Tuesday, December 4

Punah!! Mr Clean dah sapu keliling... kahkahkah...

Dolah Badawi dikatakan alim
Dolah Badawi dikatakan sembahyang tak tinggal
Dolah Badawi dikatakan telah ke mekah
Dolah Badawi dikatakan mister clean
Dolah Badawi dikatakan anak cucu alim ulamak
Dolah Badawi dikatakan imam sembahyang

Jelas dalam rancangan mengkayakan kaum keluarga
Jelas dalam rancangan mengkayakan para kroni
Agama
Budi bahasa
Alim ulamak
Bangsa keturunan
Rokok dan sujud
Kening hitam legam
Semua tak masuk kira

Kerana dalam sistem kapitalis
Yang menjadi kemudi ialah harta kekayaan
Yang menjadi kemudi ialah keuntungan

Maka rokok dan sujud lah pada wang ringgit
Dengan ringgit kita menyembah...- TT


PKR dakwa keluarga Pak Lah terlibat dalam pembekalan meter elektonik TNB

KUALA LUMPUR, 3 Dis — PKR hari ini mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.
“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
“Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.


3 comments:

  1. meter meter meter baru tukar meter lama
    tukar tukar tukar baru

    ReplyDelete
  2. jahanam ugama bangsa dan negara disebabkan peminpin yang korup dan rasuah, rakyat yang jadi mangsa .....hancur lebur meluncur

    ReplyDelete
  3. Kerajaan, kerajaan, kerajaan lama, tukar baru... Kerajaan lama tukar baru...

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails