Monday, January 31

Dah mula dipindahkan

0 org komen
500 pelajar M'sia mula dipindahkan di Mesir

Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Muhammad Husaini Saleh berkata arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Jan lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia)

Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan," katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.- Bernama

Check tengok, berapa nombor ahli dia... wakaka...

0 org komen
Sapa dia ni? Dia adalah Jurutera perunding, Wan Manan Wan Ali (kiri) yang dikambing hitamkan oleh pihak berkuasa atas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kat Gong Badak, Terengganu.

Boleh ka sesapa tolong check tengok berapa nombor keahlian Umno dia ni dan dimana cawangannya... haha...

Nasib kau lah labuuu.... mesti ada yang tak kena ngan mamat nih. Mustahil, bukan pasai tak bayar yuran ahli Umno sebab yuran keahlian aku sendiri pun dah 25 tahun tak berbayar tapi sampai sekarang masih ahli Umno, dah lebih 25 tahun dah beb... kahkahkah... ada orang tolong bayarkan. Nak tipu Umno pusat yang keahlian depa masih ramai dicawangan dan bahagian... kahkahkah...

Mesti mamat ni makan tak pernah yang cukup, selalu mintak lebih kot, sebab tu perlu dikorbankan... kalau tidak takkan senang senang nak di hantarkan ke tapak korban camni... hahaha...

Hari ni Wan Manan, 51 mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja berkaitan Stadium tersebut.- Foto Bernama.

Pakat muntah biru la kita... wakaka...

2 org komen
Boleh muntah biru la dua tiga hari ni, bengang telinga dengar Umno dok perli... haha... satu dunia dah tau, Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya malah dengan majoriti lebih tinggi daripada PRU ke 12 yang lalu.

Satu dunia hairan dan tercengang cengang, bukan kerana tak percaya BN menang di Tenang. BN memang wajib menang di Tenang kerana ia adalah kubu BN sejak dulu kala lagi... Umno karat la katakan... Tapi menghairankan kerana BN menang dengan majoriti yang lebih baik dari sebelumnya, ini yang aneh dan ajaib tuh... haha...

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar. Tapi orang Melayu masih bersetuju dan bangga sesangatnya memangkah BN.

Nampak sangat pengundi pengundi Melayu di Johor khasnya telah memangkah menggunakan sentimen dari kenyataan...

Bagaimanapun tahniah pada pengundi Cina yang masih berani berubah dan masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini dan ini agak memanaskan katil BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek yang pasti tak cukup tidur.

Sebab kenapa Malaysia tak akan ikut Tunisia

4 org komen
Ramai yang bertanya, adakah Malaysia akan menjadi seperti Mesir dan Tunisia?

Jawapannya TIDAK. Ni aku nak bagitau, Melayu dalam negara Malaysia ni tidak akan turut serta berdemo menuntut pada perletakan jawatan kabinet Najib yang ada sekarang ni sepertimana kebangkitan rakyat di beberapa negara umat Islam seperti Tunisia, Mesir dan Jordan. Apa yang berlaku pada jirannya terdekatnya Indonesia pun belum tentu akan merebak dan berjangkit ke Malaysia, apa tah lagi laa jauh di Timur Tengah nu.

Melayu Malaysia bukan macam Arab Tunisia atau Jawa di Indon. Melayu Malaysia tetap dengan semangat Melayu jatinya. Setia tidak berbelah bagi walaupun bini dan nyawa sebagai galang ganti. Pakat pakat tengok balik cerita Hang Tuah dulu tu sudah lah... itu cukup menggambarkan sikap sebenar Melayu yang ada di Malaysia, setia kita amat tebal dan jitu tak berlagu.

Dan yang terbaru bukti betapa kesetiaan yang cukup menebal dalam jiwa kita ialah keputusan pilihanraya kecil kat Tenang yang keputusannya semua orang tau kelmarin, BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti lebih baik daripada PRU ke12 lepas. Bayangkan Melayu memangkah BN dalam keadaan banjir diparas pinggang, sedangkan ramai tahu... faktor utama pada banjir menggejut tersebut sebahagiannya adalah kelemahan peringkat kerajaan tempatan yang lalai dalam memantau dan menyelenggara bandar.

Tak setia gila lagi ka lagu tu... majoriti lebih beb... kahklahkahkah....

Jadi pada hari ni, aku dengan bangganya nak bagitau kat Umno, hangpa boleh tidur lena laa... jangan takut, rakyat tetap akan pilih hangpa jugak laa PRU ke 13 nanti... konfom... haha...

Pakatan kalah di Tenang pasai dia ni lompat parti... kahkahkah...

0 org komen
Kahkahkah.... aku tengok muka Gobala pun aku dah nak tergelak... haha...

Gobalakrishnan dah mengisytiharkan keluar daripada PKR (Parti Kian Runtuh... wkakaa) dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuat kuasa serta-merta. Dia belah dari PKR pasai dia kata fed-up... kahkahkah...

Kahkahkah... Hang kira fed-up hang saja, fed-up kami sebagai pendokong keadilan sejagat ni hang tak kira...

Tapi dia ni orang kuat ooo... dia ni orang cerdik ooo, sebab tu Muihyiddin pun kata dia ni berpolitik cara bijak. Disebabkan dia lompat parti la Pas kalah di Tenang... kahkahakh... Disebabkan dia lompat parti lah, banjir besar melanda Tenang.... kahkahkah... Disebabkan dia lompat parti jugak la, BN dapat peningkatan undi Melayu di Tenang... kahkahkah...

Boleh jalan laa ngan hang punya fed-up...

Biar bah paras pinggang, asalkan BN kasi menang... kahkahkah...

1 org komen
Semua tau, kejayaan besar BN di Tenang adalah kerana kejayaan logistiknya membawa keluar seramai mungkin para penyokong karatnya dari Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Biar bah paras pinggang, asalkan BN kasi menang.

Bot polis, bot dari tentera dan dari Pertahanan Awan serta juga Bomba berebut rebut bawa manusia, bukan untuk selamatkan depa dari banjir... tapi untuk dibawa ke pusat pengundian. Tapi kawasan pengundi Cina, hangpa merangkak pi la sendiri... haha...

Sebab tu ada peningkatan peratus pengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina. Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Lagi satu sebelum aku terlupa, aku juga nak ucapkan terima kasih pada pak cik dan mak cik felda. Terima kasih pasai ketuanan Melayu Umno berjaya menutup terus mata hangpa dari melihat kebobrokan penyalahgunaan nama bangsa yang telah dilakukan Umno. Terima kasih tak terhingga jugak pasai hangpa tolak mentah mentah parti Pas yang cuba memberi satu tawaran yang lebih baik berlandaskan Islam dalam pemerintahan.

Lemah sangat la Anwar kalau yang ni pun tak boleh jangka... kahkahkah...

0 org komen
Apa la punya bahlol wartawan Bernama nih, tengok la jugak berita camana nak buboh. Ada ka berita yang Anwar sudah jangka Gobala akan keluar parti pun pi jadi satu berita kat depa.

Bangang sangat ka Anwar tu sampai tak tau Gobala bising bising selama ni tu pasai kurang kasih sayang. Kalau dah kena penyakit kurang kasih sayang, keluar parti saja ubatnya... takkan yang tu pun Anwar tak tau. Kalau dah yang tu pun tak tau, lebih baik tok sah jadi pemimpin lah... kahkahkah...

Sebab tu la, bagi aku berita Bernama ni bukan berita yang bernilai tapi berita semak dan sendal dari wartawan yang segan kerja. Kerja utama mereka hanya nak melingkupkan imej dan kredibiliti pakatan pembangkang saja.

Yang dah keluar parti biar pi kat dia la, bukan berkudis pun... hidup  kita biar kita yang teruskan... biar dia perabih oksijen kat tempat lain pulak, biar dia buat politik bodo dia kat dalam parti lain yang bodo macam dia pulak....

Berita baik, tapi buruk bagi UMNO... wakaka...

0 org komen
Tak lama lagi giliran dia pulak... tungguuu....

Ini yang aku kata sebagai berita baik, bagai sireh pulang ke ganggang. Dengan adanya kuasa rakyat, keadilan sebenar dapat dinobatkan. Kalau tidak, sampai ke mati la pemimpin gerakan Islam yang terbuang dari Tunisia tak boleh balik negara.

Pemimpin Gerakan Islam Tunisia, Ennahda, Rached Ghannouchi bersama anak perempuannya berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick, London menuju pulang ke negara kelahiran beliau selepas 22 tahun hidup dalam buangan.

Ghannouchi dihantar ke lapangan terbang oleh 30 penyokongnya dan wartawan. - AFP

Kahkahkah... mai kita baca berita ni dengan penuh rasa jaya... mai kita sebarkan bahawa keadilan di Tunisia telah dinobatkan... biar semua rakyat Malaysia tahu kuasa ditangan mereka. Biar semua rakyat Pakatan tahu bahawa mereka ada kuasa bertindak untuk mula mengajar rakan sekeliling, anak bini tentang kekuatan kuasa kita. Biar semua rakyat BN tahu bahawa selama ini mereka jelas telah ditipu dengan kuasa BN untuk kroni... kahkahkah....

Sunday, January 30

Sedih, PAS kalah di Tenang, Chong Wei kalah di Korea... addehh...

2 org komen
Kita terima dua keputusan yang menyedihkan hari ni, Pas tewas dalam PRK di Tenang dimana  keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Sementara satu lagi berita sedih, Lin Dan jadi juara Terbuka Korea setelah menewaskan Chong Wei. Lin Dan dari China muncul juara badminton Terbuka Korea selepas kalahkan Lee Chong Wei 21-19,14-21,21-16 pada final sebentar tadi.

Tenang: Mahfuz pun dah ucap tahniah dah kat BN... haha...

0 org komen
Memang tak heran la depa boleh menang pun, kelengkapan cukup berserta pulak kubu kuat depa pulak tuh...  nak harap Melayu yang takut digelar penderhaka nak kalih, berat laa... kahkahkah... pepuak Cina pun bukan berani sangat dok kalih mudah mudah... haha...


Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Berikut keputusan tidak rasmi :

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.- Malaysiakini

Tak rasmi, BN hampiri kemenangan...

1 org komen
BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira. - Malaysiakini

Keputusan awal, PR tewas di undi Pos... dah agak dah... kahkahkah...

0 org komen
Keputusan awal yang dikeluarkan SPR ialah keputusan bagi undi pos yang secara tidak rasminya seperti berikut:

BN - 115, PAS - 3, rosak 1

Dah agak dah pun... kahkahkah... aku nak cari siapa yang berani  bagi 3 undi tuh...  kahkahkah... aku nak bagi tabik sampai retak dahi kat depa... kahkahkah...

Aneh, peratus keluar mengundi tinggi walaupun banjir... hahaha...

0 org komen
Angka akhir yang dikeluarkan oleh SPR dalam proses pengundian di Tenang sehingga ianya ditutup pukul 5.00 petang tadi ialah 71.8% ataupun 14,753 orang keluar mengundi. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir. Sementara itu pengiraan undi sudah bermula dan keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pengundian ditutup diiringi curiga pihak Pakatan

0 org komen
Hari merayakan demokrasi di Tenang telah pun tamat. Pengundian di Tenang telah pun ditutup, boleh dikatakan pengundian berjalan agak lancar walau dalam suasana lembab. Walaupun dalam keadaan Tenang dilanda banjir, penyokong BN dan Pakatan Rakyat tetap bersemangat dan melaung sindiran antara satu sama lain.

Suasana tersebut dapat dilihat di pusat pengundian di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin di Bandar Labihs Tengah. Penyokong BN juga turut menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'. Manakala petugas Pakatan pula melaungkan "inillah kerajaan BN di Johor, sampai banjir'. Sementara itu, mereka masing-masing mengucapkan 'Gong xi fa cai' kepada pengundi Cina yang datang untuk mengundi, serta ucapan 'kamsia' (terima kasih) ketika mereka pulang.

Bagaimanapun pihak Pakatan mula rasa curiga, hujan yang lebat telah menyukarkan wakil kedua dua parti yang bertanding untuk memantau perjalanan piihanraya ini. Malah tidak keterlaluan jika sekiranya ada sesetengah pihak yang memandang seronng terhadap pihak berkuasa atas kemungkinan eksploitaasi suasana hujan dan banjir yang melanda Teanang untuk kepentingan sesetengah pihak.

Malah ada suara suara yang meminta PRK Tenang ini ditangguhkan memandangkan ada sesetengah tempat yang telah terputus hubungan dan ada pengundi yang takut untuk keluar mengundi.

Bagaimanapun pengundian tetap diteruskan malah sehingga kini, pihak SPR mengesahkan jumlah pengundi yang turun mengundi pada PRK Tenang kali ini ialah sebanyak 68.68% atau bersamaan dengan 10,133 pengundi.

Apa ni woiii... beli beli undi pulak nih...

0 org komen
Proses pengundian di Tenang masih meningkat dengan baik kerana setakat 1 tengah hari tadi, peratusan pengundi yang mengundi seperti yang telah dikeluarkan oleh SPR naik sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

Bagaimanapun jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki. Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian. Hujan sudah berhenti di sekitar sekolah itu tetapi langit masih mendung.

Berita mengejutkan yang boleh memanaskan cuaca sejuk disini ialah bilamana DAP telah mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station. Betoi ka? Kita harap SPR dalam menjalankan tugas mereka dengan adil sebagai pengadil dan bukannya sebagai balaci mana mana pihak.

Sementara itu peratusan kaum Cina yang keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Ini membimbangkan Pakatan kerana undi kaum Cina amat diharapkan bagi meletakkan PAS rapat memberi saingan pada BN dalam PRK Tenang ini.

BN dahului... kubu kuat la katakan... hihi...

0 org komen
Seperti yang dijangka, pemerhati politik meramalkan BN telah mendahului setakat jam ini kira kira 59.5 peratus didepan PAS yang memungut sekitar 40.5 peratus undi. Maklum saja lah kan... kubu kuat la katakan...

Sementara menurut SPR, setakat 12.00 tengah hari tadi peratusan pengundian meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

Jangan jangan, ada pengundi hantu tak... hihi...

0 org komen
Tenang ni memang hebat la, ikut laporan Malaysiakini sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi sudah pun keluar untuk mengundi.

Hihi... kita jangkakan peratusan keluar mengundi akan mengendur bila dah cuaca lembab dengan hujan, rupanya tidak, kerana dijangkakan juga yang peratusan pengundi akan mencecah lebih 50 % sebaik jam 12 tengahari nanti.

Heh... heh... jangan jangan ada pengundi hantu tak... hihi...

BN dah tak TENANG...

1 org komen
Ramai yang kata, buat la macamana pun, buat la apa pun... BN tetap menang mudah di Tenang. Bukan saja kata di Tenang malah seluruh negeri Johor sekalipun adalah merupakan kubu kuat BN sejak dulu kala lagi. Jarang pembangkang dapat sua kaki kat sana. Hinggakan pilihanraya, terlupa nak letak calon terletak kopiah sejengkal tinggi pun gerenti menang.

Pagi ni nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan tu. Depa akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Tapi hari merayakan demokrasi kat Tenang jadi sedikit kelam kabut dan gusar kerana hujan lebat, hujan rahmat telah menyerang kawasan sekitar sejak awal pagi lagi. Walaupun hujan, proses pengundian tetap diteruskan walaupun agak lembab dan kurang lancar.

Mengikut perkiraan aku, PAS dalam keadaan tenang menghadapi suasana semasa... PAS ni dah mangli dengan kekalahan, PAS dah biasa dengan sikap bertahan, PAS underdog dalam PRK Tenang nih.... tapi yang tak TENANGnya adalah BN.

BN tak TENANG kerana ni kawasan depa, kalau ramai mak cik pak cik felda yang tak keluar mengundi pasai hujan, depa akan kalah nanti. BN tak TENANG kerana ni kubu kuat depa, kalau majoriti cina dah segan nak tengok muka BN, BN akan kalah di tangan PAS. BN tak TENANG kerana Tenang ni merupakan penunjuk aras sokongan BN di Johor, kalau depa kalah di Tenang bermakna kubu terakhir mereka di Semenanjung dah bocor. Alamat kata, poket ramai kroni BN Johor akan bocorlah lepas PRU ke 13 nanti... haha...

PAS hanya mencuba memberi pilihan pada rakyat Tenang, tapi BN tertekan untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar kerana ini adalah negeri TPM berbangsa Umno mereka...

Menggeletar lutut Umno tengok gambar nih...

0 org komen
Kuasa rakyat macam ni lah yang amat ditakuti oleh mana mana diktator didunia nih... kuasa rakyat adalah kuasa mutlak keatas masa depan sesebuah negara. Lihat saja buktinya di Tunisia, bagaimana sikap isteri Presiden yang hipokrit dan berlagak gila kuasa sebagai First Lady negaranya tumpas dan kini terbuang dengan begitu hina sekali.

Tapi rakyat Malaysia masih waras rasanya, masih ingin melakukan sebarang perubahan melalui pilihanraya tapi biarlah adil dan telus. Kalau kita dengar apa yang terjadi di Tunisia tuh, bunyinya macam sama ja ngan kemelut yang kita hadapi di negara kita.

Kepingan domino dari Tunisia kini merebak ke Mesir, kini tunjuk perasaan besar-besaran masih berterusan di Kaherah selepas perintah berkurung kerajaan sepanjang malam berakhir. Anggota tentera terpaksa memperketatkan kawalan keselamatan selepas insiden keganasan pada Jumaat.

Terbaru, Presiden Umno Mesir... Hosni Mubarak telah mengarahkan semua menteri  kabinetnya meletak jawatan... tapi dia masih gagah disinggahsana... haha... sebijik perangai Umno Malaysia...

Saturday, January 29

Sembab kata Gobi bijak? Kahkahkah... elok dah la hangpa...

0 org komen
Banyak banyak lawak yang Muhyiddin Yassin ni buat, yang ni la yang paling aku tak tahan... kahkahkah... geli perut, geli tapak kaki... geli ketiak... wakaka... Elok sangat dah la, bila TPM Umno tabalkan Gobala sebagai ahli politik yang bijak... kalau tengok perut Gobala ngan Muhyiddin, memang nampak sepadan dan memang bijak bahagian perabih oksijen atas muka bumi ni.... kahkahkah....

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berbangsa Umno berkata Gobalakrishnan seorang ahli poltik yang bijak dalam melihat kegagalan dalam Pakatan Rakyat. Tindakan Gobi yang keluar PKR hari ni tidak ada kena mengena dengan BN, cuma ikut Muhyiddin dia ni ahli politik yang bijak saja... wakkaa...

Kalau dah dia bijak sangat, tarik masuk Umno laa... kahkahkah... ambik balik la kat hangpa, perangai bangang camni pun kata bijak, habih laaa Umno... haha...

Kisah dua doktor sembab... kahkahkah...

0 org komen
Sib baik la ada PRK kat Tenang, kalau tidak... jangan harap la muka orang tua tu nak masuk paper... kahkahkah...

Sib baik la jugak ada PRK kat Tenang, kalau tidak... jangan harap la dua doktor sembab dari BN ni akan mai check nadi hang... haha...

TPM berbangsa Umno bersama calon berbangsa BN sempat jugak berposing ngan Chan Kuai Ying, 96, yang sakit tua ditemani saudaranya, Lwy Yong Sun (kiri) di Kampung Sawah Padi, semalam. Sah sah, dengan gambaq dari Sairien Nafis ni saja, BN gerenti menang ngan majoriti lebih dari 5,000 undi woiii... wakaka...

Senang sangat ka nak pekena orang Johor nih.... hihi...

Lelong, si perut besar tukang perabih oksijen... wakaka...

1 org komen
Aku ingatkan tongkang mana pecah, nak tidur pun tak boleh. Bising betoi... dah lebih dari kerang diayak. Gegak gempita mengalahkan perang dunia kedua.

Rupa rupanya, ada MP nak ber'tukar baju'. Ada MP nak rasa angin baru. Buat bising kot kot ada yang nak ambil pusing, rupa rupanya semua orang buat tak tahu. Ura ura dah lama, cuma hari ni baru sampai seru. Awat tak bagitahu... haha...

Aku sokong Gobi ni keluar PKR, ada dalam PKR pun buat perabih beras saja. Berpolitik cara bodoh... pi berkawan ngan Zul Kulim nuh... Kalau dia tak keluar pun akan jadi kekurangan oksijen pulak dalam PKR. Perut besar, sedut oksijen lagi kuat... wakaka...

Gemilang, terbilang dan jembalang

0 org komen
DUN Tenang tak dan nak tenang elok lagi, dah mai pulak DUN Merlimau, Melaka. Melaka ni negeri yang bersejarah. Sejarah yang gemilang, terbilang dan jembalang.

Sejarah tentang kepahlawanan lima pahlawan Melayu bersaudara yang diketuai oleh Laksamana Tun Tuah telah lama sekali mewarnai buku buku sejarah tanah air. Sejarah tu begitu gah sekali menjulang nama Melaka dipeta dunia. Nasib baik la MIC tak dak lagi time tu, kalau tidak... tentu depa akan berdemo jugak minta sorang putri depa diletakkan ditengah tengah rumah tatkala Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Mana bolehkan, sensitif jugak nih... Hang Li Po ada, Hang Ku Mari tak dak.

Selain sejarah Tun Tuah dan kengkawannya, Melaka jugak diwarnai dengan sejarah jembalangnya dimana Melaka pernah ber'Ketua Menteri'kan sorang KM yang gila ber'seksiah' ngan bebudak sunti. Sejarah telah tercipta lagi dimana sehingga kini si mantan KM tu lepas bebas sedangkan sorang sedara Hang Li Po telah meringkuk dipenjara kerana mempertahankan nasib gadis sunti tu. Hampir menenggelamkan warna sejarah ciptaan Tun Tuah di Melaka nih.

Kini mata akan tertumpu lagi di Melaka, tapi kali ni di DUN Merlimau. Bukan Tun Tuah mengamuk, tidak ada jugak gadis sunti yang diculik. Tapi, sejarah jugak mungkin akan tercipta, DUN Merlimau bakal menjadi titik tolaknya kejatuhan kerajaan bangsa Umno di Melaka. DUN Merlimau yang bakal mengadakan pilihanraya kecilnya pada 6 Mac sekiranya ada pertandingan sementara penamaan calon pada 26 Feb nih.

Aku rasa macam Najib nak tahan ja PRK kat Merlimau nih... haha...

Apa pun semua parti politik kena dok bersedia dah la ni... dengar katanya BN dah ready, cuma Pakatan Rakyat saja tak habis lagi bergusti....

Jahat betoi la Anwar nih...

0 org komen
Polis diarah siasat hubungan Anwar - pengganas

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Dakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

"Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas.

"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.

"Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan.

"Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis,” jawabnya.

Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda.

Bunuh anak sendiri

0 org komen
Dua anggota polis mengiringi Nuraishah Abdullah, 23, yang masih lemah bagi mendengar sebutan kes bunuh bayi di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat. Majistret Zilfinaz Abbas menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes dan membenarkan warga Myanmar itu dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan. - Foto BERNAMA

Tak dapat tanduk, telinga pun jadiklahh... haha...

0 org komen
Dah habis modal dah, tak dak apa lagi dah keburukan Cikgu Mala yang boleh dipaparkan pada mak cik dan pak cik felda buat modal sebelum mengundi nih.

Fitnah pada awal kempen yang dimainkan oleh Umno terhadap cikgu Mala tak jalan, isu salam yang difatwakan sebagai salah oleh ustaz lucah lagi tak boleh rebahkan cikgu Mala walaupun disokong oleh mufti mufti dan ulama tersohor Umno termasuk Muhyiddin.

Kini, bagai tangkap tanduk tak dapat, telinga pulak yang depa nak pulaskan. Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom telah diarah oleh Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran untuk menyiasat dakwaan salahguna MC suami cikgu Mala....

Apa la punya tak malu. Macam budak budak main masak masak laa...

Friday, January 28

FLOM: Fat Lady Of Malaysia

1 org komen
Kahkahkah...

Benda ni kena catit dalam blog, biar jadi sejarah... jangan biar sejarah ini terpadam kerana ini adalah bukti betapa sayangnya sang suami pada si isteri. Sayangnya Laila pada Majnun. Sayangnya Najib pada Rosmah... kahkahkah...

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

Depa ni silap, FLOM bukan bermaksud First Lady Of Malaysia. Nak bergurau pun agak agak laa... nak bergurau biar betoi betoi... jangan dok fitnah... FLOM ni bermaksud Fat Lady Of Malaysia... kahkahkah...

Sumber: Malaysiakini

Mai sini tengok apa Anwar kata... heh... heh...

1 org komen
Respons Anwar Ibrahim Terhadap Laporan CNN

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new unding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya
fobia dengan kemaraan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Syabas, Cikgu Mala yang berani mencabar kubu UMNO

0 org komen

Menyedarkan Chua Soi Lek


Hishamuddin Rais
Kalau tidak ada pilihan raya kecil di Tenang, tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidur dua minggu lebih awal , sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia.

Pagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng, seperti Taiping, bermakna "wilayah aman damai" dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan di antara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera - seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

Ahmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang wadar Melayu - yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si wadar ini telah membawa aku ke satu kawasan di sebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang di mana Mat Indera mati digantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti di pertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima, di sini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal. Mungkin aku tersalah kedai.

Kawat berduri

Sesampainya ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil - bukan seperti gerila Mat Indera - tetapi oleh perempuan yang seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan dan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini, berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

Sesampainya ke satu simpang aku ternampak seorang abang yang di bajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan berpecah dari kumpulan perempuan ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si abang ini seorang profesional yang menyokong PAS.

Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan berkumpul. Aku rasakan kami seperti dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang di sana-sini. Ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau lebih tepat lagi seperti filem Hollywood tentang perang dunia kedua. Setiap lima kaki di sepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan, ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

Aku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini memberi tekanan kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan yang setiap kali ada pilihan raya kecil, mereka akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan ini datang tanpa diajak dan tanpa diberi duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan PAS. Di sini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi di mana aku ternampak muka anak-anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali kedua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus-putus dan bertali arus.

Ponco hijau

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi, tiba-tiba ada suara yang kuat melaungkan "Allahu Akbar". Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan sedang berarak mengiringi calon.

Bendera PAS, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan "Allahu Akbar" dan "reformasi" bertukar ganti. Aku hanya berdiri di gigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia menarik tangan aku. Lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam barisan para 'gedebe'.

Sebaris di belakang aku ialah Cikgu Mala yang memakai ponco hijau ala Clint Eastwood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cikgu Mala. Nah, memang cun! Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk. Aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik, isi dan bentuk wajib sama kukuh.

Tak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi penuh dengan orang berpusu-pusu. Maka dengan jelas aku dapat melihat, di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjuangan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju kemeja-T Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan hot aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju kemeja-T dengan muka Cikgu Mala.

Debat kisah peribadi pun tiada halangan

Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari di mana Cikgu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampung Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cikgu Mala pasti akan ke sana.

Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akhirnya aku sampai juga. Kampung ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang-benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampung Melayu tradisional - kampung jalan mati kalau mengikut peta Google. Ini bukan Bukit Bintang. Jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Di sana-sini dalam ceramahnnya, Anwar membuat lucu. Dalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar.

Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman - yang berbaju hijau ponco ala Clint Eastwood - mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka, tetapi tentang realpolitik. Cikgu Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir, inilah pemuka-pemuka baru dalam PAS yang bukan heboh-heboh tentang api neraka, tetapi heboh tentang api eletrik yang harganya naik.

Cikgu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampung Sawah Baru ini adalah tempat kelima yang dikunjunginya. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cikgu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginilah juga caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampung ke satu kampung untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cikgu Mala berkempen mahu menyedarkan Dr Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada generasi muda.

Sastera kita jadi mainan politik

1 org komen
Gapena, Pena Bantah Pinda Interlok

Oleh AU YEONG HOW
PETALING JAYA: Gabungan Penulis Nasional (Gapena) membantah langkah Kementerian Pelajaran melakukan pindaan bahagian tertentu novel Interlok yang dianggap sensitif kepada masyarakat India.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Gapena, Prof. Datuk Dr Zainal Kling berkata, Gapena tetap akan mempertahankan kebebasan penulis berkarya sekali gus tidak bersetuju dengan pindaan yang hendak dilakukan ke atas novel Interlok.

"Novel itu menggunakan konsep yang mencerminkan realiti masyarakat di India pada waktu itu. Novel itu tidak menggunakan perkataan untuk merujuk kepada masyarakat India di Malaysia," tegasnya ketika dihubungi MStar Online.

Hasil karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussin itu kini digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan Khamis mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengekalkan novel Interlok sebagai teks sastera tingkatan lima dengan membuat pindaan kepada bahagian-bahagian yang sensitif kepada masyarakat India.

Katanya, persetujuan tersebut dicapai hasil perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan wakil MIC dan ia telah mendapat restu daripada perdana menteri.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, dalam plot ceritanya, watak Maniam diceritakan meninggalkan negara asalnya iaitu India dan meninggalkan kastanya sebelum akhirnya tiba ke Tanah Melayu.

Jelasnya lagi, penulis tidak lagi menyentuh tentang kasta Maniam selepas itu.

"Jadi bermakna penulis telah membela kebajikan Maniam dan tidak lagi menyebut tentang kasta. Gapena dengan itu mempertahankan novel itu seperti mana sedia adanya," kata beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad menegaskan dalam dialog yang diadakan sebelum ini, segala hujah pihak terbabit telah dibahaskan dengan MIC dan kementerian telah "mematahkan" hujah mereka.

Katanya, sekiranya tuntutan tersebut dilayan, pihaknya bimbang tuntutan demi tuntutan akan dibuat pada masa hadapan.

"Dalam dialog di Rumah Universiti semalam (Rabu) misalnya, kita dapati wakil MIC kemukakan hujah yang dulu tidak timbul sama sekali.

"Ternyata ini adalah suatu permainan politik oleh pihak tertentu," katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, Datin Siti Saroja Basri ketika dihubungi berkata, suaminya kini sedang sakit dan enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Mengalah juga akhirnya...

0 org komen
Robert Phang Akhirnya Letak Jawatan Anggota Panel SPRM

PETALING JAYA: Tokoh kontroversi, Tan Sri Robert Phang melepaskan jawatannya sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa serta merta.

Keputusannya itu muncul tidak sampai 24 jam selepas SPRM membenarkan Phang terus menjadi anggota panel berkenaan sehingga tamat tempoh keanggotaan penggal pertamanya pada 24 Februari depan.

Menurut Phang, beliau mengambil keputusan itu demi integriti dirinya dan juga SPRM.

Pada Rabu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan keputusan untuk mengekalkan Phang dicapai secara sebulat suara oleh seluruh anggota jawatankuasa yang dianggotai oleh Phang dalam satu mesyuarat yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.

Phang sebelum ini memohon pelepasan selaku anggota panel berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya sebagaimana yang hangat diperkatakan oleh beberapa blog akhir-akhir ini.

Sebuah blog mendakwa Phang telah cuba memberi rasuah kepada seorang ketua setiausaha sebuah kementerian tahun lepas.- mStar

Thursday, January 27

Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah

0 org komen
LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan

masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya merampas kayu yang digunakan pengguna kenderaan untuk mengibarkan bendera dan mengembalikan bendera kepada mereka.
Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar.

Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini.

Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam.

Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah.

"Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk pilihan raya ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya.

Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku.

Jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam. - BERNAMA

Budak budak pun bergerun kat hang... haha...

0 org komen
Sumpah aiih... tak cubit pun...

Gambar mangsa pertembungan dua kuasa

0 org komen
Anggota polis anti-rusuhan yang mengalami kecederaan dibawa ke lokasi selamat oleh rakan sejawatannya susulan pertembungan dengan aktivis anti-kerajaan di pusat bandar Kaherah, Mesir, hari ini. Pertempuran itu sudah memasuki hari kedua di sebalik larangan kerajaan, yang mana pihak berkuasa negara itu dikerahkan. - Foto AP

Tenang: BN dahului, Pakatan tenang

5 org komen
Dengar katanya di Tenang sokongan yang diterima Pakatan agak suram, semendung cuacanya. Sokongan kepada parti-parti yang bertanding pun juga tidak menentu. Naik dan turun, tapi mengikut pemerhati politik secara keseluruhan BN dilihat masih mendahului dalam meraih sokongan pengundi terutama di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Melayu. Felda dengar katanya, nak letak sebelah kaki pun payah...

Keseluruhan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dilihat tersusun dan kempen mereka ditumpukan khusus bagi menarik sokongan generasi kedua dan ketiga dari kalangan anak-anak peneroka Felda. Tapi pendapat masih kuat mengatakan tak mungkin PAS akan menang di DUN Tenang. Apa yang diharapkan dan diusahakan oleh pihak Pakatan hanyalah untuk mengekalkan tahap undi popular yang kami perolehi pada 2008.

Tapi apa pun, perlawanan masih diteruskan, masih ada masa untuk menterbalikkan kata kata dan tilikan pemerhati politik tempatan ni. Bak kata peaptah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya... kahkahkah...

Nama Umno, sekoq pun tak berjenih...

0 org komen
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

26 JANUARI 2011
Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin

Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.

Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.

En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.

Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?

2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?

3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?

4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?

5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?

6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?

7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?

8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?

SUHAIZAN BIN KAIAT
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Kita kena ajar BN, langit tu tinggi ka rendah

0 org komen
Keceluparan MCA yang menyentuh sensitiviti umat Islam melalui pelakon pornonya Chua Soi Lek berkaitan tindakan calon wanita Pas, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan orang ramai harus di ajar oleh pengundi DUN Tenang.

Pemimpin MCA itu sepatutnya menghormati Islam yang sememangnya melarang bukan muhrim bersentuhan, apatah lagi depa ni warganegara Malaysia, tentu sedikit sebanyak kena tahu dan paham ajaran Islam. Kalau tak paham kena belajar dari Pas, bukan dari Umno. Kalau dok tak paham jugak, jangan jadi pemimpin di Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Dia ingat kita yang beragama Islam ni serupa ngan dia ka, jenih tak ikut peraturan. Tidoq ngan sapa saja, bermesra dalam bilik hotel ngan sapa sapa pun boleh ka?

Islam ni berperaturan, mengajar manusia menjadi bertamaddun. Jangan dok belajar dari Umno yang tamaddun Islam dia tu hanya tinggai sejarah. Rakyat di DUN Tenang kena ajar puak puak BN ni agar depa tahu langit tu tinggi ka rendah...

Lintah bang... auuww...

1 org komen
Awat yang pakat dok keraih dalam ayaq bah tu buat hapa... randuk randuk ayaq bah pun jalan teruih la, dok keraih tunggu kamera kot... kahkahkah....

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim meredah banjir cari lintah darat... kahkahkah...

Wednesday, January 26

Sori laa... hanya saman saja boleh ajar budak mentah ni beradab...

0 org komen
Aku sokong sangat dan mengalu alukan langkah Pas yang akan memfailkan saman terhadap anak pelakon lucah yang mengetuai MCA sekarang ni iaitu Chua Tee Yong yang jugak ahli Parlimen Labis. Mengikut laporan Harakahdaily, anak Chua Soi Lek tu diberi tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau hadapi saman fitnah.

Chua Soi Lek dah habiskan masa bertahun tahun ajaq anak dia sampai besar panjang macam ni, tapi perangai tak elok jugak pun. Pas ingat bagi masa 24 jam tu, Soi Lek boleh latih anak dia jadi beradab dan tak pandai fitnah?

Sori laa... hanya saman saja yang dapat mengajar bebudak mentah ni beradab. Nak harap Umno nak ajar? Lagi tak boleh blah... diri sendiri pun tak ketahuan... kahkahkah...

Kena buang komputer dalam laut la lepas nih...

0 org komen
Pukulan maut untuk media online

Steven Gan
Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengenakan kawalan ke atas media. Namun tidak ramai pula terfikir bahawa Najib sebenarnya akan bertindak lebih garang.

Semalam, Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Tidak dinafikan selama iniMalaysiakini dan beberapa portal berita lain mampu bertapak kerana 'jalan keluar'- berdasar ikrar Mahathir pada 1995 bahawa tiada penapisan akan dilakukan ke atas internet ketika melancarkan projek Korridor Raya Multimedia.

Tsunami politik

Sejak persaraannya pada 2004, Mahathir sendiri menjadi seorang penulis blog.

Bebas daripada tapisan, media di internet berjaya meletakkan asas kewartawanan sebenar sehingga berlakunya 'tsunami politik' pada tahun 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, TunAbdullah Ahmad Badawi mengakui kerajaan telah “tewas dalam peperangan di internet”.

Meskipun media tradisional dan juga media internet dibelenggui oleh kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun terdapat satu faktor yang membezakan kedua-dua mereka.

Tidak seperti media cetak dan penyiaran, media di internet tidak memerlukan kebenaran daripada kerajaan untuk mencetak atau menerbitkan berita mereka.

Setiap tahun, media tradisional terpaksa memperbaharui permit penerbitan dan percetakkan. Undang-undang ini menghambat para editor dan wartawannya supaya terus patuh kehendak kerajaan.

Besar kemungkinan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 jika diluluskan akan menyaksikan media online juga diheret sama dan diwajibkan memohon untuk mendapatkan lesen.

Paku terakhir

Jika menjadi kenyataan, ia ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur.

Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, menteri dalam negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Atas sebab itu, Najib dikatakan lebih teruk berbanding Mahathir berhubung operasi media.

Sebalik membebaskan media tradisional dengan membubarkan syarat perlesenan, Najib dan sepupunya, Menteri Dalam Negara, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memilih tindakan regresif bagi mengekang kebebasan media di internet.

Pindaan akta itu dijangka akan dibentang di Parlimen menjelang Mac ini - keputusan dipercayai ada kaitan dengan cadangan mengadakan pilihan raya umum akan datang.

Cadangan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi meliputi media online mesti dibantah. Jika tidak, Malaysia akan kembali ke zaman dahulu apabila kerajaan mempunyai monopoli mutlak terhadap kebenaran.

Tindakan paling bodoh Umno Perak... kahkahkah...

0 org komen
Lagi EEEeeeeee yang depa nampak bergeliga dan bijak dalam memutarkan lidah untuk diangkat menjadi pemimpin kebangsaan... kahkahkahk....

Menteri Besar Perak Calon Sesuai Ketuai Pemuda Umno Kebangsaan

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

"Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan...Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

********************************

Kahkahkah... berpengalaman? kahkahkah...
Yang dok ada la ni tak cukup Eeeee....
Sebab tu kena tukar bagi ada yang nampak lebih Eeee....
Wakaka....
Pemimpin pemimpin Umno yang berlambak berkebun atas kepala Melayu la ni tak cukup Eeee... lagi... kahkahkah.... kita kena cari lagi Eeeee untuk diangkat sebagai pemimpin Melayu.... kahkahkah...

Polis hilang? Kahkahkah...

0 org komen
Aneh... kahkahkah... Polis yang dok di kuarters pun boleh hilang... kahkahkah... awat tak kunci dia dalam lokap? Special sangat kah dia nih... kahkahkah...

Memang aneh dalam negara Malaysia nih...
Rakyat Monggolia yang masuk secara sah pun nama dia boleh hilang dalam daftar imegresin...
Selepas beberapa hari, body dia pulak cuba di hilangkan...
Berkecai kena C4...

Terkini, polis yang dok dikuarters jugak boleh hilang...
Tak tau pi mana... kahkahkah...

Waran tangkap ke atas polis tak hadir mahkamah

Hafiz Yatim
Waran tangkap dikeluarkan hari ini ke atas seorang anggota polis yang tidak hadir di mahkamah majistret di Petaling Jaya kerana membuat laporan palsu ke atas ahli perniagaan, Chia Buang Hing.

Chia (bawah, kiri), 38, sebelum ini memfailkan laporan polis mendakwa dia dibelasah ketika berada dalam tahanan polis.

Katanya, pada jam sekitar 10 pagi tadi, beliau dimaklumkan oleh pengawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai ASP Nasuha, bahawa anggota polis berkenaan sepatutnya didakwa.

"Nasuha beritahu saya, supaya saya boleh dapatkan peguam saya Lim Lip Eng untuk hadir di mahkamah,” katanya.

"Namun, apabila saya sampai, Nasuha memberitahu saya tertuduh sudah larikan diri dan polis tidak tahu di mana dia berada. Isteri anggota polis itu beritahu Nasuha, dia juga tidak tahu di mana suaminya dan dia mungkin di Kelantan.”

Lim berkata: "Malangnya, tertuduh tidak hadir dan mereka tidak tahu dia di mana. Nasuha maklumkan kepada Chia bahawa anggota polis itu adalah orang yang menggari Chia, dan juga yang pertama memukulnya.

Tidak tahu di mana

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia pegawai yang tinggal di kuarters polis - tetapi mereka tidak tahu dia dimana.”

Peguam itu, sebelum ini mengadu kepada majistret bahawa dirinya dan anak guamnya, Chia tidak memaklumkan sama ada lima anggota polis yang dikatakan memukul Chia sudah didakwa ataupun tidak.

Sehubungan itu, Lim berkata Nasuha memaklumkan Chia berhubung perkara itu hari ini.

Chia juga melahirkan kebimbangan keselamatan dirinya dan keluarganya dan kini semakin risau kerana anggota polis yang menahannya dulu itu kini tidak dapat dikesan.

“Saya kini ketakutan kerana tertuduh sudah terlepas. Bagaimana jika dia memburu saya?” soalnya.

Chia juga mengulangi dakwaannya yang dia ditahan reman, tangkap, belasah dan sebahagian besar wangnya diambil oleh anggota polis yang menahannya kerana memandu dengan cukai jalan yang tamat tempohnya.

Jangan heran bila UMNO GAGAL...

0 org komen
Tapi yang ni yang aku herankan, awat yang ramai tak suka ber'PIEM'kan suami penyayang nih... kahkahkah...

Tak dak sapa yang herankan kalau Chua Soi Lek dengan lancang menghina apa yang menjadi amalan baik dalam Islam kerana dia tu bukan Islam, tak paham Islam. Nak heran apanya kalau dah dia jijik dengan Islam kerana yang dia lihat dan belajar Islam tu hanya dari Umno. Memang jijik lah Islam tu kalau Soi Lek letakkan Islam Umno sebagai perbandingan.

Itulah, MCA - rakan karib Umno, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional - berfikir secara bangang dan dangkal, cetek jangkauan politiknya. Depa ingat pengundi Cina masih senang dikelirukan dengan fitnah dan tohmahan tidak berasas. Itu politik zaman komunis, zaman penjajah. Dah kuno taktik lapok macam tu. Zaman adu-domba dengan "DAP yang pekat rasis Cina" dan "PAS yang fanatik dan ekstrim Islam" sudah pun berlalu.

Aku pun heran kemana hilangnya taring Perkasa bila "isu salam" calon PAS, Cikgu Normala Sudirman dibangkitkan MCA. Aku tercari cari Mat Bisol Kulim bila Muhyiddin turut menyokong dan terjebak dengan perangkap bengong dari MCA tu. Umno terpalit nafsu munafik dalam perangkap jangka pendek MCA tuh. Ternyata TPM berbangsa Umno ni telah menerima tempias dan bahananya.panas dari kesilapan langkah Umno Barisan Nasional dalam isu salam nih.

Kerana Muhyiddin tahu sangat bahawa kelemahan rakan dalam BN untuk memahami Islam adalah sebenarnya kegagalan Umno untuk memahamkan mereka, memperkenalkan Islam pada teman teman sebantal mereka. UMNO GAGAL... memang Umno gagal, jadi jangan heran bila Umno gagal dalam menjalankan dakwah Islamiyyah, gagal mempergunakan masa sebagai pemerintah Islam yang baik bagi memahamkan bukan Islam terhadap Islam...

Politik kurap ala Umno...

1 org komen
Alaahaaii... Umno oiii... awatla hangpa ni bengap sangat. Pemimpin hangpa tak ajaq hangpa cara berpolitik ka? Kalau hangpa nak tau, sebab tu la Pakatan Rakyat ajak hangpa berdebat, hujah lawan hujah. Bukan menjerit macam siamang, terloncat loncat macam kera kena belacan. Berpolitik la cara matang, bukannya binatang.

Sekumpulan manusia yang memakai batu T BN, yang nampak macam matang telah berhimpun menyambut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi dengan jeritan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

Dah tu ada juga sorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap orang kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengepung kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Kepuanan Melayu oleh suami Perdana Menteri... hahaha...

2 org komen
Politik Rosmah mampu jatuhkan Najib pada PRU-13!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Pembaziran demi pembaziran ke atas wang rakyat dilakukan oleh 'first lady' (wanita pertama) yang bernama Datin Seri Rosmah Mansor sejak Dato' Seri Najib Tun Razak bergelar Perdana Menteri.

Nama Rosmah Mansor terus meniti dibibir masyarakat, hampir semua media arus perdana sering melaporkan apa sahaja aktiviti yang dijalankan isteri Perdana Menteri ini.

Penampilan Rosmah dilihat sangat berbeza dengan isteri beberapa Perdana Menteri yang sebelum ini, antaranya Allahyarham Tun Hendon Mahmood dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang jauh lebih sederhana, tidak dilihat mengganggu pentadbiran PM.

Selepas mendapat jolongan 'de fakto PM', Rosmah mendapat habuan besar dalam Projek Pertama Negara yang bagi pandangan umum ia satu lagi 'kemusykilan' besar kepada rakyat, apakah seorang isteri PM boleh mendapat keistimewaan dengan mendapat belanjawan khas dalam Belanjawan Negara.

Jika era Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sering diserang oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini Najib pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama

Rosmah ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.

Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan dan diketuai oleh Pegawai Khasnya Dato' Siti Azizah Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.

Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan

Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.

Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi ‘titik lemah’ Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.

Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.

Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam laporannya awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Beberapa blogger menggelarkannya sebagai 'Suami Perdana Menteri'.Mungkin ia sinonim dengan 'kelakuan' Rosmah yang cukup menjelekkan mata teman-teman bloggers dan rakyat kebanyakan.

Keputusan Najib dalam Belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, terkini ramai yang mempertikaikan kos sebenar penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai yang didakwa mencecah RM 140 ribu untuk satu malam.

Antara yang mempertikainya ialah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali mahu Najib atau Kementerian Luar memberi respons segera mengenai kos penginapan dan operasi sepanjang lawatan Rosmah ke Dubai kerana ia melibatkan wang rakyat.

Isu ini bukan sahaja ditujukan hanya kepada 'batang tubuh' Rosmah, namun lebih berat kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri dan suami yang sewenang-wenang melepaskan 'wang rakyat' kepada isteri.

Tabiat isteri kesayangan Najib itu juga ditegur oleh bloggers, Badrul Hisham Shaharin yang menyifatkan Perdana Menteri gagal melihat bahawa Rosmah seorang yang boros dan gemar berbelanja besar.

Telahan Badrul Hisham mudah, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun.

Dalam pada masa sama Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

“Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” kata Badrul Hisham.

Rimas rakyat dibuatnya.Najib tidak harus lupa akan kecaman umat Islam ke atas Rosmah dalam isu Pertunjukan Busana Islam di Monte Carlo tahun lalu yang mana Rosmah didakwa menghina Islam dengan penganjuran tersebut.

Selaku penaung, Rosmah sendiri gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan ramai, termasuk kepimpinan politik dan bloggers dimana pakaian model sangat menjolok mata, selain ada model yang mengenakan pakaian dengan logo kalimah Allah diterbalikkan.

Apabila isu itu dibawa ke Parlimen, Najib dan menteri-menterinya berdiam diri, tidak mampu menjawab hatta persoalan daripada mana datangnya wang penganjuran yang hanya menambah malu kepada negara.

Sebelum ini, ada cadangan dari Rosmah untuk menganjurkan tilawah Al-Quran bagi orang-orang buta,Entah apa gerangannya Rosmah yang sangat dipertikai ini mengutarakan cadangan sedemikian, apakah ianya hanya satu lagi bentuk 'retorik politik' untuk mengaburi mata awam?

Blogger Mohd Sayuti Omar dalam blognya ada menulis, cadangan Rosmah itu nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta dan tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara".

Kata Sayuti jika ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya Wanita Pertama yang mantap Islamnya termasuk soal menutup jambulnya.

Tabiat Rosmah bukan sekadar terhenti dengan soal pemborosan, beliau juga semakin 'jelek' di mata rakyat kerana sering menonjolkan diri sebagai 'wanita pertama' mengalahkan baginda Permaisuri Agong, Tuanku Nurzahirah.

Bloggers edeseyes.com pula menyifatkan Rosmah sebagai liabiliti besar kepada Najib yang mampu menjatuhkan Perdana Menteri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Telahan bloggers tersebut mudah, pandangan sisi rakyat bahawa Najib perlu menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.

"Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'suami' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri," tulis bloggers berkenaan.

Rakyat sudah lama menganggap wanita tidak bertudung itu (Rosmah) adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam yang masih belum sedar dan sebagai liabiliti kepada BN.

Apakah anggapan rakyat ini akan menjadi suatu kenyataan pada PRU-13 nanti, Najib pastinya resah akan 'cakap-cakap' mengenai isteri kesayangannya itu yang mampu menjatuhkannya sepertimana Tun Abdullah Ahmad Badawi jatuh kerana anak menantunya.

Tuesday, January 25

PAS menang di Tenang

0 org komen
Tahniah pada Dun Tenang, rakyat Tenang dan jugak kempen secara bodoh kebanyakan pemimpin pemipmpin BN di Tenang. Ini kerana pilihanraya kecil di Tenang telah berjaya membogelkan wajah sebenar Umno.

Tindakan yang konon kononnya bijak dan bergeliga dari Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PR DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu.

Chua membuat ucapan bunuh diri tersebut dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno gagal mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah. Tambah membarahkan lagi luka Umno, TPM yang berbangsa Umno dan mengaku Islam pun turut menyokong tindakan Chua yang tolol itu dengan membangkitkan agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.

Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama?

Jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini.

Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno.

Takkan rakyat Johor khususnya di Dun Tenang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang.

Tak kira apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dalam membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka.

SPR buat lawak apa pulak dah nih

2 org komen
Menatang ni dah disahkan HARAM... kahkahkah...

Laporan Bernama memetik Pengarah SPR Johor, Othman Noh, berkata sapa sapa jugak boleh buat laporan kat SPR di Pejabat Daerah dan Tanah Labis di sini dan juga kepada pasukan pemantau kempen pilihan raya itu sekiranya mengesan sebarang taktik kotor semasa berkempen di Tenang.

Macamana pulak kalau kita dapati SPR yang bersikap pengotor. Dah tau tak boleh nak berkempen pun tapi kelaku macam ngan tolong Umno dalam berkempen. Kat sapa pulak kita nak mengadu? Kalau dah SPR pun pengotor sikapnya, bolehkah aduan taktik kotor berkempen diarahkan padanya?

Boleh jalan laa... boleh repot saja la tapi jangan dok harap tindakan berkesan dapat diambil... haha... kalau pilihanraya dapat mengubah kerajaan di Malaysia, dah lama pilihanraya di 'ISA'kan...  wakaka... Mai kita sama sama berusaha untuk menang dah haramkan SPR sebelum pilihanraya diharamkan....  kahkahkah...

AS pakai ayat yang Umno selalu pakai... wakaka...

0 org komen
AS sifatkan siasatan serangan kapal Gaza oleh Israel 'telus, adil'

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini menyifatkan hasil siasatan badan siasatan khas Israel terhadap serangan komandonya ke atas kapal misi bantuan Gaza pada Mei tahun lalu yang mengorbankan sembilan sukarelawan Turki sebagai 'adil, berwibawa dan telus'.

Dalam laporan awal suruhanjaya membabitkan enam panel itu yang dikeluarkan Israel semalam, siasatan mendapati operasi serangan dan menyekat perjalanan kapal misi bantuan ke wilayah Palestin itu adalah mengikut undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Philip Crowley, bagaimanapun berkata panel siasatan yang ditubuhkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon akan kekal sebagai forum antarabangsa untuk mengkaji semula kejadian seorang itu.

Beliau berkata, siasatan oleh kerajaan Israel terhadap serangan yang dilakukan komandonya adalah sebagai "satu langkah penting' dan AS akan menunggu laporan kedua siasatan yang dikeluarkan beberapa bulan lagi.

“Kami fikir ini adalah satu siasatan yang bebas, berwibawa, adil dan telus yang sudah dijalankan Israel.

“Ia akan menyumbang kepada proses yang lebih meluas kepada Setiausaha Agung PBB untuk menyambungnya," katanya. - AFP

Kahkahkah.... ini yang dikatakan telus... ini yang dikatakan adil...
Kahkahkah.... aku kena jaga anak aku saja, pasai anak tak banyak...
Kahkahkah.... anak orang mati tak pa pasai anak orang tu banyak...

Ini baru betoi adil, baru betoi telus... ala UMNO... wakaka...

Terkencing lagi la Najib nampaknya... kahkahkah...

0 org komen
Apa la puak puak Pakatan Rakyat nih, suka mengusik Najib laa... wakaka...

Pakatan Rakyat hari ni telah mempelawa sekali lagi Piem Umno Najib Razak untuk sertai ‘debat agung’ bersama Anwar di Tenang. Tapi Pakatan Rakyat jugak mengingatkan Najib Razak bahawa debat ini hanya berkisar soal ekonomi dan jugak mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat. Debat ini langsung tak menyentuh peribadi baik pihak Anwar atau pun Rosmah.... kahkahkah...

Pengarah Pilihan Raya PAS kerusi Tenang Salahuddin Ayub berkata, pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang adalah medan terbaik untuk “debat agung” antara dua tokoh utama negara iaitu Najib dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim.

Sekiranya Anwar sanggup ber'demam' untuk berdebat, maka tiada sebabnya Najib mengelak lagi walaupun terpaksa pakai pampers untuk orang tua... kahkahkah...
Related Posts with Thumbnails