Wednesday, August 8

WAJIB kena TAAT, depa kan ka sebaik2 umat? Kahkahkah...

Tingkahlaku Ketua Agama Islam Kaki Arak Yang Kita Doakan Setiap Jumaat

Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam?

Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.

Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.

“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).

Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang

Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.

Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.

Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”. Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya

Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan

Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap ada

Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia

AWAS 18SX

Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?

Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Mo√ęt & Chandon.

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sumber


28 comments:

  1. Assalamualaikum abg leh,
    Satu ja..Raja adi raja disembah, raja zalim raja disanggah...

    Alahai feudal...alahai monarki...www.anakkedah.com

    ReplyDelete
  2. Anak ngan bapak sama je...ye lah...mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi...aku dah lama dah x doakan untuk mereka2 yg perangai cam setan neh!Depan tunjuk baik la....podahhhh!Mana PERKOSA,Hassang Ali,Harussanasini,Zol Kulom.....warrggggghhhhhhh!

    ReplyDelete
  3. Verry ShocKING!!!...x sngka..

    ReplyDelete
  4. Bek tukar doa...biar diorang dpt hidayah....

    ReplyDelete
  5. ini satu penemuan baru...
    subhanallah...aku yg rakyat biasa pun takut nak sentuh arak,
    ape lagi yg bertittle KETUA..nak jawab mcm mane kat sana nnti..
    ~

    ReplyDelete
  6. biasa la,anak2 org kaya anggap air setan 2 mcm tea 'o' je.......

    ReplyDelete
  7. Minta tok Mufti keluar fatwa arak tidak haram jika diminum oleh raja kera raja ketua agama.Ketua sentiasa betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi2...sejuta kali..

      Delete
    2. tok mufti pon xbrani..dapt duit bulan2 oiiii.. sma ja depa tu..

      Delete
  8. kerajaan T....t.8/14/2012 9:23 PM

    Majlis Fatawa tak perasan, mufti2 tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt2.. tambah2 jais..

      Delete
  9. mana fathulbiri-biri dan al-fauzan celaka!!!.. mana???..

    ReplyDelete
  10. tak pernah kenal apa tu susah. insaf lah, sebelum sakit dan sebelum tua. Tuan Mufti dan penasihat lagi berat esok nak kena jawab.....

    ReplyDelete
  11. polis tak marah ka tulis berita ni....

    ReplyDelete
  12. bahaya ni kalau jadi sultan..lepas tu jadi agong pulak..alamat bala mengundang....mana nak lari ...mufti mufti tolong pi nasihat sebelum terlambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mufti pon mkn gaji.. turut perintah sultan. p nasihat kang kena pecat plak.

      Delete
  13. Sorga paling akhir dan paling bawah adalah kesenangan para raja. Renongkan lah.

    ReplyDelete
  14. RAJA adalah Bayangan Tuhan di atas muka bumi. Jangan hina Raja Berdaulat nanti jadi derhaka.....kah...kah...kah...jangan nak pelekeh Raja2 Yang Amat Mulia itu...kah...kah...ini Melayu mahu derhaka ke...kena cincang baru tau....kah....kah...mari kita doa dan raikan Raja kita....mereka buat maksiat pun takpa sebab kita kan doakan mereka.....kah..kah...kah...Melayu Islam 1Malaysia....mari daulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan
    Derhaka....

    ReplyDelete
  15. Apa nak di hairan. Dulau kita ada Timbalan Perdana Menteri yang suka main belakang. Lepas di pecat dam masuk penjara, keluar tak lama selepas itu meliwat lagi. Sekarang, nak jadi PM pula.

    RD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi teruk. Mahkamah tak ada case x ada bukti, cuma kau & UMNO pandai2 buat fitnah. Sia2 saja muflis di akhirat. Dah sebati kot dalam hati tu. Doa orang di fitnah tak ada hijab dengan Allah. Bertaubat lah dan mohon maaf dengan mereka yg kau fitnah baru terampun dosa kamu. Dengan Allah dosa kamu sebanyak bih di lautan Allah ampunkan tetapi dengan manusia!!? Manusia sahaja yg dapat mengampunkan....Wallahuallam.

      Delete
  16. Daulat tuanku rajaku.....sultan kelantan....semoga Allah merahmati dan memberkati hidup tuanku....semoga Tuanku tidak akan berubah...marilah kite semua berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada Raja2 Melayu yang lain dan keluarganya...

    ReplyDelete
  17. perghh..steady kera minum mineral kuning tu..xpyh doa la..baik doa mufti jadi ketua agama..melayu mudah lupa

    ReplyDelete
  18. SALLAM "OSTAD"/"ULARMAK" BANGSA UMNO/BN APA KOMEN HANGPA TTG INFO KAT ATAS NIH..JGN HANGPA CKP GAMBAR SUPERIMPOSE PLAK...

    ReplyDelete
  19. Atas nama Sultan lah jugak, Menteri Besar Perak lepas PRU12 dapat ke orang Melayu Ir Nizar, DAP dh gatal tangan jadi Menteri Besar dh mase tu.. tu pon sblm disambar UMNO balik.. Kalau TAK DE SULTAN, alamat jadi mcam Pulau Pinang lah atau Turki..

    Jadi bnyk2 kan lah doa agar semua Sultan mendapat hidayah..

    ReplyDelete
  20. mcm celaka

    ReplyDelete
  21. namanya "manusia" dan mmg cenderung kpd yg dilarang. kata org kubur masing2. asal jgn kita yg buat sudahlah...,aku jaga kubur aku sebdiri..., kubur org tak da masa nk jaga. aib org mmg aku nampak tapi aib sendiri, mgkin lebih banyak lagi.

    no komen

    ReplyDelete
  22. tuan guru hj hadi awang kata video tak boleh jadi saksi. inikan pula kamera. minum arak ni hukum hudud.

    ReplyDelete
  23. subahanallah

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails