Sunday, October 31

Pokok durian mula tumbang di Galas

0 org komen
'Pengundi pandai tuntut duit dari 2 pihak'

PAS tetap mempertahankan tindakannya menawarkan bayaran sehingga RM250 kos perjalanan kepada pengundi DUN Galas yang berada di luar kawasan itu.

Penasihat PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata tindakan itu merupakan amalan biasa yang turut dilakukan Umno dan MCA.

"(Malah) kalau pengundi itu pandai, dia boleh ambil daripada kedua-dua pihak.

"Ini bukan satu perkara pelik, kita tidak ada halangan atau sekat mereka (daripada terima daripada pihak lawan)," katanya.

Bercakap dalam sidang media di markas PAS pagi ini beliau juga berkata perkara itu bukanlah satu bentuk sogokan tetapi untuk memudahkan perjalanan para pengundi yang berada di luar.- Malaysiakini

Dah tak laku baru nak cakap betoi

0 org komen
Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu

SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan pada satu majlis tertutup seperti yang tersiar di You Tube baru-baru ini, Johari didakwa berkata Umno Titiwangsa tidak memerlukan undi kaum Cina dan India jika mendapat 70 peratus pengundi Melayu.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga meminta pemimpin Umno Titiwangsa itu agar bersara dari politik.

Beberapa pemimpin Umno khususnya dari Wilayah Persekutuan juga melihat pandangan Johari itu boleh menjejaskan sokongan pengundi kaum Cina dan India kepada BN kelak.

Kata mereka ini bermakna di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu sekitar 20 hingga 30 peratus, BN sukar untuk menang.

Malah kata mereka bukan semua pengundi Melayu mengundi BN atau Umno kerana undi Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu Umno, PAS dan PKR.

Kata Samy Vellu, dalam persekitaran di mana masyarakat India mula kembali kepada BN secara beransur-ansur, jangan memandang rendah keperluan sokongan mereka kepada perikatan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dia menyebabkan kemudaratan besar ke atas budaya politik baru Perdana Menteri yang mahu menyatukan kesemua kaum bersama BN.

“Kita tidak memerlukan ahli-ahli politik macam ini yang menganggap bahawa BN boleh menang dengan hanya pengundi Melayu,” kata Samy Vellu sambil menambah, beliau terkejut untuk mengetahui pemimpin dalam BN sanggup bercakap demikian.

Titiwangsa, majoritinya pengundi Melayu, salah satu bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dua tahun lalu.- MI

Pemilihan PKR sengit, Azmin pintas Zaid

0 org komen
Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini berjaya memintas Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti yang amat tipis.

Menurut sumber-sumber daripada ibu pejabat PKR, Azmin kini di depan dengan kelebihan kira-kira 10 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya itu.

Bagaimanapun, menurut sumber-sumber itu lagi, ibu pejabat parti hanya akan mengeluarkan keputusan penuh pemilihan di 32 cabang itu lewat tengah hari ini.

"Keputusan tidak dapat dikeluarkan awal kerana sampai jam 3, 4 pagi, masih ada keputusan yang baru sampai.

"Lagi pun semalam lebih banyak cabang mengadakan pemilihan (semalam) berbanding hari pertama (kelmarin)," jelas sumber-sumber itu.- Malaysiakini

PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditendang’ BN keluar

0 org komen
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

GUA MUSANG, 31 Okt — Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman menegaskan, parti itu “ditendang” keluar dari Barisan Nasional (BN) penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.

Justeru Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan Pengerusi Majlis Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak sebagai “buta sejarah.”

“Memang PAS ditendang, jadi betul apa yang Datuk Nik Aziz katakan. Dulu PAS memang bekerjasama dengan Umno semasa bergabung dalam BN.

“Tapi ada beberapa perkara yang kita tidak setuju semasa berada dalam BN terutamanya ketika BN mengumumkan darurat di Kelantan ketika itu.

“PAS tidak setuju, kita menentang rancangan itu, sebab itu kita ditendang keluar dari BN. “Saya rasa orang yang bercakap PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ketika itu tidak tahu sejarah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Rozali menyangkal kenyataan Nik Aziz bahawa PAS telah “ditendang” keluar dari BN sekitar 1970-an dan bukannya PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu.

Beliau berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN.

“PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi,” katanya.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang dari BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno.

Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk “Fatwa `Ikut Suka PAS’’: Umno Keliru dan Terus Keliru” yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS.

PAS, katanya, bergabung dengan Umno membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut dan seterusnya membawa kepada peristiwa PAS ditendang daripada BN dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978.

Tambah Halim, PAS tidak mungkir janji kepada BN ketika itu dan menegaskan, parti Islam itu tetap akan keluar kerana sudah tidak mempunyai kesefahaman lagi.

“Kalau tidak ditendang pun kita memang akan keluar dari BN kerana sudah tidak tahan lagi berada dalam BN.

“Kita sudah perit dengan BN,” kata beliau mengulas isu ini yang muncul semula ketika berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi DUN Galas sekarang.

Kempen pilihan raya bermula Selasa lalu dan pengundian dijadualkan 4 November ini. Isu ini timbul ketika ada pandangan supaya PAS dan Umno mengadakan semula perpaduan politik.

Bagaimanapun Nik Aziz menegaskan kemungkinan itu tidak boleh menjadi kenyataan berdasarkan pengalaman tahun 1970-an.

Piala Malaysia dah dapat, jom pulun Galas pulak

0 org komen
JUARA PIALA MALAYSIA... Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjulang trofi selepas pasukan 'The Red Warriors' itu menewaskan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto S.S KANESAN /The Star

Friday, October 29

Apa hal ngan Ansari ni, nak kena mandi bunga ka? wakaka...

0 org komen
Ansari jatuh laut lagi

Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.

Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.

Ansari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh

Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.

Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.

Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada.

Pas bina Umno roboh

0 org komen
Masjid mati sebelum manusia mati angkara Umno

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid.

Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam.

“Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasitanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala’, yang menggadaikan prinsip Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

“Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini,” ujarnya sinis.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.

Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.

Ku Li

0 org komen
Ku Li : Najib dijeling,Tok Guru dikenyit.

Oleh Tok Pepijat

Ku Li anak raja yang cerdik dan berjiwa besar serta memiliki ciri-ciri negarawan. Berbeza sama sekali dengan Dr Mahathir bagai langit dengan bumi. Lihat kenyataannya tentang PRK Galas. Beliau tidak begitu agresif berkata tentang kemenangan dan kekalahan. Bagi Ku Li , menang kalah Kelantan tetap di perintah PAS. Macam juga "main sorok-sorok" di PRK Galas.

Ku Li syorkan PRK Galas dijalankan dalam suasana santai, kekeluargaan dan riang ria. Iyalah menang kalah Parti Najib tetap jadi pembangkang di DUN Kelantan.

Melihat kepada kenyataan Ku Li ini, tentunya Kerajaan Putrajaya tidak seronok. Mana mungkin kita taburkan puluhan juta RM tiba-tiba Ku Li kata menang kalah, kerajaan negeri tidak berubah. Lebih malang lagi Ku Li tetap sokong Kerajaan Kelantan mengenai isu royalti minyak. Sikap Ku Li inilah yang memeningkan kepala Najib dan Muhyiddin. Mana mungkin orang UMNO berfikiran berlawanan dengan polisi Kerajaan Pusat?

Mungkinkah Ku Li menyedari dan dapat mengesan"muslihat " PMNajib dan TPM Muhyiddin memilihnya jadi Pengarah PRK Galas. Kini tiba masanya Ku Li pulangkan balik "peluru"nya pada Najib dan Muhyiddin.

Ku Li menyedari medan Galas adalah umpama "lubang kubur" yang disediakan untuknya oleh UMNO Pusat. Jika menang, Najib dan Muhyiddin serta UMNO Pusat tumpang semangkuk bangga. Tapi bagi UMNO Pusat, seeloknya biar UMNO tewas di Galas supaya karier Ku Li senang ditalkinkan. Agar Ku Li tidak berpeluang bertanding jawatan Presiden UMNO tahun depan.

PRK Galas sebenarnya adalah "medan peperangan" antara puak Najib bersatu dengan puak Muhyidin bertarung dengan puak Ku Li. Bukannya pertarungan UMNO dan PAS. Sebab itulah Ku Li mahukan pertarungan PAS dengan UMNO( baca: Ku Li) berlawan secara semangat kekeluargaan sahaja. Kerana bagi Ku Li beliau mahu tumpukan fokus terhadap "lawan yang sebenar".

Hakikatnya, Ku Li, Najib dan Muhyiddin punya agenda masing-masing di PRK Galas. Semuanya tidur satu bantal(UMNO) tetapi punya mimpi yang berlainan. Masing-masing berhajat untuk menghunuskan "keris telanjang" sesama sendiri!

Terima kasih Zul

3 org komen
Kalau benda ni betoi sekalipun, tapi dah mai dari Zul Kulim, mampuih orang nak percaya. Lain la orang Umno yang dah sedia bengong... macam si Zul ni jugak... wakaka...

Zul Noordin dakwa PKR, DAP buat pakatan jamin dominasi Cina 

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 28 Okt – Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.

Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.

“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai “parti dijangkiti elemen chauvinis” dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.

“(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini,” kata beliau lagi.

Zulkifli dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang lain, khususnya dari komponen PR, menafikan mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN), tetapi ucapan hari ini beliau senada pendirian Umno yang digunakan untuk menyerang PR sejak kebelakangan ini.

Kini, BN berhadapan dengan saingan komponen PR iaitu PAS dalam pilihan raya kecil serentak di DUN Galas dan PKR di Batu Sapi.

Bagaimanapun beliau tidak menyediakan sebarang butiran bagi memperkukuhkan dakwaan beliau dalam ucapannya, yang dipendekkan oleh Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata, rakyat Malaysia perlu diberi bimbingan semula mengenai rusuhan 13 Mei 1969 agar jiwa mereka boleh didedahkan siapa sebenar DAP itu.

“Apa yang mereka lakukan, ialah mereka memainkan paten sama mencetuskan pembencian kaum terhadap orang Melayu meskipun telah diberi amaran oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada berbuat demikian,” kata Zulkifli.

Menurut beliau, perdana menteri pertama itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak orang Melayu.

“Dan, ini yang dilakukan oleh DAP sekarang,” kata Zulkifli.

Wakil rakyat itu juga mempertahankan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sambil menekankan, pembangkang telah salah petik kandungan ucapan itu.

Tsunami Umno Kelantan

0 org komen
Seorang Tokoh Umno Kelantan, Siap Untuk Meninggalkan Parti

Oleh Mohd Sayuti Omar

NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.

Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.

Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.

Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.

Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti

http://msomelayu.blogspot.com/

U turn

2 org komen
Dah pulak dah, Perkasa bertukar hala pulak dah. Mula mula sokong tetiba nak anjur demo pulak membantah hab hiburan. Apa ni, macam ni ka pahlawan Melayu, kejap kata nak kawan, kejap kata nak lawan.

Jika semalam Perkasa berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.

"Perkasa berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan.

Perkasa menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lalu, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).

Aku yakin, Perkasa buat U turn setelah melihat kian banyak NGO yang mirip Islam menolak hab hiburan yang bukan saja melalaikan ummat malah merugikan agama dan bangsa secara panjangnya. Demi takut ditinggalkan keseorangan, Perkasa sanggup buat U turn untuk dilihat ramai perkasa... wakaka...

Thursday, October 28

Fitnah liwat 2

1 org komen
Fitnah liwat 2 terserlah lagi dengan laporan perubatan terbaru.

Ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh hari ini membantah tindakan saksi iaitu pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang mengemukakan salinan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani oleh doktor kepada mahkamah.

Dalam perbicaraan yang bersambung hari ini, Karpal berkata Dr Razali mengemukakan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani sedangkan beliau dalam keterangannya berkata laporan tersebut telah ditandatangani oleh ketiga-tiga doktor yang memeriksa saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum itu, Dr Razali di dalam kandang saksi berkata beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Menurut Dr Razali, laporan perubatan Saiful disediakan pada pagi 13 Julai 2008 dan beliau diminta menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak atasan. Beliau mengaku ada terdapat laporan awal yang lain, selepas pemeriksaan dijalankan.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya berehat seketika dan bersambut petang nanti bagi membolehkan Dr Razali mendapatkan laporan berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakwaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Sementara itu, dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - turut hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

Pada 13 Julai, Razali dan dua rakannya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) - Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng — telah menyatukan nota-nota pemeriksaan mereka ke atas Saiful — yang telah pun diketengahkan di mahkamah sebagai bukti kes.

Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.

Justeru, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengarahkan prosiding ditangguhkan sementara bagi membolehkan Razali mendapatkan dokumen kontroversi itu daripada HKL.

Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa perbicaraan sudah tentu tidak terganggu hari ini sekiranya pasukan pembelaan diberikan dokumen-dokumen penting terlebih awal.

“Pemeriksaan telah dilakukan pada 28 Jun, kami andaikan bahawa beberapa nota telah pun diambil, sejarah perubatan (juga) diambil. Temu bual (dengan Saiful) sudah tentu telah diadakan.

“Berdasarkan pada pemeriksaan, ‘B’ seharusnya telah disediakan,” kata Sankara merujuk kepada laporan awal kontroversi itu.

Peguam ini menekankan, pada laporan 13 Julai, hanya dua baris sejarah perubatan Saiful disebutkan.

Oleh itu tambah beliau, laporan awal diperlukan untuk membuat perbandingan dalam menentukan sama ada apa-apa tertinggal dalam laporan perubatan terakhir, yang dikemukakan kepada mahkamah.

“Jika diberikan kepada kami terlebih dahulu, isu ini sudah pasti tidak timbul,” kata Sankara lagi.

Kata beliau, pasukan mereka akan mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani perkara-perkara lain yang memberi kesan ke atas urutan proses mengemukakan soalan nanti.

Selepas kembali ke mahkamah kira-kira satu setengah jam kemudian, Yusof mengumumkan bahawa pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa untuk mencari laporan asal perubatan pertama.

Pendakwa raya menambah, mereka telah mengemukakan salinan laporan pertama yang tidak ditandatangani, daripada patologi forensik HKL Dr Siew, dan boleh mengemukakannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun pasukan pembelaan membantah keras.

“Salinan yang tidak ditandatangani tiada apa-apa kesan,” kata Karpal.

“Saksi memberitahu adanya satu salinan yang ditandatangani oleh kesemua tiga doktor,” kata Karpal.

“Itu yang kami mahukan,” tegas beliau.

Ekoran itu, Zabidin kemudian menangguhkan prosiding sehingga 9 pagi esok.- Che'gu Bard

Sharpshooter - Isyarat jelas Anwar akan terpenjara semula. Anwar yang menjadi pengikat kepada Pakatan Rakyat sudah pasti menggerunkan Najib. mahu tidak mahu Anwar wajib dipenjarakan supaya b-end boleh kekal di Putrajaya.

Detik Terakhir Seorang Wartawan

0 org komen
Kisah Saat-saat Akhir Sebelum Wartawan Vivanews.Com Ditelan Abu Merapi...

JAKARTA: Portal berita Vivanews.com yang menyaksikan kematian wartawan kanannya ditelan abu panas di kaki Gunung Merapi malam semalam menceritakan saat-saat akhir perbualan di antara pengarang beritanya dengan mangsa.

Portal berita popular itu telah menceritakan di halaman utamanya pada Rabu bagaimana pada jam 5.30 petang Selasa, di Tingkat 31, Wisma Standard Chartered, di sini, menjadi cemas dan panik apabila tercetusnya berita Gunung Merapi mulai meluahkan lavanya.

Pengarangnya, Nezar Patria segera menghubungi wartawan kanan mereka di lapangan, Yuniawan Wahyu Nugroho (gambar), yang telahpun berada di Yogyakarta.

Wartawan yang lebih dikenali sebagai Wawan ini telah bertolak ke kota budaya itu awal Selasa sekitar pukul 1 dari Jakarta dia sudah mengatur janji untuk mewawancara Mbah Maridjan yang lebih dikenali sebagai ‘penjaga’ Gunung Merapi.

(Nota: Mbah Maridjan turut terkorban dalam kejadian itu)

"Hallo, Wan, posisi anda di mana," tanya Nezar di hujung telefon.

"Ini...di rumah Mbah Maridjan," kata Wawan.

"Sudah ada letusan. Apa tidak berbahaya..." Nezar bertanya.

"Di sini masih ada banyak orang. Saya menunggu Mbah Maridjan yang lagi sholat," jawab Wawan.

Lantas, Nezar menekankan, "Kalau berbahaya dan jika kedengaran siren, segera turun. Jangan bertahan di situ untuk wawancara."

Wawan menjawab "Iya". Namun, perbincangan putus kerana signal telefon yang lemah.

Menyambung perbincangan yang terputus itu, Wawan lalu mengirim SMS, pada pukul 5.49 petang (Waktu Indonesia Barat -WIB). Bunyi SMS itu: "Mas, saya sudah berada di rumah Mbah Maridjan. Mbah Maridjan masih sholat," kata Wawan.

Dalam pesan pendeknya, Nezar menjawab, "Hati-hati. Jangan sampai kena abu lava."

Setelah itu tidak ada hubungan lagi dengan Wawan.

Satu jam kemudian, bilik berita dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang ahli keluarga Wawan, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Rini Soegiharto. Wawan dikabarkan dalam kedaan berbahaya.

Sidang pengarang Vivanews turut cemas. Sejumlah rakan lantas cuba mencari maklumat menerusi pelbagai pihak. Mereka menghubungi sanak saudara Wawan, kawan-kawannya yang lain, menghubungi pasukan mencari dan menyelamat, sukarelawan Pusat Pengurusan Bencana sehinggalah membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangannya.

***

Akhirnya mereka memperolehi maklumat lanjut daripada Rini. Pada pukul 6.29 petang WIB, dia menerima panggilan daripada Wawan. "Saya lagi di rumah Mbah Maridjan. Saya menunggu, dia lagi sholat," kata Wawan di ujung telefon kepada Rini. Rini pun mengingatkan agar wartawan kanan portal berita itu berhati-hati.

Namun, dalam perbincangan singkat itu, di hujung telefon, Rini terdengar bunyi siren kecemasan dan sejumlah orang menjerit-jerit... "Ada api, ada api, panas, panas."

Tiba-tiba percakapannya dengan Wawan langsung terputus. Rupa-rupanya ini telah ditakdirkan menjadi panggilan telefon terakhir Wawan. Berulang kali dihubungi semula, namun tidak tersambung.

Rini cemas. Dia teringat kisah empat tahun lalu, saat Gunung Merapi meletus. Wawan juga yang membuat meliput letusan gunung berapi tersebut dan bertemu Mbah Maridjan. Saat itu, keduanya juga saling berkomunikasi. Rini teringat pada tahun 2006 juga ada letusan lahar yang panas menuruni lereng gunung.

Namun, kali ini Rini yang berteman baik dengan wawan sejak kuliah di Universiti Gajah Mada merasa situasinya sangat menegangkan. Di television, dia melihat awan panas sudah membubung, sedangkan Wawan masih di rumah Mbah Maridjan yang berjarak hanya empat kilometer dari puncak gunung tersebut.

Menurut cerita Agus, pembantu Mbah Maridjan, sebenarnya saat mendengar bunyi siren sebagai tanda gunung meletus, ia bersama keluarga Mbah Mardijan dan beberapa orang yang terakhir bertahan di lereng gunung itu sudah memutuskan untuk turun.

Mereka mengendarai dua kenderaan sampai ke tempat selamat. Wawan juga turun sejauh 4 kilometer ke kediaman Agus, yang juga kenalannya di Yogya.

Namun, sampai di tempat operasi menyelamat dijalankan, dua orang yakni Tutur, tenaga pasukan perubatan Yogyakarta dan Wawan mengambil keputusan untuk naik semula ke puncak untuk memaksa Mbah Maridjan yang masih bertahan dan sembayang di masjid turun.

"Mereka berdua menaiki Suzuki APV ke atas menjemput Mbah Maridjan. Namun, saat ini kami kehilangan kontak dengan mereka. Kami duga mereka terjebak, kerana awan panas sudah sampai ke kediaman Mbah Maridjan," katanya kepada Vivanews pada lebih kurang pukul 8.30 malam Selasa.

Dan pada jam 10.42 malam WIB, Vivanews mendapat panggilan daripada Iman Surahman, seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan Gunung Merapi sejak petang Selasa. Iman menemui kad pengenalan wartawan Yuniawan Nugroho pada salah seorang mangsa korban yang ditemui di rumah Mbah Maridjan.

***

Yuniawan, yang lahir pada 1 Jun 1968 di Blora adalah editor yang mengetuai pasukan laporan khas Vivanews.com. Wawan tertarik untuk mewawancara Mbah Maridjan di Yogyakarta.

Alasannya, dia sudah pernah membuat liputan di Gunung Merapi pada tahun 2006 dan mengenali para pembantu Mbah Maridjan seperti Agus dan lain-lain sehingga berpeluang mewawancara dengan orang tua yang disegani di Gunung Merapi tersebut.

Sebagai salah satu editor kanan, Wawan dikenali sebagai seorang wartawan yang bekerja keras, bersungguh-sungguh dan berperwatakan keras. Wawan jarang mengeluh mengerjakan tugas-tugas yang diamanahkan.

"Dia seorang yang sangat bersopan santun dan memiliki jaringan luas terutama dalam bidang politik," ujar Nezar.

Rini juga mengenali Wawan sebagai seorang yang sangat baik dan memiliki banyak kenalan, baik di kalangan aktivis, ahli politik hingga ke peringkat antarabangsa. "Ramai sekali teman yang sedih dan merasa kehilangannya," kata Rini.

Wawan memang sudah belasan tahun bekerja sebagai wartawan. Sebelumnya, dia cukup lama bekerja di harian Suara Pembaharuan. Pada 2008, Wawan ikut menyertai Vivanews apabila portal berita itu baru ditubuhkan.

Namun, tidak lama kemudian Wawan memilih untuk kembali ke Jakarta dan berkhidmat dengan salah sebuah akhbar di sini. Menjelang Lebaran tahun ini, Wawan kembali ke pangkuan Vivanews untuk mengepalai pasukan laporan khasnya.

Kini, Wawan dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Allayarham pergi meninggalkan rakan-rakannya ketika sedang bertugas. Beliau turut meninggalkan isteri dan dua orang anak yang amat dikasihinya dan foto mereka selalu ada di dompetnya. -mstar

Wahai Fathul Bari

0 org komen
Festival Menghancurkan nama Islam

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Mengapa Pas menentang Festival Busana Islam di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu ? Adakah Pas menentang Busana Islam ?

Saya sempat mengunjungi sesawang di www.islamicfashionfestival.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang festival busana Islam yang menjadi isu panas sekarang ini. Di dalam website tersebut ada disenaraikan nama-nama anggota Lembaga Stail Festival Busana Islam yang dinaungi Dato Sri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Anggota-anggota Lembaga tersebut merangkumi individu-individu dari Malaysia, Indonesia dan Dubai.

Saya tidak pasti sama ada semua anggota lembaga itu adalah Islam. Antara anggota itu adalah Ibu Sonia Lee. Jika diandaikan kesemua anggota lembaga tersebut adalah Islam khususnya anggota-anggota wanita, saya tidak nampak mana-mana anggota itu yang menutup aurat secara sempurna. Daripada Datin Sri Rosmah sebagai penaung semua anggota wanita tidak menutup rambut mereka. Antara anggota wanita Malaysia yang menganggotai lembaga tersebut adalah YAM Tengku Aishah, Puan Sri Faridah dan Datin Nina Juren. Suami penyanyi Siti Norhaliza iaitu Dato Sri Khaled Mohd Jewa juga adalah anggota Lembaga tersebut. Saya tidak pasti sama ada Lembaga ini ada merujuk kepada para cendiakawan Islam bagi mendapatkan pandangan sama ada festival yang mereka anjurkan selari dengan Islam.

Apabila tiada seorang ahli wanita lembaga tersebut menutup aurat saya tidak pasti apakah pandangan Lembaga tersebut tentang isu penutupan aurat yang merupakan sebahagian dari ajaran Islam. Adakah Lembaga tersebut berpendirian menutup aurat bagi wanita adalah tidak wajib oleh itu berfesyen tanpa menutup aurat tidak menjadi satu masalah ? Jika Lembaga tersebut berpendapat menutup aurat adalah wajib mengapakah festival busana Islam yang diadakan di Monte Carlo ( pusat perjudian yang terkenal ) pada 9 Ogos yang lalu membiarkan peragawati-peragawati fesyen menggayakan pakaian yang tidak menutup aurat dan mereka juga dibenarkan menggoyang-goyangkan badan mereka seperti mana dalam pentunjukkan fesyen yang tidak dibuat atas nama Islam.

Bagi tujuan penulisan artikel ini saya sempat melihat berita CNN ( di dalam youtube ) tentang petunjukkan fesyen tersebut. Saya hanya boleh mengatakan apa yang diperagakan tidak boleh sama sekali dikatakan sebagai festival busana Islam.

Sudah menjadi trend kini golongan Islam yang berfikiran dan berfahaman sekular menggunakan label Islam bagi menjustifikasikan program yang mereka anjurkan. Festival Busana Islam ini satu contoh yang jelas.

Di dalam website mereka , penganjur mengatakan tujuan mereka menganjurkan festival busana Islam adalah bagi membetulkan tanggapan orang-orang barat tentang Islam. Kata penganjur Islam sering dikaitkan dengan pengganas maka salah satu cara untuk membetulkan tanggapan tersebut adalah dengan menunjukkan kepada orang-orang barat bahawa Islam juga menghargai kecantikan dan dunia fesyen , maka timbullah idea menganjurkan festival busana Islam tersebut.

Bagi kita sebarang usaha untuk membetulkan persepsi barat tentang Islam adalah satu niat yang murni. Bagaimanapun niat yang murni sahaja tidak mencukupi. Ia juga harus bergerak di dalam landasan yang betul Dalam hal ini umat Islam tidak perlu apologetik ( bersifat mengalah ) hanya semata-mata ingin menjaga hati orang-orang barat. Umat Islam perlu sedar pertembungan nilai antara barat dan Islam memang wujud. Oleh itu sebarang usaha untuk cuba mengenepikan pertembungan tersebut adalah usaha sia-sia.

Dunia fesyen barat adalah berteraskan falsafah hedonism dan alam glamour. Hedonisme dan glamour adalah permainan nafsu. Memandangkan barat mempromosikan kebebasan mutlak dalam dunia fesyen maka tiada sebarang sekatan dibenarkan bagi mengawal dunia fesyen di sana. Bertolak dari falsafah ini sebarang pakaian yang direka di sana tidak akan mengambil kira soal maruah dan harga diri wanita. Tiada istilah menutup aurat dan berpakaian sopan dalam kamus dunia fesyen barat.

Melihat kepada petunjukkan fesyen busana Islam di Monte Carlo tiada apa yang dapat dibezakan dengan petunjukkan fesyen –fesyen lain. Bezanya di Monte Carlo ada istilah Islam. Itu sahaja. Jika di dunia fesyen barat peragawati tidak menutup aurat , di Monte Carlo pun apa bezanya. Jika di barat peragawati yang menggayakan koleksi pakaian terbaru sibuk menggoyangkan segala-galanya bagi menarik hati pengunjung , di Monte Carlo juga pengunjung melihat perkara yang serupa dalam festival busana Islam !!!

Seorang ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Cukuplah mengampu wahai Ustaz muda !! Awak sedarkah Rosmah adalah orang penting yang bertungkus lumus menjayakan festival busana Islam! Kalau awak tak sedar mari kami tunjukkan apa yang disebut di websitewww.islamicfashionfestival.com.my.

Dinyatakan “ Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor as the founding patron, has helped establish the fashion festival as a landmark event in the history of global fashion ( Terjemahan “ Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku penaung awal telah membantu menjayakan festival fesyen sebagai satu upacara unggul di dalam sejarah dunia fesyen di peringkat global )

Wahai Fathul Bari sepatutnya awak mengucapkan terimakasih pada pemuda Pas yang menjalankan tanggungjawab menegur kemungkaran setelah semua ulama Umno diam membisu dan membatu tidak berani menegur isteri Perdan Menteri.

Jika awak minta Pas menasihati dan tidak mengecam , baiklah sekarang ini dengan nama Allah kami menasihati awak sebagai orang yang tahu hukum agama silalah tinggalkan Umno kerana dengan menyokong Umno awak pada hakikatnya merestui segala kezaliman dan kemungkaran yang Umno lakukan. Kalau Ah Chong dan Mutusamy pun mahu menyokong kepimpinan ulama dalam Pas , awak tidak malukah masih mahu bersekongkol dengan Umno !!

Kebiadaban askar Israel

0 org komen
Askar Israel hina tahanan

GAMBAR menunjukkan gelagat kurang ajar seorang askar Israel di belakang seorang wanita Palestin di sebuah rumah.

BAITULMUQADDIS - Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel, Breaking the Silence menyiarkan gambar-gambar terbaru yang menunjukkan askar Israel bergambar dengan tahanan dan merosakkan rumah orang Palestin yang dirakamkan dalam Perang Gaza 2008 hingga 2009.

Dalam satu gambar, seorang askar mengacukan raifal ke arah muka seorang tahanan yang matanya ditutup.

Sementara itu, seorang askar lain menconteng dinding sebuah rumah dengan lambang Star of David dan menulis ayat yang bermaksud dia akan datang sekali lagi.

Dalam gambar yang lain, beberapa orang askar kelihatan tersenyum dan bergaya di dalam sebuah rumah milik seorang penduduk Palestin.

Satu lagi gambar menunjukkan seorang askar menunjukkan aksinya di belakang seorang wanita bertudung yang memasak di dapur.

Tentera Israel bagaimanapun tidak memberi sebarang komen segera mengenai gambar-gambar itu.

Pendedahan gambar-gambar itu dibuat selepas satu siri insiden yang sama berlaku dalam laman web sosial di Internet.

Pengasas Breaking the Silence, Yehuda Shaul enggan mendedahkan sumber gambar-gambar itu diperoleh.

Namun dia menjelaskan pihaknya telah menerima puluhan gambar yang menunjukkan bahawa tindakan kurang ajar askar Israel itu semakin berleluasa.

"Ia sudah menjadi norma pasukan tentera Israel. Ia adalah kesan langsung di kawasan yang kamu (Israel) kuasai setiap hari. Kamu (Israel) menjadi korup dan tidak lagi mampu melihat mereka (orang Palestin) sebagai manusia," kata Shaul.

Shaul memberitahu, pihaknya masih cuba untuk menentukan lokasi gambar-gambar itu dirakamkan.

Pada Ogos lalu, gambar-gambar di laman sosial Facebook menunjukkan seorang askar wanita bergambar dengan beberapa orang tahanan Palestin.

Satu klip video di laman perkongsian video YouTube turut menunjukkan seorang askar menari di sebelah tahanan wanita Palestin yang memakai tudung. - AFP

Hentikan pembodohan Mahasiswa

0 org komen
Mahasiswa berpolitik: Retorik Umno yang hampir kalah

Oleh Khairul Izwan
Bila dalam keadaan terdesak, maka semua perkara akan di lakukan walaupun kadang- kadang tidak rasional. Bila dalam keadaan lemas dan hamper tenggelam, semua benda akan di cari untuk berpaut.Sekalipun buaya yang melintas. Mesti akan berusaha berpaut pada buaya. Kita sangat hairan dan kadang- kadang agak lucu dengan tindakan Umno ini. Makin lama makin memakan diri mereka.

Ahli majlis tertinggi Umno yang juga menteri pengajian tinggi telah menyatakan bahawa mahasiswa tetap tidak di benarkan berpolitik. Setelah terjadi pendebatan antara timbalan menteri pengajian tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah dan bekas naib canselor Uitm, Ibrahim Abu shah.

Tiba- tiba, dalam perhimpunan Agung Umno baru- baru ini, ketua pemuda Umno yang tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib telah memutarkan semula lagu tersebut. Mahasiswa akan dibenarkan berpolitik?

Sejauh mana benarnya kenyataan khairy itu? Sejauh mana kata- kata tersebut akan di realisasikan? Hal ini hanyalah laungan untuk menyedapkan mulut. Untuk menarik golongan mahasiswa kepada Umno.

Mereka menyedari bahawa mahasiswa kini bersama pakatan rakyat yang bakal mengambil Putrajaya pada PRU-13 nanti. Dalam keadaan terdesak ini, Khairy dijadikan agen untuk menyelamatkan Umno. Padahal semua mengetahui, khairy tidak mendapat apa- apa tempat dalam kerajaan. Seolah- olah mahu di matikan karier politiknya.

Khairy sendiri harus sedar bahawa, beliau hanya menjadi agen apabila terdesak saja. Kalau Khairy benar- benar mahu memperjuangkan apa yang di katakanya itu, lebih baik Khairy bersama dengan Pakatan.

Semua sedia maklum, kenyataan Khairy tersebut di lihat bertentangan dengan pendirian Umno Barisan Nasional. Mereka masih belum bersedia untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Maka khairy tidak perlu memperjuangkan kata- kata tersebut dalam Umno.

Seeloknya Khairy dan Pak Lah badawi menyertai Pakatan sebab mereka di ketepikan oleh Umno.
Mahasiswa juga harus sedar bahawa Umno kini amat terdesak dan mereka menyedari hakikat akan bertukar kerajaan pada PRU-13 nanti.

Maka janganlah mudah mempercayai kenyataan Umno. Hal itu hanyalah retorik yang pasti tidak akan dapat dilaksanakan. Mahasiswa teruskan menyokong Pakatan. Suara mahasiswa disekat oleh Umno Barisan Nasional. Maka, perlu masa mahasiswa memberi pengajaran kepada mereka. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Bila dalam keadaan terdesak, maka semua perkara akan di lakukan walaupun kadang- kadang tidak rasional. Bila dalam keadaan lemas dan hamper tenggelam, semua benda akan di cari untuk berpaut.

Sekalipun buaya yang melintas. Mesti akan berusaha berpaut pada buaya. Kita sangat hairan dan kadang- kadang agak lucu dengan tindakan Umno ini. Makin lama makin memakan diri mereka.

Ahli majlis tertinggi Umno yang juga menteri pengajian tinggi telah menyatakan bahawa mahasiswa tetap tidak di benarkan berpolitik. Setelah terjadi pendebatan antara timbalan menteri pengajian tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah dan bekas naib canselor Uitm, Ibrahim Abu shah.

Tiba- tiba, dalam perhimpunan Agung Umno baru- baru ini, ketua pemuda Umno yang tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib telah memutarkan semula lagu tersebut. Mahasiswa akan dibenarkan berpolitik?

Sejauh mana benarnya kenyataan khairy itu? Sejauh mana kata- kata tersebut akan di realisasikan? Hal ini hanyalah laungan untuk menyedapkan mulut. Untuk menarik golongan mahasiswa kepada Umno.

Mereka menyedari bahawa mahasiswa kini bersama pakatan rakyat yang bakal mengambil Putrajaya pada PRU-13 nanti. Dalam keadaan terdesak ini, Khairy dijadikan agen untuk menyelamatkan Umno. Padahal semua mengetahui, khairy tidak mendapat apa- apa tempat dalam kerajaan. Seolah- olah mahu di matikan karier politiknya.

Khairy sendiri harus sedar bahawa, beliau hanya menjadi agen apabila terdesak saja. Kalau Khairy benar- benar mahu memperjuangkan apa yang di katakanya itu, lebih baik Khairy bersama dengan Pakatan.

Semua sedia maklum, kenyataan Khairy tersebut di lihat bertentangan dengan pendirian Umno Barisan Nasional. Mereka masih belum bersedia untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Maka khairy tidak perlu memperjuangkan kata- kata tersebut dalam Umno.

Seeloknya Khairy dan Pak Lah badawi menyertai Pakatan sebab mereka di ketepikan oleh Umno.
Mahasiswa juga harus sedar bahawa Umno kini amat terdesak dan mereka menyedari hakikat akan bertukar kerajaan pada PRU-13 nanti.

Maka janganlah mudah mempercayai kenyataan Umno. Hal itu hanyalah retorik yang pasti tidak akan dapat dilaksanakan. Mahasiswa teruskan menyokong Pakatan. Suara mahasiswa disekat oleh Umno Barisan Nasional. Maka, perlu masa mahasiswa memberi pengajaran kepada mereka. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Jembalang dihutan atau lebai berserban?

3 org komen
Laporan Audit: ‘Hantu mana curi atau menipu wang zakat’, soal Asri 

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan sama ada pihak yang dipertanggungjawabkan tidak menguruskan wang zakat dan dana kewangan badan-badan agama dengan telus dan amanah.

Kata Asri, sejak sekian lama beliau dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini.

“Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan,” kata beliau dalam tulisan blognya di bawah tajuk “Apa jadi dengan institusi agama kita?”

“Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini,” kata beliau.

Asri mengulas pendedahan Laporan Audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan harta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa “mengesahkan” wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Laporan itu antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik.

Oleh itu soal Asri, “ke mana pergi segala peruntukan ini.”

“Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita.

“Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat. ‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya?

“Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian,” kata Asri lagi.

Sehubungan itu kata beliau, pihak-pihak yang terbabit perlu memuhasabah semula fungsi zakat dalam negara ini.

Beliau juga bertanya sejau mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat dan selain zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

“Artikel saya pada 2007 yang bertajuk ‘Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi’ rasanya patut dianalisis,” kata Asri.

Selain itu kata beliau, apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu didedahkan.

“Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

“Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud dipelbagi negeri, sementara kemewahan PUZ juga ternyata di pelbagai negeri. Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam?

“Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf ‘amilin’ (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan,” kata beliau.

Selain itu kata beliau, kewujudan kes-kes yang seperti ini mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti institusi-institusi yang berjenama agama.

“Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan,” katanya lagi.

Asri mengakui bahawa merubah institusi-institusi ini agar menjelma dalam peranan yang lebih berkesan dan baik amatlah sukar dan bukannya mudah.

“Ini kait-mengait antara satu sama lain. Kepentingan politik, istana, individu dan berbagai lagi.

“Merubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan ini.

“Itupun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang,” katanya.- Malaysian Insider

Perak merudum ditangan BN

0 org komen
Pelaburan di Perak 2009 merosot

PETALING JAYA: Perak yang mengalami pelbagai rombakan dalam pemerintahan sepanjang tahun 2008 dan 2009 lalu, menyaksikan perbezaan kedudukan pelaburan bagi kedua-dua tahun dan mencatatkan penurunan sehingga RM86.85 juta.

Melalui analisis perbandingan yang dipetik dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008.

Perak mengalami perubahan besar sepanjang tempoh itu, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi nadi pemerintahan di negeri itu.

Jika dilihat daripada keseluruhan kedudukan pelaburan Perak dari tahun 2005-2009 telah menunjukkan penurunan pada 2006 dan 2007. Kedudukan pelaburan negeri itu meningkat semula pada 2008 tetapi menurun semula pada tahun 2009.

"Ini disebabkan Simpanan Tetap berjumlah RM93.15 juta telah dicairkan untuk menampung defisit aliran tunai kerajaan negeri, kata laporan itu yang dipetik FMT.

"Pengurangan aliran tunai antara lain disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan aset. Baki pelaburan pada tahun 2005 hingga 2009 adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini."

Sementara itu, pada 2009 baki hutang kerajaaan negeri kepada kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM57.26 juta atau 6.9 peratus menjadi RM887.85juta berbanding RM830.59 juta pada tahun 2008.

"Peningkatan ini disebabkan penerimaan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM94.06 juta bagi Projek Bekalan Air," laporan itu dipetik.

Kedudukan hutang kerajaan negeri berjumlah RM887.85 juta pada 2009 berbanding RM830.59 juta tahun sebelumnya.

Kedudukan baki hutang ini akan berkurangan dengan ketara sekiranya pihak Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mengambil alih hutang bekalan air menjelang tahun 2011.

Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

Perak adalah satu-satunya negeri yang sentiasa membayar pinjaman kepada kerajaan persekutuan mengikut jadual dan tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2005 hingga 2009.

"Kerajaan negeri berupaya untuk menjelaskan hutang awam termasuk faedah sejumlah RM38.62 juta terhadap 71 pinjaman mengikut jadual bayaran balik pinjaman.

"Penyata hutang awam berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan Perak telah menyelesaikan empat pinjaman di bawah Rancangan Perumahan Awam berjumlah RM6.49 juta dan satu pinjaman di bawah Rancangan Pembangunan Perusahaan berjumlah RM4 juta," demikian menurut laporan itu.

Secara keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri Perak bagi tahun 2009 adalah memuaskan.

Laporan itu menyimpulkan bahawa, kerajaan negeri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan dengan mengekalkan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Tindakan lebih berkesan hendaklah diambil untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM198.57 juta.

Bagaimanapun, tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Yayasan Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim yang telah matang berjumlah RM15.74 juta hendaklah dituntut.

Wednesday, October 27

Lim Chong Eu masuk ICU

0 org komen
Tun Dr Lim Chong Eu Dimasukkan Ke ICU, Hospital Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 27 Okt (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selepas diserang angin ahmar Selasa.

Bekas Presiden Gerakan berusia 91 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 11 pagi.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, ketika dihubungi Bernama, , mengesahkan kesihatan Chong Eu tidak begitu baik.

"Sejak kebelakangan ini, beliau memang tidak berapa sihat," katanya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang melawat Chong Eu, enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkembangan mengenai kesihatan tokoh politik itu.

Chong Eu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990 dan menerajui parti Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.

Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972.

Chong Eu dilahirkan di sini dan mendapat pendidikan awal di Penang Free School sebelum mendapat Biasiswa Ratu pada 1937 bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan d Universiti Edinburgh, Scotland.

Beliau mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944 dab aktif dalam perkhidmatan awam termasuk dilantik ke majlis perundangan negeri pada 1949.

Dalam politik, beliau pernah menjawat beberapa jawatan kanan dalam MCA sebelum menjadi presiden Gerakan.

Amaran banjir kilat di Pulau Pinang minggu depan

0 org komen
GEORGE TOWN, 27 Okt – Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut iaitu pada 1 dan 2 November, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.

“Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran di tahap kuning ekoran hujan lebat tanpa henti akan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November ini ekoran perubahan monsun,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir, diminta memastikan kelancaran saliran air di longkang dan parit di tempat masing-masing.

“Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk membersihkan longkang atau parit di kawasan perumahan, boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi talian 04-2637 637 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai 04-5497 700”, katanya. – Bernama

Mai tengok A Kadir Jasin kata apa

0 org komen
Menggalas Galas dan Batu Sapi — A Kadir Jasin

26 OKT — Bukan mudah bagi BN menggalas Galas dan mengangkat Batu Sapi. Kerusi DUN Galas, Kelantan milik PAS manakala kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah walaupun disandang BN, namun menghadapi pertandingan sengit tiga penjuru.

Di Galas, BN (Umno) berdepan dengan PAS. PAS akan disokong oleh DAP dan PKR. BN mengemukakan setiausaha bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, manakala PASmenawarkan seorang ahli profesional, Dr Dr Zulkefli Mohamad, 45 tahun.

Pada pilihan raya umum 2008, calon PAS Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan kelebihan undi sebanyak 646. Beliau mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753. Sebanyak 80.89 peratus keluar mengundi.

Di Batu Sapi, BN yang meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54 dari PBS akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.

Hakikat bahawa Batu Sapi sangat penting kepada BN dan PKR diserlahkan oleh kehadiran Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada awal 2009 dan Sibu (Sarawak) Mei lalu, BN tidak mampu kalah di Batu Sapi. Kekalahan di Batu Sapi akan menjadi petanda buruk kepada kemampuan BN mempertahankan kesepaduan sokongan di Sabah. Pada PRU 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi DAP.

Dalam PRU 2008, mendiang Ir Edmund Chong Ket Wah dari BN (PBS) mengalahkan calon bebas Dr Chung Kwon Wing (bebas) dengan majority 3,708. Beliau mendapat 9,479 undi manakala Dr Chung mendapat 5,771. Hanya 63.6 peratus keluar mengundi dan undi yang ditolak agak banyak –730 – membayangkan wujud unsur protes.

Faktor Ku Li Di Galas

Dalam keadaan biasa, pilihan raya kecil Galas tidaklah menjanjikan apa-apa di luar jangkaan. Tetapi keadaan menjadi tidak biasa, walaupun bukan luar biasa, apabila BN melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah PRK itu.

Seperti kita maklum, Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan Galas adakah salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan itu. Dua lagi adalah Paloh dan Nenggiri yang dimenangi BN. Pada PRU 2004, Galas dimenangi BN.

Ada pendapat mengatakan pelantikan Ku Li adalah tepat kerana Gua Musang adalah “empayar” beliau dan beliau berupa pemuka Umno yang paling kanan dan, boleh jadi juga, paling popular di Kelantan sekarang kerana pendiriannya mengenai isu royalti petroleum negeri itu.

Malah ada yang berpendapat, jika BN berjaya merampas kembali Galas atau setidak-tidaknya mengurangkan majoriti PAS, imej Ku Li akan mendapat anjakan dan sesuai dijadikan ketua de facto Umno Kelantan bagi menghadapi PRU akan datang.

Ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau luar biasa, malah berupa salah satu formula yang berkemungkinan membawa kejayaan kepada BN/Umno. Untuk itu, kita perlu berbalik kepada sejarah.

Pada tahun 1977, Ku Li menjadi wajah Umno dalam krisis kepemimpinan BN Kelantan yang tercetus akibat perselisihan antara Presiden PAS, Allahyarham Asri Muda dan Menteri Besar, Allahyarham Mohamad Nasir, yang juga dari PAS.

Apabila perkelahian itu mencetuskan tunjuk perasaan di Kota Baru dan persidangan DUN diganggu oleh penunjuk perasaan, darurat diisytiharkan, pemerintahan Kelantan diambil alih oleh kerajaan pusat dan seorang Pengarah Kerajaan dilantik mentadbir Kelantan.

Dalam tempoh itulah, Allahyarham Tun Hussein Onn, memberi mandate kepada Ku Li menerajui pembangunan Kelantan sebagai ketua de facto Umno/BN. Ku Li memperkenalkan Rancangan Pembangunan Kelantan dan dalam tempoh itulah pembangunan Kelantan, khasnya daripada aspek infrastruktur ekonomi dan sosial, paling rancak.

Pada akhir tahun 1977 PAS disingkirkan daripada BN dan dalam PRU 1978 BN menewaskan PAS dan memerintah Kelantan sehingga tahun 1990 dengan Ku Li sebagai ketua de factonya.

Pada PRU 1990, Ku Li membantu PAS merampas semula Kelantan daripada BN melalui parti barunya, Parti Melayu Semangat 46. Beliau menubuhkan pakatan pilihan raya dengan PAS, Barisan Jemaah Islamiah se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang diberi nama Angkatan Perpaduan Ummah (Apu). APU menyapu bersih kesemua 39 kerusi DUN Kelantan — 24 PAS dan 15 Semangat 46.

Tetapi jiwa Ku Li adalah jiwa Umno. Apabila perselisihan beliau dengan Dr Mahathir Mohamad reda dan pengaruh Semangat 46 semakin merosot, pada bulan Mei 1996, Ku Li mengumumkan kepada 200,000 ahli parti itu yang beliau akan membubarkan Semangat 46. Parti itu dibubarkan dalam bulan Oktober dan majoriti ahlinya menyertai Umno semula.

Dalam PRU 2008, hanya dua orang pemuka BN Kelantan masih berdiri. Salah seorang daripadanya adalah Ku Li dan seorang lagi, Mustapha Mohamed aka Tok Pa. Yang lain hanyut. Bagi saya, dua orang inilah yang masih menjanjikan harapan bagi BN kembali menguasai Kelantan.

Belum Ada Formula Berkesan BN Tawan Kelantan

Setelah pelbagai formula dilaksanakan dan berbagai watak dilantik mengetuai Umno Kelantan, BN terus gagal menakluki semula negeri itu. Hatta pada tahun kemuncak kejayaan BN iaitu dalam PRU 2004, BN masih gagal menjatuhkan PAS.

Siapa tahu, mungkin dengan memberi peranan lebih besar kepada Ku Li, BN mampu bermimpi dengan lebih realistik untuk memperbaiki prestasinya di negeri itu, bermula dengan Galas.

Tetapi kalau Umno dan BN terus menggunakan pendekatan “carpet bombing” dengan menggula-gulakan pengundi, harapannya untuk menang mungkin tidak secerah yang diuar-uarkan. Kesombongan, tunjuk kuat dan tunjuk kuasa semakin tidak berkesan sebagai strategi pilihan raya.

Ahli dan penyokong Umno sendiri semakin mengakui kesederhanaan dan keakraban pemuka-pemuka PAS. Mereka sentiasa di padang bersama rakyat jelata berbanding pembesar Umno yang semakin elitis dan eksklusif walaupun Presiden Umno sendiri, Mohd Najib Abdul Razak, kini menjadikan keterangkuman (inclusiveness) dan keadilan sosial mantera beliau.

Buat masa ini, ramalan memberikan BN dan PAS peluang yang sama rata untuk memenangi Galas. Tetapi di segi kelulusan, nampaknya calon PAS menyerlah. Inilah yang nampaknya memberi PAS kelebihan sejak sedekad dua ini.

PAS mampu mengemukakan ramai calon profesional dan berwibawa, sedangkan Umno masih terperangkap dalam sistem mafia dan warlords di mana kepemimpinan yang sedia ada sangsi, curiga dan takut dengan kemasukan ahli muda dan golongan profesional.

Selagi amalan menyekat kemasukan ahli muda dan golongan professional ini berterusan, selagi itulah kepemimpinan muda akan tersisih dan memberi peluang mudah kepada PAS untuk mendapat suntikan darah muda.

Namun bagi PRK Galas, PAS pastinya bimbang situasi Manik Urai di mana BN hampir-hampir merampas kerusi DUN itu Julai lalu akan berulang. Apatah lagi ia menang di Galas dengan kelebihan undi yang lebih kecil berbanding Manik Urai. Bagi BN, kalau trend Manik Urai berterusan, harapannya menang adalah baik.

Silap-Silap Sapi Terlepas Batu Hilang

Situasi di Batu Sapi dikatakan lebih membimbangkan bagi BN kerana bukan sahaja akan berlaku perlawanan tiga penjuru, tetapi juga kerana BN akan berdepan yang calon yang pada PRU lalu adalah rakan akrab.

BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54, mewakili BN, bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.

Dalam PRU 2008, SAPP adalah parti komponen BN Sabah. Ia keluar BN dalam bulan September 2008 ketika khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar Ibrahim akan melakukan rampasan kuasa Parlimen menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

Kesimpulan

Bagi BN, keputusan pengundian PRK Galas dan Batu Sapi pada 4 November ini adalah penerusan ujian penerimaan pengundi terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Mohd Najib dan dasar-dasar serta rancangan yang ditajanya sejak mengambil alih pemerintahan negara 18 bulan lalu.

Sejak PRU 2008, sebanyak 11 PRK telah diadakan, sembilan daripadanya dalam era Mohd Najib. Daripada jumlah itu, empat disandang BN. Selebihnya adalah kerusi parti-parti lawan. Daripada empat kerusi yang disandangnya BN itu, ia hanya berjaya mempertahankan dua, kalah satu dan berjaya merampas sebuah kerusi lawan. Ini bermakna BN mengalami defisit satu kerusi. BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada PKR tetapi kalah Kuala Terengganu kepada PAS dan Sibu kepada DAP.

Jadi, merampas Galas dan mempertahankan Batu Sapi adalah sangat utama dan mendesak bagi BN. Selain isu maruah, dua PRK ini menjadi barometer kepada iklim politik semasa yang akan mempengaruhi penentuan bila PRU akan datang akan diadakan.

Bagi DAP, PKR dan PAS pula, dua PRK ini menguji persepsi dan penerimaan pengundi terhadap gagasan longgar mereka dan reaksi kepada perkembangan terbaru yang melanda kepemimpinan mereka.

Perkembangan di sekitar perbicaraan liwat 2 Anwar, perebutan sengit jawatan dalam pemilihan PKR, pergolakan dalaman DAP dan perselisihan faham antara PAS dan DAP mengenai Negara Islam, Hukum Hudud dan sekularisme pasti akan diperalatkan oleh BN.

Manakala bagi BN, ujian terbesar ialah sama ada pengundi bukan Melayu yakin terhadap dasar berlembut dan bertolak ansur Mohd Najib serta pemulihan parti-parti komponen yang mewakili Cina dan India. Apa pun, kita tunggu dan lihat. — kadirjasin.blogspot.com

Sejarah yang merapu

0 org komen
Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu


Apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa subjek Sejarah akan dijadikan subjek teras serta wajib lulus, maka ramailah yang memberi komen menyokong saranan berkenaan. Komen tidak menyokong tentunya tidak akan disiarkan di media kerajaan. Rakyat hanya mampu mendengar dari sebelah pihak sahaja. Tentunya penilaian yang lebih adil tentang isu berkenaan tidak dapat dibuat.

Ada penyokong yang menyatakan saranan ini akan menyebabkan pelajar lebih memberikan penumpuan kepada subjek berkenaan. Ada yang mengaitkan subjek ini dengan kontrak sosial serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan susur galur perkembangan Malaysia dan Kesultanan Melaka.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, tentunya kita tidak akan menolak perkara ini bulat-bulat. Kita sangat memahami kepentingan sejarah sebagai landasan untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Alangkah baiknya jika berita yang diterima, wajib lulus subjek Pendidikan Islam SPM 2010. Bagi yang bukan Islam, mereka wajib lulus subjek keagamaan dan moral yang mereka ambil. Lebih molek lagi, wajib mendapat kepujian sebagai syarat memperolehi Sijil SPM.

Sebagai orang biasa, tentunya kita dapat membezakan antara kesan tidak menguasai sejarah negara dengan kesan tidak menguasai agama, yang mana lebih buruk ? Walaupun kita memperjuangkan sejarah, jangan pula kita mendiamkan kepentingan beragama. Jika subjek agama betul-betul dihayati tentunya isu kontrak sosial akan selesai kerana panduan yang disediakan oleh Islam adalah cukup lengkap. Banyak masalah-masalah moral peringkat nasional seperti rogol, bunuh, curi, rasuah boleh dikurangkan. Adakah isu keruntuhan moral kurang penting berbanding isu kontrak sosial.

Mungkin kerajaan beranggapan sudah memadai dengan pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, masjid dan surau yang merata-rata, kelas fardu ain, majlis Khatam Quran Mega, Majlis Musabaqah Peringkat Antarabangsa, Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain lagi yang telah dianjurkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wajib lulus subjek Agama tidaklah penting berbanding subjek Sejarah. Adakah kita tidak bimbang dengan mengetahui Sejarah, anak-anak kita akan mengetahui bahawa Melaka itu ditempa bersama Islam, Terengganu, Kelantan memang tidak asing lagi dengan peranan ulama silamnya juga Pengaruh Islam di Kedah serta negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tidakkah kita bimbang, nanti anak-anak kita akan tahu bahawa seluruh Nusantara terpahat sejarahnya bersama kedatangan Islam.

Mungkin juga isu subjek Sejarah ini hanya ditimbulkan bagi menyelamatkan survival politik kumpulan tertentu sahaja. Perubahan ini sebenarnya lebih diperlukan untuk subjek lain seperti Pendidikan Islam berbanding Sejarah. Jangan pula kita memahat satu lagi sejarah yang merapu pada tahun 2013 nanti.

Keropok Lekor,
Terengganu.

Setiap rakyat tanggung RM14,000 hutang negara

0 org komen
Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

Eeee... memang kaki tipu

0 org komen
EEE TERBONGENG

nota:
untuk tipu orang melayu di pulau pinang
eee telah membuat sakeping surat tipu
surat ini cuba menunjukkan duit bantuan negeri pulau pinang
ini haram

sayangnya eee ini tak berapa pandai menggunakan
bahasa melayu - ini kerana eee menggunakan
bahasa pundek warkrak dengan kaum keluarga dirumah

perhatikan betul betul surat ini
banyak ejaaan bahasa melayu yang salah
termasuk MEMBASIMI

adalah dinasehat agar para eee agar pergi
berjumpa dengan dwwasan bahasa dan minta
dibuat kelas bahasa melayu tambahan untuk
pelajar eee dan panggil program ini
eee-elek melayu kah kah kah

sumber: Bro TT

Batu Sapi @ Batu Api

0 org komen
Sekali sekala merenung sejarah pilihanraya di Sabah sejak dulu kala membuatkan hati kecil kita menelah bahawa parti lawan selain dari BN akan diratah, paling kuat mereka mereka ni takkan hilang wang pertaruhan. Tapi itu dulu, dikala rakyat masih dibelenggu oleh kebangsawanan penjajah dan terbawa bawa sehingga dijajah pula oleh BN sejak sekian lama. Tapi kini, senario politik sudah berbeza.

Kini rakyat Sabah, khasnya di Parlimen Batu Sapi akan diuji sekali lagi. Kali ini pikiran rakyat Sabah sekali lagi akan dipaksa memilih antara menentang penjajahan BN yang sekian lama menekan minda rakyat ataupun beralih angin, memilih untuk membina suasana politik baru bersama Pakatan Rakyat. Seperti yang semua sedia maklum, pertandingan 3 penjuru sudah tak dapat dielakkan lagi di Batu Sapi setelah SAPP yang sedang membina kembali kekuatan sendiri setelah bercerai talak satu dengan BN turut sama bersaing antara dengan PKR dan penyandang kerusi yang lalu iaitu BN / UMNO.

BN / UMNO wajar sangat untuk merasa risau. Rakyat Sabah bukan seperti dahulu lagi. Salah perhitungan di Batu Sapi buruk padahnya. Kekalahan di pilihanraya kecil ini bermakna sudah boleh mengucapkan selamat tinggal awal sebelum Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Ini bukan cakap cakap kosong kerana andaian ini sudah popular sejak PRU ke 12 yang lalu lagi.

Sekali lagi, seluruh Malaysia akan menumpukan perhatian pada pilihanraya Batu Sapi ini kerana keputusan ini bakal mencorakkan nasib BN / UMNO di Sabah nanti. Sama sama kita nantikan Batu Sapi bakal menjadi Batu Api yang bakal membakar keseluruhan jentera BN di Sabah.

Apakah rakyat Sabah, khasnya di Batu Sapi bersedia untuk membuat kejutan dengan mengatakan TIDAK pada BN / UMNO atau mengejutkan PKR dan SAPP dengan menghilangkan wang pertaruhan mereka dalam pilihanraya kecil nanti.

Perrghh... Pulau Pinang terrrrrbaik...

0 org komen
Pulau Pinang catat hasil paling tinggi 

Regina Lee
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.

Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.

Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.

Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.

Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.

Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.

Selangor ketinggalan

Dua lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah dan Kelantan, mencatatkan peningkatan dalam dana terkumpulnya pada 2009 berbanding tahun sebelum itu.

Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008.

Hasil di Selangor pula, pada masa yang sama jatuh 7.3 peratus kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.42 bilion pada 2008.

Pada RM1.32 bilion, ia juga adalah jauh lebih rendah daripada dana terkumpul RM1.39 bilion yang diperolehi semasa pentadbiran BN pada 2007.

Pentadbiran negeri Kedah pula menunjukkan peningkatan 5.1 peratus dana terkumpulnya kepada RM265.52 juta bagi tahun 2009.

Perlis diklasifikasi kurang memuaskan

Laporan Ketua Audit Negara 2009 juga mendedahkan Perlis sebagai satu-satunya negeri yang diklasifikasikan sebagai kurang memuaskan dari segi sistem penyampaian, terutama selepas gagal memastikan semua agensi negeri diaudit sebelum tarikh tamat 30 April.

Berdasarkan laporan itu, hanya tiga agensi iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menyerahkan penyata kewangan untuk diaudit sebelum tarikh tutup, manakala baki enam lagi dilaporkan gagal.

Sementara itu, Bernama melaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2009 menyatakan lapan projek pembinaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak disiapkan
melewati tempoh kontrak, sementara satu projek terbengkalai.

Perak juga ada masalah

Lapan projek itu kelewatan antara 144 hingga 629 hari.

Projek-projek itu ialah Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja Glutton Square Teluk Intan, Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar.

"Semakan mendapati empat daripada lapan projek telah disiapkan setelah mendapat Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa (PLKM) dan tempoh masa berdenda antara RM60,000 hingga RM214,220.

"Manakala tiga projek telah siap setelah diberikan PLKM dan satu lagi projek iaitu Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar masih belum disiapkan dan dalam tempoh masa berdenda.

"Kelulusan PLKM kedua tanpa sebab telah diberikan kepada kontraktor untuk pembinaan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar," kata laporan itu.

Laporan itu berkata punca kelewatan menyiapkan projek disebabkan oleh kelewatan kerja-kerja ujian tanah, kelewatan pihak kontraktor menerima arahan perubahan kerja, perubahan skop kerja dan kerja-kerja tambahan.

Menurut laporan itu, kelewatan telah menyebabkan kos projek Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping meningkat sejumlah RM168,152 atau 3.5 peratus daripada RM4.91 juta kepada RM5.08 juta.

"Kos projek Bangunan Kompleks Pejabat MPTI meningkat sejumlah RM2.21 juta atau 39.9 peratus daripada RM5.54 juta kepada RM7.75 juta.

Manakala kos projek Bangunan Kompleks Perniagaan dan Pejabat MPKK meningkat daripada RM3.98 juta kepada harga kontrak baru berjumlah RM5.33 juta atau 33.9 peratus kerana penamatan kontraktor pertama," menurut laporan itu.

Dalam pada itu, projek Pembinaan Dewan Serba Guna Padang Bandaran Kuala Kangsar bernilai RM6.7 juta yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perak sebagai agensi pelaksana dan dibina oleh Serata Johor Sdn Bhd terbengkalai dan tidak disiapkan mengikut jadual asal kontrak.

Peruntukan membiayai pembinaan diterima daripada kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan berjumlah RM10 juta dan berdasarkan kontrak, tempoh projek selama 52 minggu itu bermula Mac 2008 dan dijangka siap Jun tahun lepas.

"Berdasarkan laporan kemajuan kerja, pelaksanaan kerja telah mencapai 63 peratus siap. Surat penamatan dikeluarkan terhadap kontraktor pada 30 Jun 2009 kerana tiada kerja dilakukan semenjak 25 Mei 2009," kata laporan itu.

Menurut laporan itu juga prestasi pelaksanaan projek adalah lemah kerana kurang pemantauan oleh PBT dan Jabatan Kerja Raya terhadap perunding dan kontraktor.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mencadangkan kerajaan negeri Perak dan PBT membuat pemantauan terhadap projek pembinaan secara berterusan supaya siap mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan dan peningkatan kos serta menyenaraihitamkan kontraktor berkenaan.

Banjir terburuk Thailand ragut 56 nyawa

2 org komen
BANGKOK: Banjir terburuk melanda Thailand mengakibatkan sekurang-kurangnya 56 terbunuh, tetapi Bangkok ketika ini dapat mengelakkan kemasukan bah yang memburukkan lagi keadaan.

Ibu kota Thailand itu berada dalam situasi berjaga-jaga di mana ribuan beg pasir dan pam ditempatkan dari utara aliran air yang menyebabkan banjir.

“Situasi di Bangkok masih dalam pemerhatian rapat dan kami tidak boleh berasa selesa, khususnya di sepanjang tebing sungai Chao Phraya,” kata Perdana Menterinya, Abhisit Vejjajiva. - AFP

Gempa kuat, Tsunami mengganas

0 org komen
Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera


Seramai 40 orang dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.

Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu. Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).

"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.

Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gempa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.

Sementara itu AP pula memetik Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia sebagai berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.

"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjang pantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorban 230,000 orang di beberapa negara.

Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.

Sekumpulan rakyat Australia berkata mereka berlindung di dek belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika berlaku gempa bumi itu.

Ia mengakibatkan ombak yang mengakibatkan mereka menghentam sebuah bot lain, dan mengakibatkan kabin mereka terbakar.

"Kami buang keluar apa sahaja yang boleh terapung dan kami terjun ke laut dan bergayut padanya," kata Rick Hallet kepada stesen TV Australia - Nine Network.

"Mujurlah, ada benda yang dapat kami bergayut... dan kami dihanyutkan dan kemudiannya bergantung pada pokok tinggi yang kami temui dan duduk di situ selama satu setengah jam."

Ade Edward, pegawai agensi pengurusan bencana berkata, mayat-mayat ditemui di kampung-kampung di pesisiran pantai - terutama di pulau yang paling teruk dilanda gempa - Pagai - dan 167 orang lagi masih hilang.

Air di beberapa tempat mencecah mencapai paras atap, dan di Muntei Baru - sebuah desa di Silabu - 80 peratus rumah rosak.

Kira-kira 3,000 orang mencari perlindungan di kem-kem kecemasan hari ini, kata Edward. Manakala nasib krew beberapa buah kapal di Lautan Hindi, masih belum diketahui.

Gempa bumi itu juga menggegarkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Sumatera - termasuk Padang - yang dilanda gempa sekuat 7.6 tahun lalu, yang mengorban lebih 700 orang. Masjid-masjid pula membunyikan amaran tsunami melalui pembesar suara.

"Semua orang bergegas keluar rumah mereka," kata Sofyan Alawi, sambil menambah, jalan-jalan menuju ke bukit-bukit di sekitar kawasan itu sesak dengan ribuan kereta dan motosikal.

"Kami sering menoleh ke belakang untuk melihat sama ada gelombang datang," kata seorang lagi penduduk Ade Syahputra.

Tuesday, October 26

Sudut putih Khairy Jamaluddin

0 org komen
Khairy setuju PAS guna masjid solat hajat

Mohd Nor Yahya
GUA MUSANG, 26 Okt: Tindakan PAS menggunakan masjid untuk mengadakan solat hajat bagi memohon proses penamaan calon dan pengundian berjalan lancar disambut baik oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata pendekatan yang diambil oleh PAS tersebut tidak boleh dipandang serong kerana bagi setiap umat Islam, mereka seharusnya memohon dengan Allah dalam segala urusan.

“Bagi saya PAS menggunakan masjid untuk berhimpun dan mendirikan solat hajat adalah satu perkara yang amat baik dan kita harap mana-mana pihak tidak mempertikaikan hal tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihanraya Umno bagi PRK Dun Galas, Datuk Mustapha Mohamed ketika ditemui media berkata, BN mengambil pendekatan yang berbeza dalam pilihan raya kecil kali ini apabila mereka menggerakkan jentera kempen dengan memasuki kampung ke kampung dan bertemu dengan akar umbi secara terus tanpa menggunakan peringkat pertengahan.

Beliau berkata langkah tersebut adalah lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan mengharapkan pihak tertentu kerana bimbang segala maklumat tidak dapat disampaikan secara terus kepada pengundi.

Menyentuh pertandingan satu lawan satu, beliau berkata ia adalah satu petunjuk yang baik dan berharap tidak akan berlaku soal fitnah memfitnah antara kedua-dua pihak.

Mustapa juga berharap jentera dari kedua-dua pihak akan bertindak secara profesional dalam masa tempoh berkempen kali ini.

Najib kantoi

2 org komen
Betulkah Hak Melayu Tidak Akan Hilang?

Oleh: Mohd Sayuti Omar
TEGAS Mohd Najib Razak kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang termaktub dalam perlembagaan tidak akan terusik kerana ianya terkunci kemas. Sesiapa yang cuba memindanya tidak akan terusik walaupun setitik. Apa-apa perubahan yang hendak dibuat mestilah kena persetujuan majlis Raja-Raja Melayu, katanya.

Memahami penegasan Najib itu bermakna orang Melayu tidak perlu rungsing tentang kuasa dan juga hak keistimewaan Melayu. Ia tidak akan hilang selagi Raja-Raja Melayu ada. Kalau takdir Pakatan Rakyat mendapat kuasa majoriti dan memerintah negara ini, kerajaan baru itu tidak akan dapat mengubahnya. Ertinya orang Melayu dalam keadaan status quo kuasanya. Tidak perlu walang dan tidak perlu cemas.

Bahawa Raja-Raja Melayu menjadi kunci dan benteng kepada kedudukan hak istimewa orang Melayu itu. Mudah faham, pertahankan raja maka kekalkan kuasa orang Melayu?

Jadi kalaulah benar begitu kenapa Umno harus susah payah hendak mempertahankan kerajaan. Mengusik dan memomokkan orang Melayu kononnya kalau Umno pupus dan kalah kuasa Melayu akan hilang? Melayu akan hina dina di negeri sendiri. Ada kepelikan dan kegajilan mengenai pengegasan Najib ini dengan hakikat yang ada dan tersurat itu. Semacam kontradik saja.

Soalnya apakah penegasan Najib itu benar? Sejauh manakah perlembagaan itu suci dan tidak akan terganggu oleh kuasa politik? Bukankah apa yang difahami sekarang ini Raja-Raja Melayu bukan mutlak dan mereka adalah raja berperlembagaan? Tidakkah hak ataupun keistimewaan raja-raja (imuniti) telah dirampas sendiri oleh Umno? Kita telah saksikan kejadian bagaimana raja-raja Melayu diaibkan oleh Umno di zaman Mahathir Mohamad.

Justeru bagi saya kata-kata Najib itu satu ancaman dan peringatan, tidak lebih dari itu. Ancaman kepada bukan Melayu manakala ingatan kepada orang Umno. Najib cuba memberi mesej kepada bukan Melayu bahawa usahlah berusaha untuk merampas hak Melayu kerana ia sia-sia saja. Manakala kepada orang Melayu pula diingatkan kononnya selagi ada Umno Melayu akan ada dan dalam pada itu Umno perlu dikekalkan.

Sekiranya kata-kata Najib itu benar dan terhakikat begitu nampak sangat Najib telah menggunakan kuasa keramat yang tidak perlu dipermainkan oleh sesiapa itu untuk kepentingan Umno. Najib tidak harus menggunakan kuasa keramat yang ghaib itu untuk dijadikan sandaran agar orang Melayu terus menyokongnya? Itu satu kebodohan rasanya.

Sebenarnya peringatan itu sudah tidak bererti lagi kalau orang menerima penegasan itu sebagai mutlak dan benar. Apakah orang Melayu akan terpanggil untuk membuat kerja sia-sia itu? Tentu sekali tidak. Dan kalau orang Melayu merasakan kedudukan mereka selamat dengan adanya raja-raja, maka orang Melayu tidak perlu mempertahankan Umno cukup mempertahkan raja-raja saja. Tugas mempertahankan raja-raja adalah tugas hak semua orang Melayu.

Di sini saya rasa Najib telah terperangkap dalam kata-katanya sendiri. Bila beliau berdepan dengan bukan Melayu beliau akan mengeaskan hal itu. Bila berdepan dengan Melayu beliau akan meminta orang Melayu membimbangi keadaan itu. Tetapi bila beliau berdepan dengan realiti (kedua-dua entiti) di sinilah beliau akan terkial-kial bagaimana hendak menjelaskannya.

Pada saya tetap yakin bukan Melayu akan terus mengungkit mengenai hak keistimewaan Melayu sampai kapan pun kerana itu termasuk dalam intipati perjuangan mereka baik secara tersirat atau tersurat. Tegasnya kalau orang Melayu mahu mengekalkan kedudukan hak istimewa mereka bukan dengan cara mengancam dan mengugut mana-mana pihak tetapi orang Melayu harus bersatu dan berpadu.- MSO
Related Posts with Thumbnails