Wednesday, September 5

Salah besar, Pak Samad berpuisi tanpa TAULIAH


TERKINI: Pak Samad Said telah menerima surat panggilan dari polis untuk datang ke balai untuk dijalankan siasatan kerana baca puisi di malam ambang Merdeka...

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata polis hari ini meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.
''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.


''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya. 
"Hari ini dia beri surat surat, hari ini dia mahu saya datang. Kena hormatlah saya yang sudah tua. 
"Mereka meminta hadir hari ini, tetapi saya sudah berunding dan akan hadir esok, pada pukul 3 petang," kata Pak Samad lagi.
Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu jugas berkata, beliau tidak dapat hadir untuk siasatan hari ini kerana mesyuarat gabungan NGO tersebut juga berlangsung pada petang ini. Dalam perhimpunan yang dihadiri 10,000 orang pada malam tersebut, Pak Samad membaca satu sajak bertajuk Janji Demokrasi dan turut bercakap kepada para wartawan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita pada malam itu bahawa pihak polis akan "menyiasat kemudian" sama ada Pak Samad telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak tersebut.

P/S: Ni mesti kes Pak Samad baca puisi tak ada tauliah neh... Tapi kalau baca puisi yang memuji muji Be End... baca sampai muntah pun tak pa...


2 comments:

  1. syabas polis kerana bertindak cepat atas arahan sapa tak tau ! tapi samseng perkasam buat haru tarak cepat siasat pun ?

    ReplyDelete
  2. KDN kata negara ini paling selamat . Rupanya nak baca puisi pun kena mengadap polis. SELAMAT nya negara ini...perompak , pembunuh makin bertambah.

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails