Thursday, February 28

Najib dicabar lagi... kahkahkah...

Najib dicabar debat dengan Anwar, buktikan manifesto BN realistik

27 FEB: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto yang ditawar kerajaan masing-masing.

“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto).

“Debat ini bagi pertahankan setiap perangkaan (dalam manifesto) yang kononnya akan bankrapkan negara,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebaik sahaja Pakatan membentang Manifesto Rakyat di Konvensyen Pakatan Rakyat Isnin lalu, pimpinan Umno BN menuduh kononnya manifesto itu tidak realistik.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menggesa Perbendaharaan Malaysia supaya adil memberikan maklumat kepada kedua-dua pihak.

“Perbendaharaan perlu beri kami semua maklumat yang diperlukan, bagi membolehkan debat dijalankan dengan adil.

“Perbendaharaan perlu bersikap tidak berpihak, seperti mana di negara demokratik lain,” katanya lagi.~ KD


No comments:

Post a Comment

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails