Tuesday, November 27

Lagi sorang macai Ameno tersembam makan tanah

Fitnah: Mahkamah arah blogger bayar ganti rugi

KOTA BHARU: Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya.

Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk “Husam: A moral for PAS delegates” diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif.

Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian.

Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog anotherbrickinwall

Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, “Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik.

“Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti.”

Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS.


6 comments:

  1. Amek ko...tulah macai ameno. Menulis tak menggunakan fakta. Asik fitnah memanjang je, kan dah kene.

    ReplyDelete
  2. Begitulah keadilan mahkamah di negara kita....malangnya bila terkena ke muka sendiri...tak boleh terima keputusan mahkamah....contohnya demo Lynas...golongan yg tidak menghormati sistem penghakiman negara...

    ReplyDelete
  3. bermanfaat banget infonya bagi saya


    makasih gan

    ReplyDelete
  4. fitnah dan demo tu 2 yang berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah dan demo mmg berbeza....tapi moral of the story ttg KEADILAN MAHKAMAH di negara kita yg selalu dipertikaikan....jika salah tetap salah....demo Lynas adalah rasa tak puashati walau mahkamah dah putuskan menyebelahi Lynas....blogger kena hati2 jgn sbrg tulis...kalau salah tak kira pro BN atau Pro pembangkang kena bertanggungjawab.....

      Delete
  5. ke'adilan Allah pun orang pertikai apa hal

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails