Saturday, July 31

Depa dah berkelahi pasai makan tak cukup

2 org komen
Menteri: Pemuda Umno usah berkokok

Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian
hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pertandingan golf amal kali kelima yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM285,000 hari ini, akan diteruskan untuk mengisi dana Mayang bagi membantu golongan miskin di kawasan Pasir Gudang.

Beliau berkata empat buah kelas tuisyen percuma juga akan dibuka dalam masa terdekat di kawasan Pasir Gudang sebagai usaha menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak golongan miskin. - Bernama

Umno terkejut

2 org komen
Karpal Singh secara tiba tiba cadangkan perogol kanak-kanak dihukum mati. Ingat, berita aneh ni terbit dari mulut Karpal Singh, selaku Pengerusi DAP kebangsaan. Bukan Pas, jauh lagi la PPP dan MIC. Umno? jangan harap laa...

Umno mesti terkejut beruk bilamana Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal kata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

Bukannya apa, Karpal tu berharap sekurang kurangnya ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita nak melakukan kesalahan tersebut dan tahu bahawa undang-undang negara tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah.

Amacam Umno, dok terkejut lagi ka sampai tak boleh nak bercakap dah?

Ku Li boleh imbangi suara Mahathir

0 org komen
Tengku Razaleigh atau nama glamournya Ku Li telah sekali lagi mengulangi desakan minta kerajaan mansuh akta yang ganas menyekat kebebasan rakyat.

Laporan MI disini melaporkan pemimpin veteran dari kerabat di raja Kelantan ini sekali lagi dengan lantang meminta kawan kawannnya dalam kerajaan menghapuskan akta kejam yang mengganasi kebebasan rakyat mendapat hak seorang rakyat dalam sebuah negara merdeka. Ku Li sejak akhir akhir ini dilihat lebih memperjuangkan nasib golongan yang ditindas sekaligus meletakkan dirinya dan masa depan politiknnya dalam Umno tidak keruan.

Apa guna kita enak di istana mewah sekiranya rakyat marhaen punya perasaan takut bersuara dinegara sendiri. Akta-akta yang tidak adil dan yang telah disalah guna kerajaan seharusnya dimansuh dari menyekat kebebasan yang kita pernah menikmati ketika negara merdeka. Lebih menyengat bila mana Ku Li sendiri mengajak rakyat bersama sama beliau mendesak agar undang-undang sedemikian tidak lagi diguna pakai.

Blog ini menyokong penuh hasrat dan niat politikus veteran ini. Diharap suara nyaring Ku Li yang meminta agar pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan OSA (AKta Rahsia Rasmi 1972) dapat menyeimbangkan suara nakal Mahathir yang kian hari kian galak dan nyaring.

“Undang-undang ini lazimnya digunakan sebagai alat politik, bukannya sebagai instrumen keselamatan negara. Ini mencetuskan iklim ketakutan (di kalangan rakyat),” Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Friday, July 30

Berita sana sini... kah... kah...

1 org komen
TERKINI - TERNOW - TERBARU

KAH KAH KAH

BERITA DARI SANA SINI

PERKEMBANGAN BARU: Farah Azlina, yang dituduh Raja Petra ada hubungan dengan Saiful sepatutnya berkahwin tidak lama lagi, tetapi perkahwinan itu telah dibatalkan baru-baru ini atas sebab yang tidak dinyatakan oleh sumber

PENDEDAHAN: Kononnya malam tadi di Memorial Tunku Abdul Rahman berlangsung program tertutup penjelasan subsidi oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Tapi isi program itu ialah nak cari jalan macam mana Umno nak tawan Selangor, video kutuk Anwar diedar. Yang berucap ialah Fuad Hassan dan Lokman Nor Adam. Hadir 150 orang termasuk pegawai2 BTN

KETUA HAKIM NEGARA: Zaki Azmi berkata kes Lingam tak perlu disiasat kerana perkara itu dah berlalu. "Kita kena memandang ke depan," katanya. Kalau macam tu semua kes2 yang dilakukan sebelum Julai 2010 kat mahkamah gugur saja la. Fikir kes2 ke depan saja.

( kah kah kah… kalau macam ini kensel laaa kes kes lama…kah kah kah)

Sumber: Bro TT

Umno boh mau

0 org komen
Umno dah masuk kategori hilang akal. Umno suka buat cerita hantu. Depa cipta hantu untuk takutkan kita, last last depa sendiri yang takut dengan hantu ciptaan mereka.

Umno telah mencipta satu lagi slogan tahyul iaitu, Melayu mundur jika Umno kalah. Selalunya yang percaya pada benda benda tahyul ni hanyalah bomoh bomoh. Yang mengamalkan benda benda tahyul ni jugak bomoh bomoh. Bomoh bomoh sekarang banyak yang tak boleh pakai, antaranya ialah UMNO itu sendiri. UMNO lah boh mau yang paling mengganas sekarang ni.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Subahat lindungi Noordin Mat Top, ibu muda dipenjara 3 tahun

0 org komen
Putri Munawaroh dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana sabit kesalahan melindungi Noordin Mat Top tahun lalu. – Gambar ihsan Jakarta Globe

JAKARTA, 29 Julai – Seorang ibu muda Indonesia hari ini dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah memberi perlindungan kepada pengganas paling dikehendaki Noordin Mat Top, tahun lalu. Meskipun Putri Munawaroh, 20, kelihatan tenang selepas hukuman dijatuhkan, penyokong-penyokongnya memekik ke arah panel hakim Mahkanah Daerah Jakarta hari ini.

“Allahu Akbar, harap anda dikutuk!” jerit seorang lelaki dengan menunjukkan jari ke arah Hakim Ida Bagus Dwiyantara.

Hakim pula memberitahu, Putri telah dibuktikan menyembunyikan maklumat tentang pengganas dan tindakannya bercanggah dengan kempen antipengganas yang dijalankan oleh kerajaan.

Bagaimanapun hukuman penjara itu, lima tahun lebih rendah berbanding yang dituntut oleh pendakwa raya.

“Tertuduh masih muda, dia tidak disabitkan sebarang kesalahan sebelum ini dan mempunyai seorang anak untuk dijaga,” kata Ida dipetik Jakarta Globe.

Peguam tertuduh, Achmad Michdan memberitahu pihaknya akan mengemukakan rayuan kerana panel menyabitkan kesalahan berdasarkan andaian yang sangat lemah.

“Pelanggan saya didapati bersalah menyembunyikan maklumant tentang Noordin dan seorang lagi lelaki hanya kerana dia sentiasa menutup pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah,” kata peguam.

“Tiada apa-apa maklumat dalam perbicaraan yang boleh membuktikan bahwa Putri memang mengenali tetamunya sebelum mereka tinggal di rumah itu.

“Ia persoalan utama dalam tuduhan yang tidak boleh dijawab, tetapi dia disabitkan kesalahan akhirnya,” katanya.

Noordin ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan ke atas rumah milik wanita berkenaan pertengahan September 2009. Dia dikatakan terbunuh apabila meletupkan dirinya setelah pasukan keselamatan menggempur sebuah rumah di Solo, yang dipercayai menjadi tempat pesrembunyian Noordin dan konco-konconya.

Tiga suspek telah ditangkap dalam serbuan itu, termasuk Putri serta dua yang lain. Kematian Noordin membawa kepada tamatnya pemburuan ke atas pengganas kelahiran Malaysia itu, yang terlibat dalam beberapa siri keganasan di Indonesia sejak awal alaf ini, termasuk letupan ke atas sebuah kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan lebih 202 pengunjung, kebanyakannya warga Australia.

Noordin turut terlibat dalam beberapa serangan ke atas kepentingan barat termasuk Amerika Syarikat di Indonesia dan letupan trak ke atas Kedutaan Australia di sini pada 2004.

Terima kasih pembangkang

0 org komen
Malaysia sambut Hari Pahlawan ikut fatwa Sabtu ini

Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka pada Sabtu ini — buat kali pertama berlangsung tanpa acara letak kalungan bunga dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara, yang menjadi amalan biasa sebelum ini.

Sambutan kali ini diubah suai dan dijalankan mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan lebih sedekad lalu, dan yang terbaru April 2009.

Perubahan lokasi sambutan juga selari dengan keputusan majlis tersebut yang memutuskan Tugu Negara di ibu negara, berusia lebih empat dekad, bertentangan dengan hukum syarak.

Tugu Negara menggambarkan sekumpulan perwira memegang bendera dibina pada 1960-an bagi memperingati mereka yang meninggal dunia ketika darurat dan pendudukan Jepun.

Berdasarkan maklumat diperoleh The Malaysian Insider dari Kementerian Pertahanan, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyempurnakan sambutan kali ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam cuti sehingga awal bulan depan.

Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan “Last Post”, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera.

Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.

Acara-acara seperti majlis peringatan termasuk bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.

Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Bagaimanapun acara tiupan “The Last Post” dan “Rouse” akan diteruskan kali ini.

Deklamasi sajak dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan diadakan.

Majlis tahlil khas akan diadakan di Masjid Negara pada malam sebelum sambutan di Dataran Merdeka.

“Kami sudah lama meminta agar dilakukan perubahan. Saya gembira kerana kini mereka akhirnya mendengar,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menganggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Fatwa bukan sesuatu yang baru. Tetapi tiada perdana menteri yang berani mematuhi (fatwa). Saya gembira kerana Datuk Seri Najib ada iltizam untuk mengamalkannya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.

Najib menghadiri sambutan Hari Pahlawan yang pertama sebagai perdana menteri tahun lalu di Tugu Negara di mana beliau mengetuai beberapa anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan angkatan tentera dan polis meletakkan kalungan bunga.

“Ini tradisi orang putih (penjajah). Mengapa harus kita mengekalkannya? Kita boleh melakukannya dengan cara kita,” kata Harussani.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Perajut Datuk Muhammad Abdul Ghani memberitahu, perubahan sambuatan Hari Pahlawan akan menarik lebih ramai orang untuk menyertai sambutan.

“Sama ada Islam atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi secara peribadi saya hanya mengingati rakan-rakan saya yang terkorban,” katanya.

Sehubungan itu Muhammad menambah, sambutan di Dataran Merdeka akan mempertingkatkan kesedaran mengenai Hari Pahlawan.

“Ia sangat penting seperti Hari Kebangsaan. Sambutan tidak begitu meriah, tetapi disebabkan ia diadakan di Dataran Merdeka, lebih ramai akan hadir,” katanya.

“Kami hanya ikut keputusan kerajaan. Tidak kisah bagaimana ia disambut, tetapi yang penting hari penting ini diperingati,” kata Muhammad.

Pada 31 Mac lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

“Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

“Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

Zahid berkata perkara itu turut dipersetujui oleh Najib, malah beliau meminta permbinaan dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar itu disegerakan.

PRU 13 dah dekat dah oiii

0 org komen
Oleh Amin Iskandar

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA, Tun Ling Liong Sik hari ini didakwa berkenaan dengan skandal projek PKFZ.

Ling didakwa menipu kerajaan dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta”. Petikan laporan Malaysiakini.

Dahulu bekas Menteri Tanah, Kasitah Gaddam dan Eric Chia pernah didakwa diatas pertuduhan rasuah. Selepas pendakwaan itu, pilihanraya umum 2004 berlangsung. Parti pemerintah menang besar pada ketika itu kerana imej bersih Abdullah Badawi dan kerajaan beliau dlihat memerangi rasuah tanpa mengira siapa pelakunya.

Lama kelamaan, kedua-dua Kasitah Gaddam dan Eric Chia dibebaskan kerana dikatakan tidak ada bukti yang kukuh.

Apakah hari ini skrip lama dimainkan semula? Ling Liong Sik didakwa diatas skandal rasuah dan penyelewengan besar PKFZ.

Tidak lama sebelum ini, Ong Tee Keat, bekas menteri pengangkutan yang memulakan pembongkaran skandal PKFZ dijatuhkan dari MCA diatas sokongan pimpinan tertinggi negara.

Percayakah kita Ling Liong Sik akan benar-benar dijatuhkan hukuman? Tunggu dan lihat. Yang paling nyata adalah PRU 13 akan datang tidak lama lagi.

Kepada yang ingin bertanding, bersiap-siaplah. Kepada yang seronok jadi ahli parlimen, Adun atau memegang jawatan tertinggi dalam negeri, berjaga-jagalah. Keseronokkan itu tidak akan terlalu lama kerana tidak lama lagi harus bertanding semula.

Oppocot... tak pandai menipu

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Alahaii... terkejut tenuk Pak Long bila tengok si Chua Soi Lek ni terkejut. Ya la, Pak Long ingatkan si Chua ni payah nak terkejut, rupa rupanya dia pun kuat terkejut jugak. Ekelleh... buat buat terkejut kot. CD hang dulu punya laku, macam goreng pisang panaih, tak terkejut sampai macam ni punnnn....

Tokey parti MCA, Chua Soi Lek yang senang sangat ngan pompuan juai tubuh ni terkejut besaq bila dapat tau bekas tokey parti tokey tokey tu, Ling Liong Sik kena dakwa pasai tak pandai menipu. Chua yang terkejut sangat tu pasai orang yang tak pandai menipu, tak boleh masuk parti tokey tokey. Kena pandai menipu baru boleh join parti tokey tokey, baru tak leh kena tangkap. Tau tau sifu dia pi kena tangkap pasai menipu. Kira tak pandai menipu laaa...

Apa apa pun Pak Long yakin Liong Sik akan di bicara dengan penuh adil ikut undang undang negara Najib dan pasti akan dibebaskan nanti pasai memang dia tak bersalah pun. Yang bersalah ialah orang yang kena tipu dengan dia tu pasai bangang.

Wassalam...

Kena naya saja laa

0 org komen
Ramai bertanya mengenai keputusan kerajaan membenarkan guru siswazah termasuk guru besar dan pengetua terlibat aktif dalam politik samaada guru guru terbabit mendapat untung atau guru guru tersebut bakal masuk tong.

Aku rasa ia hanya langkah nak mengenal pasti sapa yang sokong kita dan sapa yang sokong depa. Sapa yang warna warni dan sapa yang warna biru. Sapa yang berani berwarna warni, tau la apa yang depa bakal kecapi. Sapa yang berwarna biru, pasti senyum sengeh la selalu. Jadi aku melihat tindakan terdesak kerajaan ni adalah sengaja dibuat supaya ia guru guru senang dimanipulasikan. Secara tak langsung guru guru akan rasa tertekan sendiri bagi yang berani memilih warna lain dari warna rasmi BN, iaitu biru.

Aku tak percaya langsung pada kebebasan berpolitik Umno - Barisan Nasional ni. Depa bakal memberi tekanan dalam diam. UBN punya konsisten tak boleh percaya. Keadilan UBN boleh dipertikai bukan saja pada guru guru tapi jugak keseluruhan rakyat selama lebih dari 50 tahun.

Dengan rekod UBN yang penuh dengan penipuan dan penindasan, berani ka guru guru memilih warna lain dari warna biru?

Thursday, July 29

Orang kecik, akai pun kecik

0 org komen
Ikut kata Presiden PAS, Haji Hadi, dia tak hingin langsung nak layan Mufti Perak yang hanya dianggap sebagai orang kecil.

Mufti Perak, ulama tersohor yang bergelar Tan Sri tu telah dianggap sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti PAS supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno. Atau dengan kata kata lainnya, Harussani hanya orang kecil yang memang berotak kecil yang cuba cuba melawak dan merayu PAS supaya berkawan sama dengan Umno.

Sah, pilihanraya umum dah dekat

0 org komen
Ada la sekoq dua jerong depa tangkap, lepaih tu tak kemana pun. Tangkap ni sebagai satu wayang saja, mengaburi mata rakyat untuk pilihanraya...

BEKAS Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik (dua dari kiri), didakwa atas dua tuduhan menipu berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini. Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 3 September depan dan bekas Presiden MCA berusia 67 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta. - Foto Afendi Mohamed

Jangan dok tunjuk bodo hangpa

0 org komen
Sumber: Pak Long

Pengetua Sekolah Murid Mengandung, Melaka...

Salam semua...

Hadoiiih... tolong la Umno oii, letih la Pak Long lagu ni. Tak larat dah nak bergulin gulin. Bukan bergulin gulin ngan Mak Long hang, dak. Bergulin gulin punya gelak, keraih perut perut.

Lagu ni saja ka kepala hotak orang berbangsa Umno boleh buat. Takat ni saja ka cerdik hangpa. Kita cerita pasai masaalah sosial belambak lambak la ni bukan nak suruh hangpa tunjuk bodo hangpa. Kesian la kat orang Melaka ada Ketua Menteri yang sumbang dalam berdondang sayang. Tak sedap langsung.

Hangpa pikiaq elok elok dulu baru bercakap. Kreatif tak bertempat boleh bawak musibat. Tak pernah dibuat orang dok himpun budak budak ter'mengandung' dalam satu sekolah. Cuba hangpa pikiaq tengok budak budak yang terlanjur dalam sekolah tu nanti. Depa nak pi letak muka tang mana lepaih depa belajaq. Lulusan mana? Lulusan KMM. Bukan 'Ketua Menteri Melaka' tapi 'Kelas Murid Mengandung'. Tak dak kelas langsung laa...

Pak Long tau la, zaman la ni memang tak susah pun nak dapatkan anak murid jenih terlanjur macam tu, berlori lori boleh dapat... hihi...

Tumpang hangpa dok pegang kosa ni, Pak Long nak pesan cuba cuba la buat pelan macamana nak cuci hati nurani anak anak bangsa. Tok sah dok kira la terlanjur ka belum. Cegah sebelum parah. Hati yang cuci akan hasilkan hati yang suci. Hati yang suci memandu diri menjadi baik. Baik hati akan jugak mengzahirkan insan yang baik. Hangpa reti ka dak ni...

Hadoiiih.... wassalam...

Politik? berpolitik ala Umno-BN

0 org komen
Ni bukan politik ka? Kita nak panggil menatang apa kalau bukan politik?

Ni la yang orang kata bangsa Umno ni suka bercakap ikut pungkok. Sekali bukak mulut berminggu minggu bau busuk tak habih lagi.

Dah hangpa izin guru guru berpolitik. Alih alih Muhyiddin pulak kata guru guru tak diizinkan bawa ideologi politik ke dalam bilik darjah. Tak ke pelik arahan ni yang mai pun dari orang yang pelik. Sapa pulak yang nak pastikan guru guru ni berkecuali semasa mengajar dalam kelas mereka? Sapa pulak yang nak pastikan guru guru ni ada masa nak tumpukan perhatian pada profession mulia ni? Sapa pulak yang nak pastikan profesionalime perguruan ni terjaga?

Hang sembang saja pandai Muhyiddin oii. Guru guru lebihnya akan teraniaya dan terperangkap hasil dari tindakan bodo yang di desak oleh Umno demi kepentingan BN itu sendiri. Satu yang mungkin Umno tak pernah nak ambik tau ialah, ahli politik akan tetap berpolitik walau dimana mereka berada.

Bila Nik Aziz puji Anwar

0 org komen
Nik Aziz puji ketegasan Anwar, mahu kukuh Pakatan hadapi PRU-13

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya – sokongan yang membayangkan beliau sekali lagi menolak idea kerjasama dengan Umno.

“Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian,” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mursyidul Am PAS itu memberitahu, ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy.

“Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan.

“Maka, Anwar seorang yang mendukung prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” kata beliau lagi.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Anwar antara lain menekankan dua perkara iaitu situasi serangan politik yang dialaminya sekarang sebagai satu proses “menimba pengalaman” dan “tidak mempunyai pilihan dan tahu risikonya”.

Selain itu, Anwar juga berkata beliau yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Nik Aziz.

Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.

“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.

“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan “premis yang betul”.

Nik Aziz menambah, sesungguhnya beliau mengucapkan tahniah dengan sepenuh hati kepada Anwar atas nilai ketegasan beliau.

Dari segi Islam, ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang selayaknya ada pada setiap pemimpin yang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan hak yang hakiki, kata pemimpin itu yang sudah memasuki dekad kedua menerajui kerajaan negeri Kelantan.

“Anwar Ibrahim memiliki sifat istiqomah itu. Kerana istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama,” katanya lagi.

Nik Aziz menambah, diharapkan berbekalkan prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk-mikraj yang baru disambut,” katanya.

Dalam peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menceritakan kebenaran berdasarkan apa yang dialami baginda, kata Nik Aziz.

Namun, katanya, masih ada pihak Quraisy tidak menerima kebenaran yang diceritakan oleh Nabi sendiri.

“Sebaliknya pula, pelbagai tuduhan buruk dilemparkan terhadap Nabi,” kata beliau sambil menambah, “percayalah, apa halangan dan ujian yang mendatang pastinya akan mengukuhkan lagi sifat istiqomah dalam mempertahankan kebenaran.”

“Kerana setiap pemimpin Islam hendaklah istiqomah di atas jalan agamanya yang mewajibkan umatnya mempertahan lima perkara wajib iaitu akidahnya, nyawanya, keturunannya, maruahnya dan hartanya.

“Sesungguhnya, Anwar seorang yang memiliki sifat istiqomah dalam mempertahankan maruahnya demi kebenaran,” kata Nik Aziz lagi.

Kerajaan la dah habih idea

0 org komen
Tiada cara lainkah jimatkan perbelanjaan negara?

Mat Zain Mat Isa
Apa yang dibimbangi sebelum ini nampaknya sudah menjadi kenyataan. Penerimaan baik sebahagian rakyat terhadap kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian sebelum ini terbukti menjadi isyarat silap terhadap tindakan kerajaan itu.

Bagai diduga, Barisan Nasional (BN) memanipulasi penerimaan rakyat atas kenaikan itu untuk mengurangkan lebih banyak bantuan, peruntukan dan subsidi yang selama ini mereka nikmati. Terbaru, sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi, kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api dan gula, berkuatkuasa Jumaat (16 Julai) lalu.

Subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram. Dengan penyelarasan itu, petrol RON95 kini dijual pada harga RM1.85 seliter, diesel RM1.75 seliter dan LPG RM1.85 sekilogram.

Turut diselaraskan ialah harga gula, sebanyak 25 sen sekilogram menjadikannya RM1.90 sekilogram. Kenaikan itu adalah kali kedua selepas Januari lalu.

Sepertimana lazimnya di setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan harga barangan keperluan utama rakyat, ia sering diiringi seruan klise agar rakyat berjimat cermat atau berbelanja dengan berhemah. Bagi menyokong pendiriannya itu, BN yang selalunya tidak mengutamakan hujah agama tergamak pula menukilkan hujah dan pandangan Islam berhubung kebaikan berjimat-cermat dan kekejian berborosn.

Ditaburkan juga janji manis kononnya setiap sen yang dijimatkan kerajaan ekoran penarikan balik subsidi itu akan disalurkan kepada perkara lain yang dibayangkan akan memebri manfaat lebih besar kepada rakyat.

Kita masih ingat itulah antara hujah BN ketika ia mengumumkan kenaikan harga runcit petrol dan diesel dulu. Rakyat disintuk limau dengan janji penambahbaikan sistem pengangkutan awam menggunakan wang negara dijimatkan itu.

“Pada saya tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 bilion untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat pada rakyat,” itu pula hujah Perdana Menteri sepertimana dipetik media pada 4 Januari lalu bagi merasionalkan kenaikan harga gula.

Kerapkali juga BN berterus-terang bahawa kerajaannya sudah tidak mampu menampung pembiayaan subsidi barangan terbabit. Bahkan ada menteri sampai tergamak membayangkan negara akan muflis dalam masa sedekad lagi sekiranya pembiayaan subsidi sepertimana diamalkan kini tidak dirasionalisasikan.

Andaian itulah yang dijadikan alasan utama untuk merasionalkan mengapa soal penyusunan semula subsidi wajar diterima secara positif oleh rakyat.

Setakat itu kelihatannya BN memiliki hujah dari berbagai sudut – agama, kesihatan, maslahah umum mahu pun ekonomi negara. BN bertuah kerana setiap kali ia mengambil tindakan menambah bebanan hidup rakyat, akan sentiasa ada golongan yang tampil membela dan menyokong tindakan itu.

Itulah yang kita katakan isyarat silap. Betapa penerimaan dizahirkan rakyat itu, biar pun tidak mewakili keseluruhan mereka, sudah lebih dari cukup memberikan keselesaan kepada parti pemerintah itu untuk terus melaksanakan apa juga langkah difikirkannya sesuai.

Lebih menyeronokkan lagi bagi BN ialah apabila penerimaan rakyat terhadap hujah dan rasional dikemukakan tadi akhirnya semacam menjadi karat yang membentengi pemikiran rakyat daripada menyelongkar punca sebenar yang menjerumuskan kewangan negara ke kedudukan amat tenat kini.

Usaha menjimatkan perbendaharaan negara adalah langkah yang wajar dialukan. Soalnya, apakah setiap kali langkah penjimatan itu disuarakan maka yang perlu menanggung bebannya semestinya rakyat?

Kita kerap didendangkan dengan lagu bernada apologetik dan menagih simpati dari mulut para pemimpin negara. Kononnya rakyat perlu berkongsi masalah di hadapi negara. Kononnya negara ini milik bersama antara pemimpin dan rakyat. Justeru, rakyat juga perlu berperanan membina negara.

Tempat jatuh bodekan itu ialah agar rakyat dapat menerima hakikat bahawa mereka perlu berganding bahu bersama kerajaan memikul beban perbelanjaan negara. Kononnya perkongsian bijak rakyat-kerajaan akan memudahkan usaha memantapkan kedudukan ekonomi negara. Untuk itu rakyat perlu bersedia menyerap sedikit kos kenaikan harga barangan keperluan mereka.

Agak rendah diri kelihatannya para pemimpin tatkala membuat rayuan itu. Seolah-olah sebelum ini setiap keputusan berhubung perbelanjaan negara, mereka membuatnya dengan terlebih dahulu bertanyakan rakyat selaku “rakan kongsi pemerintahan”.

Sudah agak kerap kita dihidangkan dengan luahan dan pandangan berterus-terang beberapa tokoh negara berhubung salah pengurusan kewangan negara. Bagi mereka ini punca utama kedudukan kewangan negara terjejas adalah apabila perbelanjaan tidak diurus dengan baik.

Tidak syak lagi rekod pembaziran dan salahurus kewangan negara di bawah BN amat menakjubkan. Isu kapal selam, kapal perinda TUDM, Sukhoi, PKFZ, dan banyak lagi menjadikan negara kita persendaan dunia. Itu belum lagi kita senaraikan kes-kes pembelian tidak masuk akal barangan oleh agensi dan jabatan kerajaan sepertimana sering didedahkan laporan Ketua Audit Negara saban tahun.

Kita rasa fakta-fakta itu dengan sendirinya menjelaskan bahawa cara lebih berkesan menjimatkan wang negara ialah dengan mengelakkan pemborosan, ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan negara

Macam gula ngan garam laaa

0 org komen
Umno ni sebenarnya tidak memahami Pas tu macamana. Apakah sebenarnya yang menyebabkan Pas ditubuhkan. Atas asas apa Pas di gerakkan hingga sekarang.

Pas tetap seperti mana Pas yang ada sekarang samaada Nik Aziz ada atau telah tiada. Prinsip perjuangan mereka tetap sama kerana pegangan mereka hanyalah qura'an dan hadis. Perpaduan sebenar yang dituntut oleh Pas ialah perpaduan Islam. Islam untuk semua kaum dan bangsa.

Sedangkan Umno berteraskan kaum. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pas dan Umno tidak mungkin bersatu atas perpaduan ala Umno ini. Pas dan Ummo adalah dua identiti yang amat berbeza walaupun serupa. Ibarat seperti gula dan garam yang amat berbeza rasa walaupun serupa.

Pakatan anak jantan

0 org komen
Bubar Dun, BN takut!

S. Wahab
BN takut dengan idea PR untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media hari ini seolah-olah menidakkan hak dan autoriti Kerajaan PR untuk membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.

Muhyiddin berkata jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.

Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya.

Jelas sekali bahawa BN tidak sedar bahawa mereka berhak membubarkan parlimen tetapi tidak berhak untuk membubarkan semua DUN kerana 4 negeri sekarang ini dikuasai oleh PR.

Saya mencadangkan negeri-negeri kesemua negeri PR mengadakan pilihan raya pada tahun ke lima selepas PRU 12 iaitu pada tahun 2013. Adalah lebih baik Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri –negeri PR membuat kenyataan akhbar bersama sekarang ini dengan menyatakan bahawa Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang akan membubarkan parlimen pada bulan Febuari atau Mac 2013.

Jika kita melakukan perkara sedemikian maknanya kita membuktikan bahawa negeri-negeri PR adalah anak jantan kerana berani menyatakan tarikh bila Pilihan raya Umum akan diadakan di negeri-negeri PR.

Suka untuk ditipu

0 org komen
Laporan Bernama disini, mendedahkan pihak Polis telah berjaya membongkar satu skim cepat kaya berupa kereta mewah disekitar Petaling Jaya. Kegiatan penipuan skim cepat kaya ini kantoi selepas Polis berjaya menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya.

Hadoiiih... Tengok la macamana orang orang kita dengan begitu mudah terpedaya dengan sindiket jenih cepat kaya macam ni. Depa tak tau ka, tak dak satu benda apa pun didunia ni yang ada jalan pintasnya. Tiap sesuatu ada jalan panjang yang perlu dilalui oleh kita sebelum mengecapinya.

Skim cepat kaya ni dah menindas masyarakat kita dah lama. Tapi tabiat orang kita dah macam tu, depa tak pernah serik. Seolah olah suka untuk ditipu. Patut la Umno senang senang boleh dok kencing rakyat Malaysia walaupun setelah lebih dari 52 tahun di tipu.

Wednesday, July 28

Najib pi mana cuti sampai 15 hari?

2 org komen
Amboii...

Najib cuti panjang sampai 15 hari bermula hari ni sampai 10 Ogos 2010 ni. Pi mana cuti lama sangat ni? Muhyiddin Yassin pulak dinamakan sebagai pemangku Piem sepanjang kehilangan Najib nanti.

Sah, pilihanraya tak lama lagi dah. Dia pi berehat puas puas sebelum berhempas pulas memenangi hati rakyat pada PRU ke13 nanti. Boleh la pikiaq pikiaq sama nak buat macamana bagi Pas jatuh cinta kat Umno, nak berpadu jugak jugak walaupun Nik Aziz dah noktahkan kata tak hingin...

Pesara yang telah kaya

0 org komen
Ini baru betoi 'lawan tetap lawan'. Ini baru betoi berjuang hingga ketitisan air liur yang terakhir. Bukan macam Khalid Samad yang sedang berlawan dengan Hassan Ali.

Banyak orang kata, MB Selangor, Khalid Ibrahim ni gagap dan tak berkebolehan dalam berpolitik. Tapi MB ni jugaklah yang sedang gagah berlawan dengan bekas MB dari Umno, Khir Toyo. Kah... kah... kah... Khalid Ibrahim kini telah melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Mai kita pakat gelak ramai ramai. Khir Toyo dah kena getah. Khir Toyo dah bertemu buku dengan ruas. Khir Toyo kian kantoi.

Jangan heran bila Khir Toyo tahu semua butiran mengenai isu perlombongan pasir haram di Selangor. Orang yang tau secara terperinci hanya lah seorang yang ahli. Hanya ahli yang terbabit secara langsung dalam melombong pasir haram saja yang tahu secara detailnya.

Ada akai tapi simpan dirumah

0 org komen
Sebab tu la orang tua tua kata, ada akai kena pakai. Jangan dok bertindak macam orang tak berakai.

Langkah terdesak UBN adalah langkah yang silap bila dia dengan penuh bangga membenarkan pegawai pendidikan berkecimpung dalam politik mulai 1 Ogos ini. Waima tukang kebun sekolah pun tau, ini taktik terdesak UBN mengembalikan sokongan guru guru pada Umno. Ada ka guru guru yang berani sokong Pakatan secara terang terangan nanti? Kalau nak rasa bertukaq tempat mengajaq, cuba la.

Jelas, UBN telah perguna undang undang ikut suka mak bapak depa saja, menipu rakyat yang beri depa mandat memerintah dengan sewenang wenangnya.

Bagaimanpun majoriti rakyat dah tak sebodoh ahli ahli UBN yang menurut saja rencana busuk mereka. Majoriti rakyat memandang arahan kartun ini sebagai satu lagi bahan lawak dari UBN.

Apa tak lawaknya, politik kotor disebabkan ahli ahlinya yang tak beretika. Adakah guru guru yang aktif berpolitik dapat menjalankan profesionnya secara berkecuali dan beretika setelah bergelumang dengan orang orang yang tiada etika?

Bukan tuduh sembarangan, tapi Umno sendiri telah lama mengajar aku erti politik yang sebenarnya... jangan guna akai kalau nak masuk dan aktif dalam Umno.

Cantiklah PROTES

0 org komen
Aku setuju, jalanraya dijadikan tempat rakyat marhaen tuntut keadilan. Kita buka buat apa apa yang tak senonoh, kita cuma guna jalanraya tunjuk perasaan kita. Kita cuma jalanraya tuntut hak kita yang dinafikan oleh kerajaan.

PROTES hari ni kemukakan lima tuntutan pada kerajaan Najib. Samaada tuntutan mereka dipenuhi, atau gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" seperti yang diumumkan oleh kerajaan Najib baru baru ini.

Ini baru betoi, rakyat yang melantik kerajaan untuk berkhidmat pada rakyat. Bukan lantik kerajaan untuk mendera rakyat. Kalau dah kerajaan tak mampu dan tak dak dah idea nak bantu rakyat sendiri, baik belah saja dan bagi orang lain yang mampu buat kerja. Susaah ka?

Demokrasi belum beri keadilan

0 org komen
Amin Iskandar
Pada 12 tahun yang lalu, presiden kedua Indonesia, Soeharto ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat.

Krisis kewangan di Asia pada tahun 1997 telah melemahkan regim Soeharto. Gerakan melawan Soeharto yang telah bermula semenjak tahun 1980-an akhirnya menemui "bola tanggung".

Demonstrasi demi demonstrasi yang dianjurkan oleh mahasiswa dan penawanan bangunan parlimen akhirnya berjaya menumbangkan regim kuku besi Soeharto.

Pada 21 Mei 1998, Soeharto akhirnya tunduk kepada kehendak rakyat dengan meletakkan jawatan setelah berkuasa selama 32 tahun.

Timbalan presiden, Bacharuddin Jusuf Habibie mengambil alih sebagai presiden Indonesia. Habibie menjadi 'presiden transisi' sebelum pilihan raya yang demokratik dilaksanakan.

Di zaman pemerintahan kuku besi Soeharto, demokrasi dicengkam. Kebebasan media disekat dan segala kritikan terhadap regimnya dibalas dengan kekerasan.

Semua pegawai pemerintah wajib menjadi ahli Golongan Karya (Golkar) dan aktif bersama parti itu jika mahukan kenaikan pangkat dan hidup senang.

Tenteranya, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) menjadi senjata utama Soeharto untuk membungkam lawannya. Penentang-penentang regim diganasi. Berkumpul untuk berdiskusi sahaja boleh menyebabkan ditangkap oleh ABRI.

Pilihan raya palsu

Pilihan raya pada zaman Soeharto berjalan dengan tidak demokratik. Malahan ianya boleh dikatakan sebagai "rubber stamp" untuk meneruskan kekuasaan presiden kedua Indonesia itu.

Seperti dikatakan oleh Goenawan Mohamad, editor kepada majalah Tempo yang ditutup oleh Soeharto:

"Pemilihan umum (pilihan raya) di zaman Soeharto adalah palsu kerana yang lain tidak dibebaskan".

"Yang lain" itu, menurut Goenawan merujuk kepada media dan demokrasi.

Pada ketika itu presiden dipilih melalui undi daripada anggota parlimen di dewan rakyat. Anggota-anggota parlimen yang bertanding dalam pilihan raya akan dipastikan memihak atau tidak terlalu kritikal terhadap Soeharto dalam ujian yang mereka jalani sebelum dibenarkan untuk bertanding.

Di zaman itu, semua yang ingin bertanding dalam pilihan raya perlu menjalani ujian - dikenali LITSUS - di mana badan inteligen akan menyemak latar belakang dan menemuramah bakal calon sebelum memutuskan sama ada mereka lulus atau tidak.

Pegawai-pegawai pemerintah yang pada ketika itu merupakan ahli-ahli Golkar menguruskan perjalanan pilihan raya. Selain itu, mereka turut mempengaruhi masyarakat dan mengugut agar mereka terus menyokong Golkar.

Pada ketika itu hanya ada tiga parti politik, Golkar, Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Demokrasi Indonesia (PDI). Soeharto melakukan campurtangan secara langsung dalam pemilihan kepimpinan PPP dan PDI.

Kempen pilihan raya di zaman Soeharto berjalan dengan singkat. Dalam masa tujuh atau lapan hari, tidak mungkin PPP dan PDI mampu untuk berkempen di seluruh kepulauan Indonesia. Apa lagi dalam keadaan media dikawal ketat oleh regim Soeharto.

Di luar waktu kempen pilihan raya, PPP dan PDI tidak boleh melaksanakan apa-apa kempen kepada masyarakat umum. Barang sesiapa yang cuba menganjurkan kempen untuk memboikot pilihan raya yang tidak adil di zaman Soeharto akan ditangkap oleh ABRI dan dipenjarakan.

Demokrasi berkembang selepas Soeharto

Tumbangnya regim Soeharto bermulalah pesta demokrasi di Indonesia. Jika dahulu media dicengkam oleh pemerintah, kini ianya bebas berkembang. Sesiapa pun boleh mempunyai akhbar atau majalah mereka sendiri tanpa perlu izin daripada pemerintah.

Pendek kata, untung atau rugi ditanggung sendiri. Pemerintah di era pasca Soeharto tidak lagi dapat merasakan 'nikmat' mengawal media malahan tidak pernah membayangkannya.

Demonstrasi tidak lagi menjadi tabu. Demonstrasi telah diterima sebagai satu cara untuk masyarakat berekspresi. Kini, jika anda melalui Bundaran (bulatan) Hotel Indonesia (HI) atau tugu Monumen Nasional (Monas), akan mudah dilihat demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan oleh pelbagai kelompok.

Lebih menarik lagi, anggota pasukan keselamatan seperti pihak polis hanya mengawal keselamatan tanpa menganggu demonstrasi yang dianjurkan.

Pilihan raya menjadi semakin demokratik. Parti-parti politik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jika di zaman Soeharto hanya ada Golkar, PPP dan PDI, jatuhnya diktator tersebut telah melahirkan pelbagai parti politik seperti Parti Amanat Rakyat (PAN), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Demokrat dan Parti Rakyat Demokratik (PRD).

Selain daripada itu, rakyat Indonesia kini boleh memilih presiden mereka secara langsung. Pemerintah kerajaan tempatan yang dahulunya dilantik oleh presiden, kini terpaksa melalui proses pilihan raya.

Seperti yang dirumuskan oleh Goenawan: "kesan positif selepas (gerakan) reformasi adalah media menjadi bebas, organisasi politik bebas bergerak dan perdebatan bebas untuk dilakukan".

Demokrasi semakin mahal

Pilihan raya yang semakin demokratik di Indonesia memberikan peluang kepada rakyat untuk berpartisipasi secara langsung dalam memilih pemimpin mereka. Daripada presiden, ahli parlimen, wakil rakyat, gabenor, walikota (datuk bandar) dan pimpinan kerajaan tempatan semuanya dipilih melalui pilihan raya yang demokratik.

Berkembangnya demokrasi di Indonesia telah melahirkan permasalahan baru seperti yang dikatakan oleh Goenawan Mohamad:

"Demokrasi menjadi semakin mahal. Ongkos (kos) untuk pilihan raya menjadi sangat mahal sehingga menyebabkan terjadinya korupsi (rasuah)".

Apabila sistem pilihan raya di Indonesia menjadi demokratik, ramai pihak kini boleh berpartisipasi mencalonkan diri untuk bertanding jawatan dari peringkat nasional sehinggalah ke peringkat daerah.

Persaingan untuk merebut jawatan yang hebat daripada ramai calon telah menyebabkan berkembangnya pembelian undi. Apabila ramai calon terlibat dengan pembelian undi, yang membayar harga paling tinggilah berpeluang untuk menang.

Apabila calon yang bertanding mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menang dalam pilihan raya, apabila berkuasa, rasuah dan penyelewengan berkembang disebabkan pelaburan besar sewaktu kempen pilihan raya perlu dikembalikan dengan keuntungan.

Diberitakan dalam pilihan raya di peringkat daerah (Pilkada), sudah terdapat calon-calon yang bertanding membelanjakan wang sebanyak jutaan USD dalam kempen mereka.

"Ini telah menyebabkan pilihan raya menjadi begitu mahal sekali dan korupsi (rasuah) berkembang di Indonesia," jelas Goenawan.

Goenawan mencadangkan agar pemerintah Indonesia atau badan yang menggendalikan pilihan raya mewujudkan satu undang-undang yang ketat untuk membatasi perbelanjaan yang dikeluarkan oleh calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya.

Kerana pada saat ini, masih belum terdapat peraturan atau undang-undang di Indonesia yang membataskan perbelanjaan calon yang bertanding untuk berkempen dalam pilihan raya.

"Hanya dengan cara ini, demokrasi di Indonesia dapat dikawal agar tidak menjadi terlalu mahal. Perbelanjaan calon yang bertanding harus dibatasi," kata Goenawan lagi.

Begitulah reliti di Indonesia masa kini. Demokrasi yang berkembang dan terbuka telah menyebabkan proses pilihan raya menjadi mahal. Pilihan raya yang demokratik belum lagi memberikan keadilan kepada pihak yang lemah dan tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat.

Amin Iskandar, penulis blog dan penggiat budaya, kini memimpin Institut Nasional Integriti Pilihanraya (NIEI). Beliau menerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) sesi 2009-2010 untuk menjalankan kajian sistem pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

Bebaskan SPRM

0 org komen
SPRM mesti di bawah Parlimen

http://idrisahmad.wordpress.com
PAS berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen.

Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM.

Bernama melaporkan, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Hadenan Jalil, berkata perbagai perubahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk mengambil pendekatan lebih telus dan profesional dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya.

Menuirut beliau, suruhanjaya ini perlu meningkatkan lagi imejnya sebagai sebuah institusi yang bukan saja dihormati malah digeruni

PAS bersimpati dengan kesungguhan pegawai SPRM yang bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan yang dilaporkan kepada mereka. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk melakukan siasatan.

Malangnya kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara. Manakala Peguam negara pula terikat dengan arahan yang lebih atas. Akhirnya kertas siasatan yang dibuat oleh SPRM berlalu begitu sahaja, akibatnya imej SPRM yang tercemar.

Pas tetap menegaskan, SPRM mesti menjadi satu badan yang wibawa seperti zaman almarhum Tan Sri Harun Hashim yang mengetuai Biro Pencegah Rasuah (BPR). Waktu itu BPR begitu wibawa dan digeruni, bukan sahaja oleh pegawai malahan oleh menteri.

Almarhum pernah menceritakan bagaimana almarhum Tunku Abdul Rahman tidak campur tangan urusan penyiasatan oleh Biro Pencegah Rasuah walaupun melibatkan menteri atau orang kenamaan. Malahan Tuanku memesan kalau hendak tangkap orang besar biarlah beliau tidak ada di dalam negara, supaya anak isteri mereka tidak datang minta tolong kepadanya.

PAS tidak mahu melihat persepsi orang awam bahawa SPRM hanya menyiasat kes bilis, sedangkann ikan jerung terbolos. Rujukan kepada kes Beng Hock, melambangkan bagaimana gambaran masyarakat terhadap SPRM adalah pelindung kepada pemimpin yang menjadi penguasa.

Rakyat masih tertanya-tanya bagaimana fail Rafidah Aziz yang sudah selesai disiasat, tetapi tidak pula kedengaran di bawa ke muka pengadilan.

Kewibawan SPRM tidak akan dikembalikan kalau sekadar dijenama semula nama daripada Badan Pencegah Rasuah.Nama tidak penting sangat, tetapi yang penting ialah pengisiannya dan pelaksanaanya.

SPRM mesti menjadi badan yang benar-benar wibawa dan berikan kepadanya kuasaa untuk mendakwa dan tidak perlu berada di bawah dagu orang lain kalau ia hendak menjadi badan yang disegani dan digeruni.

Pakatan Rakyat berazam sekira diberi mandat maka SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen, dengan harapan, rasuah sebagai musuh negara dapat diperangi.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS.

Patut kilang komplen respon depa lambat sangat

0 org komen
Sumber photo: disini

40 pemandu dakwa dibuang tanpa rundingan


Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 27 Julai: Lebih 40 pemandu Kontena Nasional di Pelabuhan Barat mendakwa dibuang kerja ekoran menuntut hak masing-masing daripada majikan mereka.

Pengerusi kesatuan sekerjanya, Raja Ainon Bahar Raja Idin berkata, sebilangan mereka mula disingkirkan pada Khamis lalu.

"Saya tak berani nak bagi angka yang tepat, tapi lebih kurang 40 orang atau lebih telah terima surat rasmi pada 22 hari bulan (Julai) lalu. Sebahgian yang lain terima pada 23 hari bulan (Julai)," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga terbabit berkata, pihak pengurusan Kontena Nasional Pelabuhan Barat (Pulau Indah) terpaksa bertindak demikian mungkin disebabkan sebilangan pekerja menuntut suatu rundingan tidak rasmi diadakan antara pekerja dan majikan pada Khamis lepas.

Difahamkan, pekerja mahu meminta penjelasan berhubung bayaran penghantaran yang dianggap bertentangan dengan perjanjian persefahaman yang dipersetujui bersama sejak dua bulan yang lalu.

"Sistem bayaran yang dipersetujui bersama sebenarnya RM8.80 untuk penggerakan penghantaran dari Pelabuhan Yard kepada pelanggan, tapi dia (majikan) bayar RM3 saja.

"Dua bulan, kita tidak dibayar seperti yang majikan janjikan sebelum ini," ujarnya lagi sambil mendakwa majikan cuba mengelirukan beberapa fakta pada suatu pertemuan lain, Jumaat lalu.

Lanjutan itu, beliau secara peribadi sekali lagi meminta maklum balas majikan semalam berhubung status kerjaya mereka yang terbabit.

Namun, katanya, majikan tidak memberi jawapan yang sewajarnya.

"Saya dah jumpa dengan pengurusan semalam, hampir sejam lebih, tapi tak ada jaminan bahawa mereka yang terbabit akan diambil kembali (untuk) bekerja," ujarnya.

Melihat pada perkembangan itu, ujarnya, mereka yang terbabit pagi tadi telah memohon bantuan zakat dari Pusat Urus Zakat (PUZ) Selangor.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, kesatuan bercadang untuk mendapatkan khidmat rundingan daripada 'orang kuat' Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nazim Johan dalam masa terdekat.

Sebelum pada itu, Mohamad Isa Badron, AJK kesatuan berkata, mereka dibuang ekoran melancarkan piket pada Jumaat dan Sabtu berturut-turut memprotes tindakan majikan.

Katanya, majikan kemudiannya menganggap mereka yang terbabit enggan menjalankan tugasan masing-masing.

"Jumaat minggi lepas, 42 orang kesatuan kami dibuang kerja, sebab dibuang kerana majikan tuduh kami mogok secara haram," ujarnya.

Bagaimanapun, tegasnya, mereka yang terbabit tidak berniat untuk tidak bekerja dengan majikan, jauh lagi untuk berhenti kerja.

"Kami bukan mogok secara haram, kami bukannya tak bekerja (pandu kontena), kami cuma nak jumpa Ketua Pegawai Eksekutif.

"Kita nak bincang masalah perjanjian bersama (iaitu) tentang gaji, wang insentif yang majikan janji pada kesatuan (sekerja)," katanya.

Dijangkakan, insiden terbaru yang menimpa kaum pekerja terbabit bakal menggamit reaksi rencam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta ahli-ahli politik berwajib dalam masa terdekat ini.

Bodo tu simpan kat orang lain sama

0 org komen
Khalid Samad: Bodoh bukan jenayah

KongsiYang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad terus mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya menyaman Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno.

Khalid berkata, tindakan itu perlu diambil supaya "keikhlasan dan ketelusan" exco kerajaan Selangor itu tidak dipersoalkan oleh ahli PAS.

"Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Datuk Pesuruhjaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reda ditipu sebegini rupa oleh Umno dan konco-konconya," katanya.

Khalid mengulas keputusan PAS Selangor yang berpendapat tidak perlu menyaman Harussani berhubung isu kerjasama PAS-Umno kerana kontroversi pertemuan itu "tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu".

Desakan agar Hasan mengambil tindakan undang-undangditimbulkan dalam munaqasyah (perbincangan) PAS negeri di Shah Alam, Ahad lalu.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid berharap ahli-ahli parti Islam itu tidak mempertikaikan tindakan Hasan kerana "sebagai ahli, tuntutan wala (kesetiaan) dan thiqah (kepercayaan) mesti dipertahankan".

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam turut menolak dakwaan Hasan "ingin melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan disiplin".

"Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang pesuruhjaya yang menipu.

"Berdasarkan tarbiah (didikan) dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya pesuruhjaya negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil!

"Ianya satu kemungkinan yang perlu ditolak mentah-mentah. Tidak mungkin Datuk Pesuruhjaya menipu kepada ahli dan pimpinan PAS serta rakyat jelata. Tidak mungkin!" tegas Khalid.

Bagaimanapun, Khalid mendakwa Hasan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS telah melakukan "kesilapan" kerana "membenarkan dirinya ditipu oleh seorang mufti Umno/BN yang tegar".

"Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan.

"Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, stupidity is not a crime (kebodohan bukanlah jenayah)," katanya.

Noktah terakhir

0 org komen
Aku sokong sangat atas daya usaha tanpa penat lelah dari TG Nik Aziz bagi meletakkan noktah terakhir terhadap usaha Umno memporak perandakan Pas dan Pakatan Rakyat khasnya melalui usul perpaduan Melayu ala Umno.

Dengan menyalahgunakan agama sebagai tema untuk perpaduan Melayu, Umno amat berharap supaya dapat keuntungan segera dan simpati dari ahli ahli Pas yang memang berjuang demi Islam dan untuk Islam. Mereka bagai tak sabar sabar melantik dua tiga tukang karut bagi memanipulasi isu perpaduan Melayu yang ditolak Pas ini semata mata meraih undi simpati untuk pilihanraya umum akan datang.

Semua orang tau, bukan rahsia lagi Umno telah kehilangan banyak sokongan dari rakyat baik masyarakat Cina, Melayu atau India serta lain lain kaum di Malaysia. Mereka terdesak malah tak keterlaluan aku katakan amat amat terdesak untuk menggunakan perpaduan Melayu ini sebagai alat mengganggu gugat Pas. Tergugatnya Pas secara tak langsungnya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat juga bakal lenyap. Aku pohon pada seluruh rakyat dan pimpinan Pas khasnya supaya teguh pendirian dan jangan sesekali tertipu dengan taktik terdesak dari parti Najib ni.

Pas perlu gembeling lebih usaha dan tenaga, meleraikan segala isu dalam kerangka kerajasama Pakatan Rakyat. Perpaduan Melayu hendaklah dibina bersama sama perpaduan dari lain lain bangsa dalam negara Malaysia. Tiada lain lain kaum dan agama yang diasingkan dalam agenda perpaduan Pakatan Rakyat selari dengan kehendak Islam itu sendiri, kesejahteraan Islam untuk semua. Perpaduan yang dituntut rakyat kebanyakan sekarang ialah perpaduan nasional. Tiada pilihan lain lagi selain daripada perpaduan yang dituntut oleh Islam.

Lagi tertekan la cikgu cikgi

0 org komen
GURU DIBENAR BERPOLITIK: AWAS PERANGKAP UMNO!

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Berita ini pastinya disambut gembira oleh ahli dan penyokong Umno-BN. Bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kenyataan ini silap hari bulan sebagai satu perangkap kepada mereka.

Jika sebelum ini bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat segala sokongan dan aktiviti mereka dilakukan secara senyap-senyap kerana pelbagai tekanan dan ugutan yang diterima. Ancaman itu datang daripada guru besar atau pengetua yang menjadi penyokong kuat Umno atau pemimpin Umno setempat.

Bagi mereka yang dikesan terlibat dengan politik selain daripada Umno mereka berdepan risiko dikenakan pelbagai tindakan. Antaranya ditukar ke pedalaman atau tempat berjauhan dengan keluarga serta dinafikan Anugerah Cemerlang dalam perkhimatan walaupun menunjukkan prestasi dan sumbangan yang jauh lebih baik daripada penyokong dan pengampu Umno di sekolah.

Manakala ahli dan penyokong Umno selama ini secara terbuka terlibat aktif dalam politik. Pentadbir sekolah akan hanya memekakkan telinga dan memandang sebelah mata seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Mana-mana guru besar dan pentadbir yang menyokong Pakatan Rakyat juga tidak berani menegur kerana bimbang daripada pengaruh pemimpin Umno setempat.

Kenyataan KSN ini sebenarnya akan menjadikan ahli dan penyokong Umno di sekolah lebih 'besar kepala' dan bermaharajalela menyebarkan dakyah politik mereka. Bagi guru-guru kumpulan A yang pro Pakatan Rakyat yang hendak tunjuk berani pastinya akan berdepan pelbagai risiko. Bagi saya kebenaran kepada kumpulan A berpolitik sebenarnya hanya menguntungkan politik Umno semata-mata bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat langkah ini sebenarnya hanyalah satu perangkap dan jerat kepada mereka.- Angkasanuri

Tuesday, July 27

Alfatihah buat arwah

0 org komen
Majlis pengebumian jenazah Hasnizan Abdul Wahid, 27, yang selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat, pagi tadi. - Foto Mustapha Ismail

Seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan.

Huh... baru 40% berasas dah bergulin gantang

0 org komen
Patut jerawat galak koi pelan banyak...

Hangpa nampak dak apa yang aku nampak? Seperti yang didakwa Mukhriz, hanya 40% dari tulisan Raja Petra berasas tapi yang lainnya tu kelentong. Tapi hangpa tengok la, baru 40% betoi dah berguling gantang, kalau 100%? Mau lari malam Najib dibuatnya.

Ini yang dikatakan betapa 'power'nya top blogger yang masih berbulan madu di London ini iaitu Raja Petra Kamaruddin. Akibat dari dakwaan bahawa DPP Farah sedang hangat bercinta dengan Saiful, kini dia telah digugurkan dari senarai pasukan pendakwa kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim.

Perrghh... ngan saksi utama dan pengadu pun boleh jadi kerja. Cayalah...

Biasanya filem filem Malaysia kalau ada kontroversi semasa masih diperingkat pembikinan lagi, filem ni mesti top dan box office. Tahniah la Gani Patail...

Depa ni yang patut masuk sekolah khas

0 org komen
Hukuman dah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pendemo pendemo haram kepala lembu di Shah Alam, 28 Ogos tahun lalu. Bukan aku nak protes hapa, cuma aku rasa hukuman yang lebih ringan patut diberi pada 12 manusia yang berani tunjuk pandai tak kena tempat ni.

Kesemua mereka telah didenda sebanyak RM1,000 atau sebulan penjara. Hakim Hasbi Hasan yang memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang.

Patutnya depa depa ni yang kena masuk sekolah khas KM Melaka tuh, mengaji bab bab mendidik hati dan dalami hal hal agama Islam.

Bila nak buat sekolah khas ni

0 org komen
Lagi kes buang kandungan terjadi. Janin yang dipercayai baru berusia sebulan ditemui di dalam plastik bersama longgokan sampah sarap di Sungai Batu, Kuala Lumpur kira kira jam 12.30 malam tadi.

Ibu kepada janin ini sudah silap perkiraan. Sepatutnya dia amat layak menjadi pelajar pertama ke sekolah khas jajaan KM Melaka tu kalau dia tahan sikit lagi.

Apa yang nak dipelajari agaknya di sekolah khas tu yerrk..

Hissh... sapa kentut ni

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Sebab tu Pak Long cukup tak suka bila orang tua tua dok bersembang, budak budak dok melangut dengaq sama. Bila orang tua tua dok berbahas bab bab orang dewasa, budak budak kena pi main jauh jauh. Jangan dok masuk campoq bab orang tua tua.

Bila dah jadi perang mulut dan ada pulak budak budak yang masuk campoq, keadaan akan jadi haru biru habih. Budak budak bukan ada adab sopan sangat. Banyak dari depa yang tak reti bahasa. Kerja depa jadi tukang lapor saja. Depa tak kira orang sana dengaq laporan depa bunyi macamana ka ataupun orang sini dengaq cerita depa lagu mana ka. Janji buat laporan, baik buruk depa tak peduli.

La ni tak ka haru jadinya. Baik baik orang ramai hormat dan pandang tinggi ilmu yang ada kat dua individu ni, la ni dah mula jadi tanda tanya. Sapa yang kentut busuk sangat ni, Harussani ka atau Hassan Ali?

Bau kentut lepaih pekena teloq rebuih ni memang tengik betoi laaa...

Wassalam...

Umno yang diperangkap Ezam

0 org komen
Umno yang diperangkap Ezam... wakaka...


6 tips untuk 'jeneral' Ezam

Shen Yee Aun
Anda dipilih untuk mengetuai pasukan dan agenda mengembalikan Selangor. Dalam ceramah terbaharu anda di Pelabuhan Klang, anda mengelar diri sendiri sebagai bekas jeneral Anwar Ibrahim. Maknanya anda bukan calang-calang orangnya, sangat berpengaruh dalam PKR suatu ketika dahulu.

Setahu saya semasa anda berkuasa sebagai jeneral dalam PKR anda pernah berdepan dengan dua pilihan raya umum. Dan Selangor gagal dirampas dua kali semasa anda merupakan seorang jeneral perang, seperti yang diistihar oleh anda sendiri. Selangor hanya berjaya dirampas oleh PKR ketika anda keluar daripada parti pada tahun 2006.

Anda kuat menyerang Anwar sebagai agen Yahudi, namun pada masa yang sama anda pernah berjuang untuk beliau selama 10 tahun. Jika benar sekalipun tuduhan anda, maka anda sendiri sudah bersetuju, anda pernah mempertahankan seorang 'agen Yahudi' selama satu dekad. Apatah lagi kata anda sendiri pernah mengakui menjadi jeneralnya.

Rakyat Malaysia mula pelik dengan cara politik baharu yang cuba anda bawa ke dunia politik. Setelah meninggalkan PKR anda sudah mula dengan 'politik sumpah'. Sama ada anda sendiri bersumpah dalam banyak kenyataan politik, dalam banyak ceramah politik seolah-olah anda tahu rakyat sudah hilang kepercayaan kepada anda. Atau seolah-olah anda rasa Umno masih ragu-ragu padamu. Disamping anda mencabar orang tertentu untuk bersumpah atas ini dan itu.

Jangan sesekali bangkitkan politik sumpah di Malaysia kerana jika asyik bersumpah, ia tidak akan menjadi laku. Saya masih ingat seorang jeneral tersohor juga pernah bersumpah tidak akan meninggalkan perjuangan PKR. Nasihat saya jangan sesekali libatkan agama dalam politik.

Strategi anda mengembalikan Selangor juga hanya sekadar bayangan dan cerminan anda sendiri. Dalam program di Shah Alam anda membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Satu soalan ringkas dan mudah. Bagaimana pula dengan ceramah Ezam semasa menjadi orang kuat Anwar dan selepas keluar daripada PKR?

Penegasan anda berkali-kali menafikan masuk Umno kerana wang menjadi tanda kepada orang ramai. Siapa yang mengatakan anda masuk Umno kerana wang? Seolah-olah anda berkonflik dengan diri sendiri. Minda anda sendiri yang kata anda masuk Umno kerana wang. Dan diri anda pula terus menjawab, anda masuk bukan kerana wang.

Saya mula mempersoalkan kredibiliti dan strategi anda dalam merampas Selangor kembali. Segala strategi anda menjurus kepada usaha menjejaskan kredibiliti Anwar, seolah-olah seluruh rakyat Selangor mengundi Pakatan disebabkan faktor Anwar semata-mata.

Dalam politik, good or bad news is still a good publisity in different way. Anda hanya membuatkan masyarakat tidak dapat melupakan Anwar. Tetapi populariti Anwar semakin meningkat. Anda juga memberi gambaran betapa hebat dan agungnya Anwar sampai jika kredibilitinya terjejas maka Selangor akan mampu dirampas.

Jika anda adalah seorang jeneral, saya pula sekadar seorang hamba biasa. Kita biar rakyat bandingkan strategi kita.

Risalah lawan ceramah

Jika anda seorang ahli perniagaan maka anda seorang yang tidak mengkaji pasaran dan memahami pelanggan anda dengan baik. Ceramah anda di Shah Alam dihadiri sekitar 250 orang. Di Klang pula sekitar 500 orang. Jika tolak penyokong Umno dan BN, rasanya angka sebenar kurang daripada 50 orang.

Keadaan ini cukup jauh berbeza ketika anda berada dalam PKR. Anda gagal memahami rakyat.
Dalam masyarakat sememangnya sudah ada trend tidak hadir ke ceramah BN, kerana ia 'boring' secara semula jadi.

Kita kena tahu dalam politik ada yang melihat. Ada yang mendengar. Ada yang membaca. Ada pula yang merasainya. Jika orang sudah tidak berminat untuk mendengar maka gunakanlah strategi untuk orang yang membaca.

Jika segala serangan kamu berada dalam bentuk risalah maka orang boleh membacanya dan ada juga boleh menyimpannya.

Dalam ceramah, 50 orang tahu. Risalah pula, ratusan ribu orang dapat tahu. Tuduhan, sama ada benar atau tidak bukan isu dalam politik.

Tanam Penyokong Kamu Dalam PKR Vs Tarik Penyokong Kamu Dalam PKR

Anda dengan bangganya dapat menarik orang - orang kamu ke dalam UMNO. Strategi dan pandangan politik anda amat berpandangan cetek dan singkat. UMNO tidak memerlukan ahli yang ramai untuk menang dalam pilihan raya. DAP yang berbekalkan 70 ribu ahli mampu mendapat undi
ratusan ribu lebih daripada ahli mereka. Anda sepatutnya sedar bilangan ahli dalam sesebuah parti tidak melambangkan bilangan undi dalam realiti politik semasa. Jika penyokong kamu berada dalam PKR
maka secara diam dan tersirat bom yang ditanam itu akan dirangka untuk meletup bila diperlukan.

Strategi saya lawan strategi anda serang Anwar

Kamu menyerang Anwar sebagai pengkhianat Melayu. Agen Yahudi dan sebagainya. Strategi kamu memilih untuk menjatuhkan Anwar mungkin tepat, tetapi senjata yang kamu pilih menyerangnya sia-sia semata-mata. Mengapa? Anwar pada hari ini lebih popular dalam kalangan masyarakat Melayu atau bukan Melayu?

Jika undi Cina semakin banyak, maka serangan anda bahawa Anwar pengkhianat Melayu akan meningkatkan golongan itu. Sebagai seorang politikus yang sudah lama berkecimpung, anda sudah sedar realiti bahawa sudah ada kelompak Melayu yang memang akan tetap berpihak padanya. Pengurangan 10 peratus undi Melayu dan peningkatan 60 peratus undi bukan Melayu akan menempatkan Anwar ke Putrajaya tidak lama lagi jika anda kekal menjadi strategis yang tidak pernah hebat.

Anda sepatutnya pilih untuk menyerang Anwar sebagai 'pengkhianat' kepada bukan Melayu. Mengapa? Sebab sudah ramai ahli Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) dan pemimpin Melayu yang sudah menyerang Anwar dari sudut ini. Anda sepatutnya mencari kelainan. Biar Anwar diserang daripada dua sudut yang berbeza.

Anwar boleh sahaja diserang apabila 100 peratus ketua perhubungan negeri PKR adalah Melayu. Sebanyak 80 peratus timbalan pengerusi 1 juga Melayu. Dan Selangor satu-satunya negeri yang diperintah PKR tiada jawatan timbalan menteri besar kepada bukan Melayu. Oleh itu, mana logiknya Anwar akan beri jawatan timbalan perdana menteri kepada Cina? Biar sokongan bukan Melayu Anwar terjejas.

Percaturan anda bukan checkmate lawan anda keluar daripada Putrajaya, tetapi checkmate lawan anda ke Putrajaya.

Penjenamaan Pakatan lawan penjenamaan Anwar

Fokus anda sepatutnya menjurus kepada melemahkan Pakatan dan bukannya melemahkan Anwar.

Jika penjenamaan politik DAP yang diberi oleh Umno adalah Pro-Cina, PAS sebagai Islam ekstrem, PKR alat Anwar. BN didakwa sebagai rasuah. Maka sehingga kini tiada penjenamaan politik untuk menjejaskan kredibiliti Pakatan. Yang ada hanya sekadar dikatakan Pakatan ini tidak akan kekal lama, Pakatan bermasalah dan memiliki ideologi yang berbeza. Kesemua ini bukannya penjenamaan politik. Isu dan penjenamaan politik adalah dua perkara yang berbeza.

Pakatan Rakyat boleh dijenamakan sebagai penipu dan hiprokrit. Banyak lagi peluru dan isu yang boleh dibangkitkan untuk menjayakan penjenamaan politik ini sehingga pada satu masa tertanam dalam minda masyarakat.

PAS dan DAP lawan PKR

Anda pernah berada dalam PKR. Anda tahu calon dan kredibiliti setiap mereka. Anda tahu masalah dalaman PKR. Anda tahu segala kelemahan PKR. Anda tahu kelemahan jentera PKR dan segala-galanyaberkaitan PKR. Sebagai seorang politikus berpengalaman anda sepatutnya sudah boleh meramalkan, dalam pilihan raya umum ke-13 PKR bakal mendapat undi paling tidak stabil berbanding PAS dan DAP.

DAP pula kebal dan menjadi semakin kuat. PAS pula semakin kukuh dan berpengaruh di Selangor. Tepuklah dada dan tanyalah selera, adakah anda sudah silap menembak lawan? Sememangnya jika tidak tembak pun, lama-kelamaan akan mati secara semula jadi?

Isu setempat lawan isu tiada sempadan

Ada kalanya saya tertanya, adakah anda produk Anwar? Anwar seorang strategis bijak. Ceramahnya di pelbagai kawasan sentiasa berbeza intinya, menurut keperluan pasaran di sesuatu tempat. Sebab itu Anwar popular di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Anda pula bawa isu agama, perjuangan Melayu dan isu Israel di hampir setiap ceramah di merata tempat. Isu ini mungkin tepat di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jika isu ini kekal dimainkan di Selangor anda hanya membantu memenangkan Pakatan.

Saya hanya memilih untuk mengemukakan perbezaan enam strategi walaupun terdapat beratus lagi yang boleh disebut. Hanya sekadar enam untuk menunjukkan mengapa dan bagaimana anda boleh menjadi seorang jeneral perang PKR yang gagal suatu ketika dahulu; dan bakal gagal lagi bersama
BN.

Ada kalanya kita tidak memerlukan seorang jeneral untuk melawan jeneral yang lain. Jeneral seperti anda, ada kalanya hamba dan askar biasa juga mampu untuk berdepan. Hamba sedia berdebat dengan jeneral di mana-mana sahaja, apa sahaja format, tajuk dan pada bila-bila masa jika jeneral masih merasakan dirinya hebat.

Bangsa Umno, pi main jauh jauh

0 org komen
Mahu berbaik, tapi masih berbalah!

Wan Nik Wan Yussof
Mana mungkin boleh berbaik PAS dengan Umno, kerana banyak perkara yang Umno/kerajaan BN buat terhadap PAS/kerajaan PAS dan orang PAS yang bercanggah dengan hasrat berbaik-baik, antaranya mendiskriminasikan kerajaaan negeri Pakatan Rakyat. Sehingga sampai satu peringkat, menggunakan pelbagai agensi di bawah kerajaan pusat untuk mengenakan tekanan dan menyekat beberapa kemudahan serta menggagalkan rancangan kerajaan negeri. Pengalaman sebegini cukup dirasai dan secara berterusan dialami oleh PAS di Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir negeri.

Kes diskriminasi

Di antara kes-kes diskriminasi tersebut ialah:

1. Melarang sekolah di bawah kerajaan pusat daripada menyertai sebarang kejohanan dan pertandingan anjuran kerjaaan negeri. Perkembangan terbaru antaranya tidak membenarkan sekolah-sekolah menengah menyertai peseta wau antarabangsa anjuran Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Takiyuddin Hasaan yang diadakan di Pantai Irama Bachok pada pertengahan Julai 2010.

2. Membatalkan kebenaran pihak Sekolah Menengah Chung Hwa Kota Bharu kepada kerjaaan negeri Kelantan untuk menggunakan gelanggang bola keranjang semasa pengajuran Kejohanan Bola Tampar peringkat negeri di bawah kelolaan ahli exco Abdul Fattah Mahmood.

3. Menubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang disifatkan sebagai kerajaan dalam kerajaan didapati telah merampas hak kerajaan negeri Kelantan dari segi menerima agihan wang pembangunan yang dipertuntukkan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) sejak daripada RMK6 sampailah sekarang memasuki RMK10.

4. Lanjutan penubuhan JPP di Kelantan, terbaru pula (pada bulan Mei lalu) ialah satu lagi agensi di bawah telunjuk pemimpin Umno telah ditubuhkan semula, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP). Langkah tersebut merupakan kelangsungan daripada pewujudan jawatan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) bagi mengantikan Penghulu Mukim selepas Umno kalah di Kelantan tahun 1990. JKKP adalah sebenarnya agen Umno yang berselindung di balik tabir JPP yang berperanan untuk menjadi mata telinga dan pengawas serta sekaligus sebagai agensi kerajaan pusat yang erat dengan pemimpin dan cawangan Umno peringkat akar umbi. Secara tersirat ia adalah wadah bagi pemimpin Umno untuk demand sesuatu demi survival cawangan Umno yang rata-rata hampir ranap di Kelantan.

5. Menyalurkan pelbagai projek pembangunan kepada rakyat, tetapi diagihkan mengikut selera politik Umno. Sehingga ramai kalangan rakyat yang bukan menyokong Barisan Nasional telah dinafikan hak menerima agihan tersebut. Misalnya, baja padi subsidi telah dicap dengan lambang dacing kemudian diagih-agihkan kepada ahli Persatuan Peladang yang merupakan penyokong Umno. Semasa bancian, semua ahli persatuan dinamakan sebagai penerima, tetapi apabila pihak PPM menyaring nama-nama penerima dan mereka yang bukan penyokong Umno dinafikan. Ia berbeza dengan pendekatan kerajaan negeri Kelantan yang menyediakan baja padi berharga RM3 yang diagihkan kepada semua petani asalkan membayar pada harga ditetapkan.

6. Melengah-lengahkan penyaluran geran kewangan tahunan yang sepatutnya dibayar dua kali setahun, tetapi dilewatkan pembayaran dan dibayar secara sekaligus pada penghujung tahun. Amalan ini berlaku sampai sekarang, terutama dari segi penyaluran geran tahunan kepada majlis-majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Cara melengah-lengahkan pembayaran itu juga berlaku ke atas pemberian geran wajib yang kepada Kumpulan Wang Rezab Negeri seperti mana termaktub di dalam Perkara 109 dan Perkara 110, Perlembagaan Persekutuan: geran perkapita penduduk, geran penyelenggaraan jalan negeri dan geran pembangunan.

7. Mempolitikkan bantuan pelajar miskin apabila Kementerian Pendidikan melalui sekolah-sekolahnya dipaksa oleh kepimpinan Umno supaya melaksanakan agihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada pelajar yang terpilih mengikut senarai Umno. Di samping itu, borang permohonannya pula hendaklah disahkan oleh PPM. Sekiranya ada pelajar yang ibu bapa mereka bukan penyokong Umno, maka ibu bapa tersebut dikehendaki bersumpah di hadapan PPM untuk menyokong Umno di dalam pilihan raya. Sementara perkembangan terbaru pula, satu lagi bantuan pelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah atas nama ‘wang ehsan’ turut disalurkan. Cara penyalurannya juga sama dengan KWAPM. Apa yang jelas setiap majlis penyampaiannya bantuan itu akan dimulakan dengan kempen politik Umno oleh ketua bahagian atau mana-mana menteri yang kebetulan hadir. Sudah tentu, kempen itu dipenuhi dengan sindiran dan fitnah terhadap pemimpin dan penyokong PAS serta kerajaan negeri pimpinan.

8. Paling besar sikap berbalah Umno terhadap umat Islam dan seluruh rakyat Kelantan ialah tidak membayar wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri. Semenjak perjanjian dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1975, wang royalti tidak pernah berbayar. Ia adalah di bawah kerajaan pusat yang dikawal oleh Umno. Justeru Presiden Umno selaku Perdana Menteri telah mengumumkan secara rasmi (kenyataan yang dianggap salah) di parlimen pada 4 November 2009 bahawa Kelantan tiada hak menerima wang royalti itu. Pihak kerajaan negeri Kelantan pula telah mengutus surat secara rasmi mohon wang royalti itu dibayar. Sehingga kini surat itu tidak dijawab. Malah beberapa pemimpin Umno Kelantan menafikan langsung hak rakyat Kelantan ke atas hasil petroleum di perut bumi perairan Kelantan. Apa yang jelas telaga minyak sudah dikeluarkan hasil, jutaan ringgit sudah dikaut, wang royalti tidak dibayar, tiba-tiba kerajaan pusat akan bayar wang ehsan sebanyak RM40 juta.

9. Sikap menganaktiri Kelantan adalah cara Umno berkeluarga dengan rakyat Kelantan. Saban hari mereka berjanji untuk membantu rakyat dan setiap kali pilihan raya pula mereka ulangi janji-janji yang tertunggak, malah janji baru terluah sampai berbuih mulut. Hasilnya tidak kurang tujuh projek besar tergendala kerana salah urus dan tertangguh kerana mainan politik adu-domba sesama pemimpin Umno. Antara projek-projek itu ialah belum buat apa-apa lagi lebuh raya Gua Musang-Kuala Krai, siap separuh jalan jalan Simpang Pulai-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Berang, Universiti Malaysia Kelantan belum muncul janji di Bachok dan Jeli tetapi yang beroperasi dalam terbatuk-batuk di Pengkalan Chepa, pelebaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra, 20 buah sekolah seluruh Kelantan dan pembinaan Projek Terminal Makanan Negara (TEMAM) di Tunjong.

10. Siaran televisyen dan akhbar perdana milik kerajaan Umno-Barisan Nasional sering kali membuat liputan berita yang berat sebelah, berbau fitnah dan provaktif. Di samping sengaja melakonkan sesuatu peristiwa (seperti isu bekalan air, kedaifan hidup rakyat dan kemudahan asas rakyat yang terabai) yang kononnya rakyat tidak dipedulikan dan segala kemudahan rakyat tidak dilayan dengan baik.

11. Paling mendukacitakan lagi, pihak berkuasa Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pernah melarang guru-guru daripada memakai kopiah semasa bertugas. Ia dikatakan berpunca daripada desakan pemimpin Umno yang kononnya tidak mahu melihat guru berkopiah di sekolah-sekolah kerana ia menyamai dengan budaya berkopiah kalangan pemimpin PAS. Rentetan larangan itu, seterusnya semua sekolah agama-Arab telah disekat bantuan pelajaran, dan mengenakan syarat mesti mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan barulah bantuan disalurkan.

12. Masih segar dalam ingatan, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib ke Kelantan telah tidak mahu bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Ia terbukti apabila pihak Red Carpet yang mengurus Kelantan Fiesta telah menolak kehadiran Menteri Besar di dalam majlis perasmiannya yang menyaksikan kegagalan majlis tersebut. Tindakan itu dilihat sebagai manifestasi sikap berbalah bukannya mahu berbaik-baik.

13. Sementara yang terbaru, kehadiran lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ke jajahan Jeli dan Tanah Merah yang kononnya mahu berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan sebagai respon kepada kesediaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjumpa beliau sehari sebelum lawatan berlangsung. Namun, respon itu dilihat berlaku secara spontan adalah suatu keadaan terdesak kerana tidak hubungan rasmi antara pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan Menteri Besar. Katanya ia sekadar diuruskan melalui pihak ketiga yang memang tidak sesuai dan di luar nilai berbaik-baik.

Bercanggah dengan sunah Nabi

Sehubungan itu, kesemua sikap ingin berbaik dari pihak Umno itu adalah tersirat keadaan di mana pada masa sama terjemla sikap berbalah dengan PAS. Maka ia merupakan sandiwara pemimpin Umno yang kononnya cintakan perpaduan. Sekaligus ia adalah bercanggah dengan teori perpaduan sejagat yang mengkehendaki persefahaman dan penyatuan sikap serta tujuan sebagai teras ke arah termeterai perpaduan sejati. Sebagaimana sunah nabi Muhammad taktkala berhijrah dari Mekah ke Madinah, lalu dianjurkan perpaduan umah antara golongan Mekah dengan golongan Madinah. Bukti perpaduan adalah menerima Nabi Muhammad selaku pemimpin dan termeterai Piagam Madinah yang menyatukan kesemuanya di atas landasan Islam. Maka, sikap diskriminasi pemimpin Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat masa kini adalah bercanggah dengan sunah Nabi Muhammad SAW.

Paling lekeh untuk dilihat sebagai praktik kepada teori perpaduan ialah realiti kerjasama kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1971-1974 di Kelantan. Perpaduan itu terjadi atas dorongan dan nilai political will antara pemimpin PAS dan Umno yang mahu mengukuhkan ikatan umat Islam ketika berdepan dengan kesan rusuhan kaum13 Mei 1969. Maka, teori dan praktik perpaduan itu tidak terbayang di dalam suasana ajakan perpaduan PAS-Umno pada hari ini. Tiada asas komitmen pemimpin Umno untuk meninggalkan dasar sekular dan pragmatis ke arah menerima dasar Islam. Sedangkan kesediaan menerima Islam telah diungkap sejak sekian lama olerh PAS kerana PAS memperjuankan Islam. Justeru teori perpaduan sahaja yang wujud tetapi praktik perpaduan sebenarnya tidak timbul di dalam parti Umno.

Persoalan untuk umat Islam

Renungi dan fahami beberapa persoalan untuk umat Islam. Apakah mungkin bagi Umno, ia berteori kemudian mempraktikkan teori perpaduan itu dengan cara keikhlasan sejati? Bagaimanakah pula rupanya perpaduan yang berkonsepkan keikhlasan sejati? Secara mudah mungkin boleh diterima idea seorang blogger (kalam perantau), yang mencadangkan langkah rasional ke arah berbaik-baik antara PAS dengan Umno ialah dengan memulakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Kerjasama kerajaan itu boleh berlaku kalangan top level dalam kerajaan dan tidak semestinya melibatkan PerdanaMenteri dengan Menteri Besar ataukah padan sekadar Datuk Seri Utama Dr. Rais dengan ahli exco kerajaan negeri, Dr. Mohamed Fadli. Pendekatan perpaduan kerajaan-kerajaan itu sudah tentu akan dapat meredakan banyak permasalahan berbangkit selama ini. Sanggupkah pemimpin Umno?

Apa pun, perpaduan sejati hanya boleh dicapai setelah penghayatan dan daya istiqamah tertinggi kalangan pemimpin, iaitu berpaksikan prinsip perpaduan Islam yang telah dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW. Saya yakin, pemimpin Umno belum bersedia untuk mengikut sunah Nabi Muhammad SAW!

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
Related Posts with Thumbnails