Sunday, March 25

Baru padan muka Malaysia... kahkahkah...

Jangan guna amah Indonesia jika tak mampu

KUALA LUMPUR- Indonesia mahu Kerajaan Malaysia memastikan individu yang tidak mampu dan tidak layak, tidak mengambil pembantu-pembantu rumah dari negara itu bagi mengelakkan sebarang bentuk masalah khususnya kegagalan membayar gaji.

Sehubungan itu, Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Suryana Sastradiredja berkata, Malaysia perlu memastikan gaji majikan pembantu rumah tidak kurang daripada RM5,000 sebulan.

Indonesia juga meminta agensi dan Kerajaan Malaysia menyediakan biodata majikan pembantu negaranya akan bekerja.

“Kita juga minta agensi dan kerajaan Malaysia beri biodata majikan seperti yang kerajaan Indonesia kirimkan biodata calon pembantu rumah kepada calon majikan di Malaysia.

“Biodata itu merangkumi latar belakang majikan, gaji majikan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk satu isi rumah (dulu hanya RM3,000) dan termasuk status kesihatan majikan. Kita tidak mahu majikan yang mempunyai sakit mental menggaji pekerja kita,” kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual.

Sambil menegaskan matlamat Indonesia ialah membina hubungan baik dengan Malaysia, Suryana berkata, Kerajaan Malaysia harus memastikan mereka yang tidak layak, “jangan ambil pembantu rumah.”

“Dan, kerajaan Indonesia pula tidak bekalkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang akan menimbulkan masalah,” katanya lagi.

Apabila kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa pembantu rumah dari republik itu hanya akan menjalankan satu tugas dengan gaji minimum RM700 sebulan, ia mencetuskan kontroversi. Kerajaan Malaysia pula menegaskan, apa yang diumumkan oleh Indonesia minggu lalu itu bercanggah dengan memorandum persefahaman yang dimeterai tahun lalu.

Suryana juga berkata, di bawah pendekatan dipersetujui, kadar gaji yang ditetapkan RM700 sebulan.

“Tetapi RM600 boleh ditetapkan bagi negeri seperti Terengganu, Kelantan, Sabah di mana kos hidup lebih rendah. Selain itu, pasport boleh dipegang pembantu rumah, hak satu hari kelepasan am yang tidak ditetapkan harinya dan majikan perlu buka akaun bank untuk bayar gaji. Jika berlaku kes tidak bayar gaji, ada bukti,” kata beliau merujuk kepada syarat-syarat baru penggunaan pembantu rumah.

Sinar

1 comment:

  1. Banyak cantik buat syarat macam2. Ramai kawan Yong layan pembantu rumah dengan baik, tapi demer lari, rugi beribu2 ringgit. Sepatutnya, pembantu rumah tak kerja kat rumah orang kafir, itu saja. Gaji bergantung pada jenis kerja le weh! Lain le pembantu rumah tu professional dan terlatih, macam nanny ke.

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails