Thursday, June 30

Sampai silau mata Kit Siang

1 org komen
Pakatan Rakyat lawmakers don various yellow dress items in a show of solidarity with Bersih 2.0, in the lobby of Parliament, June 30, 2011. — Picture by Shannon Teoh

Wajib baca bab 50 dalil nih... kahkahkah...

0 org komen
Inilah 50 Dalil UMNO , PERKASA dengan bantuan POLIS sokong KOTOR tolak BERSIH

Ini senarai 50 dalil kenapa rakyat perlu kena sokong KOTOR dan jangan sokong BERSIH . Polis pun bersekongkol dengan benda KOTOR ini, Pemuda UMPORNO apatah lagi, PERKASAM lagi kuat, MUFTI MELAYU HARUSSANI takut keluar fatwa benda KOTOR ni, MAHAGURU pun ada saham juga untuk persilatan KOTOR ini.

50 Dalils (reasons) why we MUST vote for BN KOTOR :

1. PKFZ (Port Klang Free Zone) Scandal - more than RM12.5 billion incurred and counting
2. Useless & problematic Scorpene submarines - costing approximately RM7.6 billion
3. Commission for the undiveable Scorpene submarine - RM500 million halal comission, read MEGA CORRUPTION
4. Loss of Bumiputera equity - RM52 billion
5. Limbang offshore blocks L and M given to Brunei - worth RM320 billion
6. Bank Negara Forex loss - RM6 billion
7. Perwaja Steel Scandal - RM15 billion
8. 60,000 Approved Permits given to UMNO-linked cronies - worth RM2.4 billion every year
9. BMF Scandal (Carrian group) - RM4 billion..BMF manager was murdered
10. Double-tracking railway project from Ipoh to southern Thailand - RM12.5billion
11. Purchase of 6 EMU locomotives - irregularity at a cost of RM500 million
12. Maminco affair....cornering tin market/speculation cost us RM 2.5 Billions
13. Maltrade II land grab by Naza, costing taxpayers some RM 2.2 Billion
14. RM 6.75 billion to PSC Bhd for locally made naval vessels which were never delivered .
15. MAS shares - Tajuddin Affairs: Govt bought at $8 ringgit when market price was $3.5 ringgit. RM8 Billions taxpayers money lost
16. Halal Hub - RM 2 billion spent, nothing done, only RM 200 million left.
17. Armoured carriers -RM 8 billion .By industry standards, a good armoured car will only cost half a million. Mindef will spend RM 30 million each
18. RM 810 Million palace balloning to some RM 1.2 Billion, Selangor Hospital overrun by RM 100's of millions
19. School classrooms and computer labs - RM10 billion, direct nego. How much did the Government actually get?
21. Khir Toyo's Balinese palace - RM24 million
22. Menara Warisan or mega-tower - RM5 billion
23. Bail-out of GLCs and BN's crony-corporations - too massive and too many
24. Anwar's black-eye incident (beaten up by police while in prison)
25. Churning out acronyms, i.e. 1Malaysia,NEM, GTP, ETP, EPP, NKRA, NKEA, and TEM (Terrible Economic Management)
26. Prime Minister Najib Razak's aide Nasir Safar's statement: "Chinese came here to sell their bodies and Indians came to beg"
27. BiroTata Negara deputy director Hamim Husin's statement: Chinese are "si mata sepet" and Indians "si botol"
28. Missing jet engines.What a joke, Ain't you ashamed to be a Malaysian? .
29. Perak illegal and undemocratic power-grab in February 2009: Remember Perak, remember the Injustice!
30. Lingam-gate Scandal: Correct, correct, correct or Korek, korek, korek
31. Sodomy I and Sodomy II trials , Datuk T trio and the sex video
32. Stamping of Bibles: ' Bible smelly' said Hishammuddin and 'Christian-state' false news from Utusan and Umno bloggers
33. Perkasa, Pembela: Increasingly anarchist stance due to the lack of punishment by the authorities
34. Cow-head protests, vandalism at churches and mosques
35. 1 Malaysia email granted to 'broke' firm Tricubes Bhd (GN3 company).
36. Brand new Stadium roof collapse in Terengganu
37. Flip-flop of key education policy in the teaching of Maths and Science in English
38. Ibrahim Ali is Adolf Hitler alter-ego & mouthpiece of BN 1Malaysia
39. Water Rally (to demand that the government returns water rights to the rakyat)
40. Eye-on-Malaysia Ferris Wheel (white elephant in Melaka)
41. Bukit Merah-Papan rare earth tragedy in Perak (MItsubishi) and now Gebeng in Pahang (Lynas) & WTF 2 Nuclear plants !!!
42. Bakun Dam (destruction of environment, displaced peoples)
43. Female nude-squats - November 2005 and June 2011
44. Abuse of the New Economic Policy/Dasar Ekonomi Baru
45. Buying of votes in 10th Sarawak State Elections in April 2011. I help you, you help me ?
46. Wasted money spent on 1Million Youths Gathering - more than RM25 million - May 2011
47. Hike in Electricity Tariffs on June 1, 2011 and more upcoming hikes in sugar, diesel and petrol
48. Asian Petroleum Hub in Johor - RM1.4billion, now in receivership
49. Various Malaysian corridors started by Tun Abdullah Ahmad Badawi now empty, unutilised and vacant
50. Altantuya,while walking in KL picked up a stone which turned out to be C4 Xploding herself! ; Teoh Beng Hock, room too hot, opened window and accidentally fell out!; Kugan Ananthan (only 22, but the cops beat him until his kidneys failed), Aminul Rasyid (15-years old, but shot multiple times by cops), Ahmad Sarjani ( MACC victim).

Baju kuning hukumnya HARAM... kahkahkah...

2 org komen
Pakatan cabar Hisham buktikan Bersih 2.0 haram
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaannya bahawa Bersih 2.0 adalah haram.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali kerana Bersih 2.0 dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berdaftar secara sah.

"Saya cabar menteri membuat penjelasan mengenai kedudukan Bersih itu sendiri. Tolong nyatakan apa kesalahan Bersih (2.0) sehingga mengatakan ia pertubuhan haram sedangkan pertubuhan-pertubuhan yang menyertai Bersih ialah parti (politik) dan NGO yang berdaftar dengan pertubuhan dan tak ada kumpulan yang tak berdaftar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz turut menyanggah dakwaan Hishammuddin bahawa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai ini adalah haram sedangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengiktiraf perhimpunan aman sebagai tindakan yang sah di sisi undang-undang.

Tambahnya, Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan melakukan perhimpunan malah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekacauan tidak pula diambil tindakan.

"Pemuda Umno, Perkasa dan pertubuhan silat lincah, mereka pertubuhan berdaftar tapi akan berhimpun dan sudah buat kenyataan yang boleh mencetuskan peperangan.

"Kenapa mereka boleh memakai baju yang melambangkan pertubuhan mereka contohnya pemuda Umno pakai baju Patriot warna merah . Kenapa baju kuning Bersih tak boleh?" katanya yang juga naib presiden PAS.

Beliau turut meminta kerajaan berfikiran positif dengan membenarkan erhimpunan ini berjalan secara aman seperti yang dirancang pihak penganjur.

"Saya minta kerajaan berfikiran positif, membenarkan himpunan ini. kalau dia membenarkan himpunan ini boleh meredakan kemarahan rakyat tapi sekarang kerana kepentinagn politik Umno BN menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.

"Najib kata sekarang kebangkitan rakyat menyokong BN. Kalau dah rakyat sokong kenapa takut dnegan Bersih? Mesti Bersih tak dapat sokongan jadi tak perlulah halang," katanya.

Kutuk tekanan terhadap Bersih 2.0

Sementara itu, Tian Chua (PKR-Batu) mengutuk tindakan terdesak kerajaan yang mengenakan tekanan ke atas pihak yang menyokong Bersih 2.0.

Beliau merujuk tindakan terbaru polis menyerbu dan menggeledah pejabat Sekretariat Bersih 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini.

Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

"Pakatan Rakyat mengutuk keras tindakan ini. Kenapa bertindak keras terhadap NGO yang menjalankan tugas mereka sebagai warga Malaysia dalam lunas undang-undang?" katanya yang juga naib presiden PKR.

Dalam pada itu, beliau merayu pemuda Umno dan Perkasa memberikan komitmen untuk memastikan perhimpunan 9 Julai ini bebas daripada sebarang pertembungan.

"Saya mengulangi rayuan saya supaya Pemuda Umno dan Perkasa bersama-sama memberi komitmen untuk menunjukkan perhimpunan ini aman, katanya.

Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) pula mahu Kerajaan Pusat mengambil contoh kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang sentiasa konsisten membenarkan sebarang perhimpunan diadakan oleh Umno BN yang merupakan pembangkang di negeri itu.

"Di Kelantan banyak perarakan dilakukan kononnya tak puas hati isu air dan sebagainya.

"Tapi menteri besar terima dan hantar wakil untuk terima memorandum.Kita konsisiten membenarkan sebarang perarakan," katanya.

Kecuali dihalang atau dihilang

0 org komen
Pak Samad sertai Bersih 2.0 kecuali dihalang atau dihilang
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 29 Jun: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) menegaskan beliau tetap sertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan kecuali dihalang atau 'dihilangkan'.

Ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media petang tadi, tokoh seniman pejuang ini bertegas dengan pendirian teguhnya.

Pada 27 Jun lalu, Pak Samad telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan tentang sajaknya bertajuk Unggun Bersih.

Sajak yang menyokong Bersih itu dibacakan dalam majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu di ibu kota, itu pun hanya dibaca dalam dua para sahaja.

Sidang media itu disertai juga Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman; Setiausaha Paksi, Hasni Abas dan Setiausaha Budayawan Bertindak, Kassim Muhammad.

Sebelum itu, Pak Samad mengulas sebuah novel baru nukilan Razali Endun bertajuk Cinta AF yang menyindirkan situasi sebuah rancangan realiti sebuah rangkaian televisyen.

Dinsman dalam kenyataan sama kesal dan sedih kerana tindakan polis memanggil Pak Samad ke balai polis untuk disiasat kehadirannya di majlis pelancaran Bersih itu sebagai kurang wajar.

Bagi Paksi, karya seorang seniman besar sangat dihargai dan dihormati di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

"Betapa murni niat dan geraktindak seorang seniman yang luas berpengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan tanahairnya.

"Paksi tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia sebaik Pak Samad ini.

"Jika insan berhati luhur seperti Pak Samad bersuara dan memberikan teguran ikhlas, sama-sama kita mendengarnya dan jangan takut pada bayang-bayang," tegasnya.

Terima kasih pada kepala masam Umno... kahkahkah...

0 org komen
UMNO perlu ingat- Lagi menekan lagi rakyat jauhinya
Oleh Aspan Alias

Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih. Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.

Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap UMNO. UMNO sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.

Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

Masing-masing bercakap dengan garang dan ‘heroic’ untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai ‘consequence’ yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.

Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.

Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini. Rakyat sudah pandai membaca dan membelek ‘air di dalam tunggak’; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.

Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.

Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang UMNO dan BN sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang. Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?

Jika UMNO masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat ‘magnanimous’ yang tinggi….ada ‘class’ kata anak-anak muda sekarang.

Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek. Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.

Begitulah pentingnya ‘disposition diri’ bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.

Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya. Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang ‘rigid’ untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.

Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah ‘attitude’ dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.

Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan ‘door gift’ yang mahal seperti jam yang ‘diamond studded’ kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu. Jika pemimpin yang duduk dalam ‘public office’ yang tinggi orang ramai akan bertanya. ‘dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?’

Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini…bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.

Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.

Kita boleh salahkan sesiapa, tetapi jangan sekali-kali menyalahkan rakyat.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Puisi indah tapi orang besaq besaq dah gelabah

0 org komen
Peristiwa SN A Samad Said dipanggil pihak polis
by paktam
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah yang maha pemurah, maha penyayang, maha berkuasa.

Seniman Paksi Rakyat di samping menyatakan kesyukuran dan berbangga kerana puisi sebagai suatu karya seni yang indah tiba-tiba mendapat perhatian umum khasnya apabila pihak polis pada 27 Jun lalu mengambil tindakan memanggil seorang Sasterawan Negara ke balai polis untuk disiasat kehadirannya membaca puisi di suatu majlis pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun itu, kami juga berasa kesal dan sedih kerana berpendapat tindakan pihak polis itu agak kurang wajar

Cuba kita baca dan lihat sekali lagi puisi yang dianggap sebagai boleh menghasut rakyat ke arah yang mengganggu keselamatan negara itu:

Semakin lara kita didera bara –
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita – demokrasi luka;
lama duka kita – demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak perlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Ia sebuah puisi, karya seorang seniman besar yang sangat dihargai dan dihormati di negara ini, malah juga di peringkat antarabangsa. Dia diangkat sendiri oleh Yang Dipertuan Agong kita untuk anugerah Sasterawan Negara itu. Sebagai sasterawan, seniman, budayawan dan intelektual yang bertanggungjawab, dia sentiasa bersama rakyat bagi merakamkan gerak nadi dan jerit batin rakyat dan menyatakan sikap dan pandangan warasnya apabila difikirkannya perlu, dengan niat untuk menyumbang ke arah kesejahteraan, di samping untuk sama-sama menegakkan yang hak dan adil dalam masyarakat.

Betapa murninya niat dan geraktindak seorang seniman yang luas pengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agamanya. Kita tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia baik yang sebaik A Samad Said ini, penyair yang menekuni kehidupan mulia Rasulullah (saw) dan menghasilkan sebuah puisi panjang-tebal mengenai insan agung itu – Al-Amin.

Maka PAKSI berharap kepada pihak yang berkuasa agar tidaklah menggunakan kuasa yang ada secara sewenang-wenangnya dalam apa pun keadaan, supaya masyarakat kita tidak ditambahkan lagi kekeliruan yang sedia ada, agar yang benar masih tetap benar dan yang salah masih tetap salah, tidak dicampurgaul hingga tidak lagi dapat dibezakan, atau bahkan diubah sesuka hati demi mempertahankan kuasa suatu pihak tertentu.

Sasterawan dan seniman besar yang amanah dan bertanggungjawab setaraf Datuk A Samad Said itu, yang jelas menjadi ikon rakyat kerana kejujuran kata-katanya, biarlah dia terus menikmati kebebasannya berkarya, agar dapat dia menyumbangkan sesuatu yang sangat berharga, yang menjadi idaman semua bangsa di dunia ini. Apakah kita tidak mempunyai idaman yang murni itu?

Apabila insan luhur seperti A Samad Said bersuara dan memberi teguran ikhlasnya, marilah sama-sama kita mendengarnya. Usahlah kita menjadi takut kepada bayang-bayang sendiri.

Dinsman dan rakan-rakan
SENIMAN PAKSI RAKYAT
Kuala Lumpur, 28 Jun 2011

Buta hati, buta tuli...

0 org komen
Hanya orang sasau ja yang seronok suka tengok pemimpin depa buat pembaziran... hanya orang yang hilang akai saja yang sanggup biaq pemimpin yang depa lantik buat harta rakyat macam harta mak bapak depa punya....

Kalau dok tengok balik la, sikap boros dan membazir yang pemimpin Umno ni buat... aku pun tak tahu dah pengundi yang jenih mana lagi agaknya yang akan sokong dan undi Umno / BN pada PRU ke 13 nanti. Tengok ke gaya depa perintah negara dah macam kera dapat bunga... tak sesuai langsung dengan slogan perasan dan syok sendiri 1Malaysia tuh... kahkahkah...

Kerajaan yang rakus, boros dan membazir dengan menyalahgunakan wang rakyat sepatutnya akan tumbang pada pilihan raya umum kali ini. Ni semua hanya akan terhasil bilamana rakyat celik mata dengan pembaziran yang tersenarai dibawah....

Bayangkan, RM48 juta telah dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu. Dari jumlah tu hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu yang depa bayaq kat Perbadanan Putrajaya dan RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Bukan saja nak reka reka atau Anwar yang cipta cari laba... Tapi perkara ni dah terkandung dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu. Takat rumah rasmi pun ketaq dagu kita baca, ni tokok lagi ngan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 pula berjumlah RM17,118,650.58.

Tu pun jangan, ada lagi rakyat yang ‘buta hati’ dok sokong membuta tuli... kahkahkah...

Tembelang Najib pecah, ada Rosmah kisah... kahkahkah...

1 org komen
Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah
Oleh Wira Arjuna

KOMENTAR 29 JUN : "Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat,” Itu intipati ucapan Perdana Menteri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai T-shirt membawa logo Bersih ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.

Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihanraya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

Segala aktiviti penganjur Bersih dan pemimpin- pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.

Malah Bersih, menurut Umno-Barisan Nasional, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai Baju T dengan logo Bersih dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Perdana Menteri Najib Razak “pecah”.

Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Mahathir dan kini berulang di era Najib.

Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan Bersih 2.0.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekatariat Bersih tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah Bersih?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong Bersih, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman Bersih, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

Ini kerana tuntutan asas Bersih adalah supaya sistem pilihanraya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.

Sebuah pilihanraya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada PRU akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihanraya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi Bersih ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.

Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur Bersih?

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang, demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan Bersih sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa"

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong Bersih.

Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan member alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

Kata anak jantan, rupanya dah lama pondan... aauuwwww....

0 org komen
Ada teloq jangan boh kat dahi...

Yang kita dah lama dok tengok, puak pembangkang la yang bertarung sebenaq benaqnya secara jantan. Tiap kali pilihanraya, Umno saja yang kita tengok macam betina dayus kudakan segala jentera kerajaan macam harta mak bapak depa yang punya....

Najib tak payah nak cabar Pakatan Rakyat menjadi jantan yang memang telah sedia jantan tapi Umno dan BN lah yang perlu membuktikan depa benar-benar anak jantan dalam pilihanraya akan datang. Masaalahnya, berani ka Umno dan BN ni nak bertukaq menjadi anak jantan...

Talian hayat bangsa Umno hanyalah memperkudakan jentera kerajaan demi survival politik keji mereka. Puak dayus Umno akan perdagangkan maruah agensi dan media mereka demi menyekat rakyat mendapat maklumat tepat tentang isu semasa...

Akhbar pembangkang dikekang, ada yang digantung permit, pelukis kartun pun dipandang serong, dah takut macam disampuk hantu... ceramah dikepong dan diganggu, pakai baju kuning ditangkap... jantan kepala bana hampa...

Tengok la puaih puaih, lepaih ni tak dak dah...

0 org komen
Sorang kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM), menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen KTM Tanjong Pagar Singapura ditamatkan perkhidmatannya pada malam esok (30 Jun) dan akan berpindah ke Woodlands.

Orang ramai dilihat mengambil kesempatan mengabadikan kenangan disaat akhir pemindahan tersebut. - Foto Effendy Rashid

Biasa la tu, first time kot... kahkahkah...

0 org komen

Jangan ego ngan Tuhan...

0 org komen
Bersyukur atas nikmat dan ujian

AYAT itu diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahmaan. Kerap membuat siapapun tertegun membacanya. Betapa kita, sebagai makhluk-Nya, terkadang terlalu sombong untuk sekadar mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

Sudah banyak sekali nikmat yang sudah Dia berikan. Namun, kita malah tidak bersyukur kepada-Nya.

Bukankah Allah SWT telah berfirman: Dan, Dia telah memberikanmu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu hajati. Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya, manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim: 34)

Sudah banyak sekali nikmat yang Dia berikan. Antaranya adalah nikmat manisnya iman, nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.

Allah telah memberi gambaran yang menggembirakan bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur, dan ancaman untuk hamba-hamba-Nya yang kufur, seperti yang termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud:Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu; Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim: 7)

Maka, syukurilah nikmat yang datang pada kita. Jangan kita terlena hingga kita lupa dan mendakwa kejayaan itu adalah hasil jerih payah kita sendiri, tanpa menganggap Allah sebagai Maha Pemberi.

Bila hal yang di atas berhubungan dengan pemberian yang sesuai dengan kehendak kita, bagaimana pula dengan pemberian yang tidak sesuai dengan keinginan kita?

Terkadang kita, sebagai manusia, mengeluh atau tidak mensyukuri pemberian Allah SWT yang tidak sesuai pada kita. Padahal, kita tidak tahu kalau itu sebenarnya baik untuk kita.

Kita hanya terus menyalahkan keputusan-Nya. Jarang kita melihat sisi positif dari pemberian itu. Padahal, Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Oleh demikian, ketika ditimpa suatu musibah, janganlah cepat-cepat mengeluh. Lihatlah sisi positifnya.

Berfikirlah bahawa Allah sayang kepada kita, kerana Allah ingin segera menghapus dosa kita lewat ujian itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah berupa rasa lelahnya badan, rasa lapar yang terus menerus atau sakit, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa sekarang, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa lalu, gangguan orang lain pada dirinya, sesuatu yang membuat hati menjadi sesak sampai-sampai duri yang menusuknya melainkan akan Allah hapuskan dengan sebab hal tersebut kesalahan-kesalahannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga ketika keputusan Allah tidak sesuai harapan kita. Mungkin itu adalah untuk kebaikan jangka panjang kita. Ingatlah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan yang kita harapkan.

Sebabnya, kita tidak tahu hikmah di sebalik kurniaan atau ujian Allah kepada kita. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

Perpisahan dengan mereka yang kita cintai, penyakit yang menimpa kita adalah beberapa ujian yang perlu kita ambil sisi positifnya. Jangan kita terus mengeluh dan mengeluh.

Sesekali, beranikan diri kita untuk mengambil sisi positif daripadanya. Sebabnya, di sebalik semua kejadian, pasti ada hikmahnya.

Wallahu a’lam.

Mat Sabu betoi betoi cari pasai... haha...

1 org komen
Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh


Jimadie Shah Othman
Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

Sementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

Wednesday, June 29

Awat yang peluh dahi nih... haha...

1 org komen
Dengaq kata bukan main depa la ni dah dapat balik sokongan penuh rakyat, dengaq macam best ja... maklum la kan dah berapa pilihanraya kecik yang depa jadi juara.... haha...

Baguihlah kalau macam tu.... Tapi tup tup, la ni awat pulak yang dahi tiba tiba berpeluh? Awat yang Umno tiba tiba berasa gelisah macam kucing nak beranak? Awat yang nampak muka naik pucat kekuningan tuh... kahkahkah... Terkena wabak demam KUNING ka? Kahkahkah...

Kalau kita tengok la ni, bermacam macam dah kelaku hodoh Umno / BN yang depa tunjuk kat rakyat jelata. Jelaih sangat la yang depa dah jadi gelabah bewak setiap hari, setiap jam malah hampir setiap saat menjelangnya tarikh 9hb Julai nanti...

Aaiikk... Bukan ka Umno / BN dah dapat sokongan penuh rakyat? Ka hangpa pakai main gempaq ja ka?

Biaq depa samseng... baik untuk Malaysia... kahkahkah...

0 org komen
Umno mungkin terlupa kot, lagi kuat rakyat ditekan akan lagi kuatlah ketahanan diri depa. Lagi kejam dan kotor permainan politik depa maka akan lagi kreatif lagi lah rakyat nak mengelakkannya. Oppsss... bangsa Umno ni bukan terlupa, tapi depa jenih tak reti nak baca... kahkahkah...

Akhir akhir ini kita tengok permainan politik Umno / BN semakin kotoq, semakin kejam menekan rakyat jelata. Secara tak langsungnya aku ucapkan terima kasih pada bangsa Umno nih kerana lagi ganas tindakan depa akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti. Tak bagi kelebihan caman lagi dah, rakyat sendiri yang akan semakin sedaq dan celik dari buta tengok kekejaman didepan mata. Biaq orang kampung sendiri jadi saksi, tengok Umno naik sawan babi...

Terbaru sekali adalah tindakan ala samseng Umno dengan ugutan demonstrasi balas Pemudanya dan Perkasa terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0. Organ organ kerajaan yang sepatutnya menjadi non-partisan telah diperkudakan semahunya buat penangkapan dan soal siasat beramai ramai terhadap pimpinan parti politik. Hilang akai betoi, tokoh rakyat seperti A. Samad Said pun nak di penjarakan mindanya. Sekaligus memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu.

SMS ugutan bunuh tok sah dikira la, saban masa diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan yang lain. Semalam, ada sekumpulan samseng yang ubun ubun masih lembik dengan panaih mentari dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau di hadapan pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Umno dah gagal berfungsi sebagai pejuang rakyat terbanyak. Depa lebih suka berretorik dengan slogan kosong pengubat jiwa lara... haha...

Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luaq negara Piem bangsa Umno dan isteri tersayangnya dalam masa tiga tahun mencecah RM17 juta. Semua ni tidak dibahas dan disentuh langsung oleh ahli ahli bangsa depa. Depa cipta kontroversi baru setiap hari supaya rakyat terlindung isu yang cuba ditudung...

Biaqkan, biaqkan... lagi samseng depa, lagi mudah kita dan akan lebih membantu Pakatan Rakyat memenangi hati pengundi nanti...

Wallawoii... panjangnya, tapi ada geliga laa... haha...

0 org komen
Warkah terbuka untuk pemimpin PAS an PKR
Oleh Sri Taman Cicely

Cakap-cakap berkenaan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 begitu kuat kedengaran sejak akhir-akhir ini. Di mana-mana sahaja kita berada samaada di dalam atau di luar negara perbincangan berkenaan tarikh pilihan raya umum, semakin hari semakin menyerlah dan menjadi isu penting dalam perbincangan. Ramai juga pihak samaada parti politik, akhbar tempatan dan orang awam menunjukkan minat mereka untuk mengulas berkenaan perkara ini.

Daripada cakap-cakap itu, ramai yang mengandaikan pilihan raya umum yang akan datang diadakan dalam waktu terdekat ini dan tidak kurang juga yang mengandaikan secara spesifik pilihan raya umum bakal diadakan sebelum umat islam mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ogos 2011 ini.

Walaubagaimanapun, penulis berpandangan Pilihan Raya Umum ke-13 berkemungkinan berlaku selepas pembentangan Bajet Negara 2012 yang dijadualkan pada 7 Oktober 2011. Hal ini disebabkan penulis lebih berat melihat Perdana Menteri akan menekan beberapa perkara yang dilihat tidak mengembirakan sebahagian rakyat Malaysia semasa pembentangan Bajet Negara 2011 yang lalu. Antara perkara yang penulis lihat bakal ditekankan semasa Bajet Negara 2012 ialah pemberian bonus sebulan gaji kepada lebih daripada 1.2 juta kakitangan kerajaan.

Selain itu juga, pada pengamatan penulis, Perdana Menteri akan menekankan beberapa pendekatan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang ekoran daripada penyelarasan subsidi dan ketidaktentuan harga minyak di pasaran global dan negara. Atas sebab yang diberikan penulis lebih menjurus kepada pandangan Pilihan Raya Umum ke-13 kemungkinan diadakan selepas pembentangan Bajet Negara 2012. Jika ditanya secara spesifik, sukar untuk diramalkan secara tepat tarikh pilihan raya umum yang datang tetapi ianya hampir pasti selepas Bajet Negara 2012. Berapa lama dari tarikh pembentangan Bajet Negara 2012 masih menjadi persoalan tetapi penulis percaya ia tidak lama dari pembentangan Bajet tersebut bagi membolehkan kerajaan Barisan Nasional mengekalkan momentum pembentangan tersebut.

Persoalan berkenaan tarikh pilihanraya adalah penting tetapi persoalan yang lebih penting daripada itu ialah adakah Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13? Saya mengambil pandangan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pilihanraya Keadilan pada 19 Jun 2011 yang lalu yang mensasarkan pertambahan 5% perubahan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan membolehkan Pakatan Rakyat mencipta sejarah politik tanahair dengan mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada kerajaan Barisan Nasional dan seterusnya menerajui Putrajaya yang menjadi harapan dan impian Pakatan Rakyat.

Pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, DAP dan PKR juga telah berulang kali menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya ke-13. Walaubagaimanapun, penulis lebih cenderung mengatakan bahawa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum yang akan datang. Perkara ini disebabkan pengamatan dan sedikit analisis yang dibuat melalui trend dan corak pengundian beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk juga Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu.

Penulis melihat trend pengundian sebelum ini telah menjurus kepada penemuan beberapa faktor penting iaitu Faktor Geographical, Faktor Demografi, Faktor Umur dan Faktor Jantina. Warkah kali ini penulis hanya memberikan fokus kepada dua (2) faktor sahaja. Pertamanya, dapat dilihat dengan jelas dalam Faktor Geographical iaitu corak pengundian di kawasan bandar dan luar bandar adalah berbeza di mana Pakatan Rakyat dilihat lebih kukuh di kawasan bandar manakala Barisan Nasional mengekalkan kekuatannya di kawasan luar bandar.

Walaupun Pakatan Rakyat mengatakan bahawa mereka berjaya menembusi kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional selama ini tetapi penulis beranggapan sebaliknya iaitu Pakatan dilihat tidak begitu berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar untuk menyokong mereka. Kenyataan ini dibuat berdasarkan fakta daripada keputusan Pilihan Raya Kecil di peringkat Parlimen di Hulu Selangor dan Batu Sapi dan Pilihan Raya Kecil di peringkat Negeri di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Faktor kedua yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan faktor Geografical yang begitu penting untuk dihalusi oleh kepimpinan Pakatan Rakyat iaitu Faktor Demografi. Tidak dapat dinafikan bahawa melalui trend pengundian terkini, jelas sekali corak pengundian etnik Cina yang mewakili sekitar 25% populasi penduduk Malaysia secara konsisten memihak kepada Pakatan Rakyat. Ada yang membuat analisis sehingga 70% ke 80% pengundi etnik Cina memihak kepada Pakatan tidak kira di kawasan bandar atau luar bandar. Ini berdasarkan kepada keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Walaubagaimanapun, trend pengundian etnik India yang mewakili sekitar 7.5% populasi penduduk Malaysia sejak akhir-akhir ini dilihat tidak konsisten dan sebahagian kecilnya sudah mula beralih kepada Barisan Nasional. Pakatan Rakyat perlu melihat punca trend pengundian etnik India yang sebilangan kecil beralih kepada Barisan Nasional. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan bagaimana Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat menangani isu-isu berkaitan dengan kebajikan pekerja dan keluarga di ladang dan estet, bantuan kepada Sekolah Tamil serta peningkatan taraf hidup masyarakat India di kawasan ladang dan di luar bandar terutamanya di bawah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Satu fakta yang tidak dapat ditolak oleh mana-mana pihak dan parti-parti politik di Malaysia ialah kerajaan persekutuan hanya boleh dibentuk oleh mana-mana parti politik atau gabungan parti politik yang mendapat undi daripada majoriti pengundi melayu dan Islam. Hal ini kerana pengundi Melayu dan Islam mewakili lebih 60% daripada populasi penduduk di Malaysia. Trend pengundian dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini dan Pilihan Raya Negeri Sarawak memberikan isyarat yang jelas kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi etnik Melayu dan Islam.

Amat jelas sekali masyarakat Melayu dan Islam tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, komitmen dan situasi politik yang akhirnya mempengaruhi trend pengundian mereka. Penulis percaya politik adalah berdasarkan kepada persepsi dan daripada persepsi tersebut akan dizahirkan kepada pengundian. Penulis akan memperincikan dimanakah silapnya Pakatan Rakyat sehingga mereka berhadapan dengan masalah untuk mengekalkan trend pengundian etnik Melayu dan Islam yang telah mereka perolehi sebelum ini melalui Pilihan Raya ke-12 dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu.

Buku Jingga

Pertamanya, langkah Pakatan Rakyat menerbitkan dan memperkenalkan Buku Jingga merupakan satu inisiatif yang amat baik dan ini adalah satu kriteria penting kepada mana-mana pembangkang di mana-mana negara untuk memperkenalkan cadangan polisi mereka untuk dilaksanakan sekiranya diberikan peluang oleh rakyat untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Dalam hal ini, ia juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat boleh menjadi alternatif kepada Barisan Nasional dengan memperkenalkan polisi yang lebih baik daripada polisi Barisan Nasional dan akhirnya memberikan manfaat kepada rakyat.

Banyak perkara-perkara yang diketengahkan dalam Buku Jingga sebenarnya memberikan impak yang positif kepada Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. Tetapi penulis lebih terarah melihat kepada isu pokok dan persoalan yang tersemat di lubuk hati kaum Melayu dan Islam di Malaysia. Mereka inginkan jawapan yang jelas daripada pimpinan Pakatan Rakyat sebelum mereka membuat pilihan samaada mengundi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Selagi mereka tidak mendapat jawapan yang jelas daripada pimpinan Pakatan Rakyat, penulis percaya Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR akan berhadapan dengan situasi yang tidak berubah iaitu mengekalkan isu yang sama yakni berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi daripada masyarakat Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Ke-13.

Terdapat enam (6) soalan dan harapan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia seperti berikut:

a) Siapakah Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya?

(Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama bakal Perdana Menteri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Perdana Menteri. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Perdana Menteri sekarang ia akan mengubah persepsi negatif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Sekelompok kumpulan berkata mengapa tidak memilih yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dengan bersandar kepada pemilihan Barrack Obama sebagai Presiden US. Perlu dijelaskan di sini bawah Barrack Obama dipilih oleh rakyatnya kerana beliau beragama Kristian. Sekiranya beliau beragama Islam tentu sekali tidak akan dipilih oleh rakyatnya sebagai Presiden US dan beliau juga berkali-kali semasa kempennya menyatakan beliau merupakan penganut agama Kristian bagi tujuan menyakinkan rakyatnya untuk memilih beliau. Ini bermakna negara maju sekalipun masih mempunyai elemen agama dalam pemilihan ketua Negara.)

b) Siapakah Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya?

(Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama bakal Timbalan Perdana Menteri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Timbalan Perdana Menteri. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Timbalan Perdana Menteri sekarang ia akan memperbaiki lagi persepsi masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat dalam perkara ini.)

c) Apakah komposisi kabinet mengikut etnik atau agama sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya?

(Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Menteri atau Timbalan Menteri untuk setiap Kementerian cukup sekadar memperincikan komposisi kabinet mengikut etnik atau agama sahaja. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana komposisi kabinet sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat dalam hal ini.)

d) Siapakah Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk setiap negeri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut?

(Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk setiap negeri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Menteri Besar atau Ketua Menteri tersebut. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Menteri Besar dan Ketua Menteri sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Ingin ditekankan di sini bahawa kesan pengumuman daripada pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan calon bakal Ketua Menteri Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, telah terbukti membentuk persepsi yang akhirnya memberikan kesan dan mempengaruhi corak pengundian masyarakat Melayu dan Bumiputera Islam Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.)

e) Apakah komposisi Exco Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Negeri?

(Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Exco untuk setiap negeri cukup sekadar memperincikan etnik atau agama komposisi Exco tersebut. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana komposisi Exco sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Ingin ditekankan di sini bahawa kesan daripada ketidakseimbangan komposisi exco di tanah tumpahnya darah penulis iaitu di Negeri Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat sebelum ini yang tidak mencerminkan populasi sebenar penduduk Negeri Perak iaitu lebih 55% merupakan Melayu dan Islam, berkemungkinan memberikan kesan dan mempengaruhi corak pengundian masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat di Negeri Perak pada pilihan raya umum yang akan datang. Penulis percaya penyelesaian terbaik dalam hal ini ialah membahagikan komposisi Exco mengikut populasi etnik dan agama penduduk di negeri tersebut dan tidak wajar dibahagikan mengikut bilangan kerusi yang dimenangi oleh mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.)

f) Apakah pandangan Pakatan Rakyat berhubung isu Biasiswa PSD dan biasiswa lain yang diminta untuk diberikan berdasarkan kepada Merit sahaja?

(Walaupun isu ini dilihat tidak terlalu besar, tetapi penulis berpandangan isu ini amat besar impaknya bagi masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Penulis percaya kesan daripada salah satu gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP yang bersungguh-sungguh menekankan bahawa biasiswa perlu diberikan berdasarkan Merit telah memberikan satu persepsi yang negatif daripada masyarakat Melayu dan Islam kepada Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui bahawa isu biasiswa adalah isu yang sensitif dan dengan penglibatan parti politik dalam isu ini telah memberikan impak dan kesan kepada survival politik parti lain dalam gabungan Pakatan Rakyat. Penulis berpandangan masyarakat Melayu dan Islam rata-rata gusar dan risau terhadap situasi ini yang mana ruang biasiswa yang mereka perolehi dipertikaikan dan diminta untuk diberikan berdasarkan Merit. Banyak petikan berhubung kenyataan pemimpin DAP dalam hal ini seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada penerimaan masyarakat Melayu dan Islam kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS dan sebahagian PKR.

Penulis percaya apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional ada kelemahan dan kekurangan, tetapi Pakatan Rakyat perlu menjelaskan perkara apa yang ingin dibuat penambahbaikan. Adakah penambahbaikan bermaksud pemberian biasiswa berdasarkan kepada Merit sepenuhnya atau langkah kerajaan sekarang berdasarkan kepada kouta dan hanya 20% Merit bersesuaian cuma dilakukan penambahbaikan daripada sudut lain. Perkara ini perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat Melayu dan Islam kerana isu ini telah membentuk satu persepsi daripada mereka kepada Pakatan Rakyat.)

Persepsi

Di warkah ini cukup sekadar penulis mencatatkan enam (6) persoalan yang perlu dijawab oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia bagi menyokong semula Pakatan Rakyat. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya pemimpin beranggapan bahawa persepsi orang Melayu dan Islam boleh diubah dalam tempoh masa 2-3 minggu semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

Pemimpin-pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin Pakatan tidak mudah mengubah persepsi seseorang dalam masa yang singkat. Sungguhpun PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan ditambah pula dengan adanya gabungan saf kepimpinan baru dan lama yang dilihat lebih menyakinkan antaranya Mat Sabu, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar tetapi penulis percaya ia tidak mudah untuk mengubah persepsi dan pemikiran masyarakat Melayu dan Islam dalam masa yang singkat. Kunci dan bayangan harapan orang Melayu dan Islam telah penulis berikan berupa enam (6) soalan yang perlu dijawab bagi mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam.

Terpulang kepada pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin PAS dan pemimpin Melayu dan Islam dalam PKR untuk menjawab soalan tersebut. Ia amat penting bagi mengubah persepsi dan menyakinkan masyarakat Melayu dan Islam khususnya bahawa Pakatan Rakyat merupakan perisai yang lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional untuk menjaga dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Kegagalan PAS dan PKR mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam terhadap mereka akan memungkinkan kesan dan prestasi yang buruk kepada PAS dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang yang akhirnya PAS dan PKR bukan sahaja tidak dapat mengekalkan apa yang ada, bahkan boleh kehilangan lebih banyak kerusi dan negeri yang dimenanginya sebelum ini yang majoriti etniknya adalah masyarakat Melayu dan Islam. Pada ketika itu, janganlah pula dipersalahkan pengundi Melayu dan Islam lantaran tidak mengundi Pakatan Rakyat kerana isyarat awal kepada Pakatan Rakyat dan PAS khususnya telah diberikan.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah seorang pelajar Malaysia yang sedang membuat PhD di luar negara. Beliau adalah ahli PAS dan penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Umno dah jammed... kahkahkah...

0 org komen
Apa ada dengan UMNO, BN?

26 JUN – Apabila PAS laksanakan usaha negara berkebajikan, UMNO kata ia sudah lama amal konsep itu.

Apabila PKR laksanakan usaha reformasi, UMNO kata ia sudah ada transformasi.

Apabila DAP laksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT), UMNO tak kata apa-apa kecuali menyumpah seranah DAP.

Apabila Pakatan Rakyat lahirkan Buku Jingga, UMNO keluarkan video seks.

UMNO dan Barisan Nasional berkuasa sejak zaman Perikatan, sejak sebelum Merdeka apabila dipupuk oleh penjajah British untuk dilatih mentadbir negara pada 1955.

Sejak Merdeka hingga sekarang, daripada politik kaum kepada perkauman yang didominasi UMNO, pemerintahan BN semakin menutup ruang kebebasan, demokrasi dan peluang-peluang yang adil.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan malaikat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang adil dan demokrat.

Tun Abdul Razak Hussein bukan demokrat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang berjiwa rakyat dan bersifat kolektif.

Tun Hussein Onn bukan bersifat kolektif tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak adas alahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang agak tulus dan bersih.

Bermula dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, walau ada sedikit jasanya, lebih banyak kebejatannya. Semakin lenyap sifat-sifat terbuka, intelek dan daya kreatif. Slogan Malaysia Boleh melahirkan masyarakat mediocre atau “lebih kurang”; rupa ada, gayaa da, isi tiada.

Pakatan Rakyat sedar masalah besar ini.Oleh itu, dilaksana reformasi, dilaksana amalan CAT, dilaksana usaha negara berkebajikan.Semua untuk kepentingan rakyat.

Apa pemimpin UMNO buat?
  • Lancar slogan 1Malaysia, janji untuk dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Tak mengapa kalau “rakyat” itu bermaksud gergasi korporat kroni UMNO dan BN;
  • Lancar janji NEM, GTP, ETP, NKRA, KPI; kemudian tarik subsidi petrol, diesel dan gas, tarik subsidi gula, tapi kekalkan subsidi korporat seperti syarikat penjana kuasa bebas (IPP);
  • Pujuk PAS keluar Pakatan, pujuk PAS bersatu dengan UMNO, dan pada masa yang sama kutuk DAP, PKR dan Anwar Ibrahim;
  • Tohmah Pakatan, kutuk usaha-usaha kebaikan dan kebajikan rakyat yang dibuat oleh Pakatan dan fitnah pemimpin-pemimpin Pakatan. Dan keluarkan video seks.
Apa ada dengan UMNO dan BN?

UMNO dan BN hanya ada video seks dan Utusan Malaysia.

Dan kini UMNO, BN mahu tunjuk angkuh dan bongkak dengan melanggar Perlembagaan Persekutuan untuk mengharamkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julaiini yang dengan jelas dibenarkan oleh undang-undang tubuh negara - Roketkini

Lemah jantung jangan baca oiii...

0 org komen
Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Eeiii... takutnya... kahkahkah...

1 org komen
‘Jangan main-main dengan kami’, Pemuda Umno beri PKR amaran
Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan ‘ganas’ sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka.

“Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami,” kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini.

Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube.

Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi ‘mat rempit’.

Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut.

“Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa,” katanya yang merujuk kepada PKR.

“Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius,” kata beliau.

Lewat malam tadi, sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima Khairy.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insiderbahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.

Biaq orang kampung tengok sendiri kelaku Umno...

0 org komen
Umno mungkin terlupa kot, lagi kuat rakyat ditekan akan lagi kuatlah ketahanan diri depa. Lagi kejam dan kotor permainan politik depa maka akan lagi kreatif lagi lah rakyat nak mengelakkannya. Oppsss... bangsa Umno ni bukan terlupa, tapi depa jenih tak reti nak baca... kahkahkah...

Akhir akhir ini kita tengok permainan politik Umno / BN semakin kotoq, semakin kejam menekan rakyat jelata. Secara tak langsungnya aku ucapkan terima kasih pada bangsa Umno nih kerana lagi ganas tindakan depa akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti. Tak bagi kelebihan caman lagi dah, rakyat sendiri yang akan semakin sedaq dan celik dari buta tengok kekejaman didepan mata. Biaq orang kampung sendiri jadi saksi, tengok Umno naik sawan babi...

Terbaru sekali adalah tindakan ala samseng Umno dengan ugutan demonstrasi balas Pemudanya dan Perkasa terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0. Organ organ kerajaan yang sepatutnya menjadi non-partisan telah diperkudakan semahunya buat penangkapan dan soal siasat beramai ramai terhadap pimpinan parti politik. Hilang akai betoi, tokoh rakyat seperti A. Samad Said pun nak di penjarakan mindanya. Sekaligus memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu.

SMS ugutan bunuh tok sah dikira la, saban masa diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan yang lain. Semalam, ada sekumpulan samseng yang ubun ubun masih lembik dengan panaih mentari dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau di hadapan pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Umno dah gagal berfungsi sebagai pejuang rakyat terbanyak. Depa lebih suka berretorik dengan slogan kosong pengubat jiwa lara... haha...

Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luaq negara Piem bangsa Umno dan isteri tersayangnya dalam masa tiga tahun mencecah RM17 juta. Semua ni tidak dibahas dan disentuh langsung oleh ahli ahli bangsa depa. Depa cipta kontroversi baru setiap hari supaya rakyat terlindung isu yang cuba ditudung...

Biaqkan, biaqkan... lagi samseng depa, lagi mudah kita dan akan lebih membantu Pakatan Rakyat memenangi hati pengundi nanti...

Apa Anwar main tuduh tuduh nih... kahkahkah...

0 org komen
Bersih: Arahan tertinggi Umno punca tindakan polis- Anwar
(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berhubung kenyataannya mengenai Perhimpunan Bersih 2.0.

Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, pimpinan KEADILAN dan peguam dari lawyers For Liberty (LFL), tiba di IPD berkenaan untuk dirakam percakapannya pada jam 5 petang.

Ketika ditemui pemberita selepas keterangannya diambil, Anwar berkata arahan pimpinan atasan Umno punca polis tidak berlaku profesional dengan menekan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung penganjuran perhimpunan 9 Julai ini.

“Inilah satu negara di mana keputusan mengadakan pilihan raya bebas dan adil dikecam media milik Umno.

“Saya yakin dan percaya Polis tidak akan bertindak menghalang himpunan ini jika tidak mendapat arahan pimpinan atasan Umno,” kata Anwar

Kata Anwar, ia terbukti apabila polis membisu mengenai tindak tanduk terbaru Pemuda Umno dan Perkasa yang mengancam untuk membakar Ibu Pejabat KEADILAN, malam tadi.

Namun pada masa yang sama, kata Anwar, polis menangkap aktivis Bersih dan pimpinan Pakatan rakyat untuk mengganggu hasrat rakyat yang mahu berhimpun secara aman, pada 9 Julai.

Menurut Anwar, beliau menjangkakan lebih ramai pemimpin Bersih 2.0 ditahan sebelum perhimpunan itu dianjurkan.

Ketua Pembangkang ini juga tidak menolak penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan bagi melindungi kepentingan penguasa Umno-BN.

“Pemimpin yang korup dan zalim ini akan mengunakan apa sahaja alasan bagi mengekalkan pegangan mereka kepada kuasa,” tegas Anwar.

Anwar menegaskan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut menyeru pihak berkuasa supaya membenarkan perhimpunan aman itu dijalankan.

Tegasnya, orang ramai mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

“Suhakam juga sudah membuat kenyataan bahawa himpunan ini harus diteruskan kerana ia selaras dengan hak kebebasan rakyat untuk berhimpun sebagaimana yang dijamin perlembagaan,” katanya.

Selain Anwar, dua Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan peguam, Fadiah Nadwa Fikri turut diambil keterangan oleh polis hari ini.

Awat yang peluh dahi nih... haha...

0 org komen
Dengaq kata bukan main depa la ni dah dapat balik sokongan penuh rakyat, dengaq macam best ja... maklum la kan dah berapa pilihanraya kecik yang depa jadi juara.... haha...

Baguihlah kalau macam tu.... Tapi tup tup, la ni awat pulak yang dahi tiba tiba berpeluh? Awat yang Umno tiba tiba berasa gelisah macam kucing nak beranak? Awat yang nampak muka naik pucat kekuningan tuh... kahkahkah... Terkena wabak demam KUNING ka? Kahkahkah...

Kalau kita tengok la ni, bermacam macam dah kelaku hodoh Umno / BN yang depa tunjuk kat rakyat jelata. Jelaih sangat la yang depa dah jadi gelabah bewak setiap hari, setiap jam malah hampir setiap saat menjelangnya tarikh 9hb Julai nanti...

Aaiikk... Bukan ka Umno / BN dah dapat sokongan penuh rakyat? Ka hangpa pakai main gempaq ja ka?

Tak baik la perli Rosmah camni... hihi...

0 org komen
Terlalu Lama Depan Televisyen, Komputer Punca Obesiti

KUALA LUMPUR: Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan.

Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.

“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.

“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.- mStar

Pandai bohong leh jadi menteri... kahkahkah...

0 org komen
Buku rakam ketakutan zaman Dr M
Oleh Jimadie Shah Othman

Bukan sahaja dunia politik bergelora apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Reformasi pada 1998, tetapi pergolakan antara kaum intelektual dan budayawan juga yang tidak kurang hebatnya.

Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kemudiannya - yang dilabelkan sebagai zaman getir dan pahit - golongan inilah yang dilihat sebagai 'tidak berguna', sekali gus mengumpul pelbagai gelaran negatif.

Dalam Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, penulis Raja Ahmad Aminullah mengambil tindakan berani merekodkan semua gelaran itu, termasuklah pengampu, 'pahlawan kesiangan', laih, terkembiri dan terpalit dengan 'sindrom cium tangan'.

"Sebenarnya terlalu ramai golongan intelektual apatah lagi yang disebut 'era reformasi' 1998-2003 memilih apa yang dianggap mereka sebagai jalan selamat tapi sebenarnya merupakan suatu penzaliman terhadap ilmu yang mereka miliki," tulisan dalam bab "Ruang Ketiga" itu dipetik.

Raja Ahmad - yang terkenal sebagai aktivis budaya dan pemilik galeri seni rupa terkenal di ibu negara - merumuskan, walaupun wujud gelombang subterranean (bawah tanah) melalui muzik, teater dan penulisan, golongan itu dipinggirkan di arus perdana.

Malah, tambahnya, bagi sebahagian ahli politik, ia dianggap sebagai "bahan bakar" dan "ramuan" apabila diperlukan.

Dalam buku setebal 127 halaman itu, Raja Ahmad bagaimanapun nampak segan-segan menyebut secara langsung pihak yang dikritianya.

Oleh yang demikian, membaca koleksi esei-esei budaya ini menyebabkan kita sering terjumpa pihak yang hanya dirujuk sebagai "bekas menteri itu", "seorang teman" dan "penceramah agama dan motivasi itu".

Fenomena 'jangan petik saya'

Dengan gaya santai, Raja Ahmad banyak mengungkapkan kebisuan golongan budayawan dan intelektual melalui kisah dan anekdot ringkas bagi menggambarkan budaya takut pada masa itu.

Antaranya, beliau merakamkan sifat kritikal golongan itu yang gundah dengan perkembangan politik semasa tetapi ironisnya sering pula mengakhiri perbualannya dengan kata-kata "don't quote me" (jangan petik saya).

Bagi Raja Ahmad, kumpulan itu lebih bertindak sebagai "pengumpul rungutan" daripada membentuk dasar, menulis buku atau mengimarahkan wacana.

Beliau sampai kepada kesimpulan itu apabila menghadiri sesi perbincangan semasa Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang didominasi pesara penjawat awam.

Ketika membincangkan tentang relevansi karya sastera klasik Melayu, bekas pegawai kerajaan yang hadir mengambil peluang "menyenaraikan rungutan" terhadap orang politik, jabatan awam, agensi budaya dan orang muda.

"Soalan yang saya rasa mendesak untuk keluar daripada halkum saya ialah: apakah yang telah mereka lakukan sewaktu menjawat jabatan-jabatan kanan di agensi-agensi dan jabatan-jabatan tersebut," Raja Ahmad dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, di sebalik kisah-kisah negatif itu, Raja Ahmad juga tidak lupa menyanjung tokoh akademik, antaranya seorang bekas naib canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikatakan dituntut letak jawatan kerana menyindir menteri.

Profesor sindir menteri disingkir

Semuanya hanya gara-gara profesor itu Dr Zohadie Barjae dikatakan membaca pantun Sasterawan Negara Usman Awang dalam majlis makan malam universiti yang berbunyi:

"Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri".

Bagaimanapun, membicarakan pergolakan antara 1998 hingga 2003, tidak lengkap tanpa menyentuh tentang Anwar dan perdana menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, perseteruan dua tokoh penting ini dilihat sebagai pencorak utama kepada keadaan politik pada hari ini.

Dalam buku ini, Dr Mahathir nampaknya dirakam sebagai antara penyumbang ke arah wujudnya "budaya takut" yang berpanjangan dalam masyarakat kita.

"Selepas berakhir zaman tersebut, sebahagian mereka masih lagi termangu-mangu mengenangkan apa yang berlaku sekitar tahun 1998-2003 tersebut," tulisan dalam bab "Merentas Waktu" itu dipetik.

Malah, Anwar yang dikatakan menjadi mangsa "tindakan aib" pula digambarkan mempunyai wilayah pengaruh yang tersendiri, bermula dar zaman gerakan pelajar sekitar tahun 1970-an sehingga jadi "pembantu setia" Dr mahathir sehingga tahun-tahun 90-an.

"...pengaruh (Anwar) tetap ada walau tidak semestinya sama dengan pernyataan-pernyataan dan kenyataan politiknya," tulis Raja Ahmad lagi.

Sama ada Anwar membuat comeback, Raja Ahmad tidak mampu memberikan jawapan pasti.

Bagaimanapun, katanya, terserah kepada pada masa, keupayaan diri sendiri serta kesediaan kawan dan penyokongnya untuk terus percaya pada perjuangannya.M/kIni

Kuruih pun tak sedap dok gak nih... hihi...

0 org komen
Kurus. Adakah Tandanya Sihat?
Oleh: kopi_o

Anda kurus? Pernahkah anda membaca diakbar-akbar keluaran tempatan atau diperingkat antarabangsa mengenai kekurusan sesaorang? Apakah yang berlaku kepadanya. Trend kurus, trend takut gemuk, dah menjadi lumrah kehidupan manusia zaman kini. Perkara2 sebegini sering berlaku terutama pada kaum hawa. Bagi yang lelaki, ada juga tapi bak kata Arwah P.Ramlee jarang2 kita dengar ataupun kadang-kadang baru sekali berlaku.

Ingat lagi tak cerita Nujum Pak Belalang. Ya, tidak dinafikan bahawa gemuk itu biasanya dikaitkan dengan penyakit.Tetapi adakah kurus itu sihat? Mari kita baca, apa kata pakar kesihatan tentang kurus. Apa kaitanya dengan kesihatan kita.

Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk.

"Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.

Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

"Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting," kata Bell.

Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," katanya.

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

"Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.

Nah, apa kata anda pula? Apakah pilihan anda. Nak kurus atau nak gemuk? Apa? Dua-dua tak nak?..Pilihan ditangan anda...

Baca ni kalau nak kenai pengkhianat... haha...

0 org komen
Kerajaan sesebuah negara tu boleh diibaratkan macam sekumpulan bijak pandai yang duduk ditempat tinggi. Lagi tinggi depa dok, lagi terang la dunia depa pandang. Rakyat pulak boleh diibaratkan orang ramai yang tak terpilih dan duduk dibawah. Jadi depa tak nampak apa yang jadi kat ataih tapi orang ataih jelaih nampak apa yang jadi kat bawah. Sepatutnya la kan...

Tapi bila NGO Bersih buat tuntutan 8 perkara sejak 2008 dulu lagi, awat yang kerajaan tak bagi? Jangan salah paham, depa bukan tak nampak tapi depa buat buat tak nampak. Lalu terbitlah tuduhan dari TPiem bangsa Umno si Muhyiddin Yasin yang mengatakan penganjur Bersih khianat perjuangan rakyat. Betoi ka depa ni khianat dan hangpa tu dak? Persoalannya siapakah pengkhianat sebenaq?

TPiem Umno mau dok ingat yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Kalau depa mau cari jalan selamat dan selesa lebih baik depa menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah. Kalau nak kira dari segi cerdik depa, tak leh cari makan la Berahim Ali ngan si KJ tuh... kahkahkah...

Salah tang mana bila dah rakyat bangkit tuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos? Awat kerajaan main aci menyorok pulak? Susah sangatkah nak buat. Kalau dah hangpa tak reti sangat, turun la... bagi Mat Sabu pulak yang pi ajaq hangpa camana cara nak perintah negara... kahkahkah... Tapi kalau dah Umno / BN masih tak bersedia nak terima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang khianat kepada rakyat.

Sepatutnya hangpa sebagai kerajaan yang dok di tempat tinggi dah matang nak tingkatkan ketelusan perjalanan pilihanraya. Bila dah hangpa tengok rakyat berarak masa Bersih 10 November 2007 lalu, hangpa kena sedaq dah, banyak yang hangpa buat tak betoi dan kantoi. Jadi dok nganga apa lagi, mau dok perbetoi laa...

Sapa yang betoinya khianat sejak amaran awai rakyat 4 tahun yang lepaih? http://shalehudin.blogspot.com/

Tuesday, June 28

Bang Mat ni cari pasai betoi laa... kahkahkah...

0 org komen
Jom kita ramai ramai tengok Bang Mat Sabu nak cari pasai... kahkahkah...
Semua dijemput hadir malam esok...
Hadirlah beramai ramai jangan bagi Polis lebih dari kita... kahkahkah...
Dah tau dah kurang kurangnya ada 3 batalion depa standby... kahkahkah...

Ajak Polis bermunajat sama...
Kemudian sama sama dengaq ceramah Bang Mat Sabu...

Laa... awat tak bagi cukup RM50 juta... kahkahkah...

0 org komen
Tentu hampa yang berbangsa Umno syok tak kira dah ni, ya laa kan, boleh dok tengok pemimpin hampa kaya raya diataih hasil jimat cermat hampa kan? Biaq kita kaih pagi makan pagi pun tak pa asaikan pemimpin kita kaya meliana... kahkahkah... baru padan ngan muka kita... termasuk la aku jugak...


********************************

RM49 juta biaya rumah PM, TPM
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Depa gempaq kot kot rakyat takut...

0 org komen
Soal Siasat A Samad Said, Intimidasi Polis Takutkan Rakyat- Peguam
by paktam

Tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bersih 9 Julai ini, merupakan satu bentuk intimidasi dan bertujuan menakutkan rakyat.

Peguam yang mewakili beliau, Fadiah Nadwa Fitri berkata demikian mengulas tindakan polis menyoal siasat Pak Samad berhubung kehadirannya pada pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.

Menurut Fadiah, pada majlis tersebut A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan pak samad antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.

“Soal siasat ini tidak bersebab dan bukanlah sesuatu yang munasabah. Tiada apa kesalahan yang dilakukan pak Samad selain daripada menyokong gerakan untuk sistem pilihan raya yang telus dan adil”

“Ini jelas menunjukkan polis telah menyalah gunakan kuasa untuk mengekang gerakan ini dengan taktik berniat jahat dan intimidasi,” jelas Fadiah kepada Keadilandaily.com.
Fadiah yang mewakili pertubuhan Lawyers For Liberty juga berkata, beliau kesal kerana banyak tangkapan dilakukan polis ke atas orang awam kerana memakai T Shirt Bersih, yang bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

“Ianya sama seperti memakai baju kuning. Adakah ianya juga menjadi satu kesalahan? Mereka bukannya mengancam keselamatan dan membuat huru-hara,” ujar beliau.

A Samad Said akan hadir di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 2.30 petang ini untuk memberi keterangan.

Turut dipanggil Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang diwakili oleh peguamnya, Pura Valen.

Laaa... kantoi lagi kaa... kahkahkah...

0 org komen
Iskk... iskkk... ni yang aku kesian sangat kat Umno nih... kahkahkah...
Tengok dahi bangsa Umno pun dah tau, peluh panaih mata berbinau...

Dah nak macam bird flu dah Umno ni aku tengok... hahaha...

Buat la apa pun, tak dan lama mana dah kantoi...
Kes liwat koi dok gayat walau memang Anwar dah terikat...
Video seks pun lingkup... percaya kat Rahim habih terlungkop...
Bersih 2.0 punya bala, demam kuning pulak melanda...
Kahkahkah...

Laa... awat tak bagi cukup RM50 juta...

0 org komen
RM49 juta biaya rumah PM, TPM
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Ni haa.. senjata baru... kahkahkah... baru kuning muka hampa...

0 org komen
Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata'


Salhan K Ahmad
Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.

"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.

Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.
Related Posts with Thumbnails