Tuesday, May 31

Terima kasih BN

2 org komen
PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini.- M'kini

Kita bersyukur

0 org komen
BERJUDILAH DI TEMPAT YANG HALAL


nota:
alhamdulilah
kita bersyukur
dapat berjudi
di tempat yang halal
kah kah kah

POLIS LUMPUH KEGIATAN JUDI NOMBOR EKOR HARAM DI KULUANG DAN BATU PAHAT – tiewnama

Polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang membabitkan wang pertaruhan sejumlah RM504,000 sebulan dengan tertangkapnya 17 lelaki dan lima wanita di 21 premis di sekitar bandar ini dan Batu Pahat, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Amer Awal berkata, serbuan di 14 premis di sekitar bandar ini dan tujuh premis di sekitar Batu Pahat itu dilakukan pada jam 3 petang sehingga jam 8 malam, hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

"Dalam serbuan itu, seramai 11 lelaki dan empat wanita ditahan di Kluang manakala enam lelaki dan seorang wanita ditahan di Batu Pahat. Seorang daripada lelaki yang ditahan di Kluang itu, merupakan pembeli nombor ekor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, malam tadi.

Amer berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan.

Katanya, kesemua rakyat tempatan berumur 20 hingga 40an itu kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala lelaki yang membeli nombor ekor haram itu akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) akta yang sama.

"Serbuan terhadap kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang terbabit kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…PELIK… HAIRAN… TAKJUB…. kah kah kah..

kah kah kah…TAK SANGKA DI MALAYSIA INI ADA DUA JENIS JUDI….. kah kah kah..

kah kah kah… SATU JUDI HARAM…. kah kah kah

kah kah kah….KEDAI KENA SITA… TOWKAY KENA TANGKAP….. kah kah kah..

kah kah kah…SATU LAGI KEDAI JUDI LEBAI VICENT TAN… INI JUDI HALAL…. kah kah kah

woit… PASAL APA TAK TUTUP KEDAI LEBAI VINCENT… kah kah kah..

kah kah kah…BILA DAPAT SIJIL HAHAL?..... kah kah kah

nota:
kalau nak buka kedai judi
dan nak dapat logo halal
sila berurus dengan gerombolan
terutama sekarang ini
masa ini duit amat amat
diperlukan untuk pru13
kah kah kah

Bro: TT

Kesian kat Umno... kahkahkah...

2 org komen
UMNO TAKUT MAT SABU MENANG TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain.

Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin.

Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno.

Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada saya, saya mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS kerana saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyukainya, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, saya tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola saya di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden./wfauzdin.blogspot.com

Sejuta belia akan lawan Peranchis... kahkahkah...

0 org komen
NAJIB AKAN DI PANGGILAN OLEH MAHKAMAH PERANCHIS - keadilan daily

Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.

“Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.

“Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, hakim dan pendakwaraya akan dilantik oleh Mahkamah Kebangsaan Perancis, manakala siasatan akan lebih terbuka dengan bukti didedahkan di mahkamah.

Menurut Cynthia, memberi atau menerima komisen adalah salah bagi undang-undang, kerana Perancis telah menandatangani konvensyen Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melarang komisen bagi sebarang urusniaga pembelian senjata.

“Kes ini menjadi lewat kerana karenah birokrasi. Perbicaraan ini cuba membongkar pihak mana yang memberi komisen, sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,”ujarnya yang menambah, kes ini menjadi isu penting menjelang pilihan raya di Perancis.

Dalam pada itu, Suaram mengalu-alukan tawaran Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu tampil ke mahkamah untuk membantu siasatan.

“Beliau mengatakan bahawa Kementeriannya menghargai inisiatif yang kami lakukan. Walaupun bukan dia yang menjadi Menteri pada waktu urusniaga itu dilakukan, tetapi bagi mewakili kerajaan Malaysia ia cukup membantu.

“Kita berpegang kepada kata-katanya. Kita akan pastikan dia tunaikannya,” ujarnya.

Dalam pada itu Cythia memaklumkan, sehingga kini, peguam yang mewakili Suaram memberi khidmat guaman secara sukarela, atau ‘pro-bono’.

Justeru, bagi menampung kos guaman dua program bagi mengumpul dana iaitu majlis minum petang pada 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam pada 23 Julai di Kuala Lumpur menjangkakan kutipan sehingga RM 100,000.

Peguam yang mewakili mereka, William Bourdon akan hadir ke majlis tersebut bagi memberikan taklimat berhubung perjalanan kes dan sistem perjalanan perundangan di Perancis.

Suaram turut mengalu-alukan sebarang tajaan dana melalui bank Hong Leong di akaun bernombor 0300-0065-200. Manakala, perkembangan mengenai program ini boleh diperolehi melalui maklumat di laman web rasmi www.suaram.net

Sorang dua... lama lama tak sejuta? Kahkahkah...

0 org komen

Mai tengok rupa Ulama Umno... kahkahkah...

0 org komen
Individu Yang Mengaku ‘Kasyaf’ Sewajarnya Bertaubat

Saya merujuk kepada laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini, 30 Mei 2011 yang memuatkan kenyataan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris. Sekalipun jawatan beliau adalah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, namun Utusan Malaysia lebih selesa memetiknya sebagai bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat. Barangkali nama sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS Pusat itu lebih ‘mahal’ dan ‘bernilai’ dari jawatan yang dipegang beliau sekarang di dalam UMNO.

Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan menggesa agar Murysidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam isu moral dan rakaman video seks. Mohd Noor Deris menambah lagi bahawa tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Saya kira kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Noor Deris itu ialah satu kenyataan yang ‘kurang waras’ dan tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf ‘ulama’. Barangkali demikianlah taraf pemikiran seorang ‘ulama’ di dalam UMNO. Di dalam isu video seks, perlu diingatkan bahawa di dalam Islam, tuduhan zina hendaklah dibuktikan di mahkamah melalui empat orang saksi yang adil. Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik..”

Para mufassirin sepakat menyatakan bahawa tuduhan terhadap lelaki melakukan zina samalah dengan menuduh wanita melakukan zina iaitu hendaklah didatangkan empat orang saksi yang adil. Di dalam isu rakaman video seks, siapakah saksi yang boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku di dalam video tersebut? Apa yang lebih penting lagi, kenapakah isu ini tidak dibawa ke mahkamah Syariah dan diadili mengikut hukum-hakam Islam? Justeru, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tepat mengikut neraca Islam kerana beliau masih belum dibuktikan salah mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam.

Saya kira, jika perlu bertaubat, orang yang perlu bertaubat ialah Mohd Noor Deris sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki ilmu kasyaf sehingga tidak mahu bersalam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana didakwanya menjadi tangan syaitan ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas beberapa ketika lepas. Jika Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam pernah ditahan ISA kerana mendakwa mampu beryaqazah, saya kira dakwaan Mohd Noor Deris yang mempunyai kasyaf ini juga tidak kurang sesatnya.

Pada saya, kenyataan Mohd Noor Deris ini hanyalah satu sampah sarap yang hanya layak dimuatkan di dalam tong sampah yang bernama Utusan Malaysia.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Mei 2011 / 26 Jamadil Akhir 1432

Monday, May 30

Belia yang akan kencingkan Rosmah...

0 org komen
Anwar: Belia tak akan terima seruan Najib pertahan Putrajaya ‘rasuah’
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan peserta pada sesi ramah mesra di Petaling Jaya petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi

PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi muda tidak akan menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat, meskipun pentadbiran Najib menyeru peserta Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata tiada gerakan belia yang akan menyokong sebuah pentadbiran yang diselubungi amalan kronisme dan rasuah di peringkat paling tinggi kuasa.

“Saya tidak takut sama sekali,” kata beliau pada sesi bersama 200 profesional muda di sini petang ini.

“Tiada pergerakan belia akan menyokong sistem yang merosot akhlak, rasuah, sudah usang. Saya pasti mereka (pengundi muda) tidak akan mempertahankannya,” tegas Anwar.- Seterusnya...

Baca ni baru kita tau penyokong Umno adalah manusia paling bangang

1 org komen
Apabila bantuan kerajaan diberi kepada rakyat dan orang miskin, ia dipanggil subsidi. Tetapi apabila subsidi diberi kepada korporat besar, ia digelar insentif.

Pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan istilah itu dibangkitkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui untuk mempertahankan kononnya penjana kuasa bebas (IPP) tidak mendapat subsidi kerajaan.

“Biasalah mereka ini. Untuk orang miskin diberi subsidi, untuk orang kaya dikatakan insentif,” katanya dalam satu dialog tertutup dengan profesional muda pelbagai kaum di sini semalam.

Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan, beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Ani Arope bahawa kumpulan IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu mahal.

Walau pun beliau bersetuju dengan pendirian Ani Rope menolak tawaran IPP yang tidak adil itu, kabinet yang dikuasai Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk meluluskan desakan korporat-korporat gergasi berkenaan.

Menurut Anwar, syarikat IPP utama itu – YTL Corporation Berhad yang dimiliki oleh Yeoh Teong Lay, Genting Sanyen milik Genting, Tanjung (Ananda Krishnan) dan Malakoff (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – dijamin tidak rugi sama sekali jika berlaku kenaikan harga; yang terpaksa menanggung rugi adalah TNB.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, diesel dan gula untuk rakyat.
Sebelum ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan kadar bayaran elektrik yang dijangka dinaikkan oleh kerajaan BN berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB dengan syarikat-syarikat IPP.

Beliau berjanji bahawa apabila kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran negara, perjanjian tidak adil dengan IPP itu akan dirunding semula bagi memastikan rakyat tidak teraniaya akibat kesalahan kerajaan BN sewaktu membuat perjanjian subsidi untuk korporat itu.

Sebelum ini juga, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa subsidi kepada IPP tidak boleh ditarik balik kerana kerajaan telah mengikat janji dengan syarikat-syarikat terbabit sejak bertahun-tahun lalu.

“Oleh kerana kerajaan terikat dengan banyak perjanjian, subsidi kepada IPP tidak boleh dihentikan hanya kerana ikut kata DAP atau kata Anwar,” kata Presiden MCA itu kepada pemberita minggu lalu.

Membalas hujah Chua, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua DAP telah mencabar kerajaan supaya mendedahkan segala butir perjanjian dengan syarikat-syarikat IPP berkenaan subsidi yang mereka terima.

Katanya pendedahan kepada umum tentang perjanjian kerajaan dengan IPP amat penting kerana rakyat perlu mendapat maklumat penuh berikutan tindakan kerajaan mahu menghapuskan subsidi bahan api dan gula.

“Kita mahu tahu mengapa kerajaan enggan mengstruktur semula kontrak yang berat sebelah itu, sedangkan syarikat-syarikat IPP berkenaan membuat keuntungan lumayan, sementara rakyat menjadi mangsa harga naik,” tambah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Najib kencing belia atau belia nak kencing Najib?

0 org komen

Anwar cari pasal ngan geng songkok tinggi... kahkahkah...

0 org komen
Ibrahim Ali ahli politik Malaysia paling buruk, kata Anwar
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.

Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno.

“Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali,” kata Anwar ketika sesi ramah mesra dengan golongan profesional di sini petang ini.

“Ketepikan pelawak-pelawak ini,” kata Anwar.

Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Ibrahim juga mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Anwar.

PR dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Sunday, May 29

Politik pandy kutty...

0 org komen

Merayu merintih kat belia nak pertahankan Rosmah

0 org komen
Jatuhnya Putrajaya bukan kerana berhimpun
Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.

Katanya, ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang beliau dakwa dalam kenyataannya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah, gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.

Baginya, perhimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya Najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu.

“Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan Najib dalam ucapannya?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu beliau meyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti.

Oleh itu, beliau sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang disayangi ini.

“Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Tambahnya, sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.

“Tetapi saya ingatkan di luar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun di pusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.

“Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan katanya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Beliau berkata, lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya.

Baginya, itu satu dakwaan yang dilihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.

“Ternyata kalau kita amati gelagat Najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin Umno sebelum ini.

“Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan suasana sangat getir bagi mempertahankan kuasa BN yang telah melewati 50 tahun itu,” katanya.

Justeru, Khalil tidak dapat membayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang disifatkan ‘gila kuasa’ dan sedang melakukan untuk mempertahankan kuasa.

Steadylah bang Mat Sabu

0 org komen

Gila talak pun ada musim ka... kahkahkah...

0 org komen
Musim ahli politik 'gila talak' jengul lagi dalam Umno


Wira Arjuna
Memang patut Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.

Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.

Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Sekali imbas mungkin nasihat bekas naib pesiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik.

Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula.

Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul “penyambung hayat” Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS.

Memang terdesak

Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan naib presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang.

Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS.

Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.

Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya.

Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno.

Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS.

Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.

Tan Sri Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihan raya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka.

Katak melompat

Begitu juga dengan bekas ketua pemuda Umno dan juga mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu 'Datuk T' yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Anwar.

Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik “aliran katak melompat parti” seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.

Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sekarang ialah Datuk Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat “berguna” untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno.

Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih “berani dan berbaloi” bagi mencapai maksud “memaksa” orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya “bangkit” dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Porak-perandakan PAS

Saat yang dipilih oleh Nakhaie untuk memporak-perandakan PAS ialah di ambang pemilihan kepimpinan PAS minggu depan. Namun Nakhaie kurang bernasib baik.

Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.

Jika Nakhaie berharap ada calon yang bertanding dalam pemilihan PAS kali ini akan mengutip saranannya dan menggugah perpaduan dalam parti, beliau pasti hampa. PAS hari ini bukan seperti PAS yang ditinggalkannya dahulu.

Walau bagaimana ganas atau lembut serta liciknya pujukan serta cabaran yang dihadapinya, perpaduan PAS tidak akan tergugat. Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut. Itu sifat politik PAS.

Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.

Atau, mungkin juga Nakhaie memang tidak pernah faham apa sebenarnya perjuangan PAS. Sebab itu, walau sudah menduduki kerusi naib presiden PAS, Nakhaie berasa rimas “ghanimah” perjuangan yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba. Sebab itu, agaknya, beliau melompat ke pangkuan Umno.

Tak baik woii kata Umno tu Firaun... kahkahkah...

0 org komen
Opocott... haha...

Tak patut betoi la Anwar Berahim nih, tak baik kata kat Umno perintah negara macam Firaun... kahkahkah... Patut la depa kalut sangat nak sumbat hang masuk dalam penjara, mulut hang tu jelabaih sangat... kahkahkah...

Anwar kata, sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun... Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.

Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan. Berlagak seperti Tuhan bukan bermakna Tuhan... kahkahkah... malah tentunya yang lebih berkuasa hanyalah Allah s.w.t yang akan menentukan segala galanya...

Tapi kalau di selidik dalam dalam pun memangnya ada ciri ciri pemerintahan Firaun pun... kahkahkah.... Best gak bila tengok Anwar tojah dahi puak pandikutty nih.... kahkahkah...

"Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno. Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, maka saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty'...

BELIA + BELI aaa = BELIAK

0 org komen
Man U kalah pasai Piem berbangsa Umno pakai jersi depa tengok bola sampai ke pagi... Najib Razak bersama Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek (kiri), meraikan gol penyamaan Manchester United menentang Bacelona ketika menonton final Liga Juara-juara Eropah, sempena Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, awal pagi ini. - Foto Izhari Ariffin

Sori la Najib

0 org komen
Tak semena mena si Piem berbangsa Umno, Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa. Aku rasa belia sekarang bukan nak pertahankan Putrajaya dari Pakatan tapi akan bersama Pakatan dalam menawan Putrajaya... haha...

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat. Dia sorang ja percaya negara ni aman dan stabil dan tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

Betoi, negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung pada kejayaan belia menawan Putrajaya dan menghumban Umno ke laut... kahkahkah...

Minta maaf la Najib oiii, para belia sekarang tidak akan bersama dengan anda. Tidak akan bersekongkol dengan kabinet anda yang menaikkan harga barang sesuka hati. Mereka bersama sama Pakatan Rakyat yang akan memastikan BN jatuh tertiarap PRU ke 13 nanti. Bersatu bersama anda seperti menyokong tindakan anda menaikkan harga barangan dan petrol....

Golongan belia yang bodoh sahaja yang akan mempertahankn Putrajaya untuk Umno. Sebab tu kehadiran belia dalam 5k orang jaa... Banyak belia yang teramat malu dengan budaya porno dan fitnah tajaan Umno Barisan Nasional dan konco2 mereka seperti Perkasa.

Belia tentunya akan jadi lebih busuk dan lebih kurang ajar dengan pimpinan BN dan Umno. Belia belia ni lah juga yang paling banyak menderita. harga barang kian naik. Sekali makan RM5 atau lebih, minyak moto lagi, barang-barang lain lagi, pastu PTPTN faedah tinggi nak mampos. Adakah begini cara habuan yang diberikan Najib? Nak pertahankan putrajaya konon, apa, dia ingat orang orang PR ni pendatang ke? Mereka lebih berhak memimpin untuk kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia.

Suasana pun dah jadi macam konsert "jom heboh" ja. Orang datang pun saja saja datang, bukan nak sokong mana sangat pun... kasi gempak je lebih... haha...

Memang belia akan pertahankan putrajaya Dato Seri Piem Umno oiii... haha.. tapi pertahankan untuk Pakatan Rakyat...

Mai dengaq cerita Firaun woiii...

0 org komen

Balas tersingkir

0 org komen
Selepas sembilan minggu beraksi, akhirnya Kumpulan Balas kecundang selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kesembilan program tersebut, Jumaat.

Kumpulan yang terdiri daripada Fandi Muhammad,25, dan Mohd Shukri Mohd Sahar, 24, terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana mengakui persembahan pada malam itu tidak sehebat peserta-peserta lain. Bagaimanapun mereka akui persembahan akhir mereka agak teruk berbanding keseluruhan persembahan mereka disebabkan oleh kurangnya latihan.

Balas mendapat markah terendah iaitu sebanyak 35 peratus (%). Kumpulan jambu pula meraih tempat pertama dengan mengumpul markah sebanyak 56% diikuti dengan Jozan (53%), Nabil (50%) Sepah (49%) dan R2 (40%).

Pada malam pertandingan tersebut, peserta dikehendaki membuat persembahan bersama pelawak profesional undangan seperti Sathia yang bergandingan dengan R2, Bell Ngasri (Balas), AR Badul (Sepah), Sharifah Shahira (Nabil), Kenchana Devi (Jozan) dan Acong (Jambu).

Pakatan Rakyat lebih berani

0 org komen

Saturday, May 28

Tak baik woii kata Umno tu Firaun... kahkahkah...

0 org komen
Opocott... haha...

Tak patut betoi la Anwar Berahim nih, tak baik kata kat Umno perintah negara macam Firaun... kahkahkah... Patut la depa kalut sangat nak sumbat hang masuk dalam penjara, mulut hang tu jelabaih sangat... kahkahkah...

Anwar kata, sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun... Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.

Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan. Berlagak seperti Tuhan bukan bermakna Tuhan... kahkahkah... malah tentunya yang lebih berkuasa hanyalah Allah s.w.t yang akan menentukan segala galanya...

Tapi kalau di selidik dalam dalam pun memangnya ada ciri ciri pemerintahan Firaun pun... kahkahkah.... Best gak bila tengok Anwar tojah dahi puak pandikutty nih.... kahkahkah...

"Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno. Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, maka saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty'...

Gua sokong lu beb... hehheh...

0 org komen
Wallawoii... cayalah... salam bro Gaps, gua tabik la ngan keberanian korang membuat tuntutan nih... haha... ini kali gua memang sokong lu orang beb... Hanya Melayu ada hak untuk biasiswa... lain lain bangsa boleh belah... ini negara Gaps yang punya, ini negara Perkasa yang bina... lain lain bangsa termasuk lah bangsa Umno boleh belah... kahkahkah....

Gua puji lu orang pasai lu orang memang berani gila beb... gila babun... kahkahkah... gua rasa lagi berani kalau lu orang letak sekali yang lu orang wakili Umno, lu orang cakap la lu orang terang terang wakili suara Melayu bangsa Umno, lagi bagus... lagi berani, amacam cadangan gua? Kahkahkah...

Gua sokong saranan lu tu, memang semua rakyat Malaysia tak berhak mendapat biasiswa. Betul lu cakap tu bro... orang bodoh memang tak boleh dapat biasiswa pasai kebodohan korang, orang bangang yang berlambak dalam Umno tu pun memang tak layak dapat biasiswa bro... gua sokong lu, lu cakap betoi bro...

Lagi satu gua lagi suka bila lu hentam sama Soi Lek, itu memang gua sokong sangat beb... itu Cina bangsa MCA mana ada akai macam ngan Umno jugak... kahkahkah... Lu lagi berani kalau lu panggil itu Soi Lek balik Tongsan... Soi Lek memang patut diajaq pasai depa memang kurang ajaq... kahkahkah...

Tapi gua tak suka la lu suruh Soi Lek tukar perlembagaan kalau tak setuju, pasai dia boleh buat punya kalau dia mau... Umno bukan kuat sangat bro... MCA tu kaya bro, dia boleh Umno kalau dia mau... haha... Umno miskin jiwa Islam beb... macam lu jugak, berani berjuang dalam kampung sendiri saja... kahkahkah... jaguh kampung... kahkahkah...

Letupan bom di Lubnan

0 org komen
ANGGOTA Palang Merah Lubnan bergegas memberi bantuan kepada salah seorang anggota misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Itali yang cedera akibat terkena letupan bom di bandar pelabuhan Sidon, di selatan Lubnan, semalam. Bom dikatakan meletup ketika jip tentera Itali yang dalam perjalanan berkonvoi melalui jalan raya di Sidon, menyebabkan enam cedera, termasuk seorang parah. - foto REUTERS

Bob Lokman nekad...

0 org komen
Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya.

Menurut laporan Harakahdaily, Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar mereka tidak terpesong daripada aqidah Islam.

Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakuo itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " katanya.

Baginya, sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.

Masuk PAS dapat vest ja? Kahkahkah...

0 org komen

Bakar gereja: Hukuman dua beradik kekal

0 org komen
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar sebuah gereja di Desa Melawati di sini, awal tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dan sabitan Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 23.

Berdasarkan laporan Bernama Online, Mohamad Zabidin memutuskan untuk mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen itu dibuat selepas meneliti hujahan, nota keterangan dan alasan penghakiman.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan kedua beradik itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.- Seterusnya...

Berpeluangkah Mat Sabu?

0 org komen
No. 2 PAS: Caturan Tuan Ibrahim ‘kelebihan’ Mat Sabu?
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

ANALISIS, 26 Mei — Selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan mengekalkan jawatannya tanpa saingan, tumpuan kini beralih kepada kemungkinan pertarungan sengit bagi jawatan timbalan presiden PAS yang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Daripada enam calon layak bertanding jawatan nombor dua parti itu hanya penyandangnya Nasharudin Mat Isa (gambar atas), Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu sudah mengesahkan menerima pencalonan.

Pendirian terbaru Tuan Ibrahim (gambar tengah), yang berubah fikiran untuk bertanding jawatan itu, bakal mencipta keputusan luar jangka kali ini walaupun Pesuruhjaya PAS Pahang itu sebelum ini mengumumkan belum bersedia untuk turun gelanggang.

Persoalannya siapa yang akan bertuah untuk berada di sebelah Hadi mulai akhir minggu depan?

Jika dilihat dari sudut pencalonan diterima, Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” berpeluang untuk memenangi kerusi itu kali ini.

Melihat kepada prestasi Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sebagai pemimpin utama parti, beliau didakwa gagal untuk mengangkat parti berada di kedudukan terbaik selain tidak membawa lebih banyak perubahan selaku timbalan kepada Hadi.

Nasharudin sudah dua penggal berada di kerusi itu. Mat Sabu cuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim turun julung kali.

Walaupun Tuan Ibrahim dilihat calon bukan pilihan dari segi pencalonan, tetapi ternyata beliau adalah yang paling popular sejak kebelakangan ini.

Di atas kertas, ramai yang berpendapat Mohamad akan memenangi jawatan itu. Namun, ia masih belum menjamin kedudukan itu walaupun mendahului senarai pencalonan.

Persaingan jawatan timbalan presiden PAS kali ini agak unik kerana ia menyaksikan pertembungan dua pemimpin ulama dan seorang dari golongan profesional.

Jika hendak dibandingkan dengan pemilihan 2009, ia menyaksikan dua golongan profesional dan seorang golongan ulama yang membantu Nasharudin untuk mengekalkan jawatan itu.

Adakah undi golongan ulama akan berpecah ekoran keputusan Tuan Ibrahim memutuskan untuk turun gelanggang sekali gus membuka peluang cerah kepada Mohamad?

Ini antara persoalan di kalangan ahli dan pemerhati politik sekarang.

Menurut penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, pendirian terbaru Tuan Ibrahim boleh menyebabkan kedudukan golongan ulama dalam jawatan nombor dua parti itu tergugat.

“Dalam tiga orang ini, di atas kertas Mat Sabu (gambar bawah)akan menang tapi kalau dalam Umno, orang yang dapat pencalonan paling banyak belum tentu boleh menang tapi saya percaya ahli dalam PAS ini jujur, yang mana mereka akan terjemahkan pada pemilihan nanti.

“Bagi saya pecah undi akan berlaku, tapi peluang Mat Sabu untuk menang lebih cerah sebab dalam pertandingan kali ini ada dua pihak dari golongan ulama dan satu dari profesional,” katanya.

Ahmad Atory menambah, “pecah undi, dalam golongan ulama sudah pecah kepada dua calon ini manakala yang selebihnya akan pergi kepada Mat Sabu.”

“Sebagai contoh dalam PAS ini ada 60 peratus golongan profesional dan 40 peratus golongan ulama dan kalau dari sini 40 peratus ini akan pecah kepada dua iaitu kepada Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan yang 60 peratus ini kemungkinan akan pergi kepada Mat Sabu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan golongan profesional dalam PAS semakin ramai ekoran pencalonan yang diterima Mohamad walaupun sebelum ini jawatan itu dimonopoli golongan ulama.

“Secara logik saya katakan Mat Sabu menerima pencalonan tertinggi sebab golongan yang sokong beliau lebih ramai tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pemilihan nanti,” katanya lagi.

Pandangan Ahmad Atory itu selari dengan pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian yang mengatakan penyertaan Tuan Ibrahim akan memberi kesan kepada keputusan pemilihan kali ini.

Tambah Sivamurugan, Tuan Ibrahim berhak untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana turut mendapat pencalonan, namun ia secara tidak langsung membolehkan Mohamad berada dalam kedudukan terbaik untuk menang.

“Beliau (Tuan Ibrahim) merasakan perlu bertanding untuk memenuhi kehendak mereka yang menyokong beliau,” katanya sambil menambah, “tetapi dilema akan berlaku apabila dua daripada golongan ulama berhadapan dengan seorang profesional, maka sudah pasti undi daripada golongan ulama akan berpecah.”

Oleh itu jelas beliau, isunya ialah sejauh mana ia boleh memberi kesan sehingga membawa kepada timbalan presiden daripada golongan bukan ulama.

“Kemungkinan itu boleh berlaku kerana kalau kita perhatikan pertembungan (Datuk) Husam (Musa) dan Mat Sabu dulu (2009), kalau dicampur melebihi undi Nasharudin,” katanya lagi.

“Ketika itu perpecahan undi berlaku antara Mat Sabu dan Husam. Adakah ini akan berlaku kali ini atau golongan ulama akan bersatu memberi sokongan kepada Tuan Ibrahim sehingga membawa kepada kejatuhan Nasharudin?” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, perwakilan PAS perlu mengambil kira faktor jawatan timbalan presiden adalah kedudukan paling hampir untuk menjadi pengganti Hadi.

Justeru kata Sivamurugan, Hadi bersama-sama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memainkan peranan untuk memilih pemimpin untuk membantu presiden.

“Saya rasa Hadi dan Nik Aziz akan tentukan calon mana yang akan menang dan perwakilan harus fikirkan bahawa jawatan nombor dua adalah pengganti paling hampir untuk jawatan nombor satu.

“Tapi pada pandangan saya, ini terletak sejauh mana Hadi akan memainkan peranan signifikan dalam menentukan pola pengundian bagi jawatan timbalan presiden yang boleh bekerja dengan beliau agar PAS akan kekal utuh,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sekiranya pola pengundian tidak pecah, ia akan menyaksikan pertarungan sengit.

“Mat Sabu ada sokongan tetap sebagaimana yang beliau peroleh pada pemilihan 2009, pencalonan yang meningkat kali ini kemungkinan akan ada undi protes yang ditimbulkan beliau, di mana ada ahli yang mahukan perubahan.

“Nasharudin ada peluang, tapi kehadiran pertarungan tiga penjuru akan jadikan ia lebih sengit. Pertembungan antara dua ulama dan seorang profesional,” katanya.

Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berpendapat bahawa penyertaan Tuan Ibrahim tidak akan menjejaskan peluang Mohamad untuk menang.

Namun beliau juga menjangkakan pertarungan sengit akan berlaku.

“Ini akan menjadikan persaingan lebih sengit dan Tuan Ibrahim saya difahamkan dari golongan ulama dan ini akan meneruskan tradisi walaupun beliau mengumumkan pendirian agak lewat.

“Bagaimanapun saya lihat pencalonan yang diterima Mat Sabu amat memberangsangkan. Oleh yang demikian, saya berpendapat peluang masih kepada Mat Sabu.

“Selain itu, kehadiran Tuan Ibrahim akan memberi persaingan kuat kepada Nasharudin dan Mat Sabu... setakat ini apa yang saya lihat kelebihan masih kepada Mat Sabu,” kata penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Ahmad Nidzamuddin juga menjangkakan pecah undi namun kelebihan dilihat masih memihak Mohamad.

“Akan berlaku pecah undi tapi peluang untuk Mat Sabu menang itu masih ada kerana beliau bukan sahaja pemimpin yang sudah lama dan diterima tapi salah satu kelebihan beliau adalah beliau seperti selebriti dalam PAS, semua orang kenal beliau.

“Jadi peluang untuk Mat Sabu menang itu masih ada, begitu juga dua calon lain tapi Mat Sabu ada kelebihan dari segi populariti,” katanya.

Seorang penganalisis dengan sinonim dengan politik PAS, Prof Dr A Aziz Bari berkata, beliau tidak nampak satu keperluan untuk Tuan Ibrahim bertanding jawatan itu berdasarkan prestasi pemimpin itu selama ini.

“Beliau memutuskan bertanding tentunya kerana beliau berasa ada peluang. Tidak timbul isu kewajaran kerana beliau berhak dan layak.

“Tetapi dalam konteks kedudukan PAS dalam konteks politik nasional dan Pakatan Rakyat, saya tidak nampak relevannya Tuan Ibrahim kerana beliau hanya jadi wakil rakyat selama sepenggal kemudian naib presiden, yang impaknya dalam politik nasional jika hendak diberbanding Mat Sabu, kurang,” katanya.

Justeru tegas beliau, perwakilan harus membuat keputusan bijak untuk memilih pemimpin yang layak untuk memegang jawatan itu sekiranya serius mahu melakukan perubahan.

“Jadi kalau perwakilan memilih Tuan Ibrahim atau Nasharudin ertinya perwakilan yakni pimpinan akar umbi PAS mahu parti itu terus syok sendiri dan tidak peduli perlunya PAS dilonjakkan sebagai parti alternatif kepada Umno-BN,” katanya.

Pun begitu katanya, terpulang kepada perwakilan untuk membuat pilihan. “Mereka kena fikir mana yang sesuai untuk parti dalam konteks dan landskap politik sekarang,” katanya.

Politik Melayu macam bangsa yang tak dak agama...

0 org komen

Friday, May 27

Apa main tuduh tuduh nih... kahkahkah...

0 org komen
'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'


Susan Loone
Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thal├Ęs.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

Tarif elektrik pulak dahh...

0 org komen

Pakatan Rakyat yang bengong

0 org komen
Bengong betoi la Pakatan Rakyat nih... tak pandai berpolitik. Ini kerana tekanan dan asakan dari Pakatan Rakyat lah yang membuatkan Najib tak jadi menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang pasai takut kalah teruk akibat hilangnya sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api. Ini semua kerja bengong dari Pakatan Rakyat. Ini semua kerja yang tak pakai akai dari Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat lah yang menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

Aku kata PR ni bengong pasai bila rakyat lebih banyak benci BN, lagi senang kita jatuhkan mereka dalam PRU ke 13 nanti. Jangan dok kacau BN, biaq depa penaik harga minyak, lagi banyak lagi baguih. Bila rakyat dah meluat kat BN, lagi senang dan cepat BN kita humbankan ke laut... kahkahkah...

Made in Umno... kahkahkah...

0 org komen

Thursday, May 26

Hobi masa lapang Umno...

0 org komen

Akhirnya Nizar mengorak langkah...

0 org komen
Nampaknya bekas MB Perak yang tengah popular Mohamad Nizar Jamaluddin menamatkan teka-teki dengan menjadi orang terakhir mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS kali ini.

Ikut kata Harakhadaily, Nizar telah pun menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi. DS Nizar memang dalam list 'selebriti' PAS, setiap pencak silatnya menjadi perhatian malah dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.

Dengan kemasukan Nizar, maka naib presiden akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah; dan Idris Ahmad.

Manakala Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli yang sebelum ini mahu bertanding membuat 'pusingan u' beberapa jam sebelum tutup waktu akhir pengesahan pada jam 5 petang ini. Bintang baru PAS itu mula menyinar selepas dilantik memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Wednesday, May 25

Hantu betoi laa...

0 org komen
Elok sangat dah laa... Umno katok gendang, Pas pakat menari. Orang dah kata dah jangan dok layan la gendang dari Umno tu.

Aku pun heran betoi laa, mana punya hantu tak tau la yang selalu sangat bangkitkan isu rundingan dengan Umno yang telah pun mencetuskan debat panas dan pergeseran dalam Pas nih.... Kenapa masih ada lagi cerdik pandai yang bagaikan tak menghiraukan suara majoriti ahli bawahan serta penyokong akar umbi nih. Korang mungkin lupa kot, orang ramai yang mengundi Pas masa pilihanraya hari tu bukan pasai Pas tu kuat sangat tapi pasai meluat kat Umno. Hangpa rasa orang ramai akan undi hangpa lagi ka kalau dah hangpa yang terhegeh hegeh lebih dok nak ber"UG" gak ngan Umno tu...

Pertemuan dengan Umno selama ini dikait terus dengan usaha bergabung dengan Umno atau disebut "kerajaan perpaduan," cadangan presiden Pas pada 2009 yang merujuk penubuhan kerajaan semua parti berdasarkan peratus kerusi Parlimen dimenangi.

Cuba la perati tengok tangan yang hangpa nak ber"UG" tuh... dah hilang ka nanah nanah fitnah yang di henyak keatas DSAI selama lebih 13 tahun tuhh? Dah wangikah tangan itu dari kebusukan rasuah yang menimbun selama lebih 53 tahun memerintah negara yang amat makmur ini? Dah kering dan hilangkah darah merah ahli ahli Pas Memali dulu?

Jangan pasai PKR nak diharamkan ja dijadikan sebagai alasan nak berbaik dengan Umno. Alaahaii... rapuh sungguh la kesepakatan dalam Pakatan Rakyat nih, setakat ni saja ka kesungguhan dan iltizam hangpa dalam Pakatan Rakyat?

Monday, May 23

Polis kena siasat tok nujum PERKASA nih

1 org komen
Tok sah kata kat Anwar Ibrahim la, maukalu kita pun mesti heran punya macamana mangkuk hayun songkok tinggi yang sekoq ni boleh tau lebih dulu kereta kita akan rosak... tak aneh ka?

Jadi nak heran pasai apa pulak bilamana Anwar yang merasa diri dan keluarganya dah tak selamat lagi, bagai diancam oleh segolongan manusia yang kebal undang undang. Anwar bangun mempertahankan haknya sebagai warganegara Malaysia dan mempertikaikan bagaimana Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dapat mengetahui mengenai kerosakan yang berlaku kereta yang dinaiki anggota keluarganya – berbulan-bulan sebelum insiden berkenaan berlaku.

Anwar kata, PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya. Anwar kata camtu kerana ada asasnya bila ancaman yang diterima oleh isterinya Wan Azizah Ismail dan juga anaknya Nurul Izzah baru baru ni.

Lagipun, bukan kah Najib dah kata akan pertahan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun? Inilah peluangnya bagi kaki kaki bodek Umno untuk tunjuk bakat menjilat. Pelaburan ni bukan saja saja, ada habuan lumayan, pangkat dan jawatan.

Perkasa begitu fanatik meramalkan satu lakunan kemalangan yang konon akan dilakukan DSAI. Nak heran apanya, Perkasa itu Umno dan Umno itu adalah Perkasa. Inilah gambaran sebuah organisasi yang jelasnya banyak membuat kerja sia-sia yang obkektifnya hanya untuk memusnahkan seseorang.

Umno mati kutu ngan Anwar Ibrahim... kahkahkah...

0 org komen
Beranikah Najib sebut subsidi adalah candu kepada tauke IPP? Anwar

Anwar membidas kerajaan Umno BN yang membela tauke IPP tapi menekan rakyat marhaen

KUALA LUMPUR: “Subsidi adalah candu pada rakyat, ‘tauke-tauke’ besar bagaimana? “Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah Najib akan berani mengatakan perkara yang sama kepada‘tauke-tauke’ besar IPP?

“Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih ‘candu? Tidak. Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita.

Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itudi hadapan ratusan hadirin yang melimpah sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi.

Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini.

Suasana perkarangan dewan seperti pesta dengan deretan puluhan gerai dan warung pasang siap, sekali pun program yang dimulakan dalam suasana hujan renyai.

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir termasuk, Ahli Biro Politik, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiee.

Rakyat terus memberi perhatian terhadap penerangan Anwar yang berkait rapat dengan kehidupan mereka

Meneruskan ucapannya, Anwar menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang sentiasa berpihak kepada kroni perniagaan yang kaya, dalam masa yang sama meminggirkan jutaan rakyat terbanyak melalui pembikinan dasar yang tidak pro-rakyat.

“Kalau rakyat itu miskin, pendapatan rendah, merempat, duduk di kampung-kampung, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk menjaga dan membantu kebajikan mereka.

“Dalam sejarah, tidak pernah ‘tauke-tauke’ ini kalah. Yang kalah ialah rakyat. Sebab itu saya tak setuju dengan cara ini,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Dalam pada itu, Anwar bertegas bahawa persoalan kemiskinan dan kemunduran orang Melayu tidak akan selesai sama ada dirinya dipenjara,berikutan pelbagai percubaan oleh lawan politik termasuk dakwaan kes yang kini dihadapinya di mahkamah.

“Adakah dengan memasukkan Anwar dalam penjara, akan selesai masalah kemiskinan orang Melayu? Dah masuk pun 6 tahun, tak selesai juga. Bahkan, rasuah makin banyak,” kata Anwar.

Beliau mencabar pimpinan Umno-BN untuk bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada gejala rasuah dan penyelewengan tidak wujud di Malaysia.

Dalam pada itu beliau menambah, beban sebenar rakyat cuba dialihkan oleh media kawalan Umno-BN melalui pelbagai fitnah rekaan untuk menyerang peribadi, malahan fizikal ahli keluarganya.

“Oleh sebab tak boleh ‘patahkan’ Anwar, maka mereka mahu ‘patahkan’ Azizah, Nurul Izzah malahan cucu saya juga diancam. Seolah-olah nyawa kami ini tidak berharga kepada mereka.

“Saya ini menjadi ‘public enemy’ nombor satu kepada mereka. Jika lenyap, lebih senang,” dedahnya memperingatkan hadirin mengenai percubaanancaman dan ugutan terhadap keluarganya kebelakangan ini.

“Tapi kalau kamu ingat kami akan lemah, maka kamu silap kerana Insya Allah, ujian ini akan memperkuatkan kita,” kata Anwar dengan bersemangat disambut sorakan ribuan hadirin.

Justeru, Anwar bertegas bahawa sisa hidupnya yang masih tinggal akan didedikasikan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.

“Yang pertama, kita kena sabar. Jangan fikirkan untuk membalas dendam kepada orang lain. Anak muda terutamanya perlu memastikan matlamatperjuangan, benci kepada kezaliman, pengkhianatan dan mahu membela nasib rakyat.

“Siapa yang tidak terguris perasaan apabila melihatkan isteri, anak dan cucu menjadi mainan mereka? Tetapi kita yakin, bahawa kemenangan yangdiperolehi dalam pilihan raya akan datang pasti menyelamatkan negara kita,” jelas Anwar.

Beliau berpesan kepada jentera KEADILAN untuk mempergiat penerangan, terutamanya penyebaran maklumat dan tawaran Pakatan Rakyat seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga.

“Rakyat kena bangkit. Walau bagaimana susah sekali pun, kita jangan mengaku kalah,” jelasnya.

Woii Umno... banding epal dengan epal laa...

0 org komen

Umno layan rakyat macam tikus makmal...

2 org komen
Fuziah ulangi, mengapa Lynas tak bina projek nadir bumi di Australia?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi persoalan mengapa Lynas Corporation tidak membina pusat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Australia, sebaliknya dibina di Gebeng Kuantan.

Beliau berkata demikian selepas perarakan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia, petang tadi.

Ketika ditemui para pemberita, Fuziah berkata, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana undang-undang Australia ketat dalam penjagaan alam sekitarnya.

“Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar.

“Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA).

“Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif. Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri,” tegas Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar.

“Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia,” jelasnya.

Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif.

“Kita tidak akan membenarkan sebarang industri yang mencemar alam sekitar,” katanya yang turut serta dalam perarakan di lokasi perhimpunan tersebut.

Penduduk bukan ‘Tikus Makmal’

Petang tadi, meskipun dalam keadaan cuaca yang berubah dari panas terik kepada hujan, namun ia tidak menghalang kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk berhimpun bagi membantah projek tersebut.

Bermula dari masjid As Syakirin KLCC, kumpulan tersebut menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan berhimpun di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas bersama pimpinan parti Pakatan Rakyat dari KEADILAN, Pas, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sebanyak enam trak polis lengkap dengan meriam air dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan, namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.

Setibanya di lokasi berhampiran Kedutaan Australia, peserta perarakan melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’, ‘Bantah Lynas’ dan ‘Kami bukan tikus makmal’ manakala, pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO bergilir-gilir memberikan ucapan.

Pelbagai slogan bantahan tertera pada kain pemidang yang direntangkan, sementara pengguna kenderaan di Jalan Ampang turut membunyikan hon tanda sokongan.

Selepas menunggu lebih sejam, enam wakil yang diketuai Fuziah sendiri berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou.

Dengan merujuk kepada pengalaman di Bukit Merah, Perak kandungan memorandum tersebut menjelaskan bahawa penduduk di pinggir bandar Ipoh itu masih trauma dengan kesan Thorium yang berterusan sehingga ke hari ini.

“Lynas akan memproses nadir bumi yang mana terdiri dari Thorium. Sementara mineral Thorium tersebut merupakan bahan radioaktif.

“Australia sendiri menyatakan bahawa bahan tersebut adalah berbahaya, maka keprihatinan kami bahawa di sini kami masih belum bersedia untuk ‘bereksperimen’ dengan kesihatan nasib masa depan generasi di Malaysia,” jelas memorandum tersebut.

Sunday, May 22

Anwar penjahat nombor satu

1 org komen

Anwar mesti dipasung, baru Umno dapat untung...

Aku punya henpon digodam hampir sepetang petang tadi nih... haram betoi, sms masuk bertali arus... tak tau sapa yang hantaq tapi tengok ke cara depa tulih tu dah tau, ni adalah golongan tak dak otak yang tulih... sah ni mai dari bangsa Umno... kahkahkah... tak larat nak dilayan daa ngan puak puak Umno tolol nih...

Tapi satu yang aku setuju gak ngan bebudak bangsa Umno tak dak kerja nih... Anwar memang jahat, sekarang ni Anwar adalah penjahat nombor satu dalam negara bangsa Umno... kahkahkah...

  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat dah mula sedaq diri yang Najib dan kabinet dapoq berbangsa Umno kaki kencing...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat tergelak guling guling tengok fitnah liwat yang kian gawat...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat Malaysia lagi meluat kat Mahathir dan Najib bila pasai tak percaya Anwar main pelacur Cina... kahkahkah...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat dah tau rakyat akan terpaksa membayar lebih 30 peratus kos kenaikan semua jenis barangan lepas nih...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat jadi huru hara, pakat risau harga barangan nak naik lebih teruk dari 2008 lalu...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula muak dengan kelaku hodoh bangsa Umno kelola ekonomi negara...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula bukak mata, dok nampak rasuah bermaharajalela, Umno dah jadi parti caca marba...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat nampak tengok Umno begitu sibuk menjunjung kroni bagi mendapat keuntungan yang bukan sedikit
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat baru tau adanya sabsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang depa bagi kat syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP.
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula dok tanya, cukai kepala pun kena bayaq, cukai makan minum kena hentam... tapi harga barang dok melambung tinggi jugak...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat dah mula dok tanya, saiz punggung bik mama tu berapa... kahkahkah...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat mula tengok bibir merah Najib bila pulak nak pucat...
  • Anwar memang jahat kerana pasai dia lah rakyat tak sabar sabar dok kira, bila la pulak nak pilihanraya...

Gambar tragedi tanah runtuh

0 org komen
Related Posts with Thumbnails