Thursday, September 30

Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik

0 org komen
SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias menunjukkan surat kenyataan akhbar mengenai penarikan gelaran dan tauliah yang telah dianugerahkan pada Tengku Muhammad Fakhry mulai hari ini, 30 September 2010. - Foto Adnan Mohamad

KOTA BHARU, 30 Sept: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1).

Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya.

“Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Kota Darulnaim tengah hari tadi.

Ketika ditanya punca penarikan itu beliau berkata, baginda sultan mempunyai sebab yang tersendiri berhubung penarikan itu.- Harakahdaily

Hahaha... kesiannyaaaa....

2 org komen
UMNO Baru Sedar JUDI HARAM?

Oleh Angkasanuri

Judi dalam apa nama dan bentuk sekali pun ia adalah haram. Tidak ada dalil dan hujah yang boleh menghalalkan judi. Di Pulau Pinang dan akhbar utama yang menjadi 'lidah rasmi' Umno-BN hari ini begitu gegak gempita dengan isu yang didakwa duit judi yang diberi kepada warga emas.

Maka seramai 40 warga emas hari ini bertindak memulangkan duit RM 100 yang diberi oleh kerajaan Pulau Pinang yang menurut ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim sebagai duit haram. Dalam masa yang sama warga emas yang memulangkan duit RM 100 mendapat semula gantian RM 100 dari sumber duit 'halal'.

Walaupun telah dijelaskan oleh ramai pihak termasuk bekas mufti Perlis yang kini menjawat jawatan pensyarah kanan di USM, Dr Mohd Asri Zainul Abidin , rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,”.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri menyangkal tohmahan dengan menjelaskan sumber judi hanya untuk bantuan kepada golongan bukan Islam.

Saya bukan nak menyokong Lim Guan Eng atau mempertahankan isu duit judi. Hukum tetap hukum dan yang haram adalah tetap haram.

Hanya orang nyanyuk dan sasau serta gila kuasa sahaja yang tergamak serta sanggup memainkan isu ini. Apakah Umno cukup suci daripada judi?

Mungkin pak cik dan mak cik yang 40 orang itu mereka boleh peralatkan untuk tujuan politik mereka. Tetapi rakyat Malaysia hari ini cukup matang dan bijak serta tahu menilai isu sebenar yang berlaku.

Apakah Umno cukup insaf dengan judi dan hasil judi? Apakah kerajaan Umno boleh menafikan dakwaan bahawa mereka hari ini dapat bertahan dengan hasil judi? Jika berani dedahkan berapa banyak lesen judi yang mereka sudah luluskan sepanjang lebih 50 tahun berkuasa? Dedahkan juga sumber dan kemana semua hasil judi tersebut dibelanjakan.

Kepada pemimpin Umno dan yang sewaktu dengannya kalau nak mainkan isu dan burukkan orang lain cermin-cerminlah diri tu sendiri dahulu. Nanti bimbang bukan meludah ke langit hinggap muka sendiri tetapi segala kuman segala kahak segala penyakit kena pada mereka semula.

http://angkasanuri.blogspot.com

Takat ni saja ka stendet Perkasa?

0 org komen
`Pendekar Tahi Minyak atau `Samseng Kampung Dusun'?

Oleh: WFAUZDIN NS

`PENDEKAR Taik Minyak' Perkosa akan mengikuti seluruh program yang dijalankan oleh Namewee, seorang pemuda yang telah berjaya menggerunkan NGO yang kununnya terlalu tinggi semangat `Melayu-Kelayuannya' itu. Bayangkan sebuah NGO yang dipimpin oleh raja katak yang kununnya hebat dipuja pula oleh mantan PM Tun Mahathir, punyai `standard' berdepan dengan seorang pemuda bernama `Namewee'? Memalukan. Baca di sini.

Memalukan lagi apabila Namewee pernah mencabar sesiapa sahaja termasuk Perkosa untuk berdebat dengannya berkaitan isu yang dikatakan mencemar kedaulatan negara serta mempunyai unsur-unsur perkauman itu, malangnya seperti biasa Perkosa bukan anak jantan. Anak jantan bukan bererti pandai menyalak di luar halaman orang. Setakat pandai menyalak, anjing betina kurap pun boleh menyalak.

Sebelum ini pun Perkosa mempamirkan sifat `betina'nya apabila enggan menyahut cabaran YB Nurul Izzah untuk berdebat tentang isu Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan. Jika dengan YB Nurul Izzah seorang wanita muda pun Perkosa kecut perut, apatah lagi untuk berdepan dengan ayahandanya DS Anwar. Itulah sebenar wajah Perkosa yang menuduh kununnya Namewee berselindung di sebalik pihak Polis. Siapa yang menjemput Polis datang? Bukan Namewee, tetapi pihak Polis tahu untuk bertanggungjawab. Siapa pula yang `mengadu' dengan Polis apabila YB Nurul Izzah mencabar Perkosa berdebat? YB Nurul Izzah cabar berdebat, Perkosa pun lintang pukang membuat laporan Polis. Pendekar kah itu? `Pendekar Taik Minyak' atau pun `Samseng Kampung Dusun'? Kesihan Perkosa serendah itu.

Bukan kita mahu menyebut Namewee itu benar, tetapi kita mahu sebut bahawa cara Perkosa itu bukan cara `anak jantan'. Kita tidak tahu bila masa Perkosa akan menjadi `jantan sejati'. Mungkin selama-lamanya Perkosa akan terus pandai `menyalak' walaupun gigi taringnya tiada.

Umno dah mula kempen di Galas

0 org komen
Si sepet, si kaki botol - kabinet kesal

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Hamim didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh portal berita the Malaysian Insider sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa BTN telah menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah dalam kenyataan hari ini meminta orang ramai memberi ruang dan masa kepada jawatankuasa untuk menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh yang akan diambil oleh jawatankuasa itu untuk menyelesaikan siasatannya.

Shagul juga meminta orang ramai supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman terhadap pegawai terbabit dan BTN sebelum siasatan selesai.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, Hamim menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan seperti yang diterbitkan sebuah portal berita.

"Ucapan Hamim pada program tertutup itu hanya pandangan peribadinya dan bukan satu kenyataan rasmi dan tiada niat untuk menghina," kata Shagul.

Iye ke ni Jib?

2 org komen
Kes liwat: Kerajaan Malaysia tidak tentang Anwar tapi stafnya, kata Najib

Najib berkata kes liwat Anwar adalah hanya antara dia dan penuduhnya, Saiful. — Gambar fail

NEW YORK, 30 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kerajaan Malaysia pimpinan beliau tidak menentang Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua dalam satu dekad lalu. - Seterusnya...

Bersembur lagi air liur

4 org komen
Bersemangat sungguh pak Berahim kita perjuangkan Melayu berbangsa Perkasa ni. Tapi kalau tengok dari air mukanya dan pula kalau dah berapi api semangat ucapannya, mesti bertimba timba air liurnya.

Lain kali kena bawa payung la kalau nak dok kat depan.....

Main kutu haram, cari kutu tak pa...

0 org komen
Cari kutu tak pa, tak haram... haha...

Main kutu haram di Malaysia

Oleh SUHANA VERU, KU RIDZUAN KU ABDUL RAHMAN dan YUNUS YAKKUB

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Perkasa PERANG salah tempat

0 org komen
Kah... kah... kah...

Adooiiih... keras perut, sampai terguling guling aku punya gelak. Apa jenih punya panglima Melayu ni, perang salah tempat.

Nurul Izzah ajak berdebat pun tak berani, tetiba saja nak berperang ngan anak cina si Namewee ni. Apa punya tahayul punya Perkasa, si Namewee tu Umno yang cipta. Hasil dari dasar yang tak ketahuan kepala ekor yang Umno amalkan tu la terciptanya si Namewee ni.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Kalau betoi pun hangpa galak sangat nak berperang, biaq la bertempat. Pi perang kat Dun Galas, Kelantan tu nanti. Letak Berahim Ali kat situ tengok boleh menang ka tidak.

PAS bodek Ku Li pulak dah...

0 org komen
Galas: Razaleigh bijak berpolitik

Khairul Azlam Mohmad
KUALA TERENGGANU, 29 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang yang bijak berpolitik menjelang pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya rasa Tengku Razaleigh orang yang bijak berpolitik. Biasanya, dia pandang pada suasana dan realiti,” ujarnya pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau pada umumnya melihat ramai tokoh veteran Umno kini sudah bersama-sama dengan PAS khususnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini, katanya kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Begitupun, beliau tidak menafikan pengaruh Razaleigh sebab Dun Galas termasuk dalam kawasan parlimen Gua Musang yang merupakan kubu Umno.

“Tetapi Tengku Razaleigh sendiri pun insya Allah, akan memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas akan datang ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menaruh harapan para pengundi bertambah yakin kepada PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas nanti walaupun pertama kali PAS menang di situ pada pilihan raya umum lalu.

“Saya rasa selepas kita menang ini, perkhidmatan wakil rakyat itu orang boleh kenal, khususnya wakil rakyat PAS (Allahyarham Chek Hashim) berkhidmat dengan baik di sana (Galas) dan kerajaan negeri Kelantan pun memberi suatu perkhidmatan yang baik,” katanya.

Ini, katanya akan menambahkan keyakinan para pengundi kepada PAS.

“Insya Allah, kita akan sama-sama mempertahankan Dun Galas sehingga kekal menjadi milik PAS dalam pilihan raya kecil akan datang. Kita harap dapat majoriti yang lebih besar, insya Allah,” ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan jika Umno tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dun itu kerana parti itu sudah tidak berfungsi di Kelantan.

“Saya tidak mengharapkan (Umno tidak bertanding) tetapi jika Umno BN tidak mahu bertanding, kita mengalu-alukan,” katanya.

Ketika ditanya jika ada pertandingan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit, beliau berkata kemungkinan pandangan bukan orang politik membazir tetapi bagi Umno, mereka mahu mencuba kekuatan PAS di Kelantan.

“Kita menunggu sahaja,” katanya.

Laa... Nik Aziz pun sokong perpaduan Melayu?

6 org komen
PAS yakin pertahan Galas

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 29 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Mursyidul Am PAS itu menyatakan demikian berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia ditambah lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.

Menurutnya, sekiranya Umno bercadang untuk meletakkan calon anak tempatan, PAS juga berhasrat sedemikian.
“PAS tidak ketandusan memilih calon dalam pilihan raya itu nanti, memandangkan begitu ramai mereka yang berwibawa,” ujarnya kepada media selepas pada majlis anjuran Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill Kampus Kota Bahru, di sini, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.

Beliau juga berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu, calon yang bakal dipilih nanti masih belum dibincangkan.

Sementara itu, beliau turut menyokong pandangan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mencadangkan supaya Umno tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi menjaga perpaduan Melayu.

Jelasnya, demi mengembalikan perpaduan Melayu, sewajarnya Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Wednesday, September 29

Senyum... senyum sikit... haha...

0 org komen
Tinggi sungguh semangat ingin membantu puteri puteri Umno kita ni. Sampai sanggup dok keras tengah panas demi menyumbangkan derma untuk mangsa banjir di Pakistan tuh... hehe..... senyum sikit.....

Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohamad Yusoff menyampaikan replika cek RM10,000 kepada Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid pada majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa banjir Pakistan, di sini pada Rabu. Puteri Umno juga melancarkan kempen kutipan baju terpakai yang akan berakhir 12 Oktober depan sebagai kesinambungan daripada program derma tersebut. Bencana banjir di Pakistan setakat ini menyaksikan lebih enam juta orang memerlukan bantuan kecemasan termasuk khemah dan ubat-ubatan. - foto BERNAMA

Orang kampung boleh la Umno gempaq

1 org komen
Haru laaa, depa dok ingat depa dok makan duit Umno tu bersih sangat kot... haha....

WARGA emas memulangkan semula wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, hari ini selepas curiga dengan sumber wang berkenaan. - Foto Rosli Ahmad

Aku pun tercengang cengang

3 org komen
Ada serigala dalam PKR?

Oleh Siddique Ghouse
Bila Nurul Izzah menyebut adanya “serigala berkulit bebiri” dalam PKR beberapa hari yang lalu, kebanyakan ahli parti itu tercengang-cengang kehairanan; Bila pula adanya serigala seperti itu dalam PKR?

Apakah kenyataan seperti itu suatu sandiwara atau apakah ini benar-benar suatu peristiwa? Kalau Nurul bersandiwara, ahli parti kena tarik balik gelaran srikandi yang diberi padanya.

Jika ini peristiwa yang benar, ahli parti kena ambil berat dan tidak boleh main-main. Ini bukan sekadar cerita penglipur lara “The Shepherd Boy and the Wolf” dalam koleksi ceritera yang ditulis oleh Aesop.

Jika “serigala” itu hanya dijumpai di kota Kuching, tempat Nurul meneriakkan amaran serigala dan hanya akan “membaham bebiri” di persekitaran kota Kucing, barangkali Nurul tidaklah “cemas” sangat.

Dia mungkin boleh bisik-bisik kepada ahli dan pimpinan PKR di kota Kuching supaya “berjaga-jaga” kerana serigala itu sudah kelihatan di situ.

Tetapi apabila Nurul melihat serigala itu sudah merayau-rayau ke seluruh pelusuk kota dan desa di negeri satu Malaysia, untuk menjadikan dirinya “ketua bebiri” dan nantinya akan membaham lebih banyak bebiri dalam PKR, makanya Nurul sudah tentu menjadi amat cemas lalu meneriakkan amaran dengan nyaring “Awas ! Awas! Serigala itu sudah datang !!”

Dia memakai kulit bebiri, dia mahu jadi ketua bebiri! Dia akan membaham bebiri! Parti bebiri akan hancur tinggal tulang! Yang boleh bunuh; bunuh! Yang tidak boleh bunuh; lari! Lari!

Barangkali itulah teriakan dalam hati srikandi yang namanya Nurul itu. Hebat juga srikandi Nurul ini.

Tak nampak

Ahli-ahli parti juga hairan bagaimana srikandi Nurul boleh mengenali serigala itu walhal hampir semua pemimpin besar dalam PKR macam tak “perasan” adanya seekor serigala seperti itu dalam PKR.

Takkanlah ketua umum tidak nampak dan beri amaran awal. Takkan presiden, timbalan, naib, setiausaha dan pemimpin kanan PKR lain tak nampak. Hatta ketua strategik yang bertanggungjawab ehwal keselamatan PKR pun macam tak nampak juga.

Atau mungkin juga mereka betul-betul tidak nampak kerana barangkali kulit serigala itu “sebijik” macam kulit orang-orang besar dalam PKR.

Bila cerita serigala ini di dedahkan oleh srikandi Nurul, ramai orang tertanya-tanya dan pelbagai soalan timbul; macam mana Nurul boleh kenal serigala itu?

Bila agaknya kulit bebiri yang dipakai serigala itu terselak dan ternampak oleh wajah sebenar serigala itu?

Di mana Nurul nampak wajah sebenar serigala itu ? Di tengah-tengah majlis parti, atau di pejabat parti atau di rumah ketua parti - tempat di mana bebiri selalu bertemu dan berkumpul.

Dan persoalan yang paling dinantikan jawabannya ialah siapakah gerangannya pemimpin dalam PKR yang dikatakan serigala berkulitkan bebiri itu?

Mengikut Nurul pemimpin seperti serigala ini tidak harus diangkat menjadi pemimpin PKR. Jika baru masuk harus ditendang. Jika sudah lama di dalam parti dia harus diterajang, kerana itulah layanan selayaknya kepada serigala yang ganas yang menyembunyikan jatidirinya semata-mata untuk mempastikan matlamatnya dicapai, iaitu membaham mampus seluruh warga bebiri dan memusnahkan terus “parti bebiri” yakni parti PKR.

Siapa serigala PKR?

Apapun jua soalan yang dikemukakan, srikandi Nurul mungkin tidak akan mendedahkannya kepada umum siapakah yang dimaksudkan itu. Kecuali orang yang bertanya itu kenalan rapat Nurul atau orang yang dipercayai Nurul.

Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim.

Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya “Serigala yang menyamar sebagai Bebiri“ yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid.

Jadi siapakah yang dimaksudkan?

Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula “serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama” malah bergandingan erat pula dengan ketua umum.

Banyak “bual kosong” orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh “menggosip” perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu “membaham” Zaid Ibrahim.

Tidak mungkin juga serigala itu naib presiden Mustafa Kamil Ayub kerana Mustafa amat dikenali sebagai budak baik, kerja rajin dalam PKR. Macam-macam projek dia buat untuk mempromosi PKR cumanya kekadang dia lebih banyak memperaga wajahnya yang lawa itu lebih dari imej PKR. Taring Mustafa belum nampak ada “kesan darah membaham bebiri”

Terbakar dan bisa

Kalau bukan dua Naib Presiden tersebut maka siapa lagi serigala itu kerana serigala yang dimaksudkan oleh Nurul itu adalah yang mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kanan PKR.

Barangkali serigala itu mengikut Nurul mahu menjadi timbalan presiden atau naib presiden kanan. Kalau serigala itu setakat mahu bertanding AJK Pusat, mungkin Nurul tidak kisah sangat dan tidak akan “sibuk-sibuk” menimbulkan isu yang panas seperti ini. Dia pasti akan turut “terbakar” akibat kepanasan isu ini, kerana “ngauman serigala” itu “bisa” membakar sesiapa sahaja yang berani mengganggu pelan strategiknya.

Jadi ahli parti kena mula teropong jauh ke dalam parti mengenalpasti serigala itu. Jangan sampai sudah banyak yang terkorban baru para ahli nak berkonvensyen dan merumuskan resolusi menghapuskan sang Ssrigala itu.

Dalam pemilihan PKR kali ini srikandi Nurul sudah memberi isyarat awal bahawa serigala itu sedang bersiap sedia untuk menjadi pemimpin utama parti dan Nurul amat resah jika serigala itu kali ini berjaya lagi sebab itu dia berteriak nyaring kali ini.

Mesej Nurul adalah supaya ahli parti segera menganalisis watak serigala ini dan segera mengenalpasti orangnya dan segera menghalau atau membunuhnya dari perkampungan PKR.

Orang yang berwatak serigala yang menyamar sebagai bebiri ini mengikut Nurul tidak boleh dibenar memimpin parti PKR.

Begitulaj mesej Nurul yang terkandung dalam ucapannya di kota Kuching, Sarawak yang dipetik oleh media alternatif yang ulung, yang antara lain berbunyi; “they should be aware of leaders who were just like a wolf wearing a sheepskin. It means he is being deceitful, dishonest and not to be trusted”

Berita ini tidak sempat berlegar luas di media alternatif lain kerana ia tiba-tiba tenggelam atau sengaja dipadam, selepas bermulanya pencalonan bagi jawatan utama PKR yang sedang rancak berjalan sekarang ini.

Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan “bebiri yang pekak dan bisu” yang sedang berkira-kira nak menjadi “ketua umum kepada Ketua JKKK” apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan. -mk

Adduuss...!!

0 org komen
Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati

Oleh IZRA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR: “Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan.”

Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.

Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.

“Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.

“Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh ” katanya.

Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.

Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.

Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.

Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.

“Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang,” katanya.

Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.

Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.

Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.

“Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang,” katanya.

Jom kita tanam Umno di Galas

0 org komen
Pihak Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah sekarang. Jangan tunggu semboyan berbunyi kerana perjuangan menamatkan riwayat Umno telah lama bermula.

Jom, kita gerakkan langkah bermula dari sekarang dengan memastikan semua isu dikumpulkan sebanyak mungkin untuk dibawa ke Galas. Isu isu seperti judi, rasuah, jenayah berprofil tinggi hinngalah isu isu perkauman sempit Umno seperti tiada tindakan ke atas pengetua rasis dan juga isu si sepet dan si botol diheret sama.

Selain dari isu isu tempatan, masyarakat Galas juga perlu diberitahu dan dibukakan minda mereka dengan isu isu nasional lain. Masyarakat bukan Melayu telah lama memendam rasa dan mereka mempunyai banyak isu ekoran dari semangat perkauman yang dimainkan Umno bersama-sama dengan Perkasa.

Ayuh, kita cabar Perkasa dan Mahathir agar turun bersama sama berkempen merayakan demokrasi secara sihat. Perdebatan secara ilmiah perlu dihormati.

Isu isu seperti royalti minyak untuk Kelantan juga seharusnya diperhalusi dengan fakta yang meyakinkan rakyat dan diperdebatkan secara sihat. Biar Umno tenggelam dan hanyut dengan isu ciptaan mereka.

Mengapa Perkasa takut berdebat

0 org komen
Mengapa Saya Ajak PERKASA Berdebat?

NURUL IZZAH ANWAR

Sejak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan dikeluarkan terhadap saya.

Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.

Hairan, kerana orang yang cadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula alami nasib sama seperti saya.

Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?

Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.

Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.

Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik 2009, 78.2 peratus kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Namun, kerajaan juga sedang berusaha merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.

Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.

Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan? Saya juga percaya Perkasa tentu setuju dengan saya kalau dicadangkan sebahagian pendapatan Petronas (30 peratus keuntungan tahunan misalnya) disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk biayai biasiswa anak-anak kita.

Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.

Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi.

Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?

Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.

Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan? Tidakkah ia memberi kesan kepada “hak Melayu”?

Oleh kerana kedudukan bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.

Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga isytihar PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan kadar minimum 30 peratus.Inilah dasar yang kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya UMNO.

Dasar ini pada saya cukup kabur kerana tidak jelas apa yang dipertahankan. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya ialah orang Melayu?

Data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya (2002) mengatakan pegangan orang Melayu sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.

Perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun, walau apa angkanya, orang Melayu tidak mendapat faedah daripada dasar ini.

Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar ‘Pengagihan Semula secara Adil Kekayaan Ekuiti Bumiputera’ sedia ada di dalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan penswastaan dari kerajaan, konsesi lebuh raya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat Bumiputera dengan menggunakan nilai saham par-value yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu, di mana 25 peratus saham tadi dimasukkan ke dalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Baki 70 peratus masih dalam tangan pemilik dan syarikat bumiputera tadi.

Untuk uji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mula dengan Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak bina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.

Apa yang dibangkitkan ini bukan perkara baru, kerana itu saya terkejut apabila pelbagai tohmahan ke atas saya.Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail sendiri pernah kata kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.

Beliau mengatakan kedudukan orang Melayu akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau ramal dengan semakin ramai Melayu berpendidikan dan dapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa itu.

Tujuan saya bukan untuk hapuskan peruntukan perlembagaan itu, tetapi yang dipersoalkan ialah dasar dan pelaksanaan seperti diramalkan Tun Dr Ismail, bahawa proses perubahan hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.

Jangan dok gempaq orang kampung

0 org komen
Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Salhan K Ahmad
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

Ku Li gelabah?

0 org komen
Pilihan Raya Kecil Galas Menyulitkan Tengku Razaleigh

PEMERGIAN Che Hashim Sulaima semalam tidak dapat tidak ada hikmah dan rahmat di sebaliknya. Disebalik Tuhan menyanyangi Allahyarham, mungkin Ianya juga ingin memuliakan hamba-Nya yang lain. Kerja Tuhan tidak dapat diteka dan ditebak oleh sesiapa. Penuh rahsia bagi yang buta tetapi terang ternyata bagi yang makrifat dengan-Nya.

Dalam konteks pilihan raya dan demokrasi, pilihan raya kecil di kerusi berkenaan tidak dapat dielakkan. Apabila pilihan raya kecil diadakan di Dun Galas sedikit sebanyak ia akan meletakkan semula Tengku Razaleigh Hamzah di atas takhta politik. Tentu nama Tengku Razaleigh akan menjadi penting dan diingat dengan tiba-tiba sebaik saja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Ini kerana Gua Musang dikenali sebagai kubu kuatnya. Adun Galas adalah satu daripada tiga Adun yang terletak di bawah Parlimen Gua Musang yang dikuasai Tengku Razalegih Hamzah sejak 36 tahun lalu. Dalam hierariki Umno pula beliau masih ketua bahagian Umno Gua Musang.

Pengaruh Tengku Razaleigh sudah berakar umbi di situ. Tengku Razaleigh menguasai parlimen berkenaan sejak tahun 1974 dengan menenanginya tanpa bertanding. Malahan di Kelantan beliau adalah satu-satu ahli parlimen yang paling lama.

Sebagai orang berpengaruh dan berakar umbi di situ sudah tentu pengundi di Galas masih setia kepada beliau. Mulutnya masih masin di Galas dari kalangan penduduknya terutamanya ahli Umno. Orang Asli sudah pasti menjadi penyokongnya utamanya. Selamanya mereka berajakan kepadanya.

Apakah Tengku Razaleigh yang sebelum ini sudah dilupakan dan dibiarkan Umno dan BN akan didatangi kembali? Beliau akan diingatkan kembali dan tenaga dan baktinya diperlukan oleh Umno untuk merampas kerusi Galas itu?

Jika Umno tidak ada maruah mereka akan mendekati Tengku Razaleigh. Akan memujuk dan merayu Tengku Razaleigh agar berkempen untuknya. Tetapi apakah Tengku Razaleigh bersedia berpatah balik, membantu Umno yang sudah melupainya? Mungkin itu akan diperhitungkan semula oleh Tengku Razaleigh. Sekiranya beliau ingat apa yang Umno lakukan kepadanya tidak mudah untuk Tengku Razaleigh mencemar duli bagi membantu Umno dan BN.

Tengku Razaleigh sudah lama dipermainkan oleh Umno. Baik di zaman Mahathir Mohamad menjadi presiden terbawa kepada Abdullah Badawi jadi presiden hingga ke Najib Razak menjadi presiden. Tengku Razaleigh tidak diberi peranan penting sesuai dengan pengaruh dan kebolehannya. Beliau dilupakan dan dianggap sebagai Quran buruk dalam Umno.

Kalau Tengku Razaleigh mengingati segala perbuatan Umno itu beliau tidak akan bersedia untuk membantu Umno. Pun begitu sukar untuk diramalkan. Tengku Razaleigh terkenal sebagai seorang pemimpin yang berakhlak dan begitu menghormat kepada perjaungan Umno. Beliau membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno kerana beliau sayang kepada Umno. Malangnya pengorbanan itu tidak dinilai sewajarnya oleh Umno.

Apakah bagi memastikan Tengku Razaleigh membantu BN dalam pilihan raya itu nanti tiba-tiba Tengku Razaleigh akan diberi peranan besar. Ataupun Umno akan memberi boat penyelamat buatnya bagi memulihkan cita-cita politiknya?

Tetapi kalau beliau merasakan sudah cukup dia memperhambakan diri kepada Umno sedangkan perngorbanan itu tidak dibalas setimpal, Tengku Razaleigh akan mengambil sikap mendiamkan diri kalau pun tidak berhasrat untuk mengajar Umno pada pilihan raya berkenaan.

Namun melihat kepada hati budi dan kelembutan hati seorang anak raja ini, tidak mungkin beliau hanya akan menjadi pemerhati saja di pilihan raya itu, apa lagi akan bersama Pas dalam pilihan raya itu. Beliau akan turun juga berkempen untuk Umno. Dan kalau itu terjadi peluang Umno memenanginya cerah tetapi Tengku Razaleigh sendiri pula akan menjadi ular air kehabisan lumpur untuk melindungi warna politiknya kalau beliau sedia membantu Umno.

Dari sisi lain kalau Tengku Razaleigh sedia melupai perbuatan Umno kepadanya apakah beliau sedia untuk menafi balik kata-kata dan pendiriannya berhubung dengan royalti minyak? Sebelum ini Tengku Razaleigh dilihat senada dengan rakyat Kelantan dalam menuntut royalti minyak yang dinafikan oleh Umno. Beliau pernah duduk bersama pemimpin kerajaan Kelantan atas pentas dalam memperjuangkan itu.

Sudah pasti tape ucapan beliau ketika menyatakan pendirian berhubung royalti minyak itu akan ditayang di semua pos pilihan raya kecil Galas nanti. Apakah Tengku Razaleigh sendiri menafikan semula kata-kata itu kerana ingin membantu Umno? Pilihan raya Galas sedikit sebanyak menjadi Tengku Razaleigh serba salah. Bagaimana beliau menghadapi situasi itu sama-samalah kita tunggu. Politik itu serba mungkin dan janji dan ikrar dalam politik tidak boleh dipercayai.

http://msomelayu.blogspot.com/

Aku sokong cadangan ni

0 org komen
Nurul Izzah: Tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilaporkan menolak jemputan debatnya berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, Nurul Izzah berkata, NGO itu tentu setuju sekiranya pendapatan Petronas disalurkan kepada dana pendidikan untuk tujuan itu.

"Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu," katanya.

Menulis dalam blognya, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperli PERKASA dengan berkata, tindakan itu lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain.

"Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat," jelasnya.

Beliau juga menimbulkan kembali tentang kuota universiti yang diubah pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri supaya lebih bersemangat meritokrasi.

"Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan PERKASA?" katanya mempersoalkan tindakan penasihat PERKASA itu.

Dalam tulisan bagi menjelaskan kegusarannya tentang perjuangan PERKASA dan kedudukan istimewa orang Melayu itu, Nurul Izzah mengambil peluang membela dirinya setelah digelar "pengkhianat", "tidak matang" dan "buta sejarah" dalam isu peruntukan kedudukan istimewa Melayu.

'Saya hanya mahu bincang pelaksanaan'

"Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh PERKASA tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

"Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan," kata puteri sulung ketua pembangkang itu.

"Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan PERKASA dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan," kata Nurul Izzah.

Dalam tulisan itu juga, Nurul Izzah turut membangkitkan beberapa perkara, antaranya:

(1) Bagaimana dasar kuota dalam perkhidmatan awam selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

(2) Adakah ini liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi bertentangan dengan perlembagaan dan memberi kesan kepada "hak Melayu"?

(3) Kenapa soal perlembagaan tidak dibangkitkan ketika Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan?

(4) Adakah memperuntukkan pegangan minimum 30 peratus ekuiti bumiputrea akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu; sekali gus menyelesaikan masalah kemiskinan bandar?

Tuesday, September 28

Susah sungguh nak buang perangai Umno

2 org komen
Dalam PKR! Masih ada virus Umno

Nampaknya Pemilihan PKR 2010 ini tak kurang panasnya macam pemilihan UMNO. Perkara-perkara negatif yang terdapat dalam pemilihan UMNO masih kelihatan berlaku dalam pemilihan PKR kali ini dan ada segelintirnya cuba membuat kecuh dan mengeruhkan perjalanan mesyuarat. Ini amat dikesali dan mendukacitakan.

Diantara perkara negatif yang tak mahu kita lihat tapi sudah pun berlaku,..contoh,.. menceritakan kelemahan orang lain, menyentuh soal-soal peribadi, kondem pemimpin , mengungkit sejarah penubuhan parti dan lebih buruk lagi yang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya!.. Malang seribu kali malang andainya nanti ada yang beranggap PKR adalah sebuah parti jelmaan UMNO!! Ini yang sangat-sangat perlu dielakkan!!

Walaupun politik wang belum menunjukkan tanda-tanda tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku!.. maklumlah, bekas ahli UMNO, sedikit sebanyak virusnya masih ada. Saya sarankan jika ada ahli PKR yang masih gian nak berpolitik cara UMNO, segeralah keluar parti. Ikutlah contoh Ezam, Lokman dan yang lain-lain tu! InsyaAllah anda akan dapat keuntungan jangka pendik untuk diri sendiri, bukan untuk agama,bangsa dan Negara.

Kepada ahli PKR yang masih teguh prinsip dan tebal semangat refomasi nya bersabarlah!! Kuatkan iman! Bertanyalah kepada PAS,,yang sudah lebih 50 tahun bertapak tapi semangat perjuangan sedikitpun tak luntur! malah semangat ukhwah semakin kental dan segar! Politik wang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan PAS. Bertanyalah mereka apa rahsianya?

Banyak perkara baik yang boleh dipelajari dari PAS. Ambil dan praktikkanlah! Tentang menghadapi suasana pertandingan dan pemilihan,. contohilah PAS.
Keikhlasan, kejujuran dan kesopanan dalam menghadapi suasana dan mood pertandingan amat dijaga. Mereka kelihatan lebih sabar, tenang dan sentiasa redha di atas segala apa juga keputusan.

Susah sangat kah nak meninggal perangai buruk orang UMNO. Sia-sia menjadi ahli PKR, jika perubahan yang hendak dibawa oleh parti dipermain atau cuba dihangat-hangat taik ayamkan. Kalau begitu sikap anda adalah lebih baik anda terjun semula kedalam tong najis itu (UMNO) daripada menyusahkan parti di belakang hari! - RM

Terjunan terakhir dia di Alor Setar

0 org komen
ANGGOTA Polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat mayat penerjun wanita warga Australia, Tantikey Lie Marion, 42, yang maut ketika membuat latihan terjunan di Menara Alor Setar, hari ini. - Foto Syaharim Abidin

1 Malaysia dah makan diri

0 org komen
Isu BTN: MIC, DAP gesa tindakan tegas, dakwa perlekeh 1 Malaysia

Oleh Clara Chooi dan Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemimpin-pemimpin MIC dan DAP berpendapat konsep 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri ekoran kenyataan terbaru seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) hari ini.

Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.

Pemimpin veteran itu mendakwa pendirian Muhyiddin, salah seorang yang menjadi juara mempertahankan jentera kerajaan BTN, yang didakwanya rasis juga menjadi sebab mengapa beliau gagal mengambil tindakan tegas ke atas pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman bulan lalu.

“Sepanjang 18 bulan dalam Kabinet, Muhyiddin telah bertindak sebagai juara mempertahankan racun antinasional dan anti 1 Malaysia dari BTN,” kata beliau.

Lim menambah, itu sebabnya Muhyiddin terus-menerus mengambil tindakan ‘membisu’ daripada mengecam dua pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.

Sehubungan itu Lim mengecam kata-kata yang dikeluarkan oleh timbalan pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husin pada majlis dialog tertutup bersama Puteri Umno hari ini.

Hamim dipetik berkata hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara ini dan mereka perlu bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.

Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim, timbalan pengarah BTN Wilayah Persekutuan, pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini hari ini.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.

Kata beliau Dr Mahathir dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan juga masyarakat Cina, India dan Orang Asli hanya mempunyai hak kepada satu undi.

“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.

“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.

“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.

Dalam ulasannya, Lim berkata ia dengan jelas menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib diperlekehkan oleh musuh-musuh dalam kumpulannya sendiri.

“Kenyataan ini adalah bukti terbaru bahawa musuh utama 1 Malaysia Najib ialah daripada kem sendiri, bukan sahaja dari Umno tetapi juga BTN dalam kerajaan,” kata beliau.

Lim menambah, apabila BTN terus-menerus menggunakan pendekatan ofensif, tidak sensitif dan kempen percambahan fikiran yang bersifat rasis, bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi diperluaskan meliputi aktivis politik dalam lingkungan Umno termasuk Puteri Umno, maka adalah jelas Najib berhadapan dengan tentangan terbuka, yang mempunyai sokongan Muhyiddin.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.

“Saya merujuk kepada artikel dalam portal berita yang memetik timbalan pengarah BTN menggunakan kata-kata kesal ke atas bukan Melayu pada mesyuarat tertutup Puteri Umno hari ini.

“Saya ingin menekankan bahawa BTN adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Jika seorang pegawai dari agensi itu didapati mengeluarkan kenyataan seumpama itu, ia boleh dilihat sebagai menggambarkan pandangan kerajaan,” katanya.

Subramaniam menggesa Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan susulan.

Nazri dah jumpa penyakit... kahkahkah...

0 org komen
Nazri kini jelas pemangkin perpecahan Melayu

Setelah kemelut polemik yang ditimbulkan pemimpin UMNO pro-Liberal seperti Dato’ Seri Mohd. Nazri “Pengkhianat Melayu” Tan Sri Aziz yang menentang NGO pro-Melayu seperti PERKASA dan mempersoalkan akhbar Utusan Malaysia yang memberikan sokongan kepada agenda Melayu yang didukung dan bawa NGO tersebut, kini keadaan makin rumit. Hari ini, Nazri mencabar PERKASA didaftarkan sebagai parti politik dan bukan hanya sebuah NGO.

“Jangan cakap banyak, kalau PERKASA anak jantan, daftarlah sebagai parti politik. Buktikan ianya masih mendapat sokongan orang Melayu”, cabar Nazri di majlis rumah terbuka beliau di Kuala Kangsar.

Jelas cabaran Nazri ini wajar dilihat sebagai agenda strategik untuk memecahkan untuk mengeruhkan keadaan dan lebih memecah belahkan Bangsa Melayu. Semalam Perdana Menteri ke IV dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan amanat bahawa orang Melayu sedang berada dalam ancaman dan akan kehilangan kuasa dan berakhir sebagai ‘minoriti’ walaupun mempunyai bilangan ‘majoriti’ akibat perpecahan. Dewasa ini Bukan Melayu mula lantang menuntut agar hak istimewa orang Melayu dikurang dan akhirnya dimansuhkan dan laungan ini disambut golongan Melayu Liberal.

Sejarah membuktikan orang Melayu yang bersatu padu mempunyai kuasa politik yang jitu, walaupun berada serba kekurangan. UMNO berjaya mengumpul 29 NGO Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor dan menjadi satu gerakan politik yang amat kuat sehingga Malayan Union yang telah pun ditanda tangani oleh sekelian DYMM Raja Raja Melayu digagalkan. Kemudian Perjanjian Tanah Melayu bertarikh 1 Februari 1948 yang ditanda tangani oleh British dan Raja Raja Melayu dengan UMNO sebagai pemerhati dan saksi penjanjian dikuat kuasakan sebagai ganti Malayan Union.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditanda tangani pada 21 Januari 1948 ini merupakan bukti bahawa negara ini ujud bawah ‘Ketuanan Melayu’ dimana kedudukan orang Melayu merupakan tunggak asas landasan negara ini dilahirkan dan peruntukan perjanjian ini merupakan semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 apabila Kemerdekaan dicapai.

Dalam keadaan ancaman keganasan pemberontakan kominis, UMNO berjaya menjana kerjasama politik bersama MCA dan MIC sehingga mendapat mandat besar dalam pilihanraya pertama 1955 dan kerajaan autonomi terdiri dari warga Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Kemudian kerajaan kerjasama yang diterajui oleh pemimpin UMNO ini berusaha keras untuk Kemerdekaan dirundingkan. Nasionalism Melayu yang berjaya dijana UMNO merupakan tunggak kuasa demokrasi yang membuahkan hasil kerana semasa pilihanraya 1955, lebih 80% pengundi berdaftar merupakan orang Melayu.

Nazri juga secara angkuh mengatakan, “Politik perkauman sudah tidak relevan lagi”. Ini adalah pendapat yang amat salah kerana Perjuangan menjaga kepentingan dan memartabatkan orang Melayu merupakan asas kuasa yang dijana oleh UMNO melalui lunas demokrasi, yang juga kekuatan kuasa pada parti parti komponen Barisan Nasional yang bergantung kepada undi Melayu dan memboleh ‘Kerajaan Kongsi Kuasa’ yang ditubuhkan semenjak 55 tahun lampau.

Tanpa UMNO memperjuangkan kuasa politik orang Melayu, nescaya BN tidak mampu berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil dan mampu menjana pembangunan dan memacu pengembangan ekonomi, pertumbuhan fizikal dan peningkatan sosio-budaya dan kedudukan ekonomi sehingga Malaysia sampai ketahap ini, tanpa berlaku konflik antara kaum dan kepercayaan dalam keadaan komposisi majmuk dan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sebelum ini, Nazri pernah secara keterlaluan menggelar Negarawan Unggul Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘Rasis’ kerana mempertahankan Biro Tata Negara. Beliau juga menuduh BTN sebagai agen perkauman. Baru baru Nazri secara angkuhkan menafikan kedudukan beliau sebagai anak kelahiran Melayu yang sejarah telah membuktikan kelayakan automatik sebagai warga Persekutuan Tanah Melayu (berbanding dengan Bukan Melayu yang perlu membuktikan kelayakan dan ketaat setiaan mereka untuk mendapat tahap kewarga negaraan itu). Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin pernah secara tegas mengumumkan bahawa beliau “Melayu dahulu, (warga) Malaysia kedua”.

“I am Malay first. But being a Malay does not mean that I am not Malaysian”. Sebagaimana yang dijelaskan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin, bahawa Gagasan 1 Malaysia merupakan satu ketetapan untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Hak Istimewa dan kedudukan orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Pengarang Mingguan Malaysia Awang Selamat minggu ini memilih untuk menjawab kenyataan reaksi Nazri kepada artikel“Alahai Nazri….” (Ahad 19 September 2010), yang dipaparkan melalui media anti-Melayu Malaysian Insider “Surat terbuka kepada Awang Selamat” pada 26 September 2010. Perbalahan melalui media termasuk pro-anasir yang sememangnya mahu melihat penguasaan politik Melayu gagal merupakan perkembangan amat tidak sihat bagi politik orang Melayu, yang akan diperkuda dan manipulasikan segelintir Bukan Melayu yang mencari peluang dalam perpecahan Melayu dan golongan Melayu Liberal.

Sudah amat jelas bahawa Nazri sudah menjadi liabiliti kepada UMNO dan Bangsa Melayu. Beliau juga telah membuktikan sebagai tidak layak menjadi pemimpin tinggi mewakili orang Melayu (kerana kedudukan beliau diangkat melalui UMNO). Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar tidak melengahkan pemecatan Nazri dari Kabinet dan membawa usul agar Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Nazri kerana menjadi ‘pemangkin perpecahan Melayu’.

Amat malang sekiranya Nazri keluar meninggalkan Kabinet dan UMNO untuk menuruti Mantan Menteri Undang Undang Dato’ Zaid Ibrahim untuk menyertai PKR kerana ianya mempunyai kekalahan moral kepada Perjuangan Agenda Melayu dan Melayu Liberal yang berjaya mendapatkan ‘untung politik’.- KB

Istimewanya Mahathir

2 org komen
Mahathir istimewa bukan disebabkan dia cacat dan dianggap sebagai insan istimewa. Dia jadi terlalu istimewa pasai walaupun dah berumur lanjut tapi masih laku diusung kesana sini melalak bagi pihak Melayu. Aku kadang kadang tu tumpang malu jugak kerana kita kaum Melayu rupanya masih ketandusan pemimpin Melayu yang berkaliber untuk membela Melayu. Begini ramai Melayu dibumi Melayu ini tapi tak satu pun dapat menandingi kehebatan Mahathir dalam membela Melayu, hatta Berahim Ali sekalipun.

Inilah istimewanya manusia yang bernama Mahathir ni. Beliau masih gagah sebagai sumber ilham bagi Perkasa dan Umno. Kata katanya menyengat... hihi... bagi orang Umno saja la. Fatwanya dipatuhi... kahkah... bagi BN saja laaa... wakaka...

Dikala orang sebayanya bertenggek setia atas tikar sembahyang sambil muhasabah diri, dia masih gagah memperjuangkan nasib Melayu yang bagai sudah tersilap nasib tuu... Silap nasib la pasai Melayu dah 53 tahun bergayut kat Umno...... wakaka......

Apa kata Umno !!

0 org komen
Bab bab halal haram ni aku mengaku la, aku tak mahir sangat. Cukup untuk lepas diri dan keluarga saja. Sebab tu aku pun tak berani cakap lebih tentang isu bantuan kerajaan Pulau Pinang terhadap warga emas di negeri Pulau Pinang tu. Cuma aku pasti rakan rakan dalam Pakatan tentu tak tengok saja yang halal bercampur baur dengan yang haram berlaku dalam kerajaan negeri bawah Pakatan.

Tapi bila bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram, maka terbuka sikit minda aku terutamanya bahawa Islam tidak sempit seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak yang sengaja meriuhkan isu ini demi menangguk sokongan Melayu Pulau Pinang.

Pandangan Dr Asri tak semestinya benar, tapi bagi aku beliau setakat ini masih berjaya mengekalkan sikap non partisannya dalam melontar pendapat. Beliau juga bagi aku adalah seorang yang tepat sebagai rujukan diatas sikap non partisannya. Pandangan beliau jelas telah memisahkan hak sebagai rakyat yang mendapat bantuan dengan tanggungjawab kerajaan dalam memberi bantuan serta memastikan sumber pendapatan tersebut tidak haram.

Rakyat mendapat hak dan bukannya berjudi. Justeru, sekiranya ada maka kesalahan akan terus ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi dan bukannya rakyat. Begitu jugak bagi yang makan gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.

Apa kata Umno...

Eeeee... hipokritnya politik Umno Penang

0 org komen
Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO, En Reezal Merican

Loke Siew Fook
27 September 2010

En Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih

“MALAYSIAN FIRST”

Berkhidmat untuk rakyat,

LOKE SIEW FOOK
Ketua Pemuda Sosialis DAP
Dan Ahli Parlimen Rasah

Sah Anwar kini ejen British pulak

3 org komen
Ini yang aku meluat dengan Anwar ni. Dulu jadi ejen Amerika, la ni dah jadi ejen Britain pulak. Sanggup dia habiskan duit rakyat, sampai hati dia pecahkan tabung anak anak semata mata nak menyogok sekoq lagi budak hingusan rakyat Britain untuk sokong dia. Tak percaya ka, hangpa baca bawah ni.

Malaysiakini melaporkan sorang usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson kata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini...

Kah... kah... kah.... sapa nak percaya kat mat saleh ni. Sapa dia mat saleh ni kalau nak dibandingkan dengan idea bernas dari Nazri Aziz. Sapa dia mangkok hayun warga Britain ni kalau nak dibandingkan dengan geliganya otak Muhyiddin. Sapa dia ular ayaq dari Britain ni kalau nak dibandingkan dengan bijaknya Najib yang jadi kepala pada 1Malaysia.... kah... kah... kah....

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya.

Hangpa jangan percaya kata kata malaun dari Britain ni. Sapa percaya aku sumpah hangpa tak boleh jadi Melayu Perkasa... wakaka....

Berani sungguh budak ni mai KL buat fitnah...

Betul ka, PKR Diganggu Kerana Ia Kuat

0 org komen
Ada yang rela menjadi sampah dalam PKR?

ADA untung dan gunanya PKR membuka peluang kepada ahlinya di peringkat bawahan untuk memilih pemimpin. Sistem yang diperkenalkan PKR ternyata meriah walaupun ada beberapa kecacatan. Ini biasa kerana sistem berkenaan pertama kali diperkenalkan. Kasut mahal pun kalau pertama kali dipakai akan 'mengigit' dan 'mengeteik' tumit atau ibu jari.

Paling bermakna ia menjelaskan kedudukan sebenar parti itu dimuka umum. Dengan adanya sistem pemilihan itu kini orang mulai celek mata dengan kekuatan PKR dan pengaruhnya yang makin melata di seluruh negara. Pergaduhan dan kekecohan di beberapa buah cabang semasa proses pemilihan menunjukkan parti berkenaan mendapat perhatian. Orang mula melihat PKR sebagai parti yang bakal mengugat Umno dan bakal menunjunag pemerintahan di masa akan datang bersama Pas dan DAP.

Sebelum ini orang merasakan PKR hanya parti melukut saja. Ia dianggap sebagai tokol kayu yang hayut dalam lautan luas. Tidak ada siapa yang pedulikannya. Mesyuarat atau kongresnya sebelum ini tidak pernah mendapat sorotan dan ulasan 'live' apa lagi dari pihak lawannya. Namun hari ini setiap aktiviti dan mesyuarat cabang PKR mendapat sorotan dan ulasan. Untuk apa memantau mesyuarat PKR kalau ia tidak membimbangkan?

Yang jelasnya hari ini PKR mempunyai cabang di 212 kawasan parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Paling mengejutkan juga semua cabang itu aktif. Ini terbukti bila mana semua cabang mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin masing-masing. Ini bermakna hanya 10 kawasan Parlimen saja yang ketiadaan cabang PKR.

Pihak media yang memberi gambaran kekecohan di persidangan peringkat cabang itu untuk memburukkan parti berkenaan. Sebalik dari sisi lain ia menjelaskan PKR berkembang maju.
Pergaduan dan kekecohan biasa itu itu sekaligus menggambarkan ahli PKR masih aktif dan elemen demokrasinya jelas. Lagi pun soal pergaduhan dalam pemilihan ini semua parti sekular kecoh melainkan Pas.

Kalau mereka tidak aktif dan cabang tidak mempunyai ahli yang mencukupi korom mesyuarat, sudah pasti tidak akan ada kekcohan. Ketua dan jawatankuasa cabang boleh dilantik begitu saja. Tetapi bila ada pencalonan, pemilihan dan perbalahan ia menunjukkan PKR wujud di sesuatu kawasan itu.

Mengenai kekecohan ini kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ianya sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR. Gunanya untuk memberi gambaran yang PKR kalut. Kekecohan itu dilakukan dan diunsuri oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kepesatan PKR.

Manakala satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya. Kata Muhyiddin kekecohan itu menunjukkan kelemahan PKR dan tidak mampu memerintah negara.

Untuk apa Muhyiddin sibuk untuk mengulas mengenai PKR? Jelas sekali ulasan Muhyiddin itu menggambarkan kebimbangan beliau. Perkembangan menerusi pemilihan ini menyedarikan Muhyiddin bahawa PKR bersemangat dan orang ramai mulai menaruh keyakinan kepada parti itu.

Sekiranya tidak ada perasaan itu baik Muhyiddin atau sesiapa saja tidak wajar menyetuh PKR kerana pemilihan itu adalah urusan peribadi meeka. Dan kalau pun mereka yang pernah menjadi ahli parti itu atau dipecat ingin mencari sedikit wang, carilah dengan cara lain dan bukannya menganggui urusan PKR. Perbuatan mereka itu nampak sangat tidak gentleman dan tidak memahami parti politik demokrasi.- KB

Zul hidup lagi hangpa dok berebut dah, wakaka.....

3 org komen
PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu

KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak.

Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas.

"Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut.

"Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini.

Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu.

Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain.

Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan.

"Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti,” katanya.

Lagi usaha cari gali bukti

0 org komen
Empat suspek dibawa ke Ladang Gadong cari bukti baru

BANTING: Empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibawa memasuki Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, hari ini dengan sebuah van polis.

Tinjauan mendapati kesemua suspek yang berpakaian oren itu dibawa ke situ kira-kira jam 11.20 pagi tadi dipercayai bagi membantu pasukan forensik mengesan bukti-bukti terbaru kes itu.

Kira-kira 20 minit sebelum itu, lima kenderaan forensik termasuk kereta polis memasuki kawasan ladang itu.
Wartawan dan jurugambar yang pada mulanya dibenarkan memasuki kawasan ladang kemudiannya diarah keluar oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk ladang milik suspek utama yang juga seorang peguam, kira-kira 20 minit kemudian.

Kira-kira jam 3.30 petang, semua suspek dibawa keluar dari ladang itu. Difahamkan tiada sebarang bukti terbaru ditemui dalam operasi selama empat jam itu. Bagaimanapun, operasi itu dijangka disambung semula esok.

Sosilawati, 47; pemandu peribadinya Kamarudin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - Bernama

Monday, September 27

Gempa bumi landa Iran

0 org komen
Gempa bumi kuat 6.1 skala Richter gegarkan selatan Iran

TEHRAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan selatan Iran hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa diterima.

Gempa bumi itu melanda bandar Konar Takhteh di wilayah Fars pada jam 2.52 petang dan dirasai sejauh 175 kilometer di wilayah Shiraz.

Saluran televisyen negara itu melaporkan Jabatan Geofizik Universiti Tehran mencatatkan ukuran 6.1 pada skala Richter manakala Jabatan Kajiselidik Geologikal AS (USGS) merekodkan 5.7 pada skala Richter. - AFP

Apa kata Umno !!

1 org komen
Bab bab halal haram ni aku mengaku la, aku tak mahir sangat. Cukup untuk lepas diri dan keluarga saja. Sebab tu aku pun tak berani cakap lebih tentang isu bantuan kerajaan Pulau Pinang terhadap warga emas di negeri Pulau Pinang tu. Cuma aku pasti rakan rakan dalam Pakatan tentu tak tengok saja yang halal bercampur baur dengan yang haram berlaku dalam kerajaan negeri bawah Pakatan.

Tapi bila bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram, maka terbuka sikit minda aku terutamanya bahawa Islam tidak sempit seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak yang sengaja meriuhkan isu ini demi menangguk sokongan Melayu Pulau Pinang.

Pandangan Dr Asri tak semestinya benar, tapi bagi aku beliau setakat ini masih berjaya mengekalkan sikap non partisannya dalam melontar pendapat. Beliau juga bagi aku adalah seorang yang tepat sebagai rujukan diatas sikap non partisannya. Pandangan beliau jelas telah memisahkan hak sebagai rakyat yang mendapat bantuan dengan tanggungjawab kerajaan dalam memberi bantuan serta memastikan sumber pendapatan tersebut tidak haram.

Rakyat mendapat hak dan bukannya berjudi. Justeru, sekiranya ada maka kesalahan akan terus ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi dan bukannya rakyat. Begitu jugak bagi yang makan gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.

Apa kata Umno...

Salah guna dari atas sampai bawah

2 org komen
Dalam laporan Bernama bertajuk "Salang kecewa ada guru utamakan anak sendiri beri komputer percuma", Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, hari ini mendedahkan ada segelintir guru di Sarawak yang mengutamakan anak sendiri untuk mendapatkan komputer riba percuma di bawah Program Komputer 1Malaysia.

Siapa yang tak kecewa, mungkin sahaja menteri pura pura kecewa kerana baru saja dapat tahu tapi tentu yang lagi kecewa lagi ialah anak anak malang yang sepatutnya terpilih. Sikap tidak amanah ini nampak gayanya sudah menjadi darah daging. Nawaitu kerajaan yang kononya membela nasib rakyat kini teruji dengan pendedahan laporan Bernama ini.

Ini yang kita jumpa dan dilaporkan, ini hanya sebahagian kecil yang terdedah. Belum lagi yang lebih besar yang telah didedah oleh banyak pihak terutama sekali pembangkang yang telah ditutup litup agar rakyat gagal mengesannya. Kita tak mahu slogan hanya tinggal slogan, kita menuntut kerajaan lebih bertanggungjawab setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan berhemah. Heret si pengkhianat itu kemuka pengadilan. Sekiranya guru sendiri sudah tidak amanah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari guru ini untuk mendidik anak bangsa.

Bagaimana pulak dengan pak pak menteri? Tidakkah mereka juga perlu untuk sama sama bertanggungjawab diatas ketempangan ini? Jangan hanya pandai mencari kambing hitam untuk dikorbankan.

Adun Galas Che Hashim (Pas) meninggal dunia

0 org komen
Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kg Baru di sini petang ini.

Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.

Semoga Allah tempatkan beliau disisi orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa beliau. Takziah jua buat keluarga Allahyarham.

Buah sauk untuk Pemuda Umno Penang... kahkahkah...

0 org komen
Ke Mana Agaknya Pergi Hasil Judi, Arak Dan Babi..

AJK Pemuda Umno yang juga ahli Umno dalam bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang, Reezal Merican Naina Merican, nampaknya bersungguh-sungguh 'memperjuangkan' untung nasib Melayu Pulau Pinang. Keghairahannya semakin menjadi-jadi setelah BN/Umno tewas dalam pilihan raya lepas di Pulau Pinang.

Ada saja yang tak kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai 'cek', iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci.

Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark 'press statement'. Cek memang tera.

Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab.

Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum.

Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri.

Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam.

Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak.

Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri.

Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ..... jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga.

Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek.

http://kudaranggi.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails