Saturday, April 30

REPORN... kahkahkah...

0 org komen
Kita jangan kata apa... tengok sudah... tanda tanda awal tersungkurnya sebuah kerajaan kuku besi... kahkahkah...

Jangan marahkan rakyat...

0 org komen
Alaahaaiii... lagi haru la jadinya negara Islam Malaysia nih... makin bingung habih rakyat dengan lakonan pak yet pak yet yang kononnya jagoan dalam politik teramat busuk lagi membusukkan ini.

Dalam isu liwat II Anwar pun kita dah dapat lihat banyak aspek yang secara membuta tuli di apongkan di Mahkamah untuk dipertonton dan diulas secara terbuka oleh rakyat. Tidak ada satu pun yang boleh dijadikan bukti kukuh mengaitkan Anwar. Kini timbul pulak video seks yang kononnya pelaku itu ialah Anwar Ibrahim. Sekali lagi Anwar dan keluarga diletakkan dalam keadaan amat memalukan dengan tuduhan dan dakwaan amat menjijikkan ini.

Dalam isu video seks ini, kita telah diasak dengan pelbagai versi video yang kononnya selamat dibawah jagaan PDRM. Bagaimana kekononnya hanya satu saja salinan di bawah kawalan Polis tetiba boleh berlegar di internet? Lebih menghairankan, bukan sekali malah ini kali ketiga video seks yang didakwa pelakunya adalah Anwar di up-loadknan melalui Youtube. Lebih tak senonoh lagi apabila ada dakwaan dari ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang tetiba mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.

Jangan marah kalau majoriti rakyat sudah tidak yakin lagi dengan institusi Polis di Malaysia. Majoriti kini teramat amat hairan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu. Ia didakwa sebagai CD versi penuh pulak lagi.

Jadi, apa perlunya sumpah laknat yang dibuat semalam oleh salah seorang “Datuk T” iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sedangkan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang sepatutnya menyiasat secara telus dan adil dilihat gagal melaksanakannya? Percayalah, satu sumpah laknat yang dibuat dalam keadaan berbaju kalis peluru itu tetap akan kecewa dalam menyucikan gerombolan yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu kita belum kira lagi si empunya video yang bebas bersumpah sana sini tanpa dikenakan apa apa tindakan pun oleh pihak berkuasa Malaysia dan juga yang bertanggung jawab pertama kalinya mempertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Apakah Anwar akan ditangkap malam ini?

0 org komen
Awnar Tetap Berceramah Di Machang Malam Ini Walaupun Mungkin Ditangkap

MALAM ini Anwar Ibrahim akan tampil depan publik kali kedua selepas malam tadi di Ampang Selangor selepas tersebarnya video lucah diserata dunia yang dikatakan watak di dalamnya ada iras-irasnya. Beliau akan berceramah di padang Majlis Daerah Machang malam ini, jam 9:00 malam.

Menurut seorang ustaz muda yang menjadi penjenguk setia blog Merah Tinta melaporkan Kelantan kini sudah jadi macam Barghad di mana penuh dengan polis. "Abang Ti Kelantan dah jadi macam Barghad dah, penuh dengan polis, sekatan jalan raya diadakan di mana-mana saja," begitulah kata ustaz muda ini.

Katanya sekatan bermula di Jalan Kuala Krai menuju ke Machang lokasi di mana Anwar akan berceramah malam ini. Menurutnya sekatan jalan raya juga diadakan setiap tiga kilo meter. Sekatan jalan raya juga dipercaya di buat di Jalan Tanah Merah ke Machang, Jalan dari Pasir Puteh ke Machang dan jalan utama Kota Bharu - Kuala Krai.

Tujuan sekatan ialah untuk menghalang dan menyulitkan orang ramai daripada pergi ke tempat ceramah Anwar. Pagi ini juga sudah disebarkan berita kononnya ceramah Anwar di Machang malam ini dibatalkan. Banyak risalah ditaburkan menghebahkan akan pembatalan itu.

Kain rentang juga digantung memberi tahu akan pembatalan ceramah itu di beberapa jalan raya utama.

Petang tadi majlis Mukasid Syariah yang diadakan di Pusat Islam Lundang melibatkan Anwar Ibrahim mendapat sambutan hangat. Dewan besar Majlis Agama itu penuh sesak. Nampaknya fitnah seks ke atas Anwar sedikitpun tidak mengugahkan minat dan keyakinan orang ramai kepada kredibaliti Anwar sebagai pemimpin.

Majlis itu menampilkan Anwar Ibrahim, dan Dr Mohamad Nur Manuty. Mulanya Husam dijangka hadir dan kain rentang memaklumkan kehadirannya itu telah dipasang beberapa hari lalu.

Bagaimana pun Husam katanya tidak hadir kerana dia ke Penang. Saya yakin kalau Husam hadir jumlah yang datang akan bertambah.

Di sebelah tengah hari Anwar Ibrahim telah mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di SUK. Tiada kenyataan atau laporan dikeluarkan apakah tujuan pertemuan berkenaan tetapi dipercayai ianya ada kiatan dengan isu video lucah yang kini tersebar di seluruh dunia. Anwar juga makan tengah hari bersama Anwar.

Perkembangan mutakhir politik hari ini menunjukkan usaha untuk meleburkan pengaruh Anwar dan mengurangkan sokongan dan kepercayaan umum kepadanya tidak menjadi. Keadaan jadi sebaliknya, makin ditekan, makin diasak, makin dihimpit pengaruh dan sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat semakin membuat dan meledak. Perubahan ini amat terasa sekali di Kelantan. Isu video lucah bukan saja tidak dipercayai tetapi menimbulkan kemarahan kepada Umno.

Kita tunggulah perkembangan malam ini, apakah Anwar dibenarkan berucap atau pun tidak. Saya menjangkan Anwar akan dihalang untuk naik ke pentas dan kemungkinan juga akan ditangkap.- MSO

Tahniah sdr Anwar bin Ibrahim

3 org komen
Tahniah aku buat saudara Anwar bin Ibrahim.

Ini kerana, tanpa prejudis... Anwar sekali lagi membuktikan pada dunia bahawa beliau adalah politikus Malaysia yang paling digeruni oleh lawan iaitu Umno dan Barisan Nasional dan dihormati oleh kawan kawan. Anwar telah berjaya menggerunkan musuh musuh politiknya sehinggakan segala kekuatan musuh terpaksa digembelingkan semata mata untuk menjatuhkan Anwar dan karier politiknya di negara ini. Seluruh kekuatan musuh termasuklah kekuatan dalam memfitnah yang dikuatkan dengan wang ringgit dan kuasa untuk mengelabui ribuan orang semata mata untuk menghumban Anwar dari persada politik negara.

Dakwaan dakwaan dan tuduhan tuduhan paling hina yang sebelum ini begitu menghiris jiwa diri dan keluarganya telah dihumban semahunya oleh musuh musuh politiknya semata mata untuk membunuh karektor dirinya sebagai politikus yang bersih dan berwibawa. Tidak ada lagi dalam sejarah negara Islam Malaysia ini seorang ahli politik dihina dan dimalukan semahu mahunya oleh pihak berkuasa melainkan Anwar Ibrahim. Hairan ya, kenapa tidak orang lain... haha....

Jawapannya ialah, Anwar lah yang paling digeruni dan ditakuti oleh musuh musuh politiknya. Dia mesti dijatuhkan walaupun dengan apa cara sekalipun. Liwat I telah hanyut dibawa sejarah walaupun kini cuba dihangatkan kembali dengan kemunculan Ummi Hafilda yang entah dari mana dan siapa yang membiayai kemunculannya. Kini muncul pula liwat II yang sudah nampak akan gagal walaupun masih sedang panas dalam perbicaraan mahkamah yang amat adil cara Islam Malaysia... haha...

Dan terbaru, muncul pula fitnah dalam bentuk video seks yang didedahkan pada wartawan 21 Mac lalu. Ini merupakan satu lagi siri "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Insyaallah, aku amat yakin hanya masa yang akan menentukan bahawa video ini hanyalah satu lagi sampah yang tersangkut dalam longkang fitnah musuh musuh politik Anwar bin Ibrahim...

Tahniah sdr Anwar... haha... LAWAN TETAP LAWAN...

Anwar ke Penjara, PR ke Putrajaya

1 org komen
16 Mei: Anwar ke Penjara… PR ke Putrajaya!
Oleh Ustaz Saiful Bahri

Rakyat menanti tarikh baru 16 Mei. Bukan lagi 13 Mei sebagai tarikh pertembungan perkauman terancang untuk kekuasaan UMNO-BN tetapi mayday baru ini rakyat ingin melihat bahawa sejauhmana permainan catur yang dikelolakan Team Najib bersama pakar strategiknya, Mahathir Mohamed untuk cheakmate Anwar Ibrahim.

Semua orang tahu bahawa nyawa UMNO berada dihujung tanduk.

Kegagalan UMNO-BN dalam pru-13 nanti merupakan kiamat buat mereka. By hook or by crook Anwar perlu direhatkan dari medan politik di Malaysia. Bagi mereka Abdullah Badawi telah melakukan kesilapan besar apabila membebaskan Anwar dari penjara. Kesilapan itu PakLah terpaksa bersara dari PM.

Untuk kembalikan Anwar ke penjara. Ulangkan siri jenayah seks kedua atau ketiga. Apa peduli dengan maruah atau kehormatan. Nyawa UMNO lebih penting. Apa bicara dengan undang-undang dan syariah kerana matlamat politik adalah segalanya. 3M (Money, Media, Missionary) tetap menjadi senjata yang berkesan kini. Sebagai kata Najib.." ia tetap berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga darah terakhir".

Dalam kegawatan UMNO-BN nak mempersiapkan jentera menghadapi PRU-13. Dengan bantuan dan penasihat APCO Worldwide sudah pasti mereka mengambil kira dan menghitung baik-buruk strategi yang diambil. Masing-masing akan menyerang dan bertahan. Pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah. Bagi UMNO yang penting adalah kemenangan. Meskipun mereka sudah mendapat 2/3 kemenangan di Sarawak, tetapi kenapa UMNO-BN yang pening kepala. Nampaknya Taib Mahmud relax aje…

Sekarang giliran Najib dan pimpinan UMNO memerah keringat demi memastikan kemenangan UMNO buat kali pertama dibawah kepimpinan beliau. Pelan dan strategi masih berjalan mengikut rentaknya. Tetapi malangnya skrip itu seolah dibaca oleh rakyat. Apabila Isu liwat-2 dan akhbar mengumumkan "DAN Y adalah Anwar". Ingatkan kiamatlah politik Malaysia tetapi seolah-olahnya rakyat diam membisu. Seolah tiada apa-apa. Seolah mereka juga sudah tahu apa yang menjadi keputusan akhir. Bagi rakyat 16 Mei ini mereka sudah baca skripnya. Hanya pelik bin ajaib jika Anwar diumumkan tidak bersalah dan tidak diperintah membela diri pada 16 Mei ini.

Selepas keputusan tersebut berapa bulan lagi akan terheret naik-turun mahkamah sehingga tarikh pilihanraya. PR akan disibukkan dengan isu lucah ini dan anwar akan disibukkan dengan mahkamah hingga pilihanraya. Apatah lagi timbul isu video seks pula. Sejauhmana ketahan Anwar dalam menghadapi pelbagai isu ini. Nampaknya tak berkurang. Mengikut Umi Hafilda ada 18 lagi video. Fuh!!! Kalau buat syarikat mengedarkan VCD lucah ni dah jadi kaya. Yelah!!! Sekarang ni nampaknya tayangan seperti ni dah halal dan tidak berlawan dengan undang-undang lagi.

16 Mei ini akan disabitkan Anwar dengan berapa tahun jel? Berapa kali sebatan? Persoalannya kita tidak nampak Anwar akan dipenjarakan sebelum pilihanraya. Pengalaman 1998 telah menunjukkan kebangkitan rakyat sehingga merubah percaturan politik. Adakah kini, kalau Anwar dihumban kepenjara, rakyat sudah lali dan muak? Mungkin itu bacaan pemimpin UMNO. Tetapi mungkin rakyat juga muak dengan kejahatan dan kezaliman UMNO. Kalau dulu PR masih lemah. PKR masih baru bernafas. Kerajaan Pakatan hanya Kelantan sahaja. Orang Cina bersama dengan MCA & Gerakan dan orang India bersama MIC. Berbeza kini. Orang cina sudah tak bersama dengan BN lagi. Jika UMNO buat musuh dengan orang cina dan Umno hanya mengharapkan sokongan melayu tegar sahaja maka Melayu PKR dan PAS takkan bersama mereka. Jika sikap UMNO-BN dan pemimpin kerajaan berterusan memalukan keluarga Anwar dan Wan Azizah, Simpati rakyat akan berganjak kepada PR. Apatah kalau mereka memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya ini, orang melayu juga akan bangkit menyokong PR dan senang-senang akan ke Putrajaya.

Mungkin tujuan mereka hanya untuk memalukan Anwar sehingga pilihanraya ini.. tapi kena ingat juga yang merancang sebenarnya adalah Allah yang Maha Kuasa. Kalau sudah ditakdirkan Allah PR ke Putrajaya… apa usaha UMNO-BN???

First time aku respek Ulamak Umno bercakap... hihi...

1 org komen

Video asal yang belum di edit? Gempaq nih... hihi...

1 org komen
GEMPAR!! Video Asal Yang Belum DIEDIT !! (Wajib Sebar!!!)
Oleh: edyesdotcom

"Sedang mencari video sebenar!!Adakah pihak polis juga menipu dengan mengatakan video seks versi kabur yang ditayang sepenuhnya di Carcosa Sri Negara itu adalah TULEN ??Mungkin video asal yang belum di edit ini akan melihatkan BUKAN Anwar Ibrahim dalam video tersebut. Oleh sebab itu juga, video asal telah dikaburkan dan dikatakan ianya adalah rakaman CCTV infrared berteknologi tinggi - Bullshit!!

Dari awal telah saya katakan bahawa bukan CCTV yang merakam aksi seks lelaki bermiripkan Anwar dengan amoi student import tersebut. Ianya adalah perakam video handycam atau lebih baik dari itu, bukan CCTV berwayar terus kepada laci berkunci yang diumpil seperti dakwaan Datuk Eskay.

Sama-sama kita cari video asal. Dengarnya ada rakan yang mengatakan video asal terdapat dalam laman tube lucah rawtube .com yang mana kerajaan sekarang telah menyekat hampir kesemua channel tube lucah. Rupa-rupanya tindakan kerajaan membuat sekatan itu adalah supaya kita tidak jumpa video asal yang menunjukkan betapa besarnya fitnah ini!! Kerajaan tidak pernah ambil peduli perihal moral dalam negara kita tetapi mengambil kesempatan di atas isu fitnah yang dibawa melalui Trio jahanam.

Kebenaran akan terserlah juga akhirnya!! Fitnah Liwat 1, Liwat 2 dan Fitnah 3 yang berbentuk video seks akan berkubur bersama dajal-dajal UMNO dan pengikutnya!!

EDYES @ edyesdotcom

Apa tugas JAWI dan Polis di majlis sumpah laknat trio Umno...

0 org komen
Trio Umno telah pun melaksanakan sumpah laknat mereka sepertimana yang dijanjikan sebelum ini. Malah trio Dato' T tersebut juga sebelum itu mendirikan sembahyang sunat dengan mengenakan jaket kalis peluru sebelum Dato' Eskay bersumpah juga dengan memakai baju kalis peluru.

Trio Umno yang dikenali sebagai Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.

Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang.

Dengan terlaksannnya sumpah laknat tersebut bersaksikan wakil dari JAWI, sambil trio Umno tu memakai pulak baju kalis peluru, berserta pulak kawalan ketat pihak Polis... tak hairanlah sekiranya rakyat memandang serong kini terhadap eratnya kerjasama yang diberikan oleh pihak Polis dan pihak JAWI sendiri terhadap trio Umno tuh... hihi...

Nampak sangat la JAWI dan Polis sekarang ni dah pro Umno... kahkahkah... jenuh lawan la Pakatan Rakyat lepas nih...

Baju kalis peluru pun Polis bagi jugak ka? Kahkahkah...

0 org komen
Video Lucah : PKR Persoal Integriti Polis

PETALING JAYA 29 APRIL: Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin hangat diperkatakan apabila siasatan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mula diketepikan.

Malah, beban tersebut dialih pula kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dirinya bukan pelaku dalam video seks berkenaan seperti mana yang didakwa trio ' Datuk T'.

Walhal, beliau merupakan individu utama yang membuat laporan berhubung penayangan video lucah dan intimidasi jenayah terhadapnya oleh trio 'Datuk T' iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim, 22 Mac lalu.

Tindakan pejabat Peguam Negara yang diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail mengembalikan kertas siasatan buat kali kedua kepada polis mula menampakkan campur tangan politik.

Lantas, Abdul Gani memberi alasan bahawa siasatan polis terhadap video itu masih tidak lengkap dan memerlukan pihaknya untuk memanggil Anwar untuk kali kedua bagi memberi keterangannya.

Namun, apa yang jelas polis masih belum memanggil ketiga-tiga individu yang mengaku menjadi dalang dalam menayangkan video lucah tersebut sehingga kini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya hari ini membidas jawapan tidak konsisten polis berhubung tumpuan siasatan selepas laporan itu dibuat bapanya lebih sebulan lalu.

Justeru dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes terbabit semakin jelas apabila polis mula menampakkan tindakanya bersekongkol dengan parti pemerintah untuk memerangkap Anwar walaupun prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa tertuduh perlu dilindungi.

"Semalam jawapan yang kami terima kenapa Datuk T tidak ditangkap, adalah kerana kes tersebut telah diserah semula kepada pejabat Peguam Negara. Tapi sehingga kini jawapan yang diberi itu tiada penjelasan.

"Dalam hal ini, apabila kita bercakap soal konspirasi kepimpinan BN sendiri banyak peristiwa yang berlaku telah menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab oleh mereka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut mengarahkan polis untuk kembali memberi tumpuan terhadap siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Secara keseluruhan isu ini adalah untuk mewujudkan tanggapan bahawa Anwar telah disiasat sebagai pelaku video berkenaan. Malah ianya langsung tidak menyentuh seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mengariskan kesalahan menggunakan video lucah untuk melakukan intimidasi jenayah serta memalukan beliau. Jadi anda selesaikan itu dahulu," kata beliau.

Menurut Tian Chua lagi, berdasarkan sesi keterangan kedua Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, rata-rata pemimpin yang hadir bersama Ketua Pembangkang itu membidas bentuk soalan yang dikemukakan pegawai penyiasat.

Sementara itu, Peguam N Sankara menjelaskan kepada media bahawa polis cuba untuk mengalih fokus siasatan kepada individu di dalam video tersebut berbanding salahlaku penayangan video seks.

Tambah Tian lagi, beliau turut mendakwa terdapat segelintir polis yang bersekongkol dengan pemimpin Umno-BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah sememangnya pelaku dalam video seks berkenaan.

Katanya, polis secara senyap mendekati ahli jentera parti dan menasihatinya supaya tidak terjebak dengan dakwaan muslihat Anwar yang hanya akan merugikan dirinya sendiri.

Justeru, Tian mengakui bahawa polis merupakan agen Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti itu.

"Polis telah dipergunakan sebagai mesin propaganda Umno dan ini amat dikesali. Polis seharusnya menjauhkan diri dari politik dan sepatutnya lebih penumpuan dalam menguruskan jenayah serta keselamatan awam.

"Termasuk siasatan video itu, polis telah membazir banyak masa dan tidak tumpu kepada pelaksanaan undang-undang malah mereka seolah-olah "menari" mengikut rentak parti memerintah," ujar beliau lagi.

Manakala, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula menegaskan bahawa undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua apabila ia melibatkan Ketua Pembangkang Malaysia.

Katanya lagi, perkara yang sama harus dilakukan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Saariibuu sekiranya polis ingin mengembalikan kepercayaan rakyat sekali gus mengangkat semula reputasi institusi itu.

"Kenapa ianya bukan standard yang sama apabila kes melibat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana beban untuk membuktikannya hanya kepada Datuk T dan bukan Anwar,"

Alhamdulillah, masih ada yang berani

0 org komen
Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

"‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.
“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

Tak ikut hukum...

0 org komen
KEADILAN tegaskan sumpah Eskay tidak ikut hukum syarak

PETALING JAYA: KEADILAN menegaskan kaedah yang disarankan oleh salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mahu melakukan sumpah laknat, tidak menepati hukum syarak, kata ketua Penerangannya, Dr Muhamad Nur Manuty.

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama mengangkat sumpah tersebut, kerana ia perlu terlebih dahulu mengikut hukum yang digariskan dalam Al Quran.

“Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil).

“Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.

“Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sekiranya sumpah digunakan sewenangnya, ia akan memberi akibat kepada sistem kehidupan, malah negara akan turut menjadi porak peranda.

Namun begitu, katanya, itu lah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik, berdasarkan gambaran Al Quran dalam surah Al-Munafiqun ayat 2 yang bermaksud.

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

Katanya, sifat orang-orang munafiq sememangnya pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata, seperti yang turut digambarkan dalam surah Al-Munafiqun ayat 3 hingga 5.

Menurut Dr Muhammad Nur, isu yang ditimbulkan oleh Trio Datuk T adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu.

“Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini.

Tebai sungguh kulit muka dia... kahkahkah...

1 org komen

Friday, April 29

Saya bersumpah... kahkahkah...

1 org komen
Saya bersumpah bahawa saya percaya yang Tuhan tu ada sebab tu saya pakai baju kalis peluru... kahkahkah...

Saya bersumpah bahawa memang perut Anwar Ibrahim buncit walaupun dia berjaya kempiskan perutnya semula keesokan harinya... hmm....

 Saya bersumpah memang Anwar berambut pendek hari tu walaupun berjaya memanjangkan semula rambutnya keesokan harinya... hihihi...

 Saya bersumpah bahawa Anwar memang main ngan pelacur cina walaupun Polis beria ia kata dia tu budak kolej yang gian nak cari duit... hahaha...

 Saya bersumpah bahawa ramai lagi yang sedang menonton secara live Anwar sedang main babak ranjang tuh, sebab tu ada tiga bayang kat dinding bilik... kahkahkah...

Saya bersumpah bahawa memang saya pun ada sama dalam video tersebut menyaksikan sendiri cara cara Anwar bermain ranjang dihotel walaupun Polis kata sebenarnya kondo... wakakka....

Memang jenis biawak komodo la puak puak yang memainkan sumpah sumpah nih.... kahkahkah...

Islam tenggelam kerana ulamak yang bikin semak...

0 org komen
Video seks: Kembalilah kepada keadilan Islam

Negara Malaysia telah digemparkan dengan video isu seks yang kononnya melibatkan pemimpin kanan parti pembangkang di negara ini. Isu tersebut mendapat liputan meluas sehingga berlaku perdebatan untuk ditayangkan di parlimen dilihat satu perkara yang menjijikkan dan mengaibkan Malaysia.

Apa yang menyedihkan kita, institusi mufti yang sepatutnya berperanan memelihara kesucian dan keadilan umat Islam telah berdiam diri seribu bahasa hingga menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat. Jika ia berperanan maka sudah tentu keadilan Islam akan disuarakan

Pemimpin Umno sering melaung-laungkan Negara Malaysia adalah model Negara Islam namun hingga kini sistem kehakiman Islam tidak pernah didaulatkan. Seharusnya segala permasalahan yang berlaku di Negara ini perlu diselesaikan dengan panduan syariat Islam yang dijamin keadilannya oleh Allah S.W.T.

Hanya mereka yang tidak yakin dengan Islam sahaja yang menolak sistem kehakiman Islam yang menjamin keadilan untuk semua.

Oleh itu, rakyat perlu sedar bahawa pemimpin Umno hanyalah bermain-main dan mempergunakan agama Islam demi kepentingan mereka. Yakinlah kita dengan kemenangan Islam dan bersama dengan Pakatan Rakyat mengembalikan sinar kegemilangan Islam di tanah Malaysia.

Betoi ka dalang dilindungi Polis?

0 org komen
Kalau tidak masakan;
Datuk T tidak diambil sebarang tindakan hingga sekarang walaupun mengaku memiliki, menayang video lucah secara terbuka pada para wartawan?

Kalau tidak masakan;
Video part 1 dan terkini part 2 kini bertebaran di internet kerana hanya satu salinan saja yang ada dan itu pun masih ditangan Polis...

Kalau tidak masakan;
Trio Umno ni masih bebas menukar nukar stetmen, kadang kadang terjumpa wayar tetiba mengaku ada bersama sama dalam video...

Kalau tidak masakan;
Trio Umno ni masih lagi bebas sedangkan mereka secara terang terangan menggugut Anwar dan Wan Azizah untuk meletakkan jawatan jika tidak video seks ini akan disebarkan...

Bila tersepit... kahkahkah...

0 org komen
Ini perangai Umno, sebijik perangai Umno dulu kini dan selama lamanya... kahkahkah...
Bila dah kantoi, baru teringat dalam Islam rupanya ada sumpah... bila dah tersepit, baru tau nak amalkan ajaran Islam. Ajaran Islam bagi puak puak Umno ni hanya bersumpah laknat saja ka?

Masa hangpa tayang video seks kat orang ramai hari tu terlupa kot yang Islam melarang umatnya memiliki, menonton dan menyebarkan video seks, tambah tambah lagi memburukkan orang lain?

Si Eskay yang mewakili trio Umno, Datuk T itu telah kelabu asap. Dia telah terang-terang bagitahu dia ada bersama dalam rakaman video tersebut yang sebelum ni kata dia terjumpa kamera dengan wayar berjuntai... Kalau hang dah ada bersama, boleh ka Anwar buat aksi seks disitu. Kalau dah hang tu bangang, jangan dok ingat orang Melayu lain pun bangang sama.

Sekejap kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku ada bersama di dalam bilik berkenaan. Takkan pasai dah terkantoi kot, perut Anwar terlalu boroi maka hang terpaksa mengubah cerita?

Kalau benar hang ada sama di situ, apa tujuan hang? Kalau nak perangkap Anwar, baik hang terus saja panggil pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya diwaktu Anwar sedang asyik masyuk tu. Tentu lebih berkesan dan Anwar tak boleh nak main kong kali kong lagi...

Ini tidak, hang dah jadi macam orang mabuk todi. Kena segelas mabuk sebaldi. Hang kata kejadian tu berlaku di sebuah hotel tapi Polis sebut di sebuah apartment? Apa ni? Polis pembohong ka atau hang yang penipu? Hang kata ada satu salinan saja dan diserahkan salinan asal video tu kat Polis, tapi sapa yang upload video tu ke internet dengan tujuan mengaibkan Anwar semahu mahunya...

Atau korang memang berani kerana telah dilindungi oleh tangan rakus yang berkuasa dibelakang anda...

Macam korek lubang kubur sendiri...

0 org komen
Terbukti sudah...
Satu lagi usaha untuk memperbodohkan daya pemikiran orang orang Melayu...
Satu lagi perancangan untuk menguburkan karier politik Anwar Ibrahim...
Satu lagi tindakan paling bodoh trio Umno dalam usaha mereka menjatuhkan Anwar...
Satu lagi gerakan cacat Umno bagai mengorek lubang kubur dalam PRU ke 13 nanti...

Wahai mufti mufti Malaysia... kahkahkah...

0 org komen
Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2
Oleh: neraca

"Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2, Oleh Al Iman Al Nawawi

Kitab Riyadhul Solihan karangan Al iman Al Nawawi diterbitkan oleh BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Jilid 2, Mukasurat 88,89,90,91.

Bab menutup keaiban orang-orang islam dan larangan mendedahkannya.

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bertujuan untuk membantu masyarakat yang aman damai dansuasana yang tenteram, justeru iitu, umat islam diharamkan daripada menimbulkan gejala-gejala fitnah dalam masyarakat dan mendedahkan keburukan orang lain.

Firman Allah Taala;
Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduh-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat..
(surah ALNUR ayat 19)

Maksud hadis;
Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi SAW bersabda,"tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seseorang hamba di dunia melainkan ALLAH menutup keaibannya di hari Qiamat"

Pengajaran hadis;
1. Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain.

2.Sesiapa menutup keburukan saudara seagama nescaya ALLAH menutup keburukannya di hari Qiamat.

Wahai mufti-mufti Malaysia!
Apa yang Iman AlNawawi bagi dalil Naqli iaitu FIRMAN ALLAH DAN HADIS NABI SAW maka adakah kamu masih takut nak menasihati Perdana Menteri apa yang berlaku dalam ISU_ISU terkini?

2. Seandainya kamu sudah ada jawapan di hadapan ALLAH di Akhirat maka tak usahlah kamu jawab soalan adakah kamu percaya yang MUHAMMAD itu NABI KAMU dan adakah kamu percayai akan hari Qiamat dan adakah kamu percayai AL Quran itu kalam suci ALLAH, adakah kamu percayai tiada tuhan yang wajib disembah melainkan ALLAH dan MUHAMMAD SAW itu pesuruh Allah.

3. Adakah kamu takut kepada manusia selain dari Allah, maka kamu buka Surah Al taubat ayat 18'

4. Adakah kamu takut kehilangan pangkat dan gaji bulanan??

Harapan agar kamu (mufti-mufti) bermuhasabah dan sekiranya kamu hanya mempunyai ILMU dan Amal sahaja tanpa Hal maka takapalah ...bialah fitnah-fitnah itu bermaharaja-lela di bumi Malaysia ini sehingga ......."

Nasib baik aku bukan ahli Umno... kahkahkah...

0 org komen
Woiii ahli ahli Umno...
Hangpa tak rasa malu ka...
Punya organisasi yang kononnya kukuh tapi guna porno video untuk hidup...
Punya ahli berjuta juta kononnya tapi guna politik lucah sebagai penyambung nyawa...
Punya parti yang kononnya mendapat dokongan majoriti Melayu tapi bergantung pada politikus korup yang ambil kelucahan sebagai modal nak hidup...

Malu la sama kat Tuhan yang mencipta kita penuh kesenian nih...
Mana letaknya agama kita yang kononnya dijunjung sebagai agama rasmi negara...
Dunia sedang ketawa memerhatikan kita melayan agama Islam yang kononnya kita junjung...

Video seks, rakaman tanpa edit di YouTube

0 org komen
Paparan rakaman video seks tanpa edit yang disebarkan menerusi YouTube hari ini.

KUALA LUMPUR, 28 April — Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal hari ini, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.
Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru semalam.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang tadi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok.

Dua “Datuk T” yang lain ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Sementara Shazryl mengadakan sidang media mengenai sumpah laknat itu, Anwar memberi keterangan tambahan, kali kedua, kepada polis dan kemudian memberitahu pemberita bahawa Datuk Seri Najib Razak menggunakan rakaman video seks sebagai senjata utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.

Pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu berkata demikian ekoran kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang pelacur warganegara China.

Kata Anwar, ia menunjukkan Perdana Menteri itu akan menggunakan “semua kuasa yang ada” untuk menjatuhkan beliau. Anwar juga menegaskan tidak akan menyahut cabaran Shazryl untuk melakukan sumpah laknat bagi membuktikan beliau bukan lelaki dalam rakaman video seks itu.

“Boleh anda tunjukkan ia hukum syarak yang mana? Tidak tahu? Jadi tidak perlu,” katanya kepada pemberita ketika mahu meninggalkan balai polis.

Polis menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Abdul Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.

Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet semalam. Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik dalam laman YouTube dan blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari semalam. Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sah, ada tangan kebal yang rakus dibelakang Datuk T...

0 org komen
Peguam : Anwar Terpaksa Jawab Soalan Rekaan Gani

KUALA LUMPUR 28 APRIL: Peguam Sivarasa Rasiah menyifatkan soalan yang diajukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipanggil memberi keterangan dirangka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini berikutan katanya, corak soalan yang dikemukakan meragukan selain mendapati ianya tidak relevan dengan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Gaya soalan yang ditujukan jelas ada campur tangan politik. Ini bukan polis yang buat tapi Gani Patail yang arahkan buat. Jadi macam-macam soalan ditanya dan ada yang tidak relevan dengan siasatan kes," kata beliau.Beliau yang hadir bersama Anwar memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berkata, polis seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada laporan jenayah yang dibuat Ketua Pembangkang itu bulan lalu selepas trio 'Datuk T' menayangkan rakaman video seks.

Dalam kenyataannya kepada media, Sivarasa turut menegaskan kepada polis berhubung tindakan yang belum diambil terhadap kumpulan Datuk T itu yang secara jelas melakukan intimidasi jenayah dan penyebaran bahan lucah.

"Kenapa sampai sekarang selepas mereka mengakui membuat (jenayah), tiada apa-apa tindakan. Jadi itu yang kita beritahu mereka," ujarnya lagi.

Sivarasa turut memperlihatkan dokumen yang diserahkan oleh 'Datuk T' kepada Anwar sebagai bukti nyata perlakuan ugutan mendesak Ketua Umum dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya meletakkan jawatan.

Polis memanggil Anwar untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 3 petang tadi berkaitan laporan penayangan rakaman video seks oleh Datuk T kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Anwar kemudian menafikan beliau adalah individu yang didakwa terlibat melakukan perbuatan seks dengan seorang wanita berbangsa Cina di salah sebuah hotel di ibu negara.

Tan Sri Rahim Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Shuib Lazim mengaku menjadi dalang video fitnah berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Eskay pada sidang media di Hotel Impiana petang tadi bersumpah bahawa pelaku video seks terbabit adalah Anwar.

Beliau kemudian mencabar Ketua Umum itu untuk melakukan sumpah 'laknat' bagi membuktikan tuduhan beliau tidak benar.

Dah la bodo, kurang ajar pulak tuh...

0 org komen
Apa la nak jadi ngan wartawan yang sanggup menjual maruah semata mata nak makan nih... dan untuk dipuji oleh boss pasai berani tanya Anwar soklan bodoh camtu.

Depa terpaksa tebalkan muka demi kerjaya yang entah apa apa... Menyondol dengan soklan yang tak masuk diakal... Berbaloikah cari makan dengan cara tuh kak Chik ooiii... tak malu ka kat Tuhan yang jadikan manusia penuh berseni...

Thursday, April 28

Islam mana hangpa pakai nih... haha...

1 org komen
Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam - Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

“Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya kepada Keadilandaily.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,

“Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai,” tegas beliau.

Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak.

“Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja. Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah.

Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam.

Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.

“Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar,” jelas beliau.

Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh.

“Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak,” tambahnya.
Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan.

“Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat saja mereka ini,” katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4.

Saya bersumpah, perut Anwar memang buncit... kahkahkah...

0 org komen
Kahkahkah...
Sapa yang tolong prepare text tuu... kahkahkah...
Dia kata Anwar kaki zina dan kaki minum arak... 
Yang duduk sebelah dia tu moral bagus sangat ka?
Dia pun mengaku ada dalam video tu pasal apa, moral bagus ka lagu tu?....
Dah bangun nak belah baru teringat nak bagi salam... kahkahkah...

Apa nak jadi dengan negara kita ni, sumpah dah macam makan kacang...
Siapa siapa pun boleh sumpah...
Orang siam pun boleh sumpah...
Mat Bangla pun boleh sumpah...
Sumpah dah jadi mainan...
Dia tuduh orang, dia pulak yang sumpah... apahal...

Bob Lokman nekad...

0 org komen
Dunia Hiburan Hipokrit, Bob Lokman Nekad Bersara

Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com

PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Gambar kenangan Bob bersama Allahyarham Din Beramboi dan Afdlin Shauki ketika menjadi juri Gelanggang Raja Lawak musim keempat.

Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu.

Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti.

Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari.

"Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia.

"Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya.

Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya.- mSar

Ooo... samseng yaaa... kahkahkah....

0 org komen
Dua tahun di bawah Najib:Politik samseng semakin ketara
Oleh Chan Wei See

Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan. Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah". Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib.

Suasana "feel good" kembali semula. Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan. Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang.

Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah". Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit.

Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang. Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera. Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera. Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO. Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO.

Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi. Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta.

Lebih teruk dari zaman Abdullah

Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela. Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan. Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you".

Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi.

Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian. Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata. Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi.

Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya. Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh.

Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya. Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina. Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah. Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you".

Keganasan dalam PRK

Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan. Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian. Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam. Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini.

Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen. Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru.

Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya. Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera. Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan.

Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran.

Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya. Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan.

Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding. Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Fenomena ini mungkin akan dibuktikan dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan.

Muka Anwar, badan Najib... tetiba Eskay bagi DNA... kahkahkah...

1 org komen
Sedutan klip dari blog papagomo yang muncul tengah hari tadi.

Klip kedua video seks muncul, Eskay beri sampel DNA
April 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 April – Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik pada Rabu di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari ini, lapor Bernama Online.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Terdahulu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

“Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks,” katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

Depa ugut salah orang nih... haha...

1 org komen
Video Fitnah: Kami tidak akan tunduk- Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah- bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau menyifatkan ia sebagai usaha jijik dan terdesak Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian,” kata Nurul Izzah ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.

Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.

“Ini usaha paling terdesak yang terbaru bagi memusnahkan semangat juang kami dari landasan reformasi yang sangat diperlukan bagi negara ini,” tegasnya.

Beliau dalam masa yang sama menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit melawan politik kotor Umno-BN.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia, abang dan adik, ibu dan bapa untuk bangun melawan politik jijik ini. Mari kita berusaha untuk merealisasikan satu negara Malaysia yang lebih baik,” tegas anak sulung kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Justeru itu, Nurul turut mendesak supaya individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks fitnah berkenaan- diheret ke muka pengadilan.

“Dalam semua keadaan, secara undang-undang, Islam dan undang-undang semulajadi- penjenayah sebenar adalah siapa yang menyebar video itu kepada awam,” tegas nya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, video seks fitnah tersebut bukan yang terakhir, malah BN akan memusnahkan Anwar dalam apa juga cara.

“Sesiapa yang melihat rakaman itu tahu ia bukan Anwar. Sepanjang yang kami tahu, BN akan terus melakukan perkara ini, sehingga pilihan raya umum. Jadi mereka perlu memusnahkan Anwar dalam apa jua keadaan,” ujarnya.

Nik Nazmi, tanpa berselindung mendakwa Umno terlibat sebagai dalang video fitnah berkenaan.

“Sudah tentu video itu berada di tangan Umno. Ia tidak memerlukan seseorang itu genius untuk tahu perkara itu. Segalanya telah dirancang,”katanya.

Janggut tak dak, perut boroi... Anwar ka? Kahkahkah...

0 org komen
Nurul Izzah: Itu bukan Anwar

Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya.

Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu. Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini.

"Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini.

Kahkahkah... kantoi lagi...

1 org komen
Terima kasih la kat sesapa orang Umno yang bangang pi upload video fitnah tu kat internet... kahkahkah... Penyebaran bahagian kedua klip video fitnah di internet kelmarin menambahkan lagi koleksi kegagalan teruk trio Umno selaku pengarahnya.

Video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan oleh Datuk Temberang kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari kelmarin. Klip video sepanjang 1.46 minit itu dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Nurul Izzah Anwar juga sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video lucah yang sebahagiannya lagi disebarkan di internet hari ini bukan bapanya.

Woii Apek... belah laa... kahkahkah...

0 org komen
MCA, Gerakan wajar keluar BN
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 April: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyeru MCA dan Gerakan agar mengambil langkah berani dengan keluar dari BN segera memandangkan mereka tidak lagi menjadi aset kepada BN sejak kebelakangan ini.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, bahkan Gerakan, MCA dan SUPP dianggap oleh Umno sebagai liabiliti kepada BN dengan siri-siri kekalahan mereka dalam pilihanraya yang diadakan sejak tahun 2008 dan terkini di Sarawak.

“DPPP berpandangan bahawa Umno yang menerajui BN menjadi punca rakyat menjauhkan diri daripada BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, dengan menanamkan semangat perkauman yang sempit, Umno suka agar rakyat mencurigai satu sama lain khususnya terhadap bangsa dan kaum yang lain.

Tambahnya, tindakan Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan Pejabat MCA demi untuk menyokong ‘lidah rasmi’ Umno iaitu Utusan Malaysia baru-baru ini pula mengesahkan lagi Umno merupakan parti perkauman yang melampau dan slogan ‘1 Malaysia’ jelas retorik semata-mata.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, dengan keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, ditambah dengan keputusan dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina kepada MCA dan Gerakan semakin merosot.

Katanya lagi, MCA dan Gerakan bukan lagi parti tempat bergantung kaum Cina, sebaliknya pengundi Cina lebih bergantung harap kepada DAP.

Menurut, MCA dan Gerakan sekarang boleh diumpamakan sebagai ‘rumah kosong’.

Ini, ujarnya ditambah dengan pengakuan Ketua Biro Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh bahawa masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

Puncanya, kata beliau kerana rakyat sudah jelak melihat tingkah laku pemimpin BN yang sombong, angkuh, zalim serta hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat hidup dalam penderitaan yang berpanjangan.

Tambahnya lagi, tambahan pula dengan kes-kes rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme yang diamalkan oleh BN sejak sekian lama menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.

“Apa yang rakyat perlukan sekarang adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak,” ujarnya.

Selain itu, ujarnya parti berasaskan perkauman seperti diamalkan oleh BN sudah tidak relevan lagi sekarang.

Beliau menambah, rakyat mahu melihat parti dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan.

Menurutnya lagi, perjuangan berasaskan perkauman sudah lama ditinggalkan kerana rakyat sudah boleh menerima bangsa atau kaum lain di negara ini.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah membuka minda rakyat dengan politik era baru yang berteraskan ketuanan rakyat tanpa mengira mana-mana bangsa dan PAS sendiri telah melebarkan ‘uslub’ dakwah kepada yang bukan beragama Islam tanpa mengadaikan prinsip yang dipegang selama ini sehingga bangsa lain boleh duduk bersama di dalam PAS.

“Situasi ini menyebabkan Umno BN merasa panik lalu cuba menjuarai isu-isu remeh yang melibatkan bangsa melayu tanpa mempedulikan perasaan parti komponen yang lain di dalam BN,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat di mana-mana belahan dunia kini melaungkan slogan mahukan perubahan.

Jelasnya, di negara-negara Asia Tengah, perubahan sedang berlaku, dan ia sedang merebak ke Malaysia di mana di Sarawak, rakyat menzahirkan sentimen kebencian terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyebabkan penduduk bandar khususnya bangsa Cina menolak BN.

“Di Semenanjung hari ini, rakyat khususnya di kawasan bandar sudah membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang memiskinkan dan menekan rakyat. Perubahan itu mesti berlaku dan sedang berlaku,” katanya.

Katanya lagi, sudah lebih 50 tahun BN memerintah dan semakin nyata ketempangan yang berlaku di negara kita dan BN dianggap sebagai sebuah kapal yang sedang menanti untuk karam.

“Dalam keadaan demikian, apakah perlu lagi MCA dan Gerakan berpaut kepada BN?” solanya

Justeru itu, ujarnya DPPP menyeru agar MCA dan Gerakan segera mengambil langkah keluar dari BN dan menyertai PR.

Tambahnya, Umno hanya memerlukan MCA dan Gerakan ketika pilihan raya sahaja demi untuk mendapatkan undi.

“Rakyat kini sudah menganggap PR adalah parti masa depan mereka. Hanya dengan cara inilah MCA dan Gerakan mampu kembali ke persada politik negara dan memenangi jiwa rakyat,” katanya.

Mana depa tau haram halal... kahkahkah...

0 org komen
Sori la Datuk, depa tu mana kenainya haram halal... semuanya yang depa nampak depan mata boleh di makan dan diberi makan pada anak cucu dan ahli ahli mereka... cari makan atas lendir pun halal, takat nak sebar fitnah mehnah ni, besa laa...


*******************************

Sebar berita fitnah haram di sisi Islam – Dr Haron Din

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am Pas, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz, berkata, haram menyebar atau membaca mana-mana berita yang berbaur fitnah.

Menurut beliau, larangan Allah terhadap fitnah secara jelas terkandung dalam Al Quran seperti disebut dalam surah An Nur dan Al Hujurat.

Ketika dihubungi KeadilanDaily hari ini, Dr Haron bagaimanapun berkata, beliau merujuk kepada semua berita yang berunsur fitnah dan tidak menyatakan kepada mana-mana pihak tertentu.

“Saya kata, adalah haram menyebarkan berita yang berbaur fitnah,” ujarnya.

“Pemberita yang menulis tentang sesuatu fitnah memanglah haram. Kita bercakap secara umum. Saya tak refer kepada mana-mana pihak. Itu terpulang kepada pengertian masing-masing,” ujarnya.

Ooo.... kawan baik CIA yaa...

0 org komen
Bekas ketua CIA anggap Gaddafi 'rakan' yang baik

MARYLAND: Bekas ketua Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), Jeneral Michael Haydenr memuji kerjasama yang diberi Presiden Libya, Muammar Gaddafi dan menyifatkan kejatuhan rejim itu bakal menyukarkan kepentingan Amerika Syarikat dalam tempoh pendek.

Hayden yang kini bersara, mengetuai CIA mulai 2006 hingga 2009 ketika pentadbiran Presiden George W Bush, berkata kejatuhan Syria juga boleh membantu perisikan Amerika Syarikat tetapi dalam bidang tertentu sahaja.

Bercakap dalam sidang akhbar di Marine Corps University, Hayden berkata CIA pernah bekerja dengan baik bersama Gaddafi dan Mussa Kussa, Menteri Luar Libya.

“Sama ada anda fikir mengenai Gaddafi atau Mussa Kussa... mereka adalah baik dan rakan yang baik dalam memberikan kerjasama membanteras pengganas," katanya.

Hayden berkata, Presiden Syria, Bashar al-Assad juga 'rakan yang agak baik' ketika menentang militan Islam tetapi beliau menyokong puak radikal Syiah.

Namun Hayden mendakwa, gelombang kebangkitan yang sedang berlaku di dunia Arab sebenarnya memberi manfaat kepada Amerika untuk tempoh masa panjang dengan perubahan dinamik di rantau itu. - AFP

Apa masaalah ngan Ostad nih... hihi...

2 org komen
Apa hal pulak ngan Ostad nih... hihi...
Mesti dia ni lagi hebat... lebih hebat ilmunya dari Imam Besar Masjidil Haram tu yerk...
Memang sapa pun tak kebal, waima imam besar manapun...
Tapi masaalahnya Ostad oiii...
Tepi kain hang pun dok bertempek tempek lagi taiknya...

Fitnah bertebaran dalam negara...
Islam dalam negara tak diletakkan ditempat yang sepatutnya...
Mahkamah Syariah hanya sandiwara...
Lampu dimasjid lebih banyak dari jemaahnya...
Tu semua korang takut nak tegur...
Takut soru miss ker?


*********************************

Isu Wahabi: Zamihan terus kritik, dakwa Imam Besar Masjidil Haram bukan ‘kebal’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 April – Zamihan Mat Zain meneruskan kritikan keras terhadap Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais hari ini dengan mendakwa tokoh agama itu bersifat “maksum” sehingga seolah-olah tidak boleh dikritik oleh sesiapa.

Dalam tulisan terbaru pada laman Facebooknya, Zamihan (gambar), pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan pendiriannya mengkritik Sheikh Abdul Rahman dan mempersoalkan tindakan pihak yang menghalang beliau berbuat demikian.

“Sesiapa sahaja boleh mengkritik dan dikritik kecuali Nabi dan Rasul yang diberikan sifat maksum oleh Allah, kritikan beradab adalah amalan sihat dan digalakkan dalam Islam kerana ia boleh menjadikan ia sebagai mekanisme penentu baik atau buruk sesuatu perkara selain digunakan sebagai instrumen penambahbaikan bagi seseorang.

“Justeru kita melihat sesiapa yang berharta, berkuasa atau bertakhta tidak sunyi daripada kritikan, termasuk kritikan saya terhadap Sheikh Abdul Rahman yang memegang jawatan Imam Besar Masjidil Haram.

“Beliau adalah seorang tokoh yang sering mengkritik ulama sunni, kerajaan Arab Saudi dan umat Islam... jadi sudah tentu beliau tidak terlepas dari kritikan,” katanya.

Semalam, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata Zamihan, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu.

Selain itu, beliau berkata Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”

Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.

Namun tindakan Zamihan itu dinafikan Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Jakim juga telah memanggil Zamihan berhubung perkara itu dan menjelaskan kunjungan Sheikh Abdul Rahman ke Malaysia.

Dalam tulisannya hari ini Zamihan juga mempersoalkan kredibiliti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penceramah-penceramah termasuk Sheikh Abdul Rahman yang terlibat dalam seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu sambil mendakwa ia turut disertai individu yang berfahaman Wahabi.

“Saya tidak kisah jika beliau (Sheikh Abdul Rahman) hadir ke Malaysia membicarakan tentang dakwah, pembangunan modal insan dan tamadun Islam, malah saya juga menyanjungi atas usaha-usaha itu.

“Namun jika beliau hadir dalam seminar Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah bertujuan untuk memberi sokongan dan kredit kepada jurucakap-jurucakap berfahaman Wahabi dan menyokong dakwah Wahabi, itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana fahaman Wahabi tidak diterima di negara ini, fahaman Wahabi bukan mazhab yang setaraf dengan mazhab muktabar Ahli Sunah Waljamaah,” katanya.

Selain itu, tegas Zamihan, fahaman Wahabi bertentangan dengan amalan umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah.

“Metodologi fahaman Wahabi sering bertentangan dengan fatwa dan metodologi pengurusan Islam di negara ini dan serang menimbulkan keraguan terhadap umat Islam dengan isu-isu remeh.

“Tambahan beliau (Sheikh Abdul Rahman) merupakan tetamu kerajaan dan tidak wajar jika ingin bersikap campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam negara kita, apatah lagi menghadirkan diri dalam seminar yang dianjurkan tanpa permit dari jabatan agama dan pihak keselamatan negara,” katanya.

Sementara itu, satu laman Facebook yang dinamakan “Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan Kerana Menghina Sheikh Sudais” diwujudkan semalam mengecam tindakan pegawai Jakim itu menghina Sheikh Abdul Rahman dan menuntut agar tindakan keras diambil terhadap Zamihan.

Laman Facebook itu setakat petang ini telah menarik 1,155 peminat yang tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataan Zamihan terhadap Sheikh Abdul Rahman.

Menurut salah seorang penyokong laman Facebook itu Jas M. Ali, tindakan Zamihan itu cuba untuk menimbulkan keraguan dan boleh menyebabkan perpecahan umat Islam.

Seorang lagi peminat, Badrul Amin menggesa supaya tindakan diambil terhadap Zamihan.

“Harap ambil tindakan, lepas ini siapa pula yang akan kena sebab Imam Besar Masjidil Haram pun boleh kena, jangan nak hentam orang yang nak tegakkan Islam,” katanya.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

Polis rakam kenyataan Anwar esok

0 org komen

Apr 27, 11

Seorang pegawai dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman akan merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

Kenyataan pertama Anwar dirakamkan bulan lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Menurut kenyataan parti itu petang ini, kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh 'DSP Shanmugamoorthy' pada jam 2.30 petang di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Anwar selepas kenyataannya dirakamkan, kata kenyataan itu.

Wednesday, April 27

Mai la oii tengok perut Anwar tetiba boroi... kahkahkah...

3 org komen
Macam dok kata dah, bukan satu konspirasi nak busukkan Anwar ka lagu ni. Ni ha, satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube. Menampakkan pada ramai bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.

Bila kita kata polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet, ada orang marah marah. Tapi, video nih kabarnya ada satu copy saja, dah tu ditangan Polis pulak lagi. Macamana boleh terlepas ke laman Youtube?

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka. Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan. Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.

Gadingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara”. Maka, akan selamatkah negara kita sekiranya negara kita dipenuhi oleh politikus sebusuk ini?

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman. Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Apa hal yang Eskay kena bagi DNA pulak nih... haha...

0 org komen
Eskay beri polis sampel DNA


Aidila Razak
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, - seorang daripada anggota 'Datuk T' yang terbabit dalam menayangkan video seks telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Eskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi 'memperkuatkan kes itu'.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis.

Ahli perniagaan itu tiba di ibu pejabat polis pada jam 10 pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

"Saya akan jawap semua soalan pada sidang akhbar esok. Saya hubungi awak hari ini untuk memaklumkan bahawa saya secara sukarela memberikan DNA saya... awak tahu, saya selalu berikan kerjasama,” katanya sambil tersenyum.

Woii... apa main carut carut nih...

2 org komen
ADUN BN mencarut Titah Perbahasan Diraja

SEREMBAN: Sesi Perbahasan Titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada sesi Dewan Undangan Negeri semalam, dicemari dengan tindakan Adun BN bergelar datuk yang bangun dan mencarut dengan perkataan lucah.

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Badrul Hisham Shaharin, kejadian itu berlaku ketika Adun bahau, Teo Kok Seong membahaskan titah diraja, semalam.

Disebabkan gagal berhujah, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah dalam bahasa tamil, yang bermaksud alat sulit wanita.

“Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang Adun BN, dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan Adun Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi (semalam),” ujarnya.

Badrul berkata ia bukan pertama kali Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut.

Tahun lalu, Zainal juga melakukan perkara yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan bahasa tamil kepada salah seorang Adun berbangsa India.

Justeru, kata Badrul, perkara itu membuktikan Adun BN Negeri Sembilan derhaka terhadap Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan kerana mempermainkan dan menghina perbahasan titah di raja dalam dewan yang mulia.

Ia juga membuktikan Adun BN itu gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut dan tidak serius sehingga speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang berkenaan dengan berkesan.

Malah kata Badrul, Adun BN berkenaan bukan sahaja menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, tetapi juga tidak sensitif dengan menghina wanita dan kaum India.

“Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar – benar Adun BN sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

“Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah di Raja,” ujar beliau.

Tambah Badrul, kejadian itu juga membuktikan kemunafikan Umno, media dan organisasi kononnya pembela raja dan Melayu.

“Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui BN sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri di bawah cengkaman BN maka ia ditutup sahaja.

“Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata,” tegasnya.- KD

Banyak songeh la lu, penipu... kahkahkah...

0 org komen
Bakri: Raja Petra disiasat kerana beri maklumat palsu
April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April – Raja Petra Kamarudin kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Dipetik Bernama Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pengendali portal “Malaysia Today” itu disiasat mengikut seksyen itu setelah keterangan diambil daripadanya semasa beliau berada di Bangkok dua hari lepas.

Keterangan itu diambil oleh pegawai polis Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu Raja Petra di negara itu ketika majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) di mana beliau merupakan pengerusinya.

Bakri berkata pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan Raja Petra selain keterangan daripada beberapa individu lain yang berkaitan dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan indentiti individu lain yang telah dipanggil polis.

“Siapa yang telah dipanggil dan berapa orang yang dipanggil itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan dan tumpuan kita sekarang ini adalah untuk menyiasat dakwaannya (Raja Petra),” katanya.

Dalam temu bualnya dengan TV3 yang disiarkan pada 13 dan 14 April lalu, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.
Related Posts with Thumbnails