Wednesday, August 31

Berpeluh pulak dahi Najib... kahkahkah...

0 org komen
Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,” tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.

Fakta Pertempuran Bukit Kepong

0 org komen
Ditulis oleh Hafiz

SHAH ALAM 30 OGOS: Pertempuran Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950 ketika Tanah Melayu masih diperintah penjajah British.

Pertempuran melibatkan Kompeni ke-4 Parti Komunis Malaya diketuai Muhammad Indera bersama 200 askar, dan Civil Affair Police Force Empayar British, diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah dengan 25 anggota.

Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, kira-kira 59 kilometer dari pekan Muar, Johor.

Serangan bermula sekitar 4.15 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi. Akhir pertempuran menyaksikan 40 anggota komunis, 14 anggota empayar British termasuk Sarjan Jamil Mohd Shah dan 5 Polis Bantuan terbunuh.

Isteri Konstabel Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba, dibunuh dalam tawanan dan anaknya, Hassan, dibakar hidup-hidup. Isteri Konstabel Abu Mohd Ali, Saadiah dan anak perempuannya, Simah, turut terbunuh.

(Dipetik dari Wikipedia, bersandarkan maklumat dari laman rasmi PDRM)

Mai tengok patriotik tu menatang apa... haha...

0 org komen
Pasang atau kibar bendera sudah patriotik?

Oleh Lanh
HUJUNG Ogos ini berlaku suatu ‘keunikan’ kerana Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan jatuh pada tarikh hampir sama. Jadi kepada pembaca diucapkanlah Selamat Menyambut Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54.

Tanggal 31 Ogos datang lagi, dan sekali lagi pemimpin negara berbuih mulut mendesak rakyat mengibar Jalur Gemilang termasuklah di kenderaan. Namun sambutan pemilik kenderaan (setakat artikel ini ditulis pada 22 Ogos) terlalu hambar.

Semalam (21 Ogos) ketika saya ‘berkereta’ hampir sehari suntuk termasuk menempuh perjalanan di lebuh raya Utara-Selatan, saya hanya nampak sebuah teksi dengan sebuah bendera kecil di bumbungnya. Pemilik kenderaan nampaknya tidak peduli untuk memasang bendera. Kenapa?

Dulu, seorang menteri berkata, tidak kibar bendera bermakna tidak patriotik, tidak sayang dan cintakan negara. Jadi adakah ini bermakna semakin ramai rakyat tidak patriotik kepada negara ini?

Memang betul, mengibarkan bendera pada hari kebangsaan adalah antara petanda bersifat patriotik. Bagi saya mereka yang bertindak begitu (memasang bendera) sudah berada di landasan yang betul namun saya kurang senang dengan sikap sesetengah orang atau pihak yang mengada-ngada, menunjuk-nunjuk dan membazir dalam perlakuan mereka seperti memasang sehingga 40 bendera di bumbung kereta, membuat bendera Malaysia paling panjang atau terbesar di dunia dan membuat kolam berlambangkan bendera Malaysia yang terbesar.

Saya tidak tahulah kecenderungan ini diajar oleh siapa, tetapi bagi saya cukuplah wahai pemimpin dan petugas media massa, janganlah lagi ‘memberi muka’ sangat kepada orang yang gilakan publisiti murahan ini. Cukuplah, janganlah nak memperbanyak lagi usaha memecah rekod tidak berfaedah seperti membuat ketupat paling besar di dunia, membakar lemang terpanjang di dunia dan menjahit bendera Malaysia yang terpanjang di dunia dan kemudian memasangnya di Tembok Besar China!

Bagi saya cukuplah memasang bendera kecil, tetapi seseorang itu tahu menjalankan peranannya sebagai rakyat yang bertanggungjawab kepada agama, negara, bangsa dan keluarga, setiap orang yang telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas masing-masing sudah memenuhi kehendak itu.

Seorang guru bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Tetapi jika kerap ponteng, tidak menjalankan amanah, menyemai benih kebencian di sekolah, dia bukan saja tidak patriotik, tetapi dia seorang pengkhianat.

Dia tetap seorang pengkhianat sekalipun dia mengibar sebuah bendera besar di depan rumahnya sempena Hari Kebangsaan. Seorang pemimpin bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya dengan penuh amanah.

Pemimpin adil yang takut balasan Allah SWT yang disegerakan di dunia dan akhirat adalah mereka yang patriotik.Pemimpin perasuah, kaki kroni, kaki temberang, kaki ‘jail’kan orang tidak bersalah, kaki maksiat dan pelbagai kaki lagi, tidak juga bersikap patriotik sekali pun mereka dengan ‘muka munafik’ mengibarkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan atau terpekik terlolong, menjerit ‘merdeka! merdeka! merdeka!’ Dia sebenarnya adalah pengkhianat bangsa, munafik agama dan kemungkinan besar syaitan bertopengkan manusia kerana merompak khazanah negara (perasuah), membeli atau menipu undi dalam pilihan raya sekalipun di depan rumahnya berkibar bendera Jalur Gemilang gergasi.

Seorang tukang sapu sampah bersikap patriotik jika dia tekun dalam pekerjaannya. Dia tahu tugasnya membersihkan kota dan bandar besar manfaatnya bukan saja dari segi keduniaan tetapi juga akhirat. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda antara cabang iman ialah membuang duri di jalanan.

Jadi seorang tukang sapu atau pencuci tandas adalah seorang yang patriotik jika dia menjalankan tugasnya penuh amanah. Seorang tukang sapu atau pembersih adalah pengkhianat kepada agama dan bangsa jika dia gemar mencuri tulang, tidak amanah dan sebagainya sekalipun dia mengibar Jalur Gemilang dengan megah di motosikalnya.

Seorang ayah atau ibu bersikap patriotik jika menghabiskan usianya untuk mendidik anakanaknya agar jadi insan berguna yang patuh kepada Allah SWT.

Seorang ibu tidak dikelaskan sebagai patriotik jika dia mencampakkan anaknya ke dalam tong sampah atau membiarkan anak yang baru dilahirkan di tangga masjid. Sekalipun si ibu tadi mengibar bendera pada Hari Kebangsaan, berarak penuh gaya dan menari penuh lincah di pentas hiburan pada hari tersebut ataupun muncul di TV melaungkan ‘merdeka, merdeka, merdeka’, dia sebenarnya adalah pengkhianat bangsa dan negara.

Seorang wartawan dan penulis juga bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya penuh amanah. Semuanya dilakukan berpandukan hukum-hakam yang ditetapkan agama. Dia takut untuk menulis dengan tujuan mengampu, mengejar pangkat atau mencari nama seperti yang sering dititipkan orang - ‘aku menulis bukan kerana nama’.

Seorang penulis tidak ada nilainya, tidak ada langsung sifat patriotiknya, jika dia menerbitkan tulisan yang menghina agama dan bangsanya. Dia sebenarnya adalah pengkhianat sekalipun dia menguar-uarkan betapa besar jasanya dengan mengibar Jalur Gemilang di pejabat akhbarnya.

Seorang ustaz bersikap patriotik jika dia mengamalkan apa yang diajarkannya. Dia mengajar bukan untuk mengejar ringgit tetapi keredaan Allah SWT. Dia takut terjatuh dalam kategori golongan munafik apabila berceramah dan bercakap tidak sama perbuatan. Dia takut termasuk dalam golongan ‘cakap tak serupa bikin’.

Dia takut termasuk golongan ulama jahat yang mengejar dunia dengan segala keindahannya - pangkat, kemasyhuran, nama dan sebagainya. Ustaz jenis ini tiada sikap patriotiknya jika dia menyuruh 1,000 anak muridnya mengibarkan Jalur Gemilang.

Kesimpulannya, semua orang tidak patriotik jika lupakan Penciptanya - Allah SWT. Hanya orang yang taat perintah Tuhannya adalah orang patriotik kerana dia tahu Allah

Sedap betoi komentar brother nih... haha...

2 org komen
WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA

KOMENTAR TUKAR TIUB

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.- Bro TT

Lari tak cukup tanah... kahkahkah...

0 org komen

Keluarga Gaddafi lari ke Algeria, anak lelaki terbunuh

Pejuang pemberontak menyambut Aidilfitri di Dataran Hijau, yang secara kebetulan jatuh kira-kira seminggu selepas kejatuhan kepimpinan Muammar Gaddafi di Tripoli, semalam. — Foto Reuters

TRIPOLI, 30 Ogos — Keluarga Muammar Gaddafi dilaporkan telah ‘melarikan’ diri ke Algeria tetapi lokasi pemimpin itu masih belum diketahui, demikian menurut laporan media asing.

Dalam pada itu, pejuang pemberontak mendakwa telah membunuh salah seorang anak lelakinya — Khamis Gaddafi dalam serangan udara kira-kira 60 kilometer ke selatan Tripoli.Kementerian Luar Algeria berkata isteri Muammar, Safia, anak perempuannya Aisha dan dua anak lelaki Hannibal dan Mohammed telah melangkah ke negara jiran di sebelah barat itu pagi semalam.

Laporan Reuters menyebut perkembangan itu dijangka mencetuskan masalah hubungan diplomatik ketika Majlis Peralihan Kebangsaan sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baru.

Aligeria tidak mengiktiraf majlis tersebut, yang sehingga kini lebih 40 negara telah memberikan pengiktirafan.

Jurucakap majlis itu berkata, tindakan Aligeria adalah satu perbuatan menceroboh dan akan meminta agar mereka dihantar pulang.

Bagaimanapun lokasi di mana Muammar berada sekarang masih belum diketahui sejak Tripoli jatuh ke tangan pemberontak, sekali gus menamatkan pemerintahan 42 tahun beliau.

Libya berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak enam bulan lalu.

“Kami telah berjanji untuk menyediakan perbicaraan yang adil kepada kesemua penjenayah dan oleh itu kami menganggap ini tindakan pencerobohan,” kata kata jurucakap Mahmoud Shamman kepada Reuters.

“Kami memberi amaran, sesiapa yang memberi perlindungan kepada Muammar Gaddafi dan anak-anak lelakinya, kami akan mencari dan menahan mereka,” katanya.- TMI

Hebat budak nih...

0 org komen
Budak selamat dilanggar kereta api

IMEJ CCTV menunjukkan budak lelaki (dalam bulatan) dihimpit sebuah kereta api ekspres.

SYDNEY, Australia – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun selamat selepas dia dilanggar tren ekspres dalam insiden yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen kereta api di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki berkenaan dirakam berada cuma beberapa sentimeter dari tren itu ketika dia cuba melintas landasan di stesen berkenaan baru-baru ini.

Ketika tren tersebut tiba, mangsa hilang daripada lensa CCTV. Dia dipercayai terjatuh akibat berlanggar dengan gerabak tren tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, dia muncul semula dalam skrin CCTV dan dilihat cuba memanjat platform stesen.

Mangsa mengalami patah kaki dan siku dengan banyak bahagian di tubuhnya calar, tetapi bernasib baik kerana masih hidup. – Agensi

Tentera Gaddafi Letup 120 Orang Awam

0 org komen
Ditulis oleh Hafiz

TRIPOLI 30 OGOS: Tentera pro-Gaddafi didakwa melepaskan tembakan dan meletupkan 120 orang awam yang dikurung di sebuah tempat tahanan di Tripoli.

Semalam, tentera kerajaan peralihan Libya menyerbu lokasi kejadian dan mendapati 50 mayat yang masih dalam keadaan terbakar.

Mabrouk Abdullah, 45, terselamat dari pembunuhan tersebut memberitahu agensi berita AP bahawa tentera pro-Gaddafi melakukan kekejaman sewenang-wenangnya ketika berundur dari ibu negara Libya itu.

Gaddfi dilaporkan mengambil askar upahan untuk menyerang dan menggempur rakyatnya sendiri sepanjang kempen kemaraan tentera kerajaan peralihan ke Tripoli.

Menteri Kesihatan Kerajaan Peralihan Libyam Najib Barakat berkata beratus dilapor terbunuh, dan masih banyak mayat-mayat yang mereput masih belum dipindahkan dari jalan-jalan raya.

Konspirasi apa pulak dahh... haha... haru betoi laa...

0 org komen
Konspirasi Shafee-JPM dalam kes Anwar Ibrahim

Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.

By Ahmad Gaza

Salam kawan kawan.

Dalam musim bermaaf-maafan ini, saya nak ceritakan konspirasi peguam Umno tersohor, Shafee Abdullah, dengan penasihat media Jabatan Perdana Menteri, Jalil Hamid, dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Walaupun falsampah politik saya tak selari dengan Anwar Ibrahim, saya sebagai wartawan Malaysia muak dengan konspirasi konspirasi untuk menggunakan media untuk menjatuhkan ahli politik.

Sudah lama dah. Dari zaman Utusan Melayu di ambil alih 1961 sampai sekarang. 50 tahun. Cukuplah Umno dan Umno Baru. Sedarlah sikit.

Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Shafee Abdullah dan Jalil Hamid, yang baru ini kena kutuk pasal pelannya memburukkan Bersih 2.0, telah berjumpa pengarang kanan media tempatan untuk cara-cara meliputi kes liwat Anwar Ibrahim.

Mereka mengutuk pendakwaraya yang tidak membantah ucapan politik Anwar Ibrahim pada permulaan pembelaannya dalam kes liwat aduan Saiful Bukhari Azlan. Yalah, Anwar Ibrahim berucap mengutuk kerajaan dan apa yang dia panggil konspirasi terhadapnya.

Pendakwaraya diam sahaja. Tidak membantah dan membenarkan dia bercakap.

Shafee Abdullah tidak tahan lagi. Walaupun dia tidak ada hak atau kepentingan dalam kes ini kecuali untuk anak guamnya Umno, dia terus memanggil pengarang-pengarang kanan untuk satu mesyuarat.

Dan sebelahnya, penasihat media Perdana Menteri, Jalil Hamid. Dulu orang Bernama, lepas tu Reuters, lepas tu Suruhanjaya Sekuriti. Sekarang bertempat di National Communications Team di Mid Valley. Ini semua maklumat yang dari sumber-sumber sahih seperti A. Kadir Jasin, yang dulu penasihat Dr Mahathir Mohamad.

Kira Goebbels Senior dan Goebbels Junior lah.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Le Meridien Hotel, Shafee memberitahu dan mengarahkan pengarang-pengarang kanan media tempatan cara-cara dan isu-isu yang patut di utarakan dalam media masing-masing. Yalah, cara nak mencerca dan mengutuk Anwar Ibrahim.

Antara yang dalam mesyuarat itu adalah si penemuramah Raja Petra Kamarudin dari TV3. Yang bergelar Datuk. Yang sekarang ini terjebak dalah kes gangguan seksual. Ini kuasa Allah. You burukkan orang, you kena nanti.

Tapi saya nak tanya. Apa kuasa Shafee Abdullah dalam kes ini. Apa peranan Jalil Hamid dalam kes ini. Mengapa mereka ada kuasa memanggil pengarang-pengarang kanan dan memberitahu mereka apa yang patut di buat dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Fakta Pertempuran Bukit Kepong

0 org komen
Ditulis oleh Hafiz

SHAH ALAM 30 OGOS: Pertempuran Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950 ketika Tanah Melayu masih diperintah penjajah British.

Pertempuran melibatkan Kompeni ke-4 Parti Komunis Malaya diketuai Muhammad Indera bersama 200 askar, dan Civil Affair Police Force Empayar British, diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah dengan 25 anggota.

Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, kira-kira 59 kilometer dari pekan Muar, Johor.

Serangan bermula sekitar 4.15 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi. Akhir pertempuran menyaksikan 40 anggota komunis, 14 anggota empayar British termasuk Sarjan Jamil Mohd Shah dan 5 Polis Bantuan terbunuh.

Isteri Konstabel Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba, dibunuh dalam tawanan dan anaknya, Hassan, dibakar hidup-hidup. Isteri Konstabel Abu Mohd Ali, Saadiah dan anak perempuannya, Simah, turut terbunuh.

(Dipetik dari Wikipedia, bersandarkan maklumat dari laman rasmi PDRM)

Laa... cikgu sekolah pun kena tipu

0 org komen
Lelaki Nigeria tipu cikgu sekolah

Oleh ATIKAH DALI

BERHATI-HATI bila melayari Facebook bagi mencari rakan kerana anda mungkin menjadi mangsa penipuan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu percaya dengan teman baru di Internet, seorang guru kerugian RM140,000 gara-gara diperdaya dua lelaki Nigeria daripada sindiket sama menerusi penipuan bungkusan dan Black Money.

Lebih malang lagi, mangsa yang berusia 36 tahun dan bujang itu sanggup membuat pinjaman bank sebanyak RM90,000 bagi memenuhi hasrat kedua-dua lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai James dan Charles.

Perkenalan antara mangsa dari Melaka dengan suspek pertama James, 28, bermula pada Januari lalu menerusi laman sosial Facebook.

Selepas tiga bulan berkenalan, James yang kononnya menetap di Washington, Amerika Syarikat menawarkan untuk menghantar cenderamata berupa sepasang kasut kepada mangsa kononnya sebagai tanda persahabatan.

Pada Mac lalu, seorang wanita yang mendakwa dirinya dari sebuah syarikat penghantaran di negara ini menghubungi mangsa memaklumkan bungkusan atas nama wanita itu tersangkut di syarikat berkenaan.

Wanita itu diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun kononnya sebagai bayaran cukai bagi menuntut bungkusan tersebut.

Mangsa yang teruja untuk mendapat hadiah tersebut memasukkan wang yang semuanya berjumlah RM20,000 ke dalam satu akaun yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat. Kesemua wang tersebut dibuat dalam beberapa transaksi.

Selepas membuat bayaran itu, mangsa kemudian dihubungi pula seorang lelaki yang mendakwa sebagai pemilik syarikat penghantaran dan menawarkan untuk berjumpa dengan mangsa kononnya bagi menyelesaikan urusan berhubung bungkusan tersebut.

Mangsa kemudian bertemu dengan pemilik syarikat penghantaran yang memperkenalkan diri sebagai Charles, 30-an, di sebuah hotel di ibu negara pada April lalu.

Dalam pertemuan itu, Charles memperdaya mangsa untuk melabur modal membeli sejenis cecair untuk melunturkan kertas hitam (black money) yang kononnya mampu menggandakan wang.

Berpeluh pulak dahi Najib... kahkahkah...

0 org komen
Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,” tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.

Ini petanda baik, baguih... biaq depa syok sendiri

1 org komen
Populariti Najib: Muhyiddin tolak andaian Anwar, BN tak anggap ‘serius’

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penurunan terus populariti Datuk Seri Najib Razak petanda sokongan kini sudah mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Malah, Muhyiddin (gambar) juga mengetepikan hasil kajian Merdeka Center yang diumumkan semalam sambil berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memandang “terlalu serius” penemuan kajian itu kerana ia lazimnya bergantung pada saiz responden digunakan.

Ketika ditemui pemberita di Shah Alam awal hari ini, Anwar mendakwa kemerosotan populariti Najib menunjukkan pengundi mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang itu sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran “propaganda berlebihan kerajaan” BN.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal bulan lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Najib, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata Merdeka Center.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

“Ia tidak semestinya betul,” kata

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN ketika ditemui sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata pesaing politik mereka itu mempunyai situasi sendiri untuk ditangani.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan perkara yang dimaksudkan.

"Saya fikir Datuk Seri Anwar ada situasi sendiri. Tetapi bukan itu yang penting.

"Apa yang penting bukannya kajian, tetapi apa yang kami lakukan dari sekarang," Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno.

Keluarga Gaddafi lari ke Algeria, anak lelaki terbunuh

0 org komen
Pejuang pemberontak menyambut Aidilfitri di Dataran Hijau, yang secara kebetulan jatuh kira-kira seminggu selepas kejatuhan kepimpinan Muammar Gaddafi di Tripoli, semalam. — Foto Reuters

TRIPOLI, 30 Ogos — Keluarga Muammar Gaddafi dilaporkan telah ‘melarikan’ diri ke Algeria tetapi lokasi pemimpin itu masih belum diketahui, demikian menurut laporan media asing.

Dalam pada itu, pejuang pemberontak mendakwa telah membunuh salah seorang anak lelakinya — Khamis Gaddafi dalam serangan udara kira-kira 60 kilometer ke selatan Tripoli.Kementerian Luar Algeria berkata isteri Muammar, Safia, anak perempuannya Aisha dan dua anak lelaki Hannibal dan Mohammed telah melangkah ke negara jiran di sebelah barat itu pagi semalam.

Laporan Reuters menyebut perkembangan itu dijangka mencetuskan masalah hubungan diplomatik ketika Majlis Peralihan Kebangsaan sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baru.

Aligeria tidak mengiktiraf majlis tersebut, yang sehingga kini lebih 40 negara telah memberikan pengiktirafan.

Jurucakap majlis itu berkata, tindakan Aligeria adalah satu perbuatan menceroboh dan akan meminta agar mereka dihantar pulang.

Bagaimanapun lokasi di mana Muammar berada sekarang masih belum diketahui sejak Tripoli jatuh ke tangan pemberontak, sekali gus menamatkan pemerintahan 42 tahun beliau.

Libya berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak enam bulan lalu.

“Kami telah berjanji untuk menyediakan perbicaraan yang adil kepada kesemua penjenayah dan oleh itu kami menganggap ini tindakan pencerobohan,” kata kata jurucakap Mahmoud Shamman kepada Reuters.

“Kami memberi amaran, sesiapa yang memberi perlindungan kepada Muammar Gaddafi dan anak-anak lelakinya, kami akan mencari dan menahan mereka,” katanya.- TMI

Tamil Nesan lebih telus walaupun depa tak mengaku

0 org komen
TPM: Imej tercalar Najib tak cermin situasi sebenar

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar.

Beliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih.

"Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

"Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau.

Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos.

Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini.

- Bernama

Tuesday, August 30

Selamat Hari Raya Aidilfitri

0 org komen
Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu perayaan yang disunnahkan untuk kita menyambutnya selain Hari Raya AidilAdha. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai meraikan kejayaan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan tarbiyah bagi umat Islam mendidik jiwa, rohani, dan fizikal agar bertaqwa kepada Allah SWT. Natijah daripada berpuasa adalah melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Pengorbanan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan menuntut kesabaran, kekuatan iman serta kekuatan jasmani dan mental bagi menghadapi segala ujian mendatang.

Bulan Syawal adalah bulan bagi umat Islam mensyukuri nikmat taqwa yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Sambutan Hari Raya Aidilfitri mestilah diraikan dengan amalan sunnah iaitu bertakbir, bertahmid disamping saling berkunjung dan menziarahi, bermaafan, serta saling menggembirakan antara satu sama lain. Perasaan suma’ah atau mazmumah seperti hasad dengki, dendam, benci, takabbur, sombong, tamak, riya’, bakhil dan lain-lain hendaklah dijauhi. Sebaliknya ia perlu diisi dengan sifat mahmudah seperti perasaan sayang menyayangi, kasih mengasihi, pemurah, peramah, berlemah lembut, dan berlapang dada.

Saat inilah kita merasakan persaudaraan Islam yang diikat atas dasar aqidah Islam dan keimanan mendalam kepada Allah SWT. Laungan takbir yang membesarkan Allah SWT menenggelamkan segala kebesaran makhluk lain serta slogan lain di atas dunia. Islam menyatukan umat tanpa mengira bangsa, warna kulit, jalur keturunan, sempadan geografi, fahaman politik mahupun ideologi. Amat berbahagialah mereka yang berjuang atas dasar Islam tanpa mengira segala perbezaan ini, sebaliknya rugilah mereka yang berjuang atas dasar bangsa atau etnik tertentu semata-mata.

Blog ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan handai taulan, rakan rakan dan semua pengunjung blog yang serba dhaif ini...

Monday, August 29

Tak dak apa, sekadar fakta jaa... kahkahkah...

0 org komen
Nama saja badak ayaq tapi sebenaqnya badak ayaq tak boleh berenang dalam ayaq tapi depa boleh berjalan dalam ayaq... hihi...

Memang layak Umno di'carut'kan... kahkahkah...

0 org komen
Laporkan kes Mat Sabu kepada SPRM!

Oleh Penarik Beca
Dalam berita bertajuk "Didakwa hina pejuang, Mat Sabu mahu teliti rakaman ceramah," The Malaysian Insider hari ini melaporkan:

Bagaimanapun dalam rakaman video ceramah itu, The Malaysian Insider mendapati Mohamad langsung tidak menyebut apa-apa tentang Goh sebaliknya hanya menegaskan Muhhammad Indera adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya

Cerita sejarah kita banyak yang tidak kena, bukan kepung polis itu polis British, askar Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat (Muhammad) Indera, Melayu tetapi semua sejarah ditutup

Jins Shamsuddin buat filem, dia tu Umno, cerita Bukit Kepong, askar Bukit Kepong ditahan polis British sebab sebelum kemerdekaan negara diperintah oleh British,” katanya

Tambah beliau: “Tapi dalam filem askar itu pengganas, padahal Mat Indera ketua balai polis dan akhirnya dia dihukum gantung.” 

Jelas Mohamad, peristiwa sama turut berulang kepada Tok Janggut di Kelantan yang dianggap pengganas kerana menentang British

Tok Janggut lawan British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia (British) hasut Sultan Kelantan untuk isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka

Bila isytihar Tok Janggut penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan,” katanya

Dalam ceramahnya itu beliau menyifatkan semua sejarah tentang kemerdekaan negara adalah bohong

British dikatakan pejuang kemerdekaan, siapa pegawai British? Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman

Yang lawan British jadi pengganas,” katanya.

Kalau setakat itu saja yang Mat Sabu kata, tak dan dengar lagi saya dah sokong dah. Kalau Umno pandai sangat sejarah dan tak buta sejarah, tolong bagi tau ada dak orang Umno yang dipenjarakan oleh penjajah British kerana memperjuangkan kemerdekaan?

Untuk makluman, soalan itu pernah ditanya dalam Dewan Rakyat, sekoq Umno pun tak berani jawab. Konon Umno pejuang kemerdekaan! Nak termuntah aku dengar! Cakap macam bagus sangat, menipu tak habis-habis!

Siapa terima kemerdekaan bersyarat? Parti pengkhianat mana yang terima dasar jus soli?

Dulu kerana nak sangat pintas orang lain supaya bukan orang lain yang mendapatkan kemerdekaan, sanggup khianati bangsa dan terima jus soli. Sekarang, kerana nak terus perintah dan boleh terus merembat harta negara, sanggup kutip pendatang asing sebagai pengundi. Memang dasar pengkhianat bangsa dan negara yang sangat kurang ajar.

Sebelum hampa cakap bab bangsa, negara atau sejarah, baik aku carut hampa siap-siap!

Dalam berita bertajuk "Explain Mat Sabu's claim, CM told" pula, NST 27/8/11 melaporkan:

KEPALA BATAS: The state government has been urged to explain why Pas deputy president Mohamad Sabu, better known as Mat Sabu, made a medical claim from Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) for an injury he sustained during last month's Bersih 2.0 demonstration

Umno information chief Datuk Seri Reezal Merican said yesterday they had evidence that Mat Sabu had claimed RM8,434.05 for his medical bills

"The amount needs to be investigated as the actual bill only amounted to RM5,060.54 for his three-day stay at KPJ Selangor Specialist Hospital

"But PBAPP reimbursed Mat Sabu the amount he had claimed. As PBAPP chairman, Lim Guan Eng should explain what the additional RM3,373.50 was for.

Mat Sabu had met with a motorcycle accident during the demonstration

He was subsequently admitted to KPJ Specialist Hospital for three days from July 15 to 18 where he had surgery on his right knee.

Biasanya saya tak ambik pot sangat apa Reezal kata. Saya banyak dengar cerita fasal dia dari saudara mara dia sendiri. Sebab itu saya tak ambik pot apa dia buat dan apa dia kata sebab saya langsung tak hormat dan tak percaya kat dia.

Tapi oleh kerana apa yang Reezal bangkitkan itu boleh jadi kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya harap beliau atau mana-mana Umno laporkan kepada SPRM. Walaupun Umno biasanya jahat dan khianat, tetapi kalau dia lawan benda tak betul dan laporkan pula kepada SPRM, saya sokong dia lawan benda tak betul.

Macam jugak bila Umno lawan kes murtad. Saya sokong. Tak kisahlah kalau saya anggap Umno sama ja taraf dia dengan puak ajaran bukan Islam yang kononnya dia nak lawan tu. Bab macam mana saya pandang Umno, tak kira la saya pandang Umno sama ja macam Zionis ka, apa menatang ka, itu bab lain. Tapi kalau dia lawan murtad, walaupun berlakon lawan murtad, itu saya sokong. Kurang-kurang pun, nak juga dia berlakon lawan murtad.

Begitulah jugak bila Umno menentang apa yang dia kata amalan korup, takkan kita nak lawan. Tak kisahlah walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menganugerahkan Umno dengan gelaran parti perasuah. Si perasuah tidak gugur kelayakannya nak lawan amalan korup.

Tunggu apa lagi Reezal? Pi la lapor kat SPRM! Harap-harap Mat Sabu atau Lim Guan Eng bersedia mati ditolak jatuh dari bangunan.

Memang aku sokong Mat Sabu

1 org komen
Kalau ada yang nak kata aku ni peminat dan penyokong Mat Sabu pun kata laa... memang betoi pun... haha... Mat Sabu ni simple ja, jenih orang Melayu kampung. Cara dia bagi ceramah macam la ngan kita dok sembang ngan dia dalam kedai kopi, orang senang paham. Tu yang ramai orang suka, bukan aku sorang saja...

Tapi sejak dia menang sebagai Timbalan Presiden Pas nih, lagi hebat serangan fitnah kat dia. Bukan kata dulu ni tak dak, dulu pun berlambak fitnah tapi la ni lagi banyak. Terutama sekali sejak Umno pi ambik Yahudi APCO sebagai penasihat, tak habis-habis media2 talibarut Umno buat fitnah dekat dia...

Terbaru kononnya Mat Sabu sokong komunis yang serang balai Polis Bukit Kepong. Besa la, mana ada akhbar lain selain Utusan Meloya... akhbar penipu dan pemutar belit nombor satu dalam 1Malaysia. Kalau kita teliti balik apa yang Mat Sabu kata dalam video ceramah hari tu, jelaih beberapa perkara yang dilapor oleh media pecacai Yahudi APCO tu langsung tak disebut oleh Mat Sabu.

Mana ada Mat Sabu kata dia sokong perjuangan Komunis, padahal sepatah perkataan 'komunis' pun Mat Sabu tak sebut. Mana ada kononnya Mat Sabu sokong kezaliman yang dibuat oleh komunis terhadap mangsa... pun langsung tak dak Mat Sabu sebut pun. Mana ada kononnya Mat Sabu kata dia tak bersimpati langsung pada keluarga mangsa pembunuhan Bukit Kepong. Tak dak langsung disebutnya...

Apa yang Mat Sabu dok cerita ialah sejarah Bukit Kepong tu tak betoi, lari dari cerita sebenaqnya.

Ikut versi Mat Sabu, ketua penyerang Bukit Kepong ialah Mat Indera seorang pejuang Melayu yang berjuang membebaskan negara dari penjajahan British. Maknanya apa yang difahamkan dari kenyataan Mat Sabu itu ialah penyerangnya bukan komunis (seperti yang digambarkan dalam filem) tapi Mat Indera. Dia tak sebutlah 'bukan komunis' tu, tapi itulah maksudnya bagi orang yang faham Bahasa Melayu.

Polis tu pulak adalah pegawai penjajah British, bukannya pejuang kemerdekaan seperti Mat Kilau, Tok janggut, Tok Dahaman dan sebagainya. Sebab itu mereka bukan pahlawan kerana mereka berada di pihak penjajah British. Soal mereka 'dizalimi' oleh penyerang bukan hujah untuk mengatakan pegawai penjajah British geng baik dan puak Mat Indera yang menentang penjajahan British geng jahat. Itu sejarah versi Mat Sabu hasil kajiannya. Mungkin ia berbeza dengan sejarah yang ditulis Umno, kononnya yang serang tu ialah komunis bukan Mat Indera.

Umno boleh kata Mat Sabu buta sejarah dan Mat Sabu jugak boleh kata Umno pun buta sejarah, masing-masing dengan sumber maklumat yang diperolehi masing-masing dan bagaimana mempercayainya. Ikut suka depa nak percaya mana satu, sebab memasing bukan tengok depan mata. yang kita tengok semua tu filem ciptaan Jins Samsudin seorang ahli Umno.

Yang penting ialah Mat Sabu tak kata. Tak sebut sepatah pun kononnya komunis di pihak yang baik dan betul. Itu semua putaq belit media pecacai Umno.

Ketuanan Melayu kepala bana apa lagu ni?

0 org komen
Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

Oleh Mohd Sayuti Omar

DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Puduraya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah.

Kalau dia seorang Melayu tulen sudah pasti dia akan mempertahankan nama lama yang lebih sesuai dan tepat dengan negara ini yang dihebuhkan sebagai negara berketunaan Melayu. Puduraya menunjukkan Pudu (hentian) yang besar dan lengkap. Nama Puduraya itu lebih lagi sesuai dengan kecanggihan dan kelengkapan yang disediakan setelah diubahsuai.

Kata Najib dalam mengulas kehebatan Puduraya itu ianya seperti sebuah lapangan terbang. Nah, makin sesuai sangat kalau nama Puduraya dikekalkan kerana orang Melayu khasnya boleh berbangga dengan nama itu. Kalau ditukar kepada Pudu Central ia tidak mempunyai apa-apa elemen keMelayuan lagi.

Najib sendiri juga tidak perlu bingkas sebegitu sekali kepada cadangan itu. Sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya peka dan peduli kepada elemen-elemen keMelayuan, sejarah, rupadiri dan juga memahami sentimen mengenai nama itu.

Lagi pun partinya adalah parti yang berjuang atas nama Melayu, kepentingan Melayu. Kalau perkara sekecil itu pun tidak dapat dipertahankan apalah hendak diharap kepada perkara yang lebih besar lagi.

Saya nak sebut dalam soal menjaga budaya, mempertahan budaya ataupun menyelitkan unsur-unsur budaya dan bahasa, orang Cina lebih peka berbanding dengan orang Melayu. Perhati saja kepada tulisan Cina dipapan-papan tanda. Walaupun sebesar mana tulisan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina tetap diselitkan di mana-mana sudut. Inilah kaum yang mementingkan kepada budaya dan citarasa mereka sendiri.

Terlanjur menyebut hal ini saya kagum dengan sikap Karpal Singh seorang sikh tetapi menghormati tulisan jawi. Dalam satu kad perniaga beliau yang diberikan kepada saya tercatat namanya dalam tulisan jawi. Apakah tindakan Karpal ini sebagai memerli orang Melayu atau memang dia merasakan tulisan jawi itu ada estitikanya tersendiri.

Berlainan dengan orang Melayu, nama yang sudah ada pun dicabut dan ditohok diganti dengan nama Inggeris yang menjadi kebanggaannya. Sebab itu saya katakan corak pentadbiran seseorang pemimpin ke atas negaranya bergantung atau dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya.

Kalau dia berpendidikan barat maka budaya baratlah yang dibawa dalam kehidupan dan gaya kepimpinannya. Kalau pendidikannya sekular maka sekularlah juga sistem yang digemarinya. Kalau dia berpendidikan budaya Arab Islam maka gaya dan corak itulah yang akan dilaksanakan. Pengaruh pendidikan dan ilmu besar sekali ke atas seseorang manusia.

Saya rasa Najib jangan sangat ghairah melakukan apa-apa tranformasi sehingga boleh mengikiskan budaya bangsa sendiri. Orang berkedudukan seperti beliau boleh melalukan apa saja kerana kuasa. Dan kalau beliau melakukan tidak ada siapa yang akan membantahnya, terutama orang Umno kerana mereka kebanyakannya berajakan kepada Najib. Siapa orang Umno yang berani membantah Najib?

Mungkin orang Umno akan mengatakan perkara itu remeh, apalah yang ada kepada nama. Tetapi kena ingat sesuatu yang besar itu bermula daripada perkara remeh. Bukan itu saja kalau perkara sekecil soal nama itu pun tidak boleh dipertahankan macam mana Najib dan Umno hendak mempertankan perkara-perkara lebih besar dari itu. Benarlah juga kata budak-budak Umno menjaul Melayu dan menjual negara.

Akhirnya selamat pagi kepada Najib bukan selamat hari raya di atas tindakan menukar nama Melayu kepada Inggeris itu. Titik tidak bernokhtah!

http://msomelayu.blogspot.com

Pasai apa penyu menangis lagi... haha...

0 org komen
UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan, 31 Ogos 1957

Sejarah tidak boleh menipu watak dan kejadian sesautu peristiwa. Yang menipu sejarah, watak dan kejadian ialah UMNO dizaman penjajahan British memerintah "Tanah Melayu sebelum 1957.

UMNO hanya lahir untuk kepentingan BRITISH bersama petualang bangsa sendiri. UMNO dan kerajaan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional telah menipu dan memutar belit sejarah dan pejuang bangsa Melayu yang sebenar.

Mungkin Ahli sejarah memahat dan menulis perkara yang sebenar terjadi sebelum tahun 1957. Atau ahli sejarah yang yang menulis menjadi penulis upahan demi kepentingan peribadi dan perut masing masing.

UMNO punca menipu sejarah pejuang yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari kerajaan British. UMNO HANYA MENJADI PAK TURUT DAN MENAMBIL KESEMPATAN KEBANGKITAN ANAK ANAK MELAYU YANG TULEN DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.

Lihat perjuangan Pak Sako, Boestaman, Mat Kilau, Dato Bahaman, Ulama Rahman Limbong, Tok Ku Paloh, dan puluhan yang lain semuanya berjuang menentang British.

UMNO hanya lahir selepas berlaku pra kemerdekaan, dan lahir selepas kematian orang melayu dibunuh oleh bangsa sendiri dengan kerjasama British.

Hakikatnya selepas dikatakan "merdeka dari penjajah", UMNO bermual dengan "perikatan" dan sekarang "Barisan Nasional" dengan nama UMNO yang dikatakan keramat telah dan bermual menghapuskan indentiti bangas Melayu dan kepentingan kaum Melayu dengan berbagai cara dan bentuk .

*****uh Bahasa Melayu dan tulisan jawi "dirogol dan diperkosa" oleh UMNO yang bangsat .Tanah milik Melayu dirampas atas nama pembangunan oleh badan kerajaan BN/UMNO.

Sekarang bangsa melayu dan keistimewaan Melayu sudah tiada, malah kaum Melayu menjadi pelarian dinegara sendiri. Itulah kerja BN/UMNO oleh orang melayu sendiri.

Tahun 1957 0GOS 31 bermulanya bangsa Melayu menangis dan menderita secara terang dan secara putar belit oleh pemimpin yang bernama UMNO.

UMNO ADALAH PENGKHIANAT BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU. ANDA LIHAT APA YANG APA TELAH BERLAKU DAN APA YANG BERLAKU SEKARANG. "PENYU MENANGIS LAGI" "

Mati di riba rakan

0 org komen
BINTULU: “Pilu hati saya apabila melihat sendiri bagaimana dia dirempuh sebuah kereta sebelum digilis pula bas ekspres. Saya sempat memangku dan mengajarnya mengucap kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.”

Demikian kata Nizam Isyak, 26, ketika menceritakan kemalangan yang meragut nyawa rakan baiknya Mohammad Yusuf Sukarno, 24, dalam kejadian langgar lari di Kilometer 5, Jalan Tatau-Bintulu, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa dan Nizam serta seorang lagi rakan yang menunggang motosikal berasingan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kampung Baru, Spaoh di Saratok, sebelum mangsa dirempuh kereta Toyota Vios dari arah bertentangan, kira-kira jam 11 pagi. Nizam berkata, dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari arah belakang dan terus memberhentikan motosikal sebelum melihat arwah terbaring di atas jalan raya.

“Saya lihat arwah cuba bangun semula, tetapi tiba-tiba sebuah bas yang datang dari arah belakang gagal mengelak sebelum merempuh dan menggilis tubuhnya.

“Saya segera berpatah balik dan mendapatkannya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah yang keluar dari mulut dan telinga serta terus memangkunya dan mendapati dia sudah ‘tiada’,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di tempat kejadian.

Menurutnya, mereka bertiga bekerja sebagai pemasang sistem pendawaian di Bintulu dan sebelum bertolak pulang ke kampung kira-kira jam 9 pagi semalam, arwah ada berpesan supaya mereka tidak menunggang dengan laju atau bersaing bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Malah, arwah juga tidak mahu kami mengikuti dalam jarak dekat antara satu sama lain kerana boleh mendedahkan mereka kepada kemalangan ketika menunggang motosikal.

“Apa yang paling saya tidak dapat lupakan, arwah mengakui memang tidak sabar hendak pulang ke kampung kerana sudah lama tidak bertemu ibu dan bapanya selain mahu membuat persiapan akhir menyambut Aidilfitri,” katanya sebak.

Difahamkan, motosikal mangsa dirempuh Toyota Vios berwarna perak dan datang dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Kenderaan terbabit dipercayai dipandu laju kerana sedang menuruni laluan berbukit ketika memotong menyebabkan secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggangi mangsa yang kemudian terpelanting di tengah jalan raya.

Sementara itu, jurucakap dari Balai Polis Tatau mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kes langgar lari dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasatan sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Memang layak Umno di'carut'kan... kahkahkah...

0 org komen
Laporkan kes Mat Sabu kepada SPRM!

Oleh Penarik Beca
Dalam berita bertajuk "Didakwa hina pejuang, Mat Sabu mahu teliti rakaman ceramah," The Malaysian Insider hari ini melaporkan:

Bagaimanapun dalam rakaman video ceramah itu, The Malaysian Insider mendapati Mohamad langsung tidak menyebut apa-apa tentang Goh sebaliknya hanya menegaskan Muhhammad Indera adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya

Cerita sejarah kita banyak yang tidak kena, bukan kepung polis itu polis British, askar Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat (Muhammad) Indera, Melayu tetapi semua sejarah ditutup

Jins Shamsuddin buat filem, dia tu Umno, cerita Bukit Kepong, askar Bukit Kepong ditahan polis British sebab sebelum kemerdekaan negara diperintah oleh British,” katanya

Tambah beliau: “Tapi dalam filem askar itu pengganas, padahal Mat Indera ketua balai polis dan akhirnya dia dihukum gantung.” 

Jelas Mohamad, peristiwa sama turut berulang kepada Tok Janggut di Kelantan yang dianggap pengganas kerana menentang British

Tok Janggut lawan British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia (British) hasut Sultan Kelantan untuk isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka

Bila isytihar Tok Janggut penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan,” katanya

Dalam ceramahnya itu beliau menyifatkan semua sejarah tentang kemerdekaan negara adalah bohong

British dikatakan pejuang kemerdekaan, siapa pegawai British? Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman

Yang lawan British jadi pengganas,” katanya.

Kalau setakat itu saja yang Mat Sabu kata, tak dan dengar lagi saya dah sokong dah. Kalau Umno pandai sangat sejarah dan tak buta sejarah, tolong bagi tau ada dak orang Umno yang dipenjarakan oleh penjajah British kerana memperjuangkan kemerdekaan?

Untuk makluman, soalan itu pernah ditanya dalam Dewan Rakyat, sekoq Umno pun tak berani jawab. Konon Umno pejuang kemerdekaan! Nak termuntah aku dengar! Cakap macam bagus sangat, menipu tak habis-habis!

Siapa terima kemerdekaan bersyarat? Parti pengkhianat mana yang terima dasar jus soli?

Dulu kerana nak sangat pintas orang lain supaya bukan orang lain yang mendapatkan kemerdekaan, sanggup khianati bangsa dan terima jus soli. Sekarang, kerana nak terus perintah dan boleh terus merembat harta negara, sanggup kutip pendatang asing sebagai pengundi. Memang dasar pengkhianat bangsa dan negara yang sangat kurang ajar.

Sebelum hampa cakap bab bangsa, negara atau sejarah, baik aku carut hampa siap-siap!

Dalam berita bertajuk "Explain Mat Sabu's claim, CM told" pula, NST 27/8/11 melaporkan:

KEPALA BATAS: The state government has been urged to explain why Pas deputy president Mohamad Sabu, better known as Mat Sabu, made a medical claim from Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) for an injury he sustained during last month's Bersih 2.0 demonstration

Umno information chief Datuk Seri Reezal Merican said yesterday they had evidence that Mat Sabu had claimed RM8,434.05 for his medical bills

"The amount needs to be investigated as the actual bill only amounted to RM5,060.54 for his three-day stay at KPJ Selangor Specialist Hospital

"But PBAPP reimbursed Mat Sabu the amount he had claimed. As PBAPP chairman, Lim Guan Eng should explain what the additional RM3,373.50 was for.

Mat Sabu had met with a motorcycle accident during the demonstration

He was subsequently admitted to KPJ Specialist Hospital for three days from July 15 to 18 where he had surgery on his right knee.

Biasanya saya tak ambik pot sangat apa Reezal kata. Saya banyak dengar cerita fasal dia dari saudara mara dia sendiri. Sebab itu saya tak ambik pot apa dia buat dan apa dia kata sebab saya langsung tak hormat dan tak percaya kat dia.

Tapi oleh kerana apa yang Reezal bangkitkan itu boleh jadi kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya harap beliau atau mana-mana Umno laporkan kepada SPRM. Walaupun Umno biasanya jahat dan khianat, tetapi kalau dia lawan benda tak betul dan laporkan pula kepada SPRM, saya sokong dia lawan benda tak betul.

Macam jugak bila Umno lawan kes murtad. Saya sokong. Tak kisahlah kalau saya anggap Umno sama ja taraf dia dengan puak ajaran bukan Islam yang kononnya dia nak lawan tu. Bab macam mana saya pandang Umno, tak kira la saya pandang Umno sama ja macam Zionis ka, apa menatang ka, itu bab lain. Tapi kalau dia lawan murtad, walaupun berlakon lawan murtad, itu saya sokong. Kurang-kurang pun, nak juga dia berlakon lawan murtad.

Begitulah jugak bila Umno menentang apa yang dia kata amalan korup, takkan kita nak lawan. Tak kisahlah walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menganugerahkan Umno dengan gelaran parti perasuah. Si perasuah tidak gugur kelayakannya nak lawan amalan korup.

Tunggu apa lagi Reezal? Pi la lapor kat SPRM! Harap-harap Mat Sabu atau Lim Guan Eng bersedia mati ditolak jatuh dari bangunan.

Ketuanan Melayu kepala bana apa lagu ni?

0 org komen
Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

Oleh Mohd Sayuti Omar

DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Puduraya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah.

Kalau dia seorang Melayu tulen sudah pasti dia akan mempertahankan nama lama yang lebih sesuai dan tepat dengan negara ini yang dihebuhkan sebagai negara berketunaan Melayu. Puduraya menunjukkan Pudu (hentian) yang besar dan lengkap. Nama Puduraya itu lebih lagi sesuai dengan kecanggihan dan kelengkapan yang disediakan setelah diubahsuai.

Kata Najib dalam mengulas kehebatan Puduraya itu ianya seperti sebuah lapangan terbang. Nah, makin sesuai sangat kalau nama Puduraya dikekalkan kerana orang Melayu khasnya boleh berbangga dengan nama itu. Kalau ditukar kepada Pudu Central ia tidak mempunyai apa-apa elemen keMelayuan lagi.

Najib sendiri juga tidak perlu bingkas sebegitu sekali kepada cadangan itu. Sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya peka dan peduli kepada elemen-elemen keMelayuan, sejarah, rupadiri dan juga memahami sentimen mengenai nama itu.

Lagi pun partinya adalah parti yang berjuang atas nama Melayu, kepentingan Melayu. Kalau perkara sekecil itu pun tidak dapat dipertahankan apalah hendak diharap kepada perkara yang lebih besar lagi.

Saya nak sebut dalam soal menjaga budaya, mempertahan budaya ataupun menyelitkan unsur-unsur budaya dan bahasa, orang Cina lebih peka berbanding dengan orang Melayu. Perhati saja kepada tulisan Cina dipapan-papan tanda. Walaupun sebesar mana tulisan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina tetap diselitkan di mana-mana sudut. Inilah kaum yang mementingkan kepada budaya dan citarasa mereka sendiri.

Terlanjur menyebut hal ini saya kagum dengan sikap Karpal Singh seorang sikh tetapi menghormati tulisan jawi. Dalam satu kad perniaga beliau yang diberikan kepada saya tercatat namanya dalam tulisan jawi. Apakah tindakan Karpal ini sebagai memerli orang Melayu atau memang dia merasakan tulisan jawi itu ada estitikanya tersendiri.

Berlainan dengan orang Melayu, nama yang sudah ada pun dicabut dan ditohok diganti dengan nama Inggeris yang menjadi kebanggaannya. Sebab itu saya katakan corak pentadbiran seseorang pemimpin ke atas negaranya bergantung atau dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya.

Kalau dia berpendidikan barat maka budaya baratlah yang dibawa dalam kehidupan dan gaya kepimpinannya. Kalau pendidikannya sekular maka sekularlah juga sistem yang digemarinya. Kalau dia berpendidikan budaya Arab Islam maka gaya dan corak itulah yang akan dilaksanakan. Pengaruh pendidikan dan ilmu besar sekali ke atas seseorang manusia.

Saya rasa Najib jangan sangat ghairah melakukan apa-apa tranformasi sehingga boleh mengikiskan budaya bangsa sendiri. Orang berkedudukan seperti beliau boleh melalukan apa saja kerana kuasa. Dan kalau beliau melakukan tidak ada siapa yang akan membantahnya, terutama orang Umno kerana mereka kebanyakannya berajakan kepada Najib. Siapa orang Umno yang berani membantah Najib?

Mungkin orang Umno akan mengatakan perkara itu remeh, apalah yang ada kepada nama. Tetapi kena ingat sesuatu yang besar itu bermula daripada perkara remeh. Bukan itu saja kalau perkara sekecil soal nama itu pun tidak boleh dipertahankan macam mana Najib dan Umno hendak mempertankan perkara-perkara lebih besar dari itu. Benarlah juga kata budak-budak Umno menjaul Melayu dan menjual negara.

Akhirnya selamat pagi kepada Najib bukan selamat hari raya di atas tindakan menukar nama Melayu kepada Inggeris itu. Titik tidak bernokhtah!

http://msomelayu.blogspot.com

Azmil Mustafa dah kena getah...

0 org komen
Polis akan ambil tindakan terhadap Azmil

SHAH ALAM – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Azmil.

“Saya tidak boleh beritahu tindakan yang akan kita ambil selepas ini. Sampai masanya, kita akan ambil tindakan ikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Azmil didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah di hadapan 300 jemaah. - SH

Dah pulak dahh... haha...

1 org komen
Che Rosli: Saya tak langgar dasar PAS, tak sokong Lynas

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, “seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja.”

“Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis,” kata bekas pensyarah sains nuklear kepada The Malaysian Insider.

Malangnya tegas Che Rosli, beliau telah diatribut sebagai wakil PAS — “Ahli Parlimen PAS” sehingga membawa kepada kontroversi sekarang.

“Bila saya disebutkan sebagai Ahli Parlimen PAS, maka ia menjadi kontroversi,” kata beliau.

“Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas,” katanya dengan merujuk kepada pandangannya bahawa hanya memberikan cadangan bagaimana sisa buangan loji Lynas boleh diuruskan.

“Sekarang sudah jadi isu kontroversi,” kata beliau yang bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi,” kata wakil rakyat ini sambil menambah, “saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan.”

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan dipanggil ke ibu pejabat parti pada minggu kedua bulan depan.

Majlis fatwa pun depa tak heran, inikan pulak ulama picisan... haha...

0 org komen

Kalau Majlis Fatwa pun Umno tak endah, lu fikirlah sendiri

Nur Muhammad
Seperti program Debat Ilmiah yang lalu, debat bertajuk “Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti ?” juga telah  mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Dianggarkan 500 orang telah menyaksikan debat yang membariskan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Fathul Bari Mat Jahaya, Ulama Muda Umno. Program anjuran Karangkraf diadakan pada Rabu 24 Ogos di Auditorium kompleks Kumpulan Media karangkraf Shah Alam. Moderatornya ialah Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Syabas dan tahniah pada penganjur, Moderator yang profesional dan adil serta Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu tenang, mantap dan bersahaja dalam penyampaiannya. Audiens dapat merasakan keikhlasan dari setiap pandangan serta jawapan beliau!

Hujjah dari Mufti Perak bagaimanapun menyedihkan. Nampak jelas betapa Ulama Kerajaan Pusat/ Perak ini mengutamakan bangsa Melayu dengan alasan Melayu merujuk Islam. Di pentas ini pun beliau masih lagi mengungkit isu UG dan menyalahkan TGNA kerana menolak rujuk pada Umno. Justru-sesuailah jika dikatakan bahawa ulama untuk bangsa?

Mendengar gesaan Mufti Perak supaya melayu PAS dan Umno bersatu (disaat kejatuhan Umno) membuat saya merasakan seolah mendengar ucapan dari Presiden PERKASA.....bukan ulama, bukan seorang mufti!

Begitu juga saya jadinya tertanya-tanya, apakah Tan Sri Harussani pernah membuat gesaan yang sama pada Umno berrkait jalinan Umno bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti non-muslim dalam BN? Ataukah gesaan itu hanya khusus buat PAS- DAP?

Bagi Ulama Muda umno pula- saya ingin ucapkan takziah! Setelah lebih 50 tahun Umno berkuasa dalam kerajaan pusat, dengan barisan menterinya, para mufti dan pengarah majlis agamanya, dengan menteri agamanya- Umno masih lagi tidak berubah. Sebaliknya- kebejatan makin menjadi-jadi. Jika seorang senior seperti Tan Sri harussani yang puluhan tahun berpengalaman sebagai mufti pun- tidak diendahkan nasihatnya, maka apalah yang diharapkan oleh Ulama Muda seperti Fathul?

Seperti yang dipersoalkan oleh seorang muslimat- Fathul nak tunggu berapa lama lagi, untuk menjalankan dakwah pada pimpinan Umno supaya kembali amanah pada tanggungjawab terhadap rakyat? Sementara Ulama Muda Umno bereksperimen dengan usaha dakwah langsungnya itu- cuba bayangkan berapa banyak lagi kemusnahan aqidah, sosial,politik dan ekonomi yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Begitu juga- alasan-alasan lemah Ulama Muda Umno ini- yang menekankan perlunya rakyat bersabar dan mendoakan perubahan bagi pemimpin Umno, serta perlunya pendekatan nasihat secara langsung, tanpa mengaibkan pemimpin Umno membuatkan kita terasa benar ketidakmatangannya. Sejujurnya- siapakah yang mampu bertemu selalu dan menasihati pimpinan Umno khususnya PM dan TPM? Siapakah pula yang diiktiraf peranannya sebagai Penasihat yang akan didengar nasihatnya? Seperti kata Dato Tuan Ibrahim Tuan man, kalau nasihat mufti dan fatwa majlis fatwa pun ditolak...lu fikirlah sendiri!

Kita merasa keciwa melihat betapa bersungguh Fathul mempertahankan pimpinan Umno sehingga melupakankeadilan Islam dimana rakyat mempunyai hak ke atas pemimpin.Sebagai seorang ulama muda Umno, adakah rakyat dianggap robot atau patung tak bernyawa yang boleh menjadi barang permainan pemimpin Umno? Siapakah yang akan membela nasib rakyat yang dinafikan hak untuk mendapat keadilan pemerintah? Hak untuk mendapat kerajaan yang amanah, adil dan telus?

Akhirnya, kita ingin bertanya Ulama Muda Fathul.... adakah beliau masuk ke dalam Umno, menjadi Ulama Muda Umno untuk dakwah? Atau untuk cari makan? (carma)

Fikir-fikirkan dengan iman.....moga ketemu jawapan yang jujur di penghujung Ramadhan Al Mubarak ini.

Memang aku sokong Mat Sabu

0 org komen
Kalau ada yang nak kata aku ni peminat dan penyokong Mat Sabu pun kata laa... memang betoi pun... haha... Mat Sabu ni simple ja, jenih orang Melayu kampung. Cara dia bagi ceramah macam la ngan kita dok sembang ngan dia dalam kedai kopi, orang senang paham. Tu yang ramai orang suka, bukan aku sorang saja...

Tapi sejak dia menang sebagai Timbalan Presiden Pas nih, lagi hebat serangan fitnah kat dia. Bukan kata dulu ni tak dak, dulu pun berlambak fitnah tapi la ni lagi banyak. Terutama sekali sejak Umno pi ambik Yahudi APCO sebagai penasihat, tak habis-habis media2 talibarut Umno buat fitnah dekat dia...

Terbaru kononnya Mat Sabu sokong komunis yang serang balai Polis Bukit Kepong. Besa la, mana ada akhbar lain selain Utusan Meloya... akhbar penipu dan pemutar belit nombor satu dalam 1Malaysia. Kalau kita teliti balik apa yang Mat Sabu kata dalam video ceramah hari tu, jelaih beberapa perkara yang dilapor oleh media pecacai Yahudi APCO tu langsung tak disebut oleh Mat Sabu.

Mana ada Mat Sabu kata dia sokong perjuangan Komunis, padahal sepatah perkataan 'komunis' pun Mat Sabu tak sebut. Mana ada kononnya Mat Sabu sokong kezaliman yang dibuat oleh komunis terhadap mangsa... pun langsung tak dak Mat Sabu sebut pun. Mana ada kononnya Mat Sabu kata dia tak bersimpati langsung pada keluarga mangsa pembunuhan Bukit Kepong. Tak dak langsung disebutnya...

Apa yang Mat Sabu dok cerita ialah sejarah Bukit Kepong tu tak betoi, lari dari cerita sebenaqnya.

Ikut versi Mat Sabu, ketua penyerang Bukit Kepong ialah Mat Indera seorang pejuang Melayu yang berjuang membebaskan negara dari penjajahan British. Maknanya apa yang difahamkan dari kenyataan Mat Sabu itu ialah penyerangnya bukan komunis (seperti yang digambarkan dalam filem) tapi Mat Indera. Dia tak sebutlah 'bukan komunis' tu, tapi itulah maksudnya bagi orang yang faham Bahasa Melayu.

Polis tu pulak adalah pegawai penjajah British, bukannya pejuang kemerdekaan seperti Mat Kilau, Tok janggut, Tok Dahaman dan sebagainya. Sebab itu mereka bukan pahlawan kerana mereka berada di pihak penjajah British. Soal mereka 'dizalimi' oleh penyerang bukan hujah untuk mengatakan pegawai penjajah British geng baik dan puak Mat Indera yang menentang penjajahan British geng jahat. Itu sejarah versi Mat Sabu hasil kajiannya. Mungkin ia berbeza dengan sejarah yang ditulis Umno, kononnya yang serang tu ialah komunis bukan Mat Indera.

Umno boleh kata Mat Sabu buta sejarah dan Mat Sabu jugak boleh kata Umno pun buta sejarah, masing-masing dengan sumber maklumat yang diperolehi masing-masing dan bagaimana mempercayainya. Ikut suka depa nak percaya mana satu, sebab memasing bukan tengok depan mata. yang kita tengok semua tu filem ciptaan Jins Samsudin seorang ahli Umno.

Yang penting ialah Mat Sabu tak kata. Tak sebut sepatah pun kononnya komunis di pihak yang baik dan betul. Itu semua putaq belit media pecacai Umno.

Anak ayam betoi... kahkahkah...

0 org komen
Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga Anggota Parlimen Tanjung Karang bersama-sama menolong membungkus ayam yang akan diberikan kepada penduduk kampung Seri Tiram Jaya sempena Hari Raya di Tanjung Karang, Ahad. - foto BERNAMA

Tak dak apa, sekadar fakta jaa... kahkahkah...

1 org komen
Nama saja badak ayaq tapi sebenaqnya badak ayaq tak boleh berenang dalam ayaq tapi depa boleh berjalan dalam ayaq... hihi...

Majlis fatwa pun depa tak heran, inikan pulak ulama picisan... haha...

0 org komen
Kalau Majlis Fatwa pun Umno tak endah, lu fikirlah sendiri

Nur Muhammad
Seperti program Debat Ilmiah yang lalu, debat bertajuk “Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti ?” juga telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Dianggarkan 500 orang telah menyaksikan debat yang membariskan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Fathul Bari Mat Jahaya, Ulama Muda Umno. Program anjuran Karangkraf diadakan pada Rabu 24 Ogos di Auditorium kompleks Kumpulan Media karangkraf Shah Alam. Moderatornya ialah Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Syabas dan tahniah pada penganjur, Moderator yang profesional dan adil serta Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu tenang, mantap dan bersahaja dalam penyampaiannya. Audiens dapat merasakan keikhlasan dari setiap pandangan serta jawapan beliau!

Hujjah dari Mufti Perak bagaimanapun menyedihkan. Nampak jelas betapa Ulama Kerajaan Pusat/ Perak ini mengutamakan bangsa Melayu dengan alasan Melayu merujuk Islam. Di pentas ini pun beliau masih lagi mengungkit isu UG dan menyalahkan TGNA kerana menolak rujuk pada Umno. Justru-sesuailah jika dikatakan bahawa ulama untuk bangsa?

Mendengar gesaan Mufti Perak supaya melayu PAS dan Umno bersatu (disaat kejatuhan Umno) membuat saya merasakan seolah mendengar ucapan dari Presiden PERKASA.....bukan ulama, bukan seorang mufti!

Begitu juga saya jadinya tertanya-tanya, apakah Tan Sri Harussani pernah membuat gesaan yang sama pada Umno berrkait jalinan Umno bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti non-muslim dalam BN? Ataukah gesaan itu hanya khusus buat PAS- DAP?

Bagi Ulama Muda umno pula- saya ingin ucapkan takziah! Setelah lebih 50 tahun Umno berkuasa dalam kerajaan pusat, dengan barisan menterinya, para mufti dan pengarah majlis agamanya, dengan menteri agamanya- Umno masih lagi tidak berubah. Sebaliknya- kebejatan makin menjadi-jadi. Jika seorang senior seperti Tan Sri harussani yang puluhan tahun berpengalaman sebagai mufti pun- tidak diendahkan nasihatnya, maka apalah yang diharapkan oleh Ulama Muda seperti Fathul?

Seperti yang dipersoalkan oleh seorang muslimat- Fathul nak tunggu berapa lama lagi, untuk menjalankan dakwah pada pimpinan Umno supaya kembali amanah pada tanggungjawab terhadap rakyat? Sementara Ulama Muda Umno bereksperimen dengan usaha dakwah langsungnya itu- cuba bayangkan berapa banyak lagi kemusnahan aqidah, sosial,politik dan ekonomi yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Begitu juga- alasan-alasan lemah Ulama Muda Umno ini- yang menekankan perlunya rakyat bersabar dan mendoakan perubahan bagi pemimpin Umno, serta perlunya pendekatan nasihat secara langsung, tanpa mengaibkan pemimpin Umno membuatkan kita terasa benar ketidakmatangannya. Sejujurnya- siapakah yang mampu bertemu selalu dan menasihati pimpinan Umno khususnya PM dan TPM? Siapakah pula yang diiktiraf peranannya sebagai Penasihat yang akan didengar nasihatnya? Seperti kata Dato Tuan Ibrahim Tuan man, kalau nasihat mufti dan fatwa majlis fatwa pun ditolak...lu fikirlah sendiri!

Kita merasa keciwa melihat betapa bersungguh Fathul mempertahankan pimpinan Umno sehingga melupakankeadilan Islam dimana rakyat mempunyai hak ke atas pemimpin.Sebagai seorang ulama muda Umno, adakah rakyat dianggap robot atau patung tak bernyawa yang boleh menjadi barang permainan pemimpin Umno? Siapakah yang akan membela nasib rakyat yang dinafikan hak untuk mendapat keadilan pemerintah? Hak untuk mendapat kerajaan yang amanah, adil dan telus?

Akhirnya, kita ingin bertanya Ulama Muda Fathul.... adakah beliau masuk ke dalam Umno, menjadi Ulama Muda Umno untuk dakwah? Atau untuk cari makan? (carma)

Fikir-fikirkan dengan iman.....moga ketemu jawapan yang jujur di penghujung Ramadhan Al Mubarak ini.

Apa hal ni? PBA tanggung rawatan Mat Sabu?

2 org komen
Guan Eng Dituntut Perjelas Dakwaan PBA Tanggung Bil Rawatan Mat Sabu

PETALING JAYA: Kerajaan DAP Plau Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.- mStar

Dah la jahil, khianat pulak tue...

0 org komen
Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.

Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

Sunday, August 28

Jom kita tilik kepala Najib sat...

1 org komen
‘Membaca’ Najib menjelang PRU13

Oleh ZAMSHA

AWAS! Ketika semakin ramai yang beranggapan PM Najib Razak kian lemah dan tertekan, beliau sebenarnya sedang menyusun strategi ampuh bagi membolehkan tangannya terus bergayut di dahan kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Najib tentunya tidak mahu menyalin nasib yang menimpa Khir Toyo; daripada seorang Menteri Besar yang paling bergaya bertukar status 360 darjah, menjadi Ketua Pembangkang dan kini hanya menjadi Adun biasa.

Pembedahan lutut yang sedang dijalaninya sekarang ini di Hospital Kuala Lumpur (ketika rencana ini sedang ditulis) merupakan satu isyarat jelas. Beliau akan kembali ke tengah padang politik tanah air dengan lutut yang lebih bertenaga untuk “menendang” sesiapa sahaja yang difikirkan wajar oleh beliau untuk ditendang.

Semua pihak harus berawas dan pesanan ini tidak terkecuali ditujukan kepada orang nombor dua; Muhyiddin Yassin. Segera ikrar dan zahirkan setia, atau hanya menghitung masa untuk menjadi tokoh terbuang seperti yang pernah menimpa Timbalan Perdana Menteri @ Timbalan Presiden Umno sebelum ini seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.

Percayalah dengan lutut yang lebih bertenaga, Najib bukan sahaja boleh mengambil sepakan penalti dalam acara futsal tetapi beliau juga mampu memanfaatkan untuk kepentingan politik beliau. Najib akan bergerak lebih selesa untuk merancang strategi politiknya.

Harus diingat Najib bukanlah begitu naïf untuk disingkir sesuka hati. Najib sudah mula mengorak langkah. Dua buah negeri paling utara iaitu Perlis dan Kedah sudah dikunjungi Najib dalam gerak awal beliau untuk memukul gendang pilihan raya umum.

Bagi memudahkan pergerakan menjelajah ke seluruh negara untuk mencari sokongan di peringkat akar umbi, Najib sekali memerlukan lutut yang sihat bagi melancarkan kembara politiknya.

Tradisi menjelajah ke seluruh negara oleh Perdana Menteri @ Presiden Umno sebelum ini bagi meninjau sokongan rakyat sebelum PRU dijelmakan diteruskan oleh Najib dengan penuh semangat dan iltizam.

Sepasang lutut yang sihat akan memudahkan segala-galanya. Lawatan ke negeri-negeri ini juga dikira sebagai acara pusingan akhir sebelum beliau mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Cakap-cakap umum pergeseran fikrah antara Najib dan timbalannya merupakan satu perkara yang tidak boleh diremehkan begitu sahaja. Pergeseran itu mungkin ada benarnya dan mungkin juga sebuah lagi filem pendek yang diarahkan oleh Najib dan dilakonkan sendiri oleh beliau dan timbalannya.

Gagasan 1-Malaysia yang dibawa Najib didakwa oleh banyak orang cuba diperkecilkan oleh Muhyiddin yang khabarnya lebih mendahulukan Melayu. Atau, mungkinkah imej yang sedang disarung Muhyiddin sekarang merupakan persefahaman belakang tabir antara Najib dengan Muhyidin bagi menjamin undi Melayu tetap di karung Barisan Nasional? Percaturannya kira-kira begini.

Najib akan ditempa sebagai pembela nasib semua bangsa bagi menjamin undi kaum bukan Melayu tetap berpihak kepada BN.

Sementara Muhyiddin sengaja dibiarkan berwatak ultra Melayu bagi memastikan undi Melayu tidak lari dan terus bertompok pada BN.

Baju yang sama juga sedang disarung oleh Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang dilihat cenderung kepada perjuangan para pelajar dalam beberapa isu kontroversi yang melibatkan pelajar. Bukanlah satu perkara yang mustahil apabila watakwatak seperti dimainkan oleh Saifuddin sengaja dicipta Umno dan BN bagi memperlihatkan kepada masyarakat umum dan bakal pengundi khususnya, betapa masih berbaki pemimpin Umno BN yang terus menyanjung ideaidea yang diperjuangkan rakyat.

Sikap Saifudin amat kontra sifatnya dengan Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin. Maka di sini, sewajarnya tidak ada manamana pihak yang terperangkap dengan permainan licik mereka ini.

Dalam kes Saifuddin misalnya, tanpa restu pimpinan tertinggi, dalam parti yang tidak begitu tinggi darjah demokrasinya seperti Umno, sudah lama rasanya beliau akan berhadapan dengan Lembaga Tatatertib jika dilihat seseorang itu berkayuh menongkah arus. Begitu jugalah dengan idea yang berbeza yang cuba ditonjolkan oleh Muhyiddin.

Terbaharu, sekarang ini boleh dilihat di mana-mana sahaja bergayut kain rentang yang meminta warga asing mendaftar dalam satu kempen yang diberikan nama sebagai pemutihan. Hampir pada setiap simpang dan lokasi strategik digayut kain rentang tersebut. Yang berwarna kuning pun ada.

Sekali lagi program yang digerakkan secara besar-besaran ini menuntut semua pihak untuk berfikir. Apakah ada cerita lain yang sedang bersarang dalam fikiran para pemimpin Umno dan BN sewaktu menganjurkan gerakan proses pemutihan yang berskala besar-besaran ini?

Satu persoalan yang memerlukan satu jawapan yang jujur, mengapakah gerakan pemutihan ini dilaksanakan sekarang ketika saat PRU ke- 13 semakin hampir? Lebih menimbulkan tanda tanya, ialah kewujudan perkataan “pendaftaran pemutihan secara biometrik” pada kain rentang tersebut.

Apakah perkataan biometrik yang terpampang pada kain rentang pemutihan itu sama atau mempunyai hubung kait dengan perkataan “biometrik” yang mahu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihanraya akan datang?

Apakah kemunculan perkataan “biometrik” di dua tempat yang berbeza hanyalah satu kebetulan atau memang ada perencanaan baharu yang tidak diketahui umum? Segalanya mungkin ya, dan mungkin tidak.

Segala kemungkinan yang menjadi persoalan itu tidak mustahil benar-benar berlaku dan ceritanya seakan beriringan dengan operasi pemindahan pengundi termasuk pendatang tanpa izin yang berlaku di Selangor sebagaimana didedahkan Harakah satu ketika dahulu.

Najib tanpa segan-silu kelihatan beriya-iya untuk menawan negeri yang mempunyai lubuk kekayaan, iaitu Selangor dengan apa cara sekalipun.

Negeri itu mempunyai segalagalanya yang membuatkan ramai saudagar-saudagar kroni yang sering meleleh air liur setiap kali bermimpi di waktu malam.

Salah satu cara yang mudah ialah dengan mewujudkan satu “perjanjian persefahaman” dengan pihak yang dipertanggungjawab menguruskan hal ehwal pilihan raya.

Semua ini barangkali sudah disimpan dalam poket para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Hal ini perlu diberikan perhatian serius dan ditangani dengan bijak.

Jika tidak sejarah pemerintahan Terengganu selama hanya satu penggal cerah berulang semula di Selangor. Benar Umno dan BN sekarang ini bukanlah berada di posisi yang paling kuat untuk mempertahankan kerusi dan kedudukan mereka.

Namun ini tidak bermakna mereka hanya berpeluk tubuh menyerahkan diri pada ketentuan takdir. Najib sendiri pernah mengungkapkan tekadnya bagi merampas semula Selangor dengan apa cara sekalipun.

Jika di Terengganu mereka tergiur dengan minyak yang melimpah ruah, maka di Selangor gunung emas yang menjulang tinggi sentiasa menyebabkan tidur mereka asyik terjaga.

Usaha perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat bagi mempertahankan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah pada pilihan raya akan datang.

Benar kata orang mempertahankan kemenangan merupakan satu tugas yang jauh lebih sukar daripada mendapatkannya.

Pakatan Rakyat juga perlu bersiap siaga bagi merampas semula Perak dan Terengganu.

Usaha yang berlipat kali ganda untuk mendapatkan Pahang, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah perlu diatur dengan teliti dan penuh bijaksana.

Negeri tentunya berada dalam senarai paling atas berbanding negeri-negeri lain yang kelihatan masih liat tetapi tidak mustahil untuk dilenturkan.

Jika strategi ini berjaya diurus dengan baik, maka tidak mustahil Putrajaya akan berada dalam genggaman Pakatan Rakyat. Mood rakyat sebagaimana yang diterjemahkan pada 9 Julai seharusnya sentiasa dipupuk dan dikekalkan. Ajak lebih ramai orang-orang seperti Sasterawan Negara, A. Samaid Said menyertai gerakan seperti ini. Insyallah, Putrajaya semakin hampir.

Related Posts with Thumbnails