Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia – Penduduk diKampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.
Bayangkan seekor nyamuk bersaiz tapak tangan kanak-kanak terbang mencari mangsa. Seram-seram.
Haiwan pelik tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk gergasi itu beramai-ramai.
Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan pelik tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.
Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang nyamuk gergasi tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.
“Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini,” katanya kepada news.okezone.com.
Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. – AGENSI
Melayukini.net – Apabila manusia semakin menjadi rakus dan tamak, merosakkan hutan dan tempat tinggal margastua, maka keluarlah mereka beramai-ramai ke alam manusia dan menjadi pupus. Apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi? Sama-sama kita fikirkan.


0 org komen:
Post a Comment