Monday, April 30

Lawak BERSIH yang paling tak boleh blah... kahkahkah...

2 org komen
Demo Bersih gagal, tak sampai 4,000 yang berdemo... kahkahkah...

Wartawan utusan malaysia yang mengekori tunjuk perasan bersih 3.0
mendapati bahawa demo ini telah gagal
hanya 3547 orang peserta telah turun berdemo
heboh heboh tentang ibu segala demo ini telah meleset
kebanyakan yang datang berdemo diupah
dan diberi nasi bungkus
mereka yang datang berdemo

mengikut laporan polis dan dbkl

ialah 2000 orang lelaki china
1000 lelaki india
500 lelaki melayu
40 orang wanita melayu yang telah disewa
7 orang lagi ttidak diketahui jantan atau betina

-Tukar Tiub

TERHOT: Orang Umno jugak yang pecah lobang... kahkahkah...

2 org komen
Nak tahu siapa rempuh pagar dan sekatan Polis? Baca apa SU UMNO tulis diwall FBnya ini...

Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.

Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.


WAJIB TENGOK: Penjilat Umno punya kerja...

0 org komen
LIHAT BAGAIMANA PENIPUAN BERITA DI JALANKAN

NOTA:
kalau berita demo pun tipu
ingat pilihanraya nanti tak tipu

bersih empat nanti ialah demo rakyat
sesudah ditipu di pru13

ini amaran
jangan tipu
di pru13

amy bangla
mat indon
mat myamar
jangan mengundi
mereka bukan rakyat malaysia

ini amaran
jangan tipu
di pru13


Brader Tukar Tiub

Tebai betoi kulit muka mangkok-mangkok nie... kahkahkah...

0 org komen
SATU AMARAN KEPADA PENGERUSI SPR DAN TIMBALAN SPR - BERAMBUS!

KOMENTAR TUKAR TIUB

pengerusi spr dan timbalannya
tidak ada pilihan
meliankan berundur
melainkan letak jawatan

mereka tidak dipercayai oleh orang ramai
mereka tidak di yakin sebagai ketua spr
mereka tidak boleh dipercayai akan berlaku adil

salah satu daru tuntutan bersih ialah
semua pegawai tinggi spr letak jatawan
terutama pengerusi dan timbalannya

mereka berdua ini tekah dibuktikan sebagai
ahli united Malays National Organisation

Letih sangat ka bang... hehe...

2 org komen
Ramai yang letih, kalau hampa letih... peserta demo juga letih. Besa la nama pun manusia... kankankan...

Tapi letih juga ada balasannya...
Peserta demo letih kerana membela kebenaran, tapi kamu letih kerana membela kebatilan.
Keletihan kamu dibayar oleh manusia, keletihan peserta Bersih dibayar oleh ALLAH s.w.t...
Keletihan kamu dibalas dengan wang ringgit, keletihan pejuang kebenaran dibalasi pahala.

Moga ALLAH s.w.t memberi petunjuk dan hidayah pada kita semua, sewaktu di dunia untuk sama-sama menjadi pengajaran... insyaallah....

AJAIB: Lawyer glemer jadi orang gaji... kahkahkah...

0 org komen
Scorpenes dan wakil peguam hebat: Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Najib dan Rosmah?

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar wakil tertinggi peguam Umno ke Eropah untuk beberapa aktiviti berani yang terlampau dan secara senyap?

Setakat ini, dua versi telah melanda portal berita. Pertama, Shafee Abdullah berada di Australia menghadiri persidangan undang-undang antarabangsa seperti mana-mana peguam yang rajin dan baik akan lakukan. Kedua, dia kini berada di Eropah, besar kemungkinan Paris, di mana beliau telah ditugaskan untuk menjaga kepentingan PM Malaysia dan isterinya Rosmah Mansor berkaitan dengan skandal rasuah RM7.3bilion Scorpene.

Yang mana satu pun, Shafee hanyalah semata-mata bantuan yang disewa – orang gaji. Yang menariknya ialah, apakah perkara busuk yang Najib dan Rosmah ada dalam almari mereka yang tidak boleh disiarkan kepada umum?


GEMPAQ: Terkantoi-kantoi... kahkahkah...

0 org komen
PKR dedah nombor keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan SPR

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara keterlibatan Pengerusi SPR Abd Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar yang sah menjadi ahli UMNO sementara masih memegang jawatan di dalam SPR.

Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota di dalam SPR. Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan "non-partisan". Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli UMNO sepertimana maklumat berikut:


Hensem jugak MB Pahang nie yerk... hehe...

1 org komen
Serious, memang hensem gila mamat nih... hehe...

Anyway, buat bang mamat yang hensem... yang gatai sangat nakkan Lynas kat negeri Pahang tue, gua tujukan satu lagu yang direka cipta khusus untuk mamat Pahang nih....

Kahkahkah.... good day to die.... kahkahkah....

TU DIAA... Bas hantam benteng lebuhraya kat Jepun

0 org komen
 
Para penyelamat sedang menjalankan operasi berhampiran bas yang musnah teruk di lebuh raya di Fujioka, wilayah Gunma, utara Tokyo pada Ahad. Polis berkata, bas yang membawa berpuluh-puluh pelawat yang sedang bercuti itu merempuh benteng lebuhraya sewaktu dalam perjalanan menuju ke Tokyo Disneyland, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh penumpang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain. Foto AP

TERBAIK: Koleksi Gambar Bersih 3.0

5 org komen
 
 

Video: Polis Malaysia terkantoi lagi...

8 org komen
Penguatkuasa undang-undang yang hilang akai...

Depa tak sedar setiap tingkah laku depa sentiasa diperhati...
Akhirnya kantoi tak dapat lari... kahkahkah...
Depa kerumun mangsa macam ikan piranha membaham mangsa, harap ke ramai ja... kahkahkah...

Dengan Najib sopan bukan main, dengan rakyat undang-undang dibuat memain...

Sedar la korang semua...
Tingkah laku kita di dunia sementara....
Akan senantiasa dihitung Allah s.w.t...

Sunday, April 29

Nak jilat pun tunggu la Umno basuh berak dulu... kahkahkah...

2 org komen
SUARA SAEKOR KANG KONG

BODOH MACAM KANGKONG DAN SOTONG

KDN DI GESA BERTINDAK TEGAS - meloya

Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa bertindak tegas terhadap peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 demi memberi keadilan kepada 99.9 peratus rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang negara.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Dr. Kamaruddin Kachar berkata, ketiadaan tindakan juga mungkin menyebabkan kumpulan terbabit akan terus mengadakan provokasi dari semasa ke semasa sehingga boleh mengancam keselamatan rakyat.

BUKTI JELAS: Video pendemo dibelasah Polis...

6 org komen
Lihat sendiri 6-7 org Polis belasah mangsa yang tak melawan....

video
Sekali lagi tahniah... Polis Gerombolan ini telah membantu mempercepatkan lagi kejatuhan Umno. Lagi dibelasah, kebencian rakyat makin bertambah. Terima kasih...

Bangang memang dicipta untuk UMNO... kahkahkah...

5 org komen
Ratusan ribu rakyat yang cintakan keadilan dan ketelusan dalam sistem pengundian negara telah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana....

Akhbar pecacai Umno kata hanya 25,000 yang hadir? Kahkahkah...

Meh tengok video kat atas nih dan congak sendiri... Penjilat buntot Umno ni memang jenih bangang, betoi kata Mahathir, yang cerdik habih masuk Pakatan... kahkahkah...


TERHOT: Hampa tak rasa pelik ka ngan Polis nie... BERSIH 3.0

36 org komen
Wajib tonton....
Inilah video yang paling jelas menjawab segala tohmahan pecacai gerombolan terhadap keganasan pendemo Bersih terhadap Polis....

Jelas, kereta Polis yang hilang kawalan merempuh sekumpulan pendemo yang duduk di hadapan Sogo sebelum merempuh tembok simen.

video
Masaalahnya,
Pertama, pasai apa kereta Polis tu bangang sangat memsauki laluan para pendemo. Adakah ini telah dirancang sebagai provokasi terhadap para pendemo?

Kedua, kenapa pulak pemandu kereta Polis waja tu dah siap-siap pakai helmet bawak kereta. Macam ngan dah tau nak kena belasah jaa...?

Ketiga, sapa sebenarnya si mamat pemandu kereta Polis tue.... siap ngan pakai seluar pendek lagi bawak kereta Polis.... special sangat ka mamat tu dalam PDRM?

Keempat, apa misi sebenarnya si mamat tu dapat dari boss dia sebelum ke laman berdepan dengan pendemo....

Woii... korang tak rasa pelik ka? Sesekali aku tengok dah macam kamikaze pun ada.... haha...

BERSIH 3.0: Pasai apa wartawan ni dibelasah Polis...

4 org komen
Wartawan Guang Ming Daily dibelasah polis sebab mengambil gambar polis belasah peserta lain. Lepas tu peserta lain yang ambil gambar polis belasah wartawan Guang Ming Daily pula kena belasah, chain reaction.

Nak cover satu, last last semua terbongkar...

Sapa ada jumpak POLIS cun nie kat BERSIH 3.0 kelmarin... kahkahkah...

2 org komen
Ada ka sesapa yang jumpak Polis cun nie dalam kelam kabut BERSIH 3.0 kelmarin...

TERHOT: Cerita Najib lari ikut pintu belakang... kahkahkah...

0 org komen
Hadoii... Najib ada masa jumpa Saiful untuk bincangkan "biasiswa" ...  tapi tak dak masa nak jumpa Setev...  kahkahkah....

TERHOT: Al Jazeera mengumpat Polis kita ganaih...

4 org komen
Innalillah, pada semua pejuang Islam samaada yang tercedera atau terkorban dalam petempuran menegakkan keadilan dan menuntut sistem pengundian yang lebih bersih dengan rejim zalim di Dataran Merdeka tadi...

Sesungguhnya, Umno telah mengorek lubang kuburnya sendiri...

BERSIH 3.0: Real video Polis langgar orang awam...

26 org komen
Kereta Polis merempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

video
Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo. Sumber...

Saturday, April 28

BERSIH 3.0: Gambar yang menjadi sejarah...

2 org komen
Ini buktinya kegagalan BERSIH 3.0... kahkahkah...

 
 
 
 
 
 
 


BERSIH 3.0: Chegu Bard, Aziz Bari di tahan...

1 org komen
Tian Chua, Chegu Bard antara lebih 200 ditahan

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharim dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari ditahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur.

Kumpulan peguam Bersih juga sudah berada di sana.

Mereka bertiga dinaikkan dalam satu trak ke Pulapol.

Bagaimanapun, Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggian CheguBard difahamkan naik sambil bertengkar dengan polis kerana beliau ditangkap dengan kasar.

BERSIH 3.0: Foto cermin kereta pecah kena perluru FRU

0 org komen
CERMIN KERETA PECAH ANGKARA FRU

Sebuah kenderaan Saga di hadapan Menara Maybank telah menjadi mangsa peluru asap FRU... Kejadian berlaku jam 4.30 ptg tadi ketika mangsa seorang warga cina baru hendak menaiki kenderaan pulang ke rumah kerana jam pada ketika itu .. tiba-tiba sebiji dari 3 butir yang dilepaskan oleh fru mengenai belakang cermin keretaanya yang ketika itu dia baru sahaja menghidupkan enjin.


Kereta Polis samseng diterbalikkan orang ramai...

5 org komen
Kereta polis langgar orang ramai yang sedang duduk di depan SOGO. Ekoran itu di khuatiri 3 orang dilaporkan cedera parah. Kereta Polis terpaksa diterbalikkan oleh orang ramai kerana mangsa dijangka tersepit dibawah perut kereta Polis tersebut....

TERKINI: Polis dah gian nak tembak gas...

2 org komen
TERKINI 4.14PM : Laungan #BERSIH bergema di hadapan LRT Masjid Jamek. Rakyat masih cuba untuk masuk ke Dataran Merdeka yang telah dijajah!!

4.10PM Lagi tembakan gas pemedih mata di Jalan Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan KWSP. 6 buah trak FRU termasuk watTer canon ditempatkan di sini.

TERKINI 4.08 PM :Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik DBKL pecah cermin belakang selepas terkena canister gas pemedih mata yang dilepaskan polis. #fb

Harakahdaily ‏
Berpuluh orang ditangkap. Ada peserta yang sesak nafas dan pengsan, dibawa dengan ambulan untuk rawatan. #fb

TERKINI 4.02PM : Elakkan kawasan Pasar Seni. Tin gas pemedih mata disorokkan di setiap sudut. Peserta #Bersih akan terperangkap!

TERKINI 3.59PM : Dang Wangi; polis bersembunyi dgn senapang gas pemedih mata di hadapan Sogo dan Permata Complex.

100,000 banjiri KL, Ambiga isytihar BERSIH 3.0 berjaya

1 org komen
Klik galeri foto nak tengok gambar..
GALERI FOTO.......

LAPORAN LANGSUNG

3pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka.

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"


Ratusan Ribu sudah banjiri Kuala Lumpur

1 org komen

Harakahdaily, 28 Apr 2012

(Ratusan ribu sudah berkumpul menuju ke Dataran Merdeka) 

Terhot:Gambar & Video Bersih 3.0 Terkini 28 April 2012

2 org komen

Bersih 3.0 akan berlangsung dalam beberapa jam lagi dan berpandukan jadual Bersih 3.0, Perhimpunan Bersih 3.0 akan bermula jam 2 petang di 11 lokasi di Malaysia dan 69 bandar di seluruh dunia untuk perhimpunan Bersih 3.0 28 April 2012 ini dan sudah tentu banyak jalan-jalan yang akan ditutup akibat dari Perhimpunan Bersih 3.0 28 April 2012 ini.



Catatan sejarah 28 April

0 org komen
Hishamuddin Rais

Tulisan ini disiarkan dalam tempoh lima hari sebelum 28 April nanti. Inilah tulisan akhir sebelum kita semua turun ke jalan raya untuk bersama merayakan ibus egala tunjuk perasaan di Dataran Merdeka. Justeru tulisan ini cuba merakam detik-detik dan saat gelombang kebangkitan rakyat mendobrak gerombolan United Malays National Oganisation.

Tuntutan orang ramai untuk membawa Malaysia menjadi sebuah wilayah yang damai, bebas, demokratik dan adil tidak dapat dibendung. Abang, adik, ibu ayah dan anak-anak muda sedang berjuang untuk menjadikan Malaysia kita ini sebagai wilayah di mana anak semua bangsa boleh merayakan kehidupan tanpa tekanan dan kekangan.

Jangan Geli Janggut Pak Samad...

0 org komen
Hikayat Putera Kemuning

KURANG 24 JAM LAGI untuk kita
Bersama berkumpul dalam satu cita
Menunjukkan sedih pilu Rakyat semua
Yang dahagakan kebenaran!
Yang dahagakan ketelusan!Yang dahagakan keadilan dalam pilihanraya!

Puncak Everest pun dicuci BERSIH... kahkahkah...

0 org komen
Bendera Bersih 3.0 kini di puncak Everest

KUALA LUMPUR 27 April: Bendera Bersih 3.0 berjaya dipacak di puncak Gunung Everest beberapa jam sebelum Kuala Lumpur ‘dikuningkan’ dalam Himpunan Duduk Bantah esok.

Momen yang dimuatnaik oleh portal Bersih hari ini memaparkan kejayaan dua pendaki mengibar bendera ‘Bersih 3.0 Mendaki Bantah Puncak Everest’. Turut dibawa bersama, bendera Malaysia.

Sekumpulan penyokong itu bergerak mulai 16 April lalu dan berbuat demikian kerana tidak dapat menyertai himpunan Bersih kali ini.

Ia sebagai tanda sokongan mereka bertujuan menunjukkan kepada dunia betapa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih.- KD

Mampuih la UMNO kali nih... kahkahkah...

0 org komen
Kita berjuang untuk hapuskan UMNO yang telah bangkrap idea dalam membangunkan rakyat dan negara...

Hodoh sungguh la perangai dia nie...

0 org komen
Hisham: Apa pun berlaku esok, tugas saya selesai

Menyifatkan perhimpunan BERSIH 3.0 esok sebagai hari negara akan diuji, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah melakukan segala-galanya untuk menghadapi apa jua yang akan berlaku.

"Kita akan diuji esok dan semua orang perlu bertanggungjawab. Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan secukupnya untuk menunjukkan beliau serius membawa pembaharuan?

"Esok adalah hari yang besar, tetapi hati nurani saya jelas. Saya telah lakukan semua yang saya boleh sebagai Menteri Dalam Negeri dan Najib telah melakukan semua yang beliau boleh untuk membawa pembaharuan," kata Hishammuddin dalam satu taklimat media khas di ibupejabat polis Bukit Aman petang ini.

Friday, April 27

Patut la UMNO meluat sangat kat Nik Aziz... kahkahkah...

4 org komen
BR1M diguna beli lembu kenduri masuk PAS

KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.

GEMPAQ LAGI: Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah...

7 org komen
Tabur janji, dua kali pecah tanah mana hospital

BERA, 26 April: PAS Kawasan Bera mendesak kerajaan menyegerakan pembinaan hospital daerah ini berikutan keperluannya amat mendesak bagi kegunaan penduduk apa lagi peruntukannya sudah diluluskan kerajaan.

Selain daripada itu, sudah dua kali majlis pecah tanah pembinaan hospital berkenaan diadakan serta janji demi janji yang diuar-uarkan oleh Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Desakan tersebut terkandung dalam usul yang diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan di Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Bera kali ke-9 di Darul Ikhwan, Mengkarak baru-baru ini. Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman. (Gambar)

BERBULU nya aku... kahkahkah...

0 org komen
AMK selar Datuk Bandar KL 'pilih bulu'

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail diingatkan tidak bersikap angkuh dengan kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka berhadapan ketidakpuasan hati rakyat.

Kenyataan Ahmad Fuad itu juga dilihat bersifat 'mala-fide', dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Md. Akin (gambar), berkata Ahmad Fuad sebelum ini memberi alasan bahawa perhimpunan ini bukan bersifat nasional dan berteraskan politik.

Naib Pengerusi DAP wajib baca artikel nih...

1 org komen
Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka

Oleh Amin Iskandar
BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.

TERHOT: Blogger, Facebooker bakal ditangkap

0 org komen
Ramai blogger dan Facebooker bakal ditangkap

Oleh: MSK

Aku bukan nak melawak atau saja-saja nak buat cerita sensasi. Aku pun mula-mula susah nak percaya, tapi bila seorang peguam yang menulis, dan selepas dibaca berulangkali..memang betul.

Evidence (Amendment) Bill 2012 adalah diantara beberapa Rang undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama-sama dengan Pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Semua orang bertumpu kepada undang-undang pilihanraya, tapi tak ramai yang memerhatikan undang-undang Evidence Bill 2012.

Aku nak terjemah depenuhnya dalam BM pun susah sikit sebab aku bukan loyar. Jadi, mana-mana yang aku rasa susah nak terjemah, hangpa terjemah la sendiri.

TERHOT: Artis ni berjimat sejak dalam buaian... kahkahkah...

2 org komen
'Saya kerja keras utk wang saya' - pelakon dituduh menjadi perempuan simpanan Menteri

Masa semakin suntuk bagi tarikh akhir 7 hari bagi pelakon poular Malaysia Zahida Rafik apabila dia telah menafikan mendapat habuan sebanyak 1.5 juta daripada menteri Umno yang dikatakan mempunyai hubungan intim dengannya.

Dia bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap si pendakwa.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Ampang PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Subang PKR Sivarasa Rasiah telah memberitahu sidang akhbar bahawa menteri itu telah membelanjakan RM1.5 juta untuk pelakon itu sepanjang tempoh 4 bulan.

Pandai betoi Mat Sabu bukak cerita... kahkahkah...

1 org komen
‘Filem Altantuya, Scorpene’ dan ‘kerjasama’ Najib

KUALA LUMPUR: "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.

"Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya.

HEBAT: Jutawan Amerika Peluk Islam...

1 org komen
Patterson, jutawan Amerika peluk Islam

PENGISLAMAN individu dari Eropah dan Amerika Syarikat atau dikenali dengan masyarakat Barat, bukanlah perkara baru, ia telah berlangsung sejak sekian lama yang memperlihatkan bahawa terdapat manusia di sana amat merindui suasana kehidupan yang harmonis yang dicari-cari semua insan.

Antara tokoh terbaru memeluk Islam, adalah seorang hartawan, jutawan yang dianugerahkan Allah taufik dan hidayah-Nya untuk menjadi insan mulia dengan Islam. Beliau adalah Richard Patterson atau nama Islamnya Abdul Aziz. Kemasukan Abdul Aziz ke dalam Islam bukanlah satu bentuk paksaan, tetapi ia adalah takdir Allah yang menentukan segala-galanya.

Malaysia tersenarai tempat latihan tentera AS?

1 org komen
6 negara Asia akan jadi tempat latihan tentera AS, Malaysia tersenarai

Selain di Timur Tengah, kini Amerika memperkuatkan pangkalannya di Asia pula. Hal ini disampaikan oleh menteri luar Clinton dan begitu juga yang dinyatakan oleh Obama beberapa bulan yang lepas ketika melawat ke beberapa negara di Asia.

Negara Amerika ingin memperluaskan pengaruh kepimpinannya dengan lebih mendalam di pelbagai pelusuk dunia, terutama sekali memfokuskan perhatiannya ke atas negara-negara Asia seperti China, bagi menguasai bidang ekonomi mahupun ketenteraan.

Jakarta dikejutkan Video ‘panas’ baru...

0 org komen
Jakarta dikejutkan rakaman video ‘panas’ baru

JAKARTA - Rakaman video seks yang didakwa membabitkan dua ahli politik parti pembangkang Indonesia, Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) sudah disebarkan dalam online, kata laporan semalam.

Ia didakwa membabitkan dua ahli politik termasuk seorang ahli politik kanan lelaki dan seorang rakan sekerja wanita muda yang masing-masing sudah berkahwin.

Laman web itu yang dihoskan kilikitik.net sudah disekat, kemungkinan besar oleh kerajaan. Wanita dalam video grafik itu dilaporkan mempunyai hubungan politik yang kuat.

Pasangan lelaki yang dikenali sebagai AB oleh akhbar Jakarta Globe dilapor menafikan pertuduhan dan memberitahu media tempatan yang dakwaan itu tidak benar.

Ahli politik lain dari parti yang turut dikenali sebagai PDI-P, enggan memberikan komen terhadap tuduhan itu.

Agensi

Botox artis ni pun buat kat Siam gak ka? Kahkahkah...

0 org komen
Pemimpin Umno, Artis Berkahwin Di Siam?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kelmarian semasa minum di kantin Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur saya terjumpa kawan lama semasa belajar di sekolah menengah Rantau Panjang tahun 1977 lampau. Sudah 30 tahun kami tidak berjumpa. Semasa di tingkatan lima dulu saya satu kelas dengan dia.

"Ingat dak saya,?" sapa dia sambil menghulur salam. Cara dia bertanya begitu yakin menunjukkan dia masih ingat saya. Saya sambut dan bersalaman dengannya. Dia banyak berubah menyebabkan saya hampir tidak kenal. Selepas dia memberi tahu namanya baru saya terperasaan itu pun sambil mengimbau masa lalu mengenang-ngeng wajahnya.

Thursday, April 26

Hampa Jawab la Sendiri... kahkahkah...

1 org komen
Mahathir Kata, Yg Pandai Sertai PAS,Yg Bijak Sertai PKR Dan Yg Pintar Sertai DAP

Oleh Aspan Alias
Memang sudah menjadi adat dan cara hidup semua bangsa dan agama mengenang jasa dan budi orang itu memang menjadi tuntutan. Hidup tidak mengenang budi ‘ibarat kacang lupakan kulit’. Itulah perbilangan Melayu yang semua orang tahu. DAN sememangnya orang Melayu mengenang jasa

Hanya sekarang politik tidak dapat membezakan diantara siapa yang patut mengenang jasa dan siapa yang telah memakan jasa. Itulah sekarang menjadi tuntutan Najib apabila beliau melawat P Pinang dua hari yang lepas. Najib seperti pemimpin UMNO yang lain sentiasa menuntut orang Melayu dan rakyat untuk mengenangkan jasa UMNO dan pemimpin-pemimpin besarnya yang telah lalu dan yang sedang berkuasa pada hari ini.

Semua Ni Pasai Anwar Ibrahim la... kahkahkah...

0 org komen
Dendam kepada Anwar tidak pernah padam


Tibai akan mengulangi siri kegagalan yang dilakukan oleh individu dan NGO yang mahu melenyapkan tokoh pembangkang itu.

PETALING JAYA: Dendam bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh pembangkang itu tidak pernah padam.

Pelancaran sebuah NGO yang dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Ahad lalu tidak lain tidak bukan untuk menyerang Anwar sebagaimana sebelum ini.

Program yang dirasmikan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dihadiri bekas orang kuat Anwar seperti Ezam Mohd Noor, Zahid Mat Arip, Datuk Zulkifli Nordin, Ng Lum Yong, Abdul Ghani Haron, S Gobalakrishnan serta Datuk S Nallakarupan.

Jom pakat2 TIBAI Berahim Ali... kahkahkah...

0 org komen
Manusia yang terkenal ngan bangang melantun-lantun...
Setiap tingkah laku yang tak kenal sopan santun...
Setiap kata-kata datangnya dari otak kartun...
Layak sangat la di gelar sebagai sekoq MANGKOK HAYUN...

Kahkahkah...
Related Posts with Thumbnails