Monday, October 31

Umno dilarang baca, cari lunyai Noh kena maki... kahkahkah...

0 org komen
Akhirnya mamat ni kena mengaku juga... Tapi korang baca dan jawab apa pasal si Lambert lari? Sapa boleh jawab soklan cepumas nih, boleh la bermalam satu kapai ngan bik mama... kahkahkah...

Sebabnya ialah banyak sangat campur tangan dari Pak Menteri... banyak pantang larang... sana sini nak kena profit... nak bagi Pak Menteri, nak bagi Umno bahagian, nak bagi pelobi projek lagi, nak bagi Umno cawangan lagi... belum siap projek, duit dah habis beratus ribu... kahkahkah...

Tak cabut lari kalu, cari tinggai bulu... kahkahkah...


***************************

Projek feedlot RM73j diakui untuk keluarga Shahrizat

Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego(rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.

Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.

Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. - Malaysiakini

Kesian laa artis kita...

0 org komen
Artis kita jadi Islamik!

KERAJAAN tidak mengambil peduli langsung sama ada artis mempunyai kesedaran tentang Islam atau tidak, malah mereka lebih suka para artis berada di dalam situasi yang ada sekarang, tegas pelakon dan pengarah drama tv, Man Kadir Shamsi atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit.Menurutnya, jika Islam itu disemai dan artis mendapat kesedaran sudah pasti Umno-BN akan tergugat dan tidak mendapat sokongan daripada golongan itu. Mereka boleh jadi Islamik

Tetapi, masyarakat artis tidak pernah didedahkan dengan agama oleh pihak yang bertanggungjawab, jika adapun, hanyalah majlis tahlil dan bacaan yassin untuk artis yang telah kembali ke Rahmatullah.

Segelintir mereka, tegasnya, dilihat hanya menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, bayar zakat fitrah malah ada yang menunaikan fardhu haji ke Makkah.

“Tetapi soal kewajipan yang lain umpamanya menutup aurat, pergaulan, pertuturan dan konsep pengkaryaan tidak didedahkan.

“Sekarang ini barulah perkara yang sedemikian mula mendapat perhatian apabila ada artis yang mula berdakwah, menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Pendakwah yang dihantar oleh kerajaan hanya sekadar menyampaikan Islam pada sambutan doa selamat atau sambutan maulid sahaja tanpa menyentuh kepada keseluruhan Islam yang sebenar kepada golongan artis.

“Umpamanya bercakap politik suku, agama suku ia tidak diterangkan dan dijelaskan kepada mereka.

Malah pemerintah tidak mahu menceritakan hal ini kerana jika mereka menjelaskan hal ini ia akan memukul diri mereka balik,” jelas Man Kadir.

Pak Jabit adalah nama popular Man Kadir setelah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid meletup tayangan. Ia diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd.

Pemikiran artis yang ada sekarang ini katanya, bukanlah seperti “ortodok” malah dengan adanya internet, facebook mampu memberi maklumat dan merangsang perubahan minda mereka.

“Jika kita seorang pengarah Islam, kita perlu tunjukkan peribadi kita sebagai Muslim yang baik dengan menunaikan tanggungjawab agama seperti solat, puasa dan seumpamanya.

“Dengan itu orang akan melihat diri kita dan insya-Allah artis yang ada akan mencontohinya apabila kita mula berdakwah kepada mereka,” ujarnya.

Man Kadir juga berharap kepada artis yang telah mula mendekati Islam dan mengamalkannya janganlah pula menghentam kepada mereka yang masih tidak sedar.

Sebaliknya pinta beliau hendaklah golongan artis yang mendekati Islam itu mengajak artis tadi dengan hikmah dan memberi contoh yang baik.

MCA hina hukum Islam pasai belajaq dari UMNO...

0 org komen

Bila tokey besaq BN si MCA hina hukum Islam, habih ulamak Umno jadi pekak dan bisu. MCA kata Hukum Islam ketinggalan zaman, Zul Nordin ngan Berahim Ali tetiba jadi baik hati...

Mana pi semangat juang yang kononnya Islam terlebih dari orang lain yang ada pada PERKASA dan ABIM?


********************************


Hudud Bawa Kemunduran

(Sumber The Star) Niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab Negara mundur dan menakutkan pelabur, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Tokong Hock Lin Gong semalam, Dr. Chua Soi Lek menekankan bahawa masyarakat bukan-Islam di negara ini akan terjejas terutamanya di bidang ekonomi & pendidikan.

"Ia mengelirukan dan satu pembohongan jika mengatakan hukum hudud tidak menjejaskan bukan-Islam.", katanya.

Beliau mengkritik DAP kerana tidak konsisten kerana parti itu tidak sokong hukum hudud tetapi sanggup membantu PAS memenangi pilihanraya dengan menyeru kaum Cina menyokong PAS.

Di majlis itu, Dr. Chua berjanji memperuntukkan RM30,000 untuk Tokong yang menyambut ulangtahun ke-20.

Di Batu Pahat, Dr. Chua berkata sistem pentadbiran kewangan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat serba kurang.

Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2010, beliau nampak sebuah GLC milik Kerajaan Selangor mengalami kerugian sebanyak RM200juta sementara Kerajaan Pulau Pinang masih belum membina rumah mampu milik untuk rakyatnya.

Polisi mesra rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat nampaknya tidak menyelesaikan apa-apa, katanya.

"Mereka memberi RM100 kepada warga emas sekali setahun dan RM100 lagi untuk membeli belah. Ini tidak menyelesaikan masalah tetapi hanya sekadar menyeronokkan hati rakyat dan sangat mengelirukan," katanya di jamuan makan Yayasan Perubatan 1MCA pada hari Khamis.

Beliau juga berkata rakyat ingin melihat perubahan dan Kerajaan mendengar maklum balas mereka.

"Perubahan yang belum berlaku ialah pada Pakatan Rakyat," katanya.

Di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, rakyat akan menyaksikan perubahan, katanya.

"Suasana ekonomi, sosial dan politik di Malaysia sedang berubah. Kita telah menarik banyak FDI untuk negara mencapai status negara berpendapatan tinggi dan lebih demokratik," katanya.

Keberanian yang luar biasa...

0 org komen
Keberanian Bob Lokman luar biasa

SATU perkembangan yang baik dalam hidup ini ialah perubahan. Perubahan mestilah ke arah kebaikan dan sebab itulah dalam Islam, peristiwa hijrah sering dijadikan ‘perayaan’ bagi mengingatkan umat manusia betapa pentingnya ‘hijrah’ atau perubahan.

Oleh sebab itu, apabila ada beberapa artis, sama ada penyanyi, pelakun, pelukis dan sebagainya, memilih untuk berhijrah dari kehidupan biasa mereka kepada keadaan yang lebih baik, sepatutnya semua pihak wajar memberi sokongan kepada golongan terpilih ini.

Tanpa perlu membariskan nama-mana mereka di sini, bagi mengelakkan ada yang tercicir, Bob Lokman adalah satu nama yang wajar dijadikan topik perbincangan.

Dia memilih untuk berhijrah ketika namanya sedang ‘meletup’ dan lakonannya sentiasa dirindui.

Malangnya, penghijrahan Bob Lokman disambut dengan pelbagai sindiran dan halangan.

Padahal, sebelum dia memilih jalan ini, sudah ada sebaris kawan-kawannya yang lebih awal berhijrah tetapi kurang menyengat, menyebabkan ‘apa yang dilalui Bob Lokman’ lebih perit daripada apa yang rakanrakan terdahulunya terima.

Bila menyentuh bab hijrah ini, kita sentiasa dapat melihat ada imam-imam yang memilih penghijrahan berani dan ada juga imam-imam yang memilih penghijrahan ‘untuk hidup lebih mewah’.

Tentu ramai yang tertarik dengan tindakan Dato’ A Samad Said kebelakangan ini. Jika ini juga boleh dianggap sebagai hijrah, ia suatu keberanian yang luar biasa kerana mengenali Pak Samad, beliau seorang yang lemah lembut dan cukup berhemah.

Tetapi di dalam mempertahankan kebenaran, nampaknya, si lemah lembut ini lebih keras daripada batu krikil.

Jika sesiapa melihat perjuangannya sekarang, mana mungkin seorang sasterawan terbilang boleh dan mampu mengharungi gas pemedih mata?

Melihat pada batang tubuh Pak Samad, tiada siapa percaya seniman seperti ini sudah dan membuktikan beliau boleh berdepan dengan apa sahaja.

Pengalaman yang dilalui Pak Samad kini bakal diterima oleh Bob Lokman. Mungkin lebih teruk lagi kerana ‘keberanian’ Bob Lokman dilihat agak luar biasa dan kebetulan, dia mempunyai ramai peminat di kalangan kaki masjid.

Selepas ini, Bob Lokman sepatutnya boleh menyusun jadual bertemu dengan rakan-rakan masjid dengan kawan-kawannya yang lain, yang sudah memilih jalan sama seperti yang dia temui sekarang.

Dengan cara ini, bukan sahaja ia bakal diikuti lebih ramai kawan-kawan yang masih dalam kegelapan, malahan, perubahan ini boleh diketahui sebab-musababnya oleh peminatpeminat lama dan peminat baru mereka.

Cuma satu perkara yang penting, Bob Lokman dan kawan-kawan artisnya kini sudah menemui apa yang mereka cari selama ini, iaitu ketenangan jiwa yang tiada harga untuk dinilaikan – justeru halangan dan rintangan yang ditemuinya adalah ‘hadiah’ yang paling berharga.

Bukan semua orang boleh menerima ujian dan halangan seperti ini kecuali mereka yang terpilih sahaja. Bernasib baiklah mereka yang masih diuji seperti ini kerana ia akan memberi pahala dan kematangan yang cukup berguna.

Bob Lokman beruntung kerana ketika dia memilih untuk berhijrah, ada pihak yang menyambutnya dengan tangan terbuka. Bayangkan, jika dia memilih untuk berhijrah dan tiada siapa memperdulikannya, mungkin dia sekarang kesunyian dan tidak diundang untuk memberi ceramah dan ucapan.

Ramai juga artis yang memilih untuk menyertai Umno sebagai penghijrahan mereka tetapi, akhirnya artis ini akan duduk di kaki lima Umno kerana Umno tidak pernah mahu menghargai golongan ini, kerana mereka merasakan mereka lebih hebat dari orang lain.

Bob Lokman, Pak Samad dan yang lain-lain boleh melihat sendiri di manakah Dato’ Nakahie Ahmad selepas meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Mereka juga boleh melihat, apakah yang Umno sudah perlakukan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah apabila membubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan menyertai Umno.

Ini sekadar contoh bagaimana Umno melayan mereka yang memilih untuk ‘berhijrah’ kepada mereka, malahan sesiapa yang sudah tidak lagi berjawatan di dalam Umno akan menjadi kupang tembaga, iaitu tidak bernilai.

Itulah sebabnya, mereka yang memegang jawatan di dalam Umno akan mahu mempertahankan jawatan itu sampai ke penghujung nyawa mereka. Ini kerana mereka tahu, mereka tidak akan berharga apabila sudah tidak berjawatan dan tentunya tidak lagi dihargai.

Ada orang kuat Semangat 46 yang duduk dalam kabinet sekarang, itu pun berhempas pulas mengampu untuk berada di situ tetapi apabila menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden Umno, dia tewas.

Kerana apa? Kerana Umno memang tidak mahu menerima mereka ini tetapi disebabkan dia ada kelulusan dalam bidang ampu-ampuan, maka dia berada di situ sekarang ini. Jika undi perwakilan Umno diambil kira untuk mendapat jawatan dalam kabinet, nescaya orang ini sudah terpelanting jauh.

Bob Lokman usah gusar, usah risau dan usah bimbang. Pilihan yang dibuatnya sudah betul dan teruskan tanpa perlu takut apaapa.

Jika boleh, tunjukkan sikap positif dan mudah-mudahan, ia akan menjadi ikutan rakan-rakan seangkatannya yang lain. Begitu juga Pak Samad.

Pillihannya itu tepat kerana tidak ramai sasterawan yang mempunyai cukup keberanian seperti beliau.

Yang di luar sana, jika masih takut-takut – tiada universiti yang boleh memberi mereka ilmu berani kecuali hati dan jiwa mereka sendiri yang didatangi kesedaran, tanpa kesedaran, sampai bila-bila pun mereka akan kekal di situ dan itulah yang mereka dapat hasil pilihan mereka sendiri.

Ramai percaya, semakin ramai kawan-kawan Bob Lokman akan mengikut jejak Bob Lokman kerana di situ mereka akan menemui ketenangan yang tidak pernah mereka temui sebelum ini. Seperti kata beberapa artis yang sudah berhijrah, dunia glamour tidak menjanjikan apa apa kecuali hipokrasi yang tidak berkesudahan.

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

0 org komen
Oleh Mummy Rokiah

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Tsu Koon kena kencing ngan blogger UMNO... kahkahkah...

0 org komen
Koh nafi beritahu blogger akan cabar Lim Guan Eng pada PRU-13

KUALA LUMPUR: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti GERAKAN di Menara PGRM di Cheras dekat sini, hari ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU-13 itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan kepada seluruh kepimpinan GERAKAN.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan, A Kohillan Pillay. - BERNAMA

Satu nyawa untuk sebuah kereta

1 org komen
Oleh Asi Dani

Aku melenguhkan kaki di tepi sebuah jalan raya yang agak sibuk dengan kenderaan. Kelihatan masing-masing memecut kenderaannya dengan laju, tiba-tiba mata menangkap seekor anak kucing berlari melintas jalan. “Preet..!” bunyinya ketika dilenyek oleh sebuah trak berwarna kuning, jenis Storm. Dan, trak itu terus berlalu meninggalkan kucing yang mati di situ juga.

Ibu : Kenapa kau tak kerja hari ni Asi?

Aku : Tak ada mood la mak, kerja banyak sangat, semak kepala Si.

Ibu : Bukan kau kata nak out station?

Aku : Oh, belum lagi. Nanti la…Ada makan tak mak? Lapar la.

Ibu : Dah, tu sana (Ibu memuncungkan bibir menunjuk meja makan). Pergilah ambil.

Sedang mencuci pinggan, fikiran aku melayang teringatkan anak kucing yang mati katak di lenyek trak kuning petang tadi. (kesian katak, tang mati kucing, yang dapat nama katak).

“Priingg..!” kedengaran seperti kaca pecah. Baru aku tersedar dari mengelamun hal kucing tadi. Rupanya pinggan di tangan terlepas dan jatuh. Aku memaki diri sendiri dalam hati. Celaka.

Ibu : Baik-baik kaca tu, sapu bersih-bersih. Nanti terpijak, yang halus-halus tu kau

tengok betul-betul Si.

Aku : Sorry lah mak. Maaf, maaf.

Ibu : Tak apa…tak payah. Kau kemas elok-elok. Jangan lupa tutup paip tu pulak nanti.

Aku : Ha, ye lah.

Dengan membawa lampu suluh, aku melangkah kembali ke tempat anak kucing itu mati dilanggar siang tadi. Sambil mencari-cari bangkai kucing, mata aku memerhatikan kenderaan yang lalu lalang.

Nun dihujung bendul jalan, bangkai anak kucing itu tadi masih ada. Aku hampirinya, keadaan kucing itu sudah lunyai dilenyek berulang kali. Dengan berhati-hati, aku kutip satu-persatu cebisan yang masih tinggal dan memasukkan ke dalam beg plastik yang aku bawa dari rumah.

Malam semakin gelap.

Selesai mengambus tanah kubur kucing itu, mak datang membawa air sejuk.

Ibu : Minum ni…apa yang kau tanam tu Si?

Aku : Tak adalah mak, Cuma bangkai kucing.

Ibu : La, kenapa tanam dalam laman rumah?

Perbualan aku dengan mak terhenti, sebuah trak berhenti di depan rumah. Warnanya kuning, jenis Storm.

Aku : Woi, la…aku ingat siapa tadi.

Boy : Haha…lawa tak trak aku. Tadi petang ambil.

Aku : Ini trak kau? Ye…Lawa, lawa.

Sambil aku membelek-belek trak barunya. Dari depan ke belakang.

Ibu : Duduklah dulu Boy, kau nak air tak?

Boy : Ye lah. Ye lah, tak payah la Mak Mun. Kejap je ni singgah.

Ibu berlalu ke dalam. Fikiran aku masih terbayang-bayang trak kuning yang melenyek anak kucing siang tadi.

Boy : Aku nampak kau ronda-ronda petang tadi. Tapi tak sempat nak berhenti. Haha.

Kau pegi mana jalan seorang?

Aku : Tak ada apa, saja ambil angin. Aku off hari ni.

Mata aku masih tak lepas pandang pada trak baru Boy.

Boy : Ok ya?

Kata Boy sambil menjeling pada trak barunya.

Aku : Banyak duit kau, dah tu bawa laju macam pelesit. Patut slow la sikit bawa kereta

baru. Hon aku pun tak sempat-sempat.

Boy : Haha..saja test power. Enjin turbo ni, bro. Bawa satu empat tak terasa goyang beb.

Aku : Tak terasa? Habis tu kau rasa apa?

Boy : Rasa best la, lembut je…hahaha. Ni kau berpeluh-peluh ni apa hal? Dengan

cangkulnya. Kau bercucuk tanam malam-malam buta?

Aku : Ha..ye lah. Baru lepas menanam.

Boy : Elok la tu, berbudi pada tanah. Hahaha…

Jelas dia tidak berminat dengan apa yang aku tanam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

Boy : Ok lah bro, aku gerak dulu…Mak Mun, Boy balik dulu ya…Hahaha…

Boy berlalu pergi, menderum bunyi enjin turbonya. Aku masuk ke rumah, mandi dan terus ke bilik tidur. Sukar ku pejamkan mata. Anak kucing itu masih terbayang di ruang mata. Ketawa Boy masih terngiang-ngiang di telinga. – Roketkini.com

Untung ooo... ber'PIEM'kan Najib... kahkahkah...

0 org komen
Bertuah rakyat jika RM3 dapat makan ayam, daging...

by Paktam

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih dipanjangkan usia; dapatlah kita memuzakarahkan isu semasa, kali ini kita menyentuh hal yang paling asas dan dekat dengan manusia itu makanan. Makanan adalah antara tiga keperluan asas manusia selain rumah (kediaman) dan pakaian.

Bagi keluarga miskin, sebahagian besar daripada pendapatan mereka (mungkin 60 peratus) digunakan untuk menampung keperluan makanan ini. Misalnya jika pendapatan isi rumah sebuah keluarga dengan empat anggota keluarga adalah RM500 sebulan, RM300 daripadanya digunakan untuk membeli makanan.

Namun semakin tinggi perolehan rakyat, semakin kuranglah peratusan pendapatan mereka digunakan untuk membeli makanan. Misalnya sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak dengan pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan, jika mereka memperuntukan RM1,000 sekalipun untuk membeli makanan, itu hanya 10 peratus daripada pendapatan mereka.

Berdasarkan hujah ini, orang miskin perlu berhati-hati dalam perbelanjaan mereka hatta dalam membeli makanan sekalipun.

Misalnya jika RM300 sudah diperuntukkan untuk membeli makanan, sedikit kenaikan dalam harga barangan keperluan akan menjejaskan kehidupan rumah tangga mereka.

Jika berlaku peningkatan lima peratus dalam kenaikan harga barang, mereka sudah ‘menggelupur’. Ini kerana RM15 terpaksa ‘dikorek’ daripada baki wang RM200; jadi bertambah sukarlah mereka hendak menjelaskan bayaran lain seperti sewa rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak dan tambang pengangkutan.

Keluarga yang berpendapatan RM10,000 tadi tentunya tidak banyak terasa kenaikan barangan sebanyak lima peratus itu. Jika itu berlaku, pertambahan perbelanjaan makanan mereka hanya meningkat kepada RM1,050 sahaja. Pertambahan belanja makanan sebanyak RM50 tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada mereka, jadi mereka tidak terasa apa-apa.

Orang berketurunan kaya dan berdarjat yang tidak pernah terbabit secara terus membeli barangan keperluan seperti gula kopi, asam belacan dan ikan ayam (tidak pernah ke pasar), sebaliknya hanya tahu menikmati makanan lazat dihidangkan di atas meja berkilat oleh pembantu, lagilah tidak tahu akan kesan kenaikan harga barangan.

Jika ditanya sekilogram harga beras pun mereka tidak tahu, apatah lagi barangan seperti ikan ‘koman’ makanan rakyat marhaen seperti cencaru, kembong dan gelama yang harganya sentiasa turun naik di pasaran. Mungkin mereka pun tidak tahu harga ‘ikan makanan orang kaya’ seperti parang dan tenggiri yang sudah melambung lebih RM20 sekilogram.

Antara kumpulan orang yang paling arif tentang harga barangan keperluan adalah suri rumah. Biasanya si suami akan me nyerahkan perbelanjaan dapur kepada si isteri; katakan RM300 sebulan seperti contoh dinyatakan. Daripada RM300 itu; puratanya mereka hanya mampu berbelanja RM10 setiap hari. Apa yang dapat dibeli dengan RM10? Kasihan, pening suri rumah tadi memikirkan hal ini.

Harga ikan kembong paling murah pun sudah RM8 sekilogram; udang usah cakaplah sudah mencecah RM16 sekilogram; manakala sekilogram daging tempatan RM18 manakala ayam RM15-RM20 seekor!

Itu baru lauk-pauk, bagaimana bahan asas seperti beras, tepung, gula, kopi, asam garam dan minyak yang biasanya dibeli sekali untuk keperluan sebulan? Kalau keluarga yang ada bayi, bagaimana keperluannya seperti susu yang bukan murah; setin saja yang berjenama sudah mencecah RM50! Kemudian lampin pakai buang dan jika anak dihantar kepada pengasuh, kosnya sudah ratusan ringgit.

Inilah masalah yang dihadapi kebanyakan rakyat di negara ini. Harga barangan keperluan yang mahal inilah yang perlu pemerintah fikirkan, bukan seronok mempublisitikan makanan murah, sarapan boleh didapati dengan harga RM2 manakala makan tengah hari RM4 melalui Menu 1-Malaysia.

Malah dipublisitikan PM dapat merasai makanan tengah hari dengan lauk dua ketul ayam, daging goreng, sayuran tauge dan popadum dengan harga RM3. Jika dengan RM3 PM boleh makan ayam dan daging, dengan belanja RM10 sehari seorang suri rumah pula hanya mampu menyediakan juadah nasi berlaukan ikan kembong dan sayur goreng untuk keluarganya. Itupun bersyukurlah kerana ada yang makan nasi berlaukan sayur lombong malah ada yang makan cuma sekali sehari!

Jin Shamsuddin... kahkahkah...

1 org komen
Kenapa Jin Shamsuddin tak buat cerita JIN!!

Oleh: banglong

J adi orang filem dulu, kini jadi orang politik.
I ngin mendapat pangkat yang lebih hebat dari berlakon.
N anti bolih menjamin kehidupan yang lebih sempurna.


S eandai nya P.Ramli masih ada,tentu dia gembira
A pa nak dikata, umur P.Ramli Allah yang menentukan.
M alaysia kenal P.Ramli, Jin Samsudin terkenal dengan Bukit Kepong.
S ampai sekarang Jin Samsudin panjang umur,P.Ramli tinggal nama saja.
U ntuk itu Jin Samsudin teruskan perjuangan hidup menerusi jalan politik.
D apat nama, pangkat, harta,ini lah perjuangan bekas anak seni.
I ngin buat filem baru, tapi politik mesti diutamakan nya.
N anti lah jika panjang umur Jin Samsudin akan buat cerita Jin politikal.

Cerita raja-raja...

0 org komen
Biar Raja kita jadi macam Raja Siam

Oleh Subky Latif

PROFESOR Aziz Bari, pakar perlembagaan UIAM telah di sapu semahu-mahunya oleh orang-orang boleh dikira pelampau Umno di dalam dan di luar Parlimen.

Kesnya ialah dia dikatakan oleh satu portal berita ada memberi komen bahawa pembabitan Sultan Selangor dalam isu gereja diserbu Jabatan Agama Islam (Jais) adalah suatu tidak lazim.

Pada mereka pakar undangundang itu sudah menghina raja dan tindakan wajar dikenakan kepadanya.

Dalam negara yang akhir-akhir ini suka sangat membuat aduan polis, maka tidak tahu hendak diduga apa jadinya dengan bantahan Umno tegar itu.

Akhir-akhir ini si tegar Umno suka sangat melabelkan orang itu derhaka dan orang ini derhaka.

Jika label itu dikumpulkan, kita tidak tahu sudah berapa ramai rakyat kita jadi macam Hang Jebat?

Mungkin si Jebat sudah bersepah- sepah di sana sini.

Raja-raja seperti dimainkan bagi menyulitkan lawan. Apa yang dibuat dikaitkan dengan raja. Sikit-sikit raja. Raja-raja pula tidak membebaskan diri dari nama raja dijual di sana sini.

Kalau dikumpulkan orangorang yang dianggap derhaka dan menghina raja, mungkin Malaysia jadi negara beraja yang paling ramai rakyatnya derhaka.

Adapun pacal Aziz Bari itu ialah seorang profesor mengajar undang-undang. Orang yang mengaji undang-undang di universitinya mengaji daripadanya.

Maka sebarang perkembangan yang ada kaitannya dengan undang- undang dan perlembagaan, dia kena jelaskan kepada siswanya supaya siswa yang keluar nanti tidak jadi loyar kangkong.

Kita mahu graduan cerdik, bijak dan pintar seperti yang banyak dihasilkan di bawah Prof Diraja Ungku Aziz dulu. Kita tidak dapat mengagak graduan di bawah Prof Zainal Kling. Kalau gurunya Zainal Kling, graduannya pun macam Zainal Kling juga, setia kepada menteri lebih tinggi dari setia Hang Tuah.

Guru yang bebas seperti Aziz Bari dipercayai boleh melahir graduan kritikal seperti pelajarpelajar Ungku Aziz dulu.

Tidak dapat dinafikan Sultan Selangor telah mencemar duli dalam kes gereja diserbu Jais. Isu itu melibatkan undang-undang.

Siswa undang-undang kena kaji perkembangan itu. Aziz mesti ada jawapan tentang persoalan itu.

Betullah Aziz Bari bukan nabi. Huraiannya boleh jadi lemah dan boleh jadi hebat. Hujah Aziz mesti dijawab dengan hujah juga. Bung Mokhtar adalah pembuat undangundang di Parlimen. Dia mesti lawan Aziz dengan hujah undangundang.

Begitu juga dengan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang digugur daripada Kabinet oleh Najib. Di mana tidak tepatnya hujah Aziz Bari.

Jangan jadikan diri seperti pengampu Raja Singapura semasa dilanggar todak. Budak yang memberi idea bagi menyelamatkan rakyat dari serangan todak didakwa boleh mengancam kuasa raja. Raja pula lurus bendul, dengar pula nasihat menghasut seperti itu.

Raja mesti belajar daripada kejadian Raja Melaka mendengar fitnah pembesar tentang Hang Tuah. Kerana raja tidak membebaskan diri daripada bodek pembesar lemah, huru hara Mekala gerangannya.

Bung Mokhtar dan pemimpin Umno Selangor tidak membantu raja untuk menjadi pemerintah berwibawa dan dihormati. Tindakan itu adalah untuk mencemarkan istana dan membodohkan rakyat jelata.

Pemimpin-pemimpin Umno tidak dapat bantuan banyak daripada pandangan seperti itu. Ia tidak boleh menjadi Umno parti dinamik yang dapat memartabatkan rakyat, adab dan tamadun.

Suara mereka itu tidak lebih untuk menarik perhatian Najib Razak dan Muhyiddin Yassin supaya dikekalkan mereka sebagai calon.

Raja yang berwibawa memerlukan nasihat yang baik. Raja memerlukan nasihat sebelum bertindak dan memerlukan nasihat selepas bertindak. Tindakan yang baik pun perlu dikaji lagi kalau ada lompang di sana sini.

Jika Aziz Bari kata, ia satu suatu campur tangan yang tidak lazim, apa poin yang boleh dikata begitu. Orang seperti Bung Mokhtar tidak boleh dan tidak tergamak memberi pandangan yang digemar oleh raja. Tidak mudah untuk bercakap tegas di hadapan raja.

Sekeras-keras Dr Mahathir Mohamad itu pun kalau berdepan dengan raja belum tentu dia kata yang dia hendak kata dan patut kata. Menasihatkan raja bukan satu kerja yang senang. Apa lagi kalau raja itu tidak seperti Raja Siam dan Raja Great Britian.

Kedua-dua raja itu adalah contoh Raja Berperlembagaan yang tidak banyak campur tangan dalam urusan pemerintahan. Raja kita juga ramai yang seperti mereka.

Tidak perlulah disebutkan raja mana supaya tiada ada yang mengata raja itu baik dan raja ini kurang baik.

Walaupun kita tahu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah bertindak keterlaluan terhadap Raja-Raja, tetapi kita juga mesti faham tentang adanya hal-hal yang tidak lazim oleh istana.

Kita tidak mahu jadi seperti Anuar Musa menabalkan sultan lain sedang Kelantan ada Sultan yang sah. Kita juga tidak mahu jadi macam Ibrahim Ali mencadang seorang putera dicalonkan mengganti Sultan yang ada. Kita juga tidak mahu jadi seperti Shahidan Kassim menggunakan Parlimen untuk menyerang Sultan yang tidak ngam dengan Perdana Menteri Dr Mahathir dulu.

Apa pun semua kejadian pahit itu menggambarkan adanya hal yang tidak lazim tadi.

Aziz Bari menggunakan bahasa undang-undang yang menarik sekadar menyebut tidak lazim.

Dia tidak mengecam dan mencemar raja. Mungkin itulah satu cara tersendiri bagi menasihat istana dari jarak jauh.

Sejak ulama zaman tabiin, tabiin-tabiin mengelak bekerja dengan raja dan menjadi penasihat raja. Banyak payahnya. Raja pun ada masalah yang perlu ditegur, tetapi bukan senang untuk menegurnya.

Ada ulama muktabar rela dipenjara daripada menjadi penasihat raja. Para ulama berbangga dengan sikap tegas ulama itu.

Mengapa jadi begitu dan mengapa ada yang mengira sikap ulama itu baik?

Maka kemudahan yang ada sekarang, kita ada media yang terbuka, kita ada demokrasi yang membenarkan bersuara, terbuka kaedah yang tidak terikat untuk menasihatkan istana seperti laporan sebuah portal berita yang membawa pandangan undangundang Aziz Bari itu.

Kalau Aziz Bari diangkat menjadi penasihat raja, dia juga tentu tidak dapat bersuara seperti sekarang.

Kalau pun Raja itu tidak garang, tetapi sebagai orang Raja, maka ada segan silu bercakap terus terang tentang raja dan tindakan raja.

Saya kira Aziz Bari tidak ada apa-apa kepentingan apabila dia mengeluarkan pandangannya sesuai dengan keperluan ilmu bagi menghidupkan ilmu undangundang yang dicurahkannya kepada pelajarnya khusus dan kepada masyarakat umumnya.

Kalau Umno Selangor merasakan UIAM mesti bertindak terhadapnya, buang dari UIAM, maka saya fikir banyak universiti di dunia mahukan tenaga pakar dan sikap bebasnya.

Tetapi tindakan seperti itu menyebabkan payah lagi untuk mencari profesor bebas sepertinya.

Apabila tidak profesor berani sepertinya, maka tidak mustahil universiti mengeluarkan graduan kangkung.

Kuliah Aziz yang objektif tentang undang-undang bukan saja diperlukan oleh siswanya dan masyarakat umum tetapi ia juga berguna untuk diketahui oleh sekalian Raja. Ilmu dan analisisnya boleh menjadi panduan yang baik bagi istana baginya menjadikan istana satu institusi yang berfungsi.

Sebagai seorang ahli ilmu undang-undang, untuk pengetahuan Bung Mokhtar dan Umno Selangor, sumbangan Aziz Bari dilihat lebih dihormati daripada sumbangan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Setakat ini dia dilihat sebagai seorang profesional, tetapi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara belum tahu lagi.

BERGAMBAR!! Khairul Fahmi Bersosial Sakan...

1 org komen
Gosip Panas! Khairul Fahmi Apek Bersosial Dengan Kekasih Di Tempat Hidangan Minuman Arak?

 
Apek! kamu ada masa lagi. Tolong kembali ke pangkal jalan. Team kami pun bukan orang sempurna juga, tapi menjadi tanggungjawab kami ajak mung balik ke jalan lurus.

Balik Apek! Tolong la. Banyak benda yang kami tengok mung buat semakin tersasar. Banyak dah berita yang datang kat meja blog kami ni. Keluar dari tempat yang penuh pancaroba dan fitnah ni.- KB

Asalkan bukan UMNO... kahkahkah...

0 org komen

Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Oleh Aspan Alias

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing.

Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai.

Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya.

Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit.

Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini?

Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula.

Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu.

Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa ‘dunia’. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya.

Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek’.

Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan ‘one-off payment’ sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini.

Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan?

Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu.

Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam.

Jawapannya mudah: orang ramai tahu tujuan dan matlamat perhimpunan itu di adakan bermotifkan politik pihak berkuasa. Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam. Rakyat tidak lagi mudah dipengaruhi oleh politik desperate pihak tertentu dan membuang masa sahaja.

Pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu. Rakyat sudah tidak lagi mahu diperkotak katikan seperti dahulu lagi.

Enough is enough. Sekarang rata-rata orang berkata, ABU! (Anything but UMNO). Semuanya ini bukan salah sesiapa. Itu semua berlaku kerana salah laku perbuatan dan pemikiran UMNO itu sendiri.

Program tauhid untuk artis...

0 org komen
Tauhid, akidah untuk artis kembali pangkal jalan

Oleh INTAN ABDULLAH dan M SHAHFRI SHAMSUDIN

KERAJAAN mesti merangka program pamantapan tauhid dan akidah bagi membawa kesedaran kepada artis yang tidak mempunyai kesedaran Islam, kata bekas pelawak dan penulis lirik, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman.

Menurutnya, kebanyakan artis tidak langsung mempunyai pengetahuan tentang tauhid dan inilah yang menyebabkan kebanyakan daripada mereka jauh daripada Islam.

“Kalau tak percaya cuba tanya mereka apa itu tauhid? Kita akan dapati kebanyakan mereka akan menjawab tidak tahu.

“Sepanjang pengalaman saya, inilah bab yang menyebabkan mereka termenung. Baru-baru ini pun ada komposer yang telefon saya dan kami bercerita tentang topik tauhid dan dia gagal memberikan apa makna tauhid itu,” katanya.

Bob Lokman berkata, setiap pekerjaan yang dilakukan juga mestilah kerana Allah dan bukan selain daripadanya, jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan selain daripada Allah maka ia boleh menyebabkan akidah seseorang itu rosak.

Masalah yang berlaku dakwanya, kerana kerajaan sendiri gagal dan enggan membuat program seperti ini kepada masyatrakat.

Beliau juga menceritakan bagaimana sewaktu dirinya dan beberapa rakan yang lain berdakwah di Uptown Bangi, ketika beliau menyanyi pengunjung di situ tidak mempedulikannya, tetapi apabila beliau membuka bab tauhid dan alam barzah mereka tertarik dan mendengarnya.

“Mereka melopong dan bila habis semua, ada yang datang bertanya di mana mereka boleh belajar ilmu sebegini. Saya katakan ilmu sebegini boleh dipelajari daripada ustaz dan mereka kata pergi masjid inilah yang leceh,” ujarnya.

Katanya, ini kerana golongan yang ada di masjid adalah generasi berbeza, oleh kerana itu, menjadi tanggungjawab kerajaan mencari jalan bagaimana mereka berminat dikumpulkan di sesuatu tempat.

Katanya, cara penyampaian ustaz yang mengajar turut memainkan peranan dalam menarik minat masyarakat untuk mempelajari tauhid dan akidah, sebab akidah jugalah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Menurutnya, semenjak beliau berhijrah mengamalkan Islam, keyakinan dan keberanian kepada hidup berbanding dengan keberanian kepada kematian berbeza.

“Dulu kita takut mati, miskin, tak ada duit, takut susah tetapi sekarang ini saya mempunyai keyakinan hidup ini berada di bawah kawalan Allah.

“Jika dahulu setiap kali saya nak keluar rumah, apabila ada perasaan takut accident, saya tak keluar. Tetapi sekarang ini setiap kali keluar rumah, saya percaya kepada takdir Allah sekali gus perasaan takut itu hilang,” jelasnya.

Beliau sekarang ini merasa lebih berkeyakinan dan hilang perasaan rendah diri kepada sesama manusia walau apapun darjat orang itu.

Malah dakwanya semenjak beliau berhijrah kepada Islam sepenuhnya penyakit darah tinggi yang dialaminya juga jarang menyerang kerana merasa ketenangan jiwa.

Penganggur Dituduh Bunuh Gadis

0 org komen
BANTING, 29 Okt 2011 - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang gadis pada 2004, tahun yang sama dia dilaporkan melarikan diri dari Balai Polis Tanjung Sepat selepas ditahan berhubung kematian remaja itu.

Kher Tian Hock, 37, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh See Sheau Fang, 18, di kawasan sebuah rumah di Jalan Wira 24, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang 28 Februari 2004.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan di Balai Polis Tanjung Sepat antara 6.30 pagi dan 7.30 pagi 13 Mac 2004 setelah ditahan untuk disiasat berhubung kes bunuh itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Tian Hock, yang tidak diwakili peguam, semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob.

Jika sabit kesalahan bagi pertuduhan membunuh, Kher boleh dihukum gantung sampai mati dan bagi kesalahan kedua, dia boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun.

Dr Asri kena cerita camana, bagi PAS paham caranya...

0 org komen
Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu “jangan tiru Taliban”, sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

“Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin,” katanya.

Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka “dilihat salah” oleh Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

“Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Asri)... pendekatan ini perkara ijtihad.

“Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam... kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran,” katanya.

Sunday, October 30

Lagi projek tipu Melayu...

0 org komen
Kenyataan SPRM untuk siasat, retorik saja

Lau Weng San
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka akan membuka fail bagi menyiasat 36 kes salahlaku yang melibatkan perolehan dibuat oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan merupakan retorik yang tidak bermakna.

Ini adalah kerana SPRM sehingga sekarang masih belum menyelesaikan kes-kes salahlaku yang berpunca daripada perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi (inflated price) pada tahun 2006.

Antara kepincangan yang dilaporkan pada masa itu termasuk pembelian satu set pen yang berharga RM160 dengan harga RM1146, iaitu RM986 lebih mahal daripada harga pasaran.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan dikatakan bersalahlaku apabila kemnterian berkenaan membeli sebuah jek kereta yang berharga RM50 dengan harga yang melampung tinggi, iaitu RM1664.

Fenomena-fenomena ini seolah-olah berulang setiap tahun walaupun Jabatan Audit Negara bertahun-tahun memberi teguran. Malangnya, setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan oleh kerajaan, kami melihat hampir tiada tindakan susulan daripada SPRM untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Justeru itu, kenyataan SPRM baru-baru ini bahawa mereka akan menjalankan siasatan seolah-olah satu kenyataan retorik yang langsung tidak bermakna. Bagaimana rakyat Malaysia boleh mengharapkan SPRM untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah apabila kes-kes yang telah dilaporkan sejak lima tahun yang lalu pun belum lagi diambil tindakan oleh SPRM?

Oleh itu, apabila penjawat-penjawat awam melihat kelalaian dan kegagalan SPRM dalam mengambil tindakan cepat dan tegas berhubungan dengan isu ini, mereka akan memandang remeh terhadap undang-undang yang sedia ada dan meneruskan sikap boros dan tidak berjimat cermat. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin-pemimpin kerajaan pusat pun boros dalam perbelanjaan, apakah kita boleh mengharap kakitangan-kakitangan awam yang bertugas di bawah akan berjimat-cermat dalam pentadbiran kerajaan?

Banyak kes salah laku telah dilaporkan terhadap SPRM, termasuk kes-kes yang melibatkan “ikan-ikan besar”, tetapi adakah SPRM dapat memberi laporan kepada rakyat Malaysia apa yang mereka telah lakukan terhadap “ikan-ikan besar” ini?

Bagaimana dengan kes salah laku dan rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Mohd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambri Kadir?

Semua daripada mereka dituduh terlibat dalam banyak kes salah laku yang melibatkan pemberian tanah dan lesen balak secara berleluasa kepada syarikat-syarikat kroni, apakah tindakan SPRM terhadap mereka dan apakah sebab mengapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka?

Kegagalan SPRM ini telah membukti dakwaan bahawa kerajaan tiada komitmen politik untuk melakukan perubahan dan reformasi dalam pentadbiran awam. SPRM perlu tegas dan perlu dilihat tegas dalam menjalankan tugasnya.

Jika tidak, penjawat-penjawat awam hanya akan bersambil lewa sahaja setiap kali Ketua Audit Negara memberi teguran.

BENAR!! Blogger UMNO memang penipu... kahkahkah...

0 org komen
Koh Tsu Koon Nafi Cabar Guan Eng Pada PRU13 Akui Blogger Upahan UMNO Penipu Besar

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

“Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

“Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap,” katanya dipetik Bernama Online.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam entri bertajuk ‘Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu’ itu, Koh dipetik sebagai berkata “Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.- KLpos

PAS ni ada gaya Taliban ka...

1 org komen
Elton John: PAS jangan tiru Taliban, kata Asri

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.

Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.- M'kini

Blogger UMNO pun gelaq dia 'anak paria' Kahkahkah...

1 org komen
Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'

Oleh Mohd Rashidi Hassan

"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."

"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."

Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima geralan sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.

Saya tidak perlu cenderung untuk membela sesiapa dalam Umno dalam perbalahan ini. Mereka hendak tuduh, hendak kata apa pun kepada seteru mereka, itu urusan mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu dan faham perangai orang-orang Umno.

Yang jelas, tujuan saya mengutarakan isu ini, lebih kepada untuk menyedarkan rakyat dan mendedahkan kepada rakyat, bahawa Umno itu memang hodoh dan teruk. Perbalahan dalaman mereka memang teruk dna tidak mampu dibaiki lagi.

Persoalan yang harus dijawab oleh Umno hari ini bukan soal siapa Zaharin, atau apa buruk baik kelakunya. Yang tidak boleh dinafikan orang Umno ialah, didakwa wujudnya satu usaha yang didalangi Timbalan Presiden Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno. Itu isu yang sebenarnya.

Yang menuduh atau membangkitkan isu ini bukan orang PAS. Bukan juga orang Pakatan Rakyat. Yang menuduh Muhyiddin hendak menjatuhkan Najib adalah dari kalangan Umno sendiri. Apa yang dibuat Muhyiddin, siapa penyokongnya dan bagaimana cara beliau hendak jatuhkan Najib, kita tunggu pendedahan dari orang Umno seterusnya.

Cuma yang hendak kita katakan kepada orang-orang Umno-BN, kami dari Pakatan Rakyat, sama ada yang meneraju negara itu Najib atau Muhyiddin, tidak penting bagi kami. Asalkan sahaja nama mereka Umno-BN, kami bertekad akan tumbangkan mereka pada PRU yang akan datang. Insya Allah.

Asalkan bukan UMNO... kahkahkah...

0 org komen
Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Oleh Aspan Alias

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing.

Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai.

Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya.

Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit.

Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini?

Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula.

Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu.

Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa ‘dunia’. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya.

Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek’.

Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan ‘one-off payment’ sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini.

Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan?

Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu.

Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam.

Jawapannya mudah: orang ramai tahu tujuan dan matlamat perhimpunan itu di adakan bermotifkan politik pihak berkuasa. Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam. Rakyat tidak lagi mudah dipengaruhi oleh politik desperate pihak tertentu dan membuang masa sahaja.

Pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu. Rakyat sudah tidak lagi mahu diperkotak katikan seperti dahulu lagi.

Enough is enough. Sekarang rata-rata orang berkata, ABU! (Anything but UMNO). Semuanya ini bukan salah sesiapa. Itu semua berlaku kerana salah laku perbuatan dan pemikiran UMNO itu sendiri.

PAS besaq kepala... kahkahkah,..

1 org komen
Ibrahim Ali: ‘PAS jangan terlalu angkuh, sama-sama kita tengok siapa terbujur’

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu “angkuh dan takbur” kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

“PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?” kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim (gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

“Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya,” kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, “puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur.”

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

“Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

“PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

“Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah,” katanya lagi sambil menambah, “PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit.”

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.

Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 “itu kira (sudah) selesai.”

“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’ (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.

Word as Image

0 org komen

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

1 org komen
Oleh Mummy Rokiah

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Satu nyawa untuk sebuah kereta

0 org komen
Oleh Asi Dani

Aku melenguhkan kaki di tepi sebuah jalan raya yang agak sibuk dengan kenderaan. Kelihatan masing-masing memecut kenderaannya dengan laju, tiba-tiba mata menangkap seekor anak kucing berlari melintas jalan. “Preet..!” bunyinya ketika dilenyek oleh sebuah trak berwarna kuning, jenis Storm. Dan, trak itu terus berlalu meninggalkan kucing yang mati di situ juga.

Ibu : Kenapa kau tak kerja hari ni Asi?

Aku : Tak ada mood la mak, kerja banyak sangat, semak kepala Si.

Ibu : Bukan kau kata nak out station?

Aku : Oh, belum lagi. Nanti la…Ada makan tak mak? Lapar la.

Ibu : Dah, tu sana (Ibu memuncungkan bibir menunjuk meja makan). Pergilah ambil.

Sedang mencuci pinggan, fikiran aku melayang teringatkan anak kucing yang mati katak di lenyek trak kuning petang tadi. (kesian katak, tang mati kucing, yang dapat nama katak).

“Priingg..!” kedengaran seperti kaca pecah. Baru aku tersedar dari mengelamun hal kucing tadi. Rupanya pinggan di tangan terlepas dan jatuh. Aku memaki diri sendiri dalam hati. Celaka.

Ibu : Baik-baik kaca tu, sapu bersih-bersih. Nanti terpijak, yang halus-halus tu kau

tengok betul-betul Si.

Aku : Sorry lah mak. Maaf, maaf.

Ibu : Tak apa…tak payah. Kau kemas elok-elok. Jangan lupa tutup paip tu pulak nanti.

Aku : Ha, ye lah.

Dengan membawa lampu suluh, aku melangkah kembali ke tempat anak kucing itu mati dilanggar siang tadi. Sambil mencari-cari bangkai kucing, mata aku memerhatikan kenderaan yang lalu lalang.

Nun dihujung bendul jalan, bangkai anak kucing itu tadi masih ada. Aku hampirinya, keadaan kucing itu sudah lunyai dilenyek berulang kali. Dengan berhati-hati, aku kutip satu-persatu cebisan yang masih tinggal dan memasukkan ke dalam beg plastik yang aku bawa dari rumah.

Malam semakin gelap.

Selesai mengambus tanah kubur kucing itu, mak datang membawa air sejuk.

Ibu : Minum ni…apa yang kau tanam tu Si?

Aku : Tak adalah mak, Cuma bangkai kucing.

Ibu : La, kenapa tanam dalam laman rumah?

Perbualan aku dengan mak terhenti, sebuah trak berhenti di depan rumah. Warnanya kuning, jenis Storm.

Aku : Woi, la…aku ingat siapa tadi.

Boy : Haha…lawa tak trak aku. Tadi petang ambil.

Aku : Ini trak kau? Ye…Lawa, lawa.

Sambil aku membelek-belek trak barunya. Dari depan ke belakang.

Ibu : Duduklah dulu Boy, kau nak air tak?

Boy : Ye lah. Ye lah, tak payah la Mak Mun. Kejap je ni singgah.

Ibu berlalu ke dalam. Fikiran aku masih terbayang-bayang trak kuning yang melenyek anak kucing siang tadi.

Boy : Aku nampak kau ronda-ronda petang tadi. Tapi tak sempat nak berhenti. Haha.

Kau pegi mana jalan seorang?

Aku : Tak ada apa, saja ambil angin. Aku off hari ni.

Mata aku masih tak lepas pandang pada trak baru Boy.

Boy : Ok ya?

Kata Boy sambil menjeling pada trak barunya.

Aku : Banyak duit kau, dah tu bawa laju macam pelesit. Patut slow la sikit bawa kereta

baru. Hon aku pun tak sempat-sempat.

Boy : Haha..saja test power. Enjin turbo ni, bro. Bawa satu empat tak terasa goyang beb.

Aku : Tak terasa? Habis tu kau rasa apa?

Boy : Rasa best la, lembut je…hahaha. Ni kau berpeluh-peluh ni apa hal? Dengan

cangkulnya. Kau bercucuk tanam malam-malam buta?

Aku : Ha..ye lah. Baru lepas menanam.

Boy : Elok la tu, berbudi pada tanah. Hahaha…

Jelas dia tidak berminat dengan apa yang aku tanam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

Boy : Ok lah bro, aku gerak dulu…Mak Mun, Boy balik dulu ya…Hahaha…

Boy berlalu pergi, menderum bunyi enjin turbonya. Aku masuk ke rumah, mandi dan terus ke bilik tidur. Sukar ku pejamkan mata. Anak kucing itu masih terbayang di ruang mata. Ketawa Boy masih terngiang-ngiang di telinga. – Roketkini.com

Ulama Umno buat pekak... kecut habih...

1 org komen
Bila tokey besaq BN si MCA hina hukum Islam, habih ulamak Umno jadi pekak dan bisu. MCA kata Hukum Islam ketinggalan zaman, Zul Nordin ngan Berahim Ali tetiba jadi baik hati...

Mana pi semangat juang yang kononnya Islam terlebih dari orang lain yang ada pada PERKASA dan ABIM?


********************************


Hudud Bawa Kemunduran
(Sumber The Star) Niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab Negara mundur dan menakutkan pelabur, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Tokong Hock Lin Gong semalam, Dr. Chua Soi Lek menekankan bahawa masyarakat bukan-Islam di negara ini akan terjejas terutamanya di bidang ekonomi & pendidikan.

"Ia mengelirukan dan satu pembohongan jika mengatakan hukum hudud tidak menjejaskan bukan-Islam.", katanya.

Beliau mengkritik DAP kerana tidak konsisten kerana parti itu tidak sokong hukum hudud tetapi sanggup membantu PAS memenangi pilihanraya dengan menyeru kaum Cina menyokong PAS.

Di majlis itu, Dr. Chua berjanji memperuntukkan RM30,000 untuk Tokong yang menyambut ulangtahun ke-20.

Di Batu Pahat, Dr. Chua berkata sistem pentadbiran kewangan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat serba kurang.

Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2010, beliau nampak sebuah GLC milik Kerajaan Selangor mengalami kerugian sebanyak RM200juta sementara Kerajaan Pulau Pinang masih belum membina rumah mampu milik untuk rakyatnya.

Polisi mesra rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat nampaknya tidak menyelesaikan apa-apa, katanya.

"Mereka memberi RM100 kepada warga emas sekali setahun dan RM100 lagi untuk membeli belah. Ini tidak menyelesaikan masalah tetapi hanya sekadar menyeronokkan hati rakyat dan sangat mengelirukan," katanya di jamuan makan Yayasan Perubatan 1MCA pada hari Khamis.

Beliau juga berkata rakyat ingin melihat perubahan dan Kerajaan mendengar maklum balas mereka.

"Perubahan yang belum berlaku ialah pada Pakatan Rakyat," katanya.

Di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, rakyat akan menyaksikan perubahan, katanya.

"Suasana ekonomi, sosial dan politik di Malaysia sedang berubah. Kita telah menarik banyak FDI untuk negara mencapai status negara berpendapatan tinggi dan lebih demokratik," katanya.

Raja-raja...

0 org komen
Biar Raja kita jadi macam Raja Siam

Oleh Subky Latif

PROFESOR Aziz Bari, pakar perlembagaan UIAM telah di sapu semahu-mahunya oleh orang-orang boleh dikira pelampau Umno di dalam dan di luar Parlimen.

Kesnya ialah dia dikatakan oleh satu portal berita ada memberi komen bahawa pembabitan Sultan Selangor dalam isu gereja diserbu Jabatan Agama Islam (Jais) adalah suatu tidak lazim.

Pada mereka pakar undangundang itu sudah menghina raja dan tindakan wajar dikenakan kepadanya.

Dalam negara yang akhir-akhir ini suka sangat membuat aduan polis, maka tidak tahu hendak diduga apa jadinya dengan bantahan Umno tegar itu.

Akhir-akhir ini si tegar Umno suka sangat melabelkan orang itu derhaka dan orang ini derhaka.

Jika label itu dikumpulkan, kita tidak tahu sudah berapa ramai rakyat kita jadi macam Hang Jebat?

Mungkin si Jebat sudah bersepah- sepah di sana sini.

Raja-raja seperti dimainkan bagi menyulitkan lawan. Apa yang dibuat dikaitkan dengan raja. Sikit-sikit raja. Raja-raja pula tidak membebaskan diri dari nama raja dijual di sana sini.

Kalau dikumpulkan orangorang yang dianggap derhaka dan menghina raja, mungkin Malaysia jadi negara beraja yang paling ramai rakyatnya derhaka.

Adapun pacal Aziz Bari itu ialah seorang profesor mengajar undang-undang. Orang yang mengaji undang-undang di universitinya mengaji daripadanya.

Maka sebarang perkembangan yang ada kaitannya dengan undang- undang dan perlembagaan, dia kena jelaskan kepada siswanya supaya siswa yang keluar nanti tidak jadi loyar kangkong.

Kita mahu graduan cerdik, bijak dan pintar seperti yang banyak dihasilkan di bawah Prof Diraja Ungku Aziz dulu. Kita tidak dapat mengagak graduan di bawah Prof Zainal Kling. Kalau gurunya Zainal Kling, graduannya pun macam Zainal Kling juga, setia kepada menteri lebih tinggi dari setia Hang Tuah.

Guru yang bebas seperti Aziz Bari dipercayai boleh melahir graduan kritikal seperti pelajarpelajar Ungku Aziz dulu.

Tidak dapat dinafikan Sultan Selangor telah mencemar duli dalam kes gereja diserbu Jais. Isu itu melibatkan undang-undang.

Siswa undang-undang kena kaji perkembangan itu. Aziz mesti ada jawapan tentang persoalan itu.

Betullah Aziz Bari bukan nabi. Huraiannya boleh jadi lemah dan boleh jadi hebat. Hujah Aziz mesti dijawab dengan hujah juga. Bung Mokhtar adalah pembuat undangundang di Parlimen. Dia mesti lawan Aziz dengan hujah undangundang.

Begitu juga dengan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang digugur daripada Kabinet oleh Najib. Di mana tidak tepatnya hujah Aziz Bari.

Jangan jadikan diri seperti pengampu Raja Singapura semasa dilanggar todak. Budak yang memberi idea bagi menyelamatkan rakyat dari serangan todak didakwa boleh mengancam kuasa raja. Raja pula lurus bendul, dengar pula nasihat menghasut seperti itu.

Raja mesti belajar daripada kejadian Raja Melaka mendengar fitnah pembesar tentang Hang Tuah. Kerana raja tidak membebaskan diri daripada bodek pembesar lemah, huru hara Mekala gerangannya.

Bung Mokhtar dan pemimpin Umno Selangor tidak membantu raja untuk menjadi pemerintah berwibawa dan dihormati. Tindakan itu adalah untuk mencemarkan istana dan membodohkan rakyat jelata.

Pemimpin-pemimpin Umno tidak dapat bantuan banyak daripada pandangan seperti itu. Ia tidak boleh menjadi Umno parti dinamik yang dapat memartabatkan rakyat, adab dan tamadun.

Suara mereka itu tidak lebih untuk menarik perhatian Najib Razak dan Muhyiddin Yassin supaya dikekalkan mereka sebagai calon.

Raja yang berwibawa memerlukan nasihat yang baik. Raja memerlukan nasihat sebelum bertindak dan memerlukan nasihat selepas bertindak. Tindakan yang baik pun perlu dikaji lagi kalau ada lompang di sana sini.

Jika Aziz Bari kata, ia satu suatu campur tangan yang tidak lazim, apa poin yang boleh dikata begitu. Orang seperti Bung Mokhtar tidak boleh dan tidak tergamak memberi pandangan yang digemar oleh raja. Tidak mudah untuk bercakap tegas di hadapan raja.

Sekeras-keras Dr Mahathir Mohamad itu pun kalau berdepan dengan raja belum tentu dia kata yang dia hendak kata dan patut kata. Menasihatkan raja bukan satu kerja yang senang. Apa lagi kalau raja itu tidak seperti Raja Siam dan Raja Great Britian.

Kedua-dua raja itu adalah contoh Raja Berperlembagaan yang tidak banyak campur tangan dalam urusan pemerintahan. Raja kita juga ramai yang seperti mereka.

Tidak perlulah disebutkan raja mana supaya tiada ada yang mengata raja itu baik dan raja ini kurang baik.

Walaupun kita tahu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah bertindak keterlaluan terhadap Raja-Raja, tetapi kita juga mesti faham tentang adanya hal-hal yang tidak lazim oleh istana.

Kita tidak mahu jadi seperti Anuar Musa menabalkan sultan lain sedang Kelantan ada Sultan yang sah. Kita juga tidak mahu jadi macam Ibrahim Ali mencadang seorang putera dicalonkan mengganti Sultan yang ada. Kita juga tidak mahu jadi seperti Shahidan Kassim menggunakan Parlimen untuk menyerang Sultan yang tidak ngam dengan Perdana Menteri Dr Mahathir dulu.

Apa pun semua kejadian pahit itu menggambarkan adanya hal yang tidak lazim tadi.

Aziz Bari menggunakan bahasa undang-undang yang menarik sekadar menyebut tidak lazim.

Dia tidak mengecam dan mencemar raja. Mungkin itulah satu cara tersendiri bagi menasihat istana dari jarak jauh.

Sejak ulama zaman tabiin, tabiin-tabiin mengelak bekerja dengan raja dan menjadi penasihat raja. Banyak payahnya. Raja pun ada masalah yang perlu ditegur, tetapi bukan senang untuk menegurnya.

Ada ulama muktabar rela dipenjara daripada menjadi penasihat raja. Para ulama berbangga dengan sikap tegas ulama itu.

Mengapa jadi begitu dan mengapa ada yang mengira sikap ulama itu baik?

Maka kemudahan yang ada sekarang, kita ada media yang terbuka, kita ada demokrasi yang membenarkan bersuara, terbuka kaedah yang tidak terikat untuk menasihatkan istana seperti laporan sebuah portal berita yang membawa pandangan undangundang Aziz Bari itu.

Kalau Aziz Bari diangkat menjadi penasihat raja, dia juga tentu tidak dapat bersuara seperti sekarang.

Kalau pun Raja itu tidak garang, tetapi sebagai orang Raja, maka ada segan silu bercakap terus terang tentang raja dan tindakan raja.

Saya kira Aziz Bari tidak ada apa-apa kepentingan apabila dia mengeluarkan pandangannya sesuai dengan keperluan ilmu bagi menghidupkan ilmu undangundang yang dicurahkannya kepada pelajarnya khusus dan kepada masyarakat umumnya.

Kalau Umno Selangor merasakan UIAM mesti bertindak terhadapnya, buang dari UIAM, maka saya fikir banyak universiti di dunia mahukan tenaga pakar dan sikap bebasnya.

Tetapi tindakan seperti itu menyebabkan payah lagi untuk mencari profesor bebas sepertinya.

Apabila tidak profesor berani sepertinya, maka tidak mustahil universiti mengeluarkan graduan kangkung.

Kuliah Aziz yang objektif tentang undang-undang bukan saja diperlukan oleh siswanya dan masyarakat umum tetapi ia juga berguna untuk diketahui oleh sekalian Raja. Ilmu dan analisisnya boleh menjadi panduan yang baik bagi istana baginya menjadikan istana satu institusi yang berfungsi.

Sebagai seorang ahli ilmu undang-undang, untuk pengetahuan Bung Mokhtar dan Umno Selangor, sumbangan Aziz Bari dilihat lebih dihormati daripada sumbangan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Setakat ini dia dilihat sebagai seorang profesional, tetapi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara belum tahu lagi.

Kajian Saintifik Buktikan Sembelihan Cara Islam Adalah Yang Terbaik

0 org komen
Oleh: Zuridah Mohd Daud

UMAT Islam seluruh dunia sudah merayakan Aidiladha. Ia menjadi satu manifestasi kepada semangat pengorbanan tinggi dimiliki oleh umat Islam. AidilAdha pastinya akan menyaksikan pelaksanaan ibadat korban yang menjadi satu amalan sunat sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Lazimnya musuh Islam menggunakan isu sembelihan korban sebagai lambang keganasan umat Islam.

Kononnya disebabkan kebiasaan menyembelih binatang, ada umat Islam yang berani menyembelih manusia. Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan dan keganasan kerana banyak darah tumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen antikeganasan dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu, mereka mendakwa bahawa tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum mati.
Tetapi, persoalannya apakah dakwaan dan pandangan Barat ini benar? Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa diharamkan adalah jelas membabitkan daging.

Di dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, binatang disembelih kerana yang lain daripada Allah, mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, mati dimakan binatang buas, kecuali sempat kamu sembelih).

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Sabda Rasulullah bermaksud: (Dan apabila kamu menyembelih maka lakukan dengan baik dan hendaklah kamu menajamkan alat sembelihan supaya sembelihan rasa rehat – tidak terlalu sakit). Riwayat Imam Muslim.

Kaedah penyembelihan secara Islam dikatakan menyeksa haiwan dikaji oleh pakar dari Jerman iaitu Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,. Matlamatnya ialah untuk mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.
Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah Barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan di Barat.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak sakit. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat mengejutkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih mengejutkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat. Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam yang disembelih dan tidak disembelih.

Kajian itu jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit. Islam juga menjelaskan bahawa proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada tahun 2003. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih”. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Dr Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Related Posts with Thumbnails