Saturday, January 5

SEDIH betoi cerita Tun M dan Najib neh...

Nasib Tun M dan Najib selepas PRU13...

Pilihan Raya Umum ke-13 terpaksa diadakan kerana tuntutan perlembagaan negara. Kerajaan tahu keputusan PRU-13 tidak berpihak kepada BN tapi terpaksa diadakan juga.

Bagi mengatasi supaya tidak terlepas kuasa selepas pilihan raya umum nanti, pihak BN akan berbuat berbagai-bagai cara.

Terutamanya, menawarkan wang kepada rakyat. Terbaru, pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan ll iaitu pengagihan wang BR1M 2.0 akan mula dibagi bulan Februari 2013. Jelas nampak pemberian RM500.00 itu akan diminta tukar dengan undi. Wang menjadi senjata terakhir bagi BN mendapat undi daripada rakyat.

Ukuran kematangan rakyat Malaysia boleh dinilai selepas pilihan raya umum, apakah rakyat membentuk kerajaan kerana wang atau atas kesedaran mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar adil dan bebas daripada gejala rasuah. Apakah golongan muda sudah pintar secukupnya.

Tanda-tanda awal boleh dilihat, wang bukan segala-galanya. Lihat apa yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi. Mereka melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan kerana mereka minta untuk memiliki permit sendiri tapi tayar 2 biji diberi. Mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan maka mereka turut berkempen kepada penumpang supaya jatuhkan kerajaan BN pada PRU-13 nanti.

Para guru pula melahirkan perasaan kurang senang kerana setiap kali kehadiran pemimpin UMNO, mereka dipaksa keluar untuk memberi sambutan dan menghadirkan diri sebagai peserta sedangkan majlis yang dipaksa guru-guru hadir itu bukanlah program Kementerian Pelajaran tapi program parti UMNO dan BN. Tentunya guru-guru bersungut kepada ibu bapa dan sekali gus melahirkan kekesalan. Suara guru boleh mempengaruhi ibu bapa supaya tidak mengundi BN.

Sokongan rakyat kepada BN semakin tipis apabila banyak isu secara terang telah diterjah kepada Perdana Menteri dan keluarganya. Isu yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dan Deepak Jaikishan seorang penjual permaidani yang mendakwa rakan rapat Rosmah Mansor telah memuramkan UMNO, hanya menanti retak menunggu belah.

Melihat kepada kecelaruan ini, berbagai-bagai andain telah dibuat. Sejarah hitam akan dibukukan dalam negara apabila pilihan raya ke-13 nanti berakhirnya sebuah kerajaan yang didokong oleh parti yang memerdekakan negara ini iaitu UMNO, tewas. Dan Dato' Najib adalah Perdana Menteri yang pendek tempoh memerintah.

Kalau pun UMNO dan BN masih kekal tapi pertukaran Perdana Menteri besar kemungkinan berlaku, ini kerana isu-isu yang diserang terhadap Dato' Najib begitu terburai sehingga ramai rakyat mempercayainya, seperti mana rakyat percaya bahawa Khairy Jamaluddin lah Perdana Menteri semasa kerajaan diperintah di bawah Tun Abdullah Badawi.

Begitu juga kini, ramai orang percaya bahawa Dato' Najib dikontrol oleh Rosmah Mansor sehingga sekarang ini memaksa Tun Mahathir sendiri pun kena berjinak-jinak dengan Rosmah untuk membeli insuran kepada anaknya Mukhris supaya boleh menjadi Menteri Besar Kedah. Manakala 'geng-geng' Tan Sri Muhyidden Yassin tidak begitu ghairah mempertahankan Dato' Najib daripada diserang oleh Deepak Jaikishan.

Kini Dato' Najib dihimpit, di luar oleh Deepak Jaikishan dan Rafizi Ramli manakala dari dalam oleh gerombalan Tan Sri Muhyuddin yang tentunya mahu melihat Tan Sri Muhyuddin sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Dato' Najib, manakala Tun Mahathir akan ambil peluang di atas keresahan Dato' Najib dengan memajukan agenda keluarga beliau dalam politik tanah air.

Tidak mustahil apabila bubar saja Parlimen, akan ada penghijrahan tokoh-tokoh UMNO menyertai PAS kerana sekiranya mereka masih berada dalam UMNO, kedudukan hariannya tidak selamat. Hendak menyertai PKR, malu mata kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alasannya hanya PAS saja boleh menyatukan perpaduan umah.

Lebih meyakinkan bahawa PR akan dapat menumbangkan BN, kerana rakyat mahu tahu cerita sebenar dalam banyak isu yang didedahkan oleh PR. Apakah betul berlaku sebagaimana pendedahan yang dibuat atau hanya persepsi sebagai modal kempen pilihan raya, sebagai contoh komisen pembelian kapal selam Scorpene.

Ke mana Dato' Najib akan pergi? Ke mana Tun Mahathir akan pindah apabila PUTRAJAYA jadi milik kerajaan PR? Dan bagaimana nasib 19 orang yang fail pendakwaan mereka sudah siap di pejabat SPRM? Anda, para pengundi tentukan.


5 comments:

  1. Belum berjuang dah tahu menang, semoga over confident tidak menjerat diri!

    ReplyDelete
  2. Salam bang din,

    Apa cik abang merapu kat atas nih ?...tak ada sengat laa...dah letih kot, maklum laa pru tak sampai-sampai jugak.

    Nampak gaya survival Pas pru kali ni ditentukan oleh pengundi cina....eemmm alahai !

    ReplyDelete
  3. kalau depa rasa pedih itu kerjabuat depa sendiri
    1orang penah berkuasa 1orang sedang berkuasa
    dah banyak dah depa rasa bagi orang lain pula

    ReplyDelete
  4. yo bro... nak betulkan fakta. Bukan UMNO yang memerdekakan Tanah Melayu. Tanah Melayu merdeka hasil perjuangan pejuang Kemerdekaan spt Ahmad Boestamam, Pak Sako dll di dalam Kesatuan Melayu Muda dll gerakan nasionalis termasuk juga Dr Burhanuddin Al-Helmy. UMNO hanya terima hasil usaha orang lain sbb Pemimpin UMNO pada waktu itu adalah berjiwa penjajah dan mendapat pendidikan British & Barat termasuklah Tun Razak... sebab tu jugak la Pemimpin UMNO sampai la ni kalau nak bercakap mesti campur bahada Inggeris ataupun semuanya Bahasa Inggeris sedangkan pendengarnya Melayu dan diaorang dari Pati yang kononnya pejuang Melayu... Jadi bro Shalehuddin tolong jgn silap fakta ek. tq. Apapun tahniah la, blog ni dah dpt perhatian pencacai UMNO!!!

    ReplyDelete
  5. PERCATURAN KO NI MUDAH SANGAT LA BRO DIN.. IA TAK AKAN JADI SEMUDAH INI.. TINGGAL ANGAN2 JE LAH BRO DIN OII.. MCM MAT JENIN..

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails