Monday, February 28

Pengkhianat, pengkhianat, pengkhianat... haha...

0 org komen
Suruh dia tunjuk gambar bapa dia kita nak tengok, betoi ka Melayu... kahkahkah...

Husam: Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu


Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

1) Pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

2) Membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

3) Mngubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN.

Iye ke ni... sah pilihanraya dah dekat... hihi...

0 org komen
Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Najib dah langkah kiri daa... haha...

1 org komen
Langkah kiri Najib dalam kemelut terbaru memang memalukan. Bagaimana seorang Piem yang mengepalai sebuah negara yang kononnya Islam boleh melabelkan gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai menyokong keganasan. Amat menjengkelkan, seorang yang perasan bagus dalam agama menilai pendirian ilmu yang ada pada ulama yang lain.

Lebih memalukan semua ini berlaku sewaktu pemergiannya ke Turki bagaikan semata mata untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Piem yang kononnya bagus ini pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

Barangkali itulah ajaran Islam baru ala Umno, iaitu ajaran Islam sederhana... Islam yang boleh menghalalkan apa yang kita rasa nak buat. Islam yang haram disesetengah tempat dan halal ditempat yang lain...

Tak sabar sangat nak tengok Zul Kulim nak kata apa... hahaa...

Ada ka muka penipu... kahkahkah...

2 org komen
Rosmah tak mahu lawan, serah pada Allah
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.

Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak "dakyah" dan "fitnah" Pakatan Rakyat.


"Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.

"Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja," katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 - antara kubu kuat BN di Kerdau.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai menilai sendiri dirinya dan bukan mendengar semata-mata daripada kumpulan tersebut.

"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?" soalnya.

Bukan seronok-seronok

Berucap kepada kira-kira 200 penduduk setempat, Rosmah yang sering menghadapi pelbagai sindiran pembangkang tampil secara terbuka menjawab dakwaan-dakwaan terhadapnya.

Beliau antaranya menafikan mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak dan melakukan pemborosan dalam rawatanya bagi menyampaikan ucap utama dalam persidangan mengenai pendidikan di Arab Saudi baru-baru ini.

"Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah," katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya.

Berhubung lawatannya ke Riyadh, Rosmah menjelaskan beliau hadir ke sana kerana diberikan peluang dan pengiktirafan oleh negara luar yang diakwanya jarang diperoleh oleh rakyat Malaysia, apatah lagi seorang wanita.

Menurutnya, pemergiannya atas undangan kerajaan Arab Saudi itu mendapat sambutan menggalakkan, antaranya daripada anakanda raja dan permaisuri kerajaan itu sendiri yang mengucapkan terima kasih melalui panggilan telefon dan menjemputnya makan malam bersama.

"Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak 'happy happy' (bergembira)," katanya lagi.

'Dia tak kerja, beritahu saya'

Justeru, beliau yang mengaku berpeluh-peluh berkempen datang ke kawasan Felda itu bagi membantu kempen Najib merayu penduduk Kerdau terus memberikan undi kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.


"Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia.

"Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya berseloroh.

Rosmah sebelum itu mengunjungi beberapa rumah di Felda tersebut bagi beramah-mesra dan bertanyakan masalah penduduk setempat.

Felda Jengka 25 merupakan antara tiga kawasan Felda di kawasan itu yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan menjadi faktor yang menjamin kemenangan mereka selama ini.

Dalam pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac ini, calon BN atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra akan ditandingi calon PAS Hassanuddin Salim - seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

Sunday, February 27

Gaddafi dah tak boleh lari... haha...

0 org komen
Rejim Gaddafi dikenakan sekatan PBB

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan perintah sekatan perjalanan dan pembekuan aset terhadap regim Muammar Gaddafi, selain tuduhan terhadapnya kerana jenayah kemanusiaan.

Undi sebulat suara 15 negara Majlis Keselamatan yang dibuat pada mesyuarat yang berlarutan lewat tengah malam semalam itu juga memerintahkan sekatan senjata dikenakan terhadap Libya apabila PBB memaklumlam lebih 1,000 orang sudah terkorban dalam serangan yang diarahkan Presiden Libya itu.

Majlis Keselamatan itu juga menuntut agar serangan kerajaan Libya terhadap orang awam dihentikan serta merta.

Larangan perjalanan dan pembekuan aset mengikut Resolusi 1970 itu hanya membabitkan presiden berusia 68 tahun itu, tujuh anak lelaki dan anak perempuannya Aisha, anggota keluarga dan pegawai tertinggi perisikan dan pertahanan yang dituduh berperanan menyerang balas orang awam.

Terdapat 16 nama dalam senarai sekatan awal selepas disenaraipendekkan daripada 22 nama ketika awal persidangan majlis itu, awal hari ini.

Tuduhan jenayah kekejaman itu akan dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa apabila majlis mendapati wujudnya serangan yang sistematik dan besar-besaran terhadap orang awam di Libya yang bertentangan dengan hak asasi.

Mengikut resolusi itu, semua urus niaga atau penjualan membabitkan senjata ke Libya mesti dihentikan serta merta.

Resolusi itu juga mengarahkan Libya menerima kemasukan bantuan kemanusiaan dan pemantauan badan hak asasi bagi melindungi orang asing di negara itu.- AFP

Tu dia aaiihh... lebih kaya dari Sultan Brunei... padan ngan muka hangpa...

0 org komen
Clare Rewcastle Brown, adik ipar pada bekas Piem United Kingdom mendakwa KM Sarawak, si Taib Mahmud tu adalah antara orang terkaya di dunia malah melebihi kekayaan Sultan Brunei.

Ini bukan kecik anak punya dakwaan nih, SPRM tak boleh dok peluk tubuh lagi dan tengok rakyat Sarawak yang rata ratanya miskin, papa kedana tapi pemimpin mereka kaya meliana.

Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu. Siasatannya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini. Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.

Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.

Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya. Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.

Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.- RM

Rakyat pasti menang...

0 org komen
Bahrain tunduk desakan awam, rombak Kabinet

MANAMA: Bahrain merombak Kabinetnya dalam cubaan terbaru kerajaan meredakan kemarahan rakyat - kebanyakannya pengikut Syiah- yang mengadakan bantahan sejak pertengahan bulan ini.

Sumber kerajaan berkata, antara yang disingkirkan adalah Menteri Perumahan dan Menteri Kesihatan. Bagaimanapun, sumber itu berkata, sehingga petang semalam surat pengesahan belum dikeluarkan.

“Saya menghubungi menteri terbabit malam tadi (malam kelmarin) dan dia memberitahu akan digantikan,” katanya.

Bahrain berdepan ketegangan terburuk sejak 1990-an apabila tujuh orang terbunuh dalam protes antikerajaan.

Kebanyakan rakyat negara itu bosan menjadi mangsa diskriminasi kerajaan yang menjadi sahabat kepada AS dan Arab Saudi. Ribuan penunjuk perasaan masih menduduki Dataran Permata di tengah Manama menuntut Kabinet meletak jawatan dan perlembagaan baru dirangka.

Ketika ini, Kabinet dilantik raja dan dua pertiga anggotanya terdiri daripada kalangan bangsawan. - Reuters

Padan muka hangpa... kahkahkah...

0 org komen
Kahkahkah... inilah berita yang paling dinanti nantikan oleh seluruh Malaysia.... kekuatan pertahanan negara dalam menghadapi ancaman dari rakyat sendiri...

Padan la ngan puak puak Hindraf ni pun, silap la kalau nak tunjuk hero kat Malaysia... sori laa.. pertahanan negara kita masih kukuh dan kemas. Belum apa apa lagi, kita dah siap ambil tindakan... tangkap, tangkap, tangkap... kahkahkah...

Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

Mengikut kata adiknya, Uthayakumar telah digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih, dan difahamkan dia dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Sementara itu, jalan-jalan utam ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak malam semalam telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu. Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.- Malaysiakini

Pengotor sungguh laa... kahkahkah...

0 org komen
Menteri Mana Terlibat Dengan Gay?

Oleh Mohd Sayuti Omar
SAYA tidak percaya dengan berita ini tetapi itulah yang saya dengar. Seorang menteri kabinet terlibat dengan kegiatan gay. Berita menggemparkan ini akan disiarkan dalam sebuah tabloid minggu depan.

Kita harap selepas akhbar berkenaan mendedahkan isu ini ia akan mendapat perhatian Najib Razak. Laporan ini kena siasat tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kabinet Najib tampaknya begitu mengambil besar mengenai kebersihan batang tubuh para menterinya. Baguslah...

Seperti mana yang diberita tahu oleh pengarang akhbar berkenaan isu ini sebenarnya sudah lama. Ia sudah banyak ditulis oleh bloger Umno sendiri. Tetapi terus terang saya katakan saya tidak pernah menemuinya secara konkrit. Munkin pengarang akhbar berkenaan bekas orang Umno mengetahui hal itu. Maklumlah Umno dalam parti itu semua jenis manusia ada.

Cuma tidak lama dulu memang ada terdengar mengenai seorang menteri kabinet yang terlibat dengan gay. Katanya dia membeli sebuah kereta sport berharga lebih RM100 ribu untuk pasangannya seorang lelaki. Kalau tidak silap juga ada pihak yang cuba menafikan dakwaan berkenaan.

Dengan terdedahnya kisah menteri gay ini nanti pihak tertentu akan membuat siasatan, terutama Najib sendiri. Kalau Najib begitu conscions dengan kes liwat Anwar kenapa beliau tidak mengambil sikap sama terhadap jemaah menterinya itu. Bukan saja liwat pelru dibelasah gay juga perlu dihentam sama.

Kita tidak mahu kalau ada elemen-elemen gay dalam kabinet Najib. Hendaknya jangan berulang kisah yang sama. Sebelum ini pernah kecur kisah seorang menteri di zaman Abdullah dikatakan terlibat dengan kegiatan lesbian. Untuk maklumat penjenguk blog Merah Tinta kedua-dua menteri dan bekas menteri yang dikatan terperosok dalam kegiatan menjijikklan itu asalnya dari Selatan tanah air.

http://msomelayu.blogspot.com/

Saturday, February 26

Najib cari pasal ni... haha...

0 org komen
Najib Bayangkan Ikhwan Pengganas Dan Mencurigai Sosok Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato’ Sri Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar Najib Razak melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

RM50 kena sehari, kalau RM540 juta... kahkahkah...

1 org komen
Aku pun tau, rasuah ni kalau RM50 pun rasuah... RM540 juta pun rasuah... dua dua tu salah. Tapi yang aneh kat Malaysia ni, RM50 kena tangkap dan denda, RM540 juta buat tak tau macam tak dak apa.

Lelaki yang sogok polis RM50 dipenjara satu hari dan denda RM10,000 tapi yang RM540 juta boleh pulak bebas berbelanja. Perabih harta negara dan wang rakyat ikut suka mak bapak depa...

Inilah salah satu contoh, ikan bilis saja yang tersangkut jaring, ikan besar besar bebas berenang. Mohd Yasin Fauzi, 38, telah mengaku bersalah dan mahkamah telah jatuhkan hukuman. Dia terpaksa meringkuk enam bulan sekiranya gagal menjelaskan wang denda tersebut. Alahaii... pasai lampu belakang kereta sebelah kiri saja yang tak berfungsi, sampai begini pulak si mamat ni kena...

Apa ni oiii main tikam peribadi calon... kahkahkah...

0 org komen
Oii che kak, nak main kucing balik rumah laa... kahkahkah...

Kesian kat dia, calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad terus bergelut dengan isu berhubung sijil akademiknya.

Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.

Pi Al-Azhar bertahun tahun tapi didakwa tidak lulus semasa belajar dan dituduh pulak membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Takkan kerja PAS camni kot, apa pulak main tikam peribadi calon ni... kahkahkah...
Biaq pi la kat calon depa nak berkurap ka, berpanau ka... kahkahkah....
Jaga diri kita tu bagi elok... kahkahkah...
Bro TT, sori la... gua pinjam lu punya gelak... kahkahkah....
Sebab PAS pun dah ikut gaya Umno berkempen... kahkahkah...

Pas, BN... Pas, BN... KITA tak dak ka? Kahkahkah...

1 org komen
CALON Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil N28 DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad bersalaman dengan calon PAS, Hasanuddin Salim (kiri) sambil melambai tangan selepas menyerahkan kertas pencalonan mereka di pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah


CALON Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau, Roslan Ahmad bersalaman dengan calon PAS, Yuhaizat Abdullah (kiri), selepas menyerahkan borang penamaan calon masing-masing di Pusat Penamaan Calon di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka, pagi ini. - Foto Rosdan Wahid

Sekali gua kata, gua kan kota beb... syabas bro...

0 org komen
Pelawak dan bekas juri rancangan realiti Raja Lawak, Bob Lokman turut mengambil kesempatan menyertai perarakan ribuan penyokong parti PAS pada proses penamaan calon di Politeknik Merlimau, pagi tadi. - Foto Muhammad Hatim

Gambar mStar, PAS tak dak langsung di Kerdau... kahkahkah...

0 org komen
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh di Pahang, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh SAMUEL ONG

Bang, bang... kempen baru hari ni mula bang... kahkahkah...

1 org komen
2 hari sebelum penamaan, 24 Feb, BN dah pacak ekoq berkempen kat Merlimau Melaka... tujuan Utusan tarok gambar ni dimuka depan akhbarnya untuk apa kalau bukan berkempen untuk meraih simpati pengundi sebelum waktunya...

Tengok saja calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil DUN Merlimua ni, Roslan Ahmad sedang meluangkan masa menziarahi pusara bapanya Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin yang juga bekas ADUN Sungai Rambai, di Tanah Perkuburan Islam Merlimau, di Melaka, 24 Feb. - Utusan/GAIE UCHEL

Melawat kubur pun nak cerita kat satu Malaysia ka...

Popular ka, aku tak kenai pun... kahkahkah...

1 org komen
'Ini semua salah faham'

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sudah bebas daripada semua tuduhan dan kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham,” kata pelakon drama popular, Zaefrul Nadzarine Nordin, 45, atau Zaefrul ketika mengulas mengenai insiden dia ditahan pihak berkuasa selepas terbabit dalam kes ugutan terhadap dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), minggu lalu.

Zaefrul dan dua lagi rakannya berusia lewat 30-an yang ditahan bagi membantu siasatan selepas menyerah diri dibebaskan Selasa lalu selepas pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu selain berpuas hati dengan keterangan serta kerjasama diberikan mereka sepanjang tempoh berkenaan.

PAS ni buang karan saja... kahkahkah...

2 org komen
Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan

TEMERLOH, 25 Feb: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu.

Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Tambahnya, risalah yang bertajuk ‘Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan’ diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Ini yang rakyat dapat dari sorang diktator...

0 org komen
Jenazah pejuang. Penunjuk perasaan mengusung jenazah rakan mereka yang maut dalam pertempuran di Benghazi, Libya, semalam. - Foto Reuters

Ikut kata sorang menteri kanan Libya yang berpaling tadah dan menyertai penentang Gaddafi meramalkan pemimpin negara itu tak mungkin menyerah kalah. Ini kemungkinan sekali membuatkan beliau sama ada 'akan dibunuh atau membunuh diri'.

Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel-Fattah Younis al-Obeidi, sudah meletakkan jawatan dan menyertai ‘revolusi popular’ yang bermula di negara itu minggu lalu. Beliau meramalkan kemenangan rakyat tetapi menegaskan, Gaddafi merancang serangan besar-besaran ke atas orang awam. Menteri itu berpaling tadah selepas mengetahui hampir 300 orang awam yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi sejak beberapa hari lalu.

Sapa bapak konspirasi terhadap Anwar... kahkahkah... cuba teka... kahkahkah...

3 org komen
Amboi, bukan main main lagi Umno punya pergunakan kes fitnah liwat II ni demi kepentingan politik depa. Depa punya tibai tak kira halal haram, tak kira dah samaada rakyat rasa diperbodohkan atau tidak.

Tapi yang menjadi persoalannya ialah, kalau dulu Mahathir amat dibenci ramai sebab dia dikata bapak konspirasi, agak agak hangpa la... sekarang ni untuk fitnah liwat II ni, sapa pulak bapak konspirasinya?

Perlu diingat, kes bermula semasa Abdullah Badawi masih Piem. Diakah kepalanya? Tapi sekarang ni dia bukan Piem lagi, yang jadi Piem ialah Najib. Jadi, Pak Lah atau Najib yang sebenarnya boleh ditabalkan sebagai bapak konspirasi nih. Errr... pelik sikit nih, bolehkah konspirasi diperturunkan macam penyakit keluarga daripada satu Piem ke satu Piem yang lain? Kahkahkah...

Atau tak dak konspirasi apa apa pun?

Tapi aku nak tanya lagi la, boleh kah bapak konspirasi ni adalah orang yang sama macam kes fitnah liwat I dulu? Bukankah skrip dan gayanya hampir sama melainkan watak saja yang berbeza? Kalau dilihatkan bekas Piem yang sangat bersuka ria diwaktu beliau masih menduduki bangku Piem tu... hingga kini pun dilihat masih amat amat berpengaruh? Tak mustahilkan? Kahkahkah....

Friday, February 25

Kenyataan paling telus yang pernah gua baca... kahkahkah...

0 org komen
Tiada sebarang senjata ditemui di pejabat SPRM

Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa tiada sebarang senjata seperti kayu dan paip besi dijumpai di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Usaha mencari alat senjata berkenaan dilakukan oleh pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri di keseluruhan pejabat iaitu di tingkat 14 dan 15 di Plaza Masalam.

Ahmad Nazri berkata beliau mencari senjata itu di pejabat pegawai penyiasat SPRM Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus (pegawai yang menyoal siasat Teoh), tandas, siling dan kawasan sekitar.

Beliau juga memberitahu tidak menemui sebarang kesan pergelutan di pejabat tersebut.- Bernama

Kahkahkah....
Kahkahkah....
Kahkahkah....

Nasib baik la ada al-Qaeda, kalau tidak mesti dia kata Anwar Ibrahim punya angkara... kahkahkah...

0 org komen
Gaddafi salahkan al-Qaeda sebagai dalang

BENGHAZI: Presiden Muammar Gaddafi hari ini menyalahkan rangkaian al-Qaeda sebagai dalang yang memporak-perandakan Libya ketika beliau muncul untuk kali kedua bagi mendapatkan semula sokongan rakyatnya.

Muncul dalam siaran televisyen negara itu, Gaddafi berkata, protes besar-besaran yang berlaku sejak lebih seminggu lalu bukannya pemberontakan rakyat terhadap pemerintahannya selama 41 tahun. Katanya, ia semata-mata disebabkan perbuatan remaja yang 'melempar batu dan menagih dadah' dan 'remaja yang sengaja melepaskan tembak rambang' selepas didalangi Osama bin Laden.

“Mereka inilah yang dipengaruhi dan diarahkan oleh Osama dan mereka ini sudah pengaruhi dadah," katanya. - AFP

Time kekal, riuh jadi hero... time naik, macam tikus lari masuk lubang... kahkahkah...

0 org komen
Kerajaan Kekalkan Harga RON95 Dan Diesel, Kata Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.- Bernama

Warna sebenar Gaddafi

0 org komen
Gambaran yang biasanya dilihat di Palestin tapi hari ini adalah perkara biasa di Libya...

Laporan AFP mendakwa keganasan yang tercetus di Libya sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka sahaja terkorban sekitar di ibu negara, Tripoli. Maklumat ini dipetik dari Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

“Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

“Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak secara rambang rakyat yang memprotes. Katanya lagi, tidak sepatutnya tentera udara juga diarahkan melepaskan tembakan dari pesawat.

Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein. - AFP

Thursday, February 24

JAIS popularkan orang yang dah popular... kahkahkah...

0 org komen
Aku dok tengok apa saja tindakan dari JAIS pasti mendapat liputan yang meluas dari akhbar dan kaki sebar negara. Jadi meriah apa saja isu yang dibangkitkan oleh JAIS nih.

Itu kelebihan yang ada pada JAIS yang tak dak kat sapa sapa pun, populariti dan glamour. Siapa yang kena dengan JAIS akan diistihar sebagai glamour. Sapa yang nak glamour dan populariti, cari pasal ngan JAIS. Yang tak popular akan glamour, yang dah glamour akan lagi popular... kahkahkah...

Terbaru kabarnya, sorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam. Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Maka JAIS sekali lagi menabur jasa dengan mempopularkan sorang lagi pelakon yang sudah pun popular... kahkahkah.... masaalahnya, pelakon ni bukan ahli Pakatan Rakyat, kalau tidak.... mesti dah ada mukanya dimuka depan... kahkahkah... sori la, aku pun tak tau sapa dia pelakon tuh... kahkahkah...

Eewaaahh... Guan Eng ni tunjuk baik pulakkk... kahkahkah...

0 org komen
Tak habis habis Pakatan Rakyat Pulau Pinang buat gempaq. Semua atas dasar kepentingan politik sekaligus bagi kepala Umno kacau dan semak... kahkahkah...

Terbaru, setiausaha Agung DAP selaku KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan perlantikan Zairil Khir Johari sebagai setiausaha politiknya. Perlantikan ini yang dikuatkuasakan serta merta tu dilihat sebagai usaha terbaru dan berterusan Guan Eng mendekati dan melunakkan hati orang Melayu Pulau Pinang... kahkahkah...

Jadi si Guan Eng jadi pening macam tu ja la kalau dok dengaq cakap cakap kedai kopi Umno nih, buat apa pun semua jadi tak kena.... kahkahkah...

Yang aku tau bukan Umno yang kena... kahkahkah...
Tapi Melayu Pulau Pinang yang lama dah terkena... kahkahkah...
Oii, Guan Eng ni baru lagi... senang nak turunkan kalau dia tak kena... kahkahkah...
Tapi Umno ni dah lama, once jatuh... jaga jangan bagi naik dah... kahkahkah...

Macam iklan pewangi ketiak daa... hahaha...

0 org komen
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Roslan Ahmad (tengah), selepas majlis pengumuman calon pilihanraya kecil DUN berkenaan, petang ini. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Izhari Ariffin

Ya... haha... ya... aak aa... ya... haha...

1 org komen
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjabat tangan dengan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, Roslan Ahmad yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Rabu. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA

Wednesday, February 23

Hosni Mubarak larikan diri ke UPM... kahkahkah...

0 org komen
Kekecohan berlaku pagi tadi apabila seorang wakil pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba melarikan fail bukti - sejurus selepas mereka menemui timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar (HEP) - berhubung pembatalan kemenangan calon pro-M, dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah cuba membawa keluar fail yang mengandungi bahan-bahan bukti berhubung perkara itu.

Sebelum itu, fail tersebut diserahkan oleh TNC HEP, Prof Dr Fauzi Ramlan, selepas diminta oleh Lokman untuk melihat sendiri bukti-bukti terbabit.

Selepas meneliti fail tersebut, Lokman bergegas keluar dari pejabat TNC, menyebabkan TNC menjerit dan beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahan Lokman.

Pengawal keselamatan tersebut bertindak merampas balik fail dari Lokman.

Ketika dihubungi Lokman berkata beliau bertindak demikian kerana yakin bukti-bukti tersebut adalah palsu.

Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.- Malaysiakini

Apa kata Perkasa, tak nampak ka.... kahkahkah...

0 org komen
Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng desak Tsu Koon bayar balik RM30 juta

Muhayat Jasmin
GEORGETOWN, 22 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mendesak mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon supaya bertanggungjawab terhadap skandal Pulau Jerejak yang menyebabkan kerugian sebanyak RM30 juta kepada rakyat dan kerajaan negeri.

Mengulas isu yang semakin meruncing ini, Lim menggesa Tsu Koon supaya membayar balik wang yang telah merugikan rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau dahulu.

Lim berkata, kini telah tiba masanya bagi kerajaan negeri pimpinan beliau menuntut kembali wang rakyat yang telah hilang tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat maupun kerajaan negeri ini.

"Kerajaan negeri telah membuat keputusan meminta Tsu Koon supaya menebus kembali nilai kerugian yang dialami sebanyak RM30 juta demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Sebagai seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang profesional maka adalah tanggungjawab beliau untuk mengarahkan syarikat UDA untuk memulangkan kembali wang skandal Pulau Jerejak kepada rakyat negeri ini, " tegas Lim.

Sebelum ini isu penyelewengan skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort (TIR) telah berlaku semasa Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.

Manakala nilai kerugian melibatkan premium tanah berjumlah RM10.6 juta bagi 32 hektar tanah di Pulau Jerejak tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun Tsu Koon telah memberikan geran tanah.

Selain dari itu, kos pelaburan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejumlah RM15.44 juta kepada TIR tidak mendapat pulangan kerana syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan.

Pinjaman oleh PDC berjumlah RM3.6 juta kepada TIR antara tahun 1992 sehingga 2007 selepas penyerahan Pulau Jerejak kepada UDA juga belum dijelaskan sehingga kini.

Skandal yang dibongkar ini sepatutnya mendapat perhatian SPRM dan juga pihak berkuasa supaya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku sentiasa memberi keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa.

Tanya Mahathir macamana rupa bapa dia... kahkahkah...

1 org komen
Senarai Panjang, 22 Tahun Dr Mahathir Memerintah

Oleh Tun Telanai
Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah.

Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.

Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
  • Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
  • Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
  • Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
  • Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
  • Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
  • Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
  • Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
  • Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
  • Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
  • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
  • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
  • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
  • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
  • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
  • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
  • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
  • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
  • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
  • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
  • Memaksa Petronas membeli saham Proton.
  • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
  • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
  • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
  • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
  • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
  • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
  • Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
  • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
  • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
  • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
  • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
  • Mengganggu penyiasatan BPR
  • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
  • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
  • Keruntuhan makmal computer;
  • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
  • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
  • Keretakan PULAREK; dan
  • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
  • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
  • Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
  • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
  • Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
  • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
  • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
  • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
  • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
  • Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
  • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
  • Kerugian pelaburan Tabung Haji;
  • Kerugian RM15b Bank Negara;
  • Kerugian RM40 juta AIM;
  • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
  • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
  • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
  • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
  • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
  • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Menutup dua MRSM di Terengganu;
  • Menutup sekolah agama rakyat; dan
  • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
  • Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
  • Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
  • Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
  • Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
  • Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Tahniah, inilah contoh diktator terbaik dunia...

0 org komen
Gaddafi perintah hancurkan pemberontak, sedia mati syahid

TRIPOLI: Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.

Dalam ucapannya di kaca televisyen awal hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai pemimpin Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan tanah airnya.
Sambil mendakwa perjuangannya itu disokong oleh rakyat, beliau memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang kian meningkat yang kini mengorbankan ratusan nyawa sejak lapan hari lalu.

Beliau memberi amaran bahawa pihak keselamatan akan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke 'setiap rumah dan setiap inci ruang' agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut.

Beberapa jam kemudian, kerajaannnya buat pertama kali mengeluarkan angka korban akibat kekacauan yang melanda di seluruh Libya iaitu 300 orang, termasuk 58 askar. - AFP

Kena kencing dari dulu, kini dan selamanya... kahkahkah...

0 org komen
Mee segera hingga bila-bila

Oleh Subky Latif
PENGUMUMAN projek baru dan pemberian berbagai perkara oleh kerajaan Barisan Nasional berlaku dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak selepas merdeka.

Hadiah rasuah politik itu kini dikenali sebagai projek mee segera. Tetapi ia tidak pernah dikenali sebagai projek mee segera hinggalah berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dimenangi calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut tidak lama selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam kempen di Kuala Terengganu itu, Datuk Seri Najib, masih lagi Timbalan Perdana Menteri masa itu mengisytiharkan, tiada lagi projek mee segera dibuat melalui kempen pilihan raya.

Pengumuman tentang mee segera oleh Datuk Najib itu, secara berani mengakui adanya amalan pemberian mee segera dalam setiap pilihan raya sebelum itu.

Tanpa menyatakan ia adalah satu perbuatan tidak bermaruah dalam pilihan raya, ia adalah untuk menyatakan bahawa perbuatan itu adalah tidak bermaruah, melanggar susila budaya pilihan raya dan ia adalah bersemangat rasuah.

Jika selama ini dibiar jalan di kampung berlubang dan berlopak, tetapi sebaik mati wakil rakyat jalan pun bertar – baru dan licin jalannya. Selama ini dibiarkan kantin sekolah dengan keadaan yang uzur, maka pada kempen PRK dikeluarkan bantuan segera membaharui bangunan kempen.

Dalam tahun 60an dulu ada kampung yang tidak ada bekalan air dan api dihantar alat-alat bagi membina projek itu menjelang pilihan raya atau sebaik bermula kempen pilihan raya. Orang dapat melihat berlonggok-longgok peralatan itu di tepi jalan.

Ada tempatnya bahan itu terus berlonggok di situ sehingga lama selepas pilihan raya, projek itu tidak pernah tiba. Dan ada pula di kawasan yang calon parti kerajaan kalah, bahan yang dilonggokkan itu dipunggah dibawa balik ke tempat asalnya. Projek mee segera itu tidak jadi dilaksanakan kerana pengundi kononnya tak mahu projek itu. Itulah sebabnya mereka tidak mengundi calon parti kerajaan.

Sehinggalah dalam kempen PRK di Kuala Terangganu yang Datuk Najib berkempen di kawasan yang ibu saudaranya – adik Tun Razak – sebok JKR menurap jalan dan sebagainya bagi menarik sokongan pengundi. Ia tidak dibuat sebelum kempen itu tetapi diadakan secara tiba-tiba bila tiba-tiba ada pilihan raya.

Itulah yang dikatakan projek mee segera. Mee segera itu ialah mee yang boleh diperolehi dan dimakan masa itu juga. Ia bukan mee yang sudah dimasak. Tetapi ramuan mee yang disediakan dalam kotak khas, dibeli dan dituang air panas dan boleh dimakan ketika itu juga.

Kata Najib, projek mee segera itu tidak akan ada lagi.

Orang pun tahu semua pengumuman mengenai projek secara tiba-tiba itu dipanggil projek mee segera. Dan calon BN Kuala Tereangganu itu kalah. Sebelumnya wakil rakyat BN yang mati itu dua kali menang di situ.

Orang pun menyangka seperti hendak bermulalah kempen pilihan raya yang sihat dan akan wujudkan kerajaan yang sihat. Kalau Najib nanti jadi Perdana Menteri, tiada lagilah barang-barang seperti mee segera itu.

Tetapi bila Najib menggantikan Abdullah Badawi, penyakit mee segera menjadi-jadi lebih teruk dari sebelumnya.

Dalam pilihan raya kecil di Manek Urai hampir dua tahun lalu, tidak pernah terfikir penduduk di situ untuk membina jambatan menyambung dua bahagian pekan. Tiba-tiba di tengah kempen itu menteri mengumumkan akan membina jamabatan di situ. Itulah janji projek mee segera.

Rancangan itu tidak ada. Ia diada-adakan saja. Sehingga ini belum ada apa-apa. Ia baru dikira sebagai satu wawasan. Entah bila hendak diadakan.

Dalam PRK di DUN Tenang baru-baru ini banyaklah kotak mee segera dibawa ke situ dan banyak pengumuman dan pemberian yang tidak pernah dibuat dan diberi kepada penduduk di situ disampaikan.

Makmur sekejap dan makmur segera penduduk kawasan itu oleh limpahan pemberian dan janji projek mee segera.

Sebaik selesai PRK Tenang orang beralih ke DUN Merlimau. Sebelum penamaan calon, mengikut Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh, jalan-jalan di DUN itu mula diturap belaka. Pengumuman projek baru pun menjadi-jadi, ikut sedap mulut menteri dan Ketua Menteri.

Santa Klaus BN itu bersepah-sepah di Merlimau dan setengahnya berkampung pula di Dun Kerdau, Pahang membawa kotak mee segera dan projek tiba-tiba.

Kata Syed Ibrahim, ia melanggar peraturan pilihan raya. Janji Najib tiada lagi projek mee segera sudah tidak dipedulikannya sendiri. Betullah dia seorang pawang memecah timba. Mee segera ada bila-bila selagi ada Umno dan BN.

Tuesday, February 22

Berita panas yang memanaskan hati... hihi...

1 org komen
Ini berita buruk yang paling panas sehinggakan memanaskan tellinga kita mendengarnya. Apa tidaknya, KERAjaan kabarnya sedang mencari opsyen untuk elak petrol RON 95 naik lagi.

Inilah berita yang paling tak masuk akal yang dibuat oleh pihak KERAjaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob. Depa kaji la macamana pun, minyak ni tetap akan dinaikkan.

KERAjaan sudah kehabisan wang, menaikkan harga petrol negara merupakan income besar bagi BN untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal menjelang. Jangan la sesapa pun dok percaya kenyataan terbalik dari menteri ni. Ingat lagi kata katanya yang mengatakan minyak takkan naik sehingga akhir tahun 2010? Akhirnya minyak naik juga menipiskan poket poket rakyat miskin dan mengkayakan kroni dan kantung BN.

Calon BN Kerdau

0 org komen
Syed Ibrahim Calon BN Di Kerdau

TEMERLOH: Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Selasa.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.- Bernama

65 maut

0 org komen
65 maut dalam gempa di Christchurch

CHRISTCHURCH, New Zealand: Gempa bumi kuat mengegarkan satu daripada bandaraya terbesar New Zealand hari ini, menyebabkan bangunan runtuh dan bas terhempap dan sekurang-kurangnya 65 orang maut dalam bencana alam terburuk negara itu.

Ia adalah gempa bumi kedua terkuat yang melanda Christchurch, bandaraya dengan 350,000 penduduk, dalam tempoh lima bulan walaupun gegaran bermagnitud 6.3 itu menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding gempa bumi bermagnitud 7.1 pada September tahun lalu.

“Kemusnahan teruk boleh dilihat... Ini mungkin hari paling malang bagi New Zealand," kata Perdana Menteri, John Key. - AP

Umno gagal pertahan Sultan... kahkahkah... Sultan Sulu letak jawatan....

0 org komen
‘Sultan Sulu’ henti jadi ahli Umno

KOTA KINABALU, 22 Feb — Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang menjadi tumpuan kontroversi selepas dinamakan sebagai ‘Sultan Sulu’ baru-baru ini, hari ini mengumumkan keluar dari Umno dengan serta-merta.

Katanya, surat peletakan jawatan sudah dimaklumkan kepada ibu pejabat Umno dengan satu salinan dihantar ke pejabat parti peringkat Sabah.- TMI

Perancangan tergesa gesa, kantoi akhirnya... kahkahkah...

0 org komen
Tak kata fitnah mai mana lagi kalau dah terkantoi banyak kali. Pelik sangat, kalau benda pelik ni jadi kat individu lain, dah lama mahkamah batalkan kes cacat sebegini. Tapi disebabkan ianya terjadi dalam kes anak pinak belaan Umno, maka kes tetap diteruskan malah gerenti Anwar akan dipenjarakan.

Ini senario yang dapat disimpulkan dari kes pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim sehingga kini. Macam macam wayang dan permainan yang dipertontonkan pada kita, tapi seperti biasa hanya yang celik diluar Umno saja yang dapat melihatnya dengan jelas.

Apa yang memeranjatkan bilamana mahkamah diberitahu bahawa sampel diambil dari tubuh pengadu Mohd Saiful Bukhari terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat. Sankara menegaskan kepada mahkamah bahawa Dr Seah langsung tidak perasaan perbezaan tarikh yang tidak masuk akal tersebut sehingga ke hari ini. Malah Sankara juga menjelaskan tarikh laporan polis 28 Jun 2008 tetapi tarikh sampel 26 Jun 2008.

Berdasarkan pada standard antarabangsa, sampel tersebut sudah dengan sendirinya tertolak.

Dia tak sedar, dia juga hamba Allah...

0 org komen
 Pemimpin yang mencengkam hak hak rakyat Libya selama lebih 41 tahun, Muammar Gadafi, muncul di kaca TV semalam sekaligus menafikan kabar kabar angin yang beliau telah melarikan diri ke Venezuela...

Bayangkan betapa tergamaknya seorang pemimpin yang mengaku beragama Islam yang terlalu gilakan kuasa seperti Gaddafi ini sanggup mengarahkan jet jet pejuangnya mengebom rakyat sendiri yang berdemonstrasi meminta hak mereka sebagai rakyat. Gambar atas ialah juruterbang Libya yang melarikan diri ke Malta kerana tidak sanggup untuk melepaskan bom keatas para demonstran.

 Demonstrator sedang menurunkan papantanda pada sebuah bangunan yang ditawan dibandar Tobrouk

Para demonstran melambai lambai bendera Libya dipuncak bangunan di bandar Tobrouk

Apa hal la ngan budak ni... kahkahkah...

0 org komen
Gambar ni diambil sebaik saja dia diliwat oleh peliwat... anehkan skill yang ada padanya ketika mengepit air mani yang tersimpan rapi dalam lubang duburnya... kahkahkah...

Aku sebenarnya malas nak buang masa bersembang pasai si Saiful dan pertuduhan mengarut dia orang kat Anwar tuh. Tapi, kita ni dah biasa mengata (kahkahkah...) jadi sekali sekala tu nak mengata jugak la... terutama sekali bila timbul persoalan persoalan yang pelik dan aneh sepanjang prosiding kes liwat kedua melibatkan Anwar Ibrahim ni.

Tak aneh mai mana bila satu Malaysia “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri... kahkahkah...

Apa hal la ngan budak ni... kahkahkah...

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

Heran la woii, macamana dia boleh tungging dan masukkan air mani sendiri ke bahagian duburnya sendiri... kahkahkah...

Malu sungguh sungguh la bila kemungkinan kelakuan kita dipersenda dan dipertontonkan pada umum macam nih... kahkahkah...

Semangat Mesir dah mai dah... kahkahkah...

0 org komen
Lama sungguh kita tak dengar sorakan dan laungan semangat suara mahasiswa yang matang dan dewasa dari institusi pengajian tinggi tempatan, lama sungguh. Tapi Khamis lalu 17 Feb, kita dah mula lihat, dah mula dengar apa yang kita impikan selama ini iaitu suara mahasiswa dan siswi kita yang berani meletakkan hak diatas segalanya dan tak lagi jumud dan terhimpit pada kekangan sang penguasa.

Bertambah panas bilamana pada petang Ahad, 20 Feb dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa UM, Masturah Abu Bakar.

Sejak minggu lepas hingga sekarang, apa yagn jelasnya para pentadbir universiti masih memandang rendah keupayaan mahasiswa. Mahasiswa dan siswi masih dilayan bagai lembu kenyang, seolah olah mereka ini begitu dungu untuk mengatur aktiviti dan melangsungkan fungsi gerakan pelajar secara berkesan dan matang. AUKU masih lagi bisa mengongkong sekaligus memenjarakan minda dan sahsiah anak-anak muda dengan mengangkat kuasa tidak terbatas HEP dalam menentukan... yang boleh dan tidak boleh... dibuat di kampus kampus.

Aku pasti, sedikit sebanyak semangat anak anak muda Mesir yang menjatuhkan Presiden 30 tahun mereka, Hosni Mubarak turut memberi sedikit kesan dan semangat. Sehinggakan gimik berani pelajar-pelajar seperti mengusung "keranda" di UPM dan membaringkan "mayat" di UM boleh kita saksikan. Apa yang jelas, aku dapat rasakan yang luahan rasa mereka tidak boleh diremehkan, ada mesej besar yang mahu disampaikan.

Monday, February 21

Dua dihukum penjara 20 tahun

0 org komen
DUA pekerja Ladang, U Suresh dan K Saravanan yang didapati bersalah diatas kematian jutawan kecantikan arwah Sosilawati. Trio tersebut kelihatan telah dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun terhadap mereka hari ini. - FOTO Roslin Mat Tahir.

Jenis tak sedar diri... haha...

0 org komen
SAIF AL-ISLAM, anak kepada Presiden Muammar Gaddafi masih kelihatan penuh keyakinan dan ranggi sewaktu ucapanya yang disiarkan televisyen, di Tripoli, awal hari ini. - Foto Reuters

Mati terdampar

0 org komen
LEBIH 100 ikan paus ditemui mati terdampar di satu kawasan pantai terpencil di Pulau Stewart, di perairan Kepulauan Selatan, New Zealand. - AFP

Apa hal ni ooiii... ngeri betul laa...

0 org komen
Macam macam la dengan demokrasi ala Malaysia nih. Makin kotor dan mengerikan. Adakah ini semua sengaja diadakan untuk menakut nakutkan calon atau kumpulan yang tidak sehaluan dengan kehendak dan perjalanan pemikiran pemerintah?

Apa yang terjadi kat Anwar Ibrahim sebagai contoh, beliau telah dihenyak kiri kanan dengan tohmahan yang diada adakan sehingga kini hangat menjadi perbahasan dalam Mahkamah semata mata untuk merosakkan kredibliti Anwar sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia. Terbaru, calon Umum Pro-Mahasiswa (pro-M) Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang petang kelmarin, telah ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi - beberapa jam selepas kumpulan itu mengadakan sidang media.

Bagaimanapun, si Masturah ni dah pun ditemui dalam "keadaan lemah dan tidak mampu untuk berbicara panjang".
Related Posts with Thumbnails