Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.
Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.
Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.
Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).
Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!
Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.
Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.
Islamisasi Program
Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.
Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.
Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.
Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.
Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.
Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.
Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.
Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.
Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.
Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.
Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.
Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.
Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.
Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.
Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.
Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.
Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

nak ajak umno kembali kepada ajaran islam yang sebenar ibarat menyuroh seekor ayam kenyang berenang menyeberangi sungai yang laju arusnya.
ReplyDeletemengkiaskan bahawa PAS adalah parti ajaran Islam sebenar lantas menjadi alternatif kepada UMNO adalah ibarat menggantikan analogi ayam kenyang berenang menyeberangi sungai yang berarus deras kepada kepada seekor gajah.
DeleteAssallammuallaikum, ana sangat tertarik dan sangat setuju dgn artikel diatas. Ana dulu adalah AJK Cawangan UMNO. Tetapi apabila ana mula berjinak dgn Surau/ Masjid, ana mula tawar hati dgn perjuangan UMNO.
ReplyDeleteAmbil lah contoh yg kecil; disetiap perjumpaan UMNO, percampuran diantara lelaki dan perempuan tidak ada batasan. Lelaki dan perempuan bersalaman sesama satu sama lain tanpa segan silu. Ana terasa sangat tertekan apabila menghadiri majlis seperti berikut. Kalu tak bersalaman, dianggap kurang sopan. Kalu bersalaman, haram.
Apabila ada program UMNO, solat yg ditunaikan peserta jika ada dalam aturcara majlis. Kalu taka da dalam aturcara, maka tak bersolat lah peserta. Kalu bersolat pun lebih kurang 5% saja. Jika ada masaalah yg harus diselesaikan, maka pendekatan Islam adalah “the last resort”.
Seperti dalam ayat Inggeris “as time goes by” ana pun tinggalkan perjuangan UMNO
SOKONG DENGAN PENDAPAT DAN PENGALAMAN ANDA
DeleteUmno adalah parti yg unggul selepas malaysia merdeka,namun setiap prjuangan yg diprjuangkn hanya kpd keduniaan semata2.maka trtubuh parti islam semalaysia(pas). sebagai parti yg memprjuangkn islam.pernah satu ketika pas brsatu dgn umno utk sama2 memprjuangkn syariat islam,tp umno masih dgn prjuangan yg lama.dr segi sejarah mmg umno tidak mahu kpd islam sejati.kenapa?
DeletePerjuangan umno yg memperjuangkan kemerdekaan dulu pun blh dipertikaikan.Utk merdeka kita dipaksa british menerima bangsa lain yg dtg bekerja sbg warganegara.Maka wujudlah negara majmuk bertujuan orang melayu islam tidak akan dapat mendirikan negara islam lagi seperti yg ditakuti british.Tanah singapura yg asalnya melayu tergadai ketangan lain menjadi wujudnya negara cawangan tanah besar cina di bumi nusantara juga satu kesalahan umno!!
Deleteumno skrg sudah ada ILMU dan barisan ilmuan islam diketuai ustaz fathul bari yg cukup hebat. maza hang dukk jauhh2 sana naaa... elok masuk pas yg sesuai dgn pemikiran jumud ana.
ReplyDeletepemikiran orang2 yang seperti anta inilah yang membuatkan parti UMNO akan terus terkebelakang...
DeleteCarilah keredhaan Allah, jangan cari keredhaan manusia...
DeleteCarilah keredhaan Allah, jangan cari keredhaan manusia
Deletemolek juga orang ummo atau pm atau bakal pm masuk kampong cari guru tarikat. duduk lah berauluk dua tiga kali empat puloh hari. insya allah akan ada kesan nya. lepastu barulah fikir hal nak jadi pm. nak didik manusia kejalan allah. bukan jadi pm nak buat duit nak tunjuk akulah orang bijak. insya allah umno nanti bolih lawan pas. islam pas tak ada upacara suluk. kalau umno bolih menghidupkan semula sunnah nabi yang tenggelam ini 'ini insya allah. akan lahir saingan islam tulin dengan pas.
ReplyDeletekalau setakat ada sorang due dalam ILMU yang hebat taklah menghairankan ana...kami sentiasa hormat orang yg tinggi ilmunya mcm UFB...sentiasa kagum dengan usaha UFB datang turun berdebat secara ilmiah..bukan setakat melolong dari jauh mengatakan itu salah dan ini salah... tp melihatkan program2 anak2 muda anjuran UMNO,gaya pemakaian mereka,gaya rambut mereka, ada yg memakai rantai,membuatkan ana katakan tidak pada UMNO.
ReplyDeletesenang je..pakat ramai ramai mengePAS kan UMNO...settle..
ReplyDeleteyang penting, pemimpin yg dipilih adalah orang Islam..
ReplyDeleteyg lebih penting, pemimpin itu ialah islam yg berakhlakkan islam bukan setakat islam pada MyKAD
DeleteYang penting..pemimpin itu membawa ajaran islam sebenar.. Islam itu kuat pengaruhnya.. Jadi pemimpin wajib mendalami islam itu sendiri..
DeleteYang penting..pemimpin itu membawa ajaran islam sebenar.. Islam itu kuat pengaruhnya.. Jadi pemimpin wajib mendalami islam itu sendiri..
Deletemustapha kamal attaturk pun islam juga.....tp pemimpin beragama islam yg memusnahkan ummat islam.
Deletebukan pemimpin beragama islam saja yg kita nak...tp pemimpin islam yg ada ruh islam
Kalau bukan Islam tapi perangai Islam tolak rasuah dan tranperansi lebih bagus dari yg nama Islam tapi perasuah dan penyalahgunaan kuasa. Nama Islam tak semesti perangai Islam. Itu Islam baka.
DeleteRudi
saya amat setuju dgn tuan, umno mesti jadi peneraju dlm menegakkan islam nescaya ramai lagi pelapis2 baru akan timbul, budaya sogok duit wajib dihapuskan, saya ketua pemuda umno cawangan yang sampai hari ini gagal mendidik generasi muda kearah islam, anak saya sendiri saya keluarkan dr skolah kerajaan dan hantar mendalami ilmu agama kerana dgn cara inilah saja dapat membantu mereka nanti. umno kembalilah kepada undang2 islam sebenar. jgn nak kejar pangkat shj tetapi anak bangsa mundur semundurnya
ReplyDeleteSdr Awie, sdr orang kecil dalam UMNO dan tak akan dapat membawa apa-apa perubahan dalam UMNO. Bila kita perhatikan penjawat-penjawat tinggi dalam UMNO, ternyata mereka adalah rata-rata orang politik dan tak layak digelar pemimpin. Orang politik kerjanya menipu untuk survival manakala pemimpin membawa rakyat kepada kesejahteraan hidup. Kita tengok, menteri Melayu mana yang hidup sederhana (jangan sebut susah demi rakyat) melainkan senang lenang hasil perampokan harta negara. sdr, tinggalkaalah kapal yang akan tenggelam itu dan berpautlah pada yang benar dalam perjuangan. Jangan Taksub kepada sesuatu parti kerana itu tidak membawa kepada kesejahteraan. Bagi saya, kita perlu berubah untuk kebaikan dan jangan duk tang tu je berpuluh-puluh tahun kerana kebodohan kita sendiri.
Deletepunca sebenarnya pemimpin umno sendiri yg memperkecilkan isu hudud dan sunah rasul, ini jelas menunjukkan islam tidak selari dengan perjuangan mereka....
ReplyDeleteSaya ucap tahniah pd anonymous krn meninggalkan umno.Umno hri ini sebuah parti yg tidak melambangkan islam pun.UMno ditubuhkan semasa zaman british dahulu.sedikit sebanyak peel dan tingkahlaku ada persamaan dgn perangai orang2 british.Nak jd parti islam?Tukar nama nya dulu........
ReplyDeleteKita tengok berapa lama UFB bertahan dlm mentarbiahkan UMNO. Harap2 dia berjaya
ReplyDeleteapa bezanya umno UFB dengan umno yang ada sekarang ni ??
ReplyDeleteuntuk membersihkan najis dalam tong, jangan lah kita masuk kedalam tong najis itu necaya kita akan terpalit dengan najis,walau pun tidak bergelumang dengan najis didalamnya. dan tidak mustahil bau najis akan mengiringi kita kemana2 dan mungkin untuk selama2nya. Contohnya Anuwar Ibrahim.
ReplyDeletealhamdulillah....anonymos telah memahami perjuangan islam yg sebenar harap2 tuan lebih mendekati tuan guru n mengerti perjuangan Pas yg sbnr.aminn
DeleteIkutilah cara2 mncuci najis dlm bab Toharoh. Asas pada kesucian adalah hilangnya bau warna & rasa.
DeleteHakikatnya UMNO sudah kronik. Diakui pemimpin besarnya sendiri. Kata Tun Mahathir,"UMNO busuk sampai ke usus". Untuk memperbaikinya bukan mudah walaupun tak mustahil.
ReplyDeleteKalau kepala ikan dah busuk,seluruh badan termasuk sisiknya sekali dibuang.Pilih ikan baru.
ReplyDeletekalau ikan busuk dapat dilihat pada mata dan kepalanya, kalu Umno busuk dari pucuk pimpinannya hingga terpalit baunya ke macai macai umno dibawahannya..!! setuju pilih PAS
DeleteKat pasar mmang banyak ikan nampak baru fresh2 belaka. Tapi fresh sbb ubat mayat.
DeleteKena pancing sendiri kat tengah lautan biarpun bergelora tapi dapat ikan fresh.
walaupun ko tak nak siarkan komen aku, aku harap ko tetap berani kerana benar dan takut kerana salah...krn orang yang menggunakan pena/jari untuk menyebarkan keraguan dan pembohongan tetap menerima balasan di akhirat nanti....janganlah melihat sesuatu itu pada lahirnya semata-mata..tapi lihatlah dengan mata hati yang dalam dan halus..
ReplyDeletegegala
beza PAS dan umno ialah dasar perjuangan masing2,umno dasarnya nationalis sekular, islam diletakkan disatu cabang namanya biro(biro agama)tinggi mana pun ilmu ufb ia hanya berada dibawa biro agama yang tidak akan dibenarkan menyentoh dasar, berbeza dengan PAS yang dasarnya ialah islam perlembagaan PAS ialah quran hadis ijmak dan qias,setiap ahli PAS boleh bercakap serta mempersoal tentang dasar kerana ia menjadi amalan atau cara hidup umat islam seharian.
ReplyDeleteDULU KINI DAN SELAMANYA, aku kena tipu dengan UMNO, janji itu, janji ini, alih-alih saudara-mara, kawan karib, rakan taulan juga yang dapat. Abuk pun tarak!
ReplyDeleteorang MURAKAB bercakap islam
ReplyDeleteorang PANDIR bercakap islam
Toke ARAK bercakap islam
Toke JUDI bercakap islam
Barua SUNDAL bercakap islam
orang TOGHO bercakap islam
berbagay bagay degree PhD BENGONG bercakap islam
APABILA URUSAN DISERAH KEPADA ORANG YANG BUKAN AHLINYA, MAKA TUNGGULAH SAAT KEMUSNAHAN(jatoh ketika)
Apa kaitan dengan UMNO ?
Apabila dua eko BEROK berebut seekor ikan, lalu mereka mengadu dan melantik seekor KUCING menjadi TOK AKENG
Tok Hakim Kucing -"Apa urusan kamu berdua yang dapat saya bantu"
Berok Gemok -"Saya jumpa ikan ini di tepi sungai tetapi kawan saya ini mengaku dia yang punya"
Berok Kurus -"Sebenarnya saya yang jumpa dulu ikan ini Tuan, jadi sayalah yang punya"
Tok Hakim Kucing -(setelah memikirkan secara saksama lalu berkata)"Baiklah saya akan putuskan secara ADIL, kamu berdua akan mendapat sama banyak di atas seekor ikan ini"
Dua eko BEROK -"baiklah Tok Akeng kami setuju"
Lalu Tok Hakim Kucing kerat ikan kepada dua bahagian dan menimang nimang dengan dua tangannya mana berat dan mana ringan. Oleh kerana dua kerat ikan itu TIDAK SAMA BERATNYA, maka Tok Akeng terpaksa memakan sedikit sedikit bahagian ikan itu bagi MENSAMA RATA atas dasar memberi ADIL.
Akhirnya habis ikan itu dimakan Tok Akeng Kucing demi KEADILAN
MELOPONG Berok Gemok dan Berok Kurus di akhir sesi perbicaraan, Akhirnya;
Tok Akeng Kucing menutup kes: -"Oleh kerana tiada lagi BARANG yang menjadi perebutan antara kamu berdua, saya kira kes ini telah diselesaikan dengan baik, ada apa apa bantahan?"
Dua eko BEROK (mewakili organisasi BEROK) terpaksa akur.
Majoriti pengikut dan majoriti pemimpin uNITED mONKEY NAZIonal Org, akai kelakuan tak ubah plot citer kat atas.
INI SEMUA bukan saya kata, saya ajok apa yang pemimpin UMNO kata kepada BEROK BEROK pengikut dia:-
1- "UMNO DAH BERPULOH PULOH TAHON TAK BAGI ORANG PANDAI MASOK UMNO"-Tong MaDeyPandeyKutty -SinarHarian 28 Mac 2012
2- "KITA PERLU SEKOLAHKAN BALIK AHLI UMNO.." -yiddin -perjumpaan UMNO Shah Alam 29 Julai 2009
3- "AHLI UMNO BODOH, TAK TAHU RAKYAT DAH TOLAK, KALAU TAK BERUBAH TERUS HANCUR BANGANG" -Nazri bekas jaga palimen-wawancara bersama blogger UMNO-16 Disember 2009.
Sebenarnya United Monkey Nazional Org sudah rosak terok, rosak yang tak dapat dibaiki lagi, di luar nampak macam elok, sebenarnya sudah PUNAH JAHNANG, bukan saya kata, Tong MaDeyPandeyKutty kata,"UMNO busuk sampai ke usus".
ORANG MELAYU sebenarnya TIDAK BODOH tetapi kerana dok layan pandir pandir UMNO maka berjangkitlah penyakit BODOH itu darjah MURAKAB
Antara nikmat Allah ta'ala ialah AKAL yang sehatwaras, dan akal ini hendaklah dipimpin oleh petunjok ALLAH dan ROSUL, Walaupun kita tak sempat bertemu dengan Nabi Muhammad semasa di dunia tetapi Nabi bagi jaminan tetap akan selamat jika kita berpegang kepada dua pesaka yang ditinggalkannya iaitu Qur'an dan Sunnah Nabi
MARIlah wahai ahli UMNO kita kembali kepada fitrah kejadian manusia, kembali kepada kitab Allah dan Sunnah Rosul, BUANG segala asobiyah,keris kontot,dacing menipu dan sebagainya, InsyaAllah kita dapat BERSATU di bawah panji panji ISLAM
Good site you've got here.. It's difficult to find quality writing like yours
ReplyDeletethese days. I seriously appreciate individuals like you! Take care!
!
my web-site :: bock of ra kostenlos spielen