Wednesday, June 30

Zaharain, hang bagi malu orang Penang la

2 org komen
Alahai Zaharain oi...

Hang tak dak idea lain dah ka dari dok selak kain orang di Parlimen. Hang dah habih ikhtiaq dah ka sampai kena dok mengendap dalam kain orang semata mata nak cari makan dan popular dalam Umno.

Hang tu ahli parlimen, guna peluang sebagai ahli parlimen ni tumpang ada peluang. Lepaih ni hang jangan harap dah orang nak sokong hang. Cakap la isu isu yang bernas sikit yang sepatutnya seorang ahli parlimen bercakap bagi mewakili rakyat. Yang hang dok pi kacau Zaid jumpak ngan Raja Petra kat London tu buat hapa. Salahka sorang kawan pi berjumpa ngan kawan lama dia.

Jangan dok bagi malu orang Penang la. Orang Penang tak melalut tak ketahuan hala macam hang tu.

Budak budak, pi main jauh jauh

0 org komen
Aku setuju sangat dengan Khalid Ibrahim, ini caranya kalau nak jawab kat orang yang menyibuk pasai hal hal dalam kain orang lain.


MB Selangor yang baru saja menyerahkan ketua PKR Selangor pada Azmin, Abdul Khalid Ibrahim meminta pihak yang tiada kaitan dengan PKR supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu. Betoi, itu baru betoi. Yang tak tau apa apa dan tak dak kaitan langsung tentang PKR Selangor, pi main jauh jauh.

Aku setuju tindakan Khalid menyerahkan urusan parti di Selangor pada Azmin dan meletakkan pelantikan dalam parti merupakan proses pembaharuan dan penambahbaikan terhadap kepimpinan parti. Satu petanda positif bilamana Khalid boleh menumpukan pada soal soal pemerintahan negeri manakala Azmin memastikan keutuhan PKR negeri.

Jadi tak timbui la soal dua nakhoda dalam satu kapal... heh... heh...

Anwar: Aku harap berita ni benar

0 org komen
Jangan peduli apa orang nak kata, aku sokong Anwar kalau betoi seperti apa yang dilaporkan oleh Merdeka Review disini.

Ikut laporan disini, Anwar telah beri amaran tutup mulut dalam menghadapi krisis politik Selangor atau hadapi tindakan Lembaga Disiplin parti.

"Saya beri amaran terakhir. Mana-mana lagi kenyataan terbuka yang mempertikaikan Menteri Besar Selangor, terus (dihantar) ke Lembaga Disiplin."

Mungkin tak benar laporan ini, tapi aku yang dah terlalu bosan dengan peragai Umno yang melekat kat sesetengah ahli PKR Selangor ni amat berharap benar kata-kata ini memang terkeluar dari mulut Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Tuesday, June 29

Dua dua tak boleh pakai

0 org komen
Sumber: Pak Long

Katak kampung rupanya

Salam semua...

Mak Long hang tanya awat yang Khairy atau nama manjanya KJ tu hitam sangat. Pak Long tak la kata dia mai Malaya ngan kapai arang tapi Pak Long bagitau, kan ka dia baru tamat latihan askar wataniah? Sebulan berjemoq panaih, hitam la sikit. Lain la Berahim Ali tu, dia kan orang kampung dan dah memang alah bisa tegal biasa dah dengan panaih ni.

Sebut pasai panaih, Pak Long pun dah naik panaih. Panaih ngan malaon dua ekoq ni la. Baru baru ni depa dua bertengkaq riuh rendah macam kerang di ayak. Berahim suruh KJ letak jawatan pasai sokong MCA, KJ pulak kata Berahim tak dak hak nak arah dia pasai Berahim bukan ahli Apco.. oppss.. Umno. Dah tu KJ ejek Berahim ni jaguh kampung. Pak Long ingatkan dah habih dah, rupanya semangat juang dua ekoq malaon ni tinggi. Memang semangat Melayu jati, suka bergaduh. Hari ni Berahim pulak kata dia hepi gila digelar katak kampung... oppss... jaguh kampung.

Elok dah, hang kata aku, aku kata kat hang. Dua dua tak boleh pakai. Ada ka melayu untung tang mana mana selepaih hangpa bertengkaq tu? Ada ka Islam dianjak naik 2 kaki keatas selepaih hangpa cabar mencabar tu? Pemimpin jenih ni la yang buat rosak anak bangsa ni. Jenih hidup ataih kontroversi dan publisiti.

Maap, Pak Long dah panaih ni... nak ambik angin luaq sat.

Wassalam...

Kategori segan nak bernyawa

0 org komen
Kalau dah segan nak bernyawa pun jangan la kacau orang lain...

Anggota polis cuba memujuk seorang lelaki yang mengugut untuk terjun dari sebuah bangunan di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, hari ini.

Namun tindakan berani dan cekap dari pihak bomba dan polis telah berjaya menyelamatkan lelaki ini dari membunuh diri.

Monday, June 28

Umno Selangor dah hilang akal

3 org komen
Khir Toyo, pemikir ulung Umno Selangor cuba menangguk di air keruh dalam isu PKR Selangor...

Hadoiihh...

Umno Selangor ni dah hilang akal. Umno Selangor dah hilang arah tuju apabila melantik Khir Toyo sebagai ketua pemikir Umno Selangor. Masaalahnya Umno oi, Khir Toyo ni boleh lagi berfikir ka?

Khir Toyo ni dah mati akai dah, tak boleh berfikir secara waras lagi dah. Otak dia kaku dan jem terkejut pasai si Khalid yang diorang gelakkan sebagai gagap tu dilantik sebagai MB pijak tempat duduk dia dulu ni. Yang ni dia tak boleh nak terima sangat sampai pi tarik DAP terbabit sama dalam kemelut dalaman PKR Selangor.

Semua orang dah tau, bukan rahsia lagi. Khir Toyo bukan seorang pemikir yang baik. Selangor kecundang ditangan pembangkang pada PRU ke 12 lalu dikeranakan oleh pemikiran dari pemikir ini jugak la. Apakah Umno Selangor sudah ketandusan pemikir yang bijak berfikir?

Khir Toyo sendiri sampai sekarang masih tak dapat nak fikirkan macamana kempen "Pembangkang Sifar" telah meletakkannya pula sebagai pembangkang di Selangor. Dia sendiri masih lagi terpinga pinga tak dan nak berfikir kenapa Najib terpaksa melantik diri sendiri menjadi Ketua Perhubungan Umno Selangor diwaktu dia masih hidup. Dia masih lagi berfikir sehingga ke hari ini bagaimana rumahnya yang berharga belasan juta RM itu tetiba kini berharga RM23 juta.

Dan yang paling lawak bilamana dia sendiri masih lagi tak dapat nak fikir sampai sekarang macam mana nak ambik balik Selangor dari tangan Pakatan. Isu yang dia timbulkan jadi bahan gelak tawa masyarakat Selangor sendiri.

Saturday, June 26

Ulama muda patut malu kat Zunar

1 org komen
Ini kenyataan yang tak dapat di sangkal lagi. Zunar punya kekuatan bukan saja dari segi fizikal malah mental dan masih kental memegang pada falsafah perjuangan walaupun diasak dengan pelbagai halangan.

Inilah Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, seorang kartunis politik yang paling popular dan kritis dalam negara 1Malaysia ni. Dia masih teguh dengan pendiriannya berbandingkan dengan pelbagai asakan yang telah diterima olehnya. Ini baru dinamakan perjuangan.

Ulama muda? Jauh lagi la. Baru kena sekatan sikit dah tersengguk sengguk ikut punggung Umno. Dah kena gejut sebagai Wahabi dan penyokong JI, dah tergedik gedik masuk Umno. Dah tu tak reti reti nak pilih angka lain dah, awat yang pi pilih 40 orang tu. Takkan sibuk menelaah kitab sampai terlupa hikayat Ali Baba dengan 40 penyamun kot...

Ulama kena tegas dan berani, kuat dan kreatif. Baru boleh pimpin umat yang pelbagai afa'al nya. Wahai ulama ulama muda sekelian, kalau nak tau erti perjuangan, baca petikan kata kata dari ayah tiri hangpa dibawah ni:

PKR dah jemu perintah Selangor III

0 org komen
Ini yang dinamakan politik. Orang politik selalu nafi benda yang benar dan kadang kadang kebenaran itu menjadi nyata sekelip mata. Sebab tu orang politik kebanyakannya hanya dihormati semasa mereka berkuasa. Dihormati kala mereka boleh mengenyangkan perut kita.

Hari ni terbukti penafian Khalid terhadap ura ura kudeta terhadap kepimpinannya di Selangor ada kebenarannya. Kalau tidak masakan perlu dihimpunkan 17 pemimpin bahagian PKR Selangor di istana hinggapnya semata mata mengumpul sokongan?

Hari ni bagai ada kebenarannya, penafian Azmin sebelum ini yang dia tidak terlibat hanya helah sebagai mengelak dari bercakap benar. Azmin adalah sebahagian dari mereka mereka yang telah dikenal pasti sebagai golongan yang mahu menjatuhkan Khalid dari takhta MB Selangor. Azmin adalah satu dari lima pemimpin bahagian, yang tidak hadir.

Dikala Anwar sedang berhempas pulas, bertegang leher menghadapi kes konspirasi II nya, ada orang yang lebih mementingkan diri di Selangor bagai sengaja menabur garam di luka dalam. Awas pemimpin peminpin PKR Selangor. Rakyat sedang memerhati gerak geri anda. Rakyat sedang menimbang sekarang jenis pemimpin bagaimanakah yang boleh disimpan untuk memimpin.

Pelik sungguh bijak yang ada pada Najib

0 org komen
Sumber: Pak Long

Smart kena kat hangpa...

Salam semua...

Kalau tanya Pak Long, baik saja tol diseluruh Malaysia dihapuskan terus. Kerajaan kena tolong rakyat dengan kurangkan bayaran tol dan seterusnya hapuskan terus dari dibiar membebankan rakyat. Tapi Pak Long nak pesan la, jangan sesapa dok gatai mai tanya Mak Long hang pasai tol ni, naya saja hangpa makan hamputan dia.

Falsafah Mak Long hang senang sangat, rakyat lantik kerajaan untuk selesaikan masaalah rakyat tapi kalau dah ada kerajaan pun hanya pandai cipta masaalah kat rakyat, baik tok sah ada kerajaan langsung. Orang lagi lama lagi turun la bayaran tol, tapi di Malaysia ni pelik sikit. Lagi lama jambatan tu, lagi tinggi pulak tol nak kena. Lagi antik lebuhraya tu, lagi tinggilah kos rakyat kena tanggung melalui pembayaran tol kat depa.

Yang ni lagi Mak Long hang marah, pelik sungguh la bijak yang ada pada Najib ni. Dia nak kurangkan 30% tol bagi jambatan kedua Johor, Singapura tapi jambatan kedua untuk Pulau Pinang, tol dinaikkan 34%. Takkan hang nak hukum rakyat Pulau Pianng ngan cara tu kot pasai pilih Guan Eng.

Pak Long tak percaya budak Rosmah tu yang nasihatkan Najib buat lagu ni. Baguih budak Rosmah tu.

Wassalam...

PKR dah jemu perintah Selangor II

0 org komen
Di Pulau Pinang cuacanya sejuk. Hujan boleh dikatakan hari hari, tapi tak lebat. Cukup untuk menyamankan suasana.

Tapi di Selangor lain pulak cuacanya. Membahang saja rasanya, panas bagai dimusim kemarau yang teruk. Apakah Selangor dimusim kemarau? Adakah Selangor benar benar kemarau dan ketandusan pemimpin yang berkaliber? Benarkah Selangor bergolak kerana perebutan jawatan MB? Wujudkah apa yang dipanggil segerombolan pemimpin PKR Selangor yang ingin benar melihat MB sekarang iaitu Khalid Ibrahim dipancung?

Isu terbaru meletus apabila Azmin Ali telah meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS yang dikaitkan sebagai protes darinya terhadap kepimpinan Khalid walaupun dinafi Azmin dengan alasan membuka peluang pada pemimpin muda. Azmin jugak dirujuk sebagai ketua kumpulan 15 pemimpin PKR yang menentang keegoan Khalid memerintah Selangor yang akhirnya tetap dinafikan Azmin sebagai spekulasi akhbar.

Orang politik tetap berpolitik terutama dalam memberi jawapan pada umum. Sejarah banyak membuktikan penafian ahli politik hanya bersifat mengelak dari berkata benar. Kalau dulu kita menempelak pemimpin Umno lidah bercabang apakah kini ianya menular masuk ke Pakatan? Amat menggerunkan bila sikap bersandiwara Umno makin banyak dimainkan sendiri oleh ahli ahli Pakatan dewasa ini.

Menjatuhkan Khalid itu mudah tapi membaikpulih dari kecederaan itu yang susah. Kita takut dalam keadaan yang cedera begitu, musuh mengambil kesempatan. Mengenepikan Khalid sebagai MB belum tentu Selangor akan nyaman. Sekiranya benar ada gerakan ini, mustahil sangat Anwar tidak tahu. Kaliber Anwar sebagai pemimpin memustahilkan masaalah di Selangor berada diluar perhitungannya. Sekiranya benar, apakah gerakan ini direstui Anwar? Telahan ini bagai ada benarnya jika diambil kira rapatnya hubungan Azmin dengan Anwar malah Anwar dilihat masih sepi tentang isu terbaru ini. Jangan bagitau Anwar diluar negara la di zaman berteknologi ni. Pendokong keadilan sangat memerlukan sentuhan Anwar bagi menenangkan kembali cuaca panas di Selangor kini.

Selangor memang berupaya menarik perhatian semua orang. Ia negeri terkaya dalam negara. BN menggigit jari bila Selangor kini dalam genggaman kerajaan Pakatan. Jadi tak hairan jika BN begitu teruja menjolok apa saja peluang untuk menjatuhkan kerjaan Pakatan Selangor tak kira apa cara pun jugak. Apakah pemimpin PKR negeri berada diluar sedar tentang kemungkinan ini.

Pada semua kepimpinan Pakatan Rakyat, kalau dah suka sangat nak jadi pembangkang selama lamanya, cubalah cabar kesabaran rakyat.

Patut umat berselerak, ada ulamak tak cantik

2 org komen
Berikut ni adalah komen dari saudara mz yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama pembaca sekelian. Isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan 40 penyamun... oppsss.. ulama yang menjadi berita utama kelmarin kerana menyertai parti Umno yang berselingkuh dalam terang dengan Apco Israel tu.

Komen sdr mz ni aku tampalkan tanpa edit sikit pun untuk kekalkan keasliannya. Rasa betoi la jugak dengan apa yang mz ni katakan...

***************************************

Blogger mz said...

bro; aku ade pandangan lain berkanaan merka2 ini-semua yg masuk adalah golongan

muda yg dipanggil salaf dan Dicop wahabi oleh golongan ulama konservatif.

mereka masuk umno sebab penarik dan penolak

faktor penarik- asal mereka adalah pendakwah bebas (dan aku pasti dlm

pilihanraya mereka sokong pas).tp sebab dicop wahabi dan tak jadi ahli umno

mereka dikenakan tindakan@tak bg tauliah oleh jabtan agama islam negeri selain

perlis dan kelantan(sbb takyah tauliah).jadi utk teruskan dakwah dkt masjid

direct kpd umum terpaksalah masuk umno. Tgk nanti jais mungkin akan bg

tauliah.hehe

faktor Penolak- bukan shj di negeri bn selain perlis mereka dihalang , dinegeri

PR juga dihalang.cth selangor-jais yg halang tp itu tak ada hal lagi.sebab

sejarh masjid/surau dekat selangor ni walaupun jais halang tp kalau ajk

masjid-atau surau masih panggil bg kuliah, masih lagi boleh jalan. Tp sejak

akhir2 ini, ajk masjid sendiri enggan membenarkan mereka bg kuliah lagi. Cth

dkt surau aku dkt shah alam-semua yg dicop wahabi tidak lagi dipanggil bg

kuliah selepas ajk masjid bertukar tangan kepada golongan konservatif..

Kesimpulannya: tak masuk umno-mereka takleh bg kuliah. negeri pr atau ajk surau

bawah pr pon tolak mereka-takde pilihan lain melainkan masuk umno-at least

boleh bg kuliah kat surau lagi..kalau tak langsung tak boleh- sebab golongan

konservatif dlm pas pon tolak mereka. dan yg rugi sebenarnya PAS dan PR

juga..disebabkan sebilangan golongan konservatif pas tak boleh berbeza

pandangan- bg aku memang ade golongan yg dicop wahabi yga agak eksterm-sama

juga yg sunni ni-ada gak yg eksterm- tp ramai gak yg pemikiran

sederhana.sepatutnya berlapang dada- sekrg org dah lari..sape yg rugi??dan mcm

biasa golongan konservatif eksterm peduli ape pasal hal ni-sbb bg mereka,

mereka saja yg betul.. aku open yg baik aku ambil semua..:).. walaupun aku tak agreed mereka masuk umno-tp strategise wise mereka takde pilihan sbenarnya..

****************************************

Berikutnya pulak adalah jawapan balas aku berkenaan isu yang sama.

Salam mz,
Ada benarnya pandangan hang ni, tapi aku rasa tak cantik la.

Ulama perlu kuat, tak cantik la kena tekan sikit saja dah lembik.

Ulama perlu kreatif, tak cantik la kena sekatan sikit saja dah tak nampak jalan lain.

Patut umat masih teraba raba...

Ulama muda? Kita terlalu besar nak mencari depa

0 org komen
Ramai yang mencebik mulut melihat 40 ulama muda menyertai Umno dan bersalam dengan Najib yang sengeh sampai lenguh dengan Muhyiddin. Ramai jugak yang kata Ali baba dengan 40 penyamun.

Tapi sekurang kurangnya Najib tunjuk bukti yang dia buat kerja. Muhyiddin juga boleh sengeh pasai usaha depa ada tanda tanda berjaya walaupun tanpa Asri. Aku tau banyak faktor penyumbang kearah kemasukan depa depa tu kedalam Umno, tapi jangan dok cipta alasan la.

Cuba renung dalam diri apa kelemahan kita, itu lebih baik dari menuding jari menuduh orang itu dibeli dan orang ini merasuah. Apa jugak jenis post mortem pun, yang terbaiknya adalah post mortem keatas diri sendiri kenapa tak diminati. Depa didekati dan cuba dikenali. Tapi oleh sapa? Kita yang biarkan Apno punya ruang. Kita yang relakan Apno mencelah peluang.

Kerana kita gagal meletakkan diri kita sebagai yang diminati. Kita terlalu besar dan kuat untuk bergerak mencari orang orang sebegini. Maka biarkanlah Apno yang kecik dan busuk itu mendekati mereka. Mungkin bukan ego, tapi rasa macam besar diri. Kita tunggu tengok la kumpulan kedua nanti.

Apakah PAS gagal memberi ruang berdakwah?

2 org komen
'Mengapa kami sertai Umno'

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.

Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya.

Lawak: Ulama masuk Umno pasai nak elak sekatan

5 org komen
40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri

Oleh G. Manimaran
Datuk Seri Najib Razak menerima sampul surat 40 borang penyertaan daripada Fadlan Mohd Othman (dua dari kiri) dengan diperhatikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur malam ini.KUALA LUMPUR, 25 Jun – Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat.

“Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno.

“Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno,” kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.

“Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Beliau yang merupakan penasihat agama sebuah agensi perubatan di ibu negara tidak menjelaskan sekatan yang dimaksudkan tetapi difahamkan ia berkaitan dengan syarat tauliah yang diwajibkan oleh jabatan-jabatan agama.

Rakan mereka, Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Shahidan pula menjawab mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.

“Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,” kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.

Ketika ditanya sama ada Umno akan menyediakan golongan ulama sebagai bakal calon pilihan raya umum ke-13, Shahidan berkata, “saya tidak tahu tentang perkara itu.”

“Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,” kata beliau.

Ini kali pertama Umno menerima golongan ulama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa.

Mereka yang terdiri daripada pensyarah, bekerja sendiri dan pekerja swasta menjadi ahli Cawangan Dataran Merdeka dan akan beralih ke negeri masing-masing kemudian.

Pada Sabtu lalu Setiausaha Kerja Umno mengumumkan Asri akan menyertai Umno hari ini.

Asri tidak mengesahkan ataupun menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu perbincangan sedang diadakan dengan pucuk kepimpinan Umno.

Ketika ditanya sama ada Asri tidak menyertai mereka untuk memasuki Umno malam kerana isu fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah sejak seminggu dua ini, Fadlan berkata, beliau tidak pasti.

“Yang itu kena tanya pada Dr Asri sendiri,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tidak memaksa mana-mana ulama menyertai Umno pada hari ini.

Beliau merupakan rakan Asri.

Ketika ditanya sama ada mereka menyertai Umno kerana ada kaitan dengan siasatan amalan wahabi dan JI, Fadlan berkata, “ia tiada kaitan.”

Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah juga sudah mengatakan bahawa ini masalah peribadi, yang dikaitkan dengan pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia.

Friday, June 25

KJ hina orang kampong... kah... kah... kah...

0 org komen
KJ: Ibrahim Ali ‘jaguh kampung’ tiada hak minta saya berhenti

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Khairy Jamaluddin menyerang balas dengan menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

“Dia (Ibrahim) ahli politik jaguh kampung dalam dunia globalisasi.

“Dia berada di era mana? Beliau menjadi halangan kepada (konsep) 1 Malaysia,” kata Ketua Pemuda Umno ini dalam mesej Twitter hari ini.

Menurut Khairy (gambar) mesej itu sebahagian daripada ulasan yang beliau berikan ketika ditemui pemberita di Kuala Kedah.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”

“Dia tiada hak untuk meminta saya berhenti,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Ibrahim merupakan bekas ahli Umno.

Dalam kenyataannya semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas membidas Khairy dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA kelmarin.

Ibrahim mendakwa Ketua Pemuda Umno itu buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Wee minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”

“Apalah Ahli Parlimen macam Khairy tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Mana dia faham makna yang tersurat dan tersirat’. Kalau macam itu baik berhenti jadi Ahli Parlimen, sama macam Ka Siong,” kata Ibrahim.

Ibrahim mendakwa tindakan Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan bangsa sendiri dalam isu tersebut.

Ibrahim mendakwa ini kali pertama Pergerakan Pemuda Umno menggadai maruah orang Melayu dan parti.

Malah semalam, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai tidak wajar.

Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Reezal berkata, soal “menjual bangsa sendiri tidak timbul.”

“Ia kerana Khairy selaku Ketua Pemuda Umno merupakan antara Ahli Parlimen pertama membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar Malaysiayang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.
“Pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar Melayu dan Bumiputera terutamanya mereka yang benar-benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Mamat ni jiwa kacau

0 org komen
MANA BUKTI...Rosyam pada sidang media bagi membersihkan namanya, semalam.
"Jiwa saya kacau, ibu dan isteri saya menangis, malah ramai menghubungi saya bertanyakan perkara sebenar.

Itu yang diluahkan oleh aktor terkenal negara Rosyam pada sidang media bagi membersihkan namanya, semalam.

“Saya sedih sangat bila kenyataan di akhbar mengatakan saya penipu. Sepanjang 25 tahun terbabit dalam bidang hiburan, ini kenyataan paling mengguris perasaan saya termasuk anggota keluarga,” kata pelakon popular, Rosyam Nor menjawab dakwaan dia menipu orang ramai menerusi aktiviti syarikat jualan langsung.

Pelakon berusia 43 tahun berkenaan mengadakan sidang media khas membersihkan namanya selepas pelbagai laporan media mendedahkan beberapa ahli yang bernaung di bawah jenama Rosyam Nor Group (RNG) berasa ditipu.

Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin berkata, walaupun ada laporan media yang tidak menyebut namanya, tetapi dia percaya kenyataan itu merujuk padanya termasuk satu laporan akhbar mingguan baru-baru ini menyatakan dia dituduh menipu.

Akibat tekanan laporan itu, Rosyam bergegas dari penggambaran drama Cinta Selat Tebrau di Singapura hadir ke sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel semalam.

Katanya, dia kini hilang kepercayaan daripada ahli selepas menceburi perniagaan yang menjual produk kesihatan, Power Impian lebih dua bulan lalu. Ketika ini, Rosyam mempunyai 3,000 ahli yang menyertainya.

“RNG bukan syarikat jualan langsung atau MLM, tetapi saya juga adalah ahli biasa yang menjalankan perniagaan menerusi Power Impian. Saya percaya syarikat ini kukuh kerana bernaung di bawah syarikat besar dan yakin dengan pelaburan untuk jangka masa panjang.

“Sebelum ini, saya berdiam diri apabila timbul gosip di akhbar yang saya tahu ia merujuk pada diri saya. Namun, apabila nama saya disebut, saya perlu tampil membuat kenyataan.

“Sejak laporan itu, perniagaan saya terjejas teruk. Saya tidak bodoh melakukan perkara ini dan pembabitan saya dalam perniagaan ini adalah cara membalas sokongan peminat dengan membantu menerusi perniagaan bersama,” katanya.

Rosyam memberitahu, RNG mendapat lesen perniagaan pada 8 Januari lalu dan menjalankan operasi sejak 13 April lalu.

Katanya, dia melabur RM300,000 untuk menjalankan perniagaan itu termasuk membeli iklan dan mempunyai pejabat sendiri.

“Ceramah perniagaan saya yang diadakan pada setiap Rabu kurang dapat sambutan. Jika sebelum ini saya mampu tarik 1,000 pengunjung, tetapi baru-baru ini, hanya enam pengunjung yang hadir.

“Janji syarikat ini akan memberi wang setiap dua minggu pada ahli tidak benar kerana Power Impian sebenarnya membayar bonus pada ahli yang layak jika ada pendaftaran ahli baru,” katanya.

Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang dan KL Menjerit pada Festival Filem Malaysia ke-21 (2008) dan ke-16 (2003) ini menyatakan mahu menyiasat punca laporan media yang dipercayai berasaskan e-mel yang dihantar kepada wartawan. Dia juga mengesyaki ada di kalangan rakan artis yang terbabit menyebarkan e-mel berkenaan.

“Saya sebenarnya menjangkakan perkara ini berlaku, tetapi ini menguatkan semangat saya untuk terus memajukan RNG. Buat masa ini, syarikat Power Impian mempunyai strategi untuk membersihkan nama saya.

“Jika saya dapat bukti mengenai pengirim e-mel ini, saya akan membuat laporan polis. Namun, apa yang berlaku mempunyai hikmah dan saya bersedia disiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika saya dikatakan penipu,” katanya.

Thursday, June 24

PKR dah jemu perintah Selangor

6 org komen
Aku rasa Anwar kena tengok cepat apa yang sebenarnya terjadi di Selangor. Jangan dok biaq bagi budak budak berkelahi. Nak menang senang tapi nak jaga kemenangan tu yang susah.

Ada yang tuduh perletakan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali adalah sebagai usaha menekan kepimpinan Khalid di Selangor. Tapi Azmin seperti mana mana ahli politik biasa yang lain turut menafikan bulat-bulat beliau terlibat dalam usaha menggulingkan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pasai apa pi jadi berserabut macam ni, belum dapat negara lagi dah kacau bilau. Kalau dah negeri pun hangpa tak boleh nak jaga, tok sah dok mimpi la nak tawan Putra Jaya. Meluat meluat aku kat Umno pun kena terima jugak la Najib jadi Piem lagi. Nak buat macamana dah hangpa tak mau teraju negara.

Tahniah Julia Gillard

0 org komen

 
PERDANA Menteri Australia yang baru, Julia Gillard (kanan), ditemuramah pemberita bersama Timbalan Perdana Menteri, Wayne Swan sejurus keluar dari Bangunan Parlimen di Canberra, awal hari ini.

Julia merupakan Perdana Menteri wanita pertama Australia - Foto Reuters

Tengok barang jangan pakai label saja

0 org komen
Nafi 2/3 BN tu agenda lama" Zaid : PR ke arah memerintah

Meskipun Pakatan Rakyat kini diselubungi kekhuatiran bahawa sokongan Melayu semakin mengalih ke Barisan Nasional, namun tanggapan ini disangkal oleh Zaid Ibrahim, yang tetap optimis bahawa matlamat PR dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memerintah di negara ini.

Ketika ditanya apakah langkah seterusnya seandainya Barisan Nasional berjaya mengembalikan majoriti dua pertiganya dalam parlimen, Zaid Ibrahim terus menyifatkan matlamat "menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen" sebagai "agenda lama", malah yakin bahawa PR akan mara untuk menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia.

"Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama. Kami akan memerintah di negara ini. Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya. Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," tegasnya.

"Jadi, Dato, anda yakin bahawa PR akan memerintah?" tanya wartawan lagi.

"Memang! (Of course)" jawabnya dengan tangkas. Zaid Ibrahim menambah, "Kerajaan ini sudah terdesak (desparate). Mengapa mereka membelanjakan RM150 juta (dalam PRK)? Kerana mereka takut!"

Beliau seterusnya melontarkan satu soalan kepada wartawan, "Apakah anda rasa kerajaan yang yakin dengan dirinya, akan membelanjakan wang sedemikian? Ini persoalan yang harus anda tanya."

Walaupun satu soal selidik Merdeka Center baru-baru ini memperlihatkan peningkatan tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri Najib Razak kepada 72%, namun Zaid Ibrahim tetap mendakwa bahawa BN masih tidak yakin untuk berdepan dengan rakyat. Pembubaran DUN Perak, PRK di DUN Kota Siputeh, antara cabaran Zaid Ibrahim kepada BN, seandainya kerajaan BN mahu membuktikan keyakinan terhadap prestasi dirinya.

Soal selidik: Apa soalan yang ditanya?

Kongres tahunan PKR dan Muktamar tahunan PAS yang berlangsung di Kelantan beberapa minggu yang lalu membangkitkan kekhuatiran yang sama, iaitu hakisan sokongan Melayu/Islam. Bagaimanapun, Zaid Ibrahim tidak menyetujui pandangan sedemikian, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kongres tahunan PKR.

"Kamu ada angka? Kamu tidak mempunyai angka..." katanya kepada wartawan. Apabila wartawan merujuk kepada keputusan PRK Hulu Selangor, calon PKR yang kecundang ini berkata, "Mestilah, apabila kamu merasuah orang dengan RM50 ribu, mestilah (orang undi kamu). Tapi ia tidak bermakna orang Melayu meninggalkan Pakatan Rakyat."

"Peneroka FELDA, apakah kamu menganggap mereka ada hak untuk memilih? Tak ada. Semua dikawal. Apabila kamu kata kami hilang sokongan Melayu, kami menang di kawasan lain, cuma kalah undi FELDA, tentera, polis. Melayu dalam pasukan polis, tentara tak ada pilihan," jelasnya.

Beliau menyambung, "Kamu perlu bezakan apa Melayu. Di semua kawasan lain, saya menang. Jadi, adalah tidak benar (untuk mendakwa PR hilang sokongan Melayu)."

PERKASA, atas nama Melayu

Ketika mengulas satu soal selidik Merdeka Center, yang mendapati hampir 60% responden Melayu bersetuju dengan sesetengah pandangan PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara), Zaid Ibrahim berkata, "Ia bergantung kepada apalah soalan yang ditanya. Saya tidak tahu apakah soalan yang mereka tanya. Apakah pendirian PERKASA yang disetujui mereka? Mengenai apa? Saya tidak tahu."

Beliau menambah, "Sekiranya kamu pergi dan beritahu Melayu, misalnya PERKASA kata, kamu sebagai Melayu seharusnya mendapat RM10 ribu sebulan, mestilah mereka suka PERKASA. Bergantung kepada apa kamu tanya."

Zaid Ibrahim enggan mengalah, "Isunya macam ini. Kamu harus lebih khusus dalam soalan kamu, apa yang dimahukan Melayu. Apa yang Melayu mahu? Kalau kamu mahukan sebuah negara yang mempunyai lebih sumber untuk rakyat, jadi kamu perlu hentikan segala pencurian ini. Itu yang Melayu tidak beritahu kamu!"

Beliau menyambung, "Jadi, kalau saya tanya Melayu apakah yang kamu mahukan ini? Semestinya mereka akan menyokong saya. Kalau saya tanya adakah Malayu mahu gaji naik, semestinya mereka kata ya. Itu bermakna Melayu sokong saya...Ia bergantung apa yang kamu tanya."

Kewujudan PERKASA

Apabila wawancara memasuki topik PERKASA, Zaid Ibrahim berkata, "Ia menunjukkan bahawa UMNO dan Najib tidak tahu apa yang hendak dilakukan."

Bekas ahli parlimen Kota Bahru-UMNO ini berkata, "UMNO ini (mempunyai) banyak kumpulan. Kamu tak boleh kata UMNO adalah satu parti yang bersatu padu, semuanya dengar, tidak. UMNO mempunyai banyak kumpulan, dan PERKASA hanyalah salah satu kumpulan dalam UMNO. Itu saja."

Zaid Ibrahim meletakkan kayu ukur apa yang dikatakan sebagai pemimpin, "Kalau Najib adalah pemimpin, kamu (Najib) mestilah menangani masalah inilah. Kalau kamu hanya menurut apa yang dikatakan (PERKASA), jadi kamu bukan pemimpin-lah. Beliau takut kepada kumpulan yang kecil ini."

"Kamu lihat, pemimpin mesti memberi panduan (guide), kamu mestilah tegas. Itulah apa yang dipanggil pemimpin. Kalau tidak, kamu hanyalah pengikut. Kamu lihat, kamu PM, dan kumpulan kecil ini memberi tekanan, mendakwa Melayu mahu ini dan itu. Kamu tanyalah dia, mana? Bagaimana? Kamu berbincang dengan mereka."

Secara terus Zaid Ibrahim menyatakan, "Banyak orang guna nama Melayu, untuk menuntut ini dan itu. Tapi bukan Melayu yang mahu ini dan itu, kamu sendiri yang mahu. Kamu mahu AP, kamu mahu lebih kontrak..." Bagaimanapun, Zaid Ibrahim kekal optimis, memandangkan semakin ramai orang Melayu yang menyedari hal ini.

Negara Islam atau sekular?

Antara label yang dilontarkan terhadap Zaid Ibrahim, salah satunya berbunyi "liberal", satu istilah yang kurang disenangi dalam dunia Islam di Malaysia. Zaid Ibrahim yang pernah menyaman kerajaan negeri PAS di Kelantan kerana undang-undang Hudud, kali ini bersikap cermat ketika menjawab soalan sama ada Malaysia negara Islam mahupun sekular mengikut undang-undang.

"Mahathir mengumumkan (negara kita adalah negara Islam) pada tahun 2001, tak ada orang ramai mengadu, mengapa? Kerana itu Barisan (Nasional). Kalaulah Pakatan (Rakyat) yang kata kita negara Islam, semua kata, 'oh... kami bimbang'," katanya yang kini berada dalam PR.

Pada hakikatnya, "tiada yang berubah", sebelum dan selepas pengumuman tersebut, katanya. Zaid Ibrahim yang enggan terjerat ke dalam perangkap istilah dan label berkata, "Jangan risau apa yang dilabelkan oleh orang. PAS memaklumkan kami idea mereka tentang Negara Islam, iaitu keadilan dan kesaksamaan. Ini berbeza dengan Negara Islam yang (disebut) Mahathir. Apa yang dirisaukan? PAS menentang penahanan tanpa perbicaraan. PAS kata anda tak boleh menahan (sewenang-wenangnya) tanpa perbicaraan. Itu juga (selari dengan idea) Negara Islam."

Tanpa mahu terperangkap ke dalam pertikaian label, Zaid Ibrahim sebaliknya menyarankan agar rakyat menilai sendiri apa yang berlaku dalam sistem, "Adakah sistem kehakiman kita adil? Adakah polis kita boleh menahan sesiapa pada bila-bila sesuka hati? Bolehkah media menjalankan tugas mereka? Adakah kamu mempunyai satu sistem yang terbuka..."

Beliau berkata, "Rakyat perlu menilai pada sistem, daripada apakah label yang dilekatkan oleh orang lain." -MR

Ingin kagumi Asri sebagai non-partisan

0 org komen
Inilah muslihat politik yang paling bangang dalam sejarah yang telah dilakukan oleh Umno.

Mereka telah mempergunakan Jemaah Islamiah sebagai mangsa kenganasan mereka untuk memberi tekanan pada Dr.Asri bagi menyertai Umno Barisan Nasional. Aku percaya muslihat ini berlaku berdasarkan pada pengamatan lalu tentang betapa kroniknya Umno memenangi hati umat Melayu.

Tak dinafikan Umno teruk, kering dengan idea idea baru dalam menarik sokongan ulama dan kaum Melayu khasnya menyokong ketuanan mereka. Ini membuatkan kerajaan pimpinan UBN bertindak diluar batas percaya kita, menggunakan Jemaah Islamiah untuk menekan bekas Mufti Perlis Dr Muhd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya tunduk pada pemerintah.

Sama sama kita nantikan perkembangan selanjutnya. Dr. Asri dijangka bakal mengumumkan bagi menentukan hala tuju politiknya pada Jumaat ini. Aku secara peribadi ingin mengkagumi Dr. Asri sebagai non-partisan ulamak.

Wednesday, June 23

Ha.. ha.. PKR, Parti Kedai Runcit

0 org komen
Azmin letak jawatan pengarah PKNS, dipercayai ‘protes’ MB

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Naib Presiden PKR Azmin Ali melepaskan jawatan pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri, perkembangan dipercayai sebagai memprotes kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keputusan ini diumumkan empat hari menjelang parti itu dijadual mengadakan sesi pemukiman.

Malah keputusan itu diumumkan beberapa bulan menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti.

Sumber rapat dengan Ahli Parlimen Gombak itu mengesahkan maklumat yang Azmin telah mengemukakan surat letak jawatan kepada Pejabat Menteri Besar pada puku 12.30 tengah hari tadi.

“Ya, saya boleh mengesahkan beliau sudah menghantar surat letak jawatan sebagai pengarah PKNS tengah hari ini.

“Tunggu sehingga pengumuman rasmi kerajaan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian daripada pemberontakan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Sumber memberitahu, keputusan Azmin itu bertujuan melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap cara Khalid mengendalikan pentadbiran negeri.

“Tan Sri Khalid telah mengecewakan beberapa pemimpin PKR kerana apabila beliau membuat keputusan, beliau tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PKR,” katanya.

Sebagai contoh kata sumber, keputusan berkaitan dengan pelantikan setiausaha politik yang baru, yang diumumkan semalam.

“Ia cuma salah satu sebab telah menyebabkan tuntutan letak jawatan,” katanya.

Setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Faekah Husin akan menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor mulai bulan depan.

Perubahan tersebut sah dengan penganjuran majlis perpisahan di Shah Alam malam tadi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi atas pelantikan beliau sebagai ketua komunikasi,” kata Khalid pada majlis itu.

Jangan makan banyak, panaih kepala

0 org komen
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penerangan mengenai buah-buahan tempatan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (kiri) pada majlis makan malam meraikan Lee sempena kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Singapura itu di Taman Botani, Putrajaya di sini hari ini.

Lee yang diiringi Menteri Luar, Menteri Pembangunan Nasional dan Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Singapura mengadakan lawatan kerja selama sehari ke negara ini. Foto BERNAMA

Video lucah: Penyanyi Peterpan Ariel ditahan polis

0 org komen
http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/06/22/ariel-luna-jun22.jpg
JAKARTA, 22 Jun — Polis kebangsaan Indonesia mengenakan tuduhan terhadap penyanyi kumpulan Peterpan Nazriel “Ariel” Irham di bawah undang-undang antibahan lucah ekoran tersebarnya rakaman adegan skandal seks membabitkan beberapa artis yang juga bekas teman wanitanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis kebangsaan di sini, Ketua Bahagian Detektif Kom Jen Ito Sumardi memberitahu, Ariel sudah pun ditahan.

“Dia tidak hadir dengan sendiri tetapi bersama peguam-peguamnya pagi ini. Dia masih ditahan,” kata beliau kepada Detik.com yang dipetik Jakarta Globe.

Ariel (gambar, kiri) merupakan satu-satunya suspek dikenakan tuduhan berhubung pengeluaran tiga video setakat ini, yang menunjukkan dua teman wanitanya, penyampai televisyen Luna Maya (gambar, kanan) dan Cut Tari, hos program gosip “Insert.”

Ito memberitahu, Luna dan Cut Tari yang telah berkahwin diklasifikasikan sebagai bukti.

Katanya, Ariel akan dikenakan tuduhan di bawah undang-undang antibahan lucah tetapi tidak dinyatakan seksyen yang akan digunakan dalam pertuduhan.

Seksyen 29 akta itu membolehken mereka yang dikenakan tuduhan menghasilkan, membuat, mengedar, menyiar, mengimport, mengeksport, menjual, menyewa atau menyediakan bahan-bahan lucah boleh dikenakan penjara minimum enam bulan atau maksimum 12 tahun.

Jika sabit kesalahan juga boleh dikenakan denda hinga RM2.2 juta (enam bilion rupiah).

Polis juga memanggil rakan Ariel, Andika yang juga bekas anggota Peterpan.

Andika berkata dia dipanggil polis sebagai saksi.

“Sebagai warganegara yang baik, saya mematuhi arahan polis,” kata Andika.

Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai video itu.

“Saya tidak tahu. Saya tidak melihat video itu,” katanya.

Video klip skandal seks penyanyi muda Ariel tersebar sejak awal bulan ini, bukan sahaja mengejutkan Indonesia, malah menjadi bahan perbualan seluruh dunia.

Bagaimanapun Ariel dan Maya, seorang model dan pengacara program televisyen melahirkan rasa terkejut dengan klip video, yang kini diedarkan dengan meluas menerusi Internet.

Setakat ini tiga klip video membanjiri ruang siber.

Video yang kurang jelas itu kelihatan dirakamkan oleh Ariel ketika mereka mengadakan hubungan seks.

Rakaman itu menunjukkan Ariel, penyanyi berusia 28 dari kumpulan Peterpan juga mengadakan hubungan seks dengan Cut Tari, yang kini sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam temu bual bersama dengan TVOne baru-baru, Ariel dan Maya berkata, mereka kini menjadi mangsa fitnah dan oleh itu, meminta peminat-peminatnya tidak membuat rumusan tidak berasas sebelum siasatan polis selesai.

Bagaimanapun Ariel dan Maya tidak menafikan dengan tegas yang individu dalam rakaman itu adalah mereka.

Maya, 26, pula mendakwa media sengaja membesar-besarkan perkara itu.

Video pertama yang terdedah membabitkan klip enam minit, menunjukkan Ariel berada di atas katil bersama Maya, model sabun Lux.

Media tempatan menyebut klip video muncul di ruang siber awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan beberapa rakaman yang serupa, dengan selebriti-selebriti lain juga dikatakan diperoleh.

Video kedua lapan minit juga muncul. Kali ini menunjukkan hubungan intim dengan bekas teman wanitanya.

Tuesday, June 22

ISA mungkin diganaskan kerana JI

3 org komen
Ha.. ha.. ha.. 

Nama ISA akan jadi sebutan ramai lagi. Blog ISA akan meletup letup lepas ni. Lagi ramai yang benci ISA, lagi top la blog ISA.

Sejarah dah membuktikan dan sejarah kemungkinan akan berulang. Kerajaan UBN akan sekali lagi menyalahgunakan ISA untuk kepentingan mereka dengan dakwaan tanpa bukti yang dicipta oleh mereka berkenaan dengan kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

Suruh tunjuk bukti dikatanya rahsia, bila orang kata berbohong depa marah.

Tak dinafikan kemungkinan akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan semua. Jadi aku sokong sangat kiranya PAS letakkan isu ini sebagai keutamaan. Yang jelas nak jadi mangsa keganasan ISA ni pun silap silap haribulan orang orang yang rapat dengan Pakatan juga.

Selamat mengorek kubur sendiri

0 org komen
Gambar hiasan...

Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS

Oleh SIRA HABIBU
PETALING JAYA: PAS tidak gentar dengan strategi Umno untuk menarik lebih ramai ulama menyertai parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata parti itu tidak akan lemah walaupun lebih seribu ulama menyertai Umno.

"Ulama yang menyertai Umno itu akan hanya 'mengorek lubang untuk menguburkan' diri mereka sendiri kerana parti itu tidak akan memberi jawatan penting kepada pemimpin berkenaan.

"Kami tidak berasa terancam kerana akhirnya ulama yang menyertai Umno itu akan menjadi lemah,” katanya di sini hari ini.

Idris berkata demikian sebagai mengulas artikel Umno Onlineyang mendakwa 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti itu Jumaat ini. Dalam entri terbaru yang dimuat turun di blognya semalam, Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ragu-ragu dengan dakwaan bahawa bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno.

“Saya tidak yakin Dr Asri akan bekerjasama dengan Umno. Jika beliau menyertai Umno maka tanggapan saya mungkin silap,” katanya.

Harun berkata ulama yang menyertai Umno adalah golongan yang tidak bertakwa.

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah,” ujarnya.

Jelasnya, PAS tidak merasa terancam dengan langkah Umno merekrut ramai golongan ulama.

“Umno telah lama mempergunakan semua mufti untuk kepentingan mereka selama ini,” katanya.

Sebagai rekod dihari muka

0 org komen
TEMBOK Penjara Pudu yang dipenuhi dengan mural bakal dirobohkan malam ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran Jalan Pudu.

Tembok Penjara Pudu roboh malam ini


KUALA LUMPUR - Tiba detik 10 malam ini, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. (Kosmo)

Cara terkini sambut hari bapa

1 org komen
PEGAWAI penguat kuasa JHEAINS menyoal siasat pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson semalam.

Suami tangkap isteri khalwat pada Hari Bapa

SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.

Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun. (Kosmo)

Apek tak gentar?

0 org komen
Saiful Apek tidak gentar

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Terharu, sebak kerana ramai peminat terus bagi sokongan

TABURLAH apa saja kata nista atau penghinaan terhadapnya, semua itu tidak pernah sesekali menakutkan Artis Komedi Popular, Saiful Apek, 41, untuk bertentang mata dengan masyarakat.

Suara minoriti yang cuba melemahkan semangat perjuangannya itu tidak akan sesekali diendahkan. Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan rezekinya.
"Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar kelak," katanya dalam nada lemah ketika dihubungi atas bantuan pengurusnya, Adam, petang Sabtu lalu.
Diserang selsema, batuk dan demam, artis komedi kelahiran Gombak, Selangor itu berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana dipilih melalui pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Biar mungkin ada yang mencemuh, Saiful berkata, peristiwa penahanan selama lima hari kerana disyaki mengambil dadah membawanya melalui satu proses peralihan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan.

Sakit dan trauma berdepan situasi itu masih dirasai tetapi kata pelakon yang baru muncul dengan filem Kecoh Betul, peristiwa itu juga akhirnya menemukan dia dengan siapa dirinya yang sebenar.

"Saya lebih kenal siapa diri saya, juga tahu siapa yang menyayangi dan membenci saya. Saya lalui satu proses yang sukar tetapi masih ada yang menyayangi. "Saya berterima kasih kepada segelintir peminat yang bersusah payah mengumpul dana, bahkan ada yang memecah tabung wang simpanan semata-mata kerana mahu saya bebas," katanya dalam sebak yang tertahan.

Sepanjang lima hari direman, Saiful berterima kasih kepada polis kerana menjaganya dengan baik. Baginya, polis sudah menjalankan kerja mereka dengan adil dan bijaksana.

"Maaf saya tidak dibenarkan untuk mengulas kejadian malam itu. Saya juga tidak boleh memberi komen lain yang berkaitan kejadian. Apa yang dapat saya kongsi cuma pengalaman berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

"Saya percaya kepada Allah. Saya sentiasa meyakinkan diri setiap apa juga musibah yang datang tidak akan menjejaskan diri dan nama baik saya. Untuk menjadi manusia terbaik, saya harus melalui perkara yang buruk dulu.

"Kepada mereka yang cuba menutup pintu rezeki saya, mereka harus ingat Allah Maha Kaya. Dia yang memberikan rezeki kepada setiap manusia dan saya percaya itu," katanya.

Diasak pertanyaan, apa mungkin penangkapannya itu berlaku disebabkan penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk memberikan keadilan.

Pada 13 Jun lalu, Saiful ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama beberapa rakannya kerana disyaki mengambil dadah. Dia bersama-sama suspek yang lain ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, pada Jumaat lalu (18 Jun), Saiful dibebaskan dengan jaminan polis.

Mahu berehat seketika

DALAM rendah diri, Saiful yang sudah 12 tahun menekuni industri hiburan mengumumkan hasratnya untuk berundur sementara kerana enggan peristiwa penahanan itu memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar.
Katanya, keutuhan dirinya tidak tergugat dengan insiden yang berlaku sebaliknya ingin memanfaatkan kesempatan itu untuk berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

"Saya sudah terlalu penat bekerja dan banyak berhutang masa dengan keluarga. Mungkin ini fadilat yang saya peroleh daripada peristiwa penahanan itu.

"Biarpun saya berehat daripada industri seni tetapi keputusan itu tidak pernah menamatkan perjuangan saya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.
Keinsafan itu timbul ketika saya ditahan, membuatkan saya sangat bersyukur kerana kembali mendapat nikmat kebebasan," katanya.

Tidak menetapkan tempoh tertentu untuk berehat, Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu berkata, dia akan kembali ke dunia seni apabila sudah bersedia nanti.

Meniti hidup dalam bidang seni mengingatkan Saiful supaya sentiasa meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar kerana proses menimba ilmu itu tidak akan pernah berakhir.

"Jadi tidak akan ada istilah bersara atau letak jawatan, sebaliknya saya cuma mahu berundur diri seketika. Saya tidak mahu nanti akan ada suara yang mempertikai apabila saya masih tidak berubah.

"Ikhlas saya katakan, saya tidak layak dijadikan ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat baginda.

"Dalam tempoh berehat itu, saya akan cuba berusaha untuk melaksanakan impian yang saya peroleh ketika ditahan reman. Saya akan kembali jika masih ramai yang memerlukan saya dan berasakan saya layak untuk diberi sokongan," katanya.

Umno atau Pas?

0 org komen
Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad

21 JUN — Hari ni heboh kononnya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan masuk Umno Jumaat ini bersama 100 orang ulama termasuk yang berkelulusan Phd. Berita Harian memetik kata-kata Setiausaha Kerja Umno dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang sebagai berkata bahawa kemasukan Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada Umno. Beliau ini dilaporkan sebagai turut terlibat untuk membawa masuk Asri. Asri sendiri dalam kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik.

Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Asri nampaknya lebih mesra dengan PAS. Ketika panas isu beliau ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul ‘Am PAS di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan. Jadi berita terbaru ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam PAS atau Pakatan Rakyat.

Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Asri dengan orang-orang politik seperti di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Asri. Izinkan saya buat komen ringkas untuk bagi membantu menjelaskan letak duduk perkaranya...

1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang. Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada Datuk Seri Shahidan Kassim, gandingan utama dan penyokong kuat Asri.

2. Bagi mereka yang cenderung kepada PR, sukakan Asri dan marah dengan berita ini saya katakan: Takkanlah tak tahu lagi hubungan rapat selama ini antara Asri dengan beberapa tokoh Umno terutama Shahidan Kassim yang merupakan “promoter” dan pendokong Asri yang sangat komited dan aggresif. Dari dulu saya agak hairan dengan bacaan politik pemimpin dan pendokong PR yang terlalu “berminat” dengan Asri.

3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini ialah, Asri, aliran dan kumpulannya adalah merupakan suara minoriti dan janggal (syaz) dikalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya. Cuma tak semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang memberi ruang kepada Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain. Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian terhadap Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan Iman mereka diyakini salah. Oleh itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Asri dan mereka yang seumpamanya adalah sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan dan bahkan tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting — baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik.

Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Asri lebih banyak mengkaji, meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil.

(Dalam konteks PAS, saya teringat Subki Latiff, tokoh veteran PAS yang luas pengalamannya, telah menulis dalam kolumnya di Harakah tentang Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu. Secara halus dan berlapik, Subki menyatakan pandangannya bahawa PAS tidak sesuai bagi seseorang yang seperti dan mempunyai agenda seperti Asri.)

4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Asri menyertai Umno, saya agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Asri mestinya benar seperti dalam kes “minum air ludah ustaz” yang beliau timbulkan baru-baru ini. Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang benar-benar ulama yang bersama dengan Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama yang bersama Asri, tetapi hatta mereka ini belum tentu akan mengikuti langkah Asri jika betulpun beliau akan masuk Umno atau PAS. Saya ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Asri tidaklah sentiasa bulat menyokongnya.

Begitulah komen ringkas saya. Moga-moga ada manfaatnya dalam membentuk persepsi yang lebih betul. WaLlahu a’lam.

* Dr Yusri Mohamad ialah Bekas Presiden ABIM, Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia, dan pensyarah UIAM.

Apco ber"shopping" sakan nampak

0 org komen
SEKUTU APCO MEMELIHARA KATAK, SEKARANG MENCARI ULAR DALAM SEMAK PULA

Oleh: WFAUZDIN NS
MUSIM untuk `shopping' MP-MP dari PR telah berakhir atau mungkin ke penghujungnya. Kini, `Shopping' terarah kepada para `alim ulamak' yang bersikap seperti `ular dalam semak'. Ular dalam semak seperti ini adalah juga `Syaitan bisu' yang digambarkan di dalam kitab yang mana mereka itu arif tentang agama tetapi bisu tatkala berdepan dengan penguasa.

Setelah mereka menyedari bahawa tidak berbaloi wang jutaan ringgit dibelanjakan untuk `membeli' spesis katak yang kini ada beberapa ekor, mereka terpaksa beralih arah kepada mereka yang sering memakai `kopiah putih' atau `bersongkok hitam' serta memegang sijil/ijazah tinggi di dalam bidang agama. Sehingga ke tahap Phd mereka akan cuba pikat dengan umpannya sudah pastilah untuk menyelamatkan umat Melayu dan Islam. Kaedah itu sudah kita jangka kerana memang menjadi stail sekutu Apco ini akan melakukan apa jua agar cita-cita mereka tercapai. Cuma, mereka yang bijak dan pintar sahaja boleh membaca gerak tari sekutu Apco ini. Alim di dalam bidang ugama bukan bererti bebas dari godaan Syaitan.

Justeru itu, kita akan lihat nanti benarkah `shopping' ke atas ular dalam semak ini nanti berjaya mencapai ke tahap 100 orang atau mungkin lebih. Di saat kita dihidangkan di depan mata segala macam salah laku dan maksiat Penguasa, tidak terfikir oleh kita golongan agama ini terpedaya dengan tipu muslihat sekutu Apco. Memang benar, golongan Yahudi itu tidak kuat dan segagah mana tetapi mereka tersangat pintar untuk menipu. Jika tidak, masakan mereka masih menungkat langit di tanah umat Islam di Palestine.

Apa yang hendak dikisahkan jika ular dalam semak ini akan merayap ke dalam kem sekutu Apco. Bukankah sebelum ini mereka banyak membisu terhadap pemerintah? Kita tidak boleh melarang mereka untuk menjadi ular, kita hanya boleh mengingatkan sahaja. Kini, di pihak mereka sudah ada spesis `katak' dan tidak lama lagi ada pula spesis `ular'. Kita tunggu sahaja. / wfauzdin.blogspot.com

Akan serah pingat tapi bukan perjuangan

0 org komen
"Saya akan serahkan pingat tapi bukan perjuangan" – Chua

Istana Johor meminta Chua Jui Meng menyerah kembali ketiga-tiga pingat yang dianugerah kepada beliau oleh Sultan Johor walaupun pada asalnya hanya menarik balik dua pingat.

Minggu lalu, Chua dilucutkan gelaran ‘datuk’ dan ‘datuk seri’ dan diarahkan mengembalikan dua pingat kepada Istana. Tidak ada sebab diberikan ekoran menarik balik pingat tersebut walaupun spekulasi bertiup kencang adanya tangan Umno Johor dalam keputusan Istana tersebut. Umno Johor bagaimanapun menafikan tuduhan ini.

Pada sidang media di sini hari ini, Chua berkata, beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Mahkamah Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli, bahawa beliau mempunyai pingat ketiga – Pingat Ismail Sultan (PIS).

"Saya bertanya beliau sama ada pihak Istana mahu pingat itu juga dan beliau dengan pantas menjawab ya," kata Chua.

Oleh itu, saya akan membuat persiapan untuk memulangkan pingat-pingat itu kepada Istana secepat mungkin. Dan saya mengembalikannya dengan dada terbuka.

Ditanya bilakah beliau akan memulangkannya, Chua berkata, tidak ada keperluan untuk segera berbuat demikian.

"Saya telah memberitahu Rahim bahawa apa yang perlu beliau lakukan ialah dengan menarik balik gazet ke atas dua pingat itu dan pingat-pingat itu akan bertukar menjadi timah sahaja kerana ia tidak lagi mempunyai nilai dan penghormatan ke atasnya.

"Tetapi saya akan pulangkannya jua…. jangan bimbang," ujar beliau.

Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah, yang turut hadir, menyoal bidang kuasa Rahim menuntut dikembalikan pingat yang ketiga itu.

"Saya terperanjat kerana beliau (Rahim) boleh segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada Istana," katanya. "Jadi siapa yang menggunakan kuasa di sini? Siapa dibelakang keputusan pihak Istana?

Chua, bekas menteri kesihatan menyertai PKR Julai lalu, kekal gelaran ‘datuk’ kerana beliau telah dianugerah gelaran ‘datuk’ oleh Pahang dan Selangor.

Saya tidak akan mengalah

Chua mengakui beliau sudah tahu sebaik sahaja beliau menyertai Pakatan Rakyat, beliau akan melalui ranjau-ranjau kehidupan dan memuji langkah rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui keperitan hidup sejak 11 tahun yang lalu dalam usaha membawa perubahan di Malaysia.

"Saya telah bersiap sedia untuk perjuangan ini tapi saya tidak menjangka saya akan dihukum sebegini pantas atas keputusan yang saya buat," katanya.

"Tetapi kehilangan pingat-pingat ini tidak membawa apa-apa erti berbanding dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh golongan reformasi seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Chua juga terpesona dengan sokongan orang ramai yang datang mencurah-curah berikutan perlucutan gelaran dan berkata, "sesuatu yang saya tidak jangka langsung".

Beliau berkata, tahap sokongan yang diterima menunjukkan rakyat telah muak dengan politik murahan dan politik dendam dengan kerajaan yang muflis idea untuk membawa Malaysia maju ke hadapan.

"Umno telah membuat perkiraan yang salah dalam usaha untuk menggertak saya," jelas beliau. Mereka mungkin menjangka saya akan memperlahankan kempen reformasi dan malahan peristiwa ini memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan.

"Saya berdiri di pihak yang benar dan saya tidak akan berundur," ujar beliau.

Chua kemudian menggunakan analogi bolasepak untuk menerangkan keyakinannya bahawa rakyat secara jelas bersedia untuk melakukan perubahan.

"Dalam bolasepak, para penonton tahu apabila seseorang pemain itu membetis lawan dan bukannya bola. Dalam tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning kepada Barisan Nasional. Saya yakin pada tahun 2012, mereka akan melayangkan kad merah kepada Umno. -FMT

Sapa yang jadi cikgu dia dulu ni

0 org komen
parliament house leak leakage 050508 wan junaidi
Masuk penjara untuk kekal MP, saran timbalan speaker

Christine Chan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ketika ditemui wartawan di luar Dewan Rakyat, beliau berkata, memandangkan Tian telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 kerana menggigit tangan anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes pada 2007, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan sama ada denda tersebut telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Beliau mengemukakan rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Junaidi, bagaimanapun, berkata Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.

Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.

Laa, tak habih lagi kisah Hulu Selangor?

0 org komen
Zaid Ibrahim nafi tuduhan tidak main dalam satu pasukan

Lim Hong Siang
Isu minum arak semestinya bukan sesuatu yang baru buat Zaid Ibrahim. Bagaimanapun, isu ini tidak dipermainkan dalam PRU ke-11, ketika beliau bertanding di kawasan parlimen Kota Bahru, menentang lawannya dari PAS.

Namun demikian, tuduhan kaki botol, isu memiliki kuda lumba dibadai sehabis-habisnya ke atas Zaid Ibrahim, dalam PRK Hulu Selangor pada April 2010, apabila beliau masuk ke gelanggang menyarungkan jersi PKR.

Beliau sendiri mengakui kesukaran yang dihadapinya, sebagai calon pembangkang, "Sukar..., kerana sistemnya sebegitu. Media dikawal oleh mereka (Barisan Nasional), proganda, pembohongan...diserang ke atas saya." Kesimpulannya, gelanggang yang tidak sama rata.

Tidak main dalam pasukan?

Realiti sedemikian adalah pengetahuan am untuk kebanyakan orang yang celik politik tempatan. Ia adalah kelumrahan, dan bukannya cabaran baru untuk pembangkang setiap kali berdepan dengan pilihan raya. Apa yang "baru" selepas PRK Hulu Selangor adalah, apabila sesetengah anggota parti mula melontarkan tuduhan bahawa Zaid Ibrahim tidak bermain dalam satu pasukan, dalam pertarungan sengit untuk mempertahankan kerusi PKR di Hulu Selangor.

"Kamu tanyalah sendiri, mengapa perlu saya buat demikian? Adakah ia sesuatu yang masuk akal untuk kamu?" Zaid Ibrahim menafikan tuduhan, berulangan menegaskan bahawa tuduhan ini langsung tidak masuk akal.

"Kamu sebagai seorang calon, kamu tidak mahu sokongan orang lain. Adakah ia masuk akal?" Beliau menyambung, "Jadi, (tuduhan) ini hanyalah pembohongan. Orang ini (yang buat tuduhan) tidak menyokong saya. Mereka cuba untuk sabotaj."

Wartawan menyusul soalan dengan mengatakan bahawa Zaid Ibrahim didapati tidak menghadiri sidang media atau aktiviti yang dijadualkan pasukan kempen PKR, sehingga mencungkil rungutan sesetengah wartawan yang membuat liputan dalam PRK Hulu Selangor.

Lantas Zaid Ibrahim mencelah, "Tak, kamu tak boleh menilai satu pilihan raya dengan media... Hanya kerana mereka (pasukan kempen) mengadakan sidang media pada jam 11 pagi, saya perlu berada di sana setiap hari."

Jangan persalahkan saya, Zaid

Beliau menjelaskan, "Hulu Selangor adalah satu kawasan yang besar. Saya perlu merancang, memutuskan berapa kali perlu saya berada di situ. Orang yang menyediakan jadual bukan calon, (tapi) saya (ialah) calon. Jadi, saya perlu menentukan, (aktiviti) mana yang lebih penting."

"Itu tidak bermakna saya bukan seorang anggota pasukan (team player), itu bermakna organisasi itu lemah. Itu sahaja. Jangan persalahkan saya. Orang ini cuba menutup kelemahan mereka sendiri," tambahnya.

Malah, Zaid menjadikan organisasi tempatan yang lemah sebagai alasan mengapa beliau perlu "membuat keputusan dirinya" pada masa-masa tertentu. "Pasukan itu tidak bekerja dengan baik," katanya.

Beliau mendakwa bahawa dalam setiap pilihan raya, sesebuah parti perlu bergantung kepada organisasi tempatannya. "Pusat tidak tahu keadaan di tempatan. Apabila ada pilihan raya, jentera semuanya dari tempatan. Jadi, kamu perlu mempunyai satu jentera tempatan yang mantap," katanya.

Nasib dalam parti

Di mana ada gula, di situ ada semut; Di mana ada kuasa, di situ ada politikus. Tidak ramai yang sanggup menyertai PKR sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac. Pelbagai sindiran dilontarkan - parti dengan hanya satu kerusi di parlimen yang tidak mempunyai masa hadapan. Dari percaturan strateginya, PKR dilihat sebagai parti yang menongkah arus dalam sentimen perkauman dan agama, malah Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim sudah tidak relevan!

Selama ini, PKR disamakan dengan Anwar Ibrahim. Pemimpin barisan kedua tidak menonjol, lebih ketara apabila ramai yang memilih untuk keluar parti setelah gagal dalam perebutan kuasa. Timbalan Presiden, Syed Husin Ali semestinya bukan pewaris Anwar, berikutan faktor umurnya. Persoalannya, siapa pula?

Zaid Ibrahim keluar dari UMNO tepat pada masanya, lantas menjangkau kedudukan moral yang tinggi kerana "mempertahankan prinsip". Imej beliau cukup terserlah, sehingga mengundang pelbagai pertikaian - ketika membincangkan kedudukannya dalam parti. Kelebihan ini membuatkan Zaid Ibrahim dilihat sebagai pemimpin masa depan PKR, sementara ada yang mempertikaikan senioritinya dalam parti, kerana tidak pernah bersama dalam perjuangan PKR, pada ketika parti ini melalui detik saat yang paling genting.

PRK Hulu Selangor menjadi pertarungan yang penting untuk Zaid Ibrahim, sebagai penentu kedudukannya dalam parti pada masa yang akan datang. Malah, ada yang mendakwa bahawa ketewasannya terus memalapkan masa depannya dalam parti.

"Kamu tunggu dan lihatlah!"

"Itu sekadar pilihan raya kecil," kata Zaid Ibrahim bersahaja, "Sememangnya, ia sesuatu yang baik jikalau disambut dengan kemenangan."

Ketika diajukan lagi dengan soalan peranan yang bakal dimainkannya dalam PKR, Zaid Ibrahim menjawab, "Itu kamu perlu tanya Anwar Ibrahim."

Desas-desus tersebar baru-baru ini bahawa beliau mungkin akan dilantik sebagai Setiausaha Agung dalam PKR, menggantikan Saifuddin Nasution Ismail. Wartawan membangkitkan pandangan bahawa ada yang menganggap Zaid Ibrahim tidak mempunyai sokongan akar umbi, yang mana faktor ini mungkin tidak memihak kepadanya jika masuk bertanding dalam pemilihan parti.

"Saya ni, semua orang kata saya tak ada grassroot. Kamu tak tahu, orang boleh kata macam-macam yang mereka suka," sebelum beliau menyambung, "Kamu tunggu dan lihatlah. Kita tak tahu (apa yang berlaku kemudiannya)."

Monday, June 21

Jangan gelak, kita lagi teruk

2 org komen
Ronaldo (kiri), berjaya menyumbat gol ke-7 Portugal, menentang Korea Selatan, perlawanan Kumpulan G, di Stadium Green Point, Cape Town. - Foto AFP

Memalukan, satu lagi wakil Asia ke Piala Dunia telah diajar cara yang betul bermain bola oleh pasukan Portugal dengan membelasah Korea Utara 7-0 dalam perlawanan kumpulan G kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Green Point di sini, sebentar tadi.

Gol Portugal dijaringkan Raul Meireles pada minit ke-29, Simao (minit ke-53), Hugo Almeida (minit-56), Tiago (minit ke-60,89), Liedson (minit ke-81) dan Cristiano Ronaldo (minit ke-87).

Sebelum tamat separuh masa pertama di mana Portugal sudah mendahului 1-0, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan padang basah untuk tempoh 45 minit.

Diharap sultan bola Malaysia jangan dok gelak kuat sangat kerana Malaysia masih belum boleh mimpi pun nak jejak kaki ke Piala Dunia sampai la ni... sekurang kurangnya Korea Utara sampai jugak.

Islam rugi kerana penganutnya yang bangang

0 org komen
Zaman la ni bukan saja cabaran terhadap agama Islam itu datangnya dari luar tapi lebih teruk lagi ianya datang dari kalangan ahli itu sendiri. Orang Islam yang lebih lebih malah mereka reka cerita agar Islam dipandang sebagai ancaman pada keamanan.

Kekadang tu mereka mereka ini sengaja mencipta isu untuk mengalih pandangan masyarakat dari isu isu tertentu dengan harapan beroleh laba dari isu baru yang dicipta, tanpa memikirkan isu baru itu boleh merosakkan lagi imej Islam dimata orang ramai terutama pada yang bukan Islam. Ini dah jadi satu trend, penyakit yang berulang ulang bila saja umat Islam dilihat tidak lagi bersatu dibawah payung mereka.

Jadi ingatan Tuan Guru Hadi dikira tepat pada masa. Bukan saja puak Umno yang perlu dinasihatkan malah keseluruhan masyarakat itu sendiri perlu dididik bahawa Islam agama yang bebas dan aman. Setiap tindak tanduk penganut yang bertentangan dengan kehendak agama Islam perlu dipisahkan dari ajaran agama Islam itu sendiri.

Penganut agama agama lainnya ada jugak yang ganas, kenapa Islam yang dilebih lebihkan? Malah sanggup ada ahli pada agama Islam itu sendiri yang masih berangan angan malah beria ia mencari keuntungan dengan mengaitkan Islam dengan keganasan.

Bangang punya penganut...

Enam Faktor Lewat, Jambatan Pulau Pinang II Siap 2013

0 org komen
Ada enam faktor utama yang menjadi punca projek Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat disiapkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata faktor pertama merujuk kepada kajian lanjut tentang kesan kemalangan di laut yang perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan binaannya benar-benar kukuh.

Katanya sebab kedua pula merujuk kepada penilaian beban kesan gempa bumi yang perlu dijalankan, manakala sebab ketiga berkaitan dengan kajian mengenai kawasan kedalaman laut untuk melihat kesan struktur tanah di tempat itu.

"Tiga sebab lain terlalu teknikal," katanya kepada pemberita sebelum membuat lawatan ke tapak pembinaan jambatan kedua di sini hari ini.

Jambatan yang seharusnya siap pada 2012 mengikut rancangan asal itu dijangka hanya dapat disiapkan pada September 2013 akibat faktor tersebut.

Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara usahasama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd.

Lim berkata pembinaan jambatan kedua itu kini berada di peringkat 25 peratus siap. Beliau seterusnya meminta semua syarikat yang mendapat kontrak bagi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memberi keutamaan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang berasal dari Pulau Pinang.

"Semua syarikat kontraktor yang mendapat kontark projek pembinaan jambatan bukan berasal dari Pulau Pinang," katanya. - Bernama

Awat depa gelabah sangat

0 org komen
Hishmuddin dan Musa Tidak Perlu Marah Anwar
Mohd Sayuti Omar (MSO),

MENTERI Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan kali ini sepakat dan senada marahkan Anwar Ibrahim ekoran bekas TPM itu berpendapat isu miltan Jemaah Islam (JI) yang ditimbulkan pihak kerajaan sebagai helah mengalihkan isu saja.

Pihak keselamnatan telah mendedahkan bahawa mitlan JI kini sudah mulai meresapi ke dalam kampus dan mendakwa ada pensyarah yang turut terlibat.

Dalam kata lain Anwar tidak percaya dengan dakwaan JI meresapi ke dalam kampus di negara ini. Kata Hishamuddin kenyataan Anwar itu sebagai gila manakala kata Musa Hassan Anwar tidak perlu bercakap kerana ia bukan dalam bidang kuasa Anwar.

Kedua kenyataan itu agak keras dan kasar tidak sepatutnya diluahkan oleh kedua mereka. Apakah soal keselamatan negara ini seratus peratus menjadi tanggungjawab polis? Selalu kita mendengar polis membuat seruan supaya orang ramai membantu polis. Jadi bila Musa Hassan menempelak Anwar begitu seolah polis tidak memerlu bantuan orang awam.

Begitu juga kalau kenayataan Anwar itu gila Hishamuddin tidak sepatut menjawab dan melayannya. Bukankah Anwar orang politik, bila-bila masa dan di mana saja dia akan berbicara atas sifat politik.

Politik adalah persoalan dan persepsi. Jadi apa yang dibangkitkan Anwar itu persoalan dan persepsi beliau terhadap apa yang dibangkitkan oleh kerajaan. Mungkin dia beranggapan kerajaan tidak serius membangkitkan soal itu melainkan untuk mengalihkan isu saja. Anwar juga pernah menjadi pemimpin Umno dan arif dengan tektik dan strategi Umno dalam melarikan isu. Mungkin Hishmuddin terlupa akan sejarah itu.

Almaklumlah hari ini kerajaan berdepan dengan beberapa isu yang tidak menyenangkan. Isu kerugian Sime Darby, isu ekonomi yang tidak berapa menyenangkan dan pelbagai isu. Isu orang Melayu tidak menyokong Umno sepnuhnya dan berbagai isu lagi.

Bertolakkan daripada keadaan itu menyebabkan kemungkinan kerajaan membuat berbagai pendedahan untuk mendapat perhatian rakyat khasnya orang Melayu. Dengan mendedahkan soal keselamatan Umno mengira orang Melayu akan kembali bersatu!

Masalah perpecahan kalangan Melayu yang tidak menyokong Umno juga sangat ketara dan ini membimbangkan Umno. Jadi kalau Anwar beranggapan begitu memang ada alasan baginya.

Musa Hassan pula tidak naik angin dengan Anwar Ibrahim. Kalau masalah JI benar-benar menjalar dalam kampus dan sudah ada pengsyarah terlibat, tunggu apa lagi tangkap mereka. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membolehkan mereka ditangkap tanpa bicara masih ada. Gunakanlah!


Tidak ada gunanya berlawan mulut dengan Anwar. Disebabkan Anwar dan Musa ada chamistry tersendiri mereka tidak akan berdamai dalam apa saja. Apabila Anwar mengeluarkan kenyataan begitu mungkin dia mahu mencabar wibawa polis agar mengatasi segera gejala berkenaan. Seharusnya baik Musa dan Hishmuddin tidak mudah prejudis terhadap apa-apa yang Anwar bangkitkan.

Kerana politik itu persepsi rakyat di luar sana tidak akan percaya kepada Musa dan Hishmuddin sebaliknya akan yakin dengan apa yang Anwar timbulkan itu. Jadi untuk menjawab dan menutup mulut Anwar, polis jangan teragak-agak benteras dan tangkap saja siapa yang menjadi penggerak JI.

Kalau polis gagal berbuat demikian dan Hishamuddin hanya setakat mengeluarkan kenyataan maka benarlah apa yang ditanggapi oleh Anwar itu, bahawa isu JI hanya isu ciptaan kerajaan saja untuk menakutkan rakyat dan melarikan isu-isu besar yang kronik yang ada masa kini. Dan hari ini nampaknya apa yang diandaikan Anwar itu lebih dipercayai daripada apa yang Hismuddin dan Musa Hassan ucapan.

Asri bakal diguna tumbangkan Anwar

0 org komen

Laa.. ingatkan gambaq Mohd Asri...

Salam semua...

Mak Long hang bukan suka sangat bila dengaq sok sek sok sek si Asri tu nak masuk Umno. Masam mencuka muka Mak Long hang, sampai janda Limah yang mai bertandang sat tadi ni pun takut nak lelebih. Jenuh dok perjelaih jugak la kat Mak Long hang tadi ni.

Bagi Pak Long la, benda ni mudah sangat. Jangan dok semakkan kepala kita dengan isu remeh ni. Jangan sampai masak nasi hangit marahkan si Asri pulak. Ikut suka dia la nak masuk parti mana pun. Pak Long tengok budak Asri tu dah besaq panjang, dah lebih dari tau kehendak diri dia. Yang kita dok kalut tolong nasihat dia buat hapa? Yang kita dok kalut nak harapkan dia ikut cakap kita pasai apa? Kata perjuang kebebasan tapi dok sekat orang dari bebas berfikir dan bertindak. Tak baguih la macam tu.

Pak Long tau budak Asri ni baguih, berani dan jenih laju punya kepala. Takat karamah yang ada kat Anwar tu, tak heran la. Bila Anwar gagal cuci Umno dari dalam, tak bermakna Asri jugak akan gagal. Umno tu buruk dimata musuh Umno tapi suci bersih bagi pencinta Umno. Salahkah pencinta nampak cantik benda yang dia cinta?

Budak Asri ni bukan duduk ataih sebarangan makam. Sebab tu Pak Long nampak apa yang Umno nampak. Hanya Asri saja yang dilihat layak oleh Umno untuk tumbangkan Anwar di Permatang Pauh. Tapi besa la, Umno akan perguna Asri tumbangkan Anwar dan Asri akan pergunakan Umno untuk gagau apa yang dia perlu untuk hidup.

Pak Long pun ada gak kawan kat Mengkuang tu. Orang Mengkuang sayangkan Anwar tapi depa tak bencikan Asri. Si Asri ni bukannya jenih kutu rayau tepi jalan. Sebab tu Pak Long rasa susah jugak la buat si Asri ni nak buat keputusan sebab Umno pun suci jugak kalau kita tengok dengan mata tertutup... hihi...

Wassalam...

Related Posts with Thumbnails