Thursday, March 31

Kacau Anwar, siasat Anwar, tangkap Anwar... hihi...

2 org komen
Oppsss... sori, aku cari gambaq Anwar tadi nih... hihi...


SIASATAN POLIS KE ATAS ANWAR IBRAHIM

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan,
menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Kahkahkah... ni berita lawak...

0 org komen
'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'


Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal-siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Tan Sri James Foong hari ini.- Seterusnya di Malaysiakini

Video: Awat kamera elak fokus muka... kahkahkah...

1 org komen

Baca sudah, jangan komen... depa tu ketua agama...

1 org komen
Elia Suhana Sah Isteri Sultan Ismail Petra

KOTA BARU: Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, Rabu menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau.

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah, Rabu.

Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002.

Pada 5 Dis tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac tahun lepas.

Dua minggu selepas itu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana.

Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb tahun lepas di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Elia Suhana berkata beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

"Saya amat gembira, sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya," katanya.

Pada 4 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Ismail Petra tetapi pihak Istana Mahkota di Kubang Kerian menghalang beliau daripada bertemu suaminya dan kes itu tertangguh berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Nik Rorhana. - BERNAMA

Asri masuk PAS lah senang... hihi...

1 org komen

Situasi politik semasa yang begitu meloyakan tekak sekali lagi meletakkan mantan mufti Perlis, Dr Asri jauh ke depan berbanding dengan rakan rakan ulama yang lain terutama dalam menegakkan apa yang patutnya ditegakkan. Beliau dilihat begitu konsisten dengan isu ini malah menyeru rakan rakan mufti yang lain yang masih selesa menghirup gaji sebagai mufti negeri negeri wajar bersuara menyatakan pendirian masing masing terhadap politik selak kain yang sedang bermaharajalela sekarang nih.

Menurut Dr Asri, para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, sdr Anwar Ibrahim. Ini bagi menghindarkan politik sebegini akan terus mendominasi perjalanan politik negara.

 
Sekiranya mufti mufti yang dianggap ilmuan dan ulamak di setiap negeri hanya diam bagai memberi restu terhadap apa yang ditontonkan dewasa ini, kita khuatir masyarakat tak boleh lagi nak membezakan bagaimana berpolitik cara Islam dan yang bagaimana pulak berpolitk tak mengikut pantang larang agama.

Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat. Bahkan prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi para mufti perlu berkata sesuatu mengenai perkara ini.

Ketegasan Dr Asri memang menarik minat ramai malah majoriti rakyat juga bagai tidak sabar hendak mengetahui pendirian politik Dr Asri. Bagaimana sekiranya kita cadangkan agar Dr Asri mohon untuk menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan yang haq dalam negara tercinta ini bersama sama jemaah PAS yang lain... haha... 

Sepakat yer... kita tunggu Pilihanraya nanti... kahkahkah...

0 org komen
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (enam dari kiri) bergandingan tangan tanda sepakat dengan para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dari kiri Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan (lima kiri), Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah), Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan (empat kanan) dan Presiden PRS Datuk Seri James Jemus Masing (kanan) selepas mengadakan perbincangan mengenai senarai calon-calon pada Pilihan Raya Negeri Sarawak di sini hari ini. SPR menetapkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April sebagai tarikh pembuangan undi untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 - Foto BERNAMA

Video: Hidup mati ku ditangan Allah s.w.t

0 org komen

Wednesday, March 30

Asri masuk PAS lah senang... hihi...

0 org komen
Situasi politik semasa yang begitu meloyakan tekak sekali lagi meletakkan mantan mufti Perlis, Dr Asri jauh ke depan berbanding dengan rakan rakan ulama yang lain terutama dalam menegakkan apa yang patutnya ditegakkan. Beliau dilihat begitu konsisten dengan isu ini malah menyeru rakan rakan mufti yang lain yang masih selesa menghirup gaji sebagai mufti negeri negeri wajar bersuara menyatakan pendirian masing masing terhadap politik selak kain yang sedang bermaharajalela sekarang nih.

Menurut Dr Asri, para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, sdr Anwar Ibrahim. Ini bagi menghindarkan politik sebegini akan terus mendominasi perjalanan politik negara.

 
Sekiranya mufti mufti yang dianggap ilmuan dan ulamak di setiap negeri hanya diam bagai memberi restu terhadap apa yang ditontonkan dewasa ini, kita khuatir masyarakat tak boleh lagi nak membezakan bagaimana berpolitik cara Islam dan yang bagaimana pulak berpolitk tak mengikut pantang larang agama.

Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat. Bahkan prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi para mufti perlu berkata sesuatu mengenai perkara ini.

Ketegasan Dr Asri memang menarik minat ramai malah majoriti rakyat juga bagai tidak sabar hendak mengetahui pendirian politik Dr Asri. Bagaimana sekiranya kita cadangkan agar Dr Asri mohon untuk menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan yang haq dalam negara tercinta ini bersama sama jemaah PAS yang lain... haha... 

Sahih Umno ketaq lutut nih... hihi...

1 org komen
Anwar: Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Anwar Ibrahim berucap pada program Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011. — Foto oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 29 Mac — Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu.

Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

“Ujian ini tidak melemahkan semangat saya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”

“Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya,” katanya lagi.

“Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah... bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani,” kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Tiga “Datuk T” yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

“Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)... tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.

“Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes... jadi saya minta kezaliman ini dihentikan,” katanya.

Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya.

Dalam ucapannya itu, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata peristiwa pendedahan itu yang dibuat Datuk T adalah satu perkara yang “menjijikkan”.

“Sejak satu minggu (lalu) di televisyen, radio dan surat khabar, adalah satu peristwa yang jijik, bagaimana kalau fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak.

“Skuad khas akan sampai dan tidak akan benarkan rakaman tersebut ditonton, ini menunjukkan ‘double standard’ seolah-olah ia adalah satu komplot politik,” katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur juga mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun “Datuk T” telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut.

“Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat,” katanya.

Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik “kotor dan jijik”.

“Kita perlu adakan mesyuarat meja bulat, panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan agama untuk kita menamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menangkap Datuk T ini,” tegasnya.-TMI

Tuesday, March 29

Memang terkejut berita nih... kahkahkah...

2 org komen
Kejutan Petang

Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir!

SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu.

Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untukcover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.

Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.

Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.

Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.

Di zaman Abdullah polis tidaklah sekejam itu. Rupanya perangai polis ini ikut perangai siapa jadi PM. Bagaimana di zaman Najib? Itulah yang mengajak saya ke stadium Melawati semalam. Saya ingat episod yang terlepas dipandang mata saya di Melawati yang jaraknya tidak sampai 3 km dari rumah saya tak sempat tonton kerana saya di Kuching, akan bersambung di Shah Alam.

Benar seperti saya kata, kawan ini nak bercerita mengenai video lucah. Mengenai identiti dan latar belakang salah seorang yang menjadi penunjangnya, yang bernama Shazryl Eskay atau Datuk T.

Menurut kawan ini dia kenal benar dengan Shazryl seorang ini. Dia bukan sembarangan orang. Dia bukan Melayu jati dan bukan juga mamak jati. Bukan juga Siam jati. Katanya, ayah Shazryl ini adalah seorang India yang berasal dari Sarawak. Manakala emaknya pula berbangsa Siam berasal dari Kedah. Ertinya di dalam tubuhnya tidak ada setitik pun darah Melayu, macam Mahathirlah.

Wah betullah apa yang dicerita oleh Johari Abdul di stadium Shah Alam malam tadi. Ketika Johari Abdul bercerita saya tersenyum sahaja. Tetapi cerita Johari itu tidak panjang dan sampai kepada 'potet' (mauduk) sebenarnya. Apa diceritakan Johari si anak keling + siam ini hanya ada syarikat di Langkawi Kedah, setakat itu saja.

Adapun menurut kawan ini dia kenal anak keling + siam ini semasa dia berada di Okhlahama, Amerika Syarikat. Ketika itu dia menjadi fisiotrapi atau dalam bahasa orang kampung tukang urut kepada atlit Malaysia. Sama sajalah dengan tukang urut barang di Chow Kit atau pun Puduraya. Itu saja tugasnya.

Tugasnya ialah mengurus atlit Malaysia. Kata kawan itu dia juga pernah mengurut dengan anak keling + siam ini dan memang berbaloi. "dia memang sesuai untuk mengurut orang besar," begitulah cerita kawan ini.

Kehebatan dia ini pandai mengurut barang diketahui oleh menteri sukan yang ketika itu Abdul Ghani Othman, MB Johor kini. Ghani merekmen kepada Mahathir untuk merasai penangan anak keling + siam ini. Entah macam mana Mahathir jadi minat dan menyuruh Ghani mengambil orang ini untuk menjadi tukang urut negara - urut atlit.

Hasrat Mahathir itu dipersoalkan oleh beberapa pegawai di Majlis Sukan Negara. Timbul perbalahan kerana untuk mengambil orang ini menjadi tukang urut negara tidak boleh sebab dia tidak ada kelulusan setaraf dengannya untuk menjalankan tugasnya. Apa lagi tugasnya bukan saja menjadi tukang urut tetapi dia juga akan jadi tukang bancuh ubat kepada atlet. Tetapi kerana ia diatas kehendak Mahathir syarat itu dilanggar maka jadilah orang ini sebagai tukang urut negara. Ertinya Mahathir sedia melanggar syarat kerana mahukan orang yang separuh berketurunan dengannya ini.

Kisah ini juga ada dalam pengetahuan Ismail Said, bekas setiausaha parlimen menteri belia sukan. Dia boleh menceritakan bagaimana pertikaian untuk melantik orang ini sebagai pegawai perubatan alias tukang urut negara.

Mahathir ada tujuan lain di sebalik itu, dia mahu jadikan Eskay ini sebagai tukang urutnya. Cerita kawan itu di sinilah Mahathir berhubung dengan SK. Mahathir juga bermurah hati telah melantik Eskay menjadi setiausaha perdagangan Malaysia di Thailand.

Apakah anologi dan moral di sebalik cerita berkenaan? Dua daripada orang yang terlibat dengan pembikinan video lucah itu adalah kenalan rapat dan kepercayaan Mahathir. Rahim Tamby Chik adalah rapat dengan Mahathir orang yang mendapat blessing daripada didakwa atas tuduhan rasuah. Rujuk kepada pendedahan Lim Kit Siang dan Anwar malam tadi.

Eskay pula sebagai tukang urut orang yang mungkin dapat jamah senjata politik paling sulit Mahathir. Mungkin Eskay tahu saiz dan kepanjangannya sekali.

Cuma kalau tidak rapat dengan Mahathir ialah si Shuib Lazim. Ini pun tidak kisah kerana Shuib adalah proxy dalam kepentingan tertentu Mahathir dan juga Daim. Kalau begitu maka makin jelaslah apa yang sudah mulai menjadi clear. Walahualam. [wm.kl.7:10 pm 29/03/11]

Jerat makan tuan

0 org komen
Ramai yang terkejut dengan isu seks membabitkan pemimpin pembangkang negara ini yang telah didedahkan oleh trio Datuk T tu. Tapi sebenarnya lebih ramai lagi yang tak terkejut langsung... haha...

Dalam teka meneka siapa pemimpin yang dimaksudkan dalam video tersebut, tiba-tiba secara berani tak bertempat si Rahim Thamby Chik dan si Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.

Ramai yang anggap pendedahan ini hanya satu kebiasaan dalam politik ala Malaysia ni, kerana itulah lazim yang akan terjadi menjelang pilihan raya. Apatah lagi pendedahan ini kebetulannya pulak terjadi pada hari pembubaran DUN negeri Sarawak dan pilihanraya di Sarawak ini pulak agak menggugat BN. Jadi, imej pembangkang perlu dirosakkan demi mencapai kemenangan BN. Tetapi apabila pendedahan ini melibatkan orang yang ada kepentingan tertentu dengan pemimpin pembangkang itu, isu ini boleh menjadi sebaliknya dan merosakkan nama BN pula.

Malah hingga kini, sudah ada blogger blogger totok BN yang terkenal dengan karat biru mereka pun sudah mula goyah dan amat malu untuk turut menyokong satu lagi konspirasi dari golongan bebal yang majoriti menguasai persada Umno dewasa ini...

Video: Ini bukan negara bapak dia...

0 org komen

Monday, March 28

See you in court... kahkahkah...

0 org komen
Sah: Hisham Akan Saman Anwar

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin hari ini telah melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Tok sah baca kalau segan nak baca... kahkahkah...

0 org komen
Kerajaan BN tak belajar dari kesilapan?
Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad

Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.

Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat “Cover Story” tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.

Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.

Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan ”kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza”. Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.

Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.

Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan ’guesstimate’, tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.

Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.

Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai “Domestic Direct Investment atau DDI”. Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.

Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.

Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang tinggi, subsidi dan juga ’pampasan’ andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.

Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan ”sovereign bond” untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.

Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.

Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.

Dengan sistem ”Light Rail Transit” dulunya milik swasta – Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.

Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu ’bailout’ yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.

Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!

Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu ’blueprint’ bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.

Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.

Kaedah terbaru ”Rakan Penyampai Projek” yakni ”Projek Delivery Partner”atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau ’Project Management Consultant’ dan juga selaku ’Turnkey Contractor’nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.

Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.

Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah ”Swiss Challenge” – satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek ’Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?

Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.

Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang ’cost overrun’ atau ’kos lebihan’ satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya.

Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa ’cost overrun’ dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?

Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas ’kos berlebihan’ membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau ’bailout’ oleh wang rakyat mengulangi tabi’at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.

Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.

Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama – ’prequalification round’ dibuat bagi mengenalpasti syrarikat-syarikat yang membida secara terbuka.

Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.

Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi ’boss’ yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.

Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya ’connectivity’ dalam semua sistem darat itu?

Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu ’blueprint’ untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.

Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org.

Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, ’rakyat-centric’sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang ’integrated’ dan punya ’interconnectivity’ seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.

Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Bukan begitu ke?

Video penyebar fitnah nombor satu negara

0 org komen
Mereka mereka ni memang dibela untuk menjadi penjilat... kahkahkah...
Lagi kuat jilat, lagi panjang hayat... kahkahkah...
Lagi pandai jilat, lagi tebal poket dapat... kahkahkah...
Mungkin terlupa bela anak bini dengan duit fitnah... kahkahkah...

Umno bukan penjajah ka... kahkahkah...

0 org komen
Lebih baik ditadbir penjajah jika hak Melayu hakis, kata Ibrahim Ali
Oleh Yow Hong Chieh

Ibrahim menggesa kerajaan memberi tekanan kepada tindakan afirmatif pro-Bumiputera. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini. Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.

“Hak tetap hak,” kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini.

Justeru kata beliau, tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union, yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak.

“Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional,” kata Ibrahim.

“Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.

Katanya, Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh melindungi hak Melayu dan Bumiputera kerana ia bersifat terlalu longgar dan terdedah kepada manipulasi.

Tambah beliau, mana-mana dasar ekonomi yang tidak bertunjangkan Artikel 153 bercanggah dengan perlembagaan dan ia juga satu tindakan jenayah.

Ibrahim juga mengecam kerana kerajaan memberi terlalu banyak perhatian kepada syor-syor pakar luar negara dalam melaksanakan MBE sedangkan mereka tidak faham latar belakang sejarah yang bersangkut-paut dengan ekonomi Malaysia.

“Mereka datang ke sini untuk merangka ekonomi bagi Malaysia berdasarkan pertimbangan asing dan bukannya (keperluan) sosioekonomi negara,” katanya lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan memberi tekanan kepada tindakan afirmatif yang pro-Bumiputera, sebagaimana ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Jangan percaya pada Anwar... kahkahkah...

1 org komen
Politik Malaysia dah jadi politik songsang... kahkahkah...
Yang terbelit dengan tuduhan rogol diangkat jadi pemimpin... kahkahkah...
Yang terlibat dengan salah guna wang diangkat jadi orang besar... kahkahkah...
Pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan... kahkahkah...

Yang pertahankan soal moral adalah orang yang pernah ditanya soal rogol... kahkahkah...
Orang yang pernah hidup dalam skandal video seks, dia cakap soal moral.... kahkahkah...
Orang yang bercakap soal negara bersih... disisih... kahkahkah...
Orang yang hendak mentadbir dengan baik... dikacau hidup siang malam... kahkahkah...

Apakah Malaysia dengan Mesir tak sama lagi... kahkahkah...

Bideo lucah... kahkahkah...

0 org komen
Oleh: Pak Long Din

Salam semua...

Bangsa cina ni kalau dia tau pun haram halai, bukan dia nak pedulikan sangat. Tapi memang betoi pun, tak salah kalau depa buat tak peduli, depa tu bangsa cina beragama buddha. Haram halai bagi orang Islam tu lantak pi kat orang Islam yang uruskan la... haha... Yang mengaku Islam pun berlambak dok buat yang haram, tak sapa peduli punnnn... haha...

Serupa gak ngan Ah Seng member Pak Long tu, bab haram halai ni dia pun tau... silap silap lebih fasih dari Nazri Aziz... haha... Anak Ah Seng yang sulong tu baru lepaih kolej, keja pun tak ketahuan hala lagi. Pak Long pun besa pesan kat Ah Seng tu, suruh dia nasihatkan sikit anak dia yang keja sambilan juai bisidi haram tu. Juai bisidi haram tu dah memang haram tapi yang haram jadahnya bila ditambah ngan juai bisidi lucah...

Nak tergelak pun ada jugak bila tengok si Ah Seng tu kelam kabut bawak anak sulong dia pi hospital. Ingatkan nak bagi DNA gantikan Anwar ka... haha... rupa rupanya berdarah kepala lutut ja... jatuh time polis ligan juai bisidi haram, semalam... haha... tapi tu la, Pak Long nak marah kat Ah Seng pun tak boleh dah dok tengok kot belah ataih sana lagi gawat...

Hangpa tak heran ka? Juai bideo seks tak boleh tapi... tayang kat umum tak pa...
Hangpa tak heran ka? Bideo seks tu boleh buat tayangan perdana percuma...
Hangpa tak heran ka? Polis pun buat buat tak tau... haha...
Hangpa tak heran ka? Datuk penganjur tak kena ligan ngan polis pun... haha...
Hangpa tak heran ka? Ramai wartawan yang depa jemput sama... haha...
Hangpa tak heran ka? Bideo seks tu keluaq time DUN Sarawak dibubaq...
Hangpa tak heran ka? Z Kulim yang alim percaya Anwar masa tu boroi perut dia sikit...
Haha...

Kalau semua tu hangpa tak heran... hangpa jangan heran la kalau Ah Seng pun tak heran anak dia buat sambilan juai bisidi haram... haha... cuma yang Pak Long heran tu, awat polis dok kacau anak Ah Seng saja tapi yang Datuk T tu hangpa buat tak tau... hihi... tolong jangan jawap naiii...

Wassalam...

Saman ekor: kisah benar kena kencing...

0 org komen
Dah bertahun tahun kena kencing, baru hari ni dapat tahu... kahkahkah...
Kita tak boleh merungut kerana nanti dikatakan tak patriotik... kahkahkah...
Demi patriotisme, kita bayar saja saman ekor yang bertahun tahun dulu diperam pak polisi... kahkahkah...

Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno

0 org komen
Anuar Mohd Nor

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin mengesahkan lelaki yang melakonkan pelakuan seks dengan seorang pelacur dalam video yang didalangi Datuk T, kali ini seorang blogger Umno pula membuat pengakuan yang sama – lelaki itu bukan Anwar.

Blogger berkenaan, Anuar Mohd Nor pada paparan blog Umno Reform mengakui lelaki yang melakukan hubungan seks dalam video yang didedahkan Datuk T, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka yang dipanggil pada petang/ malam 21 Mac 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar,” kata secara tidak langsung dalam blognya bertajuk ‘Pengakuan Anuar Mohd Nor’ bertarikh 25 Mac 2011.

Anuar mengakui blogger Umno yang disebut dalam kenyataan Badrul atau Chegubard sebelum ini dan menyertai Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu untuk menonton video lucah di Hotel Carcosa, adalah beliau sendiri.


Paparan yang memuatkan kenyataan Anuar

“Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau – yang beliau rujuk sebagai: Blogger Umno itu adalah saya sendiri!” katanya.

Namun, pada halaman komen di blog Anuar, beliau dikecam hebat penyokong Umno yang mengunjungi laman web pro- Umno itu.

Keadilan Daily juga mendapati ramai blogger pro-Pakatan Rakyat memetik dan memaparkan entri berkenaan di blog masing-masing.- Keadilan Daily

Politik songsang... kahkahkah...

0 org komen
Aku sokong 110% kenyataan Anwar bahawa politik Malaysia sudah berada dalam keadaan politik songsang. Mereka mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang telah diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan hingga meniarap makan pasir.

Yang pertahankan soal moral adalah orang orang yang pernah ditanya soal rogol, orang yang pernah hidup dalam skandal video seks. Dia cakap soal moral orang lain diwaktu dia sendiri dipersoalkan oleh ahli mereka sendiri sebagai tidak bermoral. Orang yang mengambil dana yang begitu besar, membinasakan orang yang hendak mentadbir dengan baik.

Inilah politik yang didokong oleh majoriti Melayu terutama sekali Melayu luar bandar yang sejak sekian lama menipu orang orang kampung dengan isu isu ciptaan. Dan video seks ini juga adalah hasil ciptaan mereka bagi mengalih pandangan rakyat terbanyak dari membaca dan meneliti buku jingga unjuran Pakatan Rakyat.

Rakyat ke jalanraya tuntut hak mereka

0 org komen
Penunjuk perasaan memakai penutup mulut membantah loji nuklear di depan Ibu Pejabat Tokyo Electric Power Co (TEPCO) di Tokyo hari ini. Tahap radiasi amat tinggi yang dikesan pada air di loji nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami lalu menyebabkan usaha mengawal keadaan di kompleks berkenaan terbantut. Seorang petugas di loji berkenaan hari ini mengesan tahap radiasi 10 juta kali ganda daripada biasa pada air di reaktor kedua. - Foto AFP

Polis kepung rumah YB Azmin?

0 org komen
KUALA LUMPUR: Sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini.

Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.

Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily.

Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan arahan supaya Azmin untuk memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

Kehadiran polis itu dipercayai berkaitan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan rakyat di Taman Melawati, semalam.

Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah Azmin tetapi kesahinan maklumat itu belum dapat dipastikan.

Dalam ceramah di Taman Melawatiu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat.- Keadilan Daily

Tabung pilihanraya

0 org komen
Pakatan Rakyat adalah pakatan yang dibentuk demi rakyat. Pakatan yang diwujudkan atas inspirasi rakyat marhaen ini memang diketahui umum bukanlah pakatan yang kaya raya macam parti BN.

Jadi, demi meneruskan perjuangan untuk rakyat yang jauh dari selesai terutama sekali dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka sumbangang dana berbentuk wang ringgit perlu lah disediakan. Maka KEADILAN hari ini telah melancarkan kutipan dana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 yang boleh disalurkan di laman ini.

Biarpun baru dilancarkan, atas semangat jitu terhadap pejuangan rakyat marhaen, sejumlah RM802,000 berjaya dikumpulkan setakat ini.

Sunday, March 27

Politik fitnah

0 org komen
Politik fitnah atasi kebajikan rakyat

Harakahdaily
PARIT BUNTAR, 26 Mac: Kerajaan Umno BN didakwa semakin hilang pertimbangan apabila lebih mementingkan politik fitnah berbanding fokus menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, perkara itu dapat dilihat dengan perkembangan terkini politik tanah air, apabila isu video seks pula ditimbulkan bagi memburukkan Pakatan Rakyat.

"Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka,"tegasnya.

Perkara itu katanya bukan sahaja memalukan, tetapi juga cuba menolak nilai Islam yang mengharamkan fitnah terhadap seseorang.

Tambahnya, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukan sibuk merancang bagaimana untuk memburukkan musuh politik mereka.

“Perkembangan terkini politik tanah air menyaksikan BN sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting untuk rakyat" katanya

"Sepatutnya mereka mesti menggunakan segala sumber dan masa yang ada untuk memikirkan dasar-dasar yang mesra rakyat dalam segenap aspek dan keperluan" jelasnya yang juga Adun Titi Serong.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin BN dan berubah dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi menghentikan segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN dengan segera.

“Rakyat perlu menyokong gerakan kebangkitan bagi menyingkir kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN pada PRU akan datan," tegasnya.

Bukan Umno... kahkahkah...

1 org komen
Apahal Najib ni, riuh rendah tak mengaku video lucah terbaru yang panas di perkatakan di tanah air kita ni bukan konspirasi Umno. Kalau kau mengaku pun kita tak heran la... kahkahkah... memang Umno dengan konspirasi ni dah bagai isi ngan kuku. Memang Umno dengan fitnah ni dah bagai aur dengan tebing... kahkahkah...

Kalau kau tak mengaku pun, satu dunia dah tau yang tali barut dibelakang video seks tu adalah orang orang kuat Umno. Persoalannya sejak bila pulak si Rahim Thamby Chik keluar umno... bukankah dia jadi pengerusi Risda pun atas kapasitinya ahli Umno dan mantan KM Melaka yang banyak jasa pada budak budak pompuan? Kantoi saja.. bukan Umno. Apa ni, pi tipu mak cik ngan pak cik Felda boleh la... Ahli parti sendiri pun dah tak kenai.... kahkahkah...

Bila pulak undang undang kita ada pindaan berkenaan seseorang atau pesalah yang menyebar dan menayang video lucah terlepas dari kesalahan perlakuan tersebut.... dah tu tak ditahan oleh bapak polisi pun... tak double standard lagi ka undang undang rimba nih...

Ini menandakan ada yang tak betul dalam isu kontroversi video lucah ini , nampak sangat hanya untuk memerangkap seseorang bukan untuk menjelaskan kebenaran...

Kantoi mantoi... kahkahkah...
Terima kasih Umno kerana berjaya menyatukan kembali pembangkang... kahkahkah...
Terima kasih Datuk T kerana hasil bangang korang telah heret sama Umno ke laut... kahkahkah...

Parti Ketuanan Melayu Menjatuh Maruah Melayu

0 org komen
Oleh: Iqbal

"
Rasanya macam tak sanggup lagi nak ikut perkembangan politik tanahair. Marah dan kecewa yang amat sangat terbuku dihati. Kadang2 tertanya juga pada diri sendiri, apakah politik begini rupa ?

Namun oleh kerana kemarahan dan kebencian yang meluap-luap didalam dada mendorong aku memberi penjelasan dan penerangan kepada individu2 yang ku kira masih lagi rasional pertimbangan mereka. Disamping itu doa yang tidak putus2 ku panjatkan kepada ALLAH agar segera menurun bantuan dalam menghadapi parti melayu yang tidak bermoral ini.

Sewaktu peristiwa 1998 berlaku , waktu itu kita tidak terfikir bahwa orang melayu tergamak melakukan konspirasi seburuk itu. Bayangkan cerita seks dipaparkan dalam akhbar2 yang ianya boleh dibaca oleh para remja malah budak bawah umur. Melayu yang mendalangi konspirasi waktu tidak memikirkan langsung tentang maruah Melayu sedang mereka tahu negara ini berbilang bangsa penduduknya. Tapi difikirkan seks ala itu saja yang diyakini berkesan memberi pukulan maut kepada lawan maka ianya dilaksanakan. Sudah pasti waktu kita ditertawakan oleh bangsa lain. Tentu sekali waktu itu kita diperlekehkan oleh kaum2 lain.

Anehnya orang2 yang berada didalam parti ini juga berarak kesana kemari membawa panji2 ketuanan melayu. Mereka yang sebenarnya memalukan melayu tetapi bangsa lain dikambing hitamkan.

Beberapa hari lepas sekali melayu dari parti melayu terbesar didunia memalukan bangsa melyu. Dalam mereka kononnya nak dedahkan akhlak musuh politik mereka , tanpa mereka sedari kesan yang lebih besar telah menimpa bangsa melayu. Lebih2 yang didedahkan itu adalah fitnah belaka.

Melayu dari parti melayu memang tidak mengendahkan peringatandan amaran ALLAH. Agaknya mereka rasa mereka tiak akan mati. Wajar MAZ mengajak masyarakat agar menolak parti yang suka menyelak kain orang.

Maka sebab itu moral pembawa cerita lucah ini sebenarnya sangat rendah. Dan ia sebenarnya mencerminkan peribadi dan kegiatan mereka. Mana mungkin orang yang baik sanggup melakukan fitnah seburuk ini.

YA ALLAH SEGERAKAN LAH KAU MUSNAHKAN PEMBAWA FITNAH SERTA PARTINYA SEBAGAIMAN KAU MUSNAH KEKUASAAN HOSNI MUBARAK DENGAN SEKELIP MATA.

YA , MEREKA ADA PDRM , ADA SPR, ADA SPRM ,ADA PEGUAM NEGARA TAPI KAMI ADA ENGKAU YA, ALLAH.KAULAH PENENTU SEGALA-GALANYA YA, ALLAH."

Tak kenai maka tak boleh mengata... kahkahkah...

0 org komen
Kenali individu di sebalik 'Datuk T'

Shazryl Eskay Abdullah

Muka iras iras Anwar tapi perangai teruk. Nama dia pun pelik sikit, Eskay, berumur 51, asal dari Naka, Kedah. Dia adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd. Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

Sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.

Rahim Tamby Chik

Nama penuh dia Rahim Thamby Chik atau lebih glamour dengan Rahim punai kecik. Rahim ni adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politik berikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

Anwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.

Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba. Ooo... besa jadi pencacai Anwar la jugak yerrk... kahkahkah...

Shuib Lazim

Sebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.- Malaysiakini

Umno hidup atas fitnah

0 org komen
Politik fitnah atasi kebajikan rakyat

Harakahdaily
PARIT BUNTAR, 26 Mac: Kerajaan Umno BN didakwa semakin hilang pertimbangan apabila lebih mementingkan politik fitnah berbanding fokus menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, perkara itu dapat dilihat dengan perkembangan terkini politik tanah air, apabila isu video seks pula ditimbulkan bagi memburukkan Pakatan Rakyat.

"Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka,"tegasnya.

Perkara itu katanya bukan sahaja memalukan, tetapi juga cuba menolak nilai Islam yang mengharamkan fitnah terhadap seseorang.

Tambahnya, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukan sibuk merancang bagaimana untuk memburukkan musuh politik mereka.

“Perkembangan terkini politik tanah air menyaksikan BN sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting untuk rakyat" katanya

"Sepatutnya mereka mesti menggunakan segala sumber dan masa yang ada untuk memikirkan dasar-dasar yang mesra rakyat dalam segenap aspek dan keperluan" jelasnya yang juga Adun Titi Serong.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin BN dan berubah dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi menghentikan segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN dengan segera.

“Rakyat perlu menyokong gerakan kebangkitan bagi menyingkir kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN pada PRU akan datan," tegasnya.

Tak dak sapa peduli Nazri... kesian...

0 org komen
Ikut kata Ng Yen Yen, sapa pun tak peduli kat Nazri apa yang dia nak kata dan yang bestnya tak dak sapa pun yang suruh dia minta mohon maaf pun... tapi dia minta maaf... kahkahkah...

Naib Presiden MCA Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Nazri Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan.

“Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di sini malam tadi.- TMI

Kahkahkah... tak dak sapa ambil pot pun... kahkahkah...
Tu dalam parti sendiri pun dah tak laku... kahkahkah...
Korang agak agak la kalau diluar parti... kahkahkah...

Video penyebar fitnah nombor satu negara

0 org komen

Perut Mahfuz lebih besar dari perut Anwar... kahkahkah...

0 org komen

Myanmar pulak...

0 org komen
Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menyebabkan kerosakan jalan raya di Tarlay, Myanmar, 25hb Mac 2011. Sekurang-kurangnya 74 orang terkorban manakala siri gegaran mencetuskan keadaan cemas tetapi tiada kerosakan teruk di beberapa negara sekitar Asia Tenggara. - Foto Reuters

Perut Mahfuz lebih besar dari perut Anwar... kahkahkah...

0 org komen

Saturday, March 26

Tolong jangan tangkap Anwar

2 org komen
Tak tau la gua maklumat yang diterima dari blog sharpshooter ni betul atau tidak bahawa pak sheikh Anwar akan ditangkap malam ini setelah info awal memberitahu tempat ceramah telah pun dikepung polis dan FRU. Tapi aku berpendapat pihak Polis perlu lebih profesional dan bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

Anwar kini berada di Bandar Perda setelah bersolat Maghrib hingga sekarang mendengar tazkirah. Ikut kata sharpshooter, dia menduga Anwar akan ditangkap malam ini dan pihak PKR negeri telah bersedia dengan segala kemungkinan.

Gua masih berpendapat, penangkapan Anwar tidak akan menyelesaikan masaalah malah bakal menggelapkan lagi demokrasi yang telah sedia gelap... kita tunggu apa yang berkemungkinan berlaku sebentar lagi...

Rosak la kalau cakap Asri pun hangpa tak pakai...

0 org komen
Video seks: Asri ajak rakyat tolak pemimpin politik suka selak kain orang lain

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang “suka menyelak kain” orang lain dengan sanggup “menghalalkan apa sahaja” demi kepentingan politik mereka.

“Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.

“Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang,” kata beliau dalam tulisannya merujuk kepada perkembangan semasa skandal pendedahan rakaman video seks awal minggu ini.

Tokoh agama yang menjadi tumpuan Umno dan PAS sebelum ini berkata, tidak kira kerajaan atau pembangkang rakyat telah dijadikan “penonton bodoh” yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Sehubungan itu katanya, politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan daripada golongan yang jijik dan kotok.

“Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” kata Mohd Asri.

Negara dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakan Rakyat, di hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu oleh lelaki yang mengelar dirinya “Datuk T”.

Dua hari kemudian misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks itu terjawab apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar Rabu lalu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai lelaki dalam rakaman video seks menafikan penglibatannya, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada kaitan dengan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan itu malam tadi.

Dalam tulisan kali ini, Mohd Asri berkata, Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini dan isu semasa menjadi pengajaran kepada semua parti politik.

“Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS,” kata beliau sambil menambah, sedangkan Allah berfirman “wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain.”

Kata beliau, dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Oleh itu katanya, maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

“Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

“Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini,” katanya.

Kata beliau, sama ada PAS, Umno dan PKR ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini.

“Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadangkala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. "Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini,” ujar beliau.

Mengenai desakan diadakan suruhanjaya, Mohd Asri berpendapat bahawa tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi kerana pendekatan sedemikian hanya akan membazirkan harta rakyat.

Video: Pendedahan Chegu Bard

0 org komen

Pendedahan terbaik dari Chegu Bard, tahniah dan teruskan perjuangan. Muka muka mangkok hayun yang bergelar Datuk T memang muka munafik. badut badut ni perlu diperangi habis habisan. Jangan biarkan fitnah kotor dan jijik di bumi yg bertuah ni.

Lagi ditekan lagi kuat

1 org komen
Ketabahan susuk bernama Anwar Ibrahim memang telah lama teruji. Ketabahan yang dianugerahkan Allah pada sdr Anwar inilah yang menjadi senjata utama dirinya berhadapan dengan musuh musuhnya. Dan ketabahan yang ada pada Anwar ini jugaklah yang menjadi duri bagi musuh musuhnya yang tidak akan tidur lena selagi Anwar boleh tersenyum bertemu rakyat.

Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat. Liku liku yang dilalui Anwar, sejak kes Fintah I pada 1998 hingga kini amat memeritkan. Bukan calang calang orang yang boleh berdepan dengan fitnah yang amat mengaibkan diri dan keluarganya. Terkini satu lagi kes Fitnah II yang juga bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik dan meloyakan kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu. Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Awan radioaktif diimpot segar dari Jepun

0 org komen
Mai kita ramai ramai raikan kepulan awan yang tercemar ngan radioaktif ni ke ruang udara Asia Tenggara. Ini kerana saintis dari Norway menyatakan kepulan awan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif dari reaktor nuklear Fukushima, Jepun akan tiba ke ruang udara Vietnam pada 25 Mac 2011.

Kepulan awan tercemar yang sama tiba di ruanga udara dari jepun pada 22 Mac lalu dan bergerak menuju ke Vietnam. Tak ada pula kenyataan ke mana awan itu pergi selepas melalui Vietnam. Tapi tak pa la camana pun, kan ka kita ni berjiran ngan Vietnam, apa apa pun kita tumpang sekali lah... belajar la sama camana rasanya hujan asid nanti... sebelum kita sendiri yang akan cipta pulak awan radioaktif... kahkahkah...

Walau bagaimanapun ia tidak membawa sebarang bahaya kepada kesihatan orang ramai. Begitulah menurut mereka. kalau hujan dan radioaktif itu turut menyerap ke dalam air hujan pula bagaimana?, itu tak ada pula sebarang kenyataan.

Sumber: VietNamNet

Tindakan membunuh diri Umno

1 org komen
Aku berpendapat bahawa tindakan keterlaluan Umno yang direalisasikan oleh Datuk T dengan pendedahan kononya video lucah Anwar tu dah makan diri Umno sendiri. Video lucah yang dihasilkan oleh Trio Umno itu nampaknya memberikan semangat baru kepada Anwar Ibrahim dan partinya, PKR untuk bangkit selepas tenggelam dengan pelbagai masalah dalaman sebelum ini dan bukannya meletakkan PKR dalam kehancuran seperti yang diharapkan Umno dengan fitnah terbaru ini.

Sejarah membuktikan, tekanan demi tekanan akan membuatkan seseorang itu akan menjadi alah bisa tegal biasa. Dan video ini juga telah berjaya menjadi faktro penyatu terbaru dengan mengumpulkan kembali sahabat-sahabat dan penyokong beliau walaupun sebelum ini dilihat ada yang cuba menjauhi beliau. Pendekata, projek Trio Umno ini telah 'backfire' kepada Umno dan memberikan sokongan moral yang kuat untuk Anwar dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Ramai rakan lama Anwar telah mula mendekati Anwar yang kini telah difitnah dan dihina bertubi tubi tanpa ada pembelaan yang sewajarnya dari rakan rakan rapatnya sebelum ini. Mulai malam tadi, hampir 500 orang berkumpul dan berolat hajat di rumahnya dekat Segambut. Rakan lama beliau, Dr Siddiq Fadhil yang dilihat sudah lama menyepi memberikan tazkirah yang amat bermakna di majlis itu.

Cikgu Bard yang sebelum ini dilihat agak menjauhkan diri dari kelompok elit PKR telah membuat satu sidang media serta kenyataan khas mempertahankan Anwar selepas beliau cuba digunakan untuk menentang Anwar melalui video itu.

Mampuih la hangpa Umno oii lepas nih... haha...

Video seks: Pakarnya ialah Yusri KRU

2 org komen

Tunggu pakar sahkan aktor seks

Pasukan khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakukan siasatan berhubung rakaman video seks ekoran Anwar membuat laporan polis menafikan lelaki dalam video itu melibatkan dirinya. Gambar atas Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur yang turut terlibat dalam penyiasatan tersebut.

 KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T.

Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar.

"Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka).

"Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu.

"Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan.

Tengok pi la sekali lagi video ni... syok pulak... kahkahkah...

0 org komen

Rangkuman baik punyer dari Malaysiakini... kahkahkah...

0 org komen
Video Seks: Konspirasi atau...


Wira Arjuna
Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.

 

Keseluruhan proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam.

Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga “Datuk T” ini amat berat kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 

Kes Teoh hanya membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya.

Lima jam untuk Rahim dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua.

Dendam...

Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu.

 

Khamis lalu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.

Pembabitan Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar.

Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu.

 

Hujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR.

Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar.

Pembohongan...

Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan.

 

Kredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media.

 

Eskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu.

Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan.

Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu.

 

Justeru video lucah itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti.

Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media “kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah.” Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim ataupun Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali.

Yuen: Perlu keberanian nak tangkap Piem... kahkahkah...

0 org komen
Memang dinegara kita ni camni dah budaya dia, masa dok atas depa tak nampak apa yang dibawah tapi akan nampak banyak yang tak kena bila ada dibawah. Masa dalam kerajaan, tak nampak apa yang kerajaan buat tu salah, tapi akan jelas terpandang bila dah tak berjawatan.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi. Bagi aku walaupun terlambat, aku terima gak la pasai memang ni budaya Malaysia, lambat nampak. Nafsu jadi lemah bila dok dalam perkhidmatan kerajaan... kahkahkah...

Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus.

Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu.

Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu.

Lagi ditekan lagi kuat melawan

0 org komen
Ketabahan susuk bernama Anwar Ibrahim memang telah lama teruji. Ketabahan yang dianugerahkan Allah pada sdr Anwar inilah yang menjadi senjata utama dirinya berhadapan dengan musuh musuhnya. Dan ketabahan yang ada pada Anwar ini jugaklah yang menjadi duri bagi musuh musuhnya yang tidak akan tidur lena selagi Anwar boleh tersenyum bertemu rakyat.

Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat. Liku liku yang dilalui Anwar, sejak kes Fintah I pada 1998 hingga kini amat memeritkan. Bukan calang calang orang yang boleh berdepan dengan fitnah yang amat mengaibkan diri dan keluarganya. Terkini satu lagi kes Fitnah II yang juga bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik dan meloyakan kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu. Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Jangan jadi penonton bodoh

0 org komen
Sebagai rakyat yang merdeka jiwa dan raga dalam sebuah negara merdeka, kita perlu bertindak mengikut akal fikiran yang juga merdeka berdasarkan pada Ilmu Islam yang ada. Rakyat perlu menolak sama sekali semua pemimpin politik yang suka mengaibkan orang, dengan hanya pandai menyelak kain orang lain dan sanggup “menghalalkan apa sahaja” demi kepentingan politik mereka.

Marilah kita tinggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Orang yang telah merdeka jiwa raga tidak boleh di jadikan sebagai penonton bodoh yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti si polan itu tidur dengan siapa dan bagaimana cara si polan itu bermain seks.

Marilah kita mendidik anak bangsa berpolitik secara beradab dengan mengajar jenis jenis pemimpin sebegini meniarap ditanah makan pasir dengan menghumban mereka keluar dari kelompok yang dihormati. Kita perlu bermula dari sekarang dengan mengasuh anak bangsa kita berpolitik tanpa melanggar pantang larang agama.
Related Posts with Thumbnails