Wednesday, March 6

Dia ni dah KONFOM ceroboh Sabah hanya drama...

Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama


MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.

“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.


6 comments:

  1. Bayarlah yang setimpal dengan nilai dollar $5300 tahun 1906, bukan hanya RM5300 setahun.

    On 22 April 1903 His Majesty Sultan Jamalul Kiram signed a document known as "Confirmation of cession of certain islands", under what he either grant and ceded or leased additional islands in the neighbourhood of the mainland of North Borneo from Banggi Island to Sibuku Bay to British North Borneo Company. The sum 5,000 dollars a year payable every year increased to 5,300 dollars a year payable every year.

    http://bruneiresources.blogspot.com/2012/08/british-trade-dollar-in-brunei.html

    Kalau $1 tahun 1906 = RM300. Maka $5300 x RM300 = RM 1 590 000.

    Setara dengan gaji sultan serta kerabat melayu. Dapatlah mereka menjaga kebajikan keluarga mereka yang besar.

    http://www.erapasca.com/2012/11/gempar-gaji-agung-perdana-menteri.html

    Jangan dikhianat perjanjian.

    ReplyDelete
  2. sulu...sulu....sula..... sulu... SULA SULU he he he. Sultan dia kata... Misuari kata.... pejuang diaorang mati syahid! Apakejadahnya mayat bau busuk???? kalau nak sangat negara sendiri pi la tuntut kat filipina!!! baru la mati syahid. Kat sabah sulu tuntut... kat filipina sulu buntut. Tu la... yang malaysia pi menggatai menggeghonyeh kat bangsa MORO buek apo... kan dah kena warning ngan kepala bapak bangsa tu... betul-betul macam lepaskan babi tunggal tersepit. UMNO/BN... mcmana jaga negara sampai jadi haru-biru mcm ni. Madet Kutty dah patut dihukum bunuh ja sebab MADET KUTTY PUNCA SEMUA NI!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir melihat hasil kerjanya sekarang - Almarhum Ustaz Fadzil Nor.

      Delete
  3. akhirnya kebatilan akan lenyap timbullah kebenaran seperti yang Allah janjikan
    jib kata fitnah tu amat keji sapa pula yang kata terpuji

    ReplyDelete
  4. nak minta elaun lebih la pulak sulu ni. dah tu yang hang pi serah sabah kat british dulu apahal. mintak la kat british 1juta pound dulu tu... kan senang sekarang ni. menyusahkan betul. patutnya korang maki la nenek-moyang korang yang serah sabah kat british. Malaysia tak paksa sulu dtg malaysia... cuma madet kutty jer memandai bagi IC kat korang dah tu Ah Jib Gor pula memandai janji nak bagi tanah plak. Dtg sebagai saudara seislam dialu-alukan... tapi kalau dtg sebagai Yahudi/penceroboh/pengganas... GO TO HELL!!!

    ReplyDelete
  5. wah kemain lagi drama, wait n see....xtau la ceqqq nk habaq apa dah..hihi

    Usahawan Kecil | Tip-Tip Usahawan

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails