Thursday, December 27

Tudiaa..!! Lobang Ameno di Felda terburai...

INGATKAH WARGA FELDA...

SIAPA YANG MEMUNGUT BIJI SAWIT @ KUTIP GETAH SEKERAP DI LADANG AYAH KITA DULU-DULU TAPI TIADA UPAH DARI MAJIKAN PUN, DAN KINI LADANG ITU AKAN DI KONGSIKAN DENGAN ORANG BANGSAWAN YANG KAYA RAYA ATAS DASAR SAHAM UNTUK SEMUA GOLONGAN...

Sama macam rumah aku dulu, 1968... rumah ini harganya RM13,777.30... untuk tapak rumah dan rumah papan... berhutang selama hampir 20 tahun, baru selesai bayar...

Harga sebuah banglo kampong yang nilainya sama dengan banglo batu di Petaling Jaya pada tahun 1968, lengkap dengan api dan air bersih... Kami, hanya rumah papan, jalan tanah liat dan batu krekil merah, pelita lampu minyak gas, ditengah hutan yang tiada apa-apa... berkawan dengan binatang buas...

Kita, generasi kedua adalah hamba yang tidak dibayar gaji (Unpaid slave) untuk bantu FELDA sehingga ketahap ini... tapi kenapa kami dianggap "haramajadah "oleh pimpinan rakus yang tak pernah faham erti tanah dan air yang kami pertahankan demi kasihkan negara dan wasiat orang tua.

Kebun kami, kami bayar beransur-ansur, walhal kamilah yang mengusahakannya, hasilnya dimajukan untuk pelaburan Felda dan koperasi kami yang di kenali dunia... namanya KPF yang sekarang nak di jaja kepada yang bukan selayaknya... Bangsa asing yang kaya-raya dengan bantuan orang kuat BN,,, Kami tak rela...

Jalan raya dalam Felda bukan pakai duit Kerajaan pun, tapi duit kami. Pembangunan infra dan selenggaraan, semua pakai duit peneroka... bukan duit kerajaan BN... jadi Kerajaan BN jangan sewenang-wenangnya cuba nak mejahanamkan segala yang kami dan bapa kami telah usahakan sejak 50 tahun yg lalu... Kami tetap pertahankan dengan cara apa sekalipun kerana majoriti 98% kami adalah ORANG MELAYU yang menguasi Tanah Melayu melalui Felda...

Orang Bangsawan dah jadi Pimpinan Hebat.. tapi jangan ganggu kami dengan umpan-umpan yang memperbodohkan kami... Kami ada otak dan berpelajaran hasil usaha susah payah ibu bapa kami.. Izinkan kami yang bangunkan semula FELDA cara terbaik... Bukan penghinaan dan kata nista mahluk yang tak pernah duduk dalam Felda dan terlantik hasil dari politik wang yang datang masa pilihan raya...

FELDA untuk kami, bukan Pimpinan BN, ISA SAMAD @ Ahmad Maslam serta kroni FGVB yang ada agenda licik... cukup kami di buli lagi:

Warga FELDA kita pertahankan hak kita.
Nazari Mokhtar

P/S : Luahan generasi kedua...

15 comments:

  1. keluarga felda yg bijak pandai dan yg sedar tu ok lah mereka ingin perubahan tapi segelintir yg bodoh macam haram jadah kata pak najib tu macamana anda warga felda fijirkan lah yg terbaik utk generasi akan datang

    ReplyDelete
  2. tapi masih ada peneroka yang menyanjung depa tu.... kalu tidak depa tak boleh buat apa2... contoh bila rombongan oren pi felda , depa kena serang tapi penduduk situ tak buat apa2 kat penyerang pasai apa... sebab dapat diut rm 500 sorang kerajaan bagi...tapi depa tak pikiaq yang tanah depa kena share dengan orang lain silap2 segenggan saja lias tanah depa tinggai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik2 dan pakcik2 felda dah ngaku KAYA sekarang ni....baru dapat RM5000 seorang, kalau dapat RM50,000 seorang rasanya boleh beli 1Malaysia. Tunggulah tahun depan nak tengok felda boleh bagi tak duit lagi....sebab FGVH pulun semua duit.

      Delete
  3. Tulisan ini patut masuk dalam Harakah agar sampai keseluruh pelusuk negara

    Asrul Sani

    ReplyDelete
  4. Sebagai orang bandar,aku rasa kesian dengan orang felda. Tidak habis-habis ditipu. Baru-baru ini sahabat aku terkejut beruk, orang tua beliau ( 68 tahun ) berhutang hampir $ 100 K dengan felda. Bila ditanya hutang apa ? Hutang penebangan & penanaman semula juga sara hidup. Kebanyakkan orang bila umur 55 tahun semua hutang sudah langsai tetapi peneroka ...masih menimbun. Siapa yang akan bayar hutang tu? Siapa lagi kalau bukan anak-anak (Generasi ke 2). Kesian...sungguh

    ReplyDelete
  5. Kenapa dulu PAS tak masuk Felda...tolong sama2 kutip buah kelapa sawit??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Mengapirkan orang je tau..

      Delete
    2. Bodoh sebodoh bodohnya. Kalau sekarang zaman internet pun kalau nak masuk Felda dihalang, zaman dulu2 kalau masuk, tak sempat nak kutip kelapa sawit habis kena bunuh.

      Lain kali nak komen biar berfakta, baru la cerdik. Kalau fakta dr utusek dan tv3 suku baik x payah

      Delete
    3. kalau dah tahu org Felda tak suka....tak payahlah tersua-sua muka...buat malu jer..

      Delete
  6. Kalo tak suka nak jadi generasi ke 2 , keluar jer lah Felda. banyak lagi peluang kat luar tu. aku kalo ada lagi Felda, aku nak masuk nak jadi peneroka. dapat tapak rumah and dapat tanah ladang 10 ekar. mana nak cari dalam donea Felda yang cenggini. Aku amat bersyukur kp Allah, aku menjadi anak Felda and terima kasih pemimpin yang terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin dulu ok, tapi pemimpin sekarang utamakan kocek sendiri.Takde nya slogan ` untuk bangsa, agama dan negara'.

      Delete
    2. anak felda dah bagi green light....apa nak dikata lagi???

      Delete
  7. aku pelik....knape gambo umah felda yang lama jgk diletak...

    xkan xnak ngaku felda dah dpt lebih banyak kemajuan daripada kampung tradisi...

    xreti bersyukur ke generasi kedua skrg???

    saya org yg menyokong UMNO...yang mengucap dua kalimah syahadah dan sentiasa meniatkan hati sy untuk menegakkan agama Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengaja nak tunjuk bagaimana org Felda susah....nak meraih undi!

      Delete
  8. KALAU DAH JADI UMNO TOTOK PAYAH NAK CERITA..GENERASI KE2 TU..LUAHKAN PENIPUAN LICIK PEMIMPIN UMNO/BN YG BOLEH MENJAHANAM MASA DEPAN PENEROKA/FELDA..BENAR LUAHAN TU..SEBAB AKU SENDIRI ANAK PENEROKA..KALAU KO XSUKA SELAIN BN YG PERINTAH MALAYSIA..ADAKAH KO AKAN KELUAR DARI MALAYSIA KLU PR YG PERINTAH?..PATUT LE MAHATHIR CAKAP ORANG YG SOKONG UMNO/BN NIE BANGANG MACAM LEMBU. INGAT..AKU SEBAGAI ANAK PENEROKA XKAN RELA SEGALA PENAT LELAH ORANG TUA KU SELAMA INI DIKAUT OLEH KAUM PEMODAL ASING/YAHUDI YG DIDALANGI OLEH ISA KATEK/NAJIBTUYA.

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails