Tuesday, August 31

Berahim silap makan ubat

0 org komen
Sumber: Pak Long

Jangan cacatkan Islam yang cantik

Salam semua...

Islam tu agama yang cantik tapi kecantikan dari Islam tu bukan semua penganutnya dapat. Tindakan dari penganutnya yang gagal mendapat kecantikan Islam tu tadi lah yang sebabkan kecacatan pada cantiknya Islam tu.

Pak Long berpendapat masjid tu rumah Allah. Rumah Allah terbuka untuk semua umat manusia. Keterbukaan ini meletakkan seluruh umat manusia tadi dekat dengan rahmat Allah s.w.t. Umat manusia tanpa mengira kaum dan agama digalakkan mendekatkan diri dengan rahmat Allah dan umat Islam sebagai penjaganya perlu memastikan pelawat pelawat ke rumah Allah ini berdisiplin, mematuhi adab selaras dengan masjid yang dikenali sebagai tempat ibadah umat Islam.

Sebab tu la Pak Long cukup pelik dengan kelaku Perkasa yang tiba tiba mau gubal undang-udang larang bukan Islam dari masuk kawasan masjid dan surau. Boleh ka sapa sapa tolong pi tanya budak Berahim tu makan ubat dak lagi...

Wassalam...

Auww... janganla mare iii...

4 org komen
Hisham tersedu sedan sambil mengesat air matanya...

Nak tergelak pun ada bila terbaca kisah menteri jaga negeri, si Hishamuddin Hussein tu yang diherdik oleh Teresa disini. Teresa yang dalam usaha membela rakannya telah membidas Hisham agar pandai mencermin dirinya sendiri sebelum menghukum dengan gelaran-gelaran tertentu pada orang lain.

Teresa mempersoalkan daripada mana Hishamuddin mendapat hak sebagai pihak berautoriti dalam hal moral untuk menyifatkan orang lain sebagai 'kotor' sedangkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan hati terbuka masuk ke dalam surau kerana diundang.

Perkataan kotor disini timbul apabila Hisham menggunakan perkataan "berhadas besar" sementara versi Inggeris nya pulak melaporkannya sebagai "dirty" (kotor)... haha...

"Beliau (Teo) sendiri telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak terbabit. Saya fikir Hishammuddin menggelarnya sebegitu hanya kerana beliau bukan Islam atau kerana beliau seorang perempuan," katanya Teresa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan "1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat"

Amik kaw Hisham... wakaka...

Boring betoi ngan Kelantan ni

0 org komen
 
Beribu ribu rakyat turut bersama sama Nik Aziz selaku MB Kelantan ber"tarawih" dan menyambut diambang kemerdekaan negara ke 53 di Stadium Sultan Muhammad ke IV semalam.

Panas, 3 ketua bahagian Umno di kuarantin

0 org komen
Panas dan terkini, tiga ketua bahagian Umno akan dikuarantinkan di bawah kuasa Parlimen sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti.

Ketua ketua bahagian tersebut ialah ketua Umno bahagian SPR, Ketua Umno bahagian KPN dan Ketua Umno bahagian AG... wakaka...


*****************************************


SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen.

Ianya termasuk badan kehakiman seperti Ketua Hakim negara, badan penguatkuasa seperti seperti Ketua Polis negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara tersebut dimaklumkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada majlis berbuka puasa Naib-naib Presiden PAS bersama media alternatif di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Menurutnya, tindakan itu mahu dilaksanakan kerana tidak mahu Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sama seperti yang dibuat Umno Barisan Nasional pada waktu ini.

"Kita akan buat satu pindaan perlembagaan meletakkan mereka ini di bawah parlimen.

"Kami bimbang jika dengan sistem yang ada ini, kami juga akan melakukan perkara sama seperti yang dilakukan BN.

Perkara tersebut juga ujarnya, antara keputusan yang telah dipersetujui bersama PAS, PKR dan DAP dalam konvenyen Pakatan Rakyat baru baru ini.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji akan melakukan pemulihan terhadap demokrasi negara mengikut apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Ianya termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, hak bersuara dan sebagainya.

"Adakah anda mahu, kalau kami di Putrajaya nanti, dengan sistem yang ada sekarang ini tidak diubah, kami juga akan mencengkam media seperti yang Umno BN buat pada hari ini? " soalnya kepada lebih 50 warga media yang diraikan.

Turut serta pada majlis itu, Datuk Mahfuz Omar manakala seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di Istana Pahang.

Mahfuz dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan kepada warga media yang banyak membantu PAS dalam usaha memperjelaskan isu semasa kepada rakyat.

Sehubungan itu, Mahfuz berharap usaha dan kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus berlaku.

Zul Noordin yang merdeka

3 org komen
Zul Noordin yang merdeka.

Merdeka kata katanya, merdeka tindakannya, merdeka kepalanya, merdeka perjuangannya, merdeka gerak gerinya, merdeka segala galanya.

Tapi merdekakah mindanya?

Zul Noordin: Ironis bukan Islam masuk surau

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin mempersoalkan keadaan orang bukan Islam dibenar 'bertazkirah' dan memasuki surau dan masjid sedangkan ilmuan Islam sendiri tidak dibenarkan.

Memetik tulisan pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahaya, Zulkifli berkata apa yang berlaku itu amat ironis kerana pada masa yang sama golongan bukan Islam dibenarkan "sambil memijak tempat sujud umat Islam".

"Dikenali sebagai seorang yang giat berdakwah melalui ceramah dan penulisan, beliau (Fathul Bari) sendiri pernah ditahan kerana memberikan tazkirah (tanpa tauliah) di dalam sebuah surau," kata Zulkifli yang dipecat daripada PKR sebelum ini berpunca daripada pendapat berbezanya dalam isu kalimah Allah.

Zulkifli dipercayai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dan memberikan ucapan di sebuah surah di Kajang - yang mengundang perdebatan hangat, sehingga Sultan Selangor dikatakan amat murka dan dukacita.

Walaupun dilaporkan memberikan 'tazkirah', Teo bagaimanapun menjelaskan beliau hanya hadir memberikan sumbangan kewangan kepada pengurusan surau dan tidak menyentuh langsung perkara politik dalam ucapannya.

Menulis dalam blognya, Zulkifli juga memperli sikap umat Islam yang didakwanya "tanpa segan (dan) malu menghulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini."

Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah sehari sebelum itu.

Fathul Bari dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan. Kes tersebut masih dibicarakan.

Fathul: Urusan niat adalah milik Allah

Sementara itu, Fathul Bari dalam tulisannya yang dirujuk Zulkifli itu antaranya berkata, apa yang berlaku sekarang berbeza dengan keadaan di masa lalu apabila bukan Islam masuk ke masjid "untuk didakwah".

"Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah.

"Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama," tulisan Fathul Bari dalam Utusan Malaysia itu dipetik.

Dalam tulisan itu, Fathul Bari juga memuatkan pendirian majis fatwa ulama Arab Saudi yang "bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali."

Justeru, anak bekas mufti Perlis itu meminta semua pihak lebih berhati-hati dalam memohon bantuan kewangan agar tidak melanggar dasar dan prinsip Islam.

Manakala orang Islam yang berkemampuan pula dinasihatkan tidak terlalu memilih parti sahaja untuk dibantu.

"Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram.

"Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah," tulisan Fathul Bari itu dipetik.- Malaysiakini

Sebijik macam gorila

0 org komen
Sebab tu orang tua tua selalu pesan, kalau Berahim jaga dan tutup mulut besarnya nescaya ia akan selamat dari di siat siat mangsanya.

Sekarang kita tengok apa dan macamana pulak Umno nak tangani Berahim Ali yang dah mula panjang jambul dan kuku ni... hahaha...


******************************************

Ibrahim perlu baca semula konsep 1 Malaysia, kata Umno
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Sambil menegaskan tidak mahu bertikam lidah, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menasihati Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar membaca semula buku panduan konsep 1 Malaysia sebelum mempersoalkan gagasan yang dibawa pentadbiran Najib itu.

Ahmad berkata, Ibrahim sepatutnya meneliti dan memahami terlebih dahulu konsep 1 Malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beliau (Ibrahim) kawan saya, jadi saya tidak mahu bergaduh dengan beliau.

“Kalau beliau tidak faham tentang konsep 1 Malaysia saya sarankan supaya beliau baca semula buku kecil 1 Malaysia yang boleh diambil di pejabat Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Ibrahim sepatutnya tidak mempersoalkan dan memperbesarkan konsep 1 Malaysia yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tiada apa yang hendak dipertikaikan dalam konsep 1 Malaysia, rakyat semua sudah jelas, mengapa beliau masih tidak faham?

“Saya nasihatkan Ibrahim dan Perkasa supaya jangan memperbesarkan perkara yang tiada,” katanya.

Kelmarin, Ibrahim memberi tekanan baru ke atas Najib dengan meminta menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.

“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas itu.

Juadah wain tak pa, jangan bagi depa masuk masjid saja

0 org komen
Bukti, antara produk yang mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit...

Juadah berbuka campur wain

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

Tipu...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.

Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.

“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.

Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.

“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.

Polis cari dia buat apa?

0 org komen
Berani buat kena berani tanggung laa...

Budak yang baru nak belajar hidup ni dah mula buat kacau lagi, kali ni tak dengar pulak MCA nak mai tolong dia minta maaf pulak.

********************************

Gambaq dia tengah tunjuk baik...

Namewee dicari polis?

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah rapper kontroversi Namewee di Muar, Johor sejurus belum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoalsiasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan yang dimuat-naiknya ke YouTube, mengutuk unsur perkauman di negara ini.

Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu.

"Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong.

Sementara itu, laman FacebookWee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kerea polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam).

Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen.

Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '.

Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan laguNegaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan.

Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya.

Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman.- Malaysiakini

Pengkhianat yang menuduh orang lain pengkhianat

0 org komen
Gambar hiasan yang tiada kena mengena dengan cerita ngeri dibawah...

Sambutan kemerdekaan negara yang ke 53 hari ini rupanya masih gagal memerdekan kepala Umno secara bijaknya. Mereka masih bermain politik sentimen dengan menghuru harakan kesatuan kaum dengan tujuan memancing sokongan rakyat.

Sungguh jelik sebaik politik sempit ala Umno yang bijak mengacau bilau sambil menuduh orang lain sebagai pengkhianat dan pembelot.

Merdeka: Anwar selar 'pelampau peralat sentimen'

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno yang disifatkannya tanpa segan silu menuduh orang lain pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik sendiri.

Sedangkan, menurut ketua umum PKR itu, pihak itulah sebenarnya yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.

"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna kemerdekaan?" katanya.

Dalam perutusan kemerdekaan hari ini, Anwar juga menegaskan keperluan mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau antaranya menyeru:

- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

- Memartabatkan pengunaan bahasa Melayu dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi ISA dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Merdeka acuan Umno

1 org komen
Inilah merdeka hasil dari acuan Umno.

Credit to cartoonist Kulup Sakah dan Zunar...

Zainuddin dimata MSO

0 org komen
Fitnah Kebangsaan Oleh Zainuddin Maidin

LAMA tak kedengaran nama Zainuddin Maidin, wajahnya juga lama tak timbul di kaca tv. Begitu juga kelibatnya di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor juga sudah tidak nampak lagi.

Menjelang waktu Maghrib selalunya beliau akan bersendirian di sebuah kedai mamak di situ minum tea tarik. Walaupun ramai 'ahli kelab Maghrib" di kedai itu, tetapi tak ada siapa yang sudi duduk dan berbual dengannya. Kenapa? Tahulah sendiri. Wajahnya sudah cukup menggerunkan orang untuk bersapa dan berbual dengannya. Itu tidak lagi mendengar kenyataan dan kritikan dan hemburan kebenciannya kepada Pas dan Anwar Ibrahim.

Sebulan lepas baru saya tahu kenapa Zainuddin jarang muncul di Melawati, rupanya dia sudah berpindah ke kawasan baru. Di rumah banglo baru di Putrajaya. Wah... lepas bersara secara kalah dalam pilihan raya umum ke-12 lalu Zainuddin sudah membina banglo. Melarikan diri meninggalkan rumah lama di Taman Melawati. Itulah nikmat menjadi menteri kabinet. Nikmat inilah yang menjadi rebutan ramai.

Alih-alih hari ini suara 'cengel' Zainuddin kedengaran semula. Nada dan maksudnya sama iaitu untuk memburuk dan menghina Pas. Kali ini dia melempar fitnah kononnya Pas menyuruh Tunku Abdul Rahman Al Haj merampas harta orang Cina. Tidak cukup itu Zainuddin mendakwa Pas berpihak kepada Indonesia sewaktu berlaku konfrontasi Indonesia - Malaysia.

Kalau dengar, tuduhan itu teruk juga. Ia memberi gambaran Pas sebuah parti yang jahat, ekstrim dan tidak cintakan negara. Kalau mengikut hukuman dalam kitab lama orang yang membuat fitnah harus dipotong lidahnya. Tujuan Zainuddin membuat pendedahan itu bagi merenggangkan hubungan Pas dengan masyarakat Cina waktu ini. Mungkin Zainuddin sendiri merasai bahawa orang Cina sudah tidak menyokong Umno lagi maka beliau kena berkorban masa rihatnya kini membantu sama Umno.

Sambil menafikan kenyataan Zainuddin itu, Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad meminta bekas Menteri Penerangan itu memohon maaf kepada Pas. Nampak marah betul Idris. Tetapi sebenarnya Idris atau Pas tidak payah sibuk melayan Zainuddin Maidin. Layanan akan memberi markah kepadanya, bahawa suaranya masih keramat dalam memburukkan Pas.

Apa yang baiknya diamkan saja. Anggaplah Zainuddin tidak wujud. Kenapa dikatakan begitu sebab pendedahan itu tidak memberi apa-apa bekas pun kepada rakyat. Rakyat sudah tahu dan kenal siapa dia Zainuddin Maidin. Seorang oportunis Melayu - mamak terakhir! Rakyat yang sihat dapat menilai sendiri sejauh mana kebenaran kata-kata Zainuddin itu.

Zaninuddin boleh bercakap lebih dan menggerunkan dari itu. Beliau boleh melemparkan Pas bersekongkol dengan komunis atau apa-apa gerakan subversif lainnya. Sebagai seorang pengarang, wartawan Zainuddin boleh mereka citpa apa saja kejutan demi kejutan. Atau sebagai orang yang termakan budi dan air ludah Umno beliau boleh mengatakan apa saja yang dia kira kerjanya itu akan menguntung Pas dan dikira sebagai pahala syurga oleh Umno.

Mungkin pendedahan karut Zainuddin itu boleh dijadikan umpan kepada Umno, tetapi bukan kepada pihak lain. Itu pun terbatas kepada orang Umno yang sudah menghidap kencing manis, darah tinggi ataupun sempuk yang melampau. Orang-orang Umno yang perut buncit dan kepala botak juga mungkin percaya. Tetapi kalau Melayu yang bebas dari sindrom bodek, ampu dan tidak taat membuta tuli tidak mudah menerimanya.

Kita menuntut Zainuddin mengemukakan bukti atau dokumen bersurat mengenai apa yang beliau tuduhan itu. Dalam hal ini ia tidak absah kalau hanya digunakan andaian ataupun hipotesis senget sebelah saja. Kalau Pas benar menyuruh Tunku Abdul Rahman rampas harta Cina, ia perli dijelaskan siapakah tokoh Pas yang bercakap itu? Mungkin audio video sukar untuk dikemukakan tetapi mungkin wajah atau atau lakaran muka tokoh itu boleh dikemukakan.

Begitu juga dengan tuduhan Pas memihak kepada Indoneisa dalam peristiwa Gayang Malaysia itu. Siapakah tokoh itu dan apakah bentuk bantuan yang diberikan Pas. Apakah Pas memberi maklumat, melindungi tentera Indonesia ataupun Pas membekalkan senjata?

Kalau orang waras dan tidak berhati busuk dengan Pas, bukan mudah Zainuddin Maidin melemparkan tuduhan itu. Ia mungkin terlebih dahulu berfikir kerana ianya ada implikasi buruk. Kegagalan menyediakan bukti menyebabkan orang akan menganggap beliau bercakap mengikut putaran lidah tidak bertulang semata-mata. Dan apa yang disuarakan itu merupakan fitnah kebangsaan oleh Zainuddin Maidin.

Apapun seperti dikatakan tadi, orang ramai bukan menelan begitu saja pendedahan dan air liur basi Zainuddin Maidin itu. Mereka tidak seperti Zainuddin yang tanpa memikir panjang menjadikan pendedahan itu sebagai modal untuk merenggangkan Pas dengan orang Cina. Saya percaya pendedahan dan modal Zainuddin itu bukan mengurang sokongan Cina kepada Pas sebaliknya akan bertambah kerana orang Cina benci kepada Melayu - mamak yang masih berpegang kepada mitos menganggapkan Umno sebagai pejuang Melayu.

Sepatah pertanyaan untuk Zainuddin Maidin, setelah Umno merdeka membawa ke hari ini, berapa banyakkah harta Melayu yang Umno rampas? Apakah dengan mencadangkan supaya dirampas harta Cina (itu pun tidak betul) lebih kejam daripada parti bangsa yang merampas hak-hak bangsanya sendiri. Tak percaya tanya Mat Maslan. Mat dah berbuka ke atau hari ini tak puasa, kerana uzur syarie? - MSO

Gambar Teo ditazkirahkan Nik Aziz

1 org komen
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (kanan) di Rumah Kelantan petang kelmarin

Monday, August 30

Macamana jadi beruk tu yerk

0 org komen
Kahkah... Aku memang suka kalau bang Mat yang bercakap. Dia punya kenen, tepat kesasaran serta ada unsur unsur lawak lagi.

Memang tepat sekali bilamana Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan bang Mat menggelarkan Umno dah jadi macam beruk telan mercun... kahkah... macamana rupa agaknya beruk telan mercun tu yerk...

Elok sangat dah dekat ngan nak merdeka ni memang mercun berlambak lambak terlepas dari kawalan pihak berkuasa. Dah dekat ngan raya puasa pulak tu, tentu berlonggok longgok mercun khusus untuk beruk Umno menelannya... wakaka... lawak... lawak...


**********************************

Umno jadi macam beruk telan mercun

PERMATANG PAUH, 30 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.

Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.

Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.

“Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujarnya sinis ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Halim Husain

Berucap dalam majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri itu, beliau berkata, rakyat kini sudah matang berpolitik dan tidak menunjukkan reaksi terhadap isu yang ditimbulkan Umno itu.

Katanya, Umno BN begitu cemburu apabila melihat PAS bersama DAP duduk sepentas bercakap soal kebajikan rakyat, penyelewengan, penipuan pemimpin Umno dan banyak lagi.

"Fenomena itu yang membimbangkan Umno dan BN. Mereka kecut bila berhadapan dengan pembangkang seperti PAS yang tahu di mana kelemahan parti asobiah itu," jelas beliau.

Menurutnya, ketakutan Umno kepada PAS bertambah teruk apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai sebuah sayap terbaru parti untuk berhadapan dengan BN pada masa depan.

Politikus rendah akhlak

0 org komen
Sumber: Pak Long

Beras dan tahi cicak jangan dicampur

Salam semua...

Insyaallah, Pak Long masih setia mempertahankan politik cara Islam. Nawaitu kita sebagai seorang Islam hendaklah jujur dan benar. Kita berpolitik kerana hendakkan kuasa pemenrintahan dalam negara supaya dapat kita menegakkan syiar Islam. Supaya dapat kita buktikan kesempurnaan Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.

Sebab itu Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Pak Long berpendapat apabila Islam dan politik disatukan bagi membentuk kesempurnaan, maka wajarlah setiap ahli politik terutamanya beragama Islam dipastikan benar benar Islam, memahami Islam, malah meletakkan Islam mengatasi segalanya dalam jiwa, keluarga, maysarakat malah negara keseluruhannya.

Pak Long dok perhatikan lah yer, masyarakat kita telah lama melakukan kesilapan dalam menentukan kelayakan seseorang menjadi ahli dalam politik. Masyarakat terdahulu telah kelabu menilai mana intan dan mana kaca. Masyarakat terdahulu telah dialpakan kerana terlalu disuapkan oleh materialistik lalu lupa menilai dari jiwa Islam. Mereka telah lalai memastikan Islam sebagai syarat utama untuk berpolitik pada setiap ahli politik. Maka itu lah timbulnya ahli ahli politik yang hipokrit dan rendah akhlaknya, yang kini makin menjadi jadi malah bermaharajalela.

Penting Pak Long nak ingatkan, menjadi ahli politik sekiranya kita beragama Islam, maka tentunya kita secara tidak langsung mewakili agama Islam itu sendiri. Setiap tingkah laku kita diperhatikan sebagai dari seorang Islam terutama oleh masyarakat bukan Islam dan dari bangsa bangsa lain juga. Inilah bahayanya apabila kita sebagai rakyat membiarkan ahli politik yang buruk akhlaknya timbul dicelah celah masyarakat yang kononnya kuat berpegang pada ajaran Islam.

Akibatnya, generasi sekarang telah ditimpa bencana dan malapetaka. Pak Long menyeru pada anak anak dan orang ramai yang sedar untuk melakukan sesuatu membersihkan pekong yang membaham bangsa dan menghodohkan agama ini. Kita kena pastikan, beras dengan tahi cicak jangan dicampur aduk...

Wassalam...

Lintah darat, 40 kali kenyang pun tak jatuh punya

0 org komen
Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?

Apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sedia meletak jawatan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi, senario politik di Sarawak diselubungi desas-desus bahawa beliau sedang membuat persiapan untuk berundur diri.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik merasakan bahawa kenyataan Taib itu hanya satu peringatan yang merupakan muslihat sekadar "untuk menguji".

Sejak akhir-akhir ini, Taib, 74, Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Sarawak (29 tahun sejak 26 Mac, 1981), menjadi sasaran khabar angin berhubung dakwaan kekayaannya yang melimpah ruah.

"Beliau tidak akan meletak jawatan. Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin.

Chin percaya kenyataan mutakhir Taib itu mungkin ada kaitan dengan khabar angin bahawa SUPP, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, mahu beliau berundur memandangkan beliau dilihat tidak lagi diyakini oleh kalangan beberapa kelompok dalam komuniti setempat.

Terdapat desas-desus bahawa SUPP berkemungkinan telah melobi kepimpinan pusat supaya campurtangan untuk berbincang dengan Taib, menyerupai langkah yang dilakukan pada 1980-an ketika parti itu mahu bapa saudara Taib, Tan Sri (kini Tun) Abdul Rahman Yaakub, meletak jawatan sebagai Ketua Menteri atau jika tidak, parti itu akan keluar daripada BN.

Rahman kemudian menentang dengan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Sarawak tetapi gagal membuahkan hasil dan akhirnya meletak jawatan namun meletakkan syarat agar anak saudaranya, Taib, dilantik sebagai penggantinya.

Chin berkata kenyataan Taib bukanlah perkara baru dan satu-satunya reaksi segera daripada kenyataan sedemikian adalah pelbagai parti, persatuan, dan badan bukan kerajaan mungkin akan membuat gesaan supaya beliau terus memegang jawatan.

Besar kemungkinan partinya sendiri, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) akan meluluskan resolusi menyokongnya dan Taib akan terus menerajui BN Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang, katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, percaya bahawa Taib ingin menguji setakat mana kepimpinan pusat akan menyokong beliau ekoran khabar angin yang mahu beliau berundur.

"Beliau mungkin tidak serius dalam hasratnya untuk berundur seperti mana beliau mahu terus memegang jawatan. Apa yang beliau lakukan sekarang ialah untuk melihat sama ada kepimpinan pusat mahu menyokong beliau atau tidak. Jika kepimpinan pusat tidak mahu menyokongnya, maka beliau (Taib) akan melihat pilihan lain yang ada untuknya. Kemungkinan besar beliau akan melihat situasi yang menguntungkan semua sebagai strategi jalan keluar," katanya.

Bagaimanapun, Dr Sivamurugan berkata siatuasi itu agak sukar untuk ditangani oleh kepimpinan pusat memandangkan ia memerlukan pelan peralihan yang lancar, jika tidak akan mengakibatkan pertelingkahan dalaman yang mungkin melemahkan PBB, tunjang kepimpinan BN negeri.

Dr Sivamurugan berkata sesiapa sahaja yang menggantikan Taib perlu dilihat sebagai berwibawa dan berupaya menyeimbangkan keperluan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak, yang mempunyai lebih daripada 40 kumpulan sub-etnik, setiap satunya dengan bahasa, budaya dan gaya hidup tersendiri.

Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata pada Jumaat lepas beliau akan mengadakan perbincangan 'hati ke hati' dengan Taib berhubung masa depan kepimpinan negeri.

Ini dapat difahami memandangkan PBB merupakan tonggak kekuatan BN di Sarawak dan adalah adil untuk berbincang terlebih dahulu sebelum apa jua keputusan dibuat.

Di peringkat negeri, sudah pun ada gesaan supaya beliau kekal sebagai Ketua Menteri, dengan yang pertama, seperti yang dijangka, dibuat oleh oleh sayap Pemuda PBB, disusuli oleh dua parti komponen BN, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Hanya SUPP masih belum menyatakan pendirian secara terbuka berhubung kenyataan mutakhir Taib itu.

Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom berkata Sarawak masih memerlukan Taib kerana "beliau adalah pemimpin, beliau seorang yang pintar dan mana boleh siapa pun bercakap tentang pengunduran beliau?"

"Adakalanya beliau agak letih, beliau seharusnya berehat sedikit, tetapi beliau adalah pemimpin (bagi negeri ini). Apa yang kami hadapi (dan) apa yang negeri ini ceburi, kami benar-benar memerlukan beliau kerana beliau adalah penggerak utama dan beliau meletakkan kita semua di peta dunia. Tidak, beliau tidak akan meletak jawatan dan saya sendiri akan memastikan beliau terus memimpin," kata Mawan, seperti yang dipetik dalam laporan akhbar tempatan.

Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing juga berkata parti itu akan menyokong Taib selagi beliau mahu memimpin negeri ini.

"Dalam permukiman BN di Mulu baru-baru ini, setiap daripada kami (parti komponen BN negeri) menyatakan pendirian berhubung KM (Taib) untuk mengetuai BN dalam pilihan raya umum akan datang. Dan PRS tidak mengubah pendiriannya, selagi KM mahu memimpin, kami akan berdiri teguh di belakangnya," kata Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak.

Bagaimanapun, seorang penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata menjadi kelaziman bagi pemimpin lain di negeri ini untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka memerlukan beliau memandangkan "semua orang tahu Taib sangat berkuasa dalam politik dan tiada siapa pun yang berani meminta beliau berundur kerana masa depan politik mereka
bergantung kepada beliau."

Dr Jeniri berpendapat perbincangan "hati ke hati" Najib dengan Taib perlu digunakan sebagai wadah untuk memberitahu Ketua Menteri mengenai situasi politik di peringkat akar umbi dan Taib juga mendengar "suara hati" dari Sarawak.

Beliau berkata kenyataan Taib mengenai keinginannya untuk berundur pada kali ini adalah ikhlas memandangkan beliau sedar tentang perubahan dalam landskap politik.

"Tanggungjawab ini terletak di bahu beliau, bukan Perdana Menteri atau partinya," katanya.- Bernama

Kesian, Umno yang buatkan Berahim jadi macam ni

1 org komen
Kisah Si Alim Dengan Si Jahil

Asri: Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.

Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, “sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.”

“Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

“Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut.

Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik.

“Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi,” katanya.

Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah.

“Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini.

“Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis,” katanya.

Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar.

Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010.

Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau. -TMI

***************************************

Perkasa mahu Mais dakwa MP Serdang

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa.

“Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ada ambil tindakan terhadap bekas mufti (Perlis) Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah.

“Oleh itu, Mais hendaklah segera mendakwa Ahli Parlimen Serdang yang mencemar Surau Al-Huda... kegagalan mendakwa bererti tidak menyahut titah Sultan Selagor yang amat murka dan dukacita,” kata Ibrahim dalam kenyataannya.

Kes ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor akhir tahun lalu sedang didengar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya malam tadi.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Dalam kenyataannnya, Ibrahim juga membawa misalan nasib yang menimpa pendakwah Islam Amerika Syarikat Malcom X yang ditembak mati di Manhattan Audubon Ballroom pada 1965.

“Pendakwah Islam yang berdakwah kepada orang-orang Kristian hingga masuk ke gereja semata-mata berdakwah kepada bukan Islam akhirnya ditembak mati.

“Di Serdang (Selangor), wakil rakyat DAP, yang bukan Islam, yang sentiasa dalam ‘hadas besar’ telah ‘ditarik’ ke ruang solat, saf pertama surau, oleh PAS (yang pasti ahlinya Islam) dan PKR (ahlinya Islam dan bukan islam) semata-semata untuk memberi tazkirah Ramadan pada jemaah, yang sudah tentu dan pasti beragama Islam,” katanya,

Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, adakah Allah sedang memberikan satu ‘iktibar’ untuk berfikir bersama tentang realiti PAS, yang menurutnya menjual agama Islam demi survival politiknya ketika bulan Ramadan.

“Rumah Allah dicemari, dinodai dan segala-galanya halal demi undi, ini kerja syaitan yang memasong ‘orang yang dikatakan beriman tapi tidak bertaqwa,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya semalam Teo berkata beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.-TMI

***************************************

Ulasan GB

Dengan dua tulisan di atas mengenai dua orang manusia, seorang berpendidikan agama seorang lagi tidak. Seorang berilmu (alim) seorang jahil. Dr Mohd Asri dengan Ibrahim Ali. Mengulas isu yang sama iaitu isu surau Kajang yang menjembput wakil rakyat DAP.

Kata Mohd Asri:

“Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

“Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini....

Katanya:

Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, “sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.”

Demikian penjelasan yang cukup terang dan nyata dari seorang yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Kemudian kita lihat tindakan UMNO yang memperalatkan isu lawatan wakil rakyat DAP di surau Al-Huda di Kajang itu menerima respons dari golongan yang jahil beragama juga. Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, sebuah pertubuhan pelampau Melayu mendesak agak Wakil Rakyat DAP itu didakwa.

Si jahil memang menyokong si jahil, si pelampau memang menyokong tindakan si pelampau yang lain.

GB dah ulas sebelum ini bahawa

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, tindakan UMNO yang cuba menunjukkan mereka lebih Islam itu menjadikan mereka sebagai golongan yang pelampau - pelampau yang bebal terhadap agama - tetapi hanya menggunakan agama sebagai alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama PAS yang semakin dicemburuinya. Dan GB telah mendedahkan sebelum ini, 90% menteri-menteri dari kalangan UMNO ini tidak membaca Al-Quran, jauh sekali mengkaji ayat-ayatNya dan Hadith, justeru itu mereka bebal sebebalnya tentang agama. Mereka hanya bergantung kepada seorang dua "ustadz celup" dimana ustadz-ustadz ini menjadikan diri mereka lembu-lembu untuk habuan duniawi.

(tambahan: sebut sahaja siapa juga menteri UMNO.. Nong Chik ker, Awang Adik ker, Nazri Aziz ker, Anifah Aman ker, Rais Yatim ker, malah Muhyiddin atau Najib sekalipun, GB curiga sangat samada mereka boleh membaca Al-Quran)

Keras kritikan GB, namun demi kebenaran itulah yang sebenar-benarnya.

Anda UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid.

Pegang kata-kata GB ini, bahawa UMNO BN tetap lingkup setidak-tidaknya di dalam pilihanraya kali ke 14!

Berahim Ali ni makan ubat dak lagi

1 org komen
Sumber: Pak Long

Jangan cacatkan Islam yang cantik

Salam semua...

Islam tu agama yang cantik tapi kecantikan dari Islam tu bukan semua penganutnya dapat. Tindakan dari penganutnya yang gagal mendapat kecantikan Islam tu tadi lah yang sebabkan kecacatan pada cantiknya Islam tu.

Pak Long berpendapat masjid tu rumah Allah. Rumah Allah terbuka untuk semua umat manusia. Keterbukaan ini meletakkan seluruh umat manusia tadi dekat dengan rahmat Allah s.w.t. Umat manusia tanpa mengira kaum dan agama digalakkan mendekatkan diri dengan rahmat Allah dan umat Islam sebagai penjaganya perlu memastikan pelawat pelawat ke rumah Allah ini berdisiplin, mematuhi adab selaras dengan masjid yang dikenali sebagai tempat ibadah umat Islam.

Sebab tu la Pak Long cukup pelik dengan kelaku Perkasa yang tiba tiba mau gubal undang-udang larang bukan Islam dari masuk kawasan masjid dan surau. Boleh ka sapa sapa tolong pi tanya budak Berahim tu makan ubat dak lagi...

Wassalam...

Memang sah Berahim Ali tak sihat

2 org komen
Macam tak percaya bila aku terbaca kenyataan bodoh piang dari Presiden Perkasa yang kononnya cuba nak pertahankan "kesucian" masjid dan surau dengan gubal undang undang melarang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau.

Dah tu pandai pandai lagi si Berahim ni kata Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda berucap mempunyai niat politik. Memang pun, Teo ni ahli parlimen dari sebuah parti politik. Tapi si Berahim ni tau ka apa yang MP Serdang tu bercakap. Hang pun pakai dengaq apa yang orang sampaikan kat hnag saja, Berahim oii...


***************************************

Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.


Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.

Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.

“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.

Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.

“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.

Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.

“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.

Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.

“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.

Sedaqlah Melayu oii

0 org komen
Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long membesaq dikampung dikala ahli ahli politik dilihat suci. Pak Long diajaq, orang orang politik dari parti bangsa Melayu ini adalah orang bangsawan dan bijak pandai melayu. Dulunya Pak Long bangga, dah la bijak pandai dan beragama, tentulah gerak kerja depa jugak mengikut Al-Quran dah hadis. Bila dah bijak pandai, parti yang depa wakili tentulah parti yang penuh dengan kepandaian. Pak Long masih ingat, sekalipun diletakkan kopiah atas kerusi, calon dari parti bangsa yang penuh kepandaian ini akan menang.

Masa kian berubah, maklumat jadi lebih mudah. Orang kampung tidak sedungu dulu. Barulah Pak Long sedaq, parti yang penuh kepandaian ini rupanya hanya pandai dalam membodohkan umat Melayu. Barulah Pak Long sedaq, parti yang penuh dengan bijak pandai Melayu ini rupanya hidup segar diatas kebodohan bangsa mereka hasil dari sistem perbodohan bangsa sendiri dengan penuh sistematik.

Selama lebih 53 tahun parti bangsa bangsa ini menangguk diair keruh. Rakyat telah dilena miskinkan dengan dendangan "Ketuanan Melayu". Maka melayu melayu ini telah diulit mimpi indah bahawa mereka hidup sentosa dibawah "Ketuanan Melayu".

Apakah majoriti Melayu sekarang selesa dan sentosa dengan tuaian hasil dari "Ketuanan Melayu"? Berpuashatikah kita calon Melayu dipandang sebagai gred B disektor swasta? Apakah bangsa Melayu benar benar terbela hasil perjuangan bijak pandai Melayu dalam parti bangsa bangsa tersebut? Kenapa majoriti Melayu mendiami rumah rumah flat murahan yang dhaif dari segala prasarana? Terbelakah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?

Ya, Islam agama rasmi, Islam agama junjungan, tapi terbelakah Islam seperti yang sepatutnya? Hangpa puashati ka dengan perlaksanaan Islam sebagai cara hidup dengan berlambak lambak gejala sosial dewasa ini? Hangpa boleh senyum lagi ka tengok mahkamah syariah dok jauh bawah dari mahkamah sivil?

53 tahun bukan satu jangkamasa singkat. Jangan belajaq cuci tangan sekiranya masyarakat kita tunggang langgang tidak beriman...

Wassalam...

Sorang lagi bakal diratah

0 org komen
Memang pembangkang Malaysia ni mungkin selamanya akan jadi ratahan Umno dan Barisan Nasional saja kot.

Lihat saja bagai bertali arus, sebaik habis saja isu khutbah di Pulau Pinang, timbul pulak kes MP Serdang ke surau dan terkini William Leong seorang lagi ahli parlimen dari PKR bakal diratah.

Bila la nak cerdik Umno ni ha? Masih lagi ada kalangan Umno yang beranggapan tindakan bangang mereka ini menyelamatkan maruah Islam dimata bukan Islam, macamana depa pikiaq pun tak tau laa... 

***************************************


Kunjung masjid: William Leong pula jadi sasaran

Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.

Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran Utusan kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

Dalam kenyataan semalam Teo menjelaskan bahawa beliau hanya berucap secara ringkas mengenai peluang pendidikan di bawah kerajaan Selangor apabila diminta menyampaikan sepatah dua kata.

Akhbar tersebut seterusnya memetik lamanweb berkenaan sebagai berkata Willaim menggunakan 'modal' yang sama, iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat, seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor Utusan lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Majlis sumbangan yang disampaikan oleh William tu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam.- Malaysiakini

Mayat wanita ditemui di kawasan pembuangan sampah

0 org komen
Semakin meriah negara kita nampaknya dengan kejadian jenayah ngeri ni.

Sebagaimana juga harapan dari orang ramai, aku amat berharap pihak berkuasa melipat gandakan usaha, menambahkan anggota anggota yang cekap bagi membendung sedaya mungkin jenayah dari berleluasa dibumi tercinta ini...

********************************

SHAH ALAM -
Mayat seorang wanita dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Sungai Chandong 12, Bandar Armada Putra, di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 30an yang berpakaian lengkap dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan semasa melalui kawasan kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi.

Bagaimanapun, pasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh pengawal keselamatan itu tidak dapat mengenal pasti identiti mayat itu kerana tiada dokumen pengenalan ditemui padanya, katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama

Sunday, August 29

Pergghh... bom buatan sendiri beb

0 org komen
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu seorang daripada dua mangsa yang cedera parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri di Apartment Desa Tun Razak, Cheras di sini pada Ahad.

Mangsa terkena letupan selepas cuba mengangkat sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan rumah majikan mereka, seorang pemilik kafe siber yang beroperasi di tingkat bawah apartment berkenaan. Mereka dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan. - Foto Bernama

Media Umno takkan siar foto ni

1 org komen
Orang Bukan Islam masuk masjid

Oleh: albangi
"UMNO dan media BN menipu rakyat dan Sultan Selangor siang dan malam kerana nak rampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat. Paling terbaru tentang YB DAP masuk Surau Al-Huda di Kajang. Heboh macam ayam bertelor sebiji riuh sekampung. Cuba tengok foto di atas ini, berapa banyak orang bukan Islam masuk surau dan tidak tutup aurat termasuk penceramahnya. The photo speaks for itself. The photos is better than 1000 words. Media BN tak akan siar photo ini.

Rakyat jangan lupa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Apakah media BN buat-buat lupa? Memang UMNO anti-dakwah Islam, anti-orang suka Islam, anti-orang Islam dekati bukan Islam.

Muzakarah ini telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Orang bukan Islam masuk masjid/surau ni sebenarnaya bergantung kepada jawatankuasanya.

Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan banyak masjid2 lain, orang bukan Islam, yang lelaki perempuan bukan Islam pun masuk, dibenarkan masuk, bukan suka-suka boleh keluar masuk. Di Surau Huda tu, YB tu dibenarkan masuk. Dia masuk pakai baju kebaya, ada muslimat bersama hari tu.

Tapi isu ini bukan isu agama, jelasnya ia isu politik. UMNO tengah lemas sekarang. Macam-macam kurap dan sopak dah nampak kat kulit tubuh badan UMNO-BN. Duit billion-billion hilang. Injin jet hilang. Harga barang naik.Kapal selam tak boleh selam. Duit saman nak kutip juga dari rakyat sebab duit negara dah kering. Subsisidi nak tarik sebab duit kerajaan dah kering. Macam-macam hancur. Sime Darby hancur. Maka nak elak rakyat terus tengok kurap dan sopak tu, maka UMNO carilah jalan untuk untuk kalih pandangan rakyat terhadap kurap dan sopak UMNO-BN.

Meskipun begitu, orang PAS-PKR pun satu, hati-hatilah sikit dalam bab yang sensitif pada setengah orang Melayu yang tak faham agama Islam dan tak faham tasawwur Islam secara menyeluruh. Janganlah buat benda-benda yang sensitif walaupun benda tu tidak salah pada sisi agama, berpada-padalah. Bila kita bawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid atau surau, jaga batas-batasnya; tak perlu buat dalam tempat atau ruang solat. Buatlah kemah di luar supaya dapat mengelak fitnah. Fitnah yang akan dibuat oleh orang Melayu Islam yang tidak faham Islam dan musuh dalaman umat Islam yang mengaku Islam. Jadi orang Melayu Islam yang tidak reti bab agama Islami ni tidaklah melenting sangat. Mereka itu jahil, mereka melenting sebab mereka jahil, kalau mereka faham mereka tidak melenting. Kita yang faham Islam janganlah bergaduh dengan orang jahil, jangan melayan bangat dengan orang jahil atau bodoh, nanti kita jadi bodoh.

Kesimpulannya hati2 dan waspada selalu tindakan kita kerana ada orang tak faham tasawwur Islam yang menyeluruh

Bila Umno dah lemas

0 org komen
Umno dah lemas, orang yang lemas akan cuba selamatkan nyawanya tanpa mengira apa jugak yang melintas didepan mata. Walau sehelai rambut pun akan digapai sebagai talian hayat.

Macam tu la jugak realiti politik Umno dewasa ini. Umno melalui akhbar pencacainya Utusan menjadikan kunjungan Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang sebagai satu isu agama dan perkauman, namun ia menjelaskan pula mengenai kejahilan mereka terhadap agama Islam. Apakah sdr Jamil Khir atau 40 ulama muda yang melarang bukan Islam ke surau?

Nyatanya ia hanyalah satu sifat cemburu, irihati dan dengki, kerana MP berkenaan adalah dari Pakatan Rakyat. Umno dah mainkan Isu ini sebagai satu talian hayat politik kuno mereka dengan harapan Melayu akan jauh dari Pakatan Rakyat.

Umno berjaya menjauhkan bukan Islam dari Islam

1 org komen
Alahaaii Umno oiii... apasal la hangpa semua ni bangang melantun lantuh ni. Ingat Tuhan bagi banyak, astaghfar bagi lebih, mengucap bagi kerap sikit. Jangan tunggu waktu sembahyang saja nak mengucap, jangan sampai terantuk baru nak astaghfar.

Jangan ingat kehidupan seharian hangpa orang tak tau. Semua rakyat malaysia samaada Islam atau bukan Islam tau bahawa Umno tak pernah serius dalam memperjuangkan Islam. Umno telah beratus kali gagal dalam memperjuangkan umat Melayu. Umno hanya tau dan suka suka mak bapak depa, bermain main dengan isu isu yang melibatkan agama Islam dan kini Umno cuba menghasut pulak rakyat yang berugama Islam membenci orang orang bukan Islam.

Bila hangpa dah gagal dalam misi mempergunakan isu perkauman dan gagal lagi dalam mempergunakan isu isu pembangunan, Umno tanpa rasa malu dan jijik cuba meraih kembali sokongan daripada rakyat melayu yang telah bertahun diperbodohkan ini dengan memainkan isu keugamaan pula.

Umno yang kian dipenghujung usia telah memulakan langkah menikam diri dengan menghasut rakyat Pulau Pinang tentang isu doa kepada Guan Eng disensasikan menjadi berita panas. Tiba tiba Umno menjadi teramat baik dengan berfatwa salah dan berdosa mendoakan orang kafir. Ramai mufti yang tergoda dan tok lebai yang lalai serta ulamak yang buat semak memberikan penjelasan dan mentafsir hadis ikut suka depa demi sesuap nasi.

Bertali arus, timbul pula isu kedua di Selangor, Uumno dengan sokongan Utusan Meloya serta TV3 memainkan isu DAP ber"tazkirah" ke surau. Sekali lagi kita lihat fatwa berterbangan tanpa nilai dari mulut mulut busuk penjilat Umno. Islam di perlihat sebagai kejam, tak berperikemanusiaan dan tak boleh bersangka baik. Umno bagai dah tak kenal mana satu Islam dan mana satu kafirnya. Wanita Umno yang majoritinya tak bertudung kerana bagai halal dimata mereka. Bagi Umno, bertudung hanya bila ke masjid dan surau dan dilondeh bila diluar rumah Allah.

Sekiranya ini dibiarkan, maka akan hilang lah zaman kemenangan Islam. Akan hilang minat orang bukan Islam yang nak mendekati rumah rumah Allah. Mendekati rumah rumah Allah bermakna mendekati Islam. Umno telah berjaya menjauhkan mereka mereka ini dengan Islam. Tahniah....

Umno dah tenggelam punca

0 org komen
Apa hal la dengan Umno ni, dah habis modal politik ka? Sehingga sanggup menyalahgunakan agama demi kepentingan politik sempit mereka. Setiap ruang diperguna demi mengaut sedikit laba politik sehingga boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Pendekatan radikal mereka terhadap agama dan eksploit isu sehingga menjejaskan kententeraman antara kaum jelas mempunyai agenda politik tersendiri Umno. Pandangan pandangan golongan agamawan yang terkenal dengan non-bias langsung tak diambil kira pimpinan Umno.

Sepatutnya pimpinan Umno perlu bertindak mententeramkan keadaan dari mengapi apikan menjadi permusuhan. Tidakkah mereka terfikir sentimen yang dimainkan oleh mereka boleh mencetuskan rasa tidak senang terhadap agama Islam itu sendiri.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.

Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, “sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.”

“Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

“Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.

Islam Umno, Islam hadhari

0 org komen
Asingkan adat dan hukum hakam

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta umat Islam mengasingkan adat dan hukum hakam agama dalam menilai perbuatan seseorang baik sesama Islam mahupun bukan Islam.

Bagi beliau, kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kemurniaan Islam di mata masyarakat bukan Islam yang seharusnya diajak mendekati agama samawi ini.

(Bekas) Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga meminta umat Islam tidak terikat dengan elemen tradisi sebaliknya berpandukan sumber ketamadunan Islam sejak zaman Rasulullah.

"Ini masalah di negara kita yang kadangkala tidak dapat membezakan antara kebiasaan dengan adat dan hukum agama. Adat dan agama ini pula dipengaruhi kepentingan politik.

"Kita tahu selama ini Umno sentiasa menegaskan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagi saya, mereka mahu menjauhkan orang yang bukan melayu dan bukan islam daripada Islam," katanya.

Semua ini hanya mencipta pelbagai stigma dan pantang larang yang tidak penah termaktub dalam al-Quran.

Sebaliknya Umno secara halus memperalatkan agama untuk mengembalikan sokongan bukan melayu tanpa mempedulikan perkembangan dakwah agama.

"Inilah sebabnya mengapa mereka sejak kebelakangan ini cuba menunjukkan betapa tidak mesranya Islam kepada orang bukan Islam sehingga mengeluarkan fatwa, kononnya tidak boleh berdoa untuk orang bukan Islam.

"Sekali lagi dengan kes yang melibatkan Teo Nie Ching ini, politik Umno bertujuan hendak kekalkan politik Islam dengan politik Melayu sebagai perkara yang sama," katanya.

Pidato Roswah

0 org komen
ADA MACAM MACAM PUNYA AJARAN

IMAM SHEIKH AL-PRADA PI FIRAGGAMO SEDANG BERKHUTUBAH

nota:
isi khutubah al sheikh imam ialah:
bagaimana nak takutkan laki
agar laki tak cari bini lain
atau girlfriend lain kah kah kah

nota:
sheikh ini boleh di jemput pada bulan
puasa ini untuk beri kuliah subuh.
nama penuh sheikh ini ilah : badakon al- prada ferragamo mil luis vuitton al shopping al dubaiyah


NIK AZIZ : JAHIL AGAMA PUNCA POLEMIK – mkini

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

KAH KAH KAH..

woit… TUNGGU DAN NANTI …. ADA LAGI SATU KEJUTAN…. kah kah kah…

kah kah kah… MELAYU… BERITA HAIRAN… TV TIGA SUKU… AKAN LAPORAN KAN ISU NANTI… kah kah kah

kah kah kah… KENCING DALAM MASJID…. kah kah kah

kah kah kah… TAK PECAYA TUNGGU…. kah kah kah..

Bro: TT

Ketua AMK kian panas

0 org komen
Pertandingan merebut jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka tak dapat dielakkan lagi. Dan lebih jelas lagi minggu ini apabila salah seorang bakal calon mengumumkan pendiriannya Rabu ini.

Rafizi Ramli yang pernah berada dalam AMK beberapa tahun lalu dijadual membuat pengumuman mengenai pendirian rasmi beliau sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan.

“Pendirian muktamad, ya (pada Rabu ini)... pendirian untuk menawarkan diri bersama-sama barisan adalah muktamad, saya dan rakan-rakan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat minggu ini,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Tetapi sudah tentu kita perlu peka kepada suara akar umbi yang akan dizahirkan melalui proses pencalonan di cabang-cabang,” tambah beliau.

Rafizi mengesahkan akan bertanding jawatan itu akhir minggu lalu.

Mengenai teras menawarkan diri tanding jawatan ketua AMK, Rafizi berkata, persoalan kepelbagaian pendekatan untuk mendekati pengundi muda yang dianggarkan 4.6 juta orang dan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 hendak diberi keutamaan menerusi kepimpinan baru.

“Saya dan rakan-rakan saya rasakan AMK perlukan imej dan pendekatan yang pelbagai iaitu keluar dari imej tradisional yang dikaitkan dengan AMK selama ini agar boleh memikat pengundi-pengundi muda yang buat masa ini belum membuat keputusan,” kata beliau.

Katanya, persoalan ‘capturing their imagination’ ini sangat penting dengan membawa isu-isu yang dekat dengan golongan muda ke arus nasional dan perdana.

“Banyak isu ini bukan isu tradisional yang biasa dikaitkan dengan AMK... sebab itu AMK perlukan perubahan pendekatan, agar lebih berorientasikan kepelbagaian dalam menarik minat pengundi muda,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.

Berdasarkan pengumuman rasmi Rabu ini, penyandang ketu AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dipercayai akan berhadapan dengan saingan dua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Seorang lagi ialah Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham dan Rafizi merupakan anggota MPP.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sama ada akan mempertahankan jawatannya, Shamsul Iskandar berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya dalam seminggu ini.

“Saya sedang memikirkan... akan membuat pengumuman dalam seminggu ini,” kata beliau.

Shamsul Iskandar juga dijangka akan mengumumkan barisan gandingannya minggu depan.

Difahamkan, kemungkinan beliau, seorang peguam, akan bertanding mempertahankan kedudukannya adalah tinggi.

Pemilihan kali ini dilihat sengit di sebalik proses pengundian secara langsung melibatkan setiap ahli parti.

Badrul Hisham, pemimpin dari Negeri Sembilan, yang mesra dikenali sebagai “Chegubard” tidak mengumumkan secara terbuka sama ada akan bertanding jawatan tersebut ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun beliau yang disebut-sebut akan turut bertanding telah menyatakan hasrat itu di kalangan rakan dan penyokongnya.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beliau telah secara tidak langsung melahirkan hasrat itu menerusi tulisan di blognya sejak beberapa hari lalu.

Malah, setakat ini beliau telah menulis dua ‘warkah’ bertajuk “Angin pemilihan makin terasa’ dan tiga lagi dijangka menyusul.

Dua lagi siri bertajuk “Siapa ‘chai’ che’GuBard ?” dan “Apa perancangan terhadap AMK? dan “Tuduhan che’GuBard tidak punya idealisma?” akan menyusul.

Dalam siri pertama, Badrul Hisham berkata, “dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding.”

“Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga, kenapa perlu heboh-heboh urusan dalam rumah kita.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti,” katanya.

Dalam siri kedua pula, Badrul Hisham berkata, “Chegubard sudah menegaskan sebelum ini tidak akan umum bertanding.”

“Biar ‘adik-beradik’ anak muda dalam parti memutuskan,” kata Ketua Cabang Rembau ini.

Katanya, tumpuan harus diberi kepada persiapan jentera parti dalam mendepani pilihan raya khususnya di Sarawak yang terlalu hampir.

“Chegubard baru sahaja pulang dari Sarawak, negeri yang cukup berpotensi tetapi tidak ada cabang ‘rasmi’ AMK yang boleh bermesyuarat. Kenapa ini berlaku?” katanya.

Badrul Hisham berkata, jika “Chegubard hanya memberikan tumpuan berkempen pemilihan parti, tentu Sarawak tak termasuk medan kempen tetapi kerana melihat parti di sana perlu dibantu untuk mendepani pilihan raya, maka Sarawak tetap dikunjungi dan dalam masa terdekat Chegubard sudah berjanji dengan Abang Zul, calon di Saribas yang tewas 94 undi dalam pilihan raya yang lepas untuk turun membantu di tempatnya.”

“Begitulah kita bekerja walaupun Chegubard tidak berada dalam kerangka AMK, namun semangat gerakan muda itu menyebabkan kita terus menerobos segala pintu membawa pembaharuan dalam perlawan anak muda,” katanya.

Rafizi pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004. Rafizi dijangka digandingkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shari, yang kini merupakan Naib Ketua.

Amiruddin akan bertanding kerusi Timbalan Ketua AMK. Pengundian jawatan-jawatan peringkat pusat akan diadakan November ini. Proses pencalonan peringkat bahagian sedang berlangsung.

Betul kah berita busuk ni?

0 org komen
Betul kah apa yang diperkatakan di blog bujang susah ni? Berita yang paling busuk sebusuk parti yang dijunjung mereka sehingga keususnya ini.

Busuknya perangai Melayu Perkasa ni sehingga sanggup mengeluarkan belanja berupa rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang untuk panaskan lagi keadaan? Wakil Perkasa Selangor didakwa cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari.

Bagaimanapun jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai.

Celaka besar lah sekiranya benar, pada wakil Perkasa yang cuba merasuah AJK Surau Al Huda Kajang seperti yang dilapurkan. Mereka cuba memperbesarkan lagi isu ini. Apa yang Perkasa cari? Tak lain dan tak bukan hanyalah mencari talian hayat dengan kontroversi dan berniat menimbulkan perasaan benci bembenci kaum bukan Melayu.

Yang riuh rendah ni pasai depa tak faham

2 org komen
Majoriti umat Melayu la ni, nama saja Islam tapi perhubungan kita dengan Islam tu jauh, belajar tak mau langsung.

Sebab tu bila tiba perkara perkara yang menuntut kewarasan dalam beragama, hilang pertimbangan. Dicampur pulak dengan sifat cemburu, iri hati serta niat mengeksploit isu demi kepentingan politik sempit. Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita saja, bukan ajaran Rasulullah s.a.w

********************************

Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.

Aku dah nak termuntah

0 org komen
Presiden Perkasam Berahim Ali hari ni menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa sebagaimana dakwaaan Mais terhadap bekas mufti (Perlis) Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah.


Hadooiih... kalau orang lain yang secara bangang mengulas isu non-muslim masuk masjid ni pun aku dah meluat, tapi kalau Berahim Ali yang bercakap lagi la aku naik termuntah. Nak tumpang sekaki jugak cari nama.

Yeah... BN Sabah bergolak

0 org komen
Umno Sabah dakwa LDP sekongkol mahu ‘guling’ Musa Aman
August 28, 2010

KOTA KINABALU, 28 Ogos — Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa ada pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Musa selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu.

“Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa(gambar),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin pada Selasa lalu dan mendakwa ianya adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin, Ketua Pemuda LDP Chin Su Ying juga menuduh Musa sebagai pembuli parti-parti kecil kerana enggan menerima luahan atau pandangan ketika mempengerusikan mesyuarat BN negeri.

Ekoran rasa tidak puas hati dengan cara Musa melayan mereka, pucuk pimpinan LDP tiada pilihan lain kecuali ke Kuala Lumpur untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa masalah dihadapi.

Musa yang berkata bahawa malang bagi LDP kerana masih terbawa-bawa dengan isu patung Mazu yang kesnya sudah selesai di mahkamah.

“Kami percaya majoriti pemimpin LDP adalah rasional dan cukup bijak untuk membezakan antara yang betul dan yang salah, terutamanya apabila isu yang dibangkitkan Chin melibatkan kepentingan peribadi orang lain.

“Keadaannya mungkin berbeza jika isu yang dibangkit adalah berkaitan kepentingan masyarakat,” kata Salleh dipetik Bernama.

Beliau seterusnya menasihatkan pemimpin LDP agar tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda sendiri.

Salleh juga yakin semua parti komponen BN Sabah akan menyokong Musa yang telah membuktikan keupayaannya memimpin negeri sejak menjawat jawatan Ketua Menteri pada 2003.

Dalam kenyataannya pada Selasa, Chin dilapor berkata LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan gagasan 1 Malaysianya.
Related Posts with Thumbnails