ini di bawah sistem pemilihan baru ekoran pindaan perlembagaan parti pertengahan tahun lalu.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan parti secara “hitam putih” minggu lalu.

Di bawah pindahan perlembagaan, setiap ahli mempunyai hak untuk memilih pemimpin pusat.

Kini PKR mempunyai kira-kira 500,000 ahli dengan 206 bahagian di seluruh negara.

Harap Anwar lebih tahu

1 org komen

Salam semua...

Beriadah pagi memang syok sungguh. Segar rasa kepala, lagi segar rasanya kalau Pak Long dapat tau betoi ka tak betoi dakwaan Anwar terhadap tok wakil dari PKR yang dapat habuan ketika melompat.

Dakwaan Anwar ni sebenarnya cukup serius. Tok tok wakil dari PKR yang ketagih sangat dengan 'wakil bebas mesra BN' ni mesti tak cukup tidoq. Apatah lagi kalau betoi depa dapat ganjaran wang dan kontrak hasil dari usaha keras depa melompat tuh. Pak Long tak nafikan, Anwar memang politikus hebat, tiap dakwaan darinya mesti ada disertakan bukti. Pendedahan macam ni kalau kena gayanya akan menjulang balik imej PKR.

Pak Long cuma harap, Anwar tak bermain tarik tali dalam soal ini. Retorik bukan masanya. Politik PKR telah teruk tercemar gara gara tok wakil yang rendah moral ini. Mereka perlu dilondehkan demi keputihan politik negara. Jangan hanya bermain kata dengan niat menarik publisiti ke konvensyen kita.

Pak Long harap Anwar lebih tahu... wassalam...

Mana tak bankrap 9 tahun lagi, bila...

0 org komen
Drs. Khalil Idham Lim

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi? Yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.

2- Sime darby rugi lebih RM1 billion

3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...

4- PKFZ rugi beratus billion..

5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...

6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

Senarai di atas adalah beberapa peratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bankrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semoga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. Malah bukannya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bankrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.

Kenapa ni Tun

2 org komen
Hishamuddin: Kenapa ni Tun... ?

Tun M: Aku nak tengok jugak jambatan bengkok tu sebelum pejam mata... hu... hu... hu... hang paksa jugak Najib buat tapi cakap elok elok tau... hu... hu... hu...

Gaza: Terhenti tapi ikut jadual

0 org komen
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza masih terhenti di tengah Laut Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.

Walaubagaimanapun, Lifeline4Gaza semalam melaporkan penangguhan itu tidak mengganggu jadual asal konvoi untuk tiba di Gaza.

Dalam satu sidang media di atas kapal Mavi Marmara semalam, Presiden IHH, Bulent Yildirim menjelaskan bahawa konvoi itu masih menunggu sebuah kapal penumpang daripada Cyprus yang akan membawa ahli-ahli parlimen Eropah.

Kapal tersebut dijangka sampai dalam masa terdekat.

Terdahulu, sebuah kapal kargo IHH telah mengalami sedikit kerosakan. Kerosakan tersebut telah dipulihkan sepenuhnya oleh sekumpulan jurutera dan juruselam yang dihantar daripada kapal Mavi Marmara.

Walaubagaimanapun, kapal Rachel Corries yang telah berlepas daripada Ireland dijangka mengambil masa lebih sehari lagi untuk sampai.

Dalam satu kenyataanya, Bulent menegaskan bahawa ancaman berterusan rejim zionis Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu sekali-kali tidak membuatkan mereka takut mahupun menukar perancangan.

“Peserta paling muda dalam kapal ini berumur kurang daripada setahun. Peserta paling tua pula berumur lebih daripada 80 tahun.

“Kami tidak membawa sesuatu apa senjata pun. Jadi kalau Israel ingin menggunakan kekerasan terhadap kami, mereka akan benar-benar bertindak di luar akal yang waras,” kata Bulent.

Semua mereka yang menggunakan akal dapat menerima bahawa kapal itu hanya membawa bahan bantuan kemanusiaan.

Ketika ditanya apakah persiapan mereka untuk berhadapan dengan tentera Israel yang mungkin berlaku, Bulent menjawab, “kami tidak bawa apa-apa senjata, kami akan lawan dengan keinginan dan keyakinan kuat kami sahaja”.

“Adalah tidak masuk akal bila mana Israel cuba menentang kami seolah-olah mereka berhadapan dan berperang dengan sebuah negara. Kami hanyalah sebuah konvoi bantuan yang dibawa oleh NGO,” sambung Bulent.

Beliau juga tetap menegaskan pendirian untuk tidak menyerah mana-mana bahan bantuan yang dibawa mahupun peserta-peserta konvoi itu kepada Israel.

Ketika berita ini ditulis, sebuah kapal penumpang baru tiba daripada Sweeden. Kapal itu tidak termasuk dalam peracangan asal, menjadikan jumlah kapal yang menyertai konvoi itu sebanyak tujuh buah.

Ulama Umno bakar kapal

0 org komen

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia
Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam
Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah
Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid
Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah(islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat
Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis diMingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah
Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

*************************************

Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).



Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

Khalid Ibrahim mesti kekal tapi wajib berubah

0 org komen
MB SELANGOR - TAN SRI KHALID IBRAHIM MESTI KEKAL TAPI WAJIB BERUBAH

Oleh: WFAUZDIN NS
MENGAPA kita harus memikirkan Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor sekarang perlu disingkirkan? Tidak dapat dinafikan desas desus yang menyatakan bahawa ada usaha untuk menggugurkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dan isu ini nampaknya seolah-olah menggambarkan Tan Sri Khalid telah gagal menjalankan tugasnya selaku MB Selangor di bawah PR. Benarkah beliau gagal?

Saya secara peribadi tidak menyokong sebarang usaha untuk menggugurkan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor selagi beliau tidak melakukan sebarang kesalahan besar atau penyelewengan. Faktanya, beliau kini berjaya mentadbir Selangor dengan baik dan efisyen serta lebih penting lagi berusaha untuk melaksanakan ketelusan di dalam pentadbirannya. Jika ingin dibandingkan dengan MB negeri-negeri di bawah kuasa Bn/Umno, jauh bumi dari langit walaupun Tan Sri Khalid baru mencapai lebih kurang 2 tahun pentadbirannya. Berbagai usaha telah beliau lakukan sejajar dengan dasar merakyatkan Selangor. Tetapi, jangan kita taksub dengan beliau kerana masih ada beberapa kelemahan Tan Sri Khalid sepanjang pentadbirannya.

Saya bersetuju dengan beberapa pandangan ahli-ahli dan para penyokong PKR terutamanya yang ingin melihat Tan Sri Khalid tidak `meletakkan jawatan' beliau selaku ahli politik setelah beliau menduduki kerusi empuk MB. Beliau sebelum ini terkenal sebagai ahli koperat sebelum dibawa ke gelanggang politik dan kemudiannya agak lama juga berjuang sebagai pemimpin politik. Hasil perjuangannya di dalam politik lah maka beliau berpeluang menduduki kerusi MB Selangor kerana rakyat inginkan beliau menunaikan janjinya sebagai ahli politik. Politik bukan kotor jika kita tahu bermain politik yang bersih.

Pemimpin politik umpama panglima perang juga di dalam medan perjuangan. Panglima Perang dan juga askar laskar bukan sahaja tahu menggunakan senjata tetapi mesti tahu dan arif di dalam strategi peperangan. Panglima Perang yang bijak adalah yang arif tentang tipu muslihat musuh dan bagaimana untuk menghadapinya. Begitulah juga dengan pemimpin politik. Tan Sri Khalid kini umpama Panglima Perang di dalam PR di Selangor dan bertuahnya kita telah kenal musuh kita iaitu Umno. Tan Sri Khalid tidak boleh bermegah hanya dengan kepandaiannya `bermain senjata' tetapi alpa tentang strategi musuh. Di sinilah saya melihat kekurangan yang ada pada Tan Sri Khalid.

Sukar untuk kita nafikan sememangnya ada beberapa kroni Umno yang dahulunya makan hasil dari suapan Khir Toyo, kini masih menganga untuk disuap pula oleh Tan Sri Khalid. Saya bukan bermaksud Tan Sri Khalid wajib hanya memberi makan di kalangan kita sahaja, tetapi sekurang-kurangnya peluang boleh diberikan kepada muka-muka baru ini untuk merasai nikmat rezeki di bawah pemerintahan PR yang mereka bersusah payah menyokongnya sebelum ini. Jika di waktu zaman Bn/Umno samada di zaman Muhammad Taib atau Khir Toyo, mereka-mereka ini umpama `pengutip sisa' di jalanan dan tidak diberi peluang kerana di waktu itu amalan kronisma amat menebal, amat tidak masuk akal sekiranya ketika kita memerintah mereka ini masih menjadi `pengutip sisa' di jalanan lagi?

Jika pengalaman dijadikan faktor Tan Sri Khalid untuk terus memilih orang yang sama, maka sampai kiamatlah golongan mereka yang terpinggir di zaman Bn/Umno memerintah dulu tidak akan merasai kesan dan nikmat rezeki di bawah parti yang mereka sendiri perjuangkan kerana sampai bila mereka akan mendapat pengalaman sekiranya tidak diberi peluang? Seandainya mereka diberi peluang dan ternyata mereka gagal atau semata-mata ingin kaya cepat tanpa usaha, kita tidak akan membantah sekiranya Kerajaan Selangor tidak lagi memberi peluang kepadanya.

Sekarang ini bukan sedikit rungutan yang kita dengar bukan tentang keupayaan atau ketelusan Tan Sri Khalid sebagai MB, tetapi kerana sikapnya yang tidak bijak atau mempunyai kepintaran sebagai pemimpin politik. Beliau dikatakan mentadbir Kerajaan Negeri seperti mentadbir sebuah syarikat gergasi yang pernah beliau warisi dahulu. Mentadbir sebuah syarikat terlalu jauh bezanya dengan mentadbir sebuah negeri, apatah lagi sebuah negeri yang besar dan kaya seperti Selangor ini. Terlalu banyak musuh yang mengintai untuk merampas kuasa dan mereka ini mempunyai strategi yang mungkin Tan Sri Khalid tidak sedari. Mungkin mereka sudah ada yang meletakkan askar laskar mereka di dalam bangunan pejabat MB atau juga di mana-mana anak syarikat dan Majlis Perbandaran atau di mana jua dengan tujuan untuk meruntuhkan Kerajaan PR Selangor.

Tindakan segera mestilah dibuat dari sekarang. Tan Sri Khalid tidak perlu turun dari kerusi MB Selangor kerana beliau telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik setakat ini. Tan Sri Khalid hanya perlu bertindak sebagai pemimpin politik atau sebagai Panglima Perang yang masih lagi di medan peperangan. Lakukan lah yang terbaik dan penuh kebijaksanaan asalkan tidak lari dari prinsip keadilan dan ketelusan. Semoga Selangor terus maju dan rakyatnya diberkati, InsyaAllah.

Saturday, May 29

Wan Azizah

0 org komen
Ucapan Dasar Presiden PKR

Harakahdaily
PENDAHULUAN

Bismillah alrrahman alrrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullihi wa barakatuhu dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah swt kita di panjangkan usia dan dianugerahkan kesihatan yang baik hingga dapat bersama-sama di dewan Kelantan Trade Centre ini bagi mengadakan Kongres Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun ini, kita bertuah kerana dapat bertandang ke Kota Bharu, Kelantan, bumi Cik Siti Wan Kembang, negeri yang diperintah oleh kerajaan pimpinan rakan kita, dari Parti Islam se-Malaysia sejak dua dekad yang lalu.

Walaupun dengan kelebihan satu kerusi pada 2004, PAS dengan kepimpinan ulamak; tawadduq dan istiqamah telah Berjaya mempertahankan kerajaan negeri terus memperkukuhkannya hingga ke hari ini.

Justeru, kunjungan kita ke Kota Bharu ini, bukan satu kebetulan. Kunjungan ini disertai dengan misi penting; yakni, mengajak kita semua kembali menghayati fitrah sebuah perjuangan yang kita pegang.

Orang hulu balik ke hulu,
Bila sampai bulan terang,
Asal niat jernihkan dahulu,
Agar segak langkah pejuang.

ERTI SEBUAH PERJUANGAN

Saudara-saudari yang dikasihi,
Kita telah lalui tiga era kepimpinan lawan. Kepimpinan UMNO kini kian berkecamuk dan terdesak, umpama binatang buas yang luka, tindakbalasnya nekad dan lebih zalim.

Sesungguhnya hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan musuh yang terdesak serta nekad seperti hari ini. Hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan tekanan di luar batas kemanusiaan serta ujian sogokan dan imbuhan, ibarat tiada sempadan.

Justeru, bagaimana pula tindakan kita? Kita harus kembali ke titik mula perjuangan kita; janji dan sumpah kita, harapan dan doa restu rakyat. Kita juga harus muhasabah, secara jujur dan ikhlas, adakah kita pejuang sejati.

Saudara-saudari perwakilan yang dikasihi,
Kita singkap semula! KEADILAN lahir di tengah-tengah rintihan rakyat. Rakyat mendambakan satu wadah yang diharapkan dapat menyelamatkan negara ini dari terus dimusnahkan.

Pabila Raja kerenah,
Pabila gundek menabur fitnah,
Pabila pembesar kurang amanah,
Pabila kepercayaan rakyat kian punah,
Itulah tandanya Negara akan musnah.

Di bahu kita harapan disandarkan. Ibarat batang pokok, yang menunjangi perjuangan kita. Kita yakin kemahuan rakyat yang mahukan keadilan dan perubahan.

Hari ini, akan saya ungkapkan sekali lagi Deklarasi Permatang Pauh, 12 September 1998. Bahawa yang kita perjuangkan adalah:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Saudara-saudari dalam perjuangan yang dikasihi,
Pilihanraya umum ke-12 memberi kemenangan dan kedudukan moral kepada kita untuk mendepani usaha menyelamatkan Negara.

Walaupun kita telah membuat anjakan besar, hakikatnya negara masih lagi bergelut dengan kebejatan dan salah guna kuasa yang sama, diarahkan oleh dalang politik yang sama. Malah jauh lebih ganas kerana luka 2008 tidak mampu mereka terima.

Justeru, tidak hairanlah sandiwara Fitnah 2 dirancang dan kali ini menonjolkan watak yang lebih mantap. Fitnah 2 ini adalah peringatan besar kepada kita bahawa barah yang mencetuskan perjuangan rakyat pada tahun 1998; masih bersarang, makin bernanah hingga ke hari ini.

Ringkasnya tuan-tuan dan puan-puan,

Sewajarnya kita mengingat kembali pengajaran perjuangan Rasulullah SAW ketika berlakunya ujian-ujian getir dalam peristiwa Tahun Kesedihan – orang-orang Islam telah dipulaukan, isteri kesayangan Rasullah SAW iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib, bapa saudara Rasullah SAW meninggal dunia pada tahun itu, sehinggakan Rasulullah ditempelak oleh musuhnya bahawa “Tuhannya sendiri telah meninggalkannya”. Tetapi berkat iman dan istiqamah mereka, Allah SWT membalasnya dengan kemenangan.

Memang lazim kebatilan disokong kerana ia ada kekuatan, kezaliman dijunjung kerana ia ada kuasa, manakala pembohongan diakui, kerana ia kaya dan menguasai media. Namun percayalah, sebuah kerajaan yang zalim, kekuatan zahiriah yang mereka ada selalu menyembunyikan betapa rapuhnya tampuk kuasa yang mereka pegang; ingat firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr ayat 14, mafhumnya:

Di dalam al-Quran, Allah SWT memberikan contoh-contoh yang nyata mengenai peringatan ini -dari Firaun ke Parsi hingga ke Rom; kerajaan zalim yang nampak begitu gagah runtuh satu persatu. Kita arif dengan kupasan Ibn Khaldun dalam mukaddimah. Mutakhir ini kita menyaksikan kebangkitan rakyat menewaskan kezaliman apartheid di Afrika Selatan, Marcos di Filipina dan Shah di Iran.

MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT

Saudara-saudari yang dikasihi
Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat dan KEADILAN khususnya di Selangor, adalah kepercayaan bersyarat. Harapan rakyat yang diungkapkan melalui manifesto, perlu diterjemahkan dengan sebaiknya melalui pelaksanaan yang menepati tuntutan.

Bukan mudah untuk memimpin Selangor, apatah lagi selepas 50 tahun diporak-perandakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus mentadbir negeri dengan baik, walaupun terpaksa berhadapan dengan karenah dan tentangan dari luar mahupun dari dalam.

Sesungguhnya, pengiktirafan tidak datang dengan percuma. Kerajaan Negeri Selangor perlu terus menjunjung aspirasi rakyat, dan aspirasi parti rakyat, dan aspirasi parti dan PR.

Tempoh dua tahun memimpin, pelbagai dasar yang meletakkan kepedulian kepada rakyat di hadapan telah dilaksanakan. Program-program ini perlu disokong dan dan diperhebatkan. Kerajaan Negeri perlu lebih kreatif menggembleng tenaga dengan aktivis parti untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat kebaikan dari program sebegini.

Pada masa yang sama, jangan kita lupa bahawa rekod dua tahun Kerajaan 2 Negeri PR adalah satu rekod membanggakan. Cubaan demi cubaan dibuat untuk menyabitkan kerajaan Selangor dengan rasuah gagal.

Saudara-saudari sekalian,
Namun, beberapa aspek perlu diberi perhatian;

Pertama, percepatkan pelaksanaan keputusan dan kelicinan pentadbiran. Kenal pasti undang-undang, dasar dan arahan pekeliling yang menjadi punca kepada kelewatan dan birokrasi remeh untuk disemak, dipinda mahupun dibatalkan.

Kedua, pastikan perkhidmatan dan bantuan kerajaan negeri sampai hingga ke peringkat yang terbawah.

Ketiga, perhebatkan pelan pembangunan ekonomi negeri yang berlandaskan Agenda Ekonomi Malaysia.

Keempat, penuhi harapan rakyat di dalam perkhidmatan kerajaan tempatan. Penghulu, JKKK, Ahli Majlis dan pemimpin setempat perlu memainkan peranan penting kerana anda adalah wakil kita dengan rakyat. Program-program untuk meningkatkan keberkesanan mereka perlu dilaksanakan dengan segera.

Kelima, jentera penerangan Kerajaan Negeri perlu lebih agresif, proaktif dan kreatif untuk memastikan dasar-dasar dan maklumat Kerajaan Negeri sampai ke kumpulan sasaran. Harus diingat, politik adalah persoalan persepsi.

Para perwakilan yang dihormati,
Model ekonomi dan pentadbiran kita, berasaskan prinsip urustadir baik atau good governance, atas keyakinan bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk mentadbir dengan cekap, telus dan amanah. Tanggungjawab memacu ekonomi perlu dipikul bersama sektor swasta, dan ruang diberikan sepenuhnya kepada mereka untuk merancakkan kegiatan ekonomi, tanpa mengorbankan kebajikan rakyat.

Saudara saudari sekalian,
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 mengesahkan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak di bawah PR mempunyai rekod pentadbiran yang baik dan bersih. Saya mencadangkan Kerajaan Selangor mengadakan good governance index atau Indeks Pentadbiran Baik setiap tahun, agar kita tahu kedudukan kita dan rakyat boleh menilai komitmen kita kepada pentadbiran yang cekap, telus dan amanah.

KESAKSAMAAN SEMUA KAUM

Saudara-saudari yang dimuliakan
Umno sedar bahawa model parti pelbagai kaum yang kita bawa memenuhi kehendak rakyat. Walaupun mereka cuba menafikan, keputusan PRU 12 jelas membuktikan; masa depan politik negara ini mampu dicapai melalui muafakat jujur rakyat pelbagai kaum.

Mereka kini sudah hilang punca, dan terpisah dari aspirasi sebenar orang Melayu kerana asyik dengan kemewahan hasil penyelewengan. Sebab itu, mereka menumpukan serangan kepada parti, demi memusnahkan kredibiliti kita kepada pengundi Melayu. Kita difitnah sebagai anti-Melayu.

Gejala polarisasi kaum yang dibawa oleh Umno ini merbahaya kepada negara. Apatah lagi tindakan menghasut dan memainkan sentimen perkauman ekstrim menjadi senjata ampuh mereka. Konsep 1Malaysia adalah satu hipokrasi kerana wujud percanggahan ketara diantara janji manis dan tindakan rakus! Malaysia wajib kita selamatkan dari terus diadu-domba dengan sentimen merbahaya.

Saudara-saudari sekalian,
Kerisauan orang Melayu, akibat hasutan musuh dan propaganda media perdana bukan sedikit. Kita perlu menerangkan dasar parti kepada rakyat khususnya orang Melayu, melalui program-program yang berkesan. Mereka harus tahu, parti kita jelas mengenai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, malah Landasan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, secara terbuka mengiktiraf kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, seperti mana terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Umno menghasut rakyat bahawa kononnya kita menggadaikan kepentingan orang Melayu, apabila kita berpendapat Dasar Ekonomi Baru (DEB) wajar dihapuskan. Kita harus meyakinkan rakyat, kita menentang DEB, kerana ia gagal mencapai tonggak utamanya, yakni, menjaga kepentingan orang Melayu, dan perlaksanaan memperkayakan keluarga pemimpin dan kroni UMNO dan meminggirkan rakyat termasuk Melayu, Orang Asal, Dayak, Iban, Kadazan dll.

Orang Melayu dan Bumiputera telah ditipu sekian lama oleh Umno yang mahukan orang Melayu bergantung harap kepada kerajaan semata-mata; kerana Umno sedar tatkala orang Melayu mula yakin dengan kemampuan mereka dan tidak lagi memerlukan sokongan ahli politik Umno. Maka dasar ekonomi mereka adalah curahan bantuan kecilan agar rakyat terus mengharap dan bergantung, tidak merdeka dari segi ekonomi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Persoalan kedudukan orang Melayu adalah persoalan jati diri dan daya saing. Orang Melayu perlu berdaya saing dan dilengkapi ciri-ciri ilmuan, kreatif dan inovatif. KEADILAN berjuang untuk membina jatidiri, dan asas kekuatan ekonomi orang Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Contohnya, peruntukan saham orang Melayu telah diselewengkan oleh beberapa kerat sahaja sedangkan majoriti orang Melayu berputih mata. Ketirisan yang berlaku terlalu teruk, hinggakan daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan; hari ini hanya tinggal RM2 billion sahaja yang kekal di tangan Bumiputra.

Apa akibatnya jika pendekatan ini diteruskan?
Amalan boros, tabiat memperkaya diri dan keluarga menghakis keyakinan dan daya saing. Akibatnya, kehidupan rakyat terhimpit. Harga barang keperluan meningkat; dan minyak naik lagi. Kini subsidi mahu ditarik – bukan subsidi IPP, AP atau konglomerat kaya; tetapi bantuan rakyat miskin terutamanya Bumiputera.

Potensi negara untuk terus maju akan terbantut, kerana gejala rasuah berleluasa. Perkara ini telah dan sedang berlaku – pertumbuhan ekonomi negara di sekitar 5 hingga 6% sahaja yakni ketinggalan berbanding prestasi Negara jiran.

Saudara saudari yang dikasihi,
Persoalan membina jati diri, dan daya saing, adalah persoalan kaedah – sebab itu KEADILAN telah menyediakan kaedah baru untuk membina jati diri dan dayasaing orang Melayu dan Bumiputera; melalui Agenda Ekonomi Malaysia. Menjadi tanggungjawab semua anggota parti untuk membawa hujah bahawa kaedah melalui agenda ekonomi ini adalah yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Felda adalah satu lagi contoh yang jelas menunjukkan cengkaman UMNO kepada orang Melayu. Apabila Allahyarham Tun Abdul Razak memulakan konsep tanah perancangan, tujuannya adalah untuk memberikan tanah kepada orang miskin agar mereka mempunyai aset untuk bergiat dalam kegiatan ekonomi. Maka peneroka yang menyertai skim akan berpeluang memiliki tanah sendiri untuk diusahakan. Falsafahnya jelas, iaitu memberikan hakmilik tanah kepada orang miskin yang bergiat dalam sektor pertanian melalui skim tanah perancangan.

40 puluh tahun berlalu; apa yang telah berlaku?
Peneroka Felda tidak lebih dari pekerja ladang yang makan gaji dengan Felda, sebuah syarikat korporat milik kerajaan. Pelbagai sekatan dikenakan, penuh dengan putar belit hingga peneroka Felda terpaksa ke mahkamah untuk mendapatkan hak mereka.

Harapkan pagar, pagar pula yang makan padi.
Harapkan anak, anak pula tak mengenang budi.

Felda hanyalah satu contoh kecil, banyak lagi contoh lain - seperti pengurusan harta Melayu yang terletak di bawah tanah rezab Melayu, tanah wakaf dan pengurusan institusi Melayu seperti Tabung Haji, Bank Islam dan lain-lain.

Saudara-saudari sekalian,
Justeru, demi membongkar pengkhianatan ini, dan menjelaskan bentuk-bentuk perubahan yang akan kita laksanakan, dalam usaha kita menyelamatkan orang Melayu, KEADILAN akan menubuhkan satu pasukan khas, yang akan mengkaji beberapa isu yang berkait rapat dengan orang Melayu dan Bumiputera – seperti isu Felda, isu menaiktaraf kemahiran kakitangan awam, isu pengurusan harta Islam dan lain-lain.

Pasukan khas ini terdiri dari pelbagai kaum kerana isu-isu bumiputera bukanlah isu eksklusif tetapi tanggungjawab itu akan dipikul, bersama oleh pimpinan pelbagai kaum– seperti mana isu yang rapat dengan kaum-kaum lain. Kita akan angkat isu bumiputera, Cina dan India terutama yang berpendapatan rendah dan miskin sebagai isu rakyat Malaysia, manakala hak masyarakat juga akan kita angkat sebagai isu rakyat Malaysia.

MEMBINA MASA DEPAN MALAYSIA YANG SEJAHTERA

Saudara-saudari yang dihormati,
Suasana global akan menjadi lebih tidak menentu. Dunia akan menyaksikan pengaruh Negara China dan kuasa-kuasa baru yang akan mengimbangi Amerika Syarikat dan blok Barat dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan terbuka untuk mencorak masa depan dalam konteks dunia yang berubah. Tanda aras ini perlu merujuk kepada kemampuan kerajaan menangani masalah, dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan latar belakang sosio-ekonomi.

Saudara dan saudari,
Akhir-akhir ini, gejala menghakis hak-hak negeri, di dalam Persekutuan Malaysia begitu membimbangkan. Semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat menjadi mangsa penindasan ini. Negeri Kelantan dinafikan hak terhadap royalti minyak.

Terbaru adalah isu penyerahan dua jelapang minyak yang besar, di pesisir pantai Sabah dan Sarawak. Isu ini bukan sahaja pengkhianatan BN kepada rakyat Malaysia kerana dengan mudah ia menyerahkan harta rakyat kepada negara asing – tindak-tanduk itu juga melanggar batasan hubungan Negeri dan Persekutuan; serta membelakangkan Parlimen.

Setiap tindakan yang berkaitan dengan kedaulatan wilayah, perlu dirujuk kepada Parlimen. Memandangkan ia melibatkan kedaulatan wilayah Sabah dan Sarawak, maka wajib bagi kerajaan pusat, berbincang dan mengambil kira pandangan kerajaan negeri tersebut kerana ia adalah intipati utama dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apabila Singapura diminta keluar dari Malaysia, keputusan ini dirujuk, dibahas dan diputuskan oleh Parlimen. Apabila akta Pembangunan Petroleum digubal, hak menyerahkan hasil petroleum untuk dibangunkan oleh PETRONAS telah dibahas dan diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Rakyat Sabah dan Sarawak tidak rela kerajaan Barisan Nasional merompak dan menyerahkan harta milik rakyat dengan sewenang-wenangnya kepada negara asing. Rakyat Sarawak telah menamatkan tempoh “deposit tetap” Barisan Nasional pada 16 Mei yang lalu di Sibu. Saya yakin Sarawak akan menghukum BN. Tahniah kita kepada DAP di atas kemenangan manis. Komitmen KEADILAN dan PAS dalam rangka PR teruji pada pilihanraya negeri akan datang, InsyaAllah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Di samping KEADILAN akan memastikan hak kerajaan negeri dipertahankan, kita mengulangi janji, akan menaikkan royalti minyak kepada 20% supaya pembangunan dapat dipercepatkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Apatah lagi setelah melihat betapa dhaifnya penghuni orang-orang Dayak, Iban, rumah-rumah panjang dan Melayu-Melanau di desa pingitan di Sibu baru-baru ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Di sudut diplomatik pula, rakyat kecewa dengan tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan wang rakyat sehingga RM77 juta kepada sebuah firma yang pernah ada kaitan dengan agensi perisikan Israel, semata-mata untuk membaiki imej Perdana Menteri. KEADILAN memandang serius perkara ini kerana isu APCO yang kita dedahkan di Parlimen, bukan sahana gagal dijawab oleh kerajaan malah Ketua Pembangkang pula yang mahu disingkir keluar Dewan.

Oleh itu Saudara-saudari sekalian,
MENJUNJUNG KESUCIAN ISLAM & HAK KEBEBASAN BERAGAMA

Saudara-saudari sekalian,
Mutakhir ini terdapat lambakan isu bersabit moral dan agama yang begitu merunsingkan rakyat. Kita bersyukur dan berterima kasih, di atas kematangan rakyat Malaysia yang tidak termakan dengan umpan, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu-isu sensitif agama. Perancangan mereka dengan memutar belitkan isu penggunaan nama Allah, tidak kesampaian. Apapun, kerunsingan rakyat ini perlu kita jawab dan rungkaikan.

Kejayaan Majlis Pakatan Rakyat mengadakan Wacana Agama dengan 120 perwakilan pelbagai agama, persatuan, pemimpin masyarakat dan aktivis menunjukkan kematangan kita menangani anasir pelampau opotunis. Saya memberi jaminan, KEADILAN akan terus mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama.

Saudara-saudari perwakilan sekalian,
Di sebalik lakonan kononnya memperjuangkan Islam – Umno tanpa segan silu meluluskan lesen judi sukan yang diberikan kepada kroni besar. Percambahan lesen judi, galakan berjudi dikalangan rakyat paling meluas di era kepimpinan DS Najib. Malangnya ustaz-ustaz UMNO terus membisu. Lebih mengaibkan buat mereka apabila Ahli Parlimen bukan Islam dari PR yang membantah.

Sehingga kini, tidak kedengaran langsung suara-suara dari Melayu membantah tindakan menghalalkan judi.

Jawapan rasmi kerajaan amat hambar; kononnya menghalalkan judi sukan akan membawa kebaikan kepada ekonomi negara dan membendung aktiviti judi haram di pasaran gelap.

MENONGKAH CABARAN YANG LEBIH HEBAT

Saudara dan saudari yang dimuliakan
Dua tahun mendatang adalah tahun kritikal kepada kita. Meskipun saya yakin api perjuangan yang kita nyalakan ini tidak akan padam, namun musuh akan menggunakan segala helah yang lebih jelek dan zalim terhadap kita.

Pada PRU Mac 2008 rakyat telah menghantar mesej jelas, menuntut reformari menyeluruh ke atas semua institusi Negara. Namun tuntutan itu diabaikan, malah mereka semakin salahguna kuasa dan rasuah lebih parah lagi.

Analisa pasca 2008 secara terang-terangan membuktikan rakyat lebih dewasa; menempelak propaganda. Namun mereka tidak mengambil iktibar. Apa yang berlaku hari ini jauh lebih teruk – hinggakan beberapa orang pengamal media dan penerbit meletakkan jawatan kerana campurtangan Menteri dan kaum keluarga mereka .

Institusi kehakiman pun menerima nasib yang sama. Walaupun isu VK Lingam menjadi satu isu besar di peti undi, tiada tindakan diambil. Keputusan-keputusan mutakhir yang kita perhatikan jelas menunjukkan darjat institusi kehakiman kita tidak banyak berubah berbanding tahun 1998 dahulu.

JAMINAN KESELAMATAN MELALUI POLIS BUKAN NEGARA POLIS

Ketua Polis Negara berkata bahawa penjenayah kini jauh lebih brutal dan ganas. Kerana itulah rakyat meletakkan harapan kepada institusi polis untuk menjaga keselamatan nyawa dan kesejahteraan harta benda dari tergugat dengan tindakan brutal.

Namun, hari ini keadaannya tidak begitu bilamana polis pula dilihat begitu cepat dan ghairah meragut nyawa atas alasan menjalankan tugas.

Bagi seluruh warga KEADILAN, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga adik Aminul Rasyid yang terkorban, serta semua mangsa tindakan serupa sebelum ini. Saya berasa tersentuh, 12 tahun dahulu, malam 20 September 1998 saya dengan begitu naïve meletakkan kepercayaan kepada polis ketika mereka membawa Saudara Anwar. Hari ini, selepas 12 tahun, pesan Saudara Anwar mengenai kezaliman polis masih relevan. Beliau mengingatkan rakyat kalau seorang Timbalan Perdana Menteri boleh diperlakukan begitu, apatah lagi nasib rakyat jelata.

Kita tegur atas prinsip dan tanggungjawab. Kita maklum ramai anggota polis terkorban ketika bertugas menentang penjenayah demi menjaga keselamatan rakyat. Malah ramai juga anggota parti kita bekas anggota polis. Sebab itu saya ingin tegaskan, kita menuntut institusi polis dibebaskan dari campurtangan politik. Latihan polis hendaklah menitikberatkan hal-hal kerohanian, hak asasi manusia dan pegawai polis mendokong fungsi dan peranan mereka secara profesional.

Apabila kita mencadangkan satu Suruhanjaya Bebas Penyiasatan Salahlaku Polis ditubuhkan, kita serius dalam soal keselamatan. Bukan tindakan memusuhi mana-mana pihak – tetapi ia satu mekanisme yang penting untuk meningkatkan imej polis.

PILIHANRAYA ADIL TUNTUTAN DEMOKRASI

Saudara-saudari sekalian,
Reformasi sistem politik dan proses pilihanraya langsung tidak menunjukkan kemajuan. Seingat kita, rapat umum Bersih dalam tahun 2007 sudah mampu menghantar mesej jelas, tuntutan bagi mengadakan pilihanraya yang adil dan bebas, rupa-rupanya tidak. Kita perlu mengkaji langkah-langkah baru untuk mempercepatkan proses reformasi politik dan pilihanraya menjelang pilihanraya ke-13. Saya juga mencadangkan kepada Pakatan Rakyat untuk merancang sekali lagi Himpunan Bersih dengan azam yang kuat menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus.

Pengalaman kita di kesemua pilihanraya kecil selepas Mac 2008 menunjukkan SPR masih tidak berubah. SPR bukan sahaja tidak professional dan berat sebelah, malah lebih teruk lagi apabila bersekongkol merancang penipuan. Pengendalian undi pos semakin dipertikaikan ketelusannya. Maka kita menyokong tindakan Dato Zahid Inrahim memfail petisyen, membantah proses PRK Hulu Selangor. Sehingga kini, integriti dan kesahihan daftar pengundi masih dipersoalkan. Kita bimbang jika kredibiliti SPR tidak dipulihkan, ia membawa kesan jangka panjang kepada keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

INTERGRITI PENCEGAH RASUAH
Saudara-saudari yang dikasihi
Perubahan yang dikatakan dijanjikan dengan pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berlaku. Persepsi masyarakat mengenai kebebasan dan integriti SPRM masih terus merudum. Buku berjudul Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times oleh Barry Wain dengan berani menyatakan bahawa negara kerugian 100 billion ringgit ketika pemerintahan Mahathir, masih gagal disiasat mahupun diulas oleh pemimpin hari ini mahupun oleh pegawai tertinggi SPRM.

Keterlibatan secara langsung SPRM dalam beberapa insiden berbaur politik sehingga menjatuhkan kerajaan sah Pakatan Rakyat, di Perak dan dikaitkan dengan kematian mendiang Teoh Beng Hock, ketika ghairah melakukan perkara yang sama di Selangor masih segar diingatan.

PENDIDIKAN DAN MASA DEPAN BANGSA

Hadirin yang dimuliakan sekalian,
Sistem pendidikan dalam negara perlu berani melaksanakan langkah drastik demi meletakkan mutu pendidikan negara ini setanding dengan negara serantau dan negara maju. Hasil kajian baru-baru ini, ranking Universiti Malaya yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan negara, kini berkedudukan tercorot dalam Asia.

Sistem Pendidikan yang masih dikongkong dengan cengkaman dan campurtangan politik serta menghalang para pendidik professional menggunapakai kaedah yang lebih berkesan adalah antara sebab utama kemerosotan tersebut. Kalaupun kita beranggapan bahawa kedudukan ranking tidak begitu penting, kejayaan graduan kita memenuhi keperluan pasaran juga masih berkembang. Kita masih lagi berhadapan dengan masalah pengangguran siswazah yang runcing setiap tahun, majority dikalangan bumiputra dan India miskin.

Kita juga berdepan masalah sumber yang tidak mencukupi, kurangnya iltizam politik untuk melakukan reformasi pendidikan. Guru-guru kita, dibebankan dengan tugasan pejabat yang mengalih tumpuan mereka dari bilik darjah, sekolah-sekolah dibebankan dengan pelbagai inisiatif kerajaan yang mengurangkan masa mendidik anak-anak.

Di peringkat universiti, siswazah kita masih lagi dikongkong dengan AUKU. Pensyarah-pensyarah kita masih perlu ikut telunjuk selera politik semasa. Pelbagai sekatan dibuat yang membantutkan perkembangan minda siswazah kita.

Sesungguhnya, KEADILAN telah pun mengorak langkah menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti. Sistem ini mampu menjana sumber daya insane dengan berpaksikan system nilai bersama dan kepelbagaian tamadun manusia selaras dengan Perlembagaan.

Ini bermakna roh Falsafah Pendidikan Negara yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1986 dikembalikan ke dalam sistem pendidikan negara dengan memperkukuhkan pendemokrasian pendidikan - pengagihan, peluang dan persamaan . Setiap warga negara diberi ruang untuk memilih aliran pembelajaran yang bermutu selaras dengan kepelbagaian potensi para pelajar.

GOLONGAN PEKERJA

Nasib rakyat terutama golongan pekerja berpendapatan rendah tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Kadar kenaikan gaji dan pendapatan di Malaysia adalah lembap berbanding kenaikan harga, menyebabkan kuasa beli rakyat semakin berkurangan. Bagi rakyat yang memang sudah berpendapatan rendah, ini bermakna mereka menjadi bertambah miskin setiap tahun.

Justeru, komitmen kita untuk memperkenalkan gaji minima tetap kukuh atas dasar kepedulian kepada rakyat. Kita yakin dasar ini diperlukan untuk membela nasib pekerja yang sekian lama dilupakan kebajikan mereka terutama pekerja berpendapatan rendah.

PERKUATKAN PEMUDA, PERKASAKAN WANITA, MANTAPKAN JENTERA

Saudara-saudari yang dihormati,

Beberapa penekanan harus kita lakukan mulai sekarang.

Pertama, tumpuan kepada orang muda perlu ditingkatkan. Masa depan negara terletak di tangan mereka dan kuasa mereka tidak boleh diperlekehkan. Orang muda perlu didekati melalui program-program khusus, yang menarik minat dan cita rasa mereka.
Ini bermakna, generasi muda apabila meyakini sesuatu perjuangan, mereka sanggup turun beramai-ramai dan berada di barisan hadapan. Itulah pengajaran kita dari zaman reformasi 1998 sehinggalah kini – maka tugas dan tanggungjawab Angkatan Muda adalah sangat penting dan strategik.

Keduanya, kita perlu menghormati dan menggunakan kuasa wanita yang ada pada kita. Pengaruh wanita sangat tinggi bukan sahaja dari segi bilangan yang membentuk 50% rakyat Malaysia, tetapi kuasa ekonomi dan kuasa sosial yang ada pada mereka.

KEADILAN sememangnya mengiktiraf kedudukan wanita. Ini terbukti dengan pindaan perlembagaan ke arah memenuhi minimum 30% penyertaan wanita dalam kedudukan kepimpinan di semua peringkat. Sasaran itu adalah dalam konteks mendokong kesetaraan gender dan pemberdayaan wanita, di mana penetapan dasar dan strategi dilaksanakan bagi memperdalamkan lagi pengarusutamaan gender dalam struktur parti dan pentadbirannya (substantive gender equality).

Ketiga, jentera parti sehingga ke peringkat ranting perlu dikukuhkan bukan sahaja dari segi meramaikan petugas, tetapi mencernakan sistem pengurusan yang baik dan kod pentadbiran yang cekap. Demikian mandate kepada Setiausaha Agong untuk memperkemaskan jentera hingga ke akar umbi. Timbalan dan Naib-naib Presiden diamanah memperjelaskan dasar serta memantapkansaf kepimpinan dan latihan disemua peringkat. Pada masa yang sama, gerakkerja daftar pemilih baru dan jentera pilihanraya hendaklah diperhebatkan.

Insya Allah, sekiranya kita bersatu hati dan menumpukan perhatian kepada ketiga-tiga aspek ini kita mampu bersama rakan PAS dan DAP melangkah ke Putrajaya.

INTEGRITI DAN NILAI SEBAGAI BENTENG TERAKHIR

Saudara-saudari yang dihormati
Kita sudah sampai ke bahagian terakhir ucapan dan bahagian yang terpenting.

Alhamdulillah, kita telah saksikan ketegasan TG Nik Aziz di Kelantan. Turut ketetapan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengizinkan premis perjudian lumba sukan. Ketua Menteri Lim Guan Eng membuat pengumuman tersebut sempena Hari Wesak semalam. Dasar yang sama akan diamalkan dinegeri PR.

Saudara-saudari yang dihormati,
Kita kesal dengan kerajaan BN yang tidak memartabatkan Mahkamah Syariah Persekutuan. Ini terbukti ketika Ketua Umum mengemukakan kes qazaf. Pendakwa Syariah diarah untuk tidak mengambil tindakan keputusan Mahkamah Syariah yang menggunakan helah teknikal jelas membuktikan Mahkamah Syariah juga tidak terlepas dari campurtangan apparatus politik negara.

Jika Kerajaan benar-benar mahu memartabatkan Islam, mulakanlah dengan memberi kebebasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili kes-kes di dalam bidang kuasanya. Apabila kita cuba menjawab sumpah laknat itu melalui peruntukan undang-undang syariah, pimpinan UMNO menghalang.

Rakan – rakan seperjuangan,
Kita tidak pernah mengandaikan Wadah perjuangan reformasi – islah mas tat tum ini mudah.

Saudara saudari telah alaminya, penderaan, penjara, penghinaan. Dan UMNO masih meneruskan strategi rakus, ganas dan jahat. Mereka gunakan jentera, dana dan media. Berulangkali mereka mentalkan pimpinan dan parti kita. Kita akan dikasarkan tahun 1999; dilenyapkan 2008 dan kini juga hingga Selangor mahu dirampas dan ditumpaskan.

Alhamdulillah, setiap kali mereka mengherdik; kita muncul lebih kuat dan mantap – membujur lalu melintang patah!

Mutakhir ini muncul lagi kisah wakil rakyat dan pimpinan kecil melompat keluar – kononnya dengan pelbagai alas an murni. Sayurgia diingat, ada yang keluar duku melalak kuat kerana ukuran upah bergantung kepada kuat serangan. Namun, penyokong parti dan rakyat arif dengan gelagat pengkhianatan bermakan upah.

Penyakit ini berjangkit kepada wakil-wakil rakyat yang memenangi kerusi dari derita dan pengorbanan rakyat. Didesak, mereka didakwa rasuah – maka lari menyelamatkan diri. Ada yang pohon kontrak dari negeri; ada yang membuat tuntutan berlebihan. Manakala pimpinan parti bertegas, mereka lompat parti.

Kini pekung busuk terhidu; fakta akan didedah. Insyaallah kita akan mendedahkan keterangan harga upah Ahli Parlimen yang melompat – 2 juta ringgit dan kontrak.

Demikian telatah pengkhianat – bicara soal prinsip‟ tetapi isikan temolok sendiri. Jika demikian watak wakil rakyat, bukankah lebih baik mereka disingkir dan bersama dengan parti wang dan kontrak – UMNO = BN.

Apakah perkembangan tersebut mampu memantapkan Parti Keadilan Rakyat? Ya – kerana bukan saja parti diselamatkan dari anasir negative; tetapi ia adalah pengajaran buat kita. Ukuran pemilikan pimpinan harus lebih ketat; bakal calom harus mengikuti program terbiyah atau latihan. Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa? Atau mestikah kita sekadar memilih baru yang telah kenal aspirasi perjuangan parti yang bersifat islahi – tajdidi; kearah reformasi dan pembaharuan.

Pimpinan wajar mendengar pandangan parti dan rakyat dan menilai dengan sabar. Wakil rakyat harus tingkatkan khidmat dan prestasi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor perlu lebih berkhemat berkerja dalam pasukan - menumpu isu pembangunan dan pengagihan kekayaan kepada rakyat serta kepedulian terhadap permasalahan rakyat. Jesturu parti kita adalah anggota gabungan pakatan rakyat, ahli exco perlu berkhidmat kepada rakyat sambil mempertahan kedudukan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Utamanya di Selangor dimana kita terajui Tan Sri Khalid selaku MB memikul tanggungjawab besar. Beliau telah mempertahankan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban – mengikis amalan boros dan rasuah yang membudaya dalam UMNO. Keberanian kerajaan negeri Selangor memperkenal Selcat – mendedah seluruh amalan kepada rakyat merupakan pembaharuan membanggakan.

Kerajaan negeri Selagor bergegas tekun tapi dalam keadaan tertekan; dibayangi nafsu serakah pimpinan UMNO untuk sabotaj dan merampas negeri Selangor. Kita perlu sentiasa sedar agenda tersebut. Kendati begitu kita perlu mengambil tindakan segera memperkemas jentera negeri yang lembah terikat dengan budaya lama. Kita harus pacu pertumbuhan dengan lebih pantas; tidak bertolak ansur dengan kecuaian.

Sebaik ada permintaan pelabur atau peniaga, rugutan petani atau pekerja tindakan segera perlu diambil – melayani mereka iaitu Melayu,Bumiputra, Cina dan India. Kita perlu mampu memaparkan imej pentadbiran baru, lebih cekap, bertanggungjawab dan berkhidmat untuk rakyat.

Sebaik ada dakwaan rasuah atau penyelewengan proses siastan telus perlu disegerakan sesiapa jua tidak terlepas atau dilindungi. Kinerja kita adalah dalam satu pasukan Pakatan Rakyat. Peringatan kita bukan untuk memberi ruang untuk sesiapa untuk menganggap kekayaan atau kontrak negeri adalah milik mereka. Yang ditegaskan adalah keperluan bertindak bijak, memahami tuntutan dan aspirasi rakyat.

Dan dalam amalan demokrasi. Kekuatan akar umbi juga adalah penentu bagi mempertahan kuasa. Maka lingkaran dan jaringan parti disemua peringkat akan menjadi pengukur kejayaan pentadbiran negeri.

Hakikatnya, kepimpinan dalam tradisi Islam, merupakan suatu taklif (amanah dan tanggungjawab), bukannya tashrif (kemegahan dan kebesaran). Peter F. Drucker, menyatakan, “…the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege”.

Umar yang hairan melihat ibu itu, kemudiannya mengetuk pintu. Tanpa memperkenalkan diri, beliau bertanya, “kenapakah engkau tidak memberi makanan kepada anak-anakmu sedangkan mereka lapar?” Ibu itu menjawab, “Tuan, sebenarnya aku terpaksa berolok-olok memasak sesuatu untuk membuatkan mereka tertunggu-tunggu dan tertidur kerana penat menunggu. Aku hanya memasukkan beberapa ketul batu dalam periuk itu. Kemudian bertanya Umar, “tidakkah ada sesiapa yang datang membantu mu?” Maka berkata ibu tadi, “tidak ada, bahkan khalifah pun tidak ambil peduli!”. Pilu Umar mendengar kata-kata ibu tersebut, satu tamparan hebat kepada dirinya sebagai pemimpin.

Maka beliau bersama khadamnya ke perbendaharaan dan mengarahkan khadamnya mengeluarkan seguni gandum. Apabila Khadam ingin mengangkat guni tersebut Umar terus menghalangnya seraya berkata, “ini tanggungjawabku, amanahku, biarlah aku memikulnya”. Guni dipikul dan dibawa ke rumah ibu yang malang itu. Beliau meminta izin untuk masuk ke dapur, mengambil peniup dan dihidupkan api dan dimarakkan. Khadam yang memerhatikan berkata “aku lihat janggut beliau dipenuhi dengan debu dan habuk tempat memasak”. Kemudian dibakar gandum yang telah diuli menjadi roti. Apabila terkejut anak-anak dari tidur, makanlah mereka dengan girangnya. Berkatalah ibu tadi “Sungguh baik pekerti dan budi tuan, kalaulah khalifah seperti tuan!”. Bercucuran airmata Umar, suara ibu itu benar-benar menusuk kalbunya.

Demikian sifat seorang pemimpin unggul,mampu memadukan secara harmonis di antara sikap pengabdiannya kepada Tuhan dengan idealism perjuangannya serta keprihatinan kepada insan seluruhnya. Justeru, seorang pemimpin hendaklah sentiasa bermujahadah, mengekang keserakahan nafsu dan konsisten dengan amalan-amalan yang dapat meningkatkan ketahanan rohaniah dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Inilah yang dimaksudkan sebagai moral integrity atau kewibawaan moral. Tanpa kekuatan ini, seorang pemimpin akan terjebak dengan pelbagai gejala rasuah, keangkuhan diri, penyalahgunaan kuasa, nepotisme hatta perjuangan.

Saudara-saudari sekalian,
Dalam masa yang sama perkukuhkanlah institusi kekeluargaan. Perhubungan yang berpegang pada tiang agama dan didasari dengan nilai-nilai murni; kasih sayang dan belas kasihan akan mampu mewujudkan masyarakat sihat dan bermaruah. Visi keadilan dalam erti kata kebebasan, hak asasi manusia, kesamarataan gender hatta demokrasi sekalipun, hanya akan memberi makna jika ia dilaksanakan menerusi nilai-nilai tersebut.

PENUTUP

Saudara-saudari yang dihormati,
Kita berada di persimpangan yang memerlukan kita mengimbau banyak pengajaran. Sejak bermulanya detik pengiktirafan defining moment, bilamana benih zaman tersemai hinggalah ke hari ini, pukulan gendang perang menyelamatkan Malaysia .

Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada Setiausaha Agong dan Sekretariat kerana berjaya menganjurkan kongres pada kali ini dengan baiknya. Terima kasih kepada MPN Kelantan serta Kerajaan Negeri Kelantan yang sudi menerima kedatangan kita.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh, kami nak datang lagi.

Kepada saudara-saudari, saya ucapkan selamat bersidang semoga ucapan dasar ini dapat dibahas secara intelektual dan matang bagi mencapai satu kesepakatan mantap.

Sekian, wassalamualaikum wbth.

Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden PKR

Judi ditolak setiap agama, dia tau tapi sokong jugak

0 org komen
Ariff: Pulau Pinang 'main politik' haram judi bola

Susan Loone
Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.

ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".

"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.

Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

Lim membuat keputusan itu mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.

Bedah siat siat katak

0 org komen
Bagai yang dijangka konvensyen PKR banyak menyentuh tentang kelaku katak katak yang sikit sebanyak memberi kesan negatif pada parti. Atau boleh la kita katakan konvensyen kali ni adalah bedah siasat dan bedah siat siat katak katak dari PKR.

Setuju dengan Wan Azizah, perkara pokok yang PKR patut ambil ialah perketat pemilihan calon untuk elak lompat parti. Jangan ikut kenai Anwar saja terus ambik jadi calon. Sampai ke tukang urut pun ambik jugak pi jadi calon PKR. Lagi satu latihan atau tarbiyah pada semua ahli perlu jugak diambil kira, sekurang kurangnya itu langkah persediaan kita menggantikan BN yang jelas telah korup.

Apa apa pun, kita terima jugak la apa yang Anwar kata, sebabkan kesuntukan masa dan kurang persediaan, sebagai parti baru, PKR boleh dianggap cukup berjaya. Nak buat macamana, level persediaan kita hanya layak sebagai pembangkang saja.

Bangsa bangsat

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Inilah rupa dan gayanya bangsa bangsat yang dilaknat Allah tu. Kekejaman bangsat Yahudi diteruskan tanpa memperduli lagi orang sekeliling. Mereka dibiarkan menjadi dunia menjadi tuan didunia mereka.

Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut. Untuk rekod, seramai 11 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal induk menyertai konvoi itu yang berlepas sejak semalam dari pelabuhan di Turki.

Tanpa bantuan kemanusiaan dari luar, penduduk Gaza akan lebih menderita. Tidak adakah sedikit rasa kemanusiaan dalam diri, untuk menjauhkan diri dari berselingkuh dengan ejen ejen Yahudi yang bebas berkeliaran dalam negara merdeka ini? Apakah langsung tidak ada rasa bersalah, duit yang dibayar sebagai upah akan digunakan untuk membunuh rakyat Gaza yang amat mengharap saudara seagama sebagai pembela?

Wassalam...

Siap sedia ganti Umno BN - Zuraida

0 org komen
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 28 Mei: Wanita Keadilan semua peringkat termasuk Serikandi perlu bersiap sedia untuk melangkah bagi memacu pentadbiran negara bersama Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat kian retak menanti belah.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Pakatan Rakyat dilihat paling relevan menerajui pemerintahan Malaysia memandangkan parti berteraskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sudah ditolak rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional Tahunan Wanita 2009, di Dewan Utama KTC, di sini sebentar tadi.

Tambahnya, rakyat tidak boleh lagi menaruh harapan kepada komponen BN berkenaan kerana ternyata mereka sudah gagal menangani pelbagai isu rakyat di negara ini.

Lebih malang lagi apabila semua parti komponen lain dalam BN hanya mengikut telunjuk Umno sahaja.

"Parti-parti komponen lain hanya bertindak sebagai pak angguk sahaja kepada Umno. Fakta telah menunjukkan soal polisi kerajaan hingga kepada pemilihan calon untuk bertanding dalam pilihanraya adalah hak mutlak Umno sahaja.

"Ini jelas terbukti dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di mana keputusan pemilihan calon oleh Presiden MIC diketepikan begitu sahaja dan akhirnya calon yang dikemukakan Umno menjadi pilihan,’ujarnya.

Justeru itu, tambahnya rakyat yang telah muak dengan parti-parti boneka seperti MIC dan MCA kini beralih arah kepada perjuangan Pakatan Rakyat yang lebih adil dan mengutamakan pembelaan nasib rakyat jelata.

Ia terbukti dengan kemerosotan sokongan pengundi Tionghua yang hanya tinggal 20% sahaja kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tegasnya, gelombang kemerosotan sokongan rakyat terutamanya masyarakat Tionghua terhadap Umno dan BN telah melanda Sibu di mana Pakatan Rakyat mencapai kemenangan yang begitu bersejarah.

"Wanita Keadilan menyeru semua penyokong dan ahli parti komponen BN agar insaf dan meninggalkan gabungan lapuk yang didominasi Umno.

"Marilah bersama kami mendokong politik baru Pakatan Rakyat. Jangan biarkan politik Umno terus-terusan menjatuhkan maruah rakyat, Malaysia ini adalah hak rakyat dan bukan hak Umno,’ujarnya.
Related Posts with Thumbnails