Wednesday, February 29

Takkan semua nak boh ataih kepala Anwar kot...

1 org komen
Krisis Politik Kedah: Anwar Tidak Terlibat Dimana-mana

SUDAH sah memang kabinet negeri Kedah menghadapi masalah. Walaupun tidak setepat jangkaan penulis (4 kosongkan pejabat, 1 letak jawatan), tapi 2 yang enggan dilantik semula ini sudah membuktikan dengan sendirinya perantakan itu memang berlaku.

Sekaligus, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menafikan perkara ini sejak krisis mula dicium media, adalah tidak benar sama sekali. Penulis tidak mahu menyimpulkannya dalam bentuk negatif, tapi bukankah penafian itu bererti Azizan menipu rakyat?

Begitu juga dengan 2 Exco yang terlibat (Datuk Phahrolrazi dan Datuk Dr. Ismail Salleh), masing-masing menafikan pada mulanya ada berlaku krisis tapi dengan sempurnanya majlis angkat sumpah semalam, semua sudah jelas – pergeseran itu memang berlaku.

Kenyataan masing-masing Azizan dan 2 Exco terbabit boleh dirujuk disini.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini ialah untuk membuktikan bahawa dalam soal krisis politik di Kedah ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat mana-mana. Kesemua 5 Exco yang disebut-sebut pada awalnya berantakan dengan Azizan dan 2 yang menolak perlantikan semula diakhirnya, adalah terdiri Exco dari parti PAS sendiri.

Jika 3 Exco dari PKR yang memberontak, itu mungkin boleh dikatakan Anwar terlibat, tapi jelasnya sekarang semua mereka adalah Exco dari PAS!!


Oleh itu, tidak usahlah Azizan cuba menyembunyikan kelemahan sendiri dengan mengaitkan Anwar di dalam hal ini. Belajarlah menerima kelemahan sendiri, itu adalah lebih baik.

Yang nyata, permainan politik Azizan begitu jelas, walaupun katanya bersedia menerima 2 anggota Exco yang enggan dilantik semula, tapi jelasnya tidak ada lagi portfolio yang tinggal untuk diserahkan kepada mereka.

Kesemuanya sudah dibahagi-bahagikan antara Datuk Ir. Amirudin Hamzah, Datuk Dr. Hamdan Mohamad Khalib dan Abdul Ghani Ahmad.

Ini semua merumuskan bahawa kelemahan dalam cara mentadbir itu memang wujud di Kedah, sebab itu PAS pusat terpaksa masuk campur walaupun Azizan dikhabarkan pada awalnya sebagai berkata “berhak melantik Exco tanpa perlu merujuk kepada Presiden Parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang”, rujuk disini.

Apa pun penulis meminta semua pihak akur kepada arahan pucuk kepimpinan parti PAS yang mahu semua ahli Exco kerajaan negeri sedia ada dikekalkan dalam jawatan masing-masing. Tidak usahlah memanjangkan lagi hal ini kerana ia hanya memberi gambaran yang tidak baik.

Lagipun penulis dimaklumkan oleh sumber dalaman parti PAS bahawa Azizan tidak akan dilantik semula Menteri Besar jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Kedah dalam pilihanraya akan datang – yang mana adalah juga antara syarat-syarat yang ditetapkan Phahrolrazi untuk menerima kembali jawatan Exco Kedah.- SPR

PAS Kedah ada masaalah sungguh rupanya...

0 org komen
PAS Kedah: versi org bawah

Malam tadi, pertama kali rasanya dalam sejarah PAS cawangan kami di sebuah penjuru kecik di negeri Kedah ini, kehadiran untuk mesyuarat agong menjangkau lebih 40 orang, sedangkan di tahun-tahun yang lepas boleh bilang dengan jari saja.

Bila wakil dari kawasan mula berucap bagi ucapan perasmian, semua yang hadir khusyuk bagi sepenuh tumpuan – sebab utamanya, nak dengar cerita terbaru apa yang dinamakan sebagai krisis kepimpinan PAS Kedah ini.

Malangnya, semuanya jadi anti-klimak bila mana Ustaz yang diutuskan utk mai rasmi cawangan kecik kami ini memilih untuk tidak menyentuh secara terbuka isu ini; sebaliknya beliau memilih untuk melontarkan persoalan kat kami bukannya kami yang tanya soalan kat dia. Kata Ustaz:

“Isu kepimpinan di atas sana, biarlah kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak pimpinan untuk selesaikannya, kita yang kat bawah ini cuba tanya diri kita masing-masing, kalau sungguh kita sayangkan parti, sayangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti ini, sayangkan kemenangan yang dianugerahkan Allah SWT hasil usaha penat lelah doa air mata dan keringat kita semua ini, berapa orangkah antara kita yang ada di sini ini, yang sudah pun bangun malam, solat sorang2 tengah malam, tadah tangan kat Tuhan minta Tuhan tolonglah selesaikan secepat mungkin kemelut yang sedang melanda kita ini. Ada kita buat macam tu?”

Tanpa diundang, terlintas di kotak pemikiran saya, alangkah baguihnya kalau MB, Ustaz Azizan dan barisan-barisan EXCOnya ada sekali bersimpuh atas lantai bersama-sama kami malam ini. Kalau depa ada sekali, saya nak angkat tangan tanya direct kat depa:

“YB MB dan Exco-Exco sekelian, tuan-tuan ada ka buat apa yang sahibul samahah Ustaz tanya tadi?”

Malangnya kami hanyalah soldadu-soldadu kecil yang hanya jadi tukang pelekat poster dan tukang bancuh air di musim-musim p.raya; hanyalah mimpi kalau nak tengok MB dan EXCO2 nya turun mai jenguk kami kat bawah-bawah ini. Kalau depa ada baca blog ini, ketahuilah rata-rata soldadu kat bawah ini kesal yang teramat dengan apa yang sedang berlaku ini; kami cuma berharap ianya hanyalah seperti kemuncup di tengah padang, cuma gatal-gatal buat sementara dan tidak menjadi kurap buat jangka masa panjang.

Habis mesyuarat, kawan-kawan mai berhimpun keliling saya; isu hangat MB dan EXCO2 nya belum reda lagi. Depa insist minta saya cerita versi saya pula; inilah masalahnya bila wakil kawasan tak mau bagi penerangan terperinci, membiarkan ahli-ahli dan penyokong kat bawah ini mendapat berita palsu dari suratkhabar dan media arus perdana.

Bila depa tanya saya, saya kata memanglah Ustaz Azizan tu cengei (garang nak mampuih), seantero Kedah dah tau cerita tu, tapi kalau saya jadi dia pun saya akan jadi garang jugak, kalau tak garang dah lama dah Kedah jadi Perak.

Saya kata, yang pentingnya kita kena tengok pencapaian Kedah sejak Ustaz Azizan memerintah ini; ok ka tak ok. Depa kata, tadi masa mesyuarat tadi waktu usul berbangkit dan bab usul, banyak ditimbulkan tentang ketidakpuasan hati bab Majlis Bandaran, bab jalan-jalan berlopak, longkang tersumbat dan sebagainya.

Ha, yang itu kita kena tengoklah pula EXCO mana yang jaga.

Hari tu saya dengan memba-memba dari Penang nak pi Pondok Bandar Hilir di SIK, Kedah lalu ikut Padang Serai- Kuala Ketil. Nak cepat, saya ambik short-cut ikut Bukit Selambau terus ke Tembak menghala ke Parit Panjang. Masyaallah nak habag kat hangpa, malu sungguh saya kat kawan-kawan saya dari Penang nu, gedebum gedebam kereta dia langgar lopak. Siapa dia EXCO in-charge bab-bab jalan ini, hangpa cek sendiri dalam laman rasmi kjaan Negeri Kedah.

Macam itu jugak dengan isu 3L di kawasan-kawasan pekan, sorang sahabat saya berbangsa Cina tauke kedai gambaq sibuk nak jadi Ahli Majlis PKR, sebab utamanya kata dia kjaan Negeri ini gagal menangani isu 3L yg jadi isu utama org2 Cina kat pekan-pekan. (3L – Longkang, Lampu Jln, Lubang/Lopak kat Jln). Dia nak jadi Ahli Majlis supaya dia boleh perjuangkan isu 3L ini. Siapa dia EXCO yang in-charge bab 3L ini, hangpa cek sendiri dalam laman rasmi kjaan Negeri Kedah.

Ringkas ceritanya, kalau semua orang buat kerja, MB buat kerja EXCO buat kerja, sibuk bekerja, tak ada masa lah untuk berpolitik, nak merajuk nak bawa diri tak puas hati ini tak puas hati itu, maka tak adalah timbul isu krisis kepimpinan ini.

Sebetulnya, UMNO lama dah dok cari point buruk nak jatuhkan kjaan Negeri Kedah, tapi semuanya tak menjadi. Bukan dia tak mau jadi, tapi sememangnya Negeri Kedah ini dah improve banyak sejak PAS memerintah hari itu.

Ini saja nak cerita, baru-baru ini tugasan kerja membawa saya pi interview sorang Professional seorang pakar dalam bidang yg dia ceburi, anak jati Kedah berketurunan Cina, seorang scorer masa kat sekolah dulu, sebab SPM/STPM dia baguih sangat, dia dapat offer dari kjaan Singapura pi sambung belajar di Univ Nanyang, Spore. Habis belajar, dia dapat offer kerja di Singapore dengan gaji yang lumayan.

Lama juga dia bekerja di Singapore, sekarang terbuka hati nak balik Kedah.

Hish, kalaulah Kedah teruk sangat di bawah pemerintahan Ustaz Azizan ini, saya rasa orang Professional macam beliau ini tak akan memilih untuk kembali ke Kedah. Itu saya tak habag lagi resume2 bertaraf PhD yg masuk ke inbox saya dari Professional-Professional dari India, Filipina, Singapore dan mana lagi tu; berebut-rebut depa nak mai kerja di Kedah khususnya di kawasan Industri Kulim Hi-Tech, tempat saya cari makan sejak 15 tahun yang lalu ini.

Bercakap pasal Kulim Hi-Tech, kalau hangpa nak tau, sejak PAS ambik alih Kedah pada tahun 2008, KHTP telah berjaya membawa masuk pelaburan baru sejumlah 10.3 Billion Ringgit (RM10,300,000,000) – satu jumlah yang bukan sedikit. Dalam 20,000 orang yang bekerja di KHTP, mungkin ada adik beradik tuan/puan yang bekerja di sini.

Bulan Mac2012 ini pula, satu lagi kompeni (PANASONIC) nak naik di KHTP dengan pelaburan RM1.84 billion. Dengar kata akan tambah jadi RM4.5 billion bila siap sampai fasa 3 nanti.

Ringkas ceritanya, KHTP di bawah kerajaan Negeri Kedah begitu pesat berkembang, kawasan yang dok ada la ni (4000 ekar) dijangka akan bertambah lebih 2 kali ganda (10,000 ekar). Tak lama lagi, stesen Petronas kat Sungai Seluang tepi BKE hi-way itu silap-silap akan masuk dalam area KHTP, dan pokok getah dan kelapa sawit sepanjang BKE menghala ke Padang Meha itu silap-silap dah tak wujud lagi. Semua ini akan menunggu anak-anak kita yang sedang berada di Univ dan IPT untuk ramai-ramai mai kerja di sini, di negeri Kedah negeri Hijau Kunin kesayangan kami ini.

Opss, cek lah pula siapa dia EXCO yang jaga KHTP ini.

Point nak habagnya – kalau semua EXCO sesibuk EXCO yang jaga KHTP ini, tak merajuk bila Ustaz Azizan dengan cengei dan garangnya mengenepikan pandangan dia waktu SADA menjadi mangsa politik dalam isu menyekat air ke kawasan industri KHTP hari tu – malu dan tebal muka tak kira dia bila kami kami yang menyokong PAS ni dok pi SMS dia minta bantuan tapi dia tak boleh buat apa sebab itu keputusan MB – kalau semua orang sesibuk YB Amirudin, rasa tak timbul kot isu panas di peringkat pimpinan Negeri ini.

Semua di atas tadi pendapat saya aja lah – mungkin ada isu lain yang lebih besar yang melibatkan kelaku peribadi MB sendiri yg payah nak dengar pendapat/saranan orang, termasuklah saranan politik jangka panjang dari PAS Pusat – hat tu, saya tak mau kata apa.

Saya cuma boleh kata, MB pernah bermadah, kalau org PAS nak expect PAS Kedah jadi mcm PAS Kelantan, awal-awal lagi MB habag, PAS Kedah tak sama dengan PAS Kelantan. Yang ini saya setuju 100%, PAS Kelantan ada TGNA. Tuan Guru tak hisap rokok, tapi di Kedah kita tak ada seorang pemimpin sewibawa TGNA ini, maka sebab itulah PAS Kedah ini jadi macam dok ada lanie..

Kot mana pun, mai pilihanraya nanti jangan hangpa dok pi tukaq undi UMNO pula, nanti tanah kat KHTP yang harga RM23 satu kaki persegi itu depa nanti mark-up berpuluh-puluh kali ganda, silap-silap hat seluas kandang lembu itu pun boleh pi mencecah RM250 JUTA.

Teruslah undi dan sokong PAS, insyaallah selepas ini kita akan dapat MB dan barisan EXCO baru yang lebih baik dan lebih hebat drpd yang dok ada. Tak apa haih, ini semua kemuncup dalam perjuangan ja...gatal sekejap ja, lepas ni insyaallah akan pulih seperti sedia kala, insyaallah.

Amboii, bersopannya Guan Eng depan Polis... haha...

1 org komen
Lim: Umno, PERKASA bersalah jika saya diancam

Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

"... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya."

Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Kumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang.

"Melihat keganasan oleh ahli-ahli Umno dan PERKASA, walaupun hampir dua hari berlalu, saya masih rasa terancam," kata Lim.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP merangkap ADUN Teratai Jenice Lee mengutuk tindakan ahli Umno yang didakwa mengunakkan keganasan terhadap Lim.

Katanya, pada acara 26 Februari lalu, semasa ketua menteri itu menyampaikan ucapan, sekumpulan ahli Umno menganggu acara itu dengan membuat bising menjerit secara berterusan “Satu Malaysia” dan “Hidup Najib”.

“Saya juga berasa amat kecewa terhadap pihak polis Pulau Pinang. Walaupun polis berada di tempat kejadian semasa Lim dan pemberita diserang oleh ahli Umno tetapi polis berdiam sahaja. I

“Ini jelas menunjukkan polis mengamalkan prinsip ‘double standard’, satu untuk ahli Umno dan satu untuk rakyat biasa dan pemimpin Pakatan Rakyat,” kata Lee.

Justeru, beliau mahu Ketua Polis di Pulau Pinang memohon maaf kepada semua rakyat kerana gagal melindungi Lim dan menjaga keselamatan orang ramai.

AWASI senjata baru bangsa UMNO...

1 org komen
Umno Arah Soldadu Upahan Perhebat Serangan

Kerana untuk bertindak sendiri sudah tidak berdaya dan membawa apa-apa kesan, Umno dikatakan telah mempertingkatkan mengupah soldadu upahan untuk menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat dengan apa cara sekali pun.

Pengupahan ini terpaksa dilakukan kerana rakyat sudah tidak mempercayai kepada apa juga penerangan dan penjelasan dari pihak Umno dan oleh para pemimpin mereka.

Semakin kerap pemimpin Umno bercakap ia menjadi tambah buruk. Dosa yang terpalut di leher mereka menjadikan rakyat tidak menyakini apa yang mereka lakukan.

Ada tiga entiti atau puak yang menjadi soldadu upahan Umno. Pertama, ialah dari beberapa orang yang menubuhkan Ngo kemudian bersatu tenaga. Mereka ini menggunakan slogan Melayu dan Islam.

Kedua, dari kalangan mereka yang kecewa ataupun gagal melonjakkan diri dalam parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat hari ini.

Manakala unit ketiga dari kalangan cerdik pandai terdiri daripada peguam, pensyarah, artis dan juga veteran politik yang mencari seringgit dua untuk pelihara anak dan isteri.

Unit pertama kebanyakan mereka asalnya Umno tetapi dipecat oleh parti dengan pelbagai kesalahan. Merka cuba menjual muka kepada parti-parti Pakatan tetapi tidak laku kerana maruah dan moral mereka tercemar. Mereka juga dikenal pasti sebagai 'pengandar tahi' dalam parti.

Unit atau puak kedua ialah mereka yang selama ini bergabung dengan parti-parti Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka disingkir disebabkan tidak sehaluan dan berpuas hati dengan aspirasi parti. Mereka ini kebanyakan pernah menyertai Umno dan masih menerusi budaya Umno dalam parti baru. Pertentangan pembawaan dan stail merka menjadikan mereka tidak betah untuk bersama dalam politik baru Pkatan Rakyat.

Ada setengahnya berkedudukan penting termasuk menjadi wakil rakyat. Kelemahan diri mereka sendiri tidak dapat membawa diri dalam parti akhirnya mereka menyisih diri menjadikan diri sebagai kera sumbang.

Manakala yang ketiga pula golongan intelektual pencen yang tidak cukup wang. Mereka terpaksa memilih kerjaya baru sebagai soldadu upahan. Mereka sedia melacurkan ilmu dan kajian mereka untuk mengelirukan rakyat bagi menunjukkan Umno masih relevan

Tiga puak atau unit soldadu upahan ini telah dikerah oleh Umno mempertingkatkan usaha provokasi mereka, menyerang peribadi dan membuat kacau pada majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat. Di bawah mereka ada unit-unit kecil yang memainkan peranan masing-masing.

Difahamkan satu mesyuarat dan perbincangan dengan ketiga-tiga unit ini diadakan untuk menerima arahan dari masa ke semasa. Mereka juga dijanjikan jaminan dan pembelaan sekiranya menghadapi apa-apa implikasi undang-undang.

Ketiga unit yang menjadi soldadu umpahan ini tidak termasuk dengan unit perang saraf Umno yang terdiri dari bloger dan cybertrooper yang menerima upahan dari Umno yang bermukim di sebuah bangunan di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua mereka katanya telah diperuntukan kewangan yang tidak ada hadnya.

Aku sokong mufti Perlis nih...

0 org komen
Mufti Perlis: The Star patut digantung



KUALA LUMPUR, 28 Feb — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya(gambar) telah mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas, dengan menggantung penerbitan akhbar The Star berikutan penyiaran gambar artis irama R&B wanita Erykah Badu yang amat menghina Islam.

“Kerajaan perlu konsisten dalam ketegasan menangani isu sensitiviti agama,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. “Saya yakin semua rakyat Malaysia pelbagai agama kenal kalimah Allah, dan tiada alasan untuk sekadar menyatakan terlepas pandang berkenaan perkara itu.

“Permohonan maaf yang dibuat dengan saiz yang amat kecil itu tidak memadai.

“Kita sokong kebebasan akhbar, tapi tidaklah sehingga mencerca agama dan anutan orang lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Juanda turut mendesak Kementerian Penerangan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijangka berlangsung 29 Febuari ini, kerana lagu-lagunya mengandungi unsur-unsur lucah dan maksiat yang menjurus kepada keruntuhan akhlak.

Erykah Badu telah menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila mencacah tatu menggunakan nama Allah dan Nabi Muhammad di tubuhnya.

Kesian la kat hang Hassan Ali oiii... kahkahkah...

0 org komen
Kalau Bas Tak Angkut, Ceramah Hassan Ali Lengang

Oleh: ustaznik

"
Saya sebenarnya tidak mahu menulis lagi tentang Dr Hassan Ali, tetapi kerana ceramahnya di Cukai, Kemaman, maka saya tulis artikel ini. Banner besar mengenai ceramah Dr Hasan Ali memenuhi seluruh Kemaman. Siang di Stadium negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan malamnya di Padang bandar Chukai, Kemaman. Malam ceramah itu sebenarnya ada 2 ceramah. Ceramah Adam Adli anjuran MTD Cukai di Kampung Dusun Nyior dan ceramah Hassan Ali di Padang Astaka Chukai. Usai merasmikan mesyuarat agung sebuah cawangan malam itu, saya meronda sekitar tempat ceramah.

Di kawasan letak kereta dan tempat lain, RELA ramai juga. Saya teringat dengan tulisan Dato’ Tuan Ibrahim mengenai kebimbangannya dengan RELA sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

Di kawasan letak kereta dan tempat lain, RELA ramai juga. Saya teringat dengan tulisan Dato’ Tuan Ibrahim mengenai kebimbangannya dengan RELA sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

Tema ceramah Himpunan Sejuta Umat mengajak umat menjaga aqidah. Siapa sebenarnya penganjur ceramah? NGO atau Umno Kemaman? Umno cakna kepada aqidah? Jauh panggang dari api.

Dr Hassan Ali mungkin teruja dengan sambutan. Rupanya selepas tidak menjadi ahli PAS, sambutan masih banyak. Cuma yang banyak itu dari siapa ya? Kalau nak uji pengaruh, boleh uji di kawasan DUN yang Dr menjadi wakil rakyatnya. Letak jawatan dan bertanding di atas tiket JATI atau BN.

Dr Hassan Ali sebut bahawa pemecatannya kerana Islam, perjuangkan Islam. Lantas beliau memberikan justifikasinya. Saya tak fikir Presiden PAS memecat Dr Hassan Ali kerana Islam atau perjuangkan Islam. Di sana ada pelbagai isu lain yang berlaku. Mungkin Dr Hassan Ali mahu menuding jari kepada beberapa orang sahaja di dalam PAS tetapi apabila ceramah dan roadshow yang dibuat, maka ia menjadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar, atau beruang menampar lalat di pipi tuannya.

Dasar perjuangan PAS tidak lari hanya dengan sebab ada beberapa orang yang kurang disenangi tadi kerana PAS tetap dipandu oleh Majlis Syura Ulama. Kita juga punya Dewan Ulama yang tidak akan mendiamkan diri jika perjuangan PAS dibawa secara salah. Apatah lagi MursyidulAm dan Presiden PAS sendiri ialah ulama haraki yang berpengalaman.

Di atas kapasiti seorang pakar motivasi, mungkin ucapan Dr Hassan Ali ada yang mengiakan seLURRUH ucapannya. Mungkin ada sedikit kebenarannya, dan banyak juga yang perlu dijelaskan kembali. Mungkin juga ada orang atas yang terpengaruh lalu tidak lagi mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Lagi banyak roadshow yang dibuat lagi banyak ucapan dibuat. Lagi banyak ucapan lagi banyak kekeliruannya.

Peluang untuk kembali kepada PAS belum berakhir. Presiden PAS pernah mengimbau seorang tokoh dalam PAS yang aktif menulis dan aktif juga mengkritik secara berlebihan. Beliau akhirnya kembali kepada PAS di hujung umur. Bagi Dr Hasan Ali, sekarang suara masih kuat dan lantang. Adakah Dr akan kembali kepada PAS di hujung umur juga atau bagaimana?

PANAS: Ustaz Azhar Idrus didakwa bagi orang keliru...

10 org komen
Ustaz Azhar Idrus mengelirukan?

Oleh: Abdullah Ngah

Tulisan saya ini tidak punya niat untuk memperlekeh dan mempertikaikan ilmu agama sesiapa, hatta Ustaz Azhar Idrus yang masih mendapat sambutan menggalakkan itu.

Ia sekadar ingat mengingat dan nasihat manasihati agar segala penyampaian ilmu agama tidak mengelirukan umat Islam.

Jika penyampaian yang keluar dari mulut ustaz ustaz Umno tidak mengapa, kerana mereka memang mengikut kemahuan kerajaan yang memerintah sehingga membuat umat Islam haru biru.

Tetapi ustaz Azhar Idrus mengajar diatas pentas PAS yang jauh berbeza dengan kaedah yang disampaikan oleh ustaz ustaz Umno.

Jika ustaz Azhar Idus mengajar atas pentas umno mungkin tak mengapa, walaupun mengelirukan kerana sememangnya itulah kemahuan kerajaan yang memerintah.

Keanya satu soalan yang ditanya oleh peminat Ustaz Idrus yang berbunyi: Apakah hukum orang ( mereka) yang menikah di golok (Thailand)?

Jawapan yang diberi pendek saja dan berbunyi: “Tak sah” saya percaya jawapan ini mengelirukan ,kerana dari segi syarak ada pengantin lelaki dan ada pengantin perempuan, ada saksi, ada wali, ada mas kahwin nikah di golok itu sah. Cuma tak sah dari segi kerajaan, kerana tidak berdaftar.

Jikalau ustaz Azhar Idrus jawap dengan jawapan tak sah dari kerajaan jelas tak mengelirukan. Tapi dijawab dengan jawapan tak sah tanpa sebarang penjelasan, sedangkan tak sah nikah digolok itu kerana tak berdaftar dengan kerajaan bukan dari segi hukum syarak.

Kalau nikah digolak tak sah, maka semua pasangan yang lama dan belum berdaftar dengan pihak jabatan agama islam berkeluarga haram, malahan mereka berzina sepanjang perkongsian hidup. lamanya, kerana nikahnya tak sah.

Anak yang lahir juga adalah haram (zina), kerana lahir tanpa nikah yang sah.Persoalan yang timbul, siapakah ustaz Azhar yang mengajar diatas pentas sejak sekian lama itu.

Suatu masa dahulu saya pernah mempertikai Profesor Abdul Aziz Bari berdasar beberapa kenyataan yang dibuat mengenai hala tuju PAS sangat bercanggah dengan dasar yang diperjuangkan PAS.

Alhamdulillah sekarang ini ramai sudah tahu dan faham siapa sebenar Profesor Abdul Aziz Bari.Namun begitu siapakah sebenarnya ustaz Azhar Idrus kerana cara penyampaannya ada persama dengan ustaz ustaz umno yang sangat mengelirukan sehingga antara pasangan terpaksa dipisahkan.

Dan paling malang sekali perempuan yang dikatakan tak sah itu bernikah dengan lelaki lain juga dikatakan tak sah pula oleh pihak jabatan agama islam Terengganu suatu ketika dulu.

Mungkin mereka masih isteri orang yang masih belum habis idahnya.Sebab itu nikahnya tak sah pasangan tersebut diperintah oleh mahkamah syariah negari tinggal berasingan.kes kecuh seketika kerana mengelirukan.

Mangkuk mana yang Azizan dakwa sebagai diperguna nih...

0 org komen
Azizan dakwa pemimpin PAS diperguna pihak dalam pembangkang

ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengecam pihak dalam pembangkang yang cuba menyingkirnya daripada jawatan itu dengan menggunakan pemimpin dalaman PAS.

Beliau berkata, pendirian dua EXCO, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang tidak mahu dipilih semula tidak harus dieksploitasi pihak terbabit untuk memaksa beliau turun daripada kerusinya.

Apa dosa saya? Saya tidak ada skandal perempuan. Tidak sapu projek.Tidak ambil balak. Rakyat Kedah gembira dengan apa yang ada sekarang.

Orang yang cuba menjatuhkan saya tidak datang berdepan dengan saya. - BeritaHarian

3 jam dengaq ceramah Umno baru dapat RM500

0 org komen
TUMPAT, 28 Feb: Dua, tiga jam terpaksa memekak telinga mendengar ceramah pemimpin Umno sebelum mendapat duit RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia.

“Kalau program penyampaian dibuat pada waktu petang, ada penduduk yang tidak sempat hendak menunaikan solat.

“Ini kerana semua pemimpin Umno mahu berceramah, bukan seorang dua. Sedangkan duit itu bukan duit Umno,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdulllah.

Seorang peniaga yang mahu dikenali Ahmad, 54, dari Melor pula berkata, beliau terpaksa mendengar ceramah pemimpin Umno termasuk Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebelum mendapat duit RM500.

Katanya, bukan seorang yang bercakap, malah semua pemimpin Umno mahu menggunakan program penyampaian BR1M bagi menghodohkan PAS dan kerajaan negeri.

“Saya mendapat RM500 pada majlis yang diadakan di Yayasan Kemiskinan Kelantan baru-baru ini,” katanya.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program penyampaian wang BR1M bagi menarik undi rakyat.

“Sedangkan wang bantuan tersebut milik kerajaan dan bukannya hak Umno,” katanya pada ceramah isu semasa di Wakaf Baru malam tadi.

Hadir sama Adun Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi, anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Ketua Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah dan Ketua Cabang PKR Tumpat, Che Awang Che Mat.

Beliau juga berkata, perjuangan PAS dan Umno berbeza jauh biar pun pemimpin kedua-dua parti ada yang memakai serban dan digelar ulama.

Katanya, ulama dalam Umno hanya digunakan pada musim-musim tertentu menjelang pilihan raya diadakan.

“Tindak tanduk mereka tidak ubah seperti kukur kelapa hanya digunakan pada musim kenduri sahaja.

“Selepas kenduri diletak di bawah rumah sehingga menjadi tempat cicak dan ayam bertelur,” katanya.

Lau yang juga bekas guru besar berkata, sebahagian besar penjawat awam termasuk guru, askar dan pegawai kerajaan takut kalau tidak sokong Umno kerana tidak dinaik pangkat dan ditukar ke kawasan pedalaman.

Namun katanya selepas pencen mereka beramai-ramai melompat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya pengalaman sepanjang lebih 20 tahun bersama dengan BN didapati perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan diri dan keluarga sahaja.

“Contohnya ada di hadapan kita sekarang, peruntukan projek menternak lembu sebanyak RM250 juta diguna untuk membeli kondominium mewah, kereta mercedes dan buat makan angin,” katanya.

TAHNIAH: Mawi dapat anak pompuan...

0 org komen
Mawi & Ekin Dapat Anak Perempuan

PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.

Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.

Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.- mStar

PANAS: Guan Eng anti Islam...

0 org komen
Puak2 bangang yang bermazhab UMNO pi main jauh2...
Sampaikan Mat Sabu perli camni pun masih lagi tak paham2...
Dok sokong lagi parti yang meletakkan sikap samseng jalanan sebagai jalan penyelesaian...

ROKET lebih selesa hidup di BULAN... kahkahkah...

0 org komen
Roket sudah mendarat di Bulan.

Oleh: tokpepijat

Debat antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA Chua Soi Lek menampakkan wajah sebenar sikap parti masing-masing.

MCA dengan angkuhnya mendabik dada keangkuhan menunjukkan bahawa MCA amat berkuasa terhadap UMNO. Antara kata Presidennya yang terkenal dengan video seksnya, MCA berjaya halang UMNO daripada menjalankan hudud(sebenarnya UMNO tidak berminatpun dengan hudud).

Kemudian dengan angkuhnya Soi Lek mahu tahu reaksi DAP tentang hudud dan mahu DAP turut seperti MCA. Jika MCA berjaya halang UMNO dari jalankan hudud, mereka mahu DAP juga minta PAS supaya batalkan hudud.

Tentu sekali jika diikutkan, tentu sekali Lim Guan Eng akan membalas seperti Karpal Singh iaitu melayan karenah MCA. Kenyataan balas Lim Guan Eng menampakkan kecerdikan SU Agung DAP ini.

" Kita tidak boleh campuri urusan agama Islam dan PAS tidak pernah campur dan halang urusan agama kita(non Muslim)".

" PAS tidak pernah membunuh walau seorang Cina ".

Di sini LGE lebih memahami Islam berbanding Soi Lek. Inilah gambaran masa depan DAP dalam politik Malaysia.

Di kala MCA dan UMNO saling berganti berjerit perkauman, DAP semakin jelas mengubah minda rakyat Malaysia terutama orang Melayu berkenaan parti mereka.

Yang jelas, pemimpin masa depan DAP seperti LGE dan pimpinan muda ingin membawa DAP ke arah politik Malaysia yang bersih dari perkauman.

Wajah DAP sebagai adik PAP parti orang Cina semakin pudar dan yang paling penting DAP kini membela PAS dalam masa yang sama PAS semakin dekat di hati non Muslim.

DAP semakin faham perjuangan PAS dan menghormati pendirian PAS sepertimana PAS juga menghormati idealogi DAP.

Barangkali 20 tahun yang lalu, agak mustahil Roket sampai ke Bulan. Kini bukan sahaja Roket selamat mendarat di Bulan bahkan begitu harmoni dan selesa dengan "kehidupan" di Bulan.

Berbanding MCA yang semakin angkuh bersifat anti Islam sejak berpresidenkan orang yang rendah nilai moralnya. Di kala DAP semakin selesa di diami orang Melayu, MCA semakin ramai di huni orang yang berfikiran "blue" seperti Presidennya."

Tuesday, February 28

JKKK: Jin Kapiaq Kacau Kampung... kahkahkah...

0 org komen
Kami hampir dipukul samseng Umno: Nurul dan Nik Nazmi


Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengarah komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad telah membuat laporan polis berhubung kejadian di penempatan Felda di Gambang, di mana mereka hampir dipukul oleh samseng Umno yang sering membuat kacau kerana cuba menghalang mereka daripada memberikan ceramah politik.

Kawasan Felda adalah kubu tradisi UMNO pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mereka agak khuatir jika pemimpin pembangkang muda seperti Nurul dan Nik Nazmi mendapat sokongan kesan daripada perhimpunan dan ceramah mereka.

Najib khususnya kelihatan sensitif sejak berita penyenaraian saham Felda dan penganalisis memberi amaran ini boleh mengakibatkan peneroka kehilangan tanah mereka pada pihak yang berkepentingan jika ia disenaraikan.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada hari Ahad di Felda Lepar Hilir 1, Nurul memberitahu bagaimana seorang lelaki berbaju merah telah menghampiri beliau di kedai kopi di mana ceramah telah diadakan. Dia kemudian cuba menyerang Nurul

"Jaraknya sangat dekat, tak boleh nak cakap, ia sangat menakutkan. Jika penyokong kami tidak tarik dia, maka Anwar Ibrahim (ketua pembangkang) bukanlah seorang sahaja yang kena mata lebam, "katanya pada sidang akhbar bersama yang diadakan dengan Nik Nazmi pada hari Isnin.

Polis Gambang telah mengenal pasti penyerang sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Walau bagaimanapun, mereka tidak memberi apa-apa maklumat lanjut mahupun menyiarkan video kejadian. Nurul mengesahkan dia melihat seorang pegawai berpakaian biasa yang merakam kejadian itu.

Samseng

Memanggil penyerang itu sebagai "samseng", Nik Nazmi menganggarkan terdapat kira-kira 100 orang di ceramah PKR yang bermula selepas 9:30. Untuk mengganggu duo PKR ini, kira-kira 30 orang yang memegang tampuk Umno dan bendera BN ditempatkan di kedai kopi pintu depan, di mana mereka bermain muzik dengan kuat supaya menengelamkan ceramah.

Keadaan semakin bahaya dan Nurul berserta Nik Nazmi terpaksa meninggalkan tempat itu ditemani polis pengiring.

"Mereka menjerit menyuruh Nik Nazmi balik ke Selangor, saya pula balik ke Lembah Pantai dan memanggil Anwar peliwat, ia sangat memalukan. Apabila kita hendak pergi, kumpulan itu cuba untuk menghalang kami, kira-kira empat atau lima polis bantuan Felda terpaksa dipanggil untuk mengiringi kami, "kata Nurul.

"Apabila polis sedang berunding dengan kami, kumpulan itu menjerit: Kenapa cakap dengan pembangkang, kenapa sokong pembangkang. Kami tidak berminat nak tengok drama, kita cuma mahu buat kerja kita. "

Malaysia Chronicle

Najib buat benda yang paling pandai dia buat.. BUAT BODO JA...

0 org komen
Bekas ketua hakim dan peguam Umno diberi kontrak RM2.2 bil, Najib diam saja


Satu kontrak bernilai RM2.2 bilion bagi pembinaan lebuh raya baru-baru ini telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan peguan Umno Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi. Adakah pemberian kontrak yang lumayan kepada Kinrara Lebuhraya-Damansara (Kidex) Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd dijalankan melalui proses tender terbuka?

Berita tentang perjanjian itu juga mencetuskan spekulasi bahawa Zaki dan Hafarizam, dua orang yang penting dalam krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009, telah dianugerahkan kontrak lebuh raya sebagai hadiah untuk membantu Barisan Nasional (BN) menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu. Hafarizam adalah pengarah di kedua-dua firma manakala isteri Zaki, Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, adalah pengarah dalam Emrail.

Bukan yang pertama dan terakhir

Sedihnya, amalan korupsi ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Malaysia.

Sebagai contoh, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed telah memberi projek Westport di Pelabuhan Klang kepada seorang eksekutif pengiklanan yang dinamakan Gnanalingam melalui syarikat yang dikenali sebagai Semakin Ajaib Sdn Bhd sebuah syarikat penghasilan karbon. Europlus, telah dianugerahkan konsesi pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang berjumlah RM7.07 bilion selepas proses rundingan semula yang memudahkan Europlus mendapatnya. Apa lagi yang cerita baru dalam UMNO BN?

Skandal NFC masih segar dalam ingatan kami, dengan dakwaan baru bahawa semasa siasatan oleh Jawatankuasa Audit Negara terhadap skandal penternakan lembu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan jawatankuasa yang menganugerahkan RM250 juta projek fidlot kepad Agroscience Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh suami Menteri Umno , Shahrizat Jalil. Keengganan Pengerusi PAC, Azmi Khalid untuk mendedahkan penemuan jawatankuasa menunjukkan bahawa dia "berada dalam tekanan" untuk melindungi bos BNnya dan pemimpin peringkat tertinggi UMNO yang terlibat dalam projek itu.

Najib mesti jelaskan

Semetara kes lembu masih berada dalam siasatan SPRM, Najib masih boleh meluangkan masa untuk memberi gula-gula kepada kroni-kroni UMNO. Ia bukan soal menjalankan perniagaan, tetapi etika menjalankan perniagaan cara UMNO. Adakah ia wajar untuk menganugerahkan kontrak kepada entiti yang mempunyai hubungan dengan orang-orang yang sangat kontroversi? Hakikat bahawa ia melibatkan seorang peguam dan bekas Ketua Hakim menjadikan pengamal undang-undang mempersoalkannya. Sesuatu yang menjadi tanda tanya adalah adakah kerjasama antara Zaki dan Hafarizam selepas pilihan raya umum pada 2008?

Najib mesti menerangkan mengapa pasangan itu telah diberikan projek berniai RM2.2 bilion bagi pembinaan jalan raya dan juga menerangkan peranan kedua-dua peguam dalam krisis Perak. Sememangnya, ia adalah penting untuk peguam UMNO dan bekas Ketua Hakim Negara membersihkan nama mereka bagi mencerminkan kredibiliti pengamal undang-undang. Di kebanyakan negara-negara maju, hakim , terutamanya ketua hakim tidak digalakkan bergaul dengan peguam kerana mereka tidak mahu dituduh berat sebelah atau menjadikan badan kehakiman dipersolakan. Malah, hakim yang tegas langsung tidak bersosial dengan peguam.

Badan kehakiman dan bisnes besar

Di Malaysia pula, peguam dan ketua hakim tidak berfikir panjang untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dan bersama-sama mendapatkan projek-projek kerajaan yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Lebih buruk adalah hakikat bahawa Zaki merupakan bekas peguam UMNO yang menjadi Ketua Hakim Negara dan Hafarizam merupakan peguam UMNO yang ada peranan semasa krisis Perak. Ini menunjukkan tahap penglibatan UMNO dalam rasuah besar-besaran dalam badan kehakiman Malaysia. Bukan sahaja UMNO menganugerahkan projek-projek yang dibiayai awam kepada mereka yang telah berkhidmat untuk kepentingan mereka tetapi UMNO menjadi dalang dalam institusi awam yang seharusnya bertindak bebas daripada eksekutif, yang telah bersumpah untuk melindungi hak rakyat.

Adakah sekarang UMNO akan terus menganugerahkan projek kepada mereka yang berada dalam lingkungan elit mereka supaya boleh bersedia untuk kalah pada PRU ke 13? Dengan cara ini, walaupun kalah, UMNO masih dapat merompak wang rakyat dan membiarkan pentadbiran baru sakit kepala.

Malaysia Chronicle

GEMPAQ: Chua Jui Meng dah tibai Mahathir... kahkahkah...

0 org komen
Vincent Tan dan Robert Kuok? Bagaimana dgn orang Cina yang biasa, Jui Meng selar Dr M

Pemimpin PKR menuduh perdana menteri Mahathir Mohamad tidak berperasaan apabila menegaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru telah juga menguntungkan kaum Cina dan kemudian memberi contoh raja kasino Vincent Tan dan raja gula Robert Kuok.

Orang Cina rata-rata hidup tanpa pertolongan Mahathir, BN dan DEB, dan jauh sekali Vincent Tan ataupun Robert Kuok. Mereka semua tahu akan kebenaran itu. Seperti yang dikatakan Francis Yeoh, mereka terpaksa menyumbang 30% kepada BN. Namun, orang Cina kebanyakkan lah yang terpaksa berhempas pulas untuk berjaya. Peluang pekerjaan tidak banyak untuk mereka, begitu juga tempat di sekolah dan universiti. Ramai yang tidak mempunyai peluang lain selain pergi ke Singapura dan dilabel sebagai pengkhianat di tanah air,” kata naib presiden Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Mahathir tidak sepatutnya berkata begitu kerana ia menampakkan dirinya tidak mengambil kira perasaan kaum lain. Sama ada dengan orang Cina, Melayu atau India, dia tidak pernah sebulu dengan mereka. Dia tidak akan memahami kedudukan mereka sebagai orang biasa. Dia sentiasa mempunyai matlamat yang lebih besar untuk diri sendiri . DEB bukan sahaja gagal bagi Cina Malaysia yang biasa, India, Kadazan-Dusun-Murut dan Dayak tetapi juga orang Melayu sendiri. DEB seperti yang Ku Li tegaskan telah disalahguna untuk memberi manfaat kepada golongan elit Melayu, itu sahaja. "

Sahabat baikku- para hartawan


Jui Meng memberi respon kepada kenyataan Mahathir yang cuba mempertahan DEB yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada jutawan Melayu tetapi juga hartawan bukan Melayu.

"Orang ramai hanya menyebut beberapa orang Melayu yang menjadi jutawan ... tetapi ada juga mereka dari kaum-kaum lain yang menjadi jutawan semasa saya masih berkhidmat. Anda boleh mengira bilangan bukan Melayu yang menjadi jutawan atau bahkan bilionair semasa zaman saya,"Mahathir memberitahu pihak akhbar pada hari Jumaat.

"Rakan baik sayaVincent Tan Saya telah menjadi seorang jutawan; Robert Kuok menjadi multi-jutawan semasa zaman saya apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan - monopoli gula dan tepung memberinya peluang itu”.

Bangsa yang asing

Mahathir sendiri memberi maklum balas kepada komen yang diberi oleh veteran Umno Tengku Razeleigh Hamzah atau Ku Li bahawa DEB hanya memberi manfaat kepada kapitalis Melayu. Perbezaan di antara dua bekas musuh ini tidak boleh diragui sama sekali. Ku Li mengeluh tentang polarisasi kaum yang semakin bertambah di negara ini dan merayu agar pembaharuan dibuat.


"Satu isu dalam hubungan antara kaum adalah Dasar Ekonomi Baru, yang pada asalnya untuk mewujudkan perpaduan telah ditumbangkan untuk menjadi punca utama perpecahan bukan sahaja di antara pelbagai kaum, tetapi juga di kalangan orang Melayu dan Bumiputera secara umumnya. Dasar Ekonomi Baru, yang diilhamkan pada tahun 1971 tidak lama selepas Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) sudah bersara sebagai Perdana Menteri. Ia diwujudkan untuk menangani kemiskinan, dan untuk meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi, "KuLi berkata dalam ucapannya pada satu majlis berasingan di Kuala Lumpur.

"Tujuannya adalah untuk semua rakyat Malaysia, dan bukan hanya untuk orang Melayu atau Bumiputera. Sebagai bekas menteri kewangan, izinkan saya menekankan bahawa bukan objektif DEB untuk mewujudkan kelas kapitalis Melayu yang memonopoli. Jika kita melawat jabatan-jabatan kerajaanatau universiti, kita tertanya-tanya di mana semua orang bukan Melayu? Selepas 1969 (rusuhan kaum 13 Mei), tiba-tiba ada percubaan untuk merekrut ramai orang Melayu ke dalam perkhidmatan awam. Ia adalah tragis bahawa perkhidmatan awam tidak mencerminkan komposisi kaum penduduk Malaysia, sebagai kehadiran utama hanya satu bangsa cenderung untuk melahirkan budaya yang bercanggah dengan evolusi pentadbiran yang dinamik dan cekap awam di negara ini. "

Dirompak disiang hari


Kenyataan tajam Ku Li membuatkan ramai di negara ini menjadi semakin cemas akan cara pengurusan elit BN yang diketuai oleh parti Umno Perdana Menteri Najib Razak. Ia membuatkan mereka mempersoalkan projek-projek mega yang hanya bertujuan membahagikan kekayaan negara kepada kroni sebelum pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.

"Demi generasi akan datang, kita berdoa agar rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama akan bangun dan memberhentikan rompakan secara terang - terangan ini yang berlaku di hadapan mata kita sendiri. Setiap hari, kita sedang dirompak oleh orang-orang seperti Mahathir yang tidak endahkan nasib orang lain walau sedikit pun,” kata Jui Meng.

"Apabila anda bertanya kepadanya persoalan serius, beliau memberikan jawapan putar belit -. Bukan hanya Melayu yang mendapat manfaat tetapi juga orang Cina. Persoalannya adalah, apa pula nasib golongan miskin dan golongan biasa Cina, India, KDM, Dayak dan Melayu. Apabila dia, Perkasa dan sekarang Jati bercakap tentang hak-hak Melayu dan Raja-Raja, mereka tidak pernah terfikir menyebut tentang rasuah dan bagaimana untuk mendapatkan semula wang sebanyak RM1 trilion, yang telah dibawa keluar negara sejak 10 tahun yang lalu."

Jui Meng, Ketua PKR Johor, merujuk kepada laporan Integriti terbaru dari Kewangan Global yang berpusat di New York yang menyatakan bahawa sejak dekad yang lalu hingga 2010, RM1 trilion telah dikeluarkan secara haram dari Malaysia. Wang-wang ini adalah hasil penawaran rasuah, komisyen daripada kontrak kerajaan yang sah melalui penetapan harga yang sangat tinggi.

Antara tawaran yang diumumkan dalam beberapa bulan lepas termasuk konsesi tol jalan Lebuhraya Pantai Barat selama 60 tahun, Lebuhraya Kidex, pertukaran saham AirAsia-MAS, penyelesaian luar mahkamah dan keputusan untuk tidak mendakwa bekas jutawan Tajudin Ramli, dan beberapa orang lain.

Malaysia Chronicle

BONGKAR!! Umno yang punya kerja...

0 org komen
Umno dalang tuduhan khalwat

Fazy Sahir

"Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan," dakwa Dr Badrulamin.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.

“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Selangor melalui satu kenyataan semalam mengarahkan Badrulamin untuk mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan itu.

Ingin bercuti, sebelum arahan dikeluarkan

Menjawab mengenai arahan itu, beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai.

“Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes.

Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” jelasnya.

Badrulamin ditangkap atas tuduhan berkhalwat dengan isteri orang pagi Ahad lalu dan mendakwa tindakan itu sebagai satu perangkap untuk mengaibkan dirinya.

Beliau turut menafikan tuduhan khalwat itu seperti dilaporkan media dan menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz sebagai tidak benar.

Pada jam 4 petang ini beliau yang diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid akan pergi ke pejabat JAIP untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

MB Azizan ni nampak ja cenge, tapi hati dalam ada taman... haha...

0 org komen
Insyaallah...
Isu berkenaan dengan perlantikan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru akan dapat diselesaikan dengan matang dan aman...

WAJIB tengok, mangsa korban terbaru UMNO

0 org komen
Rebutan kuasa dlm Umno semakin hangat: Hisham jadi korban bagi Najib dan Mukhriz

Pada hujung minggu lepas, surat khabar harian milik Umno mengejutkan rakyat apabila ia melaporkan terdapat spekulasi bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein akan dijadikan MB Johor. Tetapi adakah sebarang sebab untuk mempercayai bahawa khabar angin itu benar? Bagaimana pula dengan penyandang ketua menteri Ghani Othman? Dan adakah apa-apa maksud tersembunyi bagi laporan berita tersebut? Adakah seseorang cuba untuk memberi isyarat kepada Hisham dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mereka cuba untuk memberi isyarat kepada seseorang?

Banyak soalan dan tiada jawapan sebenar tetapi walau apapun, laporan itu mengesahkan apa yang media telah laporkan dari dahulu. Perbalahan dalam Umno di peringkat maju, dan mungkin khabar angin Hisham menandakan keputusan penting telah dibuat. Semua ini, sudah tentu, berkaitan penggantian kepimpinan di dalam UMNO, parti politik terbesar dan dicemari rasuah di negara ini, dan ia mendapat apa saja ia mahu - dengan kaveat yang asas bahawa ia berjaya mempertahankan kerajaan persekutuan dari kebangkitan pembangkang.

Umno mungkin parti yang kukuh, dengan wang sedikit tetapi kuasa politiknya masih kukuh buat masa sekarang, dan peluang untuk membuat keuntungan yang baru dan melindungi yang lama, ia masih sebuah kenderaan yang berharga untuk 'dimiliki' dan dikawal bagi mereka yang mempunyai kepentingan yang dipelihara dalam jangka panjang, seperti bekas perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

"Jika khabar angin itu adalah benar, maka ia adalah langkah penurunan yang besar untuk Hisham. Tiada keraguan tentang itu, sebagai Menteri Dalam Negeri, dia adalah dalam jarak yang dekat dengan kerusi PM. Saya pasti Hisham tidak menganggapnya sebagai pertukaran yang adil," kata Chua Jui Meng, ketua PKR Johor, kepada Malaysia Chronicle.

Tak berani mengadakan PU-13 tanpa sokongan Mahathir


Sesungguhnya, pemerhati politik mengesyaki bahawa Najib telah memutuskan untuk membuang Hisham untuk bagi mempercepatkan proses 'Mukhriz Mahathir ke dalam kepimpinan Umno. Mukhriz, anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, memegang kunci kepada bagaimana semuanya akan berlaku dalam pilihan raya parti UMNO yang bakal diadakan lewat tahun ini dan sehingga ke tahap yang ketara, keputusan PU-13, juga secara meluas dijangka diadakan tahun ini.

"Ia menandakan bahawa Hisham harus memberi laluan. Najib tidak akan berani mengadakan PU-13 tanpa sokongan Mahathir dan PU-13 tidak boleh diadakan sehingga soalan pengganti sepenuhnya dikeluarkan dari Mukhriz, sehingga kepada MB setiap negeri. Itulah sebabnya Tee Keat dikatakan MB bagi Selangor, Hisham bagi negeri Johor, dan sebagainya di Kedah, Negri Sembilan, Terengganu dan lain-lain," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ringkasnya, jika Hisham dikeluarkan dan dia tidak perlu pergi ke JB, selagi difahami dia tidak berpeluang bagi jawatan tertinggi, maka Najib masih boleh mempunyai perjanjian dengan Mahathir bahawa Najib akan kekal sebagai presiden Umno, Muhyiddin Timbalan dan Mukhriz akan mendapat jawatan naib presiden. Kemudian, Muhyiddin senang dan Mukhriz akan menjadi penggantinya. Inilah caranya, Mahathir tidak perlu tunggu lama," kata pemerhati Umno, yang meminta supaya tidak dinamakan, kepada Malaysia Chronicle.

Barisan pendek bagi Mukhriz


Memandangkan politik golongan elit Malaysia, apa yang terjadi pada kepimpinan Umno telah ditonton oleh pemerhati dan penganalisis asing. Sesiapa yang mengambil alih akan menawarkan masa depan di Malaysia dan di bawah pimpinan Mukhriz, yang jelas mengagumi ayahnya, negara ini boleh dijangka beralih lagi ke kanan. Kebebasan peribadi dan ruang demokrasi terikat berkerut dan diselaraskan untuk disesuaikan dengan kemudahan politik Mahathir.

Sememangnya, pada umur 86, Mahathir adalah PM yang paling dicerca antara 6 PM di Malaysia setakat ini kerana rasuah tidak terkawal yang berlaku di bawah pemerintahannya dan cara yang beliau mengasi agensi-agensi dan peralatan tadbir urus menjadi sida-sida untuk kepentingan politiknya. Spekulasi mengenai cita-citanya untuk Mukhriz telah berpusar selama bertahun-tahun, dan sehingga sekarang, Mahathir tidak membuat sebarang penafian. Malah, beliau bersungguh bagi memastikan Mukhriz mendapat tempat dalam Kabinet persekutuan apabila Mukhriz gagal untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan cara sendiri.

Sebelum ini, urutan yang paling biasa diterima di kerusi Umno adalah untuk Najib berhenti, Muhyiddin mengambil alih sebagai PM dengan Hisham sebagai TPM, dan untuk Mukhriz 'diundi' menjadi salah satu daripada tiga naib presiden Umno. Mukhriz kemudian akan mengambil alih sebagai TPM kepada Hisham selepas Hisham mengambil alih dari Muhyiddin sebagai PM. "Satu setiap penggal," itulah khabar angin UMNO.

Perjanjian terbaru – jika berjalan - ertinya Mukhriz dapat menjadi Perdana Menteri pada akhir penggal baru 5-tahun yang akan bermula jika Najib mampu untuk mempertahankan kerajaan persekutuan daripada Pakatan Rakyat yang cepat maju yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah mungkin lebih awal daripada 5 tahun. Ia juga bermakna, Muhyiddin tidak akan dapat duduk di kerusi Perdana Menteri, tetapi dalam sejarah Malaysia, bukan semua TPM dapat mengambil alih tugas atasan. Hisham akan perlu menunggu kesempatannya, dia masih boleh berada di dalam Kabinet persekutuan tetapi dia tidak lagi akan menjadi antara 'waris-jelas'.

Dalam turutan yang sebelumnya, Mukhriz perlu menunggu 10 tahun untuk Muhyiddin dan Hisham untuk menyelesaikan terma-terma mereka. Jika masih hidup, Mahathir akan berumur 96 pada masa itu!

Masa tidak menyebelahinya


Sama ada Hisham dipaksa disebabkan kekurangan pilihan - untuk menjadi MB Johor, negeri ini sudah menjadi lubuk tersembunyi bagi aktiviti politik. Ketua Menteri semasa Ghani Othman tidak dapat menyesuaikan diri dengan Sultan baru. Hisham mungkin tidak mempunyai kebimbangan yang sama, beliau datang dari nadi penggerak golongan bangsawan politik Melayu.

Datuk Hisham, Onn Jaafar - pengasas Umno mahu menjadikan ia sebuah parti berbilang kaum dan meninggalkan parti tersebut apabila dia gagal untuk meyakinkan orang lain untuk menggugurkan semangat nasionalis-keterlaluan mereka. Bapa Hisham, Hussein Onn adalah Perdana Menteri ketiga, bapa saudaranya Abdul Razak Hussein merupakan PM kedua dan sepupunya Najib ke-6. Ia tidak mungkin tidak munasabah - di peringkat peribadi - untuk Hisham merajuk ketinggalan kerana tidak sabar untuk menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai PM, walaupun nepotisme bukan sebab yang baik untuk mewarisi kuasa terutama di negara yang kononnya mengamalkan demokrasi.

Tetapi, Mahathir mungkin menganggap keperluannya adalah lebih mendesak. Bukan sahaja masa menentangnya, tetapi jika Mukhriz tidak mendapatnya, dia tidak mungkin dapat pergi dalam keadaan aman, mengetahui bahawa semuanya akan hancur disebabkan sejumlah besar kekayaan tidak sah dimana dia dan kroni beliau dipercayai telah rampas. Harta keluarganya, yang termasuk dua anak bilionair Mirzan dan Mokhzaini, dan kroni-hartawannya serta sekutu politik seperti Daim Zainuddin akan diancam.

Jika Mukhriz berjaya: orang lain tidak akan ada peluang!


Mahathir tahutentang ini dan begitu juga Najib. Tetapi Najib juga tahu bahawa tanpa sokongan Mahathir, beliau tidak mempunyai peluang untuk menghindari Anwar dari Pakatan Rakyat. Satu tolak ansur hendaklah diadakang dan kepada mereka yang telah melihat dengan rapat, perjanjian akhir kini sedang berlaku.

"Sebaik sahaja Mukhriz menjadi PM, adakah anda fikir dia akan memberikan seseorang seperti Hisham peluang selepas 5 tahun? Saya boleh memberitahu anda bahawa Mukhriz akan cuba untuk menewaskan rekod 22-tahun bapanya sebagai PM, itulah apa yang akan berlaku," kata kepada penonton Umno.

"Jadi inilah yang Hisham perlu fikirkan. Beberapa tahun awal selepas PU-13, dia masih boleh mempunyai satu kementerian berkuasa tetapi pada masa hadapan, dengan kuasa Najib berkurangan, beliau juga akan lemah secara drastik. MB Johor tidaklah teruk sangat kerana beliau mendapat kuasa untuk menyelia Iskandar (koridor ekonomi), dan walaupun dia tidak mempunyai kuasa tertinggi, sekurang-kurangnya dia kaya dan membuat keputusan di Johor. Ia adalah sesuatu untuk Hisham berfikir dengan hati-hati dan tidak hanya mengejar impian yang mustahil. Johor sebenarnya adalah peluang yang sangat baik untuk beliau."

Pada umur 51, Hisham yang terlatih undang-undang LSE adalah seorang lelaki yang menyenangkan dengan sifat mesra, hanya seperti sepupunya Najib. Sedih berkata, kedua-dua lelaki pawal awal kerjaya politik mereka secara sukarela mempraktikkan dan menyokong budaya politik yang dicipta dan dicop dalam Umno oleh Mahathir. Kepada pengkritik, jenama nasionalisme yang diamalkan oleh Mahathir adalah bersamaan dengan perkauman dan memerlukan bukan Melayu diketepikan di negara ini supaya dapat memberi manfaat kepada orang Melayu.

Oleh itu, Najib terkenal bagi bersupah untuk mandi keris atau pedang Melayu dalam darah Cina dan kerana bersumpah untuk mempertahankan Putrajaya dengan sepenuh usahanya walaupun jika "tulang dihancurkan" "kehilangan nyawa" dan "pembersihan etnik".

Hisham jika dibandingkan adalah lebih malap. Walaupun begitu, beliau menyinggung masyarakat bukan Melayu secara mendalam dengan menghunus Keris di di perhimpunan Umno, dan perbuatan ini dianggap kesediaan untuk menumpahkan darah orang lain untuk terus berkuasa telah dipersalahkan oleh Gerakan, MCA dan MIC kerana menyumbang kepada keputusan buruk BN pada pilihan raya umum 2008.

Sembrong bukan lagi kerusi yang selamat bagi Hisham


Hisham kini berpeluang untuk menghadapi kejatuhan selanjutnya daripada tindakan beliau yang dilaporkan adalah satu tindakan perkauman dan ugutan. Bahagian pilihan raya Parlimen semasa beliau, Sembrong, mempunyai 40% pengundi Cina.

"Keris adalah satu perkara, tetapi pada tahun 2008, orang Cina di Johor masih mengundi UMNO dan BN. Jadi apa yang berlaku selepas itu, apabila Hisham menjadi Menteri Dalam Negeri bagi mereka yang menentangnya. Keputusan yang dibuatnya telah membuat orang Cina marah dan juga ramai dari liberal Melayu. Cara dia berkelakuan seperti mini-Hitler semasa perhimpunan Bersih, insiden kepala lembu di Selangor, di mana pada dasarnya dia membalas berdasarkan bangsa demi politik dan bukan untuk keadilan dan saksama adalah sebab-sebab mengapa dia mungkin disingkirkan dalam Sembrong. ini akan memalukannya, cucu pengasas Umno. Ia merupakan satu lagi sebab untuk beliau mempertimbangkan supaya beralih kepada kerusi DUN," kata Jui Meng.

Sultan Ibrahim Ismail, yang menaiki takhta pada Januari 2010, juga akan memainkan peranan penting dalam menentukan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar. Seperti ayahnya, Sultan Ibrahim mengekalkan kepentingan secara langsung dalam bagaimana negara ditadbir.

Beberapa orang dalam Umno Johor telah secara peribadi berkata, ini boleh menjadi sebab mengapa Ghani bersedia untuk berhenti, walaupun kemungkinan besar bahawa Iskandar boleh mengaut lebih banyak keuntungan. Kekurangan hubungan baik dengan Sultan Perak sekarang diketahui ramai. Walau bagaimanapun, menjadi Ketua Menteri sejak 1995, ia adalah sihat dan lama tertangguh bagi Umno untuk meletakkan darah baru di negeri ini, yang dijangka akan mengalami gelombang terlambat sentimen reformasi dan alat pengukur untuk Pakatan Rakyat dalam PU-13.

Terdapat lagi beberapa pemuda Turki yang mengintai kerusi panas Ghani dan antaranya adalah Omar Mustapha, salah seorang daripada penasihat kewangan utama dan media Najib, dan juga pengarah Petronas.

Malaysia Chronicle

PANAS!! Dari sumber dalaman JAIP...

0 org komen
Kes khalwat Badrulamin tidak kuat - sumber JAIP

Harakahdaily,

KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang.

Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.

Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain. Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan. Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP.

Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap.

Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini. Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan (gambar kanan).

Penjelasan Badrulamin

Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan," kata Badrulamin.

Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau.

Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," kata Badrul.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya," ceritanya.

Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

"Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," cerita Badrul lagi.

Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya.

GEMPAQ: Ketua "Baru" Parti KITA dilaporkan "Tidak Siuman"... kahkahkah...

0 org komen
Parti KITA hari ini menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan presiden, Datuk Zaid Ibrahim.

Setiausaha KITA, Masrum Dayat berkata “laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.

"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut ‘syok sendiri.

"Mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Bharu pada 25 Februari baru-baru ini bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli-ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti pada 17 Februari lalu, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri.

Selain itu, beliau berkata parti itu tidak akan dibubar tetapi ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong pembangkang akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian mereka. - Bernama (PASPB)

Menara Jam Di Raja Mekah...

0 org komen
Menara Jam DiRaja Mekah: Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah

Oleh: ustnik

Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.

Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.

Saya juga menerima komen di bawah dari pengunjung portal saya berkenaan artikel ringkas di atas (Fakta benar/salah sila pastikan semula):

1. Dalil secara Qati’ (putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi spt Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Diikuti pula ilmu sains,astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92

2. Menyatakan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi. Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat. Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul, selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’. Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.

3. Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah. Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi Islam.

4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif. Berbeza dengan padangan yang sebaliknya. Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah. Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.

5. Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun HIJRAH dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’ ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.

6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah ‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya. Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.

7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar. Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara tersebut.

Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah. Begitu juga di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan bumi. Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup. Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.

8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).

Wallahu A’lam.

Mai tengok pasai apa dia join PAS...

0 org komen
Kalau kita tengok trend semasa la ni...
Asal rakyat dah mula cerdik dan sedar ja, gerenti mereka akan pilih parti-parti pembangkang sebagai wadah perjuangan politik depa... Tinggal ja la yang bangang dan jenis samseng taik minyak ja dalam UMNO...

Video yang buatkan UMNO makin di benci

0 org komen
Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.
Related Posts with Thumbnails