Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.
Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.
SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.
Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.
Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.
Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.
Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

.Rosmah OK ..yg mau jatuhkan Rosmah yg meroyan selagi tak berjaya
ReplyDeleteyessss
DeletePerdana Menteri Ku Yang Haram Jadah
ReplyDeleteKalau suka duduk di tampuk
Maka bersedialah untuk dihempuk
Jangan ingat ini negara tuk kaduk
Suka suka amanah rakyat ditebuk
Berbillion banyaknya kini tinggal habuk
Rasuah komisyen semua dia angguk
Harta rakyat dia kemaruk
Halal haram semua dia teguk
Dia ingat bagi gula2 hati rakyat sejuk
Rakyat merajuk hati mereka remuk
Yang diharap rupanya perampok
Kisah bininya pun sama teruk
Laki bini ini jenis suka mengetuk
Belasah duit rakyat sampai jadi gemuk
Tengok rambut dah macam kena sampuk
Silap pandang ingat atas kepala ada beruk
Dia tak sedar semua rakyat kutuk
Dari makan sampai tempat dia duduk
Rakyat tanggung dia buat tempat karok
Muhrim ke tidak semua dia peluk
Hassan (Ali) Akidah tak berani nak taruk
Ibrahim (Ali) Perkasam terus menyorok
Ustazah Umi Hafilda (Ali) fatwanya berkecamuk
Ali Ali Ali semua diam terperuk
Janji duit masyuk bila poket diseluk
Laki dia pun tak leh nak bentuk
Inilah dia bini jenis mangkuk
Ayuh rakyat di segenap ceruk
PRU 13 nanti kita semua tunjuk
Bila rakyat menari sama lenggok
Umno & BN kita kasi hancoq!!!
Susah-susah berpuisi....tapi sayang segalanya penuh umpatan.....
Deleteentahlah...no komen..
Delete