Saturday, December 31

Takut sungguh hampa kat Anwar noo... haha...

0 org komen
13 ditahan edar risalah tentang Anwar

Abdul Rahim Sabri
Tiga belas anggota PKR Kelantan ditahan polis di dua lokasi berlainan di negeri itu semalam kerana mengedar dan memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan Liwat II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tujuh daripada mereka, termasuk ketua penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh, ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar di situ pada kira-kira jam 3 petang.

Manakala enam lagi, antaranya ketua AMK negeri Mohd Azihan Che Seman, ditahan di satu sekatan jalan raya di Kuala Krai pada kira-kira 5.30 petang kerana memilik risalah tersebut dalam kenderaan yang mereka naiki.

Ketika dihubungi semalam, Mohd Azihan berkata, pengedaran risalah tersebut adalah sebahagian daripada kempen mengajak rakyat menghadiri siri jelajah ceramah Anwar di Padang Majlis Daerah Machang pada 5 Januari ini sebelum keputusan perbicaraannya diumumkan pada 9 Januari ini.

Manakala ahli parlimen Tanah Merah Amran Ab Ghani memberitahuMalaysiakini bahawa tujuh anggota PKR yang ditahan ketika mengedar risalah itu di Tanah Merah, dibawa ke ibu pejabat polis jajahan itu untuk disoal siasat.

Katanya, disiasat mengikut seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak kerana mengedar risalah tersebut yang diterbitkan oleh PKR. Risalah itu juga telah dirampas.

"Saya pergi memberi sokongan ketika mereka memberi keterangan kepada polis," katanya.

Sementara itu, Mohd Azihan pula berkata beliau bersama lima lagi anggota PKR cabang Jeli dan Gua Musang ditahan selepas polis mendapati mereka membawa risalah mengenai kronologi perbicaraan Anwar, risalah perbandingan pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat dan bendera parti.

Kesemua risalah itu diterbitkan oleh ibu pejabat parti itu dirampas.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Amran berkata tujuh anggota PKR di Tanah Merah itu ditahan dalam lokap malam tadi dan berkemungkinan ditahan reman hari ini.

Beliau bagaimanapun telah meminta seorang pegawainya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan tersebut pagi ini.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada salah seorang tahanan yang menghubunginya kira-kira jam 8.30 malam tadi - 45 minit selepas beliau meninggalkan ibu pejabat polis berkenaan.

Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk menghubungi Mohd Azihan yang juga exco AMK Pusat pagi ini belum berhasil.

Masyaallah !! Kat Putrajaya kaa... haha...

0 org komen
Pendedahan Mengejutkan tentang PUTRAJAYA......

Oleh: sangkancil

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan ‘projek’ ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.

Keadaan menjadi lebih ‘meriah’ waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka.

Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan.

Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam.

Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.

“Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.

“Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.

“Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti,” katanya.

Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.

“Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai ‘projek’, malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan ‘*****’,” katanya.

Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata.

Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.

“Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu.

“Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa,” katanya.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh.

“Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku,” katanya.

Kesian Chegu Bard...

0 org komen
Chegu Bad: Polis Cepat Bertindak Apabila Di Lapor Umno

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM, 28 DIS : Tindakan pantas penahanan Chegu Bard berikutan satu laporan polis dibuat Umno sememangnya satu tindakan yang sudah dijangkakan.

Sikap double standard polis ini telah acapkali berlaku sebelum ini terhadap mana-mana parti atau badan persatuan yang tidak sebulu dengan kerajaan Umno/BN.

Itu respon terkini Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin sebaik diminta mengulas tentang penahanannya semalam berikutan kononnya dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau yang didakwa menghina institusi raja.

"Kalau laporan itu diterima selain daripada Umno/BN, memang tidak akan diberi perhatian pun oleh pihak berkuasa.

"Sebaliknya kalau Umno/BN, tindakan pantas dapat kita jangkakan contohnya seperti semalam sedangkan perkara ini sudah dibangkitkan dan berada dalam laporan polis 4 bulan lepas," ulas pemimpin popular PKR itu.

Baginya, tindakan polis ini sekadar untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan akses terhadap komputer riba dan telefon bimbitnya selain membuka ruang untuk menjadikan pemimpin PKR lain sebagai buruan.

Menurut Chegu Bard lagi, beliau sendiri telah membuat laporan polis sebelum ini atas pelbagai perkara seperti ugutan bunuh dan sebagainya namun semuanya dipandang enteng atas asas itu laporan oleh PKR.

Lewat petang semalam, Chegu Bard telah dilepaskan dengan jaminan polis. Beliau juga menegaskan bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengannya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik mereka disaat menjelang pilihanraya umum yang kian hampir.

"Tindakan ini bertujuan menarik perhatian pemimpin tertinggi agar di pilih menjadi wakil dalam pilihanraya nanti," kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.

Panas!! Gambaq Najib dipijak-pijak...

0 org komen
Hipokrasi Umno dalam isu gambar pemimpin

Oleh: Mat Zain Mat Isa

“Pasal gambar pun kecoh satu negeri ke? Bila masa pulak orang PAS pentingkan soal gambar ni?”, begitulah antara reaksi sinis para pendukung Barisan Nasional (BN) Terengganu lebih sedekad lalu.

Kenyataan itu timbul ekoran dakwaan adanya beberapa pejabat milik jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang agak ‘liat’ untuk menaikkan gambar Menteri Besar baru, bagi menggantikan gambar bekas MB.

Memang keadaan ketika itu (awal tahun 2000) agak ‘panas’. Pantang ada sikit kesilapan atau pertembungan pendirian, ia akan mudah meleret kepada salah faham dan pertengkaran. Sesetengah kes malah berlarutan menjadi perbalahan politik antara dua kumpulan kakitangan berlainan parti dalam sesebuah pejabat.

Tidak dinafikan ada segelintir penyokong kuat PAS yang agak agresif dalam tindakan dan desakan mereka. Hal itu boleh dirasionalkan, terutama mengambilkira keadaan mereka yang tersisih dan tertekan sejak puluhan tahun di bawah pemerintahan BN. Mereka didiskriminasi dan dipandang serong, bahkan dilayan tidak sama taraf dengan yang lain, hanya semata-mata kerana mereka penyokong PAS.

Lalu apabila parti kesayangan mereka telah berjaya mengambilalih teraju pemerintahan, tentu timbul keinginan agak kuat di kalangan mereka untuk sedikit “membuka dada”. Mereka menjadi antara agen tidak rasmi memastikan apa juga arahan dan pengumuman para pemimpin kerajaan PAS diikuti dan dipatuhi oleh pejabat masing-masing. Sebab itu apabila datang arahan agar gambar MB lama diturunkan dan digantikan dengan gambar MB baru, mereka ini atas kerelaan sendiri bertindak menjadi pendesak.

Memburukkan keadaan ialah apabila sebilangan ketua atau orang kuat di pejabat tertentu adalah juga pendukung kuat BN, khususnya Umno. Mereka ini sengaja menzahirkan ketaksuban kepada parti, termasuk dalam hal yang sepatutnya dipatuhi. Asal saja ada peluang untuk mereka tunjukkan sikap ketidakbersamaan dengan parti pemerintah negeri (PAS), mereka ini sedaya mungkin menzahirkannya.

Salah satu kes yang menimbulkan sedikit kekecohan ialah dalam soal penukaran gambar MB daripada yang lama kepada yang baru. Bagi pendukung Umno yang ketika itu masih dalam keadaan ‘mengigau’ dan belum dapat menerima hakikat kejatuhan kerajaan disokong mereka, arahan agar menurunkan gambar MB lama adalah suatu yang amat memilu dan memalukan.

Lalu berbagai alasan dan justifikasi kedengaran. Ada yang memberikan alasan belum menerima apa-apa arahan rasmi daripada kerajaan baru (PAS), walau pun pentadbiran baru sudah berjalan beberapa bulan. Malah ada yang cuba berdalih kononnya pejabat mereka belum menerima gambar MB baru, sedangkan gambar dimaksudkan itu sudah rata disebarkan dan digantung di seluruh negeri, termasuk di surau dan markas parti.

Ada pula yang menjawab sinis, “apa salahnya kalau tak ditukar gambar-gambar itu? Kata mereka, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas MB) bukan boleh buat apa kalau pun gambar dia kekal di situ? Dia dah tak ada kuasa pun.”

Ertinya, mereka mahu merasionalkan betapa kuasa bukannya pada gambar di dinding. Dalam ertikata sama, para pendukung Umno itu seakan mengatakan jika pun tidak diletakkan gambar MB baru pada dinding, pemimpin itu tetap ketua kerajaan baru dan dia lah yang memiliki kuasa pemerintahan.

Bagi mereka soal memaparkan gambar pemimpin adalah perkara kecil dan remeh-temeh. Ia tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan, atau sehingga menyebabkan pihak bertanggungjawab terhadap pemasangannya di dinding mana-mana pejabat dipersoalkan kepatuhan mereka terhadap kerajaan yang memerintah.

Memang para pemimpin kerajaan pimpinan PAS ketika itu tidak begitu mengambil serius soal kedegilan beberapa pejabat menaikkan gambar MB. Sebab itu tidak kedengaran walau seorang pun ketua pejabat atau pegawai bertanggungjawab yang dikenakan apa-apa tindakan di atas keengganan kakitangan mereka melaksanakan arahan itu. Tidak ada pun walau seorang penjawat awam yang ditukar atau diberi teguran disebabkan perkara itu. Jauh sekali untuk digantung tugas atau diberhentikan.

Sebab itu agak memualkan apabila kini khalayak pendukung Umno pula seakan hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal perasaan hanya apabila sehelai bendera memaparkan gambar pemimpin parti itu diturunkan sekumpulan mahasiswa yang meluah rasa tidak puas hati berkaitan permasalahan yang mereka hadapi. Siswa terbabit bukan sahaja diugut untuk ditumbuk dan diludah, malah dibayang akan berdepan tindakan keras termasuk dibuang dari pengajian.

Ertinya, Umno kini mengakui signifikan meletakkan gambar pemimpin di sesuatu premis. Ia sama sekali berlawanan dengan sikap dan pendirian yang mereka ambil di Terengganu lebih sedekad lalu. Hanya kerana sehelai bendera tertera gambar pemimpin Umno diusik, bukan setakat satu negeri, kekecohan kini merebak ke serata negara.

Bibir Najib dah tak merah lagi dahh...

0 org komen
Orang Kristian harus lawan untuk kebenaran: Isytihar perang ke atas Ibrahim Ali dan UMNO

Written by John Kashuerin


Perkasa dah buat hal lagi! Mendakwa dirinya sebagai penegak hak orang Melayu, kumpulan ini sering dilabel sebagai samseng golongan ekstrim. Sekarang, rakyat Malaysia mesti memikirkan siapakah sebenarnya ahli kumpulan yang seperti seperti terdiri dari mereka yang tidak pernah atau tak habis sekolah ini.

Nyata, presiden pengasasnya Ibrahim Ali adalah sejenis manusia yang tidak akan berfikiran secara logik, berbincang secara rasional atau bersetuju apabila orang lain sudah terbukti benar . Dia dan pemimpin-pemimpin Perkasa lain ketagih dengan sikap menipu dan menikan dari belakang,

Ini ialah abad ke-21! Zaman kebanjiran maklumat di mana ia boleh diakses melalui Internet kerana meningkatnya pengglobalisasian dan ekonomi digital dunia.

Sering, Ibrahim Ali dan pengikut-pengikut bodohnya memutarbelitkan sejarah kita. Ia adalah penting bagi lelaki dan wanita Malaysia , sebagai warga yang baik, bersuara untuk menentang fitnah-fitnah jahat di dalam negara kita.

Lelaki ini sama sekali tiada mempunyai rasa hormat kepada sesiapa dan telah terbukti dari kesediaan beliau untuk bergaduh secara terbuka dengan orang-orang Kristian pada musim perayaan ini.

Kebaikan mesti mengatasi kejahatan


Dalam agama Kristian, ia adalah dianjurkan untuk memerangi sebarang bentuk penindasan dan kekejaman bagi menegakkan keadilan, sama ada dari segi sosial, ekonomi atau politik. Ia mesti dilakukan sehingga kebaikan berjaya mengatasi kejahatan.

Tuhan memerhatikan setiap sesuatu yang kita lakukan. Adalah wajib ke atas orang-orang Kristian mempertahankan kebaikan dan mengalahkan kuasa-kuasa jahat contohnya apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali yang berkelakuan seperti syaitan.

Sebagai peringatan kepada orang Kristian, majoriti kawasan tanah Malaysia – Sabah dan Sarawak – penganut Kristian. Ini adalah mengapa pada tahun 1963 Perjanjian Malaysia tidak menyatakan satu agama rasmi bagi 2 kawasan Malaysia di Borneo ini.

Penganut agama Kristian juga merupakan juga ada di semenanjung Malaysia.

Rev Eu Hong Seng tidak mempersoalkan Perkara 153. Apa yang dipersoalkan olehnya ialah mengapa ia tidak digunakan dengan sama ke atas masyarakat bukan Melayu, termasuk orang-orang Kristian. Aspirasi yang sah untuk memberi jaminan di bawah Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kita juga boleh menambah yang Perkara 153, yang diperkenalkan untuk digunakan selama 15 tahun, bukan satu fasal yang boleh merangkumi semua perkara.

Sebaliknya, ia membataskan diri, dengan menberi hak kaum peribumi Sabah, Sarawak dan Orang Asli dan orang Melayu Semenanjung Malaysia, peluang dalam hanya empat bahagian tertentu sahaja. Bahagian-bahagian ini ialah; diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam; belajar di institusi pengajian tinggi dan keistimewaan pendidikan, biasiswa kerajaan dan peluang-peluang berurusan dengan kerajaan.

Inilah yang dikatakan kedudukan istimewa Bumiputra Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan orang Melayu di Semenanjung Malaysia.

Ketamakan Umno mengubah dan menyalahgunakan Perkara 153


Umno telah memuutarbelitkan kedudukan istimewa kepada hak istimewa dengan meluaskan batasan Perkara 153 yang melebihi empat bidang-bidang tertentu untuk meliputi setiap aspek kehidupan di Malaysia.

Mudah-mudahan, Akta Perhubungan Persaingan yang dicadangkan akan mengambil kira Perkara 153 yang kerap dilanggar dan diputar belitkan.

Perhatikan bahawa tiada disebut dimana-mana dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Melayu Semenanjung Malaysia digelar sebagai Bumiputera.

Undang-undang Agung Tanah semata-mata merujuk kepada orang Melayu sebagai umat Islam di Semenanjung Malaysia dan Singapura yang lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu – tiada pengkhususan diberikan di sini - dan amalan budaya Melayu, adat resam dan tradisi. Sekali lagi, tidak dinyatakan secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan

Ketuanan Melayu? Kaji dulu di mana asal usulnya orang Melayu!


Sedikit pengenalan, Melayu bermula sebagai dialek di Kemboja dan telah digunakan oleh orang Hindu pada awalnya, kemudian mubaligh Buddha dan akhirnya menjadi lingua franca kepulauan di Asia Tenggara. Oleh itu, nama Kepulauan Melayu digunakan bagi merujuk di kepulauan di mana bahasa Melayu telah digunakan secara meluas.

Melayu muncul sebagai bahasa keagamaan, perdagangan, pendidikan, dan pentadbiran dengan campuran Sanskrit dan Pali - dialek bahasa Sanskrit yang digunakan oleh penganut agama Buddha – bermaksud perkataan.

Pendek kata, bangsa Melayu, sebenarnya tidak wujud. Kajian berterusan terhadap DNA yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membuktikan ini.

Apa yang disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu sebenarnya separuh daripada bahagian selatan Semenanjung Kra di mana bahasa Melayu telah digunakan secara meluas.

Semenanjung Tanah Melayu juga bukanlah tempat asal bangsa Melayu. Melayu di Semenanjung Melayu adalah istilah terakhir yang digunakan oleh penjajah British yang meliputi pelbagai kumpulan etnik dari pulau-pulau berdekatan.

Mereka hanya mengikut seperti apa didakwa mubaligh Hindu dan Buddha.

Penjajah Britishlah yang telah berperang sebanyak dua kali dengan Bangkok untuk mendapatkan Semenanjung Tanah Melayu dari kerajaan Thai untuk menanam getah dan melombong bijih timah.

Penjajah British jugalah yang mengubah beberapa Kerajaan Sungei - kerajaan sungai yang dikurangkan kuasa dengan hanya boleh mengutip tol di sepanjang laluan air - sultan Melayu menjadi pemerintahan wilayah.

Mereka juga memulakan Persidangan Raja-Raja Melayu. Orang-orang yang memanggil diri mereka Melayu di Semenanjung Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada, penjajah British.

Dasar Ekonomi Baru


Ia membolehkan pelbagai kumpulan etnik dari pulau-pulau yang berdekatan untuk memupuk idea nasionalisme Melayu - iaitu pemberontakan menentang penguasaan ekonomi Cina - untuk merebut konsesi ekonomi dan politik yang lebih besar daripada masyarakat bukan Melayu. Hasilnya ialah Perkara 153, antara sebahagian yag terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara yang lain adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai tambahan kepada bahagian Hak Keistimewaan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang ke-4.

Seperti Perkara 153, DEB bukanlah klausa yang merangkum semua perkara.

Di bawah satu fasal, DEB adalah bertujuan untuk memastikan bahawa 30 peratus daripada kekayaan korporat – yang disenaraikan secara awam, dimiliki, dikawal dan diuruskan oleh Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan masyarakat Orang Asli dan Melayu Semenanjung Malaysia dalam tempoh dua puluh-tahun (1970-1990). Seperti Perkara 153, DEB juga telah luput tarikhnya.

Satu lagi fasal dalam DEB adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.

Fasal 3 dan yang terakhir dalam DEB adalah untuk menghapuskan perbezaan pada kaum dengan kegiatan ekonomi dan tempat tinggal.

Pada hakikatnya, sebagai satu contoh, apa yang kita lihat pada hari ini adalah keadaan dimana 90 peratus daripada tenaga perkhidmatan awam dikuasai oleh satu komuniti.

Seperti satu lagi contoh, 90 peratus orang-orang yang tinggal di Putrajaya - Pusat Pentadbiran Persekutuan - terdiri daripada satu komuniti yang sama.

Masyarakat yang sama juga membentuk 90 peratus daripada Badan Kehakiman, perguruan, perkhidmatan diplomatik, polis, angkatan tentera dan GLC-GLC.

Layulah 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Umno!

Kita memerlukan lebih ramai orang seperti Rev Eu Hong Seng untuk bersuara menentang segala bentuk ketidakadilan dalam negara ini.

- John Kashuerin adalah pembaca Malaysia Chronicle

Masyaallah !! Di Putrajaya kaa...

0 org komen
Pendedahan Mengejutkan tentang PUTRAJAYA......

Oleh: sangkancil

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan ‘projek’ ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.

Keadaan menjadi lebih ‘meriah’ waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka.

Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan.

Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam.

Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.

“Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.

“Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.

“Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti,” katanya.

Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.

“Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai ‘projek’, malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan ‘*****’,” katanya.

Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata.

Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.

“Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu.

“Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa,” katanya.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh.

“Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku,” katanya.

Agong mau ka dengaq cakap hampa...

0 org komen
Zakat: Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf

SHAH ALAM— Gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

Jika beliau (Jamil Khir, gambar) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam,” katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di sini.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumour mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

PKR memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan.

Semalam MAIWP berkata peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai kos guaman.

-Themalaysianinsider

Tang mana laa kita nak letak dia ni haa...

3 org komen
PENULIS menyambut baik dan mengalu-ngalukan sokongan terbuka pakar perlembagaan negara, Profesor Dr. Aziz Bari terhadap Pakatan Rakyat. Walaupun pengumuman tersebut sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan, jika melihat peranan yang dimainkan Aziz Bari sebelum ini yang lebih banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat, terutama dalam sebarang isu yang melibatkan tafsiran perlembagaan.

Sokongan itu juga pada pandangan penulis menandakan bermulanya karier Aziz Bari dalam politik sebaik kerjayanya sebagai pensyarah undang-undang berakhir esok (31 Disember 2011).

Secara amnya, penyokong Pakatan Rakyat menyambut dengan baik jika ada golongan profesional dari kalangan penjawat awam yang mengumumkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat.

Apatah lagi jika mereka sanggup meninggalkan kerusi empuk masing-masing dalam perkhidmatan kerajaan, semata-mata untuk keluar dari kepompong kepura-puraan dan terlibat secara langsung dengan politik Pakatan Rakyat, Aziz Bari tidak tekecuali.

Tapi penulis sedikit kecewa bila Aziz Bari dengan serta merta juga menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat. Seolah-olahnya sokongan Aziz Bari kepada Pakatan Rakyat tidak ikhlas sebaliknya semata-mata mengharapkan jawatan.

Apatah lagi bila Aziz Bari belum mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan justeru tidak melayakannya bertanding menggunakan nama tersebut dalam pilihanraya akan datang. Setiap calon masih perlu bertanding atas lambang parti masing-masing dan penting untuk Aziz Bari menyatakan parti mana yang mahu disertainya.

Dari situ, barulah ditentukan kawasan mana yang sudi menjadikan Aziz Bari sebagai calon mereka.

Jika Aziz Bari dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang tanpa melalui proses yang sepatutnya, dikhuatiri pencalonan beliau akan menyekat peluang kepimpinan di kawasan tersebut untuk bertanding, seterusnya menyumbang kepada undi protes.

Dalam keadaan sekarang, itu (undi protes) adalah perkara terakhir yang kita mahukan..

Kita perlu akui, Pakatan Rakyat sekarang tidak lagi sama seperti mana tahun 2008. Pencalonan tidak boleh lagi dibuat sesuka hati dan tangkap muat kerana sudah terbukti pencalonan yang sedemikian hanya mendatangkan musibah kepada parti seperti mana yang berlaku dalam PKR hari ini.

Apatah lagi sebagai ‘orang baru’ dalam politik, kesetiaan Aziz Bari kepada Pakatan Rakyat dan dasar perjuangannya masih lagi belum teruji, dibandingkan dengan pemimpin akar umbi sedia ada.

Penulis nasihatkan Profesor Dr. Aziz Bari agar dapat bersabar sedikit sementara menantikan saat yang sesuai untuk dirinya bertanding mewakili Pakatan Rakyat. Perhebatkanlah dulu jasa dan sumbangan di peringkat akar umbi sebelum boleh menawarkan diri.- SPR

Umno meriah, pakat-pakat selak kain kengkawan... kahkahkah...

0 org komen
Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah

Written by Maria Begum
Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.

“Saya tidak tahu menahu kecuali apa yang saya baca dalam blog. Saya akan lihat perkara ini. Apa jua yang dikaitkan kepada sesiapa yang berada dalam jabatan saya, saya akan lihat kepada perkara itu.” Muhyiddin memberitahu wartawan Selasa lalu.

Pendedahan atau permulaan perang?

Seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan telah menerima lebih RM 100 000 sebulan untuk sumbangan.

Pendedahan ini juga adalah menyusuri laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang.

Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau dan menjelaskan bahawa ia adalah untuk program kebajikan di Bachok di mana beliau adalah ketua bahagian UMNO di sana.

Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka.

Itu untuk ini

Najib telah dipersalahkan mengenai perang yang sekarang tercetus dalam UMNO selepas kumpulan beliau mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC.

Mereka juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden tahun depan.

Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu.

Tapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama UMNO bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan UMNO dengan lebih cepat.

Malaysia Chronicle

Jom tengok indahnya Solat...

1 org komen
Gambar-Gambar Solat yang jarang kita lihat.

Oleh: zharifjenn

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.

Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.

 
 
 
 

Tak nampak macam kambing hitam punn... kahkahkah...

0 org komen
Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC

Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.

Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.

Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau “satu-satunya isteri” pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.

Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Friday, December 30

Se ekor mamak yang tak cerdik... kahkahkah...

0 org komen
Mahathir Bukan Cerdik Sangat: Ku Li

Oleh: amanlegend

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Rosmah Mansor... kahkahkah...

1 org komen
Siapa Perdana Menteri wanita kita


DR. MAHATHIR Mohamad ketika diraikan oleh pengikut-pengikutnya termasuk Perdana Menteri Najib dan isteri menyebutkan kemungkinan Malaysia juga akan berperdana-menterikan seorang wanita.

Suatu yang tidak mustahil. Kalau Yaman di zaman Nabi Sulaiman a.s. pernah diperintah oleh Ratu Balqis, dunia akhir zaman ini pula sudah ramai wanita jadi Presiden dan Perdana Menteri, maka juga tidak mustahil

Siapakah Perdana Menteri pertama wanita Malaysia itu?

Jika ia berlaku sebagai ganti Perdana Menteri Najib, siapakah wanita yang bertuah itu?

Tuntulah dia seorang yang kanan dalam parti yang mendapat majoriti. Jika BN berkuasa semula selepas PRU 13, Perdana Menteri Najib ditakdirkan kalah, tiada laki-laki UMNO yang diterima oleh pimpinan UMNO, maka wanita yang paling kanan ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Dia adalah ketua Wanita UMNO dan bertaraf sebagai Naib Presiden parti itu. Tetapi dengan skandal lembu dan kondominium termahal dari duit lembu yang melibatkan suami anak beranak, dia tidak menjadi calon yang terbaik.

Siapa lagi wanita yang kanan di samping UMNO yang masih dipimpin Najib?

Dalam parti tiada yang tertonjol. Tetapi di luar hiraki parti ada, bahkan lebih berkuasa dan lebih berpengaruh dari Perdana Menteri Najib iaitu Wanita Pertama merangkap isteri Najib. Malah dia sudah pun dilihat Perdana Menteri sebenarnya sejak pengunduran Tun Abdullah Badawi.

Sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah di bawah pengaruhnya. Bahkan pemimpin dunia mengenalinya dan suka mendekatinya bagi memenangi hati kerajaan Malaysia. Lee Kuan Yew yang terkenal serius dengan protokol mencari peluang bersua dengannya semasa mengadakan kunjungan ke Malaysia.

Soal dia tidak ada pimpinan parti boleh diurus. Betullah Muhyiddin Yassin orang kedua dalam UMNO tetapi Muhyiddin telah mengepalai perwakilan Perhimpunan Agung UMNO berikrar setia kepada Najib dan UMNO.

Jika Najib merasakan orang yang paling layak menggantikannya sebagai Presiden UMNO, maka tiada pilihan bagi UMNO.

Setakat ini Rosmah Mansor bukan saja wanita paling berpengaruh di Putrajaya bahkan orang yang paling berkuasa.

Jika masanya telah tiba bagi wanita menjadi Perdana Menteri sebagai ganti Najib, wanita yang paling menonjol ialah Rosmah Mansor.

Tetapi kalau BN kalah kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim berada di penjara, maka siapa pula calon Perdana Menteri?

Pakatan Rakyat tentu ada calon yang diterima oleh semua tetapi pengundi yang mahukan perubahan juga mungkin ada calonnya bagi mengambil tempat yang sepatutnya disandang oleh Anwar.

Sebelum Anwar jadi ketua pembangkang, ia disandang oleh Dr. Wan Azizah. Dia masih Presiden PKR tetapi dia tidak layak bertanding kerana MP yang meletak jawatan tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun.

Jika semua diberi sama peluang, maka yang paling kanan mewakili parti masing-masing ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Azmin Ali.

Tetapi mungkin masyarakat, seperti yang diwawaskan oleh Dr. Mahathir berkehendakkan seorang Perdana Menteri wanita, maka siapakah wanita yang paling terserlah di kalangan Pakatan Rakyat selepas Wan Azizah?

Yang paling menonjol dalam parti dan dalam Parlimen ialah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang paling kanan.

Dr. Mahatahir adalah orang yang paling tidak suka kepada suku sakat Anwar tetapi kalau rintihan hati Dr. Mahathir hendak dikabulkan, antara Shahrizat Jalil, Rosmah Mansor, Nurul Izzahlah yang paling bersih dan paling tidak bermasalah.

Masalahnya ialah dia budak. Sebagai budak dia adalah anak Anwar Ibrahim. Kalau tiada pengalaman dan kepintarannya belum menonjol, tetapi kepintaran Anwar boleh dipinjamkan kepadanya.

Saya bukan hendak menidakkan kebijaksanaan, kepintaran dan wibawa Ustaz Hadi, Kit Siang dan Azmin tetapi bagi meraikan pandangan Dr. Mahathir yang merasakan wanita juga berpeluang menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Yang Mahathir tidak suka ialah ia boleh mengambilkan harapan Anwar jadi Perdana Menteri. Mahathir boleh terima siapa saja asal jangan Anwar. Kalau Izzah naik, dia adalah sementara menguruskan perbicaraan semula Anwar oleh mahkamah yang berwibawa. Jika Anwar jadi Perdana Menteri, maka Mahathir rela mati?

Anwar tunjai2 dahi Najib... kahkahkah...

0 org komen
ANWAR IBRAHIM: UMNO semakin gusar dan resah


Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Hampa suka sangat ka Zaid Ibrahim join balik PKR...

2 org komen
Zaid Ibrahim bantu Nurul Izzah lawan Azmin?

Oleh SiasahDaily

Persaingan kuasa dalam PKR, yang semakin jelas dilihat sejak menjelang pemilihan lalu muncul lagi, mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa Azmin Ali, timbalan presiden PKR di belakang penyebaran surat layang memburukkan Nurul Izzah Anwar, naib presiden PKR.

Surat itu menggesa ahli-ahli PKR menghalang Nurul Izzah yang didakwa cuba membawa semula Datuk Zaid Ibrahim - yang kini memimpin partinya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) - menyertai semula PKR.

Dalam kolum terbaharunya, Raja Petra menerbitkan semula surat itu dengan ulasan ringkas mengatakan Azmin dipercayai di belakang penyebaran surat layang tersebut, dalam usaha menyekat anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu daripada menghalang kemaraan Azmin.

Menurut surat itu, Nurul Izzah mempunyai pengaruh untuk membolehkan Zaid dibawa semula menyertai PKR disebabkan kedudukannya.

"Sebagai naib presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula."

Menurut surat itu lagi, "Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya."

Zaid keluar parti setelah kecewa dengan politik Anwar dan permainan Azmin menyekat kemaraannya dalam parti.

Dakwaan Raja Petra ini sekiranya benar memberi gambaran usaha Azmin mengukuhkan kedudukannya dalam parti termasuk dengan menyekat Nurul Izzah, pemimpin muda yang dilihat berpotensi dan tidak mempunyai beban sejarah seperti beberapa pemimpin lain termasuk Azmin.

Kedudukan Nurul Izzah sebagai anak Anwar, pemimpin kanan yang muda dan popular mampu menggugat Azmin dalam kepimpinan parti.

Zaid semasa masih dalam PKR juga dilihat sebagai pencabar terdekat Azmin, disebabkan kedudukan seniornya yang dilihat mengatasi kelayakan Azmin.

Bedebah punya bapak...

0 org komen
DUA beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.

Anwar masih pemimpin suci... hihi...

0 org komen
Kalau Pun Bukan Imam Mahdi, Anwar Masih Pemimpin Suci

SECARA peribadi, penulis ingin menjelaskan disini bahawa penulis tidak sama sekali bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi walaupun ada dakwaan mengatakan perkara itu disebut oleh Ketua Cabang Sabak Bernam, Ustaz Dr. Badrul Amin, merangkap penasihat agama kerajaan Negeri Selangor, dalam satu majlis ceramah.

Penulis juga telah menonton sendiri video tersebut dan memang pada pendapat penulis Dr. Badrul ada menyatakan yang Anwar adalah Imam Mahdi walaupun telah dinafikan Dr. Badrul dalam entri Facebooknya semalam. Penulis tak boleh nak masuk dalam kotak pemikiran Dr. Badrul untuk memahami apa sebenar yang cuba disampaikan tapi bila empunya diri dah menafikan, rasanya penulis dan yang lain perlu akur sajalah.

Bagaimanapun, penulis juga berpendirian bukan semua yang disebut oleh Dr Badrul dalam ceramahnya itu salah. Banyak juga yang betul, antaranya menyatakan bagaimana Anwar merapatkan timur dan barat, memimpin gerakan Islam dan banyak lagi. Semua itu (melainkan Anwar sebagai Imam Mahdi) adalah perkara yang merujuk kepada Anwar.

Kita tidak boleh menafikan hakikat itu. Dimana sahaja Anwar berucap, khalayaknya bukan setakat orang Islam atau orang Barat sahaja, malah terdiri dari pelbagai kelompok. Anwar bijak menyampaikan buah fikirannya tanpa dalam masa yang sama menyentuh sensitiviti mana-mana pihak yang mendengar.

Anwar mungkin adalah satu-satunya pemimpin yang tidak gentar bercakap mengenai kebaikan dan kemurnian Islam di hadapan pemimpin Kristian dan Yahudi. Anwar juga tidak kekok bercakap di dalam forum orang Islam, mengupas segala jenis pembaharuan dalam Islam bagi membolehkan perbezaan yang wujud dengan masyarakat barat dapat dikurangkan, kalau tidak dihapuskan terus.

Maka itu tidak hairan kenapa undangan untuk Anwar berucap dari seantero dunia seakan-akan tiada penghujung dan dalam masa yang sama, sedikit masa perlu diluangkan untuk ceramah dalam negara, ceruk kampung atau desa bagi menyampaikan amanat dan membentangkan hala tuju Pakatan Rakyat jika akhirnya nanti berjaya juga menawan Putrajaya.

Penulis tidak pasti sama ada masyarakat kampung yang bertuah mendengar Anwar sendiri menyampaikan ceramah di kawasan masing-masing itu sedar atau tidak bahawa batang tubuh yang berdiri di depan mereka itu adalah sebenarnya seorang pemidato hebat yang mana buah fikirannya berkumandang hampir disetiap ceruk dunia – bukan ceruk dimana dia menyampaikan ceramah itu sahaja.

Inilah yang penulis nak tekankan, disebalik kontroversi Dr. Badrul dan Imam Mahdi itu, masih lagi perlu diakui bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang hebat dan suci dalam masa yang sama.

Suci dalam erti kata merapatkan perbezaan antara dunia Islam dan dunia barat tanpa perlu menumpahkan darah sesiapa.

Mungkin cara Dr. Badrul menggambarkannya itu agak ‘ke dalam’ dan sukar bagi orang biasa memahaminya, tapi maksud yang nak disampaikan itu masih lagi sama – Anwar adalah pemimpin hebat dan kita sebenarnya bertuah mempunyai seorang seperti ini dikalangan kita.

Anwar sebenarnya tidak perlu disamakan atau digambarkan sebagai Imam Mahdi, pelbagai kerja-kerja baik beliau sedia ada pun sudah menunjukkan bahawa beliau memang seorang yang istimewa.- SPR

Ajal PAS Kedah dah sampai...

2 org komen
Perobohan Madrasah Salihiah Kanchut Akan Percepat Ajal PAS Di Kedah

PENULIS tertarik dengan kenyataan bekas OCPD Pagoh dalam peristiwa Bukit Kepong tahun 1950, Inspektor JJ Raj Jr. mengenai orang Melayu. Menurutnya, orang Melayu akan berada dalam keadaan paling sensitif bila 2 perkara ini ‘disentuh’, isterinya dan agamanya.

Tujuan penulis membawa pandangan JJ Raj itu ialah, orang bukan Islam pun faham dengan sensitiviti orang Melayu dan Islam di negara ini.

Penulis cuba nak bawa pendekatan sama dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut di Kedah ini, bagaimana kerajaan pimpinan orang Islam sendiri tidak sensitif dengan kehendak masyarakat setempat apabila membuat keputusan untuk merobohkan madrasah tersebut.

Umumnya, penulis faham memang ada situasi-situasi tertentu yang membenarkan perobohan rumah-rumah ibadat seperti Madrasah, surau dan sebagainya ini untuk apa tujuan yang difikirkan perlu.

Apatah lagi bila Madrasah Salihiah Kanchut ini adalah bukti sejarah Islam telah bertapak di Kedah sejak lebih 100 tahun dahulu.

Bagaimanapun, dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini, tindakan itu dilihat ramai sebagai lebih bersifat komersial dengan tapak peninggalan madrasah itu nanti akan dibina sebuah pusat membeli belah.

Penulis rasa, isunya disitu sahaja – roboh madrasah untuk bina pusat membeli belah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak (Ustaz Azizan) hendaknya perlu lebih sensitif dalam perkara seumpama ini. Ustaz Azizan bukan lagi pihak di luar kerajaan yang hanya memfokus kepada satu atau dua perkara sahaja bila bercakap tentang sebarang tindakan seumpamanya oleh kerajaan terdahulu.

Sebagai Menteri Besar yang dilantik atas sokongan orang Melayu dan Islam di Kedah, Ustaz Azizan perlu sedar bahawa sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat beliau sebagai Menteri Besar akan menjadi buah mulut masyarakat setempat. Apatah lagi bila keputusan tersebut tidak selari dengan aspirasi rakyat Kedah yang majoritinya beragama Islam dan parti PAS yang menaungi Ustaz Azizan.

Kalau boleh penulis ulas peristiwa perobohan Surau Kampung Bujai di Terengganu beberapa tahun dulu. Pada waktu itu PAS adalah pihak yang tegas menghalang usaha merobohkan surau tersebut walaupun hakikatnya surau tersebut tidak dibina dengan kelulusan daripada pihak berwajib.

Penulis membandingkan perkara tersebut untuk menunjukkan bagaimana PAS telah menetapkan pendirian dalam hal-hal sedemikian tapi jadi benar-benar berbeza dalam hal perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini.

Dalam hal ini penulis tidak berminat dengan permainan politik seperti yang banyak dimainkan sekarang. Bukan resmi penulis dan laman ini menjawab soalan dengan soalan, yang penting kepada penulis ialah bagaimana tindakan ini boleh menjejaskan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya mendatang.

Apa pun tindakan UMNO di Terengganu dalam kes surau Kg Bujal, itu adalah dalam konteksnya yang tersendiri dan salah satu sebab kenapa PAS harus menentang UMNO. Tapi bila isu perobohan Kg Bujal di Terengganu dibawa ke dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini, itu hanya membuktikan satu perkara – UMNO dan PAS sama sahaja.

Sekurang-kurangnya hujah UMNO dalam isu perobohan di Kg Bujal ialah surau itu dibina tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berwajib, justeru tahap keselamatan struktur binaannya tidak dapat dipastikan. Surau tidak sama seperti tokong Hindu yang dibina di tepi-tepi jalan. Surau ada manusia yang berlindung di bawahnya dan dengan itu menjustifikasikan tindakan UMNO di Terengganu.

Dan ketika dirobohkan, surau tersebut masih belum siap!!

Sedangkan apa isunya pula di Madrasah Salihiah Kanchut ini? Madrasah tersebut telah terbina disitu sejak 100 tahun lepas, kalau pun ada kecacatan struktur akibat dimamah peredaran masa, jawapannya ialah pembaikan, bukan perobohan!!

Penulis tak pastilah sama ada penyokong PAS di Internet yang berhujah mempertahankan perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini sedar atau tidak dengan perkara tersebut. Penulis bimbang jika rakyat menganggap kalau mereka menentang UMNO kerana merobohkan surau Kg Bujal di Terengganu, kenapa tidak menentang PAS dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini?

Dalam erti kata lain, penulis melihat tindakan membawa isu perobohan Surau Kg Bujal ke dalam isu Madrasah Salihiah Kanchut ini tidak langsung membantu PAS dan kerajaan pimpinannya di Kedah, malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, akan hanya memendekkan tempoh pemerintahan PAS di Kedah.- SPR

Aku setuju ngan Ku Li...

0 org komen
Anwar Pasti Akan Masuk Penjara...

Oleh: siasahkini

Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang."La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang aku tengok la.Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri

Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati Bn tetapi semakin jauh lagi adala...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar umno nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.

Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..

"Dia curi lah!. Aku selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.

Ku Li berpendapat bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara kacau bilau.Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.

Kalau bab Royalti minyak kelantan, Aku memang sokong hang KULI!!

Betoi ka UMNO jaga Agama... kahkahkah...

1 org komen

PAS makin bertambah pelik... kahkahkah...

0 org komen
Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Thursday, December 29

Wajib baca, cara UMNO tipu bangsanya...

0 org komen
Mitos UMNO untuk menipu rakyat!

Assalamualaikum, sejak merdeka, UMNO telah membina mitos yang telah berjaya menipu rakyat terutamanya orang melayu yang kini sebahagiannya masih berpegang dengan mitos tersebut.Berbagai bagai mitos dibina, direka dan yang masih berkesan sehingga kini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Bahagian pertama :

Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat majmuk.Masih ramai yang percaya dengan mitos ini walaupun secara jelasnya telah dibuktikan bahawa masyarakat majmuk bukan penghalang kepada perlaksanaan hukum ALLAH itu.Kerana hudud dilihat tidak adil oleh UMNO dan rakan rakan cina dan indianya, maka negara Islam juga tidak sesuai diperkenalkan di Malaysia.Inilah fahaman negara Islam yang dipublisitikan UMNO sehingga satu ketika Karpal Singh turut gerun dengan negara Islam yang dilihat semacam negara pengganas.Kerana itu jugalah negara berkebajikan yang baru diperkenalkan PAS dilihat sebagai menyimpang dari negara Islam yang asalnya menjadi matlamat PAS.Negara Berkebajikan dijadikan alasan untuk mendakwa PAS mengugurkan menifesto negara Islam dan hudud kerana tunduk kepada DAP dan menyebabkan rakyat keliru.Persepsi ini terhasil dari tarbiyah mitos UMNO mengenai tidak perlunya hudud dilaksanakan demi menjaga keadilan dalam masyarakat majmuk walaupun hari ini keadilan yang diagung agungkan UMNO itu terbukti jauh tersasar bilamana ada kes kes curi yang melibatkan nilai yang terlalu kecil malah nilai yang tidak menyamai nisab hudud untuk dipotong tangan menerima hukuman penjara yang lebih panjang dari Khir Toyo yang mencuri jutaan ringgit wang rakyat.

Bahagian dua :

Hudud adalah hukum ALLAH tetapi tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana suasana yang tidak kondusif di mana perlaksanaannya hanya akan membawa ketidakadilan dalam negara.Mitos yang dimodifikasikan dari mitos awal dengan alasan bahawa pengetahuan mengenai hudud masih lagi rendah di kalangan rakyat terutama orang Islam. Jadi sehingga pengetahuan hudud dapat ditingkatkan hudud tidak boleh dilaksanakan.Mitos ini cukup memperbodohkan rakyat tetapi cukup malang lagi bilamana ada rakyat terutama orang melayu mempercayainya.Rakyat cuba dibodohkan kerana pengetahuan tentang hudud telah lama disekat oleh UMNO, ada ustaz yang mensyarahkan tentang keadilan hudud ditahan dan kitab yang dibaca dirampas.Sementara tarbiyah menyeluruh tentang Islam telah lama diabaikan UMNO, malah tulisan jawi yang menjadi bahasa penghantar banyak kitab kitab ilmu agama di Nusantara dihapuskan.Sistem pendidikan digubal dengan mengabaikan ilmu fardu ain dan penyebaran hiburan yang mengandungi unsur unsur maksiat diberi keutamaan.UMNO membunuh pengetahuan hudud dan pengetahuan tentang pandang alam insaniah yang berjiwa hamba sehingga melahirkan ramai orang orang melayu yang mengagung agungkan undang undang ciptaan manusia dari barat serta melihat hudud itu bukan undang undang yang sebenarnya.Mitos UMNO yang masih kuat mempengaruhi ramai cerdik pandai melayu yang dididik dengan silibus ilmu barat.

Bahagian tiga:

Harga minyak tinggi kerana harga minyak dunia yang tinggi.Malah UMNO mempublisitikan bagaimana harga semasa minyak dalam negara masih rendah dari negara negara jiran dan harga yang masih rendah ini kerana kerajaan UMNO memberi subsidi kepada harga minyak.Mitos ini masih berkesan kepada sebahagian orang melayu terutama mereka yang banyak merasa nikmat dari agihan wang rakyat kepada kroni UMNO.Tetapi ramai dari kalangan mereka tidak peduli apakah kesan buruk yang terpaksa ditanggung oleh sebahagian besar rakyat jadi mereka tetap tidak percaya kalau ada yang mendakwa hasil minyak mentah yang dikorek didasar laut negara dirompak oleh UMNO.Mereka tetap bertegas bahawa harga minyak yang tinggi adalah disebabkan pasaran dunia.Tetapi mereka buat pekak ketika ditanya apakah pula menafaat yang diperolehi negara dari kedudukan pasaran dunia kerana negara menjual minyak yang dikorek di dasar laut negara?Apakah menafaat hasil jualan minyak tidak langsung dirasai rakyat?Jadi siapa yang menikmatinya?

Bahagian empat :

Melayu akan hilang kalau UMNO tumpas(walaupun Dato Hang Tuah berkata Tak Hilang Melayu Di Dunia).Mitos yang cukup kuat mempengaruhi sebahagian orang melayu sehingga mereka cepat percaya Mat Sabu itu kominis semata mata kerana fakta sejarah yang disebutnya.Mereka cepat percaya PAS sekarang sudah tunduk kepada DAP yang dianggap penentang utama negara Islam, kominis dan musuh orang melayu.Termasuk yang percaya ialah seorang professor berketurunan cina yang semacam lupa bahawa dia sebenarnya berbangsa cina yang beragama Islam bukannya seorang melayu Islam baka.Maka melaung launglah golongan yang percaya kepada mitos UMNO ini agar PAS menerima lamaran penyatuan dengan UMNO apatah lagi sekarang ini HAMAS sudah menerima kerjasama dengan FATAH di Palastin, maka makin kuatlah seruan untuk bersatu dilaungkan UMNO.Mitos bahawa UMNO tidak boleh hilang dari persada politik negara walaubagaimanapun disedari oleh sebahagian rakyat lain tidak boleh dipercayai kerana sekali UMNO tewas pilihanraya maka ianya akan berkubur dan apabila ianya berkubur maka dengan sendirinya PAS akan menggantikan UMNO serta melayu tidak akan hilang malah akan terus terbela mengikuti panduan insaniah kehambaan yang lurus.

Bahagian lima :

Semua pemimpin UMNO adalah pemimpin melayu yang ikhlas dan jujur.Mitos ini sering dilaungkan oleh pemimpinnya terutama PM dan TPM.Sekalipun apa yang dialami oleh Khir Toyo, UMNO terus melaungkan mitos ini dan yang terbaru ialah pertanyaan Sharizat kepada UMNO, namakan siapakah pemimpin UMNO yang bersih?Tidak ada malah kesemuanya tidak layak menjadi pemimpin rakyat.Rakyat Malaysia yang bermaustatin di luar Negara ada yang merasai insentif insentif tertentu di negara yang mereka bermaustatin yang tidak diperolehi di negara sendiri.Dalam konteks insentif kerakyatan, pemimpin UMNO sudah gagal, maka jangan cerita lagilah aspek aspek yang lain.BR1M yang bernilai RM500-00 itu langsung tidak boleh dijadikan ukuran kelayakan kepimpinan UMNO.

Demikianlah beberapa mitos yang disebarkan UMNO yang cukup mempengaruhi orang melayu sehingga kini.Kini beberapa usaha dijalankan oleh PAS dan rakan pakatannya seperti kempen PAS ganti UMNO dan ABU(Apa Saja Asal Bukan UMNO) untuk menyedarkan rakyat mengenai mitos UMNO yang mesti ditinggalkan.Terpulang kepada individu untuk bersama sama dengan kempen ini dan bertanya setakat mana komitmen masing masing.Ingatlah bagi orang Islam, menyertai kempen ini merupakan sebahagian amal maaruf, nahi mungkar yang insyaallah mendekatkan kita kepada pertolongan ALLAH.Jadi tanyalah diri kita masing masing, apakah sumbangan kita?

Cara Melayu ajar Cina yang kurang ajar... kahkahkah...

0 org komen
Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos

Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.

"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.

"Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu.

"Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya.

Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.

"Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya.

Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif".

Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).- Malaysiakini

PEKIDA Umno dah mula berselerak... kahkahkah...

0 org komen
Jentera Pekida Umno Beralih Arah

Oleh: badok

Baru baru ini digemparkan sejumlah ahli PAS telah masuk UMNO dikawasan Penaga Kepala Batas.

Hebat ..., sehingga Rezal Merican turun dan juak juak YB Dato Azahar ADUN UMNO Penaga rasa bangga sangat sangat. Ada yang selimut diri dengan bendera UMNO.

Pada 19.12.2011 yang lepas satu program penyerahan borang keahlian PAS telah diterima oleh Timb. Presiden PAS Tn. Hj. Mat Sabu di Dataran Pasar Malam Pekan Darat Tasek Gelugor dalam daerah DUN Telok Air Tawar dan Parlimen Tasik Gelugor. Apa yang hebat... borang tersebut diserahkan oleh orang kuat PEKIDA Tasik Gelugor beserta pengikut pengikut beliau. Beliau dikenali sebagai "Non Singa" berpangkat Paduka Ayahanda.

Habis sudah kekuatan UMNO dibelakang PEKIDA Tasik Gelugor. Mungkin ADUN Penaga YB Dato Azhar tak tau tentang pekara ini, penghijrahan orang kuat mereka kedalam PAS, lantas kemasukan segelintir ahli PAS yang ada kepentingan diPenaga itu diperbesarkan. Ini hanyalah publisiti murahan. Menang sorak di Penaga tapi kampung tergadai di Parlimen Tasik Gelugor.

Apa pun hingga saat ini penambahan kemasukkan ahli baru dari UMNO amat memberansangkan. Terima kasih UMNO kerana mengujudkan satu sistem pemerintahan yang korup dan penuh kezaliman.

Memang kurang ajar...

0 org komen
Budaya politik kurang ajar

Oleh Fairuz Azhan

Semakin jelas bahawa para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin dicabar oleh rakyat prihatin.

Ini termasuk menyeleweng wang negara, memfitnah anak bawah umur Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa mencabul seorang gadis dan menghina rakyat Malaysia yang menolak politik mereka dengan menggelar mereka dengan pelbagai nama termasuk “bangsat”.

Semasa Perhimpuan Agung UMNO baru-baru ini, seorang wakil Pemuda UMNO yang berketurunan India Muslim, atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, telah menggelar warga Malaysia yang menyokong DAP sebagai “bangsat:.

Konco-konco UMNO di Pulau Pinang pula telah menghantar kek berbentuk najis kepada Guan Eng sempena hari lahir beliau. Begitu bangga sekali mereka yang kebanyakannya dari keturunan India Muslim dengan kelakuan tidak senonoh dan memalukan orang Melayu yang dahulunya terkenal dengan sifat sopan santun serta beradab mulia.

Malah, jika diingatkan semula, apabila segelintir warga Indonesia melemparkan najis ke bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta tahun lalu, ramai rakyat Malaysia marah dengan perbuatan biadap itu. Apakah ia tidak menjadi peringatan buat kita semua?

Inilah politik samseng yang berasaskan ugutan, tekanan, membuat kacau bilau, fitnah terhadap orang yang tidak sealiran politik dengan mereka. Inilah ‘kehebatan’ kepimpinan UMNO dan konco-konco mereka. Apakah ini warisan perjuangan Melayu 1946?

Kedangkalan politik, kerendahan hati budi

Seolah-olah tiada daya intelektualisme untuk berhujah dan menggunakan akal untuk membuktikan bahawasanya mereka adalah pilihan yang lebih baik daripada alternatif yang ditawarkan pihak lawan.

Rakyat melihat dan menilai mana satu pihak yang memberikan alternatif yang lagi baik melalui wacana penyampaian ilmu yang baik, bukannya siapa paling samseng di Malaysia mahu pun siapa lagi banyak membuat fitnah dan dusta.

Anak-anak sekolah pun jijik dengan ‘kematangan’ wira-wira perkauman ini. Bagaimana mereka tangkis skandal yang benar-benar berlaku? Dengan memfitnah orang lain. Bagaimana mereka menjelaskan penyelewengan dan salah guna kuasa? Dengan menjadikannya isu perkauman.

Bagaimana mereka mahu membuktikan pentadbiran Pakatan Rakyat lemah dan tidak baik untuk rakyat? Dengan menghantar ‘Mat Rempit’ yang berusia ‘bapak budak’ untuk membuat demonstrasi sambil memakai t-shirt perkauman. Malah pengayuh beca juga dikatakan dibayar sedikit wang untuk berdemonstrasi menentang kerajaan Pakatan Pulau Pinang.

Semua itu dihebohkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia. Apabila yang berdemo itu meminta maaf dan mengakui mereka dibayar oleh pihak-pihak perkauman, semua media kawalan BN diam membisu.

Mereka melayan rakyat seperti hamba yang dangkal otak. Apabila rakyat mendesak hak dan peluang untuk berhujah, dikusi, debat dan sebagainya, ia dibalas dengan intimidasi, fitnah dan budaya samseng.

Mahasiswa pun menjadi mangsa fitnah

Awal bulan ini, sekumpulan mahasiswa telah ditahan kerana berpidato di UiTM walau pun Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai tidak sah kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang lebih dikesali ialah sekumpulan mahasiswa pro-BN telah membuat kacau dan berlagak samseng di majlis tersebut. Bapa borek anak rintik, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Ramai orang UMNO, khususnya ahli-ahli veteran sudah sedar bahawa demokrasi dalam UMNO sudah lama mati di mana titik nokhtahnya bermula semenjak penubuhan UMNO Baru pada 1988.

Tetapi bagi rakyat, itu soal UMNO. Jika tidak suka dengan demokrasi dalam parti sendiri, itu soal parti tersebut sahaja. Tapi janganlah mendidik rakyat dengan sedemikian juga.

Kita ada Perlembagaan Persekutuan. Walau ada beberapa pindaaan yang menghalang hak dan kebebasan, yang penting adalah amalan mengikut perlembagaan asal yang membentuk negara kita yang merdeka lebih 54 tahun lalu. Ia adalah amanah dan tanggungjawab kerajaan yang diberikan oleh rakyat.

Rakyat yang mahu demokrasi perlu membuat pilihan

Sesungguhnya rakyat dahagakan sebuah demokrasi yang matang dan baik. Ia memberikan peluang yang adil untuk segenap lapisan masyarakat terlibat dalam isu membangunkan negara yang tercinta ini.

Janganlah kita menganggap demokrasi itu sebagai ‘agama baru’ untuk menghancurkan negara semata-mata kerana takut berhadapan dengan rakyat yang sudah celik, bijaksana dan prihatin tentang hak dan tanggungjawab.

Budaya samseng dan kurang ajar bukan sahaja tiada tempat di Malaysia, ia juga ditolak oleh semua ajaran agama dan ideologi politik yang bebas dan demokratik. Mengugut dan berselindung di sebalik undang-undang yang zalim hanya menonjolkan kedangkalan untuk berhujah dengan baik dalam ruang demokrasi.

Rakyat yang bosan dan meluat dengan budaya UMNO-BN ini, termasuk dari kalangan ahli-ahli parti-parti komponen mereka sendiri, mempunyai alternatif untuk memperbaiki keadaan yang semakin parah ini. Sesungguhnya kuasa itu di tangan rakyat. – Roketkini.com

Senarai kelahiran paling pelik di Dunia...

0 org komen
Kes-kes Kelahiran Pelik Di Dunia

Oleh KongsiKongsi

erm...aku ada dapat satu email menarik daripada seorang membe ni. dah lama simpan. sumber asal pun mungkin daripada salah satu yahoo group yang popular tu kot. mari membaca...tapi jangan percaya sebab aku sendiri tak pernah tahu pasal kebanyakan kes ni. huhu...

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)


Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939.

Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg.

Bayi Terkecil Dunia


Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.

Ibu Lelaki Pertama Dunia


Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination).

Kembar Hitam dan Putih


Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)


Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)


Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan


Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).

Ibubapa Hitam Dan Anak Putih


Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri.

Sapa tok guru Agama Razak Baginda...

0 org komen
Razak Baginda sudah dekati Islam

Oleh Subky Abd Latif

KATA Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya bahawa Dr. Abd Razak Baginda mengaku bahawa dia sedang mendekati politik Islam dan agama Islam. Alhamdulillah

Ia mengingatkan saya kepada Almarhum Tan Sri Nordin Saufee, pengasas dan pengarah ISIS yang pertama.Dalam satu majlis Hari Kemerdekaan Amerika, Tan Sri Nordin sengaja memberitahu saya bahawa dia sedang mempelajari dan mendalami Islam.

Suatu yang baik, penghargaan saya kepadanya.

Dia tidak sekadar menyampaikan maklumat itu saja, bahkan cuba meyakinkan saya bahawa dia beliau bersungguh mendekati Islam. Saya tidak tahu mengapa dia sampaikan perkara itu kepada saya dan adakah dia buat begitu juga dengan orang lain.

Saya gembira dengan perkembangannya itu. Tetapi saya tidak bertanya, siapa gurunya? Guru amat penting bagi setiap penuntut Islam. Mestilah guru itu ulama yang diakui masyarakat tentang ilmunya, ibadatnya dan muamalatnya. Bukan saja dia mesti berguru kepada tok guru yang betul tetapi ilmu yang dipelajarinya itu mesti diredai oleh tok guru itu.

Tidak sempurna mengajinya sekadar membuat penyelidikan dan kajian tanpa guru kerana mengaji tanpa guru sama seperti mengaji pada seteru Adam a.s.

Kalau guru itu sekadar ulama muda UMNO, ia seperti tidak mengaji.

Kalau orang bertanya, siapa pula saya? Guru saya ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sekalian ulama PAS.

Maka kita boleh menghargai perkembangan Dr. Razak Baginda itu tanpa melupakan namanya telah dikaitkan dalam skandal seks dan pembunuhan Altantuya. Dia telah dibebaskan oleh mahkamah, tetapi mahkamah Malaysia adalah tidak berwibawa.

Apakah maklumat baru tentangnya akan dapat membebaskannya dari pembabitannya dengan pembelian kapal selam dan pesawat pejuang Sukoi dari Rusia dengan keuntungan sekitar setengah bilion dan hubungannya dengan kes Altantuya?

Jika dia bukan seorang Islam sebelum pembabitannya itu, apabila dia memeluk Islam maka dia adalah ibarat bayi yang baru lahir bebas dari sebarang dosa. Itu dari segi Islam tetapi dari sudut undang-undang dunia, entahlah. Apabila dia dibabitkan sebagai seorang Islam, maka pembabitan barunya dalam Islam tidak menjadikan dia sesuci bayi yang baru lahir.

Tetapi langkahnya mendalami ilmu Islam sebagai addin dan menghayatinya boleh membawanya menjadi seorang yang soleh dan dapat membersihkan dirinya dari sebarang keterlanjurannya. Syaratnya dia mesti melalui syarat taubat yang ditentukan oleh Islam yang sedang dipelajarinya itu.

Setiap orang Islam mesti mengalu-alu dan menggalakkannya untuk membuat kerja yang baik itu. Jangan pula ada prasangka kepadanya kerana dia sedang dan hendak membuat kerja yang baik.

Insya Allah ilmu Islam yang diperolehinya nanti dapat memberinya jalan yang betul bagi menyelesaikan segala masalah yang berlalu bagi menjalani hidup yang baru.

Cabarannya adalah besar. Dia mesti bersedia menjadi saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam dalam skandal besar yang ada sekarang. Tanpa ilmu Islam yang secukupnya tiada sesiapa sedia menjadi saksi yang jujur.

Razak Baginda dipercaya sudah berada di landasan yang betul, apabila dia mula mempelajari ilmu Islam termasuk politiknya.

Politik Islam yang paling releven sepanjang seabad lalu ialah yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau pula telah memahami segala yang disarankan oleh Jamaluddin Al-Afghani, Muhamad Abduh dan lain-lain. Razak kena dekati semua rangkaian gerakan Islam di seluruh dunia sekarang yang asas masing-masing bertolak dari Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna itu.

Mengkaji dan mempelajari saja tidak cukup tanpa menyertai dan melibatkan diri. Para orientalis juga mempelajari Islam dari guru-gurunya sendiri. Bila ilmunya tidak menjadikannya Islam, maka ilmu Islamnya menjadi mereka bertambah sesat. Sebelum orientalis mempelajari Islam, ia sudah sesat. Apabila ia menguasai ilmu Islam, ia bertambah sesat dan menyesatkan.

Justeru itu Dr. Razak cari jalan berguru dengan tokoh seperti Yusuf Qardawi dan sekutu-sekutunya yang ramai di England, di Mesir dan lain-lain.

Kalau balik ke Malaysia bagi mendalami politik Islam, Dr. Razak wajar berdamping dengan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Mereka sendiri adalah sebahagian dari politik Islam kerana mereka terlibat secara langsang. Mereka tua dalam politik Islam.

Tetapi kalau berguru dengan ulama muda UMNO, politik Islak tidak mengiktraf mereka terlibat dalam politik Islam. Pertama mereka bukan pemimpin, bahkan pegawai penyelidik Islam. Mereka tidak dapat mentransformai Najib dan UMNO, tetapi mereka pula ditransformasi oleh Najib.

Saya boleh bersangka baik kepada Razak.
Related Posts with Thumbnails