Tuesday, November 30

Tahniah pengundi BN

0 org komen
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Aku tetap nombor satu

0 org komen
Heh... heh... aku tetap dok nombot satu...

Belum perlu ada satu lagi menara tinggi: Mahathir

KUALA LUMPUR: Tidak perlu dibina satu lagi menara tinggi di negara ini buat masa ini kerana sudah ada tanda-tanda lebihan bekalan harta, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya rasa kita belum memerlukan satu lagi menara yang lebih tinggi (daripada Menara Berkembar) kerana kita mengalami sedikit lebihan bangunan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan projek Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat oleh Permodalan Nasional Bhd.

Ada banyak iklan tentang ruang yang ada, katanya pada satu sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan pada acara "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di sini hari ini.

Dubai adalah contoh klasik tentang lebihan bangunan, katanya ketika menjawab soalan daripada hadirin.

Katanya, Jepun dan Hong Kong juga mengalami keadaan yang sama pada masa lalu.

"Jepun masih belum pulih daripada keruntuhan ekonominya disebabkan oleh lebihan bangunan. Begitu juga Dubai dan apa yang terjadi di sana, boleh terjadi di mana-mana sahaja. - BERNAMA

Monday, November 29

Khas untuk semua pendokong Pakatan Rakyat

0 org komen
Amaran Kit Siang Pakatan boleh hilang Selangor di PRU-13

Oleh Adib Zalkapli
PETALING JAYA, 28 Nov — Lim Kit Siang memberi DAP Selangor amaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.

Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.

“Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?” kata Lim (gambar) ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.

“Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

Lim memberikan amaran ini di sebalik persaingan sengit antara kem diketuai oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dan kem pimpinan Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Khim.

Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.

“Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

“Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN,” kata beliau.

Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang.

Kata beliau, baru-baru ini selepas pilihan raya kecil serentak Galas dan Batu Sapi, Dr Mahathir memberitahu bahawa BN berupaya untuk menawan satu atau dua negeri daripada penguasaan PR atas alasan pembangkang berada dalam kelam-kabut tetapi BN tidak mampu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kata Lim, bukan sesuatu yang rahsia satu dua negeri yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebenarnya merujuk kepada Selangor.

Malah dalam ucapannya, Lim juga mengulangi seruan Yong agar semua pihak merapatkan kerjasama untuk memastikan PR boleh mengekalkan kuasa di negeri Selangor.

Lim juga meminta perwakilan menghantar mesej perpaduan dan memastikan kemenangan ahli-ahli DAP yang berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor pada pemilihan parti hari ini.

“Mesej itu akan tercalar jika pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak menerima mandat dan sokongan penuh daripada konvensyen,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberikan jaminan bahawa calon-calon yang tewas akan terus diberikan peranan dalam parti.

Pemimpin parti peringkat Perak dua minggu lalu menyaksikan kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran disapu habis oleh kumpulan Ngeh-Nga.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menawarkan Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, jawatan naib pengerusi negeri itu tetapi ditolak.

Kedua-dua Selangor dan Perak mempunyai cawangan terbanyak dan ahli teramai dalam DAP.

Sunday, November 28

PKR parti perjuangan - Anwar

0 org komen
Saya tetap bertahan walaupun terus diserang Umno-BN, kata Anwar
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Anwar menegaskan bahawa PKR adalah parti perjuangan. — gambar fail

PETALING JAYA, 28 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam diberikan kepercayaan agar terus kekal sebagai ketua umumnya berkata, walaupun diserang bertubi-tubi oleh Umno-Barisan Nasiona (BN) akan tetap bertahan bagi memperjuangkan hak rakyat.

“Ramai kawan-kawan tanya sama ada saya rungsing dengan serangan yang dibuat Umno-BN, saya cakap jangan dengar.

“Walau apa pun serangan, saya akan tetap bertahan. Yang penting adalah keyakinan saya terhadap parti,” kata Penasihat PKR itu ketika berucap pada program khas bersama perwakilan Kongres Nasional PKR di sini malam tadi.

Anwar berkata, ahli dan kepimpinan parti perlu yakin terhadap perjuangan sekiranya mahu membawa perubahan.

“Kita kena ada keyakinan, kalau yakin akan perjuangan ini, baru kita boleh maju dengan kuat demi kepentingan dan kebebasan rakyat.

“Semuanya kena bermula dengan keyakinan, ini bukan gimik poltik. Kita perlu buktikan komitmen bahawa kita ini adalah parti yang berbeza,” kata Ketua Pembangkang ini.

Anwar berkata, sesiapa yang mahu menyertai parti itu terlebih dahulu perlu memahami asas perjuangan PKR.

“PKR adalah parti pejuangan, siapa yang nak masuk parti ini perlu faham agenda kita.

“Agenda parti adalah perjuangan dan keadilan yang selama ini menjadi tunggak kita. Kekuatan parti kita berbeza dengan Umno-BN.

“Dalam perjuangan keyakinan itu mesti ada, selama ini kita diserang bertubi-tubi. Kenapa kita diserang? Kerana kita adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan mahu membebaskan rakyat daripada cengkaman kezaliman Umno-BN,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno-BN akan melakukan apa sahaja untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.

“Umno menggunakan media untuk menyerang kita, kenapa? Kerana mereka mahu menghakis keyakinan kita terhadap parti tapi adakah mereka berjaya? Tidak..

“Bila saya minta seranglah saya sebanyak mungkin mereka tidak berani kerana tiada keyakinan apa yang mereka boleh tunjukkan adalah kuasa.

“Jadi kita perlu yakin terhadap perjuangan parti, kita perlu yakin kepada perubahan untuk tegakkan keadilan untuk rakyat,” katanya

Saturday, November 27

Akibat tak sayang mulut... wakaka...

0 org komen
Obama dikenakan 12 jahitan di bibir

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengalami kecederaan ringan ketika bermain bola keranjang awal pagi Jumaat (waktu tempatan), di mana beliau menerima 12 jahitan di bibir.

Rumah Putih berkata, Obama mengalami kecederaan itu selepas disiku pemain lain secara tidak sengaja di Fort McNair, di sini. - RTTNews

PKR: Parti Kedai Runcit

0 org komen
Bekas pemimpin PKR S'gor ketuai protes antipemilihan

Abdul Rahim Sabri
Kira 50 orang yang mengaku ahli PKR membuat 'protes senyap' di luar Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya pagi ini kerana membantah proses pemilihan PKR yang didakwa tidak telus.

Protes tersebut diketuai oleh bekas bendahari PKR Selangor KS Kottapan sejurus sebelum Kongres PKR kira-kira jam 9.10 pagi di luar pintu pagar masuk ke dewan persidangan.

Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit sebelum diarahkan bersurai oleh pengawal keselamatan PKR yang ditugas mengawal keselamatan penjalanan kongres.

Mereka memegang beberapa kain rentang. Paling menonjol yang bertulis "General Anwar please resign, we don't need A dictator in our party" (Jeneral Anwar sila berundur, kami tidak perlu diktator dalam parti).

Haha... mai gelak oii, Zaid buat lawak

0 org komen
Senak perut punya gelak bila terbaca berita dari Malaysiakini pasai Zaid yang beria ia sungguh untuk menubuhkan sebuah parti baru. Parti baru tersebut akan dijelmakan pada Januari ini dan sekaligus meletakkan Zaid diatas landasan yang betul dalam merealisasikan cita citanya menjadi presiden sebuah parti.

Haha... suruh jaga PKR Wilayah Persekutuan pun hang terhegeh hegeh. Kena sekeh ngan Saifuddin pun hang dah memusing pening, kena siku ngan Syed Husin pun hang dah buntang biji mata. Zaid adalah contoh insan ghairah politik tapi takut akan kegagalan. Orang yang menyokong dirinya dan perjuangannya juga adalah spesis yang sama yang takut akan kegagalan dan cabaran.

Aku mungkin diantara ramai pemerhati politik yang tidak gemar dengan cara Zaid berpolitik sejak dari dalam Umno lagi sebelum dipungut dan disanjung Anwar sehingga diangkat sebagai Pengerusi PKR Wilayah dengan melangkah beberapa nama besar lain. Sebab utama keluarnya sampah dari mata Umno ni jugak adalah kerana  tewas dalam perebutan ketua bahagian Umno Kota Bharu. Mana nak letak muka sorang menteri tak cukup pencalonan... haha...

Tapi, yang baiknya bila dia bagi jaminan tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

Tapi boleh percaya ka cakap si Zaid nih... hihi...

Pompuan saja boleh ajar budak Ezam ni

1 org komen
DUA WANITA INI BERJAYA TEWASKAN EZAM SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS
MEMBACA tulisan di sini, ada `nasi tambah' sedikit. Ezam raja sesumpah semasa berucap di dalam satu program anjuran MCA Kelang menuduh bahawa DS Anwar adalah orang yang teramat bahaya untuk semua kaum di negara ini. Wah, berubah rentak `Senatak' (Senator Katak) Ezam nampaknya, maklumlah kali ini bercakap di hadapan kaum Cina.

Semua tuduhan Ezam sesumpah hanya layak dijawab oleh anak perempuan DS Anwar iaitu YB Nurul Izzah dan beliau telah pun menjawabnya secara lebih berfakta dari omongan kosong pencacai Umno itu. Sebelum ini, di merata pelusuk negara Ezam sesumpah melabelkan DS Anwar amat bahaya kepada kaum Melayu dan Islam kerana DS Anwar kununnya begitu menyanjung kaum Cina dan DAP. Itu `fesyen lidah biawak' adik beradik lidah sesumpah. Percakapannya berubah mengikut tempat seperti juga binatang sesumpah.

Tidak seperti DS Anwar, di mana sahaja beliau berucap beliau tetap konsisten dan berprinsip. "Melayu susah kita bela, Cina susah kita bantu dan India serta semua kaum kita bantu". Itulah ayat yang sering dibawa oleh DS Anwar hatta ke luar negara sekali pun. Jauh beza dengan Ezam sesumpah ini. Darihal perjuangan, mengapa beliau keluar dari Keadilan, isu rasuah, kezaliman, ISA dan bermacam isu lagi tidak pernah konsisten dari Ezam sesumpah, malahan banyak isu penting yang beliau perjuangkan dahulu sewaktu berada di dalam PKR, kini isu tersebut disorokkan di dalam `kotak-kotak'nya.

Di hadapan kaum Melayu beliau bercakap DS Anwar pengkhianat Melayu dan lebih membela kaum Cina dan India. Di hadapan kaum Cina, DS Anwar dilabelkan berbahaya kepada semua kaum. Ezam sesumpah juga pernah memuji PAS dan cuba menjadi `batu api' agar PAS lebih layak menjadi MB di Selangor. Apabila Umno berhadapan dengan PAS di dalam mana-mana PRK, Ezam sesumpah mengutuk PAS pula kerana dikatakan sentiasa melutut kepada DAP. Ini lah wajah orang yang akan `menjilat' apa sahaja asalkan dapat cari makan.

Yang pasti, ke mana sahaja Ezam sesumpah pergi, nama DS Anwar tidak lekang dari mulutnya. Tepat seperti dakwaan ramai orang, Ezam sesumpah kini `gila talak' dengan DS Anwar. `Kotak-kotak' yang dahulunya beliau canang mempunyai banyak kes rasuah pemimpin Umno untuk didedahkan, kini isu kotak dimatikan. Terpaksa dimatikan kerana Ezam sesumpah kini berada di dalam satu kapal dengan Najib dan `sedarah' pula dengan Rafidah Aziz yang kerana mendedahkan fail rasuah tokoh inilah Ezam sesumpah disumbatkan ke penjara. Kini, beliau `bersilaturrahim' dengan bekas Ketua Wanita Umno ini.

Tahniah, buat Rafidah seorang wanita yang berjaya menundukkan `kejantanan' Ezam sesumpah. Tahniah juga buat YB Nurul yang juga dapat menundukkan `jantan' ini. /wfauzdin.blogspot.com

Friday, November 26

PKR ditekan dari segenap sudut

0 org komen
PKR guna surat pecat palsu sokong afidavit, dakwa bekas SU Agung

Salinan notis pemecatan Jenapala bertarikh 2 Februari 2009 yang disertakan bersama afidavit sokongan menghadapi kes saman pemilihan. Notis ini dipertikaikan oleh Salehuddin Hashim hari ini.

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini mendakwa ibu pejabat parti itu telah menggunakan surat palsu kononnya ditandatangani beliau, yang mengesahkan pemecatan P Jenapala, yang baru-baru ini meminta mahkamah mengisytiharkan pemilihan tidak sah.

Salehuddin, yang meletakkan jawatan awal tahun, menafikan beliau menandatangani surat seumpama itu dan membuat aduan polis petang ini.

“Pada hari ini, 26 November 2010, pukul 3 petang, saya telah membuat satu laporan polis di balai polis Dang Wangi tentang pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya dikeluarkan oleh saya selaku Setiausaha Agung PKR pada masa itu.

“Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes saman pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit daripada Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

“Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri,” kata Salehdudin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.- MI

Tak jadi nak selamatkan PKR

0 org komen
'Selamatkan Keadilan' Tak Menjadi


PETALING JAYA: Hasrat sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang untuk mengadakan protes dan menyebarkan risalah 'Selamatkan Keadilan' semasa Kongres PKR yang bermula hari ini nampaknya tidak menjadi. Mereka sebaliknya dilihat masuk menyertai kongres sebagai perwakilan.

Kumpulan yang menamakan diri sebagai Suara Anak Muda itu pada mulanya dilihat berlegar di perkarangan luar Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada awal perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sejak awal pagi.

Memakai baju serba hitam, kira-kira sepuluh ahli PKR yang dipercayai daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mengedarkan 'armband' dan 'headband' berkain hitam yang tertera tulisan 'Selamatkan Keadilan" kepada orang ramai.

Namun, pada penghujung ucapan perasmian Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, kumpulan itu mula masuk ke dalam Dewan menyertai Kongres sebagai perwakilan AMK.

Salah seorang penyokong Suara Anak Muda yang mahu dikenali sebagai Norazizi berkata, pihaknya membatalkan hasrat untuk meneruskan 'Kempen Selamatkan Keadilan' kerana pihaknya masih belum menerima 'lampu hijau' daripada pemimpin untuk meneruskan kempen ini.

"Tambahan pula kami sudah pun diberi peringatan daripada penganjur majlis supaya tidak buat 'kacau' sepanjang kongres berlangsung.

"Kami tidak ada niat nak buat kacau, cuma mahu buat beberapa usaha untuk tarik perhatian pemimpin tertinggi dan JPP supaya buka mata dengar masalah dan kepincangan yang berlaku sepanjang proses pemilihan.

Kak Wan kena la tunai janji

0 org komen
Kumpulan 'baju hitam' muncul di kongres AMK


Nov 26, 10 12:09pm
Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK) menjadi tumpuan selepas ucapan perasmian oleh timbalan presiden, Syed Husin Ali ekoran kehadiran sekumpulan kira-kira sembilan orang yang memakai baju hitam dan lilitan tangan yang bertulis 'selamatkan Keadilan'.

Mereka yang dipercayai sebahagian daripada perwakilan - yang berkumpul di pintu depan Dewan MPPJ - tempat kongres itu berlangsung - dikatakan merancang untuk mengadakan protes kecil dan sidang akhbar berhubung proses pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Bagaimanapun, selepas setengah jam, tidak ada tanda-tanda protes itu akan berlaku.

Apabila wartawan bertanya kepada kumpulan tersebut, mereka menjawab, sedang menunggu calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard keluar.

Bagaimanapun, CheguBard tidak kelihatan keluar, dan semua perwakilan masuk semula ke dewan untuk mendengar ucapan dasar ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Bila wartawan bertanya lagi, kumpulan itu, menafikan protes itu akan diadakan kerana menurut mereka Kak Wan (presiden PKR) telah berjanji untuk menyiasat aduan berhubung proses pemilihan PKR.

"kami penuh yakin dengan janji (Datuk Seri) Wan Azizah,' kata salah seorang daripada mereka, yang enggan memberitahu namanya.

Mahkamah Persekutuan: Tuanku Ismail Tiada Hak Rujuk

0 org komen
Oleh SALWA SHA’ARI
PUTRAJAYA: Bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk merujuk isu perlembagaan negeri ke Mahkamah Persekutuan kerana baginda bukan lagi seorang sultan atas ketidakupayaannya.-mStar

Thursday, November 25

Alaahai... mak janda ooi...

0 org komen
Mak janda nak jadi permaisuri

Oleh Hishamuddin Rais
Macam-macam punya gila. Macam-macam punya sandiwara sedang dipentaskan. Lepas satu, satu, tak habis habis. Macam-macam punya cerita. Macam-macam punya labun.

Aku yang jadi tukang karut ini tak sempat nak berjanguk ada sahaja cerita baru yang wajib 'diselampitkan'.Belum pun abis cerita Saifool, ada pula cerita budak sekolah mati kena terkam buaya di Shah Alam. Sebelum ini ada kes anak Cina cekik leher sendiri. Kes ini masih belum selesai.

Sudah bertahun-tahun laporan mahkamah tak siap-siap sampai uban aku tumbuh di ketiak. Agaknya sudah reput leher anak Cina dalam kubur tetapi siasatan macam mana dia cekik leher dia sendiri masih jadi satu misteri.

Kisah punya kisah, ada satu kisah yang jadi raja segala kisah. Inilah dia datuk dan nenek moyang dari semua kisah-kisah yang pernah dikisahkan. Inilah kisah benar. Kisah benar yang benar-benar belaka. Kisah Mak Janda yang ingin jadi permaisuri.

Al-kisah mengikut kata sahibul hikayat adalah seorang Mak Janda dari negeri Antah Berantah. Dari apa yang telah diceritakan, Mak Janda ini ditakdirkan pendek dan gempal ketika dilahirkan.

Dari zaman kanak-kanak lagi orang sekampung telah memanggil dia Minah Becok kerana mulutnya cukup becok. Becoknya bukan macam murai tercabut ekor tetapi macam Samy Vellu ditemubual RTM.

Maka orang orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Ada seorang Minah Becok
Badannya gempal kakinya tepok
Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Permaisuri

Maka mengikut tuan yang empunya cerita, Minah Becok ini pun membesarlah. Maka Si Minah ini berkahwin dan beranak. Mengikut cerita yang didengar melalui akhbar Baca Gembira, si minah ini telah tujuh kali berkahwin dan tujuh kali bercerai.

Berita kahwin cerai kahwin cerai ini sehingga sekarang masih belum digazetkan dalam Parlimen. Ia masih menjadi rahsia negara.

Tok bomoh misai berdenting

Tidaklah terhitung jumlah anak yang lahir sehinggakan orang kampung membuat pantun dan seloka:

Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Pemaisuri
Pilih jantan silih berganti
Memasang perangkap nak jadi bini menteri

Maka pada satu hari baik bulan yang baik, si minah ini telah pergi berjumpa tok bomoh untuk menilik dan melihat nasib. Ingin mencari ubat yang mujarab agar dapat menguruskan badan dan memaniskan muka.

Maka pada ketika dan waktunya sampailah si minah ini ke kampung tok bomoh. Sayangnya tok bomoh ketika itu tidak berada di rumah.

Lama juga si Minah ini menunggu. Untuk merehatkan badan si Minah duduk di tepi tangga sambil mengira bulu kaki. Mengikut tuan empunya cerita, tok bomoh ini bukan sahaja pandai menilik nasib malah tok bomoh ini cukup handal dalam hal tangkap menangkap jin.

Mengikut ceritanya tok bomoh ini baru sahaja dijemput untuk menangkap jin yang telah melarikan seorang anak dara sunti di Besut.

Tunggu punya tunggu tok bomoh pun sampailah ke rumah. Salam diberi tangan dijabat. Memang betul Tok Bomoh ini bukan kecil anak.

Misainya berdenting dan rambutnya panjang kerinting. Apabila masuk sahaja ke anjung rumah, si Minah ternampak banyak ijazah-ijazah dan surat tauliah terpampang di dinding.

Betul-betul di dinding tengah kelihatan tersimpan dalam bingkai kaca gambar tok bomoh sedang menerima ijazah dari sebuah kolej antarabangsa dalam bidang ilmu perikanan.

Macam mana dari menangkap ikan boleh beralih untuk menjadi pakar menangkap jin,wallahi alam bissawab, hanya Chua Soi Lek sahaja yang mengetahui.

Tok Bomoh terus bertanyakan apakah niat yang hendak dipinta oleh si Minah Becok. Maka si Minah pun bercerita yang dia mahu menguruskan badan macam Celine Dion dan mencantikkan muka macam Paris Hilton.

Minah Becok juga mahu tahu apakah ada jantan lagi yang sanggup menjadi suaminya kerana dia telah tujuh kali menjanda. Mendengar nama-nama ini tok bomoh duduk termenung dan terus menggaru lutut.

Kemudian tok bomoh mengambil beberapa majalah Voque dan Elle dan terus mencari muka Paris Hilton dan Celine Dion. Bila bertemu gambar yang dicari si bomoh mengangguk kepala dan mulutnya mula berkumat kamit sampai buih muncul di bibirnya.

Telur ayam Jusco

Selesai menjampi, tok bomoh ini terus mengeluarkan tujuh balang plastik yang tertutup rapi dengan kain hitam. Menurut tok bomoh, dalam botol plastik ini adalah tujuh ekor jin kafir tetapi telah berjaya disunatkan. Jin-jin ini telah ditangkap di Besut, Terengganu.

Mengikut tok bomoh jin-jin ini telah cuba melarikan seorang anak dara sunti. Kerana telah bersunat maka jin ini akan menjadi hamba suruhan tok bomoh ini.

Mengikut tok bomoh permintaan Minah Becok ini boleh dimakbulkan dengan bantuan jin-jin ini tetapi ada syaratnya. Permintaan ini perlu ada pengeras.

Perlu dibawa seekor ayam betina, seekor ayam jantan berkaki hitam, dua buah kelapa kuning, tiga butir telur ayam dara, seketul bara arang batu dan sebiji garam gunung.

Tok bomoh juga memerlukan dua tiket AirAsia ke Chiang Mai atau Saigon dan bilik hotel selama tujuh hari di sana.

Bila mendengar ini maka Minah Becok tersenyum dan bersetuju. Si Minah meminta tujuh hari untuk menyediakan semua yang dipinta.

Maka orang-orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Minah Becok nak kuruskan badan
Celine Dion jadi ikutan
Dari janda nak jadi dara
Sanggup membuat apa saja
Minum garam makan bara

Si Minah dengan segera telah menyediakan semua permintaan Tok Bomoh. Dua tiket ke Saigon dan bilik hotel telah ditempah. Ayam, garam, buah kelapa dan bara arang batu semua telah didapati.

Genap tujuh hari maka pergilah sekali lagi Minah Becok berjumpa dengan tok bomoh. Tok bomoh menerkam dan terus membelek belek tiket AirAsia. Tok bomoh tersenyum puas.

Kemudian tok bomoh mengumpulkan semua barang pengeras dan mula membaca jampi dan serapah. Selang beberapa minit tetiba tok bomoh berhenti.

Tok Bomoh marah dan terus berkata: "Ini bukan telur ayam dara? Ini telur hang beli di Jusco."

Minah Becok mengigil takut. Dia terketar-ketar dan terus berkata:

"Di kampung saya, tak ada lagi ayam dara. Yang ada hanya ayam janda."

Hihi...

0 org komen

Sarjan N. Tharmendran (kanan) dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5, mendengar penerangan anggota TUDM, sebelum ditahan semula atas kesalahan meninggalkan tugas sejak 6 Sept lepas hingga ke hari ini. Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini pada 12 tengah hari ini selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonan untuk menggugurkan pertuduhan mencuri enjin ke atasnya. - Foto BERNAMA

Wednesday, November 24

Lim Chong Eu meninggal dunia

0 org komen
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, 91 meninggal dunia hari ini akibat serangan angin ahmar. Ketua menteri selama 21 tahun itu meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan dua anak prempuan.

Dr Lim dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di Georgetown setelah dibawa balik dari Hospital Pulau Pinang petang tadi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon ketika dihubungi mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.

Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Koh.

Dr Lim, dimasukkan ke di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 26 Okt lalu dan terus tidak sedarkan diri.

Beliau menjadi ketua menteri kedua Pulau Pinang selepas Tan Sri Wong Pow Nee dan memegang jawatan itu dari 12 Mei 1969 hingga 25 Oktober 1990.

Beliau menjadi presiden Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971. Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai BN pada 1972.- Malaysiakini

Benarkah Anwar digeruni kawan

3 org komen
Umno sekali menduga keakraban ikatan dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa sikap berdiam diri PAS dan DAP terhadap kepincangan yang berlaku dalam PKR seolah-olah sikap tidak berani untuk menegur Anwar Ibrahim yang bertindak selaku ketua pembangkang.

Ia ekoran daripada pemilihan PKR 2010 yang baru sahaja menutup tirainya yang mana banyak aduan dan kepincangan yang berlaku sepanjang tiga minggu pemilihan tersebut dijalankan. Malah tindakan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Zaid Ibrahim yang mengambil keputusan untuk keluar parti membuktikan kepincangan yang berlaku adalah serius.

Ini memang kerja buat Umno, mereka tidak akan berdiam diri sekiranya Pakatan Rakyat kuat. Mereka tidak akan berpeluk tubuh sekiranya Pakatan Rakyat aman bahagia. Dengan serangan bertubi tubi dan membabi buta Umno terhadap Pakatan Rakyat jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang kuat dan berkesan sehingga membuatkan Umno tak senang duduk dan tak tidur malam.

Umno mungkin terlalu bangang untuk memahami tujuan anggota anggota Pakatan yang tidak menegur PKR adalah kerana menghormati dasar perjuangan mereka. Inilah yang kita katakan sebagai etika dalam persahabatan, ia adalah masalah rumah tangga masing-masing. Sekiranya ada teguran pada parti komponen yang lainnya, mereka akan menggunakan saluran yang betul dan bukan secara terbuka.

Umno mungkin terlalu bodoh untuk mengerti parti parti dalam kesepakatan Pakatan Rakyat ini tidak sama sekali menyerang komponen lain secara terbuka.

Aku berharap kesepakatan dalam Pakatan Rakyat ini akan lebih kukuh lagi walau apa juga bentuk serangan yang ditujukan pada PR. Kita perlu tahu dan sedar apa objektif penyatuan kita dan siapa musuh sebenar kita dari kita bertelagah sesama sendiri dan biarkan musuh berpuas hati. Jangan sesekali biarkan Umno menang tanpa ditentang oleh pejuang pejuang keadilan kita...

Penipuan Pemilihan, PKR Akan Terima Padah Dalam PRU13 Nanti

1 org komen
Penyelewengan Pemilihan beri kesan kepada PKR hadapi pilihanraya umum
PETALING JAYA: Pemilihan Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan mencatat pelbagai sejarah.

Pindaan perlembagaan yang dibuat oleh parti itu bagi membolehkan ahli akar umbinya terlibat secara langsung untuk memilih barisan kepemimpinan semua peringkat telah mencatatkan satu sejarah baru untuk PKR.

Malah, sejarah yang dicipta ini bukan sahaja satu catatan rekod peribadi PKR, bahkan merupakan catatan sejarah politik tanah air yang wajar dikongsi oleh semua masyarakat negara ini.

Langkah berani PKR itu juga disifatkan sebagai meletakkan penanda aras baru dalam menyemarakkan demokrasi dalam negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

Di sisi lain, satu lagi sejarah turut dicatatkan di sepanjang pemilihan parti ini yang melibatkan 400,000 ahlinya daripada 206 cabang di seluruh negara.

Dalam sejarah politik moden tanah air, PKR telah mencatatkan nama sebagai satu-satunya parti politik yang menjalankan proses pemilihan pemimpin parti yang paling banyak dicemari isu penyelewengan.

Menambah burukkan keadaan apabila pemimpin-pemimpin dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) didakwa tidak cekap dalam menguruskan masalah-masalah berhubung penyelewengan yang didakwa oleh ahli dan calon bertanding.

Sebaliknya pemimpin parti dan JPP lebih gemar berterusan menafikan penipuan yang berlaku sekaligus lebih membakar kemarahan calon-calon dan ahli-ahli parti yang menganggap diri mereka tertipu.

Selain itu, memang mudah bagi pemimpin-pemimpin ini mengkambinghitamkan sesetengah media khususnya media arus perdana dengan menuduh sebagai sengaja mengambil kesempatan memperbesarkan isu.

Perkara ini memang mudah untuk difahami apabila terdapat beberapa media arus perdana memberikan laporan kepincangan parti ini secara besar-besaran semenjak hari pertama pemilihan berjalan lagi.

Umno-BN sebagai parti seteru PKR tentunya tidak mahu dilihat sebagai parti yang tidak bijak sekiranya tidak mengambil kesempatan ke atas kemelut yang melanda PKR ini.

Bagaimanapun serangan terhadap PKR dalam isu pemilihan ini turut berlaku di kalangan pengamal media alternatif yang lebih bebas termasuk kalangan blogger pro PKR sendiri.

Sekiranya media perdana yang pro Umno-BN memberi laporan negatif dianggap bertujuan untuk meruntuhkan PKR, sebaliknya bagi rata-rata media alternatif ini cuba bersikap adil.

Bagi kebanyakkan bloger-bloger pro PKR pula, hentaman mereka lebih bersifat untuk mendidik parti itu agar tidak dilabelkan sebagai parti yang korup seperti yang dilabelkan terhadap parti seteru mereka.

Malangnya apabila kritikan-kritikan awal yang dilontarkan dengan nada lebih lembut oleh media alternatif ini dibalas dengan kenyataan bongkak dan penuh dengan sindrom penafian oleh JPP mahupun parti.

Kenyataan JPP sendiri pada peringkat awalnya yang lebih gemar menafikan adanya penyelewengan berlaku dalam pemilihan akhirnya memberi padah kepada PKR sendiri.

Akhirnya apabila aduan-aduan ahli dan calon terhadap penipuan yang berlaku tidak mendapat reaksi yang sewajarnya, maka pilihan akhir yang ada hanyalah bertemu media bertujuan memberi tekanan kepada JPP.

PKR yang lantang mempertikaikan karenah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dianggap sebagai alat BN, disarankan ada baiknya mengkaji sistem pemilihan dalaman partinya sendiri terlebih dahulu.

Bagi kebanyakkan pengkritik dari media alternatif, mereka tentunya dapat memahami sikap menyembunyikan pekung ini didorong oleh pemimpin yang tidak berjiwa besar untuk mengakui kesilapan dan juga demi menjaga imej parti.

Natijahnya, mungkinkah kerana sikap pemimpin yang beginilah, dengan sendirinya PKR terpaksa membayar harga yang mahal dalampilihanraya umum ke 13 nanti.

Kemelut yang memalukan ini tentunya mampu memberi kesan kepada pengundi di atas pagar yang dianggarkan mewakili lebih 40 peratus pengundi berdaftar dalam PRU 13 nanti. - GB

Tuesday, November 23

Ini cita cita sebenar Mahathir

0 org komen
Kalau kita mengharapkan seseorang yang memuji muji ketokohan Anwar sebagai pemimpin, Mahathir memang bukan orangnya. Kalau kita mengharapkan sesangat seseorang negarawan yang memandang tinggi kebolehan Anwar sebagai penyatu kaum sehingga terbentuknya pakatan pembangkang, memang Mahathir bukan orang yang sesuai ditanya pendapat.

Sesuai dengan kata orang tua tua kita, kalau nak tau kebaikan seseorang itu... tanyalah kawan baiknya dan kalau kita nak tau tentang keburukan seseorang itu, maka tanyalah musuhnya. Dan Mahathir memang sedia maklum sebagai musuh Anwar sejak dari dulu lagi. Maka tak hairanlah jika Mahathir sehingga ke usia senja sebegini masih meletakkan Anwar setaraf dengan melukut ditepi gantang.

Segala jasa Anwar telah sengaja ditiadakan. Segala kebaikan susuk bernama Anwar ini sengaja dinyahkan dari muka bumi politik Malaysia. Ini sebenarnya cita cita Mahathir, meletakkan Anwar sebagai manusia yang paling tidak berguna dalam politik Malaysia. Meletakkan Anwar sebagai orang yang paling tidak boleh dipercayai, sehinggakan tukang bancuh kopi Anwar sendiri pun diliwatnya. Fitnah liwat ini memang telah rapi dirancang untuk menghukum Anwar sebelum terhukum dengan hukuman Mahkamah dunia ciptaan Umno. Fitnah liwat ini telah dipublisitikan sedemikian rupa semata mata menyalahkan Anwar sebelum kesalahan terbukti benar oleh Mahkamah dunia ciptaan Mahathir.

Ini sebenarnya cita cita Mahathir.

Maka, ingatlah wahai pencinta pencinta keadilan Islam semua. Kita berjuang sekian lama bersama sama dalam pakatan Pakatan Rakyat ini dan kini hasil dari usaha jerit perih kita kian menampakkan hasil. Putrajaya kian menggamit, maka sedarlah kita siapakah sebenarnya musuh kita yang lengkap bersenjata di depan sana. Bukannya bertikam sesama sendiri demi populariti. Bukan melondeh kain sesama sendiri demi secubit publisiti. - http://shalehudin.blogspot.com/

Samy buat wayang - ada ka sesapa nak pujuk

0 org komen
Pengumuman besar Samy Vellu Isnin ini


Nov 23, 10 4:22pm

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang akan mengundurkan diri tidak lama lagi, dijangka membuat pengumuman besar berkaitan hal ehwal parti itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Isnin ini.


"Untuk makluman anda mesyuarat CWC pada 29 Nov, saya akan sampaikan banyak perkara kepada CWC dan mereka akan membuat keputusan perkara yang akan dilakukan. Itulah yang saya boleh katakan kepada anda hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek kepada pelajar-pelajar di Ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai "perkara" yang akan diumumkan, beliau yang menerajui parti tu hampir 32 tahun berkata: "Banyak perkara, perkara yang hendak dilakukan dan semua itu".

Bagaimanapun, sumber-sumber percaya bahawa pengumuman presiden itu mungkin termasuk pengumuman tarikh beliau akan bersara.

Samy dijangka menyerahkan pucuk pimpinan itu kepada timbalannya Datuk G Palanivel yang akan memangku jawatan presiden sehingga pemilihan MIC akan datang.

Sebelum ini, bekas Menteri Kerja Raya itu berkata beliau akan mengundurkan diri pada Januari tahun depan.

Perkembangan terbaru hari ini mengukuhkan lagi spekulasi bahawa Samy akan dilantik sebagai duta khas oleh kerajaan untuk membantu mendapatkan projek-projek infrastruktur di India.

Ketika ditanya pemberita jika beliau merancang untuk berehat selepas bersara, beliau berkata: "Tidak ada perkara berehat dalam hidup saya. Hidup saya seperti enjin diesel, anda tidak boleh memberhentikannya.

"Anda mesti membiarkannya bergerak, barulah ia lebih kuat dan lebih baik," tambah beliau.

Beberapa hari lalu, Samy juga telah membuat pengumuman bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai rancangannya selepas bersara pada 13 Dis, sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan biografi pemimpin kaum India itu.- Bernama

SPRM serang Yayasan Selangor

0 org komen

SPRM tahan reman pegawai kanan Yayasan S'gor


Nov 23, 10 3:35pm
Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000.

Menurut Bernama, perintah tahanan reman sehingga 29 Nov itu dikeluarkan oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Khairul Nizam Abu Bakar.


Pegawai berusia 40-an itu ditahan pagi semalam oleh SPRM berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola untuk majlis tersebut.

Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.

Bagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar Noh membuktikan kos yang didakwanya itu. Namun sehingga hari ini, timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor itu gagal menyahut cabaran itu ataupun membuktikan dakwaan yang dibuatnya.


Khalid juga sebelum itu mengarahkan agar majlis itu dibatalkan dan mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.

Yayasan Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.

Lain macam budak Jeffrey nih

0 org komen
Jeffrey dan penyokongnya kebingungan

Naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan mengakui berada dalam "kebingungan" berikutan tindakan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

Jeffrey (kanan, berbaju kelabu) bagaimanapun menafikan andaian pihak akhbar yang beliau akan mengikuti jejak langkah Zaid.

“Saya sedang bercuti hingga hujung tahun ini, saya masih ada masa untuk melihat keadaan - berfikir, menilai dan muhasabah diri," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Jeffrey secara terbuka telah menyokong Zaid dalam pemilihan PKR untuk merebut kedudukan nombor dua parti.

“Kami percaya beliau seorang yang berprinsip. Beliau menyokong aspirasi kami, dalam usaha memulih dan menghormati hak kami (Malaysia Timur)," kata beliau.

Jeffrey berkata: "Kami ingin mempunyai tokoh pada pucuk pimpinan parti yang memahami kedudukan kami di sini, di Sabah".

“Kini beliau telah keluar parti, kami kebingungan sebenarnya. Kami tidak tahu siapa atau boleh mendapat jaminan dari pemimpin (lain PKR) yang mereka menghormati hak Sabah dan Sarawak," katanya.

- Bernama

Nak popular? Tanya Zaid...

0 org komen
Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara Ini

Oleh Mohd Sayuti Omar
UNTUK menjadi popular di negara ini bukan payah sangat. Anda tidak payah berusaha bertahun-tahun atau mengemukakan penemuan baru atau pun idea baru atau pun melakukan kerja-kerja anih dan ganjil, atau pun terlalu berjasa kepada negara.

Anda tidak payah menjadi pelumba lari 100 meter atau ahli tinjau peringkat heavyweight atau pelontar cakera sehingga 600 meter jauhnya.

Anda juga tidak perlu berbarisan panjang untuk melalui test bagi menyertai Akademi Fantasia ataupun rancangan realiti Imam Muda. Tetapi cukup untuk ada menyertai mana-mana parti komponen Paatan Rakyat, baik Pas, PKR atau DAP. Anda masuk sekejap, berak dalam mana-mana ruang dalam rumah parti berkenaan kemudian atau dakwa anda memegang jawatan itu dan ini anda keluar bawa punggung sambil memburukkan parti berkenaan dan pemimpinya. InsyaAllah anda akan jadi popular dan dianggap hebat dan pembela nusa dan bangsa. Sekali mata saja anda akan dapat menawan semua media massa negara ini.

Pasti anda akan meletup. Anda akan mendapat liputan meluas oleh media massa. Segala dosa anda akan dilupai, dan anda dianggap manusia suci yang turun dari langit bersama hujan batu. Wajah anda akan terpampang di semua saluran tv kerajaan, berbayar atau swasta- sampai orang tengok naik muaklah.... Wajah dan muka anda juga akan terpampang di semua surat khabar, baik arus perdana dan akhbar nyamuk. Tidak terlupa juga anda akan disorot dan diulas oleh bloger atau pun mendapat liputan istimewa dari portal-portal berita.

TV pula akan berebut untuk memanggil anda menjadi ahli panel - memperkata dan memburukkan parti yang baru anda tinggalkan itu. Anda juga akan diletakkan di kerusi empuk sehingga terlindung punggung anda yang bercepuah dengan najis.

Tidak mustahil juga kalau anda rajin dan kreatif anda akan mendapat upah dan wang dengan tindakan anda itu apabila anda sanggup membuat road show dengan Umno memuji parti itu dan memburukkan dengan seribu cerita fitnah dan rekaan ke atas Pakatan Rakyat. Untuk ini anda kena cari seorang promoter yang baik dan cekap. Bolehlah untuk hidup setahun dua tanpa melakukan kerja-kerja biasa.

Anda jangan masuk parti kompnen BN. Anda tidak akan popular. Malahan anda akan dilupakan terus. Tidak ada surat khabar berminat untuk membuat liputan mengenai anda. Kalau anda masuk Umno kemudian esok anda keluar, lusa anda akan menjadi gemula kepada media massa terutama RTM, TV3 atau pun Astro Awani. Mereka tiak berminat untuk membuat liputan kepada mereka walaupun hujah dan alasan anda meninggalkan parti berkenaan mempunyai sebab-sebab yang konkrit.

Apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan dan bekas calon Umno tahun 1995 Mohd Sabree Shafii adalah jelas. Kenyataan dan pengumuman beliau meninggalkan Umno 1 November lalu langsung mendapat liputan media massa. Media massa menyembunyikan berita itu seolah-olah tindakan Sabree itu tidak memberi apa-apa kesan kepada BN.

Apa lagi kalau anda yang keluar dari parti Pakatan Rakyat, anda menghentam balik parti anda itu. Meluapi jasa parti itu yang memberikan anda kerusi dan kedudukan, anda caci dan cerca para pemimpin tertingginya. Segala ludah yang anda buangkan bersama kahak semasa dalam parti berkenaan anda kena raut dan sedut balik. Tidak kisah sama ada hujah yang anda perkatakan itu benar atau tidak, atau bohong dan fitnah sama sekali anda tetap menjadi perhatian utama. Akan dapat tempat istimewa. Kata-kata anda akan disanjung bagaikan setongkol emas.

Kalaupun sebelm ini anda mengecam Umno, mengata huduh kepada pemimpinnya, memburukkan Mahathir Mohamad atau Abdullah BAdawi, atau mempersendakan isteri perdana menteri atau PM sendiri, jangan bimbang. Kalau anda mengambil keputusan keluar dari Pakatan Rakyat segala dosa dan noda anda itu akan lupus secara automatik. Kenyataan ataupun ulasan anda akan disiarkan di muka depan surat khabar, menjadi berita yang istimewa dalam tv.

Begitulah keadaanya dan apa yang ada di Malaysia tanah airku ini. Ianya bukan sukar sangat dan anda tidak pun memerlukan wang yang banyak untuk menjadi popular dalam masa segera. Banyak contoh kalau hendak ditunjukkan bukti bagaimana mereka yang mulanya dianggap haprak dan tidak berguna oleh media massa arus perdana, tidak dipandang sebiji mata pun tetapi bertukar menjadi sang dewa oleh media sama apabila mereka berpaling tadah menghentam parti Pakatan Rakyat dan menyatakan sokongan kepada Umno.

Nama-nama seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohmad Noor, tujuh orang wakil rakyat Pakatan Rakyat (tiga Adun dan empat MP) yang berpaling tadah dan menjilat ludah mereka, atau mengotelkan sendiri telor mereka, dan terbaru Zaid Ibrahim adalah bukti nyata. Orang ini adalah orang yang dulunya telah mengeji atau meletakkan pemimpin Umno sama busuk dengan tahi. Tetapi kenapa hari ini mereka disanjung? Jawabnya kerana mereka sedia menjadikan diri mereka sebagai brua untuk memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka dipulau atau dipandang sepi oleh media arus perdana. Bagi media arus perdana mereka seolah sudah pun tidak wujud lagi. Tetapi apa jadi setelah mereka menungging punggung ke langit, dan mengintai semula parti mereka melalui celah kangkang. Wah... mereka akan dipuji setinggi langit hijau (bukan biru). Kata-kata mereka diambil sebagai kata-kata hikmah. Mereka secara tidak langsung dijadikan senjata untuk membunuh kawan dan parti asal mereka. Mereka diangap sebagai manusia maksum yang diturun khas dari syurga.

Mengenai hakikat ini ada dua perkara yang perlu dinilai dan dilihat. Pertama ialah mengenai wibawa media massa berkenaan. Dan kedua, apakah nilai manusia atau ahli politik yang bersikap kacang lupakan kulit ataupun berpaling tadah itu.

Apakah media itu boleh dianggap berwibawa dan berintergriti kerana jelas mereka mempunyai dua pandangan terhadap satu manusia yang mempunyai dua sifat berbeza, putih dan hitam. Selagi tokoh itu berada dalam parti selain Umno mereka disepikan dan pandangan mereka tidak disorot pun. Sebaliknya sesudah mereka kembali kepada Umno maka mereka diterima dan menganggap pandangan mereka bernas dan tepat? Seolah-olah selama mereka berada dalam parti Pakatan Rakyat mereka sedang menuntut di sebuah universiti dan sesudah tamat mereka keluar dengan ilmu yang penuh dan kembali kepada parti Umno.

Begitu juga dengan orang-orang berkenaan yang sebenarnya adalah najis politik. Di manakah prinsip mereka. Satu masa mereka ditebas dan ditebang oleh media berkenaan, kemudian selepas mereka berpaling tadah mereka akan dipuji di puja oleh media yang sama. Mereka juga turut sama mengecam media massa berkenaan kerana mengalpakan mereka. Tetapi apabila mereka keluar dari parti pembangkang mereka sendiri menerima media massa berkenaan sebagai adil dan saksama. Jelas situasi ini penuh hipokrasi.

Mungkin buat media massa demikian dan orang yang demikian mereka tidak merasa apa-apa. Maruah mereka juga sudah hilang entah ke mana. Orang yang hilang deria dengar tidak akan mendengar apa-apa lagi! Mereka sudah tidak pedulikan kepada soal maruah dan moral lagi. Tetapi bagaimana dengan pemerhati, dengan rakyat dan pengundi yang waras dan rasional dalam menilai sikap dan sifat media massa dan orang-orang berkenaan?

Apakah media itu masih boleh dipercayai dan begitu juga dengan sosok-sosok berkenaan? Bolehkah dipercayai setiap kata-kata mereka selepas ini sedang sebelum ini mereka diburukkan oleh media massa itu sendiri. Sama-samalah kita memikirkan fenomena ini agar kita juga tidak ikut terjadi seperti media massa dan najis-nanjis politik yang tidak lekat unjap dan munafik herbi itu.

Pakatan dah kena main

2 org komen
ROS Mainkan PR

"Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadiPakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.

Saifuddin Nasution SU PKR berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.

Nampaknya PR dimainkan ROS. Semalam Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan PR untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

ROS dibawah pemerintah BN dan Umno sebagai tuannya. ROS akan sedaya-upaya menolong tuannya. Kalau dapat melengah-lengahkan permohonan PR, dikira itu pertolongan untuk tuannya. Tuannya tetap bersyukur kalau ia dilambatkan atau kalau tak jadi PR di bawah satu lambang, tuannya akan lebih bersyukur. Itulah sebabnya kita lebih mempercayai Saifuddin dari Md Alias Kalil. Ia akan menjadi lebih banyak 'songel'nya.

Tuannya nampak kesukaran sekiranya PKR-PAS-DAP berada di bawah satu parti dan satu lambang. Kalau menggeletarnya sebelum ini boleh menggetarkan gigi, kali ini menggeletarnya boleh sampai ke tulang sumsum. Jadi ada baiknya PR tidak menjadi satu. Nampaknya ROS lebih berminat menjadikan PR sebagai Pakatan Rakyat 1Malaysia.

Itulah yang terdaya ROS lakukan untuk tuannya... sesekali salakannya boleh menjauhkan pencuri mendekati rumah tuannya.

Baik tuan!!! - DD

Zaid gagal, elok la dia belah pun

0 org komen
Baik Zaid Ibrahim keluar parti

Oleh Lim Yew Chien
Dari segi usia, PKR adalah parti yang paling muda di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat. Namun, PKR menjadi parti pertama yang membenarkan pemilihan langsung untuk jawatan tertinggi dalam parti.

Sama ada pemimpin mahupun anggota PKR, malah dari segi struktur parti sendiri begitu asing dengan pemilihan langsung, maka "kecelaruan" yang berlaku adalah sesuatu yang dijangka.

Jadi, mereka yang menanti-nantikan "wayang" ini tidak dikecewakan. Namun, tanpa diduga, Zaid Ibrahim yang mempunyai imej yang agak baik di dalam mahupun di luar parti, menjadi pusat kepada ribut ini. Apa yang paling menarik untuk Zaid adalah perletakan jawatan menterinya sebagai bantahan terhadap penangkapan orang awam di bawah ISA. Beliau dipecat dari UMNO, dan kemudian menyertai PKR.

Zaid diberi tugas yang amat penting, iaitu merangka Dasar Pakatan Rakyat - pakatan politik yang dibentuk selepas PRU ke-12 pada 8 Mac 2008. Idealisme antara parti memperlihatkan perbezaan yang nyata, dan menjadi sasaran serangan Barisan Nasional. Sebagai reaksinya, PR mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai parti, mereka logo bersama dan merangka Dasar Pakatan Rakyat.

Untuk rakyat umum, Dasar PR adalah satu dokumen yang kabur sehingga hari ini. Begitu juga dengan logo parti yang tidak digunakan dengan kerap. Zaid adalah perangka utama dokumen ini. Dokumen ini tidak begitu menarik, bahkan tidak mendapat sambutan hangat dari dalam dan luar parti - menunjukkan tugas pertama Zaid dalam PKR tidak dijayakan dengan sempurna.

Situasi tiada sambutan hangat terhadap dasar bersama ini sememangnya berpunca dari kekurangan penyelarasan antara parti. Maka ketidaksempurnaan dalam menyelesaikan misi ini mungkin bukan kesalahan Zaid Ibrahim.

Dari perkembangan selepasnya, nampaknya PR juga tidak memandang berat dasar bersama ini, sebaliknya berharap untuk menyelaras antara satu sama lain melalui pentadbiran negeri yang diperintah bersama, atau bekerjasama dalam pilihan raya kecil. Namun, apapun faktor objektifnya gagal menutup realiti bahawa Zaid gagal menunjukkan prestasi yang unggul walaupun dalam bidang kerja dari segi "idea".

Bukan jenis merempuh sistem

Misi Zaid seterusnya adalah menyarung jersi PKR untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor. Hulu Selangor adalah kerusi parlimen yang dimenangi PKR dalam PRU ke-12. Kegagalan Zaid untuk mempertahankan kubu sesungguhnya didasari faktor-faktor objektif yang lain. Namun, sebagai calon pilih raya kecil yang menjadi tumpuan negara, Zaid pada hakikatnya memiliki pentas itu secara menyeluruh. Tetapi, bukan sahaja Zaid tidak menunjukkan karismanya yang istimewa sebagai pemimpin, sebaliknya menimbulkan rasa asing antara dirinya dengan pengundi desa.

Maka ada yang melontarkan pandangan bahawa Zaid lebih sesuai untuk bertanding di kawasan bandar. Tetapi, kawasan bandar adalah kubu kuat PR pada asalnya. Selain mengukuhkan kubunya di kawasan bandar, kawasan campuran bandar-desa menjadi tumpuan pertembungan antara BN dengan PR. Malah, PKR sebagai parti berbilang kaum perlu menang di kawasan sedemikian untuk membuktikan kepada rakan parti dalam PR nilai kewujudan partinya.

Seandainya penawanan Putrajaya oleh PR menjadi satu kepastian, dan kini PR kekurangan "pakar pentadbir negara", maka Zaid mempunyai nilainya dalam parti. Tetapi keadaannya bukan sebegitu sekarang. Meskipun PR (khususnya PKR) mendabik dada mendakwa PR akan menawan Putrajaya dalam PRU akan datang, namun apa yang dilihat adalah - ia menjadi satu misi yang sukar untuk PR mempertahankan kerusi yang sedia ada.

Dalan situasi sebegini, Zaid kelihatan tidak mempunyai ruang untuk menunjukkan kebolehannya. Jelas, Zaid bukan pemimpin yang merempuh sistem, untuk menyerang dan menawan. Dalam situasi di mana BN semakin kuat, Zaid nyata gagal menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah PR.

Tubuh parti baru?

Sesungguhnya, "tidak mampu menawarkan bantuan" bukan bererti Zaid tidak boleh memberi sumbangannya tanpa keluhan dan rungutan. Seandainya PR benar menawan Putrajaya pada suatu hari nanti, Zaid mungkin boleh diangkat untuk memainkan peranannya sebagai pentadbir negara yang unggul. Malah, beliau boleh menangkis serangan "usia dalam parti terlalu cetek" pada kelak nanti.

Apa yang menyesalkan, Zaid memilih untuk menyerang pemimpin PKR. Menurut laporan, selepas menyelar Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali (gambar kanan) sebagai "nyanyuk" (diperbetulkan sebagai "nyanyu" kemudiannya), Zaid turut membidas Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Malah, Zaid mendakwa terlalu banyak "pembohongan dalam parti". Kenyataannya keluar parti pada 19 November nampaknya akan sarat dengan kritikan yang lebih keras.*

Nampaknya Zaid tidak menggunakan perkataan yang keras sebegini ketika meletak jawatan menteri. Seandainya dibandingkan, perletakan jawatan menterinya adalah untuk membantah ISA, dan kini beliau keluar parti adalah kerana berdepan dengan kemungkinan ketidakadilan yang menimpa diri sepanjang pertandingan untuk jawatan tinggi. Kedua-dua ini memperlihatkan "ketinggian" yang agak jauh berbeza.

Zaid mendakwa dirinya akan menubuh parti baru. Mungkin cadangan ini sedap didengar, tetapi adalah keputusan yang emosional, dan mungkin terlalu tinggi memandang dirinya. Mengerah kekuatan massa hanya dengan "gelang moral" perletakan jawatan sebagai menteri, lantas membentuk kuasa ketiga? Beliau mungkin menarik mereka yang terpinggir dari kuasa, namun apakah berbaloi untuk disokong rakyat?

Mungkin tidak elok didengar, tetapi ia seolah-alah menjurus kepada pengukuhan hegemoni BN, sama ada secara sedar atau tidak. Kemampuan Zaid untuk menarik sokongan agak terbatas. Tetapi ia mungkin cukup untuk meleraikan PR, apabila Zaid menawarkan peluru untuk BN dalam keadaan PR lemah dan tenat. Lebih baik Zaid berhenti berbuat demikian, supaya beliau tidak memikul kesalahan ketika berdepan dengan sejarah.

*Artikel ini disiarkan pada 17 November, dua hari sebelum Zaid Ibrahim memanggil sidang media mengumumkan keputusannya untuk keluar parti.

*Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Rapatkan kembali saf PKR

0 org komen
Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Alhamdulillah, secara rasminya pemilihan PKR untuk memilih kepimpinan parti di semua peringkat telah pun berakhir .

Di sebalik asakan dan kecaman media dari segenap penjuru, pemilihan ini berjaya diteruskan meskipun berhadapan dengan 1,001 rintangan. Syabas buat warga PKR seluruhnya! Pemuda PKR (AMK) percaya bahawa pemilihan 2010 ini merupakan satu nafas baru buat PKR.

Sebagai parti pelopor kaedah "satu anggota satu undi", pastinya terdapat rencam masalah yang tidak terjangka oleh mana-mana pihak.

Tetapi itu tidak harus mematahkan semangat kita. Sebaliknya lompong yang ada harus diteliti sepenuhnya agar ia dapat ditampung dengan penambahbaikan yang strategik untuk pemilihan akan datang.

Harus diingat, pesta demokrasi ini tidak wajar mematikan semangat kita. Ia harus membulatkan tekad seluruh anggota untuk kembali merapatkan saf untuk memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Menang atau kalah bukan menjadi titik noktah kepada semua pihak. Kepada yang tewas, tidak wajar untuk berpaling, sebaliknya perlu terus komited untuk mengukuhkan parti.

Kepada yang menang, itu bukan anugerah untuk dirai, sebaliknya ia adalah amanah yang jelas sekali berat untuk dipikul dan dibuktikan kepada akar umbi dan rakyat untuk terus merealisasikan harapan yang telah kita laungkan dalam pilihanraya umum ke-12 yang lepas.

Jangan kita terperosok di dalam permainan pihak-pihak tertentu yang mahu 'membunuh' PKR dengan pelbagai dakyah rekaan.

Ini masanya untuk kita menegaskan bahawa PKR adalah parti yang komited kepada perjuangan rakyat dan sejarah 12 tahun jelas membuktikan bahawa PKR adalah institusi yang telah teruji.

Ini masanya untuk PKR terus diperkukuh, tanpa menoleh ke belakang.

Monday, November 22

Lagi cepat lagi afdal Zaid oiii...

0 org komen
Zaid bukan lagi anggota PKR

Aidila Razak
PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja.


Katanya, PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya".

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik.

"Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," katanya sinis.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, biro politik PKR membuat keputusan itu selepas bermesyuarat semalam.

"Mengikut perlembagaan, anggota boleh hilang taraf kalau dipecat atau tulis surat (mahu berhenti), (dan) Zaid telah tulis surat," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tembelang Anwar pecah

0 org komen
Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar

Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan mengandungi sembilan perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

Badrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.- Malaysiakini

Luarbiasanya dubur Saiful

2 org komen
Keterangan ‘Luar Biasa’ Dari Dr Razali

Dari TV Selangor

Pakar perubatan Dr Mohd Razali menegaskan bahawa dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan “kosong’ walaupun Saiful mengadu tidak membuang air besar selama 48 jam.

Razali mendakwa bahawa walaupun seseorang tidak membuang air besar begitu lama, maka dubur beliau tidak boleh dalam keadaan kosong,

Peguam Anwar Sankara Nair menyifatkan keterangan Dr Razali sebagai “luar biasa.”

Dr Razali berkata beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful pada 28 June 2008 atau 56 jam selepas pengadu mendakwa di liwat.

Pada pemeriksaan itu, Dr Razali mendakwa walaupun dubur pengadu tidak mengandungi najis, namun beliau menjumpai sampel air mani tertuduh.

Dr Razali bagaimanapun tidak yakin samada sampel itu diletakkan dalam balang kalis udara kerana tugas itu dijalankan oleh doktor lain.

Pada sebelah pagi, Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguambela Anwar mendapatkan laporan awal pemeriksaan doktor terhadap Saiful ini.

Alasan yang diberikan hakim ialah laporan itu hanya boleh diperolehi jika dikemukakan oleh pendakwaraya atau jika Dr Razali merujuk kepadanya semasa memberi keterangan.

Laporan itu penting kepada peguambela kerana ia mengandungi pelbagai maklumat mengenai pemeriksaan ke atas Saiful yang tidak dimasukan dalam laporan perubatan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Ketika memberi keterangan bulan lalu, Dr Razali enggan merujuk kepada laporan pemeriksaan awal itu walaupun gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan yang diajukan oleh peguam Karpal Singh.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan HKL yang muktamad diterima sebagai bahan bukti walaupun sebahagian daripada laporan itu tidak dikemukakan.

Umno bengong, mengundi depa bangang

0 org komen
Kejahilan, kemiskinan dan politik

 

ABDUL AZIZ BARI

BEKAS Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid pernah bercakap mengenai apa yang disebutnya 3P; yakni poverty, padi and Pas. Apa yang hendak disampaikan oleh bekas Menteri Besar Kedah itu ialah bahawa di mana ada kemiskinan, yang kebanyakannya dalam kalangan penanam padi, maka di situ ada Pas. Secara mudah Sanusi melihat kemiskinan sebagai punca kewujudan Pas. Teori Sanusi itu pernah dipegang oleh media yang semuanya milik Barisan Nasional (BN). Mereka mendakwa bahawa jiwa dan semangat 'kepembangkangan' timbul kerana kemiskinan dan rasa tidak puas hati. Semua itu akan tamat bila ada kemajuan. Mereka juga mengaitkan kemenangan dan kekuatan BN dengan pembangunan dan kemajuan.

Bagaimanapun sejak PRU 12 pada 2008 teori (kalau ia boleh dikatakan teori) yang dibawa bekas Menteri Pertanian yang pernah mencadangkan tanaman padi di atas bumbung itu nampaknya semakin meleset. Ini terbayang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

Fenomena yang sama juga kelihatan dalam PRK sebelumnya; yakni di Batang Ai (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Bukit Gantang (Perak) dan Hulu Selangor (Selangor).

Malahan keputusan PRU 2008 yang menyaksikan BN tewas di Semenanjung (ia hanya dapat 48 peratus undi popular) sebenarnya memaparkan kenyataan yang tidak berbeza.

Semua sedar bahawa BN dapat terus berkuasa kerana undi dari Sabah dan Sarawak. Dan hakikatnya ialah kedua-dua ini (meskipun kaya daripada segi sumber dan hasil mahsul) mempunyai rakyat yang miskin dan tinggal di pedalaman.

Kemiskinan dan kemunduran adalah penghalang kepada perubahan. Khususnya perubahan ke arah ketelusan dan pertanggungjawaban. Sifat ini adalah idea pokok di sebalik pelbagai peruntukan dalam perlembagaan kita. Untuk memastikan ia berlaku perlembagaan menjamin tiga hak penting yang bersifat asasi; yakni hak bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Malangnya perlembagaan tidak menjadikan peruntukan ini kebal apabila ia mengizinkan Parlimen mengadakan sekatan melalui undang-undang. Sepatutnya undang-undang ini dihalusi oleh mahkamah. Bagaimanapun mahkamah gagal berbuat demikian. Sebab itu model terbaik ialah Amerika Syarikat di mana Kongres tidak dibenarkan langsung menyentuh hak yang tiga itu.

Kemiskinan dan kemunduran menyebabkan maklumat tidak tersebar. Apabila rakyat tidak bermaklumat mereka tidak peduli apa yang berlaku. Inilah yang kelihatan di kawasan yang disebutkan tadi. Hatta di Bukit Gantang sekalipun ada kampung yang begitu. Tapi calon Pas, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, bernasib baik sebab ada kawasan, khususnya kawasan Cina, yang tidak begitu.

Jika dilihat kepada sifat kawasan yang mereka menangi agak jelas bahawa BN bergantung kepada kemiskinan, kejahilan dan kemunduran. Kawasan bandar, sejak dulu lagi, memang azab buat Barisan. Sebab itu tidak hairan mengapa mereka hapuskan pilihan raya kerajaan tempatan pada 1960an, Kawasan-bandar juga diberi kerusi Parlimen yang sedikit meskipun daripada segi perlembagaan kawasan bandar sepatutnya diberi kerusi yang lebih selaras dengan prinsip demokrasi. Ini semua menyebabkan BN selesa berkuasa sejak 1955.

Orang miskin yang melarat tidak peduli ketelusan dan kebebasan kerana perut mereka kosong. Mereka juga tidak peduli perkembangan negara. Di Batu Sapi umpamanya saya diberitahu beras dijual dalam paket kecil. Begitu juga dengan minyak masak. Paket kecil ini saja yang mampu dibeli penduduk yang rata-ratanya berpendapatan sekitar RM10 sehari.

Mereka benar-benar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tetapi orang miskin itu berasa bertanggungjawab untuk terus mengundi BN; satu-satunya parti yang mereka kenal dan yakin. Kemiskinan yang hampir mutlak itu menafikan mereka akses kepada maklumat. Mereka tidak tahu apa itu hak dan bagaimana ia penting untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kebanyakan orang Melayu masih miskin dan hidup susah. Kalau mereka mampu membeli TV atau akhbar pun mereka tidak boleh berfikir dengan baik kerana apa yang disajikan tidak merangsang minda mereka.

Kebanyakan menteri UMNO mendakwa, demokrasi adalah barang mewah yang tidak sesuai untuk rakyat di luar bandar. Ini tidak tepat kerana demokrasilah yang akan memperkasa mereka yang lemah tadi. Contohnya dengan kebebasan yang lebih rakyat boleh menuntut itu dan ini. Jika rakyat sedar dan bermaklumat rumah setinggan tidak boleh dirobohkan dengan mudah dan secara paksa.

Sebenarnya tidak terlalu susah untuk meratakan demokrasi dan kebebasan yang amat penting untuk perubahan itu. Tetapi ini tidak akan berlaku selagi parti yang menguasai kerajaan persekutuan adalah parti yang mahu mengekalkan segala kekangan yang disebutkan tadi. Apalagi sekiranya ia sedar bahawa kejahilan dan ketiadaan maklumat itulah yang menyelamatkan kedudukannya selama ini.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun

Harian ya...

0 org komen

Hairan ya, kalau lah PKR tu tak kuat, kenapa Umno menghentam PKR siang dan malam menggunakan segala kekuatan media yang dia orang ada.

Kalau lah PKR tu tak digeruni Umno, kenapa agaknya Umno terpaksa menggunakan segala macam saluran dan ruang untuk burukkan PKR dimata rakyat. Kalau lah PKR tu bukan merupakan ancaman terbesar pada Umno, kenapa agaknya usaha usaha serius telah lama digerakkan oleh Umno melalui parasit cari makan dengan membuat honar dari dalam parti. Bukan baharu, sudah lama perkara ini digerakkan dan sudah banyak sampah sarap yang tertapis keluar.

Sekarang ni PKR telah jalankan pemilihan melibatkan jawatan tertinggi pimpinan parti dengan melibatkan keseluruhan ahli PKR seluruh negara dengan sistem baru yang belum pernah dicuba oleh memana parti iaitu, satu ahli satu undi. Cara setelus ini akan memusnahkan Umno sekiranya dibiarkan PKR berjaya.

Usaha mesti digerakkan dengan cepat dan berkesan supaya rakyat was was dan ragu dengan keberkesanan dan ketelusan sistem undi baru ini. Sebab itu, satu demi satu isu dibongkar dengan dokongan akhbar penjilat mereka. Kalau kita lihat, agak menghairankan bagaimana akhbar cetak lidah rasmi Umno begitu baik hati menyiarkan hampir 11 berita membabitkan PKR hanya dalam satu hari.

Kalau kita kaji kembali, banyak isu isu remeh yang ditimbulkan bagai telah rapi dirancang dan terbaru sekali ialah pihak parti telah mengesan dua kertas undi bagi pemilihan MPP hilang semasa proses penghantaran dari ibu pejabat ke cabang-cabang. Daripada dua kertas undi itu, salah satu melibatkan cabang Pandan, malah kedua-dua kertas undi itu di kesan hilang semasa proses penghantaran. Langkah segeranya ialah arahan pada pengawas bertugas supaya tidak membenarkan kertas undi yang sama nombor siri dengan kertas undi yang hilang itu digunakan.

Siasatan juga sedang dijalankan siapakah indivdu yang terlibat dalam kehilangan dua kertas undi ini. Perkara ini kita juga sudah jelaskan kepada ahli dan tiada bantahan daripada mereka. Sebab itu juga lah, aku percaya ia merupakan satu lagi taktik untuk mengsabotaj perjalanan pemilihan dalaman PKR dan satu lagi usaha untuk jatuhkan imej PKR dimata rakyat.

Sapa lagi parasitnya kalau bukan musuh keadilan pada semua rakyat punya angkara...

Angkara APCO

0 org komen
Anwar-Suu Kyi- Angkara 'Tangan Hitam' APCO ?

KUALA LUMPUR 21 NOV : Media arus perdana hari ini memberi liputan meluas kepada rencana seorang penulis barat dengan tajuk Anwar bukan Aung San Suu Kyi.

Tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain. Namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan-tuduhan melulu di dunia siber bahawa Motte adalah penulis upahan APCO.

Ini bukan kali pertama beliau mengecam Anwar atau memuji kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah itulah agendanya sebelum ini menerusi artikel seperti The Reversal of Anwar Ibrahim.

Semua maklum, dan seperti yang sahkan di Parlimen, APCO ialah perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib dengan kos mencecah lebih RM78 juta ringgit, untuk memulihkan imej Perdana Menteri yang tercalar sekian lama.

Selain mengupah ramai bekas pegawai tertinggi rejim Zionis, APCO diberikan amanah untuk mengatur liputan media yang memuji Najib dan isteri serta membidas Anwar dalam usaha untuk memintas sokongan Barat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Dalam artikel terbarunya, Motte berbohong apabila memberi gambaran kononnya Anwar membandingkan diri beliau dengan pemimpin pro demoraksi Aung San Sun Kyi.

Anwar tidak pernah membandingkan dirinya dengan pengorbanan yang dilalui oleh ikon Myanmar itu.
Untuk berbuat demikan adalah mengundang "hara kiri" politik atau membunuh diri secara politik dan Anwar lebih jauh lebih bijak dan matang dari itu.

Mesej yang dibawa oleh Anwar ketika lawatan beliau di Australia amat mudah untuk di faham (kecuali mungkin bagi Apco, Motta dan media arus perdana) iaitu :

Dalam mengecam kekejaman di Myanmar, kerajaan-kerajaan seperti Australia digesa juga turut peka terhadap keadaan sebenar di Malaysia, di mana pencabulan asas-asas demokrasi dan hak asasi rakyat berlaku saban kali.

Anwar berkata apa yang diminta beliau bukanlah campurtangan langsung Australia tetapi sekadar mahukan negara itu terus memberi perhatian kepada isu-isu sejagat seperti keadilan dan hak asasi.

Seseorang tidak perlu menjadi pakar hal ehwal Malaysia untuk mengesahkan kebenaran mesej Anwar.
Kes Teoh Beng Hock, kematian ratusan orang dalam lokap polis, sistem kehakiman yang tidak berwibawa, rampasan kuasa di Perak yang dihalalkan oleh mahkamah adalah hanya secebis realiti di Malaysia.

Motte mendakwa Anwar tidak boleh membandingkan dirinya dengan penahanan Suu Kyi kerana beliau diberi perbicaraan, mempunyai pasukan peguam, akses kepada media tempatan dan antarabangsa serta mempunyai parti politiknya sendiri.

Anehnya hujah Motte ini begitu mirip dengan alasan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ketika Anwar menghadapi perbicaraan konspirasi pertama selepas beliau dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998.

Adalah membazir masa untuk menghuraikan kewibawaan perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika itu yang berakhir dengan beliau dipenjarakan selama lapan tahun.

Cukup sekadar mengingatkan bahawa perbicaraan itu menjadikan Malaysia bahan ketawa antarabangsa dan adalah detik hitam dalam sejarah perundangan kita.

Tidak ada banyak yang berbeza pada perbicaraan Anwar kali ini. Seperti 1998, masih berlaku pengadu dan Perdana Menteri berjumpa sebelum tuduhan dikenakan terhadap Anwar.

Tidak apa jika Anwar dinafikan kenyataan polis dan bahan bukti untuk membolehkan beliau membuat pembelaan rapi. Tidak apa jika pengadu dan pendakwaraya menjalin hubungan sulit.

Tidak apa jika laporan awal doktor mengatakan tidak ada bukti pengadu diliwat. Semua maklumat ini, dan banyak lagi dilaporkan dalam semua media bebas. Tentunya fakta-fakta ini ada dalam pengetahuan Motte dan Apco.

Apco dan Motte harus ditanya harga maruah diri mereka. Cubaan untuk mengelirukan rakyat dengan sengaja menyalah lapor fakta demi mencantas seseorang harus dikutuk sebagai satu bentuk pencabulan jijik terhadap kebebasan media.

Syed Husin yang belum nyanyuk

0 org komen
Syed Husin: Saya tak sangka jadi 'sebegini teruk'

Abdul Rahim Sabri
Ketika membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata beliau tidak menjangkakan persaingan bagi mengisi kekosongan itu "menjadi sebegini teruk".

"Ia menjadi teruk kerana ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti, dengan bekerjasama dengan pihak-pihak luar, yang memusuhi parti dan pimpinan parti," kata veteran PKR itu.

Ketika diwawancara kelmarin, Dr Syed turut mengulas pelbagai perkara berhubung serangan bekas calon yang bertanding bagi menggantikannya Datuk Zaid Ibrahim dan sekitar kehangatan perebutan kerusi nombor dua itu.

Berikut sedutan wawancara tersebut yang dijalankan di pejabat Malaysiakini di Bangsar kelmarin:

Dalam ceramah Azmin, beliau menggunakan definasi Dr Syed tentang kesetiaan, pemimpin yang baik. Adakah Dr Syed Husin rasa selesa?

Saya sebut itu secara ikhlas. Saya hendak orang yang setia kepada perjuangan parti, pemimpin yang sanggup menjalankan tanggungjawab dan displin parti.

Kalau orang nak gunakan (nasihat) itu, gunakanlah. Seseorang boleh guna seperti itu, seseorang lagi boleh kata dia seperti itu. Dua-dua (calon) boleh guna perkataan itu.

Keputusan (setakat minggu ketiga) menunjukkan Azmin sebelah kaki untuk menang?

Saya rasa dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya kalau Zaid masuk pun, dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya Zaid pun tahu, sebab dia tahu trend pencalonan. Tapi bila kita tahu, jangan memburukkan parti. Kenapa salahkan orang sahaja.

Jadi Dr Syed asalnya bukan buat keputusan untuk mengkritik Zaid?

Tidak... Saya jarang sekali berkata (mengeluarkan kenyataan), apatah lagi terhadap dia. Tetapi (sebaliknya) tengok apa yang dia sebut terhadap saya dan parti. Kita tidak mahu layan. Buat apa layan.

Dia selalu cakap apa yang dia buat (semata-mata) untuk baiki parti.

Kalau begitu, kita berbincang dalam mesyuarat parti. Kalau berterusan tujuh, lapan kali mesyuarat biro politik tak datang, apa ertinya?

Dan tak pernah waktu dia datang, dia menyebut, apa yang patut dilakukan oleh parti untuk memperbaikinya. Tak pernah sama ada melalui kata-kata atau melalui kertas. Semua ini dibuat diluar mesyuarat parti. Ini (punca) timbulnya (masalah).

Kalau misalnya kita tidak kemukankan dalam parti, mengikut proses parti, cara-cara untuk membaiki parti dan kita tahu Pakatan ada dasar terhadap akhbar tertentu, dan kita pergi ke situ, (jadi) seolah-olah kita melawan keputusan dan dasar Pakatan terhadap akhbar itu.

Datuk Zaid dalam sidang akhbarnya, ketika ditanya apakah reaksi (peletakkan jawatannya) yang dijangka daripada parti, beliau berkata, Dr Syed akan gembira.

(Ketawa) Saya tidak faham kenapa (peletakan jawatan) berkuatkuasa pada 16 Disember... Gembira atau tidak itu tafsiran dia. Tetapi saya merasakan ini satu perkembangan yang baik untuk parti bergerak ke hadapan dan maju tanpa ada banyak kekacauan.

Orang bertanya, kenapa tidak kenapa tidak ambi tindakan? Kita merasakan, kalau ambil (tindakan) disiplin, akan ditafsirkan seolah-oleh menyekat dia untuk bertanding. Tapi apa yang dilakukannya melanggar displin dengan serang parti dan kecam pimpinan.

Semua itu melanggar disiplin. Dan memang dari awal sifatnya begitu. Sama ada saya gembira ataupun tidak terserah kepadanya.

Melepaskan jawatan timbalan presiden, kalau tahu jadi macam ini, adakah akan kekal (tidak berundur)?

Itu tidak mejadi perkiraan. Saya telah nyatakan bahawa umur saya lanjut. Ssaya sudah 74 tahun, ada orang anggap nyanyuk. Tapi alhadulillah saya tidak nyanyuk. Kalau tidak saya tidak ada di sini (ketawa).

Saya nak tumpu perhatian untuk kerja penulisan selain (tumpu) kepada isteri dan anak cucu saya. Jadi (saya) buat keputusan (tidak mempertahankan jawatan).

Saya memang sangka ada persaingan, tapi tak sangka sehingga menjadi begini teruk. Ia menjadi teruk kerana ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti, dengan bekerjasama dengan pihak-pihak luar, yang memusuhi parti dan pimpinan parti.

Pihak luar, media misalnya, media yang akan kaitan dengan parti-parti tertentu. Sebab pemilihan ini bukan sahaja dikomen buruk oleh media tertentu, tetapi juga dikomen oleh pemimpin parti politik tertentu.

Adakah dia (Zaid) masuk untuk porak peranda parti?

Saya tidak tahu, kena tanya dia ah... Niatnya kita tidak tahu. Tapi kita boleh menilai dengan kata-kata dan tindakannya.

Jadi adakah dengan kata-kata dan tindakan itu, memperbaiki atau merosakkan parti. Dari situ secara objektifnya, walau apa pun dia kata, kalau misalnya kata-kata membawa kepada kemudaratan kepada parti, gelarlah apa pun.

Kalau tak, tak ada orang nak gelar trojan horse atau musuh dalam selimut. Jadi terserahlah.

Setahun lebih beliau menyertai PKR, apa yang PKR harap daripada Zaid?

Saya tidak tahu, ada orang tuduh, saya tak ada bukti, dia minta masuk parti GERAKAN dulu. Tapi ada pihak dalam GERAKAN tidak mahu menerimanya kerana GERAKAN masih lagi dalam komponen BN.

Jadi kita terima dengan tangan terbuka. Sebelum dia masuk, dia minta nak jumpa saya, saya pergi jumpa dia di Tropicana Resort (di Petaling Jaya). Dia tanya beberapa soalan dan saya jawab. Saya ingat lagi, dan saya ada rekod soalan itu.

Saya berharap bahawa sesiapa sahaja yang masuk parti tentu ada niat yang baik untuk memberikan sumbangan kepada perkembangan parti.

Tapi saya kecewa, bila belum sempat beberapa bulan menjadi anggota, dia mulai serang parti kerana tidak sesuai dengan kehendak dia. Jadi saya rasa perbuatan ini tidak baik dan susah diterima.

Patutkah calon lain seperti Azmin memburukkan Datuk Zaid?

Sepatutnya tidak berlaku. Tapi jika kita lihat, benda itu bermula dengan satu pihak. Bermula dengan Zaid memburuk itu dan ini. Misalnya (kepada) saya sendiri. Dia bermula dengan interbiu saya dengan Merdeka Review.

Dalam Merdeka Review itu, saya serang kedua-dua (calon). Saya kata, yang satu ini kurang displin, tak datang mesyuarat. Yang satu lagi dianggap sombong, jarang menjawab SMS.

Jadi kedua-duanya mesti dibaiki. Saya percaya dia (Zaid) pun tidak baca interbiu itu. Dia kata dia dalam kereta, orang telefon dia, dia jawab saya ini nyanyuk.

Kalau dia baca, dia tak akan tuduh saya, (atau) menyatakan saya menuduh dia. Sebab saya (tegur) kedua-dua. Saya tidak beri indikasi untuk memihak kepada sesiapa.

Tapi dah jadi begitu... Itu pun saya tidak menjawab. Bila (dia) sebut saya nyanyuklah, nyanyulah, jadi saya tidak layan, sebab personal kan. Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. (ketawa).

Apakah Azmin ada kelemahan yang perlu diperbaiki?

Sebenarnya saya dah beri pandangan kepadanya secara peribadi. Ada yang beliau terima dan ada yang tidak terima. Kadang-kadang saya pun ada majukan mesej orang lain terhadapnya, ada kala dia (Azmin) marah.

Kerja saya untuk meyakinkan kepadanya. Tapi saya tidak nafikan beliau mempunyai sifat menjadi seorang pemimpin parti dan calon timbalan presiden. Ada kelemahan, saya pun ada kelemahan.

Semua orang ada kelemahan. Anwar pun ada kelemahannya yang tersendiri. Cuma soalnya bagaimana untuk mengatasi kelemahan itu.

Zaid (dilaporkan) kata Dr Syed Husin seorang yang nyanyuk. Kemudian dia membuat penjelasan bukan nyanyuk tapi nyanyu, tapi ia tidak mengubah apa-apa. Adakah Dr Syed terasa?

Saya tak terasa. Macam macam orang kata, tuduh saya, label saya. Jadi perkara ini kecil. Jadi, timbul soalan kepada saya, siapa yang nyanyuk....

Saya menyatakan tidak ada keputusan oleh Pakatan tentang (jawatan) penyelaras pakatan. Tidak ada siapa yang dilantik sebagai penyelaras Pakatan. Dia menyatakan demikian.

Ataupun, kalau dia tidak berkata demikian, akhbar dan media internet berulang-ulang kali sebut. Dan dia tidak nafikan. Jadi siapa yang lupa? Saya lupa atau dia yang lupa tentang hal ini?

Dalam laman web menyebut beliau sebagi wakil kepada PKR.

Betul dia wakil. Tiap-tiap parti dalam Pakatan ada dua, tiga wakil dalam sekretariat Pakatan. Dari mula Pakatan ditubuhkan, saya pernah menjadi seorang wakil parti. Dan bila mesyuarat parti di pejabat parti tertentu, wakil daripada parti politik tersebut akan mempengerusi mesyuarat.

Jadi tidak ada salah seorang yang menyatakan awak (jadi) pengerusi tetap sekretariat. Kalau dia tidak sebut, media juga menyebutkan bahawa beliau menyiapkan manifesto Pakatan. Yang sebenarnya, saya tahu, deraf pertama itu ada orang lain yang tulis.

Dia sebagai anggota sekretariat bentangkan, tetapi seketariat bincang semula semula. Hantar balik kepada parti. Dan bila ia diputuskan (sebagai) manifesto yang terakhir, dia tidak ikuti mesyuarat kerana dia tidak suka ikuti mesyuarat (ketawa).

Yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan adalah satu manifesto yang berbeza daripada yang asalnya. Dan masa diputuskan perkara itu, dia tidak berada dalam negara. Bila dia balilk, dia cuba nak berucap dalam konvensyen.

Ini soal kecil sebenarnya. Tetapi yang penting, kita mesti ikhlas dengan kebenaran. Kalau orang kata benda yang kita tidak buat, dan kita tidak nafikan, bahkan mengakui kita membuatnya, saya rasa ini satu masalah sikitlah.

Salah satu cadangan Zaid, supaya Anwar letak jawatan. Bukan sahaja beliau, tapi (bekas mufti Perlis) Dr Asri Zainul Abidin minta Anwar 'bersara politik'.

Dr Asri, Datuk Zaid Ibrahim dan Utusan Malaysia, dan pimpinan Umno, ia seolah-olah lagu sumbang dari okestra lapuk.

Anwar tetap relevan?

Saya rasa beliau tetap relevan dan mempunyai tenaga. Kadang-kadang saya kagum melihat (beliau) bertenaga dalam dan luar negara. Beliau masih boleh menyumbang dari segi tenaga dan pemikiran.

Sunday, November 21

Ubah saja sesapa yang tak berubah

0 org komen
Tuan Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi telah menggesa seluruh ahli ahli dan kempimpinan Pas supaya berubah sesuai dengan peredaran masa dan kehendak rakyat yang lebih mendesak kini. Gesaan ini sebenarnya bukan saja baik untuk Pas malah untuk seluruh kesatuan dalam Pakatan Rakyat tentunya.

Tapi, persoalan pokok disini ialah... mampukah Pas dan Pakatan Rakyat secara amnya berserta dengan ahli ahli mereka boleh berubah dan sekaligus membawa perubahan dalam Pakatan Rakyat selari dengan selera rakus rakyat dewasa ini?

Senario yang ada kita lihat sekarang ini ialah Pakatan Rakyat terlalu kepinginkan kemenangan tetapi tidak ada kesungguhan di dalam setiap usaha yang dilakukan untuk mencapai kemenangan itu. Masaalah dibiarkan selesai dengan sendirinya tanpa ada follow up yang berkesan dari kalangan pimpinan. Aku lebih suka tekankan anjakan gesaan Hj Hadi ni pada semua anggota komponen Pakatan Rakyat yang menerima dokongan memberangsangkan dari rakyat pada PRU ke 12 yang lalu.

Kebanyakan pimpinan dalam Pakatan amat benci dan takut dengan kritikan. Mereka perlu ingat, mengkritik tak semestinya musuh dan memuji itu tak semestinya rakan. Mengkritik parti komponen Pakatan Rakyat bukan menyerang tapi sebagai tanda sayang.

Justeru, anggap lah pengkritik itu sebagai seorang tukang gunting yang menggunting rambut kawannya yang jugak seorang tukang gunting, kerana tukang gunting semahir mana sekalipun tidak boleh menggunting rambutnya sendiri dengan baik. Yang pahit itulah ubat untuk ditelan supaya sakit segera sembuh. Hanya sibangang yang manja saja takut dengan "ubat yang pahit".

Rakyat perlu didekati agar mereka rasa disayangi. Kita jangan rasa besar dengan hanya menguasai empat negeri yang entah bila bakal di tarik Allah s.w.t sekiranya kita lalai, leka dan alpa.

Sekadar berforum dan berseminar di bilik hawa dingin belum boleh mengenyangkan mak cik dan pak cik felda. Kata kata muluk untuk menyedapkan hati belum boleh menjamin bahawa kita adalah "kerajaan menanti".

Syabas PKR

0 org komen
Hari ini adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian. Baki 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi akan berakhir 4 petang nanti.

Kepimpinan PKR nampaknya masih mempertahankan langkah memperkenalkan sistem satu anggota satu undi walaupun sambutan akar umbi parti sejak awal musim pengundian peringkat pusat sebulan lalu hambar dengan jumlah turun mengundi kurang 10 peratus. Akar umbi parti sebenarnya menerima baik sistem pengundian langsung tersebut sebagaimana yang disaksikan pada sesi pemilihan peringkat cabang sebelum sebelum ini. Angka keseluruhan adalah lebih penting daripada peratusan yang keluar mengundi.

Kebanyakan parti menggunakan sistem perwakilan atau ‘electoral college system’ di mana yang dipilih menjadi ahli perwakilan, berkempen yakini dilihat selaku ahli-ahli yang aktif. Tetapi PKR menggunakan pemilihan langsung dan ahli bebas yang tergolong sebagai aktif atau pasif. Yang penting adalah “absolute numbers” setakat ini iaitu lebih 20,000 daripada ahli yang layak mengundi. PKR mengumumkan sebelum ini pihaknya sekitar 400,000 ahli.

Ini kejayaan sebenar iaitu ahli bebas dan keluar undi, penentu PKR masih relevan dan utuh.

Setakat ini boleh dikatakan sistem pengundian PKR tetap antara yang terbaik berbanding sistem perwakilan yang digunakan oleh parti-parti lain walaupun peratusan mengundi kurang adalah kecil. Ia (sistem pengundian PKR) lebih baik dari sistem perwakilan parti-parti lain yang mungkin disertai 1,500 perwakilan sahaja.

Amat tidak wajar merumuskan sistem pemilihan langsung julung kali diperkenalkan oleh PKR itu sebagai gagal. Benda baru, sudah tentu ada banyak cabaran. Mana-mana program dan sistem, pemilihan secara langsung memerlukan masa untuk menjadi mantap dan diuji sebagai pendekatan yang berjaya.

Bagaimanapun PKR boleh juga mempertimbangkan kemungkinan meminda tatacara pemilihan. Kalau orang merasakan keluar mengundi dua kali (cabang dan pusat) memenatkan, lebih baik biar mengundi sekali sahaja. - http://shalehudin.blogspot.com/

Sah, Syed Husin tak nyanyuk... haha...

0 org komen
'Kalau Zaid teruskan, Azmin tetap mampu menang'

Abdul Rahim Sabri
Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata, beliau yakin Azmin Ali mampu menang dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu walaupun sekiranya Datuk Zaid Ibrahim tidak menarik diri sebelum ini.

"Saya rasa dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya kalau Zaid masuk pun, dia (Azmin) boleh menang.

Saya percaya Zaid pun tahu, kerana dia tahu trend pencalonan.

"Tapi bila kita tahu, (sepatutnya) jangan memburukkan parti. Kenapa salahkan orang sahaja," katanya.

Dr Syed Husin berkata, sewaktu membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang, persaingan bagi mengisi kekosongan itu memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun, tambahnya, "tak sangka menjadi teruk sehingga ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti dan pimpinan dengan bekerjasama dengan pihak luar yang memusuhi parti".

"Pihak luar, misalnya media yang akan kaitan dengan parti-parti tertentu. Sebab pemilihan ini bukan sahaja dikomen buruk oleh media tertentu, tetapi juga dikomen oleh pemimpin parti politik tertentu," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.

Bagi Dr Syed Husin, insiden "memburukkan parti dan pimpinan" itu dimulai dengan tindakan Zaid mengkritiknya sebagai nyanyuk ekoran temubualnya dengan portal beritaMerdeka Review

"Saya percaya dia (Zaid) pun tidak baca interbiu itu. Kalau dia baca, dia tak akan tuduh saya (yang) menyatakan saya menuduh dia. Sebab saya tidak beri indikasi untuk memihak kepada sesiapa.

"Tapi dah jadi begitu... itu pun saya tidak menjawab. Bila sebut saya nyanyuk, nyanyuklah. Jadi saya tidak layan, sebab (ia) personal. Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk," katanya sambil ketawa.

(Zaid bagaimanapun menafikan menggunakan gelaran itu kepada Dr Syed Husin, sebaliknya menyebut beliau sebagai "nyanyu" atau merepek.)

Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA mendedahkan, pada waktu itu terdapat cadangan supaya Zaid dikenakan tindakan displin susulan tindakan itu.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, parti merasakan "kalau (tindakan) diambil displin, (ia) akan ditafsirkan seolah-oleh menyekat beliau untuk bertanding" dalam pemilihan parti.

"Tapi apa yang dilakukannya melanggar disiplin dengan serang parti dan kecam pimpinan. Semua itu melanggar displin. Dan memang dari awal sifatnya begitu," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa Zaid adalah "kuda trojan" atau musuh dalam selimut bagi memporak-perandakan parti, Dr Syed Husin berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya.

"(Itu kamu) kena tanya dialah...Tetapi seseorang itu, kita boleh dinilai dengan kata-kata dan tindakannya," katanya.

Mengimbau kembali pertemuannya dengan Zaid di Petaling Jaya setahun lalu, sebelum bekas menteri itu menyertai PKR, Dr Syed Husin berkata, beliau ketika itu berharap agar penyertaan seseorang dalam parti itu dibuat dengan niat baik.

"Tetapi saya kecewa, bila belum sempat beberapa bulan menjadi anggota, dia mulai serang parti kerana (apa yang berlaku) tidak sesuai dengan kehendak dia.

"Jadi, saya rasa perbuatan ini tidak baik dan susah diterima," katanya yang juga ahli Dewan Negara.- Malaysiakini
Related Posts with Thumbnails