Friday, December 31

Ramai sungguh pencacai Umno

2 org komen
Umno takkan tidur lena selagi Selangor tak dapat kat depa. Selangor kaya, nadi negara. Bukan kata negeri negeri lain tak penting tapi Selangor mengatasi banyak negeri negeri lain dari segi ekonomi. Dapat Selangor bermakna kata Umno akan dapat banyak dana untuk mengkayakan kroni dan anak bini.

Umno takkan duduk diam saja tengok Selangor dan negeri negeri Pakatan lainnya tak mahu ikut serta dalam pilihanraya umum anjuran Piem Umno Najib Razak nanti. Najib boleh ikut suka mak bapak dia umumkan pilihanraya umum satu Malaysia tapi negeri negeri juga berhak untuk tidak ikut serta. Negeri negeri Pakatan punya hak dan mandat selama lima tahun untuk menerajui negeri. Ini memeningkan kepala dia dan kabinetnya.

Justeru, segala usaha dan ruang telah dikerah dan diteroka untuk menawan negeri negeri Pakatan sebelum pilihanraya diumumkan. Dan melantik Khusrin sebagai SUK baru bagi Selangor adalah satu dari langkah awal yang akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak. Jelas dah, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor. Dia nak ulangi apa yang dilakukan di Perak.

Khusrin adalah semata-mata budak suruhan untuk menimbulkan kekecohan hingga Dewan Undangan Negeri Selangor berjaya dibubarkan. Istana telah dipergunakan bukannya baru, Najib murid yang terang hati dalam hal belajar dari sejarah idolanya, Mahathir Muhamad. Hal hal mencemar institusi kesultanan Melayu dengan mengheret masuk institusi Sultan dalam persoalan ini bukan asing dengan Umno. Setelah kononnya mendapat restu daripada Sultan, maka digunakan kembali isu derhaka kepada Sultan dan sebagainya sekiranya kerajaan negeri Selangor menolak Khusrin sebagai calon.

Apa nak jadi dengan suara terbanyak rakyat Selangor yang telah memimilih Pakatan sebagai pemerintah. Tindakan ganas ala Yahudi ini amat jelas telah menolak suara rakyat Selangor begitu saja.

Bangang tahap cipan

2 org komen
Rasa malu sungguh la ada menteri menteri dalam kerajaan negara kita yang bangang tahap cipan nih. Rasa rugi sungguh la masih ada ramai Melayu yang tertipu dengan menteri penipu dan bengong tahap gaban nih.

Time depa naikkan harga barangan keperluan asas tak pa, depa suka suka mak bapak depa saja kata logik. Tapi time peniaga yang naikkan harga barangan jualan depa kerana dah tak tertahan dengan kos yang meningkat, terus kata tak logik.

Logik sangat ka kerajaan naikkan harga petroleum kerana kita negara pengeluar bahan-bahan berasaskan petroleum seperti petrol, diesel dan gas. Logik ka kereta kereta nasional buatan dan edaran dalam negara adalah lebih mahal berbanding harga kereta yang sama di luar negara. Lihat saja kerajaan yang penakut dan gerun akan kuasa rakyat telah berselindung disbalik pelarasan harga lantas menaikkan harga gula. Rakyat kian hari kian tertekan menantikan pesta naikkan harga barangan keperluan. Rakyat terpedaya kerana tiada sebarang pilihan. Kroni kroni mereka diperkaya dan dipelihara kerana poket perlu diisi bagi rasuah waktu pilihanraya.

Kalau barangan dapat secara murah dan mudah, kenapa perlu peniaga menjualnya dengan harga yang berlipat kali ganda dari harga sebelumnya....

Percayalah, hidup kita akan lebih sempurna, sejahtera dan selamat tanpa kerajaan Be END... Terima kasih kerajaan Be END kerana memberi lebih banyak lagi alasan untuk rakyat membenci dan menolak Be END pada pilihanraya umum nanti...

Thursday, December 30

Tak pa, kami ada Allah tempat mengadu...

0 org komen
Sebagai hamba, mana ada dah kuasa yang lain dah selain dari kuasa Allah s.w.t untuk kita adukan. Sebagai penganut Islam, mana ada dah Tuhan yang lain selain Allah s.w.t untuk kita panjatkan doa. Tiada sesiapa yang lebih mengatasi kuasa dan ketentuan Allah s.w.t, hanya pada Dia kita berdoa, hanya pada Dia kita berserah.

Aku setuju sangat dengan tindakan kerajaan negeri Selangor terkini yang berhajat ingin mengadakan solat hajat malam ini ekoran beberapa kes yang melanda pentadbiran negeri Selangor. Majlis solat hajat berkenaan akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam. Dimaklumkan, program tersebut akan bermula jam 6.30 petang sebelum solat maghrib.

Jom ramai ramai menjayakannya bagi yang berkemampuan. Tegakkan keadilan demi rakyat negeri Selangor.

Layak ka budak ni salakkan MB Selangor

0 org komen
Macam tak dak kesudahan kemelut SUK kat Selangor tuh...

Bijak sungguh BN nih, depa letak sebanyak mungkin dan merata rata tempat bebudak suruhan depa untuk laksanakan perintah depa bila bila masa diperlukan. Depa bela seberapa anjing anjing yang gatal untuk menyalak yang bersiap siaga untuk menyalak bebila masa yang diperlukan... cayalah...

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, MB Selangor tidak mempunyai kuasa untuk melantik setiausaha kerajaan (SUK) negeri atau menubuhkan sebarang suruhanjaya berkaitan, apatah lagi dengan menubuhkan panel temuduga bagi tujuan itu, kata NGO antikerajaan negeri.

Hahaha... kalau terus lantik tanpa ada temuduga, akan jadi macam si Khusrin tu laa... main tangkap muat saja...

Ustaz Azizan tak tau?

0 org komen
Haru la lagu nih, Mahfuz letak jawatan tapi MB Kedah Ust Azizan Abdul Razak dok tak ketahuan.

Dia kata dia tak tau apa-apa kononnya Naib Presiden PAS Mahfuz Omar telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato Sdn Bhd baru-baru ini. Laporan media dah riuh rendah kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah.

PM: Jumaat cuti umum hargai juara Piala Suzuki

1 org komen
December 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulong pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF. – Bernama

Wednesday, December 29

Sori bro... you tak layak...

0 org komen
Tak habis habis lagi dengan telatah ala zionis kerajaan persekutuan yang bertungkus lumus berusaha meletakkan proksi mereka, si Khusrin sebagai SUK kat Selangor. Bagai tiada kesudahan puak puak bangang BN yang ganas menekan ala yahudi terhadap negeri negeri dibawah Pakatan Rakyat bagi memastikan kekuasaan mereka terpelihara.

Kalau diletakkan seorang yang berkelayakan dan diterima ramai kedua dua belah pihak tu kira okey la jugak. Ini tak, diletaknya seorang yang terkenal dengan banyak kes kontroversi sebelum ini malah terpalit dengan tindakan tindakan bangang yang banyak menimbulkan pertikaian dan perbahasan orang ramai dalam banyak isu. Dalam tajuk Kelayakan Khusrin jadi SUK S'gor dipertikai, Malaysiakini melaporkan Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR telah mempertikai kelayakan Khusrin Munawi sendiri sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru. Malah beliau juga menyifatkan tindakan melantik Khusrin lebih kepada tindakan ingin sabotaj kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.

Sebelum ini Khusrin juga telah 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan. Jelas, tindakan sempit sebegini melambangkan pemikirannya yang juga sempit dan jumud. Tindakan tindakan Khusrin selama ini juga lebih dilihat sebagai individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama demi survival tuan yang menyuap rezeki padanya tanpa mengira persepsi orang ramai.

Menurut Nik Nazmi lagi, dari seri rekod pula Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A. Khusrin juga sekadar menghabiskan tiga daripada 27 tahun perkhidmatannya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di peringkat persekutuan, selebihnya cuma berkhidmat di negeri Selangor. Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira.

Justeru tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Pengarah JAIS ini sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor hanya melalui pemakluman pada Sultan saja tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol.

Lantas, siapakah yang sebenarnya berselindung dibelakang istana demi kepentingan politik kepartian ini. Siapakah yang sebenarnya telah menyalahgunakan kuasa istana dalam menindas dan menekan Pakatan Rakyat.

SPRM, hangpa ni berani ka?

0 org komen
Majoriti rakyat kita hidup dalam keadaan serba tertekan apatah lagi dengan kerenah yang sengaja dicipta oleh kerajaan Najib mengiakan saja pada segala macam jenis kenaikan harga barangan dewasa ini. Pemotongan subsidi pelbagai barangan asas tersebut meledakkan kenaikan kos sara hidup yang mendadak.

Namun masih ada sebilangan kecil rakyat kita yang amat bertuah masih mampu berjoli sakan menghabiskan harta rakyat demi memuaskan nafsu serakah mereka. Mereka yang bernasib baik ini sebenarnya telah dinobatkan oleh rakyat sebagai pemegang amanah membela rakyat. Malangnya, rakyat yang majoriti masih dibawah sedar telah memperjudikan masa depan negara dan harta benda mereka pada tangan tangan durjana. Lihat saja isteri Piem Umno yang begitu gah mendakwa dirinya sebagai wanita pertama negara ini. Beliau dengan sewenang wenangnya membazirkan wang rakyat hanya untuk suatu majlis yang dihadiri oleh 15 wanita pertama dari seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara negara miskin Afrika.

Mungkin banyak yang sudah mula menghafal angka ini, RM4.5 juta dan itulah angkanya duit negara yang dihabiskan memewahkan mereka mereka yang kononnya wanita pertama dari seluruh negara. Entah entah, layanan kelas pertama yang mereka jumpa disini hasil dari perahan wang rakyat itu belum tentu dapat dirasai sebagai 'first lady' dinegara mereka sendiri. Jadi, di manakah kewajaran hati budi Rosmah Mansor untuk sewenangnya membazirkan wang ini hanya untuk suatu majlis seumpama ini?

Justeru, SPRM wajar melakukan siasatan segera terhadap penyelewengan wang negara RM 4.5 juta itu yang kononnya dihabiskan demi negara sebagai penganjur Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan isteri Piem Umno, si Rosmah Mansor. SPRM perlu melihat dari perspektif kepentingan negara secara keseluruhannya tanpa perlu menoleh siapa yang begitu bebal dan beria ia hendakkan sidang kemuncak ini sebegitu gemilang dan mewah. Pembaziran demi menaikkan nama individu tertentu adalah juga sebagai satu daripada penyalahgunaan kuasa.

RM 4.5 juta bukanlah suatu angka yang kecil. Ia adalah wang negara, wang rakyat dan rakyat tentunya mahu tahu bila dan di manakah program yang seumpama ini dibincang dan diluluskan. Siapakah yang terlibat di peringkat Kerajaan. Peruntukan mana yang diambil untuk menyempurnakan impian Rosmah ini.

Amacam SPRM... hangpa ni berani ka?

Menyekolahkan rakyat

0 org komen
Aku tumpang seronok dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh Pemuda PAS untuk mengadakan siri jelajah seluruh negara yang bertujuan memberi kesedaran pada rakyat supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang.

Tak kira la apa nama jelajah pun yang akan diberi tapi sikap pro-aktif sebegini perlu disokong. Tak perlu nama yang menggerunkan musuh tapi aturcara yang bakal diadakan dinegeri negeri kelak perlu diatur secara bijaksana. Kita yakin dengan kerjasama erat beberapa susuk profesional dalam pemuda sendiri bakal menghasilkan hasil yang memberangsangkan. Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

Kita bersetuju rakyat yang celik politik pastinya akan menolak Umno mentah mentah. Hanya yang buta ilmu saja yang masih mendakap keris karat Umno. Tapi bercakap lebih mudah dari melaksanakannya. Usaha yang jitu dan berterusan dari kalangan penggiat dan pendokong Pakatan Rakyat bagi mendekati rakyat secara berhemah amat dituntut bagi merealisasikan Umno diganti oleh Pas. Dan pemuda perlu membuktikan ini, menggalas cabaran parti yang mengharapkan pemuda bersinting lengan dan seluar tanpa memikirkan jubah dan serban yang akan berjela jela kotornya.

Umno pasti risau dan bakal berusaha menggagalkan misi murni pemuda ini. Nescaya beberapa tindakan susulan pasti telah dirancang rapi oleh mereka mereka pengkhianat bangsa ini termasuklah menyekat permit permit dari dikeluarkan pada anak anak muda kita. Bagaimanpun, kita amat berharap usaha pemuda dalam misi menyekolahkan rakyat dengan politik terkini diberkati Allah s.w.t jua.

Tuesday, December 28

Laa... RM5,700 saja ka...

0 org komen
Salah tetap salah, tak kira berapa banyak nilai yang terlibat. Aku setuju stetment tuh... tapi, alahaii... yang jerung banyak terlepas tu apa hal plak... yang sangkutnya ikan ikan bilis nih...

PENGURUS Kanan Bahagian Khidmat Pelanggan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), K Baskaran, 53, didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5,700 pada 2006. - Foto Asman Ibrahim.

Awas: Sindrom kurang kasih sayang menular lagi dalam PKR

2 org komen
Gobalakrishnan: Anwar pilih kasih

Pergeseran di antara ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan pemimpin tertinggi PKR semakin memuncak dan beliau kini tidak lagi berselindung dalam menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu.

Gobalakrishnan berkata demikian ketika menjawab amaran keras yang dikeluarkan N Surendran, naib presiden baru parti itu yang mahu beliau menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.

Ingkar dengan arahan tersebut, Gobalakrishnan hari ini menuntut supaya Anwar dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa telah menutup sebuah kuil di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Gobalakrishnan mendakwa, Anwar bertindak demikian dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

"Masalah ini wujud ketika pentadbiran BN di Selangor tetapi mereka tidak bertindak sehingga menutup kuil berkenaan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar amal 'pecah dan perintah'

Tambahnya, Anwar juga telah memperkuatkan kepemimpinan Melayu dan Cina di dalam PKR tetapi masyarakat India diabaikan dan jauh diketepikan sejak 12 tahun lalu.

"Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli.

"Ini merupakan amalan pecah dan perintah yang jelas daripada Anwar," kata Gobalakrishnan lagi yang merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan parti bulan lalu.

Jelasnya, beliau berkata demikian kerana telah tiba masanya untuk menjelaskan "ketidakadilan" yang didakwa berlaku.

Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.

'Surendran bukan ahli PKR'

Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.

"Surendran telah menyatakan bahawa PKR merupakan parti yang demokratik dan tetapi saya kini sedar bahawa demokrasi hanya diamalkan secara pilih kasih di dalam parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Gobalakrishnan lagi.

Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.

"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi.- Malaysiakini

Ada ka lagi tempat untuk PR Selangor mengadu...? wakaka...

0 org komen
Lantikan Pengarah Jais SUK muktamad, kata Istana Selangor
December 28, 2010

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Pelantikan Pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)Selangor yang baru muktamad, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani.

Laporan itu dilihat menafikan pendirian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Munir berkata keputusan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah pun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada pandangan saya, keputusan itu ‘confirm’ kerana Tuanku telah memberi perkenan melantik beliau (Khusrin),” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Munir berkata dalam Perlembagaan Negeri Selangor, kuasa pelantikan terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam kira-kira tiga jam selepas pengumuman oleh Putrajaya, kerajaan negeri Selangor dan pusat dilihat terlibat dalam ‘konflik awal’ ekoran pendirian pentadbiran Pakatan Rakyat itu yang menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, cadangan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

The Malaysia Insider dalam laporan hujung minggu lalu menyebut Putrajaya telah mengesyorkan nama Khusrin sedangkan kerajaan negeri Selangor pula membawa tiga nama untuk perkenan Sultan Selangor.

Difahamkan ketiga-tiga nama melibatkan ketua Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Difahamkan kerajaan negeri Selangor tidak begitu senang dengan tindakan pusat menghantar nama mereka meskipun pelantikan jawatan itu lazimnya dibuat oleh pusat.

Ini kali pertama kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan situasi itu selepas mengambil alih pentadbiran ekoran keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Pelantikan itu dikhuatiri akan menimbulkan konflik dan mengganggu kelancaran pentadbiran negeri memandangkan Khusrin didakwa lebih cenderung kepada pentadbiran Najib.

Kelantan pimpinan PAS pernah berhadapan dengan situasi sedemikian ketika awal pemerintahan selepas menang pilihan raya umum 1990.

Menteri Besar dijangka akan menghadap Sultan Selangor esok berkenaan isu itu.

Dalam satu kenyataan menerusi Bernama pagi semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Khusrin, 54, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuat kuasa 1 Januari ini.

Khusrin menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.- Malaysian Insider

MP mana kena ugut nih...

0 org komen
AHLI PARLIMEN KENA UGUT DENGAN GAMBAR AKSI SEKS!!!

Kisah ADUN Selinsing belum habis. Kisah 'bekas menteri' yang rogol Amah Indonesianya yang sudah bekerja lapan tahun dengannya juga, sedang hangat dengan teka-teki sehingga ada pula cerita yang kononnya bekas menteri tersebut berasal dari Kedah sekalipun bukti-bukti video dan audio pula mendakwa menteri berkenaan berasal dari negeri yang berjiran dengan Selangor!

Dan terkini, cakap-cakap di lobi sebuah hotel empat bintang di tengah-tengah Kuala Lumpur pula menyajikan satu lagi cerita Ahli Yang Berhormat dan skandal seks. Daripada sembang-sembang beberapa orang pemimpin politik yang berkumpul di lobi hotel berkenaan, riuh-rendah tentang seorang Ahli Yang Berhormat sedang diugut dengan gambar-gambar aksi lucahnya yang dikatakan mengalahkan ahli porno helikopter Jepun!

Disebabkan gambar-gambar itu jugalah, menurut mereka Ahli Yang Berhormat tersebut kerap didatangi oleh beberapa orang 'ulat' yang sangat terkenal sebagai kaki pau untuk 'menyamun' wang ringgitnya. Ahli Yang Berhormat tersebut bernasib malang kerana 'ulat' berkenaan bijak untuk memeras ugutnya memandangkan gambar yang diserahkan kepadanya hanyalah salinan dan ulat itu juga tidak bertindak secara sendirian sebaliknya mempunyai rangkaian ulat yang dikatakan didalangi oleh seorang ahli politik terkenal.

Yang lebih malang, salah seorang 'ulat' berkenaan adalah BLOGGER!!!

Sekalipun rangking blognya tidak tersenarai dalam kalangan Top 150 blog di Malaysia, namun blogger berkenaan sememangnya terkenal di kalangan ahli-ahli politik dan muka serta batang tubuhnya boleh dilihat dengan mudah setiap kali ada persidangan parti politik utama.

Gambar-gambar yang dirakamkan di sebuah pusat peranginan di sebuah negara jiran, jatuh ke tangan pemerasugut apabila Ahli Yang Berhormat itu menyerahkan kameranya kepada pembantunya sendiri!

Nampaknya BLOGGER sudah dapat satu lagi gelaran iaitu PEMERAS UGUT!!!

Tindakan Ahli Yang Berhormat berkenaan tidak membuat laporan polis, amat kita maklum. Namun sekiranya Ahli Yang Berhormat tersebut membuat laporan polis dan menghebohkannya sebagaimana yang dilakukan oleh ADUN Bukit Lanjan, pastinya bukan sahaja 'ulat' pemeras ugut itu sahaja yang terkena natijah sebaliknya BLOGGER-BLOGGER lain juga akan terkena ulah yang sama!!!

Makin MAJU rupa-rupanya negara kita nih....

Cucu Tok Wan

Monday, December 27

Felda pasti bangkrap

0 org komen
Sapa tak kenal Isa Samad. Para penagih politik negara tak semestinya perlu menjadi ahli bangsa Umno karat untuk mengenali siapa Isa Samad.

Nama Isa Samad sebagai politikus yang sekian lama menikus dalam Umno memang gah dan tak asing lagi. Namun kini namanya dijulang lagi, terima kasih pada Najib kerana mengangkat kembali nama Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru. Terima kasih juga pada Najib kerana memberi lebih ruang pada pembangkang untuk mempergunakan sepenuhnya kemuruk yang ada pada Isa Samad bagi membelasah Umno khasnya.

Apa taknya, jangan tanya orang berbangsa Umno, tapi tanyalah siapa juga yang mengetahui selok belok politik tanahair, mereka pastinya kecewa dengan pelantikan Isa sebagai pengerusi Felda kerana beliau amat tidak layak untuk memegang jawatan tersebut. Latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004 begitu jijik untuk memimpin organisasi Felda yang tepu dengan mak cik dan pak cik Felda yang tak berdosa. Harapan masyarakat Felda begitu tinggi dan kita amat takut ianya tak berbaloi menggadai masa depan Felda ditangan seorang pesalah dalam komuniti bangsa Umno ini.

Bukan niat memperkecilkan susuk bernama Isa Samad ini tapi beramanah bukanlah sifat yang boleh dirujuk pada sdr Isa Samad. Memperjudi masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu pada sdr Isa yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa amat tidak sesuai dan langkah yang amat tidak tepat.

Inilah kesilapan bertalu talu dari kerajaan pimpinan Najib yang langsung tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik. Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut.

Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. 

TPM: Tengok macamana media Umno perangkap Pakatan

0 org komen
Awasi perangkap TPM

Oleh Subky Latif
SAYA tanya Tian Chua, Naib Presiden PKR yang baru, “Bagaimana Anwar boleh menamakan Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan?” Jawab Tian Chua bahawa Anwar tidak mencalonkan sesiapa. Dia ditanya media tentang siapa TPM kiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti.

Kata Tian Chua, Anwar tidak menyebut nama sesiapa.

“Sesiapa pun boleh. ”Dia ditanya lagi, adakah seorang bukan Melayu boleh jadi Timbalan Perdana Menteri?

Anwar dikatakan menjawab, “Tidak ada masalah.

”Dan ditanya lagi, bagaimana dengan Kit Siang.

Apa Anwar hendak kata? Kalau dia jawab, tidak boleh, tentu ia jadi isu. Bila dia jawab, boleh, juga akan jadi isu.

Apa dia hendak kata?

Yang dia boleh kata ialah “Tidak ada masalah.”

Kata begitu pun juga jadi isu.

Maka disebarlah berita dalam media bahawa Anwar dikatakan akan mengambil Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kata Tian Chua, Anwar tidak buat cadangan pun.

Bagitulah media memerangkap Anwar dan sekali gus memerangkap Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpinnya dan penyokong-penyokongnya.

Sama ada perangkap itu dipasang musuh terdiri dari puak Ketuanan Melayu atau oleh sesiapa saja, puak Ketuanan Melayu memang suka dengan kejadian itu, kerana ia boleh mencelarukan kelicinan Pakatan Rakyat mencabar monopoli kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Memang sedikit sebanyak berita yang tersebar itu sudah mencelarukan keadaan. Ada yang berkata ia belum dibincang dan ada yang berkata begitu dan begini hingga pengundi-pengundi bebas tertanya-tanya.

Selama-lamanya Barisan Nasional terutama Umno menyuruh rakyat bertanya, Siapa Perdana Menteri kalau pembangkang menang?

Masa belum ada Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif dulu, pembangkang tidak sekata menamakan Perdana Menterinya. PAS kata,

Datuk Asri lah. Kemudian, Yusof Rawa lah dan Fadzil Noor lah.

DAP pula memikirkan Lim Kit Siang nya.

Semasa Tengku Razaleigh tidak menyertai Umno (Baru) dalam PRU 1990 dulu, Semangat 46 mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri. Tetapi PAS diam saja.

Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, pejuang reformasi mengira dialah Perdana Menteri bila BN dikalahkan. PAS tidak kata tidak dan tidak kata OK. Orang politik dan orang ramai tertanya-tanya bagaimana banduan boleh jadi Perdana Menteri? Dia tidak boleh bertanding dan kalau bukan anggota Parlimen, mana boleh jadi Perdana Menteri.

Tetapi setelah Pakatan Rakyat ada, calon Perdana Menteri itu sudah ada. Pertanyaan yang Umno suruh rakyat tanya itu sudah ada jawapannya. Sudah disetujui oleh Pakatan Rakyat bahawa Anwarlah calon Perdana Menteri.

Jika dia tidak sempat dan dipenjarakan sekali lagi pun, maka sudah ada jawapan tentang Perdana Menteri.

Kalau dalam PRU 2008 tiada calon Perdana Menteri yang jelas, BN telah lintang pukang, maka cabaran itu adalah berganda apabila Perdana Menteri menunggu itu ada dan bergerak. Walaupun pembangkang belum tentu menang, tetapi ia belum tentu kalah. Akan tetapi kerajaan BN pula belum tentu kalah, tetapi tidak pasti pula menang.

Bagi menghalang Pakatan menang, maka celarukan ia dengan isu Timbalan Perdana Menteri. BN tentulah TPMnya ketuanan Melayu. Kalau TPM Pakatan Rakyat bukan Melayu, maka ada ruang bagi Umno menghasut pengundi Melayu supaya jangan lari daripadanya.

Maka orang Pakatan - kecil dan besar – jangan latah dengan perangkap APCO atas isu TPM itu. Reaski masing-masing jangan pecah di mulut dan laman web. Jangan jadi isu TPM sebagai penghalang destinasi ke Putrajaya.

Pastikan tiba ke destinasi dulu. Lepas itu tahulah Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh apa nak buat dan Tok Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang juga tahu apa hendak dibuat.

Di mana Ustaz Hadi dan Kit Siang hendak ditempatkan tidak sepenting membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama, memerangi rasuah dan penyelewengan, menjamin keluhuran undang-undang dan demokrasi.

Jika Pakatan dikecamukkan oleh isu TPM, jalan ke Putrajaya nescaya bengkang bengkok. Jika ia tidak sampai ke Putrajaya, peluang tiba lima tahun lagi tidak semudah hari ini. Macam-macam boleh berlaku lima tahun lagi. Keadilan sosial tidak dapat ditegakkan dan rasuah tidak dapat dibendung.

Menyedari isu TPM itu satu perangkap, maka tidak sesiapa patut latah dengannya.

Langkah hina menidakkan kerajaan pilihan majoriti rakyat Selangor

0 org komen
Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan


Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.- Malaysiakini

Jangan biar diperbodohkan

1 org komen
Orang Melayu ni memang mudah ditipu dan dibodohkan. Mereka dengan mudah sekali dikelirukan antara agama dan bangsa. Mereka sering diperdaya sehingga bingung mana satu perlu diutamakan antara kepentingan agama dan bangsa.

Sudah banyak masa terbuang memperkatakan tentang kepentingan antara agama dan bangsa ini. Sudah terlalu banyak susuk yang memperkatakan tentang keutamaan yang perlu diberi terhadap isu pokok ini. Tak perlu aku ber'sirah' terlalu panjang tentang masaalah yang sengaja dicipta Umno bagi melalaikan umat Melayu ini. Cukup rasanya ditekankan bahawa masa depan orang Melayu akan lebih terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam. Kebenaran Islam menjaminkan keadilan bagi semua tanpa mengira kaum. Hikmah yang dibawa Islam boleh dinikmati oleh semua rakyat tanpa membatasi ras ras darjat dan warna kulit.

Tiada lain yang boleh mengangkat Melayu melainkan Islam. Ketuanan Melayu saja belum cukup tanpa disertakan oleh kekuatan Islam sebagai tonggak. Semangat kemelayuan saja belum kebal dari asakan budaya kuning tanpa diuliti oleh kekebalan Islam sebagai hiasan. Kesimpulan yang tak boleh dinafikan oleh sesiapa, hanya Allah s.w.t yang boleh selamatkan orang Melayu, hanya agama Allah s.w.t saja yang boleh memartabatkan bangsa dan negara.

Tercantik 2010

0 org komen
Malaysia meninggalkan 2010, dengan mencatatkan kenangan paling manis bagi sukan bolasepak negara apabila menumpaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur malam tadi.

Tahniah pada senarai pemain negara dan anak anak muda kita yang kental semangat menaikkan kembali nama negara diarena bolasepak. Gol Malaysia diperoleh menerusi Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-59 dan 71, manakala Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-67. Kemenangan malam ini bermakna skuad negara akan bertandang dengan kelebihan ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua. Disamping semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti, Malaysia tidak harus berpeluk tubuh merelakan kita dibelasah lagi sebagaimana pertemuan pertama kita di Indonesia yang lalu.

Tapi insiden laser pointer tu memang amat memalukan dan boleh mengundang sesuatu peristiwa yang amat tidak diingini... pihak Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci untuk membongkar misteri laser pointer tersebut, cari pelaku sebenar sekiranya ada sebab kita pun nak tau jugak betapa tepatnya laser pointer dia boleh tujukan ke muka penjaga gol Indonesia tu dalam jarak yang begitu jauh...

AFF: Malaysia 3 - 0 Indonesia

0 org komen
Pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia kini berada pada kedudukan selesa menjelang pertemuan timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 29 Disember ini. FOTO THE STAR/GLENN GUAN

Sunday, December 26

Umno bangang, yang undi depa bengong

1 org komen
Tak habis habis rakyat dikencing, tapi tak serik serik Umno dijilat...

Duit dah habis selepas rasuah kroni dengan projek. Duit dah habis kroni mula tarik harga. Duit dah habis sebab negeri negeri kaya jatuh ke tangan pembangkang. Duit dah habis sebab bangang dalam pengurusan. Duit dah habis sebab ketirisan melampau. Duit dah habis sebab rasuahkan rakyat dengan pembangunan yang tak seimbang. Duit dah habis sebab bini kaki shopping.

Bila kantong tengah kering ni... kena kreatif cari duit. Duit kena masyuukk baru kroni senyum sedia. Duit kena masyuukk baru ahli parti jadi semangat. Duit kena masyuukk boleh kerja parti berjalan. Duit kena masyuukk baru negara boleh diuruskan. Duit kena masyuukk baru sokongan dapat dipertahankan.

Tapi nak buat camana, bangsa Umno memang bangang. Idea kurang. Yang depa tau, rakyat ditekan untuk cari makan. Mulut rakyat disuap pisang masam, juboq dikait duri. Rakyat yang sekian lama digula gulakan Umno kini kian sedar diri. Tinggal ahli ahli parti bangsa Umno semenanjung ni saja yang masih lagi bangang dan mahu dibangangkan oleh pemimpin bangsa Umno yang bangang.

Beratus-ratus masalah rakyat terbengkalai termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya. Menteri menteri Najib yang korup idea dah mula cadangkan satu lagi cara menghisap darah rakyat Malaysia dengan mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini. Cara mudah kutip duit yang habis di joli. Cara mudah paksa rakyat tolong kerajaan.

Tak habis habis menteri Najib tunjuk bodoh dengan cara memeras rakyat, baru sangat lagi harga petrol ditingkatkan. Harga barang keperluan pengguna naik mendadak, perkhidmatan anak sekolah atau mak bapak kerja pun turut naik. Utiliti pun nak kena penaik. Semuanya akan naik kecuali gaji pekerja pekerja yang terpaksa berbelanja lebih dengan gaji kecil...

Khiaakk pttuuiihh....

Umno bangang, yang undi depa bengong...

Samseng yang bangang

0 org komen
Tak habis habis lagi pasai isu resolusi 100 hari yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang lepas. BN yang dah mula pening lalat bagai terhoyong hayang membuat ulasan. Pemimpin pemimpin BN dah mula baran tak berlagu.

BN khasnya Umno pasti terasa sesangat kerana apa yang ingin dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat sekiranya berkuasa menawan Putra Jaya hanya dalam masa 100 hari pertama saja memang mengejutkan mereka dari tidur. Kita lihat saja nanti sekiranya perkenan dari Allah s.w.t dan Putra Jaya jatuh ketangan Pakatan Rakyat, siapa yang akan terlebih dahulu melarikan diri dan keluarga keluar negara. Mereka mereka yang penakut ini saja lah yang sekarang ini sibuk menepis unjuran Pakatan Rakyat. Mereka mereka yang jelas menerima rasuah sebagai budaya hidup saja yang kecut telor dan gelabah biawak dengan saranan logik dari Pakatan Rakyat ini.

Telatah mereka bagai manusia yang hilang akal, menidakkan apa yang rakyat mahu, menggelabah kerana tahu apa yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat dalam resolusi itu adalah sesuatu yang amat amat dituntut oleh rakyat marhaen.

Apa yang nak disusahkan sangat, jangan sombong dan bongkak mengatakan orang lain tak boleh buat. Jangan jadi bangang mencabar kita yang belum punya kuasa pelaksana dan punya dana terkumpul yang korang kangkangkan dicelah kangkang korang. Korang turun dari takhta dan tengok barang sepenggal dua, Pakatan boleh buat atau tidak. Kuasa kalau dah ada ditangan, mahu ngan tak mahu saja untuk dilaksanakan.

Pakatan yakin, keadilan Islam untuk semua umat yang menjadi teras dalam pentadbiran bakal mengatasi segala permasaalahan yang sebelum ini gagal ditangani oleh Umno - BN walau dengan nasihat rakan APCO mereka. Dah la samseng... bangang pulak tuh... wakaka...

Saturday, December 25

Dulu teloq kena picit, la ni baru sedaq...

0 org komen
Khir Toyo, Dah Tak Laku, Baru Pandai Menyindir

Oleh laniisma
Khir Toyo yang dituduh melakukan rasuah dengan bisnes rumahnya, dan boleh dikira dah tak laku, baru pandai menyindir dan mengutuk.

Khir telah dibuang, kerana kita mengetahui sekirannya Umno yang dituduh ke mahkamah, maka 'bos besar' telah tidak berkenan dengan mereka, kalau bos berkenan, segunung duit rasuah pun yang dilakukan akan mereka tetap terselamat.

Langkah pertama Khir menimbulkan persoalan sama ada penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat. Juga kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.

Khir juga menyindir menteri 'jaga makmal' boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST. Khir juga mempersoalkan menteri 'jaga lektik' dengan tindakan mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

Saranan Khir ada benarnya tetapi inilah kaedahnya dalam Umno, mereka akan berani menyindir dan mengutuk kerajaan sekiranya sudah 'nyawa-nyawa ikan'. Sekiranya sihat dan masih ketawa besar, mereka akan senyap sesenyapnya. Tiada bantahan dan hanya 'Baik tuan!!!'.

http://www.ek-ele.co.cc/

Berhantu? wakaka...

0 org komen
Slogan 1 Malaysia Berhantu?

Oleh Mohd Sayuti Omar
MUHYIDDIN Yassin kata kerajaan Selangor takut kepada logo 1 Malaysia kerana ianya mendapat sambutan ramai. Sebab itulah kerajaan Selangor larang logo berkenaan dipasang di negeri berkenaan. Muhyiddin boleh membuat telahan begitu kerana ia menguntungkan Umno. Bila cerita itu disebarkan ia memberi gambaran slogan 1 Malaysia mendapat perhatian rakyat. Politik akan mengeksploitasikan apa saja termasuk tanah, air, api dan angin.

Saya tidak fikir kalau kerajaan Selangor takut kepada logo berkenaan. Tidak ada sebab untuk merasa takut. Ia sebuah logo saja tidak lebih dari itu. Ramai pun rakyat Malaysia termasuk pemimpin UBN sendiri tidak faham dengan tujuan dan makna logi demikian. Jadi kenapa ianya harus ditakuti kepada sesuatu yang tidak ada apa-apa erti?

Sebaliknya kalau logo itu membawa kesan dan natijah baik ke atas UBN maka wajar kalau kerajaan Selangor takut dan gerun kerana ia boleh menganggu kerajaan Selangor hari ini.

Teapi semua pihak sedar bahawa 1 Malaysia hanya sebuah slogan saja. Ia sama saja dengan slogan atau laungan kata-kata peransang yang dilaungkan penonton bola sepak kepada pasukan yang mereka suka. Kalau Kelantan, "gomo Kelantan gomo" kalau Terengganu "peteh Terengganu Petah".

Begitu juga dengan slogan 1 Malaysia. Ia slogan ataupun laungan Najib untuk mengejutkan para hadirin yang mengantuk atau pun layu semasa mendengar ucapannya. Ia sebuah jenama Najib bagi mengganti Wawasan 2020 atau Islam Hadhari yang menjadi sebutan sebelum ini. Kalau Islam Hadhari tidak memberi apa-apa impak dan makna, nah begitu juga dengan slogan 1 Malaysia.

Jadi tidak logik kalau kerajaan Selangor takut dengan slogan berkenaan seperti mana kata Muhyiddin itu. Takut kepada sesuatu tidak diketahui asal usul dan kesannya, takut yang tidak ada asas.

Adapun larangan itu bagi saya, yang saya nampak ialah kerana ia menganggu alam sekitar. Apa lagi kalau billboard itu dipasang di persimpangan jalan sehingga menganggu pemandangan pemandu ianya merbahaya.

Kalau pun kerajaan Selangor ada melarang pemasangan papantanda 1 Malaysia bukan kerana ianya ditakuti tetapi kerana masalah tadi, mencacatan keadaan sekitar dan menganggu pemandangan orang ramai.

Misalnya kalau papan tanda itu dipasang di taman rekreasi bukankan ia menganggu pemandangan umum. Orang ke taman rekreasi untuk melihat keindahan alam sekitar tiba-tiba tergerugup pula papan tanda 1 Malaysia menutupi pemandangan. Tidakkah sakit mata dibuatnya?

Bagaimana pun kerana faham dalam politik. Apa saja keadaan ianya diambil kesempatan. Politik tidak pernah berkata jujur melainkan penuh dengan tipu muslihat tidak kira ianya keluar dari halkum siapa. Misalnya kalau isteri Naijib atau Muhyiddin terjatuh di mana-mana jalan di Selangor, Muhyiddin dan Najib akan terus salahkan mengatakan jalan di Selangor buruk dan huduh. Itulah politik. Yang penting apa saja keadaan dan isu akan memberi untung kepada pihak yang menimbulkannya.

Satu hal yang lain kita mahu tanya Muhyiddin dan Najib apakah mereka juga akan bersedia untuk memberi ruang dan tempat dan tidak melarang sekiranya Pakatan Rakyat ada memasang banner ataupun apa-apa papan tanda slogan mereka di dalam negeri-negeri kepunyaan UBN? Saya tidak mahu menjawab tetapi biarlah penjenguk blog ini menjawabnya.

Saya sangat berharap agar ada sesiapa yang mengambil gambar membuktikan bahawa ada terdapat apa-apa slogan atau papan tanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri dikuasai UBN? Jadi kalau Muhyiddin atau UBN juga tidak bersedia membenarkan bumi mereka yang dipinjamkan Allah untuk membenarkan Pakatan Rakyat meletakkan simbol atau slogan mereka, apa nak hairan kalau Selangor berbuat demikian?

Kesimpulannya di pagi yang cerah dan diharap akan cerah sampai ke esok, ialah... tuduhan Muhyiddin yang kerajaan Selangor itu takut adalah tuduhan atau cakap-cakap untuk menggaru mulut yang gatal saja, tidak lebih dari itu. Pembelaan Muhyiddin kepada slogan 1 Malaysia itu juga hanya di luar saja sedangkan hakikatnya beliau sendiri menjueh mulut kepada slogan berkenaan.

Bukankah Muhyiddin yang menyokong pandangan Mahathir yang mengatakan orang tidak faham dengan 1 Malaysia? Mat Masllan benar-benar ingat apa yang diperkatakan Mahathir itu.

Friday, December 24

Bukan double standard

0 org komen
Kita sembang sikit pasai demokrasi ala Malaysia nih... haha...

PRK Dun Tenang nampak gayanya dah beransur ansur panas dan tak tenang. Tarikh 22 Januari dipilih oleh Umno melalui bahagian SPR nya seabgai tarikh penamaan sementara pengundian pada 30 Januari 2010 sebagai hari mengundi.

Double standard? Daak... bukan double standard tapi SPR ikut perintah tuannya...

SPR salah sebuah bahagian Umno yang paling aktif dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.

Double standard? Daak... bukan double standard tapi SPR ikut perintah tuannya...

SPR apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, mereka dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR. Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.

Double standard? Daak... bukan double standard tapi SPR ikut perintah tuannya...

Haha... kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan di Malaysia... dah lama pilihanraya ni diharamkan... betoi macam kata bro TT... kah... kah... kah...

Bangun Pak Lah, ni ada isu nih...

0 org komen
Walaupun laporan WikiLeaks terhadap isu seorang menteri zaman Pak Lah yang merogol amah berbangsa Indonesia diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

Banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini sejak kebelakangan ini dan kita sebolehnya tidak mahu satu lagi isu dicipta untuk merenggangkan lagi hubungan akrab antara dua negara sebelum ini terjejas. Isu seperti ini haruslah ditangani dengan telus dan kita menuntut Pak Lah selaku manusia yang bertanggungjawab pada masa itu bangun dari tidor dan memberi penjelasan pada masyarakat atau menafikan sekiranya fitnah.

Kita menuntut keadilan untuk semua. Kita menuntut ketelusan dalam undang undang negara. Kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa. Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar.

Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang. Kalaulah laporan WikiLeaks ini benar, kita mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya yakni Piem Umno zaman tersebut.

Thursday, December 23

Umno tak pentingkan pendidikan

1 org komen
KENYATAAN MEDIA

NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.

Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.

Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010

Hihi... ada orang yang kecut teloq baca cerita nih...

0 org komen
Depa dua ekoq tu bukan pak cik pak cik felda yang tunggu rasuah pilihanraya, depa tu orang lama politik Argentina. Depa dua ekoq tu pemimpin veteran dan pengasas diktator Argentina ketika era pemerintahan tentera junta (1976-83)

Pasai apa depa nampak macam terkejut beruk? Jorge Videla (kiri), dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan kejam ke atas kumpulan berhaluan kiri ketika pemerintahannya manakala Luciano Menendez, 83, yang juga jeneral junta dihukum penjara seumur hidup kerana terbabit dalam kesalahan jenayah kemanusiaan ketika mengetuai angkatan tentera di 11 wilayah di negara itu, hari ini.

Amacam? Bila pula kita boleh tengok cerita yang serupa kat Malaysia? Pemimpin harus bertanggungjawab terhadap apa saja yang depa buat... sebab tu depa kena ikhlas dan amanah... sebab dunia sepatutnya begini, hukum sesiapa juga yang didapati bersalah, hukum sesiapa juga yang telah menidakkan hak orang lain terutama hak rakyat jelata...

Bangang pun, jangan tunjuk kat orang woii...

0 org komen
Apa agaknya yang Piem Umno si Najib bimbangkan sangat dengan program 100 hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat lalu. Apa agaknya yang Timb Piem Umno si Muhyiddin gelabahkan sangat tentang pelancaran Buku Jingga yang dipersetujui bersama oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang heboh dicanangkan sebagai mimpi disiang hari tu.

Sepatutnya Najib dan Muhyiddin tak payah gelabah biawak dah. Dari kenyataan Najib Razak sendiri dan Muhyiddin Yassin jelas menampakkan program 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat yang diumumkan itu tidak akan memberi sebarang kesan pada ke'Tuan'an Umno di Malaysia nih. Nak heran dan gelabah apa nya pulak. Tapi umum tahu, semakin tinggi kenyataan mereka dijulang, semakin takut dan gentar teramat mereka dimata rakyat. Umno dilihat seolah-olah ‘amat terdesak’ untuk menyembunyikan suatu kebenaran dari pengetahuan rakyat. Jika tidak, mengapa perlu Piem dan Timb Piem begitu bersungguh-sungguh membidas andai selama ini pentadbiran Umno BN cukup cemerlang seperti yang dicanang.

Inilah buktinya bahawa Buku Jingga telah menggugat Umno, menakutkan Piem dan menggentarkan Timb Piem. Andai Program 100 Hari Pakatan dikatakan sebagai 'politik janji'semata-mata, bagaimana pula dengan janji-janji kerajaan Umno BN selama 53 tahun yang ternyata telah gagal dalam mentadbir Malaysia. Semua tahu 1001 janji yang telah dibuat tetapi adakah semua dilaksanakan.

Kalau ia pun bangang, jangan tunjuk kat orang. Jangan bagai menampar muka sendiri dengan melupakan terus janji di Sibu, Batu Sapi dan Hulu Sealangor yang masih belum tertunai sehingga kini. Projek Terminal Puduraya dah jadi janji Gajah Putih akhirnya. Janji Jambatan Labuan sehingga ke hari ini dilupakan. 1Malaysia yang haprak telah meletakkan keuntungan Syabas, Plus dan Uda Mall diutamakan, rakyat yang dipinggirkan.

Imbuhan RM500 kepada guru-guru tak mampu, tapi menara warisan berharga RM5 bilion boleh pulak. Siap dengan memberi RM500 juta pada sorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN senang senang saja di lakukan. Keyakinan Pakatan secara jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN selama lebih dari 52 tahun ini.

Rakyat sudah tahu dan amat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat terbanyak.

Wednesday, December 22

Mati mati aku ingatkan Zul Kulim tadi... hihi...

0 org komen
Zulkifli diburu Interpol disyaki ada di selatan Filipina
December 22, 2010

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) kerana kaitan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina.

Sumber polis berkata Zulkifli Abdhir, 44, melarikan diri ke negara itu sejak tahun 2002 sejurus selepas kejadian pengeboman di Bali yang telah meragut nyawa 110 rakyat Australia.

“Zulkifli memang merupakan salah seorang pengganas yang diburu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dipercayai terlibat dalam pengeboman itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Zulkifli tidak dapat dikesan sehingga sekarang kerana dipercayai disembunyikan oleh kumpulan pengganas yang berada di sana.

“Kenyataan daripada isteri serta ahli keluarganya juga telah lama diperolehi dan kita masih lagi memburunya,” katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Zulkifli yang berasal dari Muar, Johor dikehendaki di Amerika Syarikat selepas disyaki terlibat dalam kegiatan subversif termasuk merancang beberapa siri keganasan di lokasi tidak dinyatakan dan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan di San Jose, California baru-baru ini. – Bernama

Sedarlah Melayu oii...

1 org komen
Kenakalan pemimpin Pakatan Rakyat telah membuatkan orang kuat Umno panas punggung. Apa taknya, pemimpin pemimpin Pakatan bagai telah sepakat, sehati sejiwa mengunjurkan 'program 100 hari PR' sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada PRU yang akan datang nanti. Antara kandungan 100 hari PR jika dapat tawan Putrajaya ialah mengheret perasuah ke mahkamah, menghapuskan ISA, menjadikan Polis, SPRM sebagai betul-betul bebas dari dipengaruhi mana-mana pihak dan menghapuskan tol di lebuhraya.

Lantas TPM Umno si Muhyiddin Yaasin dan PM Umno si Najib Razak dah jadi macam cacing kepanasan, tidur tak lena dan mandi tak basah. Apa yang ditakutkan sangat oleh kedua dua orang kuat Umno tuh... dah tak terlawan idea 100 hari Pakatan kah... atau takut diri sendiri terseret kerana terlalu banyak terpalit dengan isu isu rasuah? Atau banyak saja kroni tapi tak boleh dipercayai, ya laa... kroni boleh suka suka pecah lubang... haru korang... wakakaa...

Soal Pakatan Rakyat boleh buat atau tidak, itu perkara mudah. Rakyat lebih tahu bagaimana menurunkan sesuatu kerajaan sekiranya mereka berjaya menaikkan mereka sebelum ini. Kegagalan dalam menunaikan janji dan tanggungjawab sepatutnya tidak harus diberi peluang kedua lagi pada memana kerajaan pun. Senang sangat, bukan payah mana pun! Kita pakat ramai ramai jatuhkan kerajaan yang gagal dan lantik saja sesapa yang dikira boleh bekerja untuk rakyat.

Lihat saja Selangor sebagai contoh, selama lebih 50 tahun diperintah oleh puak puak bangang Umno tuh, ada ka kita terfikir nak dapat 20 meter padu air secara percuma atau kira-kira RM11.90 sebulan tuhh... Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah buktikan mereka boleh beri apa yang Umno bangang tak boleh bagi.

TPM Umno, si Muhyiddin dan PM Umno si Najib teramat takut kerana mereka nampak benda mudah ni didepan mata mereka. Bayangkan anak anak yang baru lahir di selangor akan dapat RM100 masuk tabung Tawas sebagai tabungan masa depan anak-anak.

Mereka mereka yang tak nampak semua ni hanyalah manusia manusia Melayu dari bangsa Umno saja. Bangsa Umno yang berfikir hanya menggunakan kepala lutut. Puak-puak ni hanya nampak Umno saja yang boleh suapkan mereka makanan, dah memang jenih ayam daging belaan yang tak tahu cari makan sendiri.

Kalau ORI pasai apa sama? Sama sama ORI ka?

1 org komen
Najib Nafi Ciplak Konsep 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketikaberucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, Selasa. - Bernama



Dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

"Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakahperkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis.

Najib berkata, untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

Wakaka.... Najib buat lawak zaman orang celik IT...

Sistem ekonomi bangang

0 org komen
SISTEM EKONOMI LAH... BANGANG !

BUKAN ORANG TAPI SISTEM

A, B DAN C EKONOMI KITA

Harga gula dan harga bahan bakar minyak baru sahaja naik. Harga leterik akan naik tidak lama lagi. Malah seribu satu macam harga barang barang keperluan yang lain telah, akan dan sedang naik harga. Apa sahaja barangan konsumer yang bersangkutan dengan gula dan bahan bakar minyak petrolium pasti akan naik.

Orang ramai pasti ingin tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kenapa harga barang keperluan naik. Kenapa dahulu harga murah dan sekarang naik. Apa yang menyebabkan barang naik. Kenapa ianya naik pada ketika ini.

Untuk memahami semua persoalan ini kita wajib memahami sistem ekonomi kapitalis. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam dunia ini ada dua sistem ekonomi. Satu sistem ekonomi kapitalis dan satu lagi sistem ekonomi sosialis.

Sistem ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Apa sahaja projek, dasar pembangunan atau kaji selidik yang dilakukan semuanya berkiblatkan keuntungan maksima. Kapitalisma tidak ada agama dan tidak ada bangsa. Di Saudi Arabia kapitalisma beragama Islam. Di Itali kapitalisma beragama Katholik. Di India kapitalsima beragama Hindu. Di China kapitalisma tidak beragama. Yang penting untuk kapitalisma ialah untung bukan agama atau bangsa.

Sistem sosialis berpaksikan kebajikan ramai. Keuntungan bukan jurupandu sosialisma. Pembangunan dibuat bukan untuk kroni atau untuk mencari untung tetapi untuk kebajikan umum. Dalam sistem ekonomi sosialis semua punca punca pengeluaran dan bahan keperluan asas untuk warga seperti air, udara, hospital, makanan, pengangkutan, leterik atau jalan raya dimiliki oleh kerajaan. Keuntungan tidak dijadikan juru ukur atau tangga kejayaan. Kesejahteraan awam diutamakan.

Sistem ekonomi kapitalis ini telah dipaksakan ke atas Malaysia. Pada satu ketika dahulu air, api, hospital , jalan raya, sistem penerbangan awam – semuanya milik rakyat. Hari ini satu demi satu harta orang ramai ini telah dijual kepada kaum pemodal yang kaya dan berduit. Penjualaan harta orang ramai kepada milik persendirian ini dinamakan penswastaan.

Dasar penswastaan ini adalah satu strateji kaum pemodal untuk menaklok dan menguasai punca punca ekonomi yang dimiliki oleh orang ramai. Cara mengambil alih harta orang ramai ini bukan satu pekara yang susah untuk dilakukan.

Kaum pemodal dan kaum kapitalis telah memberikan dana dan sokongan kepada ahli ahli politik. Kaum pemodal dan para kapitalis telah menaja ahli-ahli politik yang akan menyokong dasar penswastaan. Apabila parti dan ahli-ahli politik ini menang pilihanraya maka kerajaan baru ini terus memperkenalkan dasar penswastaan. Inilah caranya dasar penswastaan diperkenalkan di United Kingdom oleh Parti Konservatif Margaret Thatcher satelah mengalahkan Parti Buruh.

Di Malaysia agak berbeza - penswastaan diperkenal melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru ini cuba melahirkan kaum kapitalis Melayu. Justeru banyak syarikat kerajaan - harta orang ramai - telah difaraidkan. Pada dasarnya difaraidkan kepada orang Melayu dan bumiputera. Tetapi akhirnya semuanya diambil alih oleh para cukong yang memiliki modal yang lebih ampuh.

Hari ini api leterik, gula, beras, minyak makan, tepong, jalan raya, universiti, hospital – yang pada satu ketika dahulu dikawal atau dimiliki oleh syarikat milik kerajaan kini telah sekali lagi diambil alih oleh kaum pemodal. Kalau dahulu perkhidmatan menjadi tulang belakang dan iman syarikat dan lembaga ini. Dengan penswastaan rukun iman kaum pemodal ialah keuntungan maksima. Khidmat yang diberikan wajib mendapat pulangan yang menguntungkan.

Justeru kerana itu satu demi satu barang-barang keperluan kita dinaikan harganya. Tuan empunya syarikat, tuan empunya kilang dan para pengedar tidak pernah mahu keuntungan mereka turun. Dalam masa yang sama kerajaan tidak lagi dapat berbuat apa apa kerana syarikat ini bukan lagi milik orang ramai. Untuk memedihkan cerita – para menteri dan kaum keluarga mereka juga memiliki saham dan kepentingan dalam syarikat ini.

Mereka yang membuat dasar penswastaan memiliki kepentingan dalam syarikat yang diswastakan. Malah perjanjian antara kerajaan yang menjualkan harta orang ramai ini masih menjadi rahsia. Apa yang kita diberitahu ialah syarikat syarikat ini berhak - kerana perjanjian – untuk menikkan harga mungkin setiap tahun atau mungkin setiap dua tahun. Kita tidak tahu kerana perjanjian ini masih satu rahsia dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

Sistem ekonomi kapitalis negara kita ini juga berkait rapat dengan ekonomi kapitalis sedunia. Turun naik harga barangan di negara luar akan juga mempengaruhi harga barangan dalam negara kita. Ini kerana sistem ekonomi kita telah diikat. Cara kita diikat ialah melalui nilai ringgit yang diukur mengikut nilai dolar. Kita juga – malah seluruh dunia - dipaksa menggunakan dolar Amerika dalam hal jual beli minyak dan ekspot impot.

Pada ketika ini Amerika sedang berperang dengan rakyat Iraq, Afghanistan, Pakistan dan tidak lama lagi dengan rakyat Iran. Perang telah membawa musibah yang maha sangat ke atas ekonomi Amerika. Pada hari ini ekonomi Amerika dalam keadaan lintang pukang.

Ketika ini pengangguran ditahap paling tinggi dalam sejarah Amerika. Kilang-kilang banyak yang ditutup. Berpuluh puluh bank besar dan kecil jatuh muflis. Rumah-rumah banyak yang diambil kembali oleh bank kerana gagal membayar hutang pinjaman. Semakin ramai warga tidor dalam kereta atau merempat. Suasana zaman meleset tahun 1929 telah berulang sekali lagi di Amerika.

Kerajaan Amerika perlu mencari dana untuk menampung perbelanjaan perang. Perang di Iraq memerlukan satu bilion dolar sehari. Hakikatnya pada hari ini Amerika Syarikat telah lama jatuh bangkrap.

Justeru untuk mengapongkan Amerikan dari tenggelam, kerajaan Amerika telah meminjam duit dari Federal Reseve. Caranya cukup senang. Federal Reserve telah mencetak duit dan mengagihkan duit ini kepada kerajaan Amerika. Hutang pinjaman ini akan dibayar oleh warga Amerika. Dengan kekuatan bala tentera kuasaimperial Amerika telah memaksa negara negara kapitalis yang lain termasuk Malaysia untuk menggunakan dolar ini – dolar yang tidak memiliki apa-apa nilai. Selain dari nilai takut – takut digudam oleh bala tentera Amerika.

Perang yang berterusan ini masih tidak nampak pintu damai dan sedah memerosotkan nilai dolar. Apabila nilai dolar merosot maka barang yang kita ekspot bertambah murah. Dalam masa yang sama barang yang kita beli bertambah mahal. Minyak yang kita jual juga menjadi murah kerana kita dipaksa menjual dengan menggunakan dolar.

Semua pembekal - besi, beras, makanan, sayuran – malah apa sahaja yang kita impot dari luar - harganya akan dinaikkan untuk mengimbangi nilai dolar yang jatuh. Negara lain juga tidak mahu mata wang dan ekonomi negara mereka ditarik kebawah oleh kemorosotan nilai dolar. Laku mereka menaikkan harga barangan yang mereka ekspot. Akhirnya barang ini kita beli dengan harga yang semakin mahal.

Satu pekara yang sedang menjerut sistem kapitalis antarabangsa ialah kekurangan bahan bakar petrolium. Setiap hari bahan bakar ini semakin berkurangan. Bahan bakar ini adalah penjana tenaga yang maha penting dalam sistem kapitalis antrabangsa ini. Tanpa bahan bakar ini sistem kapitalis antrabangsa ini akan runtuh.

Apabila harga bahan bakar petrolium naik dipasaran antarabangsa maka tidak dapat tidak harga minyak dalam negara kita akan naik juga. Ini telah dan sedang kita lihat berlaku. Kenaikkan harga bahan bakar petrolium ini akan melibatkan asas ekonomi kapitalis. Tidak ada yang selamat dari bencana yang akan dibawa oleh kekurangan bekalan bahan bakar petrolium ini. Apabila bahan bakar petroilum kurang dipasaran dunia maka semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis yang maha besar.

Harus kita semua menerima hakikat bahawa bahan harga bakar petrolium ini akan terus naik dari hari ke hari. Ini kerana minyak makin berkurangan. Ini juga bermakna semua harga barangan yang kita lihat hari ini akan terus berubah menjadi lebih tinggi.

Kerajaan Najib Rosmah ketika ini telah mula menjalankan dasar untuk melupuskan subsidi. Ini adalah atas tekanan kaum pemodal tempatan dan antrabangsa. Mengikut hujah jahat kaum kapitalis harga barangan tidak perlu disubsidi kerana ini akan menempangkan pasaran. Untuk kaum kapitalis tuhan mereka ialah pasaran. Pasaran lah yang akan menentukan semua.

Kerajaan Najib Rosmah tidak ada pilihan. Najib sendiri dengan kes pembunuhan Altantuya sebagai latarbelakang tidak dapat melarikan diri dari tekanan Amerika. Dalam masa yang Najib juga memerlukan sokongan para cukong dari MCA. Para cukong kini telah mula bersuara untuk meminta kerajaan kurang memainkan peranan dalam percaturan ekonomi negara. Ini kerana para cukong dan kapitalis antarabanga mahu harta-harta rakyat yang masih dipegang oleh kerajaan dapat mereka bolot.

Yakinlah dalam masa yang terdekat lebih banyak barang akan dinaikan harga. Lebih banyak subsidi akan ditarik kembali. Rakyat Malaysia hanya ada satu pilihan mengubah kerajaan yang ada sekarang atau terus terperangkap dalam saistem ekonomi yang menindas.(TT)

Nik Aziz mesti suka nih

0 org komen
Aku pun agak terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Karpal Singh untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara, malah sanggup mengenepikan egonya untuk sama sama menyelesaikan isu negara Islam di Malaysia yang dari dulu menghantui kesatuan dalam Pakatan Rakyat.

Siapa yang tak kenal Karpal Singh yang suatu masa dulu gah mencanangkan sesiapa yang ingin menegakkan negara Islam di Malaysia hendaklah melangkah mayatnya dulu.

Mungkin masih terlalu awal untuk meletakkan nada Karpal Singh seenak umat umat Islam Malaysia yang mengharapkan Islam menjadi pemimpin di Malaysia, tapi kenyataannya supaya negara Islam dibentang atas meja untuk dirundingkan oleh pimpinan Pakatan sudah berupa letusan besar gunung berapi dalam Umno. Malah tidak keterlaluan dikatakan, DAP sangat beruntung kini kerana mendapat publisiti percuma dari Utusan Malaysia, musuh ketat parti yang dulunya begitu asing bagi kaum Melayu khasnya.

Mudah dijangka, Utusan Melaysia memang dari dahulu lagi memburukkan parti lawan selain Umno demi survival Umno itu sendiri. Namun satu yang Utusan lupa ialah, publisiti adalah publisiti tanpa mengira baik atau buruk publisiti tersebut. Parti yang bersimbolkan roket itu telah mendapat publisiti hebat dari media barua Umno itu. Isu kewarganegaraan oleh Guan Eng sengaja di besar besarkan Utusan demi menutup ledakan hasil dari U turn Karpal Singh mempertahankan Islam di Malaysia.

Namun, Pas dan khasnya Nik Aziz sendiri tentu menjadi insan yang paling gembira saat ini terutamanya setelah peisytiharan Pengerusi DAP itu untuk bersama sama Pakatan Rakyat mempertahankan Islam. Syabas...

Monday, December 20

Untungnya bernaung dinegeri bawah Pakatan

0 org komen
Inilah untungnya bernaung dinegeri negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Bukan kita menolak mentah mentah pembangunan negara tapi pemerintahan Pakatan Rakyat lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat dinegeri negeri naungannya dengan cara yang lebih hijau dan sejahtera, bukan dengan cara mengimpot kemusnahan dan penderitaan rakyat pada jangka masa yang panjang.

Lim Guan Eng selaku kepala kerajaan negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak akan membenarkan kerajaan persekutuan membina loji janakuasa nuklear di negeri tersebut demi menyelamat rakyat negeri selamat dari pencemarannya nuklear. Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin berkata, Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Bagi negeri negeri dibawah takluk BN, lantak korang laa... korang boleh cuba cuba dulu bagaimana rasanya tidur dalam ketakutan dibelakang loji nuklear binaan kerajaan BN. Bagaimana sayu dan ngilu mempunyai satu kerajaan negeri yang bertindak tanpa menggunakan akal, meletakkan rakyat sebagai perisai dari kemusnahan.

Umno akan merempat kalau Melayu jadi pandai

2 org komen
Tak habis habis puak UBN dengan bantuan baik APCO nak tipu rakyat. Bagai tiada kesudahan rasanya Umno berusaha keras menipu umat Melayu. Tak putus putus nampaknya kerajaan Najib mainkan sentimen kononya transformasi ekonomi atas daya usaha Najib bagi mengelabui mata rakyat bahawa ekonomi Malaysia tak stabil.

Tipu mak cik felda boleh laa, pekena orang ulu banat yang tak kenai internet boleh laa. Awang Adek Hussain sebagai contoh mengatakan kemelesetan ekonomi dunia tiada impak pada negara kita. Betoi ka... habis tu, kenaikan harga barangan keperluan asas tu bukan kah tanda ekonomi tak stabil?

Pencinta pencinta bangsa BN, korang tunggu dan nanti... kenaikan harga barangan keperluan akan terus memuncak lagi tahun depan. Penjilat penjilat Umno, korang tunggu dan nanti... kenaikan harga barang keperluan ini akan mengempiskan poket orang yang makan gaji kerana gaji mereka akan jadi lebih kecil walau majikan tak turunkan gaji mereka - ini hakikat dan inilah yang terus berlaku selagi BN memerintah negara.

Statement nak tipu orang kampung macam ni akan terus dimainkan selagi kita sudi biarkan BN memerintah. Statement kartun macam ni akan terus menghantui kita sekiranya kita masih biarkan BN menghuni Putra Jaya. Mangkuk mangkuk hayun yang bergayut dalam BN mana mahu terangkan pada rakyat kenapa harga gula dinaikkan, kenapa harga minyak kena dibebankan pada rakyat. Kenapa juga harga gas perlu dipanaskan. Dan yang paling penting, kenapa kerajaan Najib memotong subsidi terhadap barangan keperluan tersebut.

Pemotongan subsidi sebenarnya adalah impak atau kesan terus dari kegawatan ekonomi dunia. Beribu ribu graduan yang tak dapat kerja adalah hasil kegawatan ekonomi dunia. Kenapa ini tak diterangkan pada rakyat terbanyak agar rakyat faham?

Satu saja, Umno akan kalah teruk sekiranya Melayu pandai. BN akan jatuh dari tampuk pemerintahan sekiranya rakyat dah bijak.... Ayuh, kita bijak pandaikan rakyat kita supaya mereka sedar yang mereka telah lama ditipu hidup hidup selama ini.

Saturday, December 18

Hahaha.... lawak, lawak...

1 org komen
 
KAWAL HARGA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri menunjukkan tanda kawalan harga musim perayaan Krismas di Putrajaya, semalam, sambil diperhatikan timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe. - Foto Izhari Ariffin

Penyamun raja di Malaysia

1 org komen
Heboh satu negara dik kerana kelaku hodoh pemimpin pemimpin BN khususnya Umno yang jelas kekurangan idea mematahkan hujah hujah pakatan pembangkang dalam dewan rakyat.

Penggantungan Ketua Pembangkang sdr Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R. Sivarasa dan Azmin Ali daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan jelas menenggelamkan terus peranan dewan rakyat sebagai puncak pada demokrasi negara.

Wakil pada rakyat yang telah menang secara majoriti dalam pilihanraya yang sah pun boleh diketepikan oleh BN begitu saja. Ahli parlimen yang telah pun mengangkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat, masih lagi ada ruang untuk dinafikan hak mereka oleh kerajaan Najib. Bayangkan betapa sang penguasa boleh sewenang wenangnya menidakkan hak orang lain dengan begitu mudah. Betapa salah guna kuasa mereka ini begitu jelek boleh mengharamkan hak rakyat diperjuangkan didalam dewan oleh wakil wakil yang telah rakyat pilih secara sah.

Betoi la macam kata Mahfuz Omar, watak penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok sedang dilakonkan semula oleh kerajaan Najib...

Friday, December 17

Nah ambik kau Nazri... no class...

0 org komen

Karpal: Saya kelas ketiga tapi Nazri tiada kelas


Regina Lee
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkeras bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan empat ahli parlimen pembangkang, termasuk dirinya.

Menurutnya, mereka akan mengemukakan saman “secepat mungkin” sambil menolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam kes (ahli parlimen Puchong) Gobind Singh Deo, kita telah heret speaker ke mahkamah dan kita menang,” kata Karpal yang merujuk hukuman gantung enam bulan tanpa gaji di mana mahkamah memutuskan penahanan gaji ahli parlimen itu tidak sah.

“Dalam kes krisis perlembagaan Perak, ia menujukkan bahawa sidang dewan undangan negeri boleh dipersoalkan.

Perlembagaan paling tinggi

“Perkara ini akan dibawa ke mahkamah dan kami adalah serius,” katanya pada sidang media Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


“Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

“Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan,” kata Karpal.

Mohd Nazri pada sidang medianya semalam, melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker ke mahkamah.

Katanya, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

Tiada kelas

“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa.

"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun Karpal, yang juga seorang peguam membidas menteri yang bertanggung jawab mengenai hal undang-undang negara itu.

“Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas,” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen pakatan lain yang turut hadir.

Bagaimanapun, Karpal bersetuju dengan Nazri, di sebalik penggantungan itu, BN masih tidak mempunyai majoriti dua pertiga - syarat yang diperlukan sebelum perlembagaan boleh dipinda termasuk untuk persempdanan semula kawasan pilihan raya.

“Mengikut peraturan dewan, majoriti dua pertiga bermakna dua pertiga daripada semua 222 ahli parlimen dan bukannya mereka yang tidak mengundi pada masa itu.

“Angka itu tetap tidak berubah kecuali mereka memberi tafsiran sendiri mengenai peraturan itu,” kata Karpal.

Jembalang dalam PKR

1 org komen
Apa hal la dengan puak puak PKR nih... tak habih habih nak berpolitik cara kotor. Tau la korang semua tu mai dari lubuk Umno, sikit sebanyak kotoran dari Umno dulu terbawa bawa sama ke dalam PKR. Jika tidak masakan PKR akan jadi sebegini kelam kabut, kusut dan menyesalkan pada pandangan sesetengah pihak.

Cuba lihat kenyataan Chegubard atau sdr Badrul Hisham dalam blognya. Bekas calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), terpaksa menegaskan berkali kali beliau tidak akan mudah menyerah dengan keluar dari PKR apatah lagi dengan khabar angin bahawa dia akan menyertai parti yang diterajui oleh Zaid Ibrahim.

Persoalannya, kenapa sampai perlu berkali kali Chegubard menafikan benda yang bagi aku dikira sudah berlalu. Apa perlunya Chegubard diganggu dengan sebegitu rupa, bukankah baik masa yang terluang digunakan untuk memperkuatkan parti dan menyatukan ahli menghadapi lawan Umno yang berpuloh kali kuatnya dari kita yang asyik berpecah. Apa untungnya yang kita dapat dengan membelasah Chegubard yang sudah kalah. Aku melihat Chegubard dari sudut suara anak muda yang kritis terhadap diri, bangsa dan parti sendiri. Aku berpendapat Chegubard perlu diberi ruang yang luas menampilkan gayanya tersendiri dari di buli sedemikian rupa.

Yang sudah tu sudahlah... bina saja harapan dan objektif yang baru. Tekad yang di perbaharui ini perlu dianjakkan secara bersama, baik yang kalah atau yang menang.

Thursday, December 16

Taktik Umno nyahkan Anwar terus berjaya

0 org komen
Dewan Rakyat Lulus Usul Gantung Anwar 6 Bulan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini telah mengemukakansyor supaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dikenakan tindakan itu keranadidapati membuat kenyataan tidak benar. - BERNAMA

Umno parti jamban

0 org komen
Bekas pemimpin Umno Sabah, Karim Ghani adalah orang lama dalam politik Sabah. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawa parti Umno dari Semenanjung ke negeri Sabah.

Namun senario politik Sabah yang penuh warna warni itu sekali lagi menyaksikan bekas orang kuat Umno Sabah itu telah secara rasmi menyertai PKR.


Aku secara peribadinya mengalu alukan kemasukan sdr Karim ni kedalam keluarga Pakatan Rakyat. Sebagaimana harapan besar yang diletakkan dibahunya oleh kebanyakan pecinta keadilan tanahair yang lain, aku juga mengharapkan sdr Karim dapat menyumbangkan buah fikiran dalam memantapkan cengkaman Pakatan Rakyat di Sabah khasnya. Gunakan peluang ini bagi membuktikan slogan berkhidmat untuk rakyat itu direalisasikan.

Namun sebagaimana biasa, persoalan dan persepsi dari orang kebanyakan tetap ada. PKR sebagaimana lazimnya dan dikenali ramai akan menerima siapa saja tanpa mengira latarbelakang. Sdr Karim tak boleh tarik muka atau mencuka wajah kalau ada persepsi ketidak setiaan dan keikhlasan orang luar yang berjinak jinak dengan Pakatan Rakyat. Tentu ramai yang masih belum melupakan mimpi ngeri yang dihasilkan dari ahli ahli PKR yang belot dan belajar menikam kawan macam Ezam, Zul Kulim, Zahrain, Zaid dan ramai lagi, tentunya kesemua mereka adalah orang kuat dan menjadi harapan PKR sebelum ini. Apa pun, besar harapan kita keikhlasan sdr Karim akan cepat terserlah dan dibuktikan dengan membantu dalam pengukuhan cengkaman Pakatan Rakyat di Sabah.

Apa yang menarik adalah statement ganas yang memang menggambarkan siapa Umno yang sebenarnya.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban',

Wakaka...

Pilihanraya tak boleh ubah kerajaan

2 org komen
ANAK MUDA SEDIA MELAWAN !


AHLI AHLI PERLIMEN PAKATAN DI GANTUNG !

tujuan penggantungan ahli parlimen pakatan rakyat ini
ialah untuk memastikan gerombolan
akan memiliki dua par tiga penyokong
di parlimen !

ini bertujun untuk memastikan dapat diubah
sempadan baru - persempadanan semula
kawasan kawasan pilihanraya.

kali akhir ialah tahun 2000
yang menjadi mangsa ialah mat sabu
dan magfuz

kali ini persempadan semula boleh diadakan
satelah 10 tahun - ini mengikut perlembagaan
persempadan semula wajib mendapat undiu sokongan dua par tiga
ahli parlimen.

lihat : satu demi satu ahli pakatan rakyat
digantung. dengan lima ekor mp bebas
gerombolan sudah ada dua par tiga

NOTA:
kakau pilihanraya boleh mengubah apa-apa
pasti telah lama pilihanraya di haramkan kah kah kah

Tukar Tiub

Wednesday, December 15

Wallawoiii... Malaysia 2 - 0 Vietnam

3 org komen
Wallawoiii... macam tak percaya... Bagaimanapun tahniah pada pemain pemain Malaysia yang bertungkus lumus membenamkan Vietnam 2-0 sebentar tadi.

Gambar menunjukkan, pemain Vietnam Tram Dong cuba merampas bola daripada pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.Malaysia mengalahkan Vietnam 2-0. Foto THE STAR

Dewan panas

0 org komen

Lagi MP Pakatan Rakyat terus digantung


Hazlan Zakaria
Dis 15, 10

Ahli parlimen Pakatan Rakyat R Sivarasa (PKR-Subang) diarahkan keluar Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengenkari arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.

Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan beliau digantung sehingga esok.

Anwar (PKR-Permatang Pauh), kemudian bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (PKR-Gombak). Ini menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan.

Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan.

Pertikaman lidah masih berlansung dengan Sivarasa enggan meninggalkan dewan.- Malaysiakini
Related Posts with Thumbnails