Friday, January 4

Kesian pakcik ni, buta ja kena kencing ngan Ameno - Gambar

"Aku Tak Halalkan Duit Pampasan Itu" - Mangsa Buruh Paksa Jepun

"Saya tak halalkan duit pampasan tu "kata Pak Hashim Yaakob, mangsa buruh paksa Jepun beumur 112 tahun yang ditemui sekretariat "jejak".

Sekretariat "Jejak" buruh paksa landasan maut akan pergi ke kedutaan Jepun untuk mendapat maklumat dan penjelasan kenapa wang RM207 bilion tidak sampai ke tangan mangsa buruh paksa, landasan keretapi maut. Sedangkan negara sperti Indonesia dan Vietnam sudah membayarnya.

Menurut DS Nizar pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.

LAPORAN SEBELUM INI

RM207 bilion wang pampasan buruh paksa lesap?
Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.
Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.
Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.
Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.
Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.
“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu.
Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.
Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.
Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.
"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.
Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.
"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.
"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.
Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"
Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.
"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.
Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.


3 comments:

  1. dah lah duit hasil negara diaorang kebas... ini duit pampasan rakyat pun tak menyisa... ini betul2 keturunan penyamun dulu, kini dan selamanya... apa punya makhluk yg perintah m'sia nih... bangsat!!!

    ReplyDelete
  2. pampasan rampasan tebusan wawasan paksaan kasihan
    itulah dunia yang penuh dugaan

    ReplyDelete
  3. rasanya kisah ni dah keluar tahun lepas!

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails