Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.
"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.
"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.
Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.
Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong.
Beliau mengemukakan dokumen yang didakwa diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.
Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya dokumen berkenaan adalah tulen.~ Malaysiakini

apa ni?????? apa dah berlaku?
ReplyDeletepak aspan dah mengingatkan jangan terlalu gopoh dalam mengambil bola tanggung puak alif mim nun wau=sarkas ni. Rafizi perlu lebih berhati-hati sbb ramai pengkhianat nak lihat dia lingkup. Dah banyak contoh mcm gobalakrihnan, nallakarupan dll yg dipercayai akhirnya khianat. Deepak mungkin sebahagian komplot ni.
ReplyDeletefulus punya pasal daaa!
ReplyDeletemacammacam boleh jadi macammacam boleh berlaku sabar sabar setiap peristiwa berulang ulang jangan lupa ini wayang ada tokdalang,perangkap tak lupa mangsanya jangan terperangkap
ReplyDeletehati-hati dgn deepak ni. aku heran pelik dan konfius sbb mcm-mcm dia kata kat najib dan rosmah tp sampai la ni tadak apa-apa pun yg berlaku kat dia. mcm ada something?!!! kalau orang lain kata mcm tu dah lama polis angkut atau tetiba jer hilang.... HATI-HATI PR. Jgn gelojoh ambik bola tanggung ni.
ReplyDeleteSebab selalu gelojoh dah kena BELIT.....hehehe
Deletememang bijak sdr Rafizi ni..apa2 cerita yg timbul kerana respond utk pembentangan beliau yg pembelian Big Mama tu yg dibayarkan oleh deepak tentunya semakin ramai org berikan fokus dan cerita teruk Big jadi meluaskan....dpt disebarkan dgn mudah...
ReplyDeletebijak mmg bijak.....si Rafizi bijak menipu...
Deletebahan fitnah jika disebarkan kita dapat syer saham ke neraka....dah lupa ke?
DeleteRafizi dah kena belit.. ...
ReplyDeleteMari kita amati kenyataan yang diberi Rafizi. Dia tak kata yang dokumen itu diberikan Deepak kepadanya. Jadi saya masih lagi yakin yang dokumen-dokumen itu diberikan oleh Deepak kepada pihak ketiga dan kemudian ia sampai ke tangan Rafizi. Rafizi bukan terburu-buru yang kita sangka untuk membuat kenyataan se sensitif begini. Kita sama-sama tunggu!
ReplyDeletekaki belit jugak ni!
Deletekaki fitnah dah nampak.dahulu Rafizi kata sweden lagi miskin dari Malaysia semasa berdebat dengan Khairi Jamaluddin..sanggup menipu nak bagi menang debat.Sedang siaran langsung pun dia tipu hidup2, apatah lagi yang ni...
ReplyDeleteKESIAN!
DeleteAKU DAH X CAYA DAH dkat dia nie (DEEPAK) lidah terbelit2
Delete