Sahabat perisai diri

Sunday, January 29

Bakar: Polis tahan sorang lelaki

Polis tahan lelaki dalam kes bakar bakar motosikal, teksi

PETALING JAYA: Polis malam tadi menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian membakar 26 motosikal dan sebuah teksi dalam pergaduhan antara dua kumpulan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari Sunway di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata penganggur berusia 20-an dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan di rumahnya di sekitar lokasi kejadian.

"Polis juga sudah mengenal pasti tiga hingga empat lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian ini," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Arjunaidi berkata, kes berkenaan lebih menjurus kepada masalah peribadi apabila kedua-dua kumpulan itu dipercayai tidak berpuas hati sesama sendiri sebelum bertindak membakar kenderaan di kawasan itu menggunakan petrol atau minyak tanah.

“Kejadian jam 4.00 pagi itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api,” katanya. - BERNAMA

0 org komen:

Related Posts with Thumbnails